| /// |
|
| Search : Rombakan Kabinet News | Page 1 |
|
Marhamah mahu perkukuh agenda agama agar lebih dekat dengan rakyat - Mgazette - 20/12 8:13 am Dengan segala keterbatasan diri, saya melangkah ke dalam amanah ini dengan rasa penuh tanggungjawab sambil memohon doa dan bimbingan daripada semua, katanya menerusi laman sosial Facebook hari ini. Dalam pengumumkan rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Selasa lalu, Marhamah merupakan muka baharu yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Agama bagi menggantikan Dr |
|
Rombakan Kabinet undang reaksi rakyat, kedudukan DAP jadi tumpuan .. - Mgazette - 20/12 8:13 am # Rombakan Kabinet undang reaksi rakyat, kedudukan DAP jadi tumpuan - Shahir KUALA LUMPUR Rombakan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat khususnya berkaitan pengukuhan kedudukan DAP dalam struktur kerajaan |
|
Putra dakwa rombakan Kabinet tanda ‘penyerahan kuasa politik’ - Mgazette - 20/12 8:13 am # Putra dakwa rombakan Kabinet tanda 'penyerahan kuasa politik' KUALA LUMPUR - Parti Bumputera Perkasa Malaysia (Putra) mendakwa rombakan Kabinet terbaharu bukan satu penstrukturan pentadbiran sebaliknya satu bentuk penyerahan kuasa terbuka demi mengekalkan kedudukan Perdana Menteri |
|
Perjuangan pemimpin pertahan kontrak sosial semakin terhakis – Annuar - Mgazette - 19/12 4:07 pm # Perjuangan pemimpin pertahan kontrak sosial semakin terhakis - Annuar KUALA LUMPUR Tan Sri Annuar Musa mendakwa terdapat segelintir pemimpin yang gagal menunjukkan kepekaan terhadap ancaman yang boleh menghakis dasar serta kontrak sosial negara |
|
Kepelbagaian kaum, agama bukan beban, tapi aset nasional – Yuneswaran - Mgazette - 19/12 4:07 pm Enam nilai terasnya bukan slogan pentadbiran, tetapi landasan moral untuk menyatukan rakyat, katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini. Yuneswaran yang merupakan Ahli Parlimen Segamat merupakan muka baharu dalam rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Selasa lalu, bagi menggantikan K |
|
Ada hikmah MCA tiada dalam Kabinet, kata pemimpin Pemuda - FMT - 19/12 10:30 am Timbalan Ketua Pemuda MCA Mike Chong Yew Chuan berkata ketiadaan wakil parti itu dalam rombakan Kabinet membolehkannya memainkan peranan semak dan imbang. |
|
Politik asabiah PAS jauhkan lagi sokongan bukan Melayu - FMT - 19/12 9:00 am Kenyataan Takiyuddin Hassan berkaitan rombakan Jemaah Menteri baru-baru ini tidak bawa 'ideologi baharu', kata penganalisis. |
|
Semua keputusan dibuat JPM (Wilayah Persekutuan) perlu dirujuk PM - Mgazette - 19/12 8:03 am # Semua keputusan dibuat JPM (Wilayah Persekutuan) perlu dirujuk PM KUALA LUMPUR Jawatan Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) tidak lagi bertaraf kementerian seperti mana sebelum rombakan Kabinet diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Selasa lalu |
|
PM ingatkan timbalan menteri baharu peri pentingnya aspek komunikasi - Mgazette - 19/12 8:03 am "Amanah dan tanggungjawab yang dipikul ini perlu digalas sebaik-baiknya agar setiap dasar dan polisi Kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan serta memberi manfaat nyata kepada rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. Semalam, sebanyak tujuh menteri termasuk dua lantikan baharu serta lapan timbalan menteri lantikan baharu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim susulan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI |
|
Mungkin Adam Adli kini ada lebih ruang lihat cara tunai janji - Mgazette - 19/12 8:03 am Bagi saya itu adalah satu kebiasaan, katanya pada sidang media mingguan, di sini, hari ini. Selasa lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet menyaksikan antara lain Adam sendiri bertukar kementerian dari Kementerian Belia dan Sukan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi |
|
Tidak adil terus ungkit perjuangan Adam Adli mansuh hutang PTPTN - Mgazette - 19/12 8:03 am Tetapi kini, Adam Adli sudah menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran kerajaan. "Saya yakin kalau ruang diberikan, kita boleh sama-sama cari jalan untuk tambah baik sistem pendidikan kita, tidak hanya melalui PTPTN tetapi melalui banyak lagi inisiatif lain, katanya menerusi program SKOP MG malam tadi dengan tajuk Rombakan Kabinet: Game Changer Atau Biasa-biasa? Beliau mengulas komen-komen negatif dan sindiran rakyat Malaysia terhadap Adam Adli yang kini dilantik Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi |
|
Rombakan Kabinet: Anwar tidak biar menteri DAP bergerak sendirian tanpa .. - Mgazette - 19/12 8:03 am # Rombakan Kabinet: Anwar tidak biar menteri DAP bergerak sendirian tanpa kawalan KUALA LUMPUR Rombakan Kabinet kerajaan MADANI yang dilakukan baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai persepsi |
|
Rombakan Kabinet: Isyarat Amanah tak cukup kuat lobi wakil tambahan - FMT - 19/12 8:00 am Penganalisis berkata sebagai rakan dalam PH Amanah mungkin merasakan keutamaan sepatutnya diberi namun realitinya ia tiada 'daya tawar-menawar' yang kuat. |
|
Syerleena tuduh PAS sebar rasa takut berhubung rombakan Jemaah Menteri - FMT - 18/12 10:13 pm Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid gesa rakyat bezakan antara kebimbangan tulen tentang tadbir urus dengan drama politik. |
|
Pelantikan menteri KUSKOP timbul persoalan nasib usahawan Bumiputera Noh Omar - Sinarharian - 18/12 6:14 pm SHAH ALAM Pelantikan Menteri baharu bagi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam rombakan Kabinet baru-baru ini menimbulkan kejutan dan persoalan dalam kalangan usahawan Bumiputera.Bekas Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Omar berkata, pandangan yang disuarakan bukan bersifat peribadi, sebaliknya berpaksikan pengalaman dan tanggungjawab moral demi masa depan usahawan Bumiputera.Beliau yang pernah dua kali menerajui kementerian itu pada 2008 dan 2021 berkata, matlamat utama KUSKOP adalah jelas, iaitu memperkasa usahawan Bumiputera."Selain itu, KUSKOP juga bermatlamat membangunkan ekosistem keusahawanan negara dan menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan menjelang 2030," katanya dalam kenyataan media pada Khamis.Menurut Noh, fokus kementerian itu diterjemahkan melalui pemerkasaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), peningkatan sumbangan usahawan Bumiputera kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pelaksanaan program latihan, pembiayaan dan pembangunan kemahiran berteknologi tinggi selaras Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (PUTERA35).Beliau berkata, sepanjang menerajui KUSKOP yang sebelum ini dikenali sebagai MECD, kementerian itu diperkukuh dengan pelbagai agensi strategik termasuk TEKUN Nasional, SME Corp, SME Bank, Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Institut Koperasi Malaysia, Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia, UDA Holdings, INSKEN dan Amanah Ikhtiar Malaysia."Majoriti agensi ini memberi manfaat langsung kepada usahawan dan koperasi Bumiputera, khususnya golongan mikro, kecil dan sederhana."Malah, Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) yang bertanggungjawab memberi penarafan kontraktor Bumiputera juga berada di bawah KUSKOP," katanya.Jelas Noh, segala usaha tersebut dibina secara konsisten bagi memastikan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera terus terpelihara.Bagaimanapun, katanya, penyerahan portfolio KUSKOP kepada seorang Menteri daripada DAP, iaitu parti yang memperjuangkan prinsip kesamarataan dan sering mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru (DEB), menimbulkan persoalan mengenai pembelaan terhadap nasib PMKS Bumiputera."Persoalan yang timbul, adakah semangat asal kementerian ini akan terus dipertahankan?"Adakah akan berlaku perubahan dasar secara senyap atas dasar 'kesamarataan baharu'? Atau adakah pelantikan ini sebahagian daripada kompromi politik dalam Kerajaan Perpaduan?" soal beliau.Menurut Noh, beliau tidak menuduh mana-mana pihak secara khusus, namun menegaskan bahawa rakyat tidak boleh berdiam diri kerana amanah dan perjuangan yang dibina sejak puluhan tahun atas nama DEB dan agenda Bumiputera tidak boleh diketepikan hanya kerana keperluan politik semasa."Rakyat berhak mendapatkan jaminan bahawa dasar, fungsi dan roh KUSKOP akan terus kekal selari dengan matlamat asal penubuhannya," katanya.Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan dapat memberikan penjelasan tuntas dan komitmen yang jelas bahawa agenda pemerkasaan usahawan Bumiputera, koperasi dan PMKS akan terus diperkukuhkan."Ini penting kerana masa depan ekonomi Bumiputera adalah sebahagian daripada kestabilan dan kemakmuran negara," tambah beliau |
|
Tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya pada 2026 - Fahmi - Sinarharian - 18/12 6:07 pm KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, walaupun perkara itu akan mendatangkan kesan implikasi kewangan kepada kerajaan, namun jumlah itu akan ditanggung kerajaan."Perkara itu akan diperincikan oleh Kementerian Kerja Raya kelak," katanya pada sidang media mingguan di Kompleks Angkasapuri, di sini hari ini.Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah menegaskan keperluan mempercepat kerja-kerja menyiapkan dan menyediakan peralatan perubatan untuk pembinaan Pusat Kanser Sarawak."Semalam kita ada membaca laporan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang berhasrat untuk menyalurkan sejumlah dana bagi melengkapkan perolehan beberapa peralatan khusus untuk Pusat Kanser Sarawak."Jadi pada peringkat Kerajaan Persekutuan, beberapa perkara Perdana Menteri telah minta supaya disusuli dengan mempercepat proses menyegerakan penyiapan Pusat Kanser Sarawak," katanya.Semalam, Abang Johari dipetik berkata, kerajaan Sarawak bersetuju menambah peruntukan RM500 juta bagi pembelian peralatan perubatan untuk pembinaan Pusat Kanser Sarawak, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pembiayaan projek itu mencecah RM1.5 bilion.Pada 30 Mac 2024, Anwar mengumumkan Kerajaan Persekutuan bersetuju melaksanakan pembinaan Pusat Kanser Sarawak di Bahagian Samarahan.Melalui projek itu, kerajaan Sarawak mencipta sejarah sebagai kerajaan negeri pertama yang mendahulukan dana bagi projek Persekutuan bagi mempercepat pelaksanaannya.Sementara itu mengulas perkembangan banjir, Fahmi berkata, orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi dan sentiasa mengambil tahu akan amaran cuaca serta perkembangan terkini daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan banjir.Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa mesyuarat Kabinet semalam, telah memberi peringatan bahawa luruan keempat bagi Monsun Timur Laut kali ini dijangka akan berterusan angin dan hujan lebat sehingga Mac 2026 |
|
Ahmad Zahid cadang naikkan bantuan wang ihsan, bawa ke Kabinet - Sinarharian - 18/12 5:53 pm KUANTAN - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membawa cadangan untuk menambah kadar bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir ke mesyuarat Jemaah Menteri.Beliau berkata, perkara itu akan dikemukakan untuk pertimbangan kerajaan Persekutuan memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.Menurutnya, jumlah bantuan wang ihsan banjir yang disediakan kerajaan ketika ini adalah sebanyak RM1,000."Saya akan membawa cadangan ini ke mesyuarat Kabinet dalam mesyuarat akan datang, bersaksikan Menteri Pendidikan, namun perkara ini bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar di sini pada Khamis.Seramai 1,464 mangsa banjir ditempatkan di PPS berkenaan yang dibuka sejak Isnin.Turut hadir ialah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, kerajaan melaksanakan inisiatif baharu dengan menyalurkan bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir ketika mereka masih berada di PPS.Menurutnya, pembayaran awal itu membolehkan ketua keluarga menggunakan bantuan bagi tujuan segera termasuk kerja pembersihan rumah, membaiki peralatan rosak serta membeli barangan keperluan asas."Sebelum ini, bantuan wang ihsan diagihkan selepas mangsa pulang dari PPS, namun kini bantuan diserahkan ketika mereka masih berada di PPS."Kita memahami terdapat mangsa yang memerlukan bantuan kewangan segera, justeru kerajaan merasakan langkah ini perlu dipercepatkan," jelasnya.Ahmad Zahid berkata, setakat ini 77 peratus bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir di seluruh negara telah berjaya disalurkan, manakala baki 23 peratus lagi akan diselesaikan secara berperingkat melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).Katanya, bagi mempercepatkan proses penyaluran, kerajaan menetapkan satu piawaian baharu dengan bantuan disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN)."Senarai penerima akan dikemukakan kepada cawangan BSN terlibat |
|
Pemimpin baik mampu jaga semua rakyat – Steven Sim - Mgazette - 18/12 3:14 pm Menurut beliau, prinsip prinsip kepimpinannya sentiasa berteraskan keadilan dan pembelaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Noh dalam kenyataan medianya sebelum ini melahirkan kebimbangan mengenai pelantikan menteri baharu bagi Kuskop dalam rombakan Kabinet dengan menimbulkan beberapa persoalan mengenai nasib usahawan dalam kalangan bumiputera |
|
Tiada agenda perkauman diperkenal Hannah Yeoh dalam KBS – Zahid - Mgazette - 18/12 3:14 pm Terdahulu Ahmad Zahid menyempurnakan Majlis Konvokesyen Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) ketiga. Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) baharu susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani |
|
Jangan pandang enteng sentimen rakyat susulan rombakan Kabinet ??? Asyraf .. - Mgazette - 18/12 3:14 pm # Jangan pandang enteng sentimen rakyat susulan rombakan Kabinet Asyraf Wajdi KUALA LUMPUR Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr |
|
Lantikan Hannah Yeoh tidak jejas agenda Melayu di Wilayah Persekutuan - Ahmad Zahid - Sinarharian - 18/12 2:21 pm KUALA LUMPUR - Pelantikan Hannah Yeoh sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Lo Su Fui sebagai Timbalannya tidak akan menjejaskan agenda Melayu di Wilayah Persekutuan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai beberapa pertimbangan sebelum melantik Hannah dan Su Fui menerajui portfolio itu."Semua keputusan utama itu dibawa kepada Kabinet dan pertimbangan dibuat berdasarkan beberapa ketentuan bahawa kepentingan semua pihak akan terjaga."Perkara ini bukan soal bangsa kerana Kerajaan MADANI memberikan keprihatinan terhadap keterangkuman dalam pelaksanaan agenda nasional termasuk di Wilayah Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas perasmian Majlis Konvokesyen Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) di sini hari ini.Ahmad Zahid berkata, walaupun Hannah merupakan wakil DAP, prestasi beliau semasa menerajui Kementerian Belia dan Sukan membuktikan tiada agenda perkauman sepanjang tempoh perkhidmatannya.Pelantikan Hannah, dan Su Fui yang mewakili parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu juga katanya, mengambil kira kedudukan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.Ahmad Zahid turut memberikan jaminan bahawa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri termasuk beliau sendiri, akan bersama-sama melakukan pemantauan bagi menentukan bahawa agenda nasional sentiasa diberi keutamaan.Rombakan Kabinet pada Selasa menyaksikan Hannah bertukar portfolio daripada Menteri Belia dan Sukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) manakala Lo yang merupakan muka baharu dilantik sebagai timbalannya |
|
UMANY gesa Adam Adli mansuhkan AUKU dan PTPTN - Sinarharian - 18/12 12:55 am SHAH ALAM - Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) menggesa Adam Adli Abdul Halim yang baharu dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) supaya memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta melaksanakan pendidikan tinggi percuma.UMANY berkata, pihaknya berharap agar bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu tidak melupakan tuntutan reformasi yang pernah diperjuangkannya ketika bergiat sebagai aktivis mahasiswa."UMANY berpandangan bahawa pelantikan Adam Adli sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi perlu menjadi pemangkin kepada reformasi pendidikan tinggi yang tulen."Oleh itu, kami menggesa beliau agar tidak melupakan tuntutan yang pernah diperjuangkannya, termasuk pemansuhan AUKU dan pelaksanaan pendidikan percuma sebagai reformasi asas," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Selasa lalu, dalam pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Adam Adli bertukar portfolio daripada Timbalan Menteri Belia dan Sukan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menggantikan Datuk Mustapha Sakmud.Sewaktu era kebangkitan reformasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Adam Adli merupakan antara pemimpin mahasiswa yang lantang menuntut supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan.Mengulas lanjut, UMANY menegaskan, Adam Adli merupakan tokoh penting dalam gerakan aktivisme mahasiswa.Menurutnya, sepanjang penglibatannya dalam aktivisme mahasiswa, Adam Adli secara terbuka menentang AUKU serta secara konsisten memperjuangkan sistem pendidikan tinggi yang lebih demokratik."Pertama, AUKU digubal bagi menyekat kebebasan dan autonomi mahasiswa |
|
Raja Bahrin tegur pemimpin Pemuda Amanah kritik rombakan Kabinet Anwar - FMT - 18/12 9:38 am AJK Amanah Raja Kamarul Bahrin berkata Ahmad Azri Abdullah sepatutnya selidik sebelum label rombakan Kabinet 'pelempang kepada Amanah'. |
|
Ketiadaan sentuhan listrik pada Kabinet Anwar - FMT - 18/12 9:30 am Tidak ada sesiapa memahami proses berfikir seorang Anwar |
|
Politik kampus: Masa untuk Reformasi struktur dan semak imbang - Mgazette - 18/12 8:08 am # Politik kampus: Masa untuk Reformasi struktur dan semak imbang **PASCA** Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi sesi 2025/2026, tumpuan kini beralih daripada kehangatan berkempen kepada realiti pentadbiran |
|
Rombakan Kabinet berkait rapat kata dua politik DAP? – Takiyuddin - Mgazette - 18/12 8:08 am # Rombakan Kabinet berkait rapat kata dua politik DAP? - Takiyuddin KUALA LUMPUR Pas melahirkan kebimbangan berhubung persepsi meluas mengatakan pelantikan dalam rombakan Kabinet semalam dibuat tidak berlandaskan merit atau keperluan dasar |
|
PM nafi dakwaan menteri Cina akan tindas Melayu PM nafi dakwaan menteri .. - Mgazette - 18/12 8:08 am PUTRAJAYA - Perdana Menteri membidas pandangan mendakwa pemimpin Cina dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan akan menindas Melayu |
|
Menteri dilantik lambang air muka, visi PM – Akmal - Mgazette - 18/12 8:08 am # Menteri dilantik lambang air muka, visi PM - Akmal KUALA LUMPUR Tiada keperluan untuk mempertikaikan pelantikan barisan Kabinet memandangkan ia disifatkan sebagai `baju yang akan dipakai perdana menteri untuk memimpin |
|
Rombakan Kabinet fasa penyesuaian bukan sekadar pertukaran nama, jawatan .. - Mgazette - 18/12 8:08 am # Rombakan Kabinet fasa penyesuaian bukan sekadar pertukaran nama, jawatan - Nurulhidayah KUALA LUMPUR - Rombakan Kabinet yang diumumkan semalam harus dilihat sebagai satu fasa penyesuaian, bukan sekadar pertukaran nama atau jawatan |
|
Yang untung, rugi dalam rombakan Kabinet - FMT - 18/12 7:30 am Rombakan Kabinet kali ini lebih menyeluruh sejak Anwar Ibrahim memegang jawatan pada 2022. |
|
Anwar pertahan rombakan Kabinet, beri laluan kepimpinan muda - Sinarharian - 17/12 7:42 pm PUTRAJAYA Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan rombakan Kabinet yang dilakukan bertujuan membuka ruang kepada kepimpinan baharu dalam kalangan golongan muda sebagai langkah memperkukuh kerajaan dan parti bagi jangka panjang.Beliau berkata, senario semasa memperlihatkan kemunculan barisan pemimpin muda yang berpengalaman serta berupaya menggalas peranan sebagai generasi kedua dan ketiga dalam kepimpinan negara."Melihat senario keseluruhan, kemunculan barisan kepimpinan baharu yang kebanyakannya terdiri daripada golongan muda."Ia adalah generasi muda yang berpengalaman dan boleh dianggap sebagai generasi kedua dan ketiga kepimpinan parti," katanya ketika taklimat media bersama Ketua-Ketua Pengarang Media Tempatan dan Antarabangsa di sini pada Rabu.Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, rombakan Kabinet bukan bertujuan menggantikan rakan-rakan terdekat daripada generasinya, sebaliknya memberi peluang kepada pasukan yang lebih muda dan berkeupayaan."Mereka mungkin tidak begitu dekat dengan saya secara peribadi, tetapi mereka adalah satu pasukan yang muda, berkeupayaan dan wajar diberi peluang."Proses pembaharuan ini mesti diteruskan |
|
Rakyat curiga hala tuju rombakan kementerian berpengaruh besar, kata Hamzah - FMT - 17/12 6:57 pm Ketua Pembangkang persoal rombakan Kabinet terutama kementerian banyak berkait Bumiputera. |
|
Rakyat akan hukum parti menteri gagal, kata Akmal - FMT - 17/12 6:54 pm Dr Akmal Saleh juga ingatkan mereka yang dilantik ke Kabinet supaya mengotakan janji. |
|
Ibu Zara pertahan Marhamah berhubung dakwaan salah guna dana Justice for Zara - Sinarharian - 17/12 6:47 pm KOTA KINABALU Ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir tampil mempertahankan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli susulan dakwaan salah guna dana daripada Tabung Justice for Zara.Noraidah Lamat, 45, menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya pada petang Rabu, menjelaskan bahawa tabung berkenaan hanya dibuka dalam tempoh singkat dan telah pun ditutup."Kepada yang suka memfitnah beliau, boleh baca hingga hadam |
|
Rombakan Kabinet undang keresahan, rakyat persoal hala tuju sebenar Hamzah - Sinarharian - 17/12 6:37 pm SHAH ALAM Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri semalam mengundang pelbagai maklum balas serta keresahan rakyat, termasuk persoalan terhadap hala tuju sebenar perubahan pentadbiran tersebut.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, dalam tempoh 24 jam selepas pengumuman itu dibuat, pelbagai pihak membangkitkan rasa curiga sama ada rombakan tersebut didorong tekanan politik atau sekadar habuan kuasa, sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakyat.Menurut Hamzah, persoalan tersebut adalah berasas, khususnya apabila kementerian yang mempunyai pengaruh besar terhadap kerajaan tempatan dan wilayah kini dikuasai oleh satu parti yang sebelum ini lantang memperjuangkan pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan.Pada masa sama, ujarnya, perubahan membabitkan kementerian strategik seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang menjadi tunjang kepada pengukuhan ekonomi khususnya dalam membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang majoritinya Bumiputera perlu diperjelaskan secara telus.Hamzah turut menyuarakan kebimbangan apabila menteri yang prestasi serta tindak-tanduknya dipersoalkan secara terbuka oleh rakyat terus dikekalkan dalam Kabinet, selain pelantikan individu baharu yang latar belakangnya turut dipertikaikan."Rombakan Kabinet bukan sekadar soal menukar wajah, tetapi mesti menzahirkan keupayaan kerajaan menjawab kegagalan sedia ada, bukannya semata-mata demi untung secupak hingga rugi segantang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau menegaskan, sebarang keputusan pentadbiran yang dibuat akan memberi kesan langsung kepada rakyat dan negara, justeru ia perlu berlandaskan kepentingan awam serta tadbir urus yang berintegriti. |
|
Mustapha mulakan tugas rasmi sebagai Menteri Sabah Sarawak - Sinarharian - 17/12 6:08 pm PUTRAJAYA Datuk Mustapha Sakmud tiba di Kompleks Setia Perdana bagi memulakan tugas rasminya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak).Kenderaan yang membawa beliau tiba di pekarangan kompleks tersebut sejurus selesai menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau kemudiannya mengimbas kad perakam waktu pada jam 4 petang sebelum menyertai sesi taklimat bersama pegawai-pegawai kanan kementeriannya.Ketika didekati pemberita, Mustapha memohon ruang untuk mendapatkan taklimat terlebih dahulu bagi memperoleh gambaran yang lebih tepat sebelum menjawab sebarang soalan yang dikemukakan.Beliau sebelum ini merupakan antara timbalan menteri yang dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh dalam rombakan Kabinet kali kedua Kerajaan Perpaduan. |
|
Menteri kena pantas bukan sekadar retorik, tegas PM - FMT - 17/12 5:31 pm Anwar Ibrahim tekan barisan Kabinet pantas laksana dasar dan sampai kepada rakyat tanpa sebarang alasan. |
|
Menteri Kabinet perlu pastikan pelaksanaan dasar pantas - Anwar - Sinarharian - 17/12 5:17 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan anggota Kabinet untuk terus bekerja dengan berdisiplin, bagi memastikan pelaksanaan dasar Kerajaan Madani bergerak dengan pantas.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau mahu semua barisan menteri berkhidmat dengan penuh kerendahan hati, berintegriti serta sampai kepada rakyat tanpa lengah dan sebarang alasan."Ini adalah Kabinet penerus kehendak rakyat yang memikul amanah besar, menuntut tindakan segera, keputusan berani serta keupayaan menterjemah kehendak dan nurani setiap lapisan masyarakat menjadi dasar yang berfungsi dan dirasai, bukan sekadar retorik," kata beliau menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Perdana Menteri turut berkongsi beberapa keping gambar mesyuarat Kabinet Madani yang berlangsung selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan, di Istana Negara pada Rabu.Untuk rekod, ini merupakan mesyuarat Kabinet pertama Jemaah Menteri Kerajaan Madani selepas pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri semalam.Semalam, Anwar mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan Madani melibatkan 28 menteri dan timbalan menteri, merangkumi pertukaran portfolio serta lantikan baharu sebagai langkah penstrukturan semula bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan berjalan lebih berkesan.Selain pertukaran portfolio menteri sedia ada, ia antara lain melibatkan enam timbalan menteri dan satu muka baharu yang diangkat sebagai menteri penuh.Rombakan Kabinet yang pertama Kerajaan Madani pimpinan Anwar dilaksanakan pada Disember 2023.Sebanyak tujuh menteri termasuk dua yang baharu dilantik mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, di sini pada Rabu |
|
Tidak perlu pertikai, lantikan menteri hak prerogatif Perdana Menteri Akmal Saleh - Sinarharian - 17/12 4:50 pm SHAH ALAM Mana-mana pihak tidak perlu mempertikaikan siapa yang dipilih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menganggotai barisan Kabinet baharu Kerajaan Madani.Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pelantikan menteri merupakan hak prerogatif Perdana Menteri, termasuk melantik individu yang bukan wakil rakyat sekiranya dirasakan layak untuk memikul tanggungjawab berkenaan."Dengan erti kata lain, menteri yang dilantik ini adalah lambang air muka dan visi Perdana Menteri |
|
Kabinet Madani: Pelaksanaan, koordinasi kunci kejayaan ekonomi Madani Nor Azlan - Sinarharian - 17/12 4:21 pm SHAH ALAM - Kerangka Ekonomi Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai menyeluruh dan jelas dari segi sasaran, namun kejayaannya amat bergantung kepada keupayaan kerajaan memastikan pelaksanaan yang terselaras dan berkesan.Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Prof Tan Sri Nor Azlan Ghazali berkata, kerangka itu telah menggariskan tujuh sasaran utama, lima paksi kepada siling, lima paksi kepada lantai serta tiga komponen teras di bahagian tengah, termasuk reformasi perkhidmatan awam dan pendekatan whole of nation."Kalaulah Perdana Menteri dapat menggerakkan semua ini, saya rasa kepuasan itu akan ada |
|
Bapa saudara pertahan Marhamah, isu berbangkit hanya mainan persepsi - Sinarharian - 17/12 3:44 pm SHAH ALAM - Penceramah bebas, Dr Badrulamin Bahron, juga bapa saudara kepada Marhamah Rosli tampil menjelaskan beberapa isu berbangkit melibatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang baru dilantik itu.Menurut Badrulamin, beliau menyedari nama anak saudaranya menjadi sebutan dan kecaman beberapa pihak tentang dana berkaitan Allahyarham Zara Qairina Mahathir, penipuan emas serta ajaran 'New Age'.Beliau menjelaskan bahawa Marhamah dan badan bukan kerajaan (NGO) terlibat telah mendapat permit dari Jabatan Ketua Menteri, malah pihak polis turut dimaklumkan mengenai tabung tersebut."Audit dalaman juga sudah dibuat dan dilaporkan kepada polis |
|
Pas dakwa pusat kuasa Wilayah Persekutuan terlalu tertumpu - Sinarharian - 17/12 3:15 pm SHAH ALAM - Pas memandang serius pelantikan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui sebagai Menteri dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, selain mengekalkan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Wilayah Persekutuan yang meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bukan sekadar portfolio biasa.Beliau berkata, sebaliknya ia merupakan jantung politik dan pentadbiran negara yang memerlukan pertimbangan teliti serta keseimbangan dalam pelantikan kepimpinan.Menurutnya, pemusatan pentadbiran strategik bandar, kerajaan tempatan dan perumahan di bawah pemimpin daripada satu parti serta latar belakang etnik yang sama menimbulkan persoalan sah berkaitan ketidakseimbangan, pemusatan kuasa melampau dan hala tuju sebenar pentadbiran negara.Pas turut mengambil perhatian terhadap persepsi meluas bahawa pelantikan berkenaan tidak dibuat berasaskan merit atau keperluan dasar, sebaliknya didakwa dipengaruhi tekanan dan tawar-menawar politik, termasuk spekulasi berkaitan tuntutan DAP dalam isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)."Sekiranya jawatan Kabinet digunakan sebagai bunga emas politik bagi mengekalkan sokongan dan kesetiaan mana-mana pihak, ia merupakan hakisan serius terhadap idea dan institusi kerajaan berprinsip."Ini sekali gus melemahkan integriti proses pembentukan serta penggubalan dasar negara," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Ahli Parlimen Kota Bharu itu turut menyuarakan kebimbangan bahawa rombakan berkenaan dilihat sebagai percaturan untuk mengukuhkan dominasi DAP di Kuala Lumpur dan pusat bandar utama lain, sekali gus membolehkan sesebuah parti membentuk dasar perbandaran, penggunaan tanah, perumahan dan kerajaan tempatan tanpa semak dan imbang yang berkesan serta telus.Tambahnya, pemusatan kuasa sedemikian berpotensi menimbulkan keresahan awam, terutama dengan cadangan inisiatif undang-undang kontroversi seperti Akta Pembangunan Semula Bandar (URA) yang didakwa boleh meminggirkan kelompok tertentu di bandar, khususnya orang Melayu dan golongan berpendapatan rendah, termasuk risiko kehilangan hak milik.Takiyuddin berkata, pendekatan pentadbiran yang dilihat mengutamakan kepentingan politik elit bandar sambil mengabaikan sentimen rakyat akar umbi berisiko melebarkan jurang perpecahan dalam masyarakat serta menyumbang kepada kelunturan kesatuan kebangsaan.Dalam masa sama, beliau berkata, Pas turut mendapati pelantikan beberapa menteri dan timbalan menteri lain menimbulkan keraguan dari segi kekananan, pengalaman, kompetensi, kredibiliti dan kesesuaian, sedangkan portfolio terbabit melibatkan kepentingan penting termasuk generasi muda, pendidikan dan hal ehwal Islam."Tanpa justifikasi yang meyakinkan, rombakan Kabinet ini hanya akan mengukuhkan tanggapan bahawa kedudukan dalam Kabinet diagih mengikut selera politik, bukan berteraskan kepentingan rakyat dan negara," ujarnya.Takiyuddin menegaskan kepimpinan bukan sekadar mengatur bilangan anggota bagi mengekalkan kuasa, sebaliknya berkait rapat dengan amanah, kebijaksanaan dan tanggungjawab terhadap rakyat."Rombakan Kabinet sepatutnya memulihkan keyakinan rakyat, merapatkan jurang perpecahan serta mencerminkan kemajmukan masyarakat melalui perwakilan adil dan pelantikan berasaskan merit, kematangan serta pandangan jauh," tambahnya. |
|
Kabinet baharu diuji isu ekonomi, rasuah dan polemik dasar Syahir - Sinarharian - 17/12 3:12 pm SHAH ALAM - Pembentukan Kabinet baharu Kerajaan Madani yang diumumkan mengundang pelbagai reaksi, termasuk persoalan sama ada susunannya dibuat berasaskan merit atau sekadar untuk mengekalkan konsesi politik dalam kerajaan campuran yang dilihat semakin rapuh.Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman berkata, keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan portfolio Menteri Kewangan, pemberian portfolio yang lebih strategik kepada DAP serta kedudukan UMNO yang kelihatan sekadar berpuas hati dengan jawatan diterima mencerminkan realiti politik semasa pentadbiran negara.Menurut beliau, perhatian utama Kabinet seharusnya diberikan kepada dua kementerian dengan peruntukan bajet terbesar iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan kerana kedua-duanya memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat."Selain itu, dua kementerian yang menjadi agenda besar DAP iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementerian Wilayah juga perlu diberikan perhatian khusus, terutama berkaitan isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pelaksanaan Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang dibantah banyak pihak," ujarnya dalam satu kenyataan pada Rabu.Syahir menegaskan, ujian sebenar Kabinet baharu bukan sekadar pada pengumuman barisan menteri, sebaliknya terletak kepada ukuran prestasi serta persepsi rakyat terhadap keupayaan kerajaan mentadbir.Dalam masa terdekat, ujarnya, beberapa isu besar menuntut pendirian tegas Kabinet termasuk soal ekonomi, rasuah, ratifikasi Perjanjian ART serta polemik berkaitan URA dan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)."Justeru, Kabinet perlu lulus ujian bunyi untuk sekian kalinya," tambahnya. |
|
Marhamah tekad merakyatkan pendekatan dakwah, perkasa wanita Islam - Sinarharian - 17/12 2:44 pm KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli bertekad memanfaatkan pengalamannya dalam kerja kebajikan dan kemasyarakatan bagi memperkasakan institusi agama serta memartabatkan wanita Islam di bawah kepimpinan Kerajaan Madani.Menyifatkan pelantikannya susulan rombakan Kabinet sebagai satu amanah besar, beliau berkata, akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk membantu memperkukuh dasar serta pelaksanaan agenda hal ehwal agama agar lebih dekat dengan rakyat."Fokus saya lebih kepada merakyatkan agama itu sendiri |
|
Sentimen rombakan Kabinet tidak boleh dipandang enteng - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 17/12 2:21 pm SHAH ALAM Sentimen rakyat yang berlegar di media sosial susulan rombakan Kabinet pada Selasa tidak boleh dipandang enteng dan perlu ditangani secara berhemah.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, antara sentimen yang dibangkitkan termasuklah persoalan mengenai pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dalam kalangan kaum Cina."Sentimen rakyat dalam kalangan netizen mengenai rombakan Kabinet |
|
PAS khuatir rombakan Kabinet strategi kukuhkan dominasi DAP - FMT - 17/12 2:01 pm Takiyuddin Hassan dakwa pelantikan Hannah Yeoh dalam portfolio Wilayah Persekutuan dan Nga Kor Ming dikekalkan sebagai pemusatan kuasa strategik parti itu di bandar. |
|
Agong titah Jemaah Menteri utama kepentingan rakyat - FMT - 17/12 12:47 am Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim juga mahu anggota Kabinet sentiasa menjalankan amanah dengan penuh integriti. |
|
Tangani sentimen rombakan Kabinet secara bijak, kata pemimpin Umno - FMT - 17/12 11:59 am Asyraf Wajdi Dusuki berkata antara kebimbangan yang disuarakan termasuk nasib Bumiputera di bandar susulan pelantikan dua pemimpin berbangsa Cina bagi portfolio Wilayah Persekutuan. |
|
'Saya mahu berehat, tunai umrah dalam masa terdekat' - Mohd Naim - Sinarharian - 17/12 11:08 am PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menyantuni para pegawainya dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) buat kali terakhir pada Rabu.Beliau yang tiba jam 8.20 pagi di Kompleks Islam disambut oleh pegawai dan kakitangan agensi termasuk Setiausaha Politik, Dr Muhamad Razak Idris.Ketika ditanya wartawan, Mohd Nai'm berkata, beliau tidak mempunyai sebarang perancangan dan mahu berehat terlebih dahulu."Insya-ALLAH, saya akan berangkat menunaikan umrah dalam masa terdekat," katanya.Selepas meluangkan masa kira-kira dua jam, beliau kemudiannya berangkat pulang.Mohd Na'im,58, yang juga bekas Ketua Hakim Syarie dilantik ke jawatan itu pada 2 Disember 2022 selepas mengangkat sumpah sebagai Senator.Beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa antara nama yang digugurkan dalam rombakan Kabinet kali kedua Kerajaan Perpaduan.Turut digugurkan, Timbalan Menteri Perpaduan, K Saraswathy. |
|
Tujuh menteri, lapan timbalan menteri selesai angkat sumpah - Sinarharian - 17/12 11:01 am KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh menteri termasuk dua yang baharu dilantik mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, di sini, susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu, yang berlangsung di Singgahsana Kecil pada 10 pagi.Pada masa sama, lapan timbalan menteri yang baharu dilantik turut mengangkat sumpah jawatan.Semalam, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan menteri baharu serta pertukaran beberapa portfolio, berikutan kekosongan dalam Kabinet Kerajaan MADANI dan keperluan untuk membuat sedikit penyesuaian.Istiadat itu bermula dengan lafaz ikrar sumpah jawatan dan taat setia serta majlis penandatanganan dokumen rasmi pelantikan yang disaksikan Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh.Menteri yang mengangkat sumpah ialah:Datuk Seri Arthur Joseph Kurup dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, bertukar daripada Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi, bertukar daripada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Datuk Seri R |
|
Tujuh menteri, lapan timbalan menteri angkat sumpah hari ini - Sinarharian - 17/12 10:10 am KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh menteri serta lapan timbalan menteri akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani.Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu, dijangka berlangsung di Istana Negara, di sini, pagi ini.Semalam, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelantikan menteri dan timbalan menteri baharu serta pertukaran beberapa portfolio, berikutan kekosongan dalam Kabinet Kerajaan Madani dan keperluan untuk membuat sedikit penyesuaian.Antara rombakan itu ialah pelantikan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, manakala Hannah Yeoh yang sebelum ini Menteri Belia dan Sukan, dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).Rombakan turut menyaksikan enam timbalan menteri dan seorang muka baharu dinaikkan sebagai menteri penuh termasuk Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang dilantik sebagai Menteri Ekonomi, manakala Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari menjadi Menteri Belia dan Sukan yang baharu |
|
Puad Zarkashi cabar Adam Adli hapuskan PTPTN - Sinarharian - 17/12 9:16 am Jadi pembangkang memang mudah, tapi bila berkuasa baru tahu tinggi dan rendah langit. Takkan nak tidur lagi di Dataran Merdeka," kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu menerusi hantaran di Facebook.Rombakan Kabinet Kerajaan Persekutuan pada Selasa menyaksikan portfolio Adam bertukar daripada Timbalan Menteri Belia dan Sukan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.Semasa era aktivisme mahasiswa sekitar tahun 2010, Adam merupakan antara pendukung utama pendidikan percuma di Malaysia dan berkempen secara agresif untuk pemansuhan pinjaman PTPTN. |
|
'Johari pilihan tepat teraju MITI' - Reezal - Sinarharian - 17/12 8:23 am KEPALA BATAS Pelantikan Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang baharu disifatkan sebagai keputusan tepat berdasarkan pengalaman luas beliau dalam sektor korporat dan pentadbiran kewangan negara.Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, latar belakang Johari yang berasal dari arena korporat menjadikan beliau memahami denyut nadi serta kehendak sebenar industri dan pemain korporat.Menurutnya, Johari bukan sahaja memiliki pengalaman luas dalam dunia perniagaan dan memegang syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, malah beliau pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan termasuk terlibat secara langsung dalam ekosistem kewangan negara."Beliau pernah menjadi Menteri Kewangan dalam erti kata ekosistem, semua perjalanan mengenai pentadbiran kewangan negara, beliau tahu."Beliau mempunyai pengalaman yang lengkap dan menyeluruh, bermula daripada sektor korporat hingga ke bangku penyokong kerajaan (backbenchers)."Dengan pendedahan dan pengalaman luas itu, saya percaya tidak ramai yang mempunyai 'well-rounded exposure' seperti Datuk Seri Johari untuk memahami ekosistem perdagangan dan pelaburan negara," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Graduasi Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal di sini pada Selasa.Dalam pada itu, Reezal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam turut menyifatkan Johari sebagai calon terbaik untuk meneruskan kesinambungan tugas yang sebelum ini dipikul oleh Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz."Saya yakin pelantikan ini adalah pilihan terbaik dan negara akan mampu mencatat lonjakan yang lebih tinggi berbanding sebelum ini," tambahnya.Beliau berharap Kabinet baharu yang dibentuk dapat mengukuhkan tadbir urus kerajaan dengan memastikan komunikasi yang pantas dan berkesan bersama rakyat.Katanya, sebarang isu yang dibangkitkan rakyat tidak wajar dibiarkan berlarutan tanpa jawapan tuntas agar Perdana Menteri tidak berdepan tekanan secara bersendirian."Rombakan Kabinet ini diharapkan dapat memberi lebih banyak kebaikan kepada rakyat, seterusnya membawa kestabilan serta kemakmuran negara yang lebih berpanjangan," katanya lagi.Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan Johari, yang sebelum ini menyandang jawatan Menteri Perladangan dan Komoditi, dilantik sebagai Menteri MITI yang baharu menerusi rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diadakan.Pelantikan itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pengumuman khas mengenai barisan Kabinet baharu.Manakala jawatan Timbalan Menteri MITI diisi oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.Sebelum ini, jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri disandang oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, manakala Timbalan Menterinya pula ialah Liew Chin Tong yang kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan. |
|
Dilantik Timbalan Menteri, fokus awal Mordi fahami peranan, keperluan KBS - Mgazette - 17/12 8:12 am Saya merakamkan penghargaan kepada kepimpinan negara atas kepercayaan yang diberikan, serta kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan pandangan sepanjang perjalanan saya selama ini, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dalam pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, Mordi merupakan antara muka baharu yang diumumkan bagi menggantikan Adam Adli yang kini bertukar portfolio sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi |
|
Pengalaman luas Tze Tzin dalam PAC kelebihan besar, aset berharga kepada... - Mgazette - 17/12 8:12 am PAC ingin menegaskan semula komitmen PAC untuk menjalankan mandatnya sebagai badan semak imbang Parlimen demi memperkukuh integriti dan kebertanggungjawaban kerajaan kepada rakyat, walau apa jua perubahan yang berlaku, katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Dalam pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, Tze Tzin merupakan antara muka baharu anggota Jemaah Menteri apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, menggantikan Liew Chin Tong |
|
Terima kasih PM atas kepercayaan diberi – Zaliha - Mgazette - 17/12 8:12 am Zaliha Mustafa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan yang telah diberikan kepada beliau untuk menggalas amanah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) sebelum ini. Zaliha yang tidak disenaraikan dalam rombakan Kabinet pada hari ini berkata, beliau percaya setiap keputusan yang diambil oleh Perdana Menteri dibuat dengan penuh pertimbangan, berlandaskan kepentingan negara serta keperluan untuk memastikan pentadbiran kerajaan terus stabil, berfungsi dan fokus kepada agenda reformasi yang telah digariskan |
|
Bersyukur kekal dalam KPM, Fadhlina hargai kepercayaan Anwar - Mgazette - 17/12 8:12 am "Insya-Allah, kami akan berusaha melakukan yang lebih baik dan pastinya yang terbaik bagi pendidikan dan anak-anak kita," katanya pada pemberita selepas Majli Malam Jalinan KPM- Media di sin, malam tadi. Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI melibatkan 28 menteri dan timbalan menteri, merangkumi pertukaran portfolio serta lantikan baharu |
|
Zaliha, Mohd Na???im, Saraswathy digugurkan - Mgazette - 17/12 8:12 am PUTRAJAYA Seramai dua Menteri dan seorang Timbalan Menteri digugurkan dalam barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini |
|
Vape diharamkan sepenuhnya pada 2026 - Mgazette - 17/12 8:12 am JOHOR BAHRU - Pengharaman penuh penggunaan vape di negara ini disasar akan dimuktamad menjelang tahun depan |
|
Kabinet bekerja gabung pengalaman, pastikan agenda Madani dilaksana ??? .. - Mgazette - 17/12 8:12 am Tambah Zambry, matlamat utama kementerian adalah untuk memastikan sistem pendidikan tinggi negara dapat berfungsi dengan sebaik mungkin demi kepentingan masa depan generasi muda dan pembangunan negara. Terdahulu hari ini, Anwar mengumumkan rombakan Kabinet dengan berkata, terdapat keperluan bagi rombakan Jemaah Menteri ke arah penyesuaian supaya Kabinet dapat terus bekerja |
|
Rombakan Kabinet: 10 lantikan baharu, 14 menteri, timbalan menteri .. - Mgazette - 17/12 8:11 am # Rombakan Kabinet: 10 lantikan baharu, 14 menteri, timbalan menteri bertukar portfolio PUTRAJAYA Barisan Jemaah Menteri baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan 10 lantikan baharu masing-masing melibatkan dua Menteri dan lapan Timbalan Menteri |
|
Menteri WP didominasi satu kaum timbul kegusaran orang Melayu ??? Aliff .. - Mgazette - 17/12 8:11 am Bertindaklah secara adil, profesional dan jangan sesekali meminggirkan kepentingan orang Melayu bandar, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dalam pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, Hannah Yeoh diumumkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bagi menggantikan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa yang digugurkan |
|
Tahniah Adam Adli, bolehlah hapuskan PTPTN – Puad - Mgazette - 17/12 8:11 am Takkan nak tidur lagi di Dataran Merdeka, katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini. Dalam pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, Adam Adli bertukar portfolio daripada Timbalan Menteri Belia dan Sukan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menggantikan Datuk Mustapha Sakmud |
|
Mustapha beri komitmen angkat martabat Sabah, Sarawak sebagai rakan kongsi .. - Mgazette - 17/12 8:11 am Hal ini selaras dengan semangat, sejarah dan peruntukan Perjanjian Malaysia 1963 yang menjadi asas pembentukan Persekutuan demi kemakmuran rakyat dalam Negara Malaysia yang berdaulat, katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Terdahulu menerusi pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi urusan Sabah dan Sarawak |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |