///
See Also: ShopeePay Promo (Referral Code 225M4ULL7)

Search : Presiden Pkr News   Page 1    



Kongres PKR 2026: 'Baharui tekad perjuangan agenda rakyat' - Fahmi - Sinarharian - 16/08 10:51 pm

KUALA LUMPUR - Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2026 yang melabuhkan tirainya pada Ahadmenjadi medan memperbaharui tekad perjuangan dan memperkukuh gerak kerja parti dalam memastikan agenda perjuangan terus memberi manfaat kepada rakyat.Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kongres yang berlangsung selama dua hari itu bukan sekadar medan untuk berucap dan berbahas, malah menjadiruang untuk bermuhasabah, mendengar suara akar umbi, menilai kekuatan, kelemahan parti serta memperbaharui tekad perjuangan.Beliau berkata, amanat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatanjelas bahawa perjuangan reformasi mesti berterusan dan kekuatan parti perlu sentiasa berpaksikan kepada kepentingan rakyat."Kita pulang ke kawasan masing-masing dan kembali bertemu rakyat, dengar pandangan mereka, fahami keresahan mereka dan terus cari jalan untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi





Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua - Mypress - 16/08 10:46 pm

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua





Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, pelihara amanah umat Islam - PM - Sinarharian - 16/08 8:21 pm

Akta Tabung Haji akan dipinda demi memelihara amanah umat Islam."... manakala AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) 1971 mesti dimansuhkan sepenuhnya tanpa digantikan dengan undang-undang baharu yang terus mengongkong suara mahasiswa," kata beliau menerusi hantaran Facebook hari ini.Dalam hantaran sama, Perdana Menteri berkata, Kerajaan Madani di bawah pimpinan beliau akan terus memastikan pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada kehidupan rakyat yang lebih baik tanpa mengira latar belakang politik atau negeri.Beliau berkata, rakyat di negeri yang ditadbir pembangkang juga wajar dibela kerana amanah kerajaan bukan hanya kepada penyokong atau negeri tertentu tetapi kepada seluruh rakyat dan negara.Bersempena dengan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2026 yang melabuhkan tirai hari ini, Anwar yang juga Presiden PKR berkata, parti itu memilih jalan prinsip, idealisme dan keberanian melakukan perkara yang benar, dengan tidak akan menggadaikan prinsip atau mengkhianati cita-cita reformasi semata-mata demi mempertahankan kuasa.Beliau menegaskan PKR perlu kekal sebagai wadah perjuangan untuk semua merentas kaum, agama dan wilayah dengan prinsip keadilan dibuktikan melalui dasar serta tindakan."Kekuatan Keadilan bergantung pada saf yang bersih, kepimpinan yang teguh dan gerak kerja yang tersusun





RM1 juta tambahan setiap Parlimen, terus untuk rakyat RM1 juta tambahan .. - Mygazette - 16/08 5:02 pm

"Peruntukan tak pernah dikurangkan. Malah hari ini saya nak umumkan, untuk setiap kawasan Parlimen, langsung kepada rakyat, saya umumkan tambahan RM1 juta bagi setiap kawasan Parlimen," katanya yang merupakan Presiden PKR





Saifuddin diberi mandat penuh laksana tugas timbalan presiden PKR - Mkini - 16/08 4:29 pm

Anwar puji Saifuddin sahabat "yang lama, yang paling setia."





Anwar umum tambahan RM1 juta bagi setiap kawasan Parlimen - Utusan - 16/08 4:22 pm

MELAKA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tambahan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi setiap kawasan Parlimen bagi melaksanakan projek dan membantu rakyat di kawasan berkenaan. Anwar yang juga Presiden PKR berkata, peruntukan tambahan itu akan disalurkan secara langsung kepada rakyat di setiap kawasan Parlimen





Anwar beri Amirudin mandat penuh tentukan strategi pilihan raya PKR - Mygazette - 16/08 4:18 pm

# Anwar beri Amirudin mandat penuh tentukan strategi pilihan raya PKR MELAKA Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi mandat penuh kepada Naib Presiden, Datuk Seri Amirudin Shari untuk menentukan gerak kerja pilihan raya parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang





Kuasa bukan milik peribadi, reformasi mesti berterusan – Nurul Izzah - Mygazette - 16/08 4:18 pm

# Kuasa bukan milik peribadi, reformasi mesti berterusan - Nurul Izzah AYER KEROH Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan supaya tidak menganggap kuasa dan jawatan sebagai milik peribadi, sebaliknya melihatnya sebagai amanah yang perlu dipelihara dengan perjuangan reformasi mesti diteruskan secara berterusan meskipun parti kini berada dalam kerajaan. Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, jawatan dan gelaran dalam politik hanya bersifat sementara, namun kerja serta nilai yang diperjuangkan akan menjadi legasi yang kekal kepada generasi akan datang





AUKU dimansuh sepenuhnya, tiada akta ganti kongkong mahasiswa ??? PM - Mygazette - 16/08 4:18 pm

# AUKU dimansuh sepenuhnya, tiada akta ganti kongkong mahasiswa PM AYER KEROH Kerajaan akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) secara menyeluruh tanpa menggantikannya dengan undang-undang baharu yang boleh mengekang kebebasan mahasiswa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar yang juga Presiden PKR menegaskan, kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha untuk sekadar meminda AUKU, sebaliknya akta itu mesti dimansuhkan sepenuhnya





Antara sebab mansuh AUKU kerana sokongan generasi muda kepada PKR rendah .. - Mygazette - 16/08 4:18 pm

"Alasan lain ialah mungkin Anwar yang rajin membaca buku sejarah menyedari sebuah parti politik yang tidak mendapat sokongan orang muda akan merosot dan akhirnya parti itu hidup segan mati tak mahu," katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, Presiden PKR itu dalam tempoh 10 tahun pertama era reformasi lebih banyak berada dalam penjara dan sedar golongan muda iaitu lelaki dan wanita yang membangunkan PKR





Meskipun tewas di N. Sembilan, khidmat Aminuddin masih diperlukan PKR .. - Mygazette - 16/08 4:18 pm

# Meskipun tewas di N. Sembilan, khidmat Aminuddin masih diperlukan PKR - Anwar AYER KEROH Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, khidmat Naib Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun masih diperlukan parti meskipun Pakatan Harapan (PH) tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, awal bulan lalu





Izzah titip penghargaan dalam ucapan akhir sebagai Timbalan Presiden PKR - Mypress - 16/08 4:00 pm

AYER KEROH – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menyampaikan amanat akhirnya sebagai pemimpin nombor dua parti itu pada ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat…





Mansuh AUKU: Jangan umum dahulu, fikir kemudian - UMNO Kedah - Sinarharian - 16/08 3:54 pm

ALOR SETAR - UMNO Kedah mempersoalkan keputusan kerajaan mengumumkan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) sebelum kerangka perundangan baharu yang bakal menggantikannya diperincikan.Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, keputusan sebesar itu perlu dibuat menerusi penelitian dan perbincangan sewajarnya, bukannya diumumkan di pentas politik semata-mata.Menurutnya, kerajaan perlu menjelaskan terlebih dahulu kerangka pengganti AUKU termasuk implikasinya terhadap sistem pendidikan tinggi negara."Jangan kerana mahu mengejar 'political mileage', kerajaan membudayakan pendekatan umum dahulu, fikir kemudian."Jika AUKU mahu digantikan, jelaskan kerangka penggantinya dan implikasinya terhadap universiti terlebih dahulu. Pendidikan tinggi negara bukan bahan eksperimen politik," katanya dalam satu kenyataan.Pada Sabtu, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan memansuhkan AUKU ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).Anwar yang juga Presiden PKR berkata, biarpun beberapa pindaan terhadap AUKU telah dibuat sebelum ini, masih terdapat perkara yang belum memuaskan mahasiswa.Shaiful Hazizy berkata, UMNO Kedah tidak menolak usaha melakukan reformasi terhadap sistem pendidikan tinggi, namun langkah itu perlu dilaksanakan secara terancang dan tidak dibuat secara sambil lewa.Katanya, kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi sebelum ini menjelaskan Kementeriannya telah merancang kerangka perundangan baharu yang lebih komprehensif menerusi agenda One Higher Education Act di bawah Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035."Persoalannya, adakah keputusan sebesar ini telah melalui penelitian dan perbincangan sewajarnya, atau sekadar pengumuman politik untuk mendapatkan tepukan di pentas parti?" ujarnya.Beliau berkata, AUKU bukan semata-mata berkaitan kebebasan mahasiswa, sebaliknya merupakan akta induk yang menjadi asas kepada penubuhan, pentadbiran dan tadbir urus universiti serta kolej universiti negara.Menurutnya, peruntukan berkaitan mahasiswa dalam AUKU juga telah beberapa kali dipinda, sekali gus membuka ruang lebih luas kepada mahasiswa untuk bersuara dan berpolitik."Sebarang pemansuhan tanpa kerangka pengganti yang jelas boleh menimbulkan persoalan dan ketidaktentuan terhadap keseluruhan sistem pendidikan tinggi," katanya.Dalam pada itu, Shaiful Hazizy yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok berkata, reformasi pendidikan tinggi tidak seharusnya dibuat secara tergesa-gesa hanya kerana mahu mendapatkan sokongan politik.Menurutnya, dasar pendidikan tinggi negara perlu dipelihara daripada sebarang keputusan yang boleh menimbulkan ketidaktentuan terhadap tadbir urus universiti."Apabila pemansuhan sebuah akta induk diumumkan di pentas parti sebelum kerangka penggantinya diperincikan, rakyat berhak bertanya, adakah ini reformasi yang dirancang atau keputusan politik yang tergesa-gesa?" katanya lagi.





AUKU akan dimansuh sepenuhnya, tidak dipinda - Mypress - 16/08 3:48 pm

AYER KEROH – Kerajaan MADANI tidak akan melaksanakan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 atau digantikan dengan undang-undang baharu yang mengongkong kegiatan mahasiswa. Presiden PKR, Datuk Seri…





Tiada mana-mana individu, anggota lebih besar dari PKR - Mypress - 16/08 3:40 pm

AYER KEROH – Perbezaan pandangan dalam kalangan anggota PKR tidak seharusnya menyebabkan parti berpecah sehingga menjejaskan kekuatan jentera di peringkat akar umbi. Naib Presiden PKR, Datuk Seri R



Anwar pilih kestabilan untuk rakyat, kekal kerjasama dengan BN - Harapandaily - 16/08 3:22 pm

Katanya, beliau akan meneruskan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan Umno di peringkat Pusat demi memastikan dua prinsip yang diperjuangkannya dapat diteruskan. Presiden PKR itu menegaskan, asas pembentukan Kerajaan Perpaduan dibina atas kesedaran serta hikmah..





Anwar beri Amirudin mandat penuh tentu strategi pilihan raya PKR - FMT - 16/08 3:14 pm

Presiden PKR itu berkata parti tidak boleh lagi mempunyai sistem alternatif atau saluran arahan berbeza dalam menguruskan jentera pilihan raya.





Saya akan terus berkhidmat untuk PKR, kata Nurul Izzah - FMT - 16/08 3:05 pm

Timbalan presiden PKR itu turut berterima kasih kepada ahli parti yang bersamanya ketika melalui waktu sukar, terutama ketika bapanya dipenjarakan.





Khidmat Aminuddin masih diperlukan bimbing pemimpin muda PKR, kata Anwar - FMT - 16/08 2:01 pm

Presiden PKR itu berkata sikap Aminuddin Harun yang menerima kekalahan tanpa menyalahkan mana-mana pihak wajar dijadikan teladan oleh ahli parti.





Amirudin sindir parti 3 kali kahwin, cerai - FMT - 16/08 1:03 pm

Naib Presiden PKR tidak menamakan mana-mana parti, namun dipercayai merujuk kepada sejarah hubungan politik Umno dan PAS.





Luahan rakyat Sabah, Sarawak mahu diesel 500 liter perlu dilaksana segera - Roland - Sinarharian - 16/08 12:08 am

AYER KEROH - Kerajaan disaran segera melaksanakan cadangan meningkatkan kuota diesel bersasar kepada 500 liter sebulan bagi rakyat Sabah dan Sarawak, berbanding 300 liter ketika ini.Naib Presiden PKR, Roland Engan berkata, beliau menerima banyak mesej daripada rakan-rakan di Sabah dan Sarawak yang memaklumkan kuota 300 liter diesel ketika ini masih tidak mencukupi.Menurutnya, cadangan itu wajar diberi perhatian kerana kenderaan pacuan empat roda menjadi satu keperluan bagi penduduk di kedua-dua negeri berkenaan, khususnya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman."Semalam wakil pembahas Sabah, Junaidah Makku, menyentuh mengenai kuota diesel 300 liter





Sokongan terhadap PM baik, tetapi sistem politik kita tidak begitu - Kamil Munim - Sinarharian - 16/08 11:04 am

AYER KEROH - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berpandangan sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah baik, namun sistem politik negara memerlukan usaha lebih di peringkat akar umbi.Beliau berkata, perkara itu penting bagi memastikan agenda reformasi dan perubahan yang dibawa Presiden PKR itu dapat diteruskan, termasuk memberi peluang kepada Anwar untuk memimpin negara bagi penggal kedua."Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk berkhidmat bersama Anwar dan saya menyaksikan sendiri bagaimana beliau bekerja dengan kuat."Tetapi untuk meneruskan agenda islah, reformasi dan perubahan ini, beliau memerlukan semua daripada kita untuk bersama-sama memimpin negara ini," katanya pada ucapan penggulungan Kongres Nasional Keadilan 2026 di MITC sini pada Ahad.Katanya, sistem perwakilan yang diamalkan negara memerlukan pemimpin parti turun ke kawasan masing-masing bagi meyakinkan rakyat dan mendapatkan sokongan."Kalau kita lihat rating agensi ataupun kajian yang menunjukkan bahawa sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri itu baik, tetapi sistem politik kita tidak begitu."Sistem politik kita ialah sistem perwakilan yang memerlukan kita berkhidmat di bawah, meyakinkan rakyat di kawasan dan cabang kita untuk memberikan keyakinan serta sokongan kepada kita."Kemenangan kita di kawasan itulah yang akan menentukan dan memastikan presiden kita dapat dikekalkan untuk penggal yang kedua, insya-ALLAH," katanya.Muhammad Kamil turut menggesa seluruh jentera parti membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang disifatkannya semakin hampir.Beliau berkata, PKR perlu belajar daripada kekalahan sebelum ini dan melakukan penambahbaikan bagi memastikan parti itu kembali mencipta kejayaan.





PKR perlu bina generasi pemimpin baharu selepas Anwar, kata Zaliha - FMT - 16/08 11:01 am

Naib presiden PKR berkata parti itu tidak patut tunggu sehingga Presidennya Anwar Ibrahim memutuskan untuk berundur baru mencari pengganti.





Yang kalah berhenti, menang pun berhenti, tinggal Presiden PKR seorang .. - Mygazette - 16/08 7:37 am

# Yang kalah berhenti, menang pun berhenti, tinggal Presiden PKR seorang diri - Sanusi TANJUNG KARANG Kemelut politik yang tercetus dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini membuktikan parti gabungan Pakatan Harapan (PH) itu tidak lagi relevan dan boleh dijadikan pilihan rakyat untuk mentadbir negara





Reformasi lebih tegas selepas tiga tahun kukuhkan politik dan ekonomi – Anwar - Harapandaily - 16/08 2:17 am

FOTO BERITA: Majlis Perasmian Kongres Nasional KEADILAN 2026 yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Presiden PKR di MITC Ayer Keroh, Melaka





Pemansuhan AUKU peluang lahirkan generasi pemimpin baharu - Hassan Karim - Sinarharian - 15/08 9:36 pm

JOHOR BAHRU - Parti politik yang gagal mendapatkan sokongan generasi muda berdepan risiko kemerosotan dan akhirnya hanya hidup segan mati tak mahu.Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, golongan muda perlu diberi ruang lebih luas untuk menyuarakan pandangan dan terlibat dalam proses demokrasi, termasuk ketika berada di institusi pengajian tinggi.Katanya, keputusan Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, memansuhkan AUKU menunjukkan keperluan memberikan ruang lebih besar kepada generasi muda untuk terlibat dalam wacana serta aktiviti demokrasi."Antara sebab AUKU hendak dimansuhkan adalah sebab politik kerana Anwar menyedari sokongan generasi muda, khususnya pengundi berusia 18 hingga 25 tahun terhadap PKR, amat rendah."Alasan lain ialah mungkin Anwar yang rajin membaca buku sejarah menyedari sebuah parti politik yang tidak mendapat sokongan orang muda akan merosot dan akhirnya parti itu hidup segan mati tak mahu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Anwar ketika berucap dalam Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka berkata, kerajaan akan memansuhkan akta berkenaan bagi memberi kebebasan dan ruang demokrasi lebih luas kepada gerakan mahasiswa di negara ini.Beliau berkata, keputusan itu dibuat susulan memorandum dan pandangan yang dikemukakan kepimpinan mahasiswa, yang mahukan perubahan menyeluruh terhadap akta berkenaan.Dalam pada itu, Hassan berkata, Anwar juga memahami peranan golongan muda dalam membangunkan PKR pada peringkat awal era reformasi, ketika ramai anak muda berada di barisan hadapan memperjuangkan idea dan aspirasi gerakan berkenaan.Jelasnya, golongan muda ketika itu memainkan peranan penting dalam menyebarkan perjuangan Reformasi sehingga PKR berkembang dan mempunyai struktur parti di seluruh negara."Anwar yang dalam tempoh 10 tahun pertama era Reformasi lebih banyak berada di dalam penjara, menyedari golongan mudalah, lelaki dan wanita, yang telah membangunkan Parti Keadilan."Mereka gigih mengibarkan idea dan panji-panji perjuangan reformasi sehingga Parti Keadilan tersebar ke seluruh negara," katanya.Beliau berkata, sejarah juga menunjukkan bahawa golongan muda sering menjadi pencetus kepada perubahan politik dan sosial, termasuk Gerakan 4 Mei di China, Sumpah Pemuda di Indonesia serta Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam di Tanah Melayu.Sehubungan itu, Hassan menegaskan pemansuhan AUKU wajar disokong kerana ia berpotensi membuka ruang lebih luas kepada mahasiswa untuk membina keberanian, pemikiran kritis dan kepimpinan sebelum mereka memasuki dunia politik serta masyarakat."Dalam konteks inilah keputusan Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR untuk memansuhkan AUKU perlu diberi sokongan, terutama daripada kalangan generasi muda," katanya.





Pemansuhan AUKU satu sejarah bukan sekadar angan-angan – AMH - Mygazette - 15/08 9:26 pm

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan akan memansuhkan AUKU 1971 bagi memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa. Presiden PKR itu berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira pandangan mahasiswa yang mahukan ruang kebebasan lebih luas, termasuk melalui memorandum yang dikemukakan kepada kerajaan





Mungkin esok ada pengumuman baharu dari PM – Fahmi - Mygazette - 15/08 9:26 pm

"Saya percaya kalau PM ada sebut tentang itu, tidak mustahil dalam masa yang tidak terlalu lama, mungkin seawal esok ada beberapa perkara lain yang akan diumumkan PM," katanya. Terdahulu, Anwar yang juga Presiden PKR ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada kongres tersebut memaklumkan, kerajaan akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa





Ekonomi berkembang tapi limpahan tidak serata – Tengku Zafrul - Mygazette - 15/08 9:26 pm

# Ekonomi berkembang tapi limpahan tidak serata - Tengku Zafrul AYER KEROH Kerajaan dan jentera parti disaran memberi tumpuan serius terhadap isu agihan ekonomi serta keberkesanan komunikasi bagi memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi negara benar-benar dirasai rakyat di peringkat akar umbi. Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, perkara itu antara aspek yang perlu diberi perhatian susulan amanat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan dasar beliau hari ini





Risiko gangguan terhadap UA jika AUKU dimansuh tergesa-gesa - Mygazette - 15/08 9:26 pm

Hari ini semasa menyampaikan ucapan dasar di Kongres Nasional PKR 2026, , Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan memansuhkan AUKU 1971 bagi memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa. Presiden PKR itu berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira pandangan mahasiswa yang mahukan ruang kebebasan lebih luas, termasuk melalui memorandum yang dikemukakan kepada kerajaan





AMK sokong pemansuhan AUKU, mahu ruang mahasiswa diperluas - Mygazette - 15/08 9:26 pm

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kerajaan akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa. Presiden PKR itu berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira pandangan mahasiswa yang mahukan ruang kebebasan lebih luas, termasuk melalui memorandum yang dikemukakan kepada kerajaan





Pemansuhan AUKU 1971 tanda besar komitmen reformasi – Adam Adli - Mygazette - 15/08 9:26 pm

Anwar ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional PKR 2026 di Melaka, hari ini mengumumkan kerajaan akan memansuhkan AUKU 1971 bagi memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa. Presiden PKR itu berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira pandangan mahasiswa yang mahukan ruang kebebasan lebih luas, termasuk melalui memorandum yang dikemukakan kepada kerajaan





Mansuh AUKU: Tidak perlu takut kepada mahasiswa yang berani bersuara - Mygazette - 15/08 9:26 pm

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan memansuhkan AUKU 1971 bagi memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa. Presiden PKR itu berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira pandangan mahasiswa yang mahukan ruang kebebasan lebih luas, termasuk melalui memorandum yang dikemukakan kepada kerajaan





Selesai TH, kerajaan akan ???bongkar??? Felda - Mygazette - 15/08 9:26 pm

AYER KEROH Kerajaan akan meneruskan usaha membongkar isu berkaitan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) selepas selesai meneliti dakwaan penyelewengan membabitkan Lembaga Tabung Haji (TH), kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim





Akar umbi tak mahu PKR kaji hubungan dengan UMNO-BN - Mygazette - 15/08 9:26 pm

# Akar umbi tak mahu PKR kaji hubungan dengan UMNO-BN AYER KEROH Akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak lagi mahu hubungan politik dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus dikaji, sebaliknya memohon Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat satu keputusan politik membolehkan parti bergerak dengan lebih jelas dan yakin. Wakil Selangor, Danish Hairudin berkata, akar umbi mahu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan parti membuat satu keputusan politik penting demi kepentingan parti serta anggota di peringkat akar umbi





Anwar tahu ada cabang Negeri Sembilan desak Aminuddin berundur - Mygazette - 15/08 9:26 pm

# Anwar tahu ada cabang Negeri Sembilan desak Aminuddin berundur AYER KEROH Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau sudah dimaklumkan mengenai tindakan enam Ketua Cabang PKR Negeri Sembilan yang didakwa mendesak parti menilai semula kepimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN)





Kalah PRN Johor dan N9, Anwar akui prestasi PKR tak mampu... - Mygazette - 15/08 9:26 pm

# Kalah PRN Johor dan N9, Anwar akui prestasi PKR tak mampu menangi jiwa rakyat MELAKA Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasi PKR dalam beberapa pilihan raya negeri (PRN), termasuk Johor dan Negeri Sembilan, perlu diberi perhatian serius susulan kegagalan parti itu mencapai keputusan yang diharapkan. Presiden PKR itu berkata, walaupun prestasi ekonomi negara menunjukkan perkembangan positif, kerajaan masih gagal menyampaikannya dengan berkesan sehingga tidak berjaya memenangi jiwa rakyat





???Otai-Otai, kembalilah??? - Mygazette - 15/08 9:26 pm

MELAKA Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan golongan veteran atau otai serta rakan-rakan yang pernah berasa terpinggir untuk kembali bersama meneruskan perjuangan parti





Tian Chua sambut baik seruan Anwar otai PKR kembali - FMT - 15/08 8:00 pm

Bekas naib presiden PKR berkata walaupun ada perselisihan faham masa lalu PKR kekal kuasa politik penting di Malaysia yang berbilang kaum.





Guna panji PKR lawan kesombongan musuh politik - Harapandaily - 15/08 7:02 pm

Akar umbi PKR mahu parti itu berhenti terlalu lama menimbang soal hubungan politik dengan Umno dan Barisan Nasional (BN), sebaliknya membuat keputusan yang jelas mengenai hala tuju parti menjelang pilihan raya akan datang. Wakil Selangor, Danish Hairudin, berkata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan parti perlu membuat keputusan politik yang dapat memberikan keyakinan..





Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional - Mypress - 15/08 6:49 pm

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…





Wakil PKR Selangor saran tanding guna lambang sendiri PRU depan - Mkini - 15/08 4:34 pm

Ahmad Danish Hairudin turut menggesa Presiden PKR Anwar Ibrahim mengambil pendirian lebih tegas dalam hubungan dengan Umno.





Anwar rayu 'otai-otai' kembali ke landasan perjuangan PKR - Mkini - 15/08 4:10 pm

"Kalau ada apa-apa kesilapan kita, saya mohon maaf, kembalilah kepada landasan perjuangan kita," kata presiden PKR.





'PKR terluka, namun bukan dititik terendah' - Fuziah - Sinarharian - 15/08 9:42 am

Kita mesti mengakui bahawa kita pernah kecewa, pernah sedih dan pernah terluka."Kita tidak boleh membiarkan luka menentukan masa depan kita. Luka bukan pengakhiran dan kekalahan bukan penamat kepada perjuangan," katanya ketika berucap pada Kongres Nasional Keadilan 2026 di MITC di sini pada Sabtu.Perasmian disempurnakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Turut hadir Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mohamad Sabu; Bendahari DAP, Datuk Ngeh Koo Ham dan Presiden Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor.Katanya, PKR hadir pada kongres kali ini bukan dalam keadaan semangat berada di kemuncak selepas melalui tempoh mencabar yang meninggalkan kesan kepada perjuangan parti.Beliau berkata, beberapa pilihan raya turut menguji kekuatan PKR sehingga parti itu kehilangan beberapa medan yang sebelum ini menjadi sandaran perjuangan termasuk negeri yang pernah diterajui."Namun, kongres ini bukan tempat untuk kita menuding jari, mencari siapa yang salah atau membalas apa yang telah berlaku."Sebaliknya, kita perlu cukup matang untuk membaca realiti, cukup jujur untuk mengakui kelemahan dan cukup berani untuk belajar daripada pengalaman," katanya.Fuziah berkata, keadaan ketika bukan titik terendah dalam sejarah PKR kerana parti itu pernah melalui situasi lebih sukar selepas Pilihan Raya Umum 2004.Katanya, ketika itu PKR hanya mempunyai satu kerusi Parlimen iaitu Permatang Pauh berbanding lima kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada 1999."Ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berada di dalam penjara





Cuti pengajian bukan berundur, Nurul Izzah sedang susun langkah ??? .. - Mygazette - 15/08 8:15 am

# Cuti pengajian bukan berundur, Nurul Izzah sedang susun langkah Pemerhati KUALA LUMPUR Keputusan Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengambil cuti sementara bagi menyambung pengajian tidak seharusnya dilihat sebagai langkah berundur daripada politik, sebaliknya peluang untuk beliau memperkukuh ilmu, pengalaman dan persediaan sebagai pemimpin generasi akan datang





Ada anggota mahu keluar parti, tetapi jumlah tidak jejaskan PKR - Kamil Munim - Sinarharian - 14/08 4:13 pm

MELAKA - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim mengesahkan terdapat permohonan dalam kalangan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk keluar parti, namun menegaskan jumlahnya tidak signifikan sehingga boleh menjejaskan perjalanan organisasi itu.Beliau berkata, sebahagian anggota terbabit memberikan alasan sudah hilang kepercayaan terhadap parti dan memilih untuk menyertai parti yang ditubuhkan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli atau pimpinan berkaitan."Ya, saya tidak nafikan memang ada permohonan yang dibuat oleh anggota parti sebelum daripada ini untuk keluar parti."Ada yang memberikan alasan mereka sudah hilang kepercayaan kepada parti dan memilih untuk bersama dengan parti yang ditubuhkan oleh saudara Rafizi atau pimpinan berkaitan."Saya tak tahulah berapa peratus, tetapi mengikut laporan dan angka kita, jumlah itu tidak signifikan dan sama sekali tidak menjejaskan perjalanan organisasi PKR," katanya pada Jumaat.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada Kongres Nasional Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini pada Jumaat.Sebelum ini, Rafizi yang juga pengasas Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) mendakwa kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada PRN Negeri Sembilan awal bulan ini menyaksikan sebahagian ahli PKR menyertai parti berkenaan.Beliau mendakwa perkembangan itu menyumbang kepada peningkatan mendadak keahlian BERSAMA yang kini kira-kira 29,200 ahli selepas hampir tiga bulan dilancarkan dengan kira-kira 25 peratus daripada jumlah itu merupakan bekas anggota PKR.Rafizi turut menambah 15 peratus lagi bekas anggota parti politik lain termasuk UMNO, Pas dan Bersatu dan selebihnya kira-kira 60 peratus adalah individu yang tidak pernah menyertai mana-mana parti politik sebelum ini.Muhammad Kamil berkata, PKR akan terus mengukuh dibuktikan dengan kehadiran perwakilan dengan jumlah yang sangat tinggi itu melambangkan komitmen serta tekad mereka untuk terus parti tersebut.Dalam pada itu, mengulas pengumuman calon BERSAMA bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan pada Sabtu, Kamil berkata PKR tidak menganggap kewujudan parti baharu itu sebagai sesuatu yang boleh mengganggu perjalanan mereka."Saya fikir politik kita pasca 2018 telah bergerak dalam satu dinamik politik yang sangat berbeza





Setahun berlalu, serangan ke atas anak, ugutan terhadap isteri ‘mati .. - Mygazette - 14/08 3:59 pm

Serangan seperti ini mungkin akan dilupakan oleh pihak berkuasa dan mereka yang memegang amanah, tetapi ia tidak mungkin dilupakan oleh mangsa, katanya. Bekas Timbalan Presiden PKR itu turut mendakwa beliau pernah dimaklumkan secara tidak rasmi oleh Menteri Dalam Negeri mengenai individu yang disyaki menjadi dalang kejadian itu





Tiada tempoh masa untuk Nurul Izzah bercuti - Mygazette - 14/08 3:59 pm

Sebelum ini, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bersetuju memberikan cuti sementara kepada Nurul Izzah selepas Kongres Nasional PKR 2026 bagi membolehkan beliau memberi tumpuan kepada pengajian. Nurul Izzah sebelum ini dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR bagi penggal 2025-2028 selepas memenangi pemilihan parti pada Mei 2025





???Saya tak boleh puaskan semua orang, hanya perlu jujur pada diri... - Mygazette - 14/08 3:59 pm

# Saya tak boleh puaskan semua orang, hanya perlu jujur pada diri sendiri Nurul Izzah AYER KEROH - Nurul Izzah Anwar menegaskan beliau tidak mampu memenuhi kehendak semua pihak dalam perjalanan politiknya, sebaliknya memilih untuk kekal jujur kepada diri sendiri dan prinsip perjuangan. Timbalan Presiden PKR yang diberikan cuti itu berkata, perjalanan politik seseorang pasti berdepan pelbagai pandangan dan penilaian, termasuk ketika seseorang itu menang, kalah atau membuat keputusan yang mungkin tidak disenangi semua pihak





PKR tak mampu kuat jika wujud ???parti dalam parti??? ??? Nurul... - Mygazette - 14/08 3:59 pm

# PKR tak mampu kuat jika wujud parti dalam parti Nurul Izzah AYER KEROH - PKR tidak akan mampu menjadi sebuah organisasi yang kuat sekiranya wujud parti dalam parti atau kelompok kuasa tersembunyi yang boleh mencetuskan perpecahan dalam kalangan anggotanya. Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, semua anggota parti khususnya Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan wanita perlu mengetepikan perbezaan serta mengelakkan tenaga parti terus dihabiskan untuk perbalahan dalaman





Nurul Izzah elak jawab keputusan berundur jawatan - Mygazette - 14/08 3:59 pm

# Nurul Izzah elak jawab keputusan berundur jawatan MELAKA - Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengelak daripada menjawab soalan wartawan berhubung tindakannya berundur daripada jawatan nombor dua parti itu hari ini





Nurul Izzah ingatkan PKR amanah dan prinsip tunjang perjuangan reformasi - Mygazette - 14/08 3:59 pm

# Nurul Izzah ingatkan PKR amanah dan prinsip tunjang perjuangan reformasi AYER KEROH - Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengingatkan parti itu supaya memastikan amanah, prinsip dan nilai reformasi terus menjadi tunjang perjuangan





Dakwaan 25 peratus bekas ahli PKR sertai Bersama tidak signifikan ??? .. - Mygazette - 14/08 3:59 pm

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Kongres Nasional AMK di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli bahawa sebahagian ahli parti itu menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) selepas kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan awal bulan ini





Tiada pergaduhan, nakhoda PKR hanya Anwar Ibrahim - Utusan - 14/08 3:38 pm

GEORGE TOWN: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal menjadi satu-satunya nakhoda parti berkenaan sekali gus menolak persepsi bahawa wujud dua kepimpinan utama dalam parti itu





Nurul Izzah: Setiap jam bertelagah adalah masa yang hilang untuk menangi rakyat - Harapandaily - 14/08 2:13 pm

FOTO BERITA: Majlis Perasmian Bersama Kongres Nasional AMK & Wanita 2026 disempurnakan oleh Saudari Nurul Izzah Anwar Timbalan Presiden PKR di MITC Ayer Keroh, Melaka





PKR tiada masalah dalaman, kepimpinan kekal utuh - Sinarharian - 14/08 2:10 pm

Tetapi perkara itu sudah dijangka."Sudah sekian lama kita tahu pergerakan segelintir pimpinan yang telah lama merancang begitu. Parti telah 'move on' daripada perkara tersebut," katanya.Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dilaporkan berkata, PKR tidak mampu menjadi organisasi yang kuat jika wujud dua nakhoda dalam parti yang mengemudi satu kapal atau ada tangan ghaib membentuk struktur kuasa tersembunyi di sebalik kuasa yang ada.Nurul Izzah berkata, parti itu juga tidak mampu kuat sebagai organisasi selagi tenaga pemimpin dan ahlinya dihabiskan untuk menghadapi pertelingkahan dalaman.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kongres Nasional Wanita & Angkatan Muda Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada Jumaat.Dalam pada itu, mengulas dakwaan berlaku konflik dalaman dalam PKR, Tze Tzin berkata, parti itu kini sedang mengadakan Konvensyen Nasional PKR yang bermula dengan persidangan melibatkan Angkatan Muda Keadilan dan Wanita Keadilan.Katanya, konvensyen nasional yang melibatkan pimpinan parti akan berlangsung selepas itu sebagai platform untuk melakukan refleksi terhadap kelemahan parti khususnya susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan."Kita sememangnya ada sedikit tamparan susulan daripada PRN Johor dan juga Negeri Sembilan





PKR perlu pegang teguh pada amanah perjuangan, kata Nurul Izzah - FMT - 14/08 1:03 pm

Timbalan presiden PKR itu berkata parti perlu mengelak menjadi apa yang mereka paling benci dengan lawan sebelum ini.





Pesan Izzah tentang kompromi, godaan syaitan dan tangan ghaib - Mkini - 14/08 1:01 pm

Timbalan Presiden PKR yang sedang bercuti itu hantar pelbagai mesej bermakna dalam kepada perwakilan pemuda, wanita





Nurul Izzah: Saya tak boleh puaskan hati semua orang - Mkini - 14/08 12:39 am

Timbalan Presiden PKR itu juga enggan menjawab sebarang soalan daripada wartawan, termasuk keputusannya meletakkan jawatan.





'Saya pilih terus berjuang namun melalui laluan masyarakat Madani' - Nurul Izzah - Sinarharian - 14/08 12:20 am

AYER KEROH - Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan beliau memilih untuk terus berjuang namun bukan secara terus dalam parti tapi menerusi laluan masyarakat Madani.Nurul Izzah menzahirkan penghargaan kepada semua anggota parti yang memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepadanya, terutama ketika berdepan saat yang mencabar."Terima kasih kepada semua anggota yang menghantar semangat, kata-kata yang menyejukkan hati walau dalam saat yang paling mencabar sekalipun."Kebaikan sebegitu saya percaya hanya ALLAH SWT yang mampu membalasnya





Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa - Mypress - 14/08 12:11 am

AYER KEROH – Tempoh cuti Nurul Izzah Anwar daripada tugas sebagai Timbalan Presiden PKR tidak ditetapkan had masa, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh





Reformasi tanpa amanah hanya slogan – Izzah mahu PKR tawan semula anak muda - Harapandaily - 14/08 11:17 am

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengingatkan anggota parti supaya tidak menjadikan reformasi sekadar slogan, sebaliknya memastikan amanah, prinsip dan nilai perjuangan terus menjadi tunjang PKR





Kalah dalam PRN: AMK tak salahkan rakyat, akui politik prestasi belum .. - Mygazette - 14/08 7:56 am

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua AMK pada Persidangan Kongres KEADILAN 2026: Kongres AMK di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini malam ini. Hadir sama, Naib Presiden PKR, Datuk Dr Zaliha Mustafa; bekas Ketua AMK, Adam Adli Abdul Halim, Datuk Seri Dr Samsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pemuda Amanah, Mohd Hasbi Muda





Kerajaan Perpaduan kini diuji politik ???talam dua muka??? – AMK - Mygazette - 14/08 7:56 am

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua AMK pada Persidangan Kongres KEADILAN 2026: Kongres AMK di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini malam ini. Hadir sama, Naib Presiden PKR, Datuk Dr Zaliha Mustafa; bekas Ketua AMK, Adam Adli Abdul Halim dan Datuk Seri Dr Samsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pemuda Amanah, Mohd Hasbi Muda





DAP kekal atau keluar kerajaan? – Saifuddin yakin keputusan Ahad ini utamakan kestabilan - Harapandaily - 13/08 6:20 pm

Ketika DAP bakal membuat keputusan penting mengenai kedudukannya dalam kerajaan perpaduan, Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, tampil menyatakan keyakinan bahawa parti itu akan memilih untuk terus kekal dalam kerajaan. Saifuddin yang juga pemangku jawatan Timbalan Presiden PKR dan Menteri Dalam Negeri berkata, beliau percaya kepemimpinan DAP akan mengambil kira kepentingan..





Kongres Nasional PKR 2026 bermula esok, himpun lebih 5,000 perwakilan dan .. - Mygazette - 13/08 3:45 pm

Penganjuran kongres dimulai dengan perasmian serentak persidangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR oleh Timbalan Presiden partiNurul Izzah Anwar. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR dijadual merasmikan kongres dan menyampaikan ucapan dasarpada Sabtu





PKR buka gelanggang di Melaka esok, 5,500 perwakilan dan pemerhati berhimpun perkasa agenda Reformasi - Harapandaily - 13/08 11:49 am

Lebih 2,500 perwakilan dan 3,000 pemerhati dijangka membanjiri lokasi bagi mengikuti perhimpunan tahunan terbesar parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu. Kongres sepanjang tiga hari itu dimulakan dengan perasmian serentak persidangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR oleh Timbalan Presiden PKR,..





60% Ahli BERSAMA Tak Pernah Sertai Mana-Mana Parti, 25% Bekas PKR,... - Mygazette - 12/08 4:07 pm

# 60% Ahli BERSAMA Tak Pernah Sertai Mana-Mana Parti, 25% Bekas PKR, Kurang 1% Dari DAP - Rafizi Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan awal bulan ini menyaksikan sebahagian ahli parti diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menyertai Parti Bersama Malaysia (BERSAMA)





RCI TH: Semua parti ada saham dalam kemelut Tabung Haji Rafizi - Kosmo - 11/08 3:15 pm

PETALING JAYA Semua gabungan politik utama negara termasuk Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mempunyai saham masing-masing dalam kemelut membabitkan Lembaga Tabung Haji (TH). Bekas Timbalan Presiden PKR dan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, isu berkenaan tidak seharusnya dilihat sebagai kesalahan satu pihak sahaja memandangkan setiap gabungan ..





'Amirudin perlu jelaskan pendirian PH soal kerjasama dengan PN, Bersatu' - Ramkarpal Singh - Sinarharian - 11/08 2:37 pm

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari perlu memberikan penjelasan berhubung kenyataannya bahawa Pakatan Harapan (PH) terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk Bersatu atau Perikatan Nasional (PN).Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Ramkarpal Singh berkata, pendirian itu perlu diperjelaskan terutama sama ada perkara berkenaan telah dibincangkan dan diputuskan di peringkat Majlis Presiden PH.Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, perkara itu serius kerana ia membabitkan hala tuju PH dan potensi rakan gabungan pada masa hadapan, sekali gus wajar dibincangkan secara menyeluruh oleh semua parti komponen sebelum sebarang pengumuman dibuat."Setakat ini, saya tidak mengetahui mengenai pendirian sedemikian dan mengesahkan perkara itu belum dibincangkan mana-mana peringkat DAP."Tidak dinafikan, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat perlu menjadi pertimbangan utama seperti mana diambil kira seperti mana dinyatakan Amirudin, namun sama penting adalah sama ada rakan gabungan mampu bekerjasama demi kepentingan bersama dan kemajuan negara," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, media melaporkan Amirudin memaklumkan PH sentiasa terbuka dalam menjalinkan kerjasama atau sebarang persefahaman dengan parti atau gabungan politik termasuk PN atau Bersatu.Bagaimanapun, Naib Presiden PKR terbabit menegaskan kerjasama itu mestilah berasaskan dan menerima pakai prinsip 'kestabilan politik dan kepentingan rakyat'.Dalam pada itu, Ramkarpal berkata, dakwaan tidak berasas Pas terhadap DAP yang didakwa anti-Islam menjadi antara sebab, pada pandangannya, kerjasama antara kedua-dua parti tidak boleh berlaku pada masa ini.Beliau menambah, dalam keadaan itu, perkara terbabit perlu diperjelaskan dengan segera bagi mengelakkan sebarang kekeliruan mungkin timbul.




Reformasi     >>



Anwar defends himself, Nurul Izzah tells critics of .. - Mkini
PM says he has always maintained good ties with non-Malays.
Kroni     >>



5 negara Teluk marah Trump perang Iran belum tamat - Utusan
RIYADH: Kemarahan terhadap Amerika Syarikat (AS) semakin memuncak di lima buah negara Teluk dengan Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Kuwait dan Bahrain kini mula mempersoalkan sama ada Washington masih boleh dipercayai untuk menjamin keselamatan rantau itu. Menurut media AS, rasa ..
Tabloid     >>



PERKESO perkenal MYFutureJobs Ambassador, Oyen jadi .. - Kosmo
MELAKA Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperkenalkan MYFutureJobs Ambassador dalam kalangan mahasiswa bagi me ningkatkan kesedaran mengenai peluang kerjaya serta inisiatif MYFutureJobs. Pelancaran duta berkenaan turut memperkenalkan Oyen ..
Tech     >>



Samsung Galaxy Tab S12 series tablets now appear in .. - Gsmarena
The Samsung Galaxy Tab S12 series tablets were recently spotted on Bluetooth SIG's website, as they were Bluetooth-certified. Now those same tablets have appeared in Google Play Console's supported devices list. The Galaxy Tab S12 series consists of two tablets - the Galaxy Tab S12+ and the ..
World     >>



Erdogan says Hamas acted sincerely, criticises Israeli .. - Aljazeera
Erdogan said Hamas has shown all possible sincere solidarity, while Israel continues aggressive attacks on Gaza.
Motor Trend     >>



Motosikal Marshal Moto Xs250, Toughman 800n Lancar .. - Mekanika
# MARSHAL MOTO XS250, TOUGHMAN 800N LANCAR SEPTEMBER INI - DARI RM20K 0MZM Bikes selaku pengedar rasmi jenama seperti Hanway dan SENKE bakal memperluaskan portfolio di Malaysia dengan jenama Marshal Moto. MZM dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa Marshal Moto akan debut di Malaysia pada bulan ..