| /// |
|
| Search : Raja Perlis News | Page 1 |
|
PH Perlis mahu kerajaan negeri kekal hingga tamat penggal - Mgazette - 24/12 5:18 pm Media sebelum ini melaporkan keadaan politik di Perlis bergolak selepas terdapat dakwaan wujud usaha menyingkirkan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli. Memetik sumber, seramai lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan tiga daripada Pas didakwa telah menyerahkan Akuan Bersumpah (SD) kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, bagi menyatakan hilang keyakinan terhadap Mohd Shukri |
|
Jangan ingat DAP bersih, perogol ada, `raja terowong??? pun ada –... - Mgazette - 24/12 5:18 pm # Jangan ingat DAP bersih, perogol ada, `raja terowong pun ada - Puad KUALA LUMPUR Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr |
|
Pemuda Pas Perlis seru semua pihak jaga kestabilan negeri - Mgazette - 24/12 5:18 pm Media sebelum ini melaporkan keadaan politik di Perlis bergolak selepas terdapat dakwaan wujud usaha menyingkirkan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli. Memetik sumber, seramai lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan tiga daripada Pas didakwa telah menyerahkan Akuan Bersumpah (SD) kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, bagi menyatakan hilang keyakinan terhadap Mohd Shukri |
|
Kes titah adendum Najib perlihat kelemahan nyata UMNO Pahang – Jasri - Mgazette - 24/12 5:18 pm # Kes titah adendum Najib perlihat kelemahan nyata UMNO Pahang - Jasri KUALA LUMPUR Polemik di sebalik keputusan Mahkamah Tinggi bersabit kes titah adendum melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak memperlihatkan kelemahan nyata UMNO Pahang |
|
DAP tak hormat UMNO dalam Kerajaan Perpaduan – Fakhrul DAP tak .. - Mgazette - 24/12 5:18 pm # DAP tak hormat UMNO dalam Kerajaan Perpaduan - Fakhrul PEKAN - Kenyataan dibuat Setiausaha Publisiti DAP, Yeo Bee Yin baru-baru ini bagaikan tidak menghormati hubungannya dengan UMNO di dalam Kerajaan Perpaduan, Ketua Pergerakan UMNO Pekan, Mohd Fakhrul Akhmal Mohamed berkata, ia lebih-lebih lagi ketika DAP dan UMNO masih mempunyai kerjasama termasuk di Pahang |
|
PH Perlis sokong kekalkan Kerajaan PN demi kestabilan negeri - Sinarharian - 24/12 4:54 pm KANGAR Pakatan Harapan (PH) Perlis menyatakan sokongan agar kerajaan negeri yang diterajui Perikatan Nasional (PN) dikekalkan sehingga tamat penggal bagi menjamin kestabilan pentadbiran serta kesejahteraan rakyat negeri ini.Dalam satu kenyataan media pada Rabu, gabungan itu menegaskan bahawa kerajaan negeri sedia ada terbentuk hasil mandat jelas rakyat menerusi proses demokrasi yang sah dan sewajarnya dihormati oleh semua pihak."Mandat besar yang diberikan oleh rakyat ini wajib dipelihara. Ia bukan ruang untuk pergolakan dalaman atau percaturan kuasa yang hanya menimbulkan keresahan awam serta menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi pentadbiran negeri," menurut kenyataan itu.Sokongan tersebut hadir di tengah-tengah kemelut politik yang melanda kerajaan negeri apabila lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu dan tiga ADUN Pas didakwa telah menyerahkan Akuan Bersumpah (SD) kepada Raja Perlis bagi menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.Difahamkan, pendirian itu dibuat selepas satu mesyuarat dalaman gabungan berkenaan diadakan pada malam Selasa, sekali gus menandakan perubahan nada berbanding kenyataan awal Pengerusinya, Noor Amin Ahmad, yang menyatakan kesediaan menghadapi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya berlaku.PH Perlis turut menjelaskan bahawa keputusan menyokong kerajaan negeri sedia ada dibuat dengan mengambil kira keperluan untuk memastikan keharmonian politik negeri terus terpelihara, selain menjaga kepentingan rakyat serta institusi diraja.Menurutnya, kestabilan kerajaan merupakan keperluan utama bagi sebuah negeri kecil seperti Perlis, bukan sahaja untuk memastikan kelancaran pentadbiran, malah bagi menjimatkan kewangan kerajaan."Ia juga penting bagi mengelakkan pembaziran akibat ketidaktentuan politik serta tidak mengguris mandat rakyat yang telah diberikan secara sah," ujarnya. |
|
PAS man takes jab at Perlis Bersatu over possible MB replacement - FMT - 24/12 4:33 pm PAS information chief Ahmad Fadhli Shaari says it was strange that a party holding fewer seats in the state assembly had submitted the names of its candidates to replace Shukri Ramli. |
|
Proses undang-undang kes Najib belum muktamad - UMNO Selangor - Sinarharian - 24/12 4:27 pm SHAH ALAM - UMNO Selangor mengingatkan bahawa proses perundangan berkaitan kes melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum mencapai penamat sepenuhnya, memandangkan bekas Perdana Menteri itu masih mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan melalui saluran sah yang diperuntukkan undang-undang.Menurut UMNO Selangor, sebarang kenyataan bersifat sindiran atau perayaan terhadap keputusan mahkamah ketika proses perundangan masih berjalan adalah tidak wajar."Isu yang menjadi perhatian rakyat ketika ini bukan sekadar membabitkan individu tertentu, sebaliknya turut melibatkan kewujudan dan pelaksanaan Titah Adendum yang telah dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu, yang mempunyai kedudukan tersendiri dalam sistem Raja Berperlembagaan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.UMNO Selangor menegaskan, sekiranya proses rayuan kelak menghasilkan keputusan berbeza dan kedudukan Titah Adendum diperakui secara sah, kenyataan sinis yang dikeluarkan sebelum ini akan jelas memperlihatkan ketidaksensitifan serta kegagalan memahami prinsip keadilan dan Raja Berperlembagaan.Dalam hal ini, UMNO Selangor berpandangan tindakan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, bukan sahaja tidak beradab dari sudut politik, malah sensitif dari sudut perlembagaan, lebih-lebih lagi apabila ia dibuat oleh seorang wakil dalam Kerajaan Perpaduan.UMNO Selangor turut menegaskan bahawa tindakan Pemuda negeri itu menyerahkan memorandum yang menuntut permohonan maaf secara terbuka serta mendesak Bee Yin menurunkan hantaran berkenaan adalah wajar, berprinsip dan berpaksikan kepentingan institusi negara.Pada masa sama, UMNO Selangor menolak cubaan pihak tertentu termasuk DAPSY Selangor yang melabelkan tindakan itu sebagai gimik atau intimidasi, sebaliknya menegaskan bahawa penyerahan memorandum secara aman di hadapan pusat khidmat wakil rakyat merupakan amalan demokrasi yang sah, beradab dan berperlembagaan.UMNO Selangor turut menegaskan bahawa parti itu tidak pernah meraikan kekalahan mana-mana parti lawan, termasuk keputusan pilihan raya negeri di Sabah baru-baru ini, walaupun ia membabitkan kegagalan DAP memperoleh sebarang kerusi, sekali gus memperlihatkan perbezaan antara politik beradab dan politik ejekan."Kami menyeru pimpinan DAP di Selangor, khususnya Bee Yin, agar menghentikan politik sindiran dan provokasi, menurunkan hantaran berkenaan serta memohon maaf secara terbuka demi memulihkan keharmonian politik."UMNO Selangor akan terus mempertahankan adab politik, kedaulatan perlembagaan serta penghormatan terhadap institusi Raja-Raja Melayu dan tidak akan berdiam diri terhadap sebarang cubaan memperlekehkan prinsip berkenaan," tambah kenyataan itu.Sinar Harian pada Selasa melaporkan bahawa Pemuda UMNO Selangor menyerahkan memorandum bantahan di hadapan pejabat Bee Yin bagi mengecam kenyataan serta hantaran media sosial wakil rakyat itu yang didakwa bersifat biadab, sinis dan mencetuskan provokasi politik.Memorandum itu menyatakan bantahan keras terhadap kenyataan Bee Yin yang didakwa memperlekeh isu perundangan melibatkan Najib, selain mencemarkan keharmonian politik dalam Kerajaan Perpaduan. |
|
Hairan ada pihak serah nama walaupun minoriti, sindir pemimpin PAS - FMT - 24/12 4:23 pm Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari turut meluahkan rasa penghargaan terhadap PH Perlis yang menyokong pentadbiran Perlis Perikatan Nasional (PN) diterajui PAS itu kekal memerintah sehingga tamat penggal. |
|
'Anak susah kongsi barang, Johan hantar rumah anak yatim' - Sinarharian - 24/12 3:49 pm PELAWAK dan penyampai radio Johan Raja Lawak bersama isterinya, Ozlynn Waty, sering mencuri perhatian ramai dalam cara mereka membesarkan cahaya mata.Baru-baru ini, Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim mendedahkan pernah menghantar anak keduanya, Ahmad Sodiq Hanania, ke rumah anak yatim kerana sikapnya yang sukar berkongsi barangan milik sendiri dengan adik-beradik lain.Menerusi satu video tular, bapa kepada enam orang cahaya mata itu menjelaskan tindakan tersebut dilakukan semata-mata untuk tujuan mendidik."Sodiq adalah antara anak saya yang tak boleh berkongsi |
|
Teater Muzikal Paduka Cik Siti angkat kepimpinan wanita Melayu - Sinarharian - 24/12 2:23 pm TEATER Muzikal Paduka Cik Siti yang selesai dipentaskan di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj), Putrajaya mengangkat naratif kepimpinan wanita Melayu terkenal Kelantan, iaitu Cik Siti Wan Kembang.Pementasan yang berlangsung dari 19 hingga 21 Disember lalu itu merupakan terbitan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Persatuan Alumni ASWARA, sekali gus menggabungkan elemen warisan, pendidikan dan profesionalisme industri seni persembahan tempatan.ASWARA dalam kenyataannya berkata, teater muzikal berkenaan merupakan idea asal dan arahan Che Kem, dengan naskhah tulisan Roziah Adama dan Khairunazwan Rodzy, manakala lirik lagu dihasilkan oleh Dr Hairul Anuar Harun."Pementasan ini mengisahkan perjalanan Cik Siti Wan Kembang, satu-satunya waris takhta Tanah Serendah Sekebun Bunga yang memilih amanah pemerintahan mengatasi kepentingan peribadi |
|
PH harap percaturan politik di Perlis dihenti segera - FMT - 24/12 1:03 pm Gabungan pembangkang itu mahu mandat rakyat pada PRU15 dihormati bukan buka ruang pergolakan dalaman atau percaturan kuasa. |
|
We will not hesitate to act: Perikatan, Pakatan leaders back stability in Perlis amid pressure on menteri besar - Malaymail - 24/12 12:18 am KANGAR, Dec 24 Leaders from Perikatan Nasional (PN) and Pakatan Harapan (PH) have voiced support for political s... |
|
Perlis MB discharged from hospital after being admitted for chest pain - Malaymail - 24/12 9:10 am KANGAR, Dec 24 Perlis Menteri Besar Mohd Shukri Ramli who was reported to be treated at a hospital in Kuala... |
|
Keputusan mahkamah tidak sama sekali kurangkan kuasa YDPA - Mgazette - 24/12 7:48 am # Keputusan mahkamah tidak sama sekali kurangkan kuasa YDPA KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak semakan kehakiman Datuk Seri Najib Razak, tidak sama sekali mengurangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Raja-Raja Melayu atau Yang di-Pertua Negeri (YDPN) ketika memberikan pengampunan kepada pesalah |
|
PN bimbang wujud implikasi kuasa prerogatif YDPA, Raja-Raja Melayu - Mgazette - 24/12 7:48 am # PN bimbang wujud implikasi kuasa prerogatif YDPA, Raja-Raja Melayu KUALA LUMPUR Perikatan Nasional (PN) telah melantik peguam bagi mengikuti prosiding kes titah adendum terhadap Datuk Seri Najib Razak sebagai peguam pemerhati kerana bimbang terhadap implikasi perundangan yang membabitkan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Raja-Raja Melayu |
|
Pemuda UMNO Selangor beri Bee Yin 24 jam untuk mohon maaf - Mgazette - 24/12 7:48 am # Pemuda UMNO Selangor beri Bee Yin 24 jam untuk mohon maaf PUCHONG - Pergerakan Pemuda UMNO Selangor mendesak agar Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataannya semalam terhadap Titah Adendum bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak |
|
Pas tunggang isu Najib alih perhatian masalah kerajaan Perlis – Zuhan - Mgazette - 24/12 7:48 am # Pas tunggang isu Najib alih perhatian masalah kerajaan Perlis - Zuhan JOHOR BAHRU - Pas didakwa memainkan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Razak sebagai cubaan terancang mengalih perhatian selepas beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis mahu menarik sokongan terhadap Menteri Besarnya |
|
MB Perlis dibenar keluar hospital - FMT - 23/12 11:44 pm Shukri Ramli sebelum ini dilapor terima rawatan di Kuala Lumpur akibat sakit dada. |
|
No orchestrated move to unseat Perlis MB, says Shahidan - FMT - 23/12 11:31 pm Perlis PN chief says statutory declarations signed by eight assemblymen were done independently and not due to orders from central leaders. |
|
Tiada pakatan terancang goyah kedudukan MB Perlis, kata Shahidan - FMT - 23/12 9:38 pm Pengerusi PN Perlis berkata, kemelut babit 8 Adun serah SD itu berkait tindakan individu, tiada persetujuan rasmi peringkat pusat. |
|
Keputusan mahkamah kes Najib tidak langgar kuasa prerogatif Agong Bersih - Sinarharian - 23/12 9:09 pm SHAH ALAM - Keputusan mahkamah berhubung kes permohonan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melangkaui kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, keputusan itu sebaliknya adalah bagi memastikan segala proses dan prosedur yang ditetapkan diikuti dengan tertib."Dengan mengikut prosedur undang-undang inilah akan membantu memudahkan pelaksanaan titah pengampunan," katanya dalam hantaran Facebook pada Selasa.Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching pada Isnin menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 72, untuk memaksa kerajaan melaksanakan Titah Adendum supaya beliau dapat menjalani baki hukuman penjara di rumah.Alice memutuskan bahawa tahanan rumah dalam permohonan bekas Ahli Parlimen Pekan itu tidak boleh dilaksanakan kerana tiada peruntukan undang-undang bagi mekanisme itu dijalankan di negara ini.Ujar Muhammad Faisal, meskipun sistem beraja telah wujud sekian lama sebelum wujud Perlembagaan Persekutuan, namun berdasarkan fakta, jawatan Yang di-Pertuan Agong hanya hadir bersama Perlembagaan Persekutuan."Dalam erti kata lain, ia wujud bersama terbentuknya Perlembagaan Persekutuan |
|
Bapa maut, dua anak cedera Myvi terbabas langgar tiang elektrik - Sinarharian - 23/12 8:47 pm MACHANG Seorang bapa maut manakala dua anaknya cedera selepas kereta jenis Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas lalu melanggar tiang elektrik di Kilometer 31, Jalan Kota BharuKuala Krai berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Samad, Pulai Chondong di sini pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang maut merupakan penumpang hadapan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, siasatan awal mendapati, semasa kejadian sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki bersama abang dan ayahnya dalam perjalanan pulang dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu ke Kuala Krai selepas selesai urusan temu janji perubatan.Menurutnya, setiba di lokasi kereta tersebut dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di lokasi sebelum terbabas sendiri dan melanggar tiang elektrik di bahu kiri jalan."Akibat kemalangan itu, pemandu dan penumpang belakang mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut, manakala penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Ujarnya, orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 011-19454020 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di 09-9751222. |
|
Kaji semula peruntukan Perlembagaan pelihara kuasa prerogatif Agong, gesa PN - FMT - 23/12 8:34 pm Ini penting bagi memastikan kuasa mutlak Agong, Raja-Raja Melayu kekal jelas serta terpelihara, kata ketua pembangkang. |
|
Kerajaan digesa kaji semula kuasa pengampunan Agong, Raja-Raja - Hamzah - Sinarharian - 23/12 8:05 pm SHAH ALAM - Kerajaan digesa mengkaji semula perkara dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa prerogatif pengampunan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, langkah itu bagi memastikan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan struktur asas Perlembagaan kekal, jelas serta terpelihara."Perikatan Nasional (PN) berpandangan bahawa kemelut Perlembagaan dan kekeliruan undang-undang yang berlaku hari ini adalah berpunca daripada kegagalan kerajaan Madani sendiri dalam menangani isu kewujudan Titah Adendum sejak awal lagi."Sehubungan itu, PN menggesa kerajaan mengkaji semula perkara-perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan kuasa prerogatif pengampunan bagi memastikan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu serta struktur asas Perlembagaan kekal, jelas dan terpelihara," katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching pada Isnin menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 72, untuk memaksa kerajaan melaksanakan Titah Adendum supaya beliau dapat menjalani baki hukuman penjara di rumah.Alice memutuskan bahawa tahanan rumah dalam permohonan bekas Ahli Parlimen Pekan itu tidak boleh dilaksanakan kerana tiada peruntukan undang-undang bagi mekanisme itu dijalankan di negara ini.Ujar Hamzah, PN juga telah melantik peguam bagi mengikuti prosiding kes titah tersebut sebagai peguam pemerhati kerana prihatin dengan kesan prosiding Mahkamah Tinggi itu.Menurutnya, urusan pengampunan merupakan kuasa prerogatif tertinggi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang wajib dihormati oleh rakyat."PN tidak mahu Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dilihat sebagai setem getah semata-mata."Walhal kuasa Baginda telah dinyatakan secara jelas dalam Laporan Suruhanjaya Reid demi memelihara kuasa dan prestij Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sepertimana yang telah diterjemahkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim."Ketua Hakim Negara dalam kes tersebut memutuskan bahawa kuasa pengampunan merupakan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong yang bersifat non-justiciable (tidak boleh dicabar), sekali gus meletakkannya di luar bidang kuasa semakan kehakiman," ujarnya. |
|
Keputusan Mahkamah Tinggi kes Najib tidak kurangkan kuasa pengampunan diraja - AGC - Sinarharian - 23/12 7:53 pm KUALA LUMPUR - Keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Datuk Seri Najib Razak berhubung Titah Adendum tidak sama sekali mengurangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu atau Yang di-Pertua Negeri dalam memberikan pengampunan kepada seseorang pesalah, menurut Jabatan Peguam Negara (AGC).AGC dalam kenyataan pada Selasamemaklumkan Hakim Datuk Alice Loke Yee Ching, dalam penghakiman lisannya, turut mengiktiraf kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu serta Yang di-Pertua Negeri berkenaan pengampunan."Kuasa pengampunan ini tidak boleh dilakukan oleh mana-mana pihak lain |
|
Polis tahan lelaki, rampas syabu bernilai RM2.4 juta - Sinarharian - 23/12 7:40 pm ALOR SETAR - Polis menahan seorang lelaki dan merampas 75 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggar bernilai RM2.4 juta di Plaza Tol Hutan Kampungdi sini pada Isnin.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, suspek berusia 48 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim kira-kira jam 5 pagi hasil maklumat risikan.Beliau berkata, pemeriksaan menemukan empat guni putih mengandungi 75 bungkusan syabu di belakang kenderaan pacuan empat roda yang dipandu suspek, selain sepucuk pistol automatik bersama 12 peluru hidup."Suspek bertindak agresif serta enggan keluar dari kenderaan menyebabkan anggota terpaksa memecahkan cermin," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.Adzli berkata, siasatan awal mendapati suspek bertindak sebagai transporter dan ditawarkan bayaran RM15,000 untuk membawa bekalan dadah itu dari Perlis ke Butterworth, Pulau Pinang sebelum diserahkan kepada seorang lelaki lain.Beliau berkata, polis kini sedang mengesan tiga lagi individu yang dipercayai memainkan peranan penting dalam mengendalikan dan menyelaras penyeludupan dadah berkenaan."Polis turut menyita sebuah kereta BMW X5, sebuah motosikal Kawasaki ZR800 serta wang tunai RM500 yang disyaki hasil aktiviti dadah susulan pemeriksaan di rumah suspek," katanya yang turut memaklumkan lelaki itu berasal dari Sungai Petani dan didapati positif methamphetamine.Adzli berkata, suspek direman tujuh hari hingga 28 Disember ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, selain Seksyen 8 dan 8(a) Akta Senjata Api 1960.Dalam sidang media yang sama, Adzli turut memaklumkan seorang lelaki berusia 23 tahun telah ditahan berkaitan kes ragut menggunakan motosikal terhadap seorang pelajar antarabangsa sebuah universitidi sini pada 19 Disember.Beliau berkata, suspek dan bapa mentuanya yang berusia 46 tahun ditahan di sebuah rumah, di sini kira-kira jam 2 pagi selepas laporan diterima daripada mangsa pada jam 11 malam hari kejadian."Lelaki itu mempunyai tiga rekod kes dadah manakala bapa mentuanya mempunyai 12 rekod jenayah, kebanyakannya berkaitan kes curi kabel," katanya.Adzli berkata, kedua-dua suspek ditahan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan ujian air kencing mendapati mereka positif methamphetamine |
|
Pertelagahan UMNO, DAP semakin hangat, pucuk pimpinan parti berbalas 'serangan' - Sinarharian - 23/12 6:57 pm PUTRAJAYA - Ketegangan politik antara UMNO dan DAP terus memuncak apabila pimpinan kedua-dua parti saling berbalas kenyataan menerusi media sosial.Terbaharu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan tampil membidas kenyataan dikeluarkan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin berhubung keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan pemenjaraan di rumah.Menerusi hantaran di Facebook, Mohamad secara sinisnya berkata, beliau menunggu untuk meraikan keputusan mahkamah berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang membabitkan Penasihat DAP, Lim Guan Eng."Saya pun tunggu untuk raikan apabila mahkamah merasmikan (memutuskan) terowong Pulau Pinang |
|
Pergolakan PN Perlis: Selesai cara adik-beradik, kata Shahidan - Sinarharian - 23/12 6:33 pm Cara penyelesaiannya mesti secara adik-beradik, bukan bergaduh sesama sendiri," katanya pada Selasa.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sumbangan Dana Pendidikan Yayasan Fawwaz di Pusat Khidmat Kubang Gajah di sini.Timbalan Pesuruhjaya Pas 3 Perlis itu menjelaskan, sebarang tindakan berkaitan sokongan wakil rakyat perlu diputuskan oleh parti di peringkat pusat sebelum dimaklumkan kepada pihak istana, selaras dengan prinsip dan disiplin parti politik.Jelasnya, tindakan secara individu oleh mana-mana wakil rakyat, jika berlaku akan diteliti dan dikaji oleh parti mengikut peraturan sedia ada."Pendekatan PN jelas, apa-apa keputusan mesti dibuat oleh parti. Selepas itu barulah disampaikan kepada Tuanku Raja Perlis |
|
'Bossku tidak akan mengalah, akan terus berjuang'- Anak Najib Razak - Sinarharian - 23/12 6:19 pm SHAH ALAM Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu Datuk Mohd Nazifuddin meluahkan rasa sedih dan kecewa terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada Isnin yang menolak permohonan berkaitan Titah Adendum berhubung tahanan rumah ke atas bapanya.Exco Pemuda UMNO itu berkata, kekecewaan tersebut bukan hanya kerana ia membabitkan bapanya tetapi kerana keputusan itu dilihat turut menyentuh dan menjejaskan kedudukan institusi Diraja serta titah Yang di-Pertuan Agong."Saya kenal ayah saya |
|
Saya kenal ayah saya,Bossku tidak akan mengalah – Nazif Saya kenal .. - Mgazette - 23/12 3:02 pm # Saya kenal ayah saya,Bossku tidak akan mengalah - Nazif KUALA LUMPUR - Anak Datuk Seri Najib Razak, Datuk Nazif hari ini meluahkan perasan kecewa terhadap keputusan kes melibatkan ayahnya dan tindakan sesetengah pihak 'meraikannya' |
|
Henti keluar kenyataan mengelirukan, pecah belah rakyat isu Titah Adendum .. - Mgazette - 23/12 3:02 pm # Henti keluar kenyataan mengelirukan, pecah belah rakyat isu Titah Adendum - Faezuddin JOHOR BAHRU - Mana-mana pihak tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan mengelirukan berkenaan semakan kehakiman yang menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak semalam |
|
Tarik sokongan, cukup-cukuplah UMNO diperalat DAP – Fariz - Mgazette - 23/12 3:02 pm # Tarik sokongan, cukup-cukuplah UMNO diperalat DAP - Fariz KUALA LUMPUR Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang mendesak kepimpinan tertinggi UMNO menarik sokongan sepenuhnya daripada Kerajaan Persekutuan, sekali gus menumbangkan Kerajaan Perpaduan tanpa berdolak-dalih |
|
Tolak Titah Adendum Najib risiko cabar kedudukan Agong, Raja-Raja – .. - Mgazette - 23/12 3:02 pm # Tolak Titah Adendum Najib risiko cabar kedudukan Agong, Raja-Raja - Pas KUALA LUMPUR - Sebarang usaha atau percubaan untuk menempatkan kuasa serta budi bicara pengampunan Diraja di bawah kawalan kehakiman atau birokrasi berpotensi besar menceroboh ketetapan Perlembagaan Persekutuan, kata Pas |
|
Isu SD ADUN Perlis: Bersatu, Pas belum beri pendirian rasmi - Sinarharian - 23/12 2:34 pm SHAH ALAM Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Islam Se-Malaysia (Pas) masih belum mengeluarkan sebarang pendirian rasmi berhubung dakwaan penyerahan Akuan Bersumpah (SD) oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.Dakwaan itu membabitkan penyerahan SD bagi menyatakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli sekali gus mencetuskan perhatian dan spekulasi dalam landskap politik negeri berkenaan.Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut kerana belum memperoleh maklumat lengkap daripada pihak berkaitan."Setakat ini, saya hanya mendapat maklumat daripada media," ujarnya ketika dihubungi Sinar Harian bagi mengulas pendirian rasmi pimpinan Bersatu berhubung isu berkenaan, termasuk dakwaan wujud usaha menukar kepimpinan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.Dalam pada itu, usaha mendapatkan penjelasan daripada pimpinan Pas masih belum membuahkan hasil apabila beberapa pemimpinnya yang dihubungi termasuk Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak memberikan sebarang respons setakat ini.Media sebelum ini melaporkan bahawa lima ADUN Bersatu dan tiga ADUN Pas dikatakan telah menyerahkan SD kepada Raja Perlis bagi menyatakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mohd Shukri.Bagaimanapun, sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pimpinan Perikatan Nasional (PN) berhubung perkembangan tersebut, termasuk status sebenar dakwaan penyerahan SD itu serta langkah yang akan diambil bagi memastikan kestabilan pentadbiran kerajaan negeri Perlis.Perkembangan itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi politik mengenai kedudukan kepimpinan kerajaan negeri, namun masih belum disahkan oleh mana-mana pihak berkepentingan.Walau bagaimanapun, Pesuruhjaya Pas Perlis, Ahmad Ali pada Jumaat lalu dilaporkan mengeluarkan kenyataan meminta seluruh ahli Pas negeri itu memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Mohd Shukri sebagai Menteri Besar.Dalam perkembangan lain, Mohd Shukri dilaporkan menjalani pemeriksaan lanjut di hospital selepas mengadu sakit dada |
|
Political crisis grips Perlis as eight state reps allegedly submit SDs to Palace - Sinardaily - 23/12 1:37 pm KANGAR Political uncertainty has gripped Perlis following claims that eight state representatives have allegedly withdrawn their support for Menteri Besar Mohd Shukri Ramli, casting doubt on the stability of the state administration.Sources allege that the assemblymen have formalised their positions through statutory declarations (SDs) submitted to the Palace, placing Shukris leadership under significant pressure."The outcome now depends on whether Shukri chooses to resign," a source stated, adding that most of the assemblymen involved have already made their positions clear.The crisis is believed to stem from internal disputes within Perikatan Nasional (PN) in Perlis, including strained relations between the Menteri Besar and several elected representatives from the ruling coalition's component parties.To date, neither Shukri nor the state PN leadership has issued an official statement to confirm or deny the allegations.However, Perlis Pas Commissioner Ahmad Ali on Friday urged all party members in the state to provide their full and unwavering support to Shukri.In a separate development, Shukri was reportedly rushed to a hospital in Kuala Lumpur on Monday for medical examination after returning from an overseas trip.He reportedly complained of chest pain and is currently said to be in stable condition.Leadership challenges are not new to Shukris administration.In 2023, Kuala Perlis assemblyman Abu Bakar Hamzah (Bersatu) publicly called for his resignation after failing to be appointed as an executive councillor.Similar speculation surfaced in 2024 regarding Shukris position, though the state Pas leadership dismissed those reports as baseless rumours. |
|
Pergolakan politik PN Perlis: PH sedia hadapi pembubaran DUN - Sinarharian - 23/12 1:27 pm KANGAR - Pakatan Harapan (PH) Perlis memandang serius pergolakan politik yang sedang melanda negeri ini dan menegaskan kesediaan mereka menghadapi sebarang kemungkinan termasuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).Pengerusi PH Perlis, Noor Amin Ahmad berkata, situasi penarikan sokongan terhadap Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bukan sahaja mencetuskan ketidakstabilan pentadbiran negeri malah memberi tekanan kepada institusi Raja Berperlembagaan dan kesejahteraan rakyat.Menurutnya, pengalaman mentadbir dan kerjasama kukuh bersama parti-parti Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan negeri menjadikan PH sedia tampil sebagai alternatif yang diyakini rakyat"Penarikan sokongan dan percaturan politik yang tidak matang ini berpotensi mengheret Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke dalam krisis yang sepatutnya diselesaikan secara berhemah di peringkat dalaman Perikatan Nasional (PN)."PH Perlis akan terus memantau perkembangan semasa dengan penuh tanggungjawab dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk pembubaran DUN," katanya dalam satu kenyataan.Jelas beliau, rakyat Perlis mengharapkan kerajaan negeri yang matang, stabil dan benar-benar bekerja untuk rakyat, bukannya terperangkap dalam konflik dalaman dan politik berterusan.Dakwanya, isu pengurusan kerajaan negeri, termasuk kelemahan dalam menangani banjir baru-baru ini, membuktikan perlunya pentadbiran yang cekap dan berkesan.Media sebelum ini melaporkan bahawa lima ADUN Bersatu dan tiga ADUN Pas telah menyerahkan Akuan Bersumpah (SD) kepada Raja Perlis bagi menyatakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mohd Shukri.Walaubagaimanapun, sehingga kini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak PN berhubung perkembangan tersebut manakala Mohd Shukri dilaporkan menjalani pemeriksaan lanjut di hospital selepas mengadu sakit dada, dan kini berada dalam keadaan stabil. |
|
Tolak adendum pengampunan Najib risiko cabar YDPA, Raja-Raja - Pas - Sinarharian - 23/12 11:51 am SHAH ALAM Sebarang usaha atau percubaan untuk menempatkan kuasa dan budi bicara pengampunan Diraja di bawah kawalan kehakiman atau birokrasi berpotensi besar mencabul ketetapan Perlembagaan mengenai perkara itu.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu memandang serius keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalani baki hukuman penjara yang dihadapinya menerusi tahanan di rumah, berikutan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16.Menurutnya, sebarang keputusan, arahan atau petunjuk yang dibuat oleh YDPA dalam menjalankan kuasa budi bicaranya di bawah peruntukan Perlembagaan adalah jelas dan berada dalam kerangka undang-undang tertinggi negara."Justeru, sebarang kekaburan pentadbiran, kehilangan dokumentasi, pendedahan yang bertangguh atau pengakuan yang berpilih-pilih tidak boleh sama sekali digunakan untuk meneutralkan, menangguhkan atau mempersoalkan kesahihan tindakan Diraja."Perbuatan sedemikian hanya akan menghakis dan merendahkan wibawa, kedaulatan serta kedudukan Raja-Raja seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan."Oleh itu, Pas dengan tegas berpandangan bahawa isu Adendum yang merupakan sebahagian daripada keputusan langsung YDPA ke-16 mestilah diterima, dilaksanakan dan diberikan kuat kuasa undang-undang secara serta-merta tanpa bantahan kehakiman atau pentadbiran," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, Mahkamah Tinggi memaklumkan bahawa tahanan rumah seperti yang dipohon oleh Najib tidak boleh dilaksanakan kerana tiada peruntukan undang-undang bagi mekanisme itu dijalankan di negara ini.Hakim Alice Loke Yee Ching berkata demikian ketika menolak permohonan Najib, 72, untuk memaksa kerajaan melaksanakan Titah Addendum supaya beliau dapat menjalani baki hukuman penjara di rumah.Tambah Takiyuddin, perlu ditegaskan bahawa prinsip-prinsip Perlembagaan tidak boleh sama sekali dilaksanakan secara selektif mengikut keperluan politik atau individu tertentu.Jelasnya, Perlembagaan tidak menerima sebarang bentuk hierarki atau kelas dalam kalangan rakyat, khususnya dalam pelaksanaan kuasa pengampunan Diraja."Kewujudan persepsi berlakunya layanan yang tidak setara pastinya akan merosakkan kepercayaan awam terhadap sistem pemerintahan yang terbina berdasarkan Perlembagaan dan undang-undang."Berdasarkan prinsip-prinsip tadi, maka Pas menyokong penuh hak Najib untuk memfailkan rayuan kesnya ke mahkamah lebih tinggi, selaras dengan hak rayuan yang merupakan jaminan serta perlindungan asasi setiap individu dan wajib dihormati serta dibenarkan berjalan secara bebas, adil dan tanpa prejudis."Akhirnya, Pas menggesa semua cabang kerajaan dan pihak berkuasa yang berkaitan supaya bertindak dengan berani, telus dan setia berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan, agar keadilan dapat ditegakkan secara konsisten dan kehormatan serta kedaulatan YDPA dan Raja-Raja terus terpelihara," ujarnya. |
|
Lapan ADUN Perlis didakwa tidak lagi sokong MB - Sinarharian - 23/12 11:45 am KANGAR - Kedudukan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli didakwa semakin tertekan apabila lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilaporkan tidak lagi menyokong kepimpinannya, sekali gus mencetuskan ketidaktentuan politik di negeri ini.Menurut sumber, tindakan berkenaan dikatakan dibuat melalui akuan bersumpah (Statutory Declaration, SD) yang telah dikemukakan kepada pihak Istana, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kestabilan kerajaan negeri Perlis ketika ini.Menurutnya, sebahagian besar ADUN telah menyatakan pendirian masing-masing berhubung isu berkenaan."Perkara ini akan bergantung kepada keputusan Mohd Shukri sama ada memilih untuk meletakkan jawatan atau sebaliknya," katanya.Difahamkan, perkembangan tersebut berkait rapat dengan kemelut dalaman berpanjangan dalam Perikatan Nasional (PN) Perlis, termasuk isu hubungan antara Menteri Besar dan beberapa wakil rakyat dalam kalangan komponen parti kerajaan negeri.Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Mohd Shukri mahupun kepimpinan PN Perlis bagi mengesahkan atau menafikan dakwaan tersebut.Walau bagaimanapun, Pesuruhjaya Pas Perlis, Ahmad Ali pada Jumaat lalu mengeluarkan kenyataan menyeru seluruh ahli Pas negeri ini memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Mohd Shukri sebagai Menteri Besar.Dalam perkembangan berasingan, Mohd Shukri pada Isnin lalu dilaporkan dikejarkan ke sebuah hospital di ibu negara bagi menjalani pemeriksaan lanjut selepas pulang daripada urusan luar negara.Beliau dilaporkan mengadu sakit dada dan kini berada dalam keadaan stabil.Sebelum ini, gesaan sama telah dibuat oleh ADUN Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah dari Bersatu yang pernah secara terbuka mendesak Menteri Besar Perlis meletakkan jawatan pada 2023.Beliau mendakwa Mohd Shukri tidak melantik beliau sebagai Exco walaupun digalakkan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Pada 2024 pula, terdapat spekulasi di media sosial dan beberapa laporan yang mendakwa Mohd Shukri diminta meletakkan jawatan, namun Pas negeri menafikannya sebagai khabar angin. |
|
Exco PAS harap dakwaan MB Perlis hilang sokongan tak benar - FMT - 23/12 11:00 am Semalam, FMT melaporkan lapan Adun didakwa telah menarik sokongan terhadap Shukri Ramli. |
|
Kes Anwar, Najib berbeza, Hassan perlu faham asas perundangan - Dr Sathia - Sinarharian - 23/12 10:17 am SHAH ALAM Perbandingan dibuat Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim di antara kes pengampunan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan permohonan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah mengelirukan serta tidak berpaksikan asas perundangan yang betul.Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, kedua-dua kes tersebut berbeza sama sekali dari sudut proses undang-undang dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan."Anwar mendapat pengampunan penuh kerana keputusan itu dibuat secara sah dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong |
|
Titah Adendum: Tidak wajar keruhkan suasana, hormati keputusan hakim - PM - Sinarharian - 23/12 9:48 am PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri menegur segelintir pihak agar tidak mengeruhkan suasana atau menambah ketegangan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan tahanan di rumah.Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, semua pihak perlu menghormati keputusan yang telah dibuat oleh hakim termasuk ruang dan saluran perundangan yang masih tersedia untuk mengemukakan rayuan selain kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan peruntukan undang-undang yang ada."Sekalipun ada pihak yang memilih untuk tidak menzahirkan simpati kepada Najib dan keluarganya, adalah tidak wajar untuk mengeruhkan suasana atau menambah ketegangan dalam keadaan yang sensitif ini," katanya dalam hantaran di laman Facebook pada Selasa.Beliau menegaskan, Kerajaan Madani kekal berpegang teguh kepada prinsip penegakan negara hukum serta pengasingan kuasa selain badan kehakiman mesti dan akan terus bebas daripada sebarang pengaruh luar."Atas prinsip inilah saya menghormati keputusan yang telah dibuat oleh hakim," jelasnya.Terdahulu Hakim, Alice Loke Yee Ching menolak permohonan Najib, 72, untuk memaksa kerajaan melaksanakan Titah Adendum supaya beliau dapat menjalani baki hukuman penjara di rumah.Alice memutuskan bahawa tahanan rumah dalam permohonan bekas Perdana Menteri itu tidak boleh dilaksanakan kerana tiada peruntukan undang-undang bagi mekanisme itu dijalankan di negara ini.Dalam penghakimannya beliau berkata, mahkamah tidak boleh mengeluarkan perintah mandamus untuk memaksa responden mematuhinya.Menurutnya, Agong merupakan Raja Berperlembagaan dan melaksanakan kuasa serta fungsi mengikut peruntukan perlembagaan dan pelaksanaan prerogatif ihsan mesti dilakukan dalam kerangka undang-undang dengan kawalan dan had yang termaktub. |
|
MB Perlis dirawat di hospital kerana sakit dada - Mgazette - 23/12 7:53 am KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli kini sedang dirawat di sebuah hospital di ibu negara kerana mengalami sakit dada |
|
Kenyataan Bee Yin sahkan DAP gagal hormati asas Raja Berpelembagaan .. - Mgazette - 23/12 7:53 am # Kenyataan Bee Yin sahkan DAP gagal hormati asas Raja Berpelembagaan - Johan KUALA LUMPUR Badan Perhubungan UMNO Selangor menyifatkan tindakan pemimpin DAP yang menghina Datuk Seri Najib Razak berkaitan dengan Titah Adendum sebagai biadab kerana tidak menghormati Perlembagaan |
|
Mengapa Anwar diampunkan tetapi Najib tidak? – Hassan - Mgazette - 23/12 7:53 am # Mengapa Anwar diampunkan tetapi Najib tidak? - Hassan KUALA LUMPUR - Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan semakan kehakiman berkenaan Titah Addendum oleh Datuk Seri Najib Razak mempunyai kesan besar bukan sahaja terhadap bekas perdana menteri itu tetapi juga ke atas institusi Raja-Raja Melayu |
|
Akmal jangan pilih kasih dalam kes mahkamah – Asheeq - Mgazette - 23/12 7:53 am # Akmal jangan pilih kasih dalam kes mahkamah - Asheeq KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan mengecam keras kenyataan dikeluarkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh susulan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan isu Titah Addendum sambil menegaskan ia berpotensi mengelirukan rakyat selain menjejaskan persepsi terhadap institusi kehakiman dan serta kerajaan |
|
'Mengapa Anwar boleh, tetapi Najib tidak boleh?' soal Hassan Karim - Sinarharian - 22/12 8:37 pm JOHOR BAHRU Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin yang menolak permohonan semakan kehakiman berhubung Titah Adendum oleh bekas Datuk Seri Najib Razak disifatkan mempunyai kesan besar bukan sahaja terhadap Najib, malah terhadap institusi Raja-Raja Melayu.Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, keputusan berkenaan bukan bertujuan membebaskan Najib daripada sabitan kes SRC International, sebaliknya hanya melibatkan isu meringankan baki hukuman penjara kepada tahanan rumah.Menurut Hassan yang juga seorang peguam, tanpa berniat mengkritik atau menghina keputusan mahkamah, keputusan tersebut dilihat secara jelas menolak kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong, sekali gus berpotensi mencemar saki-baki kuasa Raja-Raja Melayu yang masih termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."Keluhuran Perlembagaan Persekutuan sememangnya wajib dipertahankan dan dijunjung."Namun, pentafsiran isu perlembagaan tidak wajar terlalu keras dan kaku sehingga meremehkan institusi Raja-Raja Melayu yang merupakan salah satu tiang seri negara demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Hassan berkata, persoalan kini timbul dalam kalangan rakyat mengapa Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2018 boleh mengurniakan pengampunan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga beliau dibebaskan walaupun baki hukuman penjara masih ada, namun perkara sama tidak berlaku kepada Najib."Mengapa Anwar Ibrahim boleh, tetapi Najib Razak tidak boleh?" soalnya.Sehubungan itu, beliau berpandangan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Hakim Alice Loke wajar dirujuk ke Mahkamah Rayuan supaya sebarang kemungkinan kekhilafan tidak menjadi preseden yang boleh menghakis kuasa prerogatif Raja-Raja Melayu.Hassan turut mengingatkan bahawa sebelum wujudnya Perlembagaan Persekutuan, institusi Raja-Raja Melayu telah lama bertapak di sembilan negeri di Semenanjung Tanah Melayu.Menurutnya, Raja-Raja Melayu bersetuju menerima aspirasi rakyat membina negara demokrasi berparlimen dengan mengorbankan sebahagian besar kuasa feudal, dan sebagai timbal balas, Perlembagaan memperuntukkan kuasa budi bicara tertentu termasuk dalam soal pengampunan."Oleh itu, institusi kehakiman perlu mengambil iktibar daripada keputusan Mahkamah Persekutuan yang mempertahankan pengampunan Yang di-Pertuan Agong terhadap Anwar Ibrahim pada 2018," katanya. |
|
8 wakil rakyat Perlis didakwa tarik sokongan terhadap MB - FMT - 22/12 7:30 pm Sumber PN memberitahu lapan Adun itu telah menyerahkan akuan berkanun (SD) kepada Raja Perlis, Khamis lalu. |
|
8 Perlis reps alleged to have pulled support for MB - FMT - 22/12 7:30 pm A source from Perikatan Nasional says the eight submitted their statutory declarations to the state ruler on Thursday. |
|
Cadang UMNO angkat resolusi pembebasan Najib kepada Agong - Ahmad Maslan - Sinarharian - 22/12 7:00 pm SHAH ALAM - UMNO dicadang mengangkat resolusi rasmi parti berhubung pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, resolusi yang mencerminkan pandangan ahli-ahli UMNO itu boleh diangkat tertakluk kepada keputusan dan mandat yang akan diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO, Januari depan.Menurut beliau, penyampaian resolusi itu bertujuan menzahirkan keprihatinan dan rayuan ahli akar umbi UMNO supaya bekas Perdana Menteri itu diberikan pengampunan."Resolusi ini perlu dibuat melalui saluran yang beradab dan berlandaskan Perlembagaan."Kita bukan mendesak, tetapi menyampaikan permohonan dan rayuan kepada Agong," katanya ketika ditemui semasa sesi Dialog Awam Veteran UMNO Selangor pada Isnin.Menurut Ahmad Maslan, Perhimpunan Agung UMNO adalah platform tertinggi parti dan sebarang resolusi yang diluluskan membawa mandat jelas daripada ahli-ahli akar umbi."Apabila Perhimpunan Agung membuat resolusi, ia adalah suara rasmi parti dan wajar disampaikan oleh Presiden sendiri," jelas beliau.Mengulas sentimen akar umbi berhubung keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Najib, Ahmad Maslan mengakui wujud kemarahan dan kekecewaan dalam kalangan ahli susulan perkembangan terkini kes itu, namun menegaskan emosi tidak boleh mengatasi pertimbangan rasional."Kalau ikut emosi memang kita marah, tetapi emosi tidak membawa ke mana, sebaliknya kena lihat implikasi keputusan politik ini kepada kerajaan pusat dan negeri seperti Pahang, Perak dan Negeri Sembilan," katanya.Beliau turut menegaskan, UMNO akan terus memperjuangkan pembebasan Najib, namun pada masa sama parti perlu menjaga kestabilan politik negara."Sebab itu saya sebut angka supaya rasional mengatasi emosi," jelas beliau.Sebelum ini, wujud desakan dalam kalangan ketua-ketua bahagian UMNO supaya parti menilai semula kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan susulan keputusan Mahkamah Tinggi mengekalkan Najib menjalani baki hukuman penjara di Penjara Kajang.Ahmad Maslan berkata, UMNO akan terus bergerak mengikut lunas undang-undang dan menghormati institusi Raja Berperlembagaan dalam menyuarakan pendirian parti.Mahkamah Tinggi pada Isnin menolak permohonan semakan kehakiman Najib bagi memaksa kerajaan dan enam pihak lain melaksanakan Titah Adendum supaya beliau menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah, berkaitan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. |
|
Anggota polis marin maut kereta terbabas di LPT2 - Sinarharian - 22/12 5:15 pm KEMAMAN Seorang anggota Pasukan Gerakan Marin berpangkat sarjan maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 306.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Plaza Tol Kijal, kira-kira jam 7.25 pagi pada Isnin.Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, mangsa, Raja Zulkifli Raja Husain, 49, berasal dari Kampung Seberang Pintasan, Dungun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan."Mangsa difahamkan sedang dalam perjalanan dari kediamannya di Dungun menuju ke tempat kerjanya di Pasukan Gerakan Marin, Kuantan sebelum ditimpa kemalangan."Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum merempuh penghadang jalan di sebelah kiri," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Jelas beliau, impak rempuhan menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya |
|
Perlis MB rushed to hospital in KL after complaining of chest pain - Malaymail - 22/12 5:00 pm KUALA LUMPUR, Dec 22 Perlis Menteri Besar Mohd Shukri Ramli was rushed to a hospital here today after returning... |
|
Titah Adendum: Hakim tolak permohonan Najib kerana tiada peruntukan undang-undang - Sinarharian - 22/12 4:26 pm KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin memaklumkan bahawa tahanan rumah dalam permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh dilaksanakan kerana tiada peruntukan undang-undang bagi mekanisme itu dijalankan di negara ini.Hakim, Alice Loke Yee Ching berkata demikian ketika menolak permohonan Najib, 72, untuk memaksa kerajaan melaksanakan Titah Adendum supaya beliau dapat menjalani baki hukuman penjara di rumah.Semasa membaca keputusan penghakiman hampir satu jam, beliau berkata, pembelaan yang mewakili bekas Ahli Parlimen Pekan menghujahkan bahawa mekanisme pelaksanaan termaktub di bawah Seksyen 43 Akta Penjara 1995 serta Peraturan 111 Peraturan-Peraturan Penjara 2000 mengenai release on licence.Bagaimanapun beliau berkata, mahkamah mentafsir kuasa pelepasan itu sebagai kuasa statutori Ketua Pengarah Jabatan Penjara."Jabatan berkenaan mempunyai budi bicara untuk menetapkan tempoh dan syarat termasuk banduan boleh dipanggil semula ke penjara pada bila-bila masa," katanya.Selain itu beliau berkata, permohonan semakan kehakiman supaya diberi pelepasan awal dari penjara didapati tidak sah dan pelaksanaannya tidak berasas dari segi undang-undang.Menurutnya, ini kerana titah itu tidak dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 pada 29 Januari 2024, sekali gus tidak mematuhi tatacara Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.Beliau menambah, hujahan pemohon bahawa perintah itu merupakan respite yang tidak memerlukan nasihat Lembaga Pengampunan turut ditolak kerana kandungan titah itu tidak menunjukkan keadaan mendesak."Jika pengurangan hukuman dibincangkan dalam mesyuarat, tiada sebab isu tahanan rumah tidak dibincangkan dalam mesyuarat sama."Hujahan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak terikat dalam membuat keputusan di mesyuarat juga tidak diterima."Susulan itu, perkara ini akan membuka ruang kepada keputusan arbitrari dan bertentangan dengan prinsip bahawa kuasa budi bicara mesti dilaksanakan secara berhemah demi kepentingan awam," kata hakim.Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa titah itu bukan perintah yang sah dalam pelaksanaan prerogatif ihsan.Katanya, mahkamah tidak boleh mengeluarkan perintah mandamus untuk memaksa responden mematuhinya.Menurutnya, Agong merupakan Raja Berperlembagaan dan melaksanakan kuasa serta fungsi mengikut peruntukan perlembagaan.Beliau menambah, pelaksanaan prerogatif ihsan mesti dilakukan dalam kerangka undang-undang dengan kawalan dan had yang termaktub |
|
MB Perlis sakit dada, dirawat di ibu negara - FMT - 22/12 4:21 pm Shukri Ramli dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit dada sebaik kembali dari luar negara. |
|
Perlis MB stable after being admitted for chest pain - FMT - 22/12 4:01 pm Shukri Ramli is receiving treatment in a Kuala Lumpur hospital following his return from an overseas trip |
|
Perlis MB hospitalised with chest pain, condition stable - Sinardaily - 22/12 4:00 pm KANGAR - Perlis Menteri Besar Mohd Shukri Ramli is receiving treatment at a hospital in Kuala Lumpur after experiencing chest pain upon returning from an overseas trip.In a statement today, the Perlis Menteri Besar's Office informed that he was rushed to the hospital after complaining of chest pain and is currently in a stable condition."Shortly after returning from official overseas duties, the Honourable Menteri Besar of Perlis, Tuan Mohd Shukri bin Ramli, complained of chest pain |
|
Najib kekal di Penjara Kajang, penyokong sebak terus laung ???bebas .. - Mgazette - 22/12 3:39 pm # Najib kekal di Penjara Kajang, penyokong sebak terus laung bebas Bossku KUALA LUMPUR - Laungan bebas Bossku' terus bergema di luar perkarangan Mahkamah Tinggi di sini hari ini sejurus mahkamah menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman pemenjaraannya di bawah tahanan rumah |
|
Pengantin baharu menangis didakwa cabul budak 9 tahun - Mgazette - 22/12 3:39 pm # Pengantin baharu menangis didakwa cabul budak 9 tahun MELAKA Pengantin baharu lelaki menangis di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, Julai lalu |
|
Pekerja kilang baru kahwin menangis, didakwa amang seksual - Sinarharian - 22/12 1:04 pm MELAKA - Seorang pekerja kilang yang baru berkahwin Ogos lalu menangis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dalam kejadian Julai lalu.Tertuduh, Muhammad Farid Isham, 34, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan menyentuh kemaluan mangsa di tepi lorong berdekatan rumah beralamat di Pengkalan Rama Pantai dalam daerah Melaka Tengah sekitar jam 2 petang pada 2 Julai lalu.Kesalahan tersebut didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan keluarganya selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.Bagaimanapun, peguam tertuduh, Amritpal Singhmemohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai pekerja kilang, baru mendirikan rumah tangga dan merupakan penyara tunggal keluarga.Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 namun tertuduh memohon kadar lebih rendah kerana tidak mampu menyediakan jumlah tersebut.Isteri tertuduh yang hadir semasa prosiding turut menangis teresak-esak.Amritpal kemudiannya memaklumkan kepada mahkamah bahawa isteri tertuduh hanya membawa wang jaminan sebanyak RM4,000.Hakim Raja Noor Adilla akhirnya membenarkan jaminan dikurangkan kepada RM8,000 dengan syarat tambahan seperti dimohon pendakwaan serta pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |