| /// |
|
| Search : Sembilan News | Page 1 |
|
Status MB N. Sembilan dibawa ke meja rundingan BN-PH - Mygazette - 1/05 7:31 am # Status MB N. Sembilan dibawa ke meja rundingan BN-PH PUTRAJAYA Status Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan akan dibawa ke meja perundingan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) |
|
14 ADUN BN berniat baik, mahu dukung institusi raja – Zahid - Mygazette - 1/05 7:31 am # 14 ADUN BN berniat baik, mahu dukung institusi raja - Zahid PUTRAJAYA Tindakan kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan yang sebelum ini menarik sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun disifatkan sebagai berniat baik demi memastikan institusi raja dan adat negeri terus dihormati serta didukung semua pihak |
|
DAP patut malu, mengapa takut DUN N. Sembilan dibubarkan -Puad DAP patut .. - Mygazette - 1/05 7:31 am # DAP patut malu, mengapa takut DUN N. Sembilan dibubarkan -Puad JOHOR BAHRU - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan mengapa DAP takut sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan susulan kemelut politik di negeri itu |
|
ADUN BN, UMNO Negeri Sembilan Kekal Sokong Kerajaan Negeri Demi Kestabilan - Siakapkeli - 30/04 10:21 pm PUTRAJAYA, 30 April (Bernama) -- Kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan |
|
Laksana enkuiri sambung kembali tali muafakat di Negeri Sembilan - Rais - Sinarharian - 30/04 10:20 pm SHAH ALAM - Satu enkuiri atau siasatan menurut Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 perlu dilaksanakan sebagai jalan penyelesaian paling realistik dalam usaha menyambung kembali tali muafakat susulan krisis di Negeri Sembilan.Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, siasatan yang dimaksudkan adalah mengenai peristiwa pemberhentian Datuk Mubarak Dohak sebagai Undang Luak Sungai Ujong.Selain itu, peristiwa tentang empat Undang umum pemecatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan mengisytiharkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertuan Besar baharu berkuat kuasa serta-merta.Menurut beliau, jika enkuiri dapat dilunaskan sebagai bahan bukti tambahan, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun diminta supaya tidak melakukan apa-apa tindakan."Mengusir orang, memadamkan api atau menyuruh pegawai putuskan pintu rezeki mana-mana pihak |
|
Bila tukang kira kerusi mahu mengajar undang-undang kepada Raja - Harapandaily - 30/04 9:01 pm Oleh DR SHAHNOR BASRI Di Negeri Sembilan hari ini, yang sedang bergoncang bukan sekadar kerusi Menteri Besar, tetapi maruah sebuah negeri beradat, berperlembagaan dan berdaulat |
|
BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan - Mypress - 30/04 8:42 pm PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menegaskan komitmen untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan apabila kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu sepakat mengekalkan sokongan demi menjamin kestabilan… |
|
Royal dispute throws a wrench in N Sembilan political manoeuvres - Mkini - 30/04 8:00 pm Sources say the situation could remain at a standstill until the next election. |
|
Negeri Sembilan drama settles: Zahid confirms 14 UmnoBN assemblymen staying with Unity pact - Malaymail - 30/04 7:53 pm PUTRAJAYA, April 30 All 14 assemblymen from Umno and Barisan Nasional (BN) in Negeri Sembilan have agreed to con... |
|
Kedudukan MB Negeri Sembilan akan dibawa ke rundingan PH-BN - Sinarharian - 30/04 7:05 pm PUTRAJAYA - Kedudukan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan akan dibawa ke meja rundingan Pakatan Harapan dan BN (PH-BN) bagi mencapai penyelesaian.Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan pakatan itu mempunyai perjanjian melibatkan 18 perkara yang antara lain jika terdapat sebarang permasalahan, ia diselesaikan secara bersama."Pada hemat saya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk kita sama-sama melihat jika ada perkara-perkara secara perinciannya boleh kita selesaikan cara bersama."Ini demi kepentingan rakyat keseluruhannya kerana kita tahu negara sedang menghadapi permasalahan ekonomi global dan kita harus bersatu hati untuk bersama-sama bukan hanya menangani tetapimendukung hasrat perdana menteri bagi mewujudkan kestabilan politik," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Forum Memperkasa Akses Dipercayai Merentasi Ekosistem Digital Malaysia dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) MyDigital ID di sini pada Khamis.Ditanya adakah itu bermaksud perlu ada Menteri Besar yang baharu, Ahmad Zahid bagaimanapun enggan mengulas lanjut."Itu adalah perkara lain lagi (ketawa)," jelas beliau ketika menjawab pertanyaan pemberita sama ada perlu melantik Menteri Besar baharu atau kekal menyokong Aminuddin sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.Pada 28 April lalu, Anwar menjelaskan bahawa Aminuddin akan menjalankan tugas seperti biasa sebagai Menteri Besar seperti dititahkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. |
|
Semua 14 ADUN BN Negeri Sembilan Kekal Bersama Kerajaan Perpaduan Zahid, - Wrlr - 30/04 6:33 pm Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dicapai hasil perbincangan dalam pertemuannya bersama semua wakil rakyat Umno Negeri Sembilan pada 30 April 2026 |
|
Bila tukang kira kerusi mahu mengajar undang-undang kepada Raja - Wrlr - 30/04 6:29 pm Harapandaily April 30, 2026 OLEH DR SHAH NOR BASRI Di Negeri Sembilan hari ini, yang sedang bergoncang bukan sekadar kerusi Menteri Besar, tetapi maruah sebuah negeri beradat, berperlembagaan dan berdaulat |
|
Don't misinterpret, BN's N Sembilan reps acted in good faith - Zahid - Mkini - 30/04 6:14 pm UPDATED 7PM It is to ensure all parties continue to uphold royal and customary institutions, coalition chair says. |
|
Amanah tolak cadangan tak munasabah Umno ajak bincang dengan PH - FMT - 30/04 6:08 pm Setiausaha agung Amanah berkata, perbincangan sedemikian patut diadakan sebelum 14 Adun Umno bertindak 'khianat' di Negeri Sembilan. |
|
14 Umno reps still support Negeri Sembilan unity govt, says Zahid - FMT - 30/04 6:06 pm The Umno president says the assemblymen who withdrew support for Negeri Sembilan menteri besar Aminuddin Harun have no intention of forming a new state government. |
|
Krisis Negeri Sembilan: 14 ADUN setuju kekal dalam Kerajaan Perpaduan - Sinarharian - 30/04 6:00 pm PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kesemua ADUN Negeri Sembilan yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun bersetuju untuk terus kekal dalam kerangka Kerajaan Perpaduan di negeri itu.Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu diputuskan dalam pertemuannya bersama 14 ADUN berkenaan pada Khamis.Menurutnya, pertemuan tersebut memberi ruang kepada semua pihak menjelaskan konteks sebenar di sebalik tindakan menarik sokongan yang sebelum ini mencetuskan pelbagai tafsiran politik."Menarik sokongan itu berjalan, tetapi kita tetap bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan," katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Memperkasa Akses Dipercayai Merentasi Ekosistem Digital Malaysia dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) MyDigital ID di sini pada Khamis.Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan tindakan 14 ADUN itu harus ditafsirkan semula supaya tidak memberi pentafsiran yang salah mengenai perkara tersebut."Saya telah mengadakan perbincangan dengan kesemua 14 ADUN daripada Negeri Sembilan untuk melihat semula bahawa (mereka) tidak berhajat untuk retract, tetapi mahu membetulkan persepsi yang ada bahawa usaha yang dilakukan oleh mereka bukan berhasrat untuk menebuk atap atau membentuk kerajaan negeri melalui pintu belakang tetapi adalah untuk menentukan institusi yang saya sebutkan itu berjalan dengan baik," jelas Ahmad Zahid.Tambah beliau lagi, negara ketika ini sedang menghadapi permasalahan ekonomi global, justeru semua harus bersatu hati untuk bersama-sama, bukan hanya menangani masalah, tetapi untuk terus mendukung apa yang dihasratkan oleh Perdana Menteri."Apa yang dihasratkan oleh Perdana Menteri adalah bagi mewujudkan kestabilan politik demi untuk kita bersama-sama menghadapi apa yang disebut sebagai krisis global ini demi kepentingan rakyat keseluruhannya," katanya.Sinar Harian pada Isnin melaporkan, Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengumumkan 14 ADUN UMNO-BN sebulat suara hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin. |
|
14 Adun Umno kekal sokong kerajaan perpaduan N Sembilan, kata Zahid - FMT - 30/04 5:59 pm Presiden Umno itu berkata keputusan dibuat selepas perbincangan bersama semua Adun itu hari ini bagi perjelas persepsi dan elak salah tafsir. |
|
Semua 14 ADUN BN Negeri Sembilan kekal bersama Kerajaan Perpaduan - Hmetro - 30/04 5:44 pm Putrajaya: Semua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan bersetuju untuk terus kekal bersama Kerajaan Perpaduan di negeri berkenaan bagi memastikan kestabilan terus terpelihara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi |
|
IGP urges restraint over N. Sembilan political crisis, assures public order intact - Malaymail - 30/04 5:11 pm KUALA LUMPUR, April 30 The Royal Malaysia Police (PDRM) has urged for calm and restraint amid an ongoing politic... |
|
Negeri Sembilan govt orders Sungai Ujong undangs residence vacated - FMT - 30/04 5:01 pm The directive was issued in a letter to the private secretary of Mubarak Dohak, the former undang of Sungai Ujong. |
|
Amanah rejects Umnos irrational call for talks with PH - FMT - 30/04 4:52 pm The partys secretary-general Faiz Fadzil says such talks should have been held before the treacherous manoeuvre by 14 Umno assemblymen in Negeri Sembilan. |
|
N Sembilan govt tells sacked undang to vacate official residence - Mkini - 30/04 4:05 pm Civil servants working there have also been given transfer orders. |
|
Wujudkan sistem amaran pesalah keganasan rumah tangga - Wanita MCA - Sinarharian - 30/04 3:54 pm SHAH ALAM Wanita MCA mencadangkan kerajaan mewujudkan sistem amaran dan pangkalan data khas bagi merekod pesalah keganasan rumah tangga.Setiausaha Agungnya, Chan Quin Er berkata, ia sebagai langkah menghalang pelaku berulang terus memburu serta mendera wanita lain susulan satu kes keganasan rumah tangga di Kedah.Menurutnya, mekanisme pemantauan lebih ketat itu perlu melibatkan individu yang mempunyai rekod keganasan rumah tangga manakalan pangkalan data yang disyorkan pula boleh dihubungkan dengan agensi berkaitan seperti polis dan jabatan agama.Kata beliau, individu yang mempunyai rekod keganasan rumah tangga juga mesti dikenakan hukuman lebih berat kerana cenderung mengulangi jenayah dan membahayakan orang lain selain pelaksanaan hukuman penjara terhadap pelaku tidak boleh ditangguhkan."Kerajaan perlu mempercepatkan arahan perlindungan untuk mangsa. Ramai mangsa gagal mendapatkan perlindungan segera kerana proses birokrasi yang lambat."Prosedur ini mesti dipermudah dan dipercepatkan agar mangsa dapat dilindungi sebaik sahaja laporan dibuat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Pada masa sama, beliau menyarankan kerajaan memperluaskan bantuan kepada mangsa seperti rumah perlindungan wanita, bantuan guaman, kaunseling, bantuan kewangan dan talian kecemasan yang responsif."Ini penting supaya wanita di luar sana tahu ke mana harus di tuju tanpa rasa takut untuk keluar daripada hubungan toksik," jelasnya.Pada Rabu, Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah mendedahkan, suspek kes memukul isteri hingga parah dan mengalami keguguran di Bandar Amanjaya, Alor Setar, minggu lalu dipercayai mempunyai sejarah perkahwinan sehingga sembilan kali serta memiliki 11 anak.Menurutnya, lelaki berusia 43 tahun itu juga dipercayai masih mempunyai tiga isteri dengan perkahwinan terbaharu bersama mangsa dilakukan di Selatan Thailand.Kata beliau, siasatan mendapati suspek mempunyai modus operandi tersendiri dengan menyasarkan wanita yang mempunyai pekerjaan tetap, khususnya penjawat awam.Mengulas lanjut, Quin Er berkata, pihaknya memandang serius dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan kejam lelaki terbabit apatah lagi suspek mempunyai sejarah keganasan rumah tangga terhadap isteri, keganasan terhadap teman wanita serta rekod jenayah lampau.Beliau menegaskan, kes itu jelas menunjukkan kegagalan sistem perlindungan sedia ada dalam menghalang pelaku daripada terus memburu dan mendera wanita."Isu keganasan rumah tangga bukan hal keluarga semata-mata, sebaliknya jenayah serius yang boleh meragut nyawa."Kita tidak boleh terus membiarkan wanita hidup dalam ketakutan sedangkan pelaku bebas mengulangi kejahatannya terhadap mangsa baharu," ujarnya.Untuk rekod, satu lagi kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan di Johor pada 2021 membabitkan mangsa sedang mengandung, Jahidah Nordin@Sylvester yang mana suspek didakwa memukul isterinya sehingga mengalami kecederaan parah.Ia termasuk pendarahan otak, menyebabkan sebahagian tengkoraknya terpaksa dibuang, selain rahang, tulang belakang dan rusuk retak.Justeru, Quin Er turut mengingatkan kaum wanita agar tidak memandang ringan tanda-tanda awal penderaan dalam hubungan kerana jika dibiarkan, ia akan menjadi lebih buruk dan memudaratkan."Wanita MCA juga menyeru masyarakat supaya berhenti menyalahkan mangsa semata-mata |
|
Kerajaan NS arah pengosongan kediaman rasmi, Balai Undang Sungei Ujong - FMT - 30/04 3:49 pm Arahan tersebut merujuk kepada keputusan sidang khas Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan bertarikh 17 April. |
|
Amanah desak UMNO nyatakan pendirian isu tebuk atap di Negeri Sembilan - Sinarharian - 30/04 3:46 pm SHAH ALAM Parti Amanah Negara (Amanah) mendesak kepimpinan tertinggi UMNO supaya menyatakan pendirian tegas berhubung tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang didakwa cuba menjatuhkan kerajaan Negeri Sembilan melalui gerakan tebuk atap.Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil menyifatkan tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai satu bentuk pengkhianatan yang tidak munasabah, khususnya dalam konteks kerjasama Kerajaan Perpaduan.Beliau berkata, cadangan untuk mengadakan perbincangan antara Biro Politik UMNO dan Pakatan Harapan selepas tindakan tersebut diambil adalah tidak wajar."Cadangan untuk mengadakan perbincangan setelah menikam rakan gabungan dari belakang adalah tidak munasabah dan tidak masuk akal."Tindakan 14 ADUN UMNO memulakan hubungan dengan lima ADUN Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan baharu tidak boleh ditafsirkan selain daripada tindakan khianat dan berniat jahat," ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis.Sehubungan itu, Amanah menggesa UMNO mengambil tindakan disiplin tegas terhadap wakil rakyat yang terlibat bagi memastikan kemelut politik seumpama itu tidak berulang.Antara tuntutan yang dikemukakan ialah mengutuk tindakan penarikan sokongan oleh 14 ADUN berkenaan, mengarahkan penarikan balik kenyataan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar serta memberi amaran keras kepada semua pihak supaya menghormati prinsip Kerajaan Perpaduan."Terma hilang sokongan kepada Menteri Besar adalah sama nilainya dengan hilang sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan secara keseluruhannya," ujarnya.Dalam pada itu, beliau menegaskan pendirian Amanah adalah bagi menjaga imej institusi raja dan adat di Negeri Sembilan, selain menekankan penyelesaian secara terhormat melalui rundingan berbanding budaya jatuh-menjatuhkan.Beliau turut mengingatkan UMNO supaya mematuhi titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan agar Aminuddin meneruskan tugas sebagai Menteri Besar.Pada masa sama, Amanah mengajak semua pihak kembali memberi tumpuan kepada usaha mengukuhkan Kerajaan Perpaduan serta menangani cabaran ekonomi semasa."Semua pihak perlu menumpukan kepada penyelesaian masalah rakyat dan menjauhkan diri daripada politik murahan yang bersifat oportunis serta mementingkan diri sendiri," tambahnya |
|
Balai Undang Sungei Ujong diarah kosong serta-merta - Hmetro - 30/04 3:34 pm Seremban: Suhu kemelut adat di Negeri Sembilan makin panas apabila tersebar satu surat kediaman rasmi dan Balai Undang Sungei Ujong, dekat Ampangan, di sini, diarah dikosongkan |
|
Balai Undang Luak Sungei Ujong diarah dikosongkan serta-merta - Kosmo - 30/04 3:30 pm SEREMBAN – Krisis adat dan perlembagaan di Negeri Sembilan semakin meruncing apabila Kerajaan Negeri mengarahkan pengosongan kediaman rasmi dan Balai Undang Luak Sungei Ujong berkuatkuasa serta-merta |
|
14 ADUN UMNO N. Sembilan perlu bawa usul tak percaya dalam sidang DUN .. - Mygazette - 30/04 3:26 pm # 14 ADUN UMNO N. Sembilan perlu bawa usul tak percaya dalam sidang DUN - Hassan Karim JOHOR BAHRU - Jika UMNO Pusat setuju dengan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka di Negeri Sembilan menolak Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar, usul tidak percaya perlu dibentang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan |
|
Krisis N. Sembilan: Presiden UMNO pun tak setuju kerajaan `tebuk .. - Mygazette - 30/04 3:26 pm # Krisis N. Sembilan: Presiden UMNO pun tak setuju kerajaan `tebuk atap' - Anthony Loke KUALA LUMPUR DAP menghargai keputusan Biro Politik UMNO yang terus menyokong Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan bagi memastikan kestabilan dan kesejahteraan rakyat terpelihara di negeri itu |
|
Isu Exco Selangor: Jamal puji Amirudin tegur pemimpin PKR jangan .. - Mygazette - 30/04 3:26 pm Terdahulu seorang pemimpin PKR Selangor menggesa Menteri Besar memecat Exco Kerajaan Negeri daripada UMNO, Datuk Rizam Ismail. Gesaan itu dibuat susulan tindakan UMNO mahu menjatuhkan kerajaan pimpinan PKR di Negeri Sembilan |
|
DAPSY desak Anwar pecat Tok Mat, dakwa ???musuh dalam selimut??? kerajaan - Mygazette - 30/04 3:26 pm Justeru, kami mendesak Perdana Menteri (PMX) untuk segera memecat Datuk Seri Utama Mohamad Hasan daripada jawatan Menteri Kabinet, katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Menurut beliau, tindakan Mohamad yang didakwa menyokong usaha menjatuhkan kerajaan Negeri Sembilan beberapa hari lalu merupakan satu bentuk pengkhianatan terhadap prinsip kolektif pentadbiran negara |
|
Takut DAP antara punca UMNO `u-turn’ di Negeri Sembilan? – Tun .. - Mygazette - 30/04 3:26 pm # Takut DAP antara punca UMNO `u-turn' di Negeri Sembilan? - Tun Faisal KUALA LUMPUR Keputusan UMNO-Barisan Nasional (BN) untuk terus menyokong Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan meskipun hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, mencetuskan tanda tanya apabila dilihat bercanggah dengan pendirian parti itu sendiri |
|
Rakyat perlu bersama selesaikan isu adat Negeri Sembilan - Utusan - 30/04 3:17 pm SEREMBAN: Rakyat boleh bersama-sama memainkan peranan dalam menyelesaikan krisis adat dan perlembagaan yang melanda Negeri Sembilan |
|
Jangan U-turn, 14 ADUN BN mesti kekal tarik sokongan - Puad - Sinarharian - 30/04 3:05 pm SHAH ALAM - Seramai 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) digesa supaya tetap dengan pendirian menarik sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun demi menjaga integriti parti.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, ini kerana alasan penarikan sokongan tersebut adalah kukuh dan perlu bagi mengelakkan negeri tersebut terus terheret dalam konflik politik yang berpanjangan."Saya berharap 14 ADUN BN kekal dengan keputusan mereka untuk menarik sokongan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan."Alasan menarik sokongan adalah kukuh dan tindakan itu juga wajar," katanya menerusi hantaran media sosial pada Khamis.Puad menjelaskan, integriti UMNO akan terjejas teruk sekiranya keputusan sokongan itu ditarik balik."UMNO tidak boleh terseret dengan cara Aminuddin yang angkuh mahu terus jadi MB walaupun ia kerajaan minoriti."UMNO mesti dilihat tegas, berprinsip, hormat pada adat, mengikut prinsip perlembagaan, demokratik dan mengutamakan kestabilan," katanya.Sinar Harian pada Isnin melaporkan, Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengumumkan 14 ADUN UMNO-BN sebulat suara hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin.Jelasnya, keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri. |
|
Bekas jurutera IT didakwa miliki kad pengenalan palsu, dadah - Sinarharian - 30/04 3:01 pm JERTIH - Seorang bekas jurutera teknologi maklumat (IT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Besut hari ini atas pertuduhan memiliki 12 kad pengenalan palsu, minggu lepas.Aman Rasid, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurliyana Md Zukri.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki 12 keping kad pengenalan palsu di sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Besut kira-kira 10.05 malam pada 23 April lepas.Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Peraturan 25(1) (e) Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Sementara itu, dalam pertuduhan berasingan, Aman bersama rakannya, Mohd Aiman Musa, 35, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat anggaran 7.11 gram pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara dua hingga lima tahun serta sebatan tidak kurang tiga dan tidak lebih sembilan sebatan, jika sabit kesalahan.Mahkamah membenarkan Aman diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan memiliki kad pengenalan palsu.Bagi pertuduhan dadah pula, kedua-dua tertuduh dibenarkan diikat jamin RM3,800 setiap seorang dengan seorang penjamin.Mahkamah menetapkan 2 Ogos ini untuk sebutan semula kes.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Najah Azhar, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Che Nooraidawati Che Deraman.- Bernama |
|
Anthony Loke says Zahid rejects backdoor bid, insists Negeri Sembilan Unity Government remains intact and stable - Malaymail - 30/04 2:53 pm KUALA LUMPUR, April 30 DAP secretarygeneral Anthony Loke has said Umno president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hami... |
|
Zahid Tak Setuju ‘Tebuk Atap’, Kerajaan Perpaduan NS Kekal – Anthony Loke - Rotikaya - 30/04 2:16 pm Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan kekal berfungsi seperti biasa tanpa sebarang perubahan terhadap pentadbiran sedia ada, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook |
|
Zahid told Cabinet he opposes backdoor govt in Negeri Sembilan, says Loke - FMT - 30/04 2:15 pm DAP secretary-general says the current administration will operate as usual. |
|
No loss, PAS says after Umno backs unity govt in Negeri Sembilan - FMT - 30/04 2:07 pm Negeri Sembilan PAS chief Fairuz Isa says his Umno counterpart Jalaluddin Alias has no choice but to toe the party line. |
|
SNAPSHOT Zahid against N Sembilan coup, says Loke; Muda opposes Health Ministry budget cut - Mkini - 30/04 2:07 pm What's going on in the news today, with updates at 9am, 2pm, 6pm, and 9pm. |
|
Zahid beritahu Kabinet tak sokong kerajaan tebuk atap N Sembilan, kata Loke - FMT - 30/04 1:26 pm Setiausaha agung DAP berkata keputusan presiden Umno itu membantu meredakan keadaan susulan penarikan sokongan ke atas Menteri Besar Aminuddin Harun. |
|
DAP Youth wants PM to sack Mat Hasan over N Sembilan crisis - Mkini - 30/04 12:50 am Foreign minister is one of the 14 BN reps who withdrew support for MB. |
|
Jalaluddin terpaksa akur, kata ketua PAS N Sembilan - FMT - 30/04 12:42 am Mohd Fairuz Mohd Isa yang juga Adun Serting berkata beliau faham Ketua Umno negeri itu yang perlu menurut keputusan partinya. |
|
Balai Undang ditutup, adat tak boleh jalan - Wrlr - 30/04 12:40 am Menurut kenyataan media oleh Telaga Undang Luak Sungai Ujong, larangan itu berkuat kuasa selepas Mubarak Thahak disahkan tidak lagi mempunyai kuasa ( locus standi ) sejak 13 Mei 2025. Sehubungan itu, semua pihak termasuk pembesar memerintah Negeri Sembilan tidak dibenarkan menjalankan sebarang adat istiadat di premis berkenaan tanpa kebenaran sah |
|
Langkah Chulan terkubur: BN U-turn tengah malam, tebuk atap rebah separuh .. - Wrlr - 30/04 12:35 am Banyak maklumat yang mereka bantu sampaikan. Maklumat risikan yang saya terima: 1) BN Negeri Sembilan nak tarik sokongan terhadap MB Tok Min |
|
UMNO kekal dalam kerajaan tapi desak MB undur, apa sebenarnya permainan .. - Wrlr - 30/04 12:33 am Itu memang bukan style dia orang, mereka akan buat sampai matlamat mereka tercapai. Malam tadi, selepas mesyuarat Biro Politik Pusat Umno, mereka membuat keputusan untuk kekal dalam kerajaan Negeri Sembilan tetapi 14 Adun tetap tidak menyokong Menteri Besar |
|
Krisis Negeri Sembilan: Presiden UMNO sendiri tidak setuju 'tebuk atap' - Anthony - Sinarharian - 30/04 12:25 am KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Kerajaan Negeri Sembilan kekal berfungsi seperti biasa tanpa sebarang perubahan pada pentadbiran sedia ada.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, keadaan itu susulan pendirian UMNO di peringkat pusat yang terus menyokong Kerajaan Perpaduan di negeri berkenaan, meskipun 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.Ujar beliau, keputusan berkenaan telah dimuktamadkan oleh kepimpinan di peringkat tertinggi parti."Biro Politik UMNO telah mengeluarkan kenyataan bahawa masih kekal menyokong Kerajaan Perpaduan."Malah dalam Kabinet semalam, Presiden UMNO juga menyatakan pendirian sama, maksudnya Presiden UMNO sendiri tidak setuju penubuhan kerajaan baharu ataupun tebuk atap."Jadi ini bermaksud Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan kekal, untuk memastikan kestabilan dan kelangsungan perjalanan pentadbiran di peringkat negeri," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan ucapan di Forum Pembaca China-Malaysia Mengenai Naskah Edisi Bahasa Inggeris Xi Jinping: 'The Governance of China' (Jilid Kelima) di sebuah hotel pada Khamis.Hadir sama Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul dan Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing.Menurut Anthony, situasi terkini diharap diperjelaskan kepada rakyat supaya ketegangan berhubung konflik berterusan itu dapat dikurangkan.Sementara itu, mengulas isu konflik mengenai institusi adat dan Perlembagaan Negeri Sembilan, beliau mengambil pendekatan untuk tidak campur tangan berhubung urusan tersebut."Kita tahu masih ada isu belum selesai antara institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Undang Yang Empat kepada undang-undang negeri |
|
Kemelut politik Negeri Sembilan didakwa berpunca percaturan dalaman - Sinarharian - 30/04 12:14 am KUANTAN Kemelut politik di Negeri Sembilan didakwa berpunca daripada percaturan pihak tertentu yang cuba meraih kuasa, bukannya melibatkan krisis institusi diraja.Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Paya Besar, Wan Fauzuldin Wan Samad berkata, tiada bukti menunjukkan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun gagal mentadbir negeri atau terlibat dalam rasuah, penyelewengan mahupun salah guna kuasa.Menurutnya, dakwaan kononnya Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan itu menderhaka terhadap institusi diraja juga tidak berasas dan gagal dibuktikan."Selagi Yang di-Pertuan Besar itu masih kekal di takhtanya mengikut Perlembagaan Tubuh Negeri Sembilan, maka menjadi kewajipan Menteri Besar bahkan seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mempertahankannya," katanya pada Khamis.Beliau berkata, soal keabsahan pelantikan Yang di-Pertuan Besar atau Undang bukan berada di bawah bidang kuasa Menteri Besar, sebaliknya tertakluk kepada peruntukan perlembagaan negeri."Kalau pelantikan Exco yang berada di bawah kuasa Menteri Besar pun tetap ada kaedah dan peraturannya, apatah lagi melibatkan pertabalan atau perlucutan Yang di-Pertuan Besar."Maka, biarlah pihak yang berkenaan menguruskannya dengan baik tanpa campur tangan politik," jelasnya lagi.Wan Fauzuldin memberitahu, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan semua pihak dalam kalangan pimpinan politik bahkan menghadap Yang di-Pertuan Besar adalah satu langkah bijak untuk meredakan keadaan.Jelasnya, Anwar tidak terperangkap dengan provokasi, malah kenyataan ringkas beliau bahawa situasi itu bukan masa untuk perebutan kuasa menunjukkan beliau memahami punca krisis di Negeri Sembilan."Tindakan berhemah dan cermat oleh Anwar berjaya meredakan sedikit keadaan dan tiada negeri lain yang tergugat dengan tindakan rakus ahli-ahli politik di negeri adat perpatih tersebut."Tiada ugutan atau balas dendam, bahkan rata-rata rakyat Negeri Sembilan mengutuk perbuatan rakus cubaan menebuk atap dari dalam itu," katanya lagi.Beliau turut berpandangan bahawa situasi berkenaan bukan mewakili pendirian keseluruhan parti, sebaliknya dipercayai digerakkan oleh individu tertentu tanpa mandat akar umbi.Tambah Wan Fauzuldin, rakyat Negeri Sembilan telah memberikan mandat besar kepada kerajaan perpaduan pada pilihan raya lalu."Perlu diingat, rakyat Negeri Sembilan memberikan kemenangan dua pertiga majoriti kepada kerajaan perpaduan untuk memerintah negeri ini, bukannya kepada PH atau Barisan Nasional (BN)."Mengapa perlu mungkiri mandat rakyat?" soalnya.Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 lalu, PH memenangi 17 kerusi, diikuti BN 14 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) memperoleh lima daripada 36 kerusi yang dipertandingkan.Pentadbiran Negeri Sembilan kini diterajui Aminuddin dengan komposisi kerusi yang stabil hasil gabungan PH dan BN pada PRN lalu.Terdahulu, Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengadakan sidang akhbar bagi memaklumkan penarikan sokongan tersebut.Beliau dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.Sebelum ini, krisis adat di Negeri Sembilan mencuri tumpuan susulan tindakan Undang Luak pada 19 April lalu mengisytiharkan penurunan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungai Ujong. |
|
UMNO kekal dalam kerajaan tapi desak MB undur, apa sebenarnya permainan ini? - Harapandaily - 30/04 11:45 am Itu memang bukan style dia orang, mereka akan buat sampai matlamat mereka tercapai. Malam tadi, selepas mesyuarat Biro Politik Pusat Umno, mereka membuat keputusan untuk kekal dalam kerajaan Negeri Sembilan tetapi 14 Adun tetap tidak menyokong Menteri Besar |
|
UMNO 'u-turn': PN Negeri Sembilan tak rugi apa-apa - Pas - Sinarharian - 30/04 11:08 am SEREMBAN - Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan tidak terkesan atau mengalami apa-apa kerugian susulan UMNO-Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk terus menyokong Kerajaan Perpaduan di negeri itu.Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mohd Fairuz Mohd Isa berkata, pihaknya hanya menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan UMNO selepas parti terbabit mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.Menurutnya, ia bertujuan menjamin kestabilan kerajaan negeri serta memastikan kelangsungan pentadbiran berjalan lancar."Tempoh hari, kami hanya menyatakan kesediaan bekerjasama dengan UMNO-BN Negeri Sembilan selepas mereka mengumumkan sudah hilang keyakinan terhadap Menteri Besar."Tapi apabila malam tadi mereka buat keputusan lain, kita tiada masalah dan tak rasa rugi apa-apa pun," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Beliau berkata, apa yang penting tiga wakil rakyat Pas dan dua daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan terus konsisten menjalankan khidmat kepada rakyat serta memainkan peranan semak dan imbang kerajaan.Namun kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting itu, secara realitinya rakyat melihat bahawa kerajaan negeri di bawah pimpinan Aminuddin telah mula goyah."Walaupun Aminuddin kata semuanya berjalan lancar, tapi bagi saya secara realiti apa berlaku hari ini menunjukkan keadaan itu sebaliknya."Saya percaya urus tadbir itu tidak akan berjalan lancar |
|
Biro Politik BN-PH akan bincang calon MB N Sembilan, kata Adun Umno - FMT - 30/04 11:00 am Adun Jeram Padang Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat. |
|
Bukan Empat, Tapi Sembilan Isteri! Suami Puk*l Isteri Hingga Keguguran ‘Aim’ Wanita Kerja Kerajaan - Beautifulnara - 30/04 10:39 am Polis percaya seorang lelaki yang didakwa memukul isterinya sehingga keguguran menggunakan taktik menyasarkan wanita berkerjaya tetap, khususnya penjawat awam, untuk dijadikan isteri bagi menyara kehidupannya, memetik Sinar Harian. Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, siasatan mendapati suspek berusia 43 tahun itu telah berkahwin sebanyak sembilan kali, dan kesemua isteri serta bekas isterinya merupakan […] The post Bukan Empat, Tapi Sembilan Isteri! Suami Puk*l Isteri Hingga Keguguran Aim Wanita Kerja Kerajaan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi . |
|
Negeri Sembilan political crisis: Umno calls for urgent meeting with PH - Sinardaily - 30/04 10:27 am KUALA LUMPUR - Umno has called for an urgent meeting between its Political Bureau and that of Pakatan Harapan (PH) to resolve several issues involving the core principles of the respective parties.Umno secretary-general Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki said the proposal is in line with Clause 5(c) of the Memorandum of Understanding on the formation of the Unity Government, which stipulates that disputed policy matters be resolved through a consultative council.The matter was decided at the Umno Political Bureau meeting last night, which discussed the political crisis in Negeri Sembilan, he said.Asyraf Wajdi said Umno views seriously the latest developments involving the states royal and customary institutions, which have triggered major polemics and serious misunderstandings among component parties forming the unity government in the state."Umno has received a comprehensive briefing from Negeri Sembilan Umno Liaison Committee chairman (Datuk Seri Jalaluddin Alias) on the actions of Barisan Nasional (BN) state assemblymen who have lost confidence in Menteri Besar (Datuk Seri Aminuddin Harun) over his alleged disregard for the states customary institution and constitution."Umno respects the BN assemblymen who have maintained their loss of confidence in the Menteri Besar, but will continue to support the Unity Government in Negeri Sembilan to ensure stability and the well-being of the people, he said in a statement today.He added that Umno remains firmly guided by its constitution, particularly Clause 3.1, which upholds the Malay Rulers institution as a pillar of the nations sovereignty.On Monday, all 14 Umno and BN assemblymen in Negeri Sembilan announced they had lost confidence in and withdrawn support from the state government led by Aminuddin |
|
Aminuddin kekal Menteri Besar, hormati mandat dan proses - Sinarharian - 30/04 10:27 am KUANTAN - Kedudukan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan kekal sah pada ketika ini selaras dengan nasihat Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, agar pentadbiran negeri diteruskan seperti biasa.Exco Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Farahida Fauzi berkata, dalam keadaan ini, semua pihak perlu menghentikan sebarang spekulasi dan pembentukan persepsi yang boleh menjejaskan kestabilan politik negeri.Menurutnya, kestabilan pentadbiran amat penting agar tumpuan kerajaan negeri terus diberikan kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat."Segala proses berkaitan pembentukan atau perubahan kerajaan negeri mesti berjalan mengikut tertib Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, di bawah kebijaksanaan Tuanku serta melalui saluran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN)."Rakyat telah membuat pilihan yang jelas dalam pilihan raya lalu dan mandat tersebut tidak wajar diputar, dipinjam atau ditentukan semula melalui percaturan politik yang menafikan kehendak pengundi," katanya dalam satu kenyataan pada malam Rabu.Beliau menjelaskan bahawa dalam sebuah negeri berteraskan adat dan sistem pemerintahan berperlembagaan, semua pihak wajib menghormati proses yang sedang berlangsung serta tidak mendahului keputusan Tuanku.Farahida menambah, sekiranya benar wujud sokongan baharu, ia mesti dibuktikan melalui saluran sah."Kita percaya kestabilan politik adalah prasyarat penting untuk memastikan agenda pembangunan negeri serta kesejahteraan rakyat dapat diteruskan tanpa gangguan."Akhirnya, prinsip mesti dipertahankan tanpa kompromi: hormati mandat rakyat, hormati institusi raja dan pelihara kestabilan negeri |
|
Negeri Sembilan crisis a turning point for new political alignments in GE16? - Sinardaily - 30/04 9:58 am SHAH ALAM The political crisis in Negeri Sembilan has entered a complex deadlock, as power struggles collide with constitutional constraints and the unique customary system underpinning the states administration.The withdrawal of support by 14 Barisan Nasional (BN) assemblymen from Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun has, in principle, opened the door for a change in government.However, in reality, the process has stalled due to the framework of the Negeri Sembilan State Constitution 1959, Adat Perpatih customary law and the principles of the Federal Constitution.From a constitutional standpoint, the appointment or removal of the Menteri Besar is subject to the consent of the Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir, as well as the need to prove majority support or secure approval through a vote of no confidence in the state legislative assembly.Yet both avenues are currently blocked either due to disputes over the legitimacy of actions by the Undang Yang Empat in matters relating to the ruler, or the postponement of the State Legislative Assembly sitting, which prevents any formal test of majority support for the Menteri Besar.Complicating matters further is the role of the Undang Yang Empat who are responsible for selecting the Yang di-Pertuan Besar as any declaration concerning the rulers position requires confirmation from the Menteri Besar.This creates an overlap of interests, effectively binding both parties positions politically and constitutionally.As a result, the state government is now operating as a minority administration without a clear mandate, while political manoeuvring among major parties remains fluid.The deadlock not only tests the resilience of state institutions but could also have implications for federal political stability if not resolved in accordance with legal frameworks.Ironically, the crisis has opened up several possible endgame scenarios that could rapidly reshape Negeri Sembilans political landscape.Former Negeri Sembilan Menteri Besar Tan Sri Dr Rais Yatim stressed that, from a legal perspective, Aminuddins position remains valid as long as he commands a simple majority, as provided under Article 2 of the state constitution.At this point, the Menteri Besar can continue to function even with only four executive councillors (Exco).His position remains intact as he still holds a simple majority, he said.However, the Adat Perpatih expert warned that the real test will come within the next two months when the State Legislative Assembly convenes.When a motion to test confidence in the Menteri Besar is tabled, if the majority of assemblymen vote to withdraw support, then a final decision must be made to appoint a new Menteri Besar, he said, adding that the rulers role remains subject to Article 10(2) of the state constitution.BackfireDespite the technical legitimacy, political pressure on the key actors in the crisis is mounting.Institut Darul Ehsan (IDE) Research Centre senior research director Khairul Arifin Mohd Munir described BNs move as potentially backfiring in terms of public perception.The action is critically weakened by the admission that leadership only became aware of the crisis once it became public debate.This directly erodes the narrative of principled action, he said.According to Khairul, the political arithmetic is clear Pakatan Harapan (PH) holds 17 seats, while a BN (14 seats) and Perikatan Nasional (PN) (five seats) alignment could form a simple majority of 19 seats in the State Legislative Assembly.In the social media ecosystem, narratives such as BN betrayal or power politics over principles spread faster than technical constitutional arguments, he said.He added that sentiment analysis shows 62 per cent of public reactions are negative towards BN, with support at risk of declining by up to 18 per cent within 90 days if no narrative intervention is made.He warned that failure to manage public perception could have direct consequences ahead of the 16th General Election (GE16).The outcome of this crisis will shape BNs dominant narrative whether as a stable partner or otherwise, he said.In an increasingly fluid post-election political landscape, one reality remains clear: whoever can prove majority support will determine the true endgame in Negeri Sembilan.DeadlockMeanwhile, political analyst and Ilham Centre research fellow Mujibu Abd Muis described the current situation as a peculiar deadlock a government that continues to function, yet whose legitimacy is being questioned.Although it is described as a minority government miracle, logically, a Umno-PN alignment already has a majority.However, from a legal standpoint, it still needs to be formally proven, he said.He also referred to the 2009 Perak constitutional crisis as a precedent, where the determination of majority support was left to the ruler, as well as the possibility of dissolving the State Legislative Assembly, similar to what happened in Sabah during the 2020 state election.Within this framework, several endgame scenarios are now seen as increasingly plausible.Mujibu outlined the first scenario as a formal test in the State Legislative Assembly through a vote of no confidence, which could lawfully end the current administration.Second, the formation of a new government through a realignment of power between BN and PN a scenario that is mathematically sufficient, but still fragile in terms of public legitimacy.Third, high-level political negotiations between PH and BN to preserve the unity government through compromise, including the possible appointment of a new Menteri Besar acceptable to all parties, with BN assemblymen reversing their stance.The most practical solution is negotiation |
|
Vibe Dilancarkan Semula Sebagai Divine Aplikasi Kini Boleh Dimuat Turun - Amanz - 30/04 9:30 am Platform perkongsian video Vine dilancarkan semula sebagai Divine sejak tahun lalu, sembilan tahun selepas ia ditutup |
|
Negeri Sembilan voters oppose changing state govt mid-term - FMT - 30/04 9:30 am They say attempts to topple the state government before its term ends may deepen voter frustration and political fatigue. |
|
Rakyat N Sembilan tolak tukar kerajaan tengah penggal - FMT - 30/04 9:30 am Penduduk mahu kerajaan negeri diberi ruang mentadbir hingga tamat penggal selain bimbang krisis politik berpanjangan melemahkan keyakinan pengundi. |
|
The Negeri Sembilan impasse unveils parallel pathways - Malaymail - 30/04 9:28 am APRIL 30 Life is imperfect |
|
UMNO kekal sokong kerajaan perpaduan Negeri Sembilan - Mydateline - 30/04 9:13 am Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan medianya menjelaskan pihaknya sudah mendengar penjelasan daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk .. |
|
Krisis NS: Umno hormat 14 Adun BN tapi terus sokong kerajaan negeri - Mkini - 30/04 9:10 am Kenyataan SU Agung Umno Asyarf Wajdi itu berhati-hati mengimbangi antara Adun partinya dan kerajaan perpaduan di Negeri Sembilan. |
|
Call Umnos bluff, Aminuddin, dissolve assembly and hold election - FMT - 30/04 9:00 am Snap polls in Negeri Sembilan will be a beta test for the 16th general election. |
|
Aminuddin, sahut cabaran bubarkan DUN, adakan PRN mengejut - FMT - 30/04 9:00 am Pilihan raya mengejut di Negeri Sembilan akan menjadi ujian awal bagi menghadapi PRU16. |
|
N. Sembilan political impasse: Umno backs BN reps no-confidence in MB, calls for Pakatan talks - Malaymail - 30/04 8:46 am KUALA LUMPUR, April 30 Umno has expressed support for Barisan Nasional (BN) assemblymen in Negeri Sembilan who h... |
|
Umno signals stability in N Sembilan, respects rebel reps, backs state govt - Mkini - 30/04 8:33 am UPDATED 8.57AM The party will also meet Harapan leaders to address the political crisis. |
|
UMNO Malaysia Hormati Pendirian 14 ADUN, Tapi Kekal Sokong Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan - Siakapkeli - 30/04 8:32 am UMNO Malaysia Hormati Pendirian 14 ADUN, Tapi Kekal Sokong Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) menegaskan pendirian untuk terus mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu |
|
Umno to continue backing unity govt in Negeri Sembilan - FMT - 30/04 8:25 am Umno secretary-general Asyraf Wajdi Dusuki says this is to ensure stability despite the state chapter retracting support for the menteri besar. |
|
UMNO hormati keputusan ADUN BN, terus sokong Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan - Sinarharian - 30/04 8:10 am SHAH ALAM - UMNO berpendirian untuk menghormati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang kekal hilang kepercayaan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun namun terus menyokong Kerajaan Perpaduan di negeri itu.Isu tersebut dibincangkan dalam Mesyuarat Biro Politik UMNO yang berlangsung pada 29 April 2026.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO telah mendengar penjelasan tuntas daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan berhubung perkara tersebut.Menurutnya, tindakan ADUN itu diambil kerana sikap Menteri Besar membelakangkan Institusi Adat dan Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan."UMNO juga memandang serius perkembangan mutakhir yang melibatkan krisis Institusi Raja dan Adat Negeri Sembilan sehingga mencetuskan polemik besar dan salah faham serius dalam kalangan anggota komponen parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan."Antara ketetapan lain yang dibincangkan adalah satu pertemuan segera antara Biro Politik UMNO dan Biro Politik Pakatan Harapan harus diadakan bagi merungkai beberapa isu yang melibatkan prinsip-prinsip perjuangan parti masing-masing."Ini seiring dengan Klausa 5(c) Perjanjian Persefahaman dalam Membentuk Kerajaan Perpaduan yang menuntut segala isu dasar yang diperselisihkan diselesaikan dalam Majlis Perundingan," katanya dalam satu kenyataan.Sebelum ini, kesemua 14 ADUN BN Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin.Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.Tambah Asyraf Wajdi, UMNO sentiasa berpegang teguh kepada asas perlembagaan parti itu menurut Fasal 3.1 yang sentiasa mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu sebagai tonggak kedaulatan Negara. |
|
UMNO hormati pendirian ADUN tetapi kekal sokong Kerajaan Perpaduan di N. .. - Mygazette - 30/04 7:43 am # UMNO hormati pendirian ADUN tetapi kekal sokong Kerajaan Perpaduan di N. Sembilan KUALA LUMPUR - UMNO Malaysia menghormati pendirian Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang kekal hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminudin Harun |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |