///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Perikanan News   Page 1    



DNA bakal tentukan piranha atau pacu di Empangan Klau – DOF DNA .. - Mygazette - 22/09 3:03 pm

# DNA bakal tentukan piranha atau pacu di Empangan Klau - DOF GEORGE TOWN - Ikan yang didakwa menyerupai piranha di Empangan Klau, Raub, Pahang akan diteliti menerusi analisis asid deoksiribonukleik (DNA) atau DNA persekitaran (eDNA) bagi menentukan sama ada spesies berkenaan benar-benar piranha atau pacu. Ketua Pengarah Jabatan Perikanan (DOF), Datuk Adnan Hussain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Aquaworks dan Aquaria KLCC dalam usaha mengenal pasti ikan berkenaan





Jual ikan hiasan asing tanpa kelulusan boleh didenda RM100,000 - Sinarharian - 22/09 1:37 pm

GEORGE TOWN - Pengusaha premis ikan hiasan yang menjual atau menyimpan spesies ikan asing yang dilarang tanpa kelulusan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) berdepan tindakan penguatkuasaan termasuk denda sehingga RM100,000 di bawah Akta Perikanan 1985.Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, tindakan lebih tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang masih berdegil menjual spesies ikan larangan termasuk menerusi platform dalam talian.Menurutnya, DOF sebelum ini sudah mengadakan perbincangan awal dengan penyedia platform dalam talian berkaitan penjualan ikan hiasan namun pertemuan lanjut perlu diadakan berikutan masih terdapat spesies ikan larangan yang ditawarkan untuk jualan secara dalam talian."Kita akan berjumpa dengan pengendali platform-platform 'online' ini untuk memaklumkan bahawa bagi spesies larangan, ia memerlukan kelulusan khas daripada Jabatan Perikanan."Bukan sahaja spesies ikan larangan memerlukan perhatian malah ikan hidup yang dibawa masuk dari luar negara termasuk spesies yang dibenarkan, perlu disertakan sijil kesihatan," katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Perasmian Pusat Pendidikan Marin, Angsana Teluk Bahang di sini pada Selasa.Adnan menambah, keperluan itu penting bagi memastikan ikan berkenaan bebas daripada penyakit yang berpotensi mengganggu ekosistem perairan negara."Kalau secara 'online' ini, mungkin tidak ada sijil kesihatan untuk mengesahkan bahawa spesies yang kita bawa masuk itu bebas daripada sebarang penyakit yang boleh mengganggu ekosistem kita," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, DOF akan meneruskan pemeriksaan dari semasa ke semasa di premis-premis ikan hiasan di seluruh negara.Menurutnya, pemeriksaan itu bertujuan mengambil tindakan susulan selain memberi penerangan kepada pengusaha mengenai senarai spesies ikan larangan yang tidak dibenarkan disimpan atau dipelihara tanpa kelulusan jabatan."Kita akan teruskan tindakan penguatkuasaan ini di premis-premis ikan hiasan di seluruh negara," katanya.Beliau berkata, mana-mana pihak yang melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan lebih keras termasuk denda dengan hukuman bergantung kepada peruntukan undang-undang yang terpakai.Menyentuh mengenai pemegang permit pula, Adnan berkata, pemilik ikan berkenaan perlu melaporkan kepada DOF bagi membolehkan rekod dan keupayaan mengesan dilakukan.Katanya, sekiranya ikan berkenaan mati, pemilik juga antara syaratnya perlu melaporkan perkara itu kepada DOF bagi membolehkan jabatan menjejaki pergerakan dan status ikan terbabit."Apabila kita ada kelulusan, kita akan ada keupayaan mengesan, kita boleh ada rekod untuk kita 'follow up' mana ikan ini pergi."Kalau mati, antara syaratnya, mereka perlu melaporkan kepada Jabatan Perikanan





Empangan Klau terus dipantau kesan perkembangan isu ikan larangan, piranha - DOF - Sinarharian - 22/09 12:59 am

PUTRAJAYA Pemantauan dan maklumat yang diperoleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) setakat ini belum menemui bukti populasi ikan larangan iaitu piranha telah bertapak dan membiak di Empangan Klau, Raub susulan penemuan spesies itu pada 26 Ogos lalu.Namun, pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan berkenaan terus dilaksanakan DOF bagi mengesan sebarang perkembangan baharu.Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, Pejabat Perikanan Negeri Pahang telah menjalankan siasatan susulan penemuan berkenaan manakala gambar dan rakaman video ikan tersebut telah dikemukakan kepada Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Glami Lemi, Negeri Sembilan untuk penilaian teknikal.Menurutnya, berdasarkan bahan visual yang diterima, ciri morfologi ikan berkenaan adalah konsisten dengan genus Pygocentrus, iaitu kumpulan ikan piranha."Bagaimanapun, pengesahan sehingga peringkat spesies tidak dapat dilakukan kerana spesimen fizikal tidak tersedia untuk pemeriksaan lanjut," katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata, tahun ini setakat Ogos, sebanyak 121 pemeriksaan dan tindakan verifikasi di premis, kedai akuarium dan ladang ternakan ikan di seluruh negara melibatkan 24 pangkalan penguatkuasaan, Pejabat Perikanan Negeri serta Ibu Pejabat Perikanan Malaysia.Jelasnya, hasil pemantauan tersebut, sebanyak 17 kes telah direkodkan dan disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Import, Dsb, Bagi Ikan) 1990, Akta Perikanan 1985."Sebanyak 377 ekor ikan larangan turut dirampas dengan anggaran nilai keseluruhan RM16,180 berdasarkan nilai pasaran semasa





Selepas 9 Tahun, Raja Penyu Kembali Bertelur Di Pantai Terengganu Buat Kali Ketiga - Lobakmerah - 22/09 12:40 am

Selepas hampir sembilan tahun tidak dikesan, kemunculan semula Raja Penyu di pesisir pantai Terengganu ternyata membawa satu perkembangan cukup istimewa apabila seekor penyu belimbing dipercayai kembali mendarat untuk bertelur. Lebih menarik, pendaratan kali ini bukan sekadar meninggalkan jejak dan telur apabila kakitangan Jabatan Perikanan Terengganu berpeluang menyaksikan sendiri detik ibu penyu itu menghasilkan telurnya di […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah .





Serah kepada Jabatan Perikanan jika jumpa ikan piranha di Empangan Klau - Sinarharian - 22/09 12:17 am

GEORGE TOWN - Nelayan sungai yang menemui atau berjaya menangkap ikan yang disyaki piranha di sekitar Empangan Klau, Raub di Pahang diminta supaya tidak membuang spesimen berkenaan sebaliknya menyerahkannya kepada Jabatan Perikanan bagi tujuan pengesahan.Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, langkah itu penting kerana sehingga kini pihaknya masih belum memperoleh spesimen fizikal ikan berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan lanjut bagi menentukan sama ada ia benar-benar ikan piranha atau spesies lain seperti Pacu.Menurutnya, analisis awal bersama Institut Penyelidikan Perikanan di Glami Lemi berdasarkan rakaman video yang diperoleh daripada seorang nelayan darat di Empangan Klau mendapati ikan berkenaan mempunyai ciri morfologi yang menghampiri spesies piranha."Berdasarkan morfologi dalam video tersebut, kita membuat kesimpulan bahawa ia menghampiri spesies ikan piranha."Cuma kita tidak dapat membuat pengesahan kerana tidak mempunyai spesimen fizikal





Ikan piranha kedua ditemukan di kawasan Empangan Klau - Mygazette - 19/09 7:59 am

Sebelum ini, media sosial gempar dengan dakwaan kewujudan ikan piranha di Empangan Klau selepas hantaran klip video memaparkan ikan itu didakwa memakan seekor buaya sekali gus mencetuskan kebimbangan warganet dan komuniti setempat. Siasatan Jabatan Perikanan Pahang mendapati, ikan dipercayai piranha itu pertama kali ditangkap menggunakan jala oleh seorang penduduk pada 26 Ogos lepas sebelum rakaman video mengenainya dikongsikan menerusi aplikasi _WhatsApp_





Ikan kedua dipercayai spesies Red-bellied Piranha didakwa ditemui di Sungai Klau - Sinarharian - 18/09 11:42 am

Jika dilepaskan di sungai, lokasi pelepasan yang saya sasarkan adalah sekitar Felda Klau-RTP- Kampung Sungai Klau," ujarnya.Katanya lagi, sama ada populasi ikan itu telah berkembang biak juga tak boleh sahkan kerana ikan seperti Red-bellied Pacu setakat ini tiada yang dikesan berjaya membiak walaupun invasif, manakala Red-bellied Piranha pula yang berada dalam keluarga yang sama (Serrasalmidae) diketahui lebih sensitif berbanding Red-bellied Pacu, perlukan parameter air dan habitat yang benar-benar sesuai."Tapi disebabkan kedua-duanya di bawah genus yang berbeza (Pygocentrus vs Piaractus) dan berevolusi dengan mekanisme yang sedikit berbeza, saya tidak menolak jika Red-bellied Piranha mampu membiak di Sungai Klau, kerana dari segi iklim di negara asalnya tidak banyak berbeza, cuma ekosistem sungai berbeza," ujarnya.Menurut hantaran itu lagi, saiz kedua-dua spesimen nampak sekata, seperti populasi yang sama baru dilepaskan. Jika spesimen dengan saiz berbeza-beza ditemui, itu perlukan perhatian selanjutnya.Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Pahang Roslan Abu Hasan ketika dihubungi memberitahu pihaknya sedia maklum berhubung dakwaan penemuan ikan asing itu.Beliau berkata, pihaknya cuba menghubungi pengendali akaun Facebook terbabit dan mengesan pemancing yang menemui ikan tersebut bagi membantu siasatan.



Piranha di Pahang: Seekor ditemui, populasi pula belum terbukti - Harapandaily - 17/09 8:09 pm

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menegaskan setakat ini belum ada bukti menunjukkan ikan piranha sudah bertapak dan membiak di Empangan Klau, Raub, Pahang, walaupun seekor ikan yang mempunyai ciri seumpama piranha dilaporkan ditangkap di kawasan berkenaan





Belum Ada Bukti Wujud Populasi Pirana Di Empangan Klau - DOF - Siakapkeli - 17/09 6:59 pm

Belum Ada Bukti Wujud Populasi Pirana Di Empangan Klau - DOFPUTRAJAYA, 17 Sept (Bernama) -- Jabatan Perikanan (DOF) hari ini memaklumkan belum terdapat bukti ya...





DOF Sahkan Ikan Ditangkap Di Empangan Klau Miliki Ciri Piranha - Vocket - 17/09 6:55 pm

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mengesahkan seekor ikan yang ditangkap di Empangan Klau, Pahang pada 26 Ogos lalu mempunyai ciri morfologi yang konsisten dengan genus Pygocentrus,..





Visual pirana di empangan Pahang dihantar ke IPP untuk sah spesies - Hotfm - 15/09 11:44 pm

Klip video, gambar dihantar selepas Jabatan Perikanan Pahang siasat dakwaan penemuan ikan mungkin pirana perut merah di Empangan Klau.





Visual pirana di empangan Pahang dihantar ke IPP untuk sah spesies - FMT - 15/09 11:44 pm

Klip video, gambar dihantar selepas Jabatan Perikanan Pahang siasat dakwaan penemuan ikan mungkin pirana perut merah di Empangan Klau.





Visual ikan didakwa piranha di Empangan Klau dihantar ke IPP untuk pengesahan spesies - Astroawani - 15/09 11:01 pm

Proses pengesahan sedang dilakukan bersama-sama IPP manakala pemantauan di empangan turut dilaksanakan dengan kerjasama komuniti perikanan darat setempat dan agensi berkaitan.





Visual ikan didakwa pirana di Empangan Klau dihantar ke IPP untuk pengesahan spesies - Sinarharian - 15/09 10:41 pm

PUTRAJAYA - Jabatan Perikanan Pahang telah menghantar rakaman video dan gambar ikan yang didakwa sebagai pirana perut merah (Pygocentrus nattereri) yang ditemukan di Empangan Klau, Raub kepada Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Glami Lemi, Negeri Sembilan bagi mengesahkan identiti spesies itu.Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, proses pengesahan sedang dilakukan bersama-sama IPP manakala pemantauan di empangan turut dilaksanakan dengan kerjasama komuniti perikanan darat setempat dan agensi berkaitan."Orang awam tidak perlu cemas dan dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang kesimpulan sehingga pengesahan spesies diperoleh," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Beliau berkata, rakaman video dan gambar dihantar hari ini selepas Jabatan Perikanan Pahang menjalankan siasatan susulan terhadap dakwaan penemuan ikan asing berkenaan yang mendapat perhatian menerusi media sosial.Sebelum ini, media sosial kecoh dengan dakwaan kewujudan pirana di Empangan Klau termasuk hantaran yang mendakwa ikan itu memakan buaya, sekali gus mencetuskan kebimbangan warganet mengenai kemungkinan spesies asing itu berada di perairan berkenaan.Siasatan Jabatan Perikanan Pahang mendapati ikan itu ditangkap menggunakan jala oleh seorang penduduk pada 26 Ogos lepas sebelum rakaman video mengenainya dikongsikan menerusi kumpulan WhatsApp.Berdasarkan keterangan individu terbabit, hanya seekor ikan didakwa sebagai pirana ditangkap pada hari kejadian manakala tangkapan lain terdiri daripada lampam sungai, lampam Jawa, zebra tilapia dan peacock bass





LKIM sedia laluan TVET untuk anak nelayan - Sinarharian - 15/09 2:17 pm

TAIPING Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyediakan peluang mengikuti latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) kepada anak-anak nelayan bagi melahirkan tenaga mahir dalam industri perikanan.Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, program berkenaan memberi tumpuan kepada kemahiran marin khususnya pembaikan bot, enjin serta peralatan menangkap ikan.Menurutnya, program selama 15 bulan itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan institusi kemahiran berkaitan, membabitkan latihan teori serta amali."Tujuan kita adalah untuk memastikan anak-anak nelayan ini mempunyai masa depan yang baik dalam industri perikanan."Sektor pembaikan kapal ini juga salah satu sektor yang wujud dalam ekosistem perikanan dan saya mahu melibatkan anak-anak nelayan secara langsung dalam sektor ini supaya keseluruhan ekosistem perikanan itu dikuasai oleh komuniti nelayan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Perak di Pejabat Penghulu Mukim Matang di sini pada Selasa.Turut hadir Pengarah LKIM Negeri Perak, Ahmad Zulkifli Ismail.Muhammad Faiz berkata, bagi permulaan, seramai 12 peserta akan dipilih untuk mengikuti program berkenaan, dengan latihan teori dilaksanakan di IKBN Perlis manakala latihan amali di sebuah limbungan di Pelabuhan Kuantan, Pahang.Katanya, LKIM memperuntukkan kira-kira RM150,000 bagi pelaksanaan program berkenaan dan peserta perlu berusia 18 tahun ke atas selain mempunyai minat serta kesungguhan untuk menceburi bidang tersebut."Saya tidak mahu mereka dapat tauliah kemudian pergi bekerja dalam bidang lain





LKIM bendung kegiatan nelayan warga asing - Sinarharian - 15/09 1:44 pm

TAIPING Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memperketatkan pemantauan terhadap penggunaan kru warga asing di atas vesel nelayan bagi membendung kegiatan pencerobohan perairan negara.Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, pemantauan itu dilakukan khususnya terhadap vesel di bawah pemantauan LKIM termasuk kategori C dan C2 yang dibenarkan menggunakan kru asing dengan syarat mempunyai permit kerja yang sah.Menurutnya, isu kekurangan vesel tempatan turut perlu diberi perhatian kerana keadaan itu berpotensi membuka ruang kepada pencerobohan pihak luar."Kita memang ada pemantauan yang rapi terhadap kru yang bekerja dengan vesel di bawah LKIM. Contohnya vesel C atau C2 yang menggunakan kru asing perlu mendapatkan PLKS (Pas Lawatan Kerja Sementara)."Mereka juga berlabuh di kompleks-kompleks kita dan kita memantau setiap penggunaan pekerja asing," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Perak di Pejabat Penghulu Mukim Matang, di sini pada Selasa.Muhammad Faiz berkata, sekiranya terdapat penggunaan warga asing tanpa permit kerja yang sah perkara itu merupakan kesalahan di bawah bidang kuasa Jabatan Imigresen Malaysia.Bagaimanapun katanya, LKIM boleh mengambil kira kesalahan berkenaan dalam aspek kelayakan bantuan atau kemudahan tertentu yang disediakan kepada nelayan."Kalau ada kes yang dibuktikan, kita akan melihat semula kelayakan mereka, contohnya berkaitan subsidi minyak bagi vesel C yang kita sediakan."Lesen vesel pula adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perikanan, jadi kita tidak mempunyai kuasa berhubung perkara itu





Ikan Piranha Perut Merah Didakwa Muncul Di Empangan Klau, Jabatan Perikanan Pahang Jalankan Siasatan - Lobakmerah - 14/09 10:05 am

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Jabatan Perikanan Pahang kini sedang menyiasat berhubung dakwaan penemuan ikan pemangsa invasif, piranha perut merah atau Pygocentrus nattereri di Empangan Klau, Raub





Jabatan Perikanan siasat dakwaan penemuan piranha perut merah di Empangan Klau - Astroawani - 14/09 7:40 am

Maklumat diterima daripada seorang pemancing yang dilapor mendaratkan ikan berkenaan sebelum penemuan itu dikongsikan menerusi media sosial.





MAHA 2026 lakar sejarah tersendiri, catat 5 juta pengunjung - Sinarharian - 8/09 11:05 am

SERDANG- Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 melakar sejarah tersendiri apabila merekodkan kehadiran pengunjung mencapai 5.02 juta sepanjang 10 hari penganjurannya bermula 28 Ogos lalu.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, daripada jumlah berkenaan 2.01 juta merupakan golongan belia sekali gus membuktikan keterujaan rakyat Malaysia terhadap acara yang sentiasa ditunggu-tunggu itu."Sasaran kami empat juta orang, maksudnya lebih satu juta manakala penglibatan pempamer mencecah 2,000 pempamer tempatan dan antarabangsa daripada pelbagai negara."Nilai jualan langsung pula mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM73.08 juta. Memorandum persefahaman turut berjaya memeteraikan kolaborasi strategik dan jangkaan pelaburan lebih kurang RM10.35 bilion," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad.Mengulas lanjut, Mohamad berkata, MAHA 2026 bukan pengakhiran kepada usaha memperkukuh sektor pertanian negara, sebaliknya menjadi lonjakan baharu ke arah transformasi sektor berkenaan.Menurutnya, segala pemeteraian perjanjian, jalinan perkongsian teknologi dan ilham yang dizahirkan sepanjang program itu berlangsung perlu disusuli dengan tindakan susulan yang pantas supaya manfaatnya sampai ke golongan sasar."Bagi penganjuran MAHA pada masa akan datang, saya menaruh harapan yang tinggi agar platform ini akan terus mekar sebagai hab inovasi agromakanan terunggul di rantau ini."Kita akan terus berusaha menarik lebih ramai penyertaan anak muda dan modal insan berkemahiran tinggi ke dalam ekosistem pertanian, selaras dengan matlamat untuk membina sebuah negara yang mandiri, berdaya tahan dan terjamin daripada segi bekalan makanan," katanya.Dalam pada itu katanya, kemeriahan di 13 Pavilion Negeri,kepelbagaian sajian di Food Empire dan keunikan aktiviti interaktif di Laman Ternakan, Perikanan, Padi serta Hortikultur telah menjadikan MAHA 2026 satu destinasi agropelancongan keluarga yang menyatukan seluruh warga Malaysia Madani.Menurutnya lagi, semasa penganjuran MAHA tahun 2024, pihaknya berjanji untuk mengurangkan jurang de sit imbangan dagangan negara dalam sektor agromakanan.Ujarnya, dengan kerjasama dan sokongan Perdana Menteri serta Kerajaan Madani pihaknya berjaya mengurangkan de sit imbangan dagangan dalam sektor agromakanan sebanyak RM5.4 bilion atau 13.8 peratus pada tahun 2025."Bagi tahun 2026 sehingga Mei, de sit ini terus mencatatkan penurunan sebanyak26.4 peratus.Ini meliputi nilai eksport meningkat 8.1 peratus kepada RM58.8 bilion berbanding nilai import menurun 1.1 peratus kepada RM92.7 bilion pada tahun 2025 berbanding tahun 2024," katanya.Pengalaman berbeza buat pengunjungKemeriahan MAHA 2026 memberi pengalaman berbeza kepada pengunjung yang hadir, termasuk mereka yang pertama kali menyertai pameran berkenaan.Bagi Camaylea Fasyiehah Aehmad, 18, yang berasal dari Sabah, MAHA 2026 menjadi pengalaman pertama buatnya selain peluang memperkenalkan makanan tradisi negeri itu kepada pengunjung.Pelajar Universiti Islam Selangor itu berkata, penganjuran program berkenaan sedikit sebanyak mengubat kerinduannya terhadap kampung halaman selepas berpeluang melihat pelbagai produk dan tradisi Sabah."Saya teruja kerana pertama kali sertai MAHA





LKIM mahu anak nelayan ceburi TVET, elak bidang perikanan dikuasai pekerja .. - Denyutreformasi - 8/09 8:00 am

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) komited mahu melahirkan lebih ramai belia, khususnya anak nelayan yang mempunyai kemahiran dalam bidang marin bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, langkah itu dilaksanakan menerusi Program Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) bagi mentransformasi pembangunan modal insan dalam sektor perikanan





Penyu agar ditemukan mati terkena kipas bot di Pantai Sura - Utusan - 6/09 4:56 pm

Penyu berkenaan yang berukuran kira-kira 45 sentimeter panjang dan 40 sentimeter lebar ditemukan dalam keadaan sudah mati sebelum bangkainya ditanam. Menurut sumber Jabatan Perikanan Terengganu, ..





Nilai MoU MAHA cecah RM12.6 bilion, atasi sasaran awal - Mohamad Sabu - Sinarharian - 5/09 10:38 pm

Hal ini membuktikan keyakinan pelabur yang amat tinggi tentang industri pertanian dan agro makanan negara."Kita harap perkara ini berterusan esok sebab sambutan terhadap MAHA kali ini amat luar biasa. Esok Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan majlis penutup," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penutup Konvensyen MAHA 2026 di sini malam ini.Konvensyen dua hari bermula semalam itu dihadiri 200 peserta terdiri daripada golongan peladang, penternak, nelayan dan usahawan agromakanan muda, dengan menumpukan kepada perkembangan teknologi terkini dalam sektor pertanian, penternakan, perikanan dan industri makanan.Selain MoU, Mohamad berkata, MAHA 2026 telah berjaya menarik kehadiran 3.45 juta pengunjung setakat 10 malam semalam, dengan pergerakan lebih 690,000 kenderaan membanjiri Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.Mengenai angka jualan, beliau berkata nilai keseluruhan telah melebihi RM55 juta dan berada pada landasan tepat untuk mencapai sasaran RM58 juta menjelang hari terakhir esok, dipacu oleh peningkatan jualan di semua pavilion negeri.Mohamad turut meluahkan rasa bangga terhadap belia khususnya bumiputera yang mula menceburi bidang pertanian moden secara sepenuh masa merangkumi sektor perikanan, penternakan serta penanaman nanas."Kita mahu mereka menjadikan sektor ini sebagai punca mata pencarian utama dan terus memperkasakan keterjaminan makanan negara



MDEC pacu digital AgTech, perkukuh aspirasi Negara AI 2030 - Sinarharian - 4/09 10:55 am

SERDANG - Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memperkukuh peranannya dalam memacu transformasi digital sektor agromakanan negara menerusi pelantikan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sebagai Pengesah Teknologi Digital Strategik Nasional dan Agensi Pelaksana Program Digital AgTech KPKM.Pelantikan yang diumumkan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 pada 30 Ogos lalu memperluas mandat MDEC dalam mempercepat penerimagunaan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital merentasi sektor agromakanan.Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Anuar Fariz Fadzil berkata, keterjaminan makanan dan pembangunan ekonomi digital merupakan dua agenda strategik negara yang saling berkait rapat.Menurutnya, pelantikan berkenaan merupakan satu kepercayaan besar kepada MDEC untuk memastikan teknologi digital dan AI diterjemahkan kepada manfaat nyata kepada sektor agromakanan dan rakyat."Matlamatnya jelas, iaitu membantu petani dan usahawan tani meningkatkan kecekapan, memperluas peluang pasaran serta memperkukuh daya tahan bekalan makanan negara."Melalui i-AGRI, BidFresh dan Agrovator@Sekolah, kami membina ekosistem yang menghubungkan data, inovasi, pembangunan bakat dan akses pasaran."Selaras dengan MD2030, usaha ini akan menyokong aspirasi Malaysia sebagai Negara AI menjelang 2030, di samping membuka lebih banyak peluang ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat," katanya.Terdahulu, majlis tersebut turut menyaksikan pelancaran tiga inisiatif strategik, iaitu Platform Pengadaptasian Teknologi Pertanian Digital (i-AGRI), Platform BidFresh dan Program Agrovator@Sekolah.Ketiga-tiga inisiatif itu saling melengkapi dalam memperkukuh ekosistem Digital AgTech negara melalui perancangan berasaskan data, peluasan akses pasaran dan pembangunan bakat masa hadapan.Usaha tersebut bertujuan meningkatkan produktiviti, mengoptimumkan penggunaan sumber, memperkukuh keterjaminan makanan serta melonjakkan daya saing industri.Pelaksanaan inisiatif-inisiatif tersebut menyokong agenda Malaysia Digital 2030 (MD2030) dan aspirasi Malaysia sebagai Negara AI menjelang 2030 dengan memperluas penggunaan teknologi digital dalam sektor ekonomi sebenar.Langkah itu juga selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dan Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030 (DKMN 2030).Usaha berkenaan diterajui oleh KPKM dengan kerjasama strategik antara Kementerian Digital, Kementerian Ekonomi, agensi berkaitan, penyedia teknologi, institusi pendidikan, pemain industri serta komuniti pertanian bagi memacu transformasi digital di seluruh rantaian nilai agromakanan negara.Sehingga kini, lebih 800 sistem Digital AgTech termasuk lebih 100 sistem berasaskan AI telah dipasang di seluruh negara oleh syarikat teknologi tempatan berstatus Malaysia Digital (MD).Pelaksanaannya merangkumi subsektor tanaman, ternakan, perikanan dan akuakultur, manakala lebih 30,000 peserta telah menerima latihan serta pendedahan teknologi Digital AgTech.Penyelesaian yang diterapkan merangkumi AI, Internet Kebendaan (IoT), automasi, sistem pemantauan pintar dan analisis data bagi membantu meningkatkan hasil pengeluaran, mengurangkan kos operasi serta memperkukuh kecekapan pengurusan ladang dan rantaian bekalan.



'Raja Penyu' akhirnya pulang, Sulong Chalil dapat 'rumah' baharu di Terengganu - Sinarharian - 3/09 2:35 pm

Ada pula yang datang untuk kita berikan tempat yang lebih selamat."Selepas hampir sembilan tahun tidak direkodkan mendarat di Terengganu, Raja Penyu kembali ke pantai kita. Penyu belimbing dipercayai mendarat dan bertelur di Pantai Gong Balai, Marang pada 1 September lalu."Sebanyak 44 biji telur ditemukan dan telah dipindahkan dengan selamat ke pusat penetasan di Rantau Abang," katanya menerusi hantaran di media sosial pada Khamis.Sebelum ini media melaporkan, selepas kali terakhir dilihat pada 2017, gergasi laut yang semakin pupus itu kembali mendarat dan bertelur pada Selasa lalu.Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Pang Nyukang berkata, kemunculan semula spesies penyu terbesar di dunia itu dilaporkan oleh kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Terengganu melalui analisis jejak merangkak fizikal bersaiz besar iaitu 2.1 meter lebar di atas pasir.Menurut beliau, pemeriksaan lanjut di lokasi berkenaan turut membawa kepada penemuan sarang telur spesies reptilia laut tersebut.Tidak terhenti setakat itu, gajah liar jantan yang dikenali sebagai 'Sulong Chalil' juga telah dipindahkan ke Taman Negara Terengganu melalui pintu masuk Tasik Kenyir, kawasan habitat hutan semula jadi yang sesuai untuk haiwan berkenaan.Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam kenyataan memaklumkan jabatan itu melaksanakan pemantauan dan usaha menyelamat, dengan pemindahan terbabit bertujuan menyediakan persekitaran lebih selamat serta mengurangkan risiko konflik dengan manusia dan kemalangan jalan raya.Dalam pada itu, Ahmad Samsuri menyifatkan kehadiran Sulong Chalil ke Terengganu sebagai 'tetamu' istimewa apabila gajah liar jantan dari Jalan Raya Timur-Barat itu kini telah dipindahkan ke penempatan baharu yang lebih sesuai."Dua cerita ini mengingatkan kita bahawa Terengganu bukan hanya kaya dengan keindahan alamnya, tetapi turut menjadi tempat penting untuk hidupan liar terus hidup dan dilindungi."Semoga Raja Penyu terus kembali ke pantai kita dan Sulong Chalil pula dapat menikmati kehidupan yang lebih aman di habitat baharunya



Lindungi sungai daripada ancaman perubahan iklim - Utusan - 3/09 8:00 am

AMAT membimbangkan apabila membaca laporan terkini mengenai Sungai Pahang yang semakin mengering sehingga orang ramai kini boleh berjalan melalui beberapa bahagian sungai yang sebelum ini diliputi air dan hanya boleh dilalui dengan bot. Sungai Pahang, yang sejak turun-temurun menyokong kehidupan masyarakat, aktiviti pertanian, pengangkutan, perikanan dan kehidupan seharian, kini menunjukkan tanda-tanda tekanan yang semakin serius



Tuna sirip kuning, belut antara tarikan MySE 2026 - Sinarharian - 2/09 12:48 am

SERDANG Pameran ikan tuna sirip kuning dari Labuan lengkap dengan demonstrasi pemotongan dan sesi uji rasa sashimi percuma menjadi antara tarikan di Pavilion Malaysia Fish and Seafood Exposition (MySE) 2026 sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) kali ini.Pengunjung juga berpeluang mengenali pelbagai spesies hasil laut menerusi Pameran Kingdom of Seafood dan mendekati belangkas menerusi pameran interaktif Touchpool Belangkas, selain menyaksikan pameran belut Anguilla bicolor yang memberi kelainan pada MySE edisi kali ini.Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, MySE bukan sekadar pameran berkaitan makanan laut, sebaliknya platform menghimpunkan keseluruhan ekosistem industri perikanan daripada sektor huluan hingga hiliran."Kepada para pengunjung, ambil peluang ini untuk mengenali pelbagai spesies hasil laut menerusi Pameran Kingdom of Seafood



Selepas 15 tahun ikan kanai muncul di Sungai Kuala - Mygazette - 2/09 8:05 am

# Selepas 15 tahun ikan kanai muncul di Sungai Kuala GEORGE TOWN - Penemuan seekor ikan kanai atau _Black Bass _(Lutjanus goldiei) di Sungai Kuala di sini, pada 30 Ogos lalu, mencatatkan penemuan jarang berlaku bagi spesies berkenaan di kawasan itu. Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan spesimen berkenaan berjaya ditangkap oleh nelayan tempatan di kawasan Sungai Kuala, sekali gus menjadi tangkapan pertama spesies itu direkodkan di kawasan berkenaan dalam tempoh kira-kira 15 tahun berdasarkan maklumat komuniti nelayan setempat



MAHA Trade Days 2026 catat MoU RM1.49 bilion - Sinarharian - 2/09 7:20 am

SERDANG Sebanyak 14 pertukaran memorandum persefahaman (MoU) bernilai keseluruhan RM1.49 bilion menjadi antara pencapaian utama pada pembukaan MAHA Trade Days 2026 pada Selasa, sekali gus mencerminkan keyakinan pelabur dan rakan strategik terhadap potensi serta prospek sektor agromakanan Malaysia di peringkat global.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu berkata, MAHA Trade Days 2026 merupakan platform penting untuk menghubungkan industri agromakanan Malaysia dengan pasaran, pelabur dan rakan perniagaan dari seluruh dunia.Menurutnya, MAHA 2026 yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September merupakan platform untuk mempamerkan keupayaan pertanian Malaysia, mempromosikan produk agromakanan, menggalakkan pelaburan serta mewujudkan peluang perniagaan kepada petani, nelayan, pengeluar ternakan dan perniagaan tempatan."MAHA Trade Days 2026 merupakan platform penting yang direka untuk menghubungkan industri agromakanan Malaysia dengan pasaran, pelabur dan rakan perniagaan dari seluruh dunia," katanya.MAHA Trade Days 2026 berlangsung dari 1 hingga 3 September 2026 di Dewan A dan B, MAEPS, Serdang dengan menghimpunkan hampir 2,000 pempamer yang mempunyai produk sedia eksport serta 40 pembeli antarabangsa terdiri daripada pemborong, pengedar dan peruncit dari pelbagai pasaran antarabangsa.Platform itu membuka peluang kepada pemain industri tempatan untuk meneroka pasaran baharu, memperluaskan pasaran sedia ada serta membina jaringan perniagaan dengan rakan strategik antarabangsa.Mohamad berkata, menerusi program MAHA Go Global, tumpuan bukan sahaja diberikan untuk mempamerkan keupayaan Malaysia, malah mewujudkan peluang kepada produk dan perniagaan tempatan untuk memasuki pasaran baharu serta bersaing di peringkat global.Program berkenaan merangkumi beberapa platform penting termasuk International Country Pavilion, Go Global Grow Local dan Business Matching yang direka untuk menggalakkan hubungan antara perniagaan Malaysia dengan rakan antarabangsa."Paling penting, kita mempunyai Hosted Buyer Programme yang melibatkan 40 pembeli jemputan antarabangsa dan 25 pembeli jemputan domestik bersama perniagaan Malaysia yang menyertai program Go Global Grow Local."Ini mewujudkan persekitaran khusus untuk padanan perniagaan, jaringan perniagaan dan potensi kerjasama komersial," katanya.Daripada keseluruhan 14 pertukaran MoU itu, nilai komitmen pelaburan dan perdagangan yang direkodkan adalah sebanyak RM1.49 bilion.Kerjasama yang dimeterai meliputi pelbagai subsektor strategik agromakanan termasuk input pertanian, pengeluaran dan pemprosesan hasil pertanian, industri ternakan, produk makanan halal, nanas, pembangunan produk pertanian serta teknologi dan pembangunan kapasiti.Antara kerjasama bernilai tinggi yang direkodkan ialah pembangunan loji pemprosesan nanas di Tukau, Miri, Sarawak bernilai RM1.031 bilion, selain kerjasama strategik dalam pengeluaran dan pengedaran produk pertanian, pengembangan kapasiti ladang ayam pedaging berteknologi tinggi serta pembangunan baja khusus bagi tanaman nanas.Mohamad berkata, Malaysia mempunyai keupayaan kukuh dalam sektor tanaman, perikanan, ternakan, hortikultur dan industri berasaskan makanan."Objektif kita adalah untuk bergerak melangkaui eksport komoditi dan membangunkan produk agromakanan bernilai tinggi, inovatif, berkualiti dan mampan untuk pasaran antarabangsa."Objektif ini selaras dengan strategi di bawah National Agrofood Policy 2.0 (NAP 2.0), kerangka strategik 10 tahun bagi sektor agromakanan sehingga 2030," katanya.Rangkaian penting ekosistemBeliau berkata, program MAHA Go Global menjadi jambatan penting antara ekosistem pertanian domestik dengan pasaran antarabangsa dengan menghimpunkan perniagaan Malaysia, pembeli, pelabur, institusi dan agensi kerajaan bagi meneroka peluang perdagangan, pelaburan serta kerjasama.Ia turut merangkumi kerjasama dalam teknologi, penyelidikan dan inovasi, akses pasaran serta pembangunan rantaian bekalan."Pertukaran MoU ini merupakan satu pencapaian penting dalam memperkukuh kerjasama strategik dalam sektor agromakanan."Lebih penting, ia mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat terhadap keupayaan agromakanan Malaysia serta komitmen untuk membina kerjasama bermakna yang mampu memperluaskan peluang pasaran, memperkukuh rantaian nilai dan mewujudkan lebih banyak peluang kepada petani, pengeluar serta pemain industri," katanya.Menurut beliau, kerjasama berkenaan perlu diterjemahkan kepada hasil yang bermakna menerusi peluang perdagangan, pelaburan, pemindahan teknologi dan akses pasaran, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan serta daya saing sektor agromakanan Malaysia.Nilai RM1.49 bilion yang direkodkan pada hari pertama itu merupakan sebahagian daripada sasaran keseluruhan RM8 bilion bagi nilai pelaburan dan perdagangan MAHA 2026.Sasaran tersebut mencerminkan aspirasi kementerian untuk menjadikan MAHA bukan sekadar platform pameran, tetapi medan strategik bagi menjana peluang perdagangan, menarik pelaburan dan memperluaskan akses pasaran antarabangsa untuk industri agromakanan Malaysia.Mohamad turut menggalakkan semua perniagaan Malaysia memanfaatkan sepenuhnya platform berkenaan untuk bertemu pembeli berpotensi, meneroka pasaran baharu dan membina kerjasama jangka panjang."Dengan produk berkualiti, pengetahuan yang tepat dan kesediaan memenuhi keperluan antarabangsa, marilah kita yakin untuk membawa produk agromakanan Malaysia ke seluruh dunia," katanya.MAHA Trade Days 2026 diharap dapat mencetuskan lebih banyak padanan perniagaan, peluang pelaburan, kerjasama teknologi dan akses pasaran baharu, sekali gus menyokong usaha memperkukuh daya saing industri agromakanan Malaysia serta meningkatkan kehadiran produk tempatan di pasaran global.



Jabatan Perikanan lancar eSPeKS, AquaTrack bantu urusan penternak akuakultur - Astroawani - 2/09 4:30 am

DOF melancarkandua aplikasi digital percuma, Elektronik Sistem Penyampaian Khidmat Sokongan Akuakultur (eSPeKS) dan AquaTrack bagi memudahkan penternak akuakultur.



MAHA Trade Days catat MoU RM1.49 bilion - Sinarharian - 1/09 3:46 pm

SERDANG Sebanyak 14 pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai keseluruhan RM1.49 bilion menjadi antara pencapaian utama pada pembukaan MAHA Trade Days 2026 hari ini, sekali gus mencerminkan keyakinan pelabur dan rakan strategik terhadap potensi serta prospek sektor agromakanan Malaysia di peringkat global.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata MAHA Trade Days 2026 merupakan platform penting untuk menghubungkan industri agromakanan Malaysia dengan pasaran, pelabur dan rakan perniagaan dari seluruh dunia.Menurutnya, MAHA 2026 yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September merupakan platform untuk mempamerkan keupayaan pertanian Malaysia, mempromosikan produk agromakanan, menggalakkan pelaburan serta mewujudkan peluang perniagaan kepada petani, nelayan, pengeluar ternakan dan perniagaan Malaysia."MAHA Trade Days 2026 merupakan platform penting yang direka untuk menghubungkan industri agromakanan Malaysia dengan pasaran, pelabur dan rakan perniagaan dari seluruh dunia," katanya.MAHA Trade Days 2026 berlangsung dari 1 hingga 3 September 2026 di Dewan A dan B, MAEPS, Serdang, dengan menghimpunkan hampir 2,000 pempamer yang mempunyai produk sedia eksport (export-ready) serta 40 international buyers terdiri daripada pemborong, pengedar dan peruncit daripada pelbagai pasaran antarabangsa.Platform itu membuka peluang kepada pemain industri tempatan untuk meneroka pasaran baharu, memperluaskan pasaran sedia ada serta membina jaringan perniagaan dengan rakan strategik antarabangsa.Mohamad berkata, melalui program MAHA Go Global, tumpuan bukan sahaja diberikan untuk mempamerkan apa yang mampu dihasilkan Malaysia, malah mewujudkan peluang kepada produk dan perniagaan tempatan memasuki pasaran baharu serta bersaing di peringkat global.Program berkenaan merangkumi beberapa platform penting termasuk International Country Pavilion, Go Global Grow Local dan Business Matching, yang direka untuk menggalakkan hubungan antara perniagaan Malaysia dengan rakan antarabangsa."Paling penting, kita mempunyai Hosted Buyer Programme yang melibatkan 40 international hosted buyers dan 25 domestic hosted buyers, bersama perniagaan Malaysia yang menyertai program Go Global Grow Local."Ini mewujudkan persekitaran khusus untuk business matching, jaringan perniagaan dan potensi kerjasama komersial," katanya.Daripada keseluruhan 14 pertukaran MoU tersebut, nilai komitmen pelaburan dan perdagangan yang direkodkan adalah sebanyak RM1.49 bilion.Kerjasama yang dimeterai meliputi pelbagai subsektor strategik agromakanan termasuk input pertanian, pengeluaran dan pemprosesan hasil pertanian, industri ternakan, produk makanan halal, nanas, pembangunan produk pertanian serta teknologi dan pembangunan kapasiti.Antara kerjasama bernilai tinggi yang direkodkan ialah pembangunan loji pemprosesan nanas di Tukau, Miri, Sarawak bernilai RM1.031 bilion, selain kerjasama strategik dalam pengeluaran dan pengedaran produk pertanian, pengembangan kapasiti ladang ayam pedaging berteknologi tinggi serta pembangunan baja khusus bagi tanaman nanas.Mohamad berkata, Malaysia mempunyai keupayaan kukuh dalam tanaman, perikanan, ternakan, hortikultur dan industri berasaskan makanan."Objektif kita adalah untuk bergerak melangkaui eksport komoditi dan membangunkan produk agromakanan bernilai tinggi, inovatif, berkualiti dan mampan untuk pasaran antarabangsa."Objektif ini selaras dengan strategi di bawah National Agrofood Policy 2.0 (NAP 2.0), kerangka strategik 10 tahun bagi sektor agromakanan sehingga 2030," katanya.Beliau berkata, program MAHA Go Global menjadi jambatan penting antara ekosistem pertanian domestik dengan pasaran antarabangsa dengan menghimpunkan perniagaan Malaysia, pembeli, pelabur, institusi dan agensi kerajaan bagi meneroka peluang perdagangan, pelaburan dan kerjasama.Pertukaran MoU itu turut merangkumi kerjasama dalam teknologi, penyelidikan dan inovasi, akses pasaran serta pembangunan rantaian bekalan."Pertukaran MoU ini merupakan satu pencapaian penting dalam memperkukuh kerjasama strategik dalam sektor agromakanan."Lebih penting, ia mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat terhadap keupayaan agromakanan Malaysia serta komitmen untuk membina kerjasama bermakna yang mampu memperluaskan peluang pasaran, memperkukuh rantaian nilai dan mewujudkan lebih banyak peluang kepada petani, pengeluar serta pemain industri," katanya.Menurut beliau, kerjasama berkenaan perlu diterjemahkan kepada hasil yang bermakna menerusi peluang perdagangan, pelaburan, pemindahan teknologi dan akses pasaran, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan dan daya saing sektor agromakanan Malaysia.Nilai RM1.49 bilion yang direkodkan pada hari pertama itu merupakan sebahagian daripada sasaran keseluruhan RM8 bilion bagi nilai pelaburan dan perdagangan MAHA 2026.Sasaran tersebut mencerminkan aspirasi Kementerian untuk menjadikan MAHA bukan sekadar platform pameran, tetapi medan strategik bagi menjana peluang perdagangan, menarik pelaburan dan memperluaskan akses pasaran antarabangsa bagi industri agromakanan Malaysia.Mohamad turut menggalakkan semua perniagaan Malaysia memanfaatkan sepenuhnya platform berkenaan untuk bertemu pembeli berpotensi, meneroka pasaran baharu dan membina kerjasama jangka panjang."Dengan produk berkualiti, pengetahuan yang tepat dan kesediaan memenuhi keperluan antarabangsa, marilah kita yakin untuk membawa produk agromakanan Malaysia ke seluruh dunia," katanya.MAHA Trade Days 2026 seterusnya diharap dapat mencetuskan lebih banyak padanan perniagaan, peluang pelaburan, kerjasama teknologi dan akses pasaran baharu, sekali gus menyokong usaha memperkukuh daya saing industri agromakanan Malaysia serta meningkatkan kehadiran produk tempatan di pasaran global.bergerak melangkaui eksport komoditi dan membangunkan produk agromakanan bernilai tinggi, inovatif, berkualiti dan mampan untuk pasaran antarabangsa."Objektif ini selaras dengan strategi di bawah National Agrofood Policy 2.0 (NAP 2.0), kerangka strategik 10 tahun bagi sektor agromakanan sehingga 2030," katanya.Beliau berkata, program MAHA Go Global menjadi jambatan penting antara ekosistem pertanian domestik dengan pasaran antarabangsa dengan menghimpunkan perniagaan Malaysia, pembeli, pelabur, institusi dan agensi kerajaan bagi meneroka peluang perdagangan, pelaburan dan kerjasama.Pertukaran MoU itu turut merangkumi kerjasama dalam teknologi, penyelidikan dan inovasi, akses pasaran serta pembangunan rantaian bekalan."Pertukaran MoU ini merupakan satu pencapaian penting dalam memperkukuh kerjasama strategik dalam sektor agromakanan."Lebih penting, ia mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat terhadap keupayaan agromakanan Malaysia serta komitmen untuk membina kerjasama bermakna yang mampu memperluaskan peluang pasaran, memperkukuh rantaian nilai dan mewujudkan lebih banyak peluang kepada petani, pengeluar serta pemain industri," katanya.Menurut beliau, kerjasama berkenaan perlu diterjemahkan kepada hasil yang bermakna menerusi peluang perdagangan, pelaburan, pemindahan teknologi dan akses pasaran, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan dan daya saing sektor agromakanan Malaysia.Nilai RM1.49 bilion yang direkodkan pada hari pertama itu merupakan sebahagian daripada sasaran keseluruhan RM8 bilion bagi nilai pelaburan dan perdagangan MAHA 2026.Sasaran tersebut mencerminkan aspirasi Kementerian untuk menjadikan MAHA bukan sekadar platform pameran, tetapi medan strategik bagi menjana peluang perdagangan, menarik pelaburan dan memperluaskan akses pasaran antarabangsa bagi industri agromakanan Malaysia.Mohamad turut menggalakkan semua perniagaan Malaysia memanfaatkan sepenuhnya platform berkenaan untuk bertemu pembeli berpotensi, meneroka pasaran baharu dan membina kerjasama jangka panjang."Dengan produk berkualiti, pengetahuan yang tepat dan kesediaan memenuhi keperluan antarabangsa, marilah kita yakin untuk membawa produk agromakanan Malaysia ke seluruh dunia," katanya.MAHA Trade Days 2026 seterusnya diharap dapat mencetuskan lebih banyak padanan perniagaan, peluang pelaburan, kerjasama teknologi dan akses pasaran baharu, sekali gus menyokong usaha memperkukuh daya saing industri agromakanan Malaysia serta meningkatkan kehadiran produk tempatan di pasaran global.



RM200 juta diperuntuk bagi modenisasi sektor perikanan tangkapan - Astroawani - 30/08 10:30 pm

Kerajaan memperuntukkan RM200 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi menyokong usaha memodenkan sektor perikanan tangkapan, termasuk penggantian vesel dan penggunaan peralatan menangkap ikan yang lebih mesra sumber.



MAHA 2026: Teknologi pertanian, pameran produk curi perhatian pengunjung - Sinarharian - 28/08 2:44 pm

Jadi, kali ini memang nampak banyak pembaharuan."Teknologi pertanian juga semakin berkembang, antaranya penggunaan dron yang mungkin tidak begitu biasa kita lihat sebelum ini," katanya yang berasal dari Kuala Terengganu.Bukan teknologi sahaja yang mencuri perhatian pasangan itu, malah kepelbagaian produk tempatan dan antarabangsa turut menjadi tarikan.Nurul Izanaa berkata, antara yang menarik perhatiannya ialah melon manis Terengganu yang mempunyai tekstur rangup selain ditawarkan dalam beberapa varieti."Sebelum ini mungkin kita hanya tahu nama melon, tetapi di sini kita dapat lihat pelbagai varieti dan mengetahui perbezaannya," katanya.Bagi Nurul Shahira Zulkarnain dari Rembau, Negeri Sembilan pula, MAHA menjadi pilihan untuk meluangkan masa bersama keluarga sambil melihat pelbagai jenis tanaman dan buah-buahan.Lebih menarik, kunjungan kali ini merupakan kali ketiga buatnya dan dia berhasrat untuk menjelajah sebanyak mungkin kawasan pameran."Memang kami merancang untuk jelajah habis. Banyak pokok buah-buahan yang menarik dan pilihan juga semakin banyak."Sasaran kami kali ini mungkin untuk membeli pokok buah-buahan yang lebih cantik untuk dibawa pulang," katanya.Menurutnya, suasana pada hari pertama juga lebih selesa kerana jumlah pengunjung tidak terlalu ramai, sekali gus memudahkan mereka bergerak dan melihat pameran dengan lebih santai.MAHA 2026 berlangsung selama 10 hari bermula Jumaat dengan menghimpunkan kira-kira 2,000 pempamer menerusi lima zon utama iaitu pertanian dan tanaman, hortikultur dan florikultur, perikanan dan akuakultur, ternakan dan haiwan kesayangan serta agropelancongan.Pengunjung juga boleh melihat pelbagai teknologi moden termasuk jentera pertanian, kenderaan berautomasi dan penggunaan dron dalam aktiviti seperti tanaman padi, nanas serta tembikai.Tidak ketinggalan, Pameran Agroteknologi, Pavilion Negeri, Fiesta dan Empayar Agromakanan, Agrosafari, Kota Keriangan Kanak-kanak serta Taman Magika yang menawarkan pengalaman berbeza untuk seisi keluarga.Pelbagai acara turut diadakan termasuk pertunjukan laser cahaya dan dron, Rewang Warisan, Sukan Rakyat, sambutan Ambang Merdeka serta Rhythm of The Farmers (ROTF).Penganjuran MAHA 2026 turut diserikan penyertaan antarabangsa antaranya Jepun, Korea Selatan dan Kenya dengan pameran teknologi moden termasuk kecerdasan buatan (AI) dalam sektor pertanian, selain membuka peluang padanan perniagaan antara pemain industri tempatan dan luar negara.



'Air biru' Sungai Perak kekal Kelas II, selamat digunakan - Sinarharian - 28/08 10:30 am

IPOH - Air Sungai Perak yang berubah warna kebiruan sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai disahkan masih berada dalam kategori Kelas II Indeks Kualiti Air (IKA) Malaysia sekali gus sesuai digunakan mengikut kegunaan awam.Kebimbangan orang ramai khususnya penduduk setempat turut timbul susulan aktiviti perlombongan di kawasan Sungai Rui sehingga mencetuskan persoalan sama ada aktiviti berkenaan mempunyai kaitan dengan perubahan warna air dan kejadian ikan mati.Pakar sains alam sekitar, Dr Abdul Rani Abdullah berkata, sampel air Sungai Perak yang diambil ketika fenomena air biru berlaku telah dianalisis berdasarkan lebih 30 parameter bagi menentukan keadaan sebenar kualiti air berkenaan.Menurutnya, hasil analisis mendapati hampir keseluruhan parameter yang diuji masih berada pada tahap yang membolehkan air sungai berkenaan digunakan bagi kegunaan yang ditetapkan di bawah Kelas II, termasuk rekreasi, perikanan serta sebagai sumber air mentah untuk dirawat."Bila kita kata selamat, kita kena tanya, selamat untuk apa? Kalau kita bercakap mengenai air mentah untuk dirawat melalui proses konvensional, berdasarkan data yang kita ada, kualitinya masih berada pada tahap yang membolehkan ia menjalani rawatan konvensional."Jika kualiti air itu sesuai untuk dirawat bagi tujuan bekalan air, saya boleh katakan ia juga selamat untuk sistem pertanian," katanya kepada media baru-baru ini.Bagaimanapun, Abdul Rani yang juga profesor adjung di Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menegaskan, status Kelas II tidak bermaksud air Sungai Perak boleh diminum secara terus tanpa melalui proses rawatan."Tidak ada air sungai yang sepatutnya diminum secara terus, ia perlu melalui proses rawatan terlebih dahulu," katanya.Ditanya mengenai insiden ikan mati, Abdul Rani memberitahu, berdasarkan data kualiti air yang diperoleh, kandungan logam yang direkodkan tidak menunjukkan tahap yang cukup tinggi untuk menjadi punca kematian ikan.Sebaliknya, pemerhatian awal mendapati kejadian itu lebih berkemungkinan mempunyai kaitan dengan peningkatan pepejal terampai khususnya selepas hujan lebat.Jabatan Perikanan Negeri Perak sebelum ini membuat persampelan air di tiga lokasi kes kematian ikan iaitu di Jeti Pulau Belayar dan Dataran Loma."Kalau kita lihat data, kandungan logam itu bukan pada tahap yang serius



Tukun tiruan perkaya habitat, sumber perikanan - Harakahdaily - 28/08 6:11 am

KOTA BHARU: Sebanyak 72 tukun tiruan akan dilabuhkan di perairan Kelantan sepanjang tahun ini dengan peruntukan RM1.7 juta, maklum Dato Tuan Mohd Saripuddin Tuan Ismail. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri itu berkata, usaha berkenaan penting untuk memperkayakan habitat serta meningkatkan sumber perikanan negeri



Pencemaran Kauluan: 80 peratus kerja pembersihan kawasan tercemar selesai - Mypress - 26/08 8:56 pm

TAMPARULI – Kira-kira 80 peratus kerja mengeringkan dan membersihkan kawasan yang sebelum ini tercemar akibat air daripada sistem biogas di Kampung Kauluan, di sini, telah diselesaikan. Menteri Pertanian, Perikanan dan…



Penyu kembali ke pantai Kelantan selepas 30 tahun menghilang - FMT - 25/08 3:40 pm

Penemuan anak-anak penyu di Pasir Puteh semalam 'petanda sangat positif', kata Jabatan Perikanan Kelantan.



183 anak penyu ditemui di Pantai Pachakan selepas tiga dekad - Utusan - 25/08 7:33 am

Daripada jumlah itu, 156 anak penyu yang menetas dan berada dalam keadaan sihat berjaya dilepaskan ke laut, manakala sebahagian telur lain didapati tidak menetas dan tidak matang. Pengarah Jabatan Perikanan ..



Maritim Perak tahan dua bot nelayan tanpa lesen - Mygazette - 24/08 3:57 pm

LUMUT Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menahan dua bot nelayan tempatan yang disyaki menjalankan aktiviti perikanan tanpa lesen sah serta menggunakan peralatan menangkap ikan dilarang dalam dua kejadian berasingan di perairan Perak




Reformasi     >>



Umno-Pas penderhaka sebenar terhadap institusi Raja, .. - Harapandaily
Setiausaha Pemuda AMANAH Nasional, Ustaz Shahir menyifatkan tindakan Umno dan Pas berkompolot untuk menjatuhkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai kebiadaban, pengkhianatan dan penderhakaan paling jelas terhadap institusi Raja. Beliau berkata, Umno, Pas dan Wawasan tidak boleh mengelak ..
Kroni     >>



Trump approval falls to record low of 32 per cent as .. - NST
WASHINGTON: President Donald Trumps approval rating fell to 32 per cent - the lowest of his political career - as his fellow Republicans soured on his handling of the cost of living amid the unpopular Iran war, a new Reuters/Ipsos poll found.
Tabloid     >>



Yasin Sulaiman Mohon Maaf, Tarik Balik Kenyataan - Rotikaya
Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman tampil memohon maaf kepada Jabatan Penjara Malaysia susulan kenyataannya dalam satu podcast. Menerusi video dimuat naik di Instagram, Yasin berkata perkongsiannya itu adalah berdasarkan apa... Baca selanjutnya → The post Yasin Sulaiman Mohon Maaf, Tarik ..
Tech     >>



Acer Googlebook 14 release - Intel Core Ultra Series 3 .. - Technave
Acer has officially released the Acer Googlebook 14 , the industry's first convertible Googlebook at USD899 (~RM3,665). Featuring up to an Intel Core Ultra 7 processor 355 with a 50 TOPS NPU, a 14-inch 3K OLED touchscreen, and seamless Android integration, early buyers receive 12 months of ..
World     >>



3 US media outlets file lawsuit after being barred .. - Cgtn
Three US news organizations CNN, MSNOW and Politico said on Monday that they are suing US President Donald Trump and several White House officials after being barred from entering the White House.
Motor Trend     >>



PROTON Lancar Proton Capital, Mudahkan Orang Ramai .. - Vocket
PROTON Holdings Bhd (PROTON) secara rasmi melancarkan Proton Capital, sebuah syarikat pembiayaan automotif baharu yang ditubuhkan khas bagi meluaskan akses serta menawarkan lebih banyak pilihan... The post PROTON Lancar Proton Capital, Mudahkan Orang Ramai Miliki Kereta appeared first on VOCKET .