| /// |
|
| Search : Sesyen News | Page 1 |
|
Lima termasuk pegawai penguat kuasa disyaki minta rasuah RM1 juta ditahan - Mygazette - 29/10 8:10 am Difahamkan mereka menerima suapan tersebut daripada sebuah agensi pekerja asing sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pekerja asing di bawah seliaan agensi tersebut. Perintah reman selama lima hari sehingga 1 November ini terhadap kesemua suspek dikeluarkan Majistret Dhilip Nair Atchuthan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Sesyen di sini pagi tadi |
|
Guru besar dipenjara 20 tahun, 11 sebatan hasilkan pornografi dan lakukan amang seksual - Sinarharian - 28/10 9:23 pm PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 11 sebatan terhadap seorang guru besar kerana menghasilkan bahan pornografi dan melakukan amang seksual secara fizikal terhadap seorang murid tahun enam, lima tahun lepas.Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Noorin Badaruddin, yang bersidang bersama-sama Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid, menolak rayuan Anuar Kintan terhadap sabitan menghasilkan bahan pornografi.Panel itu turut mengetepikan keputusan mahkamah yang melepas dan membebaskan Anuar daripada pertuduhan amang seksual secara fizikal terhadap mangsa yang berusia 12 tahun ketika kejadian.Mahkamah kemudian mensabitkan tertuduh atas pertuduhan itu dan menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun serta tiga sebatan.Hakim Noorin yang membacakan keputusan sebulat suara itu turut memerintahkan kedua-dua hukuman penjara dijalankan secara berasingan, dan mengeluarkan waran pemenjaraan terhadap Anuar, 59, supaya tertuduh memulakan hukuman penjara hari ini.Sebelum ini, Anuar memperoleh penangguhan pelaksanaan hukuman dan dibebaskan dengan ikat jamin RM14,000 berserta seorang penjamin sementara menunggu keputusan rayuannya.Sementara itu, mahkamah mengekalkan keputusan melepas dan membebaskan Anuar daripada pertuduhan ketiga dan keempat, masing-masing melibatkan amang seksual secara fizikal terhadap kanak-kanak perempuan itu dan mengeluarkan kata-kata dengan niat supaya didengari mangsa bagi tujuan seksual.Hakim Noorin yang menyampaikan keputusan mahkamah berkata mangsa telah memberikan keterangan secara langsung dengan mengenal pasti tertuduh sebagai orang yang telah mengambil gambar-gambar tersebut, dan keterangannya telah dipertimbangkan oleh hakim Mahkamah Sesyen yang menerimanya.Beliau berkata kewujudan gambar-gambar itu turut disokong oleh pemeriksaan forensik yang mengenal pasti imej berkenaan dalam telefon bimbit Realme milik Anuar.Bagi pertuduhan kedua, Hakim Noorin berkata mahkamah tidak bersetuju bahawa keterangan alibi yang dikemukakan Anuar telah menimbulkan keraguan munasabah.Pihak pembelaan telah mengemukakan alibi, iaitu isteri Anuar telah memberikan keterangan bahawa tertuduh berada di rumah bersama beliau dan bukan di sekolah ketika kejadian berlaku.Hakim Noorin berkata keterangan rakan mangsa telah memberikan sokongan material kepada kes pendakwaan mengenai kehadiran tertuduh di sekolah pada 3 April 2021 dan pergerakannya bersama mangsa dan oleh itu keterangan alibi yang dikemukakan tertuduh tidak menimbulkan keraguan munasabah.Pada 19 April 2024, Mahkamah Sesyen mendapati Anuar bersalah atas pertuduhan pertama, iaitu menghasilkan bahan pornografi dengan mengambil gambar mangsa, dan menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun serta dua sebatan.Mahkamah itu turut menjatuhkan hukuman penjara tambahan satu tahun dan dua sebatan mengikut Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 |
|
Kes baling molotov ke rumah Rohingya: 15 ditahan, empat akan didakwa esok - Sinarharian - 28/10 7:10 pm JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan kes balingan bom molotov di kawasan penempatan warga Rohingya di Kulai Besar, Kulai pada 13 Oktober lalu, menjadikan keseluruhan 15 individu ditahan setakat ini.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, kedua-dua suspek tempatan berusia antara 27 hingga 28 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sekitar Johor Bahru pada 20 Oktober lalu.Menurutnya, semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai 10 rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah.Bagaimanapun, ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati negatif dadah."Kedua-dua suspek telah dibenarkan ditahan reman sehingga 30 Oktober ini bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Ab Rahaman berkata, kertas siasatan kes itu sudah dilengkapkan dan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor untuk arahan lanjut.Beliau berkata, empat suspek akan dituduh mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunakan api atau bahan letupan dengan niat bersama.Sementara itu, ujarnya 11 lagi suspek dibebaskan dengan bon jaminan mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.Ab Rahman berkata, pertuduhan terhadap empat suspek terbabit dijadualkan berlangsung di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 29 Oktober ini."Polis Johor tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan jenayah yang boleh menggugat keamanan dan keselamatan negeri ini."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah diminta menyalurkannya ke balai polis berhampiran atau menghubungi Hotline Polis Johor di talian 019-2792095 serta Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999," katanya. |
|
Kenyataan Fitnah: Chegubard Dipenjara Empat Bulan - Siakapkeli - 28/10 5:28 pm KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat bulan terhadap bekas Ketua Bersatu Bahagian Port Dickson Ba... |
|
Ahli perniagaan kekal bebas 122 pertuduhan tipu, guna dokumen palsu - Sinarharian - 28/10 4:51 pm Muniandy membuat keputusan sebulat suara itu selepas menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang melepaskan dan membebaskan N. Narendran, 46, pada Januari 2022.Hakim Muniandy ketika menyampaikan keputusan berkata Mahkamah Rayuan berpuas hati bahawa pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi telah menilai beban pembuktian serta prinsip undang-undang dengan tepat sebelum membuat keputusan berkenaan.Beliau berkata ketiadaan mens rea atau niat jenayah pada peringkat awal transaksi, percanggahan material dalam pertuduhan serta ketiadaan bukti forensik berkaitan pemalsuan menyebabkan sabitan oleh Mahkamah Sesyen tidak selamat untuk dikekalkan."Kami juga mendapati bahawa pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kekhilafan dari segi fakta mahupun undang-undang yang mewajarkan campur tangan rayuan."Sebaliknya, Mahkamah Tinggi telah dengan tepat mengenal pasti kecacatan asas yang 'fatal' dalam kes pendakwaan, menjadikan sabitan Mahkamah Sesyen tidak selamat untuk dikekalkan."Dengan ini, rayuan perayu ditolak sebulat suara |
|
Tetak peneroka guna kapak hingga mati: Suspek direman 7 hari - Mygazette - 28/10 3:30 pm # Tetak peneroka guna kapak hingga mati: Suspek direman 7 hari KOTA TINGGI - Suspek kes tetak peneroka warga emas hingga maut menggunakan kapak di Felda Lok Heng Selatan di sini kelmarin direman tujuh hari bermula hari ini hingga 3 November ini. Hakim Mahkamah Sesyen Pengerang, Hidayatul Syuhada Shamsudin membenarkan permohonan reman tersebut terhadap suspek yang berusia 41 tahun di Mahkamah Sesyen Pengerang di sini hari ini |
|
Kenyataan fitnah: Chegubard dipenjara empat bulan - Astroawani - 28/10 3:15 pm Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara empat bulan terhadap Badrul Hisham Shaharin atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang boleh menjejaskan nama baik Yang di-Pertuan Agong. |
|
Dua pegawai penguat kuasa antara lima direman kes rasuah RM1 juta lindungi warga asing - Sinarharian - 28/10 3:14 pm JOHOR BAHRU Dua pegawai agensi penguat kuasa persekutuan antara lima individu yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap pekerja asing.Tiga lagi individu yang ditahan merupakan ejen pekerja asing yang dipercayai turut terbabit dalam kegiatan berkenaan melibatkan pekerja asing di bawah seliaan sebuah agensi pekerja asing.Perintah reman selama lima hari sehingga 1 November 2026 terhadap kesemua suspek dikeluarkan Majistret Dhilip Nair A/l R.N. Atchuthan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini, pagi Rabu.Kelima-lima suspek terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 40 hingga 60-an.Menurut sumber, mereka ditahan dalam operasi yang dijalankan SPRM Johor di sekitar Selangor dan Johor antara jam 10 pagi hingga 4 petang, Selasa."Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan itu antara 2018 hingga 2025."Sepanjang tempoh berkenaan, sebanyak 44 transaksi pindahan wang secara dalam talian bernilai kira-kira RM1 juta dipercayai berlaku," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Dalam pada itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Hazrul Shazreen Abd Yazid mengesahkan penahanan itu ketika dihubungi.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009.Siasatan kes itu bermula hasil operasi yang dibangunkan Bahagian Perisikan SPRM. |
|
Fitnah Agong: Chegubard dijel 4 bulan - Kosmo - 28/10 3:12 pm KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat bulan terhadap aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang boleh menjejaskan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim |
|
Kenyataan fitnah: Chegubard dipenjara empat bulan - Sinarharian - 28/10 3:10 pm KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini pada Rabumenjatuhkan hukuman penjara empat bulan terhadap bekas Ketua Bersatu Bahagian Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang boleh menjejaskan nama baik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Badrul Hisham, 48, atau dikenali sebagai Chegubard selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula hari ini.Bagaimanapun, hakim membenarkan permohonan Badrul Hisham untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jaminan sebanyak RM5,000, menjadikan jumlah jaminan RM15,000.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nursyuhada Husna Sulaiman manakala Badrul Hisham diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali.Pada 24 Jun, Hakim Mahkamah Tinggi, Noor Ruwena Md Nurdin memerintahkan Badrul Hisham membela diri atas pertuduhan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan aktivis itu di akhir kes pendakwaan.Mahkamah Sesyen membuat keputusan itu pada 4 November tahun lepasselepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap lelaki tersebut.Pada 29 April 2024, aktivis politik itu didakwa telah mengeluarkan kenyataan fitnah, dengan ada sebab untuk mempercayai bahawa kenyataan fitnah itu akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara di sini pada 6 petang22 Januari 2024 dan pertuduhan dibuatmengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan |
|
Fitnah: Mahkamah Perintah Bard dipenjara 4 Bulan - Wrlr - 28/10 2:21 pm 1 hour ago Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard didakwa pada 29 April 2024 atas kesalahan fitnah jenayah yang dilakukan pada 22 Januari tahun sama. KUALA LUMPUR, 28 Okt Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara empat bulan terhadap aktivis Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai Chegubard, atas kesalahan fitnah jenayah berkaitan kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik Yang di-Pertuan Agong |
|
Bekas eksekutif kanan GLC didakwa guna dokumen palsu tuntut RM15,288 - Sinarharian - 28/10 2:15 pm SHAH ALAM - Seorang bekas eksekutif kanansyarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabuatas sembilan pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan wang pendahuluan diri dan tuntutan berjumlah RM15,288, antara 2022 hingga 2023.Mohd Nizam Ibrahim, 50,didakwa dengan curang menggunakan dokumen sebut harga, bayaran tunai dan resit bayaran tunai sebuah syarikat sebagai tulen walaupun mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen berkenaan adalah palsu.Dokumen itu dikemukakan kepada sebuah organisasi penyelidikan industri dan teknologibagi mendapatkan wang pendahuluan diri dan wang tuntutan berkenaan.Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat organisasi berkenaan di daerah Petaling, antara 22 April 2022 hingga 2 November 2023mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Alimi Mustapha memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali di Pejabat SPRM Selangor.Mohd Nizam yang tidak diwakili peguam memohon jumlah ikat jamin dikurangkan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap berikutan hanya bekerja secara sambilan ketika ini serta perlu menanggung perbelanjaan perubatan isteri serta ibunya.Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmudkemudianmembenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin warga tempatan,melapordiri di pejabat SPRM Selangor setiap awal bulan bermula Novemberini serta menetapkan sebutan semula kes pada 7 Disember depan |
|
Dulu bebas, kini bersalah! Chegubard dihukum penjara 4 bulan kes fitnah Agong - Harapandaily - 28/10 2:02 pm Penyelaras Parti Wawasan Negara (Wawasan) Negeri Sembilan, Chegubard sebelum ini pernah dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan memfitnah Yang di-Pertuan Agong. Bagaimanapun, bekas ahli PKR itu akhirnya disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur |
|
Lelaki mengaku bersalah bakar Mitsubishi Xpander - Sinarharian - 28/10 2:00 pm GEORGE TOWN Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan membakar sebuah kereta jenis Mitsubishi Xpander dalam kejadian kebakaran membabitkan lima kenderaan di Jalan Perak, Mei lalu.Tertuduh, S Hari Ram, 39 membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Irwan Suainbon selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan api terhadap sebuah Mitsubishi Xpander berwarna hitam milik seorang lelaki berusia 34 tahun dengan niat menyebabkan kerosakan.Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 4.01 pagi pada 3 Mei lalu di kawasan parkir Blok 247, Taman Cemerlang, Jalan Perak, di sini.Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M Darrshini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Pada prosiding sama, pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan tarikh bagi penyediaan fakta kes, dokumen berkaitan serta mendapatkan laporan rakaman kamera litar tertutup.Darrshini turut mencadangkan jaminan RM20,000 dengan syarat tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan.Bagaimanapun, tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan kerana mendakwa tidak mempunyai penjamin.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan syarat supaya dia tidak mengganggu saksi pendakwaan.Irwan menetapkan 2 Disember ini untuk penyerahan fakta kes dan penetapan hukuman.Dalam kejadian pada 3 Mei lalu, lima kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir sebuah pangsapuri di Jalan Perak dilaporkan terbakar.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.30 pagi.Kebakaran itu membabitkan Nissan Grand Livina, Mitsubishi Xpander, Perodua Myvi, van Toyota Hiace dan Proton Preve dengan tahap kemusnahan dianggarkan antara lima hingga 80 peratus. |
|
Warga China dipenjara sehari, denda RM10,000 kerana rasuah polis RM500 - Sinarharian - 28/10 12:42 am SHAH ALAM Tindakan seorang lelaki warga China memberi rasuah RM500 kepada seorang pegawai polis bagi mengelakkan pemeriksaan, mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000.Berdasarkan kenyataan media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tertuduh, He Ruqiang, 45, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara rasuah memberikan wang itu kepada seorang ejen kerajaan Malaysia, iaitu pegawai polis yang bertugas di Bahagian Pasukan Gerakan Am (PGA), Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman.Pemberian wang berkenaan sebagai dorongan pegawai polis itu tidak meneruskan pemeriksaan terhadap tertuduh, di dalam sebuah bilik di Jalan Bestari 2A/KU7, Kawasan Perindustrian Kapar Bestari jam 10.50 pagi pada 6 April lalu.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muaz Ahmad Khairuddin dan pegawai pendakwa, Mohd Alimi Mustapha sementara tertuduh diwakili peguam, Muhamad Aizat Fakri. |
|
Urusan perkhidmatan Mohd Shuhaily sebagai KP AKPS akan dimuktamadkan - KDN - Sinarharian - 28/10 12:34 am PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Urusan perkhidmatan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang sebelum ini berdepan dengan dua pertuduhan di mahkamah sesyen, masih dalam proses untuk dimuktamadkan.Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil perhatian dan menghargai pandangan masyarakat berhubung urusan perkhidmatan pegawai berkenaan."KDN akan memastikan urusan tersebut dilaksanakan secara teratur mengikut peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa," katanya pada Rabu.Pada 21 Oktober lalu, Mohd Shuhaily didakwa atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan memohon untuk dibicarakan.Dalam pada itu, KDN menegaskan keutamaan kementerian adalah memastikan AKPS terus berupaya melaksanakan peranannya secara optimum bagi menjamin keselamatan serta kedaulatan negara."Secara umumnya, penubuhan AKPS yang baru mencecah tahun kedua ini adalah untuk memperkukuh pengurusan kawalan dan perlindungan sempadan negara."Sebagai agensi penting yang berpegang teguh pada pengukuhan keselamatan sempadan, kelancaran urusan, perlindungan hasil negara serta integriti dan disiplin, keutamaan KDN adalah akan memastikan AKPS terus berupaya melaksanakan peranannya secara optimum demi menjamin keselamatan serta kedaulatan negara."Dalam menguruskan hal ehwal perkhidmatan pegawai, KDN turut memberikan perhatian kepada kesinambungan operasi dan kelancaran pelaksanaan tugas di AKPS," ujarnya.Kedudukan Mohd Shuhaily sebagai orang nombor satu agensi itu menjadi tanda tanya apabila beliau tidak hadir pada majlis Majlis Sambutan Hari Sambutan Ulang Tahun Ke-2 AKPS yang berlangsung di sebuah hotel, di Sepang baru- baru ini.Malah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang sepatutnya merasmikan sambutan itu diwakili Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Awang Alik Jeman untuk menyempurnakan majlis berkenaan. |
|
Pendakwaan tutup kes rasuah Guan Eng lepas enam tahun bicara Pendakwaan .. - Mygazette - 28/10 8:17 am # Pendakwaan tutup kes rasuah Guan Eng lepas enam tahun bicara KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan kes rasuah terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang melibatkan bekas Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, menutup kes di Mahkamah Sesyen hari ini selepas prosiding berlangsung selama enam tahun |
|
Pendakwaan tutup kes rasuah Guan Eng selepas 38 saksi beri keterangan - Sinarharian - 27/10 5:52 pm KUALA LUMPUR Selepas lima tahun, perbicaraan kes rasuah projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion yang dihadapi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa selesai dengan 38 saksi dipanggil memberi keterangan.Semasa prosiding di hadapan Hakim Azura Alwi, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, saksi ke-38, Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Cawangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zulhilmi Ramli yang juga pegawai penyiasat kes berkenaan, merupakan saksi terakhir kes berkenaan.Pemimpin DAP itu didakwa pada 7 Ogos 2020, manakala perbicaraan kes bermula pada 13 Julai 2021 dengan saksi pendakwaan yang dipanggil ialah bekas Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan bekas Exco Pulau Pinang, Datuk Lim Hock Seng.Selain itu, bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serta ahli perniagaan, Datuk Seri G Gnanaraja, turut memberi keterangan terhadap tertuduh.Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng, 66, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, menggunakan kedudukannya untuk suapan RM3.3 juta.Ia bagi membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik bagi melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang, yang bernilai RM6,341,383,702.Kesalahan didakwa dilakukan antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri negeri itu.Bagi pertuduhan pindaan kedua, beliau dituduh meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul, sebagai upah bagi projek sama, dan perbuatan itu didakwa dilakukan berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.Pemimpin itu juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri itu, bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek sama, di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.Semasa prosiding, Wan Shaharuddin berkata, pihak pendakwaan menawarkan seorang saksi kepada pihak pembelaan, iaitu Datuk Bandar Pulau Pinang, Datuk Ir Rajendran P Anthony, untuk dipanggil sekiranya Guan Eng diperintahkan membela diri.Rajendran merupakan Pengarah Jabatan Kejuruteraan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang ketika projek terowong dasar laut itu dicadangkan pada 2011.Beliau turut terbabit dalam perbincangan awal dengan Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd mengenai penyediaan dokumen permintaan untuk cadangan (RFP) bagi projek terowong berkenaan."Alhamdulillah, pertama kali kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Hakim kerana sabar mendengar kes ini selama lima tahun."Jadi, pada hari ini, pendakwaan menutup kes dan menawarkan saksi tersebut kepada pihak pembelaan sekiranya tertuduh dipanggil membela diri," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat, Khairunnisa Hazwani Omar, Farah Yasmin Salleh dan Julaila Jamaludin.Azura kemudian menetapkan 13 Januari depan untuk pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan bertulis, manakala hujahan lisan ditetapkan pada 26 dan 27 Januari.Guan Eng diwakili barisan peguam, Ramkarpal Singh, RSN Rayer, Mohd Haijan Omar, Tiara Katrina Fuad dan Asyraaf Abu Bakar Hamzah. |
|
Ahli perniagaan didakwa tipu RM1.65 juta urusan beli dusun durian di Raub - Astroawani - 27/10 3:45 pm Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdaya seorang lelaki sebanyak RM1.65 juta bagi pembelian sebuah dusun durian di Raub, Pahang. |
|
Ahli perniagaan mengaku tidak bersalah tipu RM1.65 juta dalam urusan dusun durian - SUN - 27/10 3:35 pm Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan memperdaya lelaki RM1.65 juta dalam urusan beli dusun durian di Raub. |
|
Pekerja binaan didakwa amang seksual bukan fizikal budak 12 tahun dalam lif kondominium - Sinarharian - 27/10 3:08 pm KUALA LUMPUR - Seorang pekerja binaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam lif sebuah kondominium, April lepas.Muhammad Aniq Mohd Jafri, 25, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suhaila Haron.Mengikut pertuduhan, Muhammad Aniq didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak perempuan yang ketika kejadian berusia 12 tahun empat bulan bagi tujuan seksual di dalam lif sebuah kondominium di Taman Danau Desa, antara 6.30 petang hingga 6.50 petang pada 1 April lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15 (a) (i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya V.Suloshani menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran kediamannya.Pendakwaan turut memohon supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan hingga kes selesai.Muhammad Aniq yang tidak diwakili peguam merayu supaya jaminan dikurangkan dengan alasan dia bekerja sebagai pekerja binaan.Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan.Mahkamah menetapkan 30 November ini untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam |
|
CEO syarikat buah didakwa tipu RM1.65 juta pembelian dusun durian di Raub - Sinarharian - 27/10 11:51 am SHAH ALAM Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat pemborong, pengimport dan pengeksport buah-buahan dan sayur-sayuran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas satu pertuduhan menipu RM1.65 juta bagi pembelian dusun durian di Raub, dua tahun lalu.Chan Huann Heng, 58, yang juga ahli perniagaan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Dazuki Ali.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menipu Pengarah dan Pengerusi syarikat DXN Industries (M) Sdn Bhd, Lim Siow Jin, 66, dengan memperdayakannya bahawa bayaran RM1.65 juta melalui Invois syarikat Topone Solution Sdn merupakan pembelian satu dusun durian di Raub bagi pihak syarikat mangsa.Dia secara tidak jujur mendorong mangsa menyerahkan wang itu melalui pindahan akaun bank UOB milik DXN Industries ke Maybank atas nama Topone Solution di Jalan Kelab Tropicana di sini pada 5 Februari 2024.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muaz Ahmad Khairuddin mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM100,000."Ia mengambil kira kes yang dipertuduhkan melibatkan nilai jutaan ringgit," katanya.Bagaimanapun, peguam, Dhanesh Subramaniam Nair yang mewakili tertuduh berkata, anak guamnya telah memberi kerjasama yang baik sejak kes itu disiasat."Saya mohon kadar jaminan itu dikurangkan kerana perniagaannya terjejas akibat kes berkenaan," katanya.Selepas mendengar permohonan berkenaan, Dazuki membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM80,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula pada 30 November depan. |
|
Sorok iPhone Dalam Seluar Dalam Ketika Percubaan SPM, Bekas Pelajar Gagal Rayuan Saman RM400,000 - Siraplimau - 27/10 8:45 am Seorang bekas pelajar gagal dalam rayuan saman RM400,000 terhadap guru, pengetua sekolah dan kerajaan berhubung kejadian menyembunyikan telefon bimbit ketika peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), enam tahun lalu. Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak saman berkenaanpada 16 Disember lalu |
|
Kes tembak KLIA: Mahkamah Tinggi tolak rayuan Hafizul mula hukuman dari .. - Mygazette - 27/10 8:06 am # Kes tembak KLIA: Mahkamah Tinggi tolak rayuan Hafizul mula hukuman dari tarikh tangkapan SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan bekas pengurus agensi pelancongan yang memohon hukuman penjara tujuh tahun terhadapnya kerana menembak isterinya dan mencederakan seorang pengawal peribadi, dikira bermula dari tarikh tangkapannya pada 2024. Hakim Datuk Seri Shamsulbahri Ibrahim memutuskan perintah Mahkamah Sesyen Sepang supaya hukuman penjara terhadap Hafizul Hawari, 39, bermula selepas dia selesai menjalani hukuman bagi kesalahan berasingan di Kota Bharu, Kelantan adalah sah di sisi undang-undang dan adil |
|
Kes tembak KLIA: Mahkamah Tinggi tolak rayuan mula hukuman dari tarikh tangkapan - FMT - 26/10 6:36 pm Hakim putuskan perintah Mahkamah Sesyen Sepang berkenaan hukuman penjara Hafizul Hawari sah di sisi undang-undang dan adil. |
|
Kes tembak KLIA: Mahkamah Tinggi tolak rayuan tertuduh mula hukuman dari tarikh tangkapan - Mkini - 26/10 6:22 pm Hakim memutuskan perintah Mahkamah Sesyen Sepang supaya hukuman penjara terhadap Hafizul Hawari, 39, bermula selepas dia selesai menjalani hukuman bagi kesalahan berasingan di Kota Bharu, Kelantan ada |
|
Pesara 72 tahun didakwa cabul dua kanak-kanak perempuan - Mygazette - 26/10 5:41 pm # Pesara 72 tahun didakwa cabul dua kanak-kanak perempuan KANGAR - Seorang pesara kerajaan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan kekerasan jenayah terhadap dua kanak-kanak perempuan, Ogos lepas |
|
Pesara kerajaan didakwa lakukan amang seksual dua kanak-kanak - Sinarharian - 26/10 3:44 pm KANGAR - Seorang pesara kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan kekerasan jenayah terhadap dua kanak-kanak perempuan, Ogos lepas.Annuar Abdullah, 72, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di sebuah rumah di Jalan Utama, di sini pada jam 6.30 petang, 11 Ogos.Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.Untuk pertuduhan ketiga, dia didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di tempat, masa dan tarikh yang sama.Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan.Lelaki itu juga diperintahkan supaya tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai dan mahkamah menetapkan 24 November ini untuk sebutan semula kes.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Alif Farhan Hassan, manakala tertuduh diwakili peguam Zuhair Ahmad Zakuan dan Mohamad Alif Farhan Mohamad Supian |
|
Tembak isteri di KLIA: Rayuan Hafizul mula hukuman dari tarikh tangkapan ditolak - Astroawani - 26/10 3:00 pm Hakim, Datuk Shamsulbahri Ibrahim memutuskan perintah Mahkamah Sesyen Sepang yang mengarahkan hukuman penjara terhadap Hafizul Hawari bermula selepas menjalani hukuman bagi kes di Kota Bharu sebagai sah dan adil. |
|
Tembak isteri di KLIA: Rayuan Hafizul mula hukuman dari tarikh tangkapan ditolak - Sinarharian - 26/10 1:38 pm SHAH ALAM Rayuan seorang lelaki yang mengaku melepaskan tembakan terhadap isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga mencederakan seorang pengawal peribadi supaya hukuman penjaranya dikira dari tarikh tangkapan di Kota Bharu pada 2024, ditolak Mahkamah Tinggi di sini.Hakim, Datuk Shamsulbahri Ibrahim memutuskan perintah Mahkamah Sesyen Sepang yang mengarahkan hukuman penjara terhadap Hafizul Hawari bermula selepas menjalani hukuman bagi kes di Kota Bharu sebagai sah dan adil.Di Sepang, lelaki itu berdepan dua kes iaitu melepaskan tembakan dan mencederakan individu manakala di Kota Bharu pula, dia didakwa atas tujuh kes memiliki senjata, kad pengenalan dan memandu kereta nombor pendaftaran palsu.Bagi kes di Kota Bharu, dia dihukum penjara enam tahun bermula dari tarikh tangkapan dan enam sebatan sementara tujuh tahun penjara bagi kes di Sepang.Mahkamah memerintahkan hukuman bagi kes Sepang berjalan selepas tamat hukuman bagi kes di Kota Bharu.Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, dia merayu agar hukuman bagi kes Sepang berjalan serentak dengan kes di Kota Bharu.Menerusi keputusan penghakiman yang dimuat naik dalam sistem kehakiman pada Isnin minggu lalu, Shamsulbahri menegaskan, pengiraan hukuman dari tarikh tangkapan bukanlah hak automatik seseorang yang disabitkan kesalahan, sebaliknya tertakluk kepada budi bicara hakim berdasarkan fakta dan keadaan setiap kes."Keputusan mahkamah rendah tidak menyalahi undang-undang kerana peruntukan berkenaan membenarkan hukuman penjara baharu dimulakan selepas hukuman terdahulu selesai," katanya.Shamsulbahri berpendapat, hukuman berkenaan selaras dengan Seksyen 292 Kanun Tatacara Jenayah.Katanya, perkara berkenaan memberi mahkamah kuasa menentukan sama ada hukuman penjara terhadap seseorang yang sedang menjalani hukuman terdahulu perlu bermula serta-merta atau selepas hukuman sedia ada selesai.Berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi itu, rayuan Hafizul ditolak dan perintah Mahkamah Sesyen Sepang bertarikh 5 Disember 2025 dikekalkan.Hafizul sebelum ini mengaku bersalah atas dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Sepang pada 5 Disember 2025 iaitu cubaan membunuh isterinya, Farah Md Isa, 39, dan menyebabkan kecederaan parah terhadap pengawal peribadi, Mohd Nur Hadith Zaini, menggunakan senjata api.Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi pertuduhan cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, manakala tujuh tahun bagi kesalahan menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata api mengikut Seksyen 326 kanun sama.Kedua-dua hukuman itu diperintahkan berjalan serentak antara satu sama lain, namun selepas selesai menjalani hukuman penjara yang dikenakan dalam prosiding jenayah berasingan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu.Hafizul merayu terhadap keputusan berhubung tarikh permulaan hukuman itu, bukannya sabitan atau tempoh pemenjaraan yang dikenakan.Dalam rayuannya, pihak pembelaan berhujah Hafizul telah ditahan tanpa jaminan sejak 15 April 2024 hingga 5 Disember 2025, iaitu hampir 20 bulan, dan tempoh tahanan itu wajar diambil kira ketika menentukan hukuman.Pembelaan turut menyatakan Hafizul mengaku bersalah pada peringkat awal, tidak mempunyai rekod sabitan jenayah terdahulu sebelum kejadian berkenaan selain menunjukkan penyesalan serta keinsafan.Berdasarkan pertuduhan, Hafizul didakwa cuba membunuh Farah di Balai Ketibaan Antarabangsa Aras 3, Terminal 1, KLIA, pada jam 1.09 pagi 14 April 2024.Bapa dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda dan jika menyebabkan kecederaan, penjara maksimum 20 tahun.Bagi pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas pengawal peribadi bekas isterinya, dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas pengawal peribadi bekas isterinya, dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.Susulan itu, Mahkamah Tinggi mendapati, Hafizul mengetahui isterinya pulang daripada menunaikan umrah, menunggu berhampiran tiang berdekatan lif sebelum melepaskan tembakan ke arah Farah dan pengawal peribadinya.Pengawal peribadi itu mengalami kecederaan tembakan menembusi abdomen sehingga menyebabkan kecederaan pada usus sehingga memaksa mangsa menjalani pembedahan kecemasan dan menerima rawatan selama 13 hari di Hospital Cyberjaya.Selepas kejadian, Hafizul melarikan diri dari kawasan KLIA namun berjaya ditahan di Kota Bharu pada 15 April 2024 ketika memandu sebuah kenderaan menggunakan nombor pendaftaran palsu.Di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Hafizul sebelum ini dijatuhi hukuman penjara bagi kesalahan memiliki pistol Glock 19 buatan Austria secara haram, memiliki 33 butir peluru tanpa lesen, memiliki mercun tanpa permit, memiliki kad pengenalan milik individu lain serta memandu kenderaan dengan nombor pendaftaran palsu.Hukuman penjara bagi kesalahan-kesalahan berkenaan diperintahkan berjalan serentak antara satu sama lain dan berkuat kuasa mulai tarikh tangkapannya pada 15 April 2024.Bagi kes di Kota Bharu, pertuduhan pertama, Hafizul dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan enam sebatan, pertuduhan kedua dan ketiga masing-masing hukuman penjara tiga tahun.Bagi pertuduhan keempat hingga keenam, tertuduh dijatuhi hukuman penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan dan pertuduhan ketujuh, tertuduh dihukum penjara setahun.Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki senjata api jenis pistol tertulis Glock 19 Austria, Made in Turkey, yang menyalahi Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat minimum enam kali jika disabitkan.Pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa memiliki 33 butir amunisi PMC 380 Auto tanpa lesen sah mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 8 akta sama.Ia memperuntukkan hukuman maksimum tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.Pertuduhan ketiga, dia didakwa memiliki satu bungkusan plastik cerah mengandungi mercun bola tanpa permit mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan boleh dihukum di bawah akta sama.Bagi pertuduhan keempat hingga keenam, tertuduh didakwa memiliki tiga kad pengenalan milik tiga individu lain yang menjadi kesalahan mengikut 25(1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, yang boleh dipenjara tidak lebih tiga tahun atau dengan denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali.Untuk pertuduhan ketujuh, Hafizul didakwa memandu Honda Civic putih yang menggunakan nombor pendaftaran palsu mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah akta sama.Semua pertuduhan dilakukan dalam sebuah kereta Honda Civic di perkarangan KPJ Perdana Specialist Hospital di sini, jam 2 petang, 15 April tahun lalu. |
|
Pesara Risda bebas tuduhan salah guna wang persatuan 10 tahun lepas - Astroawani - 25/10 5:15 pm Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan seorangpesara Risda daripada enam pertuduhan menyalahgunakan wang persatuan berjumlah RM15,350, kira-kira 10 tahun lepas. |
|
Pesara Risda bebas tuduhan salah guna wang persatuan 10 tahun lepas - Sinarharian - 25/10 1:05 pm KUALA TERENGGANU - Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad melepas dan membebaskan seorang pesara Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) daripada enam pertuduhan menyalahgunakan wang persatuan berjumlah RM15,350, kira-kira 10 tahun lepas.Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Amran Ghazali, 61, pada akhir kes pembelaan.Dalam penghakimannya, Azman berkata, mahkamah mendapati keterangan berhubung penggunaan wang itu oleh lelaki tersebut adalah konsisten dengan tujuan untuk kegunaan persatuan dan tidak menunjukkan dia secara curang menyalahgunakan wang itu."Saya telah menimbang dakwaan kes terhadap tertuduh dan saya mendapati wang digunakan tertuduh adalah untuk kegunaan program Risda negeri (persatuan) dan ia selari dengan keterangan saksi pendakwaan ketujuh (SP7)," katanya.Mahkamah mengarahkan wang jaminan Mohd Amran sebanyak RM6,000 dikembalikan.Pada 2021, Mohd Amran yang ketika itu bertugas sebagai pembantu tadbir di Pejabat Risda Terengganu didakwa atas enam pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM15,350 antara 2016 dan 2017.Dia yang ketika itu ahli Persatuan Kakitangan Islam Pejabat Risda Terengganu dituduh menyalahgunakan wang milik persatuan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau sebat dan denda, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nur Amalina Najwa Mohd Ali manakala Mohd Amran diwakili peguam Muhammad Abdul Rahman Ab Razak |
|
Bekas pengarah syarikat didakwa pecah amanah RM5.5 juta, AMLA RM403,000 .. - Mygazette - 23/10 3:39 pm # Bekas pengarah syarikat didakwa pecah amanah RM5.5 juta, AMLA RM403,000 KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengarah syarikat perisian dan teknologi maklumat mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah RM5.5 juta dan terlibat dalam transaksi pengubahan wang haram sebanyak RM403,000, pada 2019 |
|
Lelaki didakwa pukul wanita hingga parah guna kayu - Mygazette - 23/10 3:39 pm # Lelaki didakwa pukul wanita hingga parah guna kayu MELAKA - Seorang pembantu pengurus hotel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menyebabkan cedera parah terhadap seorang wanita menggunakan kayu, 10 tahun lalu |
|
Pengawal keselamatan didakwa cabul adik tiri - Mygazette - 23/10 3:39 pm MELAKA - Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap adik tirinya berusia 15 tahun sejak November tahun lalu Tertuduh berusia 29 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin |
|
Bekas Pengarah Syarikat IT Didakwa Pecah Amanah RM5.5 Juta, Pengubahan Wang Haram - Siakapkeli - 23/10 3:34 pm KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Seorang bekas pengarah syarikat perisian dan teknologi maklumat didakwa di Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini, atas p... |
|
Bekas pengarah syarikat IT didakwa pecah amanah RM5.5 juta - SUN - 23/10 3:16 pm Bekas pengarah syarikat IT mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah RM5.5 juta dan pengubahan wang haram RM403,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. |
|
Eksploitasi seks kanak-kanak, Geng ‘Yunaa’ didakwa - Utusan - 23/10 3:13 pm PETALING JAYA: Seramai sembilan individu berusia antara 18 hingga 44 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang, Geng Yunaa |
|
Enam lelaki, tiga wanita didakwa jadi ahli Geng Yunaa - Sinarharian - 23/10 12:19 am PETALING JAYA - Seramai enam lelaki dan tiga wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Yunaa, sejak tahun lalu.Semua tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes termasuk di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah kediaman servis, di sini antara Januari 2025 hingga 25 September lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lima 20 tahun, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Lina Hanini Ismail berkata, pertuduhan berkenaan termasuk dalam kes yang tidak boleh dijamin.Beliau yang hadir bersama seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ainaa Ridzwan memohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk sebutan kes.Syahliza tidak membenarkan semua tertuduh diikat jamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 7 Disember depan.Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan, polis berjaya menumpaskan 'Geng Yunaa' yang disyaki terbabit dalam 17 kes pelacuran dan pemerdagangan kanak-kanak untuk eksploitasi seks menerusi Ops Angel di Lembah Klang pada 24 hingga 26 September lepas.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, dalam operasi itu, tujuh individu berusia 18 hingga 44 tahun ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sehingga Jumaat.Beliau berkata, dua lagi ahli kumpulan itu ditahan di Penjara Kajang dan Sekolah Henry Gurney, Melaka atas kesalahan sama.Beliau berkata, tangkapan itu membolehkan polis menyelesaikan 17 kes serta melumpuhkan satu kumpulan jenayah terancang di Selangor.MENYUSUL |
|
Op Angel lumpuhkan Geng Yunaa, rekrut kanak-kanak untuk pelacuran - Mygazette - 23/10 8:06 am Beliau berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada Unit Jenayah Berat, Jabatan Peguam Negara yang bersetuju supaya sembilan ahli Geng Yunaa didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dan jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun. Pertuduhan terhadap sembilan ahli kumpulan itu dijadualkan dibuat di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor pada 23 Oktober ini |
|
Dua bekas pegawai kanan TH didakwa tipu pembayaran hibah RM3.3 bilion - Mygazette - 23/10 8:06 am # Dua bekas pegawai kanan TH didakwa tipu pembayaran hibah RM3.3 bilion KUALA LUMPUR - Dua bekas pegawai kanan Lembaga Tabung Haji (TH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu Ahli Lembaga Pengarah institusi itu berhubung cadangan pelarasan semula nilai hartanah bagi pembayaran hibah pendeposit berjumlah RM3.3 bilion |
|
Polis tumpaskan 'Geng Yunaa', selesaikan 17 kes pelacuran dan pemerdagangan kanak-kanak - Sinarharian - 22/10 7:25 pm KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan 'Geng Yunaa' yang disyaki terbabit dalam 17 kes pelacuran dan pemerdagangan kanak-kanak untuk eksploitasi seks menerusi Ops Angel di Lembah Klang pada 24 hingga 26 Sept lepas.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, dalam operasi itu, tujuh individu berusia 18 hingga 44 tahun ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sehingga esok.Beliau berkata, dua lagi ahli kumpulan itu sedang ditahan di Penjara Kajang dan Sekolah Henry Gurney, Melaka atas kesalahan berkaitan pemerdagangan kanak-kanak dan pelacuran."Kumpulan ini menjalankan kegiatan eksploitasi seksual melalui aktiviti pelacuran dengan merekrut remaja tempatan, warga negara asing serta kanak-kanak bawah umur yang dieksploitasi dan dijadikan mangsa pelacuran di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur."Bagi mendapatkan pelanggan, kumpulan ini menggunakan aplikasi Telegram untuk mempromosikan perkhidmatan pelacuran melibatkan anggaran 20 hingga 30 pelacur setiap hari," katanya dalam kenyataan, pada Khamis.Kumar berkata, pelanggan dikenakan bayaran antara RM200 hingga RM350 bergantung kepada pakej dan lokasi perkhidmatan, dengan pembayaran dipercayai dibuat secara tunai, melalui Touch 'n Go atau kod respons pantas (QR) perbankan kepada ejen pelacuran yang dikaitkan dengan kumpulan itu.Beliau berkata, kumpulan berkenaan dipercayai memperoleh kira-kira 100 pelanggan sehari dengan kutipan RM150 bagi setiap pelanggan, manakala bakinya dibayar kepada individu yang dieksploitasi.Berdasarkan anggaran tersebut, katanya kumpulan terbabit mampu memperoleh pendapatan RM15,000 sehari atau RM450,000 sebulan, bersamaan RM5.4 juta setahun sekiranya kegiatan itu berterusan pada kadar yang sama."Kegiatan ini amat membimbangkan kerana bukan sahaja memperdagangkan manusia demi keuntungan, malah mengeksploitasi golongan kanak-kanak yang sepatutnya dilindungi daripada penderaan dan eksploitasi seksual."Lebih membimbangkan, eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak berpotensi meninggalkan kesan trauma psikologi berpanjangan, merosakkan perkembangan emosi, akhlak dan sosial serta menjejaskan masa depan mangsa," katanya.Beliau berkata, 'Geng Yunaa' yang aktif sejak awal 2024 itu terdiri daripada 10 orang yang berusia lingkungan 18 hingga 44 tahun dengan diketuai seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun.Dalam operasi berkenaan, polis turut merampas pelbagai barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan pelacuran antaranya 14 telefon bimbit, enam kotak ubat pencegah kehamilan, tuala dan gel pelincir."Hasil semakan mendapati beberapa tangkapan mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau seperti jenayah pelacuran, pemerdagangan orang, pengedaran dadah dan penipuan."Kita juga telah mengenal pasti seorang lagi ahli kumpulan yang masih bebas dan usaha untuk mengesan suspek ini masih giat dijalankan," katanya.Kumar berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Unit Jenayah Berat, Jabatan Peguam Negara yang bersetuju supaya sembilan ahli geng terbabit didakwa di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor esok.Beliau berkata, tangkapan itu membolehkan polis menyelesaikan 17 kes serta melumpuhkan satu kumpulan jenayah terancang di Selangor |
|
Padah Rompak Nenek Saudara, Lelaki Dipenjara Empat Tahun, Satu Sebatan - Siakapkeli - 22/10 5:27 pm IPOH, 22 Okt (Bernama) -- Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersal... |
|
Dua bekas pegawai kanan TH didakwa tipu pembayaran hibah RM3.3 bilion - Sinarharian - 22/10 2:57 pm KUALA LUMPUR - Dua bekas pegawai kanan Lembaga Tabung Haji (TH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan menipu Ahli Lembaga Pengarah institusi itu berhubung cadangan pelarasan semula nilai hartanah bagi pembayaran hibah pendeposit berjumlah RM3.3 bilion.Bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah, 70, dan bekas Ketua Pegawai Kewangan TH Datuk Rozaida Omar, 63, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan bersama dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama menipu Ahli Lembaga Pengarah TH dengan menyediakan dan membentangkan Kertas Kerja Bil.3/2018 (K)(358) yang mengandungi cadangan pelarasan semula nilai tiga hartanah pelaburan iaitu Bangunan TH Platinum Park, Bangunan TH Perdana dan Bangunan TH Selborne.Pelarasan itu didakwa bertujuan meningkatkan jumlah keuntungan TH dalam laporan kewangan belum disatukan (belum diaudit) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 bagi membolehkan pembayaran hibah kira-kira RM3.3 bilion kepada pendeposit dilaksanakan.Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu walaupun mengetahui nilai hartanah pelaburan terbabit sepatutnya dinilai pada kadar pasaran lebih rendah, sekali gus mendorong Ahli Lembaga Pengarah TH untuk meluluskan kertas kerja berkenaan serta pelarasan semula nilai ketiga-tiga bangunan tersebut.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Menara TH Tun Razak, Jalan Tun Razak di sini antara jam 3 petang dan jam 10.30 malam pada 9 Februari 2018.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikanTimbalan Pendakwa Raya Datuk Nazran Mohd Sham, Rohaiza Abd Rahman dan Siti Aina Rodhiah Md Shikh manakala Rozaida diwakili peguam Shamsul Sulaiman dan peguam Datuk Shukri Mohamed dan Malissa Shukri mewakili Johan.Mahkamah membenarkan Rozaida dan Johan diikat jamin RM60,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 8 Dis depanuntuk sebutan kes bagi serahan dokumen |
|
Anggota polis tak mengaku salah samun rantai emas - Mygazette - 22/10 2:53 pm # Anggota polis tak mengaku salah samun rantai emas BUTTERWORTH - Seorang anggota polis berpangkat lans koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan samun seutas rantai leher emas milik seorang wanita warga Myanmar, minggu lalu |
|
Sembilan lelaki ahli Geng Suria didakwa - Utusan - 22/10 2:31 pm SUNGAI PETANI: Sembilan lelaki ahli Geng Suria didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang antara 2024 hingga tahun ini |
|
Bekas CEO, CFO TH didakwa tipu pemberian hibah RM3.3 bilion - Kosmo - 22/10 2:28 pm KUALA LUMPUR – Dua bekas pegawai kanan Lembaga Tabung Haji (TH) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu tentang hibah berhubung nilai tiga hartanah pelaburan bernilai RM3.3 bilion, lapan tahun lalu |
|
Pemilik bengkel didakwa gagal bayar cukai barang, perkhidmatan - Utusan - 22/10 2:19 pm IPOH: Seorang pemilik bengkel dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan gagal membayar cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta penalti berjumlah lebih RM271,000 bagi tempoh bercukai dari April 2016 hingga Jun 2018 |
|
‘Saya sakit hati, tiada niat nak rompak’ - Kosmo - 22/10 2:17 pm Saya lakukan semua ini (merompak) bukan dengan niat”. Demikian rayuan Mohamad Fitri Abdul Aziz, 39, ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak warga emas berusia 77 tahun dalam kejadian minggu lalu |
|
Bersenjatakan pemutar skru, ikat nenek saudara rompak subang emas - Sinarharian - 22/10 2:12 pm IPOH Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas tuduhan merompak sepasang subang emas milik nenek saudaranya di Kampung Kepayang, Simpang Pulai di sini minggu lalu.Tertuduh, Mohamad Fitri Abdul Aziz, 39, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Tanjong, Kampung Kepayang, Simpang Pulai di sini kira-kira jam 10.30 pagi pada 16 Oktober.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merompak sepasang subang emas milik Lailan Yeop Tarikh, 77, dengan bersenjatakan sebatang pemutar skru yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama.Bagi kesalahan tersebut, hukuman penjara selama tempoh 14 tahun dan denda atau sebatan boleh dikenakan jika sabit kesalahan.Berdasarkan fakta kes, mangsa yang berada bersendirian di rumah melihat tertuduh masuk sambil membawa pemutar skru sebelum lelaki itu meletakkan senjata berkenaan di sebelahnya.Tertuduh kemudian mengikat tangan mangsa menggunakan pita pelekat berwarna coklat sebelum merompak subang emas yang dipakainya dan melarikan diri.Mangsa mengalami lebam pada kedua-dua pergelangan tangan manakala nilai kerugian dianggarkan RM3,000.Mangsa bagaimanapun berjaya melepaskan diri sebelum membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.Tertuduh ditangkap pada kira-kira jam 6.45 petang hari sama di sebuah rumah di kawasan RPT Merawan Indah, Simpang Pulai di sini.Sementara itu ketika merayu hukuman diringankan, Mohamad Fitri memaklumkan bahawa dia belum berkahwin dan mendakwa perbuatannya dilakukan tanpa niat.Bagaimanapun, ketika ditanya Hakim Ainul Shahrin Mohamad mengenai maksud kenyataan itu, tertuduh menjelaskan dia bertindak demikian kerana sakit hati terhadap mangsa yang juga nenek saudaranya selepas wanita itu menuduhnya mencuri di rumah berkenaan sebelum ini.Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hairol Gemain bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan kerana tertuduh didapati bertindak dengan niat untuk merompak termasuk menjual barang kemas berkenaan di sebuah kedai pajak gadai.Mahkamah kemudian memutuskan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 16 Oktober lalu serta satu sebatan. |
|
Bekas CEO, CFO TH mengaku tidak salah tuduhan menipu hibah RM3.3 bilion - Hmetro - 22/10 1:40 pm Kuala Lumpur: Dua bekas pegawai kanan Lembaga Tabung Haji (TH) mengaku tidak salah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menipu Ahli Lembaga Pengarah agensi itu berhubung pembayaran hibah berjumlah RM3.3 bilion bagi tahun kewangan 2017 |
|
Pemilik bengkel mengaku tidak bersalah gagal bayar cukai - Sinarharian - 22/10 1:27 pm IPOH - Seorang pemilik bengkel lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas lapan pertuduhan gagal menjelaskan cukai barang dan perkhidmatan serta penalti berjumlah lebih RM271,000.Look Pek Kong, 48, sebagai orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit yang merupakan orang kena cukai di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 didakwa melakukan kesalahan gagal membayar cukai barang dan perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar untuk lapan tempoh cukai terlibat seperti ditetapkan pada Ketua Pengarah Kastam.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak di sini dengan jumlah tunggakan cukai dan penalti bagi tujuh tempoh bercukai terbabit ialah RM271,875.33.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 41(7) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 dan boleh dihukum di bawah Seksyen dan Akta yang sama.Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.Dalam pada itu, Pek Kong turut berdepan dua lagi pertuduhan masing-masing di bawah Seksyen 165 (4) akta yang sama kerana gagal mengemukakan dokumen yang diminta oleh pegawai kastam dan Seksyen 57(4) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 kerana gagal mengemukakan mengemukakan dokumen yang diminta oleh pegawai kastam.Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa JKDM, Nur Amalina Ahmad Nazeri dan Ar Junadi Jamaludidn manakala OKS tiadk diwakili peguam.Mahkamah membenar jaminan sebanyak RM8,000 terhadap OKS dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 November sebagai sebutan semula kes. |
|
Lelaki dipenjara empat tahun rompak subang emas nenek saudara - Sinarharian - 22/10 1:13 pm IPOH Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas tuduhan merompak sepasang subang emas milik nenek saudaranya di Kampung Kepayang, Simpang Pulai, di sini minggu lalu.Tertuduh, Mohamad Fitri Abdul Aziz, 39, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Tanjong, Kampung Kepayang, Simpang Pulai, di sini kira-kira jam 10.30 pagi pada 16 Oktober.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merompak sepasang subang emas milik Lailan Yeop Tarikh, 77, dengan bersenjatakan sebatang pemutar skru yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama.Bagi kesalahan tersebut, hukuman penjara selama tempoh 14 tahun dan denda atau sebatan boleh dikenakan jika sabit kesalahan.Berdasarkan fakta kes, mangsa yang berada bersendirian di rumah melihat tertuduh masuk sambil membawa pemutar skru sebelum lelaki itu meletakkan senjata berkenaan di sebelahnya.Tertuduh kemudian mengikat tangan mangsa menggunakan pita pelekat berwarna coklat sebelum merompak subang emas yang dipakainya dan melarikan diri.Mangsa mengalami lebam pada kedua-dua pergelangan tangan manakala nilai kerugian dianggarkan RM3,000.Mangsa bagaimanapun berjaya melepaskan diri sebelum membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.Tertuduh ditangkap pada kira-kira jam 6.45 petang hari sama di sebuah rumah di kawasan RPT Merawan Indah, Simpang Pulai, di sini.Sementara itu ketika merayu hukuman diringankan, Mohamad Fitri memaklumkan bahawa dia belum berkahwin dan mendakwa perbuatannya dilakukan tanpa niat.Bagaimanapun, ketika ditanya Hakim Ainul Shahrin Mohamad mengenai maksud kenyataan itu, tertuduh menjelaskan dia bertindak demikian kerana sakit hati terhadap mangsa yang juga nenek saudaranya selepas wanita itu menuduhnya mencuri di rumah berkenaan sebelum ini.Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hairol Gemain bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan kerana tertuduh didapati bertindak dengan niat untuk merompak termasuk menjual barang kemas berkenaan di sebuah kedai pajak gadai.Mahkamah kemudian memutuskan hukuman penjara selama empat tahun bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 16 Oktober lalu serta satu sebatan. |
|
Sembilan Geng Suria didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang - Astroawani - 22/10 1:00 pm Sembilan lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, dikenali sebagai Geng Suria. |
|
‘Geng Suria’ aktif rompakan kumpulan bersenjata tumpas, 9 ahli .. - Mygazette - 22/10 8:50 am Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun, ujarnya. Tambah Kumar, kesemua sembilan ahli Geng Suria akan dituduh di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Kedah esok |
|
Bekas eksekutif didakwa salah guna kedudukan berkaitan kontrak RM2.6 juta - Sinarharian - 22/10 8:38 am SHAH ALAM Bekas Eksekutif Teknik (Unit Mobility Solution) Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas satu pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berkaitan kontrak bernilai lebih RM2.6 juta, lapan tahun lalu.Berdasarkan kenyataan media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Rizal Mohd Yusof, 52, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin.Mengikut pertuduhan, lelaki itu yang merupakan pegawai badan awam berkenaan dan bertugas sebagai ahli Jawatankuasa Penilaian Teknikal Tender didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi pihak syarikat Sunpower Resources (M) Sdn Bhd.Perbuatan itu berkaitan kontrak Kerja-Kerja Pengumpulan, Mengesahkan Serta Mengemas Kini Pengurusan Data Linear Aset bagi Zon Timur yang bernilai RM2,628,080.Tertuduh didakwa mengambil bahagian dalam mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Teknikal Tender berhubung kontrak berkenaan walaupun mempunyai kepentingan pada 1 Oktober 2018.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Ps Muhammad Arif Asyraf Mohd Khairi, manakala tertuduh diwakili peguam, Khairul Amin Abdullah.Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan syarat tambahan iaitu melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat sekali setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.Sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Disember depan. |
|
Bekas eksekutif TNB didakwa salah guna kedudukan berkaitan kontrak RM2.6 juta - Sinarharian - 22/10 8:38 am SHAH ALAM Bekas Eksekutif Teknik (Unit Mobility Solution) Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas satu pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berkaitan kontrak bernilai lebih RM2.6 juta, lapan tahun lalu.Berdasarkan kenyataan media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Rizal Mohd Yusof, 52, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin.Mengikut pertuduhan, lelaki itu yang merupakan pegawai badan awam berkenaan dan bertugas sebagai ahli Jawatankuasa Penilaian Teknikal Tender didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi pihak syarikat Sunpower Resources (M) Sdn Bhd.Perbuatan itu berkaitan kontrak Kerja-Kerja Pengumpulan, Mengesahkan Serta Mengemas Kini Pengurusan Data Linear Aset bagi Zon Timur yang bernilai RM2,628,080.Tertuduh didakwa mengambil bahagian dalam mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Teknikal Tender berhubung kontrak berkenaan walaupun mempunyai kepentingan pada 1 Oktober 2018.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Ps Muhammad Arif Asyraf Mohd Khairi, manakala tertuduh diwakili peguam, Khairul Amin Abdullah.Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan syarat tambahan iaitu melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat sekali setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.Sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Disember depan. |
|
Geng Suria tumpas, 9 ahli akan didakwa esok - Sinarharian - 21/10 9:33 pm Kumar berkata kejayaan itu hasil Ops Sunset yang dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama JSJ Kontinjen Kedah dari 24 hingga 27 Sept lepas di Kedah dan Perak.Beliau berkata, kumpulan yang mempunyai sembilan ahli berusia antara 28 hingga 52 tahun itu diketuai seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun dan dipercayai aktif sejak awal 2024 hingga kini."Polis berjaya menangkap enam suspek berusia antara 28 hingga 39 tahun, manakala tiga lagi ahli kumpulan sedang ditahan di Penjara Sungai Buloh, Penjara Pokok Sena dan Penjara Sungai Petani atas kesalahan jenayah lain," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata keenam-enam suspek kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) hingga 25 Oktober ini."Hasil pemeriksaan mendapati beberapa suspek mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan curi kenderaan, pecah rumah, dadah dan rompakan berkumpulan serta mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata tajam."Polis turut merampas enam telefon bimbit pelbagai jenama serta 189 pil ekstasi dengan anggaran berat 101.12 gram. Siasatan berhubung rampasan dadah itu dilakukan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.Kumar berkata, modus operandi kumpulan itu ialah menyasarkan kediaman warga asing, premis perniagaan dan rumah kediaman yang dikenal pasti oleh ketua kumpulan.Beliau berkata, semasa melakukan rompakan, ahli kumpulan menggunakan senjata berbahaya seperti pisau dan parang serta tidak teragak-agak mencederakan mangsa bagi melancarkan kegiatan jenayah mereka."Tindakan agresif dan keganasan itu menyebabkan mangsa mengalami ketakutan serta trauma, malah beberapa mangsa turut mengalami kecederaan parah."Barang berharga yang dicuri akan dijual untuk mendapatkan wang, manakala hasil keuntungan dibahagikan oleh ketua kumpulan kepada setiap ahli berdasarkan peranan dan penglibatan masing-masing," katanya.Beliau berkata, berdasarkan laporan polis yang diterima sejak 2024, kegiatan Geng Suria mengakibatkan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit selain menjejaskan keselamatan mangsa."Kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Unit Jenayah Berat, Jabatan Peguam Negara dan persetujuan diperoleh untuk mendakwa kesemua sembilan ahli kumpulan itu mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang."Kesemua sembilan ahli Geng Suria dijadualkan didakwa esok di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Kedah," katanya |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |