| /// |
|
| Search : Perkara News | Page 1 |
|
Bekas pegawai KBS tak dibicarakan secara adil, dakwa Rafique - Mygazette - 22/09 7:54 am Menurutnya, pihak pembelaan berhujah bahawa penilaian maksimum perlu dibuat terhadap keseluruhan keterangan di akhir kes pendakwaan. Muhammad Rafique turut berhujah bahawa kegagalan membuat arahan atau pertimbangan terhadap perkara yang menjadi teras kes, boleh menyebabkan berlakunya salah arah (misdirection) yang membawa kepada salah laksana keadilan |
|
Anwar dijangka menghadap Tuanku Muhriz di Istana Negeri Sembilan - Mygazette - 22/09 7:54 am Menurut kenyataan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan Datuk Azizi Mohamad Ali malam tadi, Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan Ahli-Ahli MMKN berkuat kuasa serta-merta selepas mendapati kesemua Exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka. Azizi berkata menurut Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Ahli MMKN memegang jawatannya selagi diperkenan Yang di-Pertuan Besar |
|
Bubar Parlimen selari dengan ‘angin’ ahli UMNO – Safwan - Mygazette - 22/09 7:54 am Menurut Mohd Safwan, UMNO kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal namun itu tidak bermakna UMNO perlu berdiam diri dan tidak boleh menegur apabila kerajaan dilihat semakin bercelaru. "Kalau UMNO diminta menghormati tanggungjawab bersama dalam Kabinet, perkara yang sama juga mesti dikenakan kepada DAP |
|
Hampir sejam PM menghadap Tuanku Mukhriz - Mygazette - 22/09 7:54 am KUALA LUMPUR** - **Pertemuan hampir sejam antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan di sini petang tadi menjadi perkembangan terbaharu susulan kemelut pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan. Kenderaan yang membawa Perdana Menteri tiba di perkarangan istana itu kira-kira 6 petang sebelum beliau beredar sekitar 6.57 petang dalam suasana hujan selepas menghadap Tuanku Muhriz |
|
Siasat MB, Exco Negeri Sembilan bawah Seksyen 121 – Putra - Mygazette - 22/09 7:54 am Nasrul juga berkata, peruntukan itu pernah digunakan dalam kes berkaitan tindakan bersenjata terhadap kedaulatan negara, termasuk kes Al-Maunah. Nasrul menyifatkan keputusan Exco yang menyokong proklamasi penurunan takhta seorang raja yang berdaulat merupakan perkara amat serius |
|
Yasin tarik semula kenyataan wujud salah laku dalam penjara - Kosmo - 21/09 10:35 pm PETALING JAYA – Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman menarik semula kenyataannya mengenai dakwaan wujud salah laku dalam penjara selepas Jabatan Penjara Malaysia tampil menafikan perkara tersebut menerusi satu kenyataan hari ini |
|
Hakim Danish alih tumpuan ke Jepun - Sinarharian - 21/09 10:05 pm Keserasian saya dengan jentera juga bertambah baik. Terima kasih kepada pasukan yang bekerja keras sepanjang minggu ini," katanya.Sementara itu, pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin melihat kebangkitan Hakim Danish di Austria sebagai perkembangan positif, namun berkata, masih ada beberapa aspek yang perlu diperhalusi menjelang pusingan Asia.Katanya, pelumba muda itu perlu memperkemas teknik tunggangan dan mengawal jangkaan terhadap dirinya selepas pernah merasai kemenangan serta menaiki podium sebelum ini."Saya percaya masih banyak perkara yang perlu diperhalusi oleh Danish, khususnya dari segi teknik tunggangannya |
|
Syarat 30% ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan bagi pusat tuisyen - FMT - 21/09 9:40 pm KPM mengumumkan perkara itu susulan perbincangan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. |
|
Ekuiti Bumiputera bukan lagi syarat bagi pusat tuisyen - Hotfm - 21/09 9:40 pm KPM mengumumkan perkara itu susulan perbincangan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. |
|
Yasin tarik balik dakwaan dadah 'bolos' di penjara - Sinarharian - 21/09 9:29 pm SHAH ALAM - Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman memohon maaf kepada Jabatan Penjara Malaysia serta menarik semula dakwaan kononnya banduan masih boleh mendapatkan bekalan dadah dengan mudah semasa menjalani hukuman di balik tirai besi.Yasin berkata, perkara yang pernah dikongsikan menerusi 'podcast' dan temu bual baru-baru ini sekadar pengalamannya sewaktu berada di dalam penjara.Menurut beliau, perkongsian tersebut dibuat berdasarkan situasi dialami dan difahaminya ketika melalui tempoh berkenaan.Kata Yasin, dirinya sedang mengalami episod bipolar mania pada waktu tersebut sebelum diarah mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta Ipoh, Perak."Keadaan saya ketika itu mungkin telah mempengaruhi cara saya melihat, mendengar, memahami dan mentafsir perkara-perkara yang berlaku di sekeliling saya."Selepas mengambil maklum penjelasan Jabatan Penjara Malaysia dan melihat kembali keadaan yang saya lalui ketika itu, saya dengan ini menarik balik kenyataan berkenaan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Pelantun Mimpi Laila itu mengakui kesal sekiranya perkongsian tersebut menimbulkan kekeliruan atau salah faham dalam kalangan masyarakat.Tambah beliau, perkongsian pengalamannya itu tidak pernah dibuat dengan niat untuk mencemarkan nama baik Jabatan Penjaramahupun memperkecilkan tugas pegawai dananggotanya."Sehubungan itu, saya ingin memohon maaf kepada Jabatan Penjara Malaysia atas kekeliruan yang timbul."Saya menghargai tugas dan khidmat pegawai serta anggota Jabatan Penjara Malaysia yang menjalankan amanah dalam menjaga keselamatan, kebajikan dan proses pemulihan penghuni."Dengan penjelasan ini, saya harap segala kekeliruan daripada perkongsian saya sebelum ini dapat diperbetulkan dan diselesaikan dengan baik," ujarnya.Sebelum ini, Jabatan Penjara menafikan dakwaan bahawa banduan boleh mendapatkan bekalan dadah semasa menjalani hukuman penjara.Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Komisioner Penjara Mohamad Rosidek Musa berkata, pihaknya mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan ketat bagi mengawal kemasukan serta peredaran bahan terlarang dalam institusi itu.Menurut beliau, jabatan sentiasa berusaha mengekang sebarang perkara negatif termasuk salah laku dalam kalangan penghuni penjara menerusi kawalan serta program pemulihan yang dilaksanakan. |
|
'Papa, cepatlah...marilah solat - Kata-kata terakhir Puteri Nur Afiyah Qalesya - Sinarharian - 21/09 8:56 pm Saya tanya bapanya tetapi dia juga tak tahu."Saya rasa tak sedap hati lalu ajak menantu pergi ke sungai sebelum ternampak selipar Puteri atas tebing," ujarnya.Menurut Mahani, cucunya kemudian ditemukan dalam keadaan tertiarap di tebing sungai yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah mereka.Katanya, Puteri Nur Afiyah Qalesya merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan sangat rapat dengannya."Dia budak yang cerdik. Setiap kali pulang ke kampung, macam-macam perkara dia akan ceritakan kepada saya," katanya. |
|
Anwar tinggalkan Istana Negeri Sembilan selepas sejam menghadap Tuanku Muhriz - Sinarharian - 21/09 8:10 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Istana Negeri Sembilan di Changkat Persekutuan di sini selepas hampir sejam menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.Perdana Menteri yang menaiki kenderaan rasmi jenis Mercedes-Benz sempat melambai ke arah pengamal media yang menunggu di luar istana pada kira-kira7 petang.Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan kenyataan beliau tidak berjaya dan Anwar hanya menunjukkan isyarat cuaca hujan.Sesi menghadap itu dipercayai susulan Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Sembilanyang berkuat kuasa serta-merta.Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali malam tadi, keputusan itu dibuat selepas mendapati kesemua exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka.Azizi berkata, menurut Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memegang jawatannya selagi diperkenan Yang di-Pertuan Besar.Ahli-ahli berkenaan telah masing-masing mengangkat sumpah dan menandatangani ikrar taat setia pada 7Ogos lepas, sebelum dilantik ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan.Susulan perkaraitu, Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim perlu mempersembahkansenarai calon Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baharu untuk pertimbangan dan perkenan Tuanku Muhriz mengikut Perkara XXXVIII(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 |
|
Anwar menghadap Tuanku Muhriz di Istana Negeri Sembilan - Sinarharian - 21/09 6:46 pm KUALA LUMPUR -Kenderaan yang dipercayai membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negeri Sembilan di Changkat Persekutuan, di sini kira-kira 6 petang.Anwar dijangka menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Muhriz Tuanku Munawir susulan perkembangan berhubung kedudukan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (MMKN).Turut dijangka menghadap ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim.Para pengamal media mula berkumpul di hadapan Istana Negeri Sembilan sejak kira-kira 3 petang tadi bagi mengikuti perkembangan berhubung isu berkenaan.Menurut kenyataan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali malam tadi, Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan Ahli-Ahli MMKN berkuat kuasa serta-merta selepas mendapati kesemua Exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka.Azizi berkata, menurut Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Ahli MMKN memegang jawatannya selagi diperkenan Yang di-Pertuan Besar.Ahli-ahli berkenaan masing-masing mengangkat sumpah dan menandatangani ikrar taat setia pada 7 Ogos lepas sebelum dilantik menganggotai MMKN Negeri Sembilan.Berikutan pembatalan itu, Menteri Besar perlu mempersembahkansenarai calon Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baharu untuk pertimbangan dan perkenan Tuanku Muhriz mengikut Perkara XXXVIII(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 |
|
“Tak, itu semua khabar angin” – Polis Sangkal Khabar Angin Pasang Pagar Besi Di Rumah Najib - Lobakmerah - 21/09 6:44 pm Antara yang diperkatakan termasuk dakwaan kononnya pagar besi akan dipasang dan kawalan keselamatan di rumah berkenaan akan diperketatkan. Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . |
|
10 bekas presiden Majlis Peguam gesa kerajaan Persekutuan campur tangan kemelut Negeri Sembilan - Sinarharian - 21/09 5:25 pm KUALA LUMPUR - Sepuluh bekas presiden Majlis Peguam menggesa kerajaan Persekutuan campur tangan dan menyelesaikan kemelutperlembagaan berhubung kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.Dalam kenyataan pada Isnin, mereka menyifatkan perkembangan terbaharu membabitkan Tuanku Muhriz itu menimbulkan kebimbangan serius terhadap sistem raja berperlembagaan dan kedaulatan undang-undang."Kami menggesa kerajaan Persekutuan campur tangan dan menyelesaikan isu-isu yang membimbangkan itu. Keadaan berkenaan boleh membahayakan sistem raja berperlembagaan dan masa hadapannegara -sebuah negara yang pada setiap masa perluberlandaskan undang-undang dalam menentukan hala tuju."Tindakan yang tidak wajar dan tidak bermaruah sedemikian,serta sikap tidak menghormati undang-undang perlu dihentikan," kata mereka.Sepuluh peguam berkenaan ialah Datuk Mah Weng Kwai, Datuk Kuthubul Zaman Bukhari, Datuk Yeo Yang Poh, Datuk Ambiga Sreenevasan, Ragunath Kesavan, Datuk Lim Chee Wee, Christopher Leong, Datuk George Varughese, Salim Bashir dan Karen Cheah Yee Lynn.Mereka menyatakan tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan itu tanpa melalui proses yang sepatutnya di bawah Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.Perkara 10 memperuntukkan "siasatan lengkap oleh Undang" sebelum seseorang Raja bolehditurunkan takhta, dan mempersoalkan sama ada siasatan sedemikian telah dijalankan serta sama ada Tuanku Muhriz telah diberi peluang untuk memberikan penjelasan.Para peguam itu turut mempersoalkan kesahihan proklamasi yang didakwa bertarikh 19 April 2026, termasuk keadaan bagaimana ia ditandatangani oleh Menteri Besar pada 3 Ogos.Peguam berkenaan berkata, Excotidak mempunyai kuasa dari segi perlembagaan untuk bertindak menurunkan seseorang Raja daripada takhta secara unilateral dan menggesa semua pihak supaya menjunjung Perlembagaan Persekutuan serta UUTKNS 1959.Kumpulan itu turut merujuk kepada pendirian Jabatan Peguam Negara bahawa proklamasiitu tidak sah dan Menteri Besar serta Exco tidak mempunyai kuasa secara unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar.Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri juga tidak akan mengambilsebarang tindakanpewartaan terhadap proklamasi itu."Kami menggesa supaya serangan terhadap kedaulatan berperlembagaan institusi beraja Negeri Sembilan dan kedaulatan undang-undang ini dihentikan serta-merta."Kami menggesa dengan tegas Kerajaan Negeri Sembilan, semua pegawai awam dan seluruh rakyat Malaysia supaya menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan UUTKNS 1959, memelihara kedaulatan undang-undang serta menghormati sepenuhnya kedaulatan dan kedudukan berperlembagaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai satu-satunya Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah dan sedang memerintah," kata mereka.Para peguam itu berkata, Exco juga tertakluk kepada undang-undang dan tindakan menyalahi peraturan perlu dibendung |
|
HONOR X9e Pro Dengan Bateri 11,000mAh Bakal Buat Korang Lupa Powerbank? Ini 5 Perkara Yang Menonjol - Ohmedia - 21/09 4:47 pm Kalau setiap kali keluar rumah korang masih rasa perlu bawa powerbank sebab takut bateri telefon habis tengah hari, mungkin HONOR X9e Pro ada jawapan untuk masalah tu. Bukan sekadar hadir dengan bateri besar, telefon pintar terbaharu HONOR ini bakal tampil dengan kapasiti 11,000mAh, selain membawa beberapa ciri ketahanan yang agak luar biasa untuk sebuah telefon […] The post HONOR X9e Pro Dengan Bateri 11,000mAh Bakal Buat Korang Lupa Powerbank? Ini 5 Perkara Yang Menonjol appeared first on Oh! Media . |
|
RUU Muzium Malaysia dijangka dibentang di Parlimen tahun depan – .. - Mygazette - 21/09 4:38 pm Untuk mewajibkan perkongsian pangkalan data ini agak sukar kerana muzium juga berada di bawah bidang kuasa negeri. Kita masih dalam rundingan dan selepas perkara ini selesai, insya-Allah tahun depan kita akan cuba usahakan satu pangkalan data perkongsian maklumat artifak, katanya |
|
Kehidupan dalam penjara tidak bergantung duit, pengaruh -Jabatan Penjara - Mygazette - 21/09 4:38 pm # Kehidupan dalam penjara tidak bergantung duit, pengaruh -Jabatan Penjara KOTA BHARU - Jabatan Penjara menafikan dakwaan penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman bahawa kehidupan dalam penjara bergantung kepada wang dan pengaruh. Pengarah Kanan Dasar Kepenjaraan Jabatan PenjaraMohamad Rosidek Musa berkata pihaknya mempunyai prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani sebarang salah laku dan perkara negatif dalam kalangan penghuni penjara |
|
Enggan dedah butiran mesyuarat, Hannah minta hormati keputusan CEC - Mygazette - 21/09 4:38 pm # Enggan dedah butiran mesyuarat, Hannah minta hormati keputusan CEC PUTRAJAYA - Keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP berhubung tawaran peletakan jawatan Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook sebagai Menteri Pengangkutan, manakala anggota Kabinet parti lain kekal dalam kerajaan, adalah muktamad dan perlu dihormati. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, CEC sudah mengadakan perbincangan panjang dan mendengar pelbagai pandangan ketika mesyuarat sebelum membuat keputusan berhubung perkara itu |
|
Penerokaan haram di Bera: Cari dalang sebenar, elak Orang Asli jadi... - Mygazette - 21/09 4:38 pm Keadaan itu termasuk meneroka kawasan secara tidak sah, memusnahkan alam sekitar serta menjejaskan kawasan yang selama ini menjadi tempat masyarakat Orang Asli mencari nafkah, katanya. Beliau berkata, perkara itu turut selaras dengan soalan bertulis yang dikemukakannya sempena sidang Dewan Negeri Pahang pada Mei lalu |
|
Kemelut N. Sembilan: PM dan Raja-Raja Melayu perlu cari jalan damai - Mygazette - 21/09 4:38 pm Menurut kenyataan dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan Datuk Azizi Mohamad Ali malam ini, keputusan itu dibuat selepas mendapati kesemua exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka. Beliau berkata, menurut Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memegang jawatannya selagi diperkenan Yang di-Pertuan Besar |
|
Ketua Polis Sentul, pegawai Jabatan Penjara hadir di kediaman Najib - Mygazette - 21/09 4:38 pm Sehingga kini, mesyuarat antara dua pihak masih lagi berlangsung. Bagaimanapun, tujuan rasmi mesyuarat dan perkara yang dibincangkan masih belum diperincikan pihak berkuasa |
|
???Jangan runding dalam media sosial??? – Ab Rauf jawab Amirudin - Mygazette - 21/09 4:38 pm Amirudin berkata, PH tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya BN tidak berminat untuk bekerjasama namun meminta pendirian itu dimaklumkan supaya PH dapat meneruskan persiapan menghadapi PRN Melaka tidak lama lagi. Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, BN menghormati semua parti yang berminat untuk bekerjasama, namun rundingan berhubung perkara itu perlu dilakukan menerusi saluran rasmi dan bukan melalui media sosial |
|
Amanah desak MB bubar DUN Negeri Sembilan – Faiz - Mygazette - 21/09 4:38 pm Bagaimanapun, Faiz mendakwa pergolakan politik semasa mempunyai kaitan dengan tindakan pihak tertentu yang mahu menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan daripada takhta. Perkara itu diperkukuhkan dengan kewujudan proklamasi yang ditandatangani Menteri Besar sejurus selepas PRN Negeri Sembilan ke-16, iaitu pada 3 Ogos 2026 |
|
Exco N. Sembilan: Raja tiada kuasa pecat tanpa nasihat MB – Peguam .. - Mygazette - 21/09 4:38 pm Beliau yang mewakili pihak Undang Yang Empat, Tuanku Nadzaruddin Tuanku Jaafar dan Tunku Besar Tampin berkata, kuasa Raja dalam urusan pentadbiran di bawah Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS) pada asasnya perlu dilaksanakan atas nasihat MB dan Exco. Menurut beliau, kuasa berkaitan tempoh perjawatan anggota Exco di bawah Perkara 38(5) UUTKNS tidak boleh dibaca secara berasingan, sebaliknya perlu ditafsirkan bersama Perkara 38(4), 40(1) dan 40(2) |
|
Anthony letak jawatan: Kestabilan kerajaan perlu diutamakan – .. - Mygazette - 21/09 4:38 pm Dari segi keputusan Anthony untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan tetapi pada masa sama kekal dalam Kerajaan Perpaduan adalah salah satu bentuk tindakan politik yang mempunyai kuasa mutlak pada mana-mana parti yang berada termasuk parti yang berada dalam komponen parti kerajaan. Namun apa yang lebih penting adalah mana-mana parti yang berada dalam komponen parti kerajaan mahupun pembangkang harus meletakkan kepentingan masyarakat sebagai salah satu perkara yang memberikan elemen kemutlakan isu-isu berkaitan politik, katanya |
|
Pemaju RUMAWIP dilarang jadikan bilik utiliti penempatan pekerja asing - Mygazette - 21/09 4:38 pm # Pemaju RUMAWIP dilarang jadikan bilik utiliti penempatan pekerja asing PUTRAJAYA - Pesuruhjaya Bangunan (COB) memberi amaran kepada pemaju kediaman Projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) Residensi Max di Jalan Kolam Air supaya tidak menjadikan bilik utiliti sebagai penempatan pekerja asing. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud, berkata pihaknya sudah mengeluarkan surat amaran kepada pemaju berhubung perkara itu dan akan terus memantau keadaan di kediaman berkenaan |
|
Menteri Besar tidak pernah dirujuk, Exco Negeri Sembilan masih sah – .. - Mygazette - 21/09 4:38 pm Berdasarkan Bahagian Kedua UUTKNS 1959, kuasa Kedaulatan Raja dalam hal pentadbiran negeri hendaklah dijalankan atas nasihat Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Jelas beliau, Perkara 40(1) UUTKNS 1959, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan hendaklah bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri Besar dalam menjalankan fungsi pentadbiran (eksekutif) di bawah Bahagian Kedua Perlembagaan Negeri |
|
Tak Nak Duduk Mengundur Dalam ETS? Ini Rahsia & Cara Pilih ‘Seat’ Ikut Kod Warna Guna Aplikasi - Siraplimau - 21/09 4:31 pm Pemilihan tempat duduk ketika membuat tempahan tiket tren kini boleh dilakukan dengan lebih mudah apabila penumpang mengetahui simbol dan warna yang digunakan pada pelan tempat duduk dalam aplikasi KTM. Perkara itu dijelaskan oleh KTM Berhad selepas seorang pengguna media sosial, Shizuku, mengemukakan pertanyaan mengenai cara untuk mengenal pasti arah tempat duduk sebelum membuat tempahan |
|
Otman terlepas peluang perbicaraan adil- Peguam - Sinarharian - 21/09 4:23 pm KUALA LUMPUR Pembelaan kepada Otman Arsahd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bahawa bekas Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu terlepas peluang untuk mendapat perbicaraan yang adil.Ia membabitkan 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu serta 64 pertuduhan pengubahan wang haram, 14 tahun lalu.Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Otman, 67, berkata, tiada indikasi dalam alasan penghakiman menunjukkan hakim Mahkamah Sesyen yang mengadili kes berkenaan membuat penilaian menyeluruh terhadap keseluruhan keterangan saksi.Semasa hujahan rayuan terhadap keputusan yang mensabitkan Otman dan menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun serta denda berjumlah RM284.2 juta, kes berkenaan pada awalnya didengar di hadapan hakim lain, namun diambil alih oleh hakim berlainan.Beliau berkata, hakim kedua yang mengambil alih kes itu tidak mendengar sebahagian besar keterangan saksi pendakwaan."Ia termasuk saksi penting dan pihak pembelaan tidak menemukan sebarang indikasi bahawa hakim itu telah meneliti nota keterangan terdahulu."Perkara tersebut turut membabitkan audio CRT (rakaman dan transkripsi mahkamah) atau pemeriksaan balas terhadap saksi berkenaan."Di manakah dalam alasan penghakiman berkenaan menunjukkan proses menilai semua bukti?" soalnya.Beliau berkata, pembelaan tidak mempertikaikan isu pertukaran hakim dalam mengadili kes berkenaan, namun persoalannya ialah sama ada hakim terbabit benar-benar meletakkan mindanya terhadap keseluruhan keterangan pendakwaan sebelum membuat keputusan.Muhammad Rafique berkata, berdasarkan rekod prosiding, hakim pertama mendengar keterangan saksi pendakwaan pertama hingga ke-63 serta sebahagian keterangan saksi ke-64, manakala hakim kedua mengambil alih kes sebelum membuat keputusan prima facie pada 22 Jun 2022.Rafique berhujah, kegagalan memberi arahan terhadap perkara yang menjadi teras kes boleh menjadi salah arah dan menyebabkan kegagalan keadilan.Menurutnya, hakim kedua menyifatkan pembelaan anak guamnya sebagai penafian, rekaan dan strategi yang difikirkan kemudian."Sedangkan hakim berkenaan tidak berada di mahkamah ketika sebahagian besar keterangan pendakwaan diberikan dan tidak dapat melihat sendiri perjalanan pemeriksaan balas saksi-saksi berkenaan," katanya.Prosiding hujahan rayuan di hadapan Hakim, Noor Ruwena Md Nurdin bersambung Selasa.Pada 6 Julai 2023, Otman dikenakan hukuman penjara dan denda itu selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas 96 pertuduhan terbabit.Hakim, Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.Bagi 17 kesalahan membabitkan tuntutan palsu, mahkamah memerintahkan Otman dipenjara berjumlah 243 tahun dan didenda RM190 juta atau dipenjara 119 bulan, sekiranya gagal membayar denda.Bagi 15 tuduhan salah guna kedudukan, lelaki itu dipenjara 85 tahun dan didenda RM10.8 juta atau dipenjara 125 bulan, sekiranya denda gagal dibayar.Sementara bagi 64 pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram, mahkamah memerintahkan Otman dipenjara antara tiga bulan dan 11 tahun dan didenda berjumlah RM83.4 juta atau dipenjara 934 bulan, sekiranya denda gagal dibayar.Bagaimanapun, Kamarudin mengarahkan semua hukuman penjara itu berjalan secara serentak bermula tarikh jatuh hukum menjadikannya selama 15 tahun.Hakim itu juga membenarkan permohonan Muhammad Rafique untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman denda dan penjara berkenaan dengan syarat wang jaminan ditambah sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin.Pertuduan berkenaan pada asalnya didengar dan dibicarakan di hadapan Hakim, Azura Alwi. |
|
Ketua Polis Daerah Sentul, pegawai Jabatan Penjara mesyuarat di kediaman Najib - Sinarharian - 21/09 4:08 pm KUALA LUMPUR Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam bersama pegawai Jabatan Penjara Malaysia dipercayai mengadakan mesyuarat di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta di sini pada Isnin.Mesyuarat itu dipercayai membabitkan perincian aspek keselamatan dan penilaian kediaman berkenaan susulan cadangan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri itu.Empat kenderaan dilihat memasuki kediaman berkenaan, manakala Anuar Bakri dilihat tiba menaiki kenderaan kira-kira jam 2.20 petang.Setakat ini, mesyuarat berkenaan masih berlangsung.Bagaimanapun, tujuan rasmi mesyuarat dan perkara yang dibincangkan masih belum diperincikan pihak berkuasa.Sebelum ini, Anuar Bakri memaklumkan polis belum menerima sebarang pengesahan rasmi berhubung masa atau proses pemindahan Najib dari Penjara Kajang ke kediaman itu.Beliau berkata, penugasan anggota polis di sekitar kediaman berkenaan juga masih dikekalkan pada tahap sedia ada dan kekuatan akan ditambah sekiranya menerima perkembangan terkini berkaitan proses berkenaan.Sebuah balai polis bergerak turut ditempatkan berhampiran kediaman Najib bermula jam 7 pagi hari ini sebagai persediaan keselamatan. |
|
Harap mahkamah pertimbang isu pembekuan aset Najib – Asyraf Wajdi - Kosmo - 21/09 3:55 pm PARIT – Pembekuan aset bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi antara kekangan untuk melunaskan bayaran denda RM50 juta sebagai syarat menjalani tahanan rumah merupakan perkara yang diharap dapat diambil kira oleh pihak mahkamah |
|
Akta Tahanan Rumah Bukan Untuk Semua, Ini Penjelasan Saifuddin Nasution - Lobakmerah - 21/09 3:22 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Akta Tahanan Rumah yang dicadangkan sejak 2024 itu antara usaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menangani kesesakan penjara, khususnya melibatkan tahanan reman yang masih menunggu perbicaraan Bila sebut Akta Tahanan Rumah, mungkin ada yang terus tertanya-tanya siapa sebenarnya yang akan ditempatkan di rumah? Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tampil menjelaskan perkara itu […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . |
|
Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP - Sinarharian - 21/09 3:16 pm PUTRAJAYA -Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati."Itu adalah keputusan CEC, perbincangan lain saya tidak mahu dedahkan tetapi kena hormati keputusan yang telah dibuat," katanya pada sidang mediaBazar Deepavali 2026 di sini, Isnin.Hannah berkata demikian ketika mengulas keputusan CEC DAP selepas mesyuarat berhubung pendirian parti terhadap isu pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Anthony sebelum ini menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan selepas mesyuarat tergempar CEC DAP yang berlangsung selama kira-kira tiga jam pada 19 September lalu.Setiausaha Agung DAP itu berkata, keputusan berkenaan dibuat sebagai reaksi parti terhadap perkembangan tersebut, namun menegaskan tawaran peletakan jawatan itu hanya melibatkan dirinya.Anthony turut menjelaskan menteri dan timbalan menteri DAP yang lain akan kekal dalam Kabinet bagi memastikan kestabilan politik negara terus terjamin.Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau berasa tertekan susulan peletakan jawatan Anthony, termasuk kemungkinan beliau turut meninggalkan kerajaan, Hannah tidak memberikan petunjuk mengenai sebarang perubahan terhadap kedudukannya.Dalam perkembangan berkaitan, Hannah yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) turut mengunci mulut ketika ditanya adakah Lembaga Pengampunan akan mendedahkan minit mesyuarat berkenaan."Tiada komen untuk (soalan) Lembaga Pengampunan," katanya ringkas.Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau belum menerima surat peletakan jawatan secara rasmi daripada Anthony dan akan berbincang dengannya mengenai kedudukan itu selepas kepulangannya daripada lawatan rasmi ke China.Kementerian Pengangkutan pula memaklumkan Anthony meneruskan lawatan rasmi ke China seperti dijadualkan dan akan kembali ke Malaysia bagi menguruskan perkara berkaitan prosespeletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pengangkutan. |
|
Saya India, Ini Permintaan Yang Adil- Netizen Puji Lelaki Tegur Bunyi Bising Kuil Di Sentul - Murai - 21/09 3:15 pm Bila tinggal di kawasan perumahan, isu bunyi bising memang boleh jadi perkara sensitif |
|
Syabas penjawat awam, tidak bersekongkol dengan penderhaka - PKR Negeri Sembilan - Sinarharian - 21/09 2:39 pm SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan memuji tindakan penjawat awam negeri yang tidak mengikut arahan Exco bagi mewartakan pelucutan takhta Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.Timbalan Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan, Edy Noor Reduan berkata, tindakan tersebut menunjukkan mereka memilih untuk tidak bersekongkol dengan pihak yang didakwa melakukan perbuatan derhaka terhadap Institusi Diraja Negeri Sembilan dan wajar dicontohi."Kami juga mengambil maklum perkembangan terkini berkaitan kedudukan Tuanku Muhriz serta titah Baginda membatalkan pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) berkuat kuasa serta-merta."Pembatalan lantikan itu berlaku selepas kesemua Exco terbabit didakwa memungkiri sumpah jawatan apabila memberi arahan kepada penjawat awam Kerajaan Negeri untuk menjalankan pewartaan yang bertujuan menggulingkan takhta Tuanku Muhriz."Pada pandangan kami, tindakan Exco adalah perbuatan derhaka, yang secara tidak langsung menjejaskan keharmonian rakyat, mencetuskan kecelaruan umum dan menghakis keyakinan terhadap Institusi Diraja Negeri Sembilan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Exco Negeri Sembilan mengeluarkan kenyataan berkenaan penurunan takhta Tuanku Muhriz.Perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan yang bersidang pada Selasa dan dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dengan Tuanku Nadzaruddin Tuanku Jaafar diiktiraf sebagai Yang di-Pertuan Besar baharu berkuat kuasa serta-merta.Tambah Edy, pihaknya menjunjung tinggi kedaulatan Institusi Diraja Negeri Sembilan serta menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS 1959) dan Adat Perpatih sebagai asas penting dalam tadbir urus negeri.Jelasnya lagi, Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 17 September lalu menyatakan proklamasi bertarikh 19 April 2026 berkaitan kedudukan Yang Dipertuan Besar adalah tidak sah kerana tidak memenuhi kehendak mandatori Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959."Kami juga berpendapat, kebangkitan istana adalah tepat pada masa demi mempertahankan kedaulatannya dari terus dicemari oleh angkara permainan politik Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di Negeri Sembilan |
|
Usia Dah 102 Tahun, Tok Saimah Masih Solat Berdiri! Gemar Menu Rebus & Bebas Penyakit Kronik - Siraplimau - 21/09 2:28 pm Usia lebih satu abad tidak menghalang Saimah Sajiman atau lebih mesra disapa Tok Saimah untuk terus menikmati kehidupan bersama keluarga, apabila wanita berusia 102 tahun itu masih dikurniakan kesihatan yang baik tanpa penyakit kronik. Tok Saimah menetap di Kampung Rahmat, Sri Lalang dan antara perkara yang diberi perhatian sejak sekian lama ialah pemakanan |
|
Bolehkah Najib kini dapatkan Netflix, Facebook dan caramel macchiato? - Wrlr - 21/09 2:15 pm Ini mungkin memberi gambaran kepada pemerhati antarabangsa bahawa negara telah kehilangan kompas moralnya. Ini menimbulkan persoalan sama ada perkara ini boleh membawa kepada dua piawaian dan ketidakadilan dalam cara sistem keadilan kita ditadbir satu laluan untuk golongan kaya dan berkuasa, satu lagi laluan untuk golongan yang terpinggir |
|
'Jangan biar persoalan integriti tanpa jawapan' MCW - Sinarharian - 21/09 2:01 pm SHAH ALAM - "Jangan menghukum berdasarkan video tular, tetapi jangan juga membiarkan persoalan integriti tanpa jawapan."Itu tegas Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berhubung kes tular di media sosial yang mempersoalkan kegiatan mencuri kabel dengan dakwaan diiringi oleh sebuah kenderaan peronda.Menurut beliau, jika terdapat unsur membantu, melindungi atau bersekongkol dengan kegiatan jenayah, siasatan bebas dan tindakan tegas perlu dilaksanakan tanpa kompromi."Pada peringkat ini, MCW menegaskan bahawa kandungan video atau hantaran media sosial tidak boleh dianggap sebagai bukti muktamad bahawa berlaku salah laku, perlindungan atau penglibatan mana-mana anggota penguat kuasa," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Katanya, semakan awal MCW juga belum menemukan pengesahan berautoriti yang mencukupi mengenai konteks sebenar rakaman tersebut."Namun, dakwaan seperti ini tidak wajar dibiarkan tanpa penjelasan kerana ia menyentuh secara langsung soal integriti, amanah dan keyakinan masyarakat terhadap institusi penguatkuasaan."MCW mencadangkan pihak berkuasa segera mengenal pasti lokasi, tarikh dan masa kejadian, kenderaan yang terlibat serta anggota yang bertugas," katanya.Tambahnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kamera papan pemuka (dashcam), peranti Sistem Penentu Kedudukan (GPS) kenderaan peronda, rekod komunikasi dan log penugasan juga boleh membantu menentukan konteks sebenar kejadian.Jelasnya, sekiranya kenderaan peronda tersebut sebenarnya sedang menjalankan tugas rasmi, perkara itu perlu dijelaskan kepada masyarakat bagi mengelakkan fitnah dan persepsi negatif.Sebelum itu, paparan video itu dikesan tular di beberapa aplikasi sosial Facebook dan Threads.Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah rumah berhampiran, difahamkan kejadian berlaku pada awal pagi Sabtu lalu.Isu itu turut dimuat naik penyanyi dan aktivis, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli di Facebook rasmi beliau.Bagaimanapun, setakat jam 1.15 petang tiada pengesahan rasmi pihak berkuasa berhubung dakwaan tentang persoalan tular itu.Sinar Harian masih menunggu kenyataan rasmi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). |
|
Skandal FELDA: Laporan Pengurusan, Kerugian Minggu Depan PM Anwar - Wrlr - 21/09 1:56 pm Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Hi-Tea Reunion Perintis Reformis di Grand Ballroom, SITC, Shah Alam pada 20 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim Mengesahkan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, laporan itu bukan bertujuan membalas dendam, sebaliknya sebahagian daripada usaha kerajaan menangani permasalahan yang berlaku di agensi berkenaan mengikut proses undang-undang |
|
'Nah, sekarang terima padahnya' - Syahredzan - Sinarharian - 21/09 1:43 pm SHAH ALAM - Tindakan menurunkan Raja bukanlah perkara kecil kerana ia membabitkan asas negara termasuk sistem Raja Berperlembagaan.Naib Pengerusi Kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, percubaan gabungan UMNO, Pas, Wawasan dan MCA untuk menurunkan salah seorang daripada sembilan Raja-raja Melayu daripada takhtanya akhirnya gagal.Menurutnya, isu berkenaan bukan hanya membabitkan Negeri Sembilan, sebaliknya mempunyai implikasi lebih besar terhadap sistem pemerintahan negara."Menurunkan Raja Melayu dari singgahsana bukan perkara kecil |
|
Dadah 'bolos' dalam tahanan: Jabatan Penjara nafi dakwaan Yasin Sulaiman - Sinarharian - 21/09 1:27 pm KOTA BHARU - Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman bahawa banduan boleh mendapatkan bekalan dadah dengan mudah semasa menjalani hukuman di balik tirai besi itu.Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Komisioner Penjara Mohamad Rosidek Musa berkata, pihaknya mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan ketat bagi mengawal kemasukan serta peredaran bahan terlarang dalam institusi penjara.Menurut beliau, Jabatan Penjara sentiasa berusaha mengekang sebarang perkara negatif termasuk salah laku dalam kalangan penghuni penjara menerusi kawalan serta program pemulihan yang dilaksanakan."Tidak benar |
|
“Saya yang tinggal sebab…” – Abby Abadi Respon Lepas Netizen Ungkit Masa Silam Dengan Zul Ariffin - Lobakmerah - 21/09 12:52 am Nama pelakon Abby Abadi kini menjadi tumpuan media sosial semenjak ucapan hari lahirnya terhadap anak bongsu, Maria Danisha menjadi tular. Bermacam-macam reaksi yang diberikan oleh netizen, ada yang memberikan sokongan moral buatnya dan ada juga memberikan reaksi kurang baik dengan cara mengungkit dan mencari perkara negatif berkenaan bekas anggota kumpulan Elite ini daripada pelbagai aspek |
|
Lebih 57,000 PATI dicekup, Imigresen buat 37 operasi sehari - Sinarharian - 21/09 12:48 am KUALA TERENGGANU Lebih 57,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dalam serbuan serta operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara sehingga 17 September lalu.Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, daripada jumlah itu, lebih 35,000 PATI ditahan dalam operasi dijalankan oleh pihak JIM sendiri, manakala lebih 22,000 lagi ditahan di pintu masuk negara serta hasil serahan daripada agensi penguatkuasaan lain.Menurutnya, secara keseluruhan JIM telah melaksanakan lebih 9,700 operasi di seluruh negara sehingga tarikh tersebut dengan memeriksa lebih 130,000 warga asing."Operasi ini akan diteruskan dan kita tidak akan berhenti atau mengurangkannya. Operasi yang dilaksanakan pada setiap masa sepanjang tahun."Jika dilihat berdasarkan statistik sehingga 17 September, sebanyak 9,700 operasi dilaksanakan dalam tempoh 260 hari bermula 1 Januari lalu, iaitu purata 37 operasi sehari," katanya ketika ditemui selepas mengetuai operasi penguatkuasaan di Flat Sri Kolam di sini pada awal pagi Isnin.Operasi bersepadu berkenaan turut disertai oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).Mengulas lanjut mengenai operasi di Flat Sri Kolam, Lokman memaklumkan seramai 133 warga asing telah diperiksa dan 19 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.Katanya, antara kesalahan utama yang dikesan termasuklah tinggal lebih masa, tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah dan menyalahgunakan pas atau permit bagi tujuan yang tidak dibenarkan.Beliau berkata, tindakan tegas penguatkuasaan JIM bukan sahaja terarah kepada golongan warga asing semata-mata, malah turut merangkumi majikan, pemilik premis serta pemilik kediaman yang didapati melanggar undang-undang negara."Mana-mana majikan yang didapati melakukan kesalahan imigresen akan turut didakwa, termasuk melindungi atau menggajikan PATI yang tidak mempunyai pas penggajian yang sah."Pemilik premis atau kediaman juga boleh didakwa sekiranya menyewakan premis milik mereka kepada PATI," katanya lagi sambil menambah sebanyak 1,720 majikan di seluruh negara telah didakwa atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen sehingga tarikh sama.Tambah beliau, jika dibahagikan mengikut tempoh 260 hari, ia menunjukkan purata seramai enam majikan atau pemilik premis didakwa pada setiap hari.Dalam pada itu, Lokman turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil sebarang tindakan sendiri sekiranya mengesan atau mengesyaki kehadiran warga asing yang melanggar peraturan imigresen.Sebaliknya, beliau menggesa masyarakat agar menyalurkan maklumat secara rasmi kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan yang pantas dan teratur diambil."Kita faham rakyat Malaysia prihatin dan sentiasa memerhatikan pelbagai kesalahan yang mungkin dilakukan warga asing, khususnya PATI."Namun, apabila mengesan salah laku, laporkan kepada pihak berkuasa secara rasmi dan berikan maklumat lengkap, termasuk gambar jika ada, supaya tindakan dapat diambil."Kita tidak mahu rakyat tempatan mengambil tindakan sendiri kerana dikhuatiri perkara lain pula berlaku |
|
Ramai Tak Tahu, Ini Cara Kenal Pasti Arah "Seat" Dalam Tren KTMB - Siakapkeli - 21/09 12:36 am Ramai Tak Tahu, Ini Cara Kenal Pasti Arah "Seat" Dalam Tren KTMB - Bagi yang kerap menaiki tren, memilih tempat duduk mungkin nampak seperti perkara kecil |
|
Paksa dan ugut penjawat awam melakukan tindakan haram dan melanggar .. - Denyutreformasi - 21/09 12:15 am Mereka sama sekali tidak bersumpah setia kepada kehendak nafsu, tuntutan haram, atau desakan politik mana-mana pihak, individu yang berkuasa, mahupun penderhaka yang begitu agresif. Tindakan memaksa, menekan, mengganggu, dan mengugut penjawat awam untuk melaksanakan perkara yang sangat jelas melanggar undang-undang dan Perlembagaan adalah sesuatu yang amat mengejutkan |
|
Surat Chester Bennington Kepada Siti Nurhaliza Ditemui Semula Selepas 21 Tahun - Beautifulnara - 21/09 11:51 am Sepucuk surat daripada mendiang vokalis Linkin Park, Chester Bennington yang ditujukan kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin ditemui semula selepas lebih dua dekad disimpan. Perkara itu dikongsikan pengurus Siti, Rozi Abd Razak menerusi Threads selepas dia menemui surat berkenaan ketika sedang mengemas rumah |
|
PRN Melaka: PH mahu BN berterus terang jika tak berminat rundingan - Amirudin - Sinarharian - 21/09 10:30 am ALOR GAJAH - Pakatan Harapan (PH) meminta Barisan Nasional (BN) berterus terang sekiranya tidak berminat untuk mengadakan rundingan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setakat ini masih belum berlaku rundingan rasmi antara kedua-dua gabungan itu meskipun tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka semakin hampir.Menurutnya, PH tidak mempunyai masalah sekiranya BN memilih untuk tidak bekerjasama, namun perkara itu perlu dinyatakan secara jelas supaya pihaknya dapat membuat persediaan berdasarkan keputusan tersebut."Setakat ini, BN tak ada ura-ura (nak adakan rundingan) itu, sampai dah nak bubar."Nampak gayanya tak berlaku pertemuan itu walaupun ada hubungan yang telah kita buat, sampai dah nak bubar jadi terserah."Tak pasti, tapi mungkin mereka tak minat |
|
Maresca resah benteng City rapuh - Sinarharian - 21/09 10:20 am PENGURUS Manchester City, Enzo Maresca mengakui kemenangan 5-3 ke atas Sunderland bukan gambaran yang diinginkannya selepas barisan pertahanan The Citizens sekali lagi menunjukkan kelemahan.Maresca berkata, dia lebih gemar melihat City menang dengan keputusan 1-0 berbanding kemenangan besar yang menyaksikan mereka melepaskan tiga gol kepada lawan di Stadium Etihad."Sejujurnya, saya lebih suka menang 1-0 berbanding 5-3. Saya sentiasa bimbang dan cuba melihat perkara yang boleh kami perbaiki," katanya.Menurut pengendali dari Itali itu, dua daripada tiga gol yang dilepaskan City berlaku terlalu mudah, selain pasukannya perlu memperbaiki kawalan permainan serta penguasaan bola."Kami boleh mengawal permainan dengan lebih baik dan mengekalkan penguasaan bola, tiada keraguan mengenainya |
|
Anthony teruskan tugas rasmi di China sebelum urus proses letak jawatan - Sinarharian - 21/09 10:10 am PUTRAJAYA Menteri Pengangkutan, Anthony Loke akan meneruskan program rasmi beliau di China seperti dijadualkan sebelum pulang ke Malaysia bagi menguruskan perkara berkaitan proses peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pengangkutan.Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan Anthony akan mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan APEC ke-12 di Beijing.Program berkenaan turut melibatkan beberapa pertemuan dua hala serta pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU).MoU tersebut termasuk kerjasama pengangkutan antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Rakyat China yang merangkumi sektor darat, rel, maritim, penerbangan dan logistik.Satu lagi ialah MoU kerjasama keselamatan penerbangan antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam China (CAAC) yang merangkumi bidang seperti kelayakan udara, pensijilan organisasi penerbangan, pelesenan personel, pengawasan operasi serta pengiktirafan bersama dapatan dan sijil pematuhan."Selepas menyelesaikan program rasmi di Beijing, Menteri dijadualkan ke Shanghai untuk menyertai rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum kembali ke Malaysia bagi menguruskan perkara-perkara berkaitan proses peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pengangkutan."MOT akan terus memastikan segala urusan dan tanggungjawab kementerian dilaksanakan seperti biasa secara profesional dan teratur," katanya.Sabtu lalu, Anthony menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selama kira-kira tiga jam pada 19 September.Anthony berkata DAP menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong, tetapi sebagai parti, DAP mempunyai pendirian sendiri dan perkara itu sukar diterima. |
|
Ingkar Dan Derhaka, Tuanku Muhriz Batal Pelantikan Semua EXCO Negeri Sembilan Serta- Merta - Beautifulnara - 21/09 10:05 am Menurut kenyataan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali, keputusan itu dibuat selepas kesemua EXCO berkenaan didapati memungkiri sumpah jawatan mereka. Advertisement Berdasarkan Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, […] The post Ingkar Dan Derhaka, Tuanku Muhriz Batal Pelantikan Semua EXCO Negeri Sembilan Serta- Merta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi . |
|
Exco Kerajaan Negeri Sembilan sahkan terima surat pembatalan jawatan - Sinarharian - 21/09 9:30 am SEREMBAN - Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri Sembilan, Suhaimizan Bizar mengesahkan menerima surat pembatalan jawatan berkuat kuasa serta merta malam Ahad.Bagaimanapun beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu."Saya ada terima surat malam tadi melalui Whatsapp |
|
Tuanku Muhriz lucut jawatan semua exco Negeri Sembilan - Denyutreformasi - 21/09 9:11 am Menurut kenyataan dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan Azizi Mohamad Ali malam tadi, keputusan itu dibuat selepas mendapati kesemua exco terbabit memungkiri sumpah jawatan mereka. Beliau berkata menurut Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memegang jawatannya selagi diperkenan Yang di-Pertuan Besar |
|
Kalau Raja Boleh Ditukar Ikut Bulan, Sistem Beraja Akan Gagal Anwar - Denyutreformasi - 21/09 9:10 am Hadir sama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) Steven Sim Chee Keong dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Salhah Salleh. Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan proklamasi mengenai kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April sebagai tidak sah, kerana tidak mematuhi kehendak mandatori Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 |
|
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H - Sinarharian - 21/09 8:10 am SHAH ALAM Nombor pendaftaran H1 mencatat nilai mencecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H yang diperkenalkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).Bidaan bagi siri H1 hingga H9999 dibuka menerusi sistem JPJeBid bermula 16 hingga 20 September sebelum keputusan bidaan diumumkan pada 21 September.Perkara itu dikongsikan pengguna media sosial yang rata-ratanya terkejut dengan nilai bidaan tersebut.Siri H diperkenalkan sempena sambutan Hari Malaysia dan merupakan siri nombor pendaftaran khas menggunakan huruf tunggal terakhir yang ditawarkan JPJ.Huruf H dipilih sebagai simbolik kepada perkataan harmoni, selaras dengan mesej perpaduan dan keharmonian sempena sambutan Hari Malaysia.Sebelum ini Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli dilapor berkata, huruf H dipilih kerana sinonim dengan perkataan 'harmoni, sekali gus membawa simbolik keharmonian masyarakat dan negara sempena Hari Malaysia.Menurut beliau, selepas siri H, JPJ tidak lagi akan menawarkan nombor pendaftaran khas menggunakan huruf tunggal. |
|
Menang pilihan raya bukan bermakna boleh guling raja – Anwar - Mygazette - 21/09 7:53 am Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menambah, sistem Raja Berperlembagaan perlu dipertahankan berdasarkan Perlembagaan negeri dan undang-undang, bukannya ditentukan melalui keputusan politik atau parti. Malah, menurutnya, jika terdapat mana-mana pihak mempunyai pertikaian atau alasan untuk mencabar kedudukan raja, perkara itu perlu diselesaikan melalui saluran undang-undang yang ditetapkan |
|
Kuota Menteri Pengangkutan kekal milik DAP atau dilepaskan? - Mygazette - 21/09 7:53 am # Kuota Menteri Pengangkutan kekal milik DAP atau dilepaskan? KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung, Anthony Loke mahu berundur sebagai Menteri Pengangkutan, tetapi DAP memilih untuk kekal dalam kerajaan. Kini timbul persoalan, adakah portfolio Menteri Pengangkutan itu akan terus diberikan kepada DAP atau dilepaskan kepada Perdana Menteri untuk menentukan penggantinya? Seorang pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) yang enggan dikenali berkata, perkara itu perlu dijelaskan kerana keputusan DAP pada 16 Ogos lalu sudah menetapkan parti itu kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal |
|
DAP jangan buat drama tak keluar Kabinet, tuding jari pada UMNO... - Mygazette - 21/09 7:53 am Tetapi jangan buat drama dan kemudian tuding jari kepada Ahmad Zahid atau UMNO, tegasnya. Beliau berkata, keputusan pengampunan itu pula merupakan perkara yang berada dalam bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan Yang di-Pertuan Agong, justeru tidak wajar dijadikan alasan untuk DAP menentukan kedudukan pemimpin parti lain |
|
Laporan awal pasukan khas FELDA minggu depan ??? Anwar - Mygazette - 21/09 7:53 am Jabatan Perdana Menteri berkata, jawatankuasa yang dianggotai beberapa penasihat dasar utama kerajaan itu ditubuhkan pada Jun tahun lalu bagi mengkaji pelan strategik Felda 2025-2030. Dalam kenyataan, jabatan itu berkata, jawatankuasa berkenaan telah mengadakan enam pertemuan dengan pihak berkaitan sepanjang tahun lalu, termasuk pengurusan FELDA bagi meneliti beberapa perkara |
|
Pesara guru rugi RM15,000 diperdaya sindiket penipuan menyamar pegawai .. - Mygazette - 21/09 7:53 am Panggilan itu kemudian disambungkan kepada seorang lagi individu yang mendakwa dirinya pegawai kanan polis Bukit Aman menerusi aplikasi WhatsApp, katanya dalam kenyataan hari ini. Mohd Yusoff berkata mangsa kemudian diarahkan merahsiakan perkara berkenaansebelum diminta menyerahkan dua kad ATM serta rantai leher emas bersama loket milik isterinya, kononnya untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat yang akan datang ke rumah |
|
Tuanku Muhriz batal pelantikan Exco Kerajaan Negeri Sembilan serta-merta .. - Mygazette - 21/09 7:53 am Menurut kenyataan dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan Datuk Azizi Mohamad Ali malam ini, keputusan itu dibuat selepas mendapati kesemua exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka. Beliau berkata menurut Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memegang jawatannya selagi diperkenan Yang di-Pertuan Besar |
|
Isu Anthony Loke: NGO gesa kerajaan serah mandat pada rakyat - Mygazette - 21/09 7:53 am Zai selanjutnya menyatakan, Suara Rakyat memandang serius tindakan Anthony Loke yang menawarkan diri untuk meletak jawatan sambil menyifatkan ia sebagai tanda protes terang-terangan terhadap perkenan Yang di-Pertuan Agong. Menurut beliau, kuasa pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan merupakan kuasa mutlak Agong dan tidak boleh dijadikan isu politik yang boleh diprotes oleh anggota Kabinet |
|
Hannah Yeoh patut jadi `jambatan’ beri nasihat wajar kepada DAP - Mygazette - 21/09 7:53 am Ujarnya, Labuan tidak harus dilihat sekadar mempunyai pelbagai pelan pembangunan di atas kertas tetapi rakyat masih menunggu kesannya dalam kehidupan sebenar. Menurut beliau, antara perkara yang perlu diberikan perhatian segera ialah usaha menghidupkan kembali potensi `_transshipment_' dan aktiviti pelabuhan Labuan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |