| /// |
|
| Search : Perodua Myvi News | Page 1 |
|
Suami pilu lihat isteri, bayinya terperangkap dalam kereta sebelum ajal - Mgazette - 12/02 8:25 am # Suami pilu lihat isteri, bayinya terperangkap dalam kereta sebelum ajal KOTA TINGGI - Suami kepada isteri dan bayi lelakinya yang terkorban dalam nahas di Jalan Sungai Rengit- Kota Tinggi semalam tidak dapat membayangkan perasaan apabila melihat kedua-duanya tersepit dalam kereta selepas kejadian |
|
Motorist in traffic cone-throwing incident fined RM100 by court - Sinardaily - 11/02 5:54 pm The accused paid the fine.According to the charge, Kanapathi, a lorry driver, behaved in an insulting manner by uttering abusive words at a foreign man, Daniel Owen Flower, 54, with the intent to insult him in a way that could provoke anger and disturb the peace.He also threw the cone at Daniel Owen's car at about 5.25pm, and a video of the incident has since gone viral.Earlier, Deputy Public Prosecutor Muaz Khawarizmi Azfar sought an appropriate sentence as a lesson to the accused.Lawyers Muhamad Saifullah Muhamad Azmi and M. Partiben, representing the accused, pleaded for a lenient sentence, saying their client was a first offender, has dependants, including two young children, and promised to be more cautious in future.In mitigation, Muhamad Saifullah claimed that the accuseds actions were triggered by the complainant showing his middle finger during the incident.Before sentencing, Muhammad Syafiq advised the accused to control his emotions and exercise tolerance while driving in future.Subang Jaya district police chief ACP Wan Azlan Wan Mamat said the suspect, who is from Kuala Lumpur, surrendered himself at the Subang Jaya district police headquarters at about 11am yesterday.Wan Azlan said investigations found that the incident stemmed from a road misunderstanding when the suspect, who was driving a red Perodua Axia, attempted to enter the Touch n Go lane and nearly grazed a Perodua Myvi driven by the foreigner |
|
Pemandu rempuh penunggang motosikal hingga maut direman 4 hari - Mkini - 11/02 3:22 pm Pmandu Myvi itu dipercayai terlelap sebelum kenderaannya memasuki laluan bertentangan dan merempuh beberapa kenderaan. |
|
SAGA atasi BEZZA sebagai kereta paling popular Januari 2026 - Careta - 11/02 2:26 pm Sedan segmen-A PROTON itu berjaya memperoleh sebanyak 10,285 unit yang didaftarkan pada bulan lalu dan lebih 19,000 unit telah diserahkan kepada pelanggan sejak pelancaran rasmi pada 27 November 2025 |
|
Penunggan motosikal maut dirempuh pemandu Myvi dipercayai alami 'microsleep' - Careta - 11/02 2:26 pm Dalam kemalangan kira-kira jam 2 petang itu, Mohd Shahrol Anuar Md Roby, 44, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, muka dan badan |
|
Pemandu Myvi dipercayai microsleep rempuh maut penunggang, 5 kenderaan - Mgazette - 11/02 2:17 pm # Pemandu Myvi dipercayai microsleep rempuh maut penunggang, 5 kenderaan MELAKA Terlelap seketika atau_ microsleep _dipercayai menjadi punca pemandu sebuah Perodua Myvi merempuh lima kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut di sini petang tadi |
|
Wanita, bayi tiga bulan maut nahas kereta dan lori - Mgazette - 11/02 2:17 pm # Wanita, bayi tiga bulan maut nahas kereta dan lori KOTA TINGGI - Seorang wanita dan bayinya berusia tiga bulan maut selepas kereta dipandunya kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 65 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi di sini hari ini |
|
Lelaki dirempuh pemandu Myvi microsleep mahu ambil anak OKU dari sekolah - Mgazette - 11/02 2:17 pm |
|
Lelaki baling kon di tol didenda RM100, dakwa diprovokasi tunjuk jari tengah - Sinarharian - 11/02 2:01 pm SHAH ALAM - Seorang lelaki yang tular dalam kejadian membaling kon di Plaza Tol Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) Sabtu lalu, didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang pemandu warga Amerika Syarikat.Bagaimanapun, semasa rayuan bagi mengurangkan hukuman, peguam, Muhamad Saifullah Muhamad Azmi yang mewakili tertuduh, K Kanapathi, 35, berkata, anak guamnya yang bekerja sebagai pemandu lori, bertindak sedemikian kerana telah diprovokasi oleh mangsa yang menunjukkan jari tengah."Disebabkan perkara itu, dia hilang sabar dan bertindak membaling kon tetapi sekarang dia insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama, selain itu merupakan kesalahan pertamanya."Saya merayu dia dikenakan hukuman ringan kerana anak guam saya perlu menanggung isteri dan anak yang masih kecil," katanya.Seorang lagi peguam, M Partiben berkata, ekoran video yang tular, bapa kepada dua anak itu direman selama dua hari, sekali gus menjadi pengajaran kepadanya.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Muaz Khawarizmi Azfar memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal sebagai pengajaran.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Majistret Muhammad Syafiq menasihati tertuduh agar mengawal emosi dan sentiasa bertolak ansur ketika memandu di jalan raya.Terdahulu, tertuduh mengaku bersalah atas satu pertuduhan berkelakuan kurang sopan dengan cara mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang lelaki warga asing untuk mengaibkan dan membangkitkan kemarahan, dengan mengganggu keamanan.Kesalahan dilakukan pada jam 5.25 petang di Plaza Tol LDP dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda maksimum RM100.Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan tindakan seorang pemandu yang bertindak agresif dengan memberhentikan kenderaan di tengah kesesakan lalu lintas sebelum membaling kon serta mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemandu lain.Susulan itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek berasal dari Kuala Lumpur itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya jam 11 pagi, Selasa.Wan Azlan berkata, siasatan mendapati kejadian berpunca daripada salah faham di jalan raya apabila suspek yang memandu Perodua Axia merah cuba memasuki lorong Touch 'n Go sebelum hampir bergesel dengan sebuah Perodua Myvi yang dipandu warga asing itu. |
|
'Luluh hati saya isteri bersama bayi pergi sekelip mata' - Sinarharian - 11/02 12:28 am KOTA TINGGI - "Luluh hati saya, isteri bersama bayi kami pergi selamanya ketika berbaki lagi seminggu Ramadan |
|
Pemandu Myvi rempuh lima kenderaan direman empat hari - Sinarharian - 11/02 10:51 am MELAKA - Pemandu Perodua Myvi yang merempuh lima kenderaan sehingga menyebabkan seorang maut di persimpangan lampu isyarat Padang Jambu, Bukit Baru direman selama empat hari bermula Rabu.Perintah reman sehingga Sabtu ini dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani terhadap suspek berusia 35 tahun itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Dalam kejadian sekitar jam 2 petang, Selasa, seorang penunggang motosikal maut manakala empat lagi termasuk suspek cedera selepas Perodua Myvi berkenaan terbabas ke laluan bertentangan.Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Mohd Shahrol Anuar Md Roby, 44, yang menunggang motosikal Honda EX5 dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.Bapa kepada empat anak itu dikatakan dalam perjalanan untuk mengambil anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pulang dari sekolah.Kemalangan tersebut melibatkan enam kenderaan iaitu tiga motosikal jenis Honda EX5, Suzuki Raider R150 dan Yamaha Y15ZR serta tiga kereta iaitu Proton Saga, BMW X3 dan Perodua Myvi.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati pemandu Perodua Myvi terbabit dipercayai mengalami microsleep sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh kenderaan yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan.Beliau berkata, ujian saringan air kencing dan pernafasan terhadap pemandu berusia 35 tahun itu didapati negatif daripada pengaruh dadah dan alkohol. |
|
Motorcyclist killed, five injured in sixvehicle collision at Padang Jambu; Myvi driver suspected of microsleep - Malaymail - 11/02 9:45 am MELAKA, Feb 11 A motorcyclist was killed while five others were injured in an accident involving three motorcycl... |
|
Girl killed, three injured in road accident on Jalan Ipoh-Lumut - Sinardaily - 11/02 8:38 am IPOH - A girl was killed while three others were injured after being involved in a road accident involving two vehicles in the Puncak Jelapang area along Jalan Ipoh-Lumut road yesterday.Ipoh district police chief ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad said that in the 3.55pm incident, the victim, Chong Zee Han, aged three, died, while Wong Mee Gee, 34, sustained facial injuries.He said the accident also involved two police officers, aged 42 and 48, who sustained injuries to their legs, fracturesto the shoulder and cuts on their eyelids."Initial investigations found that a police patrol car, a Honda Civic, was travelling from Lumut towards Jelapang at the time of the incident |
|
Peniaga maut dirempuh Myvi ketika dalam perjalanan ambil anak OKU dari sekolah - Sinarharian - 11/02 7:21 am MELAKA - Penunggang motosikal yang maut dirempuh sebuah Perodua Myvi di persimpangan lampu isyarat Padang Jambu, Bukit Baru di sini pada Selasa sedang dalam perjalanan untuk mengambil anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pulang dari sekolah.Adik ipar mangsa, Abdul Rashid Abdul Hamid, 37 berkata, dia mengetahui kejadian itu sekitar jam 2 petang selepas dimaklumkan oleh seorang penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan berkenaan ketika dalam perjalanan ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan.Menurutnya, menjadi rutin harian arwah, Mohd Shahrol Anuar Md Roby, 44, menguruskan anak-anak ke sekolah pada waktu siang dan berniaga kedai makan pada waktu malam."Masa kejadian, dia dalam perjalanan untuk mengambil anak Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan (SK) Malim."Kebetulan orang kampung lalu hendak ke hospital, cam muka arwah |
|
Kanak-kanak 3 tahun maut, kereta dipandu ibu bertembung kenderaan polis - Sinarharian - 10/02 11:16 pm IPOH - Seorang kanak-kanak perempuan maut manakala tiga lagi cedera dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan kenderaan polis di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Puncak Jelapang di sini pada Selasa.Mangsa yang berusia 3 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 4.32 petang.Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang itu, ibu mangsa berusia 34 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Kelisa mengalami cedera di bahagian muka.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dua anggota yang berada dalam kereta Honda Civic milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) masing-masing mengalami cedera di kaki, patah di bahu kiri serta luka di kelopak mata."Siasatan awal mendapati kereta peronda PDRM dipandu seorang anggota lelaki berusia 48 tahun bersama seorang lagi anggota lelaki berusia 42 tahun dalam perjalanan dari arah Lumut menghala ke Jelapang sebelum kemalangan berlaku."Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu Proton Kelisa yang datang dari arah bertentangan dipercayai secara tiba-tiba hilang kawalan lalu memasuki laluan kereta peronda berkenaan sebelum berlaku perlanggaran," katanya ketika dihubungi pemberita.Abang Zainal Abidin berkata, akibat perlanggaran itu, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk di seluruh bahagian termasuk cermin hadapan yang pecah.Katanya, kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke HRPB Ipoh untuk mendapatkan rawatan lanjut."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan," katanya.Beliau menambah, usaha mengesan rakaman papan pemuka dan saksi bebas juga sedang dijalankan bagi membantu siasatan.Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 22 saat memaparkan insiden tersebut dengan beberapa orang awam dilihat membantu mangsa di tepi jalan sementara menunggu bantuan tiba. |
|
Ibu, bayi tiga bulan maut kereta bertembung lori - Sinarharian - 10/02 11:11 pm KOTA TINGGI Seorang ibu bersama bayi berusia tiga bulan maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta di Kilometer 65, Jalan Sungai RengitKota Tinggi di sini malam Selasa.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, maklumat mengenai kemalangan itu diterima kira-kira jam 7.20 malam.Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah lori jenis Hino yang dipandu lelaki tempatan berusia 60 tahun dan sebuah kereta Perodua Bezza dipandu wanita tempatan berusia 24 tahun bersama lima penumpang."Siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila kereta dipandu mangsa memasuki laluan bertentangan lalu bertembung lori."Akibat kemalangan tersebut, pemandu Perodua Bezza mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian."Seorang bayi berusia tiga bulan yang turut berada dalam kenderaan itu pula meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi," katanya dalam kenyataan pada malam Selasa.Beliau berkata, empat lagi penumpang Perodua Bezza serta pemandu lori kini sedang menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.Katanya, mayat mangsa telah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. |
|
'Hanya lima minit nak sampai rumah' - Sinarharian - 10/02 6:37 pm BATU GAJAH Perjalanan pulang yang tinggal kira-kira lima minit untuk tiba di rumah bertukar menjadi detik terakhir buat tiga sekeluarga dalam tragedi kemalangan di Kampung Batu 1, Jalan Tanjung Tualang, di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam itu, kenderaan Perodua Myvi yang dinaiki S Sarala Devi, 34, ibunya, G Sarasbathy, 65, serta anak tunggalnya, S Shaastikka, 3, bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux.Sarala Devi dan ibunya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit manakala kanak-kanak tersebut menghembuskan nafas terakhir di Hospital Batu Gajah.Jiran mangsa, P Vasu, 53, berkata, lokasi kemalangan itu sebenarnya tidak jauh dari rumah keluarga berkenaan di Kampung Harewood, Batu 2, Tanjung Tualang."Lagi lima minit sahaja mereka hendak sampai rumah |
|
Pemandu Myvi dipercayai alami microsleep, seorang maut dirempuh - Sinarharian - 10/02 5:26 pm MELAKA [DIKEMAS KINI] Seorang maut manakala empat cedera selepas sebuah Perodua Myvi terbabas di persimpangan lampu isyarat Padang Jambu sebelum merempuh lima kenderaan lain di laluan bertentangan pada Selasa.Video kejadian tersebut tular di media sosial menerusi rakaman papan pemuka berdurasi 41 saat yang memaparkan Perodua Myvi dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum merempuh kenderaan berkenaan.Dalam kejadian sekitar jam 2 petang itu, kemalangan melibatkan enam kenderaan iaitu tiga buah motosikal jenis Honda EX5, Suzuki Raider R150 dan Yamaha Y15ZR serta tiga buah kereta iaitu Proton Saga, BMW X3 dan Perodua Myvi.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati pemandu Perodua Myvi terbabit yang dipercayai mengalami microsleep (terlelap sejenak) telah memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan.Menurutnya, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Mohd Shahrol Anuar Md Roby, 44, yang menunggang motosikal Honda EX5 dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan."Tiga lagi mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan tangan manakala pemandu Perodua Myvi mengalami kecederaan melecet di siku."Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, ujian saringan air kencing dan pernafasan terhadap pemandu Perodua Myvi berusia 35 tahun itu didapati negatif daripada pengaruh dadah dan alkohol.Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.Difahamkan, pemandu Perodua Myvi dijangka dibawa ke Mahkamah Ayer Keroh bagi permohonan reman pada Rabu. |
|
Juruteknik maut, kereta terbakar dalam nahas tiga kenderaan - Sinarharian - 10/02 5:04 pm DUNGUN Seorang juruteknik maut selepas kereta dipandunya terbakar dipercayai akibat dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 13, Jalan PakaBandar Al Muktafi Billah Shah, berhampiran Bandar Ketengah Jaya, di sini pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa, Mohd Junaidi Mamat, 43, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, di sini.Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, ketika kejadian mangsa yang bekerja sebagai juruteknik syarikat minyak dan gas sedang dalam perjalanan dari kediamannya di Felda Kerteh 1 menuju ke tempat kerja di kawasan perindustrian Kerteh di Kemaman."Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah Toyota Hilux hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh Perodua Axia yang dipandu mangsa serta sebuah kenderaan jenis Proton Persona."Impak rempuhan itu menyebabkan Perodua Axia terbakar," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.Maizura berkata, mangsa bagaimanapun berjaya keluar dari kenderaan dengan bantuan orang awam sebelum dikejarkan ke klinik berkenaan."Mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika menerima rawatan."Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut," katanya.Menurut beliau, pemandu serta penumpang Toyota Hilux dan Proton Persona dilaporkan terselamat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 |
|
Police open probe into cone-throwing incident at LDP toll plaza - Sinardaily - 9/02 5:05 pm KUALA LUMPUR - Police are tracking down a car driver who allegedly stopped his vehicle abruptly before throwing a traffic cone at another vehicle and hurling insulting remarks at the Damansara-Puchong Expressway (LDP) toll plaza, as shown in a viral video today.Subang Jaya District Police chief ACP Wan Azlan Wan Mamat said police detected a video post of the incident on Facebook, and a police report was lodged by an officer at 1.37am today."The footage shows a man driving a red Perodua Axia believed to have acted in such a manner while traffic was congested at the toll plaza," he said in a statement today.He also urged the owner of the vehicle involved to come forward to lodge a report to assist investigations, as no report has been received so far.Following the incident, he said police opened an investigation paper under Section 427 of the Penal Code, Section 48(1) of the Road Transport Act 1987 and Section 14 of the Minor Offences Act 1955.Members of the public with information related to the case are urged to contact investigating officer Mohammad Faiz Naufal Zakaria at 019-485 8907 or visit any nearby police station |
|
Sorok dadah dalam tong gas helium, 4 individu termasuk warga asing... - Mgazette - 9/02 2:56 pm # Sorok dadah dalam tong gas helium, 4 individu termasuk warga asing ditahan KUALA LUMPUR - Sindiket edar dadah yang disorok dalam tong gas helium berjaya dipatahkan dengan menahan empat individu termasuk tiga warga asing dalam operasi khas di Jalan Tun Razak, di sini semalam |
|
Polis minta pemilik kenderaan terlibat insiden baling kon tampil - Sinarharian - 9/02 1:32 pm SUBANG JAYA - Polis meminta pemilik kenderaan yang terlibat dalam insiden tular seorang individu membaling kon di Plaza Tol Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) supaya tampil bagi membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, satu laporan polis telah dibuat pada jam 1.37 pagi Isnin selepas pihaknya mengesan satu hantaran video di Facebook bertajuk Pemandu Axia Naik Hantu Baling Kon di Plaza Tol Petaling Jaya LDP.Menurutnya, setakat ini pemilik kenderaan yang terlibat masih belum tampil membuat laporan polis."Kita meminta pemilik kenderaan terlibat supaya tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan."Polis juga telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, pihak polis kini sedang berusaha mengesan pemilik kenderaan terlibat bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut.Tambahnya, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan insiden berkenaan diminta tampil menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu siasatan."Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan |
|
Sindiket edar dadah dalam tong gas helium, empat ditahan - Sinarharian - 9/02 12:26 am KUALA LUMPUR Taktik sindiket menggunakan tong gas helium untuk mengedar dadah terbongkar susulan penahanan empat individu di sebuah kediaman di Jalan Tun Razak, di sini pada Ahad.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, hasil maklumat risikan, Pasukan Kuala Lumpur Police Strike Force menahan seorang lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang lelaki warga Hong Kong berusia antara 26 hingga 36 tahun dalam serbuan pada jam 5.30 petang."Dalam serbuan itu, polis merampas lima tong gas berlabel helium yang disyaki mengandungi dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA), tiga paket plastik berisi serbuk disyaki dadah sama dan empat kartrij disyaki dadah jenis methamphetamine," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Fadil berkata, kesemua suspek dipercayai aktif mengedarkan dadah menggunakan tong gas yang disertakan bersama belon untuk tujuan pelanggan menghisap dadah jenis MDMA di kelab malam sekitar Kuala Lumpur sejak tiga bulan lalu."Saringan air kencing ketiga-tiga suspek didapati positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan ketamin," katanya.Beliau berkata, susulan tangkapan itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun di lokasi sama."Kita turut merampas 14 kotak mengandungi botol berisi gas disyaki dadah jenis MDMA dengan anggaran berat 58.24 kilogram, tujuh bungkusan belon serta sebuah kereta jenis Perodua |
|
Less than 40 registered in 2025: Whats next for Peroduas first EV? Lets Talk About #136 - Soyacincau - 9/02 10:15 am Malaysia’s EV landscape is shifting rapidly, but not every newcomer is hitting the ground running |
|
Child opens car door, causes accident involving six vehicles along Jalan Tun Razak - Sinardaily - 9/02 7:15 am KUALA LUMPUR - Police have identified that a child's act to accidentally open the rear door of a moving car as the cause of a six-vehicle collision along Jalan Tun Razak here last Friday.Kuala Lumpur Traffic Investigation and Enforcement Department chief ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa said the incident, which occurred at about 6.15pm, involved four cars and two motorcycles travelling from the Kampung Pandan Roundabout towards the Petronas Twin Towers (KLCC).He said preliminary investigations revealed that a two-year-old girl, who was seated in the rear passenger seat on the lap of a relative, suddenly opened the left rear door as the child safety lock was believed not to have been activated."The action caused a Suzuki V-Strom SX motorcycle rider, who was travelling between lanes, to be unable to avoid the open door and collide with it before losing control and crashing into several other vehicles," he said in a statement yesterday.According to him, another motorcyclist riding a CFMOTO 675 NK, who was behind the first rider, also failed to avoid the incident and was involved in the collision.Zamzuri said the 25-year-old Suzuki rider sustained a fractured left arm and is currently receiving treatment at Kuala Lumpur Hospital, while the 30-year-old CFMOTO rider suffered minor injuries."The drivers of the four other vehicles, comprising a Toyota Corolla Cross, Honda City, Volkswagen Polo and Perodua Bezza, were not injured |
|
Pintu kereta dibuka budak 2 tahun punca nahas enam kenderaan - Sinarharian - 8/02 6:00 pm KUALA LUMPUR Kemalangan melibatkan enam kenderaan di Jalan Tun Razak di sini pada Jumaat dipercayai berpunca daripada tindakan seorang kanak-kanak membuka pintu kereta secara tiba-tiba ketika kenderaan itu sedang bergerak.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada jam 9.46 malam.Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 6.15 petang di Jalan Tun Razak dari arah Bulatan Kampung Pandan menghala ke KLCC."Lokasi kejadian merupakan jalan bandaran tiga lorong sehala dengan keadaan permukaan jalan rata dan kering."Kes melibatkan empat buah kereta dan dua motosikal iaitu Toyota Corolla Cross, Honda City, Volkswagen Polo, Perodua Bezza selain motosikal Suzuki V-Strom SX serta CFMOTO 675 NK," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila penumpang belakang sebuah kenderaan terlibat iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dipangku saudaranya telah membuka pintu belakang kiri secara tidak sengaja.Menurutnya, ketika kejadian sebuah motosikal Suzuki V-Strom SX yang ditunggang lelaki tempatan berusia 25 tahun sedang bergerak di antara lorong sebelum terlanggar pintu kenderaan berkenaan."Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal tersebut hilang kawalan sebelum melanggar beberapa kenderaan lain."Sebuah lagi motosikal jenis CFMOTO 675 NK yang ditunggang lelaki tempatan berusia 30 tahun yang berada di belakang juga tidak sempat mengelak dan turut terlibat dalam kemalangan tersebut," katanya.Ujarnya, akibat kejadian itu, penunggang motosikal Suzuki V-Strom SX mengalami patah tangan kiri dan kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur."Manakala penunggang motosikal CFMOTO 675 NK mengalami kecederaan ringan."Pemandu kenderaan lain iaitu lelaki warga Indonesia berusia 20 tahun yang memandu Toyota Corolla Cross, wanita tempatan berusia 50 tahun yang memandu Honda City, lelaki tempatan berusia 32 tahun yang memandu Volkswagen Polo serta lelaki tempatan berusia 28 tahun yang memandu Perodua Bezza dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.Tambahnya, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada tindakan penumpang kanak-kanak membuka pintu kenderaan secara mengejut sehingga menghalang laluan penunggang motosikal."Dipercayai ciri kunci keselamatan kanak-kanak (child lock) tidak diaktifkan, sekali gus membolehkan pintu dibuka dari bahagian dalam."Pihak polis kini sedang meneliti rakaman video tular kejadian bagi melengkapkan siasatan," katanya.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S |
|
Nenek maut, cucu 6 bulan cedera kereta terbabas masuk longkang - Sinarharian - 7/02 6:08 pm MELAKA - Seorang wanita warga emas maut manakala tiga ahli keluarganya termasuk cucu berusia enam bulan cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas jatuh ke dalam longkang di Taman Bertam Impian di sini pada Sabtu.Dalam kejadian sekitar jam 2 petang itu, kereta dipandu suami mangsa berusia 69 tahun dipercayai terbabas ke hadapan dari kawasan parkir sebelum masuk ke longkang berkenaan.Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.58 petang sebelum sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu digerakkan ke lokasi."Setibanya di tempat kejadian, didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang terbabas ke dalam longkang."Terdapat empat mangsa terlibat terdiri daripada sepasang suami isteri, seorang anak perempuan berusia 25 tahun serta seorang cucu," katanya menerusi kenyataan.Katanya, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba."Seorang wanita berusia 56 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala tiga yang lain cedera diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut."Kes kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut," katanya.Beliau berkata, operasi menyelamat tamat sepenuhnya jam 3.02 petang selepas keadaan disahkan selamat. |
|
Mekanik putus kaki: 'Aircond' kereta meletup kerana kebocoran gas - Sinarharian - 7/02 3:19 pm TANAH MERAH - Polis mendedahkan letupan yang berlaku sehingga menyebabkan kaki kanan seorang mekanik putus di Kampung Air Merbo Dalam di sini pada Jumaat dipercayai berpunca daripada kebocoran gas pendingin hawa kereta dibaiki mangsa.Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Asisten Komisioner Mohd Haki Hasbullah berkata, siasatan awal mendapati pada Jumaat kira-kira jam 8 malam pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam berkenaan satu letupan di sebuah bengkel kereta."Mangsa, Mohd Sharul Nizam Rahim, 31, bekerja sebagai mekanik dan berasal dari Kampung Air Merbo, Jedok."Semasa kejadian mangsa dipercayai sedang bekerja seorang diri di bengkel tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Ujar beliau, akibat letupan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kaki kanan dan telah dikejarkan ke Hospital Tanah Merah untuk mendapatkan rawatan lanjut.Tambahnya, mekanik terbabit kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tanah Merah dan keadaannya dilaporkan masih belum stabil.Mohd Haki memberitahu, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak polis.Katanya, bagaimanpun hasil soal siasat awal bersama ahli keluarga mangsa mendapati kejadian disyaki berpunca daripada kebocoran gas pendingin hawa semasa mekanik terbabit sedang membaiki sebuah kenderaan."Pemeriksaan di tempat kejadian juga mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di bengkel tersebut dantiada saksi yang berada di lokasi semasa kejadian berlaku."Sehubungan itu, Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Unit Pemusnah Bom (UPB) serta pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysiatelah dimaklumkan dan sedang menjalankan siasatan serta tindakan lanjut bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian," katanya.Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan diminta untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitankejadian ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, seorang mekanik putus kaki kanan selepas pendingin hawa sebuah kereta jenis Perodua Kancil tiba-tiba meletup di sebuah bengkel di Kampung Air Merbo Dalam di sini pada Jumaat.Mangsa yang berusia 31 tahun itu dipercayai sedang membaiki pendingin hawa kereta tersebut. |
|
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki - Sinarharian - 7/02 1:07 pm TANAH MERAH - [DIKEMAS KINI] Seorang mekanik putus kaki kanan selepas pendingin hawa sebuah kereta jenis Perodua Kancil tiba-tiba meletup di sebuah bengkel di Kampung Air Merbo Dalam di sini pada Jumaat.Mangsa yang berusia 31 tahun itu dipercayai sedang membaikipendingin hawa kereta tersebut.Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kemahang, Pegawai Bomba Kanan I, Mat Nuri Muhamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.03 pagi dan tiba di lokasi 11.10 pagi."Seramai tujuh pegawai termasuk anggota telah dikerahkan ke lokasi dan mendapati terdapat kejadian letupan pada sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang berada di dalam bengkel terbabit."Mangsa telah dibawa oleh orang awam ke Hospital Tanah Merah selepas solat Jumaat."Pemantauan telah dibuat dan keadaan terkawal serta selamat |
|
Tiga sindiket dadah tumpas, rampasan RM208.25 juta - Mgazette - 7/02 7:55 am # Tiga sindiket dadah tumpas, rampasan RM208.25 juta KUALA LUMPUR Polis berjaya menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan tempatan dalam siri operasi khas bermula 30 Januari hingga 3 Februari melibatkan nilai rampasan keseluruhan RM208.25 juta |
|
Dua sindiket kecundang, dadah RM193 juta dirampas - Sinarharian - 6/02 6:14 pm KUALA LUMPUR Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan tempatan selepas menahan enam individu termasuk dalang utama, dengan nilai rampasan dadah mencecah RM193.25 juta.Penahanan kesemua suspek dilakukan menerusi operasi khas Op Allograpta dan Op Apiocera yang dijalankan bermula 30 Januari hingga 3 Februari lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua serbuan Op Apiocera di Kepong, Kuala Lumpur dan Subang Jaya, Selangor merekodkan rampasan dadah bernilai RM180 juta.Menurutnya, polis menemukan pelbagai jenis dadah iaitu serbuk MDMA seberat 843.8 kilogram (kg), pil Erimin 5 (325.2kg), pil ekstasi (104.3kg), ketamin (97.7kg) dan methamphetamine (9.5kg)."Operasi ini telah menahan tiga individu terdiri daripada seorang lelaki tempatan, seorang wanita tempatan dan seorang wanita warga asing berusia antara 38 hingga 58 tahun."Suspek lelaki merupakan ketua sindiket yang mengatur gerak kerja pengedaran dadah di pasaran tempatan dan luar negara dengan dibantu seorang wanita warga asing yang juga kekasihnya," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Jumaat.Menurut Hussein, sindiket yang aktif sejak awal Januari lalu itu menjadikan rumah sewa di kawasan Lembah Klang sebagai lokasi penyimpanan dadah.Katanya, pihak polis turut menyita tiga kenderaan mewah termasuk Toyota Alphard, Honda Accord dan Perodua Myvi dengan nilai sitaan harta berjumlah RM118,800.Mengulas mengenai Op Allograpta yang dilancarkan pada 30 Januari lalu, beliau berkata tiga lelaki tempatan berusia antara 40 hingga 48 tahun ditahan dengan rampasan dadah jenis methamphetamine seberat 265 kg bernilai RM13.25 juta.Hussein berkata, ketiga-tiga suspek termasuk ketua sindiket ditahan di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah, Pahang, selain serbuan susulan di kawasan parkir sekitar Kuchai Lama, Kuala Lumpur."Modus operandi sindiket yang aktif sejak 2024 ini ialah menggunakan kereta sewa untuk membawa dadah dari Kelantan ke Lembah Klang."Kenderaan berisi dadah itu kemudiannya ditinggalkan di kawasan parkir tertentu sebelum diambil oleh ahli sindiket lain tanpa perlu bersua muka," ujarnya.Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.Tegas beliau, kejayaan berkenaan hasil risikan berterusan pihak polis dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan dadah, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk jerung dadah demi menjaga keselamatan serta imej negara. |
|
Keldai dadah diupah RM10,000, pakej melancong bawa bunga ganja ke UK - Sinarharian - 6/02 6:14 pm KUALA LUMPUR - Dua warga Singapura terjerat sindiket dadah selepas dipercayai dibayar RM10,000 setiap seorang serta pakej melancong bagi membawa bunga ganja ke United Kingdom (UK).Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, serbuan Op Diogma pertama pada 2 Februari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang berjaya menahan tiga suspek iaitu seorang lelaki tempatan dan dua lagi warga Singapura termasuk seorang wanita.Menurutnya, pemeriksaan merampas 60 bungkusan plastik disyaki dadah bunga ganja seberat kira-kira 33 kilogram (kg)."Siasatan awal mendapati dua suspek warga asing itu dipercayai dijadikan keldai dadah bagi penyeludupan keluar negara."Susulan itu, serbuan kedua dijalankan di sebuah rumah di Bandar Damai Perdana, Cheras dan merampas 254 bungkusan plastik disyaki berisi bunga ganja seberat 133kg," katanya krtika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.Beliau berkata, serbuan ketiga di sebuah hotel di Taman Equine, Selangor berjaya menahan dua lelaki tempatan dengan rampasan 4 bungkusan plastik disyaki berisi bunga ganja seberat 22kg dalam sebuah Toyota Cross.Tambahnya, bertindak atas maklumat, pada 3 Februari, seorang wanita tempatan ditahan di hadapan sebuah premis di Bayan Lepas, Pulau Pinang."Suspek wanita ini dipercayai merupakan teman wanita kepada suspek keempat yang turut terlibat dalam rangkaian sindiket pengedaran terbabit," katanya.Kata beliau, keseluruhan bunga ganja yang dirampas dianggarkan seberat 18 kg dengan nilai RM15 juta.Dedahnya, suspek pertama berperanan sebagai ketua sindiket, suspek kedua dan ketiga iaitu warga Singapura merupakan keldai dadah, manakala suspek keempat dan kelima berperanan sebagai transporter."Sindiket dipercayai aktif sejak Januari lalu dengan modus operandi mereka ialah menyeludup bunga ganja melalui laluan haram di Padang Besar, Perlis sebelum dibawa ke Lembah Klang bagi tujuan pasaran tempatan dan antarabangsa," ujarnya.Tegasnya, kesemua suspek direman tujuh hari sehingga 9 Februari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952."Tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan nilai sitaan bernilai RM110,000 membabitkan sebuah Perodua Alza, Mazda 6, seutas gelang tangan emas dan pelbagai wang tunai," ujarnya.Kata beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terlibat dalam pengedaran dadah yang mengancam keselamatan, kesejahteraan rakyat serta mencemarkan imej dan maruah negara. |
|
Reversing car smashes through neighbour's fence in viral video in Malaysia - CNA - 6/02 2:31 pm The driver apparently lost control while reversing the Perodua Viva car just after 8am on Feb 3 |
|
Perodua QV-E Selling Price Expected To Move To RM60k - DSF - 6/02 2:01 pm Perodua has confirmed it is targeting full localization (or significant local content) for its first homegrown electric vehicle, the QV-E, by June 2026 |
|
Taxi driver killed, four hurt in Rompin three-vehicle crash - Sinardaily - 6/02 11:48 am KUANTAN - A taxi driver was killed while four others were injured in a three-vehicle collision at KM143 of Jalan Kuantan-Segamat in Rompin yesterday.Rompin police chiefSupt Sharif Shai Sharif Mondoi said that in the 11.20 pm accident, 60-year-oldAbdul Rahman Yusoff, who was driving a Perodua Alza car, suffered severe head injuries and died while receiving treatment at the Muadzam Shah Hospital in Rompin.He said the victim's wife, son and granddaughter, aged between 14 and 58, suffered injuries and were taken to the Tengku Ampuan Afzan Hospital.Sharif Shai said preliminary investigations found that the three-vehicle accident also involved a Toyota Vios, driven by a 26-year-old, and a Proton Wira, driven by a 56-year-old.He said the Toyota Vios was heading from Segamat towards Kuantan while the other two cars were heading in the opposite direction."The Toyota Vios driver is believed to have lost control of his vehicle and veered into the opposite lane, crashing into the two cars, he said in a statement today.He said that while the Toyota Vios driver suffered injuries, the Proton Wira driver escaped unscathed, adding thatthe case is being investigated under Section 41(1) of the Road Transport Act 1987.- BERNAMA |
|
Pemandu teksi maut, empat cedera nahas tiga kenderaan - Sinarharian - 6/02 9:54 am ROMPIN - Seorang pemandu teksi warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 143, Jalan KuantanSegamat, berhampiran Jambatan Timbang Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di sini, malam Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 malam itu, mangsa, Abdul Rahman Yusoff, 60, dari Kota Bharu, Kelantan, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah akibat kecederaan parah di bahagian kepala.Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah Toyota Vios yang dipandu lelaki berusia 26 tahun, Proton Wira dipandu lelaki berumur 56 tahun dan Perodua Alza yang dipandu mangsa."Pemandu Toyota Vios dipercayai dalam perjalanan dari Segamat menghala ke Kuantan, manakala Proton Wira serta Perodua Alza dari arah Kuantan menuju ke Segamat."Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu Toyota Vios dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar dua kenderaan terbabit," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, nahas itu turut menyebabkan isteri mangsa, Rohani Mohd Yussof, 58, mengalami patah paha dan lutut kanan, manakala cucu mereka, Nur Intan Suhaila Abdullah, 14, mengalami patah bahu kanan.Beliau berkata, seorang lagi penumpang Perodua Alza yang juga anak mangsa, Mohamad Shahrul Abdul Rahman, 20, yang merupakan pelajar Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan dan muka."Pemandu Toyota Vios dilaporkan mengalami patah paha kanan, manakala pemandu Proton Wira tidak mengalami sebarang kecederaan."Kesemua mangsa yang cedera parah telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, untuk rawatan lanjut," katanya.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. |
|
JPJ Perak Sita Lexus Pakai Nombor Plat Myvi - Thevocket - 6/02 8:58 am Tindakan pemandu kereta mewah jenis Lexus menggunakan nombor pendaftaran yang berdaftar pada sebuah Perodua Myvi mengundang padah apabila kereta itu disita Unit Operasi JPJ Cawangan.. |
|
Polis tembak tayar kereta, suspek pecah rumah cuba langgar anggota - Sinarharian - 5/02 7:29 pm ARAU Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar sebuah kereta dinaiki dua suspek pecah rumah dan curi kereta selepas mereka bertindak nekad cuba melanggar anggota bertugas dalam kejadian di pekarangan Caf Kesenai, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Arau pada Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, suspek enggan memberi kerjasama ketika diarahkan keluar dari kenderaan sebelum memecut ke hadapan dan cuba melanggar anggota polis.Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, tindakan melepaskan tembakan dilakukan secara terkawal dan tertumpu pada tayar kenderaan bagi menghalang cubaan melarikan diri."Tembakan mengenai tayar hadapan kanan dan kiri, namun suspek tetap melarikan diri hingga ke kawasan Taman Bersatu, Jalan Batas Liku, kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau di sini pada Khamis.Ahmad Mohsin berkata, hasil operasi itu seorang suspek lelaki berjaya ditahan manakala seorang lagi melarikan diri ke kawasan semak sebelum ditahan di sekitar Santan, Kangar.Menurutnya, susulan penahanan tersebut, polis turut menahan seorang wanita di sebuah rumah di Jalan Santan pada jam 12.45 pagi kerana dipercayai terbabit dalam kes berkenaan."Pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemui sarung pistol hitam, enam kelongsong peluru dan serpihan anak peluru.Turut dirampas sebuah kereta Perodua Kelisa, telefon bimbit, anak kunci, televisyen serta mesin pemotong kayu," ujarnya.Kes disiasat mengikut Seksyen 307/186 Kanun Keseksaan, Seksyen 457 Kanun Keseksaan serta Seksyen 379A Kanun Keseksaan. |
|
Video gangguan seksual tular: Pemandu e-hailing sudah ditahan polis - Sinarharian - 5/02 3:49 pm JOHOR BAHRU Polis Johor mengesahkan telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun berhubung kes cabul kehormatan terhadap seorang wanita warga Vietnam yang tular menerusi video di media sosial sejak Isnin.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, laporan polis diterima pada Rabu daripada mangsa yang mendakwa menjadi mangsa serangan seksual oleh pemandu e-hailing di dalam kenderaan yang digunakan suspek."Bertindak atas maklumat tersebut, polis telah menahan lelaki berkenaan di sekitar Johor Bahru pada hari yang sama serta merampas barang bukti termasuk dua telefon bimbit dan sebuah kenderaan Perodua Bezza berserta kunci serta alat kawalan jauh."Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Khamis bagi permohonan reman."Mahkamah membenarkan tempoh reman selama tiga hari sehingga 7 Februari bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sebelum itu, tular sebuah video yang memaparkan seorang pemandu e-hailing melakukan gangguan seksual terhadap seorang penumpang wanita.Video yang dirakam sendiri oleh penumpang terbabit menunjukkan pemandu berkenaan menghulurkan tangan ke belakang untuk menyentuh wanita tersebut, namun ditepis mangsa.Pada Selasa, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membatalkan Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) pemandu Grab yang melakukan gangguan seksual ke atas penumpang di Johor Bahru, baru-baru ini.Tegas beliau, pembatalan PSV bermaksud pemandu berkenaan tidak lagi dibenarkan berkhidmat sebagai pemandu di semua platform e-hailing. |
|
Wanita disyaki pengedar dadah maut, rakan parah dalam kemalangan - Mgazette - 4/02 3:03 pm # Wanita disyaki pengedar dadah maut, rakan parah dalam kemalangan ALOR SETAR - Seorang wanita disyaki pengedar dadah maut manakala rakannya cedera parah selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka terbabas di hadapan Pejabat Tanah, Jalan Suka Menanti di sini, malam tadi |
|
Artikel Pilihan Toyota Kekal Otai 6 Tahun Berturut-turut Read More - Mekanika - 4/02 3:03 pm Tahun 2025 menyaksikan persaingan sengit dalam pasaran automotif global, tetapi beberapa jenama terus menonjol sebagai yang paling laku di dunia |
|
Suami maut dalam nahas selepas hantar isteri ke tempat kerja Suami maut .. - Mgazette - 4/02 7:48 am # Suami maut dalam nahas selepas hantar isteri ke tempat kerja MELAKA Perjalanan pulang seorang penunggang motosikal ke rumah selepas menghantar isterinya ke tempat kerja berakhir tragedi dalam nahas di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin dekat Taman Semabok Perdana di sini pagi tadi |
|
Wanita maut, rakan parah kereta terbabas dikejar polis - Kosmo - 4/02 2:07 am ALOR SETAR – Seorang wanita berusia lingkungan 30-an maut manakala rakannya parah selepas kereta dinaiki terbabas di Jalan Suka Menanti, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu berlaku ketika kereta Perodua Myvi tersebut dikejar polis setelah dilihat mencurigakan |
|
Wanita maut kereta terbabas, polis temui 210 gram heroin - Sinarharian - 4/02 1:20 am ALOR SETAR Seorang wanita maut manakala rakannya cedera parah selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Suka Menanti di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.20 malam, ketika anggota polis sedang menjalankan Op Gempur di kawasan berkenaan.Menurutnya, polis mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak mengejar kereta terbabit yang kemudiannya terlibat dalam kemalangan."Akibat kemalangan itu, seorang wanita berusia 33 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi wanita yang memandu kereta berkenaan berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Syed Basri berkata, hasil pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian mendapati pihaknya menemui satu plastik berisi bahan disyaki dadah jenis heroin dengan anggaran berat 210 gram.Beliau berkata, pemandu kereta tersebut didapati mempunyai 12 rekod lampau berkaitan kes narkotik.Menurutnya, rakan wanita yang meninggal dunia pula mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes narkotik serta satu rekod jenayah."Mayat wanita itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat, manakala rakannya yang cedera parah kini menerima rawatan di hospital yang sama."Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti penglibatan kedua-dua individu tersebut dalam aktiviti pengedaran dadah," ujarnya.Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
|
Pekerja kilang maut selepas hantar isteri ke tempat kerja - Sinarharian - 3/02 4:53 pm MELAKA - Seorang pekerja kilang yang perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar isteri ke tempat kerja di Tengkera, maut selepas motosikal ditunggangi gagal mengelak sebuah kereta yang mengubah haluan secara mengejut dalam kemalangan di Lebuh AMJ Semabok Perdana, di sini, pada Selasa.Dalam kejadian jam 8.35 pagi itu, mangsa, Nur Hafiz Mizal, 21, yang merupakan bapa kepada seorang bayi berusia dua bulan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda RSX ditunggang mangsa dan sebuah kereta Perodua Alza dipandu seorang wanita yang juga guru KAFA berusia 38 tahun."Siasatan awal mendapati pemandu kereta yang datang dari arah lampu isyarat Bukit Piatu menghala ke Jalan Taman Semabok Perdana telah mengubah haluan secara mengejut."Akibatnya, penunggang motosikal yang datang dari arah belakang kiri tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian hadapan kiri kereta sebelum terjatuh," katanya menerusi kenyataan.Christopher berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat.Ujarnya, pemandu kereta terbabit pula dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Melaka Tengah untuk ujian air kencing dan didapati negatif."Kedua-dua kenderaan terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan Puspakom dan polis masih mengesan saksi bebas di lokasi kejadian."Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya. |
|
Police hunt for driver of silver Perodua in fatal Puncak Borneo hit-and-run - BorneoPost - 3/02 3:40 pm KUCHING (Feb 3): Padawan police are on the hunt for the driver of a silver Perodua car linked to a fatal hit-and-run on Jalan Puncak Borneo on Monday morning |
|
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi - Sinarharian - 3/02 8:16 am BENTONG - Seorang lelaki maut diseret kereta sejauh kira-kira 10 meter selepas dirempuh ketika cuba melintas jalan di Kilometer 13.5 Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) di sini pada Isnin.Dalam kemalangan kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa tanpa identiti berusia dalam lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur.Menurutnya, ketila tiba di lokasi kejadian, seorang pejalan kaki dipercayai melintas secara tiba-tiba dari pembahagi jalan."Pemandu kereta gagal mengelak lalu melanggar dan menyeretnya," katanya.Zaiham berkata, hasil pemeriksaan, pihak polis tidak menemui sebarang pengenalan diri bersama mangsa yang dipercayai warga tempatan itu."Ketika kejadian, mangsa memakai baju kurta berwarna ungu gelap dan berseluar jean hitam," katanya.Justeru katanya, pihak polis meminta waris yang ada kehilangan ahli keluarga agar tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk pengesahan."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Siasatan lanjut masih dijalankan |
|
Pembantu pegawai kesihatan maut dalam kemalangan empat kenderaan - Sinarharian - 2/02 4:05 pm KUANTAN - Seorang pembantu pegawai kesihatan maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM 26 Jalan Jerantut-Temerloh di Temerloh, pagi Isnin.Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, Sathiyan Raja Gopal, 43, yang memandu Proton Saga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.Beliau berkata, selain Proton Saga mangsa, kemalangan melibatkan lori treler, Perodua Alza dan Toyota Hilux."Kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Alza dari arah Temerloh ke Jerantut berhenti untuk membelok ke simpang kanan Kampung Dato Shariff Ahmad dilanggar dari belakang oleh treler, menyebabkan kereta itu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung Proton Saga."Proton Saga itu juga dilanggar pada bahagian belakang oleh Toyota Hilux dari arah sama," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Mohd Nasyim berkata, pemandu Perodua Alza Agoes Zaid Haritha Mohamad, 42, cedera parah dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh.Beliau berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu treler dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 |
|
Cameron Highlands crash leaves one dead, six injured after Myvi, Serena and Xpander collide on winding stretch - Malaymail - 2/02 11:03 am IPOH, Feb 2 An elderly man was killed and six others injured in a three-vehicle collision at Kilometre 13 of Jal... |
|
Seorang maut, enam cedera nahas babit tiga kenderaan - Sinarharian - 1/02 8:24 pm IPOH Seorang pemandu maut manakala enam yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM13 Jalan Cameron HighlandsSimpang Pulai di sini pada Ahad.Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.04 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai tiba di lokasi pada jam 3.24 petang.Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah Nissan Serena yang dinaiki tiga mangsa, sebuah Perodua Myvi dinaiki lima mangsa serta sebuah Mitsubishi Expander IIUM 7113 dengan enam penumpang."Dalam kejadian itu, pemandu Perodua Myvi, seorang lelaki berusia 65 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala empat penumpang kenderaan berkenaan mengalami kecederaan terdiri dua cedera parah dan dua cedera ringan."Bagi kenderaan Nissan Serena pula, seorang lelaki berusia lingkungan 60-an dilaporkan selamat, manakala dua penumpang lain masing-masing cedera parah dan cedera ringan."Semua enam penumpang Mitsubishi Expander tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Shazlean berkata, komander operasi melaksanakan penilaian awal sebelum menjalankan kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit serta memberi rawatan awal di lokasi."Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut."Operasi berjaya dikawal pada jam 3.50 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 5.40 petang," katanya.Tambah beliau, operasi melibatkan lapan anggota dengan kekuatan jentera pemadaman (FRT) dan van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) |
|
Wanita rugi RM10,000 beg galas dalam kereta dicuri - Mgazette - 1/02 8:00 am # Wanita rugi RM10,000 beg galas dalam kereta dicuri BALING - Seorang wanita kerugian RM10,000 selepas beg galas yang diletakkan di dalam keretanya dicuri dalam kejadian berhampiran sebuah pasar raya di Kupang dekat sini pada Khamis lepas |
|
Bas merah jambu tular lagi, kali ini memotong di garisan berkembar - Sinarharian - 31/01 6:08 pm MELAKA Bas merah jambu yang sebelum ini tular kerana pemanduan berbahaya kembali mencetuskan perhatian apabila kali ini dirakam memotong kenderaan lain di garisan berkembar, sekali gus membahayakan pengguna jalan raya lain.Video berdurasi 14 saat yang tular di media sosial memaparkan bas awam itu memotong di tempat tidak dibenarkan hingga memaksa sebuah Perodua Myvi yang berada dihadapannya terpaksa mengelak ke tepi bagi mengelakkan insiden tidak diingini.Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop berkata, pihaknya akan mengambil tindakan awal terhadap video tular tersebut."JPJ Melaka akan mengeluarkan Notis Siasatan di bawah Seksyen 114 kepada pemilik syarikat bas berkenaan bagi mengarahkan mereka hadir ke JPJ dan mengemukakan maklumat pemandu yang terlibat semasa kejadian."Sekiranya siasatan mendapati pemandu terbabit melakukan kesalahan, JPJ Melaka akan mengeluarkan Notis Saman P(22) di bawah Kaedah 17B(1), Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana memotong di garisan berkembar," katanya.Beliau berkata, kesalahan itu memperuntukkan kompaun maksimum sehingga RM300 yang akan dikenakan ke atas pemandu jika sabit salah.Selain itu beliau berkata, kesalahan lain yang berkaitan juga akan dipertimbangkan dan ditentukan semasa proses siasatan terhadap syarikat serta pemandu dijalankan.Sebelum ini, bas merah jambu pernah tular membabitkan insiden pemandunya menghimpit sebuah Perodua Axia selepas tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu kereta itu yang menukar haluan secara mengejut.Insiden kedua pula memaparkan bas berkenaan keluar dari simpang di kawasan garisan berkembar di Pekan Alor Gajah sehingga menghalang aliran trafik.Kedua-dua kejadian itu dilaporkan berlaku pada Disember tahun lalu dan tular di media sosial |
|
JPJ Melaka siasat video tular bas pink memotong garisan berkembar - Mgazette - 31/01 4:14 pm # JPJ Melaka siasat video tular bas pink memotong garisan berkembar MELAKA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka membuka siasatan terhadap pemandu bas pink berhubung penularan sebuah video memaparkan kesalahan lalu lintas dipercayai berlaku di Klebang di sini baru-baru ini. Video berdurasi 14 saat yang tersebar dua hari lalu memaparkan bas henti-henti itu memotong sebuah kereta jenis Perodua Myvi di garisan berkembar sehingga menyebabkan pemandu Myvi terpaksa bergerak ke kiri untuk memberi laluan |
|
Proton Persona terbakar nahas 4 kenderaan - Sinarharian - 31/01 10:52 am MERSING Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera di kepala selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 43, sempadan Mersing, di sini pada Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 2.49 petang itu, kemalangan melibatkan sebuah kereta Honda Accord, Proton Persona, Perodua Myvi serta sebuah lori treler seberat 52 tan.Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Azlan Hamzah berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada jam 2.49 petang."Seramai lapan anggota bersama sebuah jentera FRT dan sebuah EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 30 kilometer."Terdapat seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang berada dalam Honda Accord mengalami kecederaan di bahagian kepala sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan.Menurut beliau, sebuah Proton Persona didapati terbakar dengan kemusnahan dianggarkan sebanyak 80 peratus, namun dua mangsa dalam kenderaan tersebut dilaporkan selamat.Katanya, kemalangan itu turut melibatkan sebuah Perodua Myvi yang membawa tiga mangsa serta sebuah lori treler dengan seorang mangsa, namun kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan."Kesemua tujuh mangsa yang terlibat telah diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut."Tindakan pemadaman kebakaran dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya."Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.47 petang," ujarnya. |
|
PTPTN perkenal tiga cabutan istimewa SSPN, tawar hadiah RM1.4 juta - Sinarharian - 31/01 7:20 am SHAH ALAM Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi Kempen Cabutan Simpan SSPN 2026 menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM1.4 juta untuk dimenangi oleh 954 pendeposit.Pengerusinya, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, program berkenaan merangkumi tiga cabutan istimewa iaitu Cabutan WOW! Plus Loyalty 2026, Cabutan WOW! Plus Siri dan Cabutan Simpan SSPN Baru Slay!.Ujar beliau, kempen yang bermula sejak 1 Januari lalu itu dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada pendeposit yang memilih Simpan SSPN sebagai instrumen simpanan pendidikan anak-anak."Buat julung kalinya, PTPTN turut memperkenalkan Cabutan Simpan SSPN Baru Slay! bagi menarik minat penyertaan generasi muda."Cabutan ini terbuka kepada pendeposit Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus berumur antara 16 hingga 29 tahun yang membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen."Pendeposit juga hendaklah membuat simpanan melalui aplikasi myPTPTN dalam tempoh kempen untuk menyertai cabutan ini," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Menurut Norliza, Cabutan WOW! Plus Loyalty 2026 yang merupakan kempen kategori tahunan PTPTN menawarkan hadiah utama, sebuah kereta Honda CR-V 1.5L E.Katanya, hadiah tempat kedua ialah kereta Perodua Ativa 1.0L Turbo AV untuk dua pemenang, diikuti tempat ketiga menawarkan wang tunai RM30,000 kepada tiga pemenang dan hadiah sagu hati wang tunai RM1,000 untuk 250 pemenang."Hadiah utama Kategori Cabutan WOW! Plus Siri pula ialah wang tunai RM20,000 untuk seorang pemenang, tempat kedua wang tunai RM15,000 (dua pemenang), tempat ketiga, wang tunai RM10,000 (tiga pemenang) dan hadiah sagu hati berupa wang tunai RM500 (50 pemenang) bagi setiap siri."Hadiah utama Cabutan Simpan SSPN Baru Slay! ialah Motosikal Yamaha NVX 155 untuk seorang pemenang, tempat kedua iPhone 17 Pro (empat pemenang), tempat ketiga DJI Osmo Pocket 3 Creator Combo (10 pemenang) dan hadiah sagu hati wang tunai RM500 (250 pemenang) bagi setiap siri," ujarnya.Menurut Norliza, penganjuran Cabutan WOW! Plus Loyalty 2026 bertujuan bagi menghargai pendeposit setia sedia ada yang telah membuka akaun sebelum atau pada 31 Disember tahun lalu dan membuat penambahan simpanan sepanjang tempoh kempen berlangsung.Menurutnya, Cabutan WOW! Plus Siri pula terbuka kepada pendeposit baharu dan sedia ada yang membuka akaun atau membuat penambahan simpanan sepanjang tempoh kempen."Untuk menyertai kempen ini pendeposit hanya perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen."Setiap simpanan bersih RM50 merangkumi simpanan dan takaful layak mendapat lima cabutan secara automatik."Pendeposit yang membuat simpanan melalui aplikasi myPTPTN, potongan gaji atau debit terus akan menikmati bilangan cabutan berganda iaitu 10 cabutan sekali gus, memberi lebih banyak peluang untuk menang," katanya |
|
Wanita rugi RM98,000 diperdaya penilik nasib - Mgazette - 30/01 6:51 pm TANGKAK - Seorang wanita warga emas mengalami kerugian RM98,000 selepas diperdaya tawaran perubatan tradisional secara bersemuka dengan membuat tilikan, pada 23 Jan lepas |
|
Wanita warga emas rugi RM98,000 diperdaya 'penilik nasib' - Sinarharian - 30/01 5:42 pm TANGKAK - Seorang wanita warga emas mengalami kerugian RM98,000 selepas diperdaya tawaran perubatan tradisional secara bersemuka dengan membuat tilikan, pada 23 Januari lepas.Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, mangsa berusia 69 tahun ditawarkan kaedah perubatan berkenaan dan diberitahu kononnya akan ditimpa nasib malang dalam masa terdekat.Beliau berkata, mangsa dikehendaki menyerahkan wang tunai dan barangan kemas miliknya untuk upacara mantera bagi menolak bala serta menghapuskan nasib malang."Mangsa yang percaya kemudian telah mengeluarkan wang simpanan berjumlah RM90,000 dari bank berserta barangan kemas dianggarkan bernilai RM8,000 untuk diserahkan kepada suspek bagi tujuan perubatan."Seterusnya, suspek telah masuk ke dalam kereta jenis Perodua Axia berwarna perak dan mengambil satu plastik hitam serta mengarahkan mangsa supaya meletakkan wang tunai dan barangan kemas untuk dijampi, " katanya dalam kenyataan hari ini.Roslan berkata, setelah itu, suspek telah pergi ke belakang kereta dan menyerahkan kembali plastik hitam serta mengarahkan mangsa supaya tidak membukanya selama sebulan."Bagaimanapun, mangsa telah membuka plastik hitam itu selepas tiga hari dan mendapati wang tunai serta barangan kemas miliknya sudah tiada, malah telah ditukar kepada makanan berupa mi segera, beberapa peket garam halus dan dua botol air mineral," katanyaBeliau berkata, mangsa bertindak membuat laporan polis semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan."Pada masa sama, kita ingin menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terperdaya dengan individu tidak dikenali dalam sebarang urusan melibatkan penyerahan wang tunai atau barang kemas, supaya tidak menjadi mangsa penipuan secara bersemuka," katanya |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |