///
See Also: Shutterstock

Search : Rci Tabung Haji News   Page 1    



RCI Tabung Haji: 4 laporan polis dibuat di antara 2018 dan 2019 - Mygazette - 30/07 4:11 pm

# RCI Tabung Haji: 4 laporan polis dibuat di antara 2018 dan 2019 KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) mendapati sebanyak empat laporan polis dibuat di antara 2018 dan 2019 berkaitan dakwaan berlaku penyelewengan dalam agensi tersebut termasuk melibatkan isu manipulasi tanah di Kalimantan, Indonesia





PH gesa siasatan menyeluruh susulan pendedahan RCI Tabung Haji - Mygazette - 30/07 4:11 pm

# PH gesa siasatan menyeluruh susulan pendedahan RCI Tabung Haji SEREMBAN - Pakatan Harapan (Harapan) menggesa kerajaan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap semua penemuan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH)





Rakyat Sarawak sokong pendedahan laporan RCI Tabung Haji demi ketelusan - Mypress - 30/07 3:05 pm

Oleh: Haziq Azhar, Haziq Musa, Nana Mohamad & Jasmine AE KUCHING – Keputusan kerajaan untuk menyahklasifikasi Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) mendapat sokongan penuh daripada pelbagai…





Rugi RM10 Bilion? Laporan RCI Tabung Haji: 6 Rumusan Penting Rakyat Perlu Tahu - Lobakmerah - 30/07 2:54 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah





“Siapa Orang Politik UMNO Dikatakan Sakau?” – Akmal Saleh Respon Isu Laporan RCI Tabung Haji - Ohmedia - 30/07 2:36 pm

Akmal Saleh persoal dakwaan sakau selepas Laporan RCI Tabung Haji didedahkan kepada umum





Selesai baki 25 peratus syor RCI bukti komitmen TH - Bekas Menteri Agama - Sinarharian - 30/07 2:35 pm

SHAH ALAM - Usaha pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan kira-kira 75 peratus daripada syor yang dikemukakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mencerminkan komitmen institusi itu memperkukuhkan tadbir urus dan memulihkan keyakinan pendeposit.Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, usaha pemulihan yang sedang dilaksanakan pengurusan dan warga TH wajar diberikan penghargaan."Alhamdulillah, tirai RCI telah dibuka, selain belajar daripada sejarah dan luka semalam, jangan terlupa menghargai tangan yang tekun menyembuhkannya."Membina lebih sukar daripada mengkritik. Memulihkan lebih berat daripada menghukum."Tahniah dan terima kasih saya ucapkan buat Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Ahli Lembaga Pengarah, pengurusan serta seluruh warga TH, kerana atas ikhtiar gigih melaksanakan 75 peratus daripada cadangan RCI," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' Mujahid'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal SalehPenerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi IKIMRCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihanLaporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaRCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politikHibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTHRCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikanRCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasaRCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui THTerdahulu, TH dalam kenyataan memaklumkan pihaknya dalam proses melaksanakan 25 syor penambahbaikan RCI dengan 75 peratus daripadanya berjaya diselesaikan bagi meningkatkan tadbir urus dan kesejahteraan institusi itu.Mohd Na'im berkata, kredibiliti Abdul Rashid sebagai pengasas Kumpulan RHB dilihat memberi nilai tambah kepada usaha pelaksanaan pembaharuan yang sedang digerakkan oleh TH."Abdul Rashid juga merupakan salah seorang ahli Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dilantik bagi mengkaji isu-isu pengurusan dan pentadbiran Lembaga Tabung Haji."Justeru, tatkala mata tertumpu pada kesilapan yang lalu, beliau serta pengurusan TH menumpukan masa dan tenaga melaksanakan dengan kesungguhan, keberanian melakukan pembaharuan, dan komitmen mengembalikan keyakinan umat," katanya.Beliau turut mengharapkan segala usaha yang dilaksanakan akan terus dipermudah dan diberkati supaya TH kekal teguh sebagai institusi kebanggaan umat Islam di negara ini."Wira yang sebenar sering kali ialah mereka yang paling setia memikul amanah," katanya lagi.





RCI syor Jawatankuasa Urusan Haji dikanunkan, diberi peranan khusus - Sinarharian - 30/07 2:31 pm

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) mencadangkan supaya Jawatankuasa Urusan Haji dikanunkan di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) dan diberi peranan khusus.Menurut laporan RCI yang diterbitkan semalam, jawatankuasa itu ditubuhkan dengan tanggungjawab untuk menilai dan membuat keputusan mengenai perkara-perkara berkaitan operasi haji selepas Majlis Penasihat Haji dibubarkan pada 2018 susulan pemansuhan Akta Lembaga Urusan Tabung Haji 1969 (Akta 8)."Memandangkan pengurusan haji adalah merupakan fungsi utama Lembaga TH, suruhanjaya berpendapat adalah wajar Jawatankuasa Urusan Haji dikanunkan di bawah Akta 535," menurut laporan itu.RCI itu mengesyorkan Jawatankuasa Urusan Haji berperanan menasihati Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkenaan dasar dan perancangan dalam urusan haji serta membincangkan isu kebajikan jemaah haji dan perkara yang dirujuk kepadanya berhubung urusan haji.Selain itu, jawatankuasa tersebut juga disyorkan untuk mencadangkan penambahbaikan dalam pengurusan haji dan memberi maklum balas kepada pengurusan Lembaga TH dalam isu berkaitan pengurusan haji serta memberi cadangan untuk meningkatkan perkhidmatan kepada jemaah haji.ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' Mujahid'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal SalehPenerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi IKIMRCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihanLaporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaMenurut laporan itu, RCI turut mencadangkan Pengerusi Lembaga TH mempengerusikan Jawatankuasa Urusan Haji, manakala ahli hendaklah terdiri daripada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), wakil Kementerian Luar, wakil Kementerian Kesihatan, dan tiga ahli yang dilantik oleh Menteri Hal Ehwal Agama.Suruhanjaya itu juga mencadangkan peruntukan lazim seperti kuorum, perjalanan mesyuarat, undi pemutus, pengerusi, kekosongan jawatan, hilang kelayakan dan penzahiran kepentingan berkaitan dengan Jawatankuasa Urusan Haji hendaklah diperuntukkan dalam Akta 535."Suruhanjaya juga mencadangkan ahli-ahli Jawatankuasa Urusan Haji boleh dibayar honorarium dan elaun perjalanan serta elaun gantian sebagaimana ditetapkan oleh Lembaga (TH)," menurut laporan itu.Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Seri Fahmi Fadzil semalam berkata Jemaah Menteri bersetuju bahawa Laporan RCI mengenai TH dari 2014 hingga 2020 dibuat pengelasan semula dan didedahkan kepada umum.Laporan RCI setebal 211 halaman berhubung siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi TH itu diterbitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) malam tadi





RCI cadang TH wujudkan Dana Haji, kawal selia SSM - Sinarharian - 30/07 2:24 pm

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) mencadangkan penubuhan sebuah jabatan khusus dikenali sebagai Dana Haji di bawah TH bagi mengurus dana pendeposit, dengan kawal selia Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) untuk meningkatkan profesionalisme pengurusan pelaburan.Menurut RCI, langkah itu membolehkan fungsi pengurusan pelaburan kekal di bawah TH tanpa perlu dijadikan sebuah syarikat subsidiari.RCI dalam laporan dikeluarkan semalam berkata fungsi berkenaan perlu diasingkan sebagai sebuah jabatan khusus yang boleh dinamakan sebagai Dana Haji.Laporan itu menyebut Dana Haji hendaklah dikanunkan dalam Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) dan dikawal oleh SSM bagi menjadikan ia lebih terlindung disebabkan kawal selia sebuah badan yang mempunyai keupayaan untuk menyelia entiti pengurusan modal."Adalah dicadangkan Dana Haji ini akan mentadbir dan mengurus dana pendeposit dan melaburkannya bagi mendapatkan pulangan yang stabil. Dana Haji hendaklah didaftarkan atau dilesenkan di bawah SSM," menurut laporan itu.RCI turut mencadangkan agar fungsi pelaburan TH dikawal selia oleh Menteri Kewangan bersama SSM, manakala pelantikan ahli Panel Pelaburan yang bertanggungjawab memberi panduan serta mengawal selia Dana Haji diletakkan di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan.Menurut laporan itu, TH akan melantik pegawai kanan lain termasuk Ketua Pegawai Pelaburan yang akan diselia oleh SSM.Bagi mengelakkan kekeliruan, RCI menegaskan TH tidak mempunyai kuasa untuk mengarah perkara berkaitan dengan pelaburan Dana Haji.ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' Mujahid'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal SalehPenerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi IKIMRCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihanLaporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaRCI berkata sebagai sebuah jabatan di bawah TH, Dana Haji perlu melaporkan pencapaiannya kepada institusi berkenaan secara berkala dan sistematik, manakala Jabatan Audit dan Jawatankuasa Audit hendaklah diberi kuasa untuk mengakses dokumen serta perkara berkaitan kewangan Dana Haji.Menurut laporan itu, Dana Haji perlu diwujudkan sebagai struktur dikawal selia oleh SSM bagi meningkatkan tahap profesionalismenya, mengambil kira saiz deposit TH yang kini berjumlah RM88 bilion dan dijangka meningkat kepada RM100 bilion dalam tempoh dua tahun.Selain itu, RCI turut mengesyorkan Dana Haji membina satu pasukan pelaburan domestik dan antarabangsa yang berpengalaman, sementara portfolio antarabangsa Dana Haji boleh diuruskan oleh pengurus dana luar.TH juga disaran memberi fokus kepada pengurusan portfolio dengan menetapkan visi untuk menjadi peneraju pengurusan dana dengan menyasarkan pulangan yang tinggi





RCI Tabung Haji: 'Saya sedia disiasat semula jika benar wujud sakau'- Abdul Azeez - Sinarharian - 30/07 2:09 pm

JELEBU - Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersedia untuk disiasat semula sekiranya diperlukan susulan wujud dakwaan salah laku dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).Beliau berkata, laporan RCI setebal 204 muka surat itu sebenarnya telah disiapkan sejak penghujung tahun 2022 dan telah dibentangkan dalam beberapa siri mesyuarat Kabinet."Saya tidak tahu kenapa tiga tahun lapan bulan ia tidak dikeluarkan...yang tahu hanya Perdana Menteri. Dalam RCI itu jelas dinyatakan boleh diterbitkan kepada umum."Kalau betul saya sakau, tahun 2018 lagi Tun Dr Mahathir Mohamed dah penjarakan saya...saya ditahan 14 malam di lokap, disiasat habis-habisan termasuk audit forensik," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' Mujahid'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal SalehPenerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi IKIMRCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihanLaporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaBeliau berkata demikian ketika membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) DUN Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias di Taman Simpang Pertang di sini pada Khamis.Menurutnya, pada tahun 2021, Ketua Pesuruhajaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) yang ketika itu Tan Sri Azam Baki telah pun mengeluarkan surat rasmi bahawa tidak ada salah guna kuasa atau penyelewengan yang berlaku.Bekas Ahli Parlimen Baling itu turut memaklumkan bahawa telah dipanggil pihak polis sebanyak 11 kali bagi membantu siasatan forensik sebelum ini.Justeru, beliau mempersoalkan kenapa RCI tersebut dikeluarkan ketika waktu Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan, bukannya pada waktu dahulu."Dua minggu lepas saya tanya pihak polis, mereka kata fail ini sudah dikemas untuk disimpan dan hanya menunggu arahan No Further Action (NFA)."Jadi kalau nak siasat balik, silakan





RCI Tabung Haji: Apa yang perlu anda tahu? - Sinarharian - 30/07 1:54 pm

SURUHANJAYA Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji dari tahun 2014 hingga 2020 ditubuhkan bagi meneliti dakwaan salah urus, kedudukan kewangan, tadbir urus, pelaburan dan pematuhan terhadap undang-undang.Laporan RCI mengenal pasti kelemahan struktur pentadbiran, amalan pengurusan kewangan dan keputusan pelaburan yang didakwa menjejaskan kedudukan kewangan TH.Pada masa sama, suruhanjaya mengemukakan 25 syor bagi memastikan institusi itu lebih telus, profesional dan mampan pada masa depan.ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' Mujahid'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal SalehPenerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi IKIMRCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihanLaporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semula1





Kerajaan percepat pelaksanaan baki syor RCI Tabung Haji - Zulkifli - Sinarharian - 30/07 1:23 pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempercepat pelaksanaan baki 25 peratus syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH), yang masih belum dilaksanakan dengan mengambil kira aspek kebijaksanaan, realiti semasa serta pertimbangan berkaitan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, kerajaan sentiasa terbuka dan sedia melakukan perubahan, selain melihat syor-syor berkenaan sebagai peluang untuk memperkukuh institusi berkenaan"Ada banyak lagi yang perlu kita lakukan untuk memastikan institusi yang kita sayangi ini terus terbang tinggi," katanya pada sidang media selepas merasmikan Muzakarah Muamalat Kewangan Islam (MMKI) di sini pada Khamis.Zulkifli berkata, sebanyak 75 peratus daripada 25 syor yang dikemukakan oleh RCI telah dilaksanakan, sekali gus meletakkan TH di landasan yang tepat dalam pengurusan deposit dan operasi haji sehingga membolehkan institusi itu menerima Diamond Award bagi pengurusan haji terbaik dunia pada musim haji 1447H/2026M.Mengulas mengenai syor supaya struktur tadbir urus TH disusun semula, beliau terbuka untuk mempertimbangkan cadangan itu termasuk mengasingkan tanggungjawab pengurusan kewangan, dana dan pelaburan di bawah Menteri Kewangan.Zulkifli berkata, syor mengehadkan bidang kuasa Menteri Hal Ehwal Agama kepada pengurusan haji adalah antara cadangan dikemukakan dalam Laporan RCI mengenai Lembaga TH yang diterbitkan semalam.ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' Mujahid'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal SalehPenerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi IKIMRCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihanLaporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiSemalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerbitkan laporan RCI berhubung siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi Lembaga TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 setebal 211 halaman, yang antara lain mengandungi syor penambahbaikan pengurusan dan operasi TH.Mengenai penganjuran MMKI, beliau berkata, muzakarah itu penting bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai negara yang menduduki tangga teratas dunia dalam Indeks Ekonomi Islam.Beliau berkata, platform itu menghimpunkan pakar kewangan, ahli akademik dan pengamal industri bagi membincangkan isu semasa serta meneliti cabaran dan perkembangan global untuk menentukan hala tuju sektor kewangan Islam negara.Zulkifli berkata, MMKI yang dipelopori Co-opbank Pertama (CBP) turut berperanan sebagai platform rujukan kepada pemain industri yang mengendalikan perbankan dan kewangan Islam."Muzakarah ini akan membincangkan isu-isu semasa dan realiti hari ini termasuk meneliti perkembangan yang berlaku pada peringkat global





Kerajaan Percepat Pelaksanaan Baki Syor RCI Tabung Haji - Zulkifli - Siakapkeli - 30/07 1:19 pm

Kerajaan Percepat Pelaksanaan Baki Syor RCI Tabung Haji - ZulkifliKUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan mempercepat pelaksanaan baki 25 peratus syor...





PH gesa siasatan menyeluruh kerugian RM12.6 bilion Tabung Haji - Sinarharian - 30/07 12:55 am

SEREMBAN Pakatan Harapan (PH) menggesa siasatan menyeluruh dilakukan susulan enam penemuan utama dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan pengurusan Lembaga Tabung Haji (LTH) antara tahun 2014 hingga 2020.Ketua Sekretariat Jabatan Pilihan Raya PH, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, laporan berkenaan merumuskan bahawa Tabung Haji mengalami kerugian mencecah RM12.6 bilion, selain berdepan isu pelaburan bermasalah, pematuhan perakaunan dan campur tangan politik.Menurutnya, kerugian tersebut perlu disiasat kerana melibatkan amanah kira-kira sembilan juta pendeposit yang meletakkan kepercayaan kepada institusi berkenaan."Kerugian berbilion ringgit ini mesti disiasat kerana ia adalah amanah besar sembilan juta penabung yang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Tabung Haji," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Saifuddin berkata, antara penemuan utama RCI adalah kedudukan kewangan Tabung Haji yang berada pada tahap kritikal apabila institusi itu didakwa sepatutnya merekodkan kerugian RM1.4 bilion pada 2017 sekiranya piawaian perakaunan dipatuhi sepenuhnya.Katanya, jumlah tersebut berbeza dengan keuntungan RM3.4 bilion yang diumumkan pada tahun berkenaan, manakala kerugian kemudiannya meningkat sehingga kira-kira RM10 bilion.Menurut beliau, laporan itu turut mendapati hibah diagihkan tanpa mengambil kira rosot nilai pelaburan dan kejatuhan nilai aset, sekali gus menyebabkan keuntungan yang diumumkan tidak mencerminkan kedudukan sebenar."RCI juga menerima dapatan bahawa rosot nilai melibatkan pelaburan, anak syarikat, instrumen pendapatan tetap dan hartanah tidak direkodkan sepenuhnya seperti yang dikehendaki piawaian perakaunan," katanya.Tambahnya, turut dikenal pasti ialah jurang defisit antara aset dan liabiliti yang dipercayai telah berlaku sejak 2014 apabila aset Tabung Haji tidak lagi mencukupi untuk menampung liabiliti kepada pendeposit.Saifuddin berkata, RCI turut membangkitkan isu campur tangan politik menerusi pelantikan ahli politik sebagai pengerusi dan ahli lembaga yang menjejaskan persepsi terhadap tadbir urus institusi berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Laporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaRCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politikHibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTHSelain itu, beberapa pelaburan strategik termasuk pegangan dalam FGV dan aset lain didakwa mengalami kejatuhan nilai ketara sehingga memberikan kesan besar kepada kedudukan kewangan Tabung Haji."Wang pendeposit tidak wajar digunakan untuk membayar elaun dan bonus yang tinggi, tujuan bergaya, kepentingan politik atau pelaburan yang dibuat sewenang-wenangnya tanpa memberikan pulangan," katanya.Menurutnya, sekiranya terdapat bukti salah laku, tindakan pendakwaan perlu dilaksanakan mengikut lunas undang-undang supaya pihak bertanggungjawab menerima hukuman setimpal.Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan perlu melaksanakan usaha pemulihan bagi mengembalikan keyakinan pendeposit serta memastikan hak mereka terus dilindungi.ARTIKEL BERKAITAN: RCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikanRCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasaRCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui THSaifuddin turut mendakwa pengurusan Tabung Haji kini berada dalam kedudukan lebih selamat apabila 75 peratus syor RCI telah dilaksanakan, selain aset kembali melebihi liabiliti dan agihan keuntungan sebanyak 3.5 peratus diberikan bagi tahun 2025."Ahli politik juga tidak lagi boleh terlibat dalam Tabung Haji dan semua anak syarikatnya," katanya.Justeru, PH menyeru kerajaan memperkukuh tadbir urus serta memperkemas mekanisme pengawasan bebas bagi memastikan kelemahan yang sama tidak berulang."Usaha keras pendeposit yang majoritinya terdiri daripada umat Islam dan masyarakat Melayu merupakan amanah yang tidak boleh dipermainkan," katanya.





Kerajaan Percepat Pelaksanaan Baki Syor RCI Tabung Haji – Zulkifli - Mydateline - 30/07 12:43 am

Kerajaan akan mempercepat pelaksanaan baki 25 peratus syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH), yang masih belum dilaksanakan dengan mengambil kira aspek ..





“Ada Orang Cabar, Kalau Berani..” – PMX Jelaskan Sebab Laporan RCI Tabung Haji Baru Didedahkan - Ohmedia - 30/07 12:04 am

The post Ada Orang Cabar, Kalau Berani.. PMX Jelaskan Sebab Laporan RCI Tabung Haji Baru Didedahkan appeared first on Oh! Media .





Video : RCI Tabung Haji Dedah Mujahid, Guan Eng Individu Selamatkan Tabung Haji - Harapandaily - 30/07 11:46 am

The post Video : RCI Tabung Haji Dedah Mujahid, Guan Eng Individu Selamatkan Tabung Haji appeared first on Harapan Daily .





Penerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi - IKIM - Sinarharian - 30/07 10:56 am

KUALA LUMPUR - Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menyambut baik keputusan Kerajaan untuk mendedahkan dan menerbitkan laporan penuh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH).Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM),Profesor Madya DatukDr Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, langkah itumencerminkan komitmen terhadap prinsip ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.Selain itu katanya, iamemenuhi hak masyarakat khususnya para pendeposit untuk memperoleh penjelasan yang menyeluruh berhubung pengurusan sebuah institusi amanah umat Islam di Malaysia."TH bukan sekadar sebuah institusi kewangan tetapi institusi Islam yang menjadi kebanggaan negara."Selama lebih enam dekad, TH memainkan peranan penting dalam membantu umat Islam menyimpan secara teratur bagi menunaikan ibadah haji serta menguruskan operasi jemaah Malaysia dengan cekap."Keupayaan tersebut telah menjadikan TH antara model pengurusan simpanan dan haji yang dihormati serta dirujuk di peringkat antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Laporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politikHibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTHRCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikanRCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasaRCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui THIKIM berpandangan bahawa laporan RCI hendaklah dilihat sebagai ruang untuk mengambil iktibar, mengenal pasti kelemahan dan memperkukuh pembaharuan institusi, bukannya dijadikan bahan polemik atau penghukuman awal terhadap mana-mana pihak.UjarMohamed Azam, setiap dapatan dan syor perlu diteliti secara menyeluruh dan berasaskan fakta."Dari perspektif Islam, pengurusan simpanan pendeposit ialah amanah besar yang mesti berteraskan prinsip hifz al-mal, keadilan, ketelusan dan integriti."Pelaksanaan syor RCI hendaklah mengutamakan kepentingan pendeposit, pematuhan Syariah, pengurusan risiko berhemah serta kemampanan TH," jelasnya.IKIM menyeru semua pihak memberi ruang kepada kerajaan dan TH melaksanakan penambahbaikan secara teratur agar institusi ini kekal diyakini dan menjadi kebanggaan negara





'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal Saleh - Sinarharian - 30/07 10:35 am

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh membangkitkan persoalan siapakah ahli politik UMNO yang didakwa terlibat dalam perbuatan 'sakau', sedangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji tidak menunjukkan perkara sedemikian.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, laporan RCI yang telah dikeluarkan hanya menunjukkan tindakan dalaman terhadap pegawai Tabung Haji susulan kelemahan dalam aspek pengurusan."Alhamdulillah laporan RCI dah dikeluarkan. Jadi siapa orang politik UMNO yang terlibat dan dikatakan sakau?"Yang ada adalah tindakan dalaman kepada pegawai Tabung Haji akibat pengurusan yang lemah," katanya dalam satu hantaran Facebook pada Khamis.Dalam hantaran sama, Akmal Saleh turut memuat naik ringkasan Laporan RCI Tabung Haji yang disediakan oleh seorang individu, Khairul Azri bagi memberi gambaran mengenai dapatan utama suruhanjaya itu.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan krisis yang melanda TH berpunca daripada kelemahan tadbir urus dan pengurusan, bukannya disebabkan salah guna kuasa.Laporan dapatan RCI mengenai pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 menyatakan, pelbagai masalah yang berlaku adalah hasil gabungan beberapa faktor.Menurut laporan itu, ia termasuk pembayaran hibah yang tidak mampan, keputusan pelaburan berisiko tinggi, amalan perakaunan yang tidak sesuai serta kelemahan sistem tadbir urus.Justeru, Akmal Saleh turut membangkitkan persoalan sama ada kerugian yang berlaku berpunca daripada unsur rasuah atau kegagalan tadbir urus dalam kalangan pegawai yang mentadbir TH."Adakah pemberian dividen yang tinggi kepada penyimpan dan subsidi yang tinggi kepada jemaah haji dianggap sakau?" soal beliau lagi.





'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' - Mujahid - Sinarharian - 30/07 9:36 am

SHAH ALAM - Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengalu-alukan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji kepada umum sambil menyatakan ia membuktikan pelbagai tuduhan dan fitnah terhadapnya ketika menerajui kementerian itu adalah tidak benar.Menurut Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu, beliau bersyukur kerana laporan berkenaan akhirnya dapat diakses orang ramai sekali gus menjelaskan keadaan sebenar berlaku ketika proses pemulihan dan penstrukturan semula Tabung Haji dilaksanakan sepanjang tempoh beliau menerajui kementerian itu dari 2018 hingga 2020.Beliau berkata, antara tuduhan yang sering dilemparkan ketika itu ialah dakwaan kononnya beliau menggadaikan aset umat Islam kepada bukan Islam, namun laporan RCI membuktikan dakwaan tersebut adalah palsu dan tidak berasas."Mereka juga menuduh saya sebagai menteri yang mengeluarkan hibah terendah tanpa mengetahui bahawa sebelumnya pada zaman Barisan Nasional (BN), Tabung Haji mengalami kerugian yang besar kerana mengeluarkan hibah tidak patuh undang-undang demi kepentingan politik sebagaimana yang dilaporkan."Hasil dari pemulihan yang kami lakukan pembayaran hibah patuh undang-undang telah meningkat dari serendah 1.25 peratus semasa awal pemulihan kepada hari ini yang mencecah 3.5 peratus. Itu adalah hasil kejayaan semasa pemulihan 2018-2020 dilaksanakan," katanya dalam satu hantaran Facebook pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Laporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaRCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politikMujahid turut bersyukur apabila laporan RCI mengiktiraf Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Semula Tabung Haji yang dilancarkan pada 2018 sebagai langkah terbaik untuk menyelamatkan institusi itu daripada krisis kewangan melibatkan kerugian kira-kira RM10 bilion.Menurutnya, laporan tersebut turut memperakui bahawa pendekatan subsidi haji secara bersasar yang pernah menerima kritikan hebat ketika itu sebenarnya diperlukan bagi memastikan kedudukan kewangan Tabung Haji kekal mampan."Saya telah diserang kerana pendekatan ini, walhal itulah yang direkomendasikan oleh Laporan RCI Tabung Haji untuk menyelamatkan kedudukan kewangan Tabung Haji yang kritikal," ujarnya lagi.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada barisan pengurusan Tabung Haji ketika itu yang diketuai Pengerusi, Tan Sri Mohd Nor Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Zukri Samat dan seluruh pasukan yang menjayakan usaha penstrukturan semula institusi berkenaan.Tambah Mujahid, laporan RCI turut mengesahkan beliau mewarisi Tabung Haji dalam keadaan defisit kira-kira RM10 bilion dan tanpa tindakan pemulihan, institusi itu berdepan masalah kewangan yang lebih besar sehingga boleh menjejaskan kebajikan jemaah haji."ALLAH jua yang mendengar rintihan dan doa mereka yang menjadi mangsa fitnah lalu membela hamba-Nya," kongsinya lagi.





RCI Tabung Haji: 'Alhamdulillah kebenaran terbukti, saman RM5 juta bakal menanti - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 30/07 9:30 am

Saman RM5 juta bakal menanti. LOD telahpun berjaya diserahkan kepada pemfitnah."Janji saya, Insya-ALLAH setiap sen wang ganti rugi akan diinfakkan kepada Yayasan Pelajaran Mara untuk manfaat pelajar miskin," katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Laporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaRCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politikHibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTHPada Rabu, Sinar Harian melaporkan krisis yang melanda TH berpunca daripada kelemahan tadbir urus dan pengurusan, bukannya disebabkan salah guna kuasa.Laporan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 menyatakan, pelbagai masalah yang berlaku adalah hasil gabungan beberapa faktor.Menurut laporan itu, ia termasuk pembayaran hibah yang tidak mampan, keputusan pelaburan berisiko tinggi, amalan perakaunan yang tidak sesuai serta kelemahan sistem tadbir urus.ARTIKEL BERKAITAN: RCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikanRCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasaRCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui THSebelum ini, Asyraf Wajdi mengarahkan peguamnya menyerahkan LOD kepada dua individu yang didakwa memfitnahnya berhubung isu Lembaga TH.Penyerahan LOD itu dilakukan menerusi Tetuan Adnan Sharida dan Associates.Individu berkenaan adalah Ahli Majlis Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Ismail Salleh dan pemilik akaun media sosial Abied Abdullah iaitu Habin Faisal Mohamed.Ia selepas Ismail dan Abied Abdullah membuat dan menyebarkan hantaran yang didakwa mengaibkan serta memfitnah Asyraf Wajdi berhubung peranan beliau dalam isu Tabung Haji.





Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji hari ini - Mygazette - 30/07 8:20 am

# Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji hari ini KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju mendedahkan Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) kepada umum hari ini, selain meneruskan siasatan penuh terhadap sebarang kemungkinan pelanggaran undang-undang yang dikenal pasti menerusi laporan berkenaan





RCI Tabung Haji cadang bonus TH Properties RM2.19 juta ditarik balik - Sinarharian - 30/07 7:41 am

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji mencadangkan bonus yang diberi kepada ahli lembaga pengarah dan pengurusan TH Properties berjumlah RM2.19 juta ditarik balik memandangkan bonus berkenaan diberikan tanpa mematuhi peraturan yang ditetapkan.Menurut Laporan RCI Tabung Haji yang diterbitkan malam Rabu, suruhanjaya itu telah meneliti dokumen dan minit mesyuarat berkaitan isu pembayaran bonus kepada ahli lembaga pengarah dan kakitangan tertentu TH Properties."Bayaran bonus yang diberikan kepada ahli lembaga pengarah TH Properties dan kakitangan tertentu pada 2017 dan 2018 adalah atas alasan projek pembangunan di Australia terutamanya "The Bay Pavillion" memberikan sumbangan kewangan yang ketara kepada TH Properties pada 2016 dan 2017."Suruhanjaya mendapati beberapa orang terpilih diberikan bonus istimewa dengan jumlah sebanyak RM1,148,400 pada 2017 dan RM1.045 juta pada 2018," menurut laporan itu.Selain itu, suruhanjaya itu menjelaskan terdapat pembayaran bonus yang tinggi kepada kakitangan Lembaga Tabung Haji (LTH).ARTIKEL BERKAITAN: Laporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaRCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politikHibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTH"Semakan suruhanjaya mendapati kadar bonus yang diberikan kepada kakitangan LTH adalah amat tinggi pada 2010 hingga 2017."Kadar bonus yang diberikan adalah antara dua hingga 13 bulan termasuk bonus tahunan dan bonus khas," tambah RCI.Lazimnya Menteri Hal Ehwal Agama dan Kementerian Kewangan (MOF) hanya akan menerima cadangan pemberian bonus seperti yang disyorkan oleh pengurusan LTH dan lembaga pengarahnya.ARTIKEL BERKAITAN: RCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikanRCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasaRCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui TH"Ini termasuk ketika cadangan pemberian bonus luar biasa pada 2014 pada kadar satu hingga 11 bulan gaji bagi bonus tahunan dan dua bulan gaji bonus khas dengan jumlah keseluruhan boleh mencecah 13 bulan gaji yang melibatkan peruntukan sebanyak RM74 juta," kata RCI.Suruhanjaya berpendapat, mengambil kira isu kewangan yang dihadapi oleh LTH bermula pada 2014 hingga 2017 apabila nilai aset lebih rendah daripada lialibiliti seperti yang dilaporkan dalam penyata kewangan tahunan dan diakui oleh Jabatan Audit Negara, ia membuktikan pemberian bonus dengan jumlah yang tinggi oleh LTH adalah tidak wajar.Justeru, RCI Tabung Haji menyarankan amalan pemberian bonus yang terlalu tinggi kepada kakitangan hendaklah dihentikan





RCI Tabung Haji: Pengundi Negeri Sembilan bijaksana – Asyraf - Kosmo - 29/07 10:32 pm

“Di Johor ... Read more The post RCI Tabung Haji: Pengundi Negeri Sembilan bijaksana – Asyraf appeared first on Kosmo Digital .





RCI Tabung Haji: Tiada syor salah guna kuasa, hanya tak pandai urus - Kosmo - 29/07 10:25 pm

Laporan RCI menyatakan masalah yang dihadapi LTH berpunca daripada gabungan beberapa faktor termasuk pembayaran hibah yang tidak mampan, ... Read more The post RCI Tabung Haji: Tiada syor salah guna kuasa, hanya tak pandai urus appeared first on Kosmo Digital .





RCI Tabung Haji: Orang terpilih dalam TH Properties dapat bonus lebih RM1 juta - Kosmo - 29/07 10:13 pm

telah diberikan bonus istimewa dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,148,400 pada tahun 2017 dan RM1,045,000 pada tahun 2018. Menerusi laporan RCI Tabung Haji hari ini, suruhanjaya berkenaan meneliti dokumen dan minit mesyuarat berkaitan isu pembayaran bonus ..





RCI Tabung Haji: Bonus kakitangan TH tinggi, tak wajar - Kosmo - 29/07 10:03 pm

“Kadar bonus yang diberikan adalah antara dua hingga 13 ... Read more The post RCI Tabung Haji: Bonus kakitangan TH tinggi, tak wajar appeared first on Kosmo Digital .





Laporan RCI Tabung Haji setebal 211 halaman diterbitkan - Mkini - 29/07 9:35 pm

Ia antara lain mengandungi penemuan siasatan dan syor penambahbaikan pengurusan dan operasi Tabung Haji.





Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum - Mypress - 29/07 9:07 pm

PUTRAJAYA – Keputusan kerajaan untuk mendedahkan laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) adalah langkah positif dan peluang berharga untuk memperkukuh kedudukan institusi kewangan Islam itu yang membantu…





RCI TH: Kabinet mahu siasatan 2014-2022 dilanjut ke pengurusan baru - Zahid - Mkini - 29/07 8:53 pm

Ini bagi memperlihatkan agar usaha-usaha pemulihan telah dilaksanakan berdasarkan pada syor-syor Laporan RCI Tabung Haji, maklum TPM.





Ahmad Zahid harap laporan RCI Tabung Haji tidak dimanipulasi - Sinarharian - 29/07 6:25 pm

SEREMBAN Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) yang akan didedahkan nanti tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.Menurut beliau, laporan tersebut bukan bertujuan menuding jari kepada mana-mana individu dan tidak seharusnya dipolitikkan."Saya fikir TH sedang menuju ke arah memantapkan portfolio pelaburannya dan kedudukan aliran tunainya





Ahmad Fadhli persoal kerajaan baru kini dedah laporan RCI Tabung Haji - Sinarharian - 29/07 5:11 pm

SHAH ALAM Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan tindakan kerajaan yang hanya kini bersetuju mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji sedangkan laporan itu telah lama disiapkan.Beliau berkata, keputusan Kabinet itu sememangnya dialu-alukan, namun timbul persoalan mengapa laporan berkenaan tidak didedahkan sebaik sahaja RCI menyelesaikan siasatannya.Menurutnya, kerajaan juga mengumumkan siasatan oleh pihak berkuasa akan disambung semula serta-merta dan mana-mana individu yang melanggar undang-undang akan dibawa ke muka pengadilan."Kalau begitu, adakah ini bermakna selama ini kerajaan sengaja membiarkan pihak yang didakwa melanggar undang-undang tidak disiasat? Atas sebab apa perkara itu dibiarkan berlaku?"Reformasi jenis apa jika keadilan yang sepatutnya ditegakkan dengan segera tidak dilaksanakan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, Kabinet dilaporkan bersetuju mendedahkan laporan RCI berkaitan Lembaga Tabung Haji kepada umum.Kerajaan turut memutuskan supaya siasatan oleh pihak berkuasa disambung serta-merta dan mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang akan dihadapkan ke mahkamah.Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli mendakwa tindakan menyimpan laporan tersebut selama bertahun-tahun menimbulkan persepsi bahawa ia hanya didedahkan berdasarkan kepentingan politik semasa.Beliau turut mempersoalkan sama ada masih terdapat laporan atau dokumen lain yang belum didedahkan kepada rakyat."Jika laporan sepenting ini pun boleh disorokkan bertahun-tahun, apakah jaminan tiada lagi perkara lain yang turut disembunyikan oleh kerajaan?"Justice delayed is justice denied'," katanya.





Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji, bentang dan bahas di Dewan Rakyat - Sinarharian - 29/07 3:33 pm

PUTRAJAYA Kabinet bersetuju untuk mengklasifikasikan semula (declassify) dan mendedahkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020.Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat selepas Jemaah Menteri diberi taklimat oleh pengurusan tertinggi Tabung Haji (TH) .Menurutnya, laporan RCI TH juga akan dibentangkan dan dibahaskan dalam satu sidang khas Dewan Rakyat dalam masa terdekat."Jemaah Menteri bersetuju bahawa Laporan ini akan diklasifikasikan semula dan didedahkan pada hari ini





Terkini Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah hari ini - Harapandaily - 29/07 3:30 pm

Jemaah Menteri mengambil maklum bahawa laporan ini telah menggariskan... The post Terkini Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah hari ini appeared first on Harapan Daily .





Laporan RCI Tabung Haji didedah hari ini - Utusan - 29/07 3:25 pm

Jemaah Menteri mengambil maklum bahawa Laporan ini telah menggariskan ... Read more The post Laporan RCI Tabung Haji didedah hari ini appeared first on Utusan Malaysia .





Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji - Mkini - 29/07 3:23 pm

Siasatan terkait isu itu juga akan diteruskan serta-merta





Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji hari ini - FMT - 29/07 3:20 pm

Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata siasatan penuh berdasarkan laporan tersebut akan diteruskan serta-merta.



RCI Tabung Haji - Wrlr - 28/07 3:46 pm

Thank you Johor people who voted for Harapan





RCI Tabung Haji: Jika tak bersalah pertahankan diri, kalau salah dakwa... - Mygazette - 28/07 8:07 am

# RCI Tabung Haji: Jika tak bersalah pertahankan diri, kalau salah dakwa - PM TAMPIN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang tindakan susulan berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji perlu mengikut proses undang-undang tanpa campur tangan mana-mana pihak





Mesyuarat Kabinet Rabu ini putus penerbitan laporan RCI Tabung Haji - Mkini - 27/07 1:42 pm

Anwar berkata dia akan meneliti keputusan untuk menerbitkan laporan itu bersama Ketua Setiausaha Negara.





Jangan politikkan RCI Tabung Haji ketika PRN Negeri Sembilan – Zahid - Mygazette - 27/07 8:09 am

# Jangan politikkan RCI Tabung Haji ketika PRN Negeri Sembilan - Zahid TAMPIN Isu berkaitan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji tidak seharusnya dipolitikkan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya dilihat secara profesional demi memelihara keyakinan pendeposit





Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada... - Mygazette - 26/07 1:37 pm

# Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Jemaah Menteri akan bersetuju untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji kepada umum





Kemuka segera laporan RCI Tabung Haji bagi lindungi kepentingan pendeposit - Pakar - Sinarharian - 25/07 10:05 pm

KUALA LUMPUR - Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH), wajar dikemukakan kepada umum dengan segera bagi mencari kebenaran, melindungi kepentingan pendeposit dan memperkukuh tadbir urus institusi itu.Pensyarah Kanan Sains Politik Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban, Dr Mazlan Che Soh bagaimanapun berkata, pendedahan laporan itu, tidak seharusnya digunakan untuk menghukum mana-mana pihak sebelum proses undang-undang selesai, mahupun untuk memperoleh keuntungan politik jangka pendek."Masyarakat, khususnya para pendeposit, sememangnya berhak mengetahui hasil siasatan tersebut, kerana TH bukan sekadar sebuah institusi kewangan tetapi institusi amanah umat Islam yang menguruskan simpanan untuk menunaikan ibadah haji."Ketelusan diperlukan untuk menjawab segala persoalan, mengenal pasti kelemahan tadbir urus dan memastikan kesilapan yang sama tidak berulang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Beliau berkata, kerajaan perlu menyediakan ringkasan eksekutif, menjelaskan syor-syor RCI yang telah dilaksanakan serta tindakan susulan yang akan diambil.Mazlan yang berpendapat pendedahan laporan itu berpotensi mempengaruhi persepsi sebahagian pengundi khususnya pengundi Melayu-Islam dan pendeposit TH, bagaimanapun berkata perkara itu tidak semestinya mengubah corak sokongan rakyat secara menyeluruh.Beliau berkata, keputusan pengundi dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk isu kos sara hidup, prestasi kerajaan negeri, kredibiliti calon, kesetiaan kepada parti dan kekuatan jentera pada peringkat tempatan.Sementara itu, Pensyarah Kanan Program Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berpandangan, isu TH sudah berlanjutan terlalu lama dan penambahbaikan telahpun dilakukan sejak pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang pertama hingga Kerajaan MADANI sekarang.Bagi pesara kerajaan Wan Osman Hashim, 70, menerusi video yang dimuat naik di laman Tiktok beliau, mahu kerajaan segera menyelesaikan isu itu bagi memastikan keadilan kepada rakyat."Kita nak kerajaan selesaikan dengan segera supaya Tabung Haji tak rugi





Anwar yakin kabinet setuju dedah RCI Tabung Haji kepada umum - Mkini - 25/07 1:12 pm

Orang cabar mengapa tidak zahirkan kepada awam (laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja), saya tiada keberatan, saya setuju tetapi ikut proses," jelas PM.





PM yakin Jemaah Menteri setuju dedah RCI Tabung Haji kepada umum - Sinarharian - 25/07 12:10 am

PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Jemaah Menteri akan memberi persetujuan untuk menzahirkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) kepada umum selepas perkara itu dibawa ke mesyuarat Kabinet pada Rabu ini.Beliau berkata, kerajaan tidak mempunyai sebarang halangan untuk mendedahkan laporan berkenaan kepada orang ramai, namun ia perlu melalui proses dan mendapat kelulusan Jemaah Menteri terlebih dahulu.ARTIKEL BERKAITAN: RCI Tabung Haji: Nyahklasifikasi laporan lengkap segera, elak terus jadi modal fitnah MujahidKerajaan sepatutnya dedah laporan RCI Tabung Haji lebih awal - RafiziRCI Tabung Haji: Jangan lindungi sesiapa jika terbukti bersalah - Asyraf Wajdi"Sekarang riuh soal RCI





Jangan sorok satu baris pun, AMANAH desak laporan RCI Tabung Haji didedah .. - Wrlr - 25/07 7:07 am

ARIF ATAN July 24, 2026 Kerajaan digesa menyahklasifikasikan dan mendedahkan segera laporan penuh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH) tanpa sebarang suntingan yang boleh mengaburkan fakta sebenar





Jangan sorok satu baris pun, AMANAH desak laporan RCI Tabung Haji didedah tanpa suntingan - Harapandaily - 24/07 3:29 pm

Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Zamir Ghazali berkata, pendedahan menyeluruh itu penting bagi memastikan lebih sembilan juta pendeposit TH mengetahui kebenaran berhubung isu tadbir urus, pengurusan aset dan keputusan terdahulu yang... The post Jangan sorok satu baris pun, AMANAH desak laporan RCI Tabung Haji didedah tanpa suntingan appeared first on Harapan Daily .





RCI Tabung Haji: Biar rakyat tahu siapa rosakkan TH - Mygazette - 24/07 3:21 pm

# RCI Tabung Haji: Biar rakyat tahu siapa rosakkan TH KUALA LUMPUR - Pendedahan segera laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) bukan sahaja akan membuktikan siapa dalang di sebalik keruntuhan agensi itu, tetapi juga individu sebenar yang berusaha menyelamatkannya





Pas persoal pengumuman pembentangan RCI TH ketika perkembangan politik Negeri Sembilan - Sinarharian - 24/07 2:49 pm

PUTRAJAYA Pas mempersoalkan keputusan kerajaan untuk mengumumkan pembentangan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) ketika perkembangan politik melibatkan BN, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan menjadi perhatian.Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan perlu menjelaskan mengapa pengumuman itu hanya dibuat sekarang selepas laporan berkenaan sekian lama tidak dibentangkan bagi mengelakkan persepsi ia mempunyai kepentingan atau percaturan politik tertentu.Menurut beliau, walaupun Pas menyambut baik keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentangkan laporan RCI berkenaan, masa pengumuman itu dibuat menimbulkan persoalan, lebih-lebih lagi ketika isu pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam eFishery di Indonesia sedang hangat diperkatakan."Masa pengumuman tersebut dibuat menimbulkan persoalan. Pengumuman ketika berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, ditambah pula dengan isu pelaburan KWAP dalam eFishery di Indonesia yang sedang hangat diperkatakan, boleh menimbulkan persepsi bahawa isu RCI Tabung Haji sedang digunakan sebagai helah politik untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu yang sedang membelenggu kerajaan."Persoalannya, mengapa setelah sekian lama laporan ini tidak dibentangkan, pengumuman mengenainya dibuat ketika landskap politik Negeri Sembilan sedang berubah, termasuk perkembangan hubungan politik antara BN, PH dan PN?"Kerajaan perlu menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi bahawa laporan RCI hanya diketengahkan apabila wujud kepentingan atau tekanan politik tertentu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, Anwar memaklumkan kerajaan bersedia mendedahkan laporan penuh RCI kepada umum, sama ada selepas mendapat kelulusan prosedur yang diperlukan atau selepas Mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.Beliau berkata, laporan itu sebelum ini tidak didedahkan kerana TH sedang melalui proses pemulihan, namun kini rakyat berhak mengetahui kandungannya.RCI berkenaan ditubuhkan pada 2022 bagi menyiasat isu berkaitan pengurusan dan pentadbiran Tabung Haji bagi tempoh 2014 hingga 2020.Sementara, isu eFishery menjadi perhatian besar kerana syarikat pemula (startup) teknologi akuakultur dari Indonesia itu didakwa memalsukan prestasi kewangan untuk menarik pelaburan, menyebabkan pelabur termasuk KWAP mengalami kerugian RM163.4 juta.Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata, Pas sejak awal lagi konsisten mendesak supaya hasil dapatan RCI berkenaan dibentangkan kepada umum dengan segera demi kepentingan umat Islam dan ketelusan pentadbiran negara."Pas telah berulang kali mendesak agar hasil dapatan RCI yang ditubuhkan pada tahun 2022 dibentangkan kepada umum dengan segera.Pas konsisten dengan pendirian bahawa sebarang salah laku yang bercanggah dengan nilai Islam dan undang-undang negara mesti disiasat dan diambil tindakan tanpa mengira siapa yang terlibat," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian berkenaan.Ujarnya, laporan RCI Tabung Haji yang dilaksanakan menggunakan dana awam tidak seharusnya menerima nasib sama seperti laporan RCI berkaitan Batu Puteh yang pembentangannya di Parlimen sebelum ini menjadi pertikaian."Tabung Haji ialah institusi yang sangat dekat dengan umat Islam di negara ini."Justeru, ketelusan dalam mengurus dan menjelaskan segala isu yang melibatkan institusi tersebut amat penting bagi memastikan keyakinan umat Islam terhadap Tabung Haji terus terpelihara," katanya.Beliau berkata, Pas sekali lagi menegaskan bahawa kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbukti melanggar undang-undang."Sekiranya terdapat salah laku, mereka yang bertanggungjawab mesti dihadapkan kepada proses undang-undang secara adil dan telus," jelasnya.





RCI Tabung Haji jadi asas pulihkan integriti, pesalah wajar dipertanggungjawabkan - Mypress - 24/07 2:41 pm

KUALA LUMPUR – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) perlu menjadi titik penamat kepada episod penyelewengan dalam pengurusan institusi itu, selain membuka lembaran baharu ke arah…





RCI Tabung Haji Dijangka Didedah, AMK Harap Jadi Penamat Episod Hitam Institusi - Siakapkeli - 24/07 11:28 am

RCI Tabung Haji Dijangka Didedah, AMK Harap Jadi Penamat Episod Hitam Institusi Pendedahan laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji...





Umno melenting isu RCI Tabung Haji, kena atas bisul ke? - Harapandaily - 24/07 10:15 am

Menurutnya, perubahan kerajaan Persekutuan... The post Umno melenting isu RCI Tabung Haji, kena atas bisul ke? appeared first on Harapan Daily .





RCI Tabung Haji akan tunjukkan bagaimana Insitusi itu rosak di bawah Umno .. - Wrlr - 24/07 9:44 am

Ia juga membantu rakyat menghadam bagaimana sepak terajang politik, melalui tindakan suci mensuci terutamanya oleh Pas, membawa kekeliruan dalam kalangan rakyat mengenai apa yang telah terjadi di Tabung Haji. Sepatutnya, laporan RCI Tabung Haji itu didedahkan seawal 2023 lagi apabila laporan itu mula-mula siap





Saya orang yang paling gembira jika laporan RCI Tabung Haji diumum... - Mygazette - 24/07 8:01 am

# Saya orang yang paling gembira jika laporan RCI Tabung Haji diumum - Rafizi KUALA LUMPUR - Datuk Seri Rafizi Ramli menyifatkan, beliau pihak yang paling gembira jika kerajaan mengumumkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) dalam tempoh terdekat





RCI Tabung Haji: Nyahklasifikasi laporan lengkap segera, elak terus jadi modal fitnah Mujahid - Sinarharian - 23/07 7:25 pm

SHAH ALAM Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menggesa laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH) didedahkan kepada umum segera bagi memastikan isu berkenaan tidak terus dijadikan modal politik.Beliau berkata, langkah itu penting supaya isu TH tidak terus diputar-belitkan, khususnya berkaitan proses pemulihan dan penstrukturan semula institusi berkenaan antara 2018 hingga 2020.Mujahid juga merupakan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, sejak awal 2023 beliau beberapa kali membangkitkan perkara itu di Dewan Negara dengan bertanyakan bilakah laporan RCI berkenaan akan didedahkan kepada awam."Jawapan yang saya dapat daripada menteri bertanggungjawab dalam Kerajaan Perpaduan ialah laporan berkenaan masih tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Katanya, pendedahan laporan RCI itu perlu bagi mengelakkan isu berkenaan terus menjadi bahan politik, memandangkan kontroversi TH sebelum ini banyak berkisar kepada dakwaan serta tuduhan berhubung usaha pemulihan yang dilaksanakan pada tempoh 2018 hingga 2020."Saya menuntut di Dewan Negara yang mulia pendedahan RCI ini untuk mengelakkan isu ini menjadi tujuan politik memandangkan isu TH ini berlegar sekitar memutar-belitkan isu pemulihan TH dari 2018 hingga 2020," katanya.Mujahid berkata, ketika memegang portfolio Menteri Hal Ehwal Agama dari 2018 hingga 2020, beliau bertanggungjawab memulakan dan melaksanakan operasi penstrukturan semula Tabung Haji yang ketika itu berada dalam keadaan defisit dengan jurang antara aset dan tanggungan berjumlah RM10 bilion.Menurutnya, inisiatif pemulihan itu kemudiannya dijadikan kesempatan oleh parti politik tertentu, khususnya Pas dan UMNO yang ketika itu menjadi pembangkang, untuk menyerangnya dengan dakwaan bahawa aset TH dijual oleh beliau dan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.Katanya, cybertrooper Pas dan UMNO termasuk beberapa pemimpin parti berkenaan terus menyebarkan dakwaan berkaitan TH sehingga meletakkan namanya sebagai individu yang didakwa bertanggungjawab merosakkan institusi berkenaan."Saya telah menghadiri debat awam anjuran Sinar Harian (rujuk debat Tabung Haji di YouTube) pasca kejatuhan PH 2020 menjawab segala fitnah berhadapan dengan mantan Pengerusi TH, Datuk Seri Aziz Rahim ketika itu," katanya.Mujahid berkata, beliau turut mengemukakan tuntutan saman fitnah terhadap Setiausaha Agung UMNO berhubung dakwaan mengenai saham TH dalam Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dikatakan dilepaskan.Katanya, pihak terbabit kemudiannya memohon maaf secara terbuka sebagai syarat penyelesaian yang dicapai di luar mahkamah.Beliau berkata, beliau turut disaman oleh bekas Ketua Dewan Ulamak PAS Shah Alam, Ahmad Dusuki Abdul Rani selepas menjawab dakwaan bahawa aset TH telah dijual kepada bukan Islam."Namun beliau kalah dalam samannya kerana komen saya kepada fitnahnya itu adalah adil dan berjustifikasi. Beliau diarahkan membayar kepada saya kerana kalah dalam samannya," katanya.Mujahid berkata, reputasinya terjejas akibat penyebaran dakwaan di media sosial yang mengaitkan beliau sebagai individu bertanggungjawab menjual aset TH kepada bukan Islam serta menteri yang merosakkan TH.Katanya, keadaan itu berlaku walaupun beliau memperoleh kemenangan dalam kes mahkamah berkaitan dan penjelasan mengenai isu berkenaan telah disiarkan menerusi media sosial serta portal berita utama.Beliau berkata, sehingga kini isu TH masih digunakan bagi memburukkan PH dan dirinya dalam kempen pilihan raya negeri, termasuk yang terkini di Johor dan kini di Negeri Sembilan.Menurutnya, sudah tiba masanya laporan RCI TH didedahkan bagi menjawab persoalan mengenai pihak yang bertanggungjawab terhadap masalah yang berlaku dalam TH serta pihak yang berusaha menyelamatkan institusi itu.Mujahid berkata, RCI TH dimulakan ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas diasak oleh PAS yang ketika itu menjadi kerajaan.Katanya, beliau turut dipanggil sebagai saksi di hadapan panel suruhanjaya sebagai menteri bertanggungjawab ketika usaha pemulihan TH dilaksanakan."Saya bertanggungjawab penuh atas semua kenyataan yang saya berikan kepada anggota panel dan pengerusi panel Suruhanjaya untuk dibuat penilaian di mana asasnya saya telah menjual aset TH dan apakah motif sebenarnya penstrukturan semula tahun 2018-2020 yang saya mulakan," katanya.Beliau berkata, semua dokumen yang diperakui telah dikemukakan sebagai jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh panel RCI yang kompeten dan bebas politik.Mujahid berkata, beliau sendiri tidak sabar untuk melihat laporan berkenaan supaya rakyat mengetahui perkara sebenar berkaitan TH dari 2014 hingga 2020, termasuk pihak yang bertanggungjawab merosakkan TH dan peranan beliau dalam usaha memulihkan kembali institusi itu."Hanya Allah tempat saya mengadu selama beberapa tahun ini agar fakta dan bukan auta yang akan menjadi penilaian umat Islam terhadap usaha PH sebelum ini yang berusaha memenuhi janji membela institusi terbesar umat Islam dan siapa yang sebenarnya merosakkan Tabung Haji," katanya.Sehubungan itu, beliau menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya segera mendedahkan laporan RCI Tabung Haji kepada umum.





RCI Tabung Haji: Jangan lindungi sesiapa jika terbukti bersalah - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 23/07 7:14 pm

KUALA PILAH Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) tidak seharusnya berakhir dengan sekadar pendedahan, sebaliknya perlu disusuli tindakan terhadap pihak yang didapati bersalah.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan undang-undang perlu dikenakan terhadap mana-mana pihak yang terbukti melakukan kesalahan tanpa mengira kedudukan atau pengaruh mereka."Eloklah sangat, maknanya yang penting dia kena ambil tindakan. Jangan hanya menimbulkan persepsi."Kalau benar ada yang pihak menyeleweng atau terlibat dalam apa juga bentuk penyimpangan dan rasuah, memang itulah yang telah lama dinantikan rakyat," katanya.Beliau berkata demikian selepas sesi mesra di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Air Mawang dan Bazar Mara Air Mawang di sini, pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan sedia dedah laporan RCI Tabung Haji - PMKerajaan sepatutnya dedah laporan RCI Tabung Haji lebih awal - RafiziAkmal Saleh mohon Anwar tangkap, dakwa orang 'sakau' duit Tabung HajiMenurut Asyraf Wajdi, pendedahan laporan berkenaan hanya akan memberi makna sekiranya pihak yang didapati bersalah dibawa ke muka pengadilan."Jangan hanya berlegar sekitar persepsi tetapi yang salah perlu dibawa ke muka pengadilan





Laporan RCI Tabung Haji dirujuk kepada Kabinet sebelum didedahkan kepada .. - Mygazette - 23/07 4:55 pm

# Laporan RCI Tabung Haji dirujuk kepada Kabinet sebelum didedahkan kepada umum KUALA LUMPUR - Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) akan dirujuk kepada Jemaah Menteri untuk perbincangan terlebih dahulu sebelum didedahkan kepada umum





Kerajaan sepatutnya dedah laporan RCI Tabung Haji lebih awal - Rafizi - Sinarharian - 23/07 4:23 pm

SHAH ALAM - Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji sepatutnya didedahkan kepada umum seawal tahun 2023 lagi apabila ia mula-mula disiapkan.Presiden Parti Bersama Malaysia (Bersama), Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa, tindakan melambat-lambatkan pendedahan laporan itu sebelum ini dipercayai berpunca daripada sikap berhati-hati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menjaga hati UMNO, sehingga keputusan dibuat untuk 'menanam' laporan tersebut pada ketika itu."Apabila sesuatu Suruhanjaya Diraja dibuat, hasil siasatan sepatutnya didedahkan kepada orang ramai kerana hanya isu-isu nasional yang melibatkan kepentingan awam yang disiasat."Laporan RCI Tabung Haji adalah terperinci dan saya yakin ia akan menunjukkan bagaimana institusi itu rosak di bawah pentadbiran UMNO," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Rafizi berkata demikian mengulas bayangan yang diberikan Perdana Menteri bahawa laporan RCI berkenaan bakal didedahkan dalam masa terdekat.Mengulas lanjut, beliau mendakwa keputusan mendedahkan laporan berkenaan dibuat dengan cepat hanya selepas beliau kembali bersuara dari luar sebagai pengkritik."Saya adalah orang yang paling gembira apabila laporan RCI Tabung Haji ini didedahkan kerana ia membuktikan semua pendedahan yang saya buat antara 2015 hingga 2018 mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji adalah benar."Saya lebih gembira kalau ia didedahkan dengan niat untuk membawa kebenaran seawal 2023 lagi, namun saya berdoa biarlah ada pengajaran kepada rakyat Malaysia dari episod ini," jelasnya.Dalam kenyataan sama, Rafizi turut menarik perhatian umum mengenai latar belakang timbulnya isu laporan RCI berkenaan secara tiba-tiba, yang mana beliau pernah bangkitkan dalam ceramah Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dua minggu lalu bagi memberi pemahaman tentang risiko kompromi politik yang bertentangan dengan kepentingan awam.Beliau mendakwa penyelewengan di dalam Tabung Haji berlaku sepanjang lebih sedekad akibat kelemahan tadbir urus di bawah Barisan Nasional (BN), yang kemudiannya 'disucikan' oleh Pas atas nama perpaduan ummah."Biarpun Tabung Haji telah diselamatkan oleh pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2019, rakyat perlu menanggung harga yang sangat tinggi melibatkan puluhan bilion ringgit wang cukai bagi menanggung kerugian pelaburan berkenaan," katanya.Beliau menambah, Tabung Haji dijangka mengambil masa berdekad lagi untuk kembali kukuh, sementara hutang berpuluh bilion itu perlu ditanggung oleh rakyat sekurang-kurangnya bagi tempoh sedekad yang akan datang.





Laporan RCI Tabung Haji bakal didedah? Anwar kata rakyat berhak tahu apa sebenarnya berlaku - Harapandaily - 23/07 1:45 pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan berkenaan boleh diterbitkan seawal hari ini sekiranya tidak memerlukan kelulusan Jemaah Menteri, namun jika... The post Laporan RCI Tabung Haji bakal didedah? Anwar kata rakyat berhak tahu apa sebenarnya berlaku appeared first on Harapan Daily .





Kerajaan sedia dedah laporan RCI Tabung Haji - PM - Sinarharian - 23/07 1:03 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan bersedia mendedahkan laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH) dalam masa terdekat bagi membolehkan rakyat mengetahui hasil siasatan terhadap dakwaan penjualan aset strategik agensi itu.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti keputusan untuk menerbitkan laporan itu bersama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar."Saya akan meneliti dengan Ketua Setiausaha Negara sama ada proses ini harus dirujuk ke Jemaah Menteri terlebih dahulu."Kalau tidak perlu, saya akan terbitkan hari ini





Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah, tunggu keputusan kabinet - Mkini - 23/07 12:22 am

"Jika tidak perlu, saya akan terbitkannya hari ini




Reformasi     >>



RCI Tabung Haji: Apa orang Melayu nak kata, ujar .. - Mkini
"Ha ini bukan masalah Cina. Oo negeri ni rosak kerana Cina. Cina pula Cina DAP la. Aiyooo tara baik," kata Anwar.
Kroni     >>



Bila Jentera Pahang, Kedah ‘botomu’ di PRN .. - Harakahdaily
“Mungkin bukan setakat ‘moleleh air mato dibueknyo’, silap-silap satu markas ‘bogolek golak tak boghonti’“. Di sebalik peperangan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.05 Serting yang bermula sejak 18 Julai lalu, rupanya ..
Tabloid     >>



Rumusan Cadangan RCI Bagi Pemulihan Lembaga Tabung Haji - Vocket
Dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (LTH) baru-baru ini, beberapa cadangan telah diusulkan bagi penambahbaikkan dan memastikan kelangsungan institusi ini dalam jangka... The post Rumusan Cadangan RCI Bagi Pemulihan Lembaga Tabung Haji appeared first on VOCKET .
Tech     >>



Google's new Pixel 11 Pro teaser offers a better look .. - Gsmarena
Ahead of its Made by Google event on August 12, Google has released a new teaser for the upcoming Pixel 11 series, and this one offers a closer look at the new Pixel Glow feature. The new teaser highlights how people already rely on several Google services, including Gmail, Google Maps, ..
World     >>



Iraq calls Saudi-US attacks a flagrant violation of .. - Aljazeera
Prime Minister Ali al-Zaidi cancels first official trip to Saudi Arabia in protest.
Motor Trend     >>



Geely Coolray CBU Malaysia Rasmi Dilancarkan Di .. - Careta
Walaupun berkongsi asas dengan Proton X50, versi Indonesia menampilkan gabungan reka bentuk yang agak unik. Bahagian hadapan masih mengekalkan rupa asal Proton X50 sebelum facelift, namun bampar hadapan menggunakan rekaan lebih agresif daripada Geely Binyue facelift yang diperkenalkan di China