///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Presiden Indonesia News   Page 1    





Kenaikan harga diesel tekan industri kawalan perosak, risiko jejas .. - Mgazette - 18/04 7:57 am

# Kenaikan harga diesel tekan industri kawalan perosak, risiko jejas kesihatan awam KUALA LUMPUR - Industri kawalan makhluk perosak kini berdepan tekanan kos yang semakin meruncing susulan kenaikan harga diesel dengan pemain industri memberi amaran ia boleh menjejaskan usaha pencegahan penyakit bawaan vektor jika tidak ditangani segera





Laporan 127.3 hektar Pulau Sebatik milik Indonesia tak tepat – NRES - Mgazette - 18/04 7:57 am

# Laporan 127.3 hektar Pulau Sebatik milik Indonesia tak tepat - NRES PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menyangkal laporan media baru-baru ini yang mendakwa seluas 127.3 hektar kawasan di Pulau Sebatik telah diserahkan kepada Indonesia





Rakyat Malaysia antara lapan terkorban dalam nahas helikopter di Indonesia - Mgazette - 18/04 7:57 am

# Rakyat Malaysia antara lapan terkorban dalam nahas helikopter di Indonesia JAKARTA - Seorang rakyat Malaysia disahkan antara lapan mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter Airbus H130 yang terhempas di Kalimantan Barat pada Khamis





MCW lapor polis, gesa siasatan terhadap Victor Chin, desak CEO NexG beri .. - Mgazette - 18/04 7:57 am

# MCW lapor polis, gesa siasatan terhadap Victor Chin, desak CEO NexG beri penjelasan KUALA LUMPUR - Malaysia Corruption Watch (MCW) hari ini tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan salahguna dana dan kemungkinan wujud penyelewengan kewangan melibatkan syarikat tersenarai, NexG Bhd





UMNO terima semula tanpa syarat Hishammuddin, KJ bersama 6,252 ahli UMNO .. - Mgazette - 18/04 7:57 am

# UMNO terima semula tanpa syarat Hishammuddin, KJ bersama 6,252 ahli MELAKA - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Melaka malam ini memutuskan untuk menerima kembali Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin (KJ) untuk menyertai semula parti semula di bawah gagasan Rumah Bangsa





PRN Melaka: Zahid mahu pengundi bukan Melayu juga disantuni - Mgazette - 18/04 7:57 am

# PRN Melaka: Zahid mahu pengundi bukan Melayu juga disantuni MELAKA - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu kejayaan parti itu dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebelum ini dipertahankan pada PRN kali ini termasuk menyantuni pengundi bukan Melayu





Hishammuddin, KJ diterima kembali ke dalam UMNO tanpa syarat - Sinarharian - 17/04 11:58 pm

MELAKA - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu bersetuju menerima kembali tanpa syarat mana-mana ahli yang digantung, dipecat atau keluar parti atas apa jua faktor.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Melaka pada Jumaat.Menurutnya, antara nama pemohon yang telah diputuskan oleh MKT termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin serta Tan Sri Syed Hamid Albar."Ia termasuk 6,252 bekas pimpinan serta ahli di peringkat UMNO bahagian dan cawangan seluruh negara."Ketetapan itu sebagai menyokong dan mendukung penuh gagasan Rumah Bangsa yang dicetuskan oleh Ahmad Zahid bagi membuka ruang kepada mana-mana ahli untuk kembali menyertai UMNO tanpa sebarang syarat," katanya pada sidang akhbar selepas selesai Mesyuarat MKT berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada malam Jumaat.Tambah beliau, selaras dengan Fasal 5.2 Perlembagaan UMNO, MKT turut meminda Peraturan Keahlian dengan membolehkan pendaftaran dibuat secara dalam talian bagi memudahkan kemasukan ahli baharu, khususnya dalam kalangan golongan muda.Dalam pada itu, beliau berkata, MKT turut menyedari cabaran kos sara hidup yang dihadapi rakyat susulan kenaikan harga minyak dan inflasi global, termasuk kesan konflik di Iran.Justeru katanya, negeri-negeri yang diterajui pimpinan UMNO seperti Johor, Melaka, Perak dan Pahang disaran memberi tumpuan kepada penyediaan bantuan tambahan kepada golongan yang terkesan.Mengulas lanjut, beliau berkata, sempena sambutan ulang tahun ke-80 UMNO yang akan berlangsung dari 1 hingga 5 Mei 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur, beberapa program utama akan diadakan.Katanya, program tersebut termasuk Konvensyen 80 Tahun UMNO, Kongres Pendidikan Bumiputera, Karnival Keusahawanan dan Pendidikan serta Majlis Khas Ramah Mesra Pemuda dan Puteri UMNO bersama ahli baharu.Selain itu katanya, selaras dengan Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO, MKT turut memberi kebenaran kepada sayap parti iaitu Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri untuk mengadakan persidangan peringkat cawangan secara hibrid, iaitu gabungan kehadiran fizikal dan dalam talian, khususnya pada tahun tanpa pemilihan parti.





Iran umum Selat Hormuz kini dibuka sepenuhnya - FMT - 17/04 9:53 pm

Pengumuman itu dibuat oleh menteri luar Iran yang dihargai dan disambut baik oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.





MITC jadi tumpuan pimpinan UMNO hadir mesyuarat MKT, tumpu agenda PRU dan PRN - Sinarharian - 17/04 9:26 pm

MELAKA - Barisan pimpinan UMNO mula berkumpul bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada malam Jumaat.Antara yang dilihat hadir ialah Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tiba sekitar jam 8.40 malam sebelum mempengerusikan mesyuarat berkenaan.Mesyuarat itu antara lain membincangkan perancangan dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka serta Pilihan Raya Umum (PRU).Terdahulu, pada sebelah petang, Ahmad Zahid turut mengadakan pertemuan tertutup sempena Majlis Perasmian Serentak Persidangan Cawangan-Cawangan UMNO Seluruh Negeri Melaka 2026.





PRN Melaka: Umno solo atau kerjasama atau diumum kelak - FMT - 17/04 9:23 pm

Presiden Zahid Hamidi berkata Umno sedang mempertimbangkan perkara tersebut.





Government may review ministers salaries if economy worsens, says PM - Sinardaily - 17/04 8:59 pm

CYBERJAYA The Madani Government is prepared to consider cutting Cabinet ministers salaries if the national economy deteriorates further amid the global energy crisis, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim says.He said current ministerial pay was relatively low given the scale of responsibilities, but remained justified as long as ministers performed well.For now, he stressed that the priority was ensuring effective governance rather than focusing on salary reductions."Our salaries are relatively low, but what matters is that ministers carry out their duties well





Skandal NexG: MCW lapor polis, desak Victor Chin disiasat dan Abu Hanifah beri penjelasan - Sinarharian - 17/04 7:05 pm

KUALA LUMPUR Malaysia Corruption Watch (MCW) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada Jumaat berhubung dakwaan serius penyalahgunaan dana syarikat serta kemungkinan penyelewengan kewangan yang melibatkan NexG Bhd (NexG).Pada masa sama, MCW turut mendesak agar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NexG, Datuk Abu Hanipah mengambil tanggungjawab untuk menjelaskan keadaan dan dakwaan kepincangan yang berlaku semasa Victor Chin menjadi Ketua Pegawai Operasi (COO).Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata, ia membabitkan dakwaan serius mengenai penyalahgunaan dana syarikat berjumlah RM303.7 juta semasa tempoh Victor Chin Boon Long memegang jawatan COO NexG Bhd sekitar November 2024 hingga September 2025."Saya memohon agar pihak berkuasa menjalankan siasatan yang menyeluruh terhadap perkara ini kerana berlakunya banyak transaksi yang mencurigakan, antaranya pinjaman melalui MMR Capital, pelaburan dalam Classita dan pembelian saham MMAG daripada pihak berkaitan."Ia telah menimbulkan persoalan dari segi tadbir urus dan potensi konflik kepentingan, di samping berlaku dalam tempoh syarikat mencatatkan kerugian nilai saksama dan kerugian bersih yang ketara," katanya pada Jumaat.Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan, melabel Victor Chin Boon Long sebagai 'syaitan korporat' dalam satu sidang media khas bagi menafikan pembabitannya dalam skandal 'Mafia Korporat'.Beliau menyifatkan dakwaan ahli perniagaan itu sebagai satu cubaan untuk mengalihkan perhatian daripada siasatan pihak berkuasa.Kontroversi ini turut berkisar kepada transaksi saham MMAG Holdings Bhd melibatkan isteri Victor Chin, Chan Swee Ying, yang dilapor melupuskan 9.53 peratus kepentingan (220 juta saham) bernilai RM88.22 juta kepada NexG Bhd.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini mengesahkan pihak berkuasa sedang menjejaki Victor Chin susulan dakwaan penglibatannya dalam sindiket pengambilalihan paksa syarikat.Mengulas lanjut, Jais berkata, perkara ini bukan sahaja menyentuh integriti sektor korporat, malah memberi kesan langsung terhadap imej negara, keyakinan pelabur dan kepercayaan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan undang-undang.





Dua bekas pengasuh dipenjara setahun aniaya bayi di taska - Sinarharian - 17/04 6:52 pm

KUALA LUMPUR - Dua bekas pengasuh, masing-masing dipenjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan dan seorang bayi lelaki berusia enam bulan di sebuah taska pada Disember lepas.Hakim Noridah Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Perada Randai, 27, dan Yella Prissillia, 29, selepas kedua-dua tertuduh didakwa secara berasingan mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.Perada yang berasal dari Sibu, Sarawak, didakwa sebagai individu mempunyai pemeliharaan terhadap bayi perempuan berusia sembilan bulan melakukan penganiayaan dengan menampar pipi dan mengetuk kepala mangsa sehingga boleh menyebabkan kecederaan.Sementara Yella, warga Indonesia, didakwa mencubit kaki bayi lelaki, menutup muka mangsa menggunakan bantal serta memaksanya minum susu.Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di sebuah taska di Kampung Baru Salak Selatan di sini antara 8 pagi hingga 6 petang, 15 Dis tahun lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Adiba Iman Hassan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap kedua-dua tertuduh dengan mengambil kira tahap kecederaan mangsa, usia mereka yang masih terlalu muda serta keadaan fizikal yang lemah.Peguam Mohamad Ridzuan yang mewakili Perada merayu hukuman minimum dengan alasan anak guamnya mempunyai seorang anak berusia 10 bulan dan tidak pernah berpisah dengannya, manakala Yella yang tidak diwakili peguam memohon maaf atas perbuatannya serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.Sementara itu, ibu kepada bayi lelaki berkenaan, Nur Fathin Liyana Zulkifli ketika membacakan kenyataan impak mangsa, memaklumkan anaknya kini dijaga oleh ibu bapanya selepas beliau dan suami hilang kepercayaan terhadap pihak luar."Saya telah mengalami keguguran sebanyak empat kali sebelum bayi ini lahir..





Only 123ha of Pulau Sebatik belongs to Indonesia, says minister - FMT - 17/04 6:45 pm

Arthur Joseph Kurup says Malaysia gained 780ha in a wider boundary realignment package, alongside 5ha on Pulau Sebatik.





Hanya 123 hektar di Pulau Sebatik milik Indonesia bukan 127, kata menteri - FMT - 17/04 6:11 pm

Arthur Joseph Kurup berkata penyelarasan sempadan dengan Indonesia dibuat secara bersama tanpa jejaskan kedaulatan.





Isu sempadan Malaysia-Indonesia: ISWAMI gesa media perkukuh naratif harmoni - Sinarharian - 17/04 6:06 pm

SHAH ALAM - Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) menggesa semua organisasi media di kedua-dua negara agar memperkukuh naratif harmoni dalam pelaporan isu penyelesaian sempadan darat sektor SabahKalimantan Utara (KALTARA) serta mengelakkan kandungan yang boleh mencetuskan salah faham.Presiden ISWAMI Malaysia, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Presiden ISWAMI Indonesia, Asro Kamal Rokan menerusi satu kenyataan bersama menegaskan, pelaporan media perlu mengutamakan sumber rasmi kedua-dua negara di samping mengamalkan pendekatan yang berimbang, berhemah serta berteraskan konteks.Kenyataan bersama itu turut menjelaskan bahawa rundingan berkaitan penandaan dan pengukuran di kawasan 'Outstanding Boundary Problem' (OBP) tidak berasaskan prinsip timbal balik, pampasan atau pertimbangan untung rugi."Media perlu berperanan sebagai jambatan persefahaman yang mengukuhkan hubungan dua hala, bukan menjadi pencetus salah faham."Laporan tidak tepat, tidak seimbang atau bersifat spekulatif hanya akan menjejaskan hubungan baik yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Indonesia," katanya pada Jumaat.Pihaknya turut menyatakan keyakinan bahawa kepimpinan kedua-dua negara terus mengutamakan pendekatan diplomasi berteraskan semangat muhibah, hormat dan setiakawan dalam menangani isu berkenaan.Sehubungan itu, ISWAMI menggesa kerajaan Malaysia dan Indonesia supaya menyediakan taklimat khas kepada pengamal media."Ia bagi memastikan fakta yang jelas, tepat dan selaras dapat disampaikan kepada rakyat, sekali gus mengelakkan kekeliruan serta spekulasi tidak berasas."ISWAMI menegaskan bahawa peranan media amat penting dalam memastikan isu sensitif seperti sempadan negara dilaporkan secara bertanggungjawab dengan mengutamakan sumber sahih serta pelaporan berimbang demi kepentingan bersama dan kestabilan serantau," ujarnya lagi.





Ibu bapa berperanan penting kawal risiko media sosial dalam kalangan kanak-kanak - MCCA - Sinarharian - 17/04 6:05 pm

KUALA LUMPUR - Ibu bapa memainkan peranan utama dalam mengawal dan memantau penggunaan media sosial anak-anak mereka walaupun kerajaan menyediakan pelbagai garis panduan serta mekanisme perlindungan bagi platform itu.Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata, antara kegusaran pendedahan kanak-kanak terhadap platform itu dikaitkan dengan pelbagai kandungan tidak sesuai termasuk unsur toksik, manipulasi maklumat, eksploitasi seksual dan pengaruh negatif."Pendedahan awal kepada maklumat orang dewasa kini boleh diakses oleh kanak-kanak tanpa tapisan sekali gus menimbulkan salah faham tentang perkara yang belum sesuai dengan usia mereka terutama apabila pengawasan ibu bapa masih lemah," katanya pada sesi rakaman program bual bicara "Jendela Fikir" di Wisma Bernama, di sini hari ini.Siraj berkata, masih ramai ibu bapa yang tidak mendapat pendidikan formal berhubung penggunaan Internet seterusnya mewujudkan jurang dalam kawalan digital di rumah."Kita tidak boleh meneruskan kejahilan ini kepada generasi seterusnya





Indonesian envoy denies report claiming 127ha of Sebatik shifted to Indonesia, says area still a grey zone - Malaymail - 17/04 5:18 pm

KUALA LUMPUR, April 17 Indonesias ambassador to Malaysia Datuk Raden Mohammad Iman Hascarya Kusumo has de...





Pahlawan Championship tembusi Sarawak, acara antarabangsa September ini - Sinarharian - 17/04 5:15 pm

KUCHING-Satu lembaran baharu dalam landskap sukan tempur negara bakal tercipta apabila Pahlawan Championship secara rasmi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), semalam.Kerjasama strategik itu membuka laluan kepada penganjuran sebuah acara sukan tempur bertaraf antarabangsa berskala besar yang dijadualkan berlangsung di Sarawak pada September depan.Presiden Pahlawan Championship, Muhammad Faizol Mohd Mokhtarberkata, penganjuran tersebut dijangka menjadi antara acara tempur terbesar pernah dianjurkan di Bumi Kenyalang, sekali gus mengangkat Sarawak sebagai hab baharu sukan tempur di rantau ini.Menurutnya, kejohanan itu bakal menghimpunkan atlet tempatan dan antarabangsa dalam sukan tempurmuay thai."Ini bukan sekadar kejohanan, tetapi satu platform untuk memperkasa atlet tempatan, di samping membuka peluang kepada bakat baharu menonjol di pentas dunia," katanya.Tambah beliau, penganjuran itu juga dijadualkan berlangsung sejurus selepas Sukan Malaysia 2026 yang akan diadakan di Selangor dari 15 hingga 24 Ogos depan, sekali gus memanfaatkan momentum temasya sukan terbesar negara itu.Majlis menandatangani MoU berkenaan telah disempurnakan oleh Muhammad Faizol bersama Presiden PMNS, Jumaat Ibrahimselepas perasmian sesi Pengenalan Peserta Dan Kontinjen, Kejohanan Muaythai Piala TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak Dan Piala Borneo 2026 di Tebingan Sungai Kuching pada Khamis.Pahlawan Championship sebelum ini dilaporkan media sebagai antara platform sukan tempur tempatan yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan peminat sukan lasak dan seni bela diri.Sejak diperkenalkan, kejohanan itu konsisten menampilkan gabungan elemen profesional dan pembangunan akar umbi dengan memberi ruang kepada atlet muda untuk beraksi bersama pejuang berpengalaman.Pahlawan Championship juga pernah menampilkan ikon-ikon terkenal dalam sukan tempur itu seperti Super Bon dan Super Lek selain turut mendapat sokongan daripada jaguh muay thai negara, Johan Ghazali.Selain itu, Pahlawan Championship turut dikenali kerana usaha memperkenalkan konsep hiburan sukan (sports entertainment) dalam penganjuran acara tempur, termasuk penggunaan pentas produksi berskala besar, siaran digital serta penglibatan komuniti tempatan.Langkah memperluaskan penganjuran ke Sarawak dilihat selari dengan perkembangan pesat sukan muay thai di negeri itu, yang kini semakin aktif melahirkan atlet berpotensi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.Dengan kerjasama erat antara Pahlawan Championship dan PMNS, acara yang dirancang pada September depan dijangka bukan sahaja merancakkan industri sukan tempur, malah memberi limpahan ekonomi kepada sektor pelancongan dan hospitaliti negeri.Jika direalisasikan seperti dirancang, kejohanan ini berpotensi menjadi penanda aras baharu bagi penganjuran sukan tempur di Malaysia.





Dakwaan 127.3 hektar Pulau Sebatik milik Indonesia tidak tepat - Sinarharian - 17/04 5:15 pm

PUTRAJAYA Dakwaan bahawa 127.3 hektar Pulau Sebatik kini menjadi milik Indonesia adalah tidak tepat dan tidak selaras dengan rekod rasmi yang dipersetujui kedua-dua negara.Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Datuk Seri Arthur Joseph Kurup menegaskan, laporan berkenaan tidak menggambarkan keseluruhan proses penentuan sempadan yang telah melalui rundingan panjang serta berasaskan perjanjian antarabangsa.Menurut beliau, penentuan sempadan darat di Pulau Sebatik adalah berpandukan kepada Boundary Convention 1891 yang ditandatangani antara kerajaan British dan Belanda pada 20 Jun 1891."Berdasarkan Artikel IV perjanjian tersebut, jajaran sempadan darat di Pulau Sebatik ditetapkan di sepanjang garisan latitud 4 10 Utara," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Kenyataan itu dibacakan oleh Ketua Setiausaha NRES, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin dalam sesi libat urus bersama editor media di sini.Arthur menjelaskan, semakan teknikal bersama Malaysia dan Indonesia pada 1983 mendapati terdapat perbezaan antara jajaran sempadan di lapangan berbanding yang direkodkan dalam perjanjian asal.Susulan itu, rundingan berterusan selama 35 tahun akhirnya mencapai resolusi yang diluluskan pada Oktober 2018 bagi memastikan jajaran sempadan mematuhi prinsip konvensyen asal.Beliau berkata, kerja siasatan, penandaan serta pengukuran semula telah dilaksanakan secara bersama oleh pasukan ukur kedua-dua negara dari Februari hingga November 2019 menggunakan teknologi moden bagi memastikan jajaran sempadan ditentukan dengan lebih tepat selaras dengan prinsip perjanjian asal.Mengulas persepsi kononnya Malaysia kehilangan wilayah, Arthur menegaskan penyelesaian persempadanan itu dibuat secara berpakej melibatkan beberapa lokasi lain."Malaysia telah memperoleh pertambahan wilayah seluas 780 hektar yang sebelum ini berada dalam wilayah Indonesia, kini berada dalam wilayah Malaysia," katanya.Tambah beliau, di Pulau Sebatik sendiri, Malaysia turut memperoleh tambahan lima hektar kawasan yang sebelum ini berada di wilayah Indonesia."Manakala kawasan seluas 123 hektar yang sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia kini berada dalam wilayah Indonesia," ujarnya.Jelas Arthur, pemuktamadan jajaran sempadan itu dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia pada 18 Februari 2025.Menurutnya, perjanjian tersebut menandakan pencapaian signifikan hasil rundingan dan kerjasama teknikal yang berlangsung lebih 45 tahun.Dalam masa sama, beliau menegaskan kerajaan Sabah sentiasa dilibatkan dalam setiap peringkat rundingan teknikal dan diplomatik bagi memastikan kepentingan negeri terpelihara."Keseluruhan proses ini dilaksanakan berdasarkan persetujuan bersama antara kedua-dua negara, selaras dengan undang-undang antarabangsa serta tidak melibatkan prinsip pampasan, timbal balik atau pertimbangan untung rugi," katanya.Arthur berkata, pemuktamadan sempadan itu memberi kepastian dari segi perundangan dan pentadbiran, sekali gus memudahkan penyampaian perkhidmatan kerajaan serta pengurusan keselamatan.Beliau turut menegaskan pendekatan diplomasi yang berterusan antara Malaysia dan Indonesia penting bagi mengekalkan keharmonian serta mengelakkan konflik di lapangan.Sehubungan itu, beliau mengingatkan pihak media agar mendapatkan pengesahan daripada sumber berautoriti sebelum menyiarkan laporan berkaitan isu sempadan negara, bagi memastikan ketepatan serta mengelakkan kekeliruan dan persepsi yang tidak tepat dalam kalangan masyarakat.Rabu lalu, Ketua Pejabat Staf Presiden Indonesia, Muhammad Qodari memaklumkan bahawa kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik yang sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia kini secara rasmi disahkan sebagai milik Indonesia selepas proses penetapan sempadan darat antara kedua-dua negara dimuktamadkan.Beliau berkata, penyelesaian berkenaan merupakan hasil diplomasi damai antara Indonesia dan Malaysia yang telah disepakati bersama, sekali gus memperjelaskan garis sempadan rasmi di kawasan berkenaan serta mengukuhkan kedaulatan wilayah Indonesia.Bagaimanapun, Muhammad Qodari menjelaskan bahawa pelarasan sempadan turut melibatkan perubahan kecil di pihak Indonesia, apabila kira-kira 4.9 hektar kawasan negara itu kini dimasukkan ke dalam wilayah Malaysia.





Satu kapal minyak Malaysia rosak, tidak dapat berlepas dari Selat Hormuz - PM - Sinarharian - 17/04 5:00 pm

CYBERJAYA - Satu daripada tujuh kapal Malaysia yang membawa bahan api mengalami kerosakan dan tidak dapat berlepas dari pelabuhan di Selat Hormuz, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, sebuah daripada dua kapal yang melepasi selat berkenaan pula sudah tiba di Malaysia manakala satu lagi sedang menghampiri perairan negara.Beliau berkata, kerajaan ketika ini sedang giat memantau keadaan kapal-kapal lain yang belum melepasi Selat Hormuz."Satu (kapal) dah sampai (Malaysia), satu hampir sampai, dan masuk dalam perairan Malaysia, maknanya (ada) dua, yang lain itu kita masih pantau."Dari segi kelulusan, memang Iran telah beri kelulusan kepada tujuh (kapal), tapi satu (kapal) mempunyai masalah kerosakan, tak boleh berlepas dari pelabuhan





Jie Yu dipanggil sertai skuad Piala Uber 2026 ganti Pearly - Sinarharian - 17/04 4:47 pm

PEMAIN beregu wanita negara, Chong Jie Yu dipanggil menyertai skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Piala Uber 2026 yang dijadual berlangsung dari 24 April hingga 3 Mei ini.Menurut kenyataan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Jumaat, pemain berusia 21 tahun itu akan menyertai kem latihan di Herning, Denmark sebagai sebahagian persiapan akhir pasukan menjelang kejohanan berpasukan wanita dunia tersebut.Kehadiran Jie Yu yang akan digandingkan dengan M Thinaah juga dilihat sebagai peluang keemasan untuk pemain muda itu menimba pengalaman di pentas elit.Perubahan dalam skuad itu berlaku susulan ketiadaan Pearly Tan yang tidak dapat menyertai kempen kali ini akibat kecederaan.Pengarah Kejurulatihan Beregu negara, Rexy Mainaky pada Khamis berkata, keputusan dibuat selepas penilaian terakhir terhadap tahap kecergasan pemain berkenaan.Skuad negara kini memberi tumpuan kepada fasa akhir persiapan di Herning dengan penekanan terhadap keserasian gandingan serta ketahanan mental menjelang kejohanan di Horsens.Dengan perubahan saat akhir ini, Malaysia perlu menyesuaikan pendekatan bagi memastikan cabaran di Horsens kekal kompetitif.Skuad wanita negara diundi dalam Kumpulan B bersama Jepun, Turkiye dan Afrika Selatan.Pencapaian terbaik negara di Piala Uber adalah melangkah ke suku akhir pada edisi 2010 di Kuala Lumpur sebelum tewas 0-3 kepada Indonesia.





Kerajaan sedia pertimbang potong gaji menteri jika ekonomi lebih meruncing - PM - Sinarharian - 17/04 4:45 pm

CYBERJAYA - Kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan pemotongan gaji menteri Kabinet sekiranya keadaan ekonomi negara menjadi lebih meruncing susulan krisis tenaga global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau, bagaimanapun berkata, kadar gaji menteri di Malaysia adalah relatif rendah jika dibandingkan dengan tanggungjawab yang dipikul, namun kadar itu masih munasabah selagi prestasi kerja berada pada tahap baik.Anwar menegaskan bahawa keutamaan ketika ini ialah memastikan barisan menteri melaksanakan tugas dengan baik demi kepentingan rakyat, berbanding soal pemotongan gaji."Gaji kita relatif memang rendah gaji-gaji menteri, tetapi yang penting mereka bekerja dengan baik





Ahmad Zahid pengerusikan mesyuarat persiapan PRU, PRN - Sinarharian - 17/04 4:42 pm

MELAKA Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir mempengerusikan Mesyuarat Berkelompok Cawangan UMNO seluruh Melaka di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh pada Jumaat.Beliau tiba sekitar jam 3 petang dengan diiringi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab





Sabah CM denies Sebatik land transfer claim amid conflicting reports from Indonesia - Malaymail - 17/04 4:35 pm

LAHAD DATU, April 17 Datuk Seri Hajiji Noor has denied that 127.3 hectares on Pulau Sebatik, previously within M...





Tangisan ibu gegar mahkamah, dua pengasuh dipenjara setahun dera bayi - Mgazette - 17/04 3:48 pm

# Tangisan ibu gegar mahkamah, dua pengasuh dipenjara setahun dera bayi KUALA LUMPUR - Tangisan seorang ibu memecah kesunyian Mahkamah Sesyen di sini, ketika beliau membacakan kenyataan impak mangsa, sebelum dua pengasuh dipenjara setahun selepas mengaku bersalah mendera dua bayi di sebuah taska di Cheras





Laporan BKRP didakwa bercanggah, #ReformIPT gesa siasatan bebas kes .. - Mgazette - 17/04 3:48 pm

# Laporan BKRP didakwa bercanggah, #ReformIPT gesa siasatan bebas kes radiasi PPUM KUALA LUMPUR Sekretariat Reformasi Institusi Pendidikan Tinggi (#ReformIPT) bersama gerakan mahasiswa menggesa siasatan bebas dan telus dijalankan berhubung dakwaan kecuaian pengendalian radiasi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)





Satu kapal Malaysia bawa bahan api dari Selat Hormuz hampiri perairan .. - Mgazette - 17/04 3:48 pm

# Satu kapal Malaysia bawa bahan api dari Selat Hormuz hampiri perairan negara - PM CYBERJAYA Satu daripada tujuh kapal Malaysia yang membawa bahan api mengalami kerosakan dan tidak dapat berlepas dari pelabuhan di Selat Hormuz





Tak benar sebahagian Pulau Sebatik milik Indonesia, kata duta besar - FMT - 17/04 2:35 pm

Duta Besar Indonesia ke Malaysia Raden Mohammad Iman Hascarya Kusumo kawasan 127.3 hektar itu masih berstatus 'kawasan kelabu'.





Ambassador denies part of Pulau Sebatik ceded to Indonesia - FMT - 17/04 2:24 pm

Iman Hascarya Kusumo says the Indonesian news report that made the claim is not true.





2 pengasuh dera bayi dipenjara setahun - FMT - 17/04 2:02 pm

Perada Randai dari Sarawak dan Yella Prissillia dari Indonesia mengaku bersalah mendera mangsa di sebuah taska di Cheras pada Disember.





All eight on board killed in West Kalimantan helicopter crash, including Malaysian national - BorneoPost - 17/04 1:12 pm

JAKARTA (April 17):Two crew members and six passengers were killed when a private helicopter crashed in dense forest on Indonesia’s Borneo island, the transport ministry said Friday





Bekalan cukup, andai ada gangguan hanya sementara, kata persatuan stesen minyak - FMT - 17/04 11:00 am

Presiden Persatun Pengusaha Stesen Minyak Khairul Annuar Abdul Aziz berkata bekalan di stesen tertentu terjejas kerana kesan limpahan jangka pendek apabila stesen berdekatan kehabisan stok.





Hormuz blockade stirs tension over Straits of Malacca - FMT - 17/04 10:55 am

The straits between Indonesia, Malaysia and Singapore carries roughly 40% of global trade, including the bulk of oil flows from the Middle East to Asian powerhouses.





KPM rancang tambah 5 hingga 7 lagi Sekolah K11 tahun depan - Sinarharian - 17/04 10:52 am

KUANTAN Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merancang menambah antara lima hingga tujuh lagi Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) di seluruh negara bermula tahun hadapan.Langkah itu dilihat sebagai usaha memperluas akses pendidikan, khususnya kepada murid di kawasan luar bandar dan pedalaman yang berdepan cabaran jarak perjalanan jauh ke sekolah.Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, model K11 merupakan pendekatan terbaik bagi memastikan kesinambungan pendidikan murid tanpa perlu berpindah sekolah selepas menamatkan pendidikan rendah.Menurut beliau, murid di kawasan bandar lazimnya tidak menghadapi masalah besar untuk ke sekolah, namun situasi berbeza berlaku di kawasan pedalaman yang memerlukan tempoh perjalanan lebih panjang."Ada murid di luar bandar terpaksa mengambil masa antara satu jam hingga satu jam setengah untuk hadir ke sekolah setiap hari





Kami bukan kuda trojan pecahkan PN, kata Muda, Urimai - FMT - 17/04 10:00 am

Naib Presiden Muda Leben Siddarth berkata platform IPR merentasi ideologi manakala P Ramasamy daripada Urimai tegaskan parti bukan terdesak menyertai PN.





Ringgit terus catat kenaikan - Sinarharian - 17/04 9:24 am

KUALA LUMPUR - Ringgit meneruskan kenaikannya berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Jumaat.Ia disokong oleh sentimen domestik yang lebih baik apabila pasaran menantikan anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2026 pada tengah hari ini, berpotensi terus menyokong mata wang tempatan.Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 3.9505/9565 berbanding dolar AS daripada 3.9520/9560 semasa ditutup pada Khamis.Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit dijangka kekal pada paras RM3.95 hari ini."Tumpuan adalah pada anggaran awal KDNK bagi suku pertama 2026, dengan unjuran median pada 5.5 peratus (Suku Keempat 2025: 6.3 peratus)





MAIWP sumbang RM1.7 Juta untuk program makanan tambahan - Mgazette - 17/04 7:24 am

# MAIWP sumbang RM1.7 Juta untuk program makanan tambahan KUALA LUMPUR Seramai 1,500 murid daripada 15 sekolah di Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal menerima manfaat program makanan tambahan hasil sumbangan berjumlah RM1.7 juta yang disalurkan sepanjang sesi persekolahan tahun ini





‘Tak perlu ulang-alik KL lagi??? ??? Khalib fokus Rompin, akar umbi .. - Mgazette - 17/04 7:24 am

# 'Tak perlu ulang-alik KL lagi Khalib fokus Rompin, akar umbi KUANTAN Penamatan jawatan sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri Pahang bukan noktah, sebaliknya membuka lembaran baharu buat Ahli Parlimen Rompin, Abdul Khalib Abdullah untuk kembali memberi tumpuan penuh kepada akar umbi





'Saya terbuka dengan semua pilihan termasuk sertai Pas' - Wan Saiful - Sinarharian - 17/04 7:20 am

SHAH ALAM Bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menegaskan beliau terbuka dengan semua pilihan termasuk kemungkinan menyertai Pas jika ia keputusan yang disepakati kumpulan pengikut bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.Wan Saiful yang sebelum ini pernah bergelar ahli Pas seumur hidup berkata, beliau yakin Hamzah akan membincangkan mengenai pilihan parti yang mahu disertai dengannya sendiri dan bekas pemimpin Bersatu yang lain."Hamzah pemain pasukan atau team player





Indonesia arrests top anti-graft official 5 days into the job - FMT - 16/04 9:48 pm

Hery Susanto was arrested late on Wednesday over allegations he accepted bribes from a nickel company.





Kes Muhyiddin: RM5 juta masuk akaun Bersatu - Pegawai bank - Sinarharian - 16/04 8:26 pm

KUALA LUMPUR - Dua pegawai bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa wang berjumlah RM5 juta telah dimasukkan ke akaun milik parti politik Bersatu.Penolong Pengurus Cawangan CIMB Bukit Tunku, Herdayanti Md Hasan, 44, berkata wang berjumlah RM2 juta, RM1 juta, RM500,000 dan RM500,000 telah dikeluarkan melalui cek atas nama ahli perniagaan Datuk Azman Yusoff pada 24 September 2021 dan 3 November 2022 sebelum dimasukkan ke akaun itu."Dokumen ini merupakan penyata Bank CIMB milik Azman Yusoff dan berdasarkan penyata bank ini, saya sahkan terdapat pengeluaran wang daripada akaun milik ahli perniagaan itu," katanya ketika membacakan pernyataan saksi pada perbicaraan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berdepan tujuh pertuduhan menyalah guna kedudukan dan pengubahan wang haram.Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Alis Izzati Azurin Mohd Rusdi, saksi pendakwaan ketujuh itu turut mengesahkan borang permohonan pembukaan akaun peribadi Azman.Bagaimanapun, ketika disoal peguam Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Muhyiddin sama ada beliau mengetahui tujuan cek itu dikeluarkan, Herdayanti menjawab tidak pasti.Beliau juga bersetuju bahawa semua pembayaran akan melibatkan rekod bank yang mengeluarkan cek tersebut kepada akaun penerima.Amer Hamzah: Oleh itu, apa-apa pembayaran melalui cek adalah satu pembayaran yang telus dan ada rekod.Herdayanti: Ya, setuju.Sementara itu, Penolong Pengurus Cawangan Maybank Kota Kemuning Alfian Othman, 57, berkata, pada 21 Februari 2022, syarikat Nepturis Sdn Bhd telah membuat transaksi RM1 juta melalui cek.Saksi pendakwaan kelapan itu berkata cek bertarikh 16 Feb 2022 tersebut dilunaskan pada 21 Februari 2022 kepada Bersatu.Beliau juga bersetuju dengan cadangan Amer Hamzah bahawa cek yang dikeluarkan oleh Nepturis itu bukan untuk Muhyiddin sebaliknya kepada Bersatu, dan pembayaran telah direkodkan selain telus serta tiada apa-apa yang diselindungi.Muhyiddin, 78, yang ketika itu memegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden Bersatu, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM225.3 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti politik berkenaan.Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021 mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Ahli Parlimen Pagoh itu turut berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun Ambank dan CIMB Bank milik Bersatu di cawangan bank berkenaan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi.Perbicaraan di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin bersambung 28 April





RM5juta masuk ke akaun Bersatu, tiada bayaran terus kepada Muhyiddin -Saksi - Mgazette - 16/04 8:14 pm

# RM5juta masuk ke akaun Bersatu, tiada bayaran terus kepada Muhyiddin -Saksi KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes rasuah membabitkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan aliran wang berjumlah RM5 juta yang dimasukkan ke dalam akaun parti itu antara 2021 hingga 2022





`Cantik betul bahasa kamu’ – Fadhli Umar tegur Dr Akmal - Mgazette - 16/04 8:14 pm

# `Cantik betul bahasa kamu' - Fadhli Umar tegur Dr Akmal JOHOR BAHRU - Exco Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda menegur Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menggunakan perkataan 'bodoh' semasa membidas cadangan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong





PRU-16: Hasrat tanding kerusi perlu dibincang secara dalaman PH, bukan di .. - Mgazette - 16/04 8:14 pm

# PRU-16: Hasrat tanding kerusi perlu dibincang secara dalaman PH, bukan di media - Saifuddin KUALA LUMPUR Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan sebarang hasrat parti komponen dalam PH untuk menuntut kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) tidak wajar dibincangkan secara terbuka di media





Benarkah 127.3 hektar tanah di Pulau Sebatik diserahkan kepada Indonesia? .. - Mgazette - 16/04 8:14 pm

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kenyataan yang dikeluarkan pihak Indonesia menimbulkan persoalan besar berkaitan kedaulatan negara, sekali gus tidak boleh dipandang ringan. "Apakah Benar 127.3 hektar (314.5 ekar) Tanah Milik Malaysia di Pulau Sebatik Telah Diserah Kepada Indonesia? "Kerajaan perlu beri penjelasan segera berkaitan kenyataan daripada Muhammad Qodari, Ketua Staf Presiden Indonesia yang menyatakan bahawa kawasan seluas 127.3 hektar (314.5 ekar) di Pulau Sebatik yang sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia kini sah menjadi milik Indonesia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini





Hajiji denies Indonesias claim on Pulau Sebatik - FMT - 16/04 7:25 pm

The Sabah chief minister says a report stating an area on the island has been ceded to Indonesia is inaccurate.





KM Sabah nafi Malaysia serah kawasan di Pulau Sebatik - FMT - 16/04 6:35 pm

Ketua Menteri Hajiji Noor menegaskan dakwaan dilaporkan media Indonesia itu tidak betul.





Bawa tuntutan kerusi dalam mesyuarat Majlis Presiden PH, Amanah diberitahu - FMT - 16/04 6:30 pm

Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail gesa Amanah ikut tertib mahu tuntut kerusi, bukan suarakan secara terbuka menerusi media.





Dakwaan 127.3 hektar Pulau Sebatik milik Indonesia perlu dirujuk Peguam Negara - Azalina - Sinarharian - 16/04 5:44 pm

KUALA LUMPUR - Dakwaan Indonesia berhubung isu persempadanan di Pulau Sebatik perlu dirujuk kepada Peguam Negara terlebih dahulu.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini kerana isu berkenaan tertakluk di bawah bidang kuasa Peguam Negara."Saya menteri di Jabatan Perdana Menteri. Isu itu kena tanya Peguam Negara," katanya ringkas ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen di sini pada Khamis.Pada Rabu, Muhammad Qodori mendakwa kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik yang sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia kini secara rasmi milik Indonesia selepas proses penetapan sempadan darat antara kedua-dua negara dimuktamadkan.Ketua Pejabat Staf Presiden Indonesia itu bagaimanapun menjelaskan bahawa pelarasan sempadan turut melibatkan perubahan kecil di pihak Indonesia, apabila kira-kira 4.9 hektar kawasan negara itu kini dimasukkan ke dalam wilayah Malaysia.Susulan itu, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin menggesa kerajaan supaya memberikan penjelasan tentang dakwaan tersebut.Beliau menegaskan bahawa perkara terbabit penting kerana ia melibatkan isu kedaulatan negara.





'Saya tidak terkejut, terima keputusan ini dengan hati terbuka' - Abdul Khalib - Sinarharian - 16/04 4:36 pm

KUANTAN Ahli Parlimen Rompin, Datuk Abdul Khalib Abdullah mengesahkan khidmatnya sebagai Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang telah ditamatkan.Menurut beliau, surat penamatan jawatan daripada Pejabat Presiden Bersatu itu hanya diterima pada Selasa lalu."Betul, saya ada terima surat pada 7 April tetapi dalam surat itu dinyatakan penamatan khidmat berkuat kuasa (sejak) 10 Mac."Saya agak pelik kerana lewat diterima, tetapi saya tidak terkejut dan menerima keputusan ini dengan hati terbuka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.Abdul Khalib memberitahu, meskipun tidak lagi memegang jawatan utama parti di peringkat negeri, beliau tetap akan meneruskan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Rompin.Jelasnya, penamatan itu memberi ruang kepadanya untuk memberi tumpuan penuh kepada tugas di kawasan tanpa terlalu terikat dengan urusan mesyuarat di peringkat pusat."Sekarang saya boleh fokus kerja di bahagian dan banyak perkara yang mahu saya laksanakan di kawasan saya."Selepas ini tak perlulah saya kerap ke Kuala Lumpur lagi untuk mesyuarat," ujarnya.Mengulas lanjut mengenai statusnya, Abdul Khalib menjelaskan penamatan itu hanya melibatkan jawatan di peringkat negeri, namun beliau masih kekal sebagai ahli parti itu."Saya masih ahli Bersatu selagi tidak dipecat dan ini ini hanya penamatan khidmat Ketua Badan Pimpinan Negeri sahaja," katanya.Ditanya sama ada kekosongan jawatan itu sudah diisi oleh pemimpin Bersatu Pahang yang lain, beliau memaklumkan tidak mempunyai maklumat berkaitan hal itu."Buat masa sekarang rasanya belum ada lantikan lagi tapi mungkin di sini oleh salah seorang daripada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga Majlis Pimpinan Tertinggi MPT."Kita tunggu dan tengoklah pihak pusat putuskan macam mana," jelas beliau lagi.Abdul Khalib dilantik sebagai Ketua Bersatu Pahang pada Febuari 2025 bagi menggantikan ahli parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PN Pahang pada 11 Januari lalu.Selain Abdul Khalib, Bersatu mempunyai dua wakil rakyat di Pahang iaitu ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin dan ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus





Pearly sah tarik diri Piala Uber 2026 - Sinarharian - 16/04 4:31 pm

SKUAD badminton wanita negara berdepan cabaran getir menjelang saingan Piala Uber 2026 di Horsens, Denmark dari 24 April hingga 3 Mei ini apabila tonggak beregu utama, Pearly Tan terpaksa menarik diri akibat kecederaan belakang berulang.Pemain ranking nombor dua dunia itu menjelaskan kecederaan dialami sebelum ini kembali mengganggu, sekali gus menutup peluangnya untuk membantu pasukan dalam kejohanan berprestij berkenaan."Saya mohon maaf kerana tidak dapat bersama pasukan





Jelas segera dakwaan 127.3 hektar Pulau Sebatik kini milik Indonesia - Radzi Jidin - Sinarharian - 16/04 2:37 pm

SHAH ALAM - Kerajaan digesa tampil memberi penjelasan segera susulan dakwaan bahawa kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik yang sebelum ini berada dalam Malaysia kini menjadi milik Indonesia.Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin menegaskan bahawa perkara terbabit penting kerana ia melibatkan isu kedaulatan negara."Apakah benar 127.3 hektar (314.5 ekar) tanah milik Malaysia di Pulau Sebatik telah diserah kepada Indonesia?"Kerajaan perlu beri penjelasan segera berkaitan kenyataan daripada Ketua Staf Presiden Indonesia, Muhammad Qodari yang menyatakan bahawa kawasan sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia kini sah menjadi milik Indonesia," katanya dalam satu hantaran Facebook pada Khamis.Mohd Radzi membangkitkan perkara itu susulan kenyataan Muhammad Qodari yang memaklumkan berlaku perubahan sempadan melibatkan kawasan berkenaan berdasarkan kesepakatan antara kedua-dua negara.Pada Rabu, Muhammad Qodori mendakwa kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik yang sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia kini secara rasmi disahkan sebagai milik Indonesia selepas proses penetapan sempadan darat antara kedua-dua negara dimuktamadkan.Menurut Ketua Pejabat Staf Presiden Indonesia itu, persetujuan sempadan baharu itu menyaksikan kawasan seluas 127.3 hektar yang sebelum ini berada di bawah wilayah Malaysia kini secara rasmi menjadi sebahagian daripada wilayah Indonesia.Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa pelarasan sempadan turut melibatkan perubahan kecil di pihak Indonesia, apabila kira-kira 4.9 hektar kawasan negara itu kini dimasukkan ke dalam wilayah Malaysia.





PN bukan hak mutlak Bersatu - Muhammad Fadhli - Sinarharian - 16/04 2:12 pm

IPOH Perikatan Nasional (PN) bukan hak mutlak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menentukan keahlian gabungan itu kerana sebarang keputusan perlu dibuat secara musyawarah bersama semua parti komponen.Bekas Ketua Bahagian Bersatu Ipoh Timor, Muhammad Fadhli Ismail berkata, sebarang keputusan berkaitan kemasukan parti baharu ke dalam PN tidak boleh ditentukan secara unilateral tanpa mengambil kira pandangan rakan komponen lain termasuk Pas.Menurutnya, kenyataan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang menolak kemungkinan penyertaan parti baharu dipimpin Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin ke dalam PN adalah tidak berasas."Penolakan tersebut hanya bersandarkan kepada pertemuan Hamzah dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang disifatkan sebagai remeh dan tidak wajar dijadikan alasan."Hamzah merupakan tokoh berjiwa besar serta konsisten memperjuangkan agenda agama, bangsa dan negara selain dilihat sebagai ikon penyatuan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Muhammad Fadhli berkata, kenyataan Ahmad Faizal itu juga memberi gambaran seolah-olah UMNO kini dianggap sebagai musuh utama Bersatu sekali gus boleh menjejaskan usaha penyatuan ummah.Menurutnya, pendekatan sedemikian berpotensi menggagalkan usaha penyatuan bukan sahaja di Perak malah di peringkat nasional terutama apabila ia datang daripada individu yang didakwa kurang peka terhadap landskap politik semasa.Dalam pada itu, beliau menegaskan isu sumpah atau baiah tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mempertahankan pendirian tetapi keutamaan perlu diberikan kepada integriti serta kelayakan moral seseorang pemimpin.Muhammad Fadhli juga menasihati Ahmad Faizal supaya tidak mengutamakan kepentingan peribadi sehingga menjejaskan matlamat penyatuan ummah sebaliknya kembali kepada prinsip perjuangan asal parti.Pada 15 April, media melaporkan Bersatu mengakui sukar menerima parti baharu pimpinan Hamzah untuk menyertai gabungan PN.Dalam laporan itu, Ahmad Faizal berkata, perkara itu berpunca daripada pendirian Hamzah yang sebelum ini menjalinkan kerjasama dengan pihak lawan tanpa memaklumkan kepada kepimpinan parti.





Biar lambat asal selamat, kata Hadi berkait pengganti Hamzah - FMT - 16/04 2:08 pm

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata masih ada ruang untuk lantik ketua pembangkang baharu memandangan sidang Parlimen hanya akan berlangsung Jun depan.





'Biar lambat asal selamat' - Abdul Hadi jawab teka-teki Ketua Pembangkang - Sinarharian - 16/04 1:18 pm

KUALA TERENGGANU - Perikatan Nasional (PN) tidak mahu terburu-buru dalam menetapkan pelantikan Ketua Pembangkang yang baharu, sebaliknya menegaskan proses tersebut memerlukan perbincangan mendalam membabitkan semua pihak.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pemilihan jawatan berkenaan perlu mengambil kira pandangan menyeluruh daripada semua Ahli Parlimen blok pembangkang, termasuk wakil dari Malaysia Timur."Kita sebuah negara demokrasi dan perlu menghormati pandangan masing-masing





Pemuda Amanah tegur Akmal Saleh guna perkataan 'bodoh' bidas cadangan Ahli Parlimen DAP - Sinarharian - 16/04 12:54 am

JOHOR BAHRU - Kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh yang menggunakan perkataan bodoh bagi mengkritik cadangan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berhubung isu darurat, mengundang teguran daripada Pemuda Amanah.Exco Pemuda Amanah Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda berkata, Muhammad Akmal dianggap sebagai ikon anak muda tidak sewajarnya menggunakan perkataan itu."Cantik betul bahasa kamu





Kos diesel melambung, kumpulan niaga seru insentif EV - FMT - 16/04 10:00 am

Presiden Kebangsaan Persatuan SME Malaysia Chin Chee Seong berkata sektor perniagaan kini sedang merasai beban lonjakan harga diesel dan berminat beralih kepada kenderaan hijau jika ada insentif tersedia





127.3 hektar Pulau Sebatik diserah Indonesia: G57 tuntut penjelasan kerajaan Persekutuan - Sinarharian - 16/04 9:36 am

KOTA KINABALU - Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) menuntut penjelasan penuh daripada kerajaan Persekutuan berhubung kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik, yang kini disahkan berada dalam wilayah Indonesia.Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, penjelasan itu harus diberikan secara telus dan terperinci kepada rakyat khususnya di Sabah.Katanya, rakyat Sabah gusar dan mempersoalkan perkembangan berkaitan pelarasan sempadan yang mana menerusi kenyataan media yang tular, Ketua Pejabat Staf Presiden Indonesia, Muhammad Qodari, memaklumkan bahawa kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik, Sabah, kini secara rasmi disahkan sebagai milik Indonesia selepas proses penetapan sempadan darat antara kedua-dua negara dimuktamadkan."Beliau berkata, penyelesaian tersebut merupakan hasil diplomasi damai antara Indonesia dan Malaysia yang telah dipersetujui bersama, sekali gus memperjelaskan garis sempadan rasmi di kawasan berkenaan serta mengukuhkan kedaulatan wilayah Indonesia."Isu ini bukan sekadar perkara teknikal, tetapi menyentuh secara langsung soal kedaulatan negara, kepentingan Sabah serta hak rakyat tempatan yang tidak boleh dipandang ringan."Lebih membimbangkan, dalam pelarasan tersebut, Malaysia dilaporkan hanya menerima sekitar 4.9 hektar kawasan sebagai pertukaran





Ops Taring Delta -Tujuh pekebun sayur warga Indonesia ditahan - Sinarharian - 16/04 8:46 am

KUANTAN - Tujuh warga Indonesia yang dikesan mengusahakan kebun sayur berhampiran Kampung Lurau Hulu Chemperoh, Kampung Janda Baik, Bentong ditahan dalam Ops Taring Delta Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Selasa lalu.Briged Tenggara PGA melalui kenyataan di Facebooknya berkata, dalam serbuan ke atas sebuah rumah kongsi itu, pihaknya berjaya menahan warga asing terbabit terdiri tiga lelaki dan empat wanita berusia 29 hingga 64 tahun.Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati, dua individu yang ditahan itu memasuki negara ini menggunakan pas pelawat namun telah tamat tempoh."Lima lagi dipercayai masuk secara haram melalui jalan laut di Muar, Johor tanpa sebarang dokumen perjalanan diri yang sah."Kesemua mereka dipercayai mengusahakan sendiri kebun sayur di sekitar kawasan tersebut sebelum menjual hasil tanaman kepada penduduk serta pemborong tempatan," katanya.Melalui kenyataan itu, Briged Tenggara berkata, operasi tersebut dijalankan hasil maklumat risikan berkaitan penempatan pendatang tanpa izin di kawasan berkenaan.Katanya, semua tangkapan serta rampasan dua pasport Indonesia diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk tindakan lanjut."Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63."Rondaan, risikan dan operasi berterusan akan terus dipertingkatkan bagi membanteras aktiviti pendatang asing tanpa izin di kawasan berkenaan," katanya.





Prabowo dengan Trump - FMT - 16/04 7:00 am

Di sebalik dakwaan Malaysia 'terkepung', isu sebenar ialah bagaimana Prabowo Subianto mengimbangi hubungan dengan AS, China dan sentimen rakyat Indonesia sendiri.





Jawatan ketua pembangkang wajar diputus presiden komponen PN, kata Ahli Parlimen Bersatu - FMT - 15/04 9:03 pm

Suhaimi Abdullah berkata cadangan pengundian di kalangan wakil rakyat pembangkang berisiko mewujudkan perpecahan dalaman.




Reformasi     >>



Activist launches Parliament petition to act against .. - Mkini
Roshinee aims to gather 500 physical signatures before June Dewan sitting.
Kroni     >>



Iran umum buka sepenuhnya Selat Hormuz - Utusan
TEHERAN: Iran pada Jumaat mengisytiharkan bahawa Selat Hormuz dibuka sepenuhnya untuk trafik komersial sepanjang tempoh gencatan senjata antara Israel dan Lubnan, kata Menteri Luarnya, Seyed Abbas Araghchi. Sejajar dengan gencatan senjata di Lubnan, laluan untuk semua kapal komersial melalui Selat Hormuz ..
Tabloid     >>



Patrick Kee Rakyat Malaysia Yang Terkorban Dalam Nahas .. - Siakapkeli
Patrick Kee Rakyat Malaysia Yang Terkorban Dalam Nahas Helikopter Di Indonesia Identiti seorang rakyat Malaysia yang dilaporkan maut dalam kemalangan nahas helikopter di
Tech     >>



Anthropic says Claude Opus 4.7 has a 92% honesty rate, .. - Mashable
Anthropic says its new AI model Claude Opus 4.7 is less likely to hallucinate and engage in sycophancy than most other models.
World     >>



Macron demands assurances after Iran opens Strait of .. - Aljazeera
French President Emmanuel Macron said he welcomed the reopening of the Strait of Hormuz and the Lebanon ceasefire.
Motor Trend     >>



Proton e.MAS 7 PHEV Kini Tampil Warna Emerald Green - Careta
Permintaan Memberangsangkan Sejak Pelancaran Sejak diperkenalkan pada awal tahun ini, Proton e.MAS 7 PHEV mencatatkan prestasi jualan yang memberangsangkan. Sehingga 31 Mac 2026, model ini telah menerima lebih 4,900 tempahan, dengan lebih 740 unit berjaya didaftarkan. Selain itu, momentum