///
See Also: Shutterstock

Search : Presiden Bersatu News   Page 1    



Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi - Mgazette - 3/02 4:35 pm

# Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon untuk dilepas dan dibebaskan daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi





SPRM hanya sita hasil rasuah, MOF tentukan ke mana dana itu... - Mgazette - 3/02 4:35 pm

# SPRM hanya sita hasil rasuah, MOF tentukan ke mana dana itu dibelanjakan PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan peranannya terhad kepada menyita dan melucut hak wang hasil rasuah sebelum diserahkan kepada kerajaan





Selangor FC selar insiden di Jambatan Angkat Kuala Terengganu - Mgazette - 3/02 4:35 pm

# Selangor FC selar insiden di Jambatan Angkat Kuala Terengganu KUALA LUMPUR - Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) menyelar insiden melibatkan segelintir kecil penyokong pasukan bola sepak Selangor di Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Drawbridge), petang kelmarin





Lebih baik minta Hamzah lepaskan jawatan Timbalan Presiden ??? Tun Faisal - Mgazette - 3/02 4:35 pm

Dalam masa sama, tegas beliau, Yunus turut boleh mencadangkan agar dirinya sendiri berundur kerana sebagai Setiausaha Negeri Badan Pimpinan Negeri Sabah, Yunus merupakan sebahagian daripada kegagalan perancangan pada PRN Sabah. Sebagai Ahli MPT tidak sewajarnya beliau tidak faham mengenai kuasa eksekutif Presiden Bersatu untuk berunding dan status hasil perbincangan bersama Presiden Pas adalah berbentuk rundingan dan cadangan, katanya dalam satu kenyataan hari ini





Lagi ahli MPT Bersatu gesa Muhyiddin berundur, beri peluang kepada Hamzah - Mgazette - 3/02 4:35 pm

Ia sekali gus menjejaskan kestabilan gabungan yang sepatutnya dibina atas asas musyawarah dan keputusan kolektif, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dalam pada itu, Yunus turut menyifatkan Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai calon paling layak memangku jawatan pemangku Presiden Bersatu sekiranya Muhyiddin melepaskan jawatan itu





Rafizi dakwa diserang peribadi, label Raja Formula dan Raja Bitter tak .. - Mgazette - 3/02 4:35 pm

# Rafizi dakwa diserang peribadi, label Raja Formula dan Raja Bitter tak berkesan KUALA LUMPUR Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli menyindir keras budaya melabel dan serangan peribadi terhadap dirinya yang disifatkan sebagai taktik lapuk golongan ahli politik yang ketandusan hujah serta fakta



Idris tegur pihak 'cerdik tak boleh ditumpang, bodoh tak boleh diajar' - Mkini - 3/02 4:34 pm

"Berdiam diri demi jamaah lebih mulia daripada bersuara demi kepentingan diri," kata Naib Presiden PAS





‘Hamzah dan dia sendiri perlu berundur’ - Harapandaily - 3/02 4:27 pm

Ketua penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata pemimpin yang sepatutnya berundur dari kepimpinan Bersatu ialah timbalan presiden Datuk Hamzah Zainudin bukannya presiden parti Tan Sri Mahiaddin Yassin





Ask Hamzah to resign instead, Tun Faisal tells Bersatu leader - Mkini - 3/02 4:24 pm

The supreme council member has urged party chief Muhyiddin to step down.





Yunus wajar pertimbang untuk berundur – Tun Faisal - Utusan - 3/02 4:10 pm

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz membidas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Yunus Nurdin yang menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan Presiden parti





'Yunus patut cadang Timbalan Presiden Bersatu atau diri sendiri berundur' - Tun Faisal - Sinarharian - 3/02 3:22 pm

SHAH ALAM Gesaan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dipersoalkan susulan dakwaan kegagalan pihak lain dalam parti untuk melaksanakan tanggungjawab serta mematuhi disiplin kepimpinan.Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, daripada mendesak Muhyiddin berundur, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Yunus Nurdin sepatutnya mencadangkan Timbalan Presiden parti melepaskan jawatan atas kegagalan melaksanakan tugas dan peranan sebelum ini.Menurutnya, Timbalan Presiden parti gagal memainkan peranan sebagai Pengarah Pilihan Raya Sabah dan mengawal tindak-tanduk penyokong yang didakwa berulang kali melanggar perlembagaan serta disiplin parti sejak tahun lalu."Daripada meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur, lebih baik Yunus meminta Timbalan Presiden yang berundur atas kegagalan melaksanakan tugas dan peranannya sebelum ini," katanya pada Isnin.Beliau mengulas kenyataan Yunus pada Isnin yang mencadangkan supaya Muhyiddin melepaskan jawatan sebagai Presiden Bersatu susulan kemelut dalaman yang melanda parti dan Perikatan Nasional (PN).Dalam kenyataannya itu, Yunus berkata, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin merupakan tokoh paling layak untuk memangku jawatan Presiden Bersatu.Selain itu, beliau turut mendakwa wujud kekeliruan politik akibat kenyataan dan tindakan unilateral berkaitan rundingan kepimpinan PN.Yunus turut menegaskan bahawa sebarang perbincangan melibatkan cadangan pemansuhan jawatan Pengerusi PN tidak pernah dibawa atau dipersetujui dalam mesyuarat rasmi MPT Bersatu.Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, Yunus juga boleh mencadangkan agar dirinya sendiri berundur kerana sebagai Setiausaha Negeri bagi Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sabah, beliau juga merupakan sebahagian daripada kegagalan perancangan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sabah.Katanya, sebagai Ahli MPT, Yunus tidak sewajarnya gagal memahami kuasa eksekutif Presiden Bersatu untuk berunding, termasuk status hasil perbincangan bersama Presiden Pas yang bersifat rundingan dan cadangan, bukannya keputusan muktamad parti.





Sayap Bersatu syor laksana semula pemilihan parti - Sinarharian - 3/02 3:16 pm

SHAH ALAM Pemilihan parti semula wajar dipertimbangkan sebagai satu penyelesaian kepada kemelut dalaman yang sedang dihadapi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika ini.Pengarah Strategi dan Pengukuhan Briged Armada Malaysia, Muhammad Khairulamirin Mohamad Lizam berkata, pandangan itu bukan bertujuan menyalahkan mana-mana pihak.Sebaliknya menurut Muhammad Khairilamirin, ia berdasarkan pemerhatian terhadap keadaan sebenar parti di semua peringkat.Menurutnya, kemelut dalaman yang berlaku tidak lagi terhad di peringkat tertentu tetapi bermula di bahagian, merebak ke peringkat negeri dan kini turut melibatkan kepimpinan tertinggi parti, termasuk dalam kalangan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang dipilih melalui proses pemilihan.Keadaan itu, jelasnya, secara tidak langsung memberi kesan kepada keupayaan parti untuk bergerak secara tersusun dan sehala.Beliau berkata, perbezaan pandangan dan pergeseran dalaman yang berlarutan tanpa mekanisme penyelesaian yang jelas boleh menjejaskan keyakinan akar umbi serta melemahkan jentera parti."Dalam konteks ini, pemilihan parti semula boleh menjadi satu kaedah yang sah dan berperlembagaan untuk mengembalikan mandat serta memperjelaskan kedudukan kepimpinan," ujarnya menerusi surat terbuka kepada Presiden dan pimpinan tertinggi Bersatu pada Selasa.Muhammad Khairulamirin berkata, sebagai parti teras dalam Perikatan Nasional (PN), kedudukan dan kestabilan Bersatu mempunyai kesan langsung terhadap gabungan itu.Jelasnya, masalah dalaman yang tidak diselesaikan dengan baik bukan sahaja memberi implikasi kepada Bersatu, malah turut mempengaruhi kejelasan hala tuju, kesepaduan kepimpinan dan penyelarasan dasar dalam PN secara keseluruhan."Oleh itu, usaha menstabilkan Bersatu juga merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh Perikatan Nasional," ujarnya.Beliau menegaskan, adalah menjadi tanggungjawab bersama pimpinan dan ahli untuk menangani keadaan itu secara berani dan terbuka menggunakan saluran yang dibenarkan oleh perlembagaan parti.Menurutnya, penyelesaian secara tuntas memerlukan kesediaan untuk berdepan realiti semasa, bukan sekadar menangguhkan keputusan atau mengelakkan perbincangan yang sukar.Muhammad Khairulamirin berkata, pemilihan parti semula tidak seharusnya dilihat sebagai langkah bermusuhan atau melemahkan parti."Sebaliknya sebagai ruang memperbaharui keyakinan, menyusun semula kekuatan dan memastikan kepimpinan parti benar-benar mencerminkan kehendak ahli," ujarnya.Beliau percaya langkah itu jika dilaksanakan dengan tertib, telus dan berintegriti, mampu membantu parti keluar daripada kemelut dalaman dan bergerak ke hadapan dengan lebih stabil serta diyakini





Hamzah yang patut berundur, bukan Muhyiddin, kata ketua penerangan Bersatu - FMT - 3/02 2:53 pm

Perselisihan kepimpinan Bersatu makin meruncing apabila Tun Faisal Ismail Aziz mendesak seorang ahli MPT letak jawatan sebagai setiausaha Bersatu Sabah.





Hamzah should resign, not Muhyiddin, says Bersatu info chief - FMT - 3/02 2:45 pm

Bersatu leadership feud deepens with Tun Faisal Ismail Aziz calling for a Supreme Council member to step down as Sabah Bersatu secretary.





Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan - Sinarharian - 3/02 2:10 pm

PRESIDEN Persatuan Sepak Takraw Thailand (TAT), Thana Chaiprasit mengemukakan peletakan jawatan pada Selasa susulan kegagalan pasukan lelaki negara itu mencapai sasaran pingat emas di Sukan SEA 2025 yang berlangsung di bumi sendiri.Lapor Thairat Online, dalam surat peletakan jawatan tersebut, Thana mengambil tanggungjawab penuh terhadap prestasi hambar pasukan, khususnya dalam acara lelaki.Skuad lelaki Thailand gagal memenangi semua pingat emas buat kali pertama dalam tempoh 34 tahun, satu keputusan yang mencetuskan kekecewaan dalam kalangan peminat dan komuniti sepak takraw negara itu."Kegagalan pasukan lelaki mempertahankan keunggulan tradisi di Sukan SEA kali ini adalah sesuatu yang sukar diterima."Saya bertanggungjawab sepenuhnya dan memilih untuk berundur bagi memberi ruang kepada kepimpinan baharu menerajui persatuan," menurut kandungan surat berkenaan.Pada Sukan SEA 2025, tuan rumah terlepas tiga pingat emas utama yang menyaksikan Thailand tewas 1-2 kepada Malaysia dalam acara regu berpasukan di perlawanan akhir.Sementara itu, acara regu lelaki menyaksikan Thailand tersingkir di separuh akhir selepas kalah kepada Vietnam.Nasib sama menimpa pasukan kuadran yang terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa, selepas tewas 1-2 kepada Vietnam di peringkat separuh akhir.Prestasi kurang memberangsangkan itu turut berlanjutan dalam kejohanan Pra-Sukan Asia, apabila Thailand gagal mara ke final selepas kalah 0-2 kepada India di separuh akhir.Susulan peletakan jawatan Thana, TAT dijangka mengadakan pemilihan jawatankuasa eksekutif baharu dalam tempoh 30 hari, selaras dengan peruntukan perlembagaan persatuan.





Ambil Tanggungjawab Kegagalan Di Sukan SEA, Presiden Sepak Takraw Thailand Letak Jawatan - Thevocket - 3/02 2:01 pm

Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand (TAT), Thana Chaiyaprasit telah mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai tanggungjawabnya atas prestasi kurang baik dalam acara lelaki di Sukan SEA..





“Saya Bukan Macam Anwar ‘Taksub’ Nak Jadi Perdana Menteri” – Rafizi Ramli - Beautifulnara - 3/02 1:58 pm

Bekas timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli, menegaskan beliau tidak mempunyai obsesi untuk menjadi perdana menteri, satu ketaksuban yang menurutnya telah membentuk perjalanan politik Perdana Menteri, Anwar Ibrahim





Shah Firdaus ketepi ACC, bidik Piala Dunia - Sinarharian - 3/02 12:09 am

JAGUH berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, sah tidak akan menyertai Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Filipina, Mac depan.Ketua jurulatih berbasikal trek kebangsaan, Harnizam Basri, berkata keputusan itu dibuat bagi memastikan pelumba berusia 30 tahun itu benar-benar cergas sebagai persiapan menghadapi pusingan akhir Kejohanan Trek Piala Dunia 2026 di Nilai, April ini."Shah tidak masuk ACC bukan sebab kecederaan





Sabah Electricitys 15 pct tariff hike must come with reliable power supply, says PBS Youth - BorneoPost - 3/02 11:44 am

KOTA KINABALU (Feb 3): Sabah Electricity’s (SE) 15 per cent increase in electricity tariffs this month must involve improved efficiency and quality of service, said Parti Bersatu Sabah’s (PBS) Youth wing





Lembaga Keamanan tajaan AS lindung Israel - Harakahdaily - 3/02 11:24 am

KOTA BHARU: Lapan negara majoriti penduduk Islam telah secara rasmi menyertai Board of Peace (Lembaga Keamanan) yang ditubuhkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menangani konflik di Semenanjung Gaza





Presiden parti PN anggota tetap Majlis Presiden - Harakahdaily - 3/02 11:09 am

KOTA BHARU: Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjelaskan bahawa tidak semua mesyuarat atau proses dalam Perikatan Nasional (PN) mewajibkan kehadiran presiden parti, kecuali bagi badan khusus iaitu Majlis Presiden Perikatan Nasional





Video : Gencatan senjata? Bersatu minta Pas mohon maaf dahulu dalam isu MB Perlis - Harapandaily - 3/02 11:08 am

...eb_id=7436983664234071572 The post Video : Gencatan senjata? Bersatu minta Pas mohon maaf dahulu dalam isu MB Perlis appeared first on Harapan Daily .





Ahmad Zahid mohon lepas, bebas 47 kes dana Yayasan Akalbudi - Sinarharian - 3/02 10:42 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon kepada Mahkamah Tinggi di sini supaya dilepas dan dibebaskan (DNA) sepenuhnya daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.Peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid selaku pemohon, memfailkan perkara berkenaan dengan menamakan pihak pendakwaan sebagai responden minggu lalu.Ketika ditemui selepas prosiding, beliau berkata, pembelaan mengambil langkah berkenaan selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) diambil dalam kes membabitkan Presiden UMNO tersebut."Susulan kenyataan media terbabit, kami membuat permohonan DNA pada 28 Januari dan AGC telah memperoleh permohonan itu, dua hari kemudian."Memandangkan anak guam telah diberi perintah DNAA (dilepas tanpa dibebaskan) oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 4 September 2023, maka tidak adil sekiranya pertuduhan itu masih tergantung atas bahunya," katanya.Beliau berkata, permohonan itu yang turut disertakan dengan sijil perakuan segera untuk didengar, diserahkan kepada AGC pada tarikh sama.Sementara itu semasa prosiding, Timbalan Ketua Pendakwaan, Datuk Badius Zaman Ahmad mengesahkan telah menerima permohonan tersebut, Jumaat minggu lalu."Memandangkan masa yang terlalu singkat, kami harap prosiding pendengaran permohonan tersebut ditangguhkan ke tarikh lain."Kami memerlukan masa dua minggu lagi, untuk memfailkan afidavit," katanya yang kemudian tidak mendapat bantahan daripada pihak pembelaan.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Hakim, Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor mengarahkan responden memfailkan afidavit jawapan pada atau sebelum 13 Februari."Mahkamah menetapkan hujahan pendengaran permohonan pada 24 Februari ini," kata hakim.Dalam prosiding ini, Ahmad Zahid tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili peguamnya.Selain Hisyam, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, turut diwakili peguam, Datuk Hamidi Mohd Noh, Fatini Athirah Baharin, Atiqa Nazihah Azmi, Nur Khairunnisa Sabirah Abdul Manan dan Nurul Hannah Mohd Nazri.Pada 4 September 2023, Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) memberi perintah DNAA kepada ahli politik berusia 73 tahun berhubung kes berkenaan.Pada 8 Januari, AGC berkata, siasatan lanjut dan terperinci dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Katanya, ia merangkumi aspek berkaitan sumber dana, kaedah perolehan serta penggunaan dana tersebut termasuk perkara-perkara yang dibangkitkan melalui enam representasi yang dikemukakan kepada jabatan selepas Ahmad Zahid dipanggil untuk membela diri.Jabatan itu berkata, setelah meneliti keseluruhan bahan, keterangan baharu dan hasil siasatan lanjut termasuk penilaian serta pertimbangan pendakwaan, mereka mendapati keterangan yang ada tidak mencukupi untuk menyokong bagi meneruskan pendakwaan dalam semua pertuduhan.Mengikut pertuduhan, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah tersebut berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.Bagi 12 pertuduhan pecah amanah, Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana yayasan itu untuk membuat enam pembayaran kad kredit persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini antara 13 Januari 2014 dan 23 Disember 2016.Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta dengan sebatan dan juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.Bagi lapan pertuduhan rasuah, Ahmad Zahid dituduh menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd.Suapan itu sebagai dorongan kepadanya atas kapasiti selaku Menteri Dalam Negeri pada ketika itu untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport serta menyediakan perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal.Perbuatan itu didakwa dilakukan di cawangan Maybank Dataran Maybank di Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016 dan 15 Mac 2018.Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Sementara 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di bank yang sama di Jalan Maarof, Bangsar dan Marhaba Enterprise Sdn Bhd, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang, di sini, antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.





SUPP balas kritikan Tiong berkait lantikan pemimpin masyarakat Sibu - FMT - 3/02 10:40 am

SUPP mendakwa Presiden PDP Tiong King Sing tidak menghormati kuasa Kabinet negeri dan menjejaskan semangat Gabungan Parti Sarawak.





Gesaan agar presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin berundur daripada jawatannya bergema lagi - Harapandaily - 3/02 10:10 am

“Seperti ditegaskan sebelum ini, MPT BERSATU menafikan sebarang dakwaan... The post Gesaan agar presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin berundur daripada jawatannya bergema lagi appeared first on Harapan Daily .





Amerika Umum Project Vault Untuk Mengumpul Unsur Nadir Bumi dan Mineral Kritikal - Amanz - 3/02 9:26 am

Pentadbiran Presiden Donald Trump melancarkan stok simpanan strategik Project Vault bernilai $12 bilion untuk mineral kritikal seperti unsur nadir bumi, litium, kobalt, nikel, dan grafit





Kita jangan lalai.. Akmal gesa cadangan pilihan raya Datuk Bandar ditolak - Mgazette - 3/02 8:06 am

# Kita jangan lalai.





Pas wajar tinggalkan PN atau gerak solo -AMK Johor - Mgazette - 3/02 8:06 am

# Pas wajar tinggalkan PN atau gerak solo -AMK Johor JOHOR BAHRU Pas sewajarnya meninggalkan Perikatan Nasional (PN) atau bergerak solo dalam meneruskan survival politiknya susulan krisis politik terbaharu parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)





DAP tidak langgar empat prinsip, kenapa perlu takut? - Utusan - 3/02 8:00 am

CADANGAN penubuhan kolaborasi agung yang melibatkan semua parti Melayu menjadi tumpuan apabila Pas menegaskan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berkawan dengan DAP





Bertindih dan bertindan - FMT - 3/02 7:30 am

Siapa sebenarnya lebih berkuasa dalam PAS? Jawatankuasa Kerja atau Majlis Syura? Presiden atau mursyidul am?





Konflik Pas-Bersatu: Tiada perang, tiada gencatan senjata? - Harapandaily - 3/02 7:18 am

Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah menolak usaha gencatan senjata politik di antara Pas dan Bersatu yang dicadangkan oleh Shahir Sulaiman (PN-Bachok) yang juga setiausaha politik presiden Pas





Tiga bekas ADUN Perlis akan lalui proses keahlian baharu - Sinarharian - 2/02 9:11 pm

KOTA BHARU - Tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis yang mengemukakan hasrat untuk kembali menyertai Pas akan melalui proses kemasukan sebagai ahli baharu, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.Menurut beliau, sebarang permohonan akan diproses mengikut prosedur biasa yang ditetapkan parti, sama seperti permohonan keahlian lain.Takiyuddin berkata, setakat ini beliau hanya dimaklumkan mengenai perkara berkenaan, namun pejabatnya masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada individu terbabit."Saya dimaklumkan bahawa ketiga-tiga mereka sudah mengemukakan permohonan baharu untuk menyertai Pas, tetapi setakat ini tiada permohonan rasmi diterima oleh pejabat saya."Maklumat itu hanya disampaikan kepada saya melalui sekretariat Majlis Syura semalam," katanya.Beliau berkata demikian selepas melawat sebuah gudang pemborong buah-buahan import dan bawang yang musnah dalam kebakaran di Jalan Kebun Sultan, di sini, pada Isnin.Sebelum ini, akhbar melaporkan Majlis Syura Pas akan menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan pusat bagi memutuskan rayuan yang dikemukakan oleh tiga bekas ADUN Perlis berkenaan, yang dipecat susulan krisis politik negeri itu bulan lalu.Tiga bekas ADUN terbabit ialah Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji).Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata setiap permohonan akan melalui proses saringan biasa sebelum dibawa ke Jawatankuasa Pas Pusat untuk pertimbangan dan keputusan muktamad."Keputusan sama ada permohonan itu diluluskan atau tidak akan ditentukan oleh kepimpinan pusat parti," katanya.Untuk rekod, Pas menamatkan keahlian ketiga-tiga ADUN terbabit selepas mereka bersama lima ADUN daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Perlis yang baharu iaitu ADUN Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah menggantikan ADUN Sanglang, Shukri Ramli daripada Pas.





Tiong bidas Sim gila kuasa - FMT - 2/02 5:44 pm

Presiden PDP tuduh rakan sejawat dalam GPS campur tangan lantikan pemimpin masyarakat, tuai rumah di Sibu.





PAS teraju PN atas kesejahteraan masyarakat majmuk - Harakahdaily - 2/02 4:07 pm

Perikatan Nasional (PN) gabungan parti politik PAS dan BERSATU di samping dua parti bukan Melayu yang diwujudkan untuk menghadapi parti pemerintah PH, BN, DAP dan parti di Borneo





Isu Pengerusi PN: Pas mohon ‘gencatan senjata’ - Mgazette - 2/02 3:10 pm

KUALA LUMPUR - Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Syahir Sulaiman menggesa pemimpin-pemimpin parti itu dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berhenti untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kepimpinan Perikatan Nasional (PN)





Terima ‘gencatan senjata’, Tun Faisal senaraikan soalan untuk .. - Mgazette - 2/02 3:10 pm

Tidak usahlah menyalahkan pihak lain," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Antara persoalan yang dilontarkan Tun Faisal untuk dijawab oleh Syahir adalah berhubung perkara yang dibincangkan semasa pertemuan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin





Lau seru komponen PN bersatu ganti kerajaan - FMT - 2/02 2:53 pm

Presiden Gerakan berkata kekuatan PN terletak pada kesatuan empat parti komponen berlandaskan semangat muafakat, saling menghormati dan komitmen bersama.





Gerakan tekankan kepentingan perpaduan PN - Sinarharian - 2/02 2:50 pm

SHAH ALAM Persefahaman dalam Perikatan Nasional (PN) merupakan teras utama bagi memperkukuh gabungan dan ketika ini bukanlah masa yang sesuai untuk pertikaian dalaman.Sebaliknya, menurut Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, PN perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha menyatukan kekuatan, memperkukuh jentera, menyelaras strategi dan memberi keyakinan kepada rakyat.Dalam pada itu, Gerakan menyambut baik kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menekankan kepentingan perpaduan dalam PN, sambil menafikan dakwaan bahawa Pas mahu mengetepikan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Dr Dominic Lau berkata, kekuatan PN terletak pada kesatuan keempat-empat parti komponennya yang perlu bergerak seiring berlandaskan semangat muafakat, saling menghormati dan komitmen bersama.Beliau menegaskan bahawa hanya melalui perpaduan yang kukuh antara semua parti dalam PN, gabungan itu mampu tampil sebagai satu alternatif berwibawa untuk menggantikan kerajaan Madani selain menawarkan sebuah kerajaan lebih stabil dan bertanggungjawab demi kesejahteraan rakyat.Pada Ahad, Abdul Hadi yang ditemui pemberita pada program Permukiman Pas menafikan dakwaan bahawa partinya berhasrat mengetepikan Muhyiddin dalam PN.Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan, sebaliknya Pas mahu meneruskan perpaduan dalam PN.Menurut beliau, perkara berkaitan perpaduan itu turut disentuh dalam permukiman tahunan yang diadakan di Hotel Tenera di Bangi itu, namun tidak dibincangkan secara khusus.





Pemulangan RM8.5 bilion dedah skala rasuah negara - Kosmo - 2/02 2:49 pm

PETALING JAYA Pemulangan semula RM8.5 bilion hasil rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencerminkan kejayaan penguatkuasaan, namun pada masa sama mendedahkan skala rasuah yang membimbangkan dan bersifat sistemik di negara ini





Pemuda UMNO tolak pilihan raya Datuk Bandar KL - Sinarharian - 2/02 1:53 pm

SHAH ALAM Pemuda UMNO menolak dan berikrar akan menggagalkan cadangan untuk mengadakan pilihan raya jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur.Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, cadangan berkenaan dilihat sebagai kesinambungan kepada usaha sebelum ini berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) serta cadangan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)."Sebelum ini PSB, selepas itu pilihan raya PBT, dan kali ini pula pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur."Mereka tetap dengan pendirian mereka, kita jangan lalai





Did Epstein really know Anwar Ibrahim? PM responds - Sinardaily - 2/02 12:14 am

SHAH ALAM - Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has denied having any connection with late American financier Jeffrey Epstein or any party linked to the case, following the release of documents by the United States Department of Justice (DOJ).In a post on X on Saturday, Anwar said he had only become aware that an external party had sought to meet him after his name was cited in an email exchange related to the Epstein case.Praise be to Allah, for the past dozen years as stated in the email, I have had absolutely no connection with any of the parties exchanging those emails, especially Epstein, he said.Anwar, who was in Johor Bahru at the time, added: Alright, Im going to continue sightseeing in Johor Bahru, and included the hashtag #DoneExplain, indicating he had addressed the matter.The Prime Ministers remarks came after Armada Bersatu, the youth wing of Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), called on him to clarify allegations that he had interacted, directly or indirectly, with Epstein or individuals named in documents disclosed by the DOJ under what has been referred to as the Epstein Files.The documents and correspondence were released as part of transparency efforts in investigations related to Epstein.The trove reportedly includes more than three million pages of emails, records and related materials released on Jan 30.One of the emails, dated 2012 and attributed to Epstein, suggested arranging a meeting between Anwar and former senior US banker James Edward Jes Staley, a close Epstein associate.In the email, Epstein claimed to have always stayed close to the PKR president, a claim Anwar denied.There are no emails from Anwar in the released documents.Epstein was arrested in July 2019 and charged with trafficking underage girls for sex





Video : Perbalahan Bersatu-Pas diperhati rakyat - Harapandaily - 2/02 11:34 am

...eb_id=7436983664234071572 The post Video : Perbalahan Bersatu-Pas diperhati rakyat appeared first on Harapan Daily .





Gencatan senjata? Bersatu minta Pas mohon maaf dahulu dalam isu MB Perlis - Harapandaily - 2/02 10:55 am

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz membalas kenyataan dibuat Setiausaha politik kepada Presiden Pas, Syahir Sulaiman yang menasihatkan Bersatu supaya berhenti menulis hal sulit dalam PN secara terbuka dan bersetuju dengan “gencatan senjata”





'Cukup-cukuplah menulis hal sulit'- Syahir - Sinarharian - 2/02 10:21 am

SHAH ALAM Semua pihak termasuk rakan komponen Perikatan Nasional (PN) digesa supaya melakukan gencatan senjata dan menghentikan serangan terbuka antara satu sama lain.Setiausaha Politik Presiden Pas, Syahir Sulaiman berkata, hentikan penulisan perkara bersifat sulit secara terbuka selain menyifatkan parti berkenaan hanya mahu meneruskan perjalanan."Mengapa perlu menulis hal sulit secara terbuka? Ikutkan hati, mahu sahaja saya membalas, namun saya memilih untuk menahan diri."Justeru atas rasa hormat kepada kekanda Datuk DrM & TunF, permintaan saya; cukup-cukuplah menulis," katanya dalam satu kenyataan tanpa menyebut nama tepat mana-mana pihak.Syahir berkata, 1 Februari menandakan genap sebulan pemandu bas meletakkan jawatan pada 1 Januari lalu, sekali gus menyebabkan perjalanan gabungan itu tergendala.Ujarnya, perjalanan tergendala manakala penumpang gelisah, keluarga (rakyat) pula menunggu dan mereka hanya mahu teruskan perjalanan."Di Perak dan Melaka, kami telah lancarkan jentera pilihanraya





Slogan penyatuan Melayu tidak selari dengan realiti PN - Thempress - 2/02 10:17 am

SLOGAN ‘penyatuan Melayu yang sering dilaungkan Perikatan Nasional (PN) didakwa tidak mencerminkan realiti sebenar gabungan itu susulan pertelagahan dalaman yang semakin terserlah, khususnya melibatkan Pas dan Bersatu





Tun Faisal sokong gencatan senjata Bersatu-PAS, tuntut permohonan maaf - FMT - 2/02 10:00 am

Ketua penerangan Bersatu berkata keharmonian boleh dipulihkan bermula permohonan maaf PAS berhubung tuduhan berkaitan kemelut menteri besar Perlis.





Tun Faisal backs Bersatu-PAS ceasefire, seeks apology - FMT - 2/02 9:38 am

Bersatu information chief says harmony can be restored, starting with an apology from PAS for accusations related to the Perlis menteri besar crisis.





YOURSAY Crumbs for mosquitos and slow subjugation of PAS - Mkini - 2/02 9:26 am

'Bersatu is playing PAS between its fingers.'





Genap sebulan pemandu letak jawatan, kami hanya nak teruskan perjalanan - Mkini - 2/02 9:09 am

Syahir Sulaiman menggesa gencatan senjata dilakukan dan menggesa pihak dalam Bersatu tidak lagi menulis hal sulit secara terbuka.





Dedahkan laporan teknikal hakisan pantai Batu Ferringi, Tanjong Bungah .. - Mgazette - 2/02 7:30 am

# Dedahkan laporan teknikal hakisan pantai Batu Ferringi, Tanjong Bungah - SAM GEORGE TOWN - Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mendedahkan kepada umum laporan teknikal berkaitan hakisan pantai yang semakin serius di Batu Feringgi dan Tanjong Bungah





Pengundi Cina tak rindu era Najib yang sering dikait dengan rasuah - Mgazette - 2/02 7:30 am

# Pengundi Cina tak rindu era Najib yang sering dikait dengan rasuah JOHOR BAHRU Mengaitkan sentimen pengundi Cina merindui era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang sering dikaitkan dengan isu rasuah adalah gambaran tidak adil dan tidak tepat





UMNO akan `tutup kedai??? jika corak sokongan rakyat sama seperti dua PRU .. - Mgazette - 2/02 7:30 am

# UMNO akan `tutup kedai jika corak sokongan rakyat sama seperti dua PRU lalu - Zahid KUALA LUMPUR Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi khuatir UMNO akan `tutup kedai menjelang 20 tahun akan datang sekiranya corak sokongan rakyat kepada parti itu kekal seperti yang berlaku pada dua pilihan raya umum lalu





Bersatu Machang gesa Lembaga Disiplin pecat Wan Fayhsal - Mgazette - 2/02 7:30 am

Tambahnya, Lembaga Rayuan Bersatu tidak perlu sama sekali mempertimbangkan sebarang rayuan daripada Wan Ahmad Fayhsal atau bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Datuk Wan Saiful Wan Jan. Dakwa beliau kedua-duanya jelas tidak menunjukkan sebarang penyesalan sebaliknya terus menyerang parti dan Institusi Presiden Bersatu secara terbuka





“Saya langsung tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang berbalas .. - Mgazette - 2/02 7:30 am

# "Saya langsung tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang berbalas email tu, terutama Epstein" - PM KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan ada kaitan dengan mana-mana pihak yang melibatkan Jeffrey Epstein





Iran-Amerika pilih jalan rundingan - Utusan - 2/02 7:30 am

TEHERAN: Pegawai keselamatan tertinggi Iran mengesahkan terdapat kemajuan yang dicapai dalam rundingan dengan Amerika Syarikat (AS), walaupun ketua tentera republik Islam itu memberi amaran kepada Washington supaya tidak melancarkan serangan ketenteraan





Tindakan tegas terhadap tiga bekas ADUN Pas Perlis bukan dibuat secara gelojoh - Sinarharian - 1/02 11:58 pm

SHAH ALAM - Permohonan yang dikemukakan oleh tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis untuk menjadi ahli Pas akan diproses mengikut prosedur biasa parti.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan yang diambil terhadap tiga ADUN berkenaan sebelum ini bukan dibuat secara gelojoh, sebaliknya berasaskan prinsip disiplin dan pengajaran perjuangan Islam."Tindakan tiga wakil rakyat berkenaan telah memberi kesan kepada kestabilan dan penguasaan Pas sebagai kerajaan di negeri itu."Walaupun kita kesal dengan apa yang berlaku, yang lebih penting pada ketika ini ialah pengajaran yang perlu diambil daripada peristiwa tersebut," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Ahad.Tuan Ibrahim menjelaskan, pendekatan disiplin yang diambil Pas adalah berlandaskan sirah Rasulullah SAW, khususnya peristiwa tiga sahabat yang tidak menyertai peperangan Tabuk."Dalam peristiwa tersebut Rasulullah SAW mengambil tindakan disiplin yang tegas, mereka dipulau oleh masyarakat, tidak ditegur oleh sahabat-sahabat lain, dan tidak dibenarkan menggauli isteri mereka."Ketegasan Rasulullah SAW menjadi peringatan bahawa ketaatan kepada arahan kepimpinan dan disiplin jemaah tidak boleh dipandang ringan," ujarnya.Menurut beliau, sejarah itu wajar dijadikan iktibar bahawa perjuangan menegakkan Islam, membina negara yang adil serta menjamin kemakmuran ummah bukanlah suatu tugas kecil yang boleh dipandang ringan."Kita yakin dengan amanah besar ini, Pas akan terus berdepan pelbagai cabaran."Namun dengan disiplin, kesatuan dan pertolongan ALLAH, Pas akan kekal teguh sebagai wadah perjuangan yang berintegriti," katanya.





Potensi Umno tutup kedai andai sokongan PRU lalu kekal, kata Zahid - FMT - 1/02 11:39 pm

Presiden Umno seru ahli parti hidang 'keluarbiasaan' menarik sokongan 500,000 pengundi baharu setiap tahun.





'UMNO perlu cipta keluarbiasaan' - Ahmad Zahid - Sinarharian - 1/02 11:33 pm

KUALA LUMPUR - UMNO melahirkan kebimbangan partinya itu berisiko 'tutup kedai' dalam tempoh 20 tahun akan datang sekiranya corak sokongan pengundi masih kekal seperti Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, anjakan luar biasa perlu dilakukan bagi memastikan parti itu tidak terus terpalit dengan persepsi negatif rakyat.Menurut beliau, perubahan itu bukan lagi satu pilihan atau retorik politik sebaliknya suatu keperluan."Biarpun produk (UMNO) dijual baik tetapi persepsinya sangat negatif





Expel Wan Fayhsal, suspension too lenient, says Machang Bersatu - FMT - 1/02 10:09 pm

Division chief Kamaruddin Ab Kadir says the Machang MP has repeatedly disregarded party discipline and challenged the leadership.





5,000 sertai Music Night Run 3KM sempena VMY2026 di Pavilion Bukit Bintang - Sinarharian - 1/02 9:12 pm

KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 peserta daripada pelbagai latar belakang usia, kaum dan negara menyertai Music Night Run 3KM sempena Visit Malaysia Year 2026 (VMY2026) yang berlangsung meriah di Pavilion Bukit Bintang pada Ahad.Program yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Tourism Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu merupakan inisiatif nasional yang menggabungkan amalan gaya hidup sihat, hiburan serta pemerkasaan pelancongan berasaskan budaya dan komuniti.Larian sejauh 3 kilometer itu dilepaskan tepat jam 6 petang, sekali gus menceriakan suasana bandar raya Kuala Lumpur dengan penyertaan masyarakat berbilang kaum, termasuk peserta dari luar negara.Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, penganjuran program tersebut mencerminkan pendekatan progresif negara dalam membangunkan sektor pelancongan secara holistik dan inklusif."Penganjuran Program Larian Visit Malaysia Year 2026 (VMY2026) merupakan sebuah inisiatif nasional yang menggabungkan amalan gaya hidup sihat, semangat kebersamaan serta pemerkasaan pelancongan berteraskan budaya dan komuniti," katanya.Menurut beliau, program seumpama itu bukan sahaja menggalakkan kesejahteraan fizikal dan mental, malah menjadi wadah penyatuan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan latar belakang, sejajar dengan aspirasi pembinaan negara Malaysia Madani.Beliau berkata, selaras dengan matlamat VMY2026, program berkenaan turut memperkukuh usaha kementerian dalam mempromosikan pelancongan berasaskan pengalaman, di mana pengunjung bukan sekadar melawat destinasi, tetapi turut berinteraksi dengan komuniti setempat serta menghayati nilai kemasyarakatan dan warisan negara.Selain larian, program berkenaan turut menampilkan 100 penari kebudayaan, 500 pendikir serta persembahan mewakili 14 budaya, sekali gus menjadikannya medium pendidikan sosial yang menyemai rasa cinta terhadap warisan budaya dan memperkukuh jati diri kebangsaan, khususnya dalam kalangan generasi muda.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak penganjur, rakan strategik, pihak berkuasa tempatan serta para peserta yang menjayakan program berkenaan."Semoga inisiatif seperti ini terus diperkasakan sebagai pemangkin kepada kejayaan Visit Malaysia Year 2026, sekali gus menyumbang kepada pembinaan sebuah negara yang bersatu, berbudaya dan sejahtera," katanya.Program larian itu turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim.Program tersebut turut melengkapkan agenda pelancongan hari ini selepas penganjuran KL10K pada sebelah pagi, manakala pada sebelah malam, orang ramai dihiburkan dengan sebuah konsert istimewa yang menampilkan artis popular tanah air seperti Bella Astillah dan IAMNEETA.





Anwar jawab nama kena 'petik' dikaitkan dengan Epstein - Sinarharian - 1/02 8:03 pm

SHAH ALAM Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menepis dakwaan kononnya ada pihak luar yang ingin bertemunya kira-kira 14 tahun lalu dan cuba mengaitkan beliau dalam kes Jeffrey Epstein."Baru hari ini saya tahu ada pihak luar yang mahu bertemu dan siap petik nama saya dalam emel melibatkan kes Epstein."Alhamdulillah, sudah belasan tahun seperti yang disebut dalam emel tersebut dan saya langsung tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang berbalas emel itu, apatah lagi Epstein (sambil memuat naik ikon reaksi menggelikan)."Okey, saya nak sambung jalan-jalan di Johor Bahru #DoneExplain," katanya secara berseloroh menerusi hantaran ringkas di Facebook pada Ahad.Sebelum ini, Pengarah Komunikasi dan Media Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Naim Brundage menuntut penjelasan daripada Anwar sama ada beliau pernah berinteraksi dengan Epstein atau mana-mana individu yang terkandung dalam Epstein Files.Naim berkata, penjelasan juga perlu dibuat berhubung dakwaan potensi kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri yang dikatakan mempunyai peluang gold mine kepada institusi kewangan asing.Beliau menegaskan, pihaknya memandang serius pendedahan DOJ itu yang didakwa merekodkan perbincangan mengenai rancangan mengatur satu pertemuan peribadi antara pemangsa seksual terkenal tersebut dengan Anwar pada 2012.Menurutnya, dokumen dengan kod rujukan EFTA00929772 itu merekodkan perbualan antara Epstein, yang telah disabitkan kesalahan di Amerika Syarikat (AS), dengan seorang kenalan yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Anwar.Dalam hantaran berasingan, Ahli Parlimen Tambun itu memaklumkan beliau sempat mengunjungi Zoo Johor sebaik tiba di Johor Bahru."Saya turut beramah mesra serta menyantuni pengunjung, selain menerima penerangan mengenai perkembangan semasa zoo ini."Semoga Zoo Johor terus diperkasa sebagai aset rekreasi, pendidikan dan warisan negeri yang memberi manfaat kepada rakyat," ujarnya.





Gantung sepenggal ‘terlalu lunak’, Cikgu Din gesa Wan Ahmad Fayhsal dipecat - Harapandaily - 1/02 7:22 pm

Ketua Bersatu Bahagian Machang, Kamaruddin Ab Kadir menggesa Lembaga Disiplin parti memecat Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal secara muktamad





Parti komponen tolak PAS pengerusi PN? Marzuki disanggah - Mkini - 1/02 6:48 pm

"Belum pernah dengar presiden MIPP atau Gerakan sebut secara terbuka atau tertutup," kata pemimpin PAS Nurul Islam Mohamed Yusof.





Sahruddin pertahan Muhyiddin tidak berbohong isu jawatan Pengerusi PN - Sinarharian - 1/02 6:31 pm

Saya ada bersama dalam pertemuan antara Muhyiddin, (Tan Sri) Abdul Hadi Awang, (Datuk Seri) Tuan Ibrahim dan (Datuk Seri) Takiyuddin di rumah Muhyiddin pada malam 16 Januari 2026."Pertemuan pada malam itu diadakan untuk mencari jalan keluar kepada 'deadlock' berhubung pelantikan Pengerusi PN yang baharu," katanya dalam hantaran di laman sosial tersebut pada Ahad.Sahruddin menjelaskan, pertemuan berkenaan memutuskan untuk memperkasakan peranan Majlis Presiden PN diketuai Muhyiddin serta menubuhkan Majlis Eksekutif PN diketuai calon dinamakan Pas, dan turut dipersetujui rakan gabungan lain.Oleh yang demikian ujarnya, jawatan Pengerusi PN tidak lagi diperlukan.Selain itu, beliau yang juga bekas Menteri Besar Johor turut menggesa persetujuan itu dibincangkan dalam Jawatankuasa Teknikal mengikut proses dipersetujui pada pertemuan berkenaan."Ini tidak. Jawatankuasa Teknikal tidak dipanggil bermesyuarat, tetapi tiba-tiba keluar notis Mesyuarat Luar Biasa PN yang agendanya bertentangan dengan persetujuan dicapai Presiden Bersatu dan Pas, yang dipersetujui Presiden Gerakan dan MIPP."Kalau hendak buat keputusan sendiri, bertindak sendiri, lebih baik tidak perlu berbincang





Bersatu Machang desak Wan Ahmad Fayhsal dipecat, digugur status Ahli Parlimen PN - Sinarharian - 1/02 6:24 pm

KOTA BHARU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Machang mendesak pimpinan tertinggi memecat Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, yang didakwa tidak lagi layak berada dalam parti itu.Ketuanya, Kamaruddin Ab Kadir berkata, penggantungan keahlian yang dikenakan ke atas Ahli Parlimen Machang itu disifatkan terlalu lunak berbanding kerosakan yang kononnya telah dilakukan terhadap parti."Tindakan tegas mesti diambil tanpa sebarang kompromi





Ketua Bersatu Machang desak Wan Fayhsal dipecat - Mkini - 1/02 5:46 pm

Keluarkan Wan Fayhsal dari senarai ahli parlimen PN dan tukar statusnya jadi MP bebas, tegas Ketua Bersatu Bahagian Machang, Kamaruddin Ab Kadir.





'Krisis FAM diharap tidak luntur semangat peminat bola sepak negara' - Mohammed Taufiq - Sinarharian - 1/02 3:23 pm

KRISIS yang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diharap dapat diselesaikan dengan baik, sekali gus mengembalikan kepercayaan dan persepsi rakyat terhadap sukan bola sepak negara.Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, di sebalik isu yang berlaku, beliau yakin semangat rakyat Malaysia terhadap sukan itu tidak luntur susulan krisis berkenaan.Menurutnya, usaha berterusan perlu digerakkan bagi mengembalikan kepercayaan serta persepsi rakyat terhadap bola sepak negara yang sebelum ini menjadi antara sukan paling mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia."Saya berharap agar semangat rakyat Malaysia terhadap sukan bola sepak kita tidak luntur dan kita mampu mengembalikan kepercayaan serta persepsi rakyat terhadap bola sepak negara."Sukan bola sepak merupakan antara sukan yang diminati ramai, jadi saya berharap FAM dapat menyelesaikan isu ini dengan baik, teratur, tertib dan penuh hikmah," katanya.Beliau mengulas perkembangan semasa membabitkan FAM yang kini menjadi perhatian umum, sekali gus menuntut langkah penyelesaian menyeluruh demi masa depan bola sepak negara.Mohammed Taufiq ditemui ketika meninjau sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam, Jalan Kuala Ketil di sini pada Ahad.Terdahulu, FAM mengumumkan bahawa semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi penggal 20252029 secara kolektif telah meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta.Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, sebelum ini menjelaskan keputusan itu dibuat secara sebulat suara dengan mengambil kira tanggungjawab organisasi serta tanpa kepentingan atau jawatan peribadi.




Reformasi     >>



Trump says 'never been to Epstein Island, nor anywhere .. - Mkini
US president says will sue comedian Trevor Noah for remarks during Grammy Awards.
Kroni     >>



Two MBPP officers hurt in balloon blast - Star
GEORGE TOWN: Two Penang Island City Council (MBPP) enforcement officers were injured after light gas-filled balloons seized during the Thaipusam celebrations exploded and caught fire. Read full story
Tabloid     >>



Wanita terkejut pemandu e-hailing hanya pakai seluar .. - Mdateline
Alangkah terkejutnya penumpang ini apabila mendapati pemandu kenderaan e-hailing yang ditempah menerusi aplikasi atas talian tidak mengenakan sebarang pakaian melainkan seluar dalam. Menerusi perkongsian dimuat ... Baca Artikel Penuh
Tech     >>



Rekaan dan Spesifikasi Samsung Galaxy S26 Ultra .. - Amanz
Siri Samsung Galaxy S26 akan dilancarkan pada 25 Februari di acara Samsung Unpacked pertama 2026. Seperti kebiasaannya, menjelang pelancaran imej pengolokan rasmi serta spesifikasi lengkap Samsung Galaxy S26 Ultra akhirnya tertiris pada hujung minggu lalu menerusi laman Android Headlines. Dari segi ..
World     >>



Americanswers On 5 Live! Do the new Epstein files .. - BBC
And why is the president threatening to sue Grammy host Trevor Noah over an Epstein joke?
Motor Trend     >>



Mitsubishi Xforce Pertama Keluar Dari Kilang di Pekan, .. - Piston
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan bahawa Mitsubishi Xforce pertama telah rasmi keluar dari barisan pengeluaran di kilangnya di Pekan, Pahang. Tempahan bagi SUV segmen-B baharu ini dijadualkan dibuka pada minggu ini, menjelang pelancaran rasminya di pasaran tempatan. Bagi menyokong ..