///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Rafizi News   Page 1    



Mafia korporat: Rafizi perlu perjelas peranan beliau semasa jadi menteri - AMK - Sinarharian - 21/10 8:55 pm

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mempersoalkan sejauh mana peranan dan pembabitan Datuk Seri Rafizi Ramli semasa menjadi Menteri Ekonomi mengenai kewujudan kegiatan mafia korporat sehingga beliau terpaksa mendiamkan diri dan tidak langsung bersuara mengenainya.Exco AMK, Dzul Hilmi Zainol berkata, jika benar Rafizi mengetahui tentang kewujudan mafia korporat ketika beliau menjadi Menteri Ekonomi, rakyat berhak bertanya kenapa perkara itu tidak dibangkitkan secara terbuka ketika beliau masih berada dalam kerajaan.Tegasnya, Rafizi sendiri bukan orang luar ketika itu, malah beliau adalah sebahagian daripada kerajaan dan mempunyai kedudukan serta akses untuk membawa perkara itu kepada perhatian pihak berkuasa."Jadi, persoalan yang perlu dijawab ialah, bila Rafizi mula mengetahui perkara ini? Apakah tindakan yang telah diambil dan adakah beliau pernah membawa perkara tersebut kepada Perdana Menteri, Jemaah Menteri atau agensi penguatkuasaan?"Saya tidak mahu membuat tuduhan bahawa Rafizi terlibat atau bersubahat





Mafia korporat: Mengapa Rafizi diam ketika berkuasa, AMK desak beri .. - Mygazette - 21/10 3:56 pm

# Mafia korporat: Mengapa Rafizi diam ketika berkuasa, AMK desak beri penjelasan KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli perlu menjelaskan mengapa isu mafia korporat hanya dibangkitkan selepas tidak lagi memegang jawatan, sedangkan beliau mempunyai kedudukan dan akses untuk bertindak ketika berada dalam kerajaan





Did Rafizi's vending machines dispense dreams or dividends? - Mkini - 21/10 1:30 pm

Ex-ministers IPR programme again in the spotlight.





Mafia korporat: Amanah kemuka lima tuntutan siasatan telus - Sinarharian - 21/10 12:20 am

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) mengariskan lima tuntutan bagi memastikan siasatan dakwaan kewujudan mafia korporat dijalankan secara telus dan bebas.Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, langkah itu penting supaya siasatan yang dijalankan mendapat keyakinan rakyat.Beliau berkata, tuntutan pertama ialah terma rujukan pasukan petugas jawatankuasa khas perlu diumumkan dengan jelas termasuk skop, tempoh dan bidang kuasanya supaya rakyat memahami hala tuju siasatan.ARTIKEL BERKAITAN: Mafia korporat: Rafizi dakwa Anwar kelirukan Dewan Rakyat[VIDEO] Mafia korporat: RM37.53 bilion aset dirampas, RM28 bilion bayar hutang 1MDB PM[VIDEO] Mafia korporat: Laporan siasatan didedah kepada umum dalam tiga bulan PM"Siasatan juga perlu dijalankan secara bebas tanpa dipengaruhi mana-mana individu atau agensi yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut."Setiap dakwaan mesti disiasat secara profesional, adil dan berlandaskan bukti tanpa menghukum mana-mana pihak sebelum proses undang-undang selesai," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Mujahid berkata, laporan penuh didedahkan kepada rakyat dalam tempoh tiga bulan yang ditetapkan, serta jelaskan dapatan siasatan, tindakan susulan dan pihak yang bertanggungjawab."Sekiranya terdapat bukti mencukupi, tindakan pendakwaan perlu diambil tanpa memilih bulu."Kelompangan undang-undang yang membuka ruang kepada manipulasi korporat juga perlu ditangani," tegasnya.Tambah beliau, isu berkenaan bukan sekadar melibatkan beberapa individu sebaliknya menguji keupayaan institusi negara mempertahankan integriti dan kebebasannya daripada pengaruh kuasa ekonomi serta kepentingan tertentu."Amanah menyokong ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan kebenaran ditegakkan dan tiada pihak dilindungi daripada tindakan undang-undang."Siasat tanpa takut, dedahkan kebenaran dan bertindak tanpa memilih bulu," katanya.





Anwar elak isu lebih besar mafia korporat, kata Rafizi - FMT - 20/10 7:47 pm

Pemimpin Bersama tegaskan dakwaan luar biasa itu bukan sekadar tuduhan rasuah mahupun salah guna kuasa yang lazim.





Mafia korporat: Rafizi dakwa Anwar kelirukan Dewan Rakyat - Sinarharian - 20/10 7:24 pm

SHAH ALAM - Jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu mafia korporat di Dewan Rakyat, termasuk kenyataan bahawa Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan telah mengambil tindakan undang-undang, didakwa mengelirukan orang ramai.Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, sehingga kini beliau belum menerima sebarang writ saman daripada Ramanan berhubung dakwaan penerimaan RM9.5 juta daripada ahli perniagaan, Victor Chin, untuk menyelesaikan masalah mafia korporat."Jika Anwar merujuk kepada tindakan saman yang bakal diambil oleh R Ramanan, saya mengalu-alukannya dan bersedia membentangkan bukti di mahkamah."Tetapi jika Anwar merujuk bahawa tindakan saman telah diambil kerana tuduhan itu hanya 'satu kenyataan politik yang tidak disertakan bukti', beliau perlu lebih berhati-hati kerana setakat ini, tiada tindakan saman diambil."Kenyataan beliau di Dewan Rakyat pada hari ini boleh diertikan sebagai mengesahkan tindakan saman telah diambil dan itu adalah satu pembohongan di Dewan Rakyat," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.Anwar ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat membidas Rafizi berhubung isu berkenaan dengan mempersoalkan mengapa perkara itu tidak dibangkitkan ketika beliau masih memegang jawatan dalam kerajaan.Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, tindakan membetulkan sebarang salah laku perlu dilakukan ketika seseorang masih mempunyai kuasa, bukannya hanya bersuara selepas tidak lagi memegang jawatan.Dalam pada itu Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR berkata, kenyataan Anwar mengenai mafia korporat dan siasatan yang dijalankan juga tidak menyentuh persoalan asas berhubung dakwaan wujudnya kumpulan dalam agensi penguatkuasaan yang bersekongkol dengan ahli perniagaan.Bekas Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan, skandal mafia korporat merujuk kepada pendedahan mengenai kewujudan kumpulan di agensi penguatkuasaan iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Malah menurutnya, tuduhan mengenai mafia korporat adalah luar biasa kerana mempersoalkan sama ada kumpulan jenayah telah menyusupi agensi penguatkuasaan."Beliau (Anwar) memberikan jawapan yang berpusing-pusing, seolah-olah ingin mengelirukan orang ramai bahawa kontroversi mafia korporat itu adalah jenayah kolar putih."Saya akan terus menjawab beberapa lagi perkara yang disentuh dan tidak disentuh oleh Anwar mengenai mafia korporat, melalui kenyataan media, ceramah dan podcast secara berterusan," jelasnya.





Anwar sidestepped bigger issues on corporate mafia, says Rafizi - FMT - 20/10 6:45 pm

The Bersama leader maintains that the extraordinary allegations are not the usual claims of corruption or abuse of power.





Isu Zetrix AI: Kerajaan Madani, Anwar tak boleh lagi berdiam diri... - Mygazette - 20/10 3:53 pm

# Isu Zetrix AI: Kerajaan Madani, Anwar tak boleh lagi berdiam diri - Rafizi KUALA LUMPUR Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama), Datuk Seri Rafizi Ramli berpandangan Kerajaan Madani khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi boleh berdiam diri berhubung isu yang melanda Zetrix AI, dan berharap ia tidak disedari rakyat





Rafizi seeks answers on public funds' exposure to Zetrix - NST - 20/10 3:23 pm

KUALA LUMPUR: Bersama co-founder Datuk Seri Rafizi Ramli has urged Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim to disclose the extent of public funds exposed to the collapse in Zetrix AI Bhds share price.





Rafizi demands PM come clean on Zetrix AI losses, immigration system's future - Mkini - 20/10 1:18 pm

Bersama co-leader says no MP or party has focused on public interest implications.





Kejatuhan saham Zetrix AI: Rafizi desak PM jelaskan potensi kerugian RM472 juta GLIC - Mkini - 20/10 1:04 pm

Pemimpin Bersama itu menegaskan bahawa tiada ahli parlimen atau parti politik yang memberi tumpuan mengenai implikasi kejatuhan saham Zetrix kepada kepentingan awam.





Bersama gesa Anwar jawab tiga perkara babit krisis kewangan Zetrix - Sinarharian - 20/10 12:51 am

SHAH ALAM Parti Bersama Malaysia (Bersama) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan tiga perkara berkaitan krisis kewangan yang sedang dihadapi Zetrix AI Berhad (Zetrix), yang sebelum ini dikenali sebagai MyEG Services Berhad.Pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, antara perkara yang perlu diperjelaskan ialah jumlah pegangan saham Zetrix oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) setakat 1 April 2026.Menurutnya, maklumat itu penting bagi menunjukkan tahap keterdedahan dana awam terhadap krisis kewangan yang dihadapi syarikat berkenaan.Katanya, penjelasan itu turut perlu melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk Maybank dan CIMB.Rafizi berkata, Anwar juga perlu memaklumkan jumlah pegangan saham yang masih dimiliki dana-dana berkenaan setakat 20 Oktober serta jumlah kerugian yang ditanggung dana awam susulan kejatuhan harga saham Zetrix."Berapakah kerugian atas kertas bagi saham yang masih dipegang dan jumlah kerugian sebenar bagi saham yang dijual antara 1 April hingga 20 Oktober 2026 berbanding harga pembelian asal?"Selain itu, syarikat manakah yang menjadi pembekal teknologi kepada Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) selepas Zetrix melupuskan pegangan dalam HeiTech Padu Berhad dan apakah kesannya kepada pelaksanaan projek bertaraf keselamatan nasional itu?" katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Rafizi berkata, rakyat meletakkan harapan tinggi kepada Anwar sebagai pemimpin yang memperjuangkan tatakelola baik untuk menjawab persoalan tersebut secara terbuka.Beliau turut melampirkan laporan kewangan Zetrix yang menunjukkan harga penutupan saham syarikat itu pada 1 April 2026 ialah 75.5 sen sesaham.Menurutnya, harga saham berkenaan merosot kepada lima sen sesaham pada 19 Oktober 2026, iaitu penyusutan sebanyak 93.4 peratus dalam tempoh enam bulan.Berdasarkan laporan kewangan yang boleh diakses orang ramai, Rafizi memperincikan pegangan saham Zetrix oleh beberapa dana awam."KWSP memegang 67,674,000 saham setakat 1 April 2026, KWAP sebanyak 390,090,000 saham setakat 2 Oktober 2025 dan UJSB sebanyak 211,507,500 saham setakat 1 April 2026."Maklumat terkini pegangan dana-dana awam dalam Zetrix tidak diketahui kerana ia belum dilaporkan sehingga Laporan Tahunan Zetrix bagi tahun kewangan 2026 dimuktamadkan," katanya.Bagaimanapun, beliau berkata, berdasarkan pegangan yang direkodkan pada Oktober 2025 dan April 2026, jumlah saham yang dimiliki ketiga-tiga dana awam itu adalah besar.Menurut Rafizi, sekiranya KWSP, KWAP dan UJSB masih memegang saham Zetrix ketika kejatuhan mendadak berlaku bermula 28 Ogos lalu, mereka mungkin terlepas peluang untuk mengehadkan kerugian.Beliau tidak menolak kemungkinan dana awam berkenaan berdepan potensi kerugian sehingga RM472 juta berdasarkan penyusutan nilai sebanyak 70.5 sen sesaham."Krisis kewangan yang melibatkan Zetrix melangkaui soal kerugian dana awam semata-mata."Sejak sebulan lalu, selain kegagalan membayar kutipan hasil kerajaan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak RM314 juta, Zetrix juga terus berdepan masalah aliran tunai."Terbaharu, pelanggaran syarat sukuk RM2 bilion terbitan Zetrix yang sehingga kini masih belum diselesaikan," katanya.





Mafia korporat: 'Bila terkeluar jadi pembangkang, baru nak luah padahal dia duduk sini dahulu' - Anwar - Sinarharian - 20/10 12:35 am

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas seorang bekas menteri berhubung isu jenayah korporat dengan mempersoalkan mengapa perkara itu tidak dibangkitkan ketika beliau masih memegang jawatan dalam kerajaan.Beliau berkata, tindakan membetulkan sebarang salah laku perlu dilakukan ketika seseorang masih mempunyai kuasa, bukannya hanya bersuara selepas tidak lagi memegang jawatan."Kadang-kadang orang itu masa dia menteri tak pernah bercakap. Sebab itu saya selalu mengingatkan sahabat-sahabat saya di Jemaah Menteri, nak guna kuasa dengan baik, nak betulkan, betulkan masa ada kuasa."Esok bila dah pencen atau terkeluar (daripada Jemaah Menteri) atau jadi pembangkang baru nak meluahkan padahal dia duduk sini dahulu," katanya dalam sidang Dewan Rakyat di sini pada Selasa.Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) mengenai dakwaan seorang menteri menerima RM9.5 juta sebagai orang tengah untuk menyelesaikan masalah dalam isu mafia korporat seperti yang disiarkan dalam program audio siar dikendalikan Rafizi yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan.Menjawab dakwaan berkenaan, Anwar menyifatkan kenyataan mengenai bayaran RM9.5 juta itu merupakan satu dakwaan politik.Beliau berkata, menteri yang dimaksudkan telah mencabar dakwaan berkenaan dan membawa perkara itu ke mahkamah, justeru orang ramai tidak seharusnya menjatuhkan hukuman sebelum proses undang-undang selesai."Nama yang disebut itu, bila ada pertuduhan, siasatan diteruskan...tidak terkecuali





Dakwaan Kerugian Dana Awam RM472 Juta Susulan Kejatuhan Saham Zetrix, Rafizi Desak Penjelasan Kerajaan - Siakapkeli - 20/10 11:34 am

Pemimpin BERSAMA, Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli mendesak kerajaan menjelaskan pendedahan dana awam terhadap kejatuhan harga saham Zetrix AI Berhad (Zetrix), yang...





Ujian politik Nik Nazmi menuju PRU16 - Denyutreformasi - 20/10 10:54 am

Beberapa bulan kemudian, perubahan menjadi lebih besar. Nik Nazmi bersama Rafizi Ramli meninggalkan PKR dan mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing sebelum mengambil alih Parti Bersama Malaysia (Bersama)





Nik Nazmi selamat diri rumah tangga dengan Farah - Mygazette - 18/10 3:57 pm

Terima kasih atas doa dan ucapan semua," tulisnya. Beliau turut menerima ucapan tahniah daripada rakan partinya Rafizi Ramli yang juga bekas Naib Presiden PKR





Nasib Nik Nazmi diserah kepada proses ditentukan parti ??? Rafizi - Mygazette - 18/10 8:22 am

# Nasib Nik Nazmi diserah kepada proses ditentukan parti Rafizi AMPANG - Nasib Nik Nazmi Nik Ahmad dalam Parti Bersama Malaysia (Bersama) susulan pengesahan beliau ditangkap khalwat akan ditentukan menerusi proses dalaman parti





Bersama boleh peroleh 12.5 peratus undi pada PRN Melaka – Rafizi - Mygazette - 18/10 8:22 am

# Bersama boleh peroleh 12.5 peratus undi pada PRN Melaka - Rafizi AMPANG Parti Bersama Malaysia (Bersama) berharap seramai mungkin calonnya mampu memperoleh sekurang-kurangnya 12.5 peratus undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi mengelakkan mereka hilang wang deposit





Nik Nazmi Direhatkan Tiga Bulan Daripada Aktiviti Parti BERSAMA Susulan Kontroversi JAIS - Ohmedia - 17/10 6:43 pm

Intipati Berita Bekas menteri, Nik Nazmi Nik Ahmad direhatkan daripada semua aktiviti rasmi Parti BERSAMA Malaysia selama tiga bulan susulan kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan satu insiden melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan media rasmi parti bertarikh 17 Oktober 2026 yang dikongsikan oleh Rafizi Ramli di Facebook





'Terserah kepada pimpinan Bersama' - Rafizi ulas isu Nik Nazmi ditahan JAIS - Sinarharian - 17/10 4:01 pm

AMPANG - Kes tangkap khalwat bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dengan seorang wanita diserahkan kepada barisan kepimpinan Parti Bersama Malaysia (Bersama) untuk tindakan selanjutnya, kata Datuk Seri Rafizi Ramli.Bekas Menteri Ekonomi itu berpandangan, keperluan sama ada Nik Nazmi direhatkan, disabitkan kesalahan atau sebaliknya tertakluk kepada proses perlembagaan Bersama.Rafizi bagaimanapun menghargai tindakan Nik Nazmi yang sanggup menjelaskan keadaan sebenar, memohon maaf dan menerima apa jua kemungkinan tindakan disabitkan ke atasnya menerusi kenyataan media terbaharu di Facebook.ARTIKEL BERKAITAN: Nik Nazmi bukan mangsa perangkap JAIS MAIS"Saya sebagai kawan menghargai tindakannya kerana beliau tidak mempolitikkan keadaan dan menerima hakikat





Dari sudut pandang seorang aku, yang melihat Anwar dan Rafizi sejak 1998. - Wrlr - 15/10 5:00 pm

So aku cuba jawab ye. Dari sudut pandang seorang aku, yang melihat Anwar dan Rafizi sejak 1998





Puad persoal idea ekonomi Hamzah, tindakan Rafizi lepas kerusi Pandan - Mypress - 15/10 3:55 pm

UCAPAN Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika membahaskan Belanjawan 2027 tiada perkara baharu atau cadangan alternatif yang jelas, kata bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd…





'She is finished: Hassan rues backing Nurul Izzah for PKR no 2 - Mkini - 15/10 2:56 pm

'It would have been better if Rafizi continued as PKR deputy president.'





GST 5 peratus: Rafizi perlu jelaskan mengapa u-turn? – AMK - Mygazette - 14/10 7:55 am

# GST 5 peratus: Rafizi perlu jelaskan mengapa u-turn? - AMK KUALA LUMPUR Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama), Datuk Seri Rafizi Ramli perlu menjelaskan perubahan pendiriannya berhubung pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) selepas cukai itu dicadangkan pada kadar lima peratus dalam Belanjawan Bayangan Kancil 2027 oleh parti berkenaan





Wangsa Maju MP defends Rafizi ties, says staying in PKR - Mkini - 14/10 7:00 am

Zahir says managing such relationships requires greater maturity.





Rafizi perlu jelaskan mengapa 'u-turn' isu GST - AMK - Sinarharian - 13/10 6:55 pm

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Rafizi Ramli perlu memberikan penjelasan terperinci berhubung cadangan untuk mengembalikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam Belanjawan Bayangan Kancil 2027 yang dibentangkan Parti Bersama selepas bekas Timbalan Presiden PKR itu pernah menentang pelaksanaan cukai itu.Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Shafiq Iqram Abdullah berkata, pada Januari 2014, Rafizi pernah menyatakan GST tidak patut dilaksanakan sebelum pendapatan pekerja dan isi rumah meningkat.Namun, katanya, kini GST pada kadar 5 peratus menjadi sebahagian daripada cadangan Belanjawan Bayangan Kancil."Perubahan pendekatan dasar tidak semestinya salah





Bersama cadang GST lima peratus ganti SST, kemuka empat syarat - Sinarharian - 13/10 3:56 pm

SHAH ALAM - Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dicadangkan supaya diperkenalkan semula pada kadar lima peratus bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).Cadangan itu dikemukakan Parti Bersama Malaysia (Bersama) menerusi Belanjawan Bayangan 2027 yang dibentangkan minggu lalu.Menerusi satu kenyataan, parti itu berkata, pelaksanaannya perlu disertai empat syarat bagi memastikan kepentingan rakyat dan perniagaan terus dilindungi."Syarat pertama ialah SST perlu dimansuhkan sepenuhnya dan digantikan dengan GST pada kadar lima peratus."Kedua, kadar lima peratus itu dikekalkan selama 10 tahun kerana isi rumah dan perniagaan memerlukan kepastian untuk merancang perbelanjaan dan pelaburan."Ketiga, bayaran balik kredit cukai kepada peniaga mesti dibuat dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan penyata GST yang sah, supaya aliran tunai perniagaan tidak terjejas akibat kelewatan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Belanjawan bayangan parti yang diasaskan bersama bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli itu dibentangkan pada Rabu, dua hari sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2027 berjumlah RM510 bilion.Dalam pada itu, Bersama turut mengemukakan syarat supaya sebanyak lima peratus daripada hasil kutipan GST dicadangkan untuk dikembalikan kepada negeri-negeri.Ujarnya, berdasarkan unjuran kutipan itu boleh mencecah sekitar RM3.8 bilion setahun bagi seluruh negara.Selain itu, Bersama turut menganggarkan GST sebanyak lima peratus berpotensi menghasilkan tambahan hasil sekitar RM16.7 bilion berbanding SST."Ruang kewangan tambahan ini mesti dikembalikan kepada rakyat melalui perlindungan sosial yang lebih kukuh, termasuk pencen sosial universal, elaun kanak-kanak, prasekolah universal serta perkhidmatan kesihatan dan penjagaan yang lebih baik."Ia juga mesti menyokong usaha meningkatkan gaji, produktiviti dan peluang perniagaan," kata kenyataan itu.





Bersamas budget proposal is a breath of fresh air - FMT - 8/10 10:04 am

The Rafizi Ramli-led party has the economic agenda for GE16 with a bold new social contract, which is the economic new deal Malaysia needs to face the next 10 years.





Rafizi to present Bersama's shadow budget tonight - Mkini - 7/10 11:50 am

Rafizi says its alternative budget has undergone econometric process to ensure figures used grounded in reality.





Bersama should refrain from entering Melaka polls - FMT - 6/10 8:00 am

Should it contest Bersama will take votes away from Pakatan Harapan parties, damaging the prospects of Rafizi Ramli gaining the post-Anwar succession.



PRN Melaka: Semua calon Bersama sudah isytihar harta - Sinarharian - 5/10 7:49 pm

PUCHONG - Semua calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu melengkapkan Akuan Berkanun (SD) bagi pengisytiharan harta sebelum menerima watikah masing-masing.Pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramliberkata, pengisytiharan harta itu adalah syarat wajib ditetapkan parti bagi setiap individu yang dipilih untuk mewakili Bersama pada PRN berkenaan.Menurutnya, langkah tersebut diambil sebagai bukti komitmen berterusan parti dalam membanteras amalan rasuah dan politik wang."Walaupun hanya berusia empat bulan, calon Bersama sudah membuat pengisytiharan harta secara akuan berkanun dalam dua pilihan raya negeri."Secara langsung, ini menjadi tamparan kepada parti-parti lain yang lebih bertapak untuk menjelaskan kenapa mereka tidak komited untuk membuat pengisytiharan harta," katanya dalam sidang mediapada Isnin.Rafizi menegaskan bahawa pengisytiharan harta merupakan kayu ukur komitmen setiap parti mencegah rasuah dan politik wang."Saya realistik bahawa kebuntuan politik terkini bermakna majoriti pengundi tidak memberi premium kepada disiplin pengisytiharan harta."Pun begitu, usaha membanteras politik wang dan rasuah tidak boleh ditunggang bagi tujuan laba politik semata-mata



Malacca polls: Bersama candidates declare assets via SDs, voters can 'invite' them home - Mkini - 5/10 5:42 pm

Rafizi says his party plans to break away from feudal political culture.



Tiada pilihan raya kecil bagi Parlimen Petaling Jaya - SPR - Sinarharian - 5/10 4:46 pm

PUTRAJAYA Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tiada pilihan raya kecil (PRK) dijalankan bagi kerusi Parlimen Petaling Jaya susulan peletakan jawatan penyandangnya, Lee Chean Chung, Jumaat lalu.Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pihaknya menerima pemakluman daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul melalui surat bertarikh 2 Oktober 2026 berhubung status kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Petaling Jaya."Berdasarkan kepada Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut."Selaras dengan itu, tiada Pilihan Raya Kecil Bahagian Pilihan Raya Parlimen P 105 Petaling Jaya akan dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Keputusan itu menjadikan Petaling Jaya sebagai kerusi Parlimen keempat dalam penggal semasa yang dikosongkan tanpa disusuli PRK, selepas Pandan, Setiawangsa dan Subang.Sebelum ini, SPR pada 20 Mei mengesahkan tiada PRK bagi Parlimen Pandan dan Setiawangsa selepas kedua-dua penyandangnya, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengosongkan kerusi masing-masing.Pada Ogos lalu pula, SPR mengesahkan tiada PRK bagi Parlimen Subang susulan peletakan jawatan penyandangnya, Wong Chen.Sementara itu, Chean Chung, 45, melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya tanpa syarat susulan penggantungan keahliannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) selama tiga tahun yang diterimanya pada 30 September 2026.Beliau sebelum ini mendakwa akses terhadap peruntukan kawasan Petaling Jaya telah disekat, selain pengurusannya diambil alih menerusi proses yang didakwa tidak telus.



Bekas MP PJ Chean Chung sertai Bersama – Rafizi - Mygazette - 5/10 4:33 pm

KUALA LUMPUR Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) dan menjadi antara pemimpin parti itu bagi membantu mengemudi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, penyertaan Chean Chung mengukuhkan barisan kepimpinan parti berkenaan yang kini giat berkembang



Rafizi gesa wakil rakyat tak sokong kerajaan pisahkan diri - FMT - 5/10 2:19 pm

Pemimpin Bersama itu berkata mereka tak sepatutnya terus sokong kerajaan walaupun keputusan atau dasar dibuat bercanggah dengan prinsip.



Pas terperangkap antara UMNO dan Wawasan, kata AMK Selangor - Mygazette - 4/10 7:40 am

Sudahlah UMNO mahu jawatan Perdana Menteri dan bertanding di lebih banyak kerusi berbanding Pas, kini UMNO juga mahu Pas korbankan Wawasan sekiranya mahu adakan kerjasama PRU16, jelasnya. Baru-baru ini, Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap Perikatan Nasional (PN) bukan sekadar tamparan kepada Pas atau BN



Kalau sudah tidak minat, tak ada masalah, pergilah dengan baik – .. - Mygazette - 3/10 7:05 am

Chean Chung sebelum ini telah meletakkan jawatan sebagai anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada Jun lalu selepas 18 tahun bersama parti berkenaan, namun ketika itu beliau menegaskan masih kekal sebagai ahli PKR dan akan terus menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya sehingga Parlimen dibubarkan. Dengan peletakan jawatan itu, Chean Chung menjadi antara Ahli Parlimen PKR yang meninggalkan kedudukan sebagai wakil rakyat selepas Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Wong Chen



PRU16: Sanggupkah Pas 'korbankan Wawasan demi UMNO? - AMK - Sinarharian - 3/10 12:43 am

KUALA LUMPUR - Pas dilihat perlu melakukan satu lagi 'korban' politik sekiranya mahu meneruskan kerjasama dengan UMNO menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi berkata, korban tersebut ialah Wawasan yang ternyata menjadi antara punca utama aspek pembahagian kerusi antara UMNO dan Pas terus menemui jalan buntu."Dilema Pas pada ketika ini yang kami dengar ialah apakah parti itu sanggup untuk mengetepikan Wawasan sekiranya mahu meneruskan hasrat kerjasama dengan UMNO."Kami mendapat maklumat bahawa UMNO mahu bertanding di semua kerusi yang ditandingi oleh Bersatu, yang kebanyakan telah sertai Wawasan," jelasnya dalam kenyataan hari ini.Datuk Seri Rafizi Ramli sebelum ini mendedahkan bahawa tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap Perikatan Nasional (PN) bukan sekadar tamparan kepada Pas atau Barisan Nasional (BN).Sebaliknya kata Rafizi, 'pukulan maut' sebenar jatuh kepada parti Wawasan yang bergantung kepada jentera PN.Mengulas lanjut, kata Muhammad Iman, Pas kini terpaksa berdepan dengan lebih banyak dilema selepas memutuskan hubungan dengan Bersatu demi memenuhi permintaan UMNO."Sudahlah UMNO mahu jawatan Perdana Menteri dan bertanding di lebih banyak kerusi berbanding Pas, kini UMNO juga mahu Pas korbankan Wawasan sekiranya mahu adakan kerjasama PRU16," jelasnya



Chean Chung Letak Jawatan: Dia Sudah Berhenti Lama, Baru Tahu? PM Anwar - Wrlr - 2/10 5:12 pm

Chean Chung yang memenangi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atas tiket Pakatan Harapan (PH) mewakili KEADILAN, mengumumkan keputusan itu pada sidang media di pejabatnya, hari ini. Ini menjadikan beliau ahli parlimen keempat berbuat demikian setelah Rafizi Ramli (Pandan), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa) dan Wong Chen (Subang) juga meletak jawatan susulan pelancaran parti kancil pertengahan Mei lalu



I hope to stay on in PJ for GE16, says Lee Chean Chung - Sinardaily - 2/10 3:03 pm

PETALING JAYA - Former MP Lee Chean Chung has hinted that he intends to remain in Petaling Jaya for the next general election but has not indicated if he would join Bersama, the party launched by former PKR leaders Datuk Seri Rafizi Ramli and Nik Nazmi Nik Ahmad."I want to stay in PJ," Lee said when asked if he would contest the same parliamentary seat in GE16.Lee announced his resignation as an MP without conditions, effective Friday (Oct 2), during a press conference.He said he would submit his resignation letter as a PKR member on Monday (Oct 5).Pressed on whether this meant he would join Bersama, Lee said he had already made his decision but stopped short of revealing it."But I am sure all of you probably have a good idea of where I am going to go," he added.He also said he was increasingly confused about the governments direction and questioned whether being a unity government justified compromises, particularly after Datuk Seri Najib Razak was allowed conditional house arrest without a full explanation.He said PKR was the first political party he joined, leaving a corporate career to devote much of his youth to the political struggle as he believes that politics should be used to defend those treated unfairly.He said that from 2008 to 2022, he endured political pressure, took to the streets over the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) scandal, was charged under the Peaceful Assembly Act 2012, and appeared in court repeatedly."I have never regretted it



Chean Chung umum letak jawatan Ahli Parlimen Petaling Jaya - Sinarharian - 2/10 12:21 am

SHAH ALAM - Lee Chean Chung mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya berkuat kuasa serta-merta, susulan keputusan penggantungan keahliannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) selama tiga tahun.Beliau berkata, tindakan itu dibuat selepas menerima keputusan penggantungan pada 30 September lalu, selain mendakwa akses terhadap peruntukan RM3 juta bagi kawasan Petaling Jaya sebelum ini telah disekat dan digunakan wakil parti.Menurutnya, keadaan menjadi lebih serius apabila beliau tidak lagi dibenarkan berbahas atau menyatakan pendirian dalam parti, manakala pengurusan peruntukan kawasan pula diambil alih melalui proses yang didakwa tidak telus."Selama ini saya bersuara mengenai pelbagai isu rakyat (dan) jangkaannya, ini antara sebab-sebab yang mengakibatkan saya digantung."Namun, masalah rakyat tidak akan berhenti hanya kerana saya diarahkan untuk diam."Adakah saya patut terus menerima gaji sebagai ahli Parlimen tetapi hanya duduk senyap seperti tunggul? Tidak," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Jumaat.Beliau menjadi ahli Parlimen keempat daripada PKR yang meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat selepas Datuk Seri Rafizi Ramli (Pandan), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa) dan Wong Chen (Subang).Chean Chung menegaskan semakin keliru dengan hala tuju Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meskipun sebelum ini berstatus ahli Parlimen penyokong kerajaan.Malah beliau mendakwa, terdapat perubahan standard dalam isu rasuah, penyalahgunaan kuasa dan reformasi institusi berbanding ketika Pakatan Harapan (PH) berada sebagai pembangkang.Beliau turut membangkitkan isu dakwaan pemilikan saham berlebihan melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, dakwaan RM9.5 juta diberikan kepada seorang ahli Parlimen PKR serta gesaan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan berkaitan mafia korporat.Selain itu beliau turut mempersoalkan isu kes berprofil tinggi yang berakhir dengan keputusan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) serta kelewatan reformasi untuk memisahkan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya."Rakyat berhak bertanya, mengapa dahulu kita begitu marah terhadap rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kerosakan institusi, tetapi apabila peluang memegang kerajaan, standardnya berubah?"Ada yang berkata Anwar masih pilihan terbaik, bahawa kerajaan perlu berkompromi kerana ini Kerajaan Perpaduan," ujarnya.Sementara itu mengenai kedudukannya dalam parti, Chean Chung menjelaskan, PKR merupakan parti politik pertama yang disertainya dan meninggalkan kerjaya korporat untuk memberi sebahagian besar usia mudanya kepada perjuangan politik.Menurutnya, sepanjang tempoh 2008 hingga 2022, beliau telah melalui pelbagai tekanan politik termasuk turun ke jalan raya berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman dan berulang kali hadir ke mahkamah."Saya tidak pernah menyesal



Ikut Jejak, Chean Chung Letak Jawatan MP Petaling Jaya - Wrlr - 2/10 12:09 am

Chean Chung yang memenangi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atas tiket Pakatan Harapan (PH) mewakili KEADILAN, mengumumkan keputusan itu pada sidang media di pejabatnya, hari ini. Ini menjadikan beliau ahli parlimen keempat berbuat demikian setelah Rafizi Ramli (Pandan), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa) dan Wong Chen (Subang) juga meletak jawatan susulan pelancaran parti kancil pertengahan Mei lalu



Lee Chean Chung quits as Petaling Jaya MP - Sinardaily - 2/10 11:50 am

PETALING JAYA: Lee Chean Chung has announced his decision to resign as the Petaling Jaya Member of Parliament without any conditions, effective Friday (Oct 2).He announced the decision during a press conference today and said he will issue his resignation letter as a PKR member on Monday (Oct 5).On Sept 30, I received the decision that my membership has been suspended for three years and that I have received the black and white for that.As such, I have made the decision to resign (as the Petaling Jaya MP) without any conditions, he said during the press conference.He also said he met Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Johari Abdul on Thursday (Oct 1) to inform him of the matter.He also cited several issues he had championed, including the Urban Renewal Act, the monopoly in Malaysias foreign worker management system, as well as the Sales and Service Tax (SST), as possible reasons for his suspension.There had previously been rumours that PKR was set to suspend Lee from the party for three years to prevent Bersama, the party launched by former PKR members Datuk Seri Rafizi Ramli and Nik Nazmi Nik Ahmad, from automatically gaining an MP.It was also reported that the decision to suspend Lee was due to growing unhappiness among grassroots members in the Petaling Jaya division following Lees involvement in Bersamas events, despite him still being a PKR member



Pemergian Tun Dr Hasmah, Rafizi terkenang insan tersayang - Sinarharian - 29/09 7:19 pm

SHAH ALAM- "Ternyata belum siap aku kehilangan dirimu, belum sanggup untuk jauh darimu, yang masih selalu ada dalam hatiku."Demikian luahan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli ketika berkongsi perasaan susulan berita pemergian isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Hasmah Mohd Ali.Beliau berkata, berita itu membuatkannya memikirkan soal usia dan menyedari bahawa kematian semakin dekat."Ada pelbagai reaksi sedih dengan berita kematian Tun Dr Hasmah Ali, rata-ratanya diiringi doa



In Melaka and GE16, PH Bersatu MUDA must team up to beat BN PN - Sinchew - 28/09 4:00 pm

The primary baggage with Bersatu remains Tan Sri Muhyiddin Yassins ongoing court cases and the lingering resentment over their 2020 betrayal of PH. As for Bersama, its main drawing card is hands-down Datuk Seri Rafizi Ramli




Reformasi     >>



Bila PMX sakan dikecam, bila Pas dipersoal 36 tahun, .. - Harapandaily
Alasan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, yang mengaitkan tempoh 36 tahun pemerintahan parti itu di Kelantan dengan perjuangan Nabi Muhammad SAW selama 23 tahun mengundang kritikan dan sindiran netizen di media sosial. Menerusi petikan video yang tular, Mohd Amar menegaskan ..
Kroni     >>



Four Malaysian men's pairs smash into French Open .. - NST
KUALA LUMPUR: Aaron Chia-Soh Wooi Yik continued their strong form on the European swing by brushing aside China's two-time Thomas Cup heroes He Ji Ting-Ren Xiang Yu in the French Open first round on Wednesday.
Tabloid     >>



‘Anak Malaysia, Anak Indonesia Pun Sesak .. - Vocket
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, menegaskan bahawa isu jerebu dan pembakaran hutan di rantau ini tidak sepatutnya dijadikan sebagai konflik nasionalisme antara Malaysia dan Indonesia,... The post ‘Anak Malaysia, Anak Indonesia Pun Sesak Nafas’ Syed Saddiq Tempelak Bekas Menteri Indonesia ..
Tech     >>



Did your phone just get a Google Play system update .. - Androidauthority
The issue appears to impacting Samsung phones, with OnePlus and Motorola phones potentially impacted, too.
World     >>



Musk's SpaceX stock gift is 'tip of the iceberg' for .. - Cnbc
Elon Musks planned SpaceX share gift through Trump Accounts could be the start of a broader philanthropic push, says Altimeter Capital CEO Brad Gerstner.
Motor Trend     >>



Motosikal Ini Rupa Baharu Yamaha Mt-15 2027?? Read More - Mekanika
**Yamaha dengan rasminya memperkenalkan Yamaha MT-125 generasi terbaru untuk pasaran global yang telah menerima beberapa peningkatan termasuk rupa baharu.** Memandangkan Yamaha MT-15 yang dijual di Malaysia adalah berasaskan MT-125 namun dengan enjin 155cc ini bermakna secara tak langsung anda ..