///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Sekolah Menengah Kebangsaan News   Page 1    



Serbuan di laut, empat nelayan positif dadah ditahan - Mgazette - 21/09 3:38 pm

# Serbuan di laut, empat nelayan positif dadah ditahan MUAR Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan empat nelayan tempatan selepas didapati positifi dadah dalam pemeriksaan tujuh vesel di perairan Tanjung Emas di sini dalam dua operasi berasingan





KPM ambil perhatian Laporan Ipsos Malaysian Education Monitor 2025 - Mgazette - 21/09 3:38 pm

# KPM ambil perhatian Laporan Ipsos Malaysian Education Monitor 2025 KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil perhatian Laporan Ipsos Malaysian Education Monitor 2025 berkenaan persepsi masyarakat terhadap sistem pendidikan negara





Sultan Pahang tidak mahu Felda dijadikan ‘sarang’ dadah - Mgazette - 21/09 3:38 pm

# Sultan Pahang tidak mahu Felda dijadikan 'sarang' dadah JENGKA - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap masalah dadah di kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di negeri ini dan tidak mahu tanah rancangan itu dijadikan 'sarang' dadah





RM3.5 juta hasil bidaan NPI dimanfaatkan untuk Lindung Kendiri - Mgazette - 21/09 3:38 pm

# RM3.5 juta hasil bidaan NPI dimanfaatkan untuk Lindung Kendiri SEBERANG PERAI - Kementerian Pengangkutan (MOT) memperuntuk sebanyak RM3.5 juta bagi membiayai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Lindung Kendiri) tahun ini dengan menggunakan hasil kutipan daripada penjualan nombor pendaftaran istimewa (NPI)





20 pegawai imigresen dipecat, Kor Ming puji ketegasan kerajaan perangi .. - Mgazette - 21/09 3:38 pm

# 20 pegawai imigresen dipecat, Kor Ming puji ketegasan kerajaan perangi rasuah KUALA LUMPUR Kerajaan Madani menunjukkan kesungguhan dalam memerangi rasuah apabila 20 pegawai Jabatan Imigresen terlibat dalam skandal rasuah counter-setting telah dipecat, manakala 227 individu lain sedang disiasat





[VIDEO] Suka orang Cameron Highland, jalan kembali tenang - Kosmo - 21/09 3:37 pm

PETALING JAYA – Selepas seminggu berdepan sengsara, hari Ahad terakhir minggu cuti sekolah hari ini nampaknya menjadi suasana yang indah bagi penduduk di tanah tinggi Cameron Highland, Pahang apabila kesesakan jalan raya kembali tenang di sana





Kor Ming pertahan kebebasan media, sokong rayuan Sinar Harian, Sin Chew - Sinarharian - 21/09 2:36 pm

SHAH ALAM Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyatakan sokongan penuh terhadap dua organisasi media utama negara, Sinar Harian dan Sin Chew Daily berhubung rayuan mereka terhadap denda RM100,000 yang dikenakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).Kor Ming berkata, kebebasan media perlu dipertahankan dan pendekatan berhemah lebih wajar dalam menangani kesilapan yang tidak disengajakan.Jelasnya, sebagai manusia sudah pasti tidak lari daripada melakukan kesilapan."Memaafkan adalah suatu nilai mulia





Rampasan dadah RM600 juta peringatan untuk tindakan segera Lee - SUN - 21/09 2:11 pm

KUALA LUMPUR: Rampasan dadah bernilai hampir RM600 juta, kebanyakannya jenis ekstasi, daripada beberapa makmal pemprosesan di Lembah Klang harus menjadi peringatan kepada negara, kata Pengerusi Alliance for a Safe Community Tan Sri Lee Lam Thye





Tergelincir Jatuh Di Kawasan Air Terjun Buntong Di Perak, Remaja Lelaki Berusia 17 Tahun Maut - Lobakmerah - 21/09 10:47 am

Seorang remaja lelaki 17 tahun dilaporkan maut selepas tergelincir jatuh di kawasan air terjun Buntong di Perak pada Sabtu





Empat nelayan dicekup positif dadah di laut - Sinarharian - 21/09 10:41 am

MUAR Seramai empat nelayan tempatan ditahan dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Johor di perairan Tanjung Emas, di sini, mulai Khamis hingga Jumaat baru-baru ini.Menurut Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini Zainal, kesemua nelayan tersebut ditahan setelah disahkan positif dadah ketika pemeriksaan dilakukan."Pada operasi bersepadu kali ini, sebanyak tujuh vesel nelayan tempatan diperiksa sepanjang operasi dua hari itu."Seramai empat nelayan berusia dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun didapati positif dadah jenis methamphetamine hasil pemeriksaan dan saringan air kencing yang dilakukan ketika pemeriksaan."Kesemua mereka yang ditahan diserahkan kepada pihak AADK untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983," katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Ahad.Operasi yang disertai 12 pegawai AADK Negeri Johor dan Muar dengan diketuai Timbalan Pengarah Cawangan Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Johor, Puan Zatul Rawihah Abdul Razak itu turut membabitkan Bot Penggalang 30 dan Bot Petir 85.Difahamkan, dua daripada vesel yang ditahan kemudiannya dibebaskan dan diserahkan semula kepada pemilik masing-masing.Sementara itu, Mohammad Zaini menegaskan bahawa Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan operasi bersama agensi-agensi penguatkuasaan lain dalam usaha memastikan perairan negara bebas daripada sebarang ancaman jenayah, termasuk penyalahgunaan dadah."Kerjasama ini bukan sahaja memperkukuh keselamatan di laut, malah memberi mesej jelas bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang."Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh menyalurkannya melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat di talian 07-4344020 untuk tindakan segera," katanya.





Karier makin padu di Bangkok, Arhan pasang tekad ke Piala Dunia - Sinarharian - 21/09 8:45 am

PEMAIN pertahanan Indonesia, Pratama Arhan Alif Rifai, menzahirkan rasa syukur apabila kariernya bersama Bangkok United terus berjalan lancar dan memberangsangkan sejak berhijrah ke Liga Thailand.Pemain berusia 23 tahun itu yang ditampilkan menentang Selangor FC dalam saingan Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) 2025/26 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Khamis, mengakui suasana baharu tidak menimbulkan masalah besar kerana beliau cepat menyesuaikan diri."Alhamdulillah, saya kini bersama Bangkok United dan sangat gembira dengan perkembangan yang berlaku





‘Biar lambat bercuti, janji tidak bersesak’ - Kosmo - 21/09 8:00 am

GEORGE TOWN Walaupun cuti sekolah panjang hampir sampai ke penghujungnya hari ini, Pulau Pinang masih menjadi tumpuan pelancong luar yang mengambil kesempatan beristirahat bersama keluarga sebelum kembali bekerja dan bersekolah bermula esok





Panjat puncak mahu nikmati pemandangan sebelum maut tergelincir di air terjun - Sinarharian - 21/09 12:20 am

IPOH Seorang remaja lelaki Tingkatan Lima yang maut selepas terjatuh dari tebing batu di kawasan Air Terjun Buntong, berhampiran Kilometer 6 Lebuhraya IpohLumut pada Sabtu disahkan tiada unsur jenayah.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dalam kejadian sekitar jam 11.36 pagi itu, mangsa difahamkan datang bersama enam rakannya untuk mandi di kawasan berkenaan sebelum memanjat ke bahagian puncak bagi melihat pemandangan.Menurutnya, bagaimanapun, remaja terbabit tergelincir lalu jatuh dari tebing batu berkenaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan ambulans."Berdasarkan keterangan rakan-rakan mangsa yang berada di lokasi, kejadian dipercayai berlaku akibat tergelincir ketika memanjat puncak air terjun."Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat dan laporan mendapati punca kematian disebabkan kecederaan parah di kepala," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Abang Zainal Abidin berkata, sampel darah dan air kencing mangsa turut diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti riadah di kawasan air terjun terutama di bahagian berbatu yang licin dan berbahaya.Terdahulu media melaporkan seorang pelajar Tingkatan Lima maut selepas terjatuh di kawasan Air Terjun Buntong di sini.Mangsa dikenali Bayu Zaril Iman Zaharilizam, 17, difaham pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jati





Polis Perak laksana latihan intensif tingkat keselamatan pembesar utama, VVIP - SUN - 20/09 9:46 pm

TELUK INTAN: Polis Perak sedang dan akan melaksanakan pelbagai siri latihan intensif melibatkan pegawai dan anggota yang menjaga keselamatan pembesar utama negara dan orang kenamaan (VVIP) bagi mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan semasa bertugas





336 kes lemas di laut direkod Maritim Malaysia sejak 2020 - SUN - 20/09 8:39 pm

ALOR GAJAH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia merekodkan 336 kes lemas di laut melibatkan 499 mangsa dari tahun 2020 hingga 26 Ogos tahun ini





KBS peruntuk RM500,000 naik taraf papan markah Pusat Akuatik Paroi - SUN - 20/09 7:42 pm

SEREMBAN: Kementerian Belia dan Sukan memperuntukkan sebanyak RM500,000 bagi projek menaik taraf papan markah di Pusat Akuatik Negeri, Paroi





Penyokong Futsal Harimau Malaya diseru banjiri Stadium SUKPA - Tengku Fahad - SUN - 20/09 7:24 pm

KUANTAN: Penyokong skuad futsal Harimau Malaya, khususnya di Pahang, diseru membanjiri Stadium Tertutup SUKPA di sini bagi tiga aksi pusingan kelayakan Piala Asia Futsal 2026 yang bermula hari ini





KKM perkenal inisiatif Healthy Living Mall sempena BMSS 2025 - Sinarharian - 20/09 7:15 pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenal inisiatif baharu, Pusat Beli-Belah Mesra Pembudayaan Hidup Sihat atau Healthy Living Mall bersempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2025.Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Pelan Strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang memberi penekanan kepada penglibatan aktif sektor komersial dalam mempromosikan budaya hidup sihat.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia sebagai strategi penting untuk mendekatkan rakyat dengan amalan gaya hidup sihat dalam rutin harian."Sebanyak 28 AEON Mall di seluruh negara telah terlibat dalam Cabaran Mall Walking bagi menggalakkan pengunjung AEON Mall aktif dalam mencapai 10,000 Langkah dan sekaligus mencipta rekod The Malaysia Book of Records, Most Steps Accumulated In a Shopping Centre Walking Campaign.Ia memberi peluang kepada rakyat untuk kekal aktif sambil membeli-belah bersama keluarga."Sambutan BMSS yang dilancarkan peringkat kebangsaan tahun ini bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya peringatan berterusan tentang kepentingan budaya hidup sihat sepanjang tahun."Bulan September ini bukan hanya sebulan dalam setahun kita beri perhatian, tetapi ia diangkat sebagai peringatan untuk diteruskan dalam bulan-bulan yang lain," katanya selepas merasmikan sambutan BMSS peringkat kebangsaan 2025 di AEON Mall AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu.Tambah Dr Dzulkefly, tahap celik kesihatan rakyat Malaysia merupakan cabaran besar dihadapi negara ini kerana masih rendah.Ujar beliau, sepertiga rakyat Malaysia berada pada tahap rendah dalam celik kesihatan manakala hanya kira-kira 25 peratus sahaja yang boleh dianggap cemerlang."Malangnya, pengetahuan ini belum sepenuhnya diterjemahkan kepada penghayatan budaya hidup sihat."Berdasarkan Malaysia Healthy Lifestyle Index, skor rakyat Malaysia menunjukkan, 39 peratus berada pada tahap rendah, 29 peratus sederhana dan hanya 32 peratus pada tahap tinggi





Sultan Pahang tidak mahu Felda dijadikan sarang dadah - SUN - 20/09 7:08 pm

JENGKA: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap masalah dadah di kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di negeri ini dan tidak mahu tanah rancangan itu dijadikan sarang dadah





Maklumat bocor: Saksi pelajar dan ibunya menangis, dalam keadaan trauma - Ram Singh - Sinarharian - 20/09 7:05 pm

KOTA KINABALU Kebocoran maklumat sulit dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir menimbulkan trauma mendalam kepada seorang saksi remaja apabila butiran peribadi dan keterangannya tersebar di media sosial.Peguam, Datuk Ram Singh berkata, beliau sendiri bertemu saksi berkenaan bersama ibunya pada Jumaat dan mendapati kedua-duanya berada dalam keadaan tertekan serta menangis akibat pendedahan tersebut."Kebocoran maklumat itu menimbulkan ketakutan serta tekanan emosi kepada saksi pelajar. Saya sendiri telah menemui saksi dan ibunya pada pagi ini (semalam) dan mereka dalam keadaan trauma serta menangis akibat pendedahan tersebut," katanya dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Luyang kira-kira jam 4.14 petang.Menurutnya, maklumat sulit berkenaan sepatutnya direkodkan di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, namun didedahkan secara tidak bertanggungjawab di media sosial dan turut tular melalui aplikasi WhatsApp serta TikTok."Pendedahan tersebut mengandungi nama penuh, alamat rumah, nombor pengenalan diri, malah video di aplikasi TikTok turut memaparkan nama-nama kelima-lima kanak-kanak yang dituduh dalam kes ini," jelasnya.Ram menegaskan, kebocoran maklumat itu bukan sahaja mendedahkan saksi kepada risiko keselamatan, malah melanggar undang-undang berkaitan perlindungan saksi dan kanak-kanak, khususnya di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.Beliau meminta polis menyiasat segera pihak yang bertanggungjawab serta mengambil tindakan tegas agar prosiding inkues tidak terus tergugat.Sementara itu, prosiding inkues di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu ditangguhkan selepas keterangan saksi kelapan, Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, Azhari Abd Sagap, 31.Koroner Amir Shah Amir Hassan turut meluahkan kekecewaan selepas dimaklumkan mengenai kebocoran pernyataan saksi remaja pertama yang telah tersebar di media sosial.Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sebuah sekolah agama pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) keesokan harinya





Inkues Zara Qairina: Polis sahkan terima laporan kebocoran maklumat saksi pelajar - Sinarharian - 20/09 6:51 pm

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan menerima laporan pada Jumaat berhubung kebocoran maklumat melibatkan seorang saksi bawah umur dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir.Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, laporan itu dibuat oleh peguam Datuk Ram Singh, yang mewakili saksi dirujuk sebagai Pelajar A, di Balai Polis Luyang sekitar jam 4 petang Jumaat."Susulan laporan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan. Tiada tangkapan dibuat setakat ini dan siasatan sedang dijalankan dengan kerjasama rapat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)," katanya pada Sabtu.Terdahulu pada Jumaat, saksi remaja itu sepatutnya memberikan keterangan pada sebelah petang selepas saksi kelapan, Azhari Abd Sagap, 31, yang juga ketua warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha.Bagaimanapun, insiden kebocoran maklumat itu menyebabkan prosiding inkues yang memasuki hari ke-10 semalam ditangguhkan ke Isnin selepas saksi berkenaan didapati tidak berada dalam keadaan emosi yang sesuai untuk memberikan keterangan.Menurut Ram, maklumat yang dibocorkan, termasuk kenyataan saksi yang sepatutnya dikemukakan di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, tersebar secara meluas di media sosial, termasuk menerusi aplikasi WhatsApp.Beliau turut mendedahkan bahawa satu video yang dimuat naik ke Tiktok turut mendedahkan nama lima pelajar dan kejadian itu menyebabkan tekanan yang tidak sepatutnya kepada anak guamnya serta ahli keluarga mereka.Perkara ini, tegasnya, menyalahi undang-undang, khususnya di bawah Akta kanak-kanak 2001 serta peruntukan lain yang melindungi kerahsiaan prosiding mahkamah.Koroner Amir Shah Amir Hassan turut meluahkan rasa kecewa terhadap kebocoran terbabit dan menasihatkan Ram membuat laporan polis supaya tindakan sewajarnya dapat diambil





Pelajar Tingkatan Lima maut jatuh air terjun - Sinarharian - 20/09 6:30 pm

IPOH Seorang pelajar Tingkatan Lima maut selepas terjatuh di kawasan Air Terjun Buntong di sini pada Sabtu.Mangsa dikenali sebagai Bayu Zaril Iman Zaharilizam, 17, difahamkan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jati.Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadreian itu pada jam 11.26 pagi daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dengan kekuatan lapan anggota bersama sebuah jentera dan pacuan empat roda bergegas ke lokasi kejadian sejauh 11 kilometer."Setibanya di kaki bukit, anggota perlu berjalan kaki kira-kira satu kilometer untuk sampai ke lokasi mangsa."Sebaik tiba, didapati seorang mangsa lelaki Melayu berusia 17 tahun mengalami kecederaan serius dan telah diberi rawatan awal oleh pihak KKM," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM di lokasi kejadian.Beliau berkata, ketua operasi melakukan penilaian dan mengarahkan anggota membawa mangsa turun ke kawasan kaki bukit menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.20 petang.





Dari Harimau Malaya ke padang sekolah: Gopi Rizqi gilap bakat muda - Sinarharian - 20/09 2:55 pm

SENTUHAN jurulatih, bekas pemain bola sepak kebangsaan Mohammad Gopi Rizqi bersama bekas jurulatih penjaga gol Johor, Omar Salim menjadi pemangkin pembangunan bakat bola sepak dalam kalangan pelajar sekolah di daerah ini.Dalam tempoh lima bulan, latihan dikendalikan Gopi bersama Pertubuhan Kebajikan Generasi Pontian telah diadakan di beberapa padang sekolah sekitar Benut dan Pekan Nanas.Menurut Gopi, asas yang kukuh dan komunikasi berpasukan amat penting bagi memastikan pemain muda mampu melangkah lebih jauh."Mereka perlu belajar lebih banyak lagi tentang asas untuk menjadi pemain bola sepak yang mampu bersaing."Apa yang jurulatih cakap mesti ikut, perlu ada kesungguhan dan latihan berterusan," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Benut pada Sabtu.Beliau berkata, program itu juga membuka peluang kepada pelajar mendalami pelbagai posisi termasuk sebagai penyerang, malah ada yang mula menunjukkan potensi untuk diketengahkan ke peringkat daerah.Walaupun sibuk mengusahakan perniagaan kecil-kecilan menjual popia carbonara dan minuman, Gopi yang memiliki lesen kejurulatihan D FAM tetap bertekad mencurahkan pengalaman serta membimbing pelajar sekolah agar dapat melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam bola sepak.Dalam pada itu, Gopi turut merancang menubuhkan sebuah akademi bola sepak sebagai platform latihan yang lebih sistematik.Terdahulu, semasa zaman kegemilangannya, Gopi bermain bersama beberapa pasukan seperti Pahang (20102015), Selangor (2016), JDT (20172018), Melaka United (2018), Polis Diraja Malaysia (PDRM) (2019) dan Pahang (2020)





Kerajaan negeri sentiasa bantu siasatan kes Wan Ahmad Faris - Exco - Sinarharian - 20/09 1:39 pm

KOTA BHARU - Wakil Kerajaan Kelantan sudah acap kali berjumpa dengan keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang ditemukan mati tergantung dalam tandas asrama pada Disember 2013 bagi memberikan kerjasama kepada proses siasatan.Perkara itu diakui sendiri oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi negeri, Datuk Wan Roslan Wan Hamat selepas diminta mengulas perkembangan terkini kes berkenaan.Menurut beliau, kerajaan negeri tidak pernah berkompromi atau cuba melindungi mana-mana pihak dalam siasatan kes kematian pelajar berkenaan."Nak guru atau pelajar untuk bantu siasatan kita bagi





Kembalikan NTF, tambah baik teknologi perkukuh keselamatan nasional - Kajian UPNM - Sinarharian - 20/09 9:51 am

SEPANG - Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) perlu diwujudkan kembali selain penambahan aset teknologi dalam usaha membendung pencerobohan dan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke dalam negara.Pensyarah Kanan Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Noraini Zulkafli @ Zulkifli berkata, ancaman keselamatan di sempadan ketika ini semakin mencabar berikutan bentuk muka bumi yang pelbagai.Menurutnya, penggunaan teknologi seperti kamera litar tertutup (CCTV) serta dron di lokasi berisiko amat membantu petugas keselamatan negara khususnya Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Tentera Darat Malaysia dalam membuat pemantauan."Menerusi pengesanan melalui CCTV, anggota operasi boleh terus berhubung antara satu sama lain untuk ke lokasi."Ia menjimatkan sumber manusia dan rondaan dapat dilakukan dengan lebih strategik," katanya ketika ditemui Sinar Harian semasa Majlis Penutupan Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 di Movenpick Convention Centre, di sini pada Jumaat.Beliau sebelum itu membentangkan kajian dalam konteks risiko rasuah, governans dan integriti bertajuk Pendatang Asing di Sempadan Darat Malaysia dan Impak kepada Keselamatan Nasional.Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.Menurut Noraini, terdapat banyak laluan haram di sempadan darat negara yang boleh dikategorikan sebagai laluan tikus dan laluan gajah."Bagaimana dengan laluan-laluan gajah, laluan tikus ini? Perkara pertama ialah mempertingkatkan teknologi dalam penguatkuasaan, dan ini pelaburan utama bagi memperkasakan kedaulatan serta keselamatan negara."Kedua, kami mahu NTF diwujudkan semula seperti ketika Covid-19





Pantau tender menerusi sistem, tangani isu kartel diesel - Kajian UTM - Sinarharian - 20/09 9:19 am

SEPANG - Usaha menangani kartel penyelewengan diesel dengan memonopoli tender mampu dilakukan sekiranya sistem perolehan diuruskan dengan cekap di setiap peringkat.Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Shaziera Omar berkata, kartel atau orang tengah kebiasaannya terdiri daripada individu berpangkat besar dalam organisasi terbabit.Menurutnya, kartel merupakan pihak yang mengawal harga bahan api berkenaan."Apa yang kita tahu, kartel sebenarnya orang yang pegang harga





Ibu Zara Qairina kata ???Air matanya sudah habis??? sepanjang perjalanan .. - Mgazette - 20/09 7:38 am

# Ibu Zara Qairina kata Air matanya sudah habis sepanjang perjalanan ke hospital - Saksi KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner, di sini, hari ini diberitahu Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina Mahathir meluahkan bahawa air matanya sudah habis sepanjang perjalanan dari rumahnya di Sipitang ke Hospital Queen Elizabeth, di sini. Perkara itu dikongsikan Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar Azhari Abd Sagap, 31, semasa prosiding inkues kes remaja berkenaan yang memasuki hari ke-10





Pelajar A ambil cuti sakit lebih dua minggu selepas insiden Zara Qairina .. - Mgazette - 20/09 7:38 am

# Pelajar A ambil cuti sakit lebih dua minggu selepas insiden Zara Qairina - Saksi KOTA KINABALU Mahkamah Koroner, di sini, hari ini diberitahu bahawa seorang pelajar dirujuk sebagai A, antara lima yang didakwa berhubung kes buli Allahyarham Zara Qairina Mahathir, telah mengambil cuti sakit lebih dua minggu selepas insiden malang menimpa remaja itu pada 16 Julai lepas. Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar iaitu Azhari Abd Sagap, 31, berkata, ibu pelajar A telah menghantar dua sijil cuti sakit daripada klinik kesihatan dengan tarikh berasingan kepada beliau menerusi aplikasi WhatsApp untuk memaklumkan perkara itu





Inkues Zara Qairina: Ram Singh buat laporan polis kebocoran maklumat saksi - Sinarharian - 20/09 7:03 am

KOTA KINABALU - Peguam, Datuk Ram Singh membuat laporan polis susulan kebocoran maklumat salah seorang remaja yang diwakilinya sebagai saksi dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir yang tular di media sosial.Menurut laporan yang dibuat di Balai Polis Luyang kira-kira jam 4.14 petang Jumaat, beliau dimaklumkan semasa berada di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu bahawa kenyataan seorang saksi pelajar, yang sepatutnya direkodkan di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, telah dibocorkan di media sosial serta disebarkan secara meluas melalui aplikasi WhatsApp."Pendedahan tersebut mengandungi butiran peribadi saksi termasuk nama penuh, alamat rumah serta nombor pengenalan diri."Selain itu, satu video di aplikasi TikTok turut memaparkan nama-nama kelima-lima kanak-kanak yang dituduh dalam kes ini," katanya dalam laporan polis tersebut.Beliau berkata, kebocoran maklumat itu menimbulkan ketakutan serta tekanan emosi kepada saksi pelajar berkenaan."Saya sendiri telah menemui saksi dan ibunya pada pagi ini (semalam) dan mereka dalam keadaan trauma serta menangis akibat pendedahan tersebut."Saya percaya tindakan ini melanggar undang-undang yang berkaitan dengan perlindungan saksi dan kanak-kanak, khususnya di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 serta peruntukan lain yang berkaitan dengan kerahsiaan prosiding mahkamah," katanya.Sehubungan itu, laporan berkenaan dibuat bagi membolehkan pihak polis menyiasat kebocoran maklumat sulit tersebut."Kenal pasti pihak yang bertanggungjawab dan ambil tindakan sewajarnya demi melindungi prosiding inkues ini daripada terus tergugat," katanya.Terdahulu, prosiding di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu ditangguhkan pada jam 11 pagi selepas keterangan saksi kelapan, Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, Azhari Abd Sagap, 31.Koroner Amir Shah Amir Hassan yang mendengar inkues kematian Allahyarham Zara Qairina turut meluahkan kekecewaan selepas dimaklumkan bahawa pernyataan saksi remaja pertama telah tersebar di media sosial.Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sebuah sekolah agama pada 16 Julai lalu, namun disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).





Malaysians to pay less for RON95 by month-end - SUN - 20/09 7:00 am

PETALING JAYA: Malaysians are set to pay less at the pump as RON95 petrol will fall to RM1.99 per litre by the end of this month under the governments targeted subsidy scheme, a move economists say will ease household expenses, increase purchasing power and support domestic spending





Bapa didenda RM1,000 pukul anak kerana keluar rumah lewat malam - Sinarharian - 19/09 11:25 pm

KUALA LUMPUR Seorang bapa didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan memukul anak perempuannya kerana berang remaja berusia 13 tahun itu keluar rumah pada lewat malam dan enggan ke sekolah.Ketika disoal Majistret, S Arunjothy, tertuduh yang juga pemandu lori mengakui tindakannya sekadar mahu mendisiplinkan anak, namun menyesal kerana tindakan tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.Tertuduh berusia 38 tahun itu juga memberitahu, dia mula naik angin selepas remaja berkenaan melawan percakapannya.Majistret: Saya tengok gambar kecederaan pada mangsa, ia bukan satu kecederaan yang kecil.Tertuduh: Puan, ini kali pertama saya pukul dia, sebenarnya saya juga tidak tergamak.Majistret: Walaupun alasan kamu mahu mendisiplinkan anak, tapi kamu tak boleh pukul dia sampai begitu sekali."Ya, saya faham saya menyesal," kata lelaki itu sambil menundukkan kepala ketika berada di kandang tertuduh.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, K Gejalaxmi yang mewakili tertuduh, merayu anak guamnya dikenakan hukuman ringan.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Majistret, Arunjothy menjatuhi tertuduh hukuman terbabit dan memerintahkan dia dipenjara selama satu bulan sekiranya gagal membayar denda.Majistret turut memberi amaran agar tertuduh tidak mengulangi kesilapan sama memandangkan mangsa hanya berusia 13 tahun.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa sengaja mendatangkan kecederaan dengan cara memukul lengan dan kaki anak perempuannya yang berusia 13 tahun, di sebuah rumah projek perumahan rakyat (PPR) di Cheras di sini, jam 11 pagi pada 3 September lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.





Aaron-Wooi Yik terbang tinggi ke separuh akhir - Sinarharian - 19/09 11:18 pm

BEREGU badminton lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila melangkah ke separuh akhir Masters China 2025 selepas mengetepikan cabaran pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana, pada aksi suku akhir di Shenzhen Arena, Jumaat.Gandingan ranking nombor dua dunia itu mempamerkan aksi bertenaga untuk mencatat kemenangan straight set 21-19, 21-18 dalam tempoh hanya 39 minit, sekali gus menoktahkan rekod pertemuan sulung mereka dengan kelebihan 1-0 ke atas wakil Indonesia berkenaan.Kejayaan ini juga merupakan penampilan separuh akhir kelapan buat Chia-Soh musim ini, selepas menumbangkan lawan yang pernah mara ke final Seluruh England.Menanti mereka pada separuh akhir esok ialah seteru lama dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty yang dijangka menghadirkan saingan sengit.Sebagai rekod, dalam edisi 2024 di kejohanan sama, langkah beregu kebangsaan itu terhenti di suku akhir selepas tunduk kepada wakil tuan rumah, He Jiting-Ren Xiangyu, 23-25, 21-17, 12-21.





UPTM martabat pendidikan insaniah di Persidangan Meja Bulat Kebangsaan 2025 - Astroawani - 19/09 9:07 pm

UPTM menganjurkan Persidangan Meja Bulat Kebangsaan bertemakan "Pendidikan Insaniah: Pemacu Negara Bangsa Madani".





'Pelajar A' trauma diganggu ibu Zara Qairina - Saksi - Sinarharian - 19/09 7:02 pm

KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner hari ini dimaklumkan bahawa seorang pelajar yang dikaitkan dengan kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir telah mengambil cuti sakit selama 19 hari sebelum berpindah ke sekolah lain.Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap, yang tampil sebagai saksi kelapan, memaklumkan bahawa ibu kepada pelajar berkenaan - dirujuk sebagai Pelajar A - telah menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp dan mengemukakan dua sijil cuti sakit daripada klinik kesihatan."Pada 28 Julai, ibu Pelajar A menghantar sijil cuti sakit bermula dari 28 Julai hingga 4 Ogos





Remaja Didakwa Buli Zara Qairina Siap Buat Peace Ketika Dipanggil Beri Keterangan, Warden Nafi Tunjuk Trauma - Murai - 19/09 7:00 pm

Salah seorang remaja yang dikaitkan dengan kes buli melibatkan arwah Zara Qairina Mahathir didakwa tidak menunjukkan sebarang tanda trauma sewaktu pulang ke asrama untuk memberi keterangan. Perkara itu dimaklumkan Ketua Warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Azhari Abd





Kerajaan pastikan peruntukan RM30 juta untuk SJKT dimanfaatkan sepenuhnya - SUN - 19/09 6:56 pm

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI memberi jaminan peruntukan khas sebanyak RM30 juta daripada Kementerian Kewangan bagi pembinaan blok tambahan, gantian dan penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK(T)) akan dimanfaatkan sepenuhnya tanpa ketirisan





Anwar santuni mangsa banjir, tanah runtuh di Sabah - SUN - 19/09 6:33 pm

Kejadian tanah runtuh pada Isnin lepas itu menyebabkan lebih 30 rumah dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga. Perdana Menteri kemudian meneruskan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St





Zara Qairina's mother had 'no tears left to cry' on long journey to hospital - Witness - Sinardaily - 19/09 5:41 pm

KOTA KINABALU - The Coroners Court was today informed that Noraidah Lamat, the late Zara Qairina Mahathirs mother, expressed that she had 'no tears left to cry' on the long journey from her home in Sipitang to the Queen Elizabeth Hospital.Azhari Abd Sagap, 31, hostel head warden at Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha in Papar, was testifying on the tenth day of the inquest into the teenagers death.According to Azhari, school officials also offered condolences and comforted Noraidah to remain patient in the face of the tragedy that had befallen her daughter."When we met Noraidah at the hospital around 10.00 am on July 16, she appeared calm and was not crying





“Siap bagi ‘peace’ dalam gambar” – Ketua Warden Dakwa Pelajar A MC Sampai 2 Minggu Lepas Kes Zara Qairina - Lobakmerah - 19/09 5:31 pm

Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar iaitu Azhari Abd Sagap, 31 memaklumkan kepada Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini bahawa seorang pelajar yang dirujuk sebagai A, antara 5 yang didakwa itu telah mengambil cuti sakit lebih 2 minggu selepas insiden malang yang melibatkan Allahyarham Zara Qairina pada 16 Julai […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah .





Kompaun RM100,000 SKMM terhadap Sin Chew, Sinar melampau, kata majlis media - FMT - 19/09 5:31 pm

MMM iktiraf kepentingan ketepatan dan keperluan hormati simbol kebangsaan, namun hukuman itu tidak seimbang dengan kesalahan yang didakwa.





Murid terjejas banjir diberi kelonggaran tidak pakai seragam, PdPR - KPM - Astroawani - 19/09 5:12 pm

Murid yang terjejas akibat banjir diberi kelonggaran untuk tidak memakai seragam sekolah manakala bagi yang terkandas dan tidak dapat hadir ke sekolah, mereka boleh mengikuti PdPR.





"Student A" took over two weeks medical leave after Zara Qairina incident - Witness - Sinardaily - 19/09 5:11 pm

KOTA KINABALU - The Coroner's Court was informed today that a student, identified only as 'A', had taken more than two weeks of medical leave following the tragic July 16 incident that led to the death of Zara Qairina Mahathir.Student A is one of five minors charged in connection with Zara Qairinas bullying case.Azhari Abd Sagap, 31, the hostel head warden at Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha in Papar, testified that Student As mother had sent him two separate medical certificates from a health clinic via WhatsApp.The eighth witness in the inquest into Zara Qairina's death said the first medical certificate covering July 28 to Aug 4 was sent on July 28, while the second one, for Aug 8 to 18, was sent on Aug 7."On Aug 11, Student As mother sent a WhatsApp message saying she would come to the school that week to collect all her daughters belongings and thanked [the warden] for looking out for her child throughout her time at the school, said Azhari.He accessed the WhatsApp message and read it during examination by Student As counsel, Joan Goh, on the tenth day of the inquest proceedings.Azhari said that he was aware Student A had seen Zara Qairina placed by the side of the wardens house, along the path between Block A and Block B, before the ambulance arrived at the hostel.When asked whether he was aware that Student A had subsequently left the school due to trauma, he replied: "No





Murid terjejas banjir diberi kelonggaran tidak pakai seragam sekolah, PdPR - KPM - Sinarharian - 19/09 5:06 pm

PUTRAJAYA - Murid yang terjejas akibat banjir diberi kelonggaran untuk tidak memakai seragam sekolah manakala bagi yang terkandas dan tidak dapat hadir ke sekolah, mereka boleh mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini.Kementerian itu dalam kenyataan turut memaklumkan, persiapan bagi pembukaan sekolah selepas cuti penggal 2, sesi 2025/2026, termasuk kerja pembersihan serta bantuan penyelenggaraan di sekolah yang terjejas banjir, sedang dilakukan."KPM menyediakan bantuan terbaik kepada murid terjejas, termasuk dari segi penyediaan bahan pembelajaran serta sokongan psikososial dan emosi," menurut kenyataan itu.KPM meminta ibu bapa, penjaga murid, guru, pegawai dan anggota kumpulan pelaksana yang terjejas untuk memaklumkan situasi masing-masing kepada pihak sekolah atau jabatan."Pihak sekolah dan pejabat pendidikan daerah diminta untuk mendapatkan maklumat terkini situasi banjir daripada sekretariat jawatankuasa pengurusan bencana negeri, jabatan pendidikan negeri dan agensi berkaitan."KPM memberi keutamaan kepada aspek keselamatan dan kesejahteraan seluruh warganya," menurut kenyataan itu.KPM memaklumkan, setakat 8 pagi tadi, sebanyak 69 sekolah di Sabah dan Sarawak terkesan banjir merangkumi 33 sekolah rendah dan lima sekolah menengah di Sabah manakala di Sarawak melibatkan 28 sekolah rendah dan tiga sekolah menengah."Sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di premis institusi pendidikan KPM negeri Sabah sedang beroperasi," menurut kementerian itu





Ibu Zara Qairina kata 'air matanya sudah habis' sepanjang perjalanan ke hospital - Saksi - Sinarharian - 19/09 4:51 pm

KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina Mahathir meluahkan bahawa air matanya sudah habis sepanjang perjalanan dari rumahnya di Sipitang ke Hospital Queen Elizabeth, di sini.Perkara itu dikongsikan Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, Azhari Abd Sagap, 31, semasa prosiding inkues kes remaja berkenaan yang memasuki hari ke-10.Azhari berkata, pihak sekolah turut menyantuni Noraidah agar bersabar dengan insiden yang menimpa anaknya ketika mereka bertemu di hospital pada hari kejadian."Semasa kami bertemu Noraidah di hospital kira-kira 10 pagi pada 16 Julai lepas, beliau kelihatan tenang dan tidak menangis





Zara Qairina accused of mocking Kak M's sister before words 'if I touch you, you'll bleed' - Witness - Sinardaily - 19/09 4:30 pm

KOTA KINABALU - The chief warden of the Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha's hostel in Papar told the Coroner's Court today that initially the school had no knowledge of the story "kalau aku touch-touch, kau berdarah (if I touch you, you will bleed), which was allegedly said by 'Kak M' to Zara Qairina Mahathir.Azhari Abd Sagap, 31, said they only learned about the matter after an audio recording of Zara Qairina and her mother Noraidah Lamat's conversation went viral on social media following the incident on July 16."The school then conducted an investigation into the matter





Pelajar terjejas banjir diberi kelonggaran tidak pakai seragam sekolah - Kosmo - 19/09 4:26 pm

PUTRAJAYA – Mana-mana pelajar yang terjejas di negeri terlibat banjir diberi kelonggaran untuk tidak memakai seragam sekolah bagi pembukaan persekolahan selepas Cuti Penggal 2 Sesi 2025/2026





Anwar tinjau situasi bencana di Sabah - Mkini - 19/09 4:25 pm

MP dijadualkan ke lokasi tanah runtuh di Country Heights Penampang sebelum melawat Pusat Pemindahan di Sekolah St Paul Kolopis, Penampang.





Tatakelola, ketidaktelusan punca polemik babitkan jaguh badminton .. - Mgazette - 19/09 4:23 pm

# Tatakelola, ketidaktelusan punca polemik babitkan jaguh badminton paralimpik SEPANG Kelemahan tatakelola dan ketidaktelusan menjadi punca polemik isu membabitkan jaguh badminton Paralimpik Negara, Cheah Liek Hou, jelas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki





Isu Kg Sungai Baru: Tadbir urus lemah, penduduk tak faham risiko - Mgazette - 19/09 4:23 pm

# Isu Kg Sungai Baru: Tadbir urus lemah, penduduk tak faham risiko SEPANG Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berpendapat isu pembangunan semula Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini berpunca daripada tiada perancangan strategik yang teliti selain urus tadbir yang lemah





Inkues Zara ditangguh, maklumat saksi remaja bocor - Mgazette - 19/09 4:23 pm

Memandangkan permohonan itu tidak dibantah oleh mana-mana pihak, Mahkamah Koroner kemudian menangguhkan prosiding berkenaan sehingga Isnin ini. Terdahulu, mahkamah mendengar keterangan Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar iaitu Azhari Abd Sagap, 31, yang berakhir hari ini





Pelajar A ambil cuti sakit lebih dua minggu selepas insiden Zara Qairina - Saksi - Sinarharian - 19/09 4:18 pm

KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa seorang pelajar dirujuk sebagai A, antara lima yang didakwa berhubung kes buli Allahyarham Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara QairinaKes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun KeseksaanIbu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - SaifuddinKes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - SaifuddinTiada cover up, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - SaifuddinInkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini[KRONOLOGI] Kes kematian Zara QairinaKes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polisGelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara QairinaKes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIPKes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit AmanIbu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJPegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJPeguam Negara arah inkues kes kematian Zara QairinaPasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara QairinaPeguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara QairinaShahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara QairinaJasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjidJenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'LailahaillallahKes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harumPeguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semulaCerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - PeguamTelefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buliKes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polisKes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolahGelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara''Saya takkan maafkan' Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli"Zara Qairina Mahathir, telah mengambil cuti sakit lebih dua minggu selepas insiden malang menimpa remaja itu pada 16 Julai lepas. Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar iaitu Azhari Abd Sagap, 31, berkata, ibu pelajar A telah menghantar dua sijil cuti sakit daripada klinik kesihatan dengan tarikh berasingan kepada beliau menerusi aplikasi WhatsApp untuk memaklumkan perkara itu.Saksi kelapan dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina itu berkata, sijil cuti sakit pertama bermula 28 Julai hingga 4 Ogos telah dihantar pada 28 Julai manakala sijil cuti sakit kedua bermula 8 hingga 18 Ogos dihantar pada 7 Ogos."Pada 11 Ogos, ibu pelajar A menghantar pesanan WhatsApp memaklumkan minggu itu beliau akan datang ke sekolah untuk mengambil semua barang-barang pelajar A dan berterima kasih kerana (warden) sudi menengok-nengok (memantau) anaknya sepanjang bersekolah di sini," katanya.Azhari membuka aplikasi WhatsApp di telefonnya dan membacakan mesej yang diterima daripada ibu pelajar A ketika menjawab soalan peguam Joan Goh, yang mewakili pelajar A yang didakwa dalam kes buli Zara Qairina, pada hari ke-10 prosiding inkues.Azhari berkata, beliau tahu bahawa pelajar A ada melihat Zara Qairina diletakkan di tepi rumah warden iaitu laluan antara bangunan Blok A ke Blok B sebelum ambulans tiba di asrama berkenaan.Ketika disoal adakah dia tahu pelajar A telah keluar dari sekolah kerana berasa trauma, beliau berkata: "Tidak





Banjir: Pelajar terjejas diberi kelonggaran tidak pakai seragam sekolah - Utusan - 19/09 4:13 pm

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kelonggaran kepada murid di negeri terjejas banjir untuk tidak memakai seragam sekolah apabila sesi persekolahan dibuka semula selepas Cuti Penggal 2 Sesi 2025/2026





Belanjawan 2026: NUTP kemuka 12 cadangan perkukuh sistem pendidikan - Sinarharian - 19/09 4:13 pm

SHAH ALAM Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mengemukakan 12 cadangan utama kepada kerajaan menjelang pembentangan Belanjawan 2026 bagi memperkukuh sistem pendidikan negara serta kebajikan guru dan pelajar.Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon berkata, belanjawan kali ini perlu memberi tumpuan kepada isu sebenar di sekolah termasuk pembangunan prasekolah, kebajikan murid, penyelenggaraan infrastruktur serta penambahbaikan elaun guru di kawasan pedalaman."Belanjawan pendidikan bukan sekadar perbelanjaan operasi tetapi pelaburan untuk masa depan negara."Dengan menangani cabaran pelajar dan guru khususnya di kawasan luar bandar, kita mampu mara ke arah sistem pendidikan yang lebih saksama dan berkualiti," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, cadangan pertama ialah penambahan peruntukan bagi membangunkan prasekolah baharu, menaik taraf kemudahan sedia ada serta menempatkan guru terlatih di kawasan yang masih kekurangan.Fouzi berkata, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) juga perlu diteruskan dan jumlahnya wajar ditingkatkan kerana sesi persekolahan 2026 bertindih dengan sambutan bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri yang memberi tekanan kewangan tambahan kepada keluarga."Sekolah juga memerlukan dana mencukupi untuk menganjurkan program kokurikulum dan sukan."Aktiviti ini penting bukan sahaja untuk membina sahsiah, tetapi juga menyokong kesihatan mental pelajar," katanya.Fouzi berkata, kadar perkapita (PCG) semasa bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Mata Pelajaran Vokasional (MPV) wajar disemak kerana kos bahan semakin tinggi dan tidak sepadan dengan kadar sekarang.Katanya, dengan pengenalan kurikulum baharu pada 2027, guru mesti diberi latihan berstruktur dan berterusan agar mereka benar-benar bersedia menghadapi perubahan."Guru yang mengetuai unit beruniform seperti Pengakap, Kadet dan Bulan Sabit Merah juga wajar diberi elaun pakaian seragam sekali sahaja supaya mereka boleh berpakaian lengkap dan profesional," ujarnya.Beliau berkata, dengan kenaikan harga makanan, peruntukan untuk murid prasekolah perlu ditingkatkan bagi memastikan mereka mendapat makanan berkhasiat dan mencukupi sepanjang sesi persekolahan.Menurutnya, penyelenggaraan bilik guru dan kantin sekolah perlu diberi perhatian dengan peruntukan khusus kerana banyak kemudahan kini usang dan tidak selesa."Sekolah yang tidak mempunyai dewan serba guna juga perlu diberi keutamaan untuk pembinaan sekurang-kurangnya dewan terbuka bagi melancarkan aktiviti rasmi dan fizikal," katanya.Fouzi berkata, cadangan lain termasuk menyediakan dana operasi tahunan sekolah bagi membolehkan pembaikan kecil dilakukan tanpa menunggu kelulusan pusat, selain menambah baik kuarters guru yang usang di pedalaman."Elaun sukar bagi guru di zon pedalaman (P3) juga perlu disemak dan dinaikkan bagi menjamin kebajikan mereka serta meningkatkan daya tarikan kerjaya di kawasan mencabar itu," katanya





'Pelajar A' bermalam di rumah Zara Qairina empat hari sebelum kejadian - Saksi - Sinarharian - 19/09 4:13 pm

KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa empat hari sebelum pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, ditemui tidak sedarkan diri di kawasan asrama, seorang remaja dikenali sebagai 'Pelajar A' telah bermalam di rumah Allahyarham.Perkara itu dimaklumkan ibu Zara, Noraidah Lamat, kepada Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap, ketika mereka bertemu di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth pada 16 Julai lalu."Semasa di Unit Kecemasan, ibu Zara ada ceritakan bahawa Zara kelihatan ceria di rumah dan suka menulis





Exco sangkal dakwaan kehadiran pelancong merosot di Langkawi - Sinarharian - 19/09 3:47 pm

LANGKAWI Dakwaan kononnya jumlah pelancong ke Pulau Langkawi merosot sehingga 39 peratus semasa cuti Hari Malaysia dan cuti sekolah baru-baru ini disangkal oleh Exco Pelancongan, Seni dan Budaya Kedah, Datuk Salleh Saidin.Jelasnya, dakwaan tersebut disifatkan sebagai tidak berasas dan bercanggah dengan maklumat lapangan serta data rasmi.Menurut beliau, sejak bermulanya cuti persekolahan pada 11 dan 12 September lalu, aliran kemasukan pelancong ke Langkawi menunjukkan peningkatan ketara berdasarkan maklum balas daripada pengusaha pelancongan, penginapan dan perkhidmatan kereta sewa."Konsortium Ferry Line Ventures turut memaklumkan bahawa lebih 100,000 pelancong dari dalam dan luar negara telah memasuki Langkawi sepanjang tempoh tersebut





Sekolah bukan ‘penjara, GPMS bidas KPM - Utusan - 19/09 3:44 pm

KOTA BHARU: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) membidas cadangan Kementerian Pendidikan untuk menempatkan anggota polis bantuan di sekolah dalam usaha membendung gejala buli





PM Anwar tinjau situasi bencana di Sabah - SUN - 19/09 3:42 pm

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sabah kira-kira 2 petang hari ini untuk meninjau situasi bencana yang melanda negeri itu sejak minggu lepas dan menjejaskan beberapa daerah termasuk kejadian tanah runtuh sehingga meragut 13 nyawa





Inkues Zara Qairina: Pelajar A ambil cuti sakit 19 hari sebelum bertukar sekolah - Sinarharian - 19/09 3:38 pm

KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner hari ini dimaklumkan bahawa seorang pelajar yang dikaitkan dengan kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir telah mengambil cuti sakit selama 19 hari sebelum berpindah ke sekolah lain.Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap, yang tampil sebagai saksi kelapan, memaklumkan bahawa ibu kepada pelajar berkenaan - dirujuk sebagai Pelajar A - telah menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp dan mengemukakan dua sijil cuti sakit daripada klinik kesihatan."Pada 28 Julai, ibu Pelajar A menghantar sijil cuti sakit bermula dari 28 Julai hingga 4 Ogos




Reformasi     >>



Pas ke AMANAH: Halal darah, cai, hak demokrasi dan .. - Harapandaily
Penghijrahan kumpulan progresif yang diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Awang, Datuk Seri Mohamad Sabu dan pimpinan dari Pas dan kemudiannya menubuhkan AMANAH adalah disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk ancaman halal darah untuk dibunuh yang diterima oleh Ahmad yang kemudian menjadi penasihat ..
Kroni     >>



JKKP siasat insiden kebocoran gas di Kerteh - Utusan
KEMAMAN: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Terengganu sedang melakukan siasatan berhubung insiden kebocoran paip gas butana di kawasan tapak pembinaan Projek Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 5, di Kerteh, di sini, semalam. JKKP menerusi kenyataannya memaklumkan, sepasukan pegawai penyiasat ..
Tabloid     >>



“Haus pula…” Lepas Isu Air Mineral .. - Lobakmerah
Tindakan pantas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Melaka membanteras aktiviti pencatutan di kawasan tumpuan pelancong mendapat pujian orang ramai selepas isu harga minuman tidak munasabah tular di media sosial. Isu itu tercetus selepas seorang pengguna Facebook mendakwa terpaksa ..
Tech     >>



Beware: Check QR codes before you scan them to avoid .. - Star
Watch out for quishing, or phishing through dodgy QR codes, the latest scam catching people unawares costing some thousands of dollars. Read full story
World     >>



Trump aide denies Jimmy Kimmel suspended because of WH .. - Cnbc
White House press secretary Karoline Leavitt on Saturday denied late-night TV host Jimmy Kimmel was suspended because of pressure from the Trump administration.
Motor Trend     >>



Honda WN7 Naked Bike EV pertama Honda kini rasmi di .. - Careta
Nama WN7 membawa maksud tersendiri, huruf W merujuk kepada konsep pembangunan Be the Wind, N untuk naked, manakala angka 7 merujuk kepada kelas outputnya. Ia dibangunkan berasaskan pengalaman lebih 75 tahun Honda dalam arena dua roda, dengan misi menghadirkan sebuah motosikal elektrik yang