| /// |
|
| Search : Sani Araby News | Page 1 |
|
Sumud: 29 rakyat Malaysia dijangka tiba di tanah air Ahad ini - Mygazette - 22/05 7:52 am # Sumud: 29 rakyat Malaysia dijangka tiba di tanah air Ahad ini SEPANG - Kesemua 428 aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, termasuk 29 rakyat Malaysia yang ditahan Israel di perairan antarabangsa kini dibebaskan dan dijangka pulang ke tanah air pada Ahad ini. Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata SNCC dimaklumkan oleh pihak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan telah menghantar tiga kapal terbang Turkish Airlines ke Lapangan Terbang Ramon yang terletak di tanah haram Israel |
|
Malaysian GSF activists released, expected home by Sunday - FMT - 21/05 8:41 pm Sumud Nusantara Command Centre director-general Sani Araby Abdul Alim Araby says they are currently being assisted by the Turkish government. |
|
GSF 2.0: 428 aktivis termasuk 29 rakyat Malaysia dibebaskan - Sinarharian - 21/05 7:52 pm SEPANG - Kesemua 428 aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, termasuk 29 rakyat Malaysia yang ditahan Israel di perairan antarabangsa kini dibebaskan dan dijangka pulang ke tanah air pada Ahad ini.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, SNCC dimaklumkan oleh pihak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan telah menghantar tiga kapal terbang Turkish Airlines ke Lapangan Terbang Ramon yang terletak di tanah haram Israel.Beliau berkata, SNCC mengesahkan laporan terkini bahawa semua 428 aktivis flotilla kini sedang dipindahkan menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Ramon dan dijangka sampai ke Istanbul menggunakan tiga penerbangan tajaan khas Kerajaan Turkiye dengan kod TK6919, TK6921 dan TK6925."Ketiga-tiga penerbangan khas Turkish Airlines itu dijangka berlepas dari tanah haram Israel sekitar 8 malam waktu Malaysia."Penerbangan ini dijangka tiba pada 10 malam waktu Malaysia dan akan disambut oleh pihak kedutaan Malaysia di Turkiye serta Wisma Putra serta kerajaan Turkiye," katanya pada sidang media perkembangan Misi GSF 2.0 di sini pada Khamis. |
|
87 Aktivis Termasuk 29 Rakyat Malaysia Ditahan Di Isr*el Lancar Mogok Lapar - Lobakmerah - 21/05 3:33 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
Peserta GSF 2.0 mungkin ditahan lebih lama di Penjara Ketziot - Kosmo - 21/05 3:32 pm SEPANG – Peserta Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 yang kini berada di bawah kawalan tentera rejim Zionis Israel mungkin akan ditahan lebih lama di Penjara Ketziot, Israel. Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, perkara itu disandarkan kepada latar belakang peserta misi yang sebelum ini pernah ditahan oleh .. |
|
PM beri komitmen maksimum gesa pembebasan aktivis GSF 2.0 - SNCC - Sinarharian - 21/05 2:29 pm SEPANG -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan dan komitmen maksimum untuk mengetuai segala usaha menggunakan hubungan dua hala bagi mendesak pembebasan segera aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0yang diculik serta ditahan Israel.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, komitmen berkenaandinyatakan Perdana Menteri kepada SNCC menerusi satu panggilan telefon pada Khamis."Perdana Menteri sedang mengetuai segala usaha bersama Kerajaan Malaysia, menggunakan hubungan dua hala yang akrab serta telah berhubung rapat dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, bagi mendesak pembebasan segera seluruh aktivis yang diculik, dipastikan selamat dan mengelakkan mereka daripada dipenjarakan di Penjara Ketziot," katanya.Dalam sidang media perkembangan Misi GSF 2.0, Sani Araby berkata, SNCC turut dimaklumkan yang Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa Wisma Putra menggandakan usaha diplomatik bersama Turkiye serta beberapa negara lain.Ia termasuk membuat persediaan wakil kedutaan di Istanbul, Aman dan Kaherah bagi memastikan keselamatan dan pembebasan rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi flotilla kemanusiaan ini."SNCC menegaskan insiden penculikan ini turut membangkitkan kemarahan dan kecaman antarabangsa termasuk kenyataan negara serta aksi demonstrasi di Itali, Turkiye, Sepanyol, Perancis, Belgium, Ireland, Kanada, Belanda, Jerman, Korea Selatan, Australia, Portugal serta organisasi antarabangsa."Mereka juga turut mengecam tindakan pencerobohan dan penculikan terhadap aktivis flotilla kemanusiaan ini yang berlaku di perairan antarabangsa," katanya.Sani Araby berkata, SNCC menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus memperhebat solidariti melalui solat hajat, Qunut Nazilah, munajat nasional serta tekanan diplomatik dan advokasi berterusan sehingga seluruh delegasi kemanusiaan dibebaskan.Semalam, SNCC mengesahkan kesemua 50 kapal GSF 2.0 yang membawa 428 aktivis kemanusiaan daripada 40 negara, telah dipintas tentera laut rejim Zionis Israel (IOF) di perairan antarabangsa, kira-kira 80 batu nautika dari pantai Gaza.- Bernama |
|
Peserta GSF laung Free Palestine ke arah Ben Gvir ketika tiba di Ashdod - Sinarharian - 20/05 10:44 pm KUALA LUMPUR - Jeritan 'Free Palestine!' atau Bebas Palestin oleh peserta Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 dihalakan tepat ke arah Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir.Menurut Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby, kesemua peserta GSF yang ditahan oleh rejim Zionis Israel pada 18 dan 19 Mei lalu telah tiba di Pelabuhan Ashdod pada petang tadi."Mereka ketika ini berada di Ashdod," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.Sementara itu, sebuah rakaman tersebar di media sosial menunjukkan para peserta dipaksa melutut ke lantai dan ditarik secara kasar oleh tentera rejim untuk dipindahkan dari kapal ke tempat tahanan.Pada masa sama, Itamar juga turut dilihat mengelilingi para peserta sambil melemparkan kata-kata kesat kepada mereka.Semalam, GSF memaklumkan kesemua 50 bot misi itu dipintas rejim Zionis di timur Mediterranean pada 18 dan 19 Mei, menyebabkan 428 aktivis dari lebih 40 negara ditahan termasuk 29 delegasi Malaysia yang menyertai 18 bot berkenaan.Untuk rekod, sebanyak 54 buah kapal GSF 2.0 mula berlepas dari Pelabuhan Marmanis, Turkiye ke Gaza pada 14 Mei lalu.Pada 30 April, sekurang-kurangnya 22 kapal GSF 2.0 dipintas oleh tentera rejim Zionis di perairan antarabangsa berhampiran Crete, Greece sebelum dilepaskan di negara yang sama pada 2 Mei.Dalam operasi haram itu, 10 rakyat Malaysia dilaporkan antara peserta yang ditahan atau terputus hubungan selepas kapal mereka dinaiki tentera rejim |
|
Peserta GSF 2.0 belum tiba di Ashdod, nasib belum diketahui sejak 48 jam lalu. - Utusan - 20/05 3:38 pm SEPANG: Setakat berita ini ditulis, Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) belum menerima apa-apa perkembangan mutakhir mengenai kesemua peserta Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 yang ditahan Israel pada Isnin lalu dan semalam. Kebimbangan itu disuarakan Ketua Pengarah SNCC Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby pada sidang akhbar terkini perkembangan misi itu, hari ini |
|
GSF 2.0: SNCC terputus hubungan dengan peserta ditahan tentera laut rejim Zionis - Sinarharian - 20/05 3:15 pm SEPANG, 20 April (Bernama) -- Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) belum menerima sebarang perkembangan mutakhir mengenai kesemua peserta Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 yang ditahan tentera laut rejim Zionis Israel (IOF) pada Isnin dan Selasa.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat terkini mengenai nasib kesemua aktivis berkenaan."Kami belum menerima sebarang maklumat rasmi mengenai nasib ratusan aktivis kemanusiaan kita walaupun penahanan sudah dibuat hampir 48 jam."Boleh jadi mereka dipukul, boleh jadi mereka berhadapan dengan tindakan agresif |
|
Semua kapal GSF 2.0 bawa 428 aktivis dipintas tentera laut Zionis - SNCC - Sinarharian - 20/05 2:51 pm SEPANG - Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan kesemua 50 kapal Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang membawa 428 aktivis kemanusiaan daripada 40 negara, telah dipintas tentera laut rejim Zionis Israel (IOF) di perairan antarabangsa, kira-kira 80 batu nautika dari pantai Gaza.Ketua Pengarah SNCC Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, laporan dan bukti visual mendedahkan, kapal Sirius telah diserang menggunakan meriam air bertekanan tinggi serta dirempuh secara agresif oleh kapal IOF beridentiti A833D."Bukti visual turut merakamkan insiden tembakan ke arah kapal Girolama dan Elengi |
|
Aktivis kemanusiaan GSF yang diculik belum tiba di Pelabuhan Ashdod - Sinarharian - 20/05 2:27 pm SEPANG - Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) belum menerima petunjuk berhubung kehadiran kesemua aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk 29 rakyat Malaysia yang ditahan di Pelabuhan Ashdod.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, sayap perundangan Pusat Kajian Hak Asasi Manusia dan Advokasi (Centhra) telah melakukan persiapan awal di lapangan bagi menghadapi sebarang kemungkinan."Maklumat daripada Centhra sehingga kini melalui pasukan Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (Adalah) yang berada di lapangan, khususnya di Pelabuhan Ashdod masih belum dapat mengesahkan kehadiran kesemua peserta ini," katanya dalam sidang media khas di Mapim Central Warehouse pada Rabu.Menurut beliau, tentera rejim Zionis (IOF) dipercayai menggunakan helah dengan sengaja menempatkan peserta misi kemanusiaan itu di atas kapal lebih lama sebelum dibawa ke darat."Sebaik sahaja dibawa ke darat, mereka terpaksa akur dengan undang-undang yang digubal sendiri iaitu tahanan harus dilepaskan dalam tempoh 24 jam."Boleh jadi hari ini mereka sampai namun, sekiranya semua tahanan yang diculik itu tiba di Pelabuhan Ashdod, Adalah bersedia menjadi wakil peguam mewakli Centhra dan seluruh dunia," ujarnya.Sani Araby percaya situasi kini agak tegang selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atas lima pimpinan tertinggi Israel termasuk menteri serta komander IOF atas jenayah perang.ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman video tunjuk tentera Israel lepaskan tembakan ke arah kapal GSFBeliau berkata, peserta GSF mempunyai profil antarabangsa yang mewakili pelbagai negara termasuk Kesatuan Eropah (EU) dan ia turut melibatkan adik perempuan Presiden Ireland, Catherine Connolly."Jika dalam tempoh 48 jam tidak ada maklumat pendaratan di Pelabuhan Ashdod saya kira itu adalah satu insiden dunia ambil peduli dan perlu masuk campur," katanya.Dalam perkembangan sama, Sani Araby berkata, kerajaan sedang menggerakkan usaha diplomatik dengan bekerjasama rapat negara-negara sahabat bagi memastikan kesemua aktivis kemanusiaan dibebaskan segera.Tambah beliau, tindakan ketenteraan bersenjata di koridor laut bebas itu merupakan pencabulan terhadap Konvensyen Undang-Undang Laut Antarabangsa (UNCLOS) 1982 yang menjamin kebebasan pelayaran mutlak bagi kapal awam termasuk kapal kemanusiaan."SNCC telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri serta Menteri Luar melalui Wisma Putra bahawa usaha diplomatik sedang digerakkan secara giat dan berterusan untuk meningkatkan tekanan antarabangsa," katanya lagi.Dalam insiden hitam pada Isnin dan Selasa lalu, kesemua 50 kapal yang membawa 428 aktivis kemanusiaan dari 40 buah negara telah dipintas secara haram dan dikepung oleh tentera rejim zionis israel (IOF) di perairan antarabangsa, kira-kira 80 batu nautika dari pantai Gaza.Laporan dan bukti visual mendedahkan kapal Sirius telah diserang menggunakan meriam air bertekanan tinggi serta dirempuh secara agresif oleh kapal tentera laut israel beridentiti A833D.Insiden turut merakamkan tembakan ke arah kapal Girolama dan Elengi. |
|
GSF 2.0: Sembilan jam lagi empat rakyat Malaysia sampai ke Gaza - Sinarharian - 19/05 5:05 pm SEPANG Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 menuju ke Gaza kini memasuki fasa paling getir apabila empat rakyat Malaysia yang masih meneruskan pelayaran dijangka menghampiri zon berisiko dalam tempoh sembilan jam lagi.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, berdasarkan data penjejakan semasa, kapal yang membawa delegasi Malaysia kini berada dalam fasa terakhir perjalanan menuju Gaza tanpa sebarang petunjuk untuk berpatah balik.Menurutnya, empat rakyat Malaysia yang masih selamat dan meneruskan pelayaran ialah Muhammad Hareez Adzrami dan Chin yang berada di atas kapal Alcyone, Syed Amirul di kapal Don Juan serta Noor Thanisah di kapal Zefiro."Dengan kelajuan sekitar 15 kilometer sejam atau kira-kira lapan knot, kapal berkenaan dijangka tiba di zon berisiko dalam tempoh sembilan jam lagi."Sembilan jam ini adalah pecutan akhir yang sangat mendebarkan buat anak muda Malaysia patut kita banggakan kerana mereka tidak berpatah hati, tidak melarikan diri dan terus mara ke hadapan walaupun berdepan risiko diculik," katanya.Beliau berkata demikian pada Sidang Media Khas Sumud Nusantara Command Center (SNCC) di sini pada Selasa.Dalam pada itu, Sani Araby memberitahu, SNCC kini memantau rapat dua perkembangan utama membabitkan konvoi kapal terbabit.Katanya, perkembangan pertama ialah maklumat awal mengenai pergerakan kapal tentera rejim Zionis yang didakwa sedang menghampiri flotila berkenaan."Kita melihat dan membuat pemantauan terhadap maklumat awal yang mengatakan kapal tentera rejim penjajah sedang bergerak menghampiri kapal-kapal ini."Bagaimanapun, kita masih belum mendapat pengesahan penuh mengenainya," katanya.Beliau berkata, perkembangan kedua pula susulan pengumuman seorang menteri Itali yang mendakwa flotila berkenaan dijangka tiba di Mesir.Katanya, kedua-dua situasi itu mempunyai kebarangkalian tinggi dan tidak menolak kemungkinan ia adalah taktik Israel untuk mengalih perhatian dunia terhadap operasi sebenar mereka."Kita belum pasti ke mana sebenarnya mereka mahu membawa kapal ini kerana Israel sebelum ini sudah mengambil tindakan luar biasa terhadap GSF."Jika mereka dibawa ke darat, proses pembebasan mungkin tidak lagi mengambil masa 30 hingga 40 jam seperti sebelum ini |
|
PDRM umum pertukaran pegawai, Dennis Lim dilantik Ketua Polis P. Pinang - Mygazette - 19/05 3:32 pm # PDRM umum pertukaran pegawai, Dennis Lim dilantik Ketua Polis P |
|
Parlimen tak perlukan kuasa ketiga jadi pendesak - Abdullah Sani - Mkini - 19/05 2:37 pm Pada masa sama Pengerusi Tekun Nasional itu alu-alukan kemunculan parti baru agar 'tumbuh macam cendawan' |
|
Malaysia working with friendly nations to push for release of GSF activists - PM - Sinardaily - 19/05 1:06 pm KUALA LUMPUR - Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said he is working closely with leaders of friendly nations to secure the immediate release of activists from the Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 detained by the Zionist regime.In a Facebook post today, Anwar said Malaysia is demanding that all activists involved be treated humanely and protected from any form of abuse."Malaysia demands that they are not mistreated, denied their humanitarian rights or subjected to any inhumane action simply for carrying the message of peace and humanitarian aid for the Palestinian people."Pray that all these efforts will be eased, Insya-Allah. Hasbunallah wa nimal wakil, he posted.Meanwhile, when asked about the governments next course of action regarding the incident, Anwar said that Malaysia has lodged a formal protest over the interception of the Gaza-bound flotilla and the detention of more than 100 activists, including 16 Malaysians involved in the humanitarian mission."We have already lodged a protest, he said briefly when met after attending the National Sports Awards 2025 ceremony at Bukit Jalil.Yesterday, the Sumud Nusantara Command Center (SNCC) confirmed that the Israeli forces had intercepted nine GSF vessels, with 16 Malaysians onboard, as of 8 pm Malaysian time.SNCC director-general Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby said the vessels were approached aggressively by Israeli naval forces while in international waters near Cyprus |
|
Malaysia bersama negara sahabat usaha aktivis GSF dibebaskan segera - PM - Sinarharian - 19/05 12:39 am KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau sedang bekerjasama rapat dengan pimpinan negara-negara sahabat bagi memastikan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan rejim Zionis dibebaskan segera.Menerusi hantaran di Facebook pada Selasa, Anwar berkata, Malaysia mendesak agar kesemua aktivis yang terlibat tidak diberikan layanan buruk serta dizalimi."Malaysia menuntut agar mereka tidak dizalimi, dihalang hak kemanusiaan atau dikenakan sebarang tindakan tidak berperikemanusiaan hanya kerana membawa suara keamanan dan bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestin."Doakan agar segala usaha ini dipermudahkan, Insya-Allah. Hasbunallah wa nimal wakil," katanya.Semalam, Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sembilan kapal GSF yang dinaiki 16 rakyat Malaysia telah dipintas tentera laut rejim Zionis Israel (IOF) setakat 8 malam waktu Malaysia.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, kapal mereka dihampiri secara agresif oleh IOF ketika berada di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus |
|
Aktivis GSF ditahan di penjara atas kapal sebelum ke Ashdod - Kosmo - 18/05 9:55 pm SEPANG- Kesemua 150 aktivis Global Sumud Flotila (GSF) termasuk 16 rakyat Malaysia yang dipintas Israel hari ini dipercayai ditahan di penjara atas kapal sebelum dibawa ke Pelabuhan Ashdod untuk proses dokumentasi dan pengusiran. Ketua Pengarah Sumud Nusantara Commad Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, pihaknya menjangkakan kesemua aktivis itu akan ditahan sekurang-kurangnya .. |
|
Rafizi sudah hilang haluan ??? Abdullah Sani - Mygazette - 18/05 3:41 pm KUALA LUMPUR Tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pelaburan RM1.1 bilion antara kerajaan dan Arm Holdings plc disifatkan bukan sahaja tidak berasas, malah mencerminkan Ahli Parlimen Pandan berkenaan semakin terdesak dan hilang arah dalam percaturan politik semasa |
|
'Hilang haluan politik, Rafizi jangan heret PM dalam siasatan SPRM' Abdullah Sani - Sinarharian - 18/05 12:39 am KUALA LUMPUR Bekas Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tidak berasas dan menunjukkan bekas Menteri Ekonomi itu kini 'kehilangan haluan politik'.Menurut beliau, Rafizi sepatutnya mempertahankan diri melalui saluran undang-undang sekiranya benar tidak melakukan sebarang kesalahan, bukannya cuba membina persepsi seolah-olah dirinya dizalimi.Katanya, tindakan mengaitkan Perdana Menteri dan SPRM hanya dilihat sebagai cubaan mengalih perhatian rakyat daripada isu sebenar."Kalau rasa tidak bersalah dan bukti itu sampah, buktikanlah di mahkamah |
|
Kapal GSF kini di perairan Greece, Turkiye untuk kerja pembaikan - SNCC - Sinarharian - 16/05 10:27 pm SHAH ALAM - Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan kapal-kapal Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di perairan sekitar Greece dan Turkiye bagi kerja-kerja pembaikan sistem komunikasi serta enjin beberapa bot.Memasuki hari ke-34 misi kemanusiaan GSF, Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, keadaan laut bergelora di laluan operasi turut menjadi antara faktor yang mempengaruhi pergerakan semasa flotila."Hentian teknikal ini hanyalah bersifat sementara dan tidak melibatkan sebarang pendaratan aktivis ke daratan."Kapal-kapal GSF dijangka meneruskan semula pelayaran menuju ke Gaza pada 17 Mei (Ahad) selepas semua persiapan operasi selesai dilaksanakan," katanya dalam kenyataan rasmi SNCC pada Sabtu.Dalam masa sama, Sani Araby mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu hati dan sepakat menggandakan usaha menyebarkan fakta serta sejarah yang sahih.Beliau juga menggesa orang ramai untuk menangkis propaganda jahat rejim Israel serta meningkatkan kesedaran awam melalui semua platform media."SNCC turut menyeru rakyat Malaysia untuk terus melaksanakan solat hajat, Qunut Nazilah dan munajat berterusan demi keselamatan seluruh delegasi misi serta kejayaan usaha pembebasan Gaza."Setiap penyebaran maklumat hendaklah sentiasa berpandukan sumber sahih dan berautoriti," ujarnya lagi.Sebarang pertanyaan rasmi berkaitan GSF dan Palestin, boleh layari portal rasmi di tanya.sumudnusantara.com |
|
SNCC lancar 'Sumud Protocol', gerak empat tindakan sokong Gaza - Sinarharian - 15/05 8:52 pm SEPANG - Sumud Nusantara Command Center (SNCC) melancarkan 'Sumud Protocol' merangkumi empat usaha sebagai pelan tindakan fasa satu yang akan digerakkan bermula pada fasa akhir misi flotila menuju ke Gaza.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, tindakan menerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia bakal menggerakkan sokongan dan keahlian sekurang-kurangnya 150 ahli Parlimen merentas parti dan ideologi.Menurut beliau, perkara itu merupakan cerminan keteguhan institusi Parlimen negara yang berani dan komited membela isu Palestin."SNCC juga menggesa Kaukus Palestin Parlimen mengadakan usul tergempar bagi mengabsahkan Deklarasi Brussels yang digerakkan oleh ahli-ahli Parlimen dunia khususnya dari Malaysia, Turkiye, Sepanyol dan Kesatuan Eropah (EU)."Ia merupakan usaha bagi meningkatkan tekanan diplomatik serta ekonomi terhadap rejim susulan pencabulan undang-undang antarabangsa serta sekatan kemanusiaan ke atas Gaza," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan SNCC di sini pada Jumaat.Sani Araby berkata, melalui Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) dengan sokongan kerajaan, pihaknya menggerakkan usaha memfailkan tuntutan kepada Ketua Pesuruhjaya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)."Fail itu adalah untuk pencabulan undang-undang antarabangsa susulan tindakan menculik, menyerang dan merampas bahan bantuan kemanusiaan serta kapal flotila kemanusiaan di perairan antarabangsa oleh pihak rejim Israel pada tahun 2025 dan April lalu."Ini adalah satu lagi sejarah yang mana keberanian bukan hanya menghantar memorandum tetapi kesatuan ini akan membuktikannya dengan memfailkan satu petisyen dan satu saman kepada pihak ICC untuk mengheret penjajah ini yang akan dimulakan seawal Jun depan," katanya lagi.Tambah beliau, SNCC turut melancarkan usaha siaran langsung selama 100 jam 'Sumud Kita Untuk Gaza' menerusi platform rasmi Sumud Nusantara bagi memperluaskan kesedaran awam dan menyampaikan perkembangan semasa misi flotila kepada rakyat Malaysia serta masyarakat antarabangsa.Beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia bersatu hati untuk melakukan tindakan menggandakan usaha menyebarkan fakta dan sejarah yang sahih, menangkis propaganda jahat rejim serta meningkatkan kesedaran awam melalui semua platform media. |
|
Pelayaran Global Sumud Flotilla semakin getir - Sinarharian - 15/05 8:16 pm SEPANG - Pelayaran 54 kapal Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang telah memasuki fasa akhir dijangka akan berhadapan dengan pintasan oleh pihak rejim Zionis dalam tempoh beberapa jam akan datang.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, misi yang turut disertai delegasi Malaysia itu kini berada di Zon Kuning 2 iaitu sekitar 340 batu nautika dari pantai Gaza."Dalam tempoh beberapa jam akan datang, flotila dijangka memasuki zon berisiko tinggi pada waktu malam yang mana potensi berlakunya pintasan oleh pihak rejim adalah sangat tinggi," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan SNCC di sini pada Jumaat.Tegas beliau, pintasan yang mungkin dilakukan oleh pihak rejim itu bertujuan untuk menyekat keabsahan koridor kemanusiaan maritim yang sah di bawah klausa Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS)."Klausa UNCLOS membenarkan apa jua bantuan kemanusiaan disalurkan ke kawasan bergolak tanpa sekatan."Pintasan ini pastinya menjadi bukti kukuh salah laku rejim Zionis sekali lagi yang akan diheret ke muka pengadilan pada tahap tertinggi dengan kerjasama rangkaian peguam antarabangsa," katanya lagi.Sani Araby meminta rakyat Malaysia mempergiat usaha menyebarkan fakta dan sejarah sahih berkaitan Palestin serta terus melaksanakan solat hajat, Qunut Nazilah dan munajat demi keselamatan delegasi misi berkenaan.Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sehingga kini rejim Zionis Israel melaksanakan penjarahan haram selepas 78 tahun peristiwa Nakba yang menyaksikan rakyat Palestin kehilangan tanah air, hak dan kehidupan mereka."Gaza yang kononnya dalam fasa gencatan senjata sebenarnya sedang dialihkan perhatian atau dimanipulasikan sehingga pengalihan blok batu, garisan kuning atau pencabulan pengambilalihan tanah berlaku secara besar-besaran di bumi Gaza."Kenyataan angkuh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam yang mengumumkan bahawa rejim Israel menguasai 60 peratus wilayah Gaza serta menyasarkan penguasaan penuh ke atas keseluruhan Gaza membuktikan agenda penjajahan dan peluasan sedang dilakukan," ujarnya.Katanya, 950 hari berlalu sejak bermulanya perang pada 7 Oktober 2023, lebih 100,000 rakyat Palestin syahid manakala sejak peristiwa Nakba, dianggarkan lebih 136,000 rakyat terbunuh akibat penjajahan, peperangan dan kekejaman berterusan rejim Zionis. |
|
Misi Global Sumud Flotilla masuki fasa akhir, 54 kapal belayar ke Gaza .. - Mygazette - 15/05 7:48 am # Misi Global Sumud Flotilla masuki fasa akhir, 54 kapal belayar ke Gaza SEPANG - Misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2026 memasuki fasa akhir apabila sebanyak 54 kapal mula berlepas dari Pelabuhan Marmaris, Turkiye menuju ke Gaza kira-kira 7.30 malam waktu Malaysia hari ini. Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata pelayaran itu melibatkan hampir 500 peserta antarabangsa daripada 45 negara yang digerakkan pelbagai kumpulan aktivis kemanusiaan dunia |
|
SNCC jangka 30 jam akan datang tempoh paling kritikal bagi misi GSF - Sinarharian - 14/05 11:04 pm SEPANG - Misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2026 yang membawa hampir 500 aktivis kemanusiaan antarabangsa menuju ke perairan Gaza kini memasuki fasa paling kritikal apabila kapal-kapal misi itu dijangka berdepan pelbagai risiko, termasuk pintasan dalam tempoh 28 hingga 30 jam akan datang.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, tempoh itu menjadi fasa paling mencabar selepas kapal-kapal misi berkenaan memasuki kawasan Zon Kuning 3 sejurus meninggalkan Pelabuhan Marmaris, Turkiye.Sani Araby berkata, perubahan corak operasi tahun ini menyaksikan zon kuning diletakkan lebih awal berbanding tahun lepas susulan risiko pintasan oleh rejim Zionis.Beliau berkata, jarak perjalanan ke Gaza dianggarkan mengambil masa kurang daripada empat hari sekiranya tiada sebarang gangguan berlaku."Keluar sahaja daripada Pelabuhan Marmaris (Turkiye), mereka (kapal) sudah pun masuk Zon Kuning 3 |
|
GSF 2.0: ’28 jam tempoh getir, risiko keselamatan paling kritikal’ - Kosmo - 14/05 11:03 pm SEPANG – Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) menjangkakan tempoh 28 jam akan datang sebagai tempoh paling getir bagi gelombang kedua Misi Pelayaran Global Sumud Flotila. Ketua Pengarahnya, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, tempoh getir itu dijangka berlaku apabila misi itu mula memasuki lapisan zon kuning pertama |
|
GSF 2.0: 29 rakyat Malaysia belayar ke Gaza - Kosmo - 14/05 10:38 pm Perkara itu disahkan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) pada sidang akhbar di sini, hari ini. Ketua Pengarah SNCC Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, ia membabitkan pelayaran 54 buah .. |
|
Misi Global Sumud Flotilla masuk fasa akhir, 54 kapal belayar ke Gaza - Sinarharian - 14/05 10:25 pm SEPANG - [DIKEMAS KINI] Misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2026 memasuki fasa akhir apabila sebanyak 54 kapal mula berlepas dari Pelabuhan Marmaris, Turkiye menuju ke Gaza kira-kira jam 7.30 malam waktu Malaysia hari ini.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, pelayaran itu melibatkan hampir 500 peserta antarabangsa daripada 45 negara yang digerakkan pelbagai kumpulan aktivis kemanusiaan dunia.Beliau berkata, misi berkenaan mendapat sokongan penuh, khususnya daripada Kerajaan Malaysia dengan dukungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selain Turkiye, Sepanyol dan Brazil."Pelayaran fasa akhir ini juga berlaku sehari sebelum peristiwa Nakba, iaitu 15 Mei 1948, 78 tahun lepas," katanya dalam sidang media di sini hari ini.Sani Araby berkata, SNCC turut mengesahkan lebih 40 peserta daripada enam negara Nusantara, iaitu Malaysia, Indonesia, Pakistan, India, Sri Lanka dan Filipina menyertai pelayaran berkenaan.Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 29 peserta Malaysia berumur antara 22 tahun hingga 58 tahun terdiri daripada tenaga profesional pelbagai bidang meneruskan pelayaran dari Marmaris dengan peranan masing-masing termasuk kapten, pembantu kapten, kru, pegawai perubatan dan juruteknik."Lima kapal daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) turut bergabung dalam misi itu," katanya.Sani Araby berkata, tiga peserta Malaysia, iaitu Mohamad Aqil Asmadi, Mohamad Zurini Karim dan Hajah Sereba Mustafa Al-Bakri telah disusun semula peranan mereka dan akan kembali ke tanah air bagi memperkukuh strategi operasi lapangan SNCC.Beliau juga berkata, SNCC telah mengubah radius garisan zon kuning dan merah berdasarkan analisis risiko keselamatan terkini di kawasan operasi."Berdasarkan penilaian semasa, laluan dari Pelabuhan Marmaris hingga 30 batu nautika diklasifikasikan sebagai Zon Hijau (Green Zone)manakala kawasan antara 30 batu nautika hingga 150 batu nautika diletakkan di bawah Zon Kuning (Yellow Zone)."Seterusnya, laluan bermula 150 batu nautika sehingga memasuki perairan Gaza kini dikategorikan sebagai Zon Merah (Red Zone), yang membawa tahap risiko keselamatan paling kritikal sepanjang misi pelayaran ini," katanya |
|
Usah tunggu Bersatu reput, PAS boleh keluar PN secara bermaruah, kata penganalisis - FMT - 14/05 10:00 am Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting berkata PAS boleh menjadi parti dominan yang bebas daripada kemelut dalaman Bersatu, jika keluar PN. |
|
PAS, not Bersatu, should leave PN, says analyst - FMT - 14/05 10:00 am Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri says the Islamic party should disassociate itself from Bersatus internal conflict. |
|
Krisis global: Tekun Nasional benteng lindungi PMKS - Steven Sim - Sinarharian - 12/05 11:05 am BANGI - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun)Nasional memainkan peranan penting sebagai benteng dalam membantu dan melindungi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berdepan pelbagai krisis global, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim.Beliau berkata, dalam keadaan dunia yang semakin mencabar, TekunNasional kini memikul tanggungjawab lebih besar bagi memastikan usahawan, khususnya Bumiputera, terus bertahan dan mengembangkan perniagaan masing-masing."Memang kita menghadapi pelbagai jenis cabaran, antaranya yang kadangkala berada di luar kawalan negara seperti krisis geopolitik, geoekonomi, gangguan bekalan minyak dan tenaga, perang perdagangan serta lain-lain cabaran global."Andalah (TekunNasional) yang menjadi benteng barisan hadapan untuk bukan sahaja melindungi mereka (usahawan), malah membantu melonjakkan perniagaan," katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi TekunNasional 2026di sini semalam.Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita, Steven Sim mencadangkan Tekun Nasional mengamalkan pendekatan 3C iaitu cekap dan cepat, cermat serta canggih, bagi memastikan ia terus relevan dan dapat memainkan peranannya membantu usahawan PMKS dengan lebih berkesan.Beliau berkata, dari segi cekap dan cepat, permohonan serta kelulusan pembiayaan perlu diproses dalam tempoh sesingkat mungkin."Kalau dulu dia mungkin perlukan dua minggu hingga sebulan ataupun sebulan lebih, tetapi sekarang ia (perlu diselesaikan dalam tempoh) tujuh hari," katanya.Mengenai elemen cermat, Steven Sim berkata, Tekunperlu meneliti setiap permohonan bagi mengelakkan usahawan dibebankan dengan hutang yang tidak mampu dibayar."Beri bimbingan kepada semua usahawan di bawah TekunNasional supaya mereka boleh berjaya dalam bisnes masing-masing dan akhirnya mampu membayar hutang kepada Tekun," katanya.Beliau berkata, aspek ketiga iaitu canggih pula menuntut TekunNasional membantu usahawan menceburi sektor berteknologi dan bernilai tinggi termasuk kecerdasan buatan (AI) dan digital.Pada Majlis Apresiasi TekunNasional 2026, StevenSim meraikan dedikasi dan sumbangan warga TekunNasional dalam memperkasakan perniagaan di Malaysia dengan sebanyak lima kategori anugerah disampaikan kepada 247 penerima.Turut hadir, Pengerusi TekunNasional, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Mohamad Alamin serta Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.Sementara itu, Pengurus TekunNasional Negeri Pahang, Hassan Anuar yang turut menerima Anugerah Negeri Terbaik serta Anugerah Keunggulan berkata, peruntukan tambahan yang diumumkan Steven Sim, diyakini dapat membuka lebih banyak peluang kepada usahawan untuk mendapatkan pembiayaan dan memperkukuh perniagaan masing-masing."Saya mengharapkan kepada semua usahawan di luar sana datang ke pejabat Tekun, berjumpa dengan kami dan mengambil peluang inikerana kerajaan menyediakan dana yang cukup banyak."Ini satu peluang yang perlu digunakan sebaik mungkin oleh usahawan-usahawan di luar sana, supaya mereka menjadi lebih berjaya, berdaya saing dan mampu bertahan menghadapi krisis ekonomi serta cabaran perniagaan ketika ini," katanya.Penerima Anugerah Prestasi Kutipan Individu Terbaik, Adam Naquiddin Abd Rahim yang merupakan Pembantu Pegawai di cawangan Seremban pula menzahirkan penghargaan kepada pengurusan TekunNasional atas sokongan berterusan yang diberikan."Kejayaan ini bukan sahaja milik saya seorang, tetapi milik seluruh keluarga TekunNasional dan saya berharap dapat terus bersama-sama membantu usahawan serta bakal usahawan TekunNasional mencapai kejayaan pada masa depan," katanya.- Bernama |
|
Muda needs big name, says analyst after Rafizi overtures - FMT - 9/05 8:30 am Global Asia Consulting's Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri says the party lacks icons, a clear direction and fighting spirit. |
|
Warga emas tak mengaku sebabkan kematian murid darjah dua?? - Mygazette - 8/05 2:48 pm # Warga emas tak mengaku sebabkan kematian murid darjah dua BATU PAHAT - Seorang pemandu van warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majestret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Maimon |
|
Pemandu van langgar murid Tahun Dua depan sekolah didakwa esok - Sinarharian - 7/05 10:09 pm BATU PAHAT - Pemandu van yang melanggar seorang murid Tahun Dua hingga maut akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.Suspek berusia 60 tahun akan didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullan Sani ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.Difahamkan, kertas siasatan berhubung kejadian ini diserahkan kepada pihak pendakwaan dan mereka bersetuju untuk mendakwa suspek esok.Dalam kejadian 12.30 tengah hari, Selasa lalu, Nur Aini Humairah Mohd Fareez, 8, mahu selepas dilanggar van yang dipandu suspek di hadapan pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong dekat siniSusulan kejadian itu, polis menahan suspek dan direman selama tiga hari yang berakhir Jumaat bagi membantu siasatan. |
|
Murid maut dilanggar depan sekolah: Pemandu van direman 3 hari - Mygazette - 6/05 3:07 pm # Murid maut dilanggar depan sekolah: Pemandu van direman 3 hari BATU PAHAT Pemandu van yang menyebabkan kematian seorang murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Maimon di Parit Sulong di sini semalam ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini |
|
Pemandu Van Usia 60 Tahun Langgar Pelajar Tahun 2 Hingga Maut Ditahan Polis - Beautifulnara - 6/05 10:59 am Seorang pemandu van ditahan polis selepas terlibat dalam kemalangan maut yang meragut nyawa seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong, tengah hari semalam |
|
Tak sanggup lihat jenazahnya kerana sangat parah Ibu rebah dimaklum anak maut depan sekolah - Sinarharian - 6/05 7:20 am BATU PAHAT - "Saya ternampak orang ramai berkemurun di depan sekolah dan dengar murid lain sebut nama 'Aini'."Bila cikgu memberitahu murid itu adalah anak saya, badan saya terus lemah |
|
Standard two student dies after being struck by van outside Batu Pahat school - Sinardaily - 6/05 7:20 am BATU PAHAT - An eight-year-old girl was killed after she was hit by a van in front of Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon in Parit Sulong here this afternoon.Batu Pahat district police chief ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani said the accident is believed to have occurred at about 12.30pm in front of the schools main gate.He said preliminary investigations by the district Traffic Investigation and Enforcement Division found that the accident occurred when a van, which had just delivered goods, was moving out of the schools main gate, heading towards Jalan Simpang Lima-Parit Sulong."The van struck the victim, who was on foot, in front of the schools main gate |
|
Murid maut dilanggar: Polis tahan pemandu van - Sinarharian - 5/05 11:15 pm BATU PAHAT - Polis menahan pemandu van yang dipercayai melanggar seorang murid perempuan hingga maut dalam kejadian di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong pada Selasa.Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, lelaki berusia 60 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Kejadian dipercayai berlaku ketika sebuah van yang sebelum itu berada dalam kawasan sekolah selepas menghantar barang sedang bergerak keluar melalui pintu utama menuju ke Jalan Simpang Lima, Parit Sulong."Pada masa sama, mangsa yang sedang berjalan kaki di hadapan pintu pagar sekolah dipercayai terlibat dalam perlanggaran dengan kenderaan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta organ dalaman sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas perubatan dari Klinik Kesihatan Parit Sulong.Menurut beliau, pemandu van terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.Katanya, siasatan dijalankan atas kesalahan memandu secara melulu atau berbahaya hingga menyebabkan kematian. |
|
Pemandu van langgar mati murid perempuan ditahan - Kosmo - 5/05 11:05 pm BATU PAHAT Seorang pemandu van ditahan polis selepas terlibat dalam kemalangan maut yang meragut nyawa seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong, di sini tengah hari tadi |
|
Murid darjah dua maut dilanggar van depan sekolah - Mygazette - 5/05 10:04 pm # Murid darjah dua maut dilanggar van depan sekolah BATU PAHAT - Seorang murid perempuan darjah dua maut dilanggar sebuah van di hadapan pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon di Parit Sulong, dekat sini hari ini |
|
Murid Tahun 2 maut dipercayai dilanggar van depan pagar sekolah - Sinarharian - 5/05 8:09 pm BATU PAHAT - Seorang murid perempuan Tahun Dua maut selepas dipercayai dilanggar sebuah van di hadapan pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong di sini pada tengah hari Selasa.Nur Aini Umairah Mohd Fareez, 8, dilanggar van ketika pulang dari sekolah sekitar jam 12.40 tengah hari dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dipercayai baru selesai sesi persekolahan sebelum bergerak keluar dari pintu pagar.Secara kebetulan, van terbabit juga keluar dari pagar sekolah selepas menghantar barang, namun tidak menyedari mangsa lalu merempuhnya.Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu."Kenyataan berhubung kejadian itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat sebaik siasatan awal selesai," katanya. |
|
10 Malaysian activists safe in Istanbul, to continue in second wave of GSF 2.0 mission - Sinardaily - 4/05 8:59 pm SEPANG - Ten Malaysians involved in the Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF) humanitarian mission, who were previously held by Israeli forces in international waters, are now in stable health in Istanbul and are expected to take part in a reorganised second wave of the mission.Sumud Nusantara Command Center (SNCC) director-general Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby said all of them underwent medical checks upon arrival in Turkiye and were confirmed to have no serious injuries, despite reports they were unlawfully abducted at midnight while sailing towards Gaza."So far, we can confirm they are stable, remain in high spirits and have chosen not to return to Malaysia as the mission will continue |
|
10 M’sian activists safe in Istanbul, to continue in second wave of GSF 2.0 mission - BorneoPost - 4/05 6:47 pm SEPANG (May 4): Ten Malaysians involved in the Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF) humanitarian mission, who were previously held by Israeli forces in international waters, are now in stable health in Istanbul and are expected to take part in a reorganised second wave of the mission |
|
GSF 2.0: 10 aktivis Malaysia akan mulakan pelayaran kedua bila-bila masa - Sinarharian - 4/05 5:54 pm SEPANG 10 aktivis Malaysia dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 yang ditahan rejim Zionis sebelum ini akan memulakan pelayaran kedua dalam misi menuju ke Gaza, pada bila-bila masa.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, mereka akan berlepas dan bergabung dengan aktivis antarabangsa dari Turkiye."Mereka (10 aktivis) sudah tiba di Istanbul pada 1 Mei lalu dan bukan sampai di Malaysia kerana perjuangan terus dilangsungkan."Setakat maklumat daripada Chef de Mission Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, mereka (dalam keadaan) baik, melalui satu fasa diculik secara haram di tengah malam," katanya pada sidang media khas perkembangan terkini GSF 2.0 pada Isnin.Sebelum ini media melaporkan, 10 rakyat Malaysia antara 186 peserta yang diculik tentera Israel di perairan antarabangsa berdekatan Kepulauan Greece sudah dilepaskan di Pelabuhan Lerapetra di Kepulauan Crete, Greece.Dalam pada itu Sani Araby memaklumkan, SNCC juga sedang melakukan penilaian untuk menggerakkan flotilla yang dijangka akan bergabung dari Greece bersama sektor di Turkiye.Justeru menurutnya, kesemua 10 aktivis Malaysia tidak pulang ke tanah air dalam masa terdekat dan akan diberikan tugasan dari semasa ke semasa dan misi pelayaran akan dimaklumkan pada masa sesuai.Sementara itu, beliau berkata, pihaknya turut melancarkan gelombang kebangkitan menerusi kempen #BreakTheSilent dan #BreakTheSiege dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini sebagai usaha memperkukuh tekanan antarabangsa ke arah pembebasan Gaza."Setakat ini kita sudah menerima sokongan daripada banyak kepimpinan dunia termasuk dari OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) dan PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)."Sokongan itu mencerminkan indikator awal perjuangan ini perlu digandakan dan diteruskan."Sehubungan itu rakyat Malaysia diseru untuk terus bersuara di pelbagai platform termasuk media sosial bagi menyokong pembebasan Gaza di samping melaksanakan solat hajat serta qunut Nazilah," ujarnya |
|
Kesediaan Umno N Sembilan jadi pembangkang pertaruhan besar, kata penganalisis - FMT - 4/05 9:30 am Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata tindakan itu boleh menjadi 'pedang bermata dua' kerana risiko dihukum rakyat pada pilihan raya akan datang. |
|
Negeri Sembilan Umno taking a gamble with opposition stance, says analyst - FMT - 4/05 9:30 am Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri says the move could be a 'double-edged sword' as the party risks being punished by voters in the next election. |
|
Beri KJ peranan tapi bukan sebagai ubat tahan sakit Umno, kata penganalisis - FMT - 4/05 7:30 am Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata Khairy Jamaluddin boleh bantu tarik anak muda, namun Umno tetap perlu menyelesaikan masalah pulih keyakinan rakyat. |
|
Bantuan kepada keluarga peserta GSF 2.0 diteruskan ikut keperluan - Zulkifli - Sinarharian - 3/05 2:30 pm JERTIH - Usaha menyalurkan bantuan kebajikan dan sokongan kepada ahli keluarga rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 diteruskan kali ini dengan mengambil kira keperluan bersesuaian.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memaklumkan perkara itu berdasarkan beberapa siri perbincangan dengan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby bagi menilai keperluan serta kesesuaian bantuan yang diperlukan."Kerajaan dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) memberikan sokongan penuh kepada program GSF dan pada pelaksanaan sebelum ini, kerajaan telah menyalurkan sokongan serta bantuan (kepada ahli keluarga mereka terlibat)."Usaha itu diteruskan dengan mengambil kira keperluan yang bersesuaian |
|
Lega! Akhirnya 10 aktivis Malaysia GSF 2.0 dijadual terbang ke Istanbul - Wrlr - 2/05 6:15 pm Harapandaily May 1, 2026 Seramai 10 aktivis Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 telah dibebaskan selepas diculik rejim penjajah Zionis di perairan antarabangsa berhampiran Kepulauan Crete, Greece. Menurut Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby, kesemua mereka dilepaskan di Pelabuhan Lerapetra di kepulauan tersebut |
|
Isra*l Koyak, Aktivis GSF Tak Jadi Dibawa Ke Pelabuhan Ashdod - Wrlr - 2/05 4:05 pm Nadir al Nuri berkongsi perkembangan aktivis GSF 2.0 pada 30 April 2026 dipercayai dari Turkiye. Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby dilaporkan berkata, perkembangan itu disahkan setakat pukul 7 malam waktu Malaysia semalam |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |