///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Ronnie Liu News   Page 1    



59 laporan polis dibuat, Tony Pua akan dipanggil beri keterangan - Mygazette - 21/05 4:10 pm

Keseluruhan 59 laporan itu melibatkan pelbagai balai polis di seluruh negara, bukan hanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sahaja, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. Sebelum ini, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi titah baginda menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu supaya hadir sekurang-kurangnya seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi membaca Rukun Negara yang dipamerkan di plak lokasi berkenaan selain menghormati institusi raja





Terima Datuk tapi Suee Lim diam bila institusi diraja Selangor diasak... - Mygazette - 21/05 4:10 pm

Ketua Pemuda Pas Selangor, Sukri Omar berkata, tindakan berdiam diri itu menimbulkan persoalan sama ada mereka benar-benar menghormati institusi Raja Berperlembagaan atau sekadar selesa menerima darjah kebesaran. Beliau secara terbuka menamakan Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim supaya menyatakan pendirian berhubung isu melibatkan dua pemimpin veteran DAP, Tony Pua dan Ronnie Liu serta ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki





Jangan putar belit titah Sultan Selangor demi kepentingan politik sempit .. - Mygazette - 21/05 4:10 pm

Ia bukanlah satu perintah mutlak seperti yang disalah tafsir oleh segelintir pemimpin politik, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Terdahulu, Sultan Selangor menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan





Malaysia akan aman tanpa DAP ??? Ahmad - Mygazette - 21/05 4:10 pm

Namun tidak sesekali bagi parti berlatar belakang cauvinis seperti DAP yang masih tegar bertembung dengan istana, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sebelum ini, Sultan Selangor bertitah ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew supaya hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan





59 police reports lodged against Tony Pua - Sinardaily - 21/05 2:57 pm

SHAH ALAM - Police have received 59 reports nationwide against former Damansara MP Tony Pua following a post on his Facebook account that allegedly touched on sensitive issues involving the Constitutional Monarchy and Rukun Negara.Selangor police chief Comm Datuk Shazeli Kahar said the case will be investigated and that Pua will be called to give his statement soon."As of this morning, I have been briefed that 59 police reports have been lodged nationwide, and the investigation is being conducted by the Selangor Royal Malaysia Police (PDRM)," he told reporters at a press conference at the Selangor Contingent Police Headquarters Senior Officers' Mess today.Yesterday, police opened an investigation paper against Pua following a Facebook post that allegedly touched on sensitive issues related to the Constitutional Monarchy and Rukun Negara.Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director Comm Datuk M. Kumar said the investigation was being conducted under Section 505(b) of the Penal Code for statements conducive to public mischief and Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998.The DAP Disciplinary Committee chairman reportedly issued a statement saying that Malaysia practices a Constitutional Monarchy system in which the King's power is generally limited to certain areas.The statement is believed to have been made following the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah's, decree advising Seri Kembangan state assemblyman Wong Siew Ki and former Selangor executive councillor Ronnie Liu to visit Dataran Selangor once a week to understand and appreciate the true meaning of the Rukun Negara





Kritik titah Sultan Selangor: Pemuda Pas persoal pendirian Suee Lim - Sinarharian - 21/05 2:11 pm

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar mempersoalkan pendirian Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim susulan kontroversi melibatkan pemimpin politik yang didakwa mengkritik titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Beliau berkata, Suee Lim sepatutnya tampil mengeluarkan kenyataan mempertahankan institusi diraja serta menunjukkan pendirian yang jelas terhadap tindakan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki selain bekas pemimpin DAP, Tony Pua dan Ronnie Liu.Menurutnya, gelaran Datuk yang diterima bukan sekadar untuk ditulis di hadapan nama, sebaliknya lambang penghormatan dan pengiktirafan daripada institusi diraja negeri."Bila institusi yang menganugerahkan darjah kebesaran diasak dan dipersoalkan secara terbuka, sekurang-kurangnya tampilkan pendirian yang jelas dan bermaruah."Kalau benar hormat kepada Raja Berperlembagaan, inilah waktunya tunjukkan kesetiaan kepada institusi negeri bukan sekadar diam membisu melihat penghinaan demi penghinaan berlaku," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Mohamed Sukri berkata, rakyat sedang memerhati sikap pemimpin yang menerima anugerah kebesaran tetapi didakwa gagal mempertahankan kehormatan institusi yang menganugerahkannya."Jangan sampai rakyat melihat ada pihak hanya selesa menerima anugerah, tetapi terlalu sukar mempertahankan kehormatan institusi yang menganugerahkannya," tambah beliau.Sinar Harian pada Selasa melaporkan, Sultan Selangor menyarankan Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan.Baginda bertitah, langkah itu penting agar semua pihak khususnya pemimpin politik memahami nilai asas yang menjadi tunjang perpaduan dan keharmonian negara.





59 laporan polis dibuat terhadap Tony Pua, polis akan panggil rakam keterangan - Sinarharian - 21/05 12:33 am

SHAH ALAM Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua akan dipanggil untuk direkod keterangan dalam masa terdekat susulan hantaran yang didakwa menyentuh isu Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan berhubung kes itu kini dikendalikan Polis Kontinjen Selangor.Menurutnya, sehingga pagi Khamis, sebanyak 59 laporan polis telah dibuat membabitkan kenyataan yang dimuat naik oleh Tony Pua itu."Sehingga pagi tadi saya telah ditaklimatkan sebanyak 59 laporan polis dibuat di seluruh negara dan siasatan dijalankan oleh pihak IPK Selangor."Keseluruhan 59 laporan itu melibatkan pelbagai balai polis di seluruh negara, bukan hanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sahaja," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada ...an-mukadimah-rukun-negara"Tony Pua kongsi penghayatan mukadimah Rukun Negara'Saya terpaksa cari maksud kaduk naik junjung', - Tony PuaPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf WajdiTony Pua dakwa kuasa raja terhad pada aspek tertentuPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi'Cukup-cukuplah kerjasama dengan mereka, titah Sultan pun sanggup diperlekeh' - Akmal SalehHormati Institusi Raja, jangan pilih Perlembagaan ikut kepentingan politik - Mohamed SukriMedia sebelum ini melaporkan, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titah baginda menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu hadir sekurang-kurangnya seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi membaca Rukun Negara yang ditulis di plak di situ selain menghormati institusi raja.Susulan itu, Tony Pua menerusi hantaran di Facebook menyatakan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa Raja secara amnya terhad kepada aspek tertentu termasuk adat Melayu, Islam serta fungsi Perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar dan perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN)





Tony Pua in hot water over monarchy remarks - Sinardaily - 21/05 11:56 am

SHAH ALAM A Facebook post about Malaysia's constitutional monarchy has landed former Damansara Member of Parliament Tony Pua in the crosshairs of federal police, after 28 reports were lodged against him nationwide.Pua is now being investigated under Section 505(b) of the Penal Code for public mischief and Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998. Authorities have indicated he may be called in for questioning soon.How it startedThe controversy traces back to Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, who publicly advised DAP Seri Kembangan assemblyman Wong Siew Ki and former Selangor exco Ronnie Liu to better understand and appreciate the Rukun Negara specifically, the importance of respecting the royal institution.The royal reminder came amid a simmering dispute over pig farming in Selangor





Siew Ki junjung titah Sultan Selangor, hormati dan patuhi prinsip Rukun... - Mygazette - 21/05 7:36 am

Patik amat menghormati dan sentiasa mematuhi prinsip-prinsip ini dalam setiap tindakan patik demi mengutamakan kepentingan rakyat Selangor dan Malaysia. Semalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menyarankan Siew Ki dan bekas Exco DAP Selangor, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara





Ronnie Liu junjung titah Sultan Selangor, hadir ke Dataran Selangor .. - Mygazette - 21/05 7:36 am

# Ronnie Liu junjung titah Sultan Selangor, hadir ke Dataran Selangor hayati Rukun Negara KUALA LUMPUR Bekas Exco DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew hadir sendiri sendiri ke Dataran Selangor untuk membaca semula serta menghayati dengan lebih mendalam Rukun Negara, seperti mana dititahkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam





Polis buka kertas siasatan terhadap Tony Pua, terima 28 laporan setakat ini - Mygazette - 21/05 7:36 am

Bukan dekri atau titah, katanya. Kenyataan itu dimuat naik Tony Pua tidak lama selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas EXCO Selangor, Ronnie Liu hadir sekurang kurangnya seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi membaca Rukun Negara yang ditulis di plak di situ selain menghormati institusi raja





'Tony Pua, hormat titah tidak bermakna tolak Perlembagaan' - Peguam - Sinarharian - 20/05 8:42 pm

SHAH ALAM Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua digesa memberi penjelasan berhubung kenyataannya yang didakwa boleh mengelirukan rakyat mengenai kedudukan institusi diraja dalam sistem Raja Berperlembagaan negara.Peguam, M Partiben berkata, kenyataan Tony yang dipetik sebagai 'beliau akan patuh Perlembagaan, bukan titah semata-mata berhubung titah Sultan Selangor', seolah-olah memisahkan institusi itu daripada Perlembagaan Persekutuan.Hakikatnya, beliau berkata, kedudukan dan kuasa Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam dan Ketua Negeri diperuntukkan secara jelas di bawah Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan serta Perlembagaan Negeri Selangor."Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan sememangnya menetapkan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi."Bagaimanapun kuasa Sultan yang termaktub dalam Perlembagaan itu sendiri adalah sebahagian daripada undang-undang tertinggi negara," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: Persenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi'Saya terpaksa cari maksud kaduk naik junjung', - Tony PuaPartiben berkata, menghormati titah dan nasihat Sultan tidak bermakna menolak Perlembagaan.Beliau turut menggesa Tony memberi penjelasan segera sama ada kenyataan itu bermaksud mempertikai kuasa perlembagaan Sultan atau sebaliknya.Katanya, kekeliruan tersebut tidak sepatutnya dibiarkan kerana boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap institusi yang menjadi tunggak kestabilan negara.Sebelum ini, Tony yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP dilaporkan menegaskan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.Menurutnya, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem pemerintahan mutlak yang membolehkan raja menggubal atau mengikat semua aspek kehidupan rakyat melalui titah semata-mata.Kenyataan tersebut dibuat susulan titah Sultan Selangor yang menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu supaya hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi memahami serta menghayati makna sebenar Rukun Negara.Baginda bertitah, langkah itu penting agar mereka menjadi rakyat yang memahami kepentingan menghormati kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu selain menjaga adab, kesopanan dan kesusilaan sebagaimana terkandung dalam prinsip Rukun Negara.





After sultans rebuke, Ronnie Liu revisits Dataran Selangor to read Rukun Negara - FMT - 20/05 7:42 pm

The ex-DAP leader says the visit moved him and made him realise that the Rukun Negara was more than just a set of lines Malaysians memorised in school.





Polis terima 28 laporan berkaitan hantaran Tony Pua - Sinarharian - 20/05 7:19 pm

KUALA LUMPUR - Polis menerima sebanyak 28 laporan terhadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua susulan hantaran di Facebook yang didakwa menyentuh isu Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, M Kumar berkata, polis telah membuka siasatan berhubung hantaran berkenaan selepas menerima laporan yang dibuat di seluruh negara."Kita telah memulakan siasatan selepas menerima 28 laporan polis dari seluruh negara."Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Ditanya sama ada Tony Pua akan dipanggil, Kumar berkata, semua pihak berkaitan akan dipanggil bagi membantu siasatan dalam masa terdekat.Pada Selasa, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu hadir sekurang kurangnya seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi membaca Rukun Negara yang ditulis di plak di situ selain menghormati institusi raja.Susulan itu, Tony Pua dalam hantaran di Facebook menyatakan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa Raja secara amnya terhad kepada aspek tertentu termasuk adat Melayu, Islam serta fungsi Perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar dan perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).Hantaran itu mengundang kritikan daripada beberapa pemimpin politik yang membidas kenyataan veteran DAP berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN:Tony Pua dakwa kuasa raja terhad pada aspek tertentuPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi'Cukup-cukuplah kerjasama dengan mereka, titah Sultan pun sanggup diperlekeh' - Akmal SalehHormati Institusi Raja, jangan pilih Perlembagaan ikut kepentingan politik - Mohamed Sukri





Ronnie Liu ke Dataran Selangor baca Rukun Negara usai titah Sultan Sharafuddin - FMT - 20/05 6:54 pm

Semalam Sultan Sharafuddin Idris Shah saran Ronnie Liu dan Wong Siew Ki menghayati semula Rukun Negara.





Ronnie Liu Lawat Monumen Rukun Negara – “Saya Kembali Bermuhasabah” - Beautifulnara - 20/05 4:56 pm

Bekas EXCO Selangor, Ronnie Liu Tian Kiew mengunjungi Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor hari ini bagi membaca semula serta menghayati makna Rukun Negara dengan lebih mendalam





Tony Pua jangan cabar sensitiviti rakyat terhadap institusi diraja - MHO - Sinarharian - 20/05 4:27 pm

SHAH ALAM Kenyataan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua mempersoalkan kedudukan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam sistem Raja Berpelembagaan sebagai biadab dan tidak menghormati institusi diraja.Ketua Pegawai Perhubungan Awam Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Daniel Khoo berkata, kenyataan DAP itu yang mempersoalkan kedudukan titah Raja dan Rukun Negara dilihat tidak sensitif selain berpotensi mengelirukan rakyat mengenai peranan institusi diraja di negara ini."Walaupun Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, ia tidak bermaksud institusi diraja boleh diperkecil atau dipersoalkan sesuka hati oleh ahli politik."Titah Sultan Selangor itu menyentuh soal adab, penghormatan kepada Rukun Negara serta institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi asas kestabilan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, Tony Pua yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP dilaporkan menegaskan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.ARTIKEL BERKAITAN TONY PUA: Persenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf WajdiTony Pua dakwa kuasa raja terhad pada aspek tertentuPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi'Cukup-cukuplah kerjasama dengan mereka, titah Sultan pun sanggup diperlekeh' - Akmal SalehHormati Institusi Raja, jangan pilih Perlembagaan ikut kepentingan politik - Mohamed SukriMenurut beliau, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem pemerintahan mutlak yang membolehkan raja menggubal atau mengikat semua aspek kehidupan rakyat melalui titah semata-mata.Kenyataan tersebut dibuat susulan titah Sultan Selangor yang menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu supaya hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi memahami serta menghayati makna sebenar Rukun Negara.Baginda bertitah, langkah itu penting agar mereka menjadi rakyat yang memahami kepentingan menghormati kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu selain menjaga adab, kesopanan dan kesusilaan sebagaimana terkandung dalam prinsip Rukun Negara.Mengulas lanjut, Daniel berkata, majoriti rakyat Malaysia masih menjunjung tinggi institusi diraja dan menyokong titah Sultan Selangor yang sering menekankan aspek perpaduan serta keharmonian negara.Beliau berkata, pemimpin politik sewajarnya menunjukkan teladan baik kepada masyarakat dengan menjaga tutur kata apabila menyentuh isu berkaitan institusi Raja-Raja Melayu."Jangan kerana mahu mempertahankan kenyataan tertentu, akhirnya adab terhadap institusi diraja diketepikan."Rakyat masih tahu membezakan antara kebebasan bersuara dengan kenyataan yang boleh dianggap tidak menghormati Raja-Raja Melayu," katanya





Pemuda Amanah gesa DAP ambil tindakan disiplin terhadap Tony Pua - Mygazette - 20/05 3:59 pm

Menurut yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP berkata, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat. Terdahulu, Sultan Sharafuddin bertitah menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara





Tony Pua bagai kaduk naik junjung, UMNO bersama Tuanku! – Asyraf... - Mygazette - 20/05 3:59 pm

Katanya, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat. Kenyataan itu dikeluarkan susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara





Ronnie Liu junjung titah Sultan, lawat Monumen Rukun Negara - Mkini - 20/05 3:55 pm

Kira-kira 24 jam selepas dititah berbuat demikian oleh Sultan Selangor.





Titah sultan perlu dijadikan nasihat, bukan polemik politik - Amanah Selangor - Sinarharian - 20/05 2:44 pm

SHAH ALAM - Semua pihak khususnya ahli politik digesa agar tidak mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Abbas Azmi berkata, semua pihak seharusnya berlapang dada dan memahami maksud di sebalik titah baginda yang mengingatkan generasi baharu tentang kepentingan Rukun Negara dan perpaduan rakyat.Menurutnya, tindakan segelintir ahli politik yang cuba memanipulasi titah tersebut untuk kepentingan sendiri adalah sangat tidak wajar."Jadikanlah titah Tuanku Sultan Selangor itu sebagai satu nasihat yang berguna sepertimana nasihat seorang ayah kepada anak-anaknya."Tiada untungnya kepada mana-mana pihak yang cuba untuk mengambil kesempatan di atas titah baginda selain untuk mengeruhkan keadaan dan mungkin cubaan untuk meraih populariti politik semata-mata. Berpolitik ada batasnya," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Sinar Harian pada Selasa melaporkan Sultan Sharafuddin menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan.Titah baginda, langkah itu penting agar semua pihak terutamanya pemimpin politik memahami nilai asas yang menjadi tunjang perpaduan dan keharmonian negara.Mengulas lanjut, Abbas menegaskan, fokus utama ketika ini harus diberikan kepada usaha memperkukuh keadaan negeri dan negara yang sedang berhadapan cabaran krisis ekonomi global."Nasib rakyat harus menjadi keutamaan dan seperti yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Amiruddin Shari, pakej rangsangan ekonomi khusus bagi negeri Selangor berhadapan dengan krisis itu kesan dari pergolakan di negara Timur Tengah dengan peruntukan permulaan sebanyak RM131 juta."Ini yang harus diberi keutamaan bukan hanya cubaan menangguk di air yang keruh dan menjadi pengadu domba bagi mengeruhkan suasana," ujarnya.Sehubungan itu, beliau menyeru agar semua pihak mengambil iktibar secara positif atas titah Sultan Sharafuddin sebagai tanda sayang baginda terhadap kerajaan dan rakyat negeri Selangor.





'Junjung Rukun Negara demi kepentingan rakyat' - Siew Ki - Sinarharian - 20/05 2:43 pm

SHAH ALAM Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki menegaskan prinsip-prinsip Rukun Negara sentiasa menjadi panduan, inspirasi dan asas utama dalam melaksanakan tanggungjawab berkhidmat kepada seluruh rakyat.Beliau berkta, sebagai wakil rakyat, lima prinsip Rukun Negara sentiasa dijunjung dan diamalkan dalam setiap tindakan demi memastikan kepentingan rakyat Selangor dan Malaysia terus diutamakan.Menurutnya, prinsip Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan menjadi asas penting dalam memikul amanah yang diberikan rakyat."Patik menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj."Patik amat menghormati dan sentiasa mematuhi prinsip-prinsip ini dalam setiap tindakan patik demi mengutamakan kepentingan rakyat Selangor dan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Sinar Harian pada Selasa melaporkan, Sultan Selangor menyarankan Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan.Baginda bertitah, langkah itu penting agar semua pihak khususnya pemimpin politik memahami nilai asas yang menjadi tunjang perpaduan dan keharmonian negara.Siew Ki sebelum ini semasa membahaskan titah ucapan Sultan Sharafuddin pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor memohon pertimbangan kerajaan negeri memberi ruang kepada penerokaan sistem penternakan babi secara moden dan tertutup di Selangor.Beliau berkata, cadangan itu mengambil kira aspek kesamarataan warganegara seperti yang dijamin di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan





Armada Perak mulakan laporan polis terhadap Tony Pua - Sinarharian - 20/05 2:07 pm

IPOH Angkat Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak memulakan tindakan membuat laporan polis terhadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua susulan kenyataan dimuat naik menerusi akaun Facebook miliknya yang didakwa menyentuh isu sensitif melibatkan institusi Raja Berperlembagaan.Ketua Armada Bersatu Perak, Halim Nayan berkata, tindakan tersebut dibuat sebagai tanda bantahan terhadap kenyataan yang disifatkan tidak bertanggungjawab serta melampaui batas sebagai rakyat Malaysia.Menurutnya, kenyataan berkenaan dilihat cuba mencabar asas penting dalam sistem Raja Berperlembagaan dan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunjang kestabilan negara sejak sekian lama."Malaysia bukan negara yang dibina atas emosi politik sempit atau ideologi songsang yang bebas menghina sesuka hati institusi negara."Negara ini dibina atas lunas Perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta penghormatan kepada institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi payung kepada keharmonian dan kestabilan negara," katanya ketika ditemui pemberita di hadapan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: Persenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf WajdiHadir sama Naib Ketua Armada Bersatu Perak, Izwan Yudin Rizal Sham.Halim berkata, mana-mana pihak yang cuba mengelirukan rakyat sehingga prinsip kesetiaan kepada raja dan negara dipersoalkan mengikut kepentingan politik tertentu merupakan tindakan tidak bertanggungjawab dan berbahaya.Katanya, kebebasan bersuara tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mencetuskan kebencian terhadap sistem negara manakala demokrasi pula bukan tiket untuk mencabar institusi yang menjadi tunjang kestabilan Malaysia.Sehubungan itu, beliau mendesak pihak polis agar menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terlibat mengikut Akta Hasutan 1948 serta peruntukan undang-undang berkaitan tanpa kompromi.Tambah Halim, Armada Bersatu Perak juga memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak menormalisasikan kenyataan yang boleh menggugat keharmonian negara atas nama kebebasan bersuara."Malaysia ada batas, Malaysia ada Perlembagaan dan Malaysia juga mempunyai sistem Raja Berperlembagaan yang perlu dihormati semua pihak."Kami di Armada Bersatu Perak akan terus berada di barisan hadapan dalam mempertahankan institusi diraja," katanya.Menurut beliau, setakat ini Armada Bersatu Perak merupakan antara pihak terawal membuat laporan polis berhubung isu tersebut dan tindakan sama dijangka akan disusuli beberapa Armada negeri lain termasuk di peringkat bahagian.Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan Tony yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja.Katanya, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat.Kenyataan itu dikeluarkan susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara





DAP sedang rancak laksanakan agenda, dakwa Armada Bersatu - Sinarharian - 20/05 1:12 pm

SHAH ALAM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa kenyataan biadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua sebagai sengaja dibuat untuk meneruskan polemik dan krisis meskipun boleh menggugat keharmonian rakyat.Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhammad Hilman Idham mendakwa pimpinan DAP dilihat terus mengkritik Institusi Raja Berperlembagaan kerana merasakan mereka berada dalam kedudukan yang kukuh dalam kerajaan ketika ini.Menurut beliau, situasi itu menyebabkan tiada pemimpin dalam kerajaan Perpaduan yang berani menegur atau menghentikan tindakan yang dilihat mencabar sensitiviti.ARTIKEL BERKAITAN:Tony Pua dakwa kuasa raja terhad pada aspek tertentuPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi'Cukup-cukuplah kerjasama dengan mereka, titah Sultan pun sanggup diperlekeh' - Akmal SalehHormati Institusi Raja, jangan pilih Perlembagaan ikut kepentingan politik - Mohamed Sukri"Armada yakin, DAP akan terus menggasak dan memperlekeh Institusi Raja Berperlembagaan kerana mereka berasa kebal."Maka, tidak ada pemimpin Madani yang akan berani menghentikan kebiadapan yang sedang dilakukan DAP sekali pun UMNO dilihat cuba melawan dan mencabar parti itu, tapi itulah hipokrasi mereka," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sayap pemuda Bersatu itu juga turut percaya kedudukan dominan DAP dalam kerajaan memberi ruang kepada mereka melaksanakan pelbagai agenda parti."DAP sedang rancak melaksanakan agenda mereka yang mana minggu lalu, Kabinet Madani mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) biarpun ianya bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan malah menjadikan Tahfiz sebagai perisai mempertahankan UEC."Justeru, DAP semakin rancak dan berani kerana ketika ini kerana pelbagai agenda mereka berjaya direalisasikan, mereka akan terus mencabar institusi Raja Berperlembagaan dan meneruskan polemik ini kerana agenda seterusnya adalah mengurangkan kuasa Raja-Raja," dakwanya.Tony yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP pada Selasa mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja.Katanya, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat.Kenyataan itu dikeluarkan susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara.





Bersatu Selangor tegas semua wakil rakyat perlu hormati institusi Raja-Raja Melayu - Sinarharian - 20/05 8:19 am

SHAH ALAM Semua wakil rakyat wajib menghormati institusi Raja-Raja Melayu, beradab serta tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan.Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Wan Dzahanurin Ahmad berkata, pendirian itu dinyatakan susulan sokongan penuh parti berkenaan terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkaitan Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor.Menurutnya, Bersatu Selangor turut mengambil maklum teguran khusus Sultan Selangor terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew."Sebagai parti yang menjunjung kedaulatan Raja-Raja Melayu, kami berpandangan bahawa semua wakil rakyat wajib menghormati institusi Raja, beradab dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat keharmonian serta kedudukan Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Beliau berkata, parti itu juga menjunjung kasih serta menyokong penuh titah Sultan Selangor yang memperkenalkan Plak Monumen Rukun Negara sebagai usaha mendidik rakyat, khususnya generasi muda mengenai asas perpaduan negara.Tegasnya, peristiwa 13 Mei 1969 ialah sejarah hitam yang tidak boleh diulang dan Rukun Negara perlu terus dijadikan pegangan bersama rakyat pelbagai kaum dan agama.Dalam pada itu, beliau berkata, Bersatu Selangor bersetuju dengan seruan Sultan Selangor supaya setiap Ahli Yang Berhormat di negeri itu menjadikan lawatan ke Dataran Selangor sebagai amalan."Memahami dan menghayati maksud Rukun Negara adalah tanggungjawab semua pemimpin tanpa mengira parti politik," katanya.Beliau berkata, Bersatu Selangor akan terus berpegang kepada prinsip mempertahankan agama Islam serta berkhidmat kepada rakyat dan negara seperti dititahkan Sultan Selangor





Isu ternakan babi: Pas Selangor desak Weng San letak jawatan Speaker... - Mygazette - 20/05 7:56 am

Ketuanya, Mohamed Sukri Omar berkata, pihaknya menjunjung kasih atas titah tegas Sultan Selangor yang mengingatkan semua pihak supaya memahami dan menghayati prinsip Rukun Negara khususnya berkaitan kesopanan, kesusilaan serta penghormatan terhadap institusi Raja Berperlembagaan. Malah, menurut beliau, teguran terbuka Sultan Selangor terhadap Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu membuktikan tahap kebiadaban politik yang berlaku kini sudah melampaui batas





DAP patut hantar pemimpin tertinggi menghadap Sultan Selangor -Fadhli - Mygazette - 20/05 7:56 am

"Molek sekali jika parti-parti ini dialihkan bersama sekaligus sebagai pembangkang di Selangor dan juga di Putrajaya," katanya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dalam hantaran di Facebook, hari ini. Cadangan itu susulan titah terbaharu Sultan Selangor yang menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara





Kuasa raja adalah terhad, kata Tony Pua Kuasa raja adalah terhad, kata .. - Mygazette - 20/05 7:56 am

"Bukan berdasarkan titah semata-mata," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. Terdahulu,Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara





Hina institusi raja: PN Selangor desak ADUN DAP minta maaf terbuka - Mygazette - 20/05 7:56 am

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan itu perlu dilakukan segera susulan teguran tegas baginda yang menzahirkan rasa dukacita terhadap sikap segelintir pemimpin politik berhubung prinsip Rukun Negara dan institusi Raja Berperlembagaan. Menurut Mohamed Azmin, titah Sultan Selangor yang menyentuh penglibatan Siew Ki serta bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu jelas membuktikan isu tersebut bukan lagi sekadar polemik biasa sebaliknya telah menyentuh prinsip asas kenegaraan





Lima prinsip Rukun Negara perlu difahami secara menyeluruh - Ronnie Liu - Sinarharian - 19/05 11:34 pm

SHAH ALAM - Kelima-lima prinsip Rukun Negara tidak boleh difahami secara terpilih, sebaliknya perlu dihayati secara menyeluruh sebagai asas budaya politik negara.Bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew berkata, prinsip itu merangkumi Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan yang menjadi semangat kebangsaan lengkap untuk semua rakyat Malaysia.Menurut beliau, dalam suasana politik dan masyarakat yang semakin dipenuhi emosi serta perpecahan, semua ahli politik perlu kembali memahami semangat sebenar Rukun Negara."Pada pandangan patik, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya ahli politik hadir ke Dataran Selangor sebanyak dua kali sebulan untuk mendekati rakyat dan menghayati semula Rukun Negara bukan sekadar satu aktiviti simbolik atau formaliti semata-mata," katanya dalam satu kenyataan pada SelasaRonnie berkata, saranan Sultan Selangor ahli politik hadir ke Dataran Selangor dua kali sebulan membawa mesej lebih mendalam mengenai kepentingan kembali kepada asas pembinaan negara.Beliau berkata, masalah utama yang dihadapi Malaysia ketika ini bukan sekadar persaingan politik, tetapi budaya politik yang semakin ekstrem dan saling menyerang sehingga menjauh daripada semangat asal pembinaan negara.Menurutnya, politik era baharu tidak sepatutnya lagi dibina atas kebencian, emosi dan perpecahan, sebaliknya perlu berteraskan kematangan, rasional dan rasa hormat demi kestabilan negara.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, Sultan Selangor menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan Ronnie Liu hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan.Baginda bertitah, langkah itu penting agar semua pihak khususnya pemimpin politik memahami nilai asas yang menjadi tunjang perpaduan dan keharmonian negara.





Respons Ronnie Liu terhadap titah Sultan Selangor - Mkini - 19/05 8:39 pm

Sultan Selangor sebelum ini menyarankan Liu dan Adun Seri Kembangan, Wong Siew Ki membaca dan memahami makna Rukun Negara.





Liu kata nama anak bukti hormat Perlembagaan selepas seruan Sultan Selangor - FMT - 19/05 6:48 pm

Ronnie Liu antara diseru Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya menghayati Rukun Negara.





Selangor Pas Youth urges Speakers resignation, demands DAP to respect Sultans Royal Address - Sinardaily - 19/05 5:54 pm

SHAH ALAM - Selangor Pas Youth has called for the resignation of the Selangor State Assembly Speaker Lau Weng San, while also urging DAP to respect the Royal Address delivered by the Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.The group argued that the situation reflects a broader issue of declining political decorum and alleged disregard for the constitutional monarchy, which it described as a cornerstone of national stability.Selangor Pas Youth chief Mohamed Sukri Omar issued a strongly worded statement defending the Sultans intervention and criticising political conduct during the state assembly sitting.The Royal Address of His Royal Highness the Sultan of Selangor must be respected, DAP is synonymous with disrespect towards the Royal Institution. We demand the Selangor State Assembly speaker to resign.The highest respect and gratitude for the firm statement by His Royal Highness the Sultan of Selangor who reminded all parties of the importance of understanding and appreciating the principles of the Rukun Negara, particularly in matters of courtesy, decorum and respect for the Constitutional Monarchy Institution.When His Royal Highness the Sultan of Selangor himself publicly rebuked the Seri Kembangan Member of Parliament (MP) Wong Siew Ki and DAP's former state exco, Ronnie Liu, it proves that the level of political disrespect has crossed acceptable boundaries.More disappointingly, Ronnie still went so far as to suggest that pig farmers take legal action after the issue had received serious attention from the Selangor Palace





Baginda Sultan Selangor ‘Petik’ Nama DAP Wong Siew Ki & Ronnie Liu – “Hormatlah Rukun Negara Dan Jaga Adab Tatasusila - Beautifulnara - 19/05 5:42 pm

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor supaya melawat Dataran Selangor bagi membaca dan memahami makna Rukun Negara yang tertera pada Plak Monumen Rukun Negara di lokasi tersebut. Baginda bertitah, lawatan itu wajar dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sebulan bagi membolehkan wakil rakyat menghayati prinsip Rukun Negara yang […] The post Baginda Sultan Selangor Petik Nama DAP Wong Siew Ki & Ronnie Liu Hormatlah Rukun Negara Dan Jaga Adab Tatasusila first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi .





Speaker DUN Selangor digesa letak jawatan - Sinarharian - 19/05 3:56 pm

SHAH ALAM Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San digesa meletakkan jawatan susulan kegagalan mengambil tindakan tegas terhadap kontroversi membabitkan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki berhubung isu babi ketika sidang DUN baru-baru ini.Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, kegagalan Speaker mengawal perjalanan sidang dengan penuh wibawa memperlihatkan kelemahan serius dalam mempertahankan kemuliaan Dewan serta menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Menurutnya, Speaker tidak boleh lari daripada tanggungjawab susulan isu berkenaan yang mencetuskan kontroversi dan keresahan rakyat."Justeru, kami menggesa Speaker DUN Selangor meletakkan jawatan sebagai tanda bertanggungjawab atas kegagalan beliau mengawal perjalanan sidang dengan penuh wibawa dan mempertahankan kehormatan institusi negeri," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Dalam pada itu, Mohamed Sukri berkata, pihaknya menjunjung kasih atas titah Sultan Selangor yang mengingatkan semua pihak mengenai kepentingan memahami dan menghayati prinsip Rukun Negara khususnya berkaitan kesopanan, kesusilaan serta penghormatan terhadap institusi Raja Berperlembagaan.Katanya, teguran terbuka Sultan Selangor terhadap Siew Ki dan Ronnie Liu Tian Khiew membuktikan tahap kebiadaban politik yang berlaku kini sudah melampaui batas.Beliau turut mendakwa DAP semakin sinonim dengan budaya politik biadab terhadap institusi diraja susulan beberapa insiden yang disifatkan gagal menghormati adab, tradisi dan semangat Perlembagaan negara."Rakyat Selangor mahukan politik matang, beradab dan menghormati institusi negara, bukannya politik angkuh yang mencabar sentimen rakyat serta memperlekehkan institusi Raja Berperlembagaan," tegas beliau.Terdahulu, Sultan Selangor menyarankan Siew Ki dan Ronnie Liu hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati institusi Raja dan menjaga adab kesopanan.Baginda bertitah, langkah itu penting agar semua pihak khususnya pemimpin politik memahami nilai asas yang menjadi tunjang perpaduan dan keharmonian negara.





Selangor sultan tells DAP rep, former exco to better understand Rukun Negara - FMT - 19/05 3:48 pm

Sultan Sharafuddin Idris Shah encourages Wong Siew Ki and Ronnie Liu to respect the royal institution.





Come once a week: Selangor Sultan asks Ronnie Liu, DAP rep to visit Rukun Negara monument over pig farming controversy - Malaymail - 19/05 3:33 pm

KUALA LUMPUR, May 19 Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah has called on all Selangor assemblymen to...





Sultan Sharafuddin titah Siew Ki; Ronnie Liu datang ke Dataran Selangor, .. - Mygazette - 19/05 3:32 pm

# Sultan Sharafuddin titah Siew Ki; Ronnie Liu datang ke Dataran Selangor, baca dan fahami Rukun Negara KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara





Ditegur secara terbuka Sultan Selangor; Afnan persoal sikap pemimpin DAP - Mygazette - 19/05 3:32 pm

Sibuk dengan kuasa dan harta sedangkan tanah sendiri makin tergadai," katanya. Terdahulu, Sultan Sharafuddin bertitah menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara





Sultan titah Siew Ki, Ronnie Liu datang ke Dataran Selangor fahami Rukun Negara - Harapandaily - 19/05 2:51 pm

Sultan Selangor bertitah menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara





Ronnie didesak henti polemik, hormati titah Sultan Selangor – ADUN .. - Mygazette - 9/05 3:26 pm

# Ronnie didesak henti polemik, hormati titah Sultan Selangor - ADUN Selangor KUALA LUMPUR Bekas wakil rakyat dan exco kerajaan negeri, Ronnie Liu Tian Khiew diminta menghentikan polemik berhubung isu yang telah diputuskan serta menghormati institusi Raja Berperlembagaan dan keputusan kerajaan negeri, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, Danial Al-Rashid Haron




Reformasi     >>



Berbeza pandangan sekali pun, adab dengan Insitusi .. - Harapandaily
Wanita Muda AMANAH (WARDA) Nasional memandang serius kenyataan terbaharu melibatkan Tony Pua yang menyentuh isu Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara dalam nada tidak wajar ketika polemik berkaitan titah Sultan Selangor masih hangat diperkatakan. Timbalan Ketua Wanita Muda AMANAH (WARDA) ..
Kroni     >>



Villa juara Eropah, pecah badi 30 tahun - Utusan
ISTANBUL: Penantian tiga dekad akhirnya berakhir buat Aston Villa yang menutup musim paling luar biasa mereka dengan sentuhan emas apabila membelasah Freiburg 3-0 pada final Liga Eropah awal pagi tadi, sekali gus menamatkan kemarau trofi yang menghantui kelab itu sejak 1996. Di pentas megah Stadium Besiktas, ..
Tabloid     >>



Ampun Tuanku Sultan Pahang Rayuan Di Tepi Jalan Ini .. - Siraplimau
Selepas lebih sedekad hidup tanpa bekalan elektrik, sebuah keluarga di kawasan pedalaman Ulu Tembeling, Pahang akhirnya boleh menarik nafas lega apabila permohonan pemasangan tiang elektrik mereka mendapat perhatian Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Baca ..
Tech     >>



Trump Phone unboxed: A few extras we miss from Google .. - Androidauthority
There is one area where the Trump Phone beats Samsung and Google. If you actually receive it, though.
World     >>



China and Russia unite after Trumps Beijing visit - Aljazeera
Just days after Donald Trumps visit to Beijing, Vladimir Putin arrived in China for a summit with Xi Jinping.
Motor Trend     >>



Motosikal Petronas Sprinta Perkenal Minyak Enjin .. - Mekanika
# PETRONAS SPRINTA PERKENAL MINYAK ENJIN SKUTER BERPRESTASI TINGGI **Petronas Lubricants Marketing Malaysia dengan rasminya memperkenalkan PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester 5W-40 untuk pengguna skuter berprestasi tinggi ketika International Scooter Mega Gathering 4.0, baru-baru ini.** Minyak ..