| /// |
|
| Search : Segamat News | Page 1 |
|
Mayat wanita tanpa pengenalan diri ditemui - FMT - 20/02 11:12 pm Mayat wanita dipercayai berusia lingkungan 60-an ditemui orang awam di Segamat. |
|
Mayat wanita tanpa pengenalan diri ditemui - Hotfm - 20/02 11:12 pm Mayat wanita dipercayai berusia lingkungan 60-an ditemui orang awam di Segamat. |
|
Mayat wanita tanpa identiti ditemui dalam longkang - Sinarharian - 20/02 6:15 pm SEGAMAT Satu mayat wanita tanpa identiti ditemui di dalam longkang kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Kampung Tengah di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, mayat mangsa ditemui orang awam pada jam 11.40 pagi yang melalui kawasan berkenaan sebelum menghubungi polis."Mangsa dipercayai seorang wanita warga emas berusia lingkungan 60-an, namun identitinya masih belum dapat dikenal pasti berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa."Pegawai perubatan dari Hospital Segamat telah hadir ke lokasi dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia."Mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik hospital sama untuk tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,"katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Mohd Jumazanzahir berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat di talian 07-9324222 atau mana-mana balai polis berhampiran. |
|
Putus kaki akibat mercun, polis cari penjual tidak sah - Mgazette - 20/02 5:31 pm # Putus kaki akibat mercun, polis cari penjual tidak sah JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang mengesan penjual mercun dan bunga api yang dipercayai menjual bahan terlarang hingga mengakibatkan seorang lelaki putus kaki kiri ketika bermain mercun di hadapan rumahnya di Segamat, Selasa lepas |
|
Lelaki putus kaki akibat mercun, polis kesan penjual tidak sah Lelaki .. - Mgazette - 20/02 5:31 pm # Lelaki putus kaki akibat mercun, polis kesan penjual tidak sah JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang mengesan penjual mercun dan bunga api yang dipercayai menjual bahan terlarang hingga mengakibatkan seorang lelaki putus kaki kiri ketika bermain mercun di hadapan rumahnya di Segamat, Selasa lepas |
|
Segamat CNY fireworks blast: Police hunt illegal fireworks seller - BorneoPost - 20/02 3:20 pm JOHOR BAHRU (Feb 20): Police are tracking down a fireworks vendor believed to have sold prohibited materials that caused a 32-year-old man to lose his left leg while lighting firecrackers outside his home in Segamat on Tuesday |
|
Kudung kaki akibat mercun, penjual giat dikesan polis - Sinarharian - 20/02 12:41 am JOHOR BAHRU - Usaha sedang giat dilakukan bagi mengesan penjual mercun yang menjual item berkenaan hingga menyebabkan seorang lelaki terputus kaki kiri akibat letupan di Taman Damai Jaya, Bukit Siput, Segamat pada malam Tahun Baharu Cina.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, siasatan awal mendapati mercun yang dibakar mangsa berusia 32 tahun itu adalah dalam kategori tidak diluluskan penjualannya."Berdasarkan siasatan awal, mercun itu dipercayai dibeli, dibakar dan dimiliki secara tidak sah pada masa kejadian tersebut."Justeru, kita sedang mengenal pasti penjual mercun itu bagi membantu siasatan," katanya.Ab Rahaman menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat dan Lapor Diri Timbalan Ketua Polis Johor serta Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Jumaat.Pada majlis itu, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Johor manakala Senior Asisten Komisioner Mohd Zairi Badderul@Badrol pula dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor yang baharu.Mengulas lanjut, Ab Rahaman mengingatkan peniaga memastikan aspek pengimportan, penjualan, penyimpanan dan permainan mercun serta bunga api mengikut peruntukan undang-undang sedia ada."Menerusi Pemberitahuan Larangan Bahan Letupan 2025, sebanyak 45 jenis bunga api yang dibenarkan untuk pemilikan serta pengimportan oleh Menteri."Justeru, peniaga berlesen yang didapati menjual bahan yang tidak disenaraikan boleh dibatalkan lesen penjualan bahan berkenaan," tegasnya.Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 malam itu mangsa dipercayai sedang bermain bunga api jenis shoot cake 4(D) 16 shot (premium) di hadapan rumahnya sempena Tahun Baharu Cina pada malam Selasa.Menurut beliau, akibat letupan itu mangsa cedera parah sehingga kudung kaki kiri dan dikejarkan ke Hospital Segamat untuk menerima rawatan."Mangsa kini masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Melaka dan keadaannya dilaporkan stabil."Kes disiasat mengikut Seksyen 6 dan 8 Akta Bahan Letupan 1957," katanya. |
|
Police hunt illegal fireworks seller after Segamat blast costs man his leg - Malaymail - 20/02 12:28 am JOHOR BAHRU, Feb 20 Police are tracking down a fireworks vendor believed to have sold prohibited materials that... |
|
Thunderstorms, heavy rain to hit KL, Putrajaya, seven states until 7pm - Sinardaily - 19/02 3:48 pm KUALA LUMPUR - Kuala Lumpur, Putrajaya and seven states are expected to experience thunderstorms, heavy rain and strong winds until 7pm today.The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia), in a warning issued at 2.55 pm, said the states set to be affected areNegeri Sembilan,Melaka and Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat andSepang).The same warning has also been issued forPahang (Raub, Bentong, Temerloh, Bera andRompin) and Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai and Johor Bahru).In Sabah, the affected areas are the interiors (Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau andTambunan), the West Coast (Papar, Penampang, Kota Kinabalu andTuaran) and Tawau.The areas expected to be affected in Sarawak includeKuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri and Marudi) and Limbang.- BERNAMA |
|
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa KL, Putrajaya dan tujuh negeri - MetMalaysia - Sinarharian - 19/02 3:48 pm KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Kuala Lumpur, Putrajaya dan tujuh negeri hingga 7 malam pada Khamis, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan jam 2.55 petang pada Khamis memaklumkan cuaca itu dijangka melanda Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor melibatkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat serta Sepang.Amaran itu turut membabitkan Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).Di Sabah, kawasan terlibat ialah bahagian pedalaman (Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), pantai barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Tawau.Kawasan yang dijangka terjejas di Sarawak pula melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang |
|
Bunga api shoot cake meletup, lelaki putus kaki kiri - Mgazette - 19/02 8:01 am # Bunga api shoot cake meletup, lelaki putus kaki kiri SEGAMAT - Seorang lelaki cedera parah sehingga putus kaki kiri akibat letupan bunga api di hadapan rumahnya di Taman Damai Jaya, Bukit Siput di sini malam tadi |
|
Man loses leg in fireworks blast - Star - 19/02 12:00 am SEGAMAT: A man lost his left leg after fireworks he had set up in front of his house exploded |
|
Man loses leg in fireworks explosion in Johor - FMT - 18/02 8:12 pm The victim is believed to have been playing with a 16-shot firework in front of his house in Segamat, say police. |
|
Man loses leg in Segamat fireworks explosion during CNY celebration - Malaymail - 18/02 8:09 pm SEGAMAT, Feb 18 A man in his 30s lost his leg in a fireworks explosion at Taman Damai Jaya, Bukit Siput, here ye... |
|
Lelaki putus kaki terkena letupan bunga api malam Tahun Baharu Cina - Sinarharian - 18/02 5:24 pm SEGAMAT - Seorang lelaki cedera parah sehingga putus kaki kiri akibat letupan bunga api di hadapan rumahnya di Taman Damai Jaya, Bukit Siput di sini malam Selasa.Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, kejadian tersebut berlaku ketika mangsa yang berusia 30-an bermain bunga api itu jam 12.30 tengah malam."Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai bermain bunga api jenis shoot cake 4(D) 16 shot (premium) di hadapan rumahnya sempena Tahun Baharu Cina."Bunga api tersebut meletup dan mangsa cedera parah sehingga kudung kaki kiri."Mangsa kemudian dikejarkan ke Zon Merah Hospital Segamat untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, pegawai perubatan mengesahkan mangsa putus kaki kiri bawah lutut dan kini dalam keadaan stabil."Kes disiasat bawah Seksyen 6 dan 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali."Pihaknya menasihatkan orang ramai agar bermain bunga api yang dibenarkan di kawasan lapang di samping mengamalkan langkah-langkah keselamatan," ujarnya.Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat 07-9324222 atau mana-mana balai polis berhampiran. |
|
Dakwa siasatan SPRM intimidasi, Rafizi tuntut Azam digantung segera - Mgazette - 18/02 3:59 pm Katanya, antara dasar utama ialah membenarkan syarikat swasta membangunkan projek tenaga boleh baharu untuk membekalkan tenaga hijau terus kepada industri tanpa melalui Tenaga Nasional Berhad (TNB). Beliau merujuk projek oleh UEM Lestra, anak syarikat UEM milik Khazanah Nasional yang mengumumkan pelaburan RM2.5 bilion bagi membangunkan projek tenaga boleh baharu berkapasiti 750MW di Segamat |
|
Rafizi dakwa siasatan SPRM terhadapnya bermotif intimidasi, desak Azam Baki digantung segera - Sinarharian - 17/02 6:17 pm KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya berhubung dua dasar utama kerajaan adalah satu bentuk intimidasi, susulan pendiriannya yang lantang menuntut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki digantung tugas.Menurut beliau, tuduhan salah laku dan rasuah itu berkisar kepada Program Visi Silikon serta Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR), kedua-duanya dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas melalui proses kelulusan kerajaan termasuk di peringkat jawatankuasa, Kabinet dan Jemaah Menteri.Rafizi berkata, laporan terhadapnya dibuat oleh pertubuhan yang didakwanya anti Perdana Menteri iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), selain individu perseorangan.Beliau menjelaskan, NETR dilancarkan pada Ogos 2023 manakala Visi Silikon dengan ARM pada Mac 2025, dan sepanjang pelaksanaannya tidak timbul sebarang kontroversi atau laporan salah laku."Sehinggalah minggu lepas apabila saya lantang menuntut Tan Sri Azam Baki digantung dan satu siasatan bebas dijalankan berikutan pendedahan Bloomberg mengenai dakwaan penyelewengan di SPRM," ujarnya dalam satu kenyataan pada Selasa.Mengulas lanjut, Rafizi berkata, rundingan kerjasama dengan Arm Holdings melalui Program Visi Silikon dibuat secara berperingkat, bermula dengan rundingan awal Kementerian Ekonomi dan ARM sebelum dibawa ke jawatankuasa rentas kementerian membabitkan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan MITI.Jelasnya, rundingan itu turut disertai Menteri MITI ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, selain pegawai kanan kementerian.Beliau berkata, rundingan juga diadakan antara Perdana Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif ARM, Renee Hass serta pemegang saham terbesar ARM, Masayoshi San dari Softbank, sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebanyak tiga kali dan diluluskan.Menurutnya, Kementerian Ekonomi hanya berperanan merancang dasar dan tidak mempunyai kuasa mengendalikan perolehan atau kontrak, manakala kerjasama itu ditandatangani oleh MIDA di bawah MITI, dengan pembayaran diproses MIDA dan diluluskan Kementerian Kewangan.Draf perjanjian, tegasnya, turut disemak dan diluluskan Jabatan Peguam Negara sebelum mendapat kelulusan Kabinet.Rafizi turut menegaskan sehingga kini tiada bukti menunjukkan berlaku kebocoran dana awam, tiada bukti wang diterima atau dimasukkan ke akaunnya.Beliau turut menyifatkan tuduhan kononnya perjanjian dibuat tergesa-gesa sebagai tidak munasabah kerana ia dipengerusikan Perdana Menteri dan diluluskan Jemaah Menteri.Berhubung NETR, Rafizi menjelaskan pelan itu adalah dasar peralihan tenaga menjelang 2050 dan tidak melibatkan perolehan kerajaan atau dana awam bagi pembinaan projek.Ujarnya, salah satu dasar penting ialah membenarkan syarikat swasta membangunkan projek tenaga boleh baharu untuk membekalkan terus tenaga hijau kepada industri tanpa melalui Tenaga Nasional Berhad.Beliau merujuk projek oleh UEM Lestra, anak syarikat UEM milik Khazanah, yang mengumumkan pelaburan RM2.5 bilion bagi membangunkan projek tenaga boleh baharu berkapasiti 750MW di Segamat.Menurut laporan media, projek itu diusahakan melalui usaha sama dengan I-Squared Capital dari Amerika Syarikat dan jualan tenaga dimuktamadkan dengan ESR Group Limited berpangkalan di Hong Kong.Rafizi menegaskan keputusan komersial syarikat swasta itu tidak ada kena mengena dengan Kementerian Ekonomi atau kerajaan, apatah lagi melibatkan perolehan awam.Beliau turut mendakwa wujud serangan terancang termasuk oleh pempengaruh media sosial, Ariz Ramli atau Caprice, yang menuduhnya menganugerahkan projek kepada syarikat yang dikaitkan dengannya.Rafizi berkata, beliau akan membentangkan fakta lanjut dalam podcast YBM pada 20 Februari ini dan memberi peluang kepada Caprice menyiarkan fakta berkenaan serta memohon maaf.Jika gagal, tegasnya, tindakan saman akan dimulakan.Rafizi mendakwa siasatan terhadapnya menunjukkan risiko salah guna kuasa apabila individu yang sedang dipersoalkan integritinya terus memegang jawatan.Beliau berkata, keadaan itu membuka ruang kepada risiko salah guna kuasa apabila SPRM dijadikan senjata untuk menyerang pihak-pihak yang mempersoalkan Azam, seperti mana siasatan terhadap Suruhanjaya Sekuriti pada 2021 dan siasatan terhadap beliau pada 2026 yang menurutnya berlaku ketika integriti Ketua Pesuruhjaya SPRM itu dipersoalkan.Sehubungan itu, Rafizi menegaskan tindakan sewajarnya ialah menggantung tugas Azam serta-merta, seperti yang sepatutnya dilakukan oleh Perdana Menteri sejak minggu lalu, sementara satu siasatan bebas dijalankan. |
|
Ribut petir, hujan lebat landa 8 negeri - Sinarharian - 17/02 9:59 am SHAH ALAM - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lapan negeri di Semenanjung Malaysia sehingga jam 12 tengah hari ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, antara kawasan yang terlibat ialah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak, manakala di Kelantan hanya membabitkan Gua Musang.Selain itu, kata jabatan tersebut, di Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) manakala di Pahang (Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin)"Di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat)."Negeri Sembilan pula membabitkan Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin."Jangkaan turut melibatkan seluruh Melaka manakala di Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Mersing dan Pontian)," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Kemaskini laporan kaji cuaca semasa itu dikeluarkan pada jam 9 pagi tadi.Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. |
|
Lek Khang letak jawatan, Sayap Bersekutu Bersatu Johor bubar - Mgazette - 14/02 7:55 am Turut sama Ketua Penerangan, Khoo Kong Ek (Iskandar Puteri); Biro Aduan Awam, Lim Thow Siang (Tebrau) bersama Naib Ketua, Ang Tun Chek; Biro Antarabangsa, Yap Wen Piau (Pasir Gudang); Biro Pendidikan, Kalai Arasan (Tebrau); Ketua Pemuda, Eugene Lim Yew Chin (Sembrong) dan Ketua Wanita, Joan Ng Geok Yin (Kluang). Selain itu, AJK Negeri yang terlibat ialah Tong Liang Fook (Segamat), Goh Jun Hao (Kota Tinggi), Gan Guo Qin (Bandar Tenggara) dan Sadra Segaran (Kulai) |
|
Hamzah dipecat: Bersekutu Bersatu Johor umum bubar - Sinarharian - 13/02 7:25 pm JOHOR BAHRU Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Johor mengumumkan pembubaran rasmi berkuat kuasa serta-merta susulan penyingkiran Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada parti itu.Pengerusi Bersekutu Bersatu Johor, Datuk Tan Lek Khang berkata, beliau turut mengumumkan keluar daripada Bersatu berkuat kuasa hari ini sebagai tanda bantahan terhadap keputusan berkenaan.Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selepas sebahagian besar Ahli Jawatankuasa (AJK) Negeri Bersekutu Johor mengambil pendirian sama dengan meletakkan jawatan, sekali gus membawa kepada pembubaran sayap bersekutu di peringkat negeri."Pembubaran ini dibuat bagi menyatakan rasa tidak puas hati dan kekecewaan kami terhadap keputusan penyingkiran Timbalan Presiden parti," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, antara kepimpinan Bersekutu Bersatu Johor yang turut meletakkan jawatan ialah Naib Pengerusi, Poobalan Ponnusamy (Tebrau); Setiausaha, Yeo Kwee Kwang (Pulai); Setiausaha Kerja, Kevin Wong Chan Giap serta Bendahari, Roland Lim Ching Eng (Johor Bahru).Turut sama ialah Ketua Penerangan, Khoo Kong Ek (Iskandar Puteri); Biro Aduan Awam, Lim Thow Siang (Tebrau) bersama Naib Ketua, Ang Tun Chek; Biro Antarabangsa, Yap Wen Piau (Pasir Gudang); Biro Pendidikan, Kalai Arasan (Tebrau); Ketua Pemuda, Eugene Lim Yew Chin (Sembrong) dan Ketua Wanita, Joan Ng Geok Yin (Kluang).Selain itu, AJK negeri yang terlibat ialah Tong Liang Fook (Segamat), Goh Jun Hao (Kota Tinggi), Gan Guo Qin (Bandar Tenggara) dan Sadra Segaran (Kulai).Dalam perkembangan sama, Lek Khang memaklumkan bahawa Biro Aduan Awam Bersekutu Johor yang dibubarkan akan dinamakan semula sebagai Pasukan Perkhidmatan Datuk Tan Lek Khang JP.Katanya, pasukan berkenaan akan terus diterajui oleh Lim Thow Siang dan Ang Tun Chek bagi meneruskan perkhidmatan serta perundingan kepada masyarakat umum.Sebelum ini, Lembaga Disiplin Bersatu dilaporkan memecat keahlian Hamzah berkuat kuasa pada Jumaat.Menurut sumber, keputusan itu dibuat terhadap Timbalan Presiden Bersatu itu menerusi persidangan yang berlangsung pada Khamis kerana tindakannya didapati melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu. |
|
Pernah Tumpang Belajar Di PASTI Segamat, Perpisahan Adik Kang Kang Ini Buat Rakan Mengalir Air Mata… - Siraplimau - 10/02 5:25 pm Hari perpisahan bersama Adik Kang Kang di sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) baru-baru ini menjadi momen yang menyentuh hati serta mencerminkan nilai toleransi tinggi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. Perpisahan tersebut diraikan dalam suasana penuh kasih sayang oleh warga pendidik, ibu bapa serta rakan-rakan PASTI, meskipun Adik Kang Kang […] The post Pernah Tumpang Belajar Di PASTI Segamat, Perpisahan Adik Kang Kang Ini Buat Rakan Mengalir Air Mata first appeared on SirapLimau.com . |
|
Taxi driver killed, four hurt in Rompin three-vehicle crash - Sinardaily - 6/02 11:48 am KUANTAN - A taxi driver was killed while four others were injured in a three-vehicle collision at KM143 of Jalan Kuantan-Segamat in Rompin yesterday.Rompin police chiefSupt Sharif Shai Sharif Mondoi said that in the 11.20 pm accident, 60-year-oldAbdul Rahman Yusoff, who was driving a Perodua Alza car, suffered severe head injuries and died while receiving treatment at the Muadzam Shah Hospital in Rompin.He said the victim's wife, son and granddaughter, aged between 14 and 58, suffered injuries and were taken to the Tengku Ampuan Afzan Hospital.Sharif Shai said preliminary investigations found that the three-vehicle accident also involved a Toyota Vios, driven by a 26-year-old, and a Proton Wira, driven by a 56-year-old.He said the Toyota Vios was heading from Segamat towards Kuantan while the other two cars were heading in the opposite direction."The Toyota Vios driver is believed to have lost control of his vehicle and veered into the opposite lane, crashing into the two cars, he said in a statement today.He said that while the Toyota Vios driver suffered injuries, the Proton Wira driver escaped unscathed, adding thatthe case is being investigated under Section 41(1) of the Road Transport Act 1987.- BERNAMA |
|
Pemandu teksi maut, empat cedera nahas tiga kenderaan - Sinarharian - 6/02 9:54 am ROMPIN - Seorang pemandu teksi warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 143, Jalan KuantanSegamat, berhampiran Jambatan Timbang Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di sini, malam Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 malam itu, mangsa, Abdul Rahman Yusoff, 60, dari Kota Bharu, Kelantan, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah akibat kecederaan parah di bahagian kepala.Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah Toyota Vios yang dipandu lelaki berusia 26 tahun, Proton Wira dipandu lelaki berumur 56 tahun dan Perodua Alza yang dipandu mangsa."Pemandu Toyota Vios dipercayai dalam perjalanan dari Segamat menghala ke Kuantan, manakala Proton Wira serta Perodua Alza dari arah Kuantan menuju ke Segamat."Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu Toyota Vios dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar dua kenderaan terbabit," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, nahas itu turut menyebabkan isteri mangsa, Rohani Mohd Yussof, 58, mengalami patah paha dan lutut kanan, manakala cucu mereka, Nur Intan Suhaila Abdullah, 14, mengalami patah bahu kanan.Beliau berkata, seorang lagi penumpang Perodua Alza yang juga anak mangsa, Mohamad Shahrul Abdul Rahman, 20, yang merupakan pelajar Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan dan muka."Pemandu Toyota Vios dilaporkan mengalami patah paha kanan, manakala pemandu Proton Wira tidak mengalami sebarang kecederaan."Kesemua mangsa yang cedera parah telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, untuk rawatan lanjut," katanya.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri - MetMalaysia - Sinarharian - 4/02 6:40 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri melibatkan Johor, Kedah, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu, Sabah dan Sarawak sehingga 9 malam ini.MetMalaysia memaklumkan di Kedah, daerah terlibat ialah Yan, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak membabitkan kawasan Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.Amaran itu turut melibatkan daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu, serta Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.Di Selangor, kawasan terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang, manakala di Johor melibatkan daerah Segamat, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan dan Kudat (Kota Marudu) |
|
Penuntut UTHM maut, empat rakan cedera kereta terbabas - Sinarharian - 1/02 5:26 pm MUAR Seorang penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) cawangan Pagoh maut, manakala empat lagi rakannya cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Felda Moakil di sini pada Sabtu.Dalam nahas kira-kira jam 1.05 tengah hari itu, Mohd Amir Faizal Hasrolnizam, 21, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang merupakan penuntut kejuruteraan elektrik dan elektronik bersama empat lagi penuntut UTHM terbabit dalam perjalanan pulang selepas mandi-manda di kawasan air terjun berhampiran Bekok.Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata, Mohd Amir Faizal merupakan penumpang belakang sebuah kereta jenis Honda Accord."Tiga lagi penuntut UTHM iaitu pemandu kereta, Dameer Amir Mokhzani Aris, 21, mengalami kecederaan parah di kepala, manakala penumpang Ameer Ikhwan Ahmad Nurul Lail, 21; Muhammad Aiman Musa, 21; dan Muhammad Hakimi Hisyamuddin, 21, cedera ringan."Kesemua mangsa yang cedera sedang dirawat di Hospital Segamat |
|
3,164 sekolah kurang murid dikesan setakat November 2025 - KPM - Sinarharian - 31/01 11:58 am JOHOR BAHRU - Kementerian Pendidikan (KPM) mengesan sebanyak 3,164 sekolah kurang murid (SKM) dengan jumlah kurang daripada 150 orang di seluruh negara setakat November tahun lepas.Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, jumlah itu melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).Beliau berkata, kementerian mengambil beberapa pendekatan bagi menangani isu berkenaan termasuk memindahkan lokasi sekolah terlibat ke kawasan berlainan.Bagaimanapun katanya, pendekatan itu dilaksanakan bergantung pada sesuatu situasi dan langkah mengekalkan sekolah akan turut diambil selain menggabungkan murid dari tahun yang berbeza ke dalam satu kelas."Walaupun kurang murid 50 atau 30 orang, (sekiranya) kawasan tersebut memang ada keperluan, KPM akan memastikan akses pendidikan (berterusan) di mana-mana sahaja," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah SJKC Central Site, di sini pada Sabtu.Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.Sementara itu, Kah Woh berkata, SJKC Central Site yang pada asalnya terletak di Ladang Gomali dekat daerah Segamat, dipindahkan ke Taman Ekoflora di sini, berikutan jumlah murid yang kini hanya tinggal lima orang.Beliau berkata, sekolah berkenaan akan ditutup dan murid ditukarkan ke sekolah berdekatan setelah pembinaan sekolah baharu memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).Kah Woh berkata, pembinaan sekolah baharu dengan kos RM20 juta menerusi sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dijangka siap pada suku kedua 2027 dan mampu menempatkan sebanyak 1,250 murid.Sementara itu, Nie Ching berkata, langkah yang diambil KPM bagi menangani isu SKM perlu diberi pujian kerana secara tidak langsung akan memberikan manfaat kepada lebih ramai murid sekiranya sesuatu sekolah baharu dibina."Saya percaya bahawa jika lebih banyak sekolah baharu dibina di kawasan berpenduduk yang besar, akan memberikan kemudahan dan akses (pendidikan) termasuk di kawasan perumahan baharu," katanya |
|
Dua disyaki dalang ahlong didakwa khianat dengan api - Mgazette - 28/01 4:27 pm Terdahulu, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua lelaki itu dipercayai terlibat dalam sembilan kes khianat dengan api di beberapa daerah di negeri itu. Ketika ditahan, kedua-dua suspek dipercayai sedang dalam perjalanan ke sebuah rumah di sekitar Buloh Kasap, Segamat untuk melakukan perbuatan membaling molotov ke atas kediaman mangsa |
|
Mums harmonious decision - Star - 27/01 12:00 am SEGAMAT: A Chinese mother enrolling her toddler in an Islamic preschool, a move that remains uncommon in Malaysia, has sparked widespread attention and debate on social media |
|
Kita Satu Malaysia Kisah Ibu Cina Hantar Anak Ke Tadika PASTI Buat Ramai Tersentuh, Fasih Bahasa Melayu! - Siraplimau - 23/01 1:17 pm Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di TikTok mencuri perhatian ramai selepas dia menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) atau tadika PASTI di kampung halamannya di Chaah, Segamat, Johor |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |