///
See Also: ShopeePay Promo (Referral Code 225M4ULL7)

Search : Selatan Thailand News   Page 1    





Laos-China railway gets closer to regional link as Thailand advances .. - Sinchew - 23/08 5:52 pm

Laos-China railway gets closer to regional link as Thailand advances high-speed rail expansion VIENTIANE:The Laos-China Railway is a step closer to being connected with Thailands railway system after the Thai government announced plans to open bidding in December for the second phase of the ThaiChinese high-speed railway, extending the line to Nong Khai on the Lao border





MEH, Saha Farms jalin kerjasama kerjasama perdagangan halal rentas ASEAN - Mygazette - 23/08 5:52 pm

# MEH, Saha Farms jalin kerjasama kerjasama perdagangan halal rentas ASEAN KUALA LUMPUR - Majlis Ekonomi Halal & Keusahawanan Ummah Malaysia (MEH) dan Saha Farms Company Limited, Thailand telah bersetuju untuk menjalin kerjasama strategik dalam membangunkan perdagangan halal rentas ASEAN dengan Qurban Rahmah 2027 menjadi antara projek permulaan kerjasama tersebut





Tiada rakyat Malaysia terjejas, Wisma Putra pantau rapat situasi di .. - Mygazette - 23/08 5:52 pm

# Tiada rakyat Malaysia terjejas, Wisma Putra pantau rapat situasi di selatan Thailand KUALA LUMPUR Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) memantau rapat situasi di selatan Thailand susulan beberapa insiden keselamatan yang dilaporkan berlaku di wilayah itu, malam tadi





Tiada warga Malaysia terjejas pergolakan di selatan Thailand – Wisma Putra - SUN - 23/08 4:32 pm

Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden keselamatan yang berlaku di wilayah sempadan selatan Thailand pada 22 Ogos 2026.





'Rumah saya bergegar' - Sinarharian - 23/08 4:11 pm

Bunyi pula seperti letupan bom, saya dengar tiga kali," katanya kepada Sinar Harian.Menurutnya, ia bukan kali pertama rumahnya bergegar disebabkan letupan bom di negara jiran kerana insiden sebelum ini berlaku pada 2023, ketika sebuah kilang mercun dan bunga api meletup.Ujarnya, selepas terkejut dengan kejadian itu dia memeriksa media sosial dan ramai yang berkongsi hantaran terdapat beberapa kejadian letupan berlaku di negara jiran.Baginya, ia sudah biasa berlaku bagaimanapun letupan serta gegaran pada malam tadi cukup kuat dibandingkan kejadian sebelumnya.Sementara itu Rizal Mat, 43, yang kebetulan berada di Pekan Golok, Thailand kerana urusan keluarga dikejutkan dengan letupan yang berlaku berhampiran kawasan berkenaan."Oleh kerana keadaan ini sudah biasa berlaku di sini, saya hanya mengikut arahan pihak berkuasa dan bertenang."Pagi tadi seawal jam 7 saya sudah kembali ke Rantau Panjang. Cuma terkejut juga baca di media sosial rupanya malam tadi terdapat 51 serangan berlaku di Selatan Thailand termasuk di Golok," katanya.Terdahulu, media melaporkan, Selatan Thailand kembali bergolak apabila 51 insiden keganasan berlaku secara serentak membabitkan Narathiwat, Yala dan Pattani dalam tempoh hampir dua jam, malam tadi.Serangan yang dipercayai didalangi kumpulan pemisah itu merangkumi pengeboman, pembakaran pejabat dan kenderaan kerajaan, letupan menara telekomunikasi, rompakan, letupan kedai serbaneka serta pembakaran tayar.Menurut jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4), sehingga jam 12 tengah malam, sebanyak 22 insiden direkodkan di Narathiwat, Yala (18) dan Pattani (11).





Tiada rakyat Malaysia terjejas insiden keselamatan di selatan Thailand – Wisma Putra - SUN - 23/08 3:46 pm

Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden keselamatan di selatan Thailand; Wisma Putra nasihatkan rakyat berwaspada dan patuhi arahan





After southern Thailand blasts, Wisma Putra tells Malaysians to think twice before crossing border - Malaymail - 23/08 3:45 pm

KUALA LUMPUR, Aug 23 Malaysians planning to travel to or cross into southern Thailand have been urged to exercis...





Tiada rakyat Malaysia terjejas insiden keselamatan di selatan Thailand - Wisma Putra - Sinarharian - 23/08 3:14 pm

KUALA LUMPUR- Tiada laporan warga Malaysia terjejas oleh insiden keselamatan di wilayah sempadan selatan Thailand iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat pada malam 22 Ogos 2026, menurut Kementerian Luar.Dalam nasihat media mengenai situasi keselamatan di wilayah berkenaan pada Ahad, kementerian yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra itu memaklumkan pihaknya memantau teliti situasi itu dan akan memberikan maklumat terkini jika perlu."Pasukan keselamatan tempatan telah meningkatkan pengawasan dan langkah keselamatan di seluruh kawasan terjejas, termasuk mengenakan perintah berkurung sementara," katanya.Menurut Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla menjalin hubungan rapat dengan pihak berkuasa tempatan dalam memantau perkembangan dan menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia di wilayah itu."Rakyat Malaysia yang menetap di sana, sedang mengunjungi atau bercadang untuk pergi ke dan dari wilayah sempadan selatan Thailand dinasihatkan supaya lebih berhati-hati, sentiasa berwaspada dan mematuhi semua nasihat keselamatan, perintah berkurung serta arahan keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan," katanya.Bagi memudahkan komunikasi dan sokongan konsular tepat pada masanya, rakyat Malaysia digesa untuk mendaftar dan sentiasa mengemas kini maklumat hubungan mereka menerusi portal e-Konsular di - BernamaUntuk bantuan konsular segera atau kecemasan, warganegara Malaysia boleh menghubungi perwakilan negara yang berkaitan di Thailand menerusi butiran berikut:Kedutaan Malaysia di BangkokTelefon: +66 2 340 5720E-mel: mwbangkok@kln.gov.myKonsulat Jeneral Malaysia di SongkhlaTalian Kecemasan: +(6674) 316 274 / +(6681) 990 1930Pertanyaan Umum: +(6674) 324 004 / +(6674) 312 353E-mel: mwsongkhla@kln.gov.my





Azeem jadikan Bhubaneswar medan persiapan - Sinarharian - 23/08 2:30 pm

ATLET sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi enggan membiarkan catatan 10.29 saat (s) yang menempatkannya di kedudukan kelima 100 meter (m) di Bhubaneswar, India, pada Sabtu menjejaskan persiapannya menuju Sukan Asia Aichi-Nagoya.Pelari pecut berusia 22 tahun itu menganggap Kejohanan Olahraga Dunia Jelajah Dunia Perak di Stadium Kalinga itu sebagai peluang menilai tahap semasa sebelum menghadapi temasya di Jepun berkenaan dari 19 September hingga 4 Oktober depan.Azeem bermula baik dan berada dalam kelompok hadapan, namun gagal mengekalkan momentum pada penghujung perlumbaan untuk menamatkan saingan dalam kelompok podium.Tshepo Jason Tyantini dari Afrika Selatan muncul juara dengan 10.11s, diikuti Ali Al Balushi dari Oman dengan 10.16s, manakala Dineth Induwara Weer dari Sri Lanka meraih gangsa menerusi 10.27s.Azeem bagaimanapun tidak mahu terlalu memikirkan keputusan berkenaan, sebaliknya terus mengalihkan perhatian kepada tugasan berikutnya."Tertangguh, tetapi bukan bermakna dinafikan





Dumai, Batam antara laluan tidak sah sindiket bawa masuk warga Indonesia ke Malaysia - Sinarharian - 23/08 2:20 pm

JOHOR BAHRU - Laluan dari wilayah Indonesia bersempadan dengan Malaysia, khususnya Dumai, Bengkalis dan Selat Panjang di Riau manakala Batam, Bintan dan Karimun di Kepulauan Riau, dikenal pasti antara lokasi sindiket membawa masuk warga Indonesia ke Malaysia secara haram.Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru memaklumkan modus operandi yang dikesan termasuk memasuki Malaysia secara sah sebelum bekerja tanpa permit, menggunakan negara ketiga seperti Thailand serta memasuki negara ini melalui laluan belakang atau laluan tidak sah."Perekrutan atau penipuan melalui media sosial turut dikenal pasti, khususnya melibatkan tawaran pekerjaan sebagai pembantu rumah dan anak kapal."Selain itu, terdapat kes eksploitasi Pekerja Migran Indonesia (PMI) termasuk tidak dibayar gaji atau menerima layanan tidak sewajarnya, selain perekrutan penduduk dari kawasan terpencil dengan tawaran gaji tinggi untuk bekerja di luar negara," menurut KJRI dalam jawapan bertulis kepada Bernama.Turut dikenal pasti penglibatan pihak tertentu memudahkan pergerakan warga Indonesia atau PMI tanpa dokumen atau permit sah.Pada masa sama, pihak berkuasa Indonesia mengesan perubahan modus operandi sindiket kepada penipuan dalam talian yang menyasarkan individu berpendidikan tinggi menerusi tawaran pekerjaan dan gaji lumayan di luar negara termasuk bidang teknologi maklumat.Tindakan turut diambil melalui Polis Republik Indonesia (Polri), Direktorat Jenderal Imigrasi serta agensi berkaitan bagi memutuskan rangkaian perekrutan dan penghantaran PMI secara tidak sah atau tidak mengikut prosedur ke Malaysia.KJRI Johor Bahru memaklumkan kerajaan Indonesia memperketat kawalan di pintu sempadannya dengan 8,287 keberangkatan ditangguhkan dan 9,394 permohonan pasport berisiko ditolak dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini, antara usaha membendung penghantaran rakyat negara itu secara tidak sah ke luar negara.Langkah menerusi Direktorat Jenderal Imigrasi itu turut melibatkan kawalan lebih ketat di pintu sempadan termasuk Batam dan Pontianak.Berdasarkan data penguatkuasaan hingga pertengahan 2025, Polri menangani 609 kes Tindak Pidana Perdagangan Orang (TPPO) yang sebahagian besarnya berkaitan sindiket penghantaran PMI secara tidak sah atau tidak mengikut prosedur.Menurut KJRI, pihaknya mengetahui mengenai maklumat yang tersebar luas di media sosial berhubung dakwaan kewujudan laluan tidak sah dari Indonesia ke Malaysia melalui laut.Malah, KJRI turut memantau perkembangan itu dan telah melaporkan akaun media sosial yang didapati menyebarkan maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa Indonesia untuk tindakan lanjut.KJRI Johor Bahru juga kerap menerima aduan daripada warga Indonesia yang memasuki dan bekerja di Malaysia melalui laluan atau saluran tidak sah, dengan sebahagian mereka menghubungi konsulat selepas berdepan pelbagai masalah di negara ini.Antara bantuan diberikan ialah khidmat konsular, membantu mendapatkan dokumen perjalanan serta memudahkan proses pemulangan ke Indonesia apabila diperlukan."Penggunaan laluan tidak sah bukan sahaja mendedahkan mereka kepada risiko dari segi undang-undang imigresen, malah meningkatkan kemungkinan menjadi mangsa penipuan, eksploitasi dan pemerdagangan orang," menurut KJRI.Mengenai dakwaan terdapat warga Indonesia sanggup membayar hingga RM1,500 untuk memasuki Malaysia secara tidak sah, KJRI Johor Bahru tidak dapat mengesahkan jumlah bayaran berkenaan.Menurut konsulat berkenaan, berdasarkan maklumat dan aduan diterima, terdapat warga Indonesia yang mengaku membayar sejumlah wang kepada pihak tertentu untuk memasuki Malaysia melalui saluran tidak sah.Antara faktor yang mungkin mendorong keadaan itu ialah keinginan mendapatkan pekerjaan dengan segera termasuk individu berdepan kekangan untuk memasuki Malaysia melalui saluran biasa





Letupan bom: Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan ke Selatan Thailand - Sinarharian - 23/08 1:54 pm

KOTA BHARU - Polis Kelantan menasihatkan rakyat Malaysia terutama penduduk di negeri ini agar menangguhkan sementara waktu perjalanan ke negara jiran susulan 51 kejadian letupan bom dilaporkan berlaku di tiga daerah di Selatan Thailand pada malam Sabtu.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, apa yang berlaku di sana perlu diberi perhatian serius ini kerana insiden keganasan dilaporkan berlaku hampir setiap hari."Kita tidak halang kalau hendak ke sana, cuma perlu lebih hati-hati





Dua rakyat Malaysia ditahan bersama 1,560 pil epam di Thailand miliki rekod narkotik - Sinarharian - 23/08 12:58 am

KOTA BHARU - Dua warga Malaysia yang ditahan bersama dengan 1,560 biji pil epam dikesan memiliki rekod kesalahan narkotik di negara ini.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, salah seorang daripada mereka turut dikehendaki polis."Suspek yang dikehendali polis itu berusia 30-an," katanya semasa sidang akhbar Pelupusan Barang Kes Melibatkan Dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Ahad.Menurut beliau semakan mendapati ia membabitkan Seksyen 39B, 39A dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.Media sebelum ini melaporkan, dua rakyat Malaysia ditahan polis Thailand di Sungai Golok, Narathiwat pada Khamis malam, selepas pihak berkuasa menemukan 1,560 biji pil Epam (Nitrazepam) yang dipercayai dalam milikan mereka.Menurut Ketua Polis Sungai Golok, Kolonel Thun Sirikhunt, kedua-dua suspek berusia 24 dan 30 tahun dari Kelantan itu ditahan kira-kira 10.30 malam di hadapan sebuah restoran di Jalan Anukachart Usorn, pekan Sungai Golok, hasil risikan dan maklumat orang awam.





Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden keganasan 3 wilayah selatan Thailand - FMT - 23/08 12:20 am

Ketua Polis Kelantan Yusoff Mamat meminta orang ramai supaya menangguhkan dulu perjalanan ke Thailand bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.





Letupan bom di selatan Thailand gegarkan rumah penduduk di Rantau Panjang - Sinarharian - 23/08 11:45 am

PASIR MAS - Dentuman kuat dari arah Narathiwat, Selatan Thailand, malam tadi sehingga menggegarkan kediaman, menimbulkan kebimbangan kepada penduduk di sempadan Malaysia-Thailand termasuk Kampung Lubok Gong dan Kampung Tersang, di sini.Ismail Abdul Rahman, 50, dari Kampung Lubok Gong berkata bunyi seakan-akan guruh disusuli pancaran cahaya di langit itu, kedengaran dan kelihatan jelas dari kediamannya menyebabkan keluarganya memberi perhatian terhadap suasana di luar rumah."Bunyi dari arah negara jiran itu sangat kuat seperti dentuman di langit ketika kilat





Malaysian caught in Golok lockdown after bomb blasts stranded in Thai town - Malaymail - 23/08 10:59 am

KOTA BHARU, Aug 23 A Malaysian visitor to Sungai Golok in southern Thailand found himself caught in a night of c...





The walls shook: Southern Thailand blasts send a scare across the border into Pasir Mas - Malaymail - 23/08 10:12 am

PASIR MAS, Aug 23 The sound of explosions from a string of bomb attacks in southern Thailand last night was stro...





Final kejohanan dunia tanpa tekanan - Wooi Yik - Sinarharian - 23/08 7:08 am

GANDINGAN badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu turun pada aksi final Kejohanan Dunia di New Delhi, India malam ini dengan tenang tanpa dibebani tekanan dalam misi memburu peluang untuk kembali menjulang gelaran dunia.Wooi Yik berkata, kejayaan mara ke final buat kali kedua menjadi suntikan semangat buat mereka selepas melalui pelbagai cabaran, namun enggan menganggap pencapaian itu sesuatu yang perlu diraikan secara berlebihan."Sejujurnya, selepas banyak perkara yang berlaku, berjaya mara ke final sekali lagi adalah satu suntikan semangat yang baik buat kami





Aaron-Wooi Yik selangkah meraih gelaran dunia - Sinarharian - 23/08 6:56 am

PASANGAN badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya selangkah untuk mengulangi kejayaan bergelar juara dunia selepas mara ke final Kejohanan Dunia di Indira Gandhi Indoor Stadium, New Delhi.Gandingan nombor empat dunia itu tampil kemas dan tenang untuk menyingkirkan pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, 21-17, 21-18 dalam tempoh 43 minit.Kemenangan itu cukup bermakna buat Aaron-Wooi Yik yang sebelum ini tewas tiga daripada empat pertemuan dengan pasangan Korea Selatan berkenaan, termasuk dua aksi terakhir.Aaron-Wooi Yik mengawal permainan sejak awal set pertama sebelum mendahului 17-14 dan terus menutupnya 21-17 dalam tempoh 18 minit.Set kedua lebih sengit apabila kedua-dua pasangan saling mengejar mata, namun gandingan negara mendahului 11-8 sebelum lawan mengikat kedudukan 14-14 dan 18-18.Dalam keadaan tertekan, Aaron-Wooi Yik kekal tenang untuk meraih tiga mata terakhir dan menoktahkan permainan 21-18.Kemenangan terakhir mereka ke atas Kim Won Ho-Seo Seung Jae hadir pada Jun tahun lalu ketika muncul juara Terbuka Singapura selepas menewaskan pasangan itu dalam pertarungan tiga set.Menanti mereka dalam aksi akhir ialah pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang yang menewaskan Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dari Taiwan dalam satu lagi aksi separuh akhir.Aaron-Wooi Yik sebelum ini mencipta sejarah sebagai pasangan Malaysia pertama menjuarai beregu lelaki Kejohanan Dunia pada edisi 2022 di Tokyo.Mereka meraih gangsa pada edisi 2023 di Copenhagen, manakala kempen tahun lalu terhenti di suku akhir selepas tewas kepada pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.Kini, Aaron-Wooi Yik hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk kembali ke takhta dunia dan menambah satu lagi pencapaian penting dalam karier mereka.





Pengurusan MINDEF, ATM: Menteri Pertahanan akan menghadap Tunku Mahkota Ismail dalam masa terdekat - Sinarharian - 22/08 11:47 pm

KOTA TINGGI - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berhubung titah Baginda mengenai pengurusan di Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sesi menghadap itu sudah pastinya menumpukan ke arah kebaikan MINDEF."Ya, saya akan menghadap (PSJ) dalam waktu terdekat ini."Saya percaya kenyataan dan titah itu perlu kita beri gambaran yang jelas dan mungkin kita boleh sama-sama perbaiki keadaan tersebut," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Barisan Nasional Kota Tinggi pada Sabtu.Terdahulu, Tunku Mahkota Ismail bertitah, semua pihak yang terbabit dalam merancang Rejimen Gerak Khas (RGK) diingatkan supaya tidak mengubah keputusan yang telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim demi kepentingan pihak tertentu.Titahnya, perancangan dan pembangunan perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selaku Kolonal Komandan RGK dan dilaksanakan dengan penuh amanah serta tanggungjawab demi keselamatan negara."Saya tahu siapa yang kawal KSU (Ketua Setiausaha) Kementerian Pertahanan





Kualiti udara di 11 kawasan terus merosot, catat IPU tidak sihat - Sinarharian - 22/08 7:43 pm

PUTRAJAYA -Kualiti udara negara terus merosot apabila 11 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 6 petang inidengan 10 daripadanya di Sarawak.Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Azuri Azizah Saedon berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 197, menghampiri tahap sangat tidak sihat (bermula pada bacaan 201), diikuti Kuching (191), Samarahan (178).Sementara itu,Sri Aman (177), Sarikei (171), Sibu (160), Mukah (158), Bintulu (157), Samalaju (153),Miri (136) dan satu lagi kawasan yang merekodkan tahap tidak sihat ialah Bukit Rambai, Melaka dengan bacaan IPU 152."Kualiti udara dalam negara pada hari ini didapati merosot dengan peningkatankawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat melibatkan kawasan di Sarawak yang disebabkan oleh pergerakan asap jerebu daripada pelbagai arah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Pada jam 6 petang, sebanyak 57 kawasan merekodkan kualiti udara sederhana, manakala tiada kawasan mencatatkan tahap baik.Menurut laporan Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) semalam, sebanyak 425 titik panas dikesan di Kalimantan dan 187 di Sumatera, berbanding 15 titik panas dalam negara.Azuri Azizah berkata, daripada jumlah titik panas dalam negara, tujuh dikesan di Sarawak, masing-masing dua di Johor, Pahang dan Terengganu serta masing-masing satu di Kelantan dan Melaka.Beliau berkata, Peta Jerebu Serantau ASMC dikeluarkan hari ini menunjukkan cuaca kering berlaku di selatan rantau ASEAN dengan kelompok titik panas bertaburan dikesan di beberapa kawasan Kalimantan."Kepulan asap sederhana diperhatikan ditengah dan selatan Sumatera





SPRM teliti aduan campuran kargo petroleum - Sinarharian - 22/08 3:39 pm

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kebimbangan berkaitan dakwaan pencampuran atau penggabungan kargo petroleum sedang diteliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum sebarang tindakan susulan diambil.Sumber memaklumkan, pihak SPRM menyedari isu berkenaan dan perbincangan sedang berlangsung sebelum sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan.Media pada 14 Ogos lalu melaporkan, White House Office of Trade and Manufacturing Policy menamakan Malaysia antara lebih 40 negara yang didakwa berisiko memudahkan pengelakan tarif menerusi rangkaian transshipment yang dikaitkan dengan China.Laporan bertajuk The Great Transshipment Scam: Rise, Scope, and Costs itu meletakkan Malaysia dalam kategori Tier 2 bersama Brazil, Indonesia, Thailand, Turkiye dan Vietnam.Laporan berkenaan turut mendakwa pelabuhan laut dalam, hab pembuatan dan zon perdagangan bebas di Malaysia berpotensi digunakan sebagai laluan untuk mengalihkan barangan dari China bagi mengelakkan tarif Amerika Syarikat.Ia turut menyorot Koridor Perindustrian Penang-Kulim dan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang sebagai kawasan yang perlu diberi perhatian.Dalam pada itu, Jeyenderan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd sebelum ini mendakwa hampir dua bulan berlalu sejak laporan dibuat pada 5 Jun lalu tanpa sebarang maklum balas bertulis rasmi mengenai status laporan atau agensi yang bertanggungjawab mengendalikannya.Beliau turut meminta pendirian jelas mengenai pengendalian operasi kargo petroleum terbabit termasuk aktiviti yang boleh diteruskan, perlu digantung serta agensi yang bertanggungjawab membuat keputusan mengenainya.Menurutnya, isu berkenaan melangkaui pertikaian komersial kerana berpotensi menjejaskan integriti dan kebolehkesanan (traceability) kargo petroleum, pematuhan peraturan, hasil kerajaan serta akauntabiliti dalam rantaian bekalan.Beliau berkata, syarikatnya tidak meminta maklumat sulit berkaitan sebarang siasatan sebaliknya hanya mahukan kejelasan mengenai status laporan dan hala tuju seterusnya.





Bikers Malaysia ditahan di Thailand: Hormati peraturan negara asing ??? .. - Mygazette - 22/08 8:01 am

# Bikers Malaysia ditahan di Thailand: Hormati peraturan negara asing Zahid KUALA LUMPUR - Insiden membabitkan 17 penunggang motosikal Malaysia yang ditahan dan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa Thailand wajar menjadi peringatan mengenai kepentingan menghormati peraturan negara asing, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi





Lorong kecemasan, Smart Lane Tapah-Bidor ditutup hingga November – .. - Mygazette - 22/08 8:01 am

# Lorong kecemasan, Smart Lane Tapah-Bidor ditutup hingga November - PLUS KUALA LUMPUR - Lorong kecemasan dan Smart Lane di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan antara Tapah dan Bidor ditutup sementara bermula hari ini hingga 1 November bagi membolehkan kerja menaik taraf penghadang jambatan dijalankan





Saran naik taraf lintasan pejalan kaki dengan sistem pintar - Sinarharian - 22/08 7:20 am

PUTRAJAYA Keselamatan pengguna jalan raya berisiko perlu diperkukuh menerusi pendekatan kejuruteraan, penguatkuasaan undang- undang dan penggunaan teknologi masa kini termasuk menaik taraf lintasan pejalan kaki dengan sistem pintar yang dilengkapi sensor pergerakan.Penyelidik Utama Pusat Penyelidikan Pengangkutan Lestari, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Madya Dr Kamarudin Ambak berkata, pendekatan itu perlu diberi perhatian bagi meningkatkan perlindungan terhadap pejalan kaki, penunggang basikal dan penunggang motosikal.Menurutnya, dari sudut kejuruteraan, penambahbaikan boleh dilakukan menerusi reka bentuk persimpangan, kawalan kelajuan serta perlindungan fizikal kepada pejalan kaki di lokasi berisiko."Saya akan melihat pendekatan kejuruteraan dari segi penambahbaikan reka bentuk persimpangan, kawalan kelajuan dan perlindungan fizikal kepada pejalan kaki," katanya.Beliau berkata, sistem lintasan pejalan kaki juga perlu dinaik taraf bagi menyediakan fungsi keselamatan yang mampu meningkatkan kesedaran serta kewaspadaan pengguna kenderaan.Jelasnya, antara teknologi yang boleh dipertimbangkan ialah Intelligent Traffic Signal Crossing Facilities yang dilengkapi motion sensor."Setiap kali pejalan kaki melalui kawasan berkenaan, ia akan mengesan pergerakan dan terus menghentikan lampu isyarat serta memberi keutamaan kepada pejalan kaki," ujar beliau.Kamarudin berkata, pendekatan itu boleh memberikan keutamaan kepada pejalan kaki apabila sistem mengesan pergerakan mereka di lintasan.Selain teknologi pintar, Kamarudin menekankan penguatkuasaan terhadap pemandu kenderaan lebih berat dan besar juga perlu diperkukuh khususnya ketika melalui kawasan pejalan kaki.Beliau mencadangkan pemasangan kamera pemantauan bagi melihat kelakuan pemandu kenderaan berat dan kenderaan komersial di kawasan berkenaan."Di sini penguatkuasaan perlu diperkuatkan supaya pemandu kenderaan yang lebih besar memberi keutamaan kepada keselamatan pejalan kaki," jelasnya.Beliau turut mencadangkan supaya pendekatan negara Thailand diteliti sebagai perbandingan bagi membentuk strategi dan tindakan yang lebih komprehensif.Menurutnya, Thailand telah menguatkan kuasa terhadap pemandu yang tidak memberi laluan kepada pejalan kaki, termasuk mengenakan denda.





JDT cipta rekod dunia, pertahan Piala Sultan Haji Ahmad Shah - Sinarharian - 21/08 11:37 pm

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan keunggulan apabila mempertahankan kejuaraan Piala Sultan Haji Ahmad Shah selepas menewaskan Kuching City FC (KCFC) 3-0 pada Perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam ini.Lebih manis, skuad kendalian Xisco Munoz itu turut mencipta rekod dunia baharu dengan mencatatkan 109 perlawanan liga tanpa kalah berturut-turut sejak 2021, sekali gus mengatasi rekod 108 perlawanan tanpa kalah yang sebelum ini dipegang kelab dari Ivory Coast, ASEC Mimosas, dari 1989 hingga 1994.Kemenangan dalam aksi pembuka tirai Liga Malaysia musim 2026-2027 itu turut menghadiahkan tiga mata buat JDT, sekali gus menyaksikan skuad Harimau Selatan memulakan kempen Liga Super dengan langkah kanan.Marcos Guilherme, Oscar Arribas dan Shahab Zahedi masing-masing mencatatkan nama sebagai penjaring untuk melengkapkan kemenangan bergaya JDT.Pada babak awal, JDT tampil lebih garang dengan menguasai rentak permainan serta bertali arus mengasak kubu Kuching City menerusi beberapa sepakan penjuru dan percubaan berbahaya di hadapan gawang.Bagaimanapun, ketangkasan penjaga gol Kuching City, Muhammad Haziq Nadzli, berjaya menafikan beberapa ancaman daripada skuad tuan rumah.Tekanan berterusan Harimau Selatan akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-11 apabila Guilherme menyudahkan hantaran Bergson da Silva untuk membuka tirai jaringan dan meletakkan JDT di depan.Bersambung pada babak kedua, KCFC yang jarang mencipta gerakan berbahaya cuba bangkit dan hampir menyamakan kedudukan menerusi tandukan penyerangnya Gabriel Nistelrooy, namun percubaannya berjaya ditepis penjaga gol JDT, Ahmad Syihan Hazmi.JDT kemudian terus menggandakan tekanan dan berjaya menjarakkan kedudukan pada minit ke-55 apabila Arribas meledak menerusi rembatan kencang yang tepat menerjah gawang skuad The Cats, sekali gus gagal diselamatkan Muhammad Haziq.JDT hampir menambah jaringan pada minit ke-80 menerusi Oscar, namun rembatan pemain berkenaan tersasar sedikit daripada sasaran.Skuad Harimau Selatan terus menghukum kelekaan KCFC apabila menambah jaringan ketiga pada minit ke-86 menerusi Shahab Zahedi yang menyudahkan bola muntah selepas Muhammad Haziq gagal menangkap kemas percubaan sebelumnya.Kedudukan 3-0 kekal sehingga wisel penamat di hadapan 32,372 penyokong yang hadir





Cicak tokay hitam ditemukan di Perlis, satu-satunya rekod di Malaysia - Sinarharian - 21/08 10:33 pm

KANGAR - Cicak tokay hitam (Gekko cf





Pahang sasar 'Satu Daerah, Satu Pusat STEM' perkasa bakat muda Pahang - Sinarharian - 21/08 10:20 pm

SHAH ALAM Kerajaan Pahang mempergiat usaha memperkasa pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan memperluas akses kepada kemudahan inovasi serta memberi tumpuan kepada pelajar khususnya di kawasan luar bandar.Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib berkata, usaha itu penting bagi memastikan lebih ramai pelajar mempunyai kemahiran yang selari dengan keperluan industri masa hadapan.Menurutnya, antara inisiatif yang dirangka ialah konsep Satu Daerah, Satu Pusat STEM bagi menyediakan ruang kepada pelajar dan masyarakat untuk bereksperimen, mencipta serta mengembangkan idea dalam bidang sains dan teknologi."Kita berharap setiap daerah di Pahang, ada pusat STEM yang dilengkapi pelbagai peralatan seperti pencetak 3D, green screen, laser cutter dan kemudahan lain yang membolehkan orang ramai bereksperimen serta berinovasi."Matlamat kita adalah untuk merakyatkan budaya sains, teknologi dan inovasi," katanya pada Program Town Hall Rakyat yang dihoskan pelakon popular, Fikry Ibrahim di Dewan Karangkraf di sini pada Jumaat.Beliau berkata, ketika ini beberapa kemudahan berkaitan STEM dan inovasi telah diwujudkan termasuk Petrosains di Kuantan, pusat reka cipta Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di Temerloh dan Bera serta kemudahan Makers Hub di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri melihat keperluan untuk memperluas kemudahan berkenaan ke daerah lain termasuk Kuala Lipis dan Raub supaya peluang pendidikan serta inovasi tidak tertumpu di kawasan tertentu sahaja.Dalam pada itu, Mohamad Nizar berkata, penguasaan Matematik turut menjadi keutamaan kerana subjek berkenaan merupakan asas penting untuk pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang STEM."Suka atau tidak, kalau hendak mengambil jurusan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, kita perlu menguasai Matematik."Kalau semua pelajar di Pahang lulus Matematik, Insya-ALLAH, kita akan mempunyai lebih ramai saintis, jurutera, ahli biologi, ahli fizik dan pakar kecerdasan buatan (AI)," ujarnya lagi.Justeru, katanya, intervensi perlu dimulakan seawal peringkat sekolah rendah dengan memberi bimbingan dan sokongan tambahan kepada murid yang lemah dalam Matematik.Beliau berkata, perhatian tidak seharusnya hanya diberikan kepada pelajar di sekolah berprestasi tinggi, sebaliknya turut meliputi golongan yang tercicir serta murid di sekolah luar bandar."Kita perlu tumpukan kepada pelajar yang lemah





Pahang tawar tanah industri sehingga 10 kali lebih murah - Sinarharian - 21/08 10:12 pm

SHAH ALAM - [KEMAS KINI] Harga tanah industri yang jauh lebih rendah berbanding Selangor menjadi antara tarikan utama Pahang dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan ke negeri itu.Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib berkata, harga tanah industri di sesetengah kawasan di Pahang boleh mencecah 10 kali lebih rendah berbanding Selangor.Katanya, kelebihan itu disokong jaringan logistik dan pengangkutan yang semakin baik, sekali gus membuka ruang lebih luas kepada pelabur untuk membangunkan kawasan industri baharu."Harga tanah industri kita secara purata 10 kali lagi rendah daripada Selangor di sesetengah tempat dan kita ada jaringan logistik serta pengangkutan yang semakin baik," katanya.Beliau berkata demikian ketika Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian yang dihoskan pelakon popular, Fikry Ibrahim di Dewan Karangkraf di sini pada Jumaat.Mohamad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya berkata, pembukaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada Januari tahun depan dijangka menjadi antara pemangkin utama kepada perkembangan sektor perindustrian dan logistik di Pahang.Menurutnya, ECRL bakal menghubungkan Pelabuhan Kuantan dengan Pelabuhan Klang, sekali gus mewujudkan jaringan pengangkutan darat yang lebih cekap bagi menggerakkan barangan antara pantai timur dan barat Semenanjung.Selain itu, katanya, jaringan lebuh raya termasuk Central Spine Road (CSR) yang menghubungkan Pahang dengan Negeri Sembilan dan Kelantan turut memperkukuh kedudukan negeri itu sebagai hab logistik."Kita ada jaringan logistik yang kukuh dan peluang untuk membangunkan kawasan di sekitar stesen ECRL





Dua rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok, 1,560 biji Epam dirampas - Sinarharian - 21/08 8:58 pm

NARATHIWAT - Dua rakyat Malaysia ditahan polis Thailand di Sungai Golok di sini Khamis malam, selepas pihak berkuasa menemukan 1,560 biji pil Epam (Nitrazepam) yang dipercayai dalam milikan mereka.Ketua Polis Sungai Golok Kol





Thailand sekat hajat Malaysia ke final Piala Srikandi Merdeka - Sinarharian - 21/08 7:19 pm

IMPIAN skuad bawah 16 tahun (B-16) negara untuk mara ke final Piala Srikandi Merdeka 2026 di Indonesia tidak kesampaian setelah tumpas 1-5 kepada Thailand hari ini.Dalam saingan yang berlangsung di Super Soccer Arena, Kudus, Indonesia itu, skuad Gajah Putih terlebih dahulu di depan selepas pemain Malaysia Sofia Lacasse tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ketujuh.Malang terus menimpa skuad negara apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Nisriena Batrissya dilayangkan kad merah pada minit ke-16.Kekurangan seorang pemain bagaimanapun tidak mematahkan semangat Malaysia yang bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Nina Hasmaji pada minit ke-40 untuk memastikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 menuju waktu rehat.Memasuki babak kedua, Thailand kembali di hadapan menerusi gol Kawinda Kikuntod pada minit ke-51 sebelum Kanokporn Wanthong menambah dua lagi jaringan pada minit ke-64 dan ke-73.Pemain Thailand Zuzana Kordem melengkapkan kemenangan 5-1 lima minit sebelum tamat permainan, sekali gus mara ke final.Malaysia mara ke separuh akhir selepas membelasah Arab Saudi 9-0 untuk menamatkan saingan Kumpulan A selaku naib juara dengan penyerang pasukan negara Lim You mencuri tumpuan apabila meledak tujuh gol pada aksi berkenaan.





Isu saman konvoi Malaysia: Peraturan jalan raya perlu dibincang - Ahmad Fahmi - Sinarharian - 21/08 7:12 pm

HATYAI - Kerajaan Malaysia dan Thailand perlu mengadakan perbincangan semula berhubung perbezaan peraturan serta undang-undang jalan raya di kedua-dua belah negara.Ia susulan penahanan dan saman membabitkan penunggang motosikal warga Malaysia di Hat Yai yang tular baru-baru ini.Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata demikian menerusi satu video pendek berdurasi 1 minit 35 saat yang dimuat naik seorang pengguna Facebookmenggunakan nama Qamarul Asyraf."Memang terdapat perbezaan sedikit di antara peraturan-peraturan jalan raya di Thailand dan di Malaysia, ada beza sikit."Jadi mungkin perbezaan itu yang perlu kita bincang semula dengan pihak Thailand agar rakyat di Thailand dan juga di Malaysia mendapat lebih pendedahan mengenai undang-undang jalan raya di kedua-dua belah negara," katanya.Beliau turut menegaskan bahawa amat penting bagi pelancong dan warga negara dari kedua-dua belah pihak untuk sentiasa menghormati serta mematuhi undang-undang jalan raya yang berkuat kuasa di negara berkenaan.





IPU di 9 kawasan Sarawak tidak sihat, Serian sangat tidak sihat... - Mygazette - 21/08 5:40 pm

# IPU di 9 kawasan Sarawak tidak sihat, Serian sangat tidak sihat JAS KUALA LUMPUR - Indeks Pencemaran Udara (IPU) di IPD Serian, Sarawak mencecah 227, iaitu berada pada tahap sangat tidak sihat sehingga 2 petang ini dengan sembilan kawasan lain di negeri itu merekodkan bacaan tidak sihat





'Kami sangka keadaan walid tidak serius' - Anak mangsa - Sinarharian - 21/08 2:29 pm

PUTRAJAYA - "Walid sempat usap kepala saya sebelum walid keluar pergi berbasikal,".Itu luah remaja perempuan dikenali Dhia, 18, anak sulung penunggang basikal, Mohd Hilmi Tahar, 48, yang maut dilanggar kereta di Kilometer 9.0 Jalan Persiaran Selatan di sini.Menurut Dhia, kali terakhir dia berjumpa arwah bapanya kira-kira jam 9 malam Khamis."Walid tidak menunjukkan sebarang perubahan dan aktiviti berbasikal adalah hobinya sejak beberapa tahun lalu."Mummy dapat panggilan telefon yang memaklumkan kemalangan itu kira-kira 10.30 malam (Khamis) sebelum kami segera ke hospital





Pembinaan E1AKAN pisahkan Tebing Barat - Anwar - Sinarharian - 21/08 2:00 pm

KUALA LUMPUR- Pembinaan di kawasan penempatan E1 di timur Baitulmuqaddis akan memisahkan Tebing Barat dan menjejaskan prospek pembentukan tanah air Palestin, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Dalam hantaran Facebook hari ini, beliau mengutuk sekeras-kerasnya keputusan rejim Israel untuk membuka tender pembinaan bagi projek penempatan E1."Tanah di sebelah timur Baitulmuqaddis ini sejak sekian lama amat penting bagi kelangsungan negara Palestin," kata Perdana Menteri.Beliau berkata, penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki adalah tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa, namun Israel terus bertindak tanpa sebarang hukuman."Keputusan ini, yang dibuat ketika keganasan peneroka terhadap orang awam Palestin di Tebing Barat yang belum pernah berlaku sebelum ini dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, menunjukkan bahawa rejim Israel berpura-pura mencari keamanan atau menghormati tuntutan komuniti antarabangsa," kata beliau.-- LAGIANWAR-TEBING BARAT 2 (AKHIR) KUALA LUMPURAnwar menegaskan semula sokongan teguh Malaysia terhadap rakyat Palestin dan hak mereka yang tidak boleh dinafikan untuk mempunyai sebuah negara yang berdaulat, berdaya maju, bersempadan dan merdeka.Beliau berkata Malaysia akan mengambil perhatian serius terhadap mana-mana syarikat antarabangsa yang memilih untuk menyertai tender berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya.Bernama-Xinhua semalam melaporkan bahawa Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres melahirkan kebimbangan berhubung laporan tentang kawasan penempatan baharu Israel yang tidak sah di Tebing Barat, dan menggesa Israel menghentikan tindakan selanjutnya.Jurucakapnya, Stephane Dujarric berkata penempatan E1 akan memutuskan hubungan antara utara dengan selatan Tebing Barat, membawa kesan serius terhadap integriti wilayah Palestin yang diduduki dan menimbulkan ancaman kepada kewujudan penyelesaian dua negara.-- BERNAMATAG: Palestin, Israel, E1, penempatan, Tebing Barat, Anwar Ibrahim





Dasar Satu China: PM tegas pertahan dasar luar, bukan sokong perang - Penganalisis - Sinarharian - 21/08 2:00 pm

KUALA LUMPUR - Pendirian Malaysia berhubung isu Taiwan dan China tidak bermaksud negara ini menyokong sebarang tindakan ketenteraan atau peperangan, sebaliknya kekal berpegang kepada dasar luar yang mengutamakan penyelesaian secara aman.Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, Malaysia sejak dahulu menerima pakai konsep Satu China (One China Policy) dalam dasar luarnya.Jelasnya, pendirian Malaysia mengenai Dasar Satu China tidak boleh ditafsirkan sebagai sokongan terhadap sebarang tindakan ketenteraan terhadap Taiwan."Pengiktirafan terhadap Dasar Satu China ini bukanlah bermaksud Malaysia menyokong tindakan ketenteraan terhadap Taiwan





'Papa Zola The Movie' tembusi pawagam Korea Selatan - Sinarharian - 21/08 1:59 pm

FILEM animasi Papa Zola The Movie akan ditayangkan di pawagam seluruh Korea Selatan mulai 2 September ini.Pengarah Media MONSTA, Faiz Zainal Aabidin berkata, syarikat itu menghargai kepercayaan rakan pengedar dan pawagam di Korea Selatan yang melihat potensi filem berkenaan serta memilih untuk membawanya kepada penonton negara tersebut."Bagi kami, kepercayaan ini bukan sahaja satu peluang untuk memperkenalkan animasi Malaysia tetapi juga satu pengiktirafan bahawa cerita yang kami hasilkan mempunyai daya tarikan yang boleh merentasi budaya dan sempadan negara," katanya dalam kenyataan hari ini.Menurut MONSTA, pencapaian itu amat bermakna kerana berjaya menarik keyakinan pengedar antarabangsa terhadap karya, nilai dan budaya Malaysia yang diketengahkan syarikat berkenaan.Menurut kenyataan itu, Papa Zola The Movie merupakan filem MONSTA kedua yang berjaya menembusi pawagam Korea Selatan selepas BoBoiBoy The Movie pada 2016."Daripada Papa kini menjadi Oppa, Papa Zola bersedia menyapa para penonton di negara itu dengan aksi, pengembaraan dan jenaka yang pastinya mencuit hati serta menghiburkan," katanya.Selepas Korea Selatan, Papa Zola The Movie dijadualkan meneruskan tayangan di beberapa pasaran lain termasuk Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Kuwait pada 23 September ini, sebelum mengembangkan lagi tayangan ke Australia, New Zealand dan India.- Bernama





Salah guna kuasa urusan pelupusan tanah: Pengerusi, pengarah syarikat antara lima individu direman - Sinarharian - 21/08 1:29 pm

GEORGETOWN - Lima individu membabitkan seorang pengerusi, dua pengarah syarikat, seorang pengurus teknikal dan seorang kerani direman empat hari untuk siasatan kes penyalahgunaan kuasa dalam urusan pelupusan tanah milik agensi kerajaan di bawah sebuah kementerian di Pulau Pinang.Perintah reman sehingga 24 Ogos terhadap kesemua suspek telah dikeluarkan Majistret Noor Idayu Salim selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Georgetown di sini pada Jumaat.Menurut sumber, empat suspek lelaki dan seorang suspek wanita berusia dalam lingkungan 40 dan 50-an telah ditahan antara jam 11 pagi dan 12 tengah hari pada Khamis, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang."Suspek pertama seorang pengerusi sebuah agensi kerajaan dipercayai bersubahat bersama empat lagi suspek dengan menyalahgunakan kedudukannya ketika itu sebagai timbalan pengerusi dan ahli lembaga pengarah untuk meluluskan penjualan lapan lot tanah di Seberang Prai Selatan pada 2015 kepada sebuah syarikat yang disyaki milik sekutunya."Suspek terbabit juga dipercayai menggunakan kedudukannya meluluskan penjualan tanah tersebut pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran membabitkan nilai kerugian kira-kira RM1.96 juta," katanya.Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.





Chef Wan teruja cucu sarung jersi Malayan Tigress B-17 - Sinarharian - 21/08 11:30 am

SATU kebanggaan buat cef selebriti, Chef Wan selepas cucu perempuannya, Isabella Saffiya O'Luanaigh terpilih mewakili skuad Malayan Tigress Bawah 17 Tahun (B-17) yang kini beraksi pada Piala Srikandi Merdeka 2026 di Super Soccer Arena, Kudus, Indonesia.Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail memberitahu hanya mengetahui mengenai kejayaan besar skuad muda negara membelasah Arab Saudi 9-0 pada Selasa lalu selepas menerima kiriman gambar daripada anaknya, Serina.Menurutnya, walaupun bola sepak bukan sukan yang diminatinya, kejayaan cucu dan pasukan negara itu tetap menyentuh perasaannya.Beliau berkata, mesej daripada Serina selain perkongsian laporan mediamembuatkannya berasa terharu serta bersyukur dengan pencapaian Isabella."Tahniah buat Isabella dan pasukannya atas pencapaian mereka





Two cyclists die in Putrajaya after vehicle hits them while changing lanes, say police - Malaymail - 21/08 10:06 am

PUTRAJAYA, Aug 21 Two cyclists died after being hit by a vehicle at kilometre 9.0 of Jalan Persiaran Selatan, Pu...





Two cyclists died after being hit by vehicle in Putrajaya - Police - Sinardaily - 21/08 9:30 am

PUTRAJAYA - Two cyclists died after being hit by a vehicle at kilometre 9.0 of Jalan Persiaran Selatan, Putrajaya, last night, said Putrajaya district police chief ACP Aidi Sham Mohamed.In a statement today, Aidi Sham said the accident occurred at 10.15pm, involving a vehicle driven by a local man in his 40s and two male cyclists aged in their 40s and 30s respectively."Initial investigations found that the vehicle being driven had changed direction from the middle lane to the left lane before hitting the two cyclists."As a result of the accident, both cyclists were confirmed dead at the scene of the accident due to severe injuries to their face and head," he said.He said investigations were continuing under Section 41(1) of the Road Transport Act 1987.Therefore, he asked the public or witnesses to the incident who had relevant information to come forward to assist in the investigation by contacting the Putrajaya Traffic Police Station at 03-88862138 or any nearby police station





Dua penunggang basikal maut dirempuh kereta - Sinarharian - 21/08 8:57 am

PUTRAJAYA - Dua penunggang basikal warga tempatan maut selepas dirempuh sebuah kereta di kilometer 9.0 Jalan Persiaran Selatan, Putrajaya, malam tadi.Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, kemalangan berlaku pada jam 10.15 malam, melibatkan sebuah kenderaan yang dipandu lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40-an serta dua penunggang basikal lelaki masing-masing berusia lingkungan 40-an dan 30-an."Siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu telah mengubah haluan dari lorong tengah ke lorong kiri sebelum melanggar kedua-dua penunggang basikal tersebut."Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua penunggang basikal disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah di bahagian muka dan kepala," katanya.Beliau berkata, siasatan diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Justeru, beliau meminta orang ramai atau saksi kejadian membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Putrajaya di talian 03-88862138 atau mana-mana balai polis berhampiran.- Bernama





Lima termasuk pengerusi agensi kerajaan ditahan disyaki salah guna kuasa urus lupus tanah - Sinarharian - 21/08 8:53 am

GEORGE TOWN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima individu termasuk seorang pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam urusan pelupusan tanah milik sebuah agensi kerajaan di bawah kementerian di Pulau Pinang.Selain pengerusi berusia lingkungan 50-an itu, turut ditahan ialah dua pengarah syarikat, seorang pengurus teknikal dan seorang kerani wanita yang kesemuanya berusia antara 40 hingga 50-an.Menurut sumber, pengerusi berkenaan disyaki menyalahgunakan kedudukannya ketika menjadi Timbalan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah agensi terbabit bagi meluluskan penjualan lapan lot tanah di Seberang Perai Selatan pada 2015.Tanah berkenaan dipercayai dijual kepada sebuah syarikat yang disyaki mempunyai kaitan dengan sekutu suspek."Siasatan mendapati suspek dipercayai terlibat dalam proses kelulusan penjualan tanah berkenaan pada harga lebih rendah daripada nilai pasaran sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM1.96 juta," katanya.Sumber berkata, kelima-lima suspek ditahan secara berperingkat antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari di Pejabat SPRM Pulau Pinang pada Khamis."Kesemua mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown pagi ini bagi permohonan reman," katanya.Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.





Bot nelayan bersama empat kru Thailand ditahan, rampasan RM3 juta - Mygazette - 21/08 8:16 am

# Bot nelayan bersama empat kru Thailand ditahan, rampasan RM3 juta GEORGE TOWN - Sebuah bot nelayan tempatan bersama empat kru warga Thailand ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang semalam kerana disyaki melanggar syarat sah lesen menangkap ikan





Polis buru suspek cubaan samun kedai emas di Klang - SUN - 20/08 11:03 pm

Polis Klang Selatan sedang memburu suspek yang terlibat dalam kes cubaan samun bersenjata api di sebuah kedai emas di Jalan Tengku Kelana, Klang.





Polis buru geng cuba samun kedai emas - Sinarharian - 20/08 6:32 pm

KLANG - Polis giat memburu kumpulan geng terbabit cubaan samun kedai emas di Jalan Tengku Kelana, di sini pada Khamis.Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintenden Kamalariffin Aman Shah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi."Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan semasa cubaan samun berkumpulan."Kes juga disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 iaitu menunjukkan senjata api semasa cubaan melakukan samun," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Tambahnya, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini untuk tampil membantu siasatan.Katanya, maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Mohamad Sulaimi Alawi @ Shaari di talian 014-5719405, Bilik Gerakan IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai berdekatan.Sebelum itu tular rakaman video kes terbabit memaparkan dua lelaki bertopi keledar cuba memecahkan rak kaca barang kemas dipercayai menggunakan penukul.Selain itu, dua lelaki lagi menunggu di luar premis menaiki motosikal.Tidak beberapa lama kemudian empat lelaki terbabit terus beredar dari lokasi terbabit.





14-year-old lass rewrites records with seven-goal haul at Indonesia .. - Sinchew - 20/08 4:14 pm

14-year-old lass rewrites records with seven-goal haul at Indonesia Merdeka Cup KUALA LUMPUR: Fourteen-year-old Lim You has shot to fame overnight after scoring seven goals in a single match representing Malaysia U-17 womens national football team at the 2026 Indonesia Merdeka Cup





Penyelia kilang ditahan pasang bendera terbalik, dakwa tak sengaja - Mygazette - 20/08 4:14 pm

# Penyelia kilang ditahan pasang bendera terbalik, dakwa tak sengaja ISKANDAR PUTERI Seorang penyelia ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian Jalur Gemilang dan bendera Johor dipasang terbalik di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian SILC, Gelang Patah





Kuching City tekad cipta kejutan hadapi JDT - Sinarharian - 20/08 2:01 pm

ISKANDAR PUTERI - Kuching City FC bertekad mahu memberi saingan luar biasa kepada Johor Darul Tazim (JDT), sekali gus mencipta kejutan dengan meraih gelaran juara Piala Sumbangsih 2026/2027 buat kali pertama.Meskipun persiapan The Cats sedikit terjejas susulan krisis kecederaan dan masalah visa ketika kem latihan pramusim di Chiang Mai, Thailand, ketua jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak, percaya semangat tinggi pemain-pemainnya mampu membawa kepada pertembungan sengit.Menurut Aidil, pelbagai strategi dilakukan The Cats berikutan dua tonggak utama, Rodney Celvin dan Jimmy Raymond, terpaksa direhatkan selepas mengalami kecederaan sewaktu menjalankan tugas antarabangsa bersama skuad kebangsaan."Ketiadaan dua pemain ini bukan lagi rahsia kerana mereka cedera dan tidak sempat cergas dalam tempoh singkat satu atau dua hari ini, sekali gus terlepas perlawanan ini."Sebelum itu, tiga pemain import kami, iaitu James Okwuosa, Jerome Mpacko Etame dan Ronald Ngah, terlepas aksi pramusim di Chiang Mai, sekali gus menjejaskan persiapan pasukan menjelang aksi Liga Malaysia musim ini," katanya ketika sidang media praperlawanan Piala Sumbangsih 2026/2027.Beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai status lima pemain pinjaman dari JDT memandangkan perkara itu agak sensitif."Mereka adalah pemain baharu dalam pasukan yang perlu menyesuaikan diri dahulu dengan pemain-pemain lain





JDT berdepan dua misi besar - Sinarharian - 20/08 1:35 pm

ISKANDAR PUTERI - Dua misi besar bakal dihadapi Johor Darul Tazim (JDT) pada Jumaat, iaitu mempertahankan Piala Sumbangsih dan melakar rekod baharu dunia sebagai pasukan yang mencatatkan rekod tanpa kalah terpanjang dalam saingan liga bola sepak.Pertembungan JDT menentang naib juara Piala Malaysia, Kuching City FC, bukan sekadar memburu kemenangan, tetapi menjadi pentas terbaik untuk Harimau Selatan mengukuhkan cengkaman sebagai gergasi bola sepak domestik.Pengendali JDT, Xisco Munoz, berkata Kuching City merupakan pencabar terhebat JDT ketika ini.Menurutnya, Kuching City sentiasa sangat berbahaya dalam transisi serangan kerana mempunyai pemain yang sangat baik untuk melakukan tugas itu."Esok kita perlu memberikan fokus yang tinggi kerana ini perlawanan pertama kita dalam pertandingan besar dan penting untuk para pemain memahami perkara itu."Kita perlu memberikan aksi maksimum kerana ini perlawanan penting menentang lawan yang berkualiti





Perdagangan Malaysia catat RM364.7 bilion pada Julai - DOSM - Sinarharian - 20/08 12:51 am

KUALA LUMPUR - Prestasi perdagangan Malaysia terus mengukuh pada Julai 2026, meningkat 37.3 peratus kepada RM364.7 bilion daripada RM265.7 bilion setahun sebelumnya, disokong pertumbuhan berterusan dalam eksport dan import.Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan berkataeksport Malaysia berkembang 38.0 peratus kepada RM193.6 bilion, manakala import meningkat 36.4 peratus kepada RM171.1 bilion





Pasangan warga asing dalang sindiket pekerja seks ditahan - Sinarharian - 20/08 12:19 am

PUTRAJAYA - Sindiket kegiatan tidak bermoral yang menjadikan premis kediaman dan perniagaan sebagai lokasi tersembunyi untuk menawarkan khidmat pekerja seks warga asing terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Operasi Khas pada Selasa.Kegiatan itu dipercayai dipromosikan menerusi media sosial kepada pelanggan terutama warga Bangladesh di sekitar Lembah Klang, manakala pekerja seks dikawal pasangan warga asing yang dipercayai menjadi dalang utama.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, kegiatan itu terbongkar hasil maklumat awam dan risikan selama dua minggu sebelum operasi dijalankan di dua lokasi di Jalan Kuchai Lama dan sekitar Jalan Gelugor, Kuala Lumpur pada Selasa."Operasi bermula kira-kira jam 10.50 malam itu melibatkan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya."Pasukan operasi berjaya menahan satu pasangan warga asing terdiri daripada seorang lelaki warga Bangladesh bersama seorang wanita warga Thailand yang dipercayai dalang utama," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Zakaria berkata, seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai berperanan sebagai penjaga premis turut ditahan."Operasi sama turut menahan tiga lelaki warga Myanmar, tiga wanita warga Bangladesh, 14 wanita warga Indonesia, dua wanita warga Vietnam dan seorang wanita warga Myanmar," katanya.Katanya, kesemua yang ditahan berusia antara 18 hingga 35 tahun dengan jumlah keseluruhan seramai 26 orang."Semakan awal mendapati kesemua warga asing yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini," katanya.Zakaria berkata, pasukan operasi turut menyita empat pasport Bangladesh, sebuah pasport Thailand dan sebuah pasport Indonesia selain telefon bimbit, kondom serta wang tunai RM1,215 yang disyaki hasil daripada kegiatan berkenaan."Modus operandi sindiket adalah menjadikan premis kediaman dan perniagaan sebagai lokasi menjalankan aktiviti tidak bermoral membabitkan wanita warga asing sebagai pekerja seks."Premis kediaman dipromosikan kepada pelanggan terutama warga Bangladesh yang berada di Lembah Klang melalui platform media sosial," katanya.Menurutnya, dalang utama dipercayai mengawal pergerakan pekerja dengan menyimpan pasport mereka, manakala aktiviti di premis kediaman dilakukan secara tertutup bagi mengelak dikesan pihak berkuasa."Kegiatan di premis perniagaan pula dipercayai dikawal dan dijaga seorang lelaki warga tempatan yang berperanan sebagai 'kapten'," katanya.Beliau berkata, kadar bayaran dikenakan di premis kediaman adalah RM200 bagi tempoh 60 minit, manakala bayaran di premis perniagaan pula antara RM260 hingga RM400 bagi tempoh 90 minit."Kegiatan ini dipercayai telah beroperasi sejak dua bulan lalu," katanya.Zakaria berkata, pasangan warga asing dan seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63."Warga asing lain pula ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63."Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Imigresen untuk tindakan lanjut, manakala tujuh lelaki warga tempatan diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan," katanya.Beliau berkata, JIM akan meneruskan tindakan tegas bagi membanteras apa jua aktiviti yang melanggar undang-undang negara."Tindakan ini bagi memastikan kestabilan dan kemakmuran negara berada dalam keadaan aman dan sejahtera," katanya.





5 ditahan 3 kes pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik - FMT - 20/08 11:37 am

Tiga kes itu membabitkan siasatan di bawah kawasan pentadbiran IPD Kulai, Iskandar Puteri dan Johor Bahru Selatan.





Jalur Gemilang Terbalik: Polis Johor tahan 5 individu, tiga kertas siasatan dibuka - Sinarharian - 20/08 10:54 am

JOHOR BAHRU Polis Johor membuka tiga kertas siasatan berhubung tiga kes pemasangan bendera terbalik yang tular di media sosial, dengan lima individu sudah ditahan setakat ini.Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat berkata, tiga kes berkenaan membabitkan lokasi di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, Iskandar Puteri dan Johor Bahru Selatan.Menurutnya, siasatan terhadap kes berkenaan masih berjalan sebelum kertas siasatan dilengkapkan dan dirujuk kepada pihak pendakwaan untuk mendapatkan keputusan lanjut."Setakat ini kita ada tiga kes tular





Kes Rocky: Pemilik didakwa lagi, bela anjing tanpa lesen - Sinarharian - 20/08 10:44 am

KLANG - [DIKEMAS KINI] Selepas berdepan pertuduhan menyebabkan kesakitan terhadap anjing bernama Rocky, seorang wanita yang juga pemilik haiwan itu sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas satu pertuduhan memelihara anjing tanpa lesen sah.Surirumah, S Roghini Devi, 42, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, A Karthiyayini.Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa memelihara anjing melebihi umur tiga bulan tanpa lesen sah yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang di hadapan sebuah rumah di Jalan Sama Gagah, Taman Teluk Gedung Indah, Klang Selatan, di sini pada jam 10.50 malam 29 Julai lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing Mmajlis Perbandaran Klang 2007 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak maksimum satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.ARTIKEL BERKAITAN:Kertas siasatan kes kematian Rocky diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya'Saya diugut, keluarga jadi sasaran selepas kematian anjing Rocky' -Muhammad ShahMuhammad Shah kait kematian anjing 'Rocky' didakwa Khamis iniKes anjing Rocky: Polis terima arahan pertuduhan daripada TPRKes Anjing Rocky: Jangan pecah keamanan, hadir dengan tertib -KP SelangorWanita didakwa pemilik Rocky turut dihadapkan ke mahkamah hari iniKes Rocky: Tiada perhimpunan, suasana mahkamah terkawalSemasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Salman Alfarisi Nawawi mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.Bagaimanapun, peguam Jeremy Vinesh Anthony yang mewakili Roghini Devi memohon supaya jumlah ikat jamin dikurangkan dengan alasan jumlah yang dicadangkan pendakwaan bersamaan dengan denda maksimum yang ditetapkan di bawah undang-undang.Karthiyayini membenarkan ibu kepada empat anak itu diikat jamin sebanyak RM1,000 dan menetapkan 8 Oktober depan untuk sebutan semula kes.Turut hadir dalam prosiding ialah peguam pemerhati, Mohd Norazihan Adnan bagi pihak Majlis Bandaraya Diraja Klang sementara peguam, Audrey Hoh Foong Yee untuk Badan Peguam Malaysia.Sementara itu, di Mahkamah Sesyen di sini, Roghini didakwa atas satu pertuduhan menarik Rocky sehingga menyebabkan kesakitan terhadap haiwan berkenaan, tiga minggu lalu.Media sebelum ini melaporkan, polis membuka kertas siasatan berhubung kematian anjing berkenaan ketika operasi tangkapan haiwan berkeliaran.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, anjing itu disahkan mati di lokasi berkenaan pada jam 10.50 malam dan bangkainya dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JVS) bagi tujuan bedah siasat.





Pemilik anjing, penghantar barang didakwa sebabkan kesakitan Rocky - Sinarharian - 20/08 9:43 am

KLANG - [DIKEMAS KINI] Seorang pemilik anjing bernama Rocky dan lelaki yang menjadi sasaran kecaman selepas insiden kekecohan operasi penangkapan anjing liar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan, menarik dan menjerut sehingga menyebabkan kesakitan ke atas haiwan itu tiga minggu lalu.Surirumah, S Roghini Devi, 42, dan penghantar barang, Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom, 24, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim, Mujib Saroji.Mengikut pertuduhan, Roghini Devi didakwa secara tidak munasabah telah menarik Rocky sementara Muhammad Shah Idham Nor Haikal dituduh menjerut anjing jantan itu, menggunakan peralatan gelung tali 'loop'.ARTIKEL BERKAITAN:Kertas siasatan kes kematian Rocky diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya'Saya diugut, keluarga jadi sasaran selepas kematian anjing Rocky' -Muhammad ShahMuhammad Shah kait kematian anjing 'Rocky' didakwa Khamis iniKes anjing Rocky: Polis terima arahan pertuduhan daripada TPRKes Anjing Rocky: Jangan pecah keamanan, hadir dengan tertib -KP SelangorWanita didakwa pemilik Rocky turut dihadapkan ke mahkamah hari iniKes Rocky: Tiada perhimpunan, suasana mahkamah terkawalKedua-dua OKS terbabit didakwa menyebabkan kesakitan terhadap haiwan berkenaan, di hadapan sebuah rumah di Jalan Sama Gagah, Taman Telok Gedung Indah, Pelabuhan Klang di sini, antara jam 11 hingga 11.30 malam pada 29 Julai.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama yang membawa hukuman denda antara RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor, Mohd Sharif Sabran mencadangkan setiap OKS dikenakan ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin."Ia termasuk syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri sekali setiap bulan di Jabatan Veterinar Selangor," katanya.Bagaimanapun, peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Muhammad Shah Idham Nor Haikal merayu kadar ikat jamin berkenaan dikurangkan dengan alasan anak guamnya tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri."Jaminan tidak seharusnya menjadi bentuk hukuman sebelum prosiding perbicaraan bermula malah syarat tambahan yang dicadangkan, bersifat menekan," katanya yang hadir bersama peguam, Mahmud Abdul Jumaat.Sementara itu, Roghini Devi yang diwakili peguam, Jeremy Vinesh Anthony merayu anak guamnya diberi ikat jamin yang rendah dengan alasan suami OKS merupakan Orang Kurang Upaya (OKU)."Dia merupakan seorang ibu kepada empat anak maka saya mohon dia tidak dikenakan syarat tambahan," katanya yang turut dihadiri peguam, Jamie Wong dan Jeichandran Santhirasegaran.Turut hadir dalam prosiding ialah peguam pemerhati, Mohd Norazihan Adnan bagi pihak Majlis Bandaraya Diraja Klang sementara peguam, Audrey Hoh Foong Yee untuk Badan Peguam Malaysia.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Mujib membenarkan setiap OKS diberi ikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin."Mereka juga dikehendaki melaporkan diri sekali setiap bulan di JPV Selangor dan sebutan semula kes ini ditetapkan pada 8 Oktober depan," katanya.Media sebelum ini melaporkan, polis membuka kertas siasatan berhubung kematian anjing berkenaan semasa operasi tangkapan haiwan berkeliaran.Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, anjing itu disahkan mati dalam kejadian pada 10.50 malam dan bangkainya dihantar ke JVS bagi tujuan bedah siasat.




Reformasi     >>



DAP grassroots leaders defend Rayer, hit back at .. - Mkini
Call for negotiations should not be construed as rejection of rule of law, they say.
Kroni     >>



Empat tokoh terima Anugerah Khas Istiqamah Johor - Harakahdaily
AYER HITAM: Empat tokoh yang mencatat rekod panjang dalam perjuangan Islam, pendidikan, dakwah dan khidmat masyarakat menerima Anugerah Khas Istiqamah PAS Johor 2026 sempena Konvensyen PAS Negeri Johor 2026. Mereka ialah Ustaz Abdullah Hussin, Roslan Nikmat, Ustazah Fatimah Ismail dan Dr Mohd Ramli ..
Tabloid     >>



Hubungan Putrajaya, Sabah dan Sarawak terus .. - Mydateline
Isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kembali menjadi antara perkara yang diberi perhatian apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan bersama pemimpin Sabah dan ... Baca Artikel Penuh
Tech     >>



Report: Google Advertising Pixel 11 Series On Older .. - Lowyat
The Google Pixel phones are the current go-to if you want the closest thing to a vanilla Android experience possible. As such, they are probably the last place youd expect to see ads. Unfortunately, that which you least expect may have come to pass, as Android Authority reports that the older ..
World     >>



Iran warns of retaliation against countries joining US .. - Aljazeera
Warning comes after Trump said he will impose 'most crushing' sanctions to isolate Iran and weaken its government.
Motor Trend     >>



Motosikal Cyclone Rt5 Dan Rt2s Tiba Di Pengedar .. - Mekanika
# CYCLONE RT5 DAN RT2S TIBA DI PENGEDAR - DARI RM13,888 **MForce Bike Holdings melancarkan dua model baharu untuk pasaran tempatan menerusi Cyclone RT5 dan RT2S masing-masing dijual dengan harga RM16,888 dan RM13,888.K**edua-duanya diumumkan ketika majlis perasmian MForce Smartshop KW Keat Wei ..