///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Rumah Bangsa News   Page 1    





Bekas diplomat, anak bebas tuduhan edar, simpan, tanam ganja - Mgazette - 13/03 8:06 am

# Bekas diplomat, anak bebas tuduhan edar, simpan, tanam ganja KUANTAN - Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini melepaskan dan membebaskan bekas diplomat, Datuk Zainal Abidin Alias dan anaknya, Mohamed Rizal daripada semua pertuduhan berkaitan pengedaran ganja seberat 989.6 gram, penyimpanan minyak ganja serta penanaman 102 pokok ganja di sebuah rumah di Janda Baik, Bentong, pada Mei 2022





Tangani isu rumah ibadat segera, elak ketegangan kaum terus memuncak .. - Mgazette - 13/03 8:06 am

# Tangani isu rumah ibadat segera, elak ketegangan kaum terus memuncak - PN KUALA LUMPUR Perikatan Nasional (PN) memandang serius ketegangan yang tercetus kebelakangan ini berkait isu rumah ibadat yang didakwa dibina di atas tanah milik pihak lain termasuk tanah kerajaan





Pejuang, Bersatu bincang penyatuan dan kerjasama - Mgazette - 13/03 8:06 am

KUALA LUMPUR - Presiden Pejuang, Datuk Seri Muhriz Mahathir mengadakan pertemuan dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pagi tadi





Sambut raya tapi rumah tak terbuka - FMT - 13/03 7:30 am

Memandangkan bilangan hadirin serta kementerian, agensi kerajaan serta GLIC saya kira jumlah perbelanjaan keseluruhan membabitkan direct and indirect costs agak lumayan.





Rayuan ditolak, pakar mata diperintah bayar ganti rugi RM1.28 juta kepada mekanik - Sinarharian - 12/03 10:51 pm

PUTRAJAYA - Seorang pakar oftalmologi gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa dia bertanggungjawab atas kecuaian perubatan sehingga menyebabkan seorang mekanik buta mata kiri dan memerintahkannya membayar ganti rugi RM1.28 juta.Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Dr Choo Kah Sing yang bersidang bersama-sama Datuk Dr Shahnaz Sulaiman dan Datuk Sri Latifah Mohd Tahar menolak rayuan Dr Lee Mun Toong selepas mendapati ia tidak mempunyai merit.Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara panel itu, Choo berkata, Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kekhilafan dari segi undang-undang atau fakta apabila menerima naratif yang dikemukakan oleh T





Bau busuk bongkar mayat lelaki dalam apartmen - Sinarharian - 12/03 9:23 pm

PAPAR - Bau busuk yang dihidu penduduk membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di sebuah unit apartmen di Kinarut, dekat sini pada malam Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, lelaki berusia 32 tahun tersebut ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di ruang tamu kediaman berkenaan selepas pintu rumah tersebut dibuka oleh pihak berkuasa.Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Heryan Mohd Tahir berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang memaklumkan terdapat bau kurang menyenangkan dipercayai datang dari sebuah rumah di kawasan berkenaan."Susulan maklumat itu, polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah membuka pintu rumah terbabit yang berkunci sebelum menemui seorang lelaki dalam keadaan tidak bernyawa di ruang tamu."Hasil pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati tiada sebarang tanda menunjukkan unsur jenayah, manakala barang-barang peribadi milik si mati masih berada di lokasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Papar untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian."Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.





Ahli digantung, tinggalkan parti di Sabah boleh buat permohonan kembali sertai UMNO - Jafry - Sinarharian - 12/03 8:24 pm

KOTA KINABALU - UMNO Sabah terbuka untuk menerima semula bekas ahli yang meninggalkan parti atau pernah dikenakan tindakan gantung keahlian selaras dengan keputusan pucuk pimpinan untuk membuka ruang seluas-luasnya kepada mereka yang ingin kembali menyertai perjuangan UMNO.Ketua UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata,keputusan itu adalah dasar yang diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang baru selesai.Menurutnya, UMNO Sabah turut menyokong pendekatan 'Rumah Bangsa' yang membuka peluang kepada bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung keahlian untuk kembali bersama parti."Di Sabah, kita tidak terkecuali menyokong dasar ini





Hishammuddin sedia kembali jika Umno tarik balik penggantungan - FMT - 12/03 6:54 pm

Bekas naib presiden Umno itu berkata beliau terharu dengan undangan Zahid Hamidi dan bersedia berjuang semula untuk Rumah Bangsa jika status keahlian dipulihkan.





Konflik Asia Barat: Kekalkan harga RM1.99 RON95 bukti kerajaan lindungi rakyat - Sinarharian - 12/03 6:50 pm

KANGAR Langkah kerajaan mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter walaupun harga minyak dunia meningkat disifatkan sebagai tindakan proaktif dalam melindungi rakyat daripada tekanan kos sara hidup.Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis, Syazwan Fahmi Badrul Sham berkata, langkah tersebut membuktikan komitmen kerajaan Madani dalam memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.Menurutnya, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepimpinan tegas dan bertanggungjawab dalam menangani perkembangan konflik tersebut."Kenyataan Perdana Menteri selepas Mesyuarat Jemaah Menteri memperlihatkan keprihatinan kerajaan terhadap keselamatan serantau, kestabilan ekonomi global serta kebajikan rakyat Malaysia yang mungkin terjejas akibat ketegangan di rantau berkenaan."Antara langkah penting yang diumumkan termasuk pendirian tegas Malaysia mengecam serangan terhadap Iran selain usaha diplomasi aktif dengan menghubungi pemimpin negara Teluk, Turki, Indonesia dan Menteri Luar Iran bagi meredakan ketegangan serta mengelakkan konflik daripada terus merebak," katanya dalam satu kenyataan.Syazwan Fahmi berkata, kerajaan juga memberi jaminan bahawa bekalan petroleum negara berada pada tahap mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei ini hasil pengurusan cekap oleh Petronas bersama kerajaan.Menurutnya, tindakan mengekalkan harga petrol RON95 di bawah inisiatif Budi Madani pada paras RM1.99 seliter walaupun harga minyak dunia meningkat membuktikan kesungguhan kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat."Kerajaan turut memperkukuh penguatkuasaan bagi mengekang aktiviti penyeludupan bahan api yang berpotensi meningkat susulan perbezaan harga bahan api antara Malaysia dan negara jiran."Sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan Menteri Kewangan II juga ditubuhkan bagi memantau impak ekonomi konflik tersebut secara berterusan supaya langkah segera dapat diambil bagi memastikan kestabilan ekonomi negara," ujarnya.Tambah beliau, kerajaan turut menunjukkan kebertanggungjawaban fiskal apabila memutuskan semua agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) tidak menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri pada tahun ini sebagai langkah berjimat cermat menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.Katanya, PKR Perlis juga menghargai usaha kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Luar Negeri Malaysia dalam membawa pulang rakyat Malaysia yang terjejas di kawasan Asia Barat."Kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan pendekatan yang seimbang antara diplomasi antarabangsa, pengurusan ekonomi yang berhemah serta perlindungan kebajikan rakyat."Seluruh rakyat Malaysia diminta terus menyokong usaha kerajaan Madani dalam memastikan negara kekal stabil, selamat dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran global yang semakin mencabar," jelasnya.





AMK cadang kerajaan laksana WFH bersasar, kurangkan guna bahan api - Sinarharian - 12/03 6:31 pm

SHAH ALAM - Kerajaan disaran mempertimbangkan pelaksanaan dasar kerja dari rumah secara bersasar bagi sektor tertentu susulan harga minyak dunia melonjak akibat ketegangan geopolitik di Asia Barat.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, langkah itu bertujuan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar, menjimatkan kos pengangkutan rakyat dan menyumbang kepada pengurangan penggunaan bahan api dalam keadaan ekonomi masa kini."Pelaksanaan dasar ini boleh dimulakan di pejabat kerajaan, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), sebelum diperluaskan kepada sektor swasta yang bersesuaian mengikut keperluan operasi masing-masing."Dalam masa sama, langkah tersebut berpotensi membantu kerajaan mengurus perbelanjaan subsidi bahan api dengan lebih berhemah selain mengurangkan beban kos kepada rakyat yang terkesan dengan peningkatan harga minyak dunia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sebelum ini, krisis di Asia Barat bermula apabila Amerika Syarikat (AS) dan Israel menyerang Iran pada 28 Februari lalu, mendorong Iran bertindak balas menyerang pangkalan serta bangunan kepentingan AS di rantau tersebut.Ujar Muhammad Kamil, cadangan tersebut dilihat sebagai langkah proaktif bagi mengurangkan pergerakan rakyat, sekali gus menjimatkan penggunaan petrol dan perbelanjaan subsidi bahan api khususnya RON95.Tambah beliau, saranan pelaksanaan fleksibel seperti beberapa hari bekerja dari rumah dalam seminggu juga boleh dipertimbangkan tertakluk kepada kesesuaian fungsi jabatan, agensi dan organisasi."Pendekatan itu selari dengan usaha meningkatkan keseimbangan kehidupan dan pekerjaan di samping menyokong agenda kelestarian melalui pengurangan penggunaan kenderaan serta pelepasan karbon," ujarnya.





Umno konsisten penyatuan demi Allah bukan pemimpin, Akmal beritahu Hadi - FMT - 12/03 6:12 pm

Dr Akmal Saleh persoal dakwaan Hadi Awang yang Umno jahil ketika parti itu ingin mengajak penyatuan agama dan bangsa.





UMNO bukan nak jadi 'abang besar' dalam Rumah Bangsa - Akmal Saleh - Sinarharian - 12/03 5:39 pm

SHAH ALAM - Pemuda UMNO mengkritik kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa cadangan penubuhan Rumah Bangsa Malaysia oleh UMNO sebagai usaha parti itu untuk kembali berkuasa dan menjadi 'abang besar' dalam politik Melayu sebagai tidak tepat.Sebaliknya Ketua Pemuda parti berkenaan, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menjelaskan, konsep diperkenalkan bertujuan menyatupadukan orang Melayu yang banyak terpecah."Tiada langsung kenyataanRumah Bangsa ni untuk sesiapa menjadi 'abang besar', malah kenyataan presiden UMNO menyatakan penyatuan tanpa syarat lagi kerana kepentingan menyatukan agama bangsa ini melebihi dari kepentingan individu," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Pada Rabu, Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah mendakwa cadangan tersebut disifatkan sebagai usaha parti itu mendekati kembali parti-parti Melayu selepas berdepan tekanan politik.Beliau turut menyindir UMNO hanya mencari orang Melayu apabila terdesak dan melupakan sewaktu senang.Mengulas perkara tersebut, Dr Muhammad Akmal mendakwa perpecahan yang berlaku ketika ini bukan disebabkan oleh rakyat, sebaliknya berpunca daripada sikap pemimpin itu sendiri."Rakyat mahukan kuasa Melayu Islam menjadi kuat dan tidak terpecah itu agenda sebenarnya."Rupanya yang berpecah ini bukan rakyat,tetapi pemimpin yang masih lagi ego





Lelaki panjat pagar curi pakaian dalam wanita - Sinarharian - 12/03 5:29 pm

JEMPOL - Polis sedang memburu seorang lelaki yang dirakam mencuri pakaian dalam wanita yang dijemur di halaman sebuah rumah di Bahau di sini.Ketua Polis Dearah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 2.21 petang pada Rabu daripada seorang wanita."Wanita itu memaklumkan telah terlihat satu rakaman video kejadian curi pakaian dalam wanita semasa melihat media sosial."Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah taman perumahan di Bahau di sini," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, lokasi kejadian merupakan sebuah rumah yang didiami wanita warga tempatan.Ujarnya, suspek yang identitinya masih belum dapat dipastikan telah menceroboh masuk ke kawasan rumah mangsa dengan cara memanjat pagar dan mengambil sehelai pakaian dalam milik mangsa yang dijemur di bahagian luar rumah."Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes dan suspek diminta tampil bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan."Maklumat berkenaan suspek boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohamad Nor Effendi Mohd Tahar di talian 06-4582222 dan pihak polis memberi jaminan bahawa semua maklumat yang diperoleh akan disiasat dengan teliti," katanya.Beliau berkata, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga enam bulan atau dengan denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya sekali.





Islam not at core of Umnos Rumah Bangsa, says Hadi - FMT - 12/03 5:27 pm

PAS president rejects Umno's agenda to unite the Malays, points to continued alliance with DAP in the federal government.





Tidak berteraskan Islam, PAS tak sedia sokong Rumah Bangsa Umno - FMT - 12/03 4:27 pm

Presiden Hadi Awang berkata, PAS berpegang pada prinsip pilih sekutu politik yang dipercayai dan tak jejas perjuangan Islam.





Konflik Asia Barat: Cadangan kesesuaian WFH sektor awam akan diteliti - Sinarharian - 12/03 4:22 pm

PUTRAJAYA - Cadangan kesesuaian pelaksanaan kerja dari rumah (WFH) bagi sektor awam akan diteliti terlebih dahulu dan berkemungkinan dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Khas pada esok,kata Menteri KomunikasiDatuk Fahmi Fadzil.Beliau yang juga jurucakap kerajaanberkata,kerajaan maklum bahawa sebahagian syarikat telah melaksanakan kaedah kerja hibrid pasca pandemik dengan melaksanakan pengaturan WFH."Di pihak kerajaan, kita akan meneliti kesesuaian work from homeini, mungkin akan dibincangkan esok dalam mesyuarat khas."Mula-mula, kita akan teliti apa keadaan ekonomi dunia





Rumah Bangsa tak selamat, penuh hantu - Abdul Hadi - Sinarharian - 12/03 4:07 pm

PUTRAJAYA PAS tidak bersedia menyertai gagasan Rumah Bangsa yang ditawarkan oleh UMNO kerana disifatkannya sebagai struktur politik yang tidak selamat.Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, gagasan yang diperkenalkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu diibaratkan seperti perlindungan yang rosak dan tidak mampu melindungi pihak yang berada di bawahnya.Menurut Ahli Parlimen Marang itu, Rumah Bangsa bagaikan berada di bawah payung buruk yang sudah mengalami banyak kerosakan sehingga tidak mampu menahan simbahan hujan lebat.Dalam kenyataannya pada Khamis, beliau mendakwa, kain peneduh Rumah Bangsa sudah tiada dan masih terdapat besi-besi tajam yang boleh membahayakan."Lebih berbahaya lagi kalau menjadi rumah tidak beratap dan berdinding, yang dimasuki hantu menjadi penunggu sehingga membahayakan penghuninya," katanya.Beliau berkata, Pas sebelum ini menghantar pemerhati ke satu pertemuan berkaitan inisiatif berkenaan bagi melihat sendiri pihak yang terlibat selepas menerima jemputan daripada penganjur.Namun menurut Abdul Hadi, pertemuan tersebut dilihat sebagai usaha menghimpunkan perpaduan Melayu berasaskan semangat kebangsaan semata-mata tanpa menjadikan Islam sebagai teras."Walaupun tanpa kehadiran wakil DAP (dalam pertemuan), namun Pas dapat membaca segala yang tersirat," katanya.Pada masa sama, beliau turut membangkitkan persoalan mengenai hubungan politik UMNO dengan parti lain yang menurutnya menimbulkan keraguan terhadap prinsip asal perjuangan parti tersebut."Hal ini demikian kerana tetap bersahabat dan berwala kepada DAP semata-mata untuk membentuk kerajaan walaupun terpaksa meninggalkan prinsip asal perjuangannya."Dalam kalangan pemimpin UMNO, ada yang berpegang dengan kepercayaan Melayu sebelum kepercayaan terhadap Islam, yang memestikan mereka bersahabat dengan semua pihak tanpa pilihan demi kemenangan untuk mendapatkan kuasa dan harta," katanya.Tambah beliau, keadaan itu menyebabkan kerjasama politik dibina tanpa batasan sehingga sanggup bekerjasama dengan pelbagai pihak."Walaupun terpaksa berkawan dengan sesiapa sahaja termasuk segala jenis hantu, termasuk hantu raya yang paling besar serta pelbagai hantu yang bijak berkosmetik Islam," katanya.Beliau juga mendakwa, pendekatan tersebut turut disertai dengan pelbagai amalan yang menurutnya tidak selari dengan prinsip agama."Selain itu, mereka turut dijamukan dengan pesta pemujaan yang dianggap boleh membantu bagi meneruskan kehidupan dan meluaskan rezeki."Jamuan tersebut disertai oleh lebai-lebai yang jahil dan kuat beribadat supaya menjadi tukang sembelih yang diharamkan dagingnya," katanya.Abdul Hadi berkata, Pas dan ahlinya tidak terpengaruh dengan pendekatan tersebut yang menurutnya telah lama digunakan dalam persaingan politik."Pas beristiqamah tidak terpengaruh dengan umpan dan tipu daya syaitan serta sekutunya, yang selama ini menjadi senjata lapuk dalam kalangan UMNO yang jahil





P Pinang tetap anjur rumah terbuka Aidilfitri secara sederhana - FMT - 12/03 3:32 pm

Ketua menteri berkata, setakat ini kerajaan negeri belum terima pekeliling rasmi berhubung saranan agar majlis sedemikian tak dianjur.





Penganggur didakwa kelar leher, pergelangan tangan, bahu isteri - Mgazette - 12/03 3:29 pm

# Penganggur didakwa kelar leher, pergelangan tangan, bahu isteri KLUANG - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh isterinya dengan cara mengelar leher, pengelangan tangan dan bahu di rumahnya pada awal bulan ini





Sany gesa tindakan undang-undang tegas pihak sentuh sensitiviti agama, kaum - Mgazette - 12/03 3:29 pm

# Sany gesa tindakan undang-undang tegas pihak sentuh sensitiviti agama, kaum HULU LANGAT Tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu sensitiviti agama termasuk perbuatan menghina atau memijak kitab suci al-Quran





Rumah, kereta hangus dijilat api di Lipis - Mgazette - 12/03 3:29 pm

KUANTAN - Sebuah rumah dan sebuah kereta hangus dijilat api dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi tadi di Lot 42, Kampung Berembang, Kuala Lipis





Rumah Bangsa: Sanusi tak usah gusar, jaga Kedah elok-elok – .. - Mgazette - 12/03 3:29 pm

# Rumah Bangsa: Sanusi tak usah gusar, jaga Kedah elok-elok - Shaiful Hazizy KUALA LUMPUR - Kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menyifatkan inisiatif Rumah Bangsa sebagai cubaan UMNO untuk kembali menjadi `abang besar disifatkan memperlihatkan kegusaran politik Menteri Besar Kedah berkenaan





Ahli Parlimen Hulu Langat akur arahan PM, batal rumah terbuka Aidilfitri - Mgazette - 12/03 3:29 pm

# Ahli Parlimen Hulu Langat akur arahan PM, batal rumah terbuka Aidilfitri HULU LANGAT Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan memaklumkan pihaknya membatalkan penganjuran rumah terbuka Aidilfitri di Parlimen berkenaan bagi mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim





Rumah Bangsa: ???Yang berpecah bukan rakyat, tapi pemimpin ego!???, Akmal .. - Mgazette - 12/03 3:29 pm

# Rumah Bangsa: Yang berpecah bukan rakyat, tapi pemimpin ego!, Akmal bidas Sanusi KUALA LUMPUR Polemik Rumah Bangsa semakin panas apabila Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh tampil membidas keras kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa inisiatif itu sebagai cubaan UMNO untuk kembali menjadi abang besar politik Melayu





Pas tak bersedia masuk Rumah Bangsa ditawarkan UMNO ??? Hadi - Mgazette - 12/03 3:29 pm

# Pas tak bersedia masuk Rumah Bangsa ditawarkan UMNO Hadi KUALA LUMPUR Pas mengesahkan menghantar pemerhati ke satu perjumpaan bagi memenuhi jemputan Rumah Bangsa, yang diiklankan oleh UMNO bagi melihat dan menyaksikan sendiri kalangan yang hadir





Politik `kucar-kacir’ tanda demokrasi negara semakin sihat ??? Amira .. - Mgazette - 12/03 3:29 pm

# Politik `kucar-kacir' tanda demokrasi negara semakin sihat Amira Aisya KUALA LUMPUR - Landskap politik negara yang kelihatan 'bising' dan kucar-kacir ketika ini bukan petanda sistem sedang sakit sebaliknya membuktikan demokrasi Malaysia semakin tumbuh sihat





Syak telefon dijual untuk beli dadah dipercayai motif pembunuhan – .. - Mgazette - 12/03 3:29 pm

# Syak telefon dijual untuk beli dadah dipercayai motif pembunuhan - Polis MELAKA Mengesyaki telefon bimbitnya yang dipinjamkan kepada rakan dijual untuk membeli dadah dipercayai menjadi punca pembunuhan seorang lelaki ditikam bertubi-tubi menggunakan parang di hadapan rumahnya di Kampung Sungai Udang, di sini malam tadi





RM3.1 juta syabu simpan di inap desa dirampas - FMT - 12/03 2:07 pm

Polis menahan seorang lelaki Indonesia disyaki penjaga stor dadah terbabit dan pasangan suami isteri dipercayai menyewa rumah inap desa itu.





Polis rampas syabu RM3.1 juta disorok bawah katil inap desa - Sinarharian - 12/03 1:56 pm

SUNGAI PETANI - Polis merampas 62 kilogram (kg) dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM3.1 juta di sebuah inap desa di Kampung Permatang Rengan, Kota Kuala Muda,Selasa lepas.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, rampasan itu hasil risikan dan serbuan yang dijalankan pada 6.30 petang, selepas pihaknya membuat tangkapan seorang lelaki warga Indonesia berusia 47 tahun."Suspek ditahan di tepi jalan di kampung itudan kita rampas 150 gram dadah jenis syabu serta kunci inap desa





Enggan pulangkan telefon bimbit punca suspek tikam rakan hingga maut - Polis - Sinarharian - 12/03 1:06 pm

MELAKA - Keengganan mangsa memulangkan telefon bimbit yang dipinjam dipercayai menjadi punca suspek gagal mengawal kemarahan sebelum menikam lelaki itu hingga maut dalam kejadian di sebuah rumah di Sungai Udang pada malam Rabu.Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek sebelum itu meminjamkan telefon bimbitnya kepada mangsa selepas telefon milik mangsa rosak.Menurutnya, mangsa bagaimanapun gagal memulangkan semula telefon berkenaan dan memberi pelbagai alasan apabila diminta berbuat demikian."Suspek kemudian beranggapan mangsa telah menjual telefon bimbit tersebut bagi mendapatkan wang untuk membeli bekalan dadah."Perkara itu menyebabkan suspek berang sebelum berlaku pertengkaran yang akhirnya membawa kepada kejadian tikaman hingga mengakibatkan mangsa meninggal dunia," katanya pada Khamis.Sinar Harian pada Rabu melaporkan seorang lelaki berusia 25 tahun maut di beranda rumahnya dengan sekurang-kurangnya tiga kesan tikaman di dada kiri.Suspek berusia 44 tahun bertindak melarikan diri selepas kejadian ke Plaza Sungai Udang kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian sebelum bersembunyi di dalam sebuah kereta milik orang awam.Berdasarkan maklumat dan tindakan pantas polis, suspek berjaya dikepung dan ditahan di lokasi dengan bantuan orang awam bagi membantu siasatan.Polis turut merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.Semakan mendapati mangsa dan suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.Sementara itu, Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Khamis membenarkan suspek direman selama tujuh hari sehingga 18 Mac ini.Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.





Kerajaan kekal unjuran pertumbuhan ekonomi 2026 pada 4.0-4.5 peratus - Sinarharian - 12/03 12:49 am

PUTRAJAYA - Kerajaan setakat ini masih mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 pada kadar 4.0 hingga 4.5 peratus, meskipun berdepan cabaran geopolitik global dan ketidaktentuan ekonomi luar.Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasirberkata, kerajaan memilih untuk kekal dengan sasaran tersebut setelah mengambil kira pelbagai prospek dan risiko yang mungkin mempengaruhi prestasi ekonomi negara tahun ini."Cuma perkara ini akan sentiasa disemak oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan BNM yang akan akhirnya menentukan sama ada sasaran ini kita kekal naik ataupun turun





LTAT umum dividen 5.35 peratus, tertinggi dalam lapan tahun - Sinarharian - 12/03 12:18 am

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan kadar dividen sebanyak 5.35 peratus dengan agihan keseluruhan berjumlah RM524.74 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.Pengagihan dividen berkenaan meningkat berbanding RM514.20 juta yang dibayar pada tahun 2024, menjadikannya jumlah agihan dividen tertinggi LTAT dalam tempoh lapan tahun sekali gus mengukuhkan komitmen berterusan LTAT memastikan kesejahteraan kewangan jangka panjang warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus terpelihara.Bagi tahun kewangan dilaporkan, LTAT mencatatkan prestasi kewangan yang kukuh dengan Jumlah Pendapatan Pelaburan sebanyak RM749.49 juta bagi FY2025.Keuntungan Boleh Agih pula direkodkan sebanyak RM541.56 juta manakala Rizab meningkat sebanyak 29.1 peratus tahun ke tahun kepada RM1.31 bilion berbanding RM1.01 bilion pada FY2024.Pengisytiharan dividen ini juga menandakan tahun keempat berturut-turut LTAT mencatatkan pulangan dividen sebanyak 5 peratus atau lebih, sekali gus menyerlahkan pendekatan pelaburan yang berdisiplin serta usaha berterusan dana dalam mengoptimumkan portfolio pelaburannya dalam persekitaran ekonomi dinamik.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tahun 2025 menyaksikan pencapaian memberangsangkan LTAT, walaupun berdepan cabaran ekonomi global ia berjaya mengekalkan kedudukan kewangan yang stabil."LTAT juga terus memperkukuh portfolio pelaburannya dengan penuh komitmen





Iran tidak akan sertai Piala Dunia 2026 - Sinarharian - 12/03 11:30 am

IRAN tidak akan menyertai Piala Dunia 2026 susulan konflik peperangan antara Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran yang mengorbankan Pemimpin Tertinggi negara tersebut, Ayatollah Ali Khamenei.Piala Dunia 2026 dijadual berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai dengan Amerika Syarikat bertindak sebagai tuan rumah bersama Kanada dan Mexico.Iran dijadual memulakan kempen dengan menentang New Zealand di Los Angeles pada 15 Jun sebelum berdepan Belgium pada 21 Jun





Rumah Bangsa inisiatif UMNO untuk semua - Hasni - Sinarharian - 12/03 10:44 am

PONTIAN Inisiatif Rumah Bangsa oleh UMNO perlu terbuka tanpa sebarang syarat atau halangan politik kepada semua pihak yang ingin menyumbang kepakaran dan pengalaman kepada parti.Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Ir Hasni Mohammad menegaskan tujuan penubuhan Rumah Bangsa bagi menyatukan semua pihak dan bukan medan perdebatan politik, siapa layak atau sebaliknya."Mereka yang ingin memberikan sumbangan perlu tampil tanpa perlu menunggu pertimbangan politik, malah siapa sahaja termasuk bekas-bekas pemimpin boleh menyertai gagasan Rumah Bangsa."Kita nak duduk dalam satu bumbung, mengumpulkan kepakaran dan pengalaman, tiada soal nama siapa yang layak, yang penting ialah menyumbang sesuatu bagi kebaikan orang-orang melayu," katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata demikian selepas penyampaian Bantuan Kasih Johor Fasa 3 dan Majlis Berbuka Puasa DUN Benut di Homestay Santai Parit Betak, disini, petang Rabu.Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata, inisiatif Rumah Bangsa terbuka kepada semua tanpa mengenakan sebarang syarat termasuk dikalangan bekas-bekas pemimpin UMNO.Tambah Ir





Borneo Convention Centre Kuching spreads Ramadan cheer with Rumah Sri Kenangan visit - BorneoPost - 12/03 9:41 am

KUCHING (March 12): The Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) carried out a corporate social responsibility (CSR) initiative at Rumah Sri Kenangan on Tuesday to bring comfort and warmth to residents during the month of Ramadan





Khianat api: Pesalah boleh dipenjara sehingga 20 tahun - Sinarharian - 12/03 8:45 am

SHAH ALAM - Individu didapati bersalah melakukan khianat dengan api atau bahan letupan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.Peguam, Muhammad Akram Abdul Aziz berkata, peruntukan itu termaktub di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang melibatkan perbuatan dengan niat memusnahkan rumah atau harta benda."Bagi Seksyen 435 kanun ang sama, khianat dengan api atau bahan letupan dengan niat menyebabkan kerosakan bernilai RM50 atau lebih boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda."Seksyen 427 Kanun Keseksaan pula memperuntukkan bahawa khianat yang menyebabkan kerugian atau kerosakan harta boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Beliau mengulas laporan muka hadapan Sinar Harian berhubung ketegangan membabitkan isu sensitiviti agama apabila tiga kenderaan milik aktivis, S Chandrasegaran atau Cikgu Chandra yang dikenali lantang membangkitkan isu pembinaan kuil, dibakar pada Selasa.Muhammad Akram berkata, peruntukan undang-undang lain yang boleh dikenakan ialah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang melibatkan ugutan jenayah sekiranya terdapat ancaman terhadap keselamatan mangsa."Bagi kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan awam pula boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya."Selain itu, jika perbuatan tersebut melibatkan unsur hasutan kebencian atau ketegangan antara agama, pihak berkuasa juga boleh menyiasat di bawah Akta Hasutan 1948 atau peruntukan lain yang berkaitan dengan ketenteraman awam," jelasnya.Menurut beliau, sebarang tindakan berbentuk keganasan, ancaman atau provokasi tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan kepentingan masyarakat secara keseluruhan.Tambahnya, mangsa mempunyai beberapa saluran undang-undang yang boleh diambil termasuk membuat laporan polis supaya siasatan jenayah dapat dijalankan terhadap pihak yang terlibat."Tindakan sivil di mahkamah juga boleh diambil bagi menuntut ganti rugi terhadap pihak terlibat termasuk tuntutan bagi kerosakan harta, kerugian kewangan, trauma serta kerugian lain yang berkaitan."Dalam keadaan tertentu, mangsa juga boleh memohon perintah perlindungan atau injunksi bagi menghalang mana-mana pihak daripada terus melakukan perbuatan yang boleh mengancam keselamatan diri atau harta benda," ujarnya.Muhammad Akram berkata, siasatan menyeluruh oleh pihak polis perlu dijalankan bagi mengenal pasti semua individu yang terlibat serta motif kejadian."Pendakwaan tegas di mahkamah adalah wajar sekiranya terdapat bukti mencukupi supaya perbuatan sedemikian tidak berulang," jelasnya.





Lelaki maut ditikam selepas gaduh berkait telefon bimbit - FMT - 12/03 8:27 am

Polis berkata suspek datang ke rumah mangsa untuk mengambil semula telefon bimbit sebelum berlaku pergaduhan.





1.16 juta isi rumah terima manfaat Ihsan Food Bank – Armizan 1.16 .. - Mgazette - 12/03 7:52 am

# 1.16 juta isi rumah terima manfaat Ihsan Food Bank - Armizan KUALA LUMPUR - Sebanyak 1.16 juta isi rumah di seluruh negara menerima manfaat daripada inisiatif Food Bank seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi tempoh empat tahun bermula 2020





Penduduk gempar harimau baham lembu, kambing - Mgazette - 12/03 7:52 am

KLUANG - Penduduk di Kampung Rahmat di sini gempar selepas dua bangkai lembu dan bangkai seekor kambing ditemui selepas dibaham harimau di Kampung Rahmat di sini semalam dan kelmarin





Pengumuman kerajaan langkah proaktif berdepan cabaran semasa – Jalex - Mgazette - 12/03 7:52 am

# Pengumuman kerajaan langkah proaktif berdepan cabaran semasa - Jalex JOHOR BAHRU - Keputusan kerajaan membatalkan semua penganjuran rumah terbuka Aidilfitri dan menstabilkan harga RON95 adalah langkah proaktif dalam menghadapi cabaran semasa





Lelaki maut ditikam bertubi-tubi rakan gara-gara telefon bimbit Lelaki .. - Mgazette - 12/03 7:52 am

# Lelaki maut ditikam bertubi-tubi rakan gara-gara telefon bimbit MELAKA Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas dipercayai ditikam bertubi-tubi menggunakan parang oleh rakannya dalam pergaduhan berpunca daripada telefon bimbit di hadapan rumah mangsa di Jalan Mohd Akhir, Kampung Sungai Udang, di sini malam tadi





Tiada undang-undang halang Shamsul Iskandar disiasat walau telah didakwa .. - Mgazette - 12/03 7:52 am

# Tiada undang-undang halang Shamsul Iskandar disiasat walau telah didakwa di mahkamah KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, tiada sebarang peruntukan undang-undang yang menghalang siasatan dijalankan terhadap Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin meskipun bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri itu telah didakwa di mahkamah tahun lalu





Lebih ramai bekas ahli dijangka kembali sertai UMNO selepas Aidilfitri ??? .. - Mgazette - 12/03 7:52 am

# Lebih ramai bekas ahli dijangka kembali sertai UMNO selepas Aidilfitri Saarani IPOH UMNO Perak menjangkakan ramai bekas ahli dan pemimpin parti akan kembali menyertai parti itu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri menerusi inisiatif Rumah Bangsa yang diperkenalkan baru-baru ini





Tiada rumah terbuka Aidilfitri agensi kerajaan, GLC dan GLIC tahun ini -PM - Mgazette - 12/03 7:52 am

# Tiada rumah terbuka Aidilfitri agensi kerajaan, GLC dan GLIC tahun ini -PM KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri hari ini memutuskan semua agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan kerajaan (GLIC) tidak akan menganjurkan perayaan rumah terbuka Aidilfitri tahun ini





1.16 juta isi rumah terima manfaat inisiatif Bank Makanan sejak 2020 - Armizan - Sinarharian - 12/03 12:43 am

KUALA LUMPUR - Kira-kira 1.16 juta isi rumah telah menerima manfaat daripada inisiatif Bank Makanan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sejak 2020 hingga kini.Menteri berkenaan Datuk Armizan Mohd Ali berkata, bagaimanapun, jumlah sebenar penerima manfaat inisiatif berkenaan mungkin lebih besar memandangkan angka itu hanya berdasarkan Sekretariat Bank Makanan di bawah KPDN, selain pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menggerakkan inisiatif tersebut secara persendirian di seluruh negara."Kita mahu program ini bukan hanya mendapat impak yang besar tetapi kita dapat pastikan tidak ada golongan yang terpinggir atau tersasar..





Lelaki maut ditikam kerana tuntut telefon bimbit - Sinarharian - 12/03 12:30 am

MELAKA Seorang lelaki maut selepas ditikam dalam pergaduhan dipercayai berpunca daripada telefon bimbit dalam kejadian di Kampung Sungai Udang di sini pada Rabu malam.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar jam 8.30 malam membabitkan mangsa berusia 25 tahun dan suspek lelaki berusia 44 tahun.Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila suspek datang ke rumah mangsa untuk mengambil semula telefon bimbit miliknya yang sebelum ini diserahkan kepada mangsa kira-kira seminggu lalu."Pertemuan antara kedua-dua mereka dipercayai mencetuskan pertengkaran sebelum berlaku pergaduhan."Ketika kejadian, abang mangsa yang berada berhampiran menyaksikan kedua-duanya sedang bergelut sebelum mangsa ditikam," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.Terdahulu, tular di media sosial gambar mangsa dalam keadaan terlentang selepas dipercayai ditikam suspek menerusi video berdurasi 2.51 saat yang memaparkan suspek ditahan orang awam dalam sebuah kereta Hyundai Atos.Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati terdapat sekurang-kurangnya tiga kesan tikaman di bahagian dada kiri, dipercayai menggunakan parang.Katanya, selepas kejadian suspek bertindak melarikan diri dengan menyembunyikan diri dalam sebuah kereta milik orang awam di kawasan rumah kedai dianggarkan 300 meter daripada lokasi kejadian sebelum berjaya diberkas.Christopher berkata, semakan awal turut mendapati mangsa dan suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengenal pasti punca sebenar kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.





PRISMAnita pusat sehenti bantu wanita rujuk pelbagai isu - Sinarharian - 11/03 11:23 pm

KUALA LUMPUR Inisiatif Perantara Rujukan, Intervensi, Sokongan, Maklumat dan Advokasi untuk Wanita (PRISMAnita) diwujudkan sebagai pusat sehenti bagi membantu golongan wanita mendapatkan rujukan dan maklumat berkaitan pelbagai isu yang dihadapi.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kemudahan itu berbentuk kaunter khas yang ditempatkan di setiap negeri di bawah Jabatan Pembangunan Wanita bagi memudahkan wanita mendapatkan panduan dengan lebih cepat dan terarah.Menurutnya, wanita yang berdepan masalah seperti keganasan rumah tangga atau memerlukan maklumat berkaitan bantuan boleh hadir ke kaunter PRISMAnita untuk mendapatkan khidmat nasihat serta rujukan yang sesuai."PRISMAnita merupakan satu kaunter khas yang kita wujudkan untuk wanita."Jika mereka berdepan masalah seperti keganasan rumah tangga atau ingin mendapatkan maklumat tertentu, kita galakkan mereka datang ke PRISMAnita yang berada di setiap negeri di bawah Jabatan Pembangunan Wanita," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Program Cahaya Ramadan bersama Gardenia di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM) di sini pada Rabu.Nancy berkata, melalui kaunter tersebut wanita akan diberikan panduan mengenai tindakan yang perlu diambil serta agensi yang sesuai untuk mendapatkan bantuan."Di situ mereka akan diberi panduan bagaimana untuk menangani masalah yang dihadapi dan ke mana mereka perlu pergi."Dengan cara ini mereka tidak perlu bertanya ke sana sini kerana PRISMAnita berfungsi sebagai pusat sehenti untuk wanita mendapatkan maklumat berkaitan masalah mereka," katanya.Menurutnya, pelaksanaan inisiatif berkenaan berada di bawah kendalian Jabatan Pembangunan Wanita yang sememangnya telah bersedia untuk mengendalikan perkhidmatan tersebut.Beliau berkata, PRISMAnita juga tidak memerlukan pertambahan tenaga kerja atau peruntukan kewangan tambahan kerana ia dilaksanakan dengan mengoptimumkan sumber sedia ada."Kita tidak memerlukan ramai orang dan tidak perlu menambah peruntukan baharu dengan hanya menugaskan seorang pegawai khusus untuk menjawab segala keperluan supaya wanita dapat menjimatkan masa dan terus dirujuk ke tempat yang betul," ujarnya.Tambah beliau, sekiranya bantuan boleh diberikan secara terus di kaunter tersebut, pihak kementerian akan membantu tanpa perlu wanita berkenaan melalui proses yang rumit.Sementara itu, Nancy berkata KPWKM turut melaksanakan pelbagai inisiatif strategik bagi memperkasa wanita merangkumi aspek ekonomi, kepimpinan dan kesejahteraan.Menurutnya, dalam bidang ekonomi, Program KIRANA telah melatih seramai 1,158 peserta dengan peningkatan pendapatan bulanan antara RM1,000 hingga RM1,500."Selain itu, inisiatif Wanita@IDEAS turut diperkenalkan bagi memperluaskan penglibatan wanita dalam ekonomi digital serta bidang keselamatan siber," katanya.Jelasnya, dalam aspek kepimpinan pula, Program PERANTIS diwujudkan bagi menghubungkan tokoh wanita berjaya dengan pemimpin pelapis yang memerlukan bimbingan."Program Inspirasi Wanita turut menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman bagi meningkatkan keyakinan serta daya saing golongan wanita dalam pelbagai sektor," katanya.Dalam aspek kesejahteraan pula, Nancy berkata Program IRIS menyediakan pendidikan perundangan awam bagi meningkatkan kesedaran wanita mengenai hak serta perlindungan undang-undang.Menurutnya, Program MATAHARI pula memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ketahanan psikologi dan kesihatan mental wanita agar mereka lebih bersedia menghadapi cabaran kehidupan.





Umno-DAP tiada kontrak politik, tak wajar jadi alasan tolak Rumah Bangsa - FMT - 11/03 10:15 pm

Ketua Puteri Umno Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, parti itu berada dalam kerajaan perpaduan yang turut disertai pelbagai parti lain juga.





ACLE: JDT mara ke suku akhir - Sinarharian - 11/03 8:47 pm

JOHOR Darul Tazim (JDT) melakar sejarah mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACL Elite) 2025/26 selepas menang dengan agregat 3-2 ke atas Sanfrecce Hiroshima hari ini.Meskipun tewas 0-1 pada aksi kedua pusingan 16 terbaik di Stadium Edion Peace Wing Hiroshima, JDT melakar kejayaan itu selepas mencatat kemenangan 3-1 pada pertemuan pertama di Stadium Sultan Ibrahim pada 4 Mac lepas.Pada perlawanan hari ini, kelab Jepun itu melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu JDT untuk memburu gol, namun kekebalan benteng pasukan pelawat menyaksikan babak pertama berakhir tanpa sebarang jaringan.Pada babak kedua, percubaan pasukan tuan rumah untuk mencari gol terus buntu apabila serangan yang diaturkan acapkali dipatahkan pertahanan JDT.Sanfrecce Hiroshima bagaimanapun dihadiahkan sepakan penalti pada penghujung perlawanan selepas bola terkena pemain tengah JDT Nene.Peluang itu nyata tidak disia-siakan apabila Kosuke Kinoshita tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk menghadiahkan kemenangan 1-0 kepada tuan rumah.Bagaimanapun kemenangan itu tidak cukup melayakkan Sanfrecce Hiroshima ke suku akhir selepas tewas dengan agregat 3-2.Bagi JDT pula, kejayaan mara ke suku akhir adalah pencapaian terbaik kelab dari Malaysia sejak kejohanan itu dijenamakan semula pada 2023





Rumah Bangsa: Cubaan UMNO jadi 'abang besar' semula - Sanusi - Sinarharian - 11/03 8:21 pm

ALOR SETAR Cadangan penubuhan Rumah Bangsa Malaysia oleh UMNO dilihat sebagai usaha parti itu untuk kembali berkuasa dan mengekalkan pengaruh dominan dalam politik negara.Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, cadangan tersebut disifatkan sebagai usaha parti itu mendekati kembali parti-parti Melayu selepas berdepan tekanan politik."Pada pandangan saya, itu cubaan UMNO untuk berkuasa kembali





40 children from two Kuching welfare homes feted at Ramadan event - BorneoPost - 11/03 8:11 pm

KUCHING (March 11): Forty children from Rumah Kebajikan Laila Taib (Peryatim) Kuching and Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah were recently feted at a special breaking-of-fast event with Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg





World #QuranHour aims to become global movement like Earth Hour - Sinardaily - 11/03 5:35 pm

KUALA LUMPUR The World #QuranHour campaign continues to expand its global reach in its 11th year, with this years programme centred on Surah Al-Muzzammil and the theme Shaping the Human Self Before Building the World.The annual initiative, organised by Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), was held at the Sultan Haji Ahmad Shah Mosque at International Islamic University Malaysia in Gombak and drew about four thousand participants.WUIF founder Datuk Hussamuddin Yaacub said the programme ran smoothly and received encouraging support from participants and partners.Alhamdulillah, the programme went smoothly





Kerajaan tidak anjur rumah terbuka Aidilfitri, hadkan lawatan luar negara menteri - PM - Sinarharian - 11/03 4:54 pm

KUALA LUMPUR - Semua kementerian, agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak akan menganjurkan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri tahun ini, sebagai langkah berjimat cermat susulan ketidaktentuan ekonomi global akibat konflik di Asia Barat.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri itu bertujuan memberi mesej jelas bahawa kerajaan komited mengambil pendekatan lebih sederhana dan berhemat dalam perbelanjaan."Sebagai petanda supaya pimpinan memulakan langkah yang lebih positif, saya telah memutuskan bersama dengan Jemaah Menteri tadi supaya semua agensi kerajaan dan GLIC (syarikat pelaburan berkaitan kerajaan) tidak akan menganjurkan perayaan rumah terbuka."Ada yang bertanya kalau keadaan terkawal, harga dan barang keperluan seperti minyak dan gas masih boleh disediakan dan mencukupi, apa keperluan kita (untuk) waspada dan berjimat?"Saya kata ini langkah waras bagi kita supaya jangan nanti terjebak dengan keadaan lebih parah





Kes Shamsul Iskandar: Tiada undang-undang halang siasatan selepas pertuduhan - Pendakwaan - Sinarharian - 11/03 4:41 pm

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes rasuah Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memaklumkan Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa tiada sebarang peruntukan undang-undang yang menghalang siasatan dijalankan walaupun beliau telah didakwa tahun lepas.Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan berkata demikian selepas peguam Datuk Amer Hamzah Arshad, yang mewakili bekas setiausaha politik kanan Perdana Menteri itu, membangkitkan isu berkenaan semasa sebutan kes di hadapan Hakim Suzana Hussin."Berhubung isu siasatan yang masih berjalan seperti yang dibangkitkan pihak pembelaan, saya tidak melihat terdapat sebarang undang-undang yang menghalang perkara itu dilakukan walaupun tertuduh telahpun didakwa di mahkamah..





Perang Asia Barat: Kerajaan ambil langkah berjimat, hadkan kunjungan luar negara - Sinarharian - 11/03 4:35 pm

PUTRAJAYA [KEMAS KINI] Kerajaan memutuskan untuk mengambil langkah penjimatan termasuk tidak menganjurkan majlis rumah terbuka melibatkan kementerian, agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLIC) susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.Malah Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memaklumkan kunjungan ke luar negara oleh anggota Jemaah Menteri dan jabatan kerajaan dihadkan kecuali bagi acara yang wajib dihadiri.Menurutnya, keputusan itu bagi memastikan perbelanjaan secara lebih cermat dan sederhana dapat dilakukan ketika dunia berdepan ketidaktentuan akibat konflik berkenaan."Ada yang bertanya kalau keadaan terkawal, harga dan barang keperluan seperti minyak dan gas itu masih boleh disediakan, apa keperluan kita (untuk) waspada dan berjimat, saya kata ini langkah waras bagi kita supaya jangan nanti terjebak dalam keadaan lebih parah."Jadi sebaiknya ambil sikap sederhana, lebih bertanggungjawab," katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Perdana Putra pada Rabu.Menurutnya, kerajaan memutuskan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusuf bagi menangani isu penyeludupan, terutama membabitkan diesel dan petrol.Menurutnya, jawatankuasa itu bagi memastikan bekalan diesel lebih terkawal di Semenanjung dan tidak naik di Sabah serta Sarawak."Ini memungkinkan penyeludupan besar-besaran





Tiada rumah terbuka Raya agensi kerajaan, GLC, GLIC - FMT - 11/03 4:12 pm

Sebagai langkah hemah berbelanja, kerajaan turut hadkan perjalanan rasmi ke luar negara babit menteri, pegawai.





Ejen insurans didakwa cederakan anak - Mgazette - 11/03 2:57 pm

JOHOR BAHRU - Seorang ejen insurans didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan anak tunggalnya pada bulan lalu





Jangan hukum sebelah pihak sahaja ??? Akmal - Mgazette - 11/03 2:57 pm

KUALA LUMPUR - Tindakan tegas bukan sahaja perlu dikenakan kepada individu didakwa meminjak trisula tetapi juga ke atas mereka yang ekstremis yang mengugut dengan kekerasan, menyerang rumah dan membakar kereta orang





Rakyat Johor kenal siapa TMJ – Onn Hafiz - Mgazette - 11/03 2:57 pm

JOHOR BAHRU - Rakyat tidak seharusnya terperangkap dengan isu-isu yang boleh memecah-belahkan masyarakat




Reformasi     >>



ULASAN Gen Z adalah realiti baru, bukan sekadar angka - Mkini
ULASAN Mereka bukan sekadar angka dalam kertas undi.
Kroni     >>



Mahkamah platform keadilan tapi RCI jalan reformasi - Utusan
SEJAK kebelakangan ini, wacana awam tertumpu kepada dua perkara yang saling berkait tetapi berbeza sifatnya iaitu tindakan saman yang difailkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki terhadap Bloomberg L.P. serta cadangan penubuhan Suruhanjaya ..
Tabloid     >>



RM268 juta sasaran kutipan zakat Ramadan Selangor - Kosmo
SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menetapkan sasaran kutipan zakat sebanyak RM268 juta pada Ramadan tahun ini bagi memastikan keperluan golongan asnaf di Selangor terus disantuni. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Mohd. Khaidzir Shahari, daripada jumlah tersebut ..
Tech     >>



AMD, Broadcom, and Nvidia join hyperscalers to define .. - Tomshardware
AMD, Broadcom, and Nvidia team up with Microsoft, Meta, and OpenAI to develop protocol-agnostic optical scale-up interconnects for AI clusters.
World     >>



Iran War: U.S. Navy will escort oil tankers through .. - Cnbc
The Strait of Hormuz has been effectively closed to shipping because of the war against Iran by the U.S. and Israel.
Motor Trend     >>



Ferrari Amalfi Spider Debuts Globally Right Here In .. - DSF
Maranello has expanded its contemporary grand touring lineup with the global debut of the Ferrari Amalfi Spider, and it’s right here in Malaysia. Following the regional debut of the Ferrari Amalfi earlier today, we now have the GLOBAL debut of the Ferrari Amalfi Spider. This new model ..