///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Pertahanan Norway News   Page 1    





Skuad hoki B-18 mara ke separuh akhir Piala Asia - Sinarharian - 2/06 4:37 pm

SKUAD hoki lelaki bawah 18 tahun negara mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Asia B-18 2026 selepas menewaskan China 3-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Kakamigahara, Jepun hari ini.Perlawanan bermula seimbang apabila kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan pada babak pertama meskipun saling mengatur serangan.Bersambung separuh masa kedua, Malaysia yang dikendalikan Mohd Harfizi Baharom mula menguasai permainan sebelum akhirnya membuka tirai jaringan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Dheeressh Gunaseelan pada minit ke-41.Momentum terus memihak negara apabila Ahmad Idham Fikri Mohd Rizal menggandakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi jaringan padang untuk meletakkan Malaysia selesa di depan.China cuba bangkit mencari gol, namun benteng pertahanan negara kekal kebal mengekang setiap asakan lawan.Harieq Hadief Mohd Fariq kemudian memastikan kemenangan bergaya apabila menyempurnakan satu lagi pukulan sudut penalti pada minit ke-57 untuk melengkapkan kemenangan 3-0.Kemenangan itu membolehkan Malaysia mara ke separuh akhir selaku dua pasukan terbaik Kumpulan B, sekali gus menghidupkan peluang memburu pentas final.Malaysia kini menanti sama ada India atau Korea Selatan sebagai lawan di separuh akhir.





PRN Johor tidak beri kesan terhadap kerajaan Perpaduan - Mygazette - 2/06 3:02 pm

# PRN Johor tidak beri kesan terhadap kerajaan Perpaduan KOTA TINGGI - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak akan memberi kesan terhadap kerajaan Perpaduan walaupun nanti berkemungkinan berbeza kerajaan di peringkat negeri





Malaysia teliti beberapa negara pengeluar peluru berpandu - Mygazette - 2/06 3:02 pm

Perjanjian itu ditandatangani pada April 2018 dengan nilai kontrak sebanyak 124 juta (RM571.9 juta) bagi melengkapkan enam kapal LCS baharu ketika itu. Pada 19 Mei lalu, dilaporkan Malaysia mengeluarkan notis tuntutan kepada sebuah syarikat pertahanan Norway susulan pembatalan lesen eksport bagi sistem peluru berpandu yang diperuntukkan untuk LCS TLDM, dengan tuntutan kerugian melebihi RM1 bilion.- MalaysiaGazette





Batal eksport peluru berpandu, Norway dicadang dahulukan bayaran ganti rugi - FMT - 2/06 2:43 pm

Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata kerajaan sedang aktif nilai tawaran dari Itali, Perancis, Turki, Korea Selatan, AS, dan Jepun ganti bekal peluru berpandu untuk LCS.





'Keputusan bubar DUN Johor tepat, jika lewat berdepan risiko banjir' - Mohamed Khaled - Sinarharian - 2/06 12:02 am

KOTA TINGGI Keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ketika ini disifatkan tepat kerana negeri ini dijangka berdepan musim tengkujuh pada hujung atau awal tahun ini.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sekiranya pilihan raya diadakan hujung tahun, pelaksanaannya berdepan risiko gangguan akibat musim hujan dan banjir yang lazim berlaku di beberapa kawasan termasuk Kota Tinggi.Menurut beliau, selepas tempoh tersebut, rakyat akan berdepan Ramadan dan sambutan Aidilfitri yang lazimnya berlangsung dalam tempoh panjang di negeri ini."Johor hanya tinggal (beberapa bulan lagi sebelum tamat penggal) patutnya buat pilihan raya negeri bulan April (tahun depan apabila tamat tempoh penggal)."Kita tahu bulan November, Disember, Januari hujan kan? Banjir di Kota Tinggi ni memang itu (selalu berlaku) dan di tempat-tempat lain, maka sudah tentu tak boleh."Kemudian masuk pula bulan Februari, Mac yang merupakan bulan raya (Aidilfitri)





48 pasukan, satu takhta dunia - Sinarharian - 2/06 10:32 am

SEBANYAK 48 pasukan bakal berentap pada saingan Piala Dunia 2026 yang menyingkap tirai di Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada dari 11 Jun hingga 19 Julai depan.Edisi kali ini mencatat sejarah tersendiri sebagai temasya bola sepak dunia pertama menampilkan 48 pasukan.Saingan dijangka sengit dengan kehadiran kuasa besar bola sepak dunia seperti Argentina, Brazil, Perancis, Sepanyol, England dan Jerman.Turut menjadi tumpuan ialah beberapa pasukan kuda hitam yang berpotensi mencipta kejutan di pentas dunia.KUMPULAN ARepublik CzechJurulatih: Miroslav KoubekPemain bintang: Patrick SchickPencapaian terbaik: Naib juara (sebagai Czechoslovakia) pada 1934 dan 1962Republik Czech kembali beraksi di pentas Piala Dunia buat kali pertama sejak 2006





Liverpool perlu bayar pampasan RM37 juta selepas pecat Slot - Sinarharian - 2/06 7:30 am

LIVERPOOL dilaporkan terpaksa menanggung kos kewangan yang besar selepas membuat keputusan untuk menamatkan kontrak pengendali pasukan, Arne Slot setahun lebih awal daripada baki kontrak asalnya.Slot sepatutnya memasuki tahun terakhir kontraknya di Anfield pada Julai ini, namun pihak pengurusan tertinggi kelab memutuskan untuk berpisah dengan pengendali kelahiran Belanda itu.Keputusan tersebut menyaksikan Liverpool kini perlu melantik ketua jurulatih baharu bersama sebahagian besar barisan kejurulatihan yang lain, dengan Andoni Iraola serta pembantunya, Tommy Elphick kini disebut-sebut bakal menyertai The Reds.Perubahan drastik dalam struktur kejurulatihan ini membawa implikasi kewangan yang besar kepada Liverpool terutamanya membabitkan pakej pampasan penamatan kontrak Slot.Laporan daripada akhbar Belanda, De Telegraaf mendedahkan bahawa Slot dibayar pampasan sebanyak 8 juta (RM37 juta) untuk menamatkan kontraknya setahun lebih awal.Selain Slot, beberapa kakitangan kejurulatihan lain termasuk Sipke Hulshoff, Giovanni van Bronckhorst dan Ruben Peeters turut dilaporkan meninggalkan Liverpool serta-merta, selain bakal menerima bayaran pampasan masing-masing.Dalam pada itu, wartawan The Telegraph, Jason Burt mendakwa bahawa kelab juga perlu berunding mengenai penamatan kontrak Etienne Reijnen yang sepatutnya menyertai barisan kejurulatihan Slot musim panas ini selepas meninggalkan Feyenoord.Langkah ini menyusuli pembayaran pampasan yang hampir serupa kepada Jurgen Klopp dan barisan kejurulatihannya apabila mereka meninggalkan kelab lebih awal pada tahun 2024.Wartawan The Athletic, James Pearce melaporkan pada Februari 2025 bahawa sejumlah 9.6 juta (RM51.2 juta) telah dibayar secara gabungan kepada Klopp, Pepijn Lijnders, Vitor Matos, John Achterberg, Andreas Kornmayer, Andreas Schlumberger dan Jack Robinson.Pembayaran kepada Klopp dan kakitangannya dilakukan walaupun pengendali dari Jerman itu memilih untuk meletak jawatan secara sukarela berbeza dengan situasi Slot yang ditamatkan kontrak oleh pemilik kelab, Fenway Sports Group (FSG).Slot kini dilaporkan sedia untuk menilai peluang baharu dalam karier kejurulatihannya selepas sebelum ini menolak tawaran daripada kelab gergasi Belanda, Ajax awal tahun ini.Kelab Serie A, AC Milan dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat pengendali berusia 47 tahun itu, namun beliau dijangka akan mengambil masa sebelum kembali membimbing pasukan baharu.Sementara itu, kapten Liverpool, Virgil van Dijk menerusi hantaran di Instagram Story miliknya pada Ahad, menzahirkan ucapan terima kasih kepada Slot atas sumbangannya membantu kelab memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris kedua mereka."Kami tidak akan melupakan kejayaan menjuarai Liga Perdana Inggeris dalam musim pertama kita bersama."Terima kasih, jurulatih dan selamat maju jaya kepada anda serta keluarga pada masa hadapan," tulis pemain pertahanan berusia 34 tahun itu.





Malaysia berhak tuntut pampasan daripada Norway susulan pembatalan NSM .. - Mygazette - 2/06 7:17 am

# Malaysia berhak tuntut pampasan daripada Norway susulan pembatalan NSM - Mohamed Khaled KUALA LUMPUR - Malaysia berhak menuntut pampasan sewajarnya daripada Norway dan syarikat terbabit susulan pembatalan lesen eksport peluru berpandu antikapal (NSM) ke negara ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin





Warga emas hilang ketika cari sarang burung di Gua Tepadung - Mygazette - 2/06 7:17 am

# Warga emas hilang ketika cari sarang burung di Gua Tepadung LAHAD DATU - Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang sejak 26 Mei lepas ketika menjalankan aktiviti mencari sarang burung di kawasan Gua Tepadung, Batu 17, di sini





Lelaki OKU hilang di Batu Kurau - Sinarharian - 1/06 10:46 pm

IPOH - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Simpang 4, Anak Kurau dekat Batu Kurau, Sabtu lepas.Ketua Polis Daerah Selama, Asisiten Komisioner Sarudin Samah berkata, Zakaria Shamsuddin, 42, kali terakhir dilihat kira-kira jam 4 petang ketika keluar melalui pintu belakang rumah bersama-sama anak tirinya sebelum dia dipercayai menuju ke kawasan belukar, kira-kira 300 meter dari kediamannya itu.Beliau berkata, Zakaria didapati hilang dari pandangan dalam sekelip mata ketika anak tirinya itu berhenti seketika untuk mengikat tali kasut."Ketika anak tirinya tunduk untuk mengikat tali kasut, mangsa (Zakaria) masih berada di hadapannya namun apabila dia mendongak semula, mangsa didapati telah hilang dan gagal dikesan."Mangsa dipercayai tidak mengambil ubat yang ditetapkan sejak dua atau tiga hari lepas," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Zakaria tampil membantu dengan menghubungi Sarjan Mejar Razak Abdul Ghani melalui talian 010-2096227, Ibu Pejabat Polis Daerah Selama 05-8394222 atau mana-mana balai polis berhampiran.Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarozi Nor Ahmad berkata, Zakaria belum ditemukan walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah memasuki hari kedua hari ini."Operasi dijalankan dengan membahagikan anggota kepada sembilan pasukan terdiri daripada JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Unit K9 JBPM dan orang awam."Pencarian tertumpu di sektor A, B, C dan D meliputi kawasan seluas kira-kira sembilan kilometer persegi di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang," katanya dalam kenyataan malam ini.Beliau berkata, operasi setakat 5 petang hari ini melibatkan 13 anggota JBPM, PDRM (10), APM dan Unit K9 masing-masing tiga anggota serta 16 orang awam manakala pencarian semula akan dilaksanakan sehingga penunjuk baharu ditemukan





Norway batal lesen NSM, Malaysia berhak tuntut pampasan, kata Khaled - FMT - 1/06 9:11 pm

Menteri pertahanan berkata, tuntutan itu wajar kerana Malaysia tanggung kerugian kewangan selain kehilangan masa dan peluang bernilai.





Pembatalan NSM: Malaysia berhak tuntut pampasan daripada Norway - Mohamed Khaled - Sinarharian - 1/06 8:38 pm

KUALA LUMPUR - Malaysia berhak menuntut pampasan sewajarnya daripada Norway dan syarikat terbabit susulan pembatalan lesen eksport peluru berpandu antikapal (NSM) ke negara ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Beliau berkata, tuntutan itu wajar kerana Malaysia menanggung kerugian kewangan selain kehilangan masa serta peluang bernilai akibat pembatalan berkenaan."Sejumlah besar wang rakyat telah diperuntukkan bagi program itu





Defence minister: Norway needs to be held responsible for missile export cancellation, Malaysias right to ask for compensation - Malaymail - 1/06 8:30 pm

KUALA LUMPUR, June 1 Malaysia has the right to claim appropriate compensation from Norway and the company involv...





Lima anggota bomba alami kecederaan sepanjang misi SAR Jaslinda - Sinarharian - 1/06 6:48 pm

TAPAH - Lima anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak cedera sepanjang operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu.Pengarah JBPM Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, semua anggota terbabit mengalami kecederaan ringan seperti terseliuh dan kecederaan lutut ketika menjalankan operasi di kawasan hutan berbukit yang mencabar.Menurutnya, situasi itu menggambarkan tahap kesukaran yang dihadapi pasukan SAR yang kini memasuki hari kelapan pencarian."Walaupun mengalami kecederaan, mereka ini tidak keluar daripada pasukan





Profesionalisme warga TUDM cermin keupayaan pertahanan udara negara, kata TPM - FMT - 1/06 6:40 pm

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata selama 68 tahun penubuhan TUDM terus kekal sebagai benteng utama pertahanan ruang udara negara.





Malaysia nyata komitmen perkukuh kerjasama pertahanan antarabangsa di .. - Mygazette - 1/06 3:21 pm

# Malaysia nyata komitmen perkukuh kerjasama pertahanan antarabangsa di Persidangan Shangri-La Dialogue 2026 KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan __International Institute for Strategic Studies (IISS) Shangri-La Dialogue__2026 yang berlangsung di Singapura dari 29 hingga hari ini





Dialog tiada makna apabila kepercayaan terhakis, tegas Malaysia di Dialog Shangri-La - FMT - 1/06 2:00 pm

Menteri Pertahanan Khaled Nordin menyampaikan pendirian Malaysia bahaw ketegangan harus diurus secara bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang secara saksama.





Mayat remaja lelaki lemas ditemukan 300 meter dari pantai - Sinarharian - 31/05 8:04 pm

SEPANG Mayat seorang remaja lelaki yang hilang dipercayai lemas ketika mandi di Pantai Bagan Lalang, Tanjong Sepat, ditemukan pasukan penyelamat pada petang Ahad selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan hampir empat jam.Mangsa, Mohd Akhil Zamani Sanusi, 17, ditemukan kira-kira jam 6.50 petang oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.Penguasa Kanan Bomba II Mohamad Issmanto Md Pono berkata, mangsa ditemui menerusi kaedah penyelaman pada jarak kira-kira 300 meter dari pantai dan 10 meter dari lokasi dipercayai mangsa lemas.Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian."Operasi pencarian melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sepang dengan bantuan unit PPDA dari BBP KLIA, BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang."Mayat mangsa berjaya ditemukan pada jam 6.50 petang sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.18 petang.Katanya, berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai lemas ketika mandi di tepi pantai bersama rakan-rakannya."Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3.10 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat dilancarkan sejurus pasukan bomba tiba di lokasi."Pencarian dijalankan menggunakan bot serta kaedah pencarian permukaan sebelum mangsa ditemukan oleh pasukan PPDA," katanya.Operasi itu melibatkan seramai 15 anggota bomba dan turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Unit Pantas Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).





Can strategic partnerships still be trusted? Khaled Nordin questions international agreements after Norway missile cancellation - Malaymail - 31/05 5:08 pm

SINGAPORE, May 31 Malaysia has raised concerns over what it described as the growing practice of double standard...





Ragbi Piala Agong: Terengganu cipta kejutan, tundukkan juara bertahan PDRM 26-25 - Sinarharian - 31/05 4:59 pm

STATUS sebagai pasukan bukan pilihan tidak menghalang Terengganu daripada mencipta kejutan apabila menamatkan saingan peringkat kumpulan Kejuaraan Ragbi Piala Agong Edisi Ke-42 musim ini dengan rekod tanpa kalah, sekali gus mengesahkan tempat ke suku akhir yang dijadualkan bermula 13 Jun ini.Pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, skuad Pantai Timur itu yang turun selaku pelawat mempamerkan semangat juang tinggi apabila menundukkan juara bertahan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), 26-25 dalam aksi dramatik di Padang PULAPOL, Kuala Lumpur.Terengganu terpaksa bangkit daripada ketinggalan 13-15 pada separuh masa pertama yang memihak kepada tuan rumah, sekali gus memaksa ketua jurulatih, Hafiizh Zainal melakukan rombakan taktikal termasuk beberapa pertukaran pemain bagi mengubah momentum permainan.Percaturan itu mula membuahkan hasil seawal babak kedua apabila Terengganu merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-43





Maritim Malaysia aktif carilamat kesan Jason Alexander hilang di Pantai .. - Mygazette - 31/05 3:36 pm

# Maritim Malaysia aktif carilamat kesan Jason Alexander hilang di Pantai Batu Linting KUALA LUMPUR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (carilamat) bagi mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Batu Linting, Kuala Penyu, petang kelmarin





Menteri Pertahanan Norway mohon maaf kepada Malaysia - Mygazette - 31/05 3:36 pm

# Menteri Pertahanan Norway mohon maaf kepada Malaysia SINGAPURA - Menteri Pertahanan Norway Tore O





Tiada rakaman imej Jaslinda di Bukit Berapit 2 - Sinarharian - 31/05 3:27 pm

TAPAH - Semakan rakaman kamera pengawasan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di laluan Bukit Berapit 2 tidak menemukan sebarang imej pendaki wanita hilang, Jaslinda Saludin, 49.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, dapatan itu diperolehi hasil pemeriksaan dilakukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 12.30 tengah hari pada Ahad.Menurutnya, berdasarkan perkembangan itu, pasukan SAR bersama Perhilitan telah digerakkan ke satu lagi lokasi kamera pengawasan di Gunung Rayu bagi mendapatkan kad memori bagi tujuan pemeriksaan."Langkah ini bagi mengenal pasti kemungkinan mangsa tersasar dari laluan utama pendakian."Lokasi kamera di Gunung Rayu ini berada kira-kira satu kilometer di luar trek laluan Sukaneka-Gunung Rayu-Bukit Berapit-Pos Musoh," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.Beliau berkata, berdasarkan koordinat kamera pengawasan tersebut, kawasan berkenaan terletak dalam daerah Hulu Jelai di Lipis, Pahang."Walaupun di luar laluan utama, pemeriksaan tetap dilakukan sebagai usaha mengesan sekiranya mangsa melalui kawasan tersebut," katanya.Dalam perkembangan sama, Sayani berkata, operasi SAR turut berdepan cabaran apabila komunikasi dengan pasukan di lapangan terputus dipercayai akibat berada di kawasan lembah selain liputan komunikasi yang terhad.ARTIKEL BERKAITAN :Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaKatanya, sehingga jam 10 pagi, seramai 21 anggota pasukan SAR masih berada di lapangan melibatkan JBPM (13), Jabatan Perhutanan (tiga) dan Malim Gunung Perak (MGP) seramai lima orang.Sementara itu, seramai 17 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah keluar dari kawasan operasi melalui Pos Musoh pada jam 1.13 pagi, manakala lima lagi pasukan penyelamat terdiri daripada JBPM dan Perhutanan keluar melalui Pos Kuala Woh pada jam 2.12 pagi."Operasi SAR kini tertumpu di sekitar Gunung Rayu dengan penglibatan anggota JBPM dan MGP."Perancangan sedang dibuat untuk menambah kekuatan anggota bagi tindakan lebih bersepadu di sektor pencarian yang dikenal pasti," katanya.Pada Sabtu, kelibat Jaslinda dilihat melintasi salah satu kamera pengawasan di lokasi laluan pendakian Gunung Batu Putih, dipercayai bergerak mengikut laluan ke Kem Sukaneka, 24 Mei lalu.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu.





Norway apologises to Malaysia over missile export licence cancellation - SUN - 31/05 3:20 pm

Norwegian defence minister apologises to Malaysia over NSM export licence cancellation, citing national security concerns





Khaled questions Oslos commitment to ties with Malaysia as missile refund hangs in balance - Malaymail - 31/05 3:10 pm

SINGAPORE, May 31 Malaysia is doubtful it will recover nearly RM543 million already paid to Norway for anti-ship...





Isu eksport peluru berpandu, Norway mohon maaf kepada Malaysia - FMT - 31/05 2:17 pm

Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata Menteri Pertahanan Norway Tore O Sandvik turut memperincikan sebab dan punca terhadap keputusan pembatalan.





Menteri Pertahanan Norway mohon maaf atas pembatalan lesen eksport NSM kepada Malaysia - Sinarharian - 31/05 2:06 pm

SINGAPURA - Menteri Pertahanan Norway Tore O





Malaysia terbuka beli senjata dari negara sedia pindah teknologi – .. - Mygazette - 31/05 8:01 am

# Malaysia terbuka beli senjata dari negara sedia pindah teknologi - Menteri Pertahanan SINGAPURA - Malaysia akan mempertimbangkan perolehan sistem persenjataan daripada mana-mana negara yang bersedia untuk berkongsi dan memindahkan teknologi mereka, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin





PSG pertahan takhta Eropah hasil semangat juang luar biasa - Sinarharian - 31/05 6:25 am

PARIS Saint-Germain (PSG) sekali lagi membuktikan status mereka sebagai kuasa baharu bola sepak Eropah apabila mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara selepas menewaskan Arsenal menerusi penentuan penalti 4-3 selepas terikat 1-1 hingga tamat masa tambahan di Puskas Arena, Budapest awal pagi Ahad.Kejayaan itu menyaksikan PSG menyamai rekod jaringan terbanyak dalam satu musim Liga Juara-Juara dengan 45 gol, sekali gus menyamai pencapaian FC Barcelona pada musim 1999-2000.Namun, berbeza dengan kemenangan bergaya 5-0 ke atas Inter Milan pada final musim lalu, kejayaan kali ini dibina menerusi kesabaran, disiplin dan ketahanan mental ketika berdepan lawan yang begitu sukar ditembusi.Arsenal bermula cemerlang apabila mendahului seawal minit keenam menerusi jaringan Kai Havertz, sekali gus meletakkan PSG dalam tekanan.Pasukan bimbingan Luis Enrique menguasai permainan hampir sepanjang perlawanan, namun bergelut menembusi benteng kukuh Arsenal yang hanya melepaskan enam gol dan merekodkan sembilan aksi tanpa bolos sepanjang kempen mereka ke final.Meskipun menguasai lebih 70 peratus penguasaan bola dan melengkapkan 837 hantaran berbanding hanya 199 oleh Arsenal, PSG gagal mencipta banyak peluang bersih pada babak pertama.Ketika kebuntuan berterusan, PSG akhirnya memperoleh peluang keemasan pada pertengahan babak kedua apabila Khvicha Kvaratskhelia dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Cristhian Mosquera.Sepakan penalti itu disempurnakan dengan tenang oleh Ousmane Dembele untuk menghidupkan semula harapan juara Perancis itu.Kedua-dua pasukan gagal mencari gol kemenangan dalam masa tambahan sebelum penentuan penalti menjadi pemisah.PSG akhirnya muncul juara selepas pertahanan Arsenal, Gabriel Magalhaes, gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila rembatannya melambung tinggi.Luis Enrique memuji ketahanan mental dipamerkan anak buahnya yang tidak panik walaupun ketinggalan awal."Antara kekuatan terbesar pasukan ini ialah keupayaan untuk bangkit mengatasi setiap cabaran





Malaysia open to buy weapons from countries willing to transfer technology - Defence Minister - Sinardaily - 31/05 1:23 am

SINGAPORE - Malaysia will consider weaponry systems procurement from any countries that are willing to share and transfer their technologies, said Defence Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.He said as a neutral nation, Malaysia has been procuring its military equipment from many countries before, so long as the terms and conditions were set based on trust."When we do our procurement, we look into countries that can really transfer their technology to us, countries that are willing to not only make us as their customers but look to us as partners."Partners in the sense that they are willing to support our policy, and one of our new policies is to be able to be self-reliant to support our local defence industry," he told Bernama on the sidelines of 23rd Shangri-La Dialogue (SLD) on Saturday.Commenting further, he said Malaysia has benefitted from transfers of technology from friendly countries such as Turkiye, South Korea, and some other countries that want to see Malaysia become a strong nation in this region, which include Australia.On the second day of the SLD held at Shangri-La Singapore, Mohamed Khaled also held a series of bilateral meetings with his counterparts from Singapore, the Czech Republic, Italy, France, New Zealand, and Thailand.Meanwhile, Mohamed Khaled said he is scheduled to meet his Norwegian counterpart, Tore O





Operasi SAR Jaslinda: Seorang anggota penyelamat cedera, dibawa keluar dengan pesawat - Sinarharian - 30/05 9:42 pm

IPOH Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Gopeng sejak 24 Mei lalu terus berdepan cabaran apabila seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) cedera ketika menjalankan misi pencarian di kawasan hutan berkenaan.Pengarah JBPM Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, anggota terbabit mengalami kecederaan pada bahagian paha, lutut dan buku lali ketika menyertai operasi pencarian pada Jumaat.Menurutnya, anggota berkenaan menjalankan pencarian dari Kem Kantoi ke alur air menuju Sungai Busok sebelum menyusuri sungai itu sejauh kira-kira satu kilometer, namun tidak menemukan sebarang petunjuk baharu berkaitan mangsa."Anggota yang cedera bersama tiga lagi penyelamat lain kemudian dibawa keluar dari kawasan tersebut menggunakan pesawat AW139 melalui teknik winching," katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuDalam masa itu, operasi SAR memasuki hari keenam menyaksikan perkembangan positif apabila kelibat mangsa, Jaslinda Saludin, 49, berjaya dirakam kamera pengawasan hidupan liar milik Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).Sayani berkata, penemuan itu diperoleh hasil penelitian kandungan dua kad memori daripada dua unit kamera pengawasan yang diambil pasukan penyelamat pada Sabtu.Menurutnya, rakaman tersebut mengesahkan Jaslinda melalui laluan menuju Kem Sukaneka ketika melakukan pendakian pada 24 Mei lalu."Dua kad memori daripada dua unit kamera pengawasan berjaya diambil pada jam 10.15 pagi dan pasukan terbabit dibawa turun semula menggunakan pesawat AW139 pada jam 1.15 tengah hari."Hasil penelitian mendapati terdapat rakaman imej mangsa melintasi Kamera 1 pada jam 11.22 pagi, 24 Mei lalu," katanya.Beliau berkata, rakaman sama turut menunjukkan lapan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (STORM) serta seorang Malim Gunung Perhutanan (MGP) melalui lokasi berkenaan pada jam 5.15 petang, 25 Mei lalu.Katanya, tiada rakaman menunjukkan Jaslinda berpatah balik melalui laluan tersebut, manakala Kamera 2 tidak merakam sebarang imej mangsa atau pasukan penyelamat yang melalui laluan menuju Gunung Batu Bujang pada 24 dan 25 Mei."Sehubungan itu, laluan ke Gunung Batu Bujang disahkan tidak dilalui oleh mangsa."Terdapat dua lagi persimpangan selepas Kamera 1 iaitu laluan ke Kem Sukaneka dan laluan ke kawasan water point





Malaysia terbuka beli senjata dari negara sedia pindah teknologi - Menteri Pertahanan - Sinarharian - 30/05 9:37 pm

SINGAPURA - Malaysia akan mempertimbangkan perolehan sistem persenjataan daripada mana-mana negara yang bersedia untuk berkongsi dan memindahkan teknologi mereka, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Beliau berkata, sebagai sebuah negara berkecuali, Malaysia telah membuat perolehan peralatan ketenteraannya daripada pelbagai negara sebelum ini, asalkan terma dan syarat yang ditetapkan adalah berasaskan kepercayaan."Apabila kami melakukan perolehan, kami melihat kepada negara yang benar-benar boleh memindahkan teknologi mereka kepada kami, negara yang bukan sahaja mahu menjadikan kami sebagai pelanggan, tetapi melihat kami sebagai rakan kongsi."Rakan kongsi dalam erti kata mereka bersedia untuk menyokong dasar kami, dan antara dasar baharu kami adalah untuk mampu berdikari bagi menyokong industri pertahanan tempatan," katanya kepada Bernama di luar Dialog Shangri-La (SLD) ke-23 pada Sabtu.Mengulas lanjut, beliau berkata, Malaysia telah menerima manfaat daripada pemindahan teknologi daripada negara rakan seperti Turkiye, Korea Selatan, dan beberapa negara lain yang mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang kuat di rantau ini, termasuk Australia.Pada hari kedua SLD yang berlangsung di Shangri-La Singapura, Mohamed Khaled turut mengadakan siri pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Republik Czech, Itali, Perancis, New Zealand dan Thailand.Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, beliau dijadualkan bertemu rakan sejawatnya dari Norway, Tore O





SOP aktiviti pendakian perlu disemak - Lam Thye - Sinarharian - 30/05 7:16 pm

SHAH ALAM Pihak berkuasa digesa menjalankan semakan menyeluruh terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) aktiviti pendakian di seluruh negara bagi memastikan aspek keselamatan sentiasa ditambah baik mengikut perkembangan semasa.Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, meskipun aktiviti rekreasi itu memberi manfaat kepada kesihatan, peningkatan kes kehilangan pendaki menunjukkan keperluan mendesak untuk penambahbaikan SOP.Menurutnya, beberapa insiden kecemasan kebelakangan ini turut menyaksikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa digerakkan secara kerap oleh pelbagai agensi penyelamat."Setiap kali berlaku kes kehilangan atau kemalangan melibatkan pendaki, operasi SAR melibatkan penggunaan sumber manusia, aset dan kos yang besar."Ia turut melibatkan komitmen tinggi daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perhutanan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta sukarelawan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Terdahulu, seorang remaja perempuan, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang dilaporkan hilang ketika menuruni Bukit Changkat Asa pada 23 Mei lalu, ditemui meninggal dunia pada Selasa.Pada hari sama, seorang lagi wanita, Jaslinda Saludin, 49, dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih dan operasi pencarian masih diteruskan.Mengulas lanjut, Lee Lam Thye berkata anggota penyelamat turut berdepan risiko ketika menjalankan operasi di kawasan mencabar.Beliau menegaskan pelaksanaan SOP wajar dipertimbangkan termasuk mewajibkan pendaftaran pendaki di kawasan hutan simpan serta mewujudkan sistem daftar masuk dan keluar secara digital bagi memudahkan pengesanan awal."Pihak berkuasa juga perlu mewajibkan penggunaan jurupandu bertauliah bagi laluan berisiko atau yang mempunyai tahap kesukaran tinggi."Penggunaan teknologi moden seperti Sistem Kedudukan Global (GPS), alat pengesan lokasi, dron dan sistem amaran kecemasan juga boleh membantu mempercepatkan usaha menyelamat," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuBeliau turut mencadangkan penubuhan pangkalan data kebangsaan berkaitan insiden pendakian serta mempergiat kempen kesedaran keselamatan kepada orang ramai.Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil mudah aspek persediaan sebelum melakukan aktiviti pendakian."Ramai pendaki didapati mendaki secara bersendirian, mengabaikan amaran cuaca, keluar daripada laluan ditetapkan atau gagal membawa peralatan keselamatan mencukupi."Langkah keselamatan ini bukan bertujuan menyekat aktiviti rekreasi, sebaliknya memastikan rakyat dapat menikmati keindahan alam semula jadi dengan selamat dan bertanggungjawab."Kehilangan walaupun satu nyawa akibat kelemahan aspek keselamatan adalah terlalu banyak





Kamera pengawasan kesan kelibat Jaslinda - Sinarharian - 30/05 5:49 pm

IPOH - Hari keenam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Gopeng menyaksikan perkembangan positif apabila kelibat mangsa dirakam kamera pengawasan hidupan liar Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, penemuan itu diperoleh hasil penelitian kandungan dua cip kad memori kamera pengawasan yang diambil pasukan penyelamat pada Sabtu.Menurutnya, rakaman kamera pengawasan hidupan liar di sekitar Gunung Batu Putih itu mengesahkan Jaslinda melalui laluan menuju Kem Sukaneka ketika melakukan pendakian pada 24 Mei lalu."Dua kad memori daripada dua unit kamera pengawasan berjaya diambil pada jam 10.15 pagi dan pasukan terbabit dibawa turun semula menggunakan pesawat AW139 pada jam 1.15 tengah hari."Hasil penelitian mendapati terdapat rakaman imej mangsa melintasi Kamera 1 pada jam 11.22 pagi, 24 Mei lalu," katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.Sayani berkata, rakaman itu turut menunjukkan lapan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (STORM) serta seorang Malim Gunung Perhutanan (MGP) melalui lokasi sama pada jam 5.15 petang, 25 Mei lalu.Katanya, tiada rakaman menunjukkan Jaslinda berpatah balik melalui laluan berkenaan manakala Kamera 2 pula tidak merakam sebarang imej mangsa atau pasukan penyelamat yang melalui laluan menuju Gunung Batu Bujang pada 24 dan 25 Mei.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Sehubungan itu, laluan ke Gunung Batu Bujang disahkan tidak dilalui oleh mangsa."Terdapat dua lagi persimpangan selepas Kamera 1 iaitu laluan ke Kem Sukaneka dan laluan ke kawasan water point





7 tahun berlalu, Acap masih belum ditemui - Sinarharian - 30/05 1:51 pm

KEHILANGAN pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, ketika melakukan pendakian di Gunung Batu Putih baru-baru ini mengembalikan ingatan ramai kepada satu lagi misteri kehilangan yang sehingga kini masih belum terungkai.Misteri kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali sebagai Acap, masih belum terungkai walaupun lebih tujuh tahun berlalu sejak dia dilaporkan hilang ketika menyertai perlumbaan lasak itu pada 23 Mac 2019.Acap yang ketika itu berusia 29 tahun dilaporkan gagal dikesan selepas tidak tiba di pusat pemeriksaan terakhir perlumbaan yang berlangsung di kawasan hutan dan bukit sekitar Gopeng.Kehilangannya disedari apabila dia tidak menamatkan perlumbaan sebelum rakannya membuat laporan polis di Balai Polis Gopeng pada jam 1.09 pagi, 24 Mac 2019.ARTIKEL BERKAITAN:Kronologi kehilangan AcapKehilangan Acap: Jangan obses unsur mistikKehilangan Acap: 'Abang tidak pernah tinggal kamu'Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) berskala besar dilancarkan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perhutanan, pasukan keselamatan lain serta ratusan sukarelawan dan penduduk kampung.Sepanjang hampir sebulan operasi dijalankan, pelbagai aset digunakan termasuk unit anjing pengesan, dron, helikopter dan pasukan khas pencarian darat bagi menjejaki Acap di kawasan hutan, bukit dan sungai sekitar Gopeng.Bagaimanapun, usaha berkenaan tidak membuahkan hasil apabila tiada petunjuk kukuh ditemukan





3 tahun hilang di Everest, Nepal diminta isytihar kematian Muhammad Hawari - Sinarharian - 30/05 10:36 am

KUALA LUMPUR Selepas lebih tiga tahun kehilangan pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Muhammad Hawari Hashim di Gunung Everest, pihak ekspedisi kini memohon Kerajaan Nepal mengeluarkan pengisytiharan rasmi kematian bagi membantu melancarkan pelbagai urusan melibatkan keluarga mangsa.Chef de Mission ME 2023, Tan Sri Salleh Mohd Nor berkata, permohonan berkenaan telah disampaikan kepada Kuasa Usaha Kedutaan Nepal di Malaysia, Mudita Bajracharya, dengan harapan kerajaan negara itu dapat mempertimbangkan perkara tersebut.Menurut beliau, sehingga kini tiada sebarang dokumen rasmi berkaitan deklarasi kematian dikeluarkan oleh Kerajaan Nepal walaupun kehilangan pendaki itu sudah melepasi tempoh tiga tahun.ARTIKEL BERKAITAN: Hawari berkemungkinan terjatuh dari Kem EmpatGanjaran lebih RM20,000 kesan HawariKatanya, pengisytiharan berkenaan amat penting bagi memudahkan keluarga Muhammad Hawari menguruskan pelbagai perkara termasuk tuntutan insurans, urusan pekerjaan dan dokumentasi rasmi."Dalam pertemuan yang diadakan, wakil Kerajaan Nepal menyatakan kesediaan untuk membantu berhubung perkara yang dibangkitkan."Langkah seterusnya ialah mengemukakan surat rasmi kepada kerajaan berkenaan bagi mendapatkan pertimbangan serta tindakan lanjut," katanya kepada pemberita pada Sambutan Hari Everest Sedunia 2026 (Sagarmatha Diwas 2026) di ibu negara pada Khamis.Pada majlis itu, empat pendaki Everest negara diraikan atas kejayaan mereka menawan puncak tertinggi dunia tersebut.Mereka ialah pendaki Malaysia Everest pertama, Datuk N Mohanadas Nagappan yang berjaya menawan Everest pada 1997, dua pendaki Projek Everest Felda 2013 iaitu Mohamad Asyraf Mohd Halim dan Zainudin Lot, serta Azim Afif Ishak yang menawan puncak berkenaan pada 2016.Hari Everest Sedunia disambut setiap 29 Mei bagi memperingati kejayaan pendakian ke Gunung Everest, puncak tertinggi di dunia.Sehingga kini, seramai 30 rakyat Malaysia berjaya menjejakkan kaki ke puncak Everest, termasuk pendaki terbaharu, Mohd Khafiz Bachok, 47, yang mencapai puncak pada 18 Mei lalu dalam ekspedisi musim bunga.Muhammad Hawari yang berasal dari Pulau Pinang dan ketika itu bertugas di Muzium Pulau Pinang, berjaya menawan Gunung Everest pada 19 Mei 2023.Namun, pendaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran berusia 33 tahun itu dilaporkan hilang sehari kemudian ketika berada di kawasan berhampiran puncak gunung berkenaan.Dalam ekspedisi yang sama, Ketua Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Awang Askandar Ampuan Yaacub, 55, disahkan meninggal dunia pada 10.30 pagi waktu Nepal bersamaan 12.45 tengah hari waktu Malaysia ketika menerima rawatan di Kem 4 pada ketinggian kira-kira 8,000 meter dari aras laut.Sebelum ini, pihak ME 2023 telah mengemukakan laporan perubatan kepada Kedutaan Malaysia di Nepal sebagai sokongan kepada permohonan pengisytiharan kematian Muhammad Hawari.Laporan yang disediakan Ketua Pegawai Perubatan Mountain Medical Institute, Dr Abhyu G itu mengandungi penilaian profesional mengenai status Muhammad Hawari berdasarkan faktor perubatan serta keadaan persekitaran di Everest.Menurut laporan tersebut, peluang untuk seseorang terus hidup dalam tempoh yang lama di kawasan puncak Everest adalah sangat rendah kerana lokasi itu berada dalam kawasan dikenali sebagai "Zon Kematian" atau Death Zone pada ketinggian melebihi 8,000 meter.Di kawasan berkenaan, kandungan oksigen atmosfera berada pada paras yang tidak mencukupi untuk menyokong kelangsungan hidup manusia dalam tempoh berpanjangan.Laporan itu turut menjelaskan bahawa walaupun menggunakan bekalan oksigen tambahan, pendaki masih berdepan risiko serius seperti hipoksia, keletihan melampau, suhu sejuk ekstrem serta penyakit altitud tinggi termasuk Edema Serebrum Altitud Tinggi (HACE) dan Edema Pulmonari Altitud Tinggi (HAPE).





Defence minister: US considering selling missiles to Malaysia after Norway missile delivery falls through - Malaymail - 30/05 9:12 am

SINGAPORE, May 30 The United States (US) has assured Malaysia that it will consider selling missile as a solutio...





Superkomputer ubah ramalan pemenang UCL - Sinarharian - 30/05 8:20 am

PARIS Saint-Germain (PSG) kini dilihat sebagai pilihan utama untuk menjuarai Liga Juara-Juara 2025/2026 selepas superkomputer Opta mengubah ramalan terbaharu menjelang aksi final menentang Arsenal.PSG mara ke final selepas menyingkirkan Bayern Munich 6-5 secara agregat, manakala Arsenal menewaskan Atletico Madrid menerusi kemenangan 2-1 secara agregat untuk mengesahkan pertembungan di Budapest.Opta sebelum ini beberapa kali meletakkan Arsenal sebagai calon utama, namun kini PSG memiliki kelebihan dengan kebarangkalian 55.78 peratus untuk mempertahankan kejuaraan, manakala Arsenal 44.22 peratus.Perubahan itu didorong prestasi serangan PSG yang menjaringkan 44 gol sepanjang kempen, selain jangkaan kembalinya Ousmane Dembl ke tahap kecergasan penuh.Arsenal pula hadir dengan keyakinan tinggi selepas menamatkan penantian kejuaraan Liga Perdana Inggeris, selain kekuatan benteng pertahanan yang menjadi antara terbaik musim ini.Final dijangka berlangsung sengit apabila PSG memburu gelaran kedua berturut-turut, manakala Arsenal mengintai trofi UCL pertama dalam sejarah kelab.





Lelaki maut tersepit, lima cedera dalam kemalangan - Mygazette - 30/05 7:55 am

# Lelaki maut tersepit, lima cedera dalam kemalangan ROMPIN - Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Alza berhampiran Masjid Kampung Bangkong, di sini malam tadi





AS pertimbang jual peluru berpandu anti-kapal kepada Malaysia AS .. - Mygazette - 30/05 7:55 am

# AS pertimbang jual peluru berpandu anti-kapal kepada Malaysia SINGAPURA - Amerika Syarikat (AS) memberi jaminan akan mempertimbangkan penjualan _Naval Strike Missile_(NSM) kepada Malaysia, sebagai penyelesaian kepada isu yang dihadapi negara berhubung perolehan sistem persenjataan itu dari Norway, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin





AS beri jaminan akan pertimbang jual NSM kepada Malaysia - FMT - 29/05 10:48 pm

Terdapat sebuah syarikat AS yang mengeluarkan misil yang sama seperti Norway, kata Menteri Pertahanan Khaled Nordin.





Mayat pengendali jetski ditemui 100 meter dari lokasi hilang - Sinarharian - 29/05 9:52 pm

LANGKAWI - Mayat pengendali jetski yang dikatakan terjatuh pada Khamis ditemui maut kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, mayat Arash Nashran Abdul Maser, 23, dijumpai orang awam yang menaiki jetski di lokasi terbabit."Mayat telah dijumpai pada 29 Mei 2026 jam kira-kira 6 petang di tempat lebih kurang 100 meter dari kawasan hilang oleh orang awam yang menaiki jetski," katanya dalam kenyataan.Menurutnya, pengesahan kematian disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia.Susulan itu, beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 7 petang Jumaat.Sebelum ini, beliau berkata, polis menerima laporan pada jam 9.17 malam Khamis berhubung kehilangan mangsa membolehkan SAR dilaksanakan."Operasi SAR disambung semula pada Jumaat jam 8 pagi dengan pembahagian tiga sektor kawasan pencarian berkeluasan 2.54 batu nautika persegi."Jumlah aset yang terlibat hari ini adalah empat aset laut terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia," katanya.





Ombak tinggi, ribut petir sukarkan operasi kesan lelaki hilang semasa baiki jet ski - Sinarharian - 29/05 1:35 pm

LANGKAWI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi sedang melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat (Op Carilamat) mengesan seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ketika cuba membaiki jet ski di perairan Pulau Tepor di sini petang semalam.Pengarah Maritim Kedah Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, MRSC Langkawi menerima panggilan kecemasan menerusi talian 999 pada jam 8.20 malam, Khamis berhubung kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.12 malam di kedudukan lebih kurang 0.2 batu nautika Timur Laut Pulau Tepor."Sejurus menerima maklumat, aset Maritim Malaysia iaitu PETIR 81 diatur gerak ke lokasi kejadian pada jam 8.55 malam bagi melaksanakan pencarian awal."Usaha pencarian turut dibantu beberapa kru jetski yang berada berhampiran lokasi kejadian, manakala Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjalankan pemantauan di kawasan pesisir pantai," katanya.Menurutnya, Op Carilamat diaktifkan secara rasmi pada jam 8.30 malam dan diteruskan pagi Jumaat bermula 8 pagi dengan pembahagian tiga sektor pencarian melibatkan keluasan keseluruhan kira-kira 2.54 batu nautika persegi."Bagi menyelaras operasi secara lebih berkesan, sebuah Pusat Hadapan Carilamat (PHC) ditubuhkan di kawasan Pantai Tengah berhampiran Hidden Langkawi."Operasi hari ini melibatkan tiga aset laut pelbagai agensi iaitu Bot Penyelamat 5 milik Maritim Malaysia, Bot Kevlar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Bot RIB APM," katanya.Beliau berkata, operasi pencarian berdepan cabaran susulan keadaan cuaca kurang baik di kawasan operasi dengan kelajuan angin antara 40 hingga 50 kilometer sejam, ombak setinggi 2.5 hingga 3.5 meter serta kejadian ribut petir di beberapa lokasi sekitar radius pencarian.Berdasarkan maklumat saksi, mangsa dilaporkan hilang dari pandangan ketika cuba menyelamatkan jet ski yang dipercayai hanyut.Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan ketika menjalankan aktiviti rekreasi di laut, khususnya ketika keadaan cuaca tidak menentu.Sebarang kecemasan atau insiden di laut hendaklah segera dilaporkan menerusi talian kecemasan 999 atau terus ke Pusat Operasi Maritim Malaysia berhampiran bagi memastikan tindakan bantuan dapat disalurkan segera.





'Portugal lebih bagus jika Ronaldo tidak bermain' - Sinarharian - 29/05 10:55 am

PENYERANG Portugal, Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi tumpuan menjelang Piala Dunia 2026 apabila bekas pemain Amerika Syarikat yang kini menjadi pengulas bola sepak, Taylor Twellman mendakwa skuad Portugal sebenarnya lebih baik tanpa kehadiran bintang berusia 41 tahun itu di atas padang.Ronaldo yang dijangka membuat penampilan keenam dan terakhir di pentas Piala Dunia masih memburu satu-satunya trofi utama yang belum pernah dimenanginya sepanjang karier gemilangnya.Namun, menjelang kejohanan itu, peranan kapten Portugal tersebut kembali diperdebatkan apabila Twellman berpendapat kehadiran Ronaldo mungkin mengganggu keseimbangan skuad kendalian Roberto Martinez."Ini adalah pasukan terbaik pernah dimiliki Ronaldo bersama Portugal ke Piala Dunia





'Jasad Nur Izzati Humaira ditemui sempurna, aurat terjaga' - Anggota STORM - Sinarharian - 28/05 2:40 pm

HULU SELANGOR - "Jasad mangsa ditemui dalam keadaan sempurna dan auratnya terjaga





Selipar, kuih jadi petunjuk pencarian warga emas hilang - Sinarharian - 27/05 10:27 pm

PONTIAN - "Saya harap ibu segera ditemui dan berada dalam keadaan selamat selepas usaha pencarian dilakukan."Demikian kata Noorzilla Ali, 38, menantu kepada Nathiah Ali, 77, yang dilaporkan hilang di dalam kebun kelapa sawit di Kampung Medan Sari di sini pada Selasa.Noorzilla berkata, kehilangan ibu mertuanya itu disedari apabila mangsa tidak pulang ke rumah sebelum usaha mencarinya dilakukan penduduk kampung di sekitar kawasan berkenaan."Pada sebelah pagi, biasanya ibu ke rumah lama iaitu rumah pusaka yang terletak kira-kira satu kilometer





Polis klasifikasi kes Nur Izzati sebagai mati mengejut - Mygazette - 27/05 10:24 am

# Polis klasifikasi kes Nur Izzati sebagai mati mengejut KUALA LUMPUR - Siasatan kematian remaja perempuan, Nur Izzati Humaira Azizul di Bukit Changkat Asa Hulu Selangor, diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)





4 cedera kemalangan babitkan 5 kenderaan di LPT2 - Mygazette - 27/05 10:24 am

DUNGUN - Empat cedera termasuk dua kanak-kanak manakala 14 lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 337.7 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Paka dekat sini malam tadi





Pertahanan udara Saudi pertingkat kesiapsiagaan lindungi tapak suci - Mygazette - 27/05 10:24 am

# Pertahanan udara Saudi pertingkat kesiapsiagaan lindungi tapak suci MINA -Sebagai sebahagian daripada sistem kesiapsiagaanbersepadu Kementerian Pertahanan Saudi, PasukanPertahanan Udara ditugaskan untuk melindungi ruang udara tapak suci semasa Haji 1447 Hijrah, menggunakan sistem pertahanan canggih dan anggotaberkelayakan yang bertugassepanjang masa, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA)





Tunku Ismail dukacita pihak perguna institusi ketenteraan demi kepentingan .. - Mygazette - 27/05 10:24 am

# Tunku Ismail dukacita pihak perguna institusi ketenteraan demi kepentingan peribadi JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail amat dukacita apabila terdapat pihak tertentu cuba mempergunakan institusi ketenteraan demi kepentingan peribadi atau sekadar untuk meraih perhatian dan populariti dalam media sosial





Sabah explores stronger ties with Norway, Ukraine - BorneoPost - 26/05 9:06 pm

KOTA KINABALU (May 26): Sabah is looking to strengthen international ties and explore new areas of economic cooperation following separate courtesy calls by the ambassadors of Norway and Ukraine on Chief Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor at Menara Kinabalu on Tuesday





Kematian Nur Izzati diklasifikasi mati mengejut - Polis - Sinarharian - 26/05 8:12 pm

HULU SELANGOR - Kes kematian remaja, Nur Izzati Humaira Azizul di Bukit Changkat Asa di sini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, jasad remaja itu dijumpai kira-kira satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) pada jam 11.58 pagi, Selasa."Pada jam 1.08 petang, mayat mangsa berjaya dibawa keluar dari kawasan kejadian."Siasatan diklasifikasi sebagai SDR dan mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, dalam kejadian pada Sabtu lepas itu, polis menerima maklumat dari Balai Bomba Tanjong Malim pada jam 2.30 petang memaklumkan seorang perempuan hilang semasa turun dari pendakian bersama keluarganya di Bukit Changkat Asa, Hulu Bernam.Katanya, aktiviti pendakian bermula jam 8.40 pagi, Sabtu bersama enam ahli keluarga."Pada jam 10.50 pagi, semasa perjalanan turun, semua pendaki berhenti rehat, manakala mangsa meminta kunci kereta dan beg galas daripada ibunya kerana mahu turun terlebih dahulu dan berehat di dalam kereta atas alasan tidak tahan panas dan penat."Kira-kira jam 11.35 pagi, apabila ibu mangsa sampai di kereta, dapati mangsa tiada dan disyaki hilang semasa dalam perjalanan turun seorang diri," ujarnya.Pencarian mangsa berusia 19 tahun selama empat hari itu melibatkan 114 kekuatan daripada pelbagai agensi antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), malim gunung, pihak berkuasa tempatan serta sukarelawan.





At sea and at risk: Offshore tragedies that stunned the world - Sinardaily - 26/05 6:15 pm

SHAH ALAM - The deaths of three contractor personnel during maintenance work at the Sepat offshore facility have once again highlighted the dangers faced by offshore oil and gas workers.Despite advancements in technology and safety systems, offshore operations remain among the worlds most hazardous industries, with workers constantly exposed to heavy machinery, extreme weather, high-pressure systems, fires, explosions and confined working environments.Here are some of the most tragic offshore incidents recorded globally since the 2000s:1





Jasad Nur Izzati dijumpai sempurna - Bomba - Sinarharian - 26/05 6:14 pm

HULU SELANGOR - Jasad remaja, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang dijumpai meninggal dunia pada Selasa selepas dilaporkan hilang di Bukit Changkat Asa di sini berada dalam keadaan sempurna.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa ditemukan pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 11.58 pagi."Lokasi mangsa ditemukan terletak kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dia dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK)."Tiada kesan luka pada jasad mangsa, hanya calar-calar," katanya pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN:Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung MalimNur Izzati Humaira masih hilang, lokasi pencarian seluas 0.43km persegiPolis teliti faktor luaran kes remaja sesat di Bukit Changkat Asa'Masih bernyawa atau tinggal jasad, kami harap Nur Izzati ditemui' - BapaTambahnya, mangsa juga dijumpai dalam keadaan yang masih lengkap berpakaian dan tiada tanda serangan haiwan liar.Jelasnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tindakan lanjut.Sebelum itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu telah digerakkan ke lokasi selepas menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 1.28 petang, Sabtu lalu.Antara pasukan terlibat dalam SAR itu ialah JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan pertahanan Awam (APM), Bomba Sukarela, Pejabat Hutan, Pejabat Tanah, Malim Gunung (MGP) serta barisan sukarelawan.





Kronologi kes kehilangan Nur Izzati Humaira - Sinarharian - 26/05 4:15 pm

23 MEI 20268.40 pagiNur Izzati Humaira Azizul, 19, dilapor mendaki Bukit Changkat Asa, Tanjong Malim





Hilang tiga hari, Nur Izzati ditemui meninggal dunia - Sinarharian - 26/05 1:57 pm

HULU SELANGOR Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa sejak Sabtu lalu ditemukan meninggal dunia hari ini.Mangsa, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar pukul 11.58 pagi di kawasan kebun berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang.ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung MalimNur Izzati Humaira masih hilang, lokasi pencarian seluas 0.43km persegiPolis teliti faktor luaran kes remaja sesat di Bukit Changkat Asa'Masih bernyawa atau tinggal jasad, kami harap Nur Izzati ditemui' - BapaPenolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi hari ini dimulakan pihaknya dengan Unit Anjing Pengesan JBPM pada jam 9 pagi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan pertahanan Awam (APM), Bomba Sukarela, Pejabat Hutan, Pejabat Tanah, Malim Gunung (MGP) serta barisan sukarelawan."Pada jam 11.58 pagi, mangsa telah dijumpai oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM."Mangsa ditemui telah meninggal dunia dan diserahkan pada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, mayat mangsa ditemui di kawasan kebun iaitu kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).Tambahnya, mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat.Sebelum itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu telah digerakkan ke lokasi selepas menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 1.28 petang, Sabtu lalu.Tugas mencari mangsa kemudian telah digerakkan dengan bantuan BBP Tanjung Malim sebelum radius pencarian diperluas merangkumi 0.43 kilometer persegi di hari kedua.Memasuki hari ketiga, Ketua BBP Kuala Kubu Bharu melaporkan radius pencarian mangsa telah diperluas merangkumi kawasan seluas 0.65 kilometer persegi.





Lawatan kerja Menteri Pertahanan ke Trkiye - Sinarharian - 26/05 10:30 am

KUALA LUMPUR Pada 21 Mei 2026, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memulakan lawatan di Istanbul bagi memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Trkiye.Lawatan kerja tersebut merangkumi pertemuan dengan beberapa syarikat pertahanan Trkiye bagi memperkukuh kerjasama industri pertahanan antara kedua-dua negara, termasuk me- ningkatkan penglibatan syarikat tempatan Malaysia.Antara agenda utama lawatan ialah menghadiri Majlis Penamaan dan Pelancaran Kapal Pertama Littoral Mission Ship Batch 2 (LMSB2) yang sedang dibina oleh STM, syarikat teknologi pertahanan dan kejuruteraan dari Republik Trkiye.Sepanjang lawatan kerja itu, Mohamed Khaled turut mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Trkiye, Makine ve Kimya Endstrisi A.S





Batal eksport NSM: Tiada pihak Malaysia patut dipersalahkan - Sinarharian - 26/05 10:15 am

KUALA LUMPUR Tiada mana-mana pihak di Malaysia patut dipersalahkan dalam isu pembatalan lesen eksport sistem peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) oleh Norway kerana semua pihak berkaitan telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing mengikut prosedur dan pertimbangan terbaik ketika keputusan dibuat.Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, keputusan perolehan sistem persenjataan strategik itu dibuat berdasarkan keperluan operasi serta penilaian profesional pada waktu berkenaan.Menurut beliau, isu yang berlaku ketika ini perlu dilihat sebagai pengajaran penting untuk memperkukuhkan proses penilaian risiko dalam perolehan pertahanan negara pada masa hadapan, bukannya mencari kesalahan individu atau pihak tertentu."Tak ada siapa yang bersalah dalam isu ini




Reformasi     >>



Majlis Syura Ulama PAS serah isu hala tuju PN, konflik .. - Mkini
Setiausahanya berkata konflik dalaman Bersatu memberi kesan kepada kekuatan, kestabilan dan keyakinan terhadap hala tuju PN.
Kroni     >>



DUN Perlis bubar atau Abu Bakar bertahan? - Utusan
KANGAR: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang bermula hari ini sehingga 5 Jun dijangka menarik perhatian iaiti sama ada akan berlaku usul undi tidak percaya enam wakil rakyat Pas terhadap Menteri Besar atau kesediaan Abu Bakar Hamzah membubarkan DUN jika usul menjatuhkan beliau itu diteruskan. ..
Tabloid     >>



Piala Dunia: Peluang Jerman tebus maruah tercalar - Kosmo
BERLIN – Saingan Piala Dunia 2026 bakal menjadi medan terbaik buat Jerman untuk kembali menaikkan semula maruah pasukan selepas jurulatih, Julian Nagelsmann meletakkan sasaran untuk bergelar juara. Pengendali berusia 39 tahun itu meletakkan sasaran juara apabila mereka kempunan untuk memenangi ..
Tech     >>



Microsoft debuts Surface RTX Spark Dev Box .. - Tomshardware
At Microsoft Build, the company debuted its Surface RTX Spark Dev Box, a system for developers to come up with new AI applications.
World     >>



Trump denies reports Iran stopped talking to .. - Globalnews
Iran reportedly stopped communicating with mediators about extending a ceasefire, but U.S. President Donald Trump disputed the claim.
Motor Trend     >>



Buletin Xpeng Malaysia Perkenal Mega X9 Rewards .. - Mekanika
# XPENG MALAYSIA PERKENAL MEGA X9 REWARDS - GANJARAN PEMILIKAN SEHINGGA RM45,000 **XPENG Malaysia mengumumkan pelaksanaan program khas MEGA X9 REWARDS bagi model MPV elektrik premium utamanya, XPENG X9, yang menawarkan pelbagai manfaat pemilikan bernilai sehingga RM45,000 kepada pelanggan ..