| /// |
|
| Search : Rumah News | Page 1 |
|
Ka Siong, buat kerja rumah dahulu – Kon Yeow - Mgazette - 21/03 5:03 pm GEORGE TOWN Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow membidas Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong supaya membuat kerja rumah terlebih dahulu sebelum mengkritik pelaksanaan kadar cukai tanah baharu di negeri ini |
|
Tiga perompak berpakaian gelap diburu polis Tiga perompak berpakaian gelap .. - Mgazette - 21/03 5:03 pm KUALA LUMPUR - Polis giat mengesan tiga individu yang berpakaian gelap dengan pelitup muka selepas disyaki terlibat kes pecah rumah di Seksyen 9, Shah Alam pada Khamis lalu |
|
Operator kilang cedera ditembak, suspek diberkas bersama revolver - Mgazette - 21/03 5:03 pm # Operator kilang cedera ditembak, suspek diberkas bersama revolver KUALA LUMPUR - Seorang operator kilang cedera selepas terkena satu das tembakan dalam kejadian di hadapan rumah keluarganya di Padang Serai, Kedah lewat malam tadi |
|
Polis tahan ‘pelancong’ China jadi ahli sindiket khidmat seks .. - Mgazette - 21/03 5:03 pm # Polis tahan 'pelancong' China jadi ahli sindiket khidmat seks tak wujud MELAKA Taktik berselindung di sebalik pas pelancong bagi menjalankan kegiatan penipuan khidmat seks atas talian tidak wujud terbongkar apabila 15 individu ditahan polis dalam serbuan di sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kegiatan itu dikesan selepas polis menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat di Kampung Lapan, Tengkera kira-kira jam 6 petang, Khamis lalu |
|
Tiga rumah terbakar di Kota Bharu, Aidilfitri disambut suram - Mgazette - 21/03 5:03 pm # Tiga rumah terbakar di Kota Bharu, Aidilfitri disambut suram KOTA BHARU - Sambutan Aidilfitri suri rumah Rozmawani Abdullah suram selepas rumahnya musnah hampir 80 peratus dalam kebakaran di Lorong Rela Kampung Bunut Payong di sini pagi tadi |
|
Bekalan makanan cukup sepanjang Aidilfitri - Mgazette - 21/03 5:03 pm Menurut beliau, walaupun Aidilfitri sinonim dengan perhimpunan keluarga dan hidangan istimewa, aspek keselamatan dan kestabilan bekalan makanan tetap dipantau rapi. "Di sebalik setiap hidangan di meja, ada usaha dan keringat para petani, peladang, penternak dan nelayan yang tidak pernah berhenti memastikan makanan sampai ke rumah rakyat |
|
3 rumah terbakar di pagi raya - FMT - 21/03 3:57 pm Tiada mangsa cedera dalam kebakaran di Kampung Bunut Payong, Kota Bharu pagi tadi. |
|
Trump tolak gencatan senjata, dakwa Iran makin lemah - Utusan - 21/03 3:06 pm WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, tidak mahu mencapai gencatan senjata dalam konflik berterusan AS-Israel dengan Iran, sambil mendakwa Teheran kini berada dalam keadaan lemah. Bercakap kepada pemberita sebelum berlepas dari Rumah Putih pada Jumaat, Trump berkata, tindakan gencatan senjata tidak wajar ketika operasi ketenteraan masih memberi kelebihan kepada pihaknya |
|
‘Belum sempat bergambar raya, tetamu dah sampai datang awal sangat’ - Kosmo - 21/03 2:47 pm PETALING JAYA – Orang ramai berkongsi luahan terhadap segelintir tetamu yang dikatakan melakukan ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri pada waktu terlalu awal, sehingga menyukarkan tuan rumah kerana tidak bersedia sepenuhnya |
|
Polis buru tiga suspek pecah masuk rumah - Sinarharian - 21/03 2:25 pm SHAH ALAM - Tiga individu yang berpakaian gelap dengan pelitup muka sedang giat diburu polis selepas dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah di Seksyen 9 di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, laporan kes itu diterima pihaknya pada jam 11.52 malam daripada seorang lelaki warga emas berusia 60-an yang juga pesara.Menurutnya, kes itu juga telah tular di media sosial yang berlaku sekitar jam 8 sehingga 11 malam."Siasatan di tempat kejadian mendapati rumah tersebut tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) dan penggera keselamatan."Pihak polis telah mendapatkan rakaman CCTV dari pihak pengurusan perumahan serta jiran berhampiran bagi tujuan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan untuk disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.Katanya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohamad Amzar Mohamad Shuffie di talian 013-6666657."Orang ramai juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55202222 bagi membantu siasatan," ujarnya. |
|
Tiga rumah terbakar di Kota Bharu, Aidilfitri disambut suram - Sinarharian - 21/03 2:13 pm KOTA BHARU - Sambutan Aidilfitri suri rumah Rozmawani Abdullah suram selepas rumahnya musnah hampir 80 peratus dalam kebakaran di Lorong Rela Kampung Bunut Payong di sini pagi Sabtu.Kebakaran itu turut memusnahkan dua rumah berdekatan.Rozmawani, 42, berkata, bergegas membawa dua anaknya Muhammad Ammar Darwisy Mohd Fadzli,11, yang juga orang kurang upaya (OKU) fizikal dan Afiyah Hanan, lapan tahun, ke rumah jiran untuk menyelamatkan diri sebaik sahaja menyedari kebakaran itu.Semasa kejadian, suaminya Mohd Fadzli Ab Rashid, 45, dan anak sulung mereka Muhammad Zafran Zarif, 14, tidak berada di rumah kerana ke Masjid Bunut Payong untuk solat sunat Aidilfitri."Saya tidak sempat mengambil dokumen milik suami dan hanya mampu menyelamatkan beg pakaian raya yang berada di ruang tamu."Rasa sedih dengan dugaan kami sekeluarga |
|
Polis Melaka tumpaskan sindiket seks online tipu warga Taiwan - Kosmo - 21/03 1:56 pm MELAKA Taktik licik berselindung menggunakan pas pelancong bagi menjalankan penipuan khidmat seks dalam talian berjaya dipatahkan apabila polis menahan 15 individu dalam satu serbuan di Kampung Lapan, Tengkera di sini, Khamis lalu. Serbuan kira-kira pukul 6 petang di sebuah rumah teres dua tingkat itu membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan bersama 13 warga China .. |
|
Aidilfitri pilu buat Rozalina, suami terbaring kaku selepas dilanggar lari - Sinarharian - 21/03 12:00 am SEREMBAN - Sambutan Aidilfitri kali ini tidak lagi sama buat Koperal Rozalina Jaafar, 40, apabila suaminya yang juga merupakan anggota polis hanya terbaring kaku di rumah selepas menjadi mangsa langgar lari tahun lalu.Insiden 2 Jun itu ternyata mengubah sepenuhnya kehidupannya yang kini terpaksa memikul tanggungjawab membesarkan dua anak berusia lima dan 12 tahun sendirian.Menurut Rozalina, perancangan untuk pulang beraya di kampung halamannya di Perak tahun ini terpaksa dilupakan kerana keadaan suaminya sekarang."Tahun lepas raya di kampung suami di Melaka dan sepatutnya tahun ini di kampung saya pula |
|
'Pernah impikan jodoh dengan orang normal, tetapi semua itu rahsia ALLAH' - Sinarharian - 21/03 10:00 am Kita kena jawab dengan cara yang betul supaya dia faham."Awatif juga berbeza dengan saya ketika kecil. Dulu saya suka menyorok kerana malu dilihat orang, tetapi dia pula suka menonjol dan tidak segan," katanya.Tambahnya, mereka pernah membawa Awatif menghadiri perjumpaan persatuan supaya anak itu memahami bahawa terdapat individu lain yang mempunyai keadaan fizikal sepertinya.Sementara itu, Mohd Razif berkata, kehidupan berumah tangga dengan pasangan yang sama-sama kerdil membuatkan mereka lebih saling memahami antara satu sama lain."Kalau berjalan sedikit pun kaki sudah sakit, pasangan pun faham sebab keadaan kami sama," katanya.Menurutnya, sebagai bapa, beliau menaruh harapan tinggi agar Awatif berjaya dalam pelajaran kerana percaya hanya pendidikan mampu mengubah masa depan seseorang.Katanya, setiap hari selepas tamat sesi persekolahan, beliau yang juga bertugas sebagai guru di sekolah sama akan memeriksa beg sekolah Awatif sama ada sudah dibawa turun dari kelas di tingkat empat."Ada kawan yang selalu bantu dia bawa turun beg, saya sangat hargai mereka dan ucap terima kasih," ujarnyaMenurutnya, menerima keadaan diri bukan sesuatu yang mudah ketika kecil, namun apabila meningkat dewasa beliau semakin memahami takdir yang ditentukan."Sekarang kami lihat rezeki ALLAH sangat luas |
|
Meriah! Lebih 700 Peserta Jayakan Program Baraan Di Sungai Kandis - Mgazette - 21/03 9:39 am # Meriah! Lebih 700 Peserta Jayakan Program Baraan Di Sungai Kandis Anak jati Kampung Sungai Kandis berarak menziarahi rumah ke rumah sambil melaungkan takbir raya sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut esok pada Program Baraan Takbir Malam Raya |
|
Menjelang Aidilfitri, warga asing masih sibuk mencari rezeki - Mgazette - 21/03 9:39 am Bagi seorang warga Indonesia, Zul Helmi Abdul Qadir, 24, rutin hariannya masih sama seperti hari biasa berbanding rakyat negara ini yang sedang sibuk menyambut Hari Raya sama ada pulang ke kampung atau membeli belah di saat akhir. Malah kata pemuda dari Lhokseumawe, Aceh itu, dia sudah empat tahun tidak pulang beraya di kampung halaman dan menerima takdir hidup memilih Malaysia sebagai rumah kedua |
|
Guan Eng persoal kenaikan cukai tanah melampau P. Pinang - Mgazette - 21/03 9:39 am Beliau turut membangkitkan beberapa kes melibatkan kenaikan mendadak termasuk sebuah sekolah di Butterworth yang menyaksikan cukai meningkat lebih 4,000 kali ganda selain kes pemilik tanah individu yang terpaksa menanggung kenaikan ratusan hingga ribuan kali ganda. Menurutnya, dakwaan bahawa hanya golongan berada terkesan juga tidak benar kerana terdapat kes melibatkan rumah kampung dan tanah warisan |
|
Lebih 700 peserta baraan Kampung Sungai Kandis meriahkan malam Aidilfitri - Mgazette - 21/03 9:39 am # Lebih 700 peserta baraan Kampung Sungai Kandis meriahkan malam Aidilfitri SHAH ALAM Baraan atau aktiviti ziarah secara beramai-ramai dari rumah ke rumah sambil bertakbir tidak asing buat masyarakat Jawa di negara ini yang menjadi tradisi sejak turun-temurun setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri |
|
PM seru rakyat perkukuh perpaduan, waspada kesan geopolitik Asia Barat PM .. - Mgazette - 21/03 9:39 am "Kita bertanggungjawab untuk kembali menjiwai jiwa roh Ramadan dan semangat membela nasib rakyat miskin," katanya lagi. Menyentuh mengenai keunikan Malaysia, Anwar berkata amalan ucap selamat, silaturahim dan rumah terbuka telah menjadi tradisi yang sebati dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum |
|
Suami temui isteri maut dengan kesan tikaman di dada - Mgazette - 21/03 9:39 am # Suami temui isteri maut dengan kesan tikaman di dada BUTTERWORTH Kebimbangan seorang suami tidak melihat kelibat isterinya ketika sarapan pagi membawa kepada penemuan wanita itu ditemui mati dengan kesan tikaman di dada di kediaman mereka diTaman Desa Murni, Sungai Dua di sini, hari ini. Mangsa, Koay Feu Chuen, 52, yang bekerja sebagai operator kilang ditemui terbaring di dalam bilik tidur di tingkat atas rumah teres berkenaan kira-kira jam 9.30 pagi |
|
Emma Maembong utamakan kebahagiaan anak, kekal raya bersama bekas suami - Utusan - 21/03 9:00 am KUALA LUMPUR: Pelakon jelita, Emma Maembong memilih untuk terus menyambut Aidilfitri bersama bekas suaminya demi memastikan kebajikan emosi anak-anak sentiasa terpelihara meskipun ikatan rumah tangga mereka telah berakhir |
|
Tempahan potret raya di studio laris - Sinarharian - 21/03 9:00 am KUANTAN Meskipun teknologi telefon pintar semakin canggih, khidmat fotografi studio tetap menjadi pilihan apabila ratusan tempahan bagi sesi penggambaran potret raya diterima tahun ini.Trend tersebut membuktikan sebahagian masyarakat masih mendambakan sentuhan jurufoto profesional bagi mengabadikan kenangan keluarga dengan persalinan sedondon serta dandanan istimewa sempena Aidilfitri.Pemilik studio SLP Photo Studio and Video Production, Faiz Ishak, 43, berkata, permintaan tinggi mendorong pihaknya membuka tempahan seawal hari pertama Ramadan bagi memenuhi kehendak pelanggan."Kalau kita tengok, permintaan meningkat dari tahun ke tahun terutama pada malam raya, hari pertama Aidilfitri dan beberapa hari selepas itu."Setakat ini kita sudah terima sekitar 200 tempahan dan dalam sehari lebih 10 keluarga hadir untuk sesi penggambaran di studio."Ada masanya kami terpaksa menangguhkan sambutan raya bagi memenuhi tempahan pelanggan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Indera Mahkota di sini.Beliau yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang fotografi memberitahu, cabaran utama dalam industri tersebut ialah keperluan untuk sentiasa meningkatkan kemahiran selaras dengan perkembangan teknologi.Ujar anak jati Klang, Selangor itu, mereka tidak boleh ketinggalan dari segi ilmu bagi memastikan hasil kerja kekal relevan dengan kehendak semasa pelanggan."Kami cuba tingkatkan kualiti dan cipta kelainan yang mampu menarik minat pelanggan mengikut trend semasa."Bila kita ikut perkembangan itu, rasanya untuk bersaing tidak menjadi masalah walaupun ada harga lebih murah di luar sana kerana pelanggan tertarik dengan idea yang kita tawarkan," jelasnya yang mempunyai kira-kira 8 pekerja.Selain sesi di studio, Faiz turut menerima tempahan dari luar daerah termasuk Temerloh dan Jengka, malah ada pelanggan dari Kuala Lumpur yang mendapatkan khidmatnya.Menurutnya, bagi memudahkan pelanggan, pihaknya turut menawarkan perkhidmatan studio di rumah."Kalau ada permintaan, kita boleh pergi menjalankan sesi penggambaran di rumah pelanggan, tetapi ia bergantung kepada pilihan mereka sendiri."Untuk tujuan itu, kita akan membawa peralatan seperti sistem pencahayaan, latar belakang dan kelengkapan lain bersama pembantu bagi menjalankan sesi fotografi raya," katanya |
|
Sambut Syawal dengan iman, bukan kemewahan - Harakahdaily - 21/03 9:00 am MENJELANG Hari Raya Aidilfitri, ramai mula sibuk membuat persiapan. Antaranya membeli-belah, menghias rumah, dan menyediakan juadah |
|
Duit raya, kuih tradisi, pelukan keluarga: Manisnya Aidilfitri - Harakahdaily - 21/03 8:50 am APABILA menyebut tentang Hari Raya Aidilfitri, apakah perkara pertama yang terlintas di benak kita? Bagi kebanyakan orang, ingatan segera membawa kepada suasana pagi raya yang meriah takbir bergema dari masjid dan televisyen, rumah dipenuhi saudara-mara, serta meja makan yang sarat dengan pelbagai juadah tradisi |
|
[VIDEO] Tiga lelaki berpakaian hitam diburu pecah rumah di Shah Alam - Kosmo - 21/03 7:36 am SHAH ALAM – Tiga lelaki berpakaian hitam dan berpelitup muka diburu selepas tular memecah masuk rumah penduduk di Seksyen 9 di sini, kelmarin |
|
Suami koma, Aidilfitri pertama selepas enam bulan berkahwin - Sinarharian - 21/03 7:00 am BACHOK Impian Rosirdawatie Aziz, 27, untuk meraikan Aidilfitri pertama bersama suami tercinta, Mazrie Ismail, 30, yang baru enam bulan dikahwininya berkecai apabila lelaki itu koma selepas menjadi mangsa ragut pada 8 Januari lalu.Mazrie yang terlantar sepenuhnya di atas katil itu bergantung kepada susu dan bantuan perubatan untuk terus bertahan sekali gus menyaksikan Aidilfitri yang sepatutnya penuh kegembiraan berubah menjadi ujian emosi paling berat bagi Rosirdawatie."Sehingga kini, saya belum membuat sebarang persiapan sambut lebaran. Fokus saya hanya untuk menjaga suami."Biarlah saya beraya tanpa baju baharu seperti orang lain, asalkan dapat berada di sisinya walaupun hanya mampu menatap sekujur tubuhnya," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumah keluarga mentuanya di Kubang Telaga di sini.Menurut Rosirdawatie, setiap hari masanya dihabiskan dengan menguruskan suami termasuk memberi Mazrie susu lima kali sehari melalui wayar khas, dan membantu mengeluarkan kahaknya.Katanya, tugasan itu membuatkan dia gembira apabila melihat suami tercinta masih bernafas dan setiap hari dia berdoa agar insan tercinta itu kembali sedarkan diri kerana banyak cerita yang mahu dikongsikan."Saya hanya ada suami, ibu bapa sudah lama meninggal dunia |
|
Keharmonian agama seabad nan utuh kisah Bukit Rotan - FMT - 21/03 7:00 am Di pekan kecil di Selangor ini, empat rumah ibadat yang berdiri tegak bersebelahan menjadi lambang perpaduan masyarakat pelbagai kepercayaan. |
|
Lelaki pukul isteri hamil direman empat hari - Sinarharian - 20/03 9:39 pm MELAKA - Seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya yang sedang hamil pada Ahad lepas direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini pada Jumaat.Perintah reman bermula Jumaat hingga Isnin itu dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.Semalam, polis berjaya menahan lelaki itu yang juga seorang penghantar makanan kerana didakwa memukul isterinya yang sedang hamil di sebuah rumah di Taman Seri Kemendor, Jasin.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit dilaporkan berkata, suspek berusia 22 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai anggota polis dari Unit D8 dan D11, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka kira-kira jam 11 pagi |
|
Sambut Aidilfitri secara sederhana, peka nasib golongan menderita - Anwar - Sinarharian - 20/03 9:13 pm Kita juga bertanggungjawab untuk kembali menjiwai roh Ramadan dan semangat membela nasib rakyat miskin," kata beliau.Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas Aidilfitri 2026 yang disiarkan secara langsung di semua stesen televisyen tempatan, malam ini.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau yakin dengan persiapan dan perancangan yang rapi, negara kekal optimis terhadap kedudukan ekonomi yang dicapai, terutama dalam beberapa tahun kebelakangan ini."Kerajaan Madani akan terus berusaha mempertahankan dan mengukuhkan kedudukan ini tatkala cabaran semakin meningkat," katanya.Perdana Menteri turut menegaskan Ramadan merupakan madrasah yang membentuk keperibadian melalui akhlak dan adab, hasil daripada ibadah yang dilaksanakan sepanjang bulan mulia itu.Beliau berkata, nilai dan semangat yang dibentuk daripada tarbiah Ramadan perlu diteruskan bagi memperkukuh kekuatan dalaman umat Islam, yang menjadi prasyarat penting untuk Malaysia bergerak lebih pantas dan yakin ke hadapan."Objektif puasa atau Maqasid al-Sawm yang dihuraikan ulama terkemuka, Imam al-Izz bin Abd al-Salam, mengandungi hikmah dan matlamat untuk menjadikan madrasah Ramadan sebagai asas kekuatan dalam membina peribadi serta membebaskan diri daripada belenggu nafsu melalui perjuangan rohaniah berterusan sebagai satu bentuk mujahadah," katanya.Pada masa sama, Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya terus mempertahankan perpaduan dan keharmonian dalam menghadapi pelbagai pandangan, pendirian serta ujian dunia masa kini, sambil menegaskan bahawa kekuatan negara terletak pada kebulatan tekad, kesatuan hati, wahdatul fikr dan wahdatul amal.Beliau berkata negara ini dibina atas asas kepelbagaian. Justeru, tradisi seperti ucapan selamat, mengeratkan silaturahim dan rumah terbuka ketika Aidilfitri yang disambut semua kaum perlu terus diperkukuh."Pada hari kemenangan ini, marilah kita bulatkan tekad merealisasikan agenda Malaysia Madani sebagai landasan mengangkat martabat insan, menegakkan keadilan, mempertahankan prinsip kebenaran, serta memastikan kemakmuran dirasai bersama dan keselamatan negara terjamin."Perdana Menteri turut menyeru umat Islam meraikan Aidilfitri mengikut tradisi agama serta budaya masyarakat Melayu |
|
Pasangan 'Deko' Rumah Tak Ubah Ruang Istana Curi Perhatian Ramai - Siakapkeli - 20/03 3:23 pm Pasangan 'Deko' Rumah Tak Ubah Ruang Istana Curi Perhatian Ramai Menghampiri Syawal, umat Islam khususnya di Malaysia giat melakukan persiapan |
|
Pasangan 'Deko' Rumah Sempena Aidilfitri Curi Perhatian Ramai - Siakapkeli - 20/03 3:23 pm Pasangan 'Deko' Rumah Sempena Aidilfitri Curi Perhatian Ramai Menghampiri Syawal, umat Islam khususnya di Malaysia giat melakukan persiapan |
|
Lelaki direman 4 hari pukul, langgar kepala isteri hamil - FMT - 20/03 12:29 am Suspek ditahan di sebuah rumah di Taman Seri Kemendor, Jasin kira-kira 11 pagi semalam. |
|
Haniff Khatri bidas dalang memalukan keruhkan isu tanah, kuil - Mkini - 20/03 11:54 am Ketua interim Garah berkata ini mencetuskan salah faham objektif kumpulan itu dan dakwaan mereka berniat merobohkan semua rumah ibadat. |
|
Ingat Santan, Ingat Kara! Jom Tengok Macam Mana Kara Satukan Rasa Bersama Penghuni Rumah Titian Kaseh Ramadan Ini! - Beautifulnara - 20/03 11:07 am Bila sebut santan, automatik kita akan terfikir jenama Kara betul tak? Mana taknya, jenama ini sudah lama dipercayai dan terpahat dalam hati rakyat Malaysia sejak tahun 1999 lagi tau! Ingat Santan, Ingat Kara, santan daripada jenama ini juga semestinya telah banyak digunakan dalam inovasi masakan, yang membentuk warisan dan identiti juadah Malaysia pada hari ini. […] The post Ingat Santan, Ingat Kara! Jom Tengok Macam Mana Kara Satukan Rasa Bersama Penghuni Rumah Titian Kaseh Ramadan Ini! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi . |
|
Aidilfitri 2026: Sambutan Syawal sederhana - Harakahdaily - 20/03 10:20 am KUALA TERENGGANU: Sambutan Aidilfitri tahun ini dilihat lebih sederhana dalam kalangan masyarakat, susulan peningkatan kos sara hidup yang mendorong ramai untuk lebih berjimat dalam membuat persiapan perayaan. Seorang suri rumah, Norshuhada Mat San, 36, berkata, persiapan raya tahun ini dibuat secara sederhana dengan memberi keutamaan kepada perkara yang lebih penting |
|
Ujian Carolan hadapi kumpulan maut Piala Dunia - Utusan - 20/03 8:07 am PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan, Brendon Carolan bakal menghadapi ujian berat apabila perlu menyusun strategi menghadapi kumpulan maut Piala Dunia Hoki yang dijadual berlangsung pada Ogos ini. Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama tuan rumah Belgium, Perancis dan Jerman yang dilihat sebagai kuasa besar hoki Eropah sekaligus menjadikan misi getir buat Speedy Tigers .. |
|
Ikhtiar damai cerminan kematangan rakyat, perteguh perpaduan ??? PM - Mgazette - 20/03 8:07 am Semoga ikhtiar ini terus menyatukan kita dan menjadi teladan dalam memperkukuh perpaduan nasional," katanya lagi. Awal hari ini, Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, menegaskan rundingan damai antara NGO Islam dan Hindu semalam menekankan bahawa rumah ibadat yang tidak mengikut undang-undang tidak boleh dikompromi |
|
Harga diesel mencanak, apa jadi kepada harga barang? – Isham - Mgazette - 20/03 8:07 am MOF turut memaklumkan harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter. Dalam keadaan ini, Kerajaan MADANI mengekalkan harga RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter melalui BUDI95 bagi melindungi isi rumah, manakala harga pasaran bahan api diselaraskan secara berperingkat selaras dengan kenaikan harga global sejak krisis tersebut bermula penghujung Februari 2026, katanya |
|
Tamim Dahri letak syarat serah diri - Mgazette - 20/03 8:07 am "Tindakan kita tuduh di mahkamah sudah dibuat dan apabila sampai masanya, kita akan ambil tindakan untuk hadap (bawa) beliau (ke mahkamah untuk pertuduhan)," kata Mohd Khalid ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini. Sebelum ini Mohd Khalid mengesahkan empat individu termasuk Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth dan aktivis, Arun Dorasamy, akan didakwa berkaitan kes provokasi agama |
|
Suami belasah, langgar kepala isteri hamil sudah ditahan - Mgazette - 20/03 8:07 am # Suami belasah, langgar kepala isteri hamil sudah ditahan MELAKA - Lelaki yang tular membelasah isteri sedang hamil sebelum melanggar kepala wanita itu dengan motosikal di hadapan sebuah premis hiburan keluarga di Kota Shahbandar, di sini Ahad lalu akhirnya diberkas polis pagi tadi. Suspek berusia 22 tahun itu yang turut mempunyai rekod jenayah dadah ditahan kira-kira pukul 11 pagi di sebuah rumah di Taman Seri Kemendor, Jasin |
|
Lonjakan harga diesel: Kerajaan perlu lakukan intervensi segera -MCA - Mgazette - 20/03 8:07 am Keadaan ini menurut beliau, boleh membawa kepada penutupan perniagaan atau pemberhentian pekerja, sekali gus menjejaskan peluang pekerjaan. "Pada masa sama, pertumbuhan gaji terus ketinggalan berbanding kenaikan kos sara hidup, memberi tekanan yang semakin meningkat kepada isi rumah dan berpotensi meningkatkan kebimbangan sosial serta ketidakstabilan ekonomi |
|
Lebih 18,000 asnaf di KL terima bantuan Aidilfitri, bantu kurangkan kos... - Mgazette - 20/03 8:07 am Katanya, pihaknya kini telah merangka pelan bantuan jangka pendek antara tiga hingga enam bulan bagi membantu golongan miskin bandar, khususnya di Lembah Klang. "Walaupun ada isi rumah berpendapatan sekitar RM4,000 hingga RM5,000, mereka masih berdepan kesukaran sekiranya mempunyai tanggungan yang ramai.Ini realiti yang kita lihat di lapangan |
|
Salah faham isu keganasan rumah tangga - Utusan - 20/03 8:00 am SEMUA orang yang berakal budi dan berfikiran cerdas bercita-cita untuk mendirikan rumah tangga yang bahagia |
|
Janda ditangkap khalwat bersama lelaki Bangladesh Janda ditangkap khalwat .. - Mgazette - 20/03 12:02 am # Janda ditangkap khalwat bersama lelaki Bangladesh KULAI - Seorang janda ditangkap khalwat dengan seorang lelaki Bangladesh dalam serbuan di sebuah rumah taman perumahan di sini semalam |
|
Rumah, kelengkapan Syawal musnah dalam kebakaran - Mgazette - 20/03 12:02 am JOHOR BAHRU - Seorang mangsa kebakaran di lima rumah Kampung Plentong Baru di sini yang tinggal sehelai sepinggang menganggap kejadian pada Selasa lalu merupakan ujian amat berat |
|
PM luang masa bersama jemaah, solat Jumaat di Kampung Pelet PM luang masa .. - Mgazette - 20/03 12:02 am Terdahulu, beliau bersama hampir 700 jemaah seterusnya mendengar khutbah bertajuk "Ramadan Ketika Senja Terakhir Berlabuh". Beliau selepas ini dijadualkan melakukan tinjauan dan ziarah komuniti di rumah sekitar Permatang Pasir dan akan mengakhiri lawatan kerja seharinya dengan menghadiri program Santai bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh |
|
Lebih ramai bekas pemimpin UMNO termasuk Khir Toyo sokong Rumah Bangsa .. - Mgazette - 20/03 12:02 am # Lebih ramai bekas pemimpin UMNO termasuk Khir Toyo sokong Rumah Bangsa - Jamal KUALA LUMPUR Lebih ramai bekas pemimpin UMNO sama ada yang dipecat mahupun digantung dijangka kembali ke pangkuan parti Melayu itu menerusi inisiatif Rumah Bangsa menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang |
|
Lelaki pulang solat tarawih dipukul dengan kayu baseball, dipijak .. - Mgazette - 20/03 12:02 am Menurut beliau, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian itu yang berlaku pada pukul 9.50 malam. Kejadian berlaku ketika mangsa, lelaki tempatan berusia 33 tahun sedang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menunaikan solat di masjid berkenaan |
|
Belasah dan langgar kepala isteri dengan motosikal, lelaki direman empat .. - Mgazette - 20/03 12:02 am membawa penghantar makanan yang direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini selepas tular videonya membelasah isteri sedang hamil sebelum melanggar kepala wanita itu dengan motosikal, Ahad lalu. Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 |
|
Lelaki belasah, langgar kepala isteri hamil diberkas - Kosmo - 19/03 9:27 pm MELAKA – Lelaki yang tular kerana membelasah serta melanggar kepala isterinya dengan motosikal di Kota Shahbandar di sini, baru-baru ini, berjaya diberkas pagi tadi. Suspek berusia 22 tahun yang bekerja sebagai penghantar barang itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi di sebuah rumah di Taman Seri Kemendor, Jasin |
|
Polis tahan lelaki pukul isteri hamil - FMT - 19/03 8:39 pm Suspek berusia 22 tahun ditahan di sebuah rumah di Jasin hari ini. |
|
Bila Tengok Iklan Raya Ini, Mesti Ramai Yang Rasa Eh, Macam Pernah Lalui - Siraplimau - 19/03 8:05 pm Kalau sebut pasal kehidupan, memang tak semua orang direzekikan lahir dalam keluarga senang. Ada yang membesar dalam rumah besar, tapi ramai juga yang melalui hari-hari dalam serba sederhana |
|
Polis tahan lelaki pukul isteri hamil - Sinarharian - 19/03 8:04 pm MELAKA - Polis menahan seorang lelaki yang didakwa memukul isterinya yang sedang hamil di sebuah rumah di Taman Seri Kemendor, Jasin hari ini.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berumur 22 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Unit D8 dan D11, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka kira-kira 11 pagi tadi."Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta untuk menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan."Polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.Selasa lepas, media melaporkan polis sedang memburu seorang lelaki dipercayai memukul isterinya yang sedang hamil dalam kejadian di sebuah pusat karaoke di Kota Shahbandar, di sini pada Ahad |
|
Iklan Raya Paling Relatable Tahun Ini? Ramai Kata Kisah Ini Sama Macam Hidup Sendiri - Thevocket - 19/03 7:47 pm Kalau sebut pasal kehidupan, memang tak semua orang direzekikan lahir dalam keluarga senang. Ada yang membesar dalam rumah besar, tapi ramai juga yang melalui hari-hari.. |
|
Sampai Bila Nak Menyewa? Ada Sebab Kenapa Ramai Mula Cari Rumah Musim Raya - Beautifulnara - 19/03 6:32 pm Ramadan dan Syawal bukan sekadar persiapan baju baru atau juadah istimewa rumah terbuka |
|
Mat Sabu kongsi pengalaman, manfaat ternak ikan di halaman rumah - FMT - 19/03 6:00 pm Menteri itu sebelum ini menggesa orang ramai menanam sayur sendiri susulan ketidaktentuan bekalan global. |
|
NGO cadang tubuh jawatankuasa khas tangani isu sensitif berkaitan rumah ibadat - Sinarharian - 19/03 4:36 pm KUALA LUMPUR - Sesi perdamaian melibatkan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada komuniti Melayu dan India yang berlangsung semalam, antaranya mencapai resolusi supaya kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani isu berkaitan rumah ibadat yang dibina tanpa kebenaran.Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, antara yang menyertai sesi berkenaan berkata, jawatankuasa itu dicadangkan untuk berperanan sebagai platform rasmi bagi menangani isu sensitif berkenaan, selain memastikan setiap tindakan diambil secara teratur dan mengikut lunas undang-undang."Kita bersetuju untuk satu jawatankuasa ditubuhkan oleh pihak kerajaan sama ada di Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau Kementerian Perpaduan Negara (KPN) untuk menangani isu-isu sensitif sebegini termasuk pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini pada Khamis.Zainul Rijal berkata, sebarang struktur rumah ibadat yang dibina secara tidak sah perlu ditangani mengikut peruntukan undang-undang, namun pelaksanaannya perlu mengambil kira sensitiviti agama."Jika melibatkan pemindahan atau perobohan, ia perlu dilakukan dengan penuh hormat terhadap objek keagamaan dan amalan penganut, termasuk mendapat khidmat pihak berkaitan seperti pemimpin agama bagi mengelakkan ketegangan," katanya.Mengulas lanjut, Zainul Rijal berkata, cadangan penubuhan jawatankuasa itu akan dibawa kepada kerajaan dalam masa terdekat.Beliau turut memaklumkan bahawa pertemuan menerusi program Harmoni Madani bagi mencari titik perdamaian dalam usaha menyelesaikan kemelut dihadapi kedua-dua komuniti secara baik dan menyeluruh akan mengadakan sesi susulan, namun tarikh belum ditetapkan setakat ini.Semalam, 30 wakil kedua-dua komuniti mengadakan sesi pertemuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dengan sesi berkenaan turut memberikan ruang kepada beberapa individu yang sebelum ini dianggap mencetuskan kontroversi berkaitan isu tersebut, untuk menjelaskan pendirian masing-masing secara langsung bagi membantu meredakan ketegangan.Sementara itu, Pengerusi Kuil-Kuil Hindu dan Persatuan-Persatuan Agama Hindu Malaysia (Mahima) Datuk N Sivakumar mencadangkan pelaksanaan audit tanah melibatkan rumah ibadat bukan Islam susulan daripada perbincangan sesi Harmoni Madani, semalam.Beliau berkata audit berkenaan hendaklah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi memastikan penyelarasan yang lebih tersusun, memandangkan urusan tanah, pemetaan dan penguatkuasaan tanah di negeri-negeri terletak di bawah bidang kuasa negeri."Tanpa penyelarasan pusat, usaha audit akan berdepan dengan ketidakseragaman dari segi dasar, pendekatan dan pelaksanaan antara negeri-negeri," katanya ketika dihubungi Bernama.Menurutnya, satu Pasukan Khas Audit Nasional perlu diwujudkan di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai mekanisme penyelaras utama bagi memastikan keseragaman dasar, pemantauan dan pelaksanaan yang lebih berkesan.Sementara itu, Setiausaha Agung Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Azizuddin Ahmad berkata inisiatif pertemuan Harmoni Madani antara wakil daripada komuniti Melayu dengan India merupakan langkah penting dalam meredakan ketegangan serta memperkukuh keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.Beliau berkata, Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama perlu terus mengangkat prinsip 'kepelbagaian dalam bingkai kesatuan' dengan menjadikan perbezaan sebagai kekuatan, selain menekankan konsep kehidupan bersama secara damai sebagai asas kestabilan dan kesejahteraan negara."Pendekatan budaya damai yang menolak konflik serta mengutamakan hikmah, dialog, keadilan dan ihsan perlu dibudayakan dalam mengurus kepelbagaian masyarakat," katanya menerusi kenyataan |
|
Kementerian Perpaduan sambut baik dialog, seru tolak provokasi - Mgazette - 19/03 2:55 pm "Oleh itu, sebarang perbezaan hendaklah ditangani melalui pendekatan musyawarah, bukannya konfrontasi," katanya lagi. Awal hari ini, Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menegaskan, rundingan damai antara NGO Islam dan Hindu semalam menekankan bahawa rumah ibadat yang tidak mengikut undang-undang tidak boleh dikompromi |
|
Peruntukan RM1.56 juta hargai petugas masjid di Selangor - Mgazette - 19/03 2:55 pm # Peruntukan RM1.56 juta hargai petugas masjid di Selangor KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Selangor terus memperkasakan kebajikan penggerak institusi agama apabila menyalurkan peruntukan berjumlah RM1,561,000 menerusi Program Penyerahan Insentif Khas KitaSelangor Aidilfitri (IKSA) 1447H/2026M. Menurut Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah, insentif khas tersebut adalah tanda penghargaan buat pentadbir serta petugas masjid yang bertungkus-lumus mengimarahkan rumah ALLAH di seluruh negeri |
|
Mahima cadang jawatankuasa khas, audit tanah redakan isu sensitif kaum - Mgazette - 19/03 2:55 pm Kita mencadangkan satu jawatankuasa khas di bawah Jabatan Perdana Menteri serta audit tanah supaya semua isu dapat ditangani secara menyeluruh dan tidak menimbulkan salah faham antara komuniti, katanya kepada MalaysiaGazette. Menurut beliau, langkah tersebut mampu menjadi platform terbaik untuk menangani isu berbangkit termasuk berkaitan pembinaan rumah ibadat tanpa kelulusan secara lebih harmoni |
|
Mengaku pijak al-Quran, penganggur dipenjara sembilan bulan - Mgazette - 19/03 2:55 pm Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah mencemari agama suci dengan memuat naik rakaman memijak al-Quran dengan niat hendak menghina agama Islam. Kesalahan itu dilakukan di alamat rumah di Kampung Durian Daun, Masjid Tanah di sini pada 28 Februari 2026 |
|
Tamim Dahri dipercayai berada di Tanah Suci – KPN - Mgazette - 19/03 2:55 pm Tindakan kita tuduh di mahkamah sudah dibuat dan apabila sampai masanya, kita akan ambil tindakan untuk hadap (bawa) dia (ke mahkamah untuk pertuduhan)," katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini hari ini. Sebelum ini, Mohd Khalid melaporkan empat individu termasuk Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth dan aktivis, Arun Dorasamy, akan didakwa berkaitan kes provokasi agama |
|
Tiada layanan berbeza Zamri dan Arun, prosedur ikut lunas undang-undang .. - Mgazette - 19/03 2:55 pm Namun, Arun selain tidak bergari, tiba di pekarangan bangunan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinangdengan ditemani Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran. Dalam perkembangan lain, Mohd Khalid menyokong dan menghargai komitmen serta semangat perpaduan nasional untuk mencari penyelesaian dalam isu sensitif termasuk rumah ibadat menerusi penganjuran program Harmoni Madani membabitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan India |
|
Kena rompak, duit raya, barang kemas lesap – Erysha Emyra - Kosmo - 19/03 2:41 pm PETALING JAYA – Duit raya dan barang kemas lesap dilarikan perompak, pelakon Erysha Emyra mendedahkan kediamannya dipecah masuk sewaktu dia keluar berbuka puasa, semalam. Erisya atau nama lengkapnya, Nur Erysha Emyra Zakaria, 26, berkata, adik-adiknya yang berada di rumah menangis ketika memaklumkan insiden menakutkan itu |
|
Prestasi Setia Unggul hulur sumbangan lebih 6,000 penerima sepanjang Ramadan - Sinarharian - 19/03 1:13 pm Bhd. menyalurkan sumbangan kepada lebih 6,000 golongan memerlukan di seluruh negara sepanjang Ramadan tahun ini.Pengarah Urusannya, Mohammad Arrief Mumin berkata, bantuan itu melibatkan pelbagai inisiatif termasuk sumbangan tunai, barangan keperluan serta program kebajikan yang memberi manfaat kepada asnaf di seluruh negara.Menurutnya, antara pendekatan yang diambil adalah menyalurkan bantuan di kawasan berpenduduk padat seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi memastikan lebih ramai penerima mendapat manfaat."Di sesetengah PPR, jumlah penduduk mencecah kira-kira 10,000 orang, namun tidak semua pernah menerima bantuan."Kami mengambil inisiatif turun padang untuk membantu golongan yang masih tercicir," katanya ketika ditemui semasa Majlis Infak Zakat dan Sumbangan Aidilfitri di PPR Batu Muda di sini pada Rabu.Mohammad Arrief berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan Yayasan Prihatin Nasional dalam menyelaras agihan bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar layak.Katanya, proses pemilihan penerima dibuat secara teliti dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk beban tanggungan dan kos sara hidup yang tinggi, khususnya di kawasan bandar."Ada yang bergaji tetapi perlu menanggung keluarga besar, membayar sewa dan mempunyai anak orang kurang upaya."Ini antara perkara yang kita pertimbangkan sebelum mereka dikategorikan sebagai penerima," jelas beliau.Selain itu, katanya, syarikat turut menaja program umrah melibatkan kira-kira 100 asnaf setiap tahun dengan nilai tajaan melebihi RM1 juta bagi satu sesi."Program umrah ini sudah dilaksanakan hampir sembilan tahun dan kita hadkan seorang sahaja bagi setiap keluarga supaya lebih ramai mendapat manfaat," tambah beliau.Dalam pada itu, Mohammad Arrief berharap bantuan yang disalurkan dapat membantu meringankan beban penerima dalam membuat persiapan Aidilfitri."Walaupun tidak seberapa, kita harap ia dapat membantu mereka membeli keperluan seperti pakaian, makanan dan persiapan menyambut Hari Raya," katanya.Mengulas lanjut, Mohammad Arrief turut menggesa lebih banyak syarikat korporat tampil menyumbang kepada golongan memerlukan."Sedikit daripada pendapatan kita, dikembalikan kepada masyarakat supaya dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan, khususnya dalam keadaan ekonomi mencabar," katanya.Tambahnya, syarikat juga merancang menubuhkan yayasan sendiri dalam masa terdekat bagi memperluaskan lagi usaha kebajikan kepada masyarakat.Sementara itu, seorang warga emas, Baharom Bidin, 77, berkata, sumbangan wang tunai dan barangan keperluan yang diterima dapat membantu meringankan beban serta menambah persiapan Aidilfitri.Baharom Bidin yang menetap di Blok A berkata, sumbangan itu amat bermakna buat dirinya sekeluarga, lebih-lebih lagi menjelang sambutan Aidilfitri.Katanya, sebelum ini bantuan seumpama itu ada diterima, namun tidak secara tetap kerana ia bergantung kepada agihan mengikut blok dan pemilihan penerima."Saya bukan selalu mendapat bantuan kerana ia bergantung kepada pemilihan pihak yang menyalurkan sumbangan," katanya.Baharom berkata, dia kini tinggal bersama isteri, seorang anak serta beberapa cucu dengan jumlah keseluruhan isi rumah seramai lapan orang."Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan ini," jelas beliau.Seorang lagi penerima, Syarifah Hashim, 70, berkata, bantuan seumpama itu bukan perkara baharu, namun tetap dinantikan setiap kali menjelang musim perayaan."Memang biasa ada bantuan, tetapi apabila ada pihak yang datang memberi, kami sangat bersyukur," katanya.Syarifah berkata, dia kini tinggal bersama beberapa anak yang masih belum berkahwin, manakala sebahagian lagi sudah berkeluarga dan menetap berasingan."Saya rasa gembira kerana terpilih dan ia sedikit sebanyak dapat menambah persiapan raya," katanya. |
|
Kes Zamri Vinoth, Arun: Polis bertindak Ikut peruntukan undang-undang - Sinarharian - 19/03 1:05 pm Khalid Ismail berkata, tangkapan awal terhadap Zamri adalah melibatkan kes mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Zamri turut disiasat mengikut Akta Hasutan yang memerlukan tindakan prosedur yang berbeza."Kesalahan-kesalahan yang kita tangkap sebelum ini berbeza-beza. Ada yang bailable (boleh dijamin), ada yang tidak boleh dijamin dan sebagainya dalam fasa awal tangkapan melibatkan empat kes di Putrajaya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan."Selain itu, terdapat juga kes yang disiasat di bawah Akta Hasutan yang memerlukan tindakan prosedur yang berbeza," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini pada Khamis.Mohd Khalid berkata, orang awam mungkin melihat ia satu perkara yang berbeza bagaimapun beliau memberi jaminan ia dilaksanakan mengikut lunas undang-undang dan ia perkara itu sadalah sesuatu yang lumrah dalam undang-undang negara.Pada Selasa lalu, Zamri Vinoth dan aktivis Arun Dorasamy antara tiga individu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen beberapa negeri atas pertuduhan membuat kenyataan yang menimbulkan kegentaran awam.Zamri Vinoth, 42, atau nama sebenarnya Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur; Arun atau nama sebenarnya Arumugam Dorasamy, 56, pula dituduh di Mahkamah Majistret Jawi manakala pemandu e-hailing P Mahendra Bhoopaty, 53, di Mahkamah Majistret Seremban.Bagaimanapun, Zamri Vinoth dan Arun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu manakala Mahendra Bhoopaty didenda RM4,000 atau dipenjara tujuh bulan, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan serupa.Mengulas mengenai keberadaan aktivis Tamim Dahri, Mohd Khalid berkata pihaknya mempunyai maklumat beliau berada di tanah suci.Dalam pada itu, mengulas berhubung penganjuran program Harmoni Madani membabitkan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan India, Mohd Khalid berkata, pihaknya menyokong dan amat menghargai komitmen dan semangat perpaduan nasional bagi mencari penyelesaian membabitkan isu sensitif termasuk rumah ibadat.Katanya, ini kerana sejak kebelakangan ini, terdapat peningkatan polemik awam berkaitan isu rumah ibadat khususnya melibatkan dawaan pembinaan kuil tanpa kelulusan sehingga ada pihak cuba mengambil tindakan bersifat provokatif termasuk menganjurkan himpunan."Kita sentiasa memantau dengan teliti beberapa perkembangan yang berlaku sejak kebelakangan ini yang berpotensi menjadi titik panas sehingga membawa ketegangan antara kaum."PDRM komited untuk memastikan keamanan dan ketenteraan awam setiasa terpelihara |
|
Tamim Dahri sedia serah diri tapi bersyarat - Sinarharian - 19/03 1:00 pm SHAH ALAM - Aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak bersedia pulang ke tanah air untuk menyerahkan diri kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat dengan syarat empat kuil tidak sah dirobohkan.Perkembangan terbaharu itu dikongsikan oleh akaun Threads, tanah.malaya pada Khamis.Menerusi hantaran berkenaan, empat kuil yang disyaratkan supaya dirobohkan ialah Kuil Atas Jalan Pandanmas, Kuil Hospital Bukit Mertajam, Kuil Lama Seafield dan Kuil Jakel."Kenapa empat lokasi ini? Yang itu, semua boleh fikir sendiri," menurut hantaran di akaun berkenaan.Mahkamah Majistret Langkawi pada Selasa menangguhkan pertuduhan terhadap Tamim Dahri sehingga 15 Mei depan selepas tertuduh dikesan berada di Riyadh, Arab Saudi.Tamim Dahri akan dituduh mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana didakwa merosakkan objek soolam, simbol suci bagi penganut Hindu di tapak lama Kuil Sri Maha Muniswarar di Langkawi, Kedah.Pada Isnin, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, mengesahkan empat individu termasuk Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Ibadat Haram (GARAH), Zamri Vinoth dan aktivis, Arun Dorasamy, akan didakwa berkaitan kes provokasi agama pada Selasa.Selain Zamri Vinoth dan Arun Dorasamy, dua lagi yang akan dituduh ialah Tamim Dahri dan P |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |