///
See Also: Shopee Pay Promo Referral Code 225M4ULL7

Search : Pulau Pinang News   Page 1    





2 pelancong Sri Lanka cedera ditimpa runtuhan bangunan di Lebuh Armenian - FMT - 4/08 5:02 pm

Kedua-dua mangsa diberikan rawatan awal oleh petugas KKM di lokasi sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.





Op Crack: SPRM tahan 5 lagi pegawai JIM bersubahat godam MyIMMs - Mygazette - 4/08 4:16 pm

Tambah sumber, sehingga kini SPRM telah mengambil keterangan daripada 17 individu bagi membantu siasatan. Pada 28 Julai lalu, SPRM melalui Bahagian Perisikan dengan kerjasama Bahagian Perisikan, JIM telah menjalankan operasi bersepadu di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang





Pasangan pelancong cedera ditimpa runtuhan rasuk di Lebuh Armenian - Mygazette - 4/08 4:16 pm

Bagaimanapun, rasuk batu dan kayu di bahagian kaki lima kedai itu tiba-tiba runtuh sebelum menimpa pasangan terbabit manakala ahli keluarga yang lain terselamat. Kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang menaiki ambulans untuk rawatan lanjut





CAP gesa reformasi struktur ekonomi tangani isu gaji rendah - Mygazette - 4/08 4:16 pm

# CAP gesa reformasi struktur ekonomi tangani isu gaji rendah GEORGE TOWN - Isu gaji rendah yang membelenggu rakyat Malaysia memerlukan pembaharuan struktur ekonomi secara menyeluruh dan bukan sekadar penyelesaian jangka pendek, kata Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader





Dua pelancong cedera dihempap runtuhan struktur bangunan warisan berusia 81 tahun - Sinarharian - 4/08 2:52 pm

GEORGE TOWN - [KEMAS KINI] Dua pelancong warga Sri Lanka cedera dalam kejadian runtuhan struktur bangunan di sebuah premis bangunan warisan di Lebuh Armenian di sini pada Selasa.Kejadian yang dilaporkan pada jam 1.11 petang itu melibatkan runtuhan batu dan kayu dari bahagian rasuk (beam) di tingkat sebuah bangunan Poh Thye Hoe yang berusia lebih 81 tahun.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan."Jentera tiba di lokasi pada jam 1.17 petang dan mendapati berlaku runtuhan batu serta kayu dari bahagian rasuk di tingkat satu bangunan."Kejadian itu melibatkan dua mangsa warga asing iaitu lelaki berusia 66 tahun dan wanita berusia 55 tahun yang dijadualkan pulang ke negara mereka pada esok





Padah ceroboh kawasan larangan bawah Jambatan Pulau Pinang - Sinarharian - 4/08 12:25 am

GEORGE TOWN Tindakan dua lelaki dan seorang wanita menceroboh Kawasan Larangan Tempat Larangan (KLTL) di struktur Jambatan Pulau Pinang mengundang padah apabila mereka ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang dalam satu operasi penguatkuasaan pada Isnin.Pengarah Maritim Malaysia Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, ketiga-tiga warga tempatan itu ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika bot ronda agensi berkenaan melaksanakan rondaan rutin di sekitar perairan Pulau Pinang.Menurutnya, pemeriksaan di kawasan kaki tiang Jambatan Pulau Pinang mendapati kesemua suspek berada di kawasan yang telah diwartakan sebagai KLTL tanpa kebenaran."Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh Kawasan Larangan Tempat Larangan (KLTL)."Kesemua suspek ditahan sebelum diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibupejabat Maritim Pulau Pinang bagi tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau menambah, tindakan penguatkuasaan itu bukan sahaja bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang malah bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti maritim dan orang awam mengenai kepentingan mematuhi kawasan larangan yang telah diwartakan.Katanya, kawasan di bawah Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah merupakan KLTL yang meliputi zon penampan sejauh 250 meter di sebelah kiri dan kanan jambatan."Sehubungan itu, Maritim Pulau Pinang menasihatkan orang ramai supaya tidak memasuki kawasan larangan tanpa kebenaran bagi mengelakkan tindakan undang-undang di samping memastikan keselamatan awam serta pemeliharaan infrastruktur kritikal negara."Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti mencurigakan atau insiden kecemasan di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Ibupejabat Maritim Malaysia Pulau Pinang atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera," katanya.Terdahulu, Maritim Pulau Pinang bersama Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Pulau Pinang, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Wilayah Utara, Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS) telah melaksanakan Ops Khas Bersepadu di bawah Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Kedua Pulau Pinang.Operasi khas itu bagi memastikan kawasan di bawah kedua-dua jambatan yang sebelum ini sering menjadi tumpuan aktiviti memancing bebas daripada sebarang aktiviti memancing dan pencerobohan.Selain itu, Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri bersama CGSO Pulau Pinang, LLM Wilayah Utara, JKSB, PLUS dan agensi keselamatan berkaitan sedang merangka prosedur operasi standard bagi mengawal selia sebarang aktiviti yang dijalankan berhampiran kedua-dua jambatan.





Pulau Burung landfill fire extinguished after nearly four-hour operation - Malaymail - 4/08 11:09 am

NIBONG TEBAL, Aug 4 The Penang Fire and Rescue Department (JBPM) took nearly four hours to full...





Subahat godam sistem, luluskan pas lawatan kerja tidah sah: SPRM tahan 5 lagi pegawai JIM - Sinarharian - 4/08 8:28 am

PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan lima lagi pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana disyaki bersubahat menggodam Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) berkaitan proses permohonan serta kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara tidak sah.Menurut sumber, kelima-lima suspek yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu telah ditahan jam 1 petang Isnin ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM."Siasatan awal mendapati kesemua pegawai itu disyaki bersubahat menggodam MyIMMs di samping membantu dalam proses mendapatkan kelulusan PLKS tanpa mengikut prosedur yang sah."Susulan tangkapan itu SPRM telah menyita lima unit telefon bimbit milik kelima-lima suspek," katanya.Sumber berkata, sehingga kini SPRM telah mengambil keterangan daripada 17 individu bagi membantu siasatan.Pada 28 Julai lalu, SPRM melalui Bahagian Perisikan dengan kerjasama Bahagian Perisikan, JIM telah menjalankan operasi bersepadu di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang.Operasi tersebut turut dibantu oleh Cyber Security Malaysia ( CSM), Telekom Malaysia, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Bahagian Forensik Teknologi (BFT) SPRM.Dalam operasi tersebut, penggeledahan telah dijalankan melibatkan premis-premis syarikat dan juga JIM Pulau Pinang dan ibu pejabat JIM di Putrajaya.Pada operasi tersebut seramai 12 individu telah direman yang terdiri daripada dua pengarah syarikat, tiga warga asing, empat pegawai JIM, dua pegawai Bahagian Teknologi Maklumat JIM dan seorang pegawai polis.Selain itu, SPRM turut menyita harta alih seperti wang tunai bernilai RM186,360, wang tunai Singapore dollar SGD 700 dan barangan kemas bernilai RM 15,700.Turut disita telefon bimbit, komputer riba serta alat elektronik yang dianggarkan bernilai RM36,000.SPRM juga telah mengambil tindakan membekukan sembilan akaun perbankan, empat milik individu dan dua milik syarikat melibatkan nilai kira-kira RM300,000.Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) dan 16 (a) Akta SPRM 2009.Beliau berkata, kesemua suspek akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi Selasa.





Kenyataan Zahid ada asas, Pas berulang kali mungkir janji ??? Tun... - Mygazette - 4/08 7:55 am

Tun Faisal berkongsi sebuah keratan video lama yang berdurasi tujuh minit sembilan saat yang merujuk kepada ucapan Ahmad Zahid ketika Pelancaran Jentera Perpaduan 2023. Ia merupakan gerak kerja bersama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu





Kes Lim Guan Eng: Pegawai Penyiasat SPRM nafi siasatan berat sebelah - Mygazette - 4/08 7:55 am

# Kes Lim Guan Eng: Pegawai Penyiasat SPRM nafi siasatan berat sebelah KUALA LUMPUR - Pegawai penyiasat kes rasuah projek pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion yang membabitkan Lim Guan Eng menafikan dakwaan bahawa beliau menjalankan siasatan secara berat sebelah





Empat maut dihempap pokok: Mohd Radzi aktif dalam politik sejak usia muda - Bapa - Sinarharian - 3/08 11:22 pm

TEMERLOH - Rahimi Abd Samad, bapa kepada Allahyarham Mohd Radzi Rahimi, 40, menyifatkan anaknya itu sebagai seorang yang aktif dalam politik sejak usia muda.Rahimi, 63, berkata, Allahyarham telah berkhidmat kira-kira 10 tahun dalam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran sehingga dipilih menjadi ketua pemuda bahagian itu dan dilantik menjawat jawatan Bendahari Pemuda UMNO Pahang."Beliau memang seorang yang aktif





Pegawai SPRM nafi siasatan projek terowong dasar laut P Pinang berat sebelah - FMT - 3/08 5:08 pm

Pegawai penyiasat Zulhilmi Ramli menafikan pihak berkuasa memaksa tiga saksi mengaitkan Lim Guan Eng dalam sebarang salah laku.





Pegawai penyiasat nafi siasatan kes terowong Guan Eng berat sebelah - Sinarharian - 3/08 4:52 pm

KUALA LUMPUR Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin bahawa, dakwaan bahawa siasatan terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dijalankan secara berat sebelah.Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Cawangan Ibu Pejabat SPRM, Zulhilmi Ramli juga tidak bersetuju dengan cadangan pembelaan kepada bekas Pengerusi DAP itu bahawa pendakwaan dibuat bagi mengenakan ahli politik itu dalam perbicaraan kes projek terowong dasar laut Pulau Pinang.Semasa prosiding, peguam, Mohd Haijan Omar yang mewakili Ahli Parlimen Bagan berusia 66 tahun itu mencadangkan, siasatan berhubung isu berkenaan bersifat berat sebelah dan berniat mengenakan anak guamnya.Sebelum itu, peguam berkenaan turut mempersoalkan kegagalan pihak penyiasat mengesahkan sama ada terdapat tuntutan berkaitan reka bentuk awal bagi projek terowong dasar laut.Bagaimanapun Zulhilmi, 34, berkata, berdasarkan ingatannya, reka bentuk awal itu belum dikemukakan kepada kerajaan negeri kerana ia masih di peringkat awal dan baru disediakan oleh syarikat Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group (CZBUCG)."Tidak pasti," kata saksi pendakwaan ke-38 itu, ketika ditanya sama ada ketiadaan dokumen berkenaan memberi makna bahawa tiada tuntutan dibuat.Beliau juga menafikan dakwaan bahawa, tiada siasatan dijalankan bagi memastikan sama ada tuntutan berkaitan reka bentuk awal projek terowong telah dibuat.Ia termasuk saranan peguam bahawa, Zulhilmi hanya bergantung kepada keterangan saksi pendakwaan, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli tanpa mengesahkan kesahihan dakwaan bahawa reka bentuk awal projek itu telah siap.Zulhilmi berkata demikian ketika prosiding perbicaraan terhadap Guan Eng yang berdepan dua pertuduhan meminta dan menerima suapan serta dua lagi pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut bernilai RM6.34 bilion.Sementara itu, seorang lagi peguam, RSN Rayer yang mewakili Guan Eng mencadangkan bahawa, pegawai penyiasat terbabit memberi keterangan berat sebelah.Menurutnya, perkara yang menguatkan pembelaan Guan Eng, telah menjelaskan bahawa anak guamnya tidak bersalah dan tidak melakukan kesalahan seperti yang dipertuduhkan.Peguam: Bagaimanapun, semua jawapan, anda kata tidak ingat sedangkan ini hari ke tuan hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan.Zulhilmi: Boleh saya tahu apa soalan tuan?Peguam: Setuju atau tidak, dengan semua perkara yang saya cakap tadi?Zulhilmi: Setuju mengenai perkara apa?Peguam: Setuju atau tidak bahawa, anda langsung tidak tahu penjelasan yang diberikan oleh Guan Eng dalam pernyataannya, malah semua anda tak ingat.Sedangkan peguam ini berkata, semua perkara itu telah disoal siasat berserta penjelasan.Saksi itu kemudiannya berkata tidak setuju dengan cadangan peguam tersebut.Pada 14 Mei lalu, Zulhilmi memberitahu, siasatan awal menunjukkan tiada keterangan mencukupi untuk mendakwa Guan Eng dalam kes rasuah projek tersebut.Zulhilmi ketika diperiksa balas oleh Haijan berkata, beliau mengetahui perkara itu pada permulaan Januari 2020 ketika menganggotai pasukan petugas khas siasatan skandal berkenaan.Ketika itu katanya, terdapat beberapa kertas siasatan dibuka berkaitan kes terowong dan jalan utama di Pulau Pinang yang disiasat oleh empat pegawai penyiasat.Beliau berkata, telah dilantik untuk menganggotai pasukan siasatan kes Guan Eng yang ketika itu Ketua Menteri Pulau Pinang pada sekitar Jun 2020.Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng didakwa ketika menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM3.3 juta.Suapan itu didakwa sebagai balasan membantu syarikat milik Zarul dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702.Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Januari 2011 hingga Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.Bagi pertuduhan pindaan kedua, dia didakwa meminta suapan sebanyak 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh Zarul sebagai upah bagi membantu mendapatkan projek sama.Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City antara jam 12.30 tengah malam hingga 2 pagi pada Mac 2011.Selain itu, Guan Eng turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek sama di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.Perbicaraan di hadapan Hakim, Azura Alwi bersambung pada Jumaat ini.





Lima warga Taiwan mengaku tidak bersalah dakwaan perdagangan orang - Mygazette - 3/08 4:34 pm

Hakim tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin atas faktor tiada rekod kemasukan mereka ke negara ini dan menetapkan 1 September depan untuk sebutan semula kes. Media pada 17 Julai lalu melaporkan, Polis Pulau Pinang berjaya menyelamatkan seorang wanita warga Cameroon berusia 25 tahun yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Utara, Berapit, Bukit Mertajam





Ibu, kekasih didakwa bunuh anak lelaki berusia lima tahun - Mygazette - 3/08 4:34 pm

Media sebelum ini melaporkan hasil bedah siasat ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun mendapati mangsa maut akibat kecederaan pada kepala dan badan yang disebabkan hentakan objek tumpul. Penderaan terhadap mangsa terbongkar selepas dia dibawa ke sebuah klinik dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh teman lelaki ibunya sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP)





Lima warga Taiwan berdepan pertuduhan perdagang wanita Cameroon - Mygazette - 3/08 4:34 pm

Kesemua 29 suspek itu sebelum ini ditahan dalam serbuan polis yang membongkar kegiatan eksploitasi manusia dan sindiket penipuan pekerjaan (job scam) di Seberang Perai Tengah (SPT). Media pada 17 Julai lalu melaporkan, Polis Pulau Pinang berjaya menyelamatkan seorang wanita warga Cameroon berusia 25 tahun yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Utara, Berapit, Bukit Mertajam





Formula BN-PN belum cukup tewaskan DAP di Pulau Pinang ??? Azizi - Mygazette - 3/08 4:34 pm

# Formula BN-PN belum cukup tewaskan DAP di Pulau Pinang Azizi KUALA LUMPUR Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mungkin berjaya menyatukan sokongan pengundi Melayu di beberapa negeri, namun formula itu masih belum mencukupi untuk menumbangkan DAP di Pulau Pinang yang mempunyai landskap politik dan demografi berbeza





PH Pulau Pinang bincang kedudukan BN Sabtu ini - Sinarharian - 3/08 4:10 pm

GEORGE TOWN Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang akan membincangkan kedudukan Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan negeri pada mesyuarat yang dijadual berlangsung pada 8 Ogos ini susulan perkembangan politik semasa.Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, setakat ini belum ada sebarang ketetapan dibuat berhubung kedudukan UMNO dalam pentadbiran kerajaan negeri kerana perkara itu masih belum dibincangkan secara rasmi di peringkat PH Pulau Pinang.Beliau berkata, mesyuarat berkenaan akan memberi tumpuan kepada pembentangan laporan daripada jawatankuasa kecil yang ditubuhkan bagi menyelaras persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) atau pilihan raya negeri (PRN) selain dijangka menyentuh beberapa isu semasa termasuk hubungan kerjasama dengan BN."Semalam saya telah umumkan PH Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos bagi menerima laporan daripada jawatankuasa kecil untuk menggembleng persiapan menghadapi PRU atau PRN."Setakat ini kita belum membincangkan isu ini, namun saya percaya soal kedudukan UMNO atau BN di Pulau Pinang akan turut dibawa dalam perbincangan," katanya ketika sidang akhbar di pejabatnya, di sini pada Isnin.Terdahulu, BN memperoleh 18 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Negeri Sembilan ke-16, yang berlangsung pada Sabtu.Sementara PH mpula memenangi 11 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh tujuh kerusi.Sebelum itu, dalam PRN Johor pada Julai lalu, BN memenangi 48 kerusi daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan manakala lapan kerusi lagi berpihak kepada PH.Dalam perkembangan sama, Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, prestasi parti-parti komponen PH selain DAP turut akan dinilai dalam mesyuarat tersebut."Saya cuma bercakap sebagai seorang pemimpin DAP





PH tadbir P Pinang seperti biasa di sebalik kemenangan BN-PN di NS - FMT - 3/08 3:47 pm

Pengerusi Kon Yeow kata PH Pulau Pinang akan fokus kepada pembangunan, kebajikan dan khidmat.





PH Pulau Pinang kekal tolak politik perkauman, identiti - Sinarharian - 3/08 3:15 pm

GEORGE TOWN Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang menegaskan gabungan itu tidak akan menjadikan isu perkauman atau politik berasaskan identiti sebagai strategi untuk mempertahankan pentadbiran negeri menjelang pilihan raya akan datang.Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, gabungan tersebut akan terus meraih kepercayaan rakyat menerusi pencapaian pentadbiran kerajaan negeri serta pelaksanaan dasar yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.Menurutnya, pendekatan berkenaan selaras dengan prinsip perjuangan PH yang mengutamakan pembangunan negeri dan kebajikan rakyat tanpa membezakan kaum, agama atau latar belakang.Beliau berkata, rekod prestasi kerajaan negeri akan terus dijadikan sandaran utama dalam usaha memperoleh semula mandat daripada pengundi."Kita akan meneruskan agenda pembangunan Pulau Pinang seperti yang dilaksanakan selama ini."Kerajaan negeri sentiasa mengamalkan pentadbiran yang inklusif dengan memastikan manfaat pembangunan serta kebajikan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya, di sini pada Isnin.Kon Yeow berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa politik identiti dan sentimen perkauman menjadi antara faktor yang mempengaruhi keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 sehingga menyaksikan kemenangan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menambah, setiap gabungan politik mempunyai pendekatan tersendiri untuk menarik sokongan pengundi namun keputusan akhir tetap berada di tangan rakyat menerusi proses demokrasi.Jelasnya, PH tidak bercadang mengubah prinsip perjuangannya semata-mata bagi menyaingi strategi pihak lawan yang menggunakan sentimen kaum atau identiti."Mereka bebas menggunakan apa juga strategi termasuk di Pulau Pinang





Pejalan kaki maut tersepit bawah lori 10 tan - Sinarharian - 3/08 12:25 am

BUKIT MERTAJAM Seorang lelaki maut selepas tersepit di bawah sebuah lori 10 tan dalam kemalangan jalan raya di jejambat Jalan Bukit Tengah di sini pada Isnin.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, mangsa berusia 49 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Menurut John, pihaknya menerima panggilan kecemasan tepat jam 9.40 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam bergegas ke lokasi kejadian."Jentera bomba tiba di lokasi 16 minit kemudian untuk kerja menyelamat





Demografi Pulau Pinang masih beri kelebihan kepada PH-DAP - Sinarharian - 3/08 11:40 am

GEORGE TOWN Dakwaan bahawa kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mampu menawan Pulau Pinang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang tidak selari dengan realiti demografi serta corak pengundian di negeri ini, menurut Azizi Safar.Bekas Setiausaha Eksekutif BN Pulau Pinang itu berkata, kenyataan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang mendakwa formula kerjasama BN-PN mampu menguasai seluruh negeri di Semenanjung termasuk Pulau Pinang lebih dilihat sebagai retorik politik berbanding analisis berdasarkan fakta.Menurutnya, kenyataan itu dibuat susulan kejayaan kerjasama BN-PN pada pilihan raya negeri (PRN) Negeri Sembilan namun situasi di Pulau Pinang jauh berbeza kerana dipengaruhi komposisi demografi yang unik.Katanya, berdasarkan anggaran Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi tahun 2025, komposisi warganegara Pulau Pinang terdiri daripada kira-kira 46.2 peratus Bumiputera, 43.7 peratus kaum Cina dan 9.5 peratus kaum India."Ini bermakna hampir separuh daripada penduduk dan pengundi di negeri ini adalah masyarakat bukan Melayu, khususnya pengundi Cina yang secara tradisinya memberikan sokongan kukuh kepada DAP dan Pakatan Harapan (PH)."Corak itu dapat dilihat dengan jelas pada Pilihan Raya Negeri 2023 apabila DAP dan PH terus menguasai kerusi-kerusi majoriti Cina serta kawasan campuran di bahagian pulau dan Seberang Perai dengan majoriti yang besar," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Terdahulu, Ahmad Fadhli dalam kenyataannya berkata, Kerajaan Perpaduan yang diterajui PH didakwa kini berada dalam kedudukan semakin mencabar dan hanya menunggu masa sebelum berlaku perubahan landskap politik negara susulan kekalahan terbaharu pada PRN Negeri Sembilan ke-16.Ahmad Fadhli secara sinis juga berkata, gabungan itu boleh bersedia untuk mengambil kerusi pembangkang apabila Parlimen dibubarkan nanti bagi memberi laluan kepada PRU.Ini kerana katanya, kerjasama antara BN-PN menjadi 'formula kemenangan' di Negeri Sembilan diyakini mampu memberikan peluang besar kepada gabungan tersebut merampas lebih banyak kerusi Parlimen.Dalam pada itu, Azizi menambah, PN hanya berjaya memenangi beberapa kawasan majoriti Melayu namun masih gagal menembusi kawasan bandar dan kawasan berbilang kaum yang menjadi kubu kuat DAP.Menurutnya, kerjasama BN-PN sememangnya berpotensi mengukuhkan sokongan di kawasan majoriti Melayu seperti Penaga, Pinang Tunggal dan Sungai Dua namun bilangan kerusi sedemikian adalah terhad.Sebaliknya, kata Azizi, banyak kerusi bandar termasuk di kawasan George Town, Paya Terubong, Bayan Baru, Bukit Mertajam dan Butterworth masih dikuasai PH dan DAP dengan majoriti yang sukar digugat."Masyarakat bukan Melayu khususnya pengundi Cina masih berhati-hati terhadap Pas dan melihat kerjasama parti itu dalam gabungan politik sebagai faktor yang kurang menarik sokongan mereka."Keadaan ini telah berulang kali dapat dilihat dalam beberapa pilihan raya sebelum ini."Politik pilihan raya di Malaysia khususnya di Pulau Pinang bukan hanya bergantung kepada semangat atau persepsi sebaliknya dipengaruhi oleh faktor demografi, sejarah sokongan pengundi serta isu-isu tempatan," jelasnya.Beliau berkata, sekiranya BN-PN benar-benar mahu mencabar PH di Pulau Pinang, gabungan itu perlu menawarkan pendekatan yang mampu meningkatkan keyakinan pengundi bukan Melayu dan tidak hanya bergantung kepada penyatuan undi Melayu."Landskap politik sememangnya boleh berubah dari semasa ke semasa namun perubahan itu perlu berasaskan realiti dan bukannya unjuran semata-mata."Selagi tiada perubahan ketara dalam corak sokongan pengundi bukan Melayu, dakwaan bahawa BN-PN mampu menewaskan DAP di Pulau Pinang lebih sesuai dianggap sebagai retorik politik berbanding analisis yang berpijak pada realiti," katanya.





PH mahu jadi reformis atau konservatif, soal penganalisis - FMT - 3/08 8:30 am

Gabungan itu perlu ambil kira kedudukannya makin terancam di Selangor, Kuala Lumpur, dan Pulau Pinang susulan PRN Negeri Sembilan.





Tiga lelaki tempatan ditahan tangkap ikan guna rawai cakar - Mygazette - 3/08 7:36 am

# Tiga lelaki tempatan ditahan tangkap ikan guna rawai cakar GEORGE TOWN Tiga lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan rawai cakar dengan sebuah bot gentian kaca yang tidak mempunyai nombor pendaftaran di perairan Pulau Tikus di sini, semalam. Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, bot berkenaan ditahan dalam operasi penguatkuasaan selepas pihaknya menerima maklumat dan aduan menerusi sistem FISH COM kira-kira jam 12.30 tengah hari





GPS, GRS bukan lagi 'king maker' jika BN-PN bergabung PRU16 - Presiden PBM - Sinarharian - 2/08 10:12 pm

SHAH ALAM - Formula persefahaman antara Barisan Nasional (BN) dengan Perikatan Nasional (PN) diramal mampu meraih majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) sekiranya kerjasama itu masih diteruskan.Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Larry Sng Wei Shien berkata, situasi itu menjadikan gabungan memerintah di Borneo iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak lagi bakal menjadi king maker terutamanya jika berlaku senario Parlimen tergantung.Beliau menambah, BN-PN bakal menyapu bersih negeri di Semenanjung kecuali Pulau Pinang berdasarkan unjuran semasa."Jumlah keseluruhan kerusi dimenangi BN-PN pada PRU 2022 sebanyak 98 kerusi





Tiada tangkapan pelarian Rohingya di luar pejabat UNHCR - Polis KL - Sinarharian - 2/08 9:45 pm

KUALA LUMPUR - Polis menegaskan tiada sebarang tangkapan dibuat terhadap kumpulan pelarian Rohingya yang berhimpun di luar pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di sini, baru-baru ini.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kumpulan itu hanya diperiksa bagi tujuan dokumentasi."Mereka tidak ditahan dan tiada tangkapan dibuat tetapi hanya diperiksa dan dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi tujuan dokumentasi dan dibebaskan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Penjelasan itu bagi membetulkan laporan media antarabangsa yang mendakwa kumpulan pelarian tersebut ditahan selepas tiba di ibu negara dengan menaiki bas selepas diusir dari penempatan mereka di Pulau Pinang.Pada 29 Julai, Fadil berkata, kumpulan pelarian itu dipindahkan secara berperingkat ke tiga negeri yang ditetapkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan UNHCR.Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Myanmar bersetuju untuk menerima semula kira-kira 5,000 pelarian Rohingya yang berada di Malaysia hasil rundingan dan hubungan baik kedua-dua negara.Setakat penghujung Februari lepas, kira-kira 126,000 pelarian Rohingya dilaporkan berdaftar dengan UNHCR di Malaysia





Belanjawan 2027: Kuskop mahu lebih dana, kos PMKS dikurangkan - Mygazette - 2/08 4:27 pm

Pada program itu, sebanyak 80 jenis barangan dijual pada harga diskaun antara 20 hingga 30 peratus yang menjadi salah satu usaha membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat selain menyediakan platform perniagaan kepada koperasi. Hadir sama, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, Gooi Zi Sen





Tumbang di Chennah, Kon Yeow minta Anthony jangan undur - Mygazette - 2/08 4:27 pm

# Tumbang di Chennah, Kon Yeow minta Anthony jangan undur GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berharap Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke bertenang sebelum membuat sebarang keputusan berhubung masa kedudukannya sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan susulan kekalahan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16





Steven gesa DAP bersatu di belakang Anthony hadapi cabaran getir Steven .. - Mygazette - 2/08 4:27 pm

# Steven gesa DAP bersatu di belakang Anthony hadapi cabaran getir BUKIT MERTAJAM - Steven Sim mahu seluruh jentera parti terus bersatu dan mendukung kepimpinan Anthony Loke sebagai Setiausaha Agung DAP bagi menghadapi cabaran politik yang dijangka lebih getir pada masa depan. Pengerusi DAP Pulau Pinang itu berkata, pihaknya tetap berbangga dengan iltizam serta kepimpinan berani Anthony yang mempertahankan kerusi berkenaan walaupun mengetahui sejak awal ia bukan satu pertandingan mudah





Fadhli ibaratkan PH kini di hujung `tanduk’ - Mygazette - 2/08 4:27 pm

Beliau berpandangan, jika Parlimen dibubarkan, barisan kepimpinannya perlu bersedia mengambil alih kerusi pembangkang. Menurut wakil rakyat PAS itu, jika formula Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diteruskan ke medan Pilihan Raya Umum PRU), tidak mustahil seluruh negeri di Semenanjung Malaysia akan berjaya ditawan termasuklah Pulau Pinang





Empat kemenangan jadi amanah, Pas Negeri Sembilan hargai kepercayaan rakyat - Sinarharian - 2/08 3:27 pm

JEMPOL - Kemenangan Pasdi empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 adalahsatu amanah besar yang akan dipikul dengan penuh tanggungjawab demi kepentingan rakyat.Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mohd Fairuz Mohd Isa berkata, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat dan pengundi negeri ini yang memberikan sokongan serta kepercayaan kepada parti berkenaan dan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya tersebut.Menurutnya, kemenangan di DUN Serting, Paroi, Bagan Pinang dan Ampangan menjadi bukti keyakinan rakyat terhadap perjuangan parti itu, sekali gus membawa tanggungjawab besar untuk melaksanakan amanah yang diberikan."Keputusan rakyat memberikan kemenangan kepada Pas di empat DUN ini merupakan satu amanah besar yang akan dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab, berintegriti dan istiqamah," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera parti termasuk negeri yang membantu, petugas pilihan raya, sukarelawan, penyokong serta semua pihak yang bertungkus-lumus sepanjang tempoh kempen sehingga hari pengundian.Katanya, segala pengorbanan dan komitmen yang ditunjukkan menjadi tunjang kekuatan kepada perjuangan parti dalam menghadapi pilihan raya.Dalam pada itu, Mohd Fairuz berkata, Pas Negeri Sembilan beriltizam memainkan peranan secara berkesan sebagai pentadbir bersama kerajaan negeri diterajui Barisan Nasional (BN), selain menjadi wakil rakyat yang berwibawa.Menurutnya, parti itu akan terus membela kebajikan rakyat, mempertahankan kepentingan agama, bangsa dan negeri serta membawa suara rakyat dengan penuh amanah di sidang dewan."Semoga ALLAH SWT mengurniakan kekuatan dan petunjuk kepada Pas Negeri Sembilan dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan," katanya.





Kerajaan PH kini bagaikan di hujung tanduk, formula BN-PN mampu kuasai Semenanjung - Fadhli Shaari - Sinarharian - 2/08 2:25 pm

SHAH ALAM - Kerajaan Perpaduan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) didakwa kini berada dalam kedudukan semakin mencabar dan hanya menunggu masa sebelum berlaku perubahan landskap politik negara susulan kekalahan terbaharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari secara sinis juga berkata, gabungan itu boleh bersedia untuk mengambil kerusi pembangkang apabila Parlimen dibubarkan nanti bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU).Ini kerana katanya, kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjadi 'formula kemenangan' di Negeri Sembilan diyakini mampu memberikan peluang besar kepada gabungan tersebut merampas lebih banyak kerusi Parlimen."Jika formula BNPN ini dapat dibawa ke medan PRU, seluruh negeri di Semenanjung Malaysia akan berjaya ditawan termasuklah Pulau Pinang





Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Pulau Pangkor - Sinarharian - 2/08 2:20 pm

IPOH - Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di perairan Tanjung Hantu, Pulau Pangkor, semalam.Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan penemuan mayat di kedudukan kira-kira 1.3 batu nautika barat daya Tanjung Hantu itu pada 10.31 pagi."Anggota Maritim Malaysia bersama Bot Penggalang 1639 yang tiba di lokasi pada 11.22 pagi mendapati mayat itu dipercayai lelaki warga Indonesia, berpakaian baju berwarna hitam dan berseluar pendek."Siasatan awal mendapati mayat dijumpai terlebih dahulu oleh sebuah bot pancing di kedudukan kira-kira 1.4 batu nautika barat Tanjung Hantu sebelum maklumat disalurkan kepada Maritim Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata mayat dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut





Cabaran politik dijangka lebih getir, Sim gesa DAP bersatu di belakang Loke - FMT - 2/08 1:53 pm

Ketua DAP Pulau Pinang Steven Sim berkata parti itu perlu bersatu, membuat penilaian kekalahan di Negeri Sembilan dan ambil pengajaran.





PH kekal berpaksikan politik nilai, keupayaan mentadbir - Adly - Sinarharian - 2/08 1:35 pm

BUKIT MERTAJAM - Pakatan Harapan (PH) akan terus mempertahankan politik berasaskan nilai, integriti dan keupayaan mentadbir, sambil meneliti strategi bagi menghadapi perubahan landskap politik semasa.Naib Presiden Amanah, Adly Zahari berkata, pendekatan itu kekal menjadi teras perjuangan PH kerana rakyat akhirnya akan menilai perkara yang memberi kesan langsung kepada kehidupan mereka termasuk kos sara hidup, ekonomi, pendidikan dan prestasi kerajaan."Pada masa sama, kita akan melihat banyak lagi perkara menerusi pascanilai untuk ditambah baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Amanah Pulau Pinang di sini hari ini.Adly berkata demikian ketika mengulas prestasi PH dan Amanah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.Beliau berkata, PH perlu memperkemas pendekatan komunikasi supaya pencapaian kerajaan, dasar ekonomi dan usaha membantu rakyat dapat disampaikan dengan lebih berkesan.PRN Negeri Sembilan semalam menyaksikan Barisan Nasional (BN) memenangi 18 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sementara PH dengan 11 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) memperoleh tujuh kerusi.Sementara itu, Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, gabungan itu akan bermesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti keputusan PRN Johor dan Negeri Sembilan serta menyusun strategi baharu untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya umum lebih awal."Kita perlu membawa pengundi kembali memberi fokus kepada prestasi serta penyampaian kerajaan, kesejahteraan rakyat, pencapaian dan usaha mewujudkan peluang pekerjaan," katanya.Pengerusi DAP Pulau Pinang, Steven Sim berkata, keputusan PRN Negeri Sembilan menjadi peringatan penting untuk parti bermuhasabah diri dan menyusun perancangan lebih mantap bagi berdepan cabaran politik pada masa depan.Justeru, beliau berkata ahli parti itu perlu bekerja lebih keras bagi mempertahankan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap parti berkenaan."Mesti turun padang, mesti memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat, kalau yang tidak menang, kalau kerusi tidak berjaya, kita harus mempergiat usaha kita untuk kembali memenangi kepercayaan rakyat," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jualan Madani KUSKOP (JMK) 2026 di Gelanggang Bola Keranjang Taman Makok di sini- Bernama





No seats, no allies: Bersatu faces bleak future after Negeri Sembilan rout - Sinardaily - 2/08 8:45 am

SHAH ALAM Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) endured a disastrous outing in the 16th Negeri Sembilan state election after failing to win a single seat.The Malay-based party, which contested under its own banner despite maintaining informal ties with the Perikatan Nasional (PN) coalition, was defeated in key constituencies by candidates from Barisan Nasional (BN) and Pakatan Harapan (PH).Political analyst Professor Datuk Dr Ismail Sualman said the outcome underscored Bersatu's increasing isolation in Malaysia's political landscape.Following Pas' decision on June 8 to sever ties with the party and support BN candidates in constituencies where PN was not contesting, Bersatu was left to contest 24 of the state's 36 seats on its own.The move, he said, resulted in direct contests between Bersatu and its former ally in Serting, Paroi, Bagan Pinang and Ampangan, mirroring the party's disappointing performance in the Johor state election, where it failed to secure any of the 16 seats it contested.Ismail said Bersatu was now caught between a resurgent Umno and a dominant Pas, while lacking both Pas' extensive grassroots machinery and Umno's longstanding reputation as a governing party.Although party president Tan Sri Muhyiddin Yassin has attempted to position Bersatu as the country's principal opposition force, Ismail said the strategy had failed to gain traction."Yes, Muhyiddin has become a liability for Bersatu," he said.He added that the party was trapped in a difficult position, as retaining Muhyiddin could prolong its decline, while replacing him could further weaken the party's foundations.Following Muhyiddin's decision to remove former deputy president Datuk Seri Hamzah Zainudin and 16 other leaders in February, Ismail said potential successors, including Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, lacked the necessary grassroots support to unify the party.According to Ismail, contesting independently under the present political climate amounted to "political suicide", particularly as Umno and Pas had effectively marginalised Bersatu.He said the party's most realistic options were to form a new political alliance, rejoin Umno or face a gradual dissolution similar to Parti Pejuang Tanah Air.Echoing those views, political analyst Associate Professor Dr Mazlan Ali described Bersatu's performance in Negeri Sembilan as deeply disappointing and a warning sign for the party's future."Bersatu's performance is very disappointing





PRN Negeri Sembilan: Tun Faisal antara 29 calon hilang deposit - Sinarharian - 2/08 1:13 am

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz antara 29 calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 yang hilang deposit.Selain Tun Faisal, 22 lagi calon Bersatu turut hilang deposit, manakala Datuk Seri R Sanjeevan yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang menjadi satu-satunya wakil daripada parti itu yang tidak hilang deposit.Calon lain Bersatu yang hilang deposit ialah Rebin Birham (Palong), Mohamad Hanifah Abu Baker (Labu), Muhammad Noraffendy Mohd Salleh (Serting), Mohd Zuhaimi Md Yusof (Juasseh), Mohd Nazree Mohd Yunus (Paroi), Noor'Azah Harun (Ampangan), Muhammad Adib Musa (Klawang) dan Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus (Pertang).Turut menerima nasib sama, Mazrulhisham Abd Mansor (Sungai Lui), Zool Amali Hussin (Lenggeng), Datuk V Saravan (Nilai), Fazly Hamid (Temiang), Datuk Sri Megat D Shahriman Datuk Zaharudin (Seri Menanti), Mohd Izaffi Istear Khan (Senaling), Tang Jay Son (Rahang), Sarawanan Nagayah (Mambau) dan Mahendran Ramasamy (Seremban Jaya).Selain itu, calon Bersatu lain yang hilang deposit ialah Akmal Noradzmi Abd Rahim (Kota), Sheikh Junaidy Jamaludin (Bagan Pinang), Datuk Zamri Md Said (Linggi), M Leevineshwaraan (Sri Tanjung) dan Zolazrai Capt Zolkapli (Gemas)Turut hilang deposit ialah empat calon bebas dan masing-masing satu Parti Orang Asli Malaysia (Asli) serta Parti Sosialis Malaysia (PSM).Mengikut peraturan pilihan raya, seseorang calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu per lapan daripada jumlah undi yang diperoleh semua calon yang bertanding di kerusi berkenaan.PRN negeri ini menyaksikan 103 calon bertanding bagi merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan Pakatan Harapan (PH) bertanding di kesemua kerusi, diikuti Barisan Nasional (BN) (25), Bersatu (24), Perikatan Nasional (PN) (11) dan empat calon Bebas.Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), ASLI dan PSM pula masing-masing menampilkan seorang calon.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi mengumumkan Barisan Nasional (BN) memenangi 18 kerusi DUN dalam pilihan raya negeri berkenaan.Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, berkata Pakatan Harapan pula menang 11 kerusi dan PN tujuh kerusi.





UNOFFICIAL: Amanah loses sole Negeri Sembilan seat as Rais Yatims son Danni wins Klawang - Sinardaily - 1/08 11:08 pm

SHAH ALAM Parti Amanah Negara (Amanah) suffered a clean sweep in the Negeri Sembilan state election after losing all nine seats it contested, including its sole seat in Klawang.The partys incumbent Datuk Bakri Sawir was defeated by Parti Wawasan Negara (Wawasan) candidate Danni Rais, the son of former minister and veteran politician Tun Mohd Rais Yatim.Based on unofficial results, Danni secured 746 votes, edging Bakri, who garnered 683 votes





N9 polls: PN clinches Bagan Pinang with over 10,000-vote majority - Sinardaily - 1/08 11:06 pm

PORT DICKSON - Perikatan Nasional (PN) has secured a commanding victory in the Bagan Pinang state seat in the Negeri Sembilan state election, winning with a majority of 10,137 votes.PN candidate Ustaz Fatah polled 14,603 votes to comfortably defeat Pakatan Harapan (PH) candidate Nasir Raman, who secured 4,466 votes.Bersatu candidate Sheikh Junaidy, contesting under a separate party ticket, garnered 536 votes.The result cements PN's grip on the coastal constituency with one of the largest winning margins recorded in the election.





[TIDAK RASMI] Calon tunggal DHPP gagal ikut rentak kemenangan Pas - Sinarharian - 1/08 11:02 pm

SHAH ALAM - Calon tunggal Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan gagal mengikut rentak kemenangan calon Pas apabila tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lobak.Calon Perikatan Nasional (PN), Dr P Kumar yang mewakili DHPP itu memperoleh 1,989 undi, sekali gus gagal menyaingi penyandang daripada Pakatan Harapan (PH), Chew Seh Yong yang meraih kemenangan besar dengan 13,014 undi.Keputusan tidak rasmi itu menyaksikan Chew mempertahankan kerusi tradisi DAP tersebut dengan majoriti 11,025 undi dalam pertandingan satu lawan satu.DUN Lobak merupakan satu-satunya kerusi yang menyaksikan DHPP mewakili PN pada PRN kali ini.Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad menerusi hantaran di Facebook melahirkan rasa syukur atas prestasi parti itu apabila memenangi empat daripada lima kerusi yang ditandingi."Alhamdulillah





[TIDAK RASMI] PRN Negeri Sembilan: Pas tambah pengaruh, rampas Ampangan - Sinarharian - 1/08 10:44 pm

SHAH ALAM - Pas muncul antara parti yang mencatat prestasi memberangsangkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan apabila bukan sahaja berjaya mempertahankan tiga kerusi sedia ada, malah merampas satu kerusi hasil formula kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).Menerusi keputusan tidak rasmi, Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Paroi dan Serting dengan peningkatan majoriti selain merampas DUN Ampangan yang sebelum ini bukan miliknya.Calon Pas yang mewakili PN di Ampangan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berjaya merampas kerusi itu apabila berjaya menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Muhammad Nazri Kassim dan Azzah Harun (Bersatu) dengan majoriti 3,567 undi.Pada PRN 2018, Mohmad Rafie yang bertanding atas tiket PH menang dengan majoriti 1,360 undi, namun kecundang pada 2023 apabila bertanding secara Bebas.





[TIDAK RASMI] PRN Negeri Sembilan: Amanah gagal pertahan Klawang, pulang tangan kosong - Sinarharian - 1/08 9:37 pm

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) gagal memenangi sebarang kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan selepas tewas di kesemua sembilan kerusi yang ditandingi termasuk gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang.Berdasarkan keputusan tidak rasmi, penyandang DUN Klawang, Datuk Bakri Sawir tewas kepada calon Parti Wawasan Negara (Wawasan), Danni Rais yang memperoleh 746 undi berbanding 683 undi diraih Bakri.Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Adib Musa pula hanya memperoleh 83 undi.Kekalahan itu menyaksikan Amanah kehilangan satu-satunya kerusi yang dimenangi parti berkenaan pada PRN Negeri Sembilan 2023.Selain Klawang, Amanah turut meletakkan calon di DUN Serting, Lenggeng, Senaling, Johol, Paroi, Kota, Bagan Pinang dan Gemencheh, namun kesemua calon parti itu gagal menawan kerusi berkenaan.Sebagai rekod, kerusi DUN Paroi dan Klawang sebelum ini disandang oleh Amanah, namun pada PRU-15 hanya kerusi DUN Klawang berjaya dikekalkan manakala DUN Paroi tewas dengan Perikatan Nasional (PN) yang dimenangi wakilnya, Kamarol Ridzuan Mohd Zin.





Hadi Awang hadir, penyokong PN ikuti keputusan di Kompleks Pas Negeri Sembilan - Sinarharian - 1/08 9:20 pm

SEREMBAN Presiden Pas, Abdul Hadi Awang hadir ke Kompleks Pas Negeri Sembilan di Kampung Ismail, Ampangan di sini pada Sabtu bagi mengikuti perkembangan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bersama pimpinan Perikatan Nasional (PN).Ketibaan beliau disambut penyokong yang berkumpul di pusat operasi berkenaan bagi menantikan keputusan rasmi selepas proses pengundian selesai.Setakat malam ini, PN dilaporkan sudah mendahului di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Serting, Ampangan, Paroi dan Bagan Pinang berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diterima di pusat operasi parti.Bagi PRN Negeri Sembilan, Pas mewakili PN mempertaruhkan lima calon iaitu Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa di DUN Serting, P M Kumar (Lobak), Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek (Ampangan), Kamarol Ridzuan Mohd Zain (Paroi) dan Ustaz Abdul Fatah Zakaria (Bagan Pinang).Suasana di Kompleks Pas Negeri Sembilan kekal terkawal dengan penyokong terus mengikuti perkembangan keputusan yang dikemas kini dari semasa ke semasa sambil menunggu pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).





Datuk dikhuatiri lemas ketika selamatkan cucu - Sinarharian - 1/08 1:48 pm

HULU TERENGGANU - Niat murni seorang lelaki menyelamatkan cucu saudaranya yang hampir lemas bertukar tragedi apabila dia sendiri dikhuatiri hilang dalam kejadian di Sungai Kampung Pulau Kudat, Kuala Berang, di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, mangsa, Harun Ibrahim, 51, dilaporkan gagal dikesan di lokasi kejadian sejurus menyelamatkan cucu saudaranya itu.Menurutnya, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian menerusi panggilan MERS 999 jam 10.15 pagi sebelum laporan polis dibuat pada jam 10.51 pagi."Berdasarkan maklumat awal daripada penduduk kampung, mangsa pada mulanya cuba menyelamatkan cucu saudaranya yang sedang mandi di sungai berkenaan."Malangnya, selepas berjaya menyelamatkan kanak-kanak tersebut, mangsa tiba-tiba lemas dan tenggelam ke dalam sungai serta tidak lagi kelihatan," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.Sharudin berkata, susulan laporan itu, Timbalan Ketua Polis Balai Kuala Berang bersama lapan anggota membabitkan unit Rondaan Cegah Jenayah (RCJ), Unit Rondaan Bermotor (URB), serta kereta peronda polis (MPV) telah bergegas ke tempat kejadian."Setakat ini mangsa masih belum ditemui dan operasi pencarian sedang giat dijalankan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang yang menggerakkan seramai enam anggota," katanya.Difahamkan, mangsa merupakan seorang penerima pencen Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan pesakit dialisis buah pinggang.





Tidak wajar hukum hibah TH haram - Sinarharian - 1/08 8:30 am

SHAH ALAM - Tidak wajar menghukum hibah Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh tertentu sebagai haram hanya berdasarkan dakwaan bahawa kadarnya melebihi kemampuan institusi.Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman sebaliknya berkata, penentuan hukum memerlukan penelitian terhadap fakta, asas perakaunan, undang-undang dan keputusan pihak berkuasa yang berkaitan.Malah katanya, ibadah haji yang ditunaikan menerusi TH pada tempoh tersebut tetap sah selagi syarat, rukun dan wajib haji dipenuhi."Haji yang ditunaikan adalah sah, insya-ALLAH





Heret semua dalang isu Tabung Haji ke muka pengadilan – CAP - Mygazette - 31/07 4:48 pm

# Heret semua dalang isu Tabung Haji ke muka pengadilan - CAP GEORGE TOWN Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa tindakan tegas diambil terhadap mana-mana individu yang terbabit dalam salah guna kuasa, penyelewengan kewangan dan pecah amanah susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH)





Penduduk Malaysia dianggar 34.4 juta, 12 negeri capai status menua .. - Mygazette - 31/07 4:48 pm

Seiring dengan pertambahan penduduk, kepadatan penduduk Malaysia turut meningkat kepada 104 orang (2026) berbanding 103 orang bagi setiap kilometer persegi pada tahun 2025. Kuala Lumpur kekal sebagai negeri yang mempunyai kepadatan penduduk tertinggi, iaitu8,574 orang bagi setiap kilometer persegi, diikuti Putrajaya (2,466 orang) dan Pulau Pinang (1,562 orang)





Juruterbang Malaysia ditahan di Indonesia bersama puluhan ribu pil ekstasi - Mygazette - 31/07 4:48 pm

# Juruterbang Malaysia ditahan di Indonesia bersama puluhan ribu pil ekstasi JAKARTA - Seorang juruterbang warga Malaysia berdepan hukuman mati di Indonesia selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta kerana didakwa membawa lebih 70,000 pil ekstasi di dalam bagasinya





Dua lelaki Aceh didakwa edar lebih 147kg methamphetamine - Mygazette - 31/07 4:48 pm

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh dan menetapkan 30 September depan untuk serahan laporan kimia. Media pada Jumaat lalu melaporkan cubaan dua lelaki menyeludup keluar 113.776kg syabu bernilai RM5.69 juta dan 3,497 kartrij vape mengandungi cecair disyaki methamphetamine seberat 6.3kg bernilai RM315,000 berjaya dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang menerusi Op Taring Gelora pada 17 Julai lalu





Two Indonesian men charged with trafficking 147kg meth in Malaysia - Malaymail - 31/07 2:17 pm

BALIK PULAU, July 31 Two Indonesian men were charged at the Magistrates Court here today with two counts...





RCI Tabung Haji: Semua terlibat wajar diheret ke muka pengadilan - CAP - Sinarharian - 31/07 2:17 pm

GEORGE TOWN Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam salah guna kuasa, penyelewengan kewangan dan pecah amanah susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH).Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, laporan RCI yang telah dinyahklasifikasikan itu membuktikan berlaku kegagalan tadbir urus yang serius dalam TH, didakwa berpunca daripada campur tangan politik serta amalan perakaunan yang mengelirukan sehingga menjejaskan keyakinan jutaan pendeposit.Menurutnya, pendedahan berkenaan bukan sekadar mencerminkan kegagalan institusi malah merupakan satu pengkhianatan moral terhadap amanah rakyat yang menyimpan wang bagi menunaikan ibadah haji."Selama berdekad-dekad, TH menjadi lambang pengurusan kewangan Islam yang diyakini di dalam dan luar negara namun dapatan RCI menunjukkan institusi itu telah dijadikan medan percaturan politik."Keadaan ini turut mencalarkan reputasi Malaysia sebagai peneraju kewangan Islam di peringkat antarabangsa kerana TH sebelum ini sering dijadikan model rujukan oleh banyak negara Islam," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Mohideen berkata, lebih membimbangkan apabila pendedahan itu turut menghakis kepercayaan masyarakat terhadap institusi yang berteraskan nilai-nilai Islam.Tambahnya, apabila institusi yang ditubuhkan atas prinsip amanah dan keadilan disalahgunakan untuk kepentingan tertentu, ia bukan sahaja menjejaskan keyakinan terhadap pengurusan kewangan malah menimbulkan rasa dikhianati dalam kalangan pendeposit.Beliau berkata, antara dapatan paling membimbangkan dalam laporan RCI ialah TH didakwa mengisytiharkan keuntungan RM3.4 bilion pada 2017 sedangkan mengikut piawaian pelaporan kewangan yang sewajarnya, institusi itu sebenarnya mengalami kerugian bersih RM1.4 bilion."Dakwaan wujud jurang kira-kira RM4.8 bilion akibat manipulasi penilaian aset dan kegagalan merekodkan kerugian susut nilai menunjukkan berlakunya penyelewengan serius dalam pelaporan kewangan."Malah TH dikatakan telah mengalami defisit aset berbanding liabiliti sejak 2014 tetapi masih meneruskan pembayaran hibah melebihi kemampuan kewangannya sehingga menjejaskan modal pendeposit," ujarnya.Beliau turut mendakwa bonus berlebihan dibayar kepada pengurusan dan ahli lembaga pengarah walaupun TH berada dalam keadaan kewangan yang meruncing.Sehubungan itu, CAP menggesa Pejabat Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyegerakan siasatan serta pendakwaan terhadap semua pihak yang didapati terlibat tanpa mengira kedudukan atau jawatan."Selain itu, Akta Tabung Haji 1995 perlu dipinda bagi mengurangkan kuasa menteri dalam urusan pentadbiran TH serta melarang ahli politik aktif memegang jawatan dalam lembaga pengarah atau pengurusan institusi berkenaan."CAP juga mencadangkan supaya operasi pelaburan TH dipantau secara lebih bebas di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara Malaysia bagi memperkukuhkan tadbir urus serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi itu," katanya.





Penduduk Malaysia cecah 34 juta, 11 negeri berstatus populasi menua - FMT - 31/07 1:10 pm

Perak mencatatkan peratusan tertinggi penduduk berusia 65 tahun ke atas, diikuti Sarawak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.





Op Crack dedah penglibatan 'orang dalam' - KP JIM - Sinarharian - 31/07 12:57 am

PUTRAJAYA - Penglibatan 'orang dalam' Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang mengetahui bagi mengeksploitasi Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) dikenal pasti dipercayai terlibat dalam sindiket godam sistem terbabit berkaitan proses kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara tidak sah.Ini susulan penahanan 12 individu termasuk enam pegawai JIM di mana dua merupakan Bahagian Teknologi Maklumat jabatan terbabit.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, kegiatan ini tidak boleh berlaku sekiranya tidak melibatkan orang dalam dan itu merupakan asasnya."Kerana untuk menceroboh masuk sistem kita (JIM) memang tidak boleh kerana jabatan baru sahaja buat forensik dengan pihak CyberSecurity bagi menambah baik dari segi sistem keselamatan."Ia tidak boleh diceroboh masuk dari luar tapi dalam kes ini, dia melibatkan orang dalam dan orang dalam yang tahu berkaitan dengan sistem," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya di sini pada Jumaat.Sidang media berkenaan kejayaan menumpaskan sindiket terbabit menerusi Op Crack turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman.Tambah Zakaria, dengan pencerobohan itu, individu terbabit menggunakan peranti 'dongle' serta perisian yang dimasukkkan ke dalam komputer.Jelasnya, jadi disebabkan itu, sistem terbabit boleh diakses dari luar dengan menggunakan ID (nama pengguna) pentadbir untuk mendaftar masuk sebelum mencipta ID palsu bagi meluluskan semua PLKS secara tidak teratur."Jadi, itulah modus operandi sindiket," katanya.Tegas Zakaria, JIM akan membatalkan semua 1,306 Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang diluluskan secara tidak sah terbabit serta-merta serta mengesan semua pemegang pas berkenaan yang dipercayai berada di pelbagai lokasi di seluruh negara serta berkerja dalam pelbagai sektor."Pertamanya tindakan kita ialah membatalkan semua PLKS yang diluluskan secara tidak teratur."Kita akan mengesan seterusnya di mana mereka berada. Buat masa ini mereka berada di merata tempat, namun kita tidak boleh dedahkan lokasi kerana bimbang mereka akan melarikan diri," ujarnya.Dalam pada itu, Zakaria menegaskan JIM mengamalkan dasar sifar toleransi terhadap salah laku, penyelewengan dan rasuah serta akan terus bekerjasama dengan SPRM bagi memastikan semua individu yang terbabit dibawa ke muka pengadilan."Sekiranya pegawai JIM didapati terbabit dalam rasuah atau penyelewengan, kita bukan sahaja menyerahkan siasatan kepada SPRM malah akan mengambil tindakan mengikut bidang kuasa sendiri, termasuk mengikut Akta Pasport selepas siasatan selesai.Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata, kegiatan itu sudah dikesan pihaknya sejak Mei lalu.Sinar Harian sebelum itu melaporkan Ops Crack bermula 28 Julai bertindak menahan dua pengarah syarikat, tiga warga asing, empat pegawai JIM, dua pegawai Bahagian Teknologi Maklumat JIM serta seorang pegawai polis.Katanya, semua suspek berusia lingkungan 30 hingga 40-an ditahan di Ibu Pejabat SPRM dan JIM Pulau Pinang.Siasatan awal mendapati sindiket ini menggunakan kuota PLKS tahun 2011 tanpa membuat bayaran levi pas yang dikeluarkan hingga menyebabkan kerugian kepada kerajaan dianggarkan sebanyak RM2.4 juta.Difahamkan, sindiket menggodam MyIMMs dipercayai membayar wang rasuah antara RM1,000 hingga RM6,000 kepada kepada pegawai JIM kerana dipercayai membantu dalam proses mendapatkan kelulusan PLKS tanpa mengikut prosedur yang sah.





Dua nelayan berdepan hukuman gantung sampai mati - Sinarharian - 31/07 11:20 am

BALIK PULAU - Dua nelayan warga Indonesia dihadapkan ke mahkamah di atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 147.2 kilogram (kg) di perairan Teluk Kumbar, Bayan Lepas pada dua minggu lalu.Pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu terhadap kedua-dua tertuduh iaitu Junaidi, 51, dan Irfansyah, 30, di hadapan Majistret Chia Huey Ting.Bagaimanapun, hanya Irfansyah yang mengangguk faham manakala Junaidi memberitahu mahkamah bahawa dia tidak memahami kedua-dua pertuduhan tersebut kerana hanya memahami bahasa asli Indonesia.Datuk Naran Singh yang merupakan peguam yang mewakili mereka kemudiannya terpaksa menerangkan setiap butiran pertuduhan kepada Junaidi dan dia memahaminya.Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh dari Acheh itu didakwa bersama-sama telah mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 113.776 kg manakala pertuduhan kedua, mereka dituduh mengedar dadah berbahaya jenis cecair methamphetamine seberat 33.412 kg.Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di kedudukan GPS Lat: 05 darjah 07.045 N Long: 100 darjah 14.063 E di kawasan perairan Teluk Kumbar, Bayan Lepas pada ham 7.15 petang, 17 Julai lalu.Oleh demikian, mereka didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.Jika sabit kesalahan, boleh digantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum dengan hukuman mati.Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.Menurut Naran, hanya Junaidi mempunyai pasport yang sah manakala Irfansyah tiada.Katanya lagi, bagi kes di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, tiada pengakuan yang boleh direkodkan berikutan ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Sementara itu, tiada jaminan ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Sofi Jaafar terhadap kedua-dua tertuduh.Huey Ting kemudiannya menetapkan 30 September untuk menunggu laporan kimia bagi kes dibawa ke Mahkamah Tinggi.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Pulau Pinang berjaya menggagalkan cubaan menyeludup pelbagai jenis dadah ke Indonesia selepas merampas dadah dan rokok elektronik mengandungi cecair disyaki methamphetamine bernilai hampir RM6 juta.Rampasan itu dibuat dalam operasi di perairan selatan Pulau Rimau pada 17 Julai lalu.Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, dalam Op Taring Gelora itu, suspek ditahan selepas bot fiber yang dinaiki mereka berjaya dipintas dalam aksi mengejar selama setengah jam di laut.Beliau menambah, pemeriksaan ke atas bot itu menemukan 113.7 kilogram dadah disyaki methamphetamine bernilai RM5.7 juta yang disembunyikan di dalam ruang khas di bahagian hadapan bot.





Mydin lancar Jom Jalan MYDIN, tawar ganjaran RM5 juta - Sinarharian - 31/07 9:30 am

Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) menawarkan tawaran jualan, penjimatan serta hadiah bernilai keseluruhan RM5 juta menerusi pelancaran kempen Jom Jalan MYDIN bagi menyokong kempen Cuti-Cuti Malaysia dan Visit Malaysia 2026.Pengarah Urusannya, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, kempen berlangsung di 83 cawangan Mydin di seluruh negara itu bertujuan menggalakkan pelancongan domestik selain menyokong Kempen Beli Barangan Malaysia, sekali gus membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.Beliau berkata, menerusi kempen berkenaan, Mydin menyasarkan peningkatan kehadiran pelanggan dua hingga tiga kali ganda di semua cawangannya."Dalam keadaan ekonomi semasa dan isu global, kita mahu mengajak rakyat berbelanja dan bercuti dalam negara."Usaha sama dengan pelbagai pihak seperti Tourism Malaysia dan Tabung Haji Travel and Services ini membolehkan pelanggan menikmati percutian pada kadar berpatutan sambil berbelanja barangan keperluan pada harga promosi," katanya kepada Sinar Harian.Sebagai antara tarikan utama kempen, Mydin menganjurkan aktiviti Jelajah Lokal Treasure Hunt dengan kerjasama Malaysian Hunt Club bermula 23 Julai hingga 30 September 2026.Penyertaan Treasure Hunt adalah percuma dan terbuka kepada pasukan empat orang berusia 18 tahun ke atas yang berbelanja minimum RM150 dalam satu resit, dengan menawarkan hadiah keseluruhan melebihi RM45,000.Aktiviti itu membabitkan tiga pusingan, iaitu pusingan pertama dari Mydin USJ Subang, Selangor ke Mydin MITC, Melaka; pusingan kedua dari Mydin Gopeng RTC, Perak ke Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan pusingan ketiga dari Mydin Kuala Terengganu, Terengganu ke Mydin Tunjong, Kelantan.Pada masa sama, Mydin turut melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi program Mydin Prihatin bernilai RM15,000, dengan pemenang di setiap lokasi akan menyampaikan sumbangan 50 kotak barangan keperluan kepada penerima daripada golongan B40 yang dikenal pasti menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Selain itu, kempen peraduan Beli, Menang & Jalan! yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 30 September 2026 menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM100,000 kepada pelanggan yang berbelanja minimum RM120 bagi produk jenama terlibat dalam satu resit.Peraduan yang dijayakan bersama rakan penaja seperti Tabung Haji Travel and Services, Sunway Lagoon, Lost World of Tambun dan Setel itu menawarkan hadiah utama berupa 10 pakej percutian kapal persiaran selama tiga hari dua malam.Turut ditawarkan ialah 30 pakej percutian tiga hari dua malam sebagai hadiah pertama, 100 pas masuk taman tema dan Night Park (dewasa) sebagai hadiah kedua serta 100 kredit Setel bernilai RM200 sebagai hadiah saguhati.Pelanggan yang membuat pembayaran menggunakan aplikasi Setel pula layak menerima dua kali ganda peluang penyertaan.Ameer berkata, Mydin turut memperkenalkan tawaran Purchase With Purchase (PWP) kepada pelanggan yang berbelanja minimum RM100 dalam satu resit, membolehkan mereka membeli sehingga tiga barangan terpilih pada harga diskaun khas."Antara produk yang ditawarkan ialah roti pada harga RM1, telur ayam saiz M (10 biji) pada harga RM2, Milo pada harga RM9 berbanding harga asal RM14.65, biskut Munchys pada harga RM8 berbanding RM14.40, beras lima kilogram pada harga RM25 berbanding RM35.50 serta beg pakaian 24 inci pada harga RM25 berbanding RM59.90."Selain itu, syampu Sunsilk, pelembut fabrik Softlan dan periuk nasi Sonic Gear turut ditawarkan pada harga istimewa sepanjang kempen berkenaan," tambahnya.Jom Jalan Mydin berpotensi rancakkan pelancongan domestikAmeer berkata, pusat beli-belah bukan sekadar tempat mendapatkan barangan keperluan, sebaliknya menjadi platform yang menawarkan pengalaman unik kepada pelanggan selain membantu mempromosikan produk tempatan.Menurutnya, menerusi Kempen Jom Jalan Mydin yang baru dilancarkan, ia secara tidak langsung menggalakkan rakyat Malaysia meneroka destinasi pelancongan tempatan sambil menikmati pengalaman membeli-belah interaktif sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026)."Mydin turut komited membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari seluruh negara dengan menyediakan ruang untuk mereka memperkenalkan produk tempatan kepada pengguna."Melalui kempen ini, kami berharap rakyat Malaysia dapat mengenali, menghargai dan terus memilih barangan buatan Malaysia," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Kempen Jom Jalan Mydin, di Mydin USJ pada Khamis.Dalam pada itu beliau turut menyifatkan kerjasama antara pihaknya dan Tourism Malaysia mencerminkan komitmen berterusan dalam merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan, terutama dalam sektor peruncitan serta pembangunan komuniti usahawan tempatan sempena VM2026."Menerusi kerjasama ini, pelancong tempatan bukan sahaja digalakkan melancong, malah disokong untuk meneroka dan membeli produk warisan tempatan dari pelbagai negeri di bawah satu bumbung," ujarnya.Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Pengiklanan dan Digital merangkap Ketua Sekretariat VM2026 Tourism Malaysia, Mohd Akbal Setia memaklumkan, prestasi pelancongan domestik negara menunjukkan momentum positif menerusi peningkatan sebanyak 7.2 peratus atau 74 juta pergerakan pelancong bagi suku pertama tahun ini.Pencapaian itu ujarnya, meletakkan sektor pelancongan negara di landasan tepat untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.Dalam masa sama beliau menjelaskan, Tourism Malaysia akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan sektor swasta sebagai persediaan menuju VM2026."Kerjasama ini bukan sahaja menggalakkan rakyat Malaysia meneroka pelbagai destinasi pelancongan tempatan, malah memperkukuh segmen pelancongan beli-belah yang menjadi antara penyumbang penting kepada pendapatan pelancongan domestik negara."Melalui kempen ini, pengunjung bukan sahaja digalakkan melancong, malah berpeluang mengenali dan membeli produk tempatan dari setiap negeri yang disediakan di bawah satu bumbung," katanya.




Reformasi     >>



LETTER Do yourself a favour, Harapan, pass equal .. - Mkini
Its lawmakers may soon find themselves in the opposition, deprived of allocations.
Kroni     >>



Tiba masa Akta Tabung Haji dipinda - Utusan
PENERBITAN Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bukan sekadar mengundang perdebatan tentang apa yang berlaku pada masa lalu. Lebih penting daripada itu, laporan tersebut membuka ruang untuk negara menilai sama ada kerangka undang-undang yang mengawal selia TH masih memadai ..
Tabloid     >>



Empat pilihan Ajai - Hmetro
DIRAKAM pada 1997, usia lagu Cinta Di Akhir Garisan nyanyian empat figura wanita terkenal, Datuk Nora Ariffin, Ziana Zain, Ning Baizura dan penyanyi Indonesia, Dessy Fitri sudah mencecah 29 tahun. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Apple to add cross-device clipboard syncing between .. - Gsmarena
Windows PC users in the EU could soon be able to copy and paste content directly to and from an iPhone, thanks to a new interoperability feature Apple is developing. The feature was requested by Microsoft through Apple's EU Interoperability Request system. Apple began working on the request in ..
World     >>



Evening update - Middleeasteye
Evening update Good evening Middle East Eye readers, If you are just joining us now, here are the latest developments from across the region: Israeli military sets off 'huge explosion' in southern Lebanon's Haddatha as the first day of a new round of Israel-Lebanon talks commence in Rome, expected to continue until Thursday A ..
Motor Trend     >>



Artikel Pilihan Kenapa Ev Tak Perlukan Jeriji Besar .. - Mekanika
# KENAPA EV TAK PERLUKAN JERIJI BESAR MACAM KERETA PETROL? Jika diperhatikan kebanyakan kenderaan elektrik (EV) yang berada di pasaran hari ini, rekaan bahagian hadapannya mempunyai reka bentuk yang agak berbeza berbanding kereta berenjin pembakaran dalaman. Kebanyakan EV menggunakan permukaan ..