| /// |
|
| Search : Ruu News | Page 1 |
|
RUU Sistem Insurans Pekerjaan imbang hak pekerja, tanggungjawab majikan - Utusan - 17/07 8:00 am 30 Jun lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) (Pindaan) 2025 yang dipinda di Dewan Negara pada 12 Mac tahun yang sama |
|
Dewan Rakyat lulus RUU Statistik 2026 - Sinarharian - 16/07 7:08 pm KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2026 yang bertujuan antaranya menggantikan Akta Perangkaan 1965 (Akta 415) bagi mewujudkan satu kerangka perundangan yang lebih moden, komprehensif serta selaras dengan ekosistem data dan statistik semasa.RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan oleh 21 Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang.Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, Akta 415 telah diguna pakai bagi tempoh yang panjang, iaitu selama 61 tahun."Justeru, perundangan yang dikemas kini membolehkan penghasilan data dan statistik yang menggambarkan keadaan semasa negara dengan lebih tepat merangkumi bidang sosial, ekonomi dan alam sekitar," katanya ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan.Katanya, penghasilan statistik yang merangkumi banci, tinjauan, data pentadbiran, data geospasial dan sumber data baharu memerlukan satu kerangka perundangan yang lebih komprehensif dan fleksibel bagi membolehkan pengeluaran statistik rasmi adalah tepat dan responsif kepada keperluan pengguna."Melalui penubuhan Majlis Statistik Negara, satu platform penyelarasan yang lebih berstruktur dan berwibawa dapat diwujudkan bagi memastikan pembangunan statistik dan data negara dilaksanakan secara lebih tersusun, strategik dan bersepadu," katanya.Beliau berkata, penggubalan RUU itu juga berpandukan kepada saranan, garis panduan dan amalan terbaik antarabangsa yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Suruhanjaya Statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan Suruhanjaya Ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Eropah (UNECE).Katanya, tujuh sesi libat urus telah diadakan bersama kementerian, jabatan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, institusi akademik, pemain industri dan pihak swasta melibatkan seramai 510 peserta dalam menyediakan RUU itu.Akmal Nasrullah berkata, RUU Statistik 2026 akan memperkukuh fungsi penyelarasan statistik negara dan memastikan statistik yang dihasilkan adalah konsisten, seragam dan boleh dibandingkan selaras dengan era pendigitalan."RUU Statistik 2026 turut memperkukuh perlindungan kerahsiaan data selaras dengan Prinsip Asas Perangkaan Rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengiktiraf kerahsiaan sebagai antara prinsip teras statistik rasmi."Semua data yang diperoleh adalah bagi tujuan penghasilan statistik rasmi negara dan tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang ketat," katanya.Mengenai Pusat Repositori yang dibangunkan oleh Jabatan Statistik Malaysia, beliau berkata ia akan mengintegrasikan data daripada pelbagai sumber bagi tujuan penyediaan statistik rasmi negara."Repositori ini secara prinsipnya akan meningkatkan kebolehgunaan data menyokong analisis rentas sektor mengelak data berada dalam silo dan menyediakan statistik yang lebih menyeluruh untuk pembangunan negara," katanya |
|
Dewan Rakyat lulus RUU Kumpulan Wang Amanah Negara 2026 - Mkini - 16/07 5:09 pm PARLIMEN l Liew berkata ini akan memperkukuh asas perundangan KWAP dengan memastikan aliran masuk lebih konsisten, dan pengeluaran lebih berdisiplin. |
|
Dewan Rakyat lulus RUU Kumpulan Wang Amanah Negara 2026 - Sinarharian - 16/07 3:53 pm KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) 2026 yang akan memperkukuh asas perundangan dana itu dengan memastikan aliran masuk lebih konsisten, pengeluaran lebih berdisiplin serta tadbir urus dan akauntabiliti yang lebih jelas.RUU yang berpaksikan hasrat jelas untuk mewujudkan rizab kewangan jangka panjang bagi generasi Malaysia akan datang itu dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong, dan diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan oleh 14 Ahli Parlimen.Chin Tongberkata setelah hampir empat dekad, aset kumpulan KWAN berjumlah RM22.43 bilion pada akhir 2024, dengan PETRONAS kekal sebagai satu-satunya penyumbang secara sukarela, berjumlah RM13.5 bilion."Dalam tempoh yang sama, pengalaman mentadbir Kumpulan Wang, termasuk episod pengeluaran RM5 bilion pada 2021 yang mendapat perhatian umum, menunjukkan kerangka sedia ada perlu ditambah baik, sumbangan bergantung sepenuhnya kepada budi bicara, tiada had pengeluaran, dan maksud penggunaan yang umum."RUU ini digubal bagi memperkukuh kerangka tersebut melalui sumbangan berkanun, disiplin pengeluaran dan tadbir urus yang moden," katanya ketika menggulung perbahasan RUU KWAN 2026 di Dewan Rakyat hari ini.Beliau berkata, kadar caruman yang dimaktubkan pada 0.1 peratus adalah kadar minimum dan obligasi sumbangan kepada simpanan antara generasi perlu kekal teguh merentas kitaran fiskal dan kerajaan yang silih berganti.Oleh itu, kadar tersebut hanya boleh diubah oleh Parlimen sendiri melalui Akta pindaan, dan mana-mana kerajaan yang ingin mengubahnya mesti kembali ke Dewan Rakyat, katanya.Chin Tongberkata, sumbangan KWAN tidak lagi bergantung kepada budi bicara satu pihak dengan tiga aliran berkanun diwajibkan buat pertama kalinya.Beliau berkata, Fasal 5 mengekalkan ruang sumbangan sukarela yang luas, termasuk daripada kerajaan negeri, geran, derma, endowmen dan wasiat, serta mana-mana pihak yang menjalankan penyelidikan atau pembangunan sumber menyusut."Dari segi hala tuju: Kumpulan Wang akan terus dikembangkan sebagai simpanan antara generasi, dan dengan aliran berkanun yang konsisten ditambah pulangan yang dikompaun, aset bersihnya dijangka meningkat dua kali ganda dalam tempoh sekitar 10 tahun dan dua kali ganda setiap sepuluh tahun," katanya.Beliau berkata, RUU ini tidak mengganggu kebebasan Lembaga Petronas untuk menentukan jumlah dividen yang dibayar kepada Kerajaan Persekutuan, dan itu kekal sepenuhnya budi bicara Petronas."Apa yang diwajibkan oleh Fasal 4(1)(b) ialah, daripada dividen yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan, berapa jua jumlahnya, sekurang-kurangnya 2.0 peratus hendaklah disalurkan ke dalam Kumpulan Wang |
|
Dewan lulus RUU Pindaan Akta MCMC, kuasa menteri jadi tumpuan perbahasan - Mygazette - 16/07 8:10 am # Dewan lulus RUU Pindaan Akta MCMC, kuasa menteri jadi tumpuan perbahasan KUALA LUMPUR Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) 1998 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini menerusi undi suara |
|
Pindaan RUU berkait SKMM tak tambah kuasa menteri, kata Teo - FMT - 15/07 7:26 pm Timbalan menteri komunikasi berkata kuasa melantik pengerusi dan anggota suruhanjaya itu sudah dimiliki menteri sejak 1998. |
|
MADANI buka lembaran baru untuk pekerja sosial - Harapandaily - 15/07 5:40 pm Selepas lebih sedekad dirangka dan melalui pelbagai sesi libat urus, Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial 2026 akhirnya diluluskan Dewan Rakyat, sekali gus membuka lembaran baharu kepada pengiktirafan dan pengawalseliaan profesion kerja sosial di Malaysia |
|
Loke jumpa Anwar, keputusan DAP Melaka keluar kerajaan 'tak ubah' - Mkini - 15/07 4:50 pm "Mustahil untuk kami mengubah pendirian kami (membantah RUU Adun lantikan), dan DUN sudah pun mengundi dan merekodkannya." |
|
KRPPM-IGAR gesa RUU pemisahan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya diluluskan dalam sidang Parlimen kali ini - Sinarharian - 15/07 1:14 pm KUALA LUMPUR - Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia - Integriti, Govenans dan Antirasuah (KRPPM-IGAR) menggesa agar Rang Undang-Undang (RUU) Pemisahan Kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya diluluskan dalam sidang Parlimen kali ini.Pengerusinya, Azli Yusof berkata, langkah itu penting supaya usaha memperkukuhkan kebebasan institusi pendakwaan dapat direalisasikan tanpa sebarang kelewatan."KRPPM-IGAR percaya bahawa reformasi ini bukan milik mana-mana parti politik, kerajaan atau pembangkang |
|
Kesan konflik Asia Barat terhadap perbelanjaan subsidi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini - Sinarharian - 15/07 8:47 am KUALA LUMPUR - Masalah gangguan capaian Internet dan kesan konflik di Asia Barat terhadap perbelanjaan subsidi bahan api negara antara perkara dibangkitkan pada Persidangan Dewan Rakyat hari ini.Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, isu talian telefon yang menunjukkan isyarat penuh tetapi gagal mengakses Internet akan dibangkitkan Datuk Anyi Ngau (GPS-Baram) kepada Menteri Komunikasi, bagi mendapatkan pelan tuntas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung masalah itu.Turut menjadi tumpuan ialah soalan Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan penilaian terkini kesan konflik Asia Barat terhadap perbelanjaan subsidi bahan api negara serta kesannya kepada sasaran defisit fiskal bagi tahun ini.Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) pula meminta Menteri Kewangan menyatakan langkah memudahkan pekerja sendiri, penjaja dan pekerja ekonomi gig mendapat kelulusan pinjaman perumahan pertama walaupun tidak mempunyai slip gaji tetap.Selain itu, Yeo Bee Yin (PH-Puchong) akan meminta penjelasan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai kesediaan kerajaan mewujudkan kerangka kawal selia kebangsaan serta menggubal undang-undang baharu bagi memantau pusat penjagaan berpantang.Usai sesi soal jawab, mesyuarat diteruskan dengan bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026 dan RUU Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026.Kedua-dua RUU itu dibacakan buat kali pertama di Dewan Rakyat pada Isnin lepas (13 Julai).Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 16 hari bermula 22 Jun lepas hingga Khamis ini.- Bernama |
|
Profesion Kerja Sosial juga perlu diterap nilai, prinsip - Harakahdaily - 14/07 11:15 pm KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menyediakan pelbagai bentuk insentif bagi memastikan pelaksanaan Rang Undang-undang (RUU) Profesion Kerja Sosial dapat dijayakan, kata Dato Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) |
|
RUU Kerja Sosial perlu angkat martabat profesion - Harakahdaily - 14/07 10:14 pm KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Profesion Kerja Sosial 2026 perlu diperkemas supaya tidak sekadar mengikat pengamal profesion berkenaan, sebaliknya mengangkat martabat kerja sosial di negara ini |
|
Dewan Rakyat lulus RUU Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026 - Sinarharian - 14/07 6:03 pm KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026 yang bertujuan memperluas akses kemasukan ke dalam Program Perlindungan Saksi.RUU itu diluluskan dengan suara majoriti selepas dibahas oleh 13 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang.Antara pindaan utama ialah kepada subseksyen (7)(3) Akta Perlindungan Saksi 2009 (Akta 696) untuk membolehkan permohonan kemasukan ke dalam program dibuat oleh ibu atau bapa bagi pihak saksi yang tiada keupayaan di sisi undang-undang.RUU itu turut meminda Seksyen 13(2) Akta 696 dengan memasukkan bantuan psikologi, termasuk kaunseling, sebagai sebahagian daripada bantuan yang boleh diberikan kepada peserta program.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan kedua berkata, pengalaman pelaksanaan program berkenaan menunjukkan terdapat beberapa aspek yang perlu diperkukuh supaya kekal relevan dengan cabaran semasa.Menggulung perbahasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran berkata, program itu terbukti meningkatkan keberkesanan sistem keadilan jenayah, termasuk membantu pendakwaan dalam pelbagai kes berprofil tinggi.Beliau berkata, perlindungan terhadap identiti dan keselamatan saksi membolehkan mereka tampil memberikan keterangan tanpa rasa takut akan ugutan atau intimidasi, sekali gus membantu pihak pendakwaan mengemukakan bukti yang lebih lengkap dan kukuh kepada mahkamah."Keadaan ini membantu memastikan kelancaran prosedur, mengurangkan risiko saksi menarik diri atau enggan memberikan keterangan serta menyumbang kepada keberkesanan keseluruhan proses pendakwaan," katanya.Terdahulu ketika sesi perbahasan, rata-rata ahli Parlimen menyokong usaha memperkukuh keselamatan saksi dan pemberi maklumat, di samping mengemukakan pelbagai syor bagi menambah baik kebajikan dan ketelusan program.Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) menggesa aspek kebajikan mental dijadikan antara indikator kejayaan program, memandangkan saksi kes jenayah berat lazimnya mengalami trauma mendalam, ugutan dan tekanan emosi sehingga terpaksa meninggalkan kehidupan asal mereka.Beliau turut mencadangkan pemberian bantuan kewangan dan penempatan semula secara one-off kepada peserta selepas program, selain mengesyorkan penggunaan teknologi seperti identiti digital selamat, komunikasi disulitkan dan sistem pemantauan keselamatan tinggi bagi mendepani ancaman siber.Lim Lip Eng (PH-Kepong) pula mencadangkan penubuhan panel bebas bagi menyemak semula sebarang keputusan berhubung penamatan program perlindungan, selain memberi akses terhad kepada Mahkamah Tinggi melalui prosiding tertutup bagi menjaga kerahsiaan dan keselamatan peserta.Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) menekankan kepentingan jaminan keselamatan serta elemen semak dan imbang bagi membina keyakinan rakyat untuk tampil sebagai saksi di mahkamah.Beliau berkata, jaminan keselamatan yang menyeluruh adalah prasyarat utama dalam memastikan kelancaran kempen memerangi jenayah bersindiket dan rasuah.Sementara itu, V Ganabatirau (PH-Klang) menyifatkan pindaan itu sebagai progresif, khususnya dalam melindungi golongan rentan seperti kanak-kanak dan individu tidak berkeupayaan.Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan perlu menyediakan mekanisme wakil alternatif seperti pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat sekiranya berlaku konflik kepentingan melibatkan ibu bapa atau penjaga.Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) turut menyokong pindaan itu, namun menggesa kerajaan memperjelas tafsiran istilah "tiada keupayaan di sisi undang-undang" bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan |
|
Pampasan mangsa kemalangan serius ambil kira tahap kecederaan, kerugian - Anthony - Sinarharian - 14/07 3:35 pm KUALA LUMPUR - Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) akan memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintahkan pesalah yang disabitkan kesalahan serius untuk membayar pampasan kepada mangsa atau waris berdasarkan fakta dan merit setiap kes.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia termasuk tahap kecederaan atau kematian, kerugian yang dialami serta kemampuan pesalah untuk membayar sebagai mekanisme pampasan kepada ahli keluarga mangsa."Ini menunjukkan komitmen kerajaan bahawa pemandu yang menyebabkan kematian akibat pemanduan berbahaya dan melulu tidak akan dilayan sebagai pesalah trafik biasa, sebaliknya dikenakan tindakan undang-undang paling berat mengikut kesesuaian kes."Kementerian akan terus bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Pejabat Peguam Negara bagi memastikan penguatkuasaan tegas dan hukuman setimpal demi keselamatan semua pengguna jalan raya," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, pada Selasa.Beliau menjawab pertanyaan Datuk Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) mengenai langkah serius kementerian untuk menoktahkan lumba haram di lebuh raya serta hukuman lebih berat kepada pemandu lumba haram yang menyebabkan kematian kepada pemandu atau penumpang lain.Dalam pada itu Anthony menegaskan, kementerian mengambil langkah tegas dan komprehensif bagi membanteras aktiviti lumba haram di seluruh negara, termasuk melalui pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 24 Jun lalu.Menurut beliau, RUU tersebut memperkenalkan Seksyen 42A yang mewujudkan kesalahan khusus bagi aktiviti lumba haram iaitu denda tidak kurang RM2,000 dan tidak lebih RM10,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.Selain itu denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua atau berulang.Pada masa sama jelasnya, kementerian melalui agensi penguatkuasaan juga sedang meningkatkan operasi membanteras lumba haram di seluruh negara."Mengenai hukuman lebih berat terhadap pemandu lumba haram yang menyebabkan kematian, undang-undang sedia ada sudah memperuntukkan hukuman berat."Dalam kes Simpang Renggam, Pejabat Peguam Negara mengarahkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu pertuduhan membunuh yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, termasuk sekurang-kurangnya 12 sebatan jika tidak dijatuhi hukuman mati," katanya.Kemalangan di Jalan Renggam-Kluang pada 1 Jun lalu meragut nyawa empat sekeluarga, berpunca daripada tindakan pemandu dua kereta mewah memandu secara laju dan melulu. |
|
Bacaan kedua RUU pisah kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya ditangguh - Utusan - 14/07 3:24 pm KUALA LUMPUR: Bacaan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) bagi memisahkan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya ditangguhkan sehingga selepas cadangan pindaan itu dipersembahkan untuk makluman Majlis Raja-Raja |
|
Melaka lulus RUU Adun lantikan dengan majoriti besar - Mkini - 14/07 2:44 pm RUU Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 diluluskan menerusi undian suara, dengan 23 Adun menyokong manakala lima lagi membantah. |
|
RUU pisahkan AG-pendakwa raya ditangguh ke sidang seterusnya - Mkini - 14/07 2:13 pm Azalina berkata kerajaan ingin memaklumkan kepada Majlis Raja-Raja tentang pindaan yang dicadangkan terlebih dahulu. |
|
Tiada lagi alasan tangguh RUU pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya - CSO - Sinarharian - 14/07 1:45 pm SHAH ALAM - Kerajaan tidak lagi mempunyai alasan untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya selepas proses semakan serta libat urus menyeluruh dilaksanakan.Enam kumpulan masyarakat sivil (CSO) dan individu menegaskan, RUU berkenaan perlu dibentangkan segera di Dewan Rakyat, manakala semua ahli Parlimen bertanggungjawab menyokong dan meluluskannya demi memastikan agenda reformasi institusi negara dapat direalisasikan.Dalam kenyataan bersama pada Selasa, kumpulan berkenaanturut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengatur pembentangan RUU itu pada sesi Parlimen minggu ini."Kami berpandangan tiada lagi alasan untuk RUU ini ditangguhkan di Dewan Rakyat."Kini, tanggungjawab terpikul di bahu Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis Dewan Rakyat untuk memastikan RUU ini diteruskan perbahasannya," menurut kenyataan itu.Kenyataan bersama berkenaan dikeluarkan olehGabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center), Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Projek SAMA, Rasuah Busters dan pakar demokrasi berperlembagaan, Maha Balakrishnan.Mereka turut menggesa semua ahli Parlimen, senator dan parti politik menyokong reformasi institusi berkenaan yang bakal memberi manfaat kepada rakyat serta kerajaan Persekutuan pada masa hadapan.Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri, anggota Jemaah Menteri khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan ahli Parlimen pelbagai parti dalam Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) telah menjalankan tanggungjawab memastikan RUU itu disemak serta diteliti menerusi proses libat urus.Kumpulan tersebut memberitahu, walaupun tidak semua cadangan diterima, JKPK bersetuju supaya Akta Pemberi Kuasa digubal segera bagi menetapkan dengan jelas proses pelantikan, tugas, kewajipan dan mekanisme akauntabiliti Pendakwa Raya kepada Parlimen.Justeru, mereka menegaskan semua parti politik termasuk Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan parti lain perlu membuktikan kepentingan negara mengatasi sebarang percaturan politik."Kelemahan struktur yang selama ini membuka ruang kepada campur tangan politik, konflik kepentingan dan keraguan terhadap kebebasan institusi pendakwaan tidak boleh dibiarkan terus berakar," ujarnya.Tambah kenyataan itu, setiap parti politik pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan, namun tidak mengambil langkah sebelum ini bagi memastikan perkhidmatan pendakwaan awam beroperasi secara bebas, telus dan penuh akauntabiliti.Justeru, setiap ahli Parlimen dan parti politik kini bertanggungjawab memperbetulkan kelemahan lalu dengan memastikan tiada pihak boleh mencampuri atau memanipulasi sistem pendakwaan dan undang-undang negara.Kumpulan berkenaan menegaskan, Pendakwa Raya juga perlu dipastikan bertanggungjawab kepada rakyat menerusi Parlimen."Sejarah tidak akan menghakimi mereka berdasarkan janji dan teori, tetapi keberanian ahli Parlimen membuat keputusan penting ini apabila peluang reformasi sebenar kini berada di hadapan mata," katanya.Dalam pada itu, kumpulan berkenaan menegaskan mereka menolak sebarang usaha yang boleh melemahkan semangat pindaan, mencairkan prinsip reformasi atau menjadikannya sekadar formaliti tanpa mekanisme pelaksanaan berkesan. |
|
Bacaan ke-2 RUU pisah kuasa peguam negara, pendakwa raya ditangguh - Hotfm - 14/07 1:13 pm Kerajaan bercadang teruskan bacaan kedua dan ketiga RUU itu selepas Majlis Raja-raja disembah maklum mengenai cadangan pindaan. |
|
Bacaan ke-2 RUU pisah kuasa peguam negara, pendakwa raya ditangguh - FMT - 14/07 1:13 pm Kerajaan bercadang teruskan bacaan kedua dan ketiga RUU itu selepas Majlis Raja-raja disembah maklum mengenai cadangan pindaan. |
|
Ia bukan soal polisi tetapi soal rasis - Wrlr - 14/07 10:00 am Mereka kata DAP tolak Islam, anti Islam dan bermacam mcm lagi. Saya tanya siapa yg tolak hudud, siapa yg tolak RUU, siapa yg hina Islam dan kamu kata DAP Komunis belajar sejarah dan fakta |
|
Laporan RUU asing peranan AG-PP dibentang esok - FMT - 13/07 6:48 pm Azalina Othman Said berkata cadangan pindaan itu diperhalusi selepas jawatankuasa pilihan khas mengadakan tujuh mesyuarat. |
|
KRPPM-IGAR harap pemisahan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya diteruskan - Sinarharian - 13/07 6:38 pm KUALA LUMPUR - Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia - Integriti, Governan dan Antirasuah (KRPPM-IGAR) berharap pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya diteruskan dengan beberapa pindaan.Pengerusinya, Azli Yusof berkata, KRPPM-IGAR menyambut baik perkembangan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) yang telah dibentangkan kerajaan di Parlimen, namun terdapat beberapa penambahbaikan yang wajar dipertimbangkan sebelum ia dimuktamadkan."Kita berharap proses ini dapat diteruskan |
|
Pindaan RUU Komunikasi dan Multimedia dibentangkan kali pertama - Mypress - 13/07 5:54 pm KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026 bertujuan memperkukuh rangka kerja pemberian perkhidmatan sejagat dengan memasukkan elemen pemeliharaan keselamatan negara, dibentangkan untuk bacaan kali pertama di… |
|
RUU Komunikasi Dan Multimedia Kukuh Perkhidmatan Sejagat Dibaca Kali .. - Wrlr - 13/07 5:24 pm Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil ketika membentangkan RUU berkenaan berkata, bacaan kali kedua juga akan dibuat pada mesyuarat kali ini |
|
RUU FOI tak iktiraf kebebasan maklumat sebagai hak, kata aktivis - FMT - 13/07 4:46 pm Bekas CEO C4 Pushpan Murugiah berkata undang-undang itu menafikan kaitan antara akses kepada maklumat dan jaminan Perlembagaan mengenai kebebasan bersuara di bawah Perkara 10. |
|
RUU FOI tak iktiraf kebebasan maklumat sebagai hak, kata aktivis - Hotfm - 13/07 4:46 pm Bekas CEO C4 Pushpan Murugiah berkata undang-undang itu menafikan kaitan antara akses kepada maklumat dan jaminan Perlembagaan mengenai kebebasan bersuara di bawah Perkara 10. |
|
CIJ gesa batal RUU Kebebasan Maklumat 2026, pengkhianatan hak rakyat untuk tahu - Sinarharian - 13/07 4:13 pm SHAH ALAM - Centre for Independent Journalism (CIJ), ARTICLE 19, Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center) serta pertubuhan masyarakat sivil (CSO) menyatakan kekecewaan mendalam terhadap versi Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat (RUU FOI) yang dibentangkan sewaktu bacaan pertama di Dewan Rakyat pada Isnin.CIJ dalam satu kenyataan bersama berkata, pihaknya mengambil maklum usaha kerajaan untuk melaksanakan undang-undang kebebasan maklumat di peringkat persekutuan.Bagaimanapun, menurut kenyataan tersebut, RUU FOI bukan mercu tanda reformasi yang dijanjikan kepada orang awam di negara ini.Justeru, pihaknya meminta kerajaan supaya merujuk RUU FOI kepada Jawatankuasa Pilihan Khas untuk penelitian menyeluruh berdasarkan setiap fasal yang melibatkan CSO, wakil wartawan, ahli akademik, profesion perundangan dan pemegang taruh."Perundangan ini sangat bermasalah, regresif dan mewujudkan prosedur pentadbiran yang menyekat serta tidak selaras standard undang-undang hak asasi antarabangsa, di samping menjejaskan prinsip asas hak untuk mendapatkan maklumat."RUU FOI yang dirangka ini akan berfungsi dengan sangat tidak berkesan bagi orang awam melaksanakan hak mendapatkan maklumat yang dijamin di bawah Artikel 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan."Bahkan, RUU FOI ini seolah-olah diwujudkan untuk mempromosi budaya kerahsiaan berbanding keterbukaan dan ketelusan," katanya.CIJ berpandangan, RUU tersebut mengetepikan prinsip utama yang menjadi asas dalam rangka kerja FOI iaitu gagal untuk mengenal pasti keutamaan hak mendapatkan maklumat dan menggugurkan prinsip pendedahan maksimum.Malah, menurutnya, perundangan sedemikian mewujudkan prosedur pentadbiran yang dikawal secara ketat bagi permohonan maklumat sementara memelihara setiap halangan untuk pendedahan maklumat sedia ada."Pada bahagian Mukadimah dan Pernyataan Penjelasan terang-terangan menyatakan bahawa RUU FOI ini sepenuhnya bersifat prosedur semata-mata."Ia juga tidak mewujudkan hak mendapatkan maklumat secara substantif, memelihara keagungan semua undang-udang kerahsiaan terutamanya Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 serta menafikan akses mendapat maklumat sebagai kebebasan asasi."Hal ini menjadikan RUU FOI bertindih |
|
RUU FOI dirujuk ke jk parlimen lepas bantahan NGO, MP - Mkini - 13/07 4:12 pm Menteri Undang-undang Azalina Othman berkata kerajaan ambil maklum pandangan NGO dan pihak berkepentingan. |
|
Bacaan kedua RUU pisah peranan AG, pendakwa raya ditangguh - Mkini - 13/07 9:52 am Second reading of AG-Public Prosecutor Bill deferred after committee motion pulled |
|
Kabinet setuju pinda RUU perkukuh peranan Parlimen dalam lantikan Pendakwa Raya - Sinarharian - 8/07 11:01 pm KUALA LUMPUR - Jemaah Menteri pada Rabu bersetujudengan cadangan pindaan dalam Jawatankuasa kepada Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2026 bagi memperkukuh peranan Parlimen dalam proses penelitian dan syor pelantikan Pendakwa Raya.Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan agendareformasi institusi Kerajaan Madani di bawah pindaan itu bertujuan memperjelas pengasingan fungsi Peguam Negara sebagai penasihat undang-undang kepada Yang di-Pertuan Agong, Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri dan fungsi Pendakwa Raya sebagai pihak menjalankan kuasa pendakwaan."RUU ini dibacakan kali pertama di Dewan Rakyat pada 23 Feb 2026 dan pada 3 Mac 2026, Dewan Rakyat telah meluluskan usul supaya RUU Perlembagaan (Pindaan) (No |
|
Singapura bentang RUU hukum pemandu pegang telefon - Mkini - 7/07 3:40 pm Republik itu turut mengetatkan had alkohol ditetapkan untuk pemandu. |
|
Jelas cara caj lewat bayar ditetapkan bawah RUU MyCC, kerajaan diberitahu - FMT - 6/07 8:50 pm Abd Ghani Ahmad (PN) berkata, peraturan tidak jelas boleh sebabkan perniagaan rasa mereka dilayan tidak adil. |
|
Kuasa Agong tak terjejas dalam RUU pisah kuasa AG, pendakwa raya - Mkini - 6/07 8:03 pm WAWANCARA Kata Azalina, RUU berkenaan juga beri perlindungan lebih kukuh daripada pengaruh politik dalam pelantikan AG, pendakwa raya |
|
MyCC: Mekanisme akauntabiliti, semak imbang perlu jelas - Harakahdaily - 6/07 7:42 pm KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa memastikan pindaan RUU Suruhanjaya Persaingan 2026 yang memberi kuasa lebih luas kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) disertakan dengan mekanisme akauntabiliti, ketelusan dan semak imbang jelas |
|
Had tempoh jawatan Perdana Menteri 10 tahun elak kezaliman - Azalina - Sinarharian - 6/07 6:44 pm KUALA LUMPUR Cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 merupakan langkah penting bagi memastikan peralihan kuasa berlaku secara sihat serta mengelakkan penyalahgunaan kuasa.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pembaharuan itu bukan bertujuan menyasarkan mana-mana individu, sebaliknya dibuat demi kepentingan negara pada masa hadapan."Saya melihat bagi negara kalau Perdana Menteri itu kita hadkan tempoh dia, elok untuk negara sebab tidak payahlah orang yang sama."Ini satu proses yang mewujudkan konsep tempoh jawatan yang tidak seolah-olah dia mati dalam jawatan itu," katanya dalam temu bual khas bersama media di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di sini pada Isnin.Pada 2 Mac lalu, RUU berkenaan gagal memperoleh sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat, sekali gus tidak dapat diluluskan.Keputusan itu diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, selepas undian dijalankan sejurus tamat sesi perbahasan yang melibatkan 41 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang.Mengulas lanjut, Azalina berkata, had tempoh jawatan itu juga mampu mewujudkan budaya peralihan kuasa yang lebih teratur dan mengukuhkan amalan demokrasi."Kalau pemimpin tidak bertukar, kemungkinan pemimpin itu akan mewujudkan kezaliman."Apabila tiada peralihan kuasa, ia boleh membawa kepada penyalahgunaan kuasa," katanya.Beliau turut berpandangan bahawa amalan mengehadkan tempoh seseorang memegang jawatan juga dapat membuka peluang kepada lebih ramai pemimpin untuk menyumbang kepada negara.Dalam pada itu, Azalina berkata, pelaksanaan reformasi institusi yang sedang diusahakan kerajaan termasuk cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dan pemisahan fungsi Peguam Negara serta Pendakwa Raya akan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia.Menurut beliau, pelabur secara asasnya menilai tahap kebebasan institusi kehakiman serta keupayaan sistem perundangan sesebuah negara sebelum membuat keputusan untuk melabur."Saya selalu lihat kalau pemimpin tidak bertukar, kemungkinan pemimpin itu akan mewujudkan kezalimanlah," katanya. |
|
Dewan Rakyat lulus RUU pinda Suruhanjaya Persaingan, perkasa peranan MyCC - FMT - 6/07 6:22 pm Menteri KPDN berkata, RUU babit 34 pindaan itu penting untuk perkukuh fungsi pasaran yang adil, telus dan dinamik. |
|
Dewan Rakyat lulus RUU pinda Suruhanjaya Persaingan, perkasa peranan MyCC - Hotfm - 6/07 6:22 pm Menteri KPDN berkata, RUU babit 34 pindaan itu penting untuk perkukuh fungsi pasaran yang adil, telus dan dinamik. |
|
Perusahaan tidak beri maklumat kepada MyCC kini satu kesalahan jenayah - Sinarharian - 6/07 5:38 pm PUTRAJAYA Mana-mana perusahaan yang enggan memberi kerjasama atau gagal mengemukakan maklumat kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bagi tujuan kajian pasaran bakal berdepan tindakan jenayah susulan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Persaingan (Pindaan) 2026 di Dewan Rakyat.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, peruntukan baharu itu merupakan antara lima seksyen yang diperkenalkan menerusi pindaan Akta Persaingan bagi memperkukuh kuasa penguatkuasaan dan penyiasatan MyCC.Menurut beliau, ketetapan tersebut menetapkan tindakan kesalahan jenayah terhadap mana-mana perusahaan yang tidak memberi kerjasama dalam pemberian maklumat kepada MyCC bagi tujuan kajian pasaran di bawah Seksyen 11A."Ketetapan baharu ini akan memastikan proses kajian pasaran dapat dilaksanakan secara tuntas, telus dan berpaksikan data yang tepat supaya manfaat kajian itu mencapai objektifnya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, secara keseluruhan pindaan Akta Persaingan melibatkan 34 pindaan terhadap 29 seksyen sedia ada serta pengenalan lima seksyen baharu yang bertujuan memperkukuh tindakan terhadap amalan antipersaingan.Selain itu, katanya, pindaan tersebut turut memperkemaskan definisi persatuan perusahaan bagi mengelakkan ia disalahgunakan sebagai platform untuk bersekongkol mewujudkan aktiviti kartel atau memanipulasi pasaran."Kesemua pindaan ini juga menyasarkan perlindungan pasaran dan pengguna dapat diperluaskan, sekali gus membantu dalam menangani isu kos sara hidup rakyat," katanya.Pada masa sama, Armizan berkata, pindaan itu turut memperkenalkan Seksyen 58A yang membolehkan MyCC memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi sekiranya keputusan Suruhanjaya diketepikan oleh Tribunal Rayuan Persaingan.Beliau berkata, pindaan terhadap Akta Suruhanjaya Persaingan Malaysia 2010 (Akta 713) pula akan memperjelaskan kuasa Suruhanjaya termasuk kuasa perwakilan bagi melaksanakan fungsi-fungsinya dengan lebih berkesan.Terdahulu, Dewan Rakyat meluluskan RUU berkenaan dengan pindaan pada peringkat jawatankuasa.RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas Armizan mengemukakan pindaan kecil melibatkan Fasal 22 RUU itu.Pada Khamis lepas, sebanyak 18 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang menyertai sesi perbahasan RUU itu yang kemudiannya diluluskan pada peringkat dasar. |
|
Dewan Rakyat lulus RUU Persaingan (Pindaan) 2026 - Sinarharian - 6/07 4:11 pm KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Persaingan (Pindaan) 2026 dengan pindaan pada peringkat jawatankuasa.RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali mengemukakan pindaan kecil melibatkan Fasal 22 RUU itu.Beliau berkata, pindaan berkenaan bagi membetulkan kesilapan tipografi dalam perenggan F berhubung sebutan daripada subseksyen yang dinomborkan semula.Pada Khamis lepas, sebanyak 18 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang menyertai sesi perbahasan RUU itu yang kemudiannya diluluskan pada peringkat dasar.RUU Persaingan (Pindaan) 2026 mencadangkan pengukuhan penguatkuasaan terhadap amalan antipersaingan susulan peningkatan penggunaan teknologi dalam aktiviti kartel dan penyalahgunaan kedudukan monopoli.RUU yang membabitkan 34 fasal itu antara lain membuat pindaan terhadap Seksyen 24 dengan memperuntukkan kesalahan jenayah bagi cubaan memusnahkan, menyembunyikan, mencacatkan atau mengubah rekod dan data bagi menghalang penyiasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).Sementara, ketika membentangkan RUU Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Pindaan) 2026 untuk bacaan kali kedua, Armizan berkata, fungsi pentadbiran dan skop kuasa Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan diperkemas.Beliau berkata, susulan RUU Persaingan (Pindaan) 2026 yang diluluskan Dewan Rakyat hari ini, terdapat keperluan pindaan lanjut kepada Akta MyCC 2010 bagi memastikan keseluruhan kerangka perundangan persaingan negara, dapat dikuatkuasakan secara menyeluruh."Pindaan ini bukanlah bertujuan untuk meluaskan kuasa MyCC tanpa had, sebaliknya memperkemas mandat yang diberikan oleh kerajaan, selaras dengan keperluan semasa pentadbiran MyCC serta cabaran penguatkuasaan dan penyiasatan yang semakin kompleks," katanya.Armizan berkata, akta itu yang berkuat kuasa sejak 2011, mewujudkan MyCC sebagai badan berkanun persekutuan yang bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Persaingan 2010, menjalankan penyiasatan serta menentukan sama ada berlaku pelanggaran terhadap larangan di bawah akta berkenaan.Beliau berkata, dengan kerangka pentadbiran yang lebih jelas dan tersusun, MyCC akan dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih cekap, responsif dan berkesan, dalam menguatkuasakan undang-undang persaingan di Malaysia.Antara pindaan utama yang dicadangkan ialah pertukaran nama Suruhanjaya Persaingan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia, selaras dengan penamaan badan berkanun lain di negara ini.Selain itu, pindaan berkenaan memperjelas fungsi MyCC dalam memberi nasihat kepada menteri serta pihak berkuasa atau badan pengawal selia berkaitan dasar, tatacara dan program persaingan.Armizan berkata, pindaan pada Seksyen 17, mencadangkan pemberian kuasa kepada MyCC untuk mengenakan penalti kewangan, caj bayaran lewat serta fi dan caj pentadbiran, berkaitan pelaksanaan fungsi dan perkhidmatannya."Selain itu, RUU ini memasukkan peruntukan baharu yang membolehkan suruhanjaya mewakilkan fungsi dan kuasa tertentu kepada pengerusi, pegawai atau pekerjanya, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan," katanya.Beliau berkata, pindaan turut melibatkan prosedur pelantikan pegawai penyiasat, peluasan skop obligasi kerahsiaan, supaya meliputi perkara berkaitan Akta Persaingan (Pindaan) 2026 serta peruntukan pengecualian dan peralihan, susulan pertukaran nama Suruhanjaya Persaingan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia |
|
‘Syarikat besar boleh ‘beli’ jalan keluar’ Tarmizi - Harakahdaily - 3/07 7:27 am KUALA LUMPUR: Mekanisme penyelesaian (settlement) yang diperkenalkan dalam RUU Persaingan (Pindaan) 2026 dikhuatiri membuka ruang kepada syarikat-syarikat besar membeli jalan keluar dengan membayar penalti lebih rendah |
|
RUU tambah kuasa MyCC, manfaat rakyat terjaminkah? - Harakahdaily - 2/07 11:39 pm KUALA LUMPUR: Pelaksanaan RUU Persaingan (Pindaan) 2026 mestilah benar-benar memberi manfaat yang berkesan kepada rakyat jelata dan bukannya sekadar bertujuan untuk menambah kuasa mutlak kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) |
|
RUU Persaingan: Isu monopoli MyJPJ dibangkitkan - Harakahdaily - 2/07 10:02 pm KUALA LUMPUR: Ketelusan integrasi perkhidmatan insurans swasta dalam aplikasi rasmi kerajaan, MyJPJ perlu dijelaskan bagi mengelakkan wujudnya unsur monopoli serta persaingan tidak sihat yang boleh menjejaskan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) menegaskan platform digital milik agensi penguatkuasaan kerajaan sepatutnya kekal neutral dan tidak […] Sila log in atau langgan untuk akses sepenuhnya The post RUU Persaingan: Isu monopoli MyJPJ dibangkitkan appeared first on Harakahdaily . |
|
RUU Jenayah Siber: Kuasa penguat kuasa terlalu besar, mesti dikawal - Pemuda Pas - Sinarharian - 2/07 6:51 pm SHAH ALAM Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden membangkitkan isu mengenai kuasa terlalu besar yang diberikan kepada agensi penguat kuasa bagi pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber 2026.Afnan Hamimi menerusi hantaran di Facebook berkata, tidak dinafikan pelaksanaan RUU itu baik, namun ia harus dikawal supaya tidak disalahgunakan.Menurutnya, rakyat mesti berasa selamat di bawah undang-undang ini manakala penjenayah pula perlu berasa takut untuk melakukan kesalahan."RUU ini bagus, tetapi kuasa besar yang diberikan itu mesti ada semak dan imbang |
|
Dewan Rakyat Luluskan RUU Jenayah Siber 2026 Bagi Membendung Ancaman Global - Amanz - 2/07 3:48 pm Statistik PDRM menunjukkan kes jenayah siber meningkat daripada 25,479 kes pada 2022 kepada 66,204 kes pada 2025 sekali gus menekankan keperluan segera untuk kerangka perundangan baharu |
|
Pembangkang bidas reaksi balas PMX di Dewan Rakyat - Harakahdaily - 2/07 1:31 pm KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menegaskan bahawa setiap teguran dan persoalan dibangkitkan adalah bersandarkan tanggungjawab menuntut ketelusan bagi pihak rakyat, bukannya sekadar membangkang tanpa asas demi kepentingan politik. Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin berkata, pembangkang sentiasa memikirkan peranan sebagai ejen semak dan imbang bagi menilai setiap dasar, polisi, mahupun RUU baharu agar […] The post Pembangkang bidas reaksi balas PMX di Dewan Rakyat appeared first on Harakahdaily . |
|
DAP puji Zahid masih sudi duduk semeja - Mygazette - 2/07 7:47 am Ramai Ahli Parlimen DAP yang hadir untuk memberikan sokongan walaupun ada yang tidak mahu mengundang kita untuk duduk semeja. Tetapi Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri berbesar hati memberikan taklimat dan kami rata-rata bangun untuk menyokong RUU ini, katanya |
|
RUU Jenayah Siber 2026 perubahan besar dalam perang jenayah siber - FMT - 1/07 10:14 pm Dewan Rakyat meluluskan RUU Jenayah Siber 2026 selepas perbahasan panjang melibatkan 48 Ahli Parlimen. |
|
RUU Jenayah Siber 2026 perubahan besar dalam perang jenayah siber - Hotfm - 1/07 10:14 pm Dewan Rakyat meluluskan RUU Jenayah Siber 2026 selepas perbahasan panjang melibatkan 48 Ahli Parlimen. |
|
JK Memerangi Jenayah Siber perlu diperkukuh - Harakahdaily - 1/07 9:20 pm KUALA LUMPUR: Komposisi Jawatankuasa Memerangi Jenayah Siber (JMJS) yang dicadangkan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber 2026 perlu diperkukuhkan bagi memastikan badan itu mampu berfungsi dengan lebih berkesan |
|
Dewan Rakyat lulus RUU Jenayah Siber 2026 - Mkini - 1/07 9:05 pm PARLIMEN TPM Ahmad Zahid Hamidi jamin RUU berkenaan tidak memberi kuasa mutlak kepada pihak berkuasa. |
|
Jenayah siber: Perlu perluas takrif kecurian identiti - Harakahdaily - 1/07 8:32 pm KUALA LUMPUR: Takrif maklumat identiti dalam RUU Jenayah Siber 2026 perlu diperluaskan supaya merangkumi identiti digital moden seperti data biometrik, pengecaman wajah, cap jari digital, suara sintetik dan identiti elektronik yang digunakan dalam urusan kerajaan |
|
RUU jenayah siber tangani ancaman digital semakin kompleks - Zahid - Mkini - 1/07 8:31 pm Penggubalan RUU itu dibuat oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri, maklum TPM. |
|
Dewan Rakyat lulus RUU Jenayah Siber 2026 - Sinarharian - 1/07 8:00 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber 2026 yang antara lain memperuntukkan kesalahan dan hukuman berkaitan pemalsuan digital (deepfake) serta penyebaran imej intim digital yang dimanipulasi melalui sistem komputer kompleks.RUU yang mengandungi 61 fasal berkaitan jenayah siber itu diluluskan dengan suara majoriti selepas dibahaskan 48 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, RUU berkenaan tidak memberi kuasa mutlak kepada pihak berkuasa atau mengatasi mana-mana perundangan lain termasuk Akta Rahsia Rasmi 1972, sebaliknya tertakluk kepada mekanisme semak dan imbang serta prosedur perundangan yang ketat bagi melindungi hak asasi dan privasi rakyat.Beliau berkata, kuasa mengakses sistem dan data komputer juga tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya, tetapi perlu mematuhi tatacara yang ditetapkan di bawah undang-undang."Notis pemeliharaan data komputer hanya boleh dikeluarkan sekiranya pegawai penyiasat berpuas hati bahawa data itu munasabah dan diperlukan bagi tujuan penyiasatan serta terdapat risiko data berkenaan dipadam, diubah atau dimusnahkan jika tindakan segera tidak diambil."Mengenai penzahiran data komputer, kerajaan ingin menegaskan bahawa ia hanya boleh dilaksanakan melalui notis bertulis kepada pihak mempunyai milikkan atau kawalan ke atas data tersebut dan tertakluk kepada keperluan penyiasatan yang sah," katanya ketika menggulung perbahasan usul RUU itu.Menjawab kebimbangan bahawa RUU itu boleh mengekang kebebasan bersuara, Ahmad Zahid berkata, undang-undang tersebut memberi tumpuan kepada aspek keselamatan dan jenayah siber.Selain itu, beliau berkata, kandungan yang dijana menggunakan AI tidak menjadi kesalahan semata-mata kerana ia dihasilkan teknologi berkenaan, sebaliknya pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen kesalahan termasuk niat jenayah (criminal intent), tujuan penggunaan serta kesan daripada perbuatan itu.Beliau turut memaklumkan kerajaan telah menubuhkan Cybersecurity and Cryptology Development Centre pada 3 Jun lepas, yang menggabungkan CyberSecurity Malaysia dan Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia di bawah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) bagi memperkukuh kepakaran termasuk forensik AI.Berhubung perlindungan terhadap mangsa jenayah siber, Ahmad Zahid berkata, kerajaan berkongsi kebimbangan bahawa golongan rentan semakin menjadi sasaran sindiket melalui penipuan kewangan, eksploitasi seksual, penyebaran imej intim tanpa kebenaran dan manipulasi kandungan digital.Beliau berkata, RUU itu memperuntukkan beberapa kesalahan khusus yang sebelum ini tidak diperuntukkan secara jelas di bawah undang-undang sedia ada, sekali gus memperkukuh perlindungan kepada mangsa.Menurut Ahmad Zahid, kerajaan juga akan memperkukuh kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), penyedia platform digital serta rakan antarabangsa bagi mempercepat penurunan kandungan yang menyalahi undang-undang, selain menambah baik perkongsian maklumat masa nyata melalui Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC).Dari segi penguatkuasaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kekal sebagai agensi utama, dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial menerajui siasatan, manakala NACSA berperanan sebagai penyelaras strategik bersama MCMC, Bank Negara Malaysia dan agensi teknikal lain.Terdahulu, beberapa Ahli Parlimen mencadangkan penambahbaikan peruntukan termasuk kuasa akses data, penyitaan peranti elektronik serta keperluan memperjelas tafsiran kandungan AI bagi mengelakkan salah tafsir terhadap satira, karya seni dan kritikan politik.Turut dicadangkan ialah penglibatan wakil Sabah dan Sarawak dalam Jawatankuasa Memerangi Jenayah Siber serta mekanisme lebih pantas untuk menurunkan kandungan deepfake lucah dan visual intim bagi melindungi privasi mangsa.Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok |
|
Ahli Parlimen Jelutong puji Ahmad Zahid sudi duduk semeja dengan DAP - Sinarharian - 1/07 4:41 pm KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer memuji Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana kesudian beliau duduk semeja dengan pemimpin DAP untuk berbincang mengenai kepentingan rakyat.Menurut Rayer, ramai dalam kalangan ahli Parlimen DAP hadir memberikan sokongan ketika sesi taklimat pindaan Rang Undang-Undang Jenayah Siber 2026 yang disampaikan Presiden UMNO itu."Saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya turut hadir ketika taklimat diberikan kepada ahli-ahli Parlimen."Ramai Ahli Parlimen DAP yang hadir untuk memberikan sokongan walaupun ada yang tidak mahu mengundang kita untuk duduk semeja."Tetapi Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri berbesar hati memberikan taklimat dan kami rata-rata bangun untuk menyokong RUU ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan pindaan RUU Jenayah Siber 2026 di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menolak untuk kerjasama dengan DAP dan sanggup melepaskan jawatan Menteri Besar sekiranya keadaan itu berlaku selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Onn Hafiz berkata, realiti politik di negeri itu berbeza di peringkat Persekutuan apabila kerjasama BN khususnya UMNO dan DAP tidak pernah terjalin selama ini. |
|
Tadbir urus AI jadi asas baharu kukuhkan kepercayaan digital Malaysia .. - Mygazette - 1/07 4:19 pm # Tadbir urus AI jadi asas baharu kukuhkan kepercayaan digital Malaysia - PM KUALA LUMPUR - Malaysia sedang memperkukuh asas kepercayaan digital negara menerusi penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI) bagi memastikan pembangunan teknologi AI dilaksanakan secara bertanggungjawab, telus dan mengutamakan kepentingan rakyat |
|
Gubal RUU Jenayah Siber 2026 perangi jenayah siber secara menyeluruh .. - Mygazette - 1/07 4:19 pm # Gubal RUU Jenayah Siber 2026 perangi jenayah siber secara menyeluruh - TPM KUALA LUMPUR - Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber 2026 akan memastikan undang-undang domestik kekal relevan dan efektif dalam memerangi jenayah siber secara menyeluruh |
|
RUU Jenayah Siber 2026 perkukuh benteng negara tangani ancaman digital - Kosmo - 1/07 3:48 pm KUALA LUMPUR Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber 2026 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini disifatkan sebagai langkah penting untuk memperkukuh keupayaan negara membanteras jenayah siber yang semakin kompleks seiring perkembangan teknologi digital |
|
PARLIMEN: RUU perkukuh perundangan jenayah siber negara – Zahid - Utusan - 1/07 3:33 pm KUALA LUMPUR: Penggubalan Rang Undang-undang (RUU) Jenayah Siber 2026 bakal menangani jurang landskap perundangan sedia ada bagi menjamin keharmonian undang-undang supaya sentiasa relevan, responsif dan selari evolusi pesat teknologi digital |
|
Ahli Parlimen syor pesalah deepfake lucah dikenakan hukuman sebat mandatori - Sinarharian - 1/07 3:21 pm KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Rompin, Datuk Abdul Khalib Abdullah mencadangkan supaya pesalah yang membuat kandungan video palsu atau deepfake berunsur lucah dikenakan hukuman sebatan mandatori.Beliau berkata, hukuman berat sedemikian penting bagi memberi pengajaran kepada pihak lain supaya tidak mengulangi perbuatan sama."Rompin mencadangkan pesalah deepfake lucah ini dikenakan hukuman sebatan mandatori."Ini kerana ia memberi impak kemudaratan psikologi kepada mangsa yang mengalami trauma seumur hidup," katanya.Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber 2026 di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.Mengulas lanjut, Abdul Khalib berkata, individu yang menjadi mangsa video palsu berdepan dengan trauma emosi berpanjangan.Malah katanya, terdapat kes di luar negara yang menyaksikan mangsa bertindak membunuh diri kerana berdepan pemalsuan identiti bagi kes memalukan sedemikian.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika membacakan kali kedua RUU Jenayah Siber 2026 berkata, penggubalan itu penting bagi memastikan undang-undang domestik kekal relevan dan efektif dalam memerangi jenayah siber secara tuntas.Menurutnya, penggubalan RUU berkenaan antara lain memperkukuh dan memastikan kerangka perundangan jenayah siber mapan dan berdaya tahan bagi menangani jenayah siber yang semakin kompleks. |
|
Cara data peribadi dikendali perlu jelas dalam RUU Jenayah Siber, kata Ahli Parlimen - FMT - 1/07 2:09 pm Afnan Hamimi Taib Azamudden dari PAS berkata rang undang-undang itu mesti memperincikan hak akses, tempoh penyimpanan, dan bila data akan dipadamkan. |
|
RUU e-Dagang bakal dibentangkan minggu depan – Armizan - Mygazette - 1/07 7:49 am # RUU e-Dagang bakal dibentangkan minggu depan - Armizan KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) baharu bagi mengawal selia ekosistem e-dagang di Malaysia kepada jemaah menteri, minggu depan |
|
Pembaharuan Akta Kontrak tingkat keyakinan pelabur ??? Azalina - Mygazette - 30/06 4:45 pm Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah itu turut bertujuan menyelaraskan kerangka perundangan komersial negara dengan piawaian ASEAN dan antarabangsa selaras perkembangan ekonomi digital. Beliau berkata, cadangan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan hasil kajian semula Akta Kontrak 1950 (Akta 136) disasarkan dibentangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat akan datang, tertakluk kepada kelulusan Jemaah Menteri |
|
Pindaan akta lulus, pesalah seksual kanak-kanak di luar negara kini diburu - Mkini - 30/06 4:36 pm PARLIMEN l RUU berkenaan diluluskan dengan lebih suara menyokong selepas dibahaskan oleh 25 anggota parlimen kerajaan dan pembangkang semalam. |
|
Seimbang antara hukum dengan mendidik majikan - Harakahdaily - 30/06 4:34 pm KUALA LUMPUR: Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) mengingatkan bahawa penambahbaikan kritikal Rang Undang-Undang (RUU) Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) wajib dilaksanakan oleh kementerian berkaitan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |