///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Rosmah News   Page 1    



Peguam tarik diri wakili Harith Iskander dalam kes saman Rosmah - Mygazette - 13/11 5:04 pm

# Peguam tarik diri wakili Harith Iskander dalam kes saman Rosmah KUALA LUMPUR - Peguam yang mewakili Harith Iskander berhasrat menarik diri daripada mewakili pelawak itu dalam kes saman yang dikemukakan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung isu `body shaming' menerusi persembahan komedi





Kes Body Shaming Rosmah: Peguam Harith Iskander Mahu Tarik Diri - Lobakmerah - 13/11 3:14 pm

Mahkamah Tinggi menetapkan 24 November ini bagi mendengar permohonan peguam kepada pelawak terkenal, Harith Iskander, yang berhasrat untuk menarik diri daripada terus mewakili anak guamnya itu. Kes ini adalah rentetan daripada saman fitnah yang difailkan oleh isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berhubung dakwaan body shaming atau penghinaan fizikal dalam sebuah persembahan […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah .





Rosmah's lawsuit: Harith Iskander's lawyers to discharge themselves - Sinardaily - 13/11 3:03 pm

KUALA LUMPUR - The High Court here today fixed Nov 24 to hear an application by lawyers Sangeet Kaur Deo and Harkiranjit Kaur Manjit Singh to discharge themselves from representing comedian and actor Harith Iskander in a defamation suit filed by Datin Seri Rosmah Mansor."Yes, we have applied to discharge ourselves from representing (Harith Iskander)," Sangeet confirmed when contacted.The case management proceedings for the application were held online today before Judge Arziah Mohamed Apandi, with Sangeet and Harkiranjit attending alongside Rosmah's lawyers, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff and Nur-Diana Ezlyn Hashim.Meanwhile, Mohamed Baharudeen told reporters that the hearing of the application on Nov 24 would be conducted online via Zoom at 2.15 pm.Rosmah, 74, filed a defamation suit through Messrs Hafarizam & Aisha Mubarak against Harith Iskander Musa, 60, on June 9, claiming he insulted and body-shamed her during his stand-up comedy performance, Harith Iskander: The Outspoken Comedy Tour, at a hotel in Melaka on Jan 17.The former Prime Minister's wife claimed in her statement of claim that the defendant had shown an image of frightening mythical creatures before displaying her image, followed by remarks mocking the idea of looking in the rear-view mirror while driving along a dark road.Rosmah also alleged that a TikTok user uploaded a recording of the performance, which garnered hundreds of thousands of views and damaged her reputation and dignity as a public figure and patron of charitable organisations.In the suit, she is seeking general, aggravated, and exemplary damages; an injunction to prevent the statements from being republished; and a written apology in two mainstream newspapers and on social media accounts.However, in his statement of defence filed on July 9, Harith Iskander denied that the image was defamatory, adding that the TikTok clip was published without his knowledge or consent and did not reflect the full context of the comedy performance





Kes saman fitnah Rosmah: Peguam Harith Iskander mohon tarik diri - Mkini - 13/11 2:20 pm

Rosmah, 74, memfailkan saman terhadap Harith atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 60, menerusi Tetuan Hafarizam & Aisha Mubarak atas dakwaan menjadi mangsa penghinaan dan kecaman badan (body





Peguam Harith Iskander Mohon Tarik Diri Daripada Kes Saman Rosmah Mansor - Beautifulnara - 13/11 2:14 pm

Peguam yang mewakili pelawak dan pelakon Harith Iskander dalam kes saman Datin Seri Rosmah Mansor memohon untuk menarik diri daripada mewakili selebriti berkenaan





Peguam Harith Iskander mahu tarik diri kes 'body shaming' Rosmah - Astroawani - 13/11 1:50 pm

Mahkamah Tinggi menetapkan 24 Nov untuk mendengar permohonan peguam Harith Iskander menarik diri daripada mewakilinya dalam kes saman fitnah penghinaan fizikal difailkan Rosmah.





Peguam Harith Iskander mahu tarik diri kes 'body shaming' Rosmah - Sinarharian - 13/11 12:44 am

KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, menetapkan 24 November ini bagi pendengaran permohonan peguam kepada Harith Iskander yang berhasrat untuk menarik diri daripada mewakili pelawak itu.Ia berhubung kes saman fitnah yang difailkan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor susulan dakwaan menjadi mangsa penghinaan fizikal atau 'body shaming' menerusi satu persembahan komedi, Januari lalu.Peguam Rosmah, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff berkata, pengurusan kes berkenaan diadakan bagi permohonan peguam pemenang pertandingan 'Funniest Person in The World pada Disember 2016' itu untuk menarik diri sebagai peguamcara."Pendengaran permohonan kelak, akan dijalankan secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom."Tarikh itu ditetapkan ketika pengurusan kes di hadapan Hakim, Arziah Mohamed Apandi pada Jumaat," katanya yang hadir bersama peguam, Nur-Diana Ezlyn Hashim bagi pihak Rosmah.Turut serta dalam prosiding berkenaan ialah peguam, Sangeet Kaur Deo dan Harkiranjit Kaur Manjit Singh hadir mewakili Harith sebagai defendan.Dalam pada itu, Sangeet Kaur memaklumkan bahawa, pihaknya memohon perkara berkenaan di mahkamah."Ya, kami memohon untuk menarik diri sebagai peguamcara," katanya ketika dihubungi media.Sebelum ini, Rosmah memfailkan saman fitnah terhadap Harith di Mahkamah Tinggi susulan dakwaan menjadi mangsa penghinaan fizikal menerusi satu persembahan komedi.Berdasarkan pernyataan tuntutan, Rosmah, 75, mendakwa saman itu berkaitan persembahan 'stand-up comedy' bertajuk 'Harith Iskander: The Outspoken Comedy Tour' yang berlangsung di sebuah hotel di Melaka pada 17 Januari lalu.Rosmah mendakwa, Harith memaparkan imej makhluk mitologi menyeramkan seperti toyol, pontianak dan pocong sebelum memaparkan gambarnya sebagai sebahagian daripada naratif jenaka.Beliau turut mendakwa, kenyataan Harith yang mengaitkan imej seseorang yang menakutkan ketika melihat cermin pandang belakang sewaktu memandu di jalan gelap merujuk kepada dirinya.Menurut Rosmah, tindakan itu memberi gambaran rupa paras dikaitkan dengan makhluk menyeramkan, sekali gus menjadikannya bahan ejekan dan penghinaan di hadapan khalayak.





Mahkamah benarkan 1MDB masukkan afidavit dalam kes injunksi Mareva .. - Mygazette - 12/11 4:33 pm

# Mahkamah benarkan 1MDB masukkan afidavit dalam kes injunksi Mareva terhadap Rosmah PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan syarikat-syarikat berkaitan untuk memasukkan afidavit seorang wanita warga Singapura bagi menyokong permohonan mereka membekukan aset Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes saman yang melibatkan barangan mewah bernilai lebih US$346 juta (RM1.41 bilion)





Mahkamah benarkan 1MDB masukkan afidavit dalam kes injunksi Mareva terhadap Rosmah - Astroawani - 12/11 3:00 pm

Mahkamah Rayuan membenarkan 1MDB untuk memasukkan afidavit seorang wanita warga Singapura bagi menyokong permohonan mereka membekukan aset Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes saman barangan mewah.





Court allows 1MDB to admit affidavit in Rosmah's asset freeze bid - Sinardaily - 12/11 2:31 pm

PUTRAJAYA - The Court of Appeal today allowed 1Malaysia Development Berhad (1MDB) and related companies to admit an affidavit by a Singaporean woman in support of their bid to freeze Datin Seri Rosmah Mansors assets in a lawsuit involving luxury goods worth more than USD346 million (RM1.41 billion).The three-member bench comprising Datuk Dr Alwi Abdul Wahab, Datuk Ismail Berahim and Datuk Leonard David Shim unanimously allowed the appeal, setting aside the High Court's decision, with costs of RM30,000.Delivering the decision, Shim said the High Court had applied the wrong legal principle in rejecting the companies' application to admit the affidavit by Shabnam Naraindas Daswani."After reviewing the appeal records, the High Courts grounds of judgment, the memorandum of appeal and submissions from both parties, we unanimously find that the High Court judge had applied the wrong principle in dismissing the appellants application for leave."Therefore, the appeal is allowed, and the High Courts decision is set aside, he said.The companies are seeking to freeze Rosmah's assets over claims that she had acquired more than 12,000 luxury items, including jewellery, watches and handbags, using approximately USD346 million allegedly misappropriated from 1MDB.Shim said the High Court had erred in finding that exceptional circumstances were required before the companies could be allowed to adduce the affidavit.He said there was no provision under the Rules of Court requiring an applicant to establish exceptional circumstances when seeking an extension of time.Shim said the court also found that the companies had filed their application on June 20 last year, before written submissions in the injunction proceedings were completed on July 18





Mahkamah benarkan 1MDB masukkan afidavit dalam kes injunksi mareva terhadap Rosmah - Mkini - 12/11 2:28 pm

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan 1MDB dan syarikat-syarikat berkaitan untuk memasukkan afidavit seorang wanita warga Singapura bagi menyokong permohonan mereka membekukan aset Rosmah.





Kalkulator pahala RM50 juta - Denyutreformasi - 12/11 1:55 pm

Jumlah akhir tidak didedahkan, begitu juga identiti penderma besarnya. Sebelum itu, Rosmah Mansor ada menyebut bahawa rakan-rakan dari Brunei, Itali, Singapura dan Kanada turut menghulurkan bantuan





Mahkamah Rayuan benar 1MDB fail afidavit baharu kes injuksi Rosmah - FMT - 12/11 12:18 am

Panel hakim berkata Mahkamah Tinggi gunakan prinsip undang-undang yang salah ketika tolak permohonan untuk terima bukti daripada bekas defendan, Shabnam Naraindas Daswani.





Court of Appeal allows 1MDB to file fresh affidavit in Rosmah injunction case - FMT - 12/11 12:02 am

Bench says High Court judge applied the wrong legal principles in rejecting the application to admit evidence from former defendant Shabnam Naraindas Daswani.





Malaysias Najib is back home, but home comforts are off the menu - Scmp - 11/11 5:41 pm

Najib Razak, Malaysias corrupt former prime minister, may be back home to serve the rest of his prison sentence, but that does not mean he will be living in comfort with wife Rosmah Mansor and the rest of his family, a member of his party has confirmed





Rosmah di Pavilion, Najib jalani tahanan rumah tanpa keluarga - Sinarharian - 11/11 3:38 pm

KUALA LUMPUR - Ahli keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa tidak dibenarkan tinggal bersama bekas Perdana Menteri itu sepanjang beliau menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan rumah.Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkata, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor sebaliknya dipercayai akan menetap di kediamannya di Pavilion sepanjang tempoh berkenaan.Menurutnya, kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Taman Duta yang diwartakan sebagai penjara tertakluk kepada peraturan seperti institusi penjara."Tidak boleh dan rumah itu pun diwartakan sebagai penjara





Najib Razak Duduk Rumah Sendirian Tanpa Isteri, Rosmah Tinggal Di Pavilion - Ohmedia - 11/11 2:44 pm

Najib Razak jalani tahanan rumah sendirian di Taman Duta. Menurut EXCO Wanita UMNO, Rosmah Mansor tinggal di Pavilion dan lawatan ikut prosedur penjara





Pelawat terikat kepada prosedur Penjara jika mahu ziarah Najib – .. - Mygazette - 11/11 7:17 am

Menurut Muhammad Shafee, bagaimapun, perkara itu belum dimuktamadkan dan beliau belum menerima maklumat mengenai tatacara sebenar yang perlu dipatuhi individu yang ingin ke Langgak Duta. Mengulas sama ada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan ahli keluarga lain dibenarkan tinggal bersama beliau sepanjang menjalani tahanan rumah, Muhammad Shafee berkata, pihaknya juga belum mendapat kepastian





Alhamdulillah, kata Rosmah ketika tunggu kepulangan Najib - FMT - 10/11 8:37 pm

Wartawan berkumpul di luar kediaman bekas perdana menteri itu sejak 3 petang bagi menantikan kepulangannya.





Alhamdulillah: Rosmah welcomes news of Najibs clearance for house arrest - Malaymail - 10/11 8:31 pm

KUALA LUMPUR, Nov 10 Datin Seri Rosmah Mansor has expressed gratitude following the return of her husband, forme...





Thank God, Rosmah says as she awaits Najibs return - FMT - 10/11 8:23 pm

Members of the media have camped outside the former prime minister's home since about 3pm in anticipation of his return.





Ziarah Najib di Langgak Duta perlu kebenaran Jabatan Penjara - Peguam - Sinarharian - 10/11 6:19 pm

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Mana-mana pihak yang ingin melawat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kediamannya di Langgak Duta, di sini, perlu mematuhi prosedur lawatan yang ditetapkan Jabatan Penjara Malaysia.Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, individu yang ingin bertemu dengan bekas Ahli Parlimen Pekan berusia 73 tahun itu perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa terlebih dahulu.Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih belum mengetahui secara terperinci mekanisme lawatan yang akan dilaksanakan terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu."Kami menjangkakan pelawat perlu membuat permohonan terlebih dahulu."Pelawat tetap perlu mendapatkan kebenaran (Jabatan Penjara Malaysia) untuk menemuinya," katanya pada sidang media selepas prosiding di Mahkamah Tinggi di sini, pada Selasa.Ditanya sama ada, Datin Seri Rosmah Mansor akan berada bersama suaminya, peguam itu berkata, barisan peguam tidak dimaklumkan mengenai perkara terbabit."Kami tidak tahu, itu perkara peribadi malah saya juga tidak tahu syarat tahanan rumah," katanya yang hadir bersama peguam, Muhammad Farhan Muhammad Shafee.Pada 6 November lalu, Najib dilaporkan telah melunaskan denda RM50 juta di kaunter pembayaran hasil dan deposit Mahkamah Tinggi di sini bagi membolehkan baki hukuman penjaranya dijalani menerusi tahanan di rumah.Bagaimanapun, beliau kembali ke Penjara Kajang selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).AGC sebelum ini memaklumkan pelaksanaan tahanan di rumah itu ditangguhkan sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.Perkembangan terbaharu itu menyusul selepas Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar sebelum ini menyentuh isu kecacatan pada perintah pelepasan berkenaan.Beliau berkata, penelitian sewajarnya ketika menyediakan dokumen rasmi itu penting bagi mengelakkan sebarang pertikaian, khususnya membabitkan ketepatan penggunaan istilah undang-undang.Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pengubahan wang haram serta satu salah guna kedudukan membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.Najib mula menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang pada 23 Ogos 2022 sebelum mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 2 September tahun sama.Pada 18 September lalu, beliau mendapat pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang membolehkan baki hukuman penjara dijalani menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.





Rosmah dalam penjara di Langgak Duta? - FMT - 10/11 9:30 am

Timbul persoalan privasi Rosmah Mansor dan ahli keluarga selepas kediaman di Langgak Duta diisytihar penjara.





Wowwww RM 2 billion.. - Wrlr - 8/11 7:22 pm

Ana Tahu Wowwww RM 2 billion.. Takpe derma RM50 juta boleh pahala kata Nik Abduh Hang bodoh kata Sanusi Badry Ahbad KENAPA PERCUTIAN NAJIB DAN ROSMAH MENGUNAKAN JET KERAJAAN SAMBIL MEMBELI BELAH PADA TAHUN 2014 MENJADI KONTROVERSI Isu mengenai laluan penerbangan jet peribadi rasmi kerajaan yang membawa mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta ahli keluarga dan kakitangan pada Disember 2014 merupakan salah satu kontroversi yang mendapat perhatian meluas di Malaysia





Penjara Kajang lengang, tiada pergerakan bawa Najib keluar - Sinarharian - 7/11 2:22 pm

KAJANG - Keadaan di sekitar pintu masuk Penjara Kajang pada Sabtu masih lenggang tanpa sebarang pergerakan yang menunjukkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dibawa keluar ke kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur.Tinjauan mendapati, keadaan di kawasan berkenaan masih tenang dengan kenderaan awam dan persendirian dilihat keluar masuk seperti biasa.Setakat ini, belum kelihatan sebarang pergerakan atau persiapan berkaitan kemungkinan Najib dibawa keluar dari penjara susulan perkembangan pengampunan bersyarat yang membolehkannya menjalani baki hukuman menerusi kaedah tahanan di rumah.Pengamal media mula berkumpul di sekitar Penjara Kajang sejak jam 11.30 pagi bagi mengikuti sebarang perkembangan lanjut berhubung perkara itu.Terdahulu, peguam Najib mengesahkan bekas Perdana Menteri itu selesai melunaskan denda RM50 juta pada Jumaat sebagai sebahagian daripada syarat pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 18 September lalu.Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Jumaat memaklumkan pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib ditangguhkan sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran perintah pengampunan bersyarat serta kesan Perintah Pelepasan (Order of Discharge).ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiTerbaharu, Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa tidak sepatutnya timbul sebarang kekeliruan berhubung pelaksanaan perintah pengampunan bersyarat terhadap Najib yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan di rumah.Seri Paduka Baginda turut menegaskan perintah berkenaan jelas, nyata dan tanpa sebarang kekaburan selain tidak berkaitan dengan mana-mana kes lain membabitkan bekas Perdana Menteri itu.Baginda juga bertitah semua syarat dalam perintah pengampunan bersyarat berkenaan telah dipenuhi.





AGC tegaskan tidak pernah pertikai, gantung pengampunan bersyarat Najib - Sinarharian - 7/11 2:07 pm

SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak pernah mempertikai, mengetepi atau berhasrat menggantung Perintah Pengampunan Bersyarat diperkenan Yang di-Pertuan Agong kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.AGC dalam satu kenyataan menegaskan, pihaknya sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang, menghormati kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong serta mengiktiraf prerogatif pengampunan baginda sebagaimana diperuntukkan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan."Persoalan yang dibangkitkan oleh AGC bukanlah mengenai keesahan atau kewibawaan Perintah Pengampunan Bersyarat tersebut."Sebaliknya, persoalan yang memerlukan penentuan adalah berhubung kesan undang-undang Perintah Pelepasan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 6November 2026 terhadap baki hukuman penjara dalam kes SRC International, serta implikasinya terhadap tarikh permulaan hukuman penjara dalam kes 1MDB," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.AGC menjelaskan, persoalan timbul susulan pembayaran denda sebanyak RM50 juta pada 6 November 2026 dan pengeluaran Order of Discharge on Payment of Fine oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tarikh sama.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiMenurutnya, perintah tersebut turut menyatakan bahawa Najib hendaklah menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 berdasarkan Perintah Pengampunan Bersyarat."Justeru, timbul persoalan undang-undang mengenai skop dan kesan arahan pelepasan tersebut, khususnya sama ada pelepasan yang diperintahkan hanya berkaitan dengan pembayaran denda dan membolehkan baki hukuman penjara SRC International diteruskan melalui tahanan di rumah, atau sama ada perintah tersebut membawa kesan bahawa hukuman dalam kes SRC International telah selesai."Persoalan ini mempunyai kaitan langsung dengan perintah hukuman Mahkamah Tinggi dalam kes 1MDB, yang menetapkan bahawa hukuman penjara dalam kes tersebut hendaklah bermula selepas hukuman dalam kes SRC International selesai dijalani."Tambahan pula, permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman bagi kes 1MDB telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 14 Oktober 2026," jelasnya.Dalam masa sama AGC turut menolak gambaran bahawa tindakan mendapatkan penjelasan undang-undang merupakan suatu percubaan untuk mengambil alih atau melaksanakan kuasa pengampunan Seri Paduka Baginda.Malah menegaskan, kuasa pengampunan dan kuasa mahkamah untuk mentafsir serta menentukan kesan undang-undang sesuatu perintah adalah dua perkara yang berbeza."Mendapatkan keputusan Mahkamah mengenai pelaksanaan sesuatu perintah tidak sama sekali bermaksud mempersoalkan kewibawaan pihak yang mengeluarkan perintah tersebut."Sehubungan itu, adalah tidak tepat untuk menyamakan pendirian AGC bahawa sesuatu persoalan undang-undang memerlukan penentuan Mahkamah dengan dakwaan bahawa Peguam Negara telah mengambil alih prerogatif pengampunan Seri Paduka Baginda."AGC berpandangan bahawa saluran yang sewajarnya untuk menyelesaikan persoalan ini ialah melalui Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa, supaya keputusan dan arahan pelaksanaan yang jelas dapat diperoleh tanpa menjejaskan kedudukan mana-mana institusi," ujarnya.





Anthony Loke tidak hadir program di Sarawak, status letak jawatan jadi tanda tanya - Sinarharian - 7/11 1:41 pm

KOTA SAMARAHAN - Status peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan masih menjadi tanda tanya selepas beliau tidak menghadiri satu program kementerian di Kota Samarahan, Sarawak pada Sabtu.Ketidakhadiran Setiausaha Agung DAP itu menyebabkan media yang hadir ke lokasi berkenaan tidak berpeluang mendapatkan pengesahan lanjut berhubung status peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan.Perkembangan terbaharu itu susulan kenyataan Istana Negara pada Sabtu yang menegaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah jelas, nyata dan tidak mempunyai sebarang kekaburan.Istana Negara turut menegaskan semua syarat yang ditetapkan dalam titah pengampunan berkenaan telah dipenuhi, manakala sebarang usaha untuk mempertikaikan keputusan itu boleh dianggap sebagai ingkar terhadap titah Seri Paduka Baginda.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiPada Jumaat Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat serta kesan Perintah Pelepasan Mahkamah Tinggi selepas pembayaran denda RM50 juta diselesaikan.Sementara itu, Loke pada Jumaat menegaskan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja Najib tiba di kediamannya untuk menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah.Beliau sebelum ini memaklumkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 September lalu, susulan pendirian DAP berhubung isu pengampunan bersyarat Najib





Suasana di kediaman Najib di Langgak Duta lengang - Sinarharian - 7/11 1:38 pm

KUALA LUMPUR - Suasana di hadapan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta di sini, dilihat lengang setakat ini dengan hanya sekumpulan pengamal media berkumpul bagi mengikuti perkembangan terbaharu membabitkan beliau.Keadaan di sekitar kediaman itu dilihat tenang tanpa kehadiran orang ramai, manakala pengamal media masih menunggu sebarang perkembangan lanjut berhubung kemungkinan Najib dibawa pulang ke kediaman berkenaan untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.Sebelum ini, kediaman berkenaan menjadi tumpuan susulan perkembangan mengenai kemungkinan pembebasan Najib dari Penjara Kajang selepas beliau dilaporkan telah menjelaskan denda RM50 juta seperti ditetapkan dalam perintah pengampunan bersyarat.Bagaimanapun, pelaksanaan tahanan di rumah itu ditangguhkan sementara oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran perintah berkenaan.Perkembangan terbaharu menyusul apabila Istana Negara menerusi titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertarikh 7 November menegaskan bahawa perintah pengampunan bersyarat terhadap Najib adalah jelas, nyata dan tidak mempunyai sebarang kekaburan tafsiran.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiTitah itu turut menjelaskan bahawa pada 18 September 2026, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah meneliti petisyen Najib di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.Baginda turut menegaskan bahawa perintah berkenaan menetapkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta.Menurut titah itu, semua syarat dalam perintah pengampunan bersyarat berkenaan telah dipenuhi dan sebarang hujah yang mempertikaikannya menjurus kepada keingkaran terhadap perintah Yang di-Pertuan Agong.





Najib perlu segera dipindahkan ke kediaman di Langgak Duta - Peguam - Sinarharian - 7/11 1:23 pm

KUALA LUMPUR Pihak berkuasa mesti memindahkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan segera ke kediamannya di Jalan Langgak Duta bagi menjalani tahanan di rumah, sebagaimana yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.Peguam yang mewakili bekas Perdana Menteri itu, Muhammad Farhan Muhammad Shafee berkata, perintah pengampunan berkenaan merupakan titah Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.Menurutnya, Istana Negara juga telah menjelaskan bahawa perintah berkenaan adalah jelas, nyata dan tidak mempunyai sebarang kekaburan."Seri Paduka Baginda kini telah menjelaskan melalui Istana Negara bahawa perintah itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, tidak terkait dengan mana-mana kes lain, dan semua syaratnya telah dipenuhi."Oleh itu, tiada sebarang asas bagi pihak berkuasa berkenaan untuk terus menahan Datuk Seri Najib di Kajang walau sesaat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiSeri Paduka Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan September lalu.AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.Dalam pada itu Sultan Ibrahim bertitah, perintah pengampunan bersyarat ini adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau.Titah baginda, tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran dan tidak sepatutnya menyebabkan ketidakpastian berpanjangan terhadap pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan.Baginda bertitah, keputusan membenarkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta, dibuat selepas Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya meneliti petisyen beliau pada 18 September 2026.Sehubungan itu, beliau menegaskan pihak berkuasa perlu melaksanakan pemindahan Najib ke kediamannya di Jalan Langgak Duta bagi membolehkan bekas Presiden UMNO itu menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah seperti yang dititahkan.Dalam kenyataan sama, pihaknya turut menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda atas penjelasan berhubung perintah pengampunan berkenaan."Daulat Tuanku," katanya.





Ingkar titah Agong satu penderhakaan besar kepada Raja dan Negara - Sinarharian - 7/11 1:07 pm

KUALA LUMPUR - Sebarang perlakuan ingkar, menafikan atau cuba meremehkan mana-mana titah Yang di-Pertuan Agong merupakan satu penderhakaan besar kepada Raja dan Negara.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, semua rakyat Malaysia mempunyai kewajipan menjunjung tinggi serta memartabatkan Institusi Yang di-Pertuan Agong dan institusi beraja sebagai lambang kedaulatan negara.Menurutnya, perkara itu jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara yang perlu dihormati oleh semua pihak."Kerajaan atau mana-mana pihak juga mempunyai obligasi untuk menyempurnakan titah Yang di-Pertuan Agong yang dibuat mengikut lunas perundangan negara, termasuk perkara berkaitan pengampunan diraja, penangguhan atau peringanan hukuman di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan."Perlu ditegaskan, apa-apa perlakuan ingkar, menafikan atau cuba meremehkan mana-mana titah yang dizahirkan oleh Institusi Yang di-Pertuan Agong oleh mana-mana pihak adalah merupakan satu penderhakaan besar kepada Raja dan Negara," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiSinar Harian sebelum ini melaporkan sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Seri Paduka Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan September lalu.AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.Dalam pada itu Sultan Ibrahim bertitah, perintah pengampunan bersyarat ini adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau.Titah baginda, tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran dan tidak sepatutnya menyebabkan ketidakpastian berpanjangan terhadap pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan.Baginda bertitah, keputusan membenarkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta, dibuat selepas Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya meneliti petisyen beliau pada 18 September 2026.Sementara itu, Hamzah turut membangkitkan kontroversi Titah Adendum yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong terdahulu dan mendakwa isu berkenaan seolah-olah berulang kembali.Dalam pada itu, beliau berkata, prinsip berkaitan prerogatif pengampunan diraja turut diputuskan Mahkamah Persekutuan dalam kes berkaitan pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Katanya, keputusan Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan prerogatif pengampunan diraja bersifat non-justiciable, iaitu tidak boleh dipersoalkan atau disemak oleh mana-mana pihak termasuk mahkamah.Beliau turut mempersoalkan kenyataan Anwar yang menyatakan tidak bersetuju secara peribadi berhubung perkara berkenaan."Sebagai pihak yang mendapat pengampunan diraja di bawah Perkara 42 selepas disabitkan kesalahan jenayah dan dihukum penjara, Anwar sepatutnya lebih memahami obligasi kerajaan untuk menyempurnakan titah Institusi Yang di-Pertuan Agong," katanya.Hamzah menegaskan kerajaan tidak boleh bersikap selektif dalam menghormati titah Yang di-Pertuan Agong kerana institusi itu merupakan tonggak kedaulatan negara.Jelasnya, usaha memelihara kewibawaan dan kedaulatan Institusi Yang di-Pertuan Agong bukanlah pilihan politik, sebaliknya tanggungjawab Perlembagaan yang perlu dilaksanakan oleh setiap kerajaan.





Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah Najib - Sinarharian - 7/11 12:12 am

SHAH ALAM [DIKEMAS KINI] Sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Seri Paduka Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti."Kuasa pengampunan merupakan prerogatif Diraja yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan."Pelaksanaan kuasa tersebut hendaklah dihormati selaras dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dan prinsip kedaulatan undang-undang," titahnya menerusi kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiSebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan September lalu.AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.Dalam pada itu Sultan Ibrahim bertitah, perintah pengampunan bersyarat ini adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau.Titah baginda, tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran dan tidak sepatutnya menyebabkan ketidakpastian berpanjangan terhadap pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan.Baginda bertitah, keputusan membenarkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta, dibuat selepas Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya meneliti petisyen beliau pada 18 September 2026."Mesyuarat Lembaga Pengampunan itu yang turut dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Peguam Negara, telah memberikan nasihat yang sewajarnya kepada Sultan Ibrahim."Selanjutnya, Seri Paduka Baginda telah memerintahkan bahawa Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat iaitu sekiranya membayar denda RM50 juta."Memandangkan semua syarat di dalam perintah pengampunan bersyarat itu telah dipenuhi, sebarang hujah mempertikaikan perintah tersebut adalah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong," titahnya.





UMNO gesa AGC beri penjelasan asas undang-undang penangguhan pelaksanaan tahanan di rumah - Sinarharian - 7/11 12:09 am

SHAH ALAM UMNO menghormati kedudukan Peguam Negara sebagai penasihat undang-undang utama kerajaan dan menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) memberikan penjelasan segera berhubung asas perundangan bagi penangguhan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, prinsip yang perlu dipegang adalah jelas iaitu kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong hendaklah dijunjung.Menurutnya, titah pengampunan bersyarat serta perintah mahkamah juga perlu dihormati dan diberikan kesan mengikut lunas undang-undang."UMNO memandang serius persoalan yang timbul berhubung pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak."Khususnya selepas bayaran denda dibuat dan perintah Mahkamah Tinggi dikeluarkan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiSebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan pada September lalu.AGC dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan keputusan tersebut dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib dalam kes SRC International.Menurut AGC, terdapat dua kemungkinan tafsiran terhadap perintah berkenaan yang memerlukan penelitian lanjut sebelum tindakan pelaksanaan seterusnya dapat dilaksanakan.Mengulas lanjut, Azalina berkata, dalam perkara yang melibatkan keputusan mahkamah, kuasa pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan serta hak seseorang di sisi undang-undang, sebarang ketidakselarasan atau penangguhan perlu disertakan dengan penjelasan yang jelas dan berasaskan undang-undang."Dalam perkara yang melibatkan keputusan mahkamah, kuasa pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan serta hak seseorang di sisi undang-undang, sebarang ketidakselarasan atau penangguhan perlu dijelaskan secara tuntas dan berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya.





'Sepatutnya hari ini menggembirakan kami sekeluarga' - Anak Najib luah rasa kecewa - Sinarharian - 6/11 11:44 pm

SHAH ALAM Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa meluahkan rasa sedih dan kecewa terhadap keputusan menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah bapanya.Nooryana berkata, hari tersebut sepatutnya menjadi detik yang menggembirakan buat seluruh keluarga kerana mereka telah bersedia untuk menyambut kepulangan Najib ke rumah.Menurutnya, beliau bersama ahli keluarga lain berusaha sejak pagi untuk menghubungi pelbagai pihak bagi memastikan semua urusan berkaitan kepulangan bapanya berjalan lancar."Mula-mula kami diberitahu ayah akan dibawa pulang ke rumah pada jam 5 petang, kemudian masa itu diubah kepada jam 8.30 malam, jadi kami terus menunggu."Sebelum itu, sekitar jam 2 petang tadi, kami menerima maklumat bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang cuba menangguhkan pembebasan Najib."Namun kami sekeluarga masih yakin kerana difahamkan dari segi prosedur, perintah mahkamah yang telah dikeluarkan sepatutnya sudah mencukupi," katanya pada Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiSebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan pada September lalu.AGC dalam kenyataannya pada Jumaat memaklumkan keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib dalam kes SRC International.Menurut AGC, terdapat dua kemungkinan tafsiran terhadap perintah berkenaan yang memerlukan penelitian lanjut sebelum pelaksanaan seterusnya dapat dilakukan.Nooryana berkata, setiap kali Najib dijadualkan pulang, pasti wujud halangan yang mengingatkannya kepada pengalaman pahit berkaitan Titah Adendum.Menurutnya, kali ini semua syarat yang ditetapkan telah dipatuhi termasuk menjelaskan bayaran denda RM50 juta."Kalau ada syarat lain, mengapa ia tidak dimaklumkan dari awal? Dan jika masih ada halangan, mengapa bayaran RM50 juta itu diterima hari ini?"Sampai bila? Kami hanya memohon keadilan dan ketelusan





Rumah Najib di Jalan Langgak Duta diisytihar sebagai penjara - Sinarharian - 6/11 9:57 pm

11, Jalan Langgak Duta yang terletak di atas Lot 5746, Mukim Kuala Lumpur, Daerah Kuala Lumpur."Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 3 Akta Penjara 1995 [Akta 537], Menteri mengisytiharkan semua bangunan dan kawasan dengan keluasan 4,558.975 meter persegi di No. 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta, 50480 Kuala Lumpur yang terletak di atas Lot 5746, Mukim Kuala Lumpur, Daerah Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai suatu penjara bagi maksud Akta bagi pemenjaraan atau penahanan orang dalam jagaan sah," menurut warta itu.Perisytiharan tersebut berkuat kuasa pada tarikh ia dimeterai iaitu hari ini.Najib dilaporkan selesai menjelaskan denda RM50 juta dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.Pembayaran itu merupakan antara syarat pengampunan bersyarat diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada 18 September, yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiBagaimanapun, AGC dalam satu kenyataan memaklumkan pelaksanaan tahanan di rumah terhadap bekas perdana menteri itu, ditangguhkan sementara sehingga selesai penelitian dan penjelasan lanjut mengenai interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat serta kesan Perintah Pelepasan berkenaan.AGC memaklumkan sepanjang tempoh penangguhan, Najib dikekalkan di tempat tahanan sedia ada, tertakluk kepada kuasa dan arahan pihak berkuasa yang berkenaan





Tangguh pengampunan diraja, AGC tiada kuasa dan boleh dianggap penghinaan - Peguam Najib - Sinarharian - 6/11 9:50 pm

Justeru, sebarang keputusan untuk terus menahan anak guam kami di Penjara Kajang berdasarkan kenyataan AGC adalah tidak sah di sisi undang-undang serta bercanggah dengan Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan."Oleh itu, kami menggesa Komisioner Jeneral Penjara supaya menyempurnakan pelepasan anak guam kami untuk menjalani tahanan rumah tanpa sebarang kelewatan. Dalam masa sama, Peguam Negara perlu menarik balik kenyataan AGC dengan serta-merta," katanya dalam satu kenyataan.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiSebelum ini, Jabatan Peguam Negara menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan pada September lalu.AGC dalam kenyataannya pada Jumaat memaklumkan keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib dalam kes SRC International.Menurut kenyataan tersebut, terdapat dua kemungkinan tafsiran terhadap perintah berkenaan yang memerlukan penelitian lanjut sebelum tindakan pelaksanaan seterusnya diambil.Sementara itu, Tetuan Shafee & Co menegaskan bahawa setiap syarat yang ditetapkan oleh Seri Paduka Baginda telah dipenuhi dan tiada alasan yang sah di sisi undang-undang untuk Najib terus ditahan di Penjara Kajang walaupun sesaat lagi."Oleh itu, kami menuntut agar anak guam kami dilepaskan dengan serta-merta untuk menjalani tahanan rumah di kediamannya sebagaimana yang diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda dan diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi."Tidak logik untuk AGC menegaskan bahawa pada hari yang sama kerajaan mewartakan kediaman anak guam kami sebagai tempat tahanan, beliau masih perlu kekal di Penjara Kajang sementara AGC mendapatkan penjelasan lanjut."Walau apa pun kebimbangan AGC mengenai kesan Perintah Pengampunan itu, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk menahan anak guam kami di satu penjara dan bukannya di penjara yang satu lagi," katanya.





Tangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 6/11 9:30 pm

KUALA LUMPUR Tindakan menangguhkan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa sebagai satu bentuk penderhakaan terhadap titah Yang di-Pertuan Agong.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan serta syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Pengampunan telah dipenuhi, termasuk pembayaran denda yang dikenakan terhadap bekas Presiden UMNO itu.Menurutnya, titah serta kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42(1) dan 42(2) Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati."Apa keperluan untuk menangguhkan lagi pelaksanaan tahanan rumah setelah pembayaran denda disempurnakan?"Segala usaha untuk menangguhkan pelaksanaan titah Yang di-Pertuan Agong dan keputusan Lembaga Pengampunan adalah satu bentuk penderhakaan serta pencabulan hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiSebelum ini, Sinar Harian melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan pada September lalu.AGC memaklumkan keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.Menurut kenyataan tersebut, terdapat dua kemungkinan tafsiran terhadap perintah berkenaan yang memerlukan penelitian lanjut sebelum pelaksanaan seterusnya dapat dilakukan.Menurut AGC, tafsiran pertama ialah pembayaran denda RM50 juta hanya memenuhi komponen hukuman denda, manakala hukuman penjara bagi kes SRC International masih berjalan sehingga 23 Ogos 2028 dengan pelaksanaannya dibuat menerusi tahanan rumah.Tafsiran kedua pula ialah pembayaran denda berkenaan merupakan syarat yang membolehkan pengampunan berkuat kuasa sepenuhnya, sekali gus membawa implikasi bahawa keseluruhan hukuman bagi kes SRC International, termasuk hukuman penjara, dianggap selesai.





Isu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihat - Sinarharian - 6/11 9:20 pm

SHAH ALAM Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Razlan Rafii membidas penangguhan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Razlan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook mendakwa tindakan berkenaan hanyalah satu muslihat."Muslihat demi muslihat yang digunakan untuk mencari penderhakaan."Inilah negara koboi," tulisnya pada Jumaat.Menerusi hantaran sama, beliau turut berkongsi kenyataan media Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) berhubung pengumuman pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.Menurut kenyataan itu, ketetapan pengampunan berkenaan dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.Dalam masa sama, Razlan turut mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang didakwanya gagal memahami kenyataan rasmi berhubung pengampunan Najib."Di mana yang susah hendak difahami dengan kenyataan ini?" katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromi





AGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah Najib - Sinarharian - 6/11 6:16 pm

PUTRAJAYA Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan September lalu.AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.Menurut kenyataan tersebut, terdapat dua kemungkinan tafsiran terhadap perintah berkenaan yang memerlukan penelitian lanjut sebelum tindakan pelaksanaan seterusnya diambil."Tafsiran pertama ialah pembayaran denda RM50 juta hanya memenuhi komponen hukuman denda, manakala hukuman penjara bagi kes SRC International masih berjalan sehingga 23 Ogos 2028, cuma kaedah pelaksanaannya dibuat menerusi tahanan rumah."Tafsiran kedua pula ialah pembayaran denda berkenaan merupakan syarat yang membolehkan pengampunan berkuat kuasa sepenuhnya, sekali gus membawa kesan bahawa keseluruhan hukuman bagi kes SRC International termasuk hukuman penjara dianggap selesai," katanya.Jabatan itu turut menjelaskan, persoalan tersebut mempunyai implikasi terhadap perintah Order of Discharge on Payment of Fine yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 6 November lalu selepas pembayaran denda RM50 juta direkodkan."Perintah berkenaan mengarahkan Najib dilepaskan serta-merta, namun pada masa sama menyatakan baki hukuman perlu dijalani menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028 berdasarkan Perintah Pengampunan Bersyarat," ujar AGC.Selain itu, AGC berkata, status baki hukuman penjara bagi kes SRC International turut memberi kesan kepada pelaksanaan hukuman penjara Najib dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB)."Ini kerana hukuman penjara bagi kes 1MDB ditetapkan bermula selepas selesai hukuman penjara bagi kes SRC International.AGC turut mengambil kira permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman (stay of execution) bagi kes 1MDB yang telah ditolak Mahkamah Tinggi pada 14 Oktober lalu.Sehubungan itu, AGC berpandangan penjelasan undang-undang yang jelas dan muktamad perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan pelaksanaan selanjutnya diambil."Memandangkan isu-isu yang dibangkitkan melibatkan persoalan perundangan yang kompleks, mempunyai implikasi terhadap pelaksanaan titah pengampunan dan perintah mahkamah serta merupakan suatu keadaan yang belum pernah dihadapi sebelum ini, Jabatan Peguam Negara berpandangan bahawa penjelasan undang-undang yang jelas dan muktamad perlu diperoleh sebelum tindakan pelaksanaan selanjutnya diambil," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromi





Tony Pua gesa BNM, SPRM audit kutipan untuk bayar denda Najib - Sinarharian - 6/11 5:00 pm

SHAH ALAM - Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa supaya mengaudit sumbangan yang dikutip bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayar denda RM50 juta.Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berkata, langkah itu penting untuk memastikan dana yang dikumpulkan itu diperoleh secara sah dan bukan hasil pengubahan wang haram."UMNO mendakwa berjaya mengumpul RM50 juta bagi membawa pulang individu paling korup di Malaysia, Najib Razak supaya dapat menjalani tahanan di rumah."Daripada menggunakan sejumlah wang yang begitu besar untuk membantu rakyat biasa di Malaysia, mereka sebaliknya memilih membebaskan individu yang paling banyak terlibat dalam rasuah di negara ini."Terserlah dengan begitu jelas sikap sebenar UMNO," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiSinar Harian melaporkan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan pihaknya sudah menyelesaikan segala proses pembayaran kepada pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi, sebagai syarat untuk Najib menjalani tahanan di rumah.Menurut beliau, jumlah kutipan dana melalui Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan pada 18 September lalu untuk membantu bekas Presiden UMNO itu sudah pun mencapai sasaran dan mencukupi.Jelasnya lagi, UMNO secara rasmi turut menutup akaun khas tabung khas berkenaan yang diwujudkan untuk penerimaan dana sumbangan orang ramai dan tiada lagi keperluan untuk pendanaan awam bagi tujuan berkenaan.





Rosmah tak tahu menahu Najib bayar denda RM50 juta hari ini - Mygazette - 6/11 4:25 pm

# Rosmah tak tahu menahu Najib bayar denda RM50 juta hari ini KUALA LUMPUR - Datin Seri Rosmah Mansor mengakui tidak tahu menahu berhubung desas-desus bahawa suaminya, Datuk Seri Najib Razak membayar denda RM50 juta hari ini bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan rumah bagi kes SRC International





Saya Tak Tahu, Keluarga Pun Tak Dimaklumkan Rosmah Mansor Terkejut Dakwaan Wakil Najib Bayar Denda RM50 Juta - Ohmedia - 6/11 2:37 pm

Rosmah Mansor tidak mengetahui dakwaan wakil Najib membayar denda RM50 juta bagi membolehkan suaminya menjalani tahanan rumah





Najib Going Home? Rosmah Says Not Aware, UMNO Says Fine Paid - Rakyatpost - 6/11 1:46 pm

Former prime minister Datuk Seri Najib Razak is reportedly preparing to return home to serve the remainder of his prison sentence under house arrest.





Najib Razak Dijangka Pulang Ke Rumah Petang Ini? Rosmah Pula Dakwa Tak Tahu Ada Wakil Bayar Denda RM50 Juta - Lobakmerah - 6/11 1:03 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah





Rayuan pendakwaan cabar Rosmah kemuka keterangan baharu tangguh, mahkamah diberitahu - FMT - 6/11 12:47 am

Mahkamah Tinggi tetapkan 14 Jan tahun depan untuk pengurusan kes seterusnya selepas dimaklumkan alasan penghakiman Mahkamah Rayuan belum diperoleh.





Prosecutions appeal in Rosmahs fresh evidence bid still pending, court told - FMT - 6/11 12:22 am

The appeal is against a Court of Appeal decision allowing Rosmah Mansor to adduce evidence to show that a witness testified under pressure from the prosecution.





Family was not informed Rosmah says was unaware two reps paid Najibs RM50 million fine - Sinardaily - 6/11 11:51 am

KUALA LUMPUR Wife of former prime minister Datin Seri Rosmah Mansor said she was unaware of claims that two representatives had appeared at the High Court here on Friday to settle the RM50 million fine imposed on Datuk Seri Najib Razak.Rosmah said she had not been informed of any developments regarding the matter, including the possibility that the fine had been paid.I dont know





Tanya Umno, Rosmah nafi tahu status kutipan dana Najib RM50 juta - Harapandaily - 6/11 11:49 am

Datin Seri Rosmah Mansor mengakui tidak mengetahui perkembangan kutipan dana RM50 juta bagi membantu suaminya, Datuk Seri Najib Razak, menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah





You all know better: Rosmah says no knowledge of RM50m fine payment to secure Najibs house arrest - Malaymail - 6/11 11:12 am

KUALA LUMPUR, Nov 6 Datin Seri Rosmah Mansor has denied knowing anything about arrangements to settle the RM50 m...





Rosmah Mansor Tidak Tahu Tentang Rancangan Bayar Denda RM50 Juta Najib – “Saya Tak Dimaklumkan Tentang Itu” - Beautifulnara - 6/11 11:03 am

Datin Seri Rosmah Mansor mengakui tidak mengetahui sebarang perancangan untuk menjelaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadap suaminya, Datuk Seri Najib Razak, bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah





Rosmah nafi laporan denda RM50 juta Najib sudah dibayar - FMT - 6/11 11:01 am

Media perlu tarik balik laporan jika tidak benar, kata isteri bekas perdana menteri.





Rosmah says family in the dark after another report about Najib paying RM50m fine - Mkini - 6/11 11:00 am

UPDATED 11.18AM 'I don't know





Rosmah dismisses report of RM50mil fine payment for Najib - FMT - 6/11 10:55 am

The former prime minister's wife says the media run stories only to retract them later.





Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta Najib - Sinarharian - 6/11 10:34 am

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak mengetahui dakwaan dua wakil hadir ke Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat bagi menjelaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.Rosmah, 75, berkata, beliau dan keluarga tidak dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan berhubung perkara itu, termasuk kemungkinan pembayaran denda berkenaan bagi membolehkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah."Saya tidak tahu, keluarga juga tidak dimaklumkan mengenainya



Rosmah warns jewellery firm it will hit a wall if it comes knocking for RM67.5m - Mkini - 28/10 3:13 pm

She says any attempt to enforce court-ordered payment will be 'vigorously resisted'.



Rosmah vows to resist enforcement of RM67.5m jewellery judgment ahead of appeal - Malaymail - 28/10 3:09 pm

KUALA LUMPUR, Oct 28 Datin Seri Rosmah Mansor has described any move by Lebanese jewellery firm Global Royalty T...



[UPDATED] Rosmah says bid to enforce RM67.5mil jewellery judgment is premature - NST - 28/10 2:20 pm

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor said any attempt by Lebanese jewellery firm Global Royalty Trading SAL to enforce a RM67.5 million judgment against her would be premature, as her appeal against the High Courts decision has yet to be heard.



Global Royalty to enforce RM67.5mil judgment; bankruptcy looms for Rosmah - NST - 27/10 1:44 pm

KUALA LUMPUR: Global Royalty Trading SAL will move to enforce a High Court judgment ordering Datin Seri Rosmah Mansor to pay RM67.5 million over 43 missing pieces of jewellery after she failed to deposit the sum within the stipulated period.



Nine-lawyer team representing Shuhaily includes high-profile criminal lawyers - Sinardaily - 21/10 4:36 pm

More recently, he was involved in a murder case involving the stabbing of a Form Four student at a school in Bandar Utama on Oct 14, 2025.Akberdin has handled both Syariah and criminal cases. In December 2018, he was appointed as counsel for former prime minister's wife Datin Seri Rosmah Mansor in connection with the RM1.25 billion solar energy project for rural schools in Sarawak.Baljit represented former attorney-general Tan Sri Mohamed Apandi Ali in a lawsuit against Tun Dr Mahathir Mohamad and the government over the termination of Apandi's tenure as attorney-general



Mohd Shuhaily dibarisi sembilan peguam kes berprofil tinggi - Sinarharian - 21/10 12:46 am

SEPANG Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang berdepan dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis dibarisi sembilan peguam, termasuk beberapa pengamal undang-undang berpengalaman dalam kes jenayah serta berprofil tinggi.Semasa prosiding, Mohd Shuhaily, 54, diwakili peguam, Datuk Rosal Azimin Ahmad, Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu, Datuk Akberdin Abdul Kader, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Md Yunos Shariff, Muhammad Rafique Rashid Ali, Kitson Foong dan Badruzzaman Ishak.Rosal dan Ahmad Zaidi merupakan antara barisan peguam yang mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kes 45 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram pada 2018.Berdasarkan rekod, Kitson mempunyai pengalaman luas dalam pembelaan jenayah, termasuk kes pengkhianatan berkaitan kumpulan Al-Maunah, pemerdagangan dadah dan terbaharu kes bunuh dalam kejadian tikam pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di Bandar Utama pada 14 Oktober 2025.Sementara Yaacob merupakan bekas Hakim Mahkamah Rayuan yang dilantik pada 21 Mac 2016 dan pernah menjadi Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).ARTIKEL BERKAITAN: Mohd Shuhaily dibarisi sembilan peguam kes berprofil tinggiMohd Shuhaily nafi sebabkan kecederaan dua anggota polis di KLIA[VIDEO] Mohd Suhaily bertugas seperti biasa - PeguamMohd Shuhaily hargai sokongan masyarakat, serah proses perundangan kepada mahkamahAnggota polis dakwa kepala dihantuk empat kali, jalani rawatan psikiatri akibat dikasari Mohd Shuhaily - PeguamDua anggota polis akan fail saman sivil terhadap Mohd Shuhaily - PeguamAkberdin bukan sahaja mengendalikan kes syariah malah berpengalaman dalam kes jenayah.Beliau dilantik sebagai peguam kepada isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada Disember 2018 berkaitan projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak, yang bernilai RM1.25 bilion.Baljit telah mengendalikan kes saman anak guamnya, bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan, berhubung penamatan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara.Kes itu diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 13 April 2022, tanpa pengakuan liabiliti oleh kerajaan.Md Yunos bersama Yaacob disenaraikan sebagai peguam yang mewakili sepasang suami isteri yang berdepan 75 pertuduhan berkaitan penerimaan deposit tanpa lesen, skim pelaburan tidak berdaftar dan pengubahan wang haram di Ipoh pada September 2025.Muhammad Rafique turut terkenal dengan kes berprofil tinggi antarakan membabitkan jenayah dan saman sivil oleh bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther.Pada Rabu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di kaunter J Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada jam 1.17 hingga 1.35 tengah hari 28 September lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shahrizat Ismail, Ahmad Sazali Omar, Nor Azizah Aling dan Nur Aqiilah Ahmad Rofaie.



20 tahun tragedi Altantuya, Al Jazeera terbit dokumentari baharu bongkar .. - Wrlr - 19/10 12:18 am

Dakwaan itu didedahkan menerusi wawancara eksklusif bersama Mary Ann Jolley pada November 2023. BACA JUGA Nasib Rosmah kembali j adi perhatian, rayuan kes rasuah solar RM1.25 bilion



Al Jazera buat video baru pasal kes An Tantuya.. - Wrlr - 19/10 11:46 am

MAN TOBA Al Jazera buat video baru pasal kes An Tantuya.. gen z yang tak tau apa tu leh tonton sini, kes ni ada kaitan ngan Najib dan Rosmah



Nasib Rosmah kembali jadi perhatian, rayuan kes rasuah solar RM1.25 bilion .. - Wrlr - 19/10 10:55 am

Nasib Rosmah kembali jadi perhatian, rayuan kes rasuah solar RM1.25 bilion bersambung minggu ini Harapandaily October 19, 2026 Rayuan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengetepikan sabitan dan hukuman dalam kes rasuah projek solar hibrid Sarawak bernilai RM1.25 bilion dijangka menjadi prosiding yang menarik perhatian minggu ini




Reformasi     >>



PSM slams Harapan's 'side drama' over Najib house .. - Mkini
Arutchelvan targets Loke's resignation, Mat Sabu forgoing his salary.
Kroni     >>



Nvidia CEO Huang quits after affair with suspected .. - NST
SAN FRANCISCO: Jensen Huang, the leather-jacketed architect of the artificial intelligence boom, resigned as chief executive of Nvidia on Thursday after revelations of two extramarital affairs, including one with a woman accused of spying for China.
Tabloid     >>



Tiada Keperluan Tergesa-Gesa Putuskan Peletakan .. - Siakapkeli
Tiada Keperluan Tergesa-Gesa Putuskan Peletakan Jawatan Anthony Loke - AnwarKUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Tiada keperluan untuk kerajaan tergesa-
Tech     >>



Cramer says Jensen Huang betrayed Nvidia shareholders. .. - Cnbc
Without Huang, Cramer said Thursday, "There won't be a better Nvidia, just a different one."
World     >>



Why did Nvidia CEO Jensen Huang resign, and who is .. - Aljazeera
Huang has stepped down amid revelations about extramarital affairs and allegations of Chinese espionage.
Motor Trend     >>



Honda CR-V Generasi Ketujuh Diumumkan, Semua Varian .. - Careta
SUV itu turut menerima platform baharu, peningkatan prestasi dan kecekapan bahan api, selain perubahan reka bentuk berbanding generasi sebelumnya. Berdasarkan kenyataan rasmi Honda Newsroom bertarikh 12 November 2026, pengumuman tersebut dibuat menjelang ulang tahun ke-30 CR-V pada 2027. Model ..