///
See Also: Shopee Pay Promo | Shutterstock

Search : Rci Th News   Page 1    



RCI: TH patutnya rekod kerugian bersih bukan keuntungan – Zulkifli - Mygazette - 11/08 3:17 pm

"Kaedah itu didapati menggunakan sebahagian anggaran pengurusan dan bukan sepenuhnya penilaian profesional atau harga pasaran. "Malah RCI mendapati penggunaan RAV bagi pengiraan agihan keuntungan antara 2014 hingga 2017 tidak selaras dengan piawaian perakaunan yang diiktiraf serta kehendak Akta Tabung Haji," katanya ketika menyampaikan penerangan pada mesyuarat khas Dewan Rakyat bagi membahaskan laporan RCI TH di sini hari ini





Keluar Dewan: Pembangkang tak peduli amanah pendeposit Tabung Haji? - Mygazette - 11/08 3:17 pm

Terdahulu, Takiyuddin mengemukakan cadangan supaya mesyuarat khas itu ditangguhkan, susulan ketidakhadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, yang masing-masing sedang dirawat akibat masalah kesihatan. Mesyuarat Khas Dewan Rakyat membuka ruang kepada Ahli Parlimen untuk meneliti laporan RCI TH yang telah didedahkan kepada umum pada 29 Julai lepas, setelah kerajaan memutuskan bahawa laporan itu perlu diketahui rakyat.





Pembangkang keluar Dewan Rakyat: Drama politik tak matang – Tok Him - Mygazette - 11/08 3:17 pm

# Pembangkang keluar Dewan Rakyat: Drama politik tak matang - Tok Him KUALA LUMPUR Tindakan pembangkang yang keluar dari Dewan Rakyat sebagai protes terhadap perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) disifatkan sebagai drama politik tidak matang. Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Ibrahim Ali menegaskan, alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu hadir untuk membentangkan laporan RCI TH serta menjawab persoalan tidak seharusnya dijadikan asas untuk mengganggu perjalanan persidangan





PN dakwa Sidang Khas RCI Tabung Haji diturun taraf PN dakwa Sidang Khas .. - Mygazette - 11/08 3:17 pm

Perdana Menteri panggil untuk beliau bentang di sini yang pada anggapan semua, laporan ini perlu dibahaskan Ahli Parlimen seterusnya dibuat satu ketetapan dan keputusan," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini. Takiyuddin berkata, pihak pembangkang dimaklumkan status Laporan RCI TH hanya bertaraf penerangan menteri dan bukannya laporan untuk dibahaskan serta diputuskan melalui undian





Anwar persoal mahu bahas isu dirinya atau laporan RCI Tabung Haji? - Mygazette - 11/08 3:17 pm

Susulan itu, ahli-ahli Parlimen PN dilihat bangkit dari tempat duduk masing-masing secara bersama untuk mula beredar keluar dari dewan. Terdahulu, Takiyuddin bangun membangkitkan peraturan mesyuarat 13 meminta supaya sidang khas berkenaan RCI TH pagi ini ditangguhkan, dengan alasan ia tidak dihadiri Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim





RCI TH: Bersatu kekal pertahan hak Islam-Melayu, tak keluar Dewan Rakyat - Mygazette - 11/08 3:17 pm

# RCI TH: Bersatu kekal pertahan hak Islam-Melayu, tak keluar Dewan Rakyat KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berbangga dengan pendirian ahli parlimennya yang memilih untuk kekal berada dalam Dewan Rakyat bagi mengambil bahagian dalam perbahasan berhubung Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) hari ini





RCI TH: Semua parti ada saham dalam kemelut Tabung Haji Rafizi - Kosmo - 11/08 3:15 pm

Bekas Timbalan Presiden PKR dan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, isu berkenaan tidak seharusnya dilihat sebagai kesalahan satu pihak sahaja memandangkan setiap gabungan ... Read more The post RCI TH: Semua parti ada saham dalam kemelut Tabung Haji Rafizi appeared first on Kosmo Digital .





Pembangkang keluar Dewan Rakyat ketika Sidang Khas RCI TH disifatkan kebudak-budakan – Amidi - Mypress - 11/08 2:58 pm

KUALA LUMPUR – Tindakan pembangkang keluar dari Dewan Rakyat ketika pembentangan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) hari ini disifatkan sebagai kebudak-budakan dan tidak bertanggungjawab





Laporan RCI TH sekadar sesi penerangan Menteri? - Harakahdaily - 11/08 2:37 pm

KUALA LUMPUR: Blok pembangkang meminta Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji ditangguhkan ke tarikh lebih sesuai sehingga Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dapat hadir memberikan penjelasan, mendengar perbahasan dan menggulung isu berkenaan. Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Dato Seri Takiyuddin Hassan, berkata permintaan itu dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat […] The post Laporan RCI TH sekadar sesi penerangan Menteri? appeared first on Harakahdaily .





RCI TH: Parlimen bukan 'one-man show' - Syed Saddiq - Sinarharian - 11/08 2:29 pm

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengkritik tindakan sebahagian pemimpin blok pembangkang yang memboikot pembentangan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) dengan keluar daripada Dewan Rakyat.Beliau berpandangan, tanggungjawab ahli Parlimen pembangkang dalam menjalankan fungsi semak dan imbang tidak seharusnya terhenti hanya disebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menghadiri persidangan tersebut atas faktor kesihatan."Parlimen bukanlah 'one-man show'. Yang sakit Perdana Menteri, tetapi yang tidak buat kerja kita pula."Yang dibayar puluhan ribu ringgit, gaji, pencen dan pada masa sama pelbagai elaun hanya untuk memainkan peranan semak dan imbang."Tetapi, kita gagal untuk memainkan peranan tersebut," katanya ketika sidang khas pembentangan RCI TH di Dewan Rakyat, di sini pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung HajiKeluar Dewan: Pembangkang tidak serius isu RCI Tabung Haji ZalihaAhli Parlimen Bersatu tidak keluar dewan, mahu tempoh bahas RCI TH dipanjangkan'Nak bahas saya atau Tabung Haji?' - AnwarPM perlu hadir bahas RCI TH untuk jawab - Mohd SyahirSyed Saddiq berkata, laporan RCI TH bukan milik mana-mana Perdana Menteri mahupun parti politik, sebaliknya melibatkan kepentingan lebih 10 juta pendeposit TH di negara ini.Jelas beliau, wakil rakyat bertanggungjawab untuk meneliti fakta dan membongkar salah laku menerusi perbahasan di Dewan Rakyat."Kalau ada fakta, bahas





Dapatan RCI TH perlu disusuli siasatan penguat kuasa, kata Armizan - FMT - 11/08 2:19 pm

Ahli Parlimen Papar berkata siasatan penting bagi menjernihkan pertikaian mengenai pengurusan Tabung Haji antara 2014 hingga 2020.





TH rugi RM145.3 juta ekoran pelaburan Putrajaya Perdana - SUN - 11/08 2:17 pm

Pelaburan TH dalam Putrajaya Perdana mengheret institusi itu dalam urus niaga 1MDB, mengakibatkan kerugian RM145.3 juta, dedah Laporan RCI TH.





Parlimen bukan tempat penerangan sehala, RCI Tabung Haji perlu dibahas - PN - Sinarharian - 11/08 2:00 pm

KUALA LUMPUR Institusi Parlimen tidak boleh dijadikan sekadar tempat penerangan sehala tanpa ruang perbahasan dan penentuan dasar yang bermakna, khususnya dalam isu yang membabitkan kepentingan pencarum Tabung Haji (TH) dan integriti kewangan negara.Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu penting bagi memastikan proses di Dewan Rakyat benar-benar memberikan ruang kepada Ahli Parlimen untuk membahaskan serta menentukan tindakan susulan terhadap Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.Menurutnya, sidang khas berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH amat mengecewakan apabila ia hanya melibatkan sesi penerangan menteri tanpa sebarang usul, ketetapan mahupun proses pengundian."Lebih menyedihkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sendiri meminta Mesyuarat Khas ini diadakan, gagal hadir bagi menjawab persoalan penting dan mewujudkan proses akauntabiliti yang telus."Kegagalan ini menyebabkan ahli Parlimen pembangkang yang telah bersedia sepenuhnya untuk membahaskan isu rakyat ini, memohon agar sidang berkenaan ditangguhkan sehingga Perdana Menteri sendiri dapat hadir bagi memastikan proses pertanggungjawaban dapat dilaksanakan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung HajiKeluar Dewan: Pembangkang tidak serius isu RCI Tabung Haji ZalihaAhli Parlimen Bersatu tidak keluar dewan, mahu tempoh bahas RCI TH dipanjangkan'Nak bahas saya atau Tabung Haji?' - AnwarPM perlu hadir bahas RCI TH untuk jawab - Mohd SyahirRCI TH: Rosol ibaratkan ketiadaan PM seperti pengantin tak datang majlis kahwin'Ini bukan tatakelola, ini tatatekola' Afnan dakwa kerajaan tidak serius tangani isu RCI THRCI TH: Kabinet setuju siasatan penuh serta-mertaPasukan khas ditubuh laksana syor RCI, pinda Akta TH - Zulkifli[VIDEO] 'Tiada aset TH dijual kepada golongan bukan Islam atau China' - Menteri AgamaLima kali BNM beri amaran kepada TH, bimbang kesan bayaran agihan untung tinggi - Dr ZulkifliTerdahulu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, memutuskan untuk meneruskan Persidangan Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan laporan RCI selepas menolak permohonan Takiyuddin agar persidangan ditangguhkan kerana Anwar tidak dapat hadir berikutan menjalani rawatan perubatan.Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kota Bharu itu turut mempersoalkan prosedur pembentangan laporan RCI Tabung Haji yang disifatkannya sebagai ganjil.Menurutnya, lazimnya laporan RCI dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu di bawah terma embargo sebelum didedahkan kepada umum.Namun, bagi kes RCI Tabung Haji, beliau berkata, laporan tersebut telah didedahkan kepada umum terlebih dahulu ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebelum dibawa ke Dewan Rakyat."Langkah terbalik ini jelas menunjukkan bahawa perbahasan di dalam Dewan kini tidak lagi mempunyai perbezaan ketara berbanding perbahasan di luar Parlimen, melainkan jika Perdana Menteri hadir secara langsung untuk mempertahankan laporan tersebut di hadapan wakil-wakil rakyat," jelas beliau.





Pendeposit TH tidak perlu bimbang, urusan zakat dilaksana ikut syarak - Dr Zulkifli - Sinarharian - 11/08 1:52 pm

KUALA LUMPUR - Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) tidak perlu bimbang mengenai status pelunasan zakat kerana kewajipan itu telah dilaksanakan dengan sempurna dan berlandaskan hukum syarak.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menjelaskan, Jawatankuasa Penasihat Syariah (JPS) TH telah memutuskan bahawa pembayaran zakat bagi pihak pendeposit sebelum konsep wakalah diperkenalkan pada 2019 adalah sah serta selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia."Keseluruhan operasi dan tadbir urus zakat TH adalah berpandukan Garis Panduan Zakat, telah diluluskan dan dipantau oleh JPS TH yang dianggotai pakar-pakar syariah dan kewangan Islam."JPS TH dalam mesyuarat pada 2 September 2020 berpandangan bahawa status pembayaran zakat bagi pendeposit pada tahun-tahun sebelum konsep wakalah adalah sah dan mematuhi hukum syarak," katanya ketika memberi penerangan pada sesi khas Dewan Rakyat berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH, pada Selasa.Menurut Zulkifli, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 3 Mei 1979 turut menetapkan bahawa TH ialah institusi yang tidak wajib zakat ke atasnya, namun berkewajipan membayar zakat bagi pihak pendeposit.Malah ujarnya, TH juga telah menunaikan kewajipan tersebut secara konsisten selaras dengan ketetapan berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung HajiKeluar Dewan: Pembangkang tidak serius isu RCI Tabung Haji ZalihaAhli Parlimen Bersatu tidak keluar dewan, mahu tempoh bahas RCI TH dipanjangkan'Nak bahas saya atau Tabung Haji?' - AnwarPM perlu hadir bahas RCI TH untuk jawab - Mohd SyahirRCI TH: Rosol ibaratkan ketiadaan PM seperti pengantin tak datang majlis kahwin'Ini bukan tatakelola, ini tatatekola' Afnan dakwa kerajaan tidak serius tangani isu RCI THRCI TH: Kabinet setuju siasatan penuh serta-mertaPasukan khas ditubuh laksana syor RCI, pinda Akta TH - Zulkifli[VIDEO] 'Tiada aset TH dijual kepada golongan bukan Islam atau China' - Menteri AgamaLima kali BNM beri amaran kepada TH, bimbang kesan bayaran agihan untung tinggi - Dr ZulkifliBerhubung pembayaran zakat bagi tahun-tahun semasa kontrak Wadiah Yad Damanah digunakan dari tempoh 2016 hingga 2019, beliau menegaskan, zakat yang dikeluarkan adalah zakat perniagaan (secara khultah) bagi pihak pendeposit ke atas kumpulan wang pendeposit diniagakan.Sementara itu mengenai syor RCI berkaitan perubahan dasar dari aspek pengurusan haji terutamanya kelayakan haji dan tempoh menunggu giliran, Zulkifli berkata, TH kini berada pada peringkat akhir memperhalusi penambahbaikan polisi pengurusan haji sebelum ia diumumkan dalam masa terdekat."Penambahbaikan akan melibatkan pelan menunaikan haji yang lebih jelas, terancang dan sistematik sejajar dengan konsep istito'ah atau kemampuan dan penekanan kepada kesiapsiagaan awal," ujarnya.





RCI Tabung Haji: Tambah Baik Pelaksanaan Dasar Tabung Haji Dalam Masa .. - Wrlr - 11/08 12:55 am

Ia kata beliau, sejajar dengan konsep istitoah atau kemampuan dan penekanan kepada kesiapsiagaan awal. TH mengambil maklum pengesyoran daripada Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan perubahan dasar dari aspek pengurusan haji terutamanya dari aspek kelayakan haji dan tempoh menunggu giliran haji, katanya menyampaikan penerangan pada mesyuarat khas Dewan Rakyat bagi membahaskan laporan RCI TH hari ini





Pasukan khas ditubuh laksana syor RCI, pinda Akta TH -Zulkifli - Sinarharian - 11/08 12:53 am

KUALA LUMPUR - Satu Pasukan Kerja (Task Force) sudah ditubuhkan bagi meneliti dan melaksana segala syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) ke arah usaha bagi meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pasukan itu dipengerusikan oleh Pengerusi TH dan dianggotai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dan juga Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC)."Saya dimaklumkan Task Force ini bersetuju untuk mengesyorkan supaya aspek pengurusan dana dan pelaburan TH dikawalselia oleh SC manakala aspek pengurusan haji akan dikawal selia oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan TH kekal sebagai satu entiti yang utuh."Butiran lanjut syor tersebut akan diberikan kepada saya untuk pertimbangan lanjut bagi dibentangkan kepada kabinet untuk kelulusan seterusnya," katanya ketika menyampaikan penerangan pada sesi khas Dewan Rakyat bagi membahaskan laporan RCI TH, pada Selasa.Beliau menjelaskan, peruntukan undang-undang seperti piawaian perakaunan yang diguna pakai dan penalti salah lapor penyata kewangan akan dimasukkan ke dalam Akta Tabung Haji dan dikemaskini selaras cadangan-cadangan RCI bagi menjamin perkara yang dilaporkan oleh RCI tidak berulang.ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung HajiKeluar Dewan: Pembangkang tidak serius isu RCI Tabung Haji ZalihaAhli Parlimen Bersatu tidak keluar dewan, mahu tempoh bahas RCI TH dipanjangkan'Nak bahas saya atau Tabung Haji?' - AnwarPM perlu hadir bahas RCI TH untuk jawab - Mohd SyahirRCI TH: Rosol ibaratkan ketiadaan PM seperti pengantin tak datang majlis kahwin'Ini bukan tatakelola, ini tatatekola' Afnan dakwa kerajaan tidak serius tangani isu RCI THRCI TH: Kabinet setuju siasatan penuh serta-mertaDalam pada itu Zulkifli menegaskan, krisis TH tidak berlaku dalam sekelip mata, sebaliknya ia kesan terkumpul daripada kerakusan dan penyelewengan, kelemahan tadbir urus, campur tangan kepentingan tertentu, keputusan pelaburan berisiko serta kegagalan menggambarkan kedudukan kewanwagn yang telus."Dicadangkan untuk larangan bagi ahli politik aktif dilantik sebagai Pengerusi atau anggota Lembaga TH





RCI Tabung Haji: Tindakan Segelintir MP Pembangkang Keluar Dewan Rakyat .. - Wrlr - 11/08 12:50 am

Susulan itu, Ahli-ahli Parlimen PN dilihat bangkit dari tempat duduk masing-masing secara bersama untuk mula beredar keluar dari dewan. Antara alasan Takiyuddin yang bangun membangkitkan peraturan mesyuarat 13 meminta supaya sidang khas berkenaan RCI TH pagi ini ditangguhkan, dengan alasan ia tidak dihadiri Anwar yang juga Menteri Kewangan





RCI TH: Kabinet setuju siasatan penuh serta-merta - Sinarharian - 11/08 12:34 am

KUALA LUMPUR - Kabinet pada akhir Julai lalu bersetuju supaya agensi penguatkuasaan melaksanakan siasatan penuh serta-merta berdasarkan dapatan dalam laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH).Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memulakan siasatan susulan dengan menahan beberapa individu penting yang dikaitkan isu penyelewengan sepertimana tertera di dalam laporan tersebut.Menurut beliau, tindakan tegas itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan dan badan penguat kuasa bahawa tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat salah guna kuasa mahupun pecah amanah harta serta dana suci milik jemaah haji di negara ini."Dalam hal ini, saya mengambil kesempatan menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menegaskan agar siasatan mengenai dapatan RCI TH dijalankan secara menyeluruh dan telus tanpa sebarang kompromi sehingga ke lubang cacing."Keprihatinan baginda menggariskan kepentingan utama dalam memelihara amanah dan keyakinan umat Islam terhadap institusi pengurusan haji serta kewangan Islam negara ini adalah selari iltizam Kerajaan Madani," katanya ketika sidang khas Dewan Rakyat, di sini pada Selasa.Beliau dalam masa sama memberitahu, TH berjaya melaksanakan lebih 75 peratus daripada syor RCI bagi meningkatkan tadbir urus dan kesejahteraan institusi tersebut.Tambah beliau, TH juga menyatakan kesediaan dan komitmen untuk menyelesaikan baki syor relevan yang kini dalam pelaksanaan.ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung HajiKeluar Dewan: Pembangkang tidak serius isu RCI Tabung Haji ZalihaAhli Parlimen Bersatu tidak keluar dewan, mahu tempoh bahas RCI TH dipanjangkan'Nak bahas saya atau Tabung Haji?' - AnwarPM perlu hadir bahas RCI TH untuk jawab - Mohd SyahirRCI TH: Rosol ibaratkan ketiadaan PM seperti pengantin tak datang majlis kahwinSementara itu, beliau berpendapat bahawa cukup sukar untuk mengatakan golongan yang bertanggungjawab pada ketika itu tidak mengetahui masalah sedang membarah dalam TH.Jelasnya, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan beberapa surat peringatan sebanyak lima siri kepada Pengerusi TH dan Menteri Hal Ehwal Agama (ketika itu) mengenai masalah jurang antara aset serta tanggungan TH."Mereka diberi amaran bukan satu, bukan dua, tetapi lima kali bahawa keadaan itu perlu diperbetulkan segera bagi memastikan TH tidak terus melanggar undang-undang."Semua mesti tahu amaran-amaran BNM itu bukannya tiada asas





'Ini bukan tatakelola, ini tatatekola' Afnan dakwa kerajaan tidak serius tangani isu RCI TH - Sinarharian - 11/08 12:32 am

KUALA LUMPUR Kerajaan didakwa tidak serius mengambil tindakan terhadap isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) apabila Sidang Khas Dewan Rakyat pada Selasa hanya berlangsung dalam bentuk sesi Penerangan Menteri tanpa usul khusus.Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, kerajaan sepatutnya membentangkan satu usul khusus bagi membolehkan Dewan Rakyat membuat keputusan berhubung tindakan susulan terhadap laporan berkenaan."Tetapi hari ini hanya ada sesi Penerangan Menteri





RCI TH: Rosol ibaratkan ketiadaan PM seperti pengantin tak datang majlis kahwin - Sinarharian - 11/08 12:27 am

KUALA LUMPUR - Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat hari ini kecoh susulan usul pembangkang untuk menangguhkan sesi itu atas alasan ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditolak.Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) bangkit mempersoalkan kewajaran sesi itu diteruskan dengan menyifatkan ia tidak lengkap seperti majlis perkahwinan diadakan tanpa pengantin."Sekarang majlis perkahwinan nak dibuat, pengantin tak datang," katanya.Bagaimanapun Speaker, Tan Sri Johari Abdul menegaskan, tindakan Rosol membuat perbandingan sedemikian sebagai tidak kena memandangkan masih ada anggota Kabinet yang hadir pada sidang khas itu termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi."Tak ada majlis perkahwinan. Semua termasuk saya, terikat dengan perkara 11 (3), maknanya bila Perdana Menteri memohon untuk adakan persidangan ini, beliau hantar surat dan saya akur untuk benarkan majlis ini diadakan."Untuk menyatakan kenapa Perdana Menteri tidak ada, kita masih ada Timbalan Perdana Menteri di sini, adakah anda mahu 'downgrade' kedudukan beliau? Beliau mewakili Kabinet."Kita masih ada dua sesi yang penting iaitu pada 5 Oktober ini adalah pembentangan Bajet, itulah peluang yang boleh digunakan oleh semua ahli Yang Berhormat," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN : Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung HajiKeluar Dewan: Pembangkang tidak serius isu RCI Tabung Haji ZalihaAhli Parlimen Bersatu tidak keluar dewan, mahu tempoh bahas RCI TH dipanjangkan'Nak bahas saya atau Tabung Haji?' - AnwarPM perlu hadir bahas RCI TH untuk jawab - Mohd SyahirTerdahulu, perang mulut turut tercetus di antara Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau), Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) dan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) sebaik Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bangkit mengemukakan usul supaya sesi khas itu ditangguhkan kerana ketiadaan Perdana Menteri.Shahidan berkata, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun sepatutnya ada kerana beliau yang sering mengaitkan TH dengan salah laku sakau.Bagaimanapun, Mohd Sany mempersoalkan kewajaran Ahli Parlimen pembangkang yang mendesak penangguhan sesi itu."Saya nak minta petua Speaker, saya baca dalam buku peraturan ini yang menyebut Perdana Menteri boleh adakan persidangan ini dan tak semestinya (PM) ada dalam sesi ini."Kabinet ini bekerja secara kolektif





PM perlu hadir bahas RCI TH untuk jawab - Mohd Syahir - Sinarharian - 11/08 12:04 am

Pembangkang minta sidang ditangguhkan. Jika PM hadir, kita bahas, supaya ada tanggungjawab," katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.Mohd Syahir berkata, isu RCI Tabung Haji penting dan sewajarnya diberikan ruang perbahasan yang membolehkan pihak berkaitan memberikan penjelasan serta bertanggungjawab terhadap perkara yang dibangkitkan.Beliau turut mempersoalkan perbezaan proses pendedahan Laporan RCI Tabung Haji berbanding kebiasaan laporan RCI lain."Laporan RCI biasanya dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu untuk dibahaskan, kemudian didedahkan kepada umum namun laporan RCI Tabung Haji adalah berbeza, didedahkan lebih awal kepada umum, semasa Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan, kemudian baru dibentangkan di Parlimen," katanya.ARTIKEL BERKAITAN : Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung HajiKeluar Dewan: Pembangkang tidak serius isu RCI Tabung Haji ZalihaAhli Parlimen Bersatu tidak keluar dewan, mahu tempoh bahas RCI TH dipanjangkan'Nak bahas saya atau Tabung Haji?' - AnwarSehubungan itu, Mohd Syahir berpandangan nilai perbahasan di Dewan Rakyat perlu dilihat dalam konteks sejauh mana pihak berkaitan dapat memberikan jawapan terhadap persoalan yang dibangkitkan."Maka tiada beza berbahas di luar mahupun di dalam Dewan, melainkan jika YAB PM hadir untuk menjawab," jelas beliau.Sidang Khas Dewan Rakyat pada Selasa diadakan bagi membahaskan Laporan RCI berhubung pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji bagi tempoh 2014 hingga 2020.Anwar sebelum ini memohon maaf kerana tidak dapat hadir dalam sidang khas berkenaan dan memaklumkan beliau akan mengikuti perbahasan secara dekat.Menurut Setiausaha Akhbar Kanan beliau, Tunku Nashrul Abaidah, keadaan kesihatan Perdana Menteri semakin baik dan beliau akan meneruskan rawatan fisioterapi di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan.





'Nak bahas saya atau Tabung Haji?' - Anwar - Sinarharian - 11/08 11:53 am

KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak tindakan pembangkang yang didakwa lebih memberi tumpuan kepada ketidakhadiran beliau dalam Sidang Khas Dewan Rakyat berbanding isu pengurusan dan pengkhianatan terhadap Tabung Haji (TH).Dalam hantaran di media sosialnya, Anwar yang kini sedang menjalani rawatan perubatan berkata, perkara utama yang sepatutnya diberi perhatian ialah Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji, bukannya keadaan atau kehadiran beliau dalam persidangan khas berkenaan."Nak bahas tentang saya, atau nak bahas tentang Tabung Haji? Nak ambil tahu tentang saya atau nak ambil tahu tentang pengkhianatan terhadap Tabung Haji?" katanya pada Selasa.Menurut Anwar, isu berkenaan membabitkan kepentingan umat Islam dan tidak sepatutnya dijadikan ruang untuk permainan politik."Orang Melayu Islam telah dikhianati, tapi masih ada yang mahu main drama politik? Apatah lagi datang daripada pihak yang melaung-laungkan tentang Melayu Islam," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung HajiKeluar Dewan: Pembangkang tidak serius isu RCI Tabung Haji ZalihaAhli Parlimen Bersatu tidak keluar dewan, mahu tempoh bahas RCI TH dipanjangkanBeliau turut mempersoalkan pendirian Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi Pas berhubung kepentingan pendeposit Tabung Haji, khususnya golongan yang bekerja keras mengumpulkan simpanan bagi menunaikan Rukun Islam kelima."Apakah PN yang ditunjangi Pas tidak mementingkan kepentingan orang susah, nelayan, petani, guru, polis, tentera, pesara yang mengerah keringat untuk menyimpan wang dalam Tabung Haji untuk menunaikan Rukun Islam kelima?" soalnya.Anwar berkata, tumpuan sepatutnya diberikan kepada kepentingan golongan berkenaan yang menjadi pendeposit Tabung Haji dan memastikan amanah mereka terus dipelihara.Hantaran itu dibuat ketika Sidang Khas Dewan Rakyat berlangsung bagi membahaskan Laporan RCI Tabung Haji.Anwar sebelum ini memaklumkan beliau tidak dapat hadir ke sidang khas berkenaan atas faktor kesihatan, namun akan mengikuti perbahasan secara dekat.Sidang khas berkenaan diteruskan dengan perbahasan Laporan RCI Tabung Haji selepas Speaker Dewan Rakyat menolak permintaan supaya persidangan ditangguhkan susulan ketidakhadiran Perdana Menteri.





Dr Zaliha Persoal Tindakan Pembangkang Keluar Beramai-ramai Ketika Sidang Khas RCI TH - Siakapkeli - 11/08 11:51 am

Dr Zaliha Mustafa mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen pembangkang keluar beramai-ramai ketika Sidang Khas Dewan Rakyat membahaskan Laporan RCI berkaitan Tabung Haji.





Blok Pembangkang Keluar Dewan Rakyat, Tidak Ambil Bahagian Penerangan Menteri Berhubung RCI TH - Siakapkeli - 11/08 11:50 am

Blok Pembangkang Keluar Dewan Rakyat, Tidak Ambil Bahagian Penerangan Menteri Berhubung RCI THKUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Ahli Parlimen pembangkang berti...





Ahli Parlimen Bersatu tidak keluar dewan, mahu tempoh bahas RCI TH dipanjangkan - Sinarharian - 11/08 11:41 am

KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Bersatu tidak akan keluar Dewan atau ketika Sidang Khas Dewan Rakyat membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH).Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, isu berkenaan penting kepada rakyat dan tidak seharusnya dicemari dengan sebarang bentuk drama politik."Ahli-ahli Parlimen Bersatu adalah pembangkang





Cakap macam jaguh pertahan kepentingan Islam, tapi enggan bahas RCI TH, kata Zaliha - FMT - 11/08 11:29 am

Pengerusi kelab penyokong kerajaan beritahu Ahli Parlimen pembangkang ini bukan masa buat drama politik.





Sidang khas bahas RCI TH kecoh, pembangkang ‘boikot’ keluar Dewan - Harapandaily - 11/08 10:58 am

Alasan yang diberikan pembangkang untuk menangguhkan sidang... The post Sidang khas bahas RCI TH kecoh, pembangkang ‘boikot’ keluar Dewan appeared first on Harapan Daily .





Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung Haji - Sinarharian - 11/08 10:50 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sebahagian besar ahli Parlimen blok Pembangkang bertindak keluar dewan selepas usul penangguhan sidang khas Dewan Rakyat untuk membahaskan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) ditangguhkan, ditolak Speaker, Tan Sri Johari Abdul.Sebelum sesi penerangan menteri bermula, Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN - Kota Bharu) bangkit dengan Peraturan Mesyuarat 11 (3) susulan ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Namun Johari menegaskan, ia tetap diteruskan seperti dijadualkan dengan sesi penerangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan."Kita mempunyai Timbalan Perdana Menteri di sini. Adakah kita akan menurunkan taraf kedudukan Timbalan Perdana Menteri? Tidak."Timbalan Perdana Menteri mewakili Kabinet dan begitu juga dengan menteri-menteri lain," jelasnya.Beliau berkata, prosiding Dewan Rakyat direkodkan dan boleh diteliti dengan lebih lanjut oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang berkaitan.Takiyuddin kemudian memaklumkan, pihak Pembangkang tidak akan mengikuti perbahasan tersebut sebelum Johari memutuskan bahawa mereka yang berhasrat untuk tidak mengikuti perbahasan boleh meninggalkan dewan.Sementara itu dalam sesi sidang media di bangunan Parlimen, Takiyuddin menjelaskan, keputusan ahli-ahli Parlimen Pas dan Parti Wawasan Negara (Wawasan) itu ekoran keputusan kerajaan yang hanya menjadikan laporan RCI TH sebagai sesi penerangan menteri.Ujar beliau, keadaan itu berbeza dengan proses RCI sebelum ini yang dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan dan seterusnya dibuat keputusan melalui undian."Ini bukan saja tidak ada pengundian, tetapi di 'downgrade' kepada penerangan menteri sahaja yang pada bila-bila masa boleh dibuat semasa persidangan biasa."Seorang menteri beri penerangan, ahli Parlimen boleh bertanya dan sebagainya





Pembangkang kecuali Bersatu boikot sidang khas bahas RCI TH - Mkini - 11/08 10:48 am

PARLIMEN l Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan pada awalnya tampil mengusulkan agar sidang khas RCI Tabung Haji (TH) ditangguh susulan Anwar tidak dapat menghadiri sesi hari ini.





Pembangkang keluar Dewan enggan bahas RCI TH - FMT - 11/08 10:42 am

Pembangkang sebelum ini menghantar surat kepada speaker supaya sidang khas ditangguhkan sehingga perdana menteri kembali bertugas.





Taklimat Khas BN RCI TH: 'Bagus', tunggu esok' antara respons ringkas ahli Parlimen BN - Sinarharian - 10/08 8:16 pm

KUALA LUMPUR - Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) memberi respons ringkas ketika ditemui selepas menghadiri taklimat khas berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) pada Isnin.Ketika ditanya wartawan mengenai perkembangan taklimat yang berlangsung di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan hanya menjawab 'bagus'.Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pula meminta wartawan 'tunggu esok' ketika ditanya mengenai taklimat berkenaan.Taklimat yang bermula kira-kira jam 5 petang itu berakhir sekitar jam 7 malam.Selepas taklimat, beberapa Ahli Parlimen BN dilihat meninggalkan lokasi, antaranya Ahmad Maslan; Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary; Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias; Mohamad Alamin dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.Difahamkan, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan turut berada di lokasi berkenaan.Terdahulu, taklimat khas itu diadakan menjelang sidang khas Dewan Rakyat pada 11 Ogos bagi membahaskan laporan RCI berkaitan TH yang didedahkan kerajaan baru-baru ini.Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang sebelum ini dijangka berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, WTCKL.Sebelum ini, Ahmad Maslan memaklumkan taklimat berkenaan dibuat bagi menyeragamkan pertahanan atau perbahasan ahli Parlimen gabungan itu dalam perbahasan laporan RCI tersebut.Beliau turut memaklumkan beberapa wakil Kelab Ahli Penyokong BN (BNBBC) telah dikenal pasti untuk mengambil bahagian dalam sesi sidang khas Dewan Rakyat pada 11 Ogos.





PN cadang sidang khas RCI TH ditangguh sehingga PM pulih - FMT - 10/08 8:13 pm

Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan kata pembentangan isu 'sangat penting' itu wajar dibuat sendiri oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.





PN cadang sidang khas Parlimen RCI TH ditangguhkan - Sinarharian - 10/08 6:14 pm

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) mencadangkan sidang khas Dewan Rakyat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) yang dijadualkan pada Selasa ditangguhkan ke satu tarikh yang lebih sesuai.Ketua Whip Ahli Parlimen PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, cadangan itu dibuat susulan perkembangan terkini keadaan kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dalam proses pemulihan."Memandangkan isu TH merupakan perkara yang sangat penting dan melibatkan kepentingan awam, PN berpandangan bahawa adalah amat wajar sekiranya pembentangan laporan ini dibuat sendiri oleh Perdana Menteri."Ini kerana, Perdana Menteri sendiri telah membangkitkan perkara ini kepada pengetahuan umum ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sedangkan laporan RCI tersebut telah tersedia sejak beberapa tahun yang lalu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Terdahulu, Anwar selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut atau para-umbilical hernia dan kini menjalani rawatan fisioterapi serta berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan.Takiyuddin berkata, pihaknya telah menghantar surat rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul bagi memohon penangguhan sidang berkenaan."Kehadiran Perdana Menteri sendiri di Dewan Rakyat untuk membentangkan dan memberikan penjelasan berhubung laporan RCI ini adalah amat signifikan."Ia bukan sahaja penting dari sudut ketelusan dan akauntabiliti, malah wajar bagi memastikan rakyat mendapat penjelasan yang menyeluruh dan komprehensif mengenai perkara yang pernah dibangkitkan oleh Perdana Menteri sendiri sebelum ini," ujar beliau.Pada masa sama, PN turut mendoakan agar Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dikurniakan kesembuhan segera serta dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa.Fadillah dilaporkan akan menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dalam masa terdekat atas nasihat pasukan pakar perubatan.





Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bahas laporan RCI Tabung Haji esok - Mygazette - 10/08 5:23 pm

Sesi perbahasan itu kemudian dijangka digulung oleh Zulkifli dan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Pada Rabu lepas, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul bersetuju supaya persidangan khas Parlimen pada Selasa diadakan tanpa waktu rehat bagi memberi ruang secukupnya kepada Ahli Parlimen membahaskan Laporan RCI TH





Tangguh perbahasan RCI TH, tunggu Anwar - Hamzah - Sinarharian - 10/08 4:35 pm

KUALA LUMPUR Tiada keperluan meneruskan perbahasan mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) di Parlimen sekiranya Perdana Menteri tidak dapat hadir untuk memberikan penjelasan.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu sewajarnya ditangguhkan terlebih dahulu bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dan membahaskan isu berkenaan, terutama apabila RCI telah dilakukan kira-kira tiga tahun lalu."Kalau isunya besar kepada dia sebagai Perdana Menteri, apa yang patut dibuat? Dia beritahu dengan Speaker, tangguhkan dahulu."Sebab nak tunggu dia sendiri untuk membahaskan isunya, bukan semata-mata kerana lontaran telah dilakukan," katanya kepada Sinar Harian dalam sesi wawancara eksklusif, pada Isnin.Sebelum ini Anwar dilapor sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah.Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan laporan RCI TH dijadual berlangsung pada Selasa, dimulakan dengan sesi penerangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan.Sesi perbahasan itu kemudian dijangka digulung oleh Zulkifli dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.Dalam pada itu Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut turut mempersoalkan tindakan membawa semula isu berkenaan ke Parlimen selepas tempoh yang begitu lama.Menurutnya, isu berkenaan mula dilontarkan oleh Perdana Menteri ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebelum cadangan mengadakan sidang khas bagi membincangkan perkara tersebut."Sebelum ini ada kenyataan Anwar melawat beberapa orang di hospital dan hari ini, beliau dilaporkan mendapat rawatan selama dua hari."Sekiranya Perdana Menteri menjalani rawatan, perkara itu perlu diambil kira sebelum perbahasan mengenai isu RCI TH diteruskan."Kalau isu ini besar kepada dia sebagai Perdana Menteri, beliau sepatutnya bagi tahu kepada Speaker untuk tangguhkan dahulu sesi berkenaan sebab nak tunggu dia sendiri membahaskan isu ini sebagai isu yang besar," ujarnya.Laporan RCI setebal 211 halaman mengenai TH yang diterbitkan pada 29 Julai lepas mendedahkan pelbagai penemuan berkaitan kelemahan pengurusan dan operasi institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020.Antara dapatan utama RCI ialah kelemahan tadbir urus, termasuk campur tangan politik dalam pengurusan serta pengagihan keuntungan tanpa mengambil kira kesan rosot nilai dan kejatuhan nilai saksama pelaburan.





Laporan RCI TH: “Jangan lindungi kelemahan dengan nama Melayu” – Mahfuz - Mypress - 10/08 4:22 pm

APABILA Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji didedahkan, kita melihat satu perkara yang agak pelik





Mesyuarat khas Dewan Rakyat bahas laporan RCI Tabung Haji esok - Sinarharian - 10/08 10:27 am

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) akan berlangsung esok.Berdasarkan takwim Mesyuarat Khas Penggal Kelima Parlimen Ke-15 yang disiarkan di portal Parlimen, Dewan Rakyat akan bersidang selama sehari bermula 10 pagi.Persidangan itu turut disiarkan secara langsung menerusi platform YouTube Parlimen Malaysia serta saluran media rasmi.Mesyuarat khas itu dijadual dimulakan dengan sesi penerangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan berhubung laporan RCI berkenaan, diikuti sesi pertanyaan dan perbahasan oleh Ahli Parlimen.Sesi perbahasan itu kemudian dijangka digulung oleh Zulkifli dan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.Pada Rabu lepas, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul bersetuju supaya persidangan khas Parlimen pada Selasa diadakan tanpa waktu rehat bagi memberi ruang secukupnya kepada Ahli Parlimen membahaskan Laporan RCI TH.Fahmi berkata sekurang-kurangnya 35 hingga 40 Ahli Parlimen telah menyatakan kesediaan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan.Laporan RCI setebal 211 halaman mengenai TH yang diterbitkan pada 29 Julai lepas mendedahkan pelbagai penemuan berkaitan kelemahan pengurusan dan operasi institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020.Antara dapatan utama RCI ialah kelemahan tadbir urus, termasuk campur tangan politik dalam pengurusan serta pengagihan keuntungan tanpa mengambil kira kesan rosot nilai dan kejatuhan nilai saksama pelaburan.Menurut laporan itu, TH sepatutnya mencatat kerugian bersih RM1.4 bilion pada 2017, bukannya keuntungan RM3.4 bilion seperti dilaporkan, sekiranya Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) diguna pakai sepenuhnya.Dapatan itu menunjukkan kedudukan kewangan TH ketika itu berada pada tahap kritikal, selain wujud jurang defisit antara aset dan liabiliti sejak 2014 serta beberapa isu berkaitan rosot nilai pelaburan.Laporan itu turut mengenal pasti beberapa faktor yang menyumbang kepada krisis kewangan TH, antaranya pembayaran hibah yang tinggi, amalan perakaunan kreatif, ketidaktegasan Ketua Audit Negara, penambahan visi TH sebagai tonggak ekonomi ummah serta peningkatan tanggungan Bantuan Kewangan Haji (HAFIS).RCI turut mendapati wujud transaksi mencurigakan dan penyembunyian maklumat





Sultan Ibrahim titah siasat RCI TH ‘sehingga ke lubang cacing??? - Mygazette - 9/08 4:53 pm

# Sultan Ibrahim titah siasat RCI TH 'sehingga ke lubang cacing KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan supaya siasatan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) dijalankan secara menyeluruh dantidak berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah





RCI TH: Kerajaan tak tolak ansur salah guna kuasa, penyelewengan – .. - Mygazette - 9/08 4:53 pm

# RCI TH: Kerajaan tak tolak ansur salah guna kuasa, penyelewengan - Zulkifli KUALA LUMPUR Kerajaan tidak akan bertolak ansur dan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah guna kuasa, penyelewengan atau kelemahan pengurusan yang boleh menjejaskan kepentingan pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH)





Pemuda PKR gesa siasatan dapatan RCI TH fokus 3 isu kritikal - Mkini - 9/08 3:38 pm

Sayap PKR itu saran audit forensik secara mendalam dibuat bagi meneliti jejak wang Tabung Haji





Anwar jamin siasatan RCI TH dilaksana tanpa kompromi - Sinarharian - 8/08 3:37 pm

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan siasatan berhubung Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) akan dilaksanakan secara menyeluruh tanpa sebarang kompromi.Beliau berkata, titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung perkara itu juga selari dengan iltizam kerajaan untuk memastikan setiap syor dan dapatan disiasat secara tuntas tanpa sebarang kompromi."Tabung Haji menguruskan amanah yang lahir daripada hasil keringat jutaan rakyat termasuk petani, penjawat awam dan golongan berpendapatan sederhana serta rendah yang menabung selama bertahun-tahun demi menyahut panggilan haji."Amanah sebesar ini tidak seharusnya dikhianati. Justeru, sesiapa yang didapati menyalahgunakan kepercayaan tersebut hendaklah diheret ke muka pengadilan menurut lunas undang-undang," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.Terdahulu Sultan Ibrahim bertitah supaya siasatan RCI TH dijalankan 'sehingga ke lubang cacing' supaya setiap pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya, selain memastikan perkara sama tidak berulang pada masa akan datang.Dalam pada itu Anwar menegaskan, kerajaan akan terus berpegang teguh kepada prinsip tatakelola baik, ketelusan dan kebertanggungjawaban dengan memastikan keadilan ditegakkan serta setiap pengkhianatan terhadap amanah rakyat dikenakan tindakan tegas tanpa mengira kedudukan atau pangkat.Menurutnya, kerajaan juga akan terus memperkukuh kawalan keselamatan di semua pintu masuk negara melalui penguatkuasaan yang berkesan, pemantauan berterusan serta kerjasama erat antara agensi bagi membendung jenayah rentas sempadan, sekali gus memelihara keselamatan dan kedaulatan negara."Baginda Tuanku turut menyentuh perkembangan berkaitan Felda dan saya telah menyembah maklum mengenai kemajuan siasatan serta laporan Pasukan Petugas Khas yang sedang diperhalusi kerajaan agar segala penemuan diteliti secara menyeluruh dan tindakan sewajarnya diambil menurut lunas undang-undang."Insya-ALLAH saya dan seluruh jentera kerajaan akan sentiasa menjunjung titah Baginda Tuanku demi memperkukuh tadbir urus, penguatkuasaan dan keselamatan negara, sekali gus menjamin kesejahteraan rakyat keseluruhannya," ujarnya.





RCI TH: LHDN perlu siasat kemungkinan pengelakan cukai Kumpulan TH bagi tempoh 2014-2020 - Sinarharian - 8/08 2:58 pm

Ia bukan kerja individu," katanya.Mazlan berkata, penemuan laporan RCI itu harus dijadikan permulaan untuk siasatan lebih mendalam dan bukan pengakhiran proses tersebut selain menekankan agensi penguatkuasaan kini mesti menentukan sekiranya isu yang timbul menunjukkan perbuatan jenayah tertentu serta mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab.Beliau berkata, antara masalah utama yang dibangkitkan RCI ialah kelemahan tadbir urus, terutamanya pada peringkat lembaga pengarah.Sebagai akauntan bertauliah dan ahli majlis Institut Akauntan Malaysia (MIA), beliau berkata, lembaga pengarah mempunyai kewajipan fidusiari untuk menyediakan pengawasan, mekanisme semak dan imbang serta hala tuju yang sewajarnya bagi organisasi berkenaan."Lembaga pengarah bertanggungjawab atas apa sahaja dilakukan oleh pihak pengurusan. Mereka mesti melaksanakan kewajipan fidusiari mereka serta menyediakan mekanisme semak dan imbang," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' Mujahid'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal SalehPenerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi IKIMRCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihanLaporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaRCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politikHibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTHRCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikanRCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasaRCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui THLaporan RCI yang diterbitkan pada 29 Julai mendedahkan pelbagai penemuan penting berkaitan pengurusan dan tadbir urus institusi tersebut bagi tempoh 2014 hingga 2020.Sidang khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 11 Ogos untuk membahaskan laporan itu





Agong titah siasat Laporan RCI Tabung Haji 'sehingga ke lubang cacing' - Sinarharian - 8/08 1:03 pm

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini bertitah supaya siasatan berhubung Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) dijalankan 'sehingga ke lubang cacing'.Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah langkah itu penting bagi memastikan setiap pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya, selain memastikan perkara sama tidak berulang pada masa akan datang.Selain itu, Sultan Ibrahim juga bertitah supaya siasatan berhubung perkara berkenaan dilaksanakan secara menyeluruh, tanpa berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah."Jangan ada yang terlepas daripada tindakan sekiranya benar-benar didapati bersalah. Yang penting, perkara seperti ini tidak boleh berulang," titah Seri Paduka Baginda.ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' Mujahid'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal SalehPenerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi IKIMRCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihanLaporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaRCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politikHibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTHRCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikanRCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasaRCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui THTerdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pertemuan berlangsung lebih sejam di Istana Bukit Tunku, hari ini.Dalam pertemuan itu, Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan taklimat mengenai kandungan Laporan RCI TH, selain isu semasa membabitkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).Laporan RCI yang diterbitkan pada 29 Julai lepas mendedahkan pelbagai dapatan penting berkaitan pengurusan dan tadbir urus institusi berkenaan bagi tempoh 2014 hingga 2020.Satu sidang khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 11 Ogos ini bagi membahaskan laporan berkenaan





RCI TH: SPRM selesai rakam percakapan CFO badan berkanun - Mygazette - 8/08 7:47 am

# RCI TH: SPRM selesai rakam percakapan CFO badan berkanun KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah selesai merakam percakapan bekas ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa pembelian saham dua buah syarikat perladangan bernilai kira-kira RM370 juta





RCI TH: Empat hari rakam keterangan bekas CFO, selesai - Kosmo - 7/08 8:54 pm

Halim Aman berkata, sesi rakaman percakapan itu memasuki hari keempat ... Read more The post RCI TH: Empat hari rakam keterangan bekas CFO, selesai appeared first on Kosmo Digital .





'Pas masih giat budaya politik alih tiang gol, parah sungguh' - Kamil Munim - Sinarharian - 7/08 3:53 pm

SHAH ALAM - Pas didakwa sengaja mengalihkan isu berhubung laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) yang dibentangkan kerajaan baru-baru ini.Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, parti pembangkang itu lebih cenderung mempersoalkan masa pendedahan laporan berkenaan berbanding membahaskan intipati yang dikemukakan."Pas nampaknya masih giat dengan budaya politik mengalih tiang gol. Apabila kerajaan membentangkan dapatan RCI TH baru-baru ini, mereka tidak berminat untuk membahaskan kandungan di dalam laporan tersebut, sebaliknya disoal pula mengapa didedahkan sekarang."Kalau pun didedahkan lebih awal, mungkin mereka akan kata tergesa-gesa





RCI TH: Parah sungguh, Pas masih giat budaya politik alih tiang... - Mygazette - 7/08 3:30 pm

# RCI TH: Parah sungguh, Pas masih giat budaya politik alih tiang gol KUALA LUMPUR - Pas didakwa sengaja mengalihkan isu utama berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) yang dibentangkan kerajaan baru-baru ini





LHDN mula siasatan terhadap individu dikenal pasti dalam RCI TH - Mygazette - 7/08 3:30 pm

# LHDN mula siasatan terhadap individu dikenal pasti dalam RCI TH PUTRAJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memulakan siasatan terhadap individu yang dikenal pasti berdasarkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH)





RCI Tabung Haji: Taklimat khas BN Isnin ini - Sinarharian - 7/08 8:30 am

Itu satu naratif yang sangat penting untuk diutarakan. Juga ada beberapa perkara lain yang perlu diberi tumpuan."Inilah perkara yang ahli Parlimen BN kena buat kajian betul-betul sebelum mereka berucap di Dewan Rakyat nanti," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Karangkraf di sini pada Khamis.BN sebelum ini dilapor akan mengadakan taklimat khas berhubung laporan RCI TH didedahkan oleh kerajaan baru-baru ini.Pada 31 Julai, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa satu sidang khas Parlimen akan diadakan pada 11 Ogos untuk membahaskan penemuan laporan RCI berkenaan.Sidang khas tersebut diadakan susulan keputusan Jemaah Menteri menyahklasifikasikan laporan berkenaan dan membolehkan agensi penguat kuasa menjalankan siasatan lanjut berdasarkan dapatan yang dikemukakan.Sementara itu, ditanya sama ada sama BN bersedia berdepan semua dapatan termasuk kemungkinan nama individu dikaitkan dengan gabungan tersebut, Ahmad berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah.Ini kerana katanya, nama individu yang dikaitkan sebelum ini telah memberi penjelasan masing-masing, selain turut dibebaskan daripada pendakwaan."Datuk Seri Aziz Rahim (bekas Pengerusi TH sebelum ini) sudah dibebaskan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kan."Terbaharu, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga telah menyebut bahawa beliau hanya memutuskan apa-apa perkara selepas mendapat nasihat daripada Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji.





RCI Tabung Haji: BN tidak kompromi jika wujud pecah amanah –... - Mygazette - 7/08 8:18 am

Saya tidak fikir kita harus berkompromi jika unsur-unsur negatif itu benar-benar dilakukan, katanya. Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid juga menggesa semua pihak tidak membuat kesimpulan awal berhubung laporan RCI TH sebelum ia dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat





RCI TH: CFO syarikat badan berkanun beri keterangan 7 jam, bersambung esok .. - Mygazette - 7/08 8:18 am

# RCI TH: CFO syarikat badan berkanun beri keterangan 7 jam, bersambung esok - SPRM KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyambung rakaman percakapan bekas ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa pembelian saham dua buah syarikat perladangan bernilai kira-kira RM370 juta





TH kekal amal pelunasan zakat patuh syariah, penjelasan Mufti Pahang bantu tingkat kefahaman - Sinarharian - 6/08 6:32 pm

SHAH ALAM - Penjelasan menyeluruh Mufti Pahang, Profesor Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim mengenai status pelunasan zakat oleh Lembaga Tabung Haji (TH) diharap membantu meningkatkan kefahaman masyarakat, khususnya dalam kalangan pendeposit berhubung proses pengurusan dan pembayaran yang dilaksanakan oleh institusi itu.TH dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, Asmadi yang juga bekas Ahli Pesuruhjaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji telah menghuraikan secara menyeluruh proses pengurusan pembayaran zakat bagi pihak pendeposit yang sah."TH menyambut baik kenyataan media yang dikeluarkan oleh Sahibus Samahah Mufti NegeriPahang, Profesor Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkaitan pelunasan zakat TH yang mengikut hukum syarak."Beliau yang juga merupakan salah seorang bekas ahli pesuruhjaya RCI TH telah memberikan butiran penjelasan menyeluruh bagi kefahaman masyarakat secara amnya dan para pendeposit khususnya berkaitan proses pengurusan pembayaran zakat bagi pihak pendeposit yang sah dan diperakui melalui proses ijtihad yang berautoriti," katanya.TH pada Rabu memaklumkan, status pelunasan zakat bagi pihak pendeposit adalah sah dan dilaksanakan dengan sempurna, sekali gus menepis sebarang keraguan berhubung amalan pembayaran zakat institusi itu.Menurutnya, Jawatankuasa Penasihat Syariah (JPS) TH dalam mesyuaratnya pada 2 September 2020 berpandangan, status pembayaran zakat bagi pendeposit untuk tahun-tahun sebelum konsep wakalah diperkenalkan pada 2019 adalah sah dan mematuhi hukum syarak.Dalam pada itu, TH dalam kenyataan sama turut memaklumkan, pihaknya juga akan terus memastikan pelunasan zakat bagi pihak pendeposit dilaksanakan mengikut prinsip syariah serta mematuhi garis panduan yang telah diluluskan oleh JPS institusi berkenaan.Tambahnya lagi, institusi itu turut berharap masyarakat terus memberikan sokongan dan kekal yakin dengan pengurusan dalam menguruskan amanah kepada lebih 9.8 juta pendepositnya."TH komited dalam mematuhi operasi dan tadbir urus zakat berpandukan garis panduan zakat yang telah diluluskan dan dipantau oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah yang dianggotai oleh pakar-pakar syariah dan kewangan Islam," katanya.





RCI TH: Rakaman keterangan bekas CFO syarikat milik badan berkanun .. - Mygazette - 6/08 8:14 am

# RCI TH: Rakaman keterangan bekas CFO syarikat milik badan berkanun disambung esok KUALA LUMPUR - Bekas ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun hari ini disambung rakaman percakapan susulan siasatan terhadap laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH)





RCI TH jadi ujian kematangan politik Umno, kata penganalisis - FMT - 6/08 8:00 am

Syaza Shukri berkata Umno jangan terlalu cepat tolak dapatan manakala Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri pula melihat laporan RCI sebagai peluang parti itu menunjukkan kematangan dengan mengakui kelemahan.





Tak salah, pertahankan; salah, dakwa – PMX letak isu RCI TH atas meja undang-undang, Parlimen - Harapandaily - 6/08 8:00 am

Siapa kalau... The post Tak salah, pertahankan; salah, dakwa – PMX letak isu RCI TH atas meja undang-undang, Parlimen appeared first on Harapan Daily .





Dulu kata tiada sakau, kini 40 MP bersiap bahas RCI TH di Parlimen - Harapandaily - 5/08 9:57 pm

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri dimaklumkan bahawa Yang Dipertua... The post Dulu kata tiada sakau, kini 40 MP bersiap bahas RCI TH di Parlimen appeared first on Harapan Daily .





PDRM terima sembilan laporan kes jenayah RCI TH - Mypress - 5/08 6:47 pm

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima sembilan laporan polis berhubung kes jenayah komesial termasuk kes di dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH)





Dulu kata tiada sakau, kini polis buka 5 kertas siasatan RCI TH - Harapandaily - 5/08 5:40 pm

Perkembangan itu sekali gus memberi dimensi baharu terhadap perdebatan sebelum ini, khususnya selepas beberapa pihak mempertahankan bahawa laporan RCI tidak... The post Dulu kata tiada sakau, kini polis buka 5 kertas siasatan RCI TH appeared first on Harapan Daily .





BN adakan taklimat khas RCI TH Isnin ini - Mygazette - 5/08 4:22 pm

Tegas beliau, kerajaan akan mendedahkan keseluruhan laporan RCI berhubung pengurusan TH tanpa menyorok atau memotong mana-mana bahagian, termasuk nama individu yang terbabit. Anwar turut berkata, Kabinet sudah membuat keputusan supaya keseluruhan laporan itu diterbitkan bersama syor serta proses yang berlaku sepanjang tempoh siasatan Laporan RCI TH sebelum ini mendedahkan keadaan kewangan TH berada pada tahap kritikal pada 2017 apabila kerugian institusi berkenaan meningkat sehingga RM10 bilion, menyebabkan kerajaan mengambil langkah pemulihan





RCI TH: Polis buka lima kertas siasatan - Mygazette - 5/08 4:22 pm

Orang ramai diseru mendapatkan maklumat hanya daripada saluran rasmi, jelasnya. Terdahulu, RCI TH mendedahkan, wujudnya pelaburan bermasalah, transaksi mencurigakan dan penyembunyian maklumat dilakukan oleh anak syarikat agensi itu





RCI TH: Tiga lagi individu direman seleweng NOP RM450,000 - Mygazette - 5/08 4:22 pm

# RCI TH: Tiga lagi individu direman seleweng NOP RM450,000 PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga lagi individu, termasuk seorang timbalan pengurus besar pembinaan, pengurus keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengarah projek sebuah syarikat hartanah yang merupakan anak syarikat sebuah badan berkanun, kerana disyaki bersubahat menyeleweng caj notis penalti (NOP) berjumlah kira-kira RM450,000





RCI TH: Bekas CEO, CFO syarikat milik badan berkanun ditahan SPRM - Mygazette - 5/08 4:22 pm

# RCI TH: Bekas CEO, CFO syarikat milik badan berkanun ditahan SPRM KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat milik sebuah badan berkanun susulan siasatan terhadap Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji




Reformasi     >>



Nak bahas PMX atau Tabung Haji? Anwar tempelak PN main .. - Harapandaily
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Perikatan Nasional(PN) yang diterajui Pas yang didakwanya cuba mengalihkan perhatian daripada isu sebenar Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji kepada dirinya. Dalam hantaran di Facebook hari ini, Anwar mempersoalkan sama ..
Kroni     >>



Nubhan sedia tarik komital jika Dr. Fie mohon maaf - Utusan
SHAH ALAM: Penyanyi dan usahawan, Nubhan, 40, bersedia menarik balik prosiding komital yang difailkan terhadap, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr. Fie sekiranya bekas isterinya itu membuat permohonan maaf. Kata Nubhan, permohonan tersebut namun hendaklah dilakukan secara bertulis mengikut ..
Tabloid     >>



PMX Bidas Pembangkang Tinggalkan Sidang Khas RCI .. - Siakapkeli
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang meninggalkan Sidang Khas Dewan Rakyat bagi membincangkan Laporan Suru...
Tech     >>



Report: Samsung is increasing the Galaxy Z Fold8 .. - Gsmarena
The Samsung Galaxy Z Fold8 has proven to be more successful than even Samsung dared to hope. According to ETNews, the companys initial production batch already favored the new wide foldable Samsung had planned to build 2.8 million Z Fold8 units this year, plus 2.0 million Z Fold8 Ultra units and ..
World     >>



Iran war live: Trump claims Hormuz Strait open, seeks .. - Aljazeera
US President Donald Trump said he will seek compensation from Iran for casualties in the war.
Motor Trend     >>



Motosikal Cfmoto Naik Taraf 500sr Voom Di China .. - Mekanika
# CFMOTO NAIK TARAF 500SR VOOM DI CHINA - 83HP DENGAN RAM-AIR, 39NM **CFMOTO telah melaksanakan beberapa kemas kini terhadap 500SR VOOM di China termasuk memperkenalkan pilihan warna baharu.** Bagi tahun 2026, 500SR VOOM kini didatangkan dengan pilihan warna Bacheta Red dan Deep Space Grey ..