///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Radikal Bangladesh News   Page 1    





Bangladesh says Malaysias IS-linked arrest claims unfounded, cites visa .. - Malaymail - 6/07 3:40 pm

DHAKA, July 6 Bangladeshs Home Affairs Adviser Lt Gen (Rtd) Jahangir Alam Chowdhury has reportedly dismissed claims t...





Bangladesh to cooperate fully with Malaysia in GMRB militant group .. - Malaymail - 6/07 9:42 am

KUALA LUMPUR, July 6 Bangladesh has pledged full cooperation to Malaysian authorities following the arrest of 36 Bangl...





Kerajaan disaran ketatkan pemberian visa, tapis kemasukan pekerja asing - Sinarharian - 6/07 9:20 am

Laksanakan sistem pengesanan keselamatan di pejabat kedutaan di Bangladesh berpandukan maklumat Interpol serta kerjasama polis Malaysia-Bangladesh."Ini merupakan kaedah yang dilaksanakan oleh AS bagi menyekat kemasukan individu luar ke negara mereka. Jika kita tidak melaksanakannya, ia boleh memberi kesan kepada pengiktirafan sistem keselamatan dan menjejaskan imej Malaysia secara keseluruhan."Bukan itu sahaja, pasport Malaysia juga berisiko hilang kebebasan mobiliti ke ratusan negara di seluruh dunia sekiranya kita gagal mengawal keselamatan dalam negara sendiri," katanya kepada Sinar Ahad.Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, seramai 36 individu warga Bangladesh berusia 25 hingga 35 tahun ditahan dalam tiga fasa serbuan di Selangor dan Johor selepas kegiatan mereka dikesan melalui alamat internet tempatan yang aktif menyebarkan fahaman keganasan.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, kumpulan tersebut dipercayai telah bergerak aktif sejak setahun lalu dan dikesan menjadikan Malaysia sebagai pusat pengumpulan dana serta tempat merekrut ahli baharu.Jelas beliau, kumpulan berkenaan tidak menyasarkan Malaysia sebagai medan serangan, sebaliknya menjadikan negara ini sebagai tapak pengkaderan.Difahamkan, mereka bergerak secara sulit menggunakan aplikasi seperti WhatsApp dan Telegram untuk menyebarkan propaganda, melaksanakan proses baiah (sumpah setia) dan mengadakan perjumpaan ahli secara rahsia.Malah, dana operasi disalurkan melalui pelbagai saluran termasuk Touch n Go, BeCash dan sistem penghantaran wang antarabangsa, selain kutipan yuran tahunan sebanyak RM500 serta sumbangan derma secara sukarela daripada ahli.Terbaharu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dilaporkan bakal memberi kerjasama penuh kepada PDRM dalam usaha membanteras kumpulan militan Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) yang menyusup masuk secara rahsia ke negara ini dan beroperasi dalam kalangan pekerja asing.





Jenayah terancang wujud selagi ada permintaan tinggi - Sinarharian - 6/07 7:40 am

KUALA LUMPUR - Kegiatan penipuan menawarkan perkhidmatan keluar masuk negara secara pintu belakang merupakan satu bentuk jenayah terancang yang perlu dibanteras segera.Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata, sindiket tersebut bukan sahaja jelas mempergunakan nama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk mengaburi mata orang awam, malah mencemarkan agensi penguatkuasaan itu.Beliau percaya, kegiatan ini bukan baru berlaku, malah berterusan kerana wujudnya permintaan tinggi terhadap penyelesaian jalan pintas terutama dalam kalangan warga asing."Ini adalah satu bentuk scam yang semakin berani





Sindiket palsu dokumen sasar warga emas mahu kahwin warga asing tumpas - Sinarharian - 5/07 6:13 pm

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan lima lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat dalam sindiket pemalsuan dokumen imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan menyasarkan warga emas dalam satu operasi khas di sekitar Putrajaya, pada Khamis lepas.Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban berkata, sindiket dipercayai telah beroperasi selama setahun itu menyasarkan warga emas tempatan di Lembah Klang yang ingin berkahwin dengan warga asing dengan mengenakan kadar bayaran antara RM50 hingga RM500 bagi setiap permohonan.Beliau berkata, modus operandi sindiket adalah menawarkan perkhidmatan imigresen iaitu permohonan isteri kepada warganegara tempatan dan perkhidmatan JPN iaitu permohonan perkahwinan warganegara tempatan dengan warganegara asing."Kesemua yang ditahan berusia antara 30 hingga 66 tahun





JIM sedia kerjasama dengan PDRM siasat isu militan Bangladesh - Mgazette - 5/07 7:39 am

# JIM sedia kerjasama dengan PDRM siasat isu militan Bangladesh KUALA LUMPUR Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memandang serius isu melibatkan kumpulan militan Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) yang menyusup masuk dan beroperasi secara rahsia di Malaysia





Govt combats extremism among foreign workers with JAKIM collaboration - SUN - 4/07 10:39 pm

KOTA BHARU: Religious authorities, including the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM), are intensifying efforts to prevent extremist ideologies from spreading among foreign workers





Yadim, Jakim bekerjasama cegah ideologi radikal - Sinarharian - 4/07 9:44 pm

KOTA BHARU - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama dengan semua institusi agama serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mencegah ideologi radikal, terutama dalam kalangan pekerja asing yang beragama Islam di negara ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, negara menentang sebarang ideologi yang bercanggah dengan ajaran Islam atau perbuatan melampau yang tidak diajar dalam agama."Sebagai ahli Sunnah Waljamaah yang berpegang kepada prinsip wasatiyyah, kita menentang sebarang ideologi yang bercanggah dengan Islam," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rai Ummah YB Menteri Bersama Komuniti di Kota Bharu, pada Jumaat.Beliau memberitahu, pihaknya juga akan terus menggerakkan kerjasama dengan kementerian lain, khususnya dalam usaha mengenal pasti pekerja asing yang terpengaruh dengan ideologi berkenaan.Media sebelum ini melaporkan pendedahan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, mengenai satu kumpulan militan asing, iaitu Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB), yang dikesan menyebarkan fahaman ekstrem kepada warga Bangladesh di negara ini sebelum mereka direkrut menyertai kegiatan berkaitan keganasan.Kumpulan berkenaan didapati menyebarkan ideologi pengganas Islamic State (IS) kepada komuniti migran, terutama warga Bangladesh, melalui media sosial dan aplikasi lain.Siasatan awal bermula selepas polis mengesan beberapa akaun Facebook yang aktif menyebarkan propaganda IS.Dalam pada itu, pada majlis berkenaan, Mohd Naim turut menyampaikan sumbangan melalui Yayasan Taqwa di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM145,000.Antara sumbangan yang disalurkan termasuk bantuan kepada mangsa ribut, sumbangan khas Bayt Ar Rahman dan pelajar asnaf.





JIM, PDRM bekerjasama tangani militan Bangladesh - Sinarharian - 4/07 7:03 pm

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memberi kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha terus membanteras kumpulan militan Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) yang menyusup masuk secara rahsia ke negara ini dan beroperasi dalam kalangan pekerja asing.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, kes terbabit dalam tindakan pihak polis."JIM memandang serius melibatkan isu sebegini."Perkara ini dalam tindakan polis dan kita akan bagi kerjasama penuh kepada polis dalam menjalankan siasatan," katanya kepada pemberita selepas Program Menembak Ketua Pengarah Imigresen Bersama Rakan Media Tahun 2025 di sini pada Jumaat.Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan seramai 36 individu warga Bangladesh berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun ditahan dalam tiga fasa serbuan di Selangor dan Johor selepas kegiatan mereka dikesan melalui alamat internet tempatan yang aktif menyebarkan fahaman keganasan.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, kumpulan berkenaan dipercayai telah bergerak aktif sejak setahun lalu dan dikesan menjadikan Malaysia sebagai pusat pengumpulan dana serta tempat merekrut ahli.Kumpulan ini tidak menyasarkan Malaysia sebagai medan serangan, tetapi menjadikan negara ini sebagai tapak pengkaderan.Mereka bergerak secara sulit menggunakan aplikasi seperti WhatsApp dan Telegram bagi menyebarkan propaganda, melaksanakan proses baiah (sumpah setia) dan perjumpaan ahli secara rahsia.Dana operasi disalurkan melalui pelbagai saluran termasuk Touch n Go, BeCash dan sistem penghantaran wang antarabangsa selain daripada kutipan yuran tahunan RM500 dan sumbangan derma secara sukarela daripada ahli





'Malaysia-Bangladesh perlu hapuskan sindiket pekerja asing' - Sinarharian - 4/07 6:30 pm

SHAH ALAM - Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai pengambilan pekerja asing yang ditandatangani antara Malaysia dan Bangladesh pada 2021 gagal memberi manfaat kepada pekerja dan majikan.Selain menyifatkan perjanjian tersebut sebagai lemah, bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago berkata, MoU berkenaan tidak mempunyai akauntabiliti dan membenarkan sindiket mengeksploitasi pekerja."Malaysia dan Bangladesh perlu sedar tanpa perjanjian mengikat, sindiket akan memperdagangkan pekerja selain industri kehilangan wang dan Malaysia diaibkan di peringkat global."Sudah tiba masanya untuk menghapuskan kartel dan menamatkan perhambaan moden selama-lamanya," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini sebuah portal melaporkan, Penasihat Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh, Dr Asif Nazrul menggesa kerajaan Malaysia menyemak semula MoU berkenaan selain memberi gambaran negara itu mungkin tidak akan menghantar pekerja warganya ke negara ini sekiranya MoU tidak dipinda.Dalam pada itu Charles mendakwa, syarikat di Malaysia berdepan larangan import oleh Amerika Syarikat (AS), denda oleh Kesatuan Eropah (EU) dan kekacauan dalam rantaian bekalan hingga memaksa perniagaan membayar jutaan ringgit untuk menyelesaikan skandal buruh paksa.Malah menurutnya, kartel pengambilan pekerja mengaut keuntungan ekoran MoU tidak mempunyai kuasa untuk mendenda, membatalkan lesen dan tiada penyelesaian kepada pekerja yang dipaksa bekerja seperti hamba."Perjanjian yang mengikat bermaksud penalti yang sebenar, ketelusan dan sifar kos kepada pekerja."Malaysia perlu menjelaskan sama ada enggan merunding perjanjian buruh baharu yang terbuka dan telus dengan Bangladesh."Kerajaan perlu membuktikan kepada pekerja, majikan dan rakyat kepimpinan sebenar dengan membetulkan sistem yang cacat dan menyuburkan rasuah," katanya.





GMRB guna media sosial sebar fahaman ekstrem kepada warga Bangladesh di .. - Mgazette - 4/07 5:04 pm

# GMRB guna media sosial sebar fahaman ekstrem kepada warga Bangladesh di Malaysia KUALA LUMPUR Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) berpaksikan fahaman ekstremis menggunakan platform Facebook, WhatsApp dan Telegram untuk menyebarkan fahaman tersebut dalam kalangan warganegara Bangladesh yang bekerja di negara ini





Myanmar junta releases 93 child soldiers amid UN scrutiny - SUN - 4/07 4:29 pm

MYANMAR'S ruling junta said on Friday it had already discharged 93 minors from military service, countering a United Nations report last month that accused it and allies of recruiting more than 400 children, many in combat roles





Polis sahkan tiada penglibatan rakyat Malaysia dalam militan Bangladesh - Astroawani - 4/07 3:30 pm

PDRM sahkan tiada penglibatan rakyat tempatan dalam kegiatan Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) yang dikesan aktif di negara ini.





Militan Bangladesh kutip RM500 setahun biayai kegiatan ekstremis di Syria, Bangladesh - Astroawani - 4/07 3:20 pm

GMRB dipercayai merekrut warga Bangladesh yang bekerja di Malaysia dengan mengenakan bayaran keahlian tahunan sebanyak RM500.





Golongan muda rohingya semakin kecewa, marah, kata pemimpin sementara Bangladesh - SUN - 4/07 1:20 pm

DHAKA: Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh Dr Muhammad Yunus memberi amaran pada Khamis bahawa ribuan golongan muda Rohingya yang membesar di kem pelarian semakin kecewa dan marah susulan kebuntuan berpanjangan mengenai proses penghantaran pulang mereka, lapor Anadolu Ajansi (AA)





Militan Bangladesh kutip RM500 setahun biayai kegiatan ekstremis di Syria, Bangladesh - Sinarharian - 4/07 12:14 am

KUALA LUMPUR Yuran keahlian sebanyak RM500 setahun antara modus operandi dikesan dalam aktiviti pengganas kumpulan militan Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) yang menyusup masuk secara rahsia ke negara ini dan beroperasi dalam kalangan pekerja asing.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, seramai 36 individu warga Bangladesh berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun ditahan dalam tiga fasa serbuan di Selangor dan Johor selepas kegiatan mereka dikesan melalui alamat internet tempatan yang aktif menyebarkan fahaman keganasan.Menurutnya, kumpulan ini dipercayai telah bergerak aktif sejak setahun lalu dan dikesan menjadikan Malaysia sebagai pusat pengumpulan dana serta tempat merekrut ahli."Kumpulan ini tidak menyasarkan Malaysia sebagai medan serangan, tetapi menjadikan negara ini sebagai tapak pengkaderan."Mereka bergerak secara sulit menggunakan aplikasi seperti WhatsApp dan Telegram bagi menyebarkan propaganda, melaksanakan proses baiah (sumpah setia) dan perjumpaan ahli secara rahsia," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, di sini pada Jumaat.Katanya lagi, ahli yang melafazkan baiah secara dalam talian akan dilantik sebagai ketua sel baharu untuk memperluas pengaruh kumpulan."Dana operasi disalurkan melalui pelbagai saluran termasuk Touch n Go, BeCash dan sistem penghantaran wang antarabangsa selain daripada kutipan yuran tahunan RM500 dan sumbangan derma secara sukarela daripada ahli."Dana itu disalurkan kepada kumpulan keganasan di Syria dan Bangladesh, dan dalam soal ini, kita sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Bangladesh serta Interpol bagi mengesan aliran kewangan dan rangkaian mereka di luar negara," katanya.Beliau berkata, dalam operasi fasa pertama pada 28 April, enam individu ditahan di sekitar Selangor, sekali gus mendedahkan struktur awal kumpulan ini yang berpangkalan di Johor."Fasa kedua operasi dijalankan pada 7 Mei di Johor dan kita berjaya menahan 14 lagi suspek termasuk ketua kumpulan GMRB."Fasa ketiga pula dilaksanakan pada 19 hingga 21 Jun lalu dan 16 individu lagi ditahan, menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan kepada 36 orang serta menutup rangkaian utama GMRB di negara ini," katanya.Menurutnya, lima daripada mereka telah didakwa di bawah Seksyen 6A Kanun Keseksaan kerana menyertai organisasi pengganas dan menyebarkan fahaman ekstremis."Seramai 16 lagi masih ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk siasatan dan pendakwaan lanjut."Manakala 15 individu yang terlibat secara minimum akan dihantar pulang ke negara asal," katanya.Tambah beliau, GMRB menyasarkan komuniti warga Bangladesh yang bekerja di sektor buruh seperti kilang, tapak binaan dan stesen minyak sebagai sasaran utama perekrutan dan penanaman ideologi."Fahaman radikal ini mula menular dalam kalangan komuniti pekerja asing tanpa disedari majikan, ia satu ancaman yang tidak boleh dipandang ringan."Tiada rakyat Malaysia dikenal pasti terlibat dalam rangkaian ini setakat ini, namun pemantauan dan siasatan akan diteruskan secara menyeluruh bagi memastikan tiada unsur ancaman menular ke dalam masyarakat tempatan," katanya.Katanya, siasatan awal mendapati kira-kira 100 hingga 150 individu dipercayai telah terlibat dalam kumpulan ini di Malaysia."Keselamatan negara adalah keutamaan tertinggi dan kita tidak akan berkompromi dalam isu membabitkan keganasan."Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang cuba menjadikan Malaysia sebagai tempat berlindung, transit atau pangkalan operasi keganasan antarabangsa," katanya.Mohd Khalid turut menyeru orang ramai supaya lebih peka terhadap persekitaran dan melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang aktiviti mencurigakan





Kumpulan militan warga bangladesh kumpul dan salur dana kepada IS di Syria, Bangladesh - KPN - SUN - 4/07 12:12 am

KUALA LUMPUR: Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) yang berjaya ditumpaskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini dipercayai terlibat dalam kegiatan pengumpulan dana dan merekrut ahli bagi menyokong kumpulan pengganas Islamic State (IS) di Syria dan Bangladesh





Malaysia bukan sasaran militan asing - Sinarharian - 4/07 11:20 am

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Kumpulan militan didalangi warga Bangladesh yang aktif menyebarkan ideologi ekstremisme melalui platform digital berjaya ditumpaskan menerusi siri operasi keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak April lalu.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, seramai 36 individu berusia antara 25 hingga 35 tahun ditahan dalam tiga fasa operasi yang dijalankan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM sekitar Selangor dan Johor.Menurut beliau, operasi tersebut merupakan tindakan strategik PDRM untuk mengekang sebarang bentuk ancaman militan asing, sekali gus mengekalkan kestabilan dan keselamatan negara."Malaysia tidak dijadikan sasaran, namun dijadikan lokasi penyebaran fahaman radikal dan ekstrem dalam kalangan komuniti migran





Police dismantle Bangladeshi-led online militant group, 36 arrested - Sinardaily - 4/07 11:19 am

KUALA LUMPUR - The Bangladeshi Radical Militant Group (GMRB), recently dismantled by the police, is believed to have been raising funds and recruiting members for the Islamic State (IS) in Syria and Bangladesh.Inspector-General of Police Tan Sri Mohd Khalid Ismail said the group collected funds by charging an annual membership fee of RM500 per person, as well as other voluntary contributions based on members' financial means.Initial investigations revealed the group had between 100 and 150 members, all Bangladeshi nationals working in labour sectors such as factories, construction sites, and petrol stations across Malaysia."The funds collected were then transferred abroad using e-wallet applications and international money transfer services," he told a press conference here today.Mohd Khalid added thatthe group also used social media platforms and messaging apps like WhatsApp and Telegram to recruit new members





Militan Bangladesh dikesan sebar fahaman ekstremis guna WhatsApp, Telegram - Astroawani - 4/07 11:10 am

Platform itu turut digunakan untuk merekrut ahli baharu dan memperluaskan pengaruh fahaman ekstremis di negara ini.





Payung Besar Melayu bukan retorik perkauman ??? Hilman - Mgazette - 4/07 7:34 am

# Payung Besar Melayu bukan retorik perkauman Hilman KUALA LUMPUR Ketua Armada Bersatu Malaysia, Muhammad Hilman Idham menyifatkan gagasan Payung Besar Melayu bukan satu bentuk diskriminasi atau retorik perkauman seperti didakwa dituduh segelintir pihak





Tawar khidmat GRO di sebalik perniagaan kafe - Mgazette - 3/07 7:48 am

GEORGE TOWN Sebuah kafe di Jalan Anson, di sini, diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang semalam selepas dikesan menawarkan perkhidmatan gadis pelayan pelanggan (GRO) kepada pelanggan tempatan





18 GRO ditahan di premis hiburan berselindung sebalik nama kafe, pusat karaoke - Sinarharian - 2/07 7:09 pm

GEORGE TOWN - Seramai 18 wanita warga asing yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang di sebuah premis hiburan di Jalan Anson, di sini pada malam Selasa.Operasi sekitar jam 11 malam itu hasil risikan pasukan JIM Pulau Pinang selepas mendapat maklumat mengenai aktiviti persundalan dan perkhidmatan GRO kepada pelanggan tempatan.Menurut sumber, wanita yang ditahan melibatkan 17 warga Vietnam dan seorang warga Kemboja."Turut ditangkap seorang lelaki warga Bangladesh yang bekerja di premis terbabit"Ketika serbuan dilakukan, sebahagian daripada mereka cuba melarikan diri namun usaha tersebut ternyata sia-sia selepas berjaya ditangkap anggota serbuan,"katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.Sumber berkata, pemeriksaan mendapati mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial selain tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.Katanya, premis terbabit berselindung di sebalik kafe dan pusat karaoke namun menyediakan perkhidmatan GRO untuk pelanggannya."Kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen di Sebebrang Jaya untuk proses dokumentasi sebelum dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Juru untuk tindakan lanjut," tambahnyaKes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.





Tolong tuan, saya tahu saya salah - Gudang LPG haram diserbu - Sinarharian - 2/07 9:27 am

KUALA LUMPUR - Walaupun pernah diserbu tahun lalu, kegiatan penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) yang berselindung di sebalik lesen sah di sebuah gudang di Jalan Ipoh, di sini, terbongkar semula pada Selasa.Ops Gasak itu dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) hasil risikan selama sebulan.Semasa serbuan, terdapat cubaan dua pekerja warga asing untuk meloloskan diri, namun tindakan itu gagal."Tolong tuan, saya tahu saya salah





Bumbung Jejantas Tun Teja RM8 juta bocor sangat memalukan – Dr... - Mgazette - 1/07 7:31 am

# Bumbung Jejantas Tun Teja RM8 juta bocor sangat memalukan - Dr Aleef MELAKA - Wakil rakyat pembangkang mempersoalkan bagaimana bumbung Jejantas Tun Teja di Peringgit yang menelan kos RM8 juta dan baru berusia lima bulan boleh bocor sehingga ia tular sekali gus menjejaskan imej Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan





Skuad muda impi empat terbaik Piala Asia B-18 di China - Sinarharian - 1/07 7:10 am

KETUA jurulatih pasukan hoki remaja lelaki negara, Nor Saiful Zaini Nasiruddin menyasarkan skuad muda Bawah 18 tahun (B-18) melangkah ke separuh akhir Piala Asia Lelaki B-18 di Dazhou, China bermula 3 hingga 13 Julai ini.Beliau berkata, sasaran tersebut adalah realistik berdasarkan kemampuan pemain dan barisan jurulatih yang dipilih untuk memberi saingan sengit kepada negara lain.Tambahnya, biarpun kejohanan tersebut buat kali pertama diadakan, namun berdasarkan pasukan yang menyertai, bekas pemain negara itu melihat peluang Malaysia agak baik untuk mara lebih jauh."Berdasarkan kepada senarai pemain, kita perlu letakkan sasaran mengikut kemampuan pasukan





Pelantikan Shuhaily di AKPS satu penghormatan besar buat PDRM – KPN - Mgazette - 30/06 5:10 pm

# Pelantikan Shuhaily di AKPS satu penghormatan besar buat PDRM - KPN KUALA LUMPUR - Pelantikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebagai Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) disifatkan satu penghormatan besar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memperkukuh keselamatan negara





Kontraktor warga asing dipenjara sepuluh bulan - Sinarharian - 30/06 3:02 pm

KOTA BHARU Seorang kontraktor warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah membenarkan 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) tinggal di sebuah premis di bawah jagaannya.Tertuduh, Mohamad Masudkhan, 29, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Rais Imran Hamid selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut kira-kira jam 7.30 malam di sebuah premis di Jalan Kubang Kacang, Kampung Kubang Siput, Limbat dengan membenarkan 17 warga Bangladesh tinggal di premis yang berada di bawah pengurusannya.Kesemua PATI terbabit berusia antara 20 hingga 43 tahun.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) (Pindaan 2002) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 55E(2) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM30,000, atau kedua-duanya sekali bagi setiap orang yang dibenarkan tinggal secara haram.Sebelum itu, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Naabil Mohamed Asri, memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh serta orang awam.Tertuduh diwakili oleh peguam Muhamad Fiqri Muhamad.





Warga Bangladesh disyaki terlibat gerakan militan IS ditahan di bawah SOSMA - KPN - Astroawani - 30/06 1:55 pm

Beberapa individu daripada 36 warga Bangladesh yang disyaki terlibat gerakan militan IS ditahan di bawah SOSMA.





Tiada rakyat Malaysia direkrut dalam gerakan militan warga Bangladesh - Mgazette - 30/06 7:41 am

# Tiada rakyat Malaysia direkrut dalam gerakan militan warga Bangladesh KUALA BERANG - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang direkrut dalam satu rangkaian militan berkaitan warga Bangladesh, seperti yang didedahkan baru-baru ini





Strike shuts down Bangladeshs biggest port - SUN - 29/06 9:19 pm

DHAKA : Operations at Bangladeshs biggest port were suspended on Sunday as a strike by customs officials brought shipping activity to a halt





Mayat warga Bangladesh ditemui terapung di Sungai Muar - SUN - 29/06 8:40 pm

SEREMBAN : Mayat seorang lelaki warga Bangladesh ditemui terapung di permukaan Sungai Muar berhampiran Kampung Kuala Gemas, Gemas pagi tadi





Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam rangkaian militan warga Bangladesh - SUN - 29/06 8:29 pm

KUALA BERANG : Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan tiada rakyat Malaysia yang direkrut dalam rangkaian militan berkaitan warga Bangladesh seperti yang didedahkan sebelum ini





No Malaysians in Bangladeshi-linked militant network, says Saifuddin - SUN - 29/06 8:15 pm

KUALA BERANG : Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail has confirmed that no Malaysians were recruited into a foreign militant network linked to Bangladeshi nationals, recently uncovered by authorities





Mayat lelaki Bangladesh lemas ditemui 13km dari lokasi hilang - Sinarharian - 29/06 8:09 pm

TAMPIN Mayat seorang lelaki warga Bangladesh yang dikhuatiri lemas ketika menjala ikan di Rumah Pam Air Kampung Bangkahulu, Gemas, pada Khamis lalu, ditemukan di Sungai Muar di Kampung Tiong pada Ahad.Mayat lelaki berusia 26 tahun itu ditemui orang awam kira-kira 13 kilometer dari lokasi dia terjatuh.Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat lelaki berkenaan pada jam 9.55 pagi."Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin menerima panggilan daripada RC Melaka memaklumkan terdapat penemuan satu mayat lelaki di Kampung Tiong."Berdasarkan maklumat tersebut, polis ke lokasi kejadian dan dengan bantuan pasukan bomba dari Gemas, mayat berkenaan berjaya dikeluarkan dari permukaan sungai," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati mayat itu adalah lelaki warga Bangladesh yang sebelum ini dilaporkan lemas di Rumah Pam Air Kampung Bangkahulu, Gemas.Beliau berkata, waris mangsa telah membuat pengecaman terhadap mayat sebelum ia dihantar ke Bilik Mayat Jabatan Forensik Hospital Tampin untuk tujuan bedah siasat."Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut," ujarnya.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dihentikan pada Sabtu jam 5 petang selepas pelbagai usaha dilakukan namun tiada petunjuk ditemui.





Tiada rakyat Malaysia direkrut dalam gerakan militan berkaitan warga Bangladesh - Sinarharian - 29/06 7:37 pm

KUALA BERANG - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang direkrut dalam satu rangkaian militan berkaitan warga Bangladesh, seperti yang didedahkan baru-baru ini.Beliau berkata, hasil siasatan Pasukan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), kumpulan yang membawa masuk fahaman pelampau berasaskan ideologi Islamic State (IS) ke dalam negara itu melibatkan warga Bangladesh sahaja."Hingga sekarang ternyata aktiviti itu hanya terkait dengan keganasan dan ada motif untuk menjatuhkan kerajaan di negara asal mereka (Bangladesh)."Jadi, adalah penting untuk kita hebahkan kepada rakyat bahawa pasukan keselamatan kita berada pada tahap siap siaga yang tinggi."Kalau aktiviti ini tidak dibendung atau ditangani secara sambil lewa, ia akan memberi kesan besar kepada keselamatan negara," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Jabatan Sukarelawan Malaysia 2025 di Dewan Besar Majlis Daerah Hulu Terengganu di sini hari ini.Baru-baru ini, Saifuddin Nasution mendedahkan PDRM menumpaskan satu rangkaian militan warga asing dengan penahanan 36 warga Bangladesh yang disyaki terlibat secara langsung dalam gerakan militan radikal berpaksikan fahaman ekstremis dan ideologi keganasan.Beliau berkata, penahanan itu dilakukan menerusi tiga fasa operasi keselamatan terancang di sekitar Selangor dan Johor bermula 24 April lepas.Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution berkata, peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) akan diperkukuhkan dalam masa terdekat, yang bakal diterajui oleh PDRM dengan sokongan agensi lain."Sebelum ini, ia (NSRC) ada empat agensi yang kawal selia termasuk MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), Bank Negara dan polis."Bagaimanapun, empat agensi yang kawal selia cara operasinya tidak begitu kemas."Jadi, apabila ia diperkukuhkan yang (akan) menerima panggilan (aduan) adalah polis bertugas, butiran diambil dan kita akan maklumkan kepada bank untuk pihak bank ambil langkah pertama dengan bekukan akaun bank mangsa secepat mungkin





Operasi SAR lelaki Bangladesh dikhuatiri lemas dihentikan - Sinarharian - 29/06 11:37 am

TAMPIN Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga Bangladesh yang dikhuatiri lemas di sungai berhampiran Kampung Bangkahulu di sini dihentikan selepas tiga hari.Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, operasi itu dihentikan pada jam 5 petang, Sabtu, selepas tiada petunjuk diperoleh meskipun pelbagai usaha telah dilakukan."Setelah tiga hari usaha gigih dijalankan oleh pasukan mencari dan menyelamat melibatkan pelbagai agensi, operasi SAR mencari mangsa ditamatkan."Sepanjang operasi, pelbagai kaedah telah digunakan termasuk pencarian di permukaan air, selaman serta penggunaan bantuan teknologi, namun sehingga kini tiada petunjuk atau penemuan baharu diperoleh," katanya pada Ahad.Beliau berkata, penamatan operasi tersebut dibuat setelah mempertimbangkan semua aspek keselamatan, penilaian risiko serta panduan prosedur operasi standard (SOP) agensi penyelamat.Bagaimanapun, katanya, siasatan dan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa jika terdapat maklumat baharu."Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk penduduk setempat atas kerjasama dan keprihatinan sepanjang tempoh operasi," katanya.Sebelum ini media melaporkan, mangsa dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika menjala di lokasi.





AI disalah guna sebar ideologi militan - Sinarharian - 29/06 7:00 am

SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan cawangan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu bekerjasama memantau aktiviti penyebaran ideologi militan warga asing melalui media sosial atau platform digital negara ini.Pakar kriminologi bebas, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim berkata, ini kerana gerakan kumpulan tersebut dijangka menjadi lebih berbahaya dengan kewujudan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang boleh disalahgunakan untuk menyebarkan pengaruh dan merekrut ahli baharu."Sebab itu isu mengenai penggunaan dan cabaran menangani AI telah pun ditekankan oleh Ketua Polis Negara baru-baru ini."Ilmu mengenai teknologi AI sepatutnya diterapkan kepada semua anggota penguat kuasa terutama pihak polis bagi mengesan pergerakan militan di negara ini," katanya kepada Sinar Ahad.Sebelum ini, Pakar Kajian Strategik dan Antikeganasan dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Profesor Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata, ancaman militan di negara ini telah memasuki spektrum baharu apabila trend terkini menunjukkan peningkatan penglibatan warga asing dalam gerakan ekstremis yang berpaksikan fahaman radikal dan ideologi keganasan.Ulas Mohd Mizan, berdasarkan analisis dari tahun 2022 hingga 2025, trend tangkapan berkaitan militan menunjukkan peningkatan ketara khususnya dari Indonesia dan Filipina.Mengulas lanjut Shahul Hamid berkata, kumpulan militan sebelum ini juga pernah menggunakan media sosial untuk menarik minat masyarakat dalam gerakan mereka."Dah banyak kes kita lihat, contohnya penggunaan Facebook dan platform lain untuk rekrut individu termasuk warganegara Malaysia menyertai kumpulan militan."Mereka bawa rakyat kita ke luar negara seperti Syria, Libya dan Yemen untuk latihan





Ancaman militan asing semakin serius - Sinarharian - 28/06 8:30 am

SHAH ALAM - Ancaman militan di Malaysia kini telah memasuki spektrum baharu apabila trend terkini menunjukkan peningkatan penglibatan warga asing dalam gerakan ekstremis yang berpaksikan fahaman radikal dan ideologi keganasan.Pakar Kajian Strategik dan Antikeganasan dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Profesor Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata, berdasarkan analisis dari tahun 2022 hingga 2025, trend tangkapan berkaitan militan menunjukkan peningkatan ketara khususnya dari Indonesia dan Filipina.Namun, katanya, sejak 2022 hingga 2024 juga, kita dapat lihat peningkatan idealisme ekstremis dalam kalangan warga Myanmar, Rohingya dan Bangladesh."Diaspora mereka berkembang dengan menyebarkan ideologi yang bersifat radikal."Memang sudah berlaku perubahan trend, daripada ancaman tempatan kepada ancaman warga asing yang ada dalam negara kita





Punca bunyi letupan, gegaran di Ipoh masih ???misteri??? - Mgazette - 28/06 8:02 am

# Punca bunyi letupan, gegaran di Ipoh masih misteri IPOH Siasatan terhadap bunyi letupan dan gegaran di beberapa kawasan sekitar bandar raya ini masih diteruskan, namun setakat ini belum terdapat sebarang penemuan spesifik yang boleh menjelaskan punca kejadian tersebut





Lelaki Bangladesh dikhuatiri lemas ketika jala ikan - Sinarharian - 27/06 5:09 pm

TAMPIN Seorang lelaki warga Bangladesh dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika menjala di sebuah sungai berhampiran Kampung Bangkahulu, Gemas, di sini.Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar jam 5 petang pada Khamis."Kita menerima panggilan kecemasan melalui talian 999 yang memaklumkan terdapat seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai telah lemas."Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang menarik jaring ikannya sebelum dihanyutkan oleh arus deras," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan pada hari kejadian dan disambung semula pada Jumaat dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).Bagaimanapun, katanya, setakat jam 4 petang, mangsa masih belum ditemui."Difahamkan ketika kejadian, rakan sekerja mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an turut berada di lokasi dan melihat mangsa menjala ikan sebelum dihanyutkan arus deras," katanya lagi.





Rangkaian militan asing cuba bawa masuk fahaman Daesh ke Malaysia tumpas .. - Mgazette - 27/06 5:00 pm

# Rangkaian militan asing cuba bawa masuk fahaman Daesh ke Malaysia tumpas KUALA LUMPUR - Cubaan membawa masuk fahaman pelampau berasaskan ideologi Daesh ke Malaysia berjaya dipatahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi satu operasi keselamatan bersepadu yang menumpaskan rangkaian militan warga asing





Home minister: Police nab 36 Bangladeshis for ties to radical militant .. - Malaymail - 27/06 3:07 pm

KUALA LUMPUR, June 27 The police arrested 36 Bangladesh citizens this week, who were found to be directly involved in...





Rangkaian militan warga asing tumpas, 36 warga Bangladesh ditahan - Sinarharian - 27/06 2:46 pm

PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan satu rangkaian militan warga asing dengan penahanan 36 warga Bangladesh yang disyaki terlibat secara langsung dalam gerakan militan radikal berpaksikan fahaman ekstremis dan ideologi keganasan.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penahanan dilakukan menerusi tiga fasa operasi keselamatan terancang di sekitar Selangor dan Johor bermula 24 April lepas."Dalam operasi terbabit, lima daripada mereka dikenal pasti terlibat di bawah Bab VIA Kanun Keseksaan dan telah didakwa di Mahkamah Seksyen Shah Alam serta Johor Bahru."Sebanyak 15 individu lagi telah dikenakan perintah pengusiran, manakala 16 individu sedang disiasat berkaitan penglibatan mereka dalam gerakan militan itu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, hasil risikan dan tindakan bersepadu Pasukan Cawangan Khas PDRM mendapati kumpulan berkenaan membawa masuk fahaman pelampau berasaskan ideologi Daesh ke dalam negara.Saifuddin Nasution berkata, kumpulan itu turut mewujudkan sel pengrekrutan dalam kalangan komuniti mereka bagi tujuan mengindoktrinasikan fahaman radikal, mengumpul dana untuk aktiviti keganasan dan menjatuhkan kerajaan sah di negara asal mereka."Saya ingin menegaskan bahawa Malaysia tidak akan menjadi tempat berlindung, apatah lagi medan anasir subversif untuk mana-mana gerakan ekstremis asing."Tindakan yang diambil ini membuktikan bahawa Kerajaan Madani amat serius dan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana elemen yang boleh mengancam keselamatan negara," katanya.Beliau berkata, kejayaan itu juga membuktikan kecekapan dan profesionalisme pasukan keselamatan negara khususnya PDRM dalam memelihara kedaulatan, keharmonian dan ketenteraman awam.Saifuddin Nasution turut mengulangi jaminan bahawa Kementerian Dalam Negeri akan terus memperkukuh keupayaan risikan dan menggandakan penguatkuasaan serta bekerjasama dengan agensi-agensi keselamatan dalam dan luar negara untuk memastikan Malaysia kekal aman, stabil dan bebas daripada ancaman keganasan."Sebarang cubaan menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi militan atau pusat transit gerakan ekstremis akan ditangani dengan tindakan tegas, pantas dan berkesan," katanya





PDRM tumpas gerakan militan di Malaysia, tahan 36 warga Bangladesh - Astroawani - 27/06 2:45 pm

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 36 warga Bangladesh yang terlibat dalam gerakan militan berasaskan ideologi Islamic State (IS) dalam beberapa serbuan di Selangor dan Johor.





KDN tumpas gerakan militan di Malaysia, tahan 36 warga Bangladesh - Astroawani - 27/06 2:45 pm

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 36 warga Bangladesh yang terlibat dalam gerakan militan berasaskan ideologi Islamic State (IS) dalam beberapa serbuan di Selangor dan Johor.





Persiapan rapi kunci hadapi kumpulan maut - Sinarharian - 27/06 8:08 am

PENGENDALI skuad futsal negara, Rakphol Sainetngam, menegaskan bahawa aspek persiapan menyeluruh menjadi faktor utama dalam memastikan Malaysia mampu memberi saingan dalam pusingan kelayakan Futsal Piala Asia 2026.Pengendali dari Thailand itu memberi penekanan terhadap kepentingan latihan intensif dan pendekatan taktikal bersepadu menjelang kejohanan yang bakal berlangsung di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, dari 20 hingga 24 September ini."Pasukan kami perlu benar-benar bersedia dalam semua aspek, baik daripada sesi latihan, pengurusan dalaman hinggalah kepada perancangan taktikal."Tempoh persiapan ini amat penting untuk kami mengumpul maklumat terperinci mengenai kekuatan dan kelemahan lawan," ujar Rakphol.Malaysia diundi dalam Kumpulan G bersama juara 12 kali, Iran, serta dua pasukan Asia Barat iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bangladesh.Anak buah Rakphol bakal membuka kempen kelayakan menentang UAE pada 20 September, diikuti pertemuan dengan Bangladesh dua hari kemudian, sebelum menutup tirai saingan kumpulan menentang gergasi benua, Iran, pada 24 September."Cabaran dalam kumpulan ini cukup besar, tetapi saya percaya dengan perancangan yang teliti serta komitmen penuh pemain, kami mampu bersaing," ujarnya.Sebagai rekod, hanya lapan juara kumpulan dan tujuh naib juara terbaik daripada keseluruhan pusingan kelayakan akan layak ke pusingan akhir yang dijadual berlangsung di Indonesia pada Januari 2026.





Bangladesh berhasrat jadi rakan kongsi dialog sektoral ASEAN, sokong Malaysia sebagai Pengerusi - Astroawani - 27/06 6:00 am

Bangladesh bukan anggota ASEAN, tetapi negara itu berhasrat menjadi rakan dialog sektoral dan itu akan menjadi permulaan yang baik.





Lima individu ditahan SPRM atas dokumen palsu permit pekerja - SUN - 24/06 5:21 pm

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan lima individu termasuk empat pengarah syarikat atas tuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan permit pekerja asing





Lima ditahan kemuka dokumen palsu untuk permit pekerja asing - Sinarharian - 24/06 3:42 pm

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan reman lima individu termasuk empat pengarah syarikat dan seorang daripadanya warga Bangladesh.Sumber berkata, kesemua suspek ditahan kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi mendapatkan permit pekerja asing di negeri ini.Menurut sumber, empat suspek lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 60-an itu ditahan antara jam 3 hingga 6 petang pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor."Kesemua suspek melalui syarikat masing-masing dipercayai telah melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2023 sehingga 2024."Siasatan awal mendapati kesemua suspek mengemukakan dokumen permohonan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 kepada Jabatan Imigresen Selangor dengan mengandungi butir matan palsu."Mereka dipercayai mempunyai niat untuk memperdayakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor," katanya pada Selasa.Sinar Harian difahamkan, Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali membenarkan kesemua suspek yang diwakili peguambela direman selama empat hari sehingga Jumaat.Keputusan reman itu dilakukan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret 2 Shah Alam, Selangor pada Selasa.Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim mengesahkan penahanan tersebut dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.Beliau berkata, terdapat tiga lagi individu lain turut ditahan bersama kumpulan suspek pada Isnin.Namun begitu katanya, tiga individu itu dilepaskan atas faktor kesihatan, selepas keterangan masing-masing diambil dengan jaminan sebanyak RM10,000 dengan dua orang penjamin.





Lesen CLQ, TLQ boleh ditarik balik jika gagal patuhi Akta 446 - Steven Sim - Sinarharian - 22/06 7:08 pm

BUKIT MERTAJAM - Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) tidak akan teragak-agak untuk membatalkan lesen pengoperasian Asrama Pekerja Berpusat (CLQ) dan Penginapan Pekerja secara Jangka Pendek (TLQ) sekiranya pengusaha didapati gagal mematuhi kehendak Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).Menterinya, Steven Sim berkata, tindakan itu selaras dengan komitmen kerajaan memastikan kebajikan pekerja asing dilindungi tanpa mengabaikan ketenteraman awam serta keselamatan masyarakat setempat.Beliau berkata demikian susulan insiden kekecohan membabitkan sekumpulan pekerja asing di sebuah penginapan TLQ beroperasi di sebuah hotel di sini, Jumaat lalu, yang menimbulkan kegusaran penduduk tempatan.Menurutnya, Akta 446 menggariskan penyediaan perumahan yang sesuai serta kemudahan asas kepada pekerja asing, namun aspek kebajikan, keselamatan dan disiplin pekerja turut perlu diberi perhatian bagi mengelakkan sebarang kesan negatif kepada masyarakat setempat."Konsep CLQ dan TLQ diwujudkan bagi memastikan penempatan pekerja asing dilakukan secara berpusat dan terkawal tanpa mengganggu persekitaran komuniti setempat."Saya telah mengadakan perbincangan bersama pengusaha TLQ terbabit dan memberi peringatan tegas agar mereka tidak mengabaikan tanggungjawab





Imigresen tahan 48 warga asing dalam serbuan di kilang haram dan kediaman mewah - Astroawani - 22/06 6:30 pm

Kesemua warga asing yang ditahan terdiri daripada 12 perempuan warga China serta 27 lelaki Bangladesh berusia antara 25 hingga 49 tahun.





Sindiket e-waste, penipuan warga asing tumpas - Sinarharian - 22/06 2:46 pm

SHAH ALAM - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan kegiatan pelupusan sisa elektronik (e-waste) secara haram di Pulau Indah, Klang serta aktiviti penipuan dalam talian yang beroperasi di kediaman mewah sekitar Kajang dan Kuala Lumpur dalam operasi khas pada Khamis.Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban berkata, serbuan bermula jam 11 pagi itu dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hasil risikan selama dua minggu dan aduan awam.Menurutnya, serbuan pertama di sebuah kawasan perindustrian haram di Pulau Indah membawa kepada pemeriksaan ke atas 42 individu terdiri daripada 39 warga asing dan tiga warga tempatan."Hasil pemeriksaan, seramai 39 warga asing ditahan iaitu empat lelaki dan 12 wanita warga China serta 27 lelaki warga Bangladesh berusia antara 25 hingga 49 tahun."Mereka ditahan kerana disyaki melanggar syarat pas lawatan atau permit kerja di bawah Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Zakaria berkata, serbuan kedua pula dilakukan di beberapa kediaman mewah di Kajang dan Kuala Lumpur yang dikenal pasti menjadi pusat operasi penipuan dalam talian membabitkan warga asing."Lapan individu ditahan dalam serbuan itu iaitu empat lelaki, tiga wanita dan seorang kanak-kanak perempuan warga China serta seorang lelaki warga Taiwan berusia antara empat hingga 43 tahun."Mereka ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.Beliau berkata, sebanyak tujuh saman kepada saksi turut dikeluarkan bagi membantu siasatan lanjut kes berkenaan.Kesemua warga asing yang ditahan telah dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo, Melaka untuk siasatan dan tindakan susulan."JIM tidak akan berkompromi terhadap warga asing yang tinggal secara haram, tinggal lebih masa serta menyalahgunakan pas di negara ini."Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi pendatang asing tanpa izin," katanya.



74 pekerja Bangladesh menang tuntutan, syarikat diarah bayar lebih RM1.5 juta - Sinarharian - 19/06 9:17 pm

SHAH ALAM Seramai 74 pekerja migran warga Bangladesh akhirnya menarik nafas lega selepas Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kuala Lumpur mengarahkan sebuah syarikat tempatan membayar pampasan berjumlah lebih RM1.5 juta atas kegagalan membayar gaji serta pelbagai pelanggaran hak pekerja.Arahan itu dikeluarkan susulan tuntutan rasmi yang dikemukakan melalui pertubuhan hak asasi manusia, Tenaganita, selepas para pekerja mendakwa mereka tidak diberikan pekerjaan, gaji serta kemudahan asas sewajarnya sebaik tiba di Malaysia.Tenaganita dalam satu kenyataan berkata, keputusan berkenaan merupakan kejayaan besar bukan sahaja kepada para pekerja terbabit, malah kepada seluruh komuniti pekerja migran yang sering diketepikan dalam sistem perundangan buruh negara."Kami amat menghargai tindakan tegas JTK Kuala Lumpur yang mengiktiraf kesahihan tuntutan pekerja migran ini."Ini bukti bahawa majikan tidak boleh lagi sewenang-wenangnya mengeksploitasi pekerja asing tanpa sebarang akibat," kata Pengarah Eksekutif Tenaganita, Glorene A



Dua lelaki warga asing mengaku tidak bersalah rasuah penguat kuasa MBIP - Sinarharian - 19/06 1:08 pm

JOHOR BAHRU Dua lelaki warga asing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah 1 di sini atas pertuduhan memberi suapan wang tunai kepada anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), tahun lalu.Kedua-dua tertuduh membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamal Arifin Ismail pada Khamis.Bagi kes pertama, seorang lelaki warga Pakistan, Samar Iqbal, 30, didakwa memberi wang tunai berjumlah RM680 kepada Syed Hanif Syed Nasir dari Jabatan Penguatkuasaan MBIP kira-kira jam 3.25 petang pada 9 November 2024.Kejadian itu didakwa berlaku di premis BK Briyani House, Taman Perindustrian Tanjung Pelepas, Gelang Patah.Mengikut kertas pertuduhan, suapan tersebut diberikan sebagai balasan agar tiada tindakan dikenakan terhadap tertuduh yang menjalankan perniagaan tanpa lesen.Tertuduh didakwa mengikut UUK 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian MBIP 2018 serta Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia memandangkan tertuduh bukan warganegara.Bagaimanapun, peguam bela memohon jumlah jaminan dikurangkan dengan mengambil kira status tertuduh yang telah berkahwin dengan warganegara Malaysia sejak 2020 dan mempunyai seorang anak berusia dua tahun.Mahkamah dimaklumkan bahawa tertuduh dan isterinya mengusahakan kedai makan, BK Beriani House di Kempas, Johor, dengan sijil SSM berdaftar atas nama isterinya serta meraih keuntungan bulanan sekitar RM1,500 hingga RM2,000.Peguam turut menjelaskan bahawa anak guamnya tiada sebab untuk melarikan diri kerana tinggal bersama keluarga dan mempunyai perniagaan tetap di Malaysia, selain berjanji hadir ke mahkamah bagi setiap prosiding.Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dalam bentuk cagaran wang tunai yang perlu disimpan dalam buku simpanan bank mahkamah sehingga kes selesai.Tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), K Bharathi.Sementara itu, dalam pertuduhan berasingan, seorang lelaki warga Bangladesh, Shah Alam, 53, turut mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberi suapan wang tunai RM500 kepada Mohd Syahrul Azmi Kamaluddin sekitar jam 12 tengah hari pada 24 September 2024.Perbuatan itu didakwa berlaku di Jalan Bioteknologi 1, Kawasan Perindustrian SILC, Iskandar Puteri, sebagai usaha mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen sah.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan dan UUK 3(1), Undang-Undang Kecil MBIP 2018 yang membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai satu perempat daripada hukuman asal atau denda, atau kedua-duanya.Pendakwaan turut mencadangkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia atas faktor tertuduh bukan rakyat tempatan.Bagaimanapun, peguam yang mewakili tertuduh, Mohd Salleh Togimi, memohon agar jumlah jaminan dikurangkan kerana anak guamnya menanggung seorang anak, dua adik dan isteri yang tidak bekerja."Tertuduh bekerja sebagai buruh kasar di Malaysia lebih 10 tahun dengan pendapatan sekitar RM1,700 hingga RM1,800 sebulan



KPDN raids premises frequented by foreigners at Jalan Silang - SUN - 19/06 10:02 am

KUALA LUMPUR: A total of 11 premises frequented by foreigners in Jalan Silang were fined RM6,000 for various offences during a raid conducted by the Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) last night



Kedai jual jam tangan tiruan antara 12 premis digempur KPDN KL - Sinarharian - 19/06 8:42 am

KUALA LUMPUR Sebuah premis yang berselindung di sebalik perniagaan aksesori telefon dan alat telekomunikasi dikesan menjalankan penjualan jam tangan tiruan dalam serbuan Ops Gempur KL Strike Force di Jalan Silang, malam tadi.Premis yang dipercayai diuruskan oleh warga asing itu merupakan salah satu daripada 12 premis perniagaan dan makanan yang diperiksa dalam operasi bermula jam 9 malam, melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).Pengarah KPDN Kuala Lumpur, Mohd Sabri Seman berkata, serbuan dijalankan berdasarkan risikan selama seminggu dan aduan orang ramai berhubung lambakan warga asing yang didakwa menjalankan perniagaan di kawasan berkenaan.Menurutnya, sebanyak 10 kes dikesan dalam operasi itu, iaitu tiga kes berkaitan harga, lima kes berkaitan alat timbang, dan dua kes kesalahan cap dagang."Sebanyak RM6,000 nilai kompaun telah dikeluarkan melibatkan kesalahan tidak mempamerkan tanda harga, menggunakan alat timbang dan sukat yang tidak ditentusahkan, di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (Akta 723) dan Akta Timbang dan Sukat 1972."Selain itu, rampasan turut dilakukan melibatkan 125 unit jam tangan tiruan yang dianggarkan bernilai RM6,500 di bawah Akta Cap Dagangan 2019," katanya dalam sidang akhbar selepas operasi di Jalan Silang pada Rabu.Sinar Harian yang mengikuti operasi tersebut mendapati peniaga memberikan pelbagai alasan termasuk tidak mengetahui peraturan berhubung penggunaan alat timbang dan keperluan mempamerkan harga makanan serta barangan yang dijual.Mohd Sabri berkata, operasi mendapati kebanyakan premis tidak mempamerkan harga jualan dengan lengkap."Walaupun ada yang hanya gagal mempamerkan sebahagian harga barangan, tindakan tetap diambil kerana undang-undang menetapkan semua harga mesti dipaparkan dengan jelas."Selain itu, penggunaan alat timbang yang telah tamat tempoh atau tidak ditentusahkan juga dikesan dan ia merupakan kesalahan serius yang tidak boleh dikompromi," katanya.Dalam pada itu, Mohd Sabri berkata, seramai 24 individu turut ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen menerusi pemeriksaan yang dijalankan oleh JIM Kuala Lumpur."Kesemua individu terbabit terdiri daripada 10 warga Bangladesh, Nepal (8), Indonesia (2), Pakistan (2), Myanmar (2), dan Sri Lanka (1)



Dua rakan sekerja maut, motosikal langgar MPV - Sinarharian - 19/06 8:04 am

TAMPIN - Dua lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di persimpangan lampu isyarat Kampung Baru di sini, malam Rabu.Kejadian kira-kira jam 9 malam itu membabitkan motosikal jenis Honda C100 yang ditunggang oleh dua rakan sekerja berkenaan dan sebuah MPV jenis Mitsubishi Xpander.Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku ketika pemandu MPV dalam perjalanan dari Kuarters Hospital Tampin menuju ke Pekan Tampin."Ketika tiba di persimpangan lampu isyarat berkenaan, kenderaan yang dipandu lelaki berusia 34 tahun itu telah meneruskan perjalanan selepas lampu bertukar hijau."Namun secara tiba-tiba, sebuah motosikal dari arah kanan telah melanggar bahagian hadapan sebelah kanan kenderaan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Menurutnya, perlanggaran itu mengakibatkan penunggang lelaki berusia 32 tahun meninggal dunia di lokasi, manakala pembonceng lelaki warga Bangladesh berusia 20 tahun meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Tampin.Tambah beliau, pemandu MPV pula mengalami sakit di bahagian dada dan kini sedang menerima rawatan di hospital sama."Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk proses bedah siasat yang dijadualkan berlangsung pada jam 10 pagi ini."Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin di talian 06-4412502 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurul Afiqah Aqwa Haslan di talian 013-9515011," katanya.Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



SPRM N. Sembilan reman lima individu disyaki kemuka dokumen butiran palsu - SUN - 18/06 7:02 pm

SEREMBAN : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan mereman tiga pengarah dan dua pengurus syarikat bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu untuk mendapatkan permit pekerja asing di negeri itu



Lima direman kes dokumen palsu permohonan permit pekerja asing - Sinarharian - 18/06 5:22 pm

SEREMBAN Lima individu termasuk tiga pengarah dan seorang pengurus syarikat direman kerana disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu bagi mendapatkan permit pekerja asing di negeri ini.Perintah reman terhadap kesemua suspek, termasuk seorang wanita, dikeluarkan oleh Majistret Fairuz Syuhada Amran selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sivil di sini.Dua suspek, termasuk wanita terbabit, direman selama empat hari sehingga 21 Jun ini, manakala tiga lagi suspek lelaki direman selama tujuh hari sehingga 24 Jun.Menurut sumber, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 50-an ditahan kira-kira jam 5 petang pada Selasa ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan."Tiga daripada lima suspek merupakan warga asing, iaitu dua warga Bangladesh dan seorang warga Pakistan yang dipercayai bersubahat melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2023."Siasatan awal mendapati kesemua mereka mengemukakan dokumen permohonan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 kepada Jabatan Imigresen Negeri Sembilan yang disyaki mengandungi butir matan palsu, bagi mendapatkan permit pekerja asing, walhal pekerja terbabit tidak bekerja dengan syarikat berkenaan," katanya.Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.




Reformasi     >>



Brics a new frontier for M'sian businesses - Anwar - Mkini
The PM is on a visit to Brazil at the invitation of its president.
Kroni     >>



Anwar and Macron call for lasting truce in Gaza - Star
PARIS: Malaysia and France have both reiterated calls for a ceasefire in Gaza as the Asian leader paid an official visit to his European counterpart here. Read full story
Tabloid     >>



Seorang Penceramah Bebas Ditahan Polis, Disyaki Sebar .. - Lobakmerah
Gara-gara sebar video intim bersama empat orang isterinya, seorang penceramah bebas berusia 39 tahun baru-baru ini telah ditahan oleh pihak polis. Astro AWANI melaporkan bahawa video seks itu bukan hanya melibatkan keempat-empat orang isterinya malah ada juga beberapa wanita lain yang ..
Tech     >>



Here are the latest rumored battery specs and IP .. - Phonearena
Battery capacities and IP ratings leak for Sammy's new 2025 foldable handsets.
World     >>



Israel to send negotiators to Gaza talks despite .. - BBC
Benjamin Netanyahu says Hamas is seeking changes to a proposal for a ceasefire deal that Israel has accepted.
Motor Trend     >>



Proton Kini Terima Tempahan Untuk Proton X50 Serba .. - Piston
Proton mengumumkan bahawa tempahan untuk Proton X50 Serba Baharu kini dibuka secara rasmi, menyusuli majlis penuh semangat di Setia City Mall, yang bertemakan Proton X50 Serba Baharu: SEDIA UNTUK MENGGEGAR. Sejak penampilan sulungnya pada tahun 2020, Proton X50 telah mentakrifkan semula segmen ..