| /// |
|
| Search : Peraturan News | Page 1 |
|
213 GRO warga asing ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan - Mygazette - 15/05 7:48 am Pemilik premis akan dituduh di bawah Seksyen 11(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Johor (ENJ) 4/98 serta Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 kerana membenarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) berada di premis. Seramai 103 wanita asing akan didakwa mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63, sembilan orang di bawah Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa, manakala dua lagi di bawah Seksyen 6(1)(c) akta yang sama kerana tiada dokumen perjalanan sah, katanya |
|
Ops Noda: 213 GRO warga asing, 3 lelaki tempatan ditahan - Sinarharian - 14/05 11:56 pm JOHOR BAHRU - Sebanyak 213 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) serta tiga lelaki tempatan ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini, 3 Mei lepas.Pemangku Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat berkata, dalam serbuan Ops Noda kira-kira 2.30 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor telah menyerbu premis pusat hiburan di sekitar bandar raya ini.Menurut beliau, tiga lelaki tempatan yang ditahan itu berusia 22 hingga 36 tahun, manakala wanita warga asing pula berusia 19 hingga 45 tahun."Selain tangkapan tersebut, pihak polis turut menahan seorang lagi lelaki warga tempatan kerana mempunyai rekod dikehendaki berkaitan kesalahan dadah."Hasil semakan mendapati ketiga-tiga suspek warga tempatan tersebut mempunyai rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan awal air kencing ke atas semua suspek yang ditahan adalah negatif dan bebas daripada dadah," katanya dalam kenyataan malam ini.Chuan Huat berkata, suspek warga tempatan telah direman selama empat hari bermula 3 hingga 6 Mei di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah, manakala suspek warga asing direman 14 hari, hingga 15 Mei di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63.Beliau berkata, polis turut merampas dua telefon bimbit, 10 keping kertas catatan jualan kalung bunga dan dua buah mesin e-dompet semasa serbuan dilakukan.Kertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor dengan arahan pemilik premis akan dituduh mengikut Seksyen 11(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Johor 4/98 serta Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63."Bagi warga asing pula, sebanyak 103 wanita akan dituduh di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63, sembilan orang di bawah Seksyen 15(1)(c) dan dua lagi di bawah Seksyen 6(1)(c) akta yang sama," katanya.Kesemua suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru esok, manakala baki tangkapan yang memiliki dokumen perjalanan sah serta tidak melakukan kesalahan lain akan dibebaskan. |
|
Ops Pandan: JPN tahan 26 warga Indonesia guna MyKad palsu Ops Pandan: JPN .. - Mygazette - 14/05 3:46 pm Daripada jumlah yang diperiksa, 108 adalah warganegara Malaysia manakala 26 individu lagi dipercayai warga Indonesia yang didapati memiliki kad pengenalan palsu bagi tujuan bekerja di cawangan syarikat pakaian terbabit. Kesemua mereka dibawa ke JPN Putrajaya bagi siasatan lanjut mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya, katanya ketika ditemui selepas mengetuai serbuan itu |
|
43 warga asing diberkas dalam serbuan di kilang perabot, rumah pekerja - Mygazette - 14/05 3:46 pm "Operasi tersebut melibatkan pemeriksaan di beberapa lokasi tumpuan termasuk kilang perabot serta rumah-rumah yang dijadikan penempatan pekerja asing. "Tindakan ini dijalankan bagi mengesan warga asing yang melakukan pelanggaran di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta majikan yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan," katanya dalam kenyataan hari ini |
|
43 warga asing ditahan, cuba loloskan diri ketika serbuan Imigresen - Sinarharian - 14/05 3:13 pm MUAR Tindakan sebahagian pekerja asing yang cuba melarikan diri dan bersembunyi di beberapa lokasi dalam kawasan kilang mencetuskan suasana kecoh ketika operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor di sini pada Selasa.Operasi bersepadu yang melibatkan pegawai penguat kuasa dari cawangan Muar, Segamat dan Batu Pahat itu dijalankan antara jam 9 pagi hingga 10 malam.Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi berkenaan melibatkan pemeriksaan di beberapa lokasi tumpuan termasuk kilang perabot serta kediaman yang dijadikan penempatan pekerja asing.Menurutnya, serbuan itu bertujuan mengesan warga asing yang melakukan pelanggaran di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, selain majikan yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan."Ketika operasi dijalankan, suasana menjadi kecoh apabila sebahagian pekerja cuba melarikan diri dan bersembunyi di beberapa lokasi dalam kawasan kilang."Bagaimanapun, tindakan pantas anggota penguat kuasa berjaya menutup semua laluan keluar sekali gus menggagalkan cubaan meloloskan diri," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua 43 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen."Mereka terdiri daripada 15 lelaki dewasa warga Bangladesh, seorang lelaki dewasa Pakistan, lapan lelaki dewasa Myanmar, lapan lelaki dewasa Nepal, lima lelaki dewasa China serta tiga wanita dewasa Indonesia."Turut ditahan ialah seorang kanak-kanak perempuan Indonesia, seorang kanak-kanak perempuan Bangladesh dan seorang perempuan dewasa Myanmar berusia antara 14 hingga 62 tahun," jelasnya.Mohd |
|
Warga asing beli MyKad palsu RM300 untuk cari kerja - Sinarharian - 14/05 2:51 pm Sebab saya terpaksa mahu kerja jadi saya buat sahaja," katanya.Sementara itu, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JPN Putrajaya, Mazhad Abd Aziz berkata, kesemua warga asing berkenaan ditahan kerana disyaki menggunakan MyKad palsu dan MyKad milik individu lain untuk mendapatkan pekerjaan di kilang itu.Katanya, berdasarkan siasatan awal, pihaknya mengesan beberapa individu yang menyewa MyKad milik orang lain pada harga serendah RM50 bagi tujuan permohonan pekerjaan menerusi syarikat sumber manusia."Kita akan tangkap dan bawa ke JPN Putrajaya untuk siasat lebih terperinci dan kalau didapati ada kesalahan kita akan dakwa."Sebanyak 26 tangkapan terdiri daripada 20 wanita dan enam lelaki, di mana pemeriksaan awal mendapati mereka warga Indonesia. Kesemuanya akan disiasat di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990," katanya. |
|
Majikan warga China gaji pekerja senegara tanpa permit di kilang kusyen... - Mygazette - 14/05 8:36 am Operasi bermula 12.30 tengah hari itu dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya selepas risikan selama seminggu dilakukan ke atas premis yang dimiliki dan diuruskan majikan warga China. "Seramai 16 warga asing termasuk majikan warga China dan Myanmar berumur di antara 26 hingga 35 tahun telah ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 |
|
74 PATI dalam sektor perkhidmatan ditahan dalam operasi besar-besaran di .. - Mygazette - 14/05 8:36 am "Hasil pemeriksaan, seramai 74 warga asing terdiri dari warga Indonesia, Myanmar, Nepal, Bangladesh, India, Pakistan dan China berumur di antara 23 hingga 45 tahun telah ditahan. "Mereka dikesan melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya dalam kenyataan hari ini |
|
Tragedi FRU Teluk Intan jadi pengajaran, polis perkemas SOP penugasan - Mygazette - 13/05 10:15 pm "Kita telah membuat banyak penambahbaikan dan memperkemaskan SOP dalam melaksanakan penugasan terutama yang melibatkan konvoi besar. Saya percaya dengan peningkatan SOP dan peraturan yang ditetapkan, kita dapat mengurangkan kemalangan bukan sahaja ketika bertugas tetapi juga semasa berada di jalan raya, katanya |
|
Kilang kusyen kereta guna pekerja asing tanpa permit diserbu - Sinarharian - 13/05 9:16 pm PUTRAJAYA - Kegiatan sebuah kilang pengubahsuaian dan pembekal kusyen kereta yang dipercayai menggaji warga asing tanpa permit sah terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi Ops Mahir di Seri Kembangan Selangor pada Selasa.Serbuan itu dilakukan Bahagian Penguatkuasaan JIM Putrajaya kira-kira jam 12.30 tengah hari hasil risikan selama seminggu terhadap premis berkenaan.Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, premis itu dipercayai dimiliki dan diuruskan seorang majikan warga China yang sengaja menggaji warga asing tanpa dokumen dan permit kerja sah."Kebanyakan pekerja yang diambil bekerja terdiri daripada rakan senegara warga China," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Lokman berkata, pasukan serbuan melibatkan 17 pegawai pelbagai pangkat telah melakukan pemeriksaan terhadap 24 individu terdiri daripada 21 warga asing dan tiga warga tempatan."Hasil pemeriksaan membawa kepada penahanan 16 warga asing termasuk majikan warga China dan Myanmar berusia antara 26 hingga 35 tahun atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya.Beliau berkata, tiga Borang 29 saman kepada saksi turut dikeluarkan kepada warga tempatan bagi membantu siasatan."Kesemua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen untuk tindakan dan siasatan lanjut," katanya.Tambah beliau, JIM tidak akan berkompromi terhadap warga asing yang menjalankan perniagaan secara haram, tinggal lebih masa serta menyalahgunakan pas di negara ini."Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI)," katanya. |
|
Polis perkemas SOP penugasan elak kemalangan libat anggota FRU - Sinarharian - 13/05 5:04 pm KUALA LUMPUR Polis memperkemaskan prosedur operasi standard (SOP) penugasan bagi mengelak tragedi kemalangan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan ChikusSungai Lampam, Teluk Intan, Perak pada 13 Mei tahun lalu berulang.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, penambahbaikan itu terutama membabitkan penugasan konvoi selain memastikan setiap anggota mematuhi SOP yang telah ditetapkan."Kita telah membuat banyak penambahbaikan dan memperkemaskan SOP dalam melaksanakan penugasan terutama yang melibatkan konvoi besar."Saya percaya dengan peningkatan SOP dan peraturan yang ditetapkan, kita dapat mengurangkan kemalangan bukan sahaja ketika bertugas tetapi juga semasa berada di jalan raya," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis penutup PDRM Special Dialogue V 2026 (PSD V 2026) di sini pada Rabu.Mengulas lanjut, Mohd Khalid berkata, pihaknya juga sentiasa meningkatkan aspek logistik dan peralatan pasukan tersebut."Perkara itu memang kita tingkatkan dari semasa ke semasa dan pada masa sama kita menerima peruntukan daripada kerajaan untuk mempertingkatkan peralatan serta logistik termasuk kenderaan baharu," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, kebajikan keluarga mangsa yang terlibat turut diberi perhatian termasuk bantuan keperluan serta perlindungan insurans."Setakat ini, alhamdulillah, segala bantuan keperluan dan insurans telah dilaksanakan dengan baik dan sempurna."Jika ada kekurangan, keluarga boleh berhubung dengan ketua polis negeri masing-masing," katanya.Tragedi kemalangan itu mengorbankan sembilan anggota FRU.Dalam kejadian sekitar jam 8.50 pagi itu, trak membawa 18 anggota FRU Unit 5 Kem Sungai Senam, Ipoh dirempuh sebuah lori bermuatan batu kerikil yang memasuki laluan trak FRU yang sedang mengikuti konvoi dalam perjalanan pulang dari Teluk Intan ke Ipoh. |
|
SPRM terbuka terima aduan rasuah - Sinarharian - 13/05 4:33 pm KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terbuka menerima sebarang aduan dan maklumat berkaitan rasuah daripada mana-mana pihak tanpa mengira kedudukan atau latar belakang individu terbabit.SPRM menerusi kenyataan memaklumkan, dakwaan kononnya suruhanjaya itu menghalang mana-mana individu daripada membuat aduan adalah tidak benar.Menurutnya, dakwaan berkenaan juga disifatkan sebagai cubaan mewujudkan persepsi negatif terhadap prosedur penguatkuasaan serta tatacara keselamatan yang diamalkan SPRM."Setiap proses pengaduan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) serta protokol keselamatan yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan premis, kelancaran urusan rasmi dan perlindungan maklumat."Kawalan kemasukan ke premis SPRM adalah amalan standard yang dilaksanakan secara konsisten kepada semua pengunjung dan tidak bersifat diskriminatif atau bertujuan menghalang mana-mana pihak membuat laporan," katanya pada Selasa.Menurut SPRM, premis suruhanjaya itu turut tertakluk kepada peruntukan Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 [Akta 298].Katanya, akta berkenaan memperuntukkan hanya individu yang mempunyai kebenaran, pas atau permit sah dibenarkan memasuki kawasan terbabit serta tertakluk kepada arahan dan pemeriksaan keselamatan oleh pegawai berkuasa."SPRM juga menegaskan bahawa tiada sebarang isu gender seperti yang didakwa dalam proses rakaman aduan atau pengambilan keterangan."Pegawai yang menjalankan tugas adalah tertakluk kepada profesionalisme, etika dan tatacara siasatan yang ditetapkan di bawah undang-undang serta peraturan dalaman suruhanjaya," katanya.Dalam pada itu, SPRM menolak sekeras-kerasnya cubaan memanipulasi SOP keselamatan dan prosedur penguatkuasaan bagi membina naratif kononnya suruhanjaya itu cuba menyekat atau menghalang proses pengaduan."SPRM kekal komited melaksanakan tanggungjawab secara profesional, bebas dan berintegriti selaras dengan peruntukan undang-undang serta prinsip keadilan," jelasnya. |
|
Syarikat borong, bekal hasil laut tidak mengaku seleweng diesel subsidi lebih RM3.3 juta - Sinarharian - 13/05 4:08 pm KUANTAN - Sebuah syarikat pemborong dan bekalan hasil laut dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas 164 pertuduhan kerana menyeleweng minyak diesel bersubsidi bernilai lebih RM3.3 juta.Syarikat Atong Fishing Sdn Bhd yang diwakili oleh tiga pengarahnya iaitu Cheng Chor Tong, 71; Cheng Thee Yong, 49, dan Cheng Thee How, 46, sebagai orang kena saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.Berdasarkan kesemua pertuduhan, syarikat terbabit didakwa tanpa lesen borong telah berurusan iaitu membeli secara borong barang kawalan yang merupakan barang berjadual iaitu lebih dua juta liter minyak diesel daripada Persatuan Nelayan Kawasan.Menurutnya, resit rasmi persatuan berkenaan, pecahan jumlah pembelian yang terlibat adalah bermula sekitar RM9,900 iaitu nilai bagi 6,000 liter minyak diesel bersubsidi hingga RM101,755.55 iaitu nilai bagi 61,670.03 liter minyak diesel bersubsidi.Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Feri Lama, Kampung Tanjung Gemuk, Kuala Rompin dalam tempoh bermula pada 8 Januari 2024 hingga 13 Januari 2025.Syarikat tersebut didakwa telah melanggar Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang merupakan kesalahan di bawah Subperaturan 21 (1) Peraturan sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22(2) Akta Kawalan Bekalan 1961.Selain itu, syarikat berkenaan turut didakwa sebagai pemegang permit barang kawalan berjadual didapati gagal mematuhi syarat permit barang kawalan berjadual apabila menyimpan minyak diesel melebihi had 60,000 liter yang dibenarkan dalam permit.Bagi kesalahan tersebut, syarikat itu telah melakukan kesalahan melanggar Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang merupakan kesalahan di bawah Peraturan 21 (1) Peraturan-Peraturan sama yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 22(2) Akta yang sama iaitu denda sehingga RM2 juta.Pendakwaaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Munirah Shamsuddin @Baharum dan Mohd Sophian Zakaria manakala peguam Anasuha Atiqah Mat Saidi mewakili syarikat terbabit.Mahkamah kemudian membenarkan kesemua pengarah diikat jamin RM45,000 bagi setiap seorang dengan syarat tambahan perlu melaporkan diri di KPDN Pahang pada awal bulan.OKS turut diarahkan menyerah posport ke mahkamah hingga selesai dan kes sebut semula pada 4 Jun depan. |
|
Pemilik kedai runcit didenda RM16,000 jual rokok tiada label, bawah harga minimum - Sinarharian - 13/05 2:01 pm KEMAMAN - Tindakan seorang pemilik kedai runcit menjual rokok tanpa label amaran kesihatan serta di bawah harga minimum RM12 sekotak membawa padah apabila didenda RM16,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.Hukuman tersebut diputuskan Majistret Marsha Abdul Malik selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.Mengikut pertuduhan pertama, premis berkenaan didapati menjual produk tembakau jenama Surya Gudang Garam dalam bungkusan yang tidak mempunyai label amaran kesihatan sebagaimana yang ditetapkan.Bagi pertuduhan kedua, pemilik premis itu didapati menjual rokok jenama Surya Gudang Garam pada harga RM9 dan jenama Bosston pada harga RM6 sekotak, sekali gus melanggar ketetapan harga jualan minimum RM12 bagi setiap paket.Kesalahan tersebut dilakukan di sebuah premis di Kampung Tengah, Chukai, kira-kira jam 11.30 pagi pada 27 Oktober 2025.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 10(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), dibaca bersama Peraturan 5(a) dan Peraturan 9(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Kawalan Penjualan) 2024.Sabit kesalahan pelaku boleh dihukum di bawah Seksyen 10(2)(a)(i) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali.Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh membayar denda RM8,000 bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlah keseluruhan denda sebanyak RM16,000.Kes berkenaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mohd Azman Mohd Ramli. |
|
Taman Eko Rimba Ulu Bendul ditutup sementara susulan kes disyaki kencing... - Mygazette - 13/05 6:26 am Semalam, kami menerima laporan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah yang memaklumkan terdapat dua kes disyaki kencing tikus berlaku di pusat rekreasi berkenaan. "Sehubungan itu, orang awam dilarang menceroboh masuk ke kawasan itu sepanjang tempoh penutupan dan kegagalan mematuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah peraturan sedia ada |
|
Pelaksanaan Jaminan Bank ke atas agensi pelancongan, umrah ditangguhkan - Sinarharian - 12/05 7:45 pm PUTRAJAYA Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menangguhkan pelaksanaan Jaminan Bank ke atas syarikat agensi pelancongan outbound dan umrah daripada 15 Mei 2026 kepada 1 Januari 2027, susulan pertimbangan semasa melibatkan keadaan industri serta faktor luaran global.Menerusi kenyataan MOTAC memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan maklumbalas pelbagai pihak berkepentingan termasuklah persatuan industri serta merupakan langkah berasaskan kepentingan awam demi mengimbangkan perlindungan terhadap pelancong dan kelangsungan industri." Susulan konflik yang berlaku di Asia Tengah yang memberi kesan terhadap industri pelancongan di peringkat global, termasuk operasi dan kedudukan kewangan sebahagian pemain industri, MOTAC telah mengambil keputusan untuk menetapkan tarikh baharu pelaksanaan Jaminan Bank tersebut iaitu pada 1 Januari 2027 bagi memastikan pelaksanaan mekanisme ini dapat dilaksanakan secara lebih teratur, berdaya maju dan mengambil kira tahap kesiapsiagaan industri, tanpa menjejaskan matlamat asal kawal selia di bawah perundangan yang sedang berkuat kuasa," katanya pada Selasa.Sebelum ini, Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing mengarahkan mekanisme jaminan bank dilaksanakan segera sebagai syarat mandatori kepada agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah.Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan wang jemaah sentiasa dilindungi dan pampasan dapat disalurkan tanpa kelewatan sekiranya berlaku penipuan, kecuaian atau kegagalan agensi melaksanakan sesuatu pakej umrah.Pelaksanaan Jaminan Bank ke atas syarikat agensi pelancongan yang menjalankan aktiviti outbound dan umrah merupakan salah satu mekanisme penting yang diperkenalkan oleh kementerian bagi memperkukuh perlindungan pengguna serta membendung kes penipuan yang sering berlaku dalam urusan pelancongan dan umrah selaras dengan kehendak di bawah peraturan 6 (1)(m) Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan) 1992 [P.U |
|
Henti kenyataan tak benar, jejas kredibiliti DUN Pahang – Speaker - Mygazette - 12/05 7:33 pm Selain itu, beliau turut menegaskan dakwaan bahawa penetapan tarikh embargo pada hari terakhir persidangan menghalang ruang perbahasan adalah tidak tepat sama sekali. "Sekiranya Ahli Yang Berhormat berasakan sesuatu laporan itu perlu dibahaskan, Ahli Yang Berhormat boleh mengemukakan usul secara rasmi bagi membolehkan ia dipertimbang untuk dibawa dan dimasukkan dalam aturan mesyuarat yang akan datang selaras dengan Perkara 27 (3), Peraturan Mesyuarat Dewan |
|
Lori Thailand bawa lebih 6 tan tepung dirampas AKPS Bukit Kayu... - Mygazette - 12/05 7:33 pm Tambah beliau, kesemua barang dagangan rampsan membabitkan nilai keseluruhan dianggarkan sebanyak RM50,240 dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 133(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana membuat pengikraran tidak benar berkaitan dagangan yang dibawa masuk ke negara ini. "AKPS akan terus memperketatkan kawalan di pintu masuk negara bagi memastikan setiap dagangan yang dibawa masuk mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan |
|
Semua ADUN perlu patuh peraturan Dewan - Mypress - 12/05 6:37 pm KUANTAN Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diminta mematuhi peraturan mesyuarat serta tidak membuat hebahan luar yang boleh menjejaskan imej institusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang |
|
AKPS rampas 6,280 kg tepung - Sinarharian - 12/05 4:53 pm BUKIT KAYU HITAM - Sebanyak 314 beg mengandungi 6,280 kilogram tepung dengan anggaran nilai RM50,240 dirampas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di sini kerana dikesan sebagai barangan dagangan tidak diikrar.Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Fauzi Mohd Yusof berkata, beg berkenaan dikesan semasa pemeriksaan dijalankan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).Menurutnya, hasil pemeriksaan, pihaknya berjaya menahan sebuah lori bernombor pendaftaran Thailand yang disyaki membawa dagangan terbabit semasa melalui Bay Pemeriksaan Import, Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam pada jam 3.50 petang."Pemeriksaan lanjut dijalankan oleh sepasukan pegawai AKPS selepas imej imbasan mesin X-ray menunjukkan terdapat ketidakselarasan pada muatan lori berkenaan."Hasil pemeriksaan mendapati terdapat sejumlah barangan dagangan dipercayai tidak diikrar dan disembunyikan di sebalik barang yang telah diikrarkan dalam dokumen kastam bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa," katanya.Kes disiasat bawah Seksyen 133(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana membuat pengikraran tidak benar berkaitan dagangan yang dibawa masuk ke negara ini.Menurutnya Fauzi, AKPS akan terus memperketatkan kawalan di pintu masuk negara bagi memastikan setiap dagangan yang dibawa masuk mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan.Jelasnya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mengelak cukai atau membuat pengikraran palsu. |
|
CAAM sahkan insiden pesawat DA-40 di Langkawi - Sinarharian - 12/05 1:19 pm PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan satu insiden melibatkan sebuah pesawat Diamond Aircraft model DA-40 dengan nombor pendaftaran 9M-HMJ, ketika menjalani penerbangan latihan.CAAM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pesawat tersebut, telah melakukan pendaratan cemas di sekitar Kuah, Langkawi, Kedahpada Selasa."Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 9.54 pagi untuk penerbangan latihan yang dijadualkan dan komunikasi terakhir dengan Menara Kawalan Trafik Udara Langkawi direkodkan pada jam 10.29 pagi," menurut kenyataan itu.Menurut CAAM, terdapat dua orang di dalam pesawat, termasuk juruterbang dan kedua-duanya dilaporkan selamat.Siasatan terhadap insiden itu akan dijalankan Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan, selaras dengan Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.- Bernama |
|
Hanya Kerana Pandu Kereta Kecil, Pemilik Axia Dakwa Sering Dibuli Di Jalan Raya - Vocket - 12/05 10:04 am Pernah tak anda rasa macam wujud satu ‘peraturan khas’ yang tak tertulis di jalan raya Malaysia ni: Makin kecil kereta anda, makin berani kereta besar.. |
|
Penunggang motosikal maut, polis cari pemandu lori - Sinarharian - 11/05 4:43 pm KAJANG - Polis giat mengesan pemandu lori yang dipercayai menyebabkan kemalangan maut seorang penunggang motosikal di Jalan Desa Serdang di sini, Sabtu lalu.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian kira-kira jam 9 malam itu berlaku apabila lori jenis bonded masuk simpang dari jalan utama secara cuai.Menurutnya, penunggang motosikal jenis Honda Wave yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak sebelum bergesel dengan lori tersebut dan terjatuh."Mangsa hanya dijumpai oleh orang awam selepas kejadian dan dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk rawatan."Mangsa iaitu lelaki tempatan berusia 65 tahun disahkan meninggal dunia di hospital pada keesokan hari akibat 'Severe Traumatic Brain Injury'," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kilang berdekatan mengesahkan kejadian tersebut.Bagaimanapun katanya, nombor pendaftaran lori tidak dapat dikenal pasti dengan jelas dan pihak polis sedang mengesan pemandu tersebut untuk membantu siasatan."Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502," ujarnya.Naazron turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya mengamalkan pemanduan yang berhemah, sentiasa mematuhi peraturan jalan raya serta berhati-hati semasa memandu.Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
|
Penganggur mengaku salah milik 3,455 liter diesel tanpa lesen - Mygazette - 11/05 4:24 pm Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks Penyimpanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Pulau Pinang di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak dalam daerah Seberang Perai Tengah, jam 11 malam pada 5 Mei lalu. Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, yang dibaca bersama Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen22(1) akta sama |
|
Taktik 'handcarry luggage di KLIA cuba seludup dadah - Sinarharian - 11/05 10:40 am SEPANG - Tiga dicekup berasingan dipercayai cuba menyeludup keluar dadah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.Pengarah Kastam KLIA, Zulkifli Muhammad berkata, kes pertama direkodkan pada 24 April lalu melibatkan tangkapan seorang lelaki tempatan di Pintu Pelepasan Terminal 1 KLIA ketika hendak menaiki penerbangan ke Hong Kong.Menurutnya, tangkapan kira-kira jam 9.20 pagi oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA dilakukan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Penerbangan (AVSEC) Malaysia Airports KLIA."Hasil imbasan ke atas bagasi yang dibawa lelaki itu mendapati imej yang mencurigakan sebelum pemeriksaan lanjut menemukan disyaki dadah jenis ketamin dengan berat kasar 3.6719 kilogram (kg) bernilai RM183,595."Modus operandi yang dikesan ialah menggunakan 'handcarry luggage bagi mengaburi mata pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Dalam kes kedua, dua wanita tempatan ditahan Pintu Pelepasan Antarabangsa Terminal 1, KLIA pada 27 April lalu ketika hendak menaiki penerbangan ke Taipei, Taiwan.Katanya, imbasan bagasi kedua-dua wanita terbabit mengesan imej mencurigakan sebelum penemuan disyaki dadah ketamin dengan berat kasar 4.4836 kg bernilai RM224,180."Kedua-dua kes ini masih dalam siasatan untuk tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya.Dalam kes berlainan, JKDM KLIA bertindak menahan seorang pengembara warga Indonesia di Ruang Pelepasan Pintu Antarabangsa Terminal 1 KLIA pada 2 April lalu, kerana disyaki membawa keluar mata wang Malaysia tanpa membuat pengisytiharan.Jelasnya, tangkapan dengan kerjasama AVSEC itu mendapati pengembara terbabit gagal membuat pengikraran di dalam Borang Kastam 7 ke atas amaun tunai yang hendak dibawa keluar dari Malaysia dan melanggar Peraturan 55(1)(b) Peraturan Kastam 2019 di mana mengehendaki pelancong yang ingin membawa masuk atau keluar amaun tunai dan instrumen boleh niaga bersamaan atau melebihi AS$10,000 ke dalam atau ke luar Malaysia dikehendaki mengikrarkannya."Pemeriksaan ke atas bagasi miliknya menemui wang tunai RM129,500 yang disembunyikan dalam beg plastik hitam," ujarnya |
|
Dasar baharu bakal singkirkan EV mampu milik dari pasaran Malaysia - Mygazette - 11/05 7:52 am Kenyataan itu turut memberitahu bahawa pelarasan ini telah dimaklumkan kepada syarikat induk francais AP melalui sesi penglibatan yang diadakan pada 30 April tahun ini. Bagaimanapun,dengan mengambil kira bahawa sesetengah syarikat masih mempunyai stok kenderaan yang tinggal, termasuk stok sedia ada, yang berada di pelabuhan dan dalam transit, ia akan membenarkan stok tersebut dijual mengikut peraturan dalam tempoh pengecualian khas sehingga stok tersebut habis |
|
Jangan main keluar masuk Makkah, boleh kena dam seekor kambing - Mygazette - 11/05 7:52 am Pakar Rujuk Haji, Lembaga Tabung Haji, Dr. Mohd Sirajuddin Siswadi Putera Mohamed Shith berkata, jemaah haji yang keluar dari Makkah ke lokasi seperti Taif sebelum wukuf perlu memahami implikasi hukum dan peraturan ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi bagi mengelakkan timbul isu ibadah dan masalah keselamatan |
|
Kelab Liga-M perlu pilih import berkualiti - Sinarharian - 10/05 9:58 pm DOMINASI pemain import dalam Liga Malaysia (Liga-M) kembali hangat diperdebatkan apabila ada pihak menggesa Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menilai semula pelaksanaan kuota pemain asing bagi menjaga keseimbangan pembangunan pemain tempatan.Ahli Lembaga Pengarah MFL, Mustaza Ahmad bagaimanapun menegaskan, isu utama bukan terletak pada jumlah pemain import, sebaliknya kemampuan kelab memilih pemain berkualiti yang benar-benar mampu memperkukuh prestasi pasukan dalam Liga Super.Menurutnya, terdapat kelab yang memiliki ramai pemain import namun gagal menyerlah, manakala pasukan dengan jumlah import lebih kecil pula mampu mencatat keputusan lebih baik dalam saingan liga domestik."Pemain import yang gagal memenuhi standard permainan tidak akan memberi impak kepada pasukan biarpun kuota maksimum digunakan sepenuhnya oleh sesebuah kelab."Cabaran sebenar ketika ini ialah keupayaan pengurusan kelab mengenal pasti pemain import yang benar-benar menepati corak permainan serta keperluan taktikal pasukan," katanya.Mustaza berkata, perubahan landskap bola sepak moden menuntut setiap liga bergerak seiring dengan peningkatan tahap persaingan, khususnya bagi memenuhi standard kejohanan peringkat Asia.Berdasarkan peraturan MFL, setiap kelab Liga Super dibenarkan mendaftar 15 pemain import, namun hanya enam boleh diturunkan serentak di atas padang dalam satu masa.Komposisi itu membabitkan empat pemain import terbuka, satu kuota Asia dan satu kuota ASEAN, selain tiga lagi dibenarkan berada di bangku simpanan ketika perlawanan.Mustaza berkata, liga luar seperti Thai League 1 dan Liga 1 Indonesia turut meningkatkan kuota pemain import bagi menyesuaikan diri dengan kehendak bola sepak moden.Menurutnya, langkah itu membuktikan kebanyakan liga serantau kini bergerak ke arah memperkukuh daya saing bagi memastikan standard pertandingan terus meningkat secara positif.Dalam masa sama, beliau menolak tanggapan bahawa peningkatan kuota import menyebabkan pemain tempatan semakin tersisih daripada saingan Liga Super.Sebaliknya, katanya, ramai pemain tempatan tetap menyerlah musim ini termasuk Ramadhan Saifullah dan Rodney Celvin bersama Kuching City FC.Beliau turut memuji kebangkitan beberapa pemain muda seperti Ubaidullah Shamsul Fazili, Ahmad Zikri dan Nooa Laine yang berjaya bersaing secara sihat dalam pasukan masing-masing.Selain itu, penyerang berpengalaman, Safawi Rasid turut mempamerkan peningkatan prestasi bersama KL City FC selepas meledak 13 gol setakat musim ini.Mustaza menegaskan, faktor paling penting ialah kesungguhan pemain tempatan sendiri untuk terus bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan masing-masing. |
|
ADUN lantikan Johor: Puad soal Kor Ming, apakah sidang bawah pokok berperlembagaan? - Sinarharian - 10/05 6:08 pm SHAH ALAM Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoal tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming yang mendakwa keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor meluluskan rang undang-undang (RUU) berhubung cadangan mewujudkan jawatan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan sebagai tidak berperlembagaan.Menurut beliau, pindaan itu dibuat mengikut proses sah apabila mendapat sokongan majoriti dua pertiga dalam sidang dewan.Speaker DUN Johor itu dalam masa sama turut mempersoal kenyataan Ahli Parlimen Teluk Intan tersebut yang menggesa Pakatan Harapan (PH) mengadakan kempen mengutip tandatangan rakyat negeri berkenaan bagi membantah keputusan tersebut."Kita tanya Nga Kor Ming, mana lebih berperlembagaan, lulus Enakmen dalam sidang Dewan atau kutip tanda tangan yang boleh dieksploit."Persidangan itu berlangsung dengan tertib dan ikut peraturan |
|
Jemaah diingatkan jangan keluar Makkah sebelum wukuf - Sinarharian - 10/05 4:04 pm MAKKAH - Jemaah haji yang keluar dari Makkah melebihi dua marhalah (lebih 81 kilometer) sebelum hari kemuncak haji (wukuf) dan gagal berniat ihram haji atau umrah ketika masuk semula ke Tanah Haram boleh dikenakan dam isaah tertib serta taqdir iaitu wajib menyembelih seekor kambing.Perkara itu ditekankan Pakar Rujuk Haji, Dr Mohd Sirajuddin Siswadi Putera Mohamed Shith susulan terdapat segelintir jemaah haji Malaysia yang telah menyelesaikan ibadah umrah dilaporkan keluar dari Makkah.Mohd Sirajuddin Siswadi berkata, jemaah haji yang keluar ke lokasi seperti Taif sebelum wukuf perlu memahami implikasi hukum dan peraturan ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi bagi mengelakkan isu ibadah serta keselamatan.Beliau menjelaskan, implikasi hukum tersebut bergantung kepada jenis haji yang dilaksanakan sama ada ifrad, qiran atau tamattu.Menurut beliau, jemaah haji ifrad dan qiran yang masih berada dalam ihram tidak berdepan masalah sekiranya keluar dari Makkah walaupun melepasi dua marhalah atau kawasan miqat."Tiada implikasi hukum kerana mereka masih berada dalam keadaan berihram haji."Namun bagi jemaah haji tamattu yang telah selesai umrah dan bebas daripada larangan ihram kecuali larangan memotong tumbuhan dan memburu binatang buruan di Tanah Haram, mereka wajib berniat ihram semula sama ada ihram haji atau umrah apabila mahu masuk ke Makkah selepas keluar ke Taif," katanya ketika ditemui baru-baru ini.Menurut Mohd Sirajuddin, sekiranya jemaah haji tamattu memilih untuk berniat haji di miqat seperti Wadi Mahram di Taif, mereka boleh meneruskan ibadah haji tanpa dikenakan dam tambahan.Bagaimanapun katanya, jika mereka masuk semula ke Makkah tanpa berniat ihram haji atau umrah, mereka dianggap melangkaui miqat tanpa ihram dan dikenakan dam isaah selain dam tamattu yang sedia ada.Mohd Sirajuddin menjelaskan, berdasarkan Resolusi Muzakarah Kebangsaan Kali Ke-36 Musim Haji 1441H/2019M, sekiranya jemaah haji tamattu pergi ke Taif sebelum wukuf, mereka wajib berniat ihram umrah sekurang-kurangnya di Qarnul Manazil kerana mereka ada kehendak untuk mengerjakan haji semasa masuk ke Makkah."Resolusi itu menyebut jika jemaah haji tamattu yang pergi ke Taif berniat haji di Qarnul Manazil, jadilah haji tersebut haji tamattu yang tidak dikenakan dam tertib dan taqdir kerana telah kembali ke miqat asal atau mana-mana miqat yang lima untuk berniat haji."Selain itu, jika jemaah haji pergi ke Taif selepas wukuf dan setelah selesai kerja-kerja haji, wajib berniat ihram umrah di miqat Qarnul Manazil sekiranya mereka ada hasrat untuk mengerjakan umrah |
|
Buletin Dari Ae86 Hingga Skyline, Lebih 5,000 Pengunjung Banjiri Jdm Night .. - Mekanika - 10/05 2:49 pm Selain menghimpunkan komuniti peminat kereta, program tersebut turut bertujuan menghidupkan kembali kawasan bandar lama menerusi aktiviti komuniti, menarik kehadiran pelancong luar serta membantu menjana ekonomi setempat melalui sektor makanan, penginapan dan perniagaan kecil. Sepanjang acara berlangsung, peserta turut menunjukkan disiplin yang baik dengan mematuhi peraturan ditetapkan |
|
Penunggang motosikal maut digilis treler - Sinarharian - 9/05 8:33 pm BESUT Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak ke laluan bertentangan sebelum digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kuala TerengganuKota Bharu, berhampiran Kampung Gerai di sini pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Mohd Faris Harun, 33, yang menunggang motosikal jenis Demak EVO disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, siasatan awal mendapati kemalangan bermula apabila sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki berhenti di simpang tiga untuk membelok ke kanan."Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dari arah belakang dipercayai telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan kereta berkenaan."Impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah treler kontena jenis Mercedes-Benz yang datang dari arah hadapan," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.Mohd Rozaime berkata, pemandu kereta dan pemandu treler terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan."Mayat mangsa yang beralamat di Kampung Telaga Nibong, Jerteh dihantar ke Hospital Besut untuk proses bedah siasat dan hasil laporan mengesahkan punca kematian disebabkan kecederaan parah pada kepala akibat kemalangan jalan raya," katanya.Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Dalam pada itu, katanya, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan memandu dengan lebih berhati-hati."Pastikan jarak selamat antara kenderaan sentiasa dijaga bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang," ujarnya. |
|
Tiada unsur komersial dalam perjanjian 3 gajah ke Jepun – MPT - Mygazette - 9/05 3:26 pm Penggunaan terma B2B (_business to business_) tidak bertepatan dengan semangat perjanjian yang telah dimeterai, katanya dalam kenyataan hari ini. Mohamed Akmal berkata penjelasan dibuat susulan tuduhan tular di media sosial termasuk dakwaan program kerjasama itu melibatkan unsur komersial, bayaran tertentu kepada ZTNS dan MPT serta tidak mematuhi peraturan dan akta yang berkuat kuasa |
|
Premis proses pasir silika haram terbongkar, rampasan RM7.25 juta - Mygazette - 9/05 7:31 am Antara rampasan yang dibuat termasuk pelbagai mesin, jentera dan peralatan pemprosesan pasir silika, longgokan pasir dianggarkan seberat 5,000 tan serta 500 jumbo bag berisi mineral jenis amang dengan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM7.25 juta, ujarnya. Katanya, bagi kesalahan memproses pasir silika tanpa lesen, JMG Perak membuka siasatan mengikut Peraturan 6(4), Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Pelesenan) 2016 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan |
|
Aktiviti proses pasir silika tanpa lesen terbongkar - Sinarharian - 8/05 11:06 pm KAMPAR - Tidak pernah diserbu sejak beroperasi dua tahun lalu, aktiviti memproses pasir silika tanpa kelulusan di sebuah premis di daerah ini terbongkar dalam Op Bersepadu Khazanah pada Khamis.Serbuan dijalankan Cawangan Risik Ibu Pejabat Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Perak, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Perak serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar.Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Balveer Singh berkata, operasi dijalankan hasil risikan terhadap sebuah lokasi yang dipercayai menjalankan aktiviti pemprosesan pasir silika tanpa lesen."Hasil siasatan awal mendapati premis tersebut telah beroperasi sejak tahun 2024 dan tidak pernah diserbu sebelum ini."Fasiliti di lokasi digunakan khusus untuk memproses pasir silika sebelum disimpan dan dieksport ke luar negara," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Balveer Singh berkata, bekalan pasir yang ditemui dipercayai diperoleh dari sebuah tapak projek perumahan di sekitar Ipoh.Katanya, pemeriksaan PTG Perak terhadap dua lori yang membawa muatan pasir turut mendapati kedua-dua pemandu gagal mengemukakan dokumen pemindahan mineral berkaitan.Menurutnya, tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang dipercayai pemilik premis dan pemandu lori ditahan bagi membantu siasatan.Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut merampas pelbagai mesin, jentera dan peralatan memproses pasir silika selain longgokan pasir dianggarkan seberat 5,000 tan serta 500 beg jumbo mengandungi mineral jenis amang dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM7.25 juta.Menurut beliau, siasatan bagi kesalahan memproses pasir silika tanpa lesen dijalankan JMG mengikut Peraturan 6(4), Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Pelesenan) 2016.Katanya, kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan."Bagi kesalahan memindahkan pasir tanpa kelulusan pula, kes disiasat PTG Perak di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.Beliau menegaskan Briged Utara PGA akan terus mempergiat usaha risikan dan penguatkuasaan terhadap sebarang aktiviti pemprosesan mineral tanpa kelulusan sah kerana boleh mendatangkan risiko serius terhadap alam sekitar serta keselamatan awam. |
|
'Ibarat bercakap dengan tembok, bukan manusia' - Sinarharian - 8/05 4:36 pm PENGARAH Kejurulatihan Beregu Kebangsaan, Rexy Mainaky mengingatkan pemain supaya tidak memandang ringan soal disiplin selepas berkali-kali diberikan peluang untuk memperbaiki sikap oleh barisan kejurulatihan.Menurutnya, kegagalan segelintir pemain berubah walaupun sudah menerima pelbagai teguran membuktikan isu berkenaan tidak boleh lagi dianggap perkara kecil dalam kem badminton negara."Amaran itu memang perlu tetapi kalau sudah banyak kali diingatkan, ia sepatutnya tidak berlarutan sampai amaran ketiga atau keempat."Kalau sudah sampai 10 kali diberi peringatan, itu ibarat bercakap dengan tembok, bukan dengan manusia," katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara pada Jumaat.Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Lee Chong Wei yang sebelum ini menggesa aspek disiplin diberi perhatian serius jika Malaysia mahu kembali muncul sebagai kuasa besar badminton dunia.Rexy berkata, beliau menyokong penuh pandangan legenda badminton negara itu kerana disiplin menjadi asas utama dalam membentuk kejayaan seseorang atlet, bukan sahaja dalam sukan malah dalam kehidupan secara keseluruhan."Saya bukan setuju 100 peratus, tetapi 10,000 peratus dengan apa yang diperkatakan Chong Wei."Dalam apa juga bidang, disiplin adalah perkara paling utama yang menentukan sama ada seseorang itu mampu berjaya atau tidak pada masa depan," katanya.Pada masa sama, Rexy menjelaskan disiplin bukan hanya berkaitan kepatuhan terhadap arahan jurulatih, sebaliknya membabitkan kesedaran pemain terhadap tanggungjawab sebagai atlet kebangsaan yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat.Katanya, kebanyakan pemain masih muda dan ada kalanya terlupa setiap tindakan mereka membawa imej negara serta dinilai oleh penyokong.Beliau turut mengingatkan bahawa setiap pasukan profesional dunia mempunyai peraturan tegas termasuk mengenakan denda tinggi terhadap pelanggaran disiplin, justeru pemain negara tidak seharusnya mengambil mudah pendekatan lebih terbuka yang diamalkan BAM."Peraturan ini bukan kerana kami tidak suka kepada pemain tetapi disiplin itulah yang akan membantu mereka mencapai kejayaan," katanya. |
|
Dasar EV perlu seimbang lindungi industri, pengguna - MCA - Sinarharian - 8/05 4:01 pm SHAH ALAM Dasar berkaitan import kenderaan elektrik (EV) perlu dilaksana secara seimbang bagi memastikan kepentingan pengguna terpelihara selain dapat meningkatkan daya saing negara di peringkat global.Naib Presiden MCA, Datuk Lawrence Low berkata, peraturan baharu Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkaitan import EV siap bina sepenuhnya (CBU) dilihat bercanggah dengan trend pembangunan tenaga baharu global."Walaupun kerajaan berniat baik dalam melindungi industri automotif tempatan, namun ia tidak patut mengorbankan daya saing pasaran tempatan dan kepentingan pengguna."Sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas melindungi industri automotif negara tanpa menjejaskan kepentingan pengguna, maka dasar yang digubal perlu memastikan syarikat asing yang melabur di Malaysia turut membantu membangunkan industri dan ekonomi tempatan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.Sebelum ini MITI dilapor menetapkan syarat baharu iaitu semua pengimportan kenderaan elektrik (EV) yang dipasang siap di luar negara (CBU) tertakluk kepada dua syarat utama termasuk had kuasa motor minimum diselaraskan daripada 200kW kepada 180kW dan ke atas mulai 1 Julai 2026.Antara syarat lain adalah nilai kos, insurans dan pengangkutan minimum sebanyak RM200,000.Dalam pada itu Lawrence yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Ekonomi dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) MCA menegaskan, pihaknya secara konsisten menyokong dasar pembangunan tenaga baharu bagi mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api serta mengurangkan beban subsidi negara.Bagaimanapun ujarnya, pasaran EV Malaysia masih di peringkat awal dan tindakan menyekat kemasukan EV mampu milik tidak selari dengan usaha menggalakkan penggunaannya dalam kalangan rakyat."Keadaan ini akan mengehadkan pilihan pengguna khususnya EV lingkungan harga RM100,000 hingga RM300,000 untuk golongan berpendapatan sederhana."Pada masa sama, kekurangan persaingan akan menyebabkan pengeluar tempatan tiada inisiatif untuk menurunkan harga dan akhirnya memaksa pengguna menanggung kos lebih tinggi," ujarnya.Beliau turut mencadangkan kerajaan menetapkan syarat kepada syarikat EV asing supaya meningkatkan kadar penglibatan tempatan termasuk penggunaan alat ganti, pembekal dan tenaga kerja tempatan.Secara tidak langsung katanya, langkah itu mampu memacu pembangunan ekosistem industri tempatan selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berteknologi tinggi kepada rakyat Malaysia."Malaysia juga tidak seharusnya hanya menjadi pasaran import dan jualan semata-mata |
|
13 warga asing ditahan dalam serbuan imigresen di Menara Paragon - Mygazette - 8/05 2:48 pm Hasil pemeriksaan, 13 warga asing terdiri daripada warga Sudan, India, Pakistan, Nepal, Myanmar dan Indonesia berusia antara 26 hingga 35 tahun ditahan. "Mereka dikesan melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, katanya dalam kenyataan hari ini |
|
'Thailand sudah tentu tidak akan duduk diam' Mohd Sumali - Sinarharian - 8/05 2:42 pm Khususnya dalam acara kuadran, kekuatan semua negara sekarang dilihat semakin seimbang."Acara kuadran ini terbuka kepada semua. Dengan peraturan servis dari tengah atau belakang, ia memberikan kelebihan kepada negara lain untuk mempelbagaikan taktikal permainan mereka," tambahnya.Dalam pada itu, Sumali turut meletakkan meletakkan sasaran awal untuk pasukan negara layak ke final dalam acara regu, regu berpasukan dan kuadran kejohanan itu.Berdasarkan undian Piala Dunia Sepak Takraw 2026, Malaysia selaku juara bertahan acara regu diletakkan dalam Kumpulan A bersama Jepun dan Singapura.Bagi acara regu berpasukan, skuad negara diundi dalam Kumpulan B bersama India dan Myanmar, manakala skuad kuadran pula akan berdepan laluan getir dalam Kumpulan C yang turut dihuni India, Korea Selatan dan Singapura. |
|
JIM, KPDN gempur lokasi tumpuan warga asing di Cyberjaya - Sinarharian - 8/05 12:48 am CYBERJAYA - Menara Paragon di sini yang dipercayai menjadi tumpuan warga asing diserbu pada Rabu lalu.Operasi dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) susulan aduan awam dan risikan yang dijalankan selama seminggu.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi bermula jam 9 malam itu memberi tumpuan pemeriksaan terhadap premis menjual makanan, kiosk, pusat jualan serta premis perniagaan di sekitar kawasan berkenaan yang disyaki menggaji dan melindungi warga asing tanpa kebenaran yang sah."Sebanyak 16 premis serta 105 warga asing dan 89 warganegara tempatan telah diperiksa dalam operasi ini."Hasil pemeriksaan, seramai 13 warga asing yang terdiri daripada warga Sudan, India, Pakistan, Nepal, Myanmar dan Indonesia berumur antara 26 hingga 35 tahun telah ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, satu Borang 29 saman kepada saksi telah dikeluarkan kepada warga tempatan bagi membantu siasatan.Katanya, kesemua warga asing tersebut ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Putrajaya untuk siasatan dan tindakan lanjut.Jelas Zakaria, JIM terus mempergiat usaha penguatkuasaan dengan memberi tumpuan kepada sektor perkhidmatan yang didominasi warga asing."Tindakan ini dilaksanakan sebagai komitmen berterusan JIM dalam membanteras aktiviti yang menyalahi peraturan serta memastikan kedaulatan undang-undang negara terus dipelihara tanpa sebarang kompromi."JIM tidak akan berkompromi sama sekali terhadap warga asing yang tinggal secara haram, tinggal lebih masa dan menyalah guna pas di negara ini |
|
Lelaki Bangladesh didenda RM4,000 miliki ubat tidak berdaftar KKM - Sinarharian - 8/05 12:46 am KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Bangladesh didenda RM4,000 selepas mengaku salah atas pertuduhan memiliki produk ubat tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Pertuduhan dikemukakan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKLP) menerusi Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) di Mahkamah Majistret Jenayah Kuala Lumpur pada 27 April lalu.JKWPKLP berkata, tindakan itu susulan operasi penguatkuasaan ke atas sebuah premis di Jalan Tun Tan Siew Sin di sini pada 13 Februari lalu yang disyaki beroperasi seperti klinik serta menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan kepada warga Bangladesh.Menurutnya, operasi penguatkuasaan tersebut dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)."Hasil tindakan tersebut, pihak penguat kuasa farmasi merampas sebanyak 35 jenis produk ubat tidak berdaftar yang dibawa masuk dari Bangladesh."Produk yang dirampas terdiri daripada ubat terkawal seperti ubat psikotropik, antibiotik, ubat tahan sakit, ubat bagi rawatan penyakit darah tinggi dan kencing manis serta ubat dalam bentuk suntikan dengan nilai rampasan RM6,100," katanya dalam kenyataan.Tambah kenyataan itu, pemilikan dan penjualan produk ubat tidak berdaftar merupakan pelanggaran di bawah Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang menjadi kesalahan di bawah Peraturan 30(1) peraturan sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(1), Akta Jualan Dadah 1952.Tegasnya, sabitan dan hukuman itu diharap dapat menjadi pengajaran kepada tertuduh serta masyarakat umum agar tidak terbabit dalam aktiviti pemilikan, penjualan, pembekalan atau pengedaran produk ubat tidak berdaftar."Tindakan penguatkuasaan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan CPF Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam membanteras penjualan dan pengedaran produk kesihatan tidak sah di pasaran Malaysia," ujarnya.Katanya lagi, selaras dengan usaha itu, KKM turut melaksanakan kempen kesedaran 'Tolak Ubat Tidak Sah' (TOBaTS) bagi meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai risiko penggunaan produk kesihatan yang menyalahi undang-undang."Maklumat lanjut mengenai kempen TOBaTS boleh diperoleh menerusi laman sesawang https://pharmacy.moh.gov.my/tobats," ujarnya.Menurutnya lagi, penjual dan pengedar diingatkan supaya bertanggungjawab memastikan hanya produk kesihatan berdaftar dengan nombor MAL serta mempunyai pelekat keselamatan hologram Farmatag dijual."Orang ramai juga dinasihatkan supaya menyemak status pendaftaran produk kesihatan menerusi laman sesawang NPRA di www.npra.gov.my pada ruangan 'product search'," katanya. |
|
Kereta dipandu wanita rempuh pintu kaca premis dobi - Sinarharian - 8/05 8:57 am TUMPAT Sebuah premis dobi di Pasar Besar Wakaf Bharu di sini gempar apabila pintu kaca bahagian hadapannya dirempuh sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu seorang wanita dalam kejadian pada Khamis.Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pemilik premis, lelaki berusia 32 tahun pada jam 12.40 tengah hari.Menurut beliau, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 pagi ketika wanita berusia lingkungan 50-an itu memandu dari arah Jalan Puteri Saadong menuju ke premis berkenaan."Setibanya di lokasi, pemandu terbabit membuat pusingan-U sebelum dipercayai secara tidak sengaja tertekan pedal minyak."Tindakan itu menyebabkan kereta dipandunya meluru lalu merempuh pintu kaca bahagian hadapan premis dobi tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Beliau memberitahu, akibat rempuhan itu, pintu kaca premis pecah namun tiada kecederaan dilaporkan.Ujarnya, kes disiasat di bawah Peraturan 10, Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi IPD Tumpat di talian 09-7257222 bagi membantu siasatan," katanya. |
|
Jangan mudah percaya tawaran badal haji murah – Persatuan Pelajar .. - Mygazette - 8/05 7:47 am Yang Dipertua Persatuan Pelajar Malaysia Mekah 2025/26, Muhammad Iqbal Nursalam berkata, berdasarkan maklumat diperoleh, terdapat pihak yang mendakwa mereka menggunakan khidmat penduduk tempatan atau petugas haji yang diberikan pas petugas untuk melaksanakan badal haji di Arafah. Hakikatnya, kata beliau, peraturan terkini menetapkan petugas haji tidak dibenarkan mengenakan kain ihram semasa bertugas |
|
Dua bot tunda asing ditahan seludup minyak RM19.55 juta - Mygazette - 8/05 7:47 am Hasil pemeriksaan mendapati, kedua-dua bot tunda itu berdaftar di Tanzania dan dikendalikan 10 kru warga Indonesia berusia antara 26 hingga 54 tahun. Siasatan awal mendapati, vesel terbabit gagal melaporkan ketibaan ketika memasuki perairan negara, sekali gus melanggar Kaedah 10 Peraturan-Peraturan Pelabuhan 1954, katanya dalam kenyataan hari ini |
|
Sembilan kontena e-waste lebih 192 tan dikesan di Pelabuhan Klang - Sinarharian - 7/05 8:02 pm KLANG Sebanyak sembilan kontena mengandungi sisa elektronik (e-waste) dan barang buangan terjadual seberat lebih 192 tan dikesan dalam Op Green Shield ke-29 di Pelabuhan Klang, di sini pada Khamis.Operasi bersepadu itu dilaksanakan Joint Task Force E-Waste Pelabuhan Klang yang diketuai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Pelabuhan Klang bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar (JAS), SIRIM dan Lembaga Pelabuhan Klang.Komander AKPS Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, seramai 13 anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam pemeriksaan ke atas beberapa kontena bermula jam 10.30 pagi hingga 1.30 tengah hari."Sebanyak 14 kontena diperiksa dalam operasi berkenaan bagi memastikan kandungannya mematuhi peraturan serta tidak melibatkan bahan terlarang."Hasil pemeriksaan mendapati lapan kontena mengandungi sisa elektronik dengan jumlah berat 172,009 kilogram manakala sebuah lagi kontena mengandungi barang buangan terjadual kod SW103 seberat 20,170 kilogram," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Nik Ezanee berkata, dua kontena lain pula didapati membawa plastik waste dan metal scrap dengan jumlah berat 48,290 kilogram dan akan diserahkan kepada pihak SIRIM untuk taksiran lanjut."Keseluruhan berat rampasan bagi dagangan barang buangan terjadual adalah sebanyak 192,179 kilogram," katanya.Menurutnya, semua kontena terbabit akan ditempatkan di lokasi selamat sementara menunggu notis daripada JAS Selangor dan ibu pejabat JAS bagi tujuan re-eksport."Syarikat tempatan yang terlibat dipercayai membuat pengisytiharan palsu pada borang K1 bagi dagangan ini, tindakan penguatkuasaan diambil dan diserahkan kepada pihak Kastam untuk tindakan lanjut," katanya.Tambah beliau, AKPS akan meneruskan pemeriksaan terhadap kontena dagangan yang disyaki membawa sisa elektronik terlarang selaras dengan pelaksanaan larangan mutlak import e-waste yang berkuat kuasa mulai 1 April lalu menerusi pewartaan Perintah Kastam (Pindaan) (No |
|
Kesatuan sekerja tertua negara MTUC kena bubar serta-merta - Sinarharian - 7/05 7:00 pm SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang menjadi suara utama pekerja negara sejak 77 tahun lalu terbubar sementara berkuat kuasa serta-merta pada Khamis susulan perintah yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).Menerusi satu surat yang dilihat Sinar Harian, RoS berkata, tindakan mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966 itu diambil selepas MTUC didakwa gagal mengemukakan sebahagian dokumen dan maklumat yang diminta RoS dalam tempoh ditetapkan.Menurut surat yang ditandatangani Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Nurul Azhar Husin itu, RoS pada 6 April lalu mengarahkan MTUC menyerahkan beberapa dokumen berkaitan pengurusan dan kewangan pertubuhan bagi tempoh 2020 hingga 2025 dalam masa 30 hari.Antara maklumat diminta termasuk alamat berdaftar pertubuhan, jumlah anggota, senarai pemegang jawatan, minit mesyuarat persidangan perwakilan, penyata kewangan yang telah diaudit serta senarai pertubuhan luar negara yang mempunyai hubungan dengan MTUC.Bagaimanapun, MTUC didakwa gagal mengemukakan salinan dokumen berkaitan penyata penerimaan dan pembayaran serta kunci kira-kira yang telah diaudit.Kogres itu juga didakwa tidak menghantar salinan senarai perihal kewangan apa-apa wang atau harta ataufaedah atau keuntungan yang diterima mereka daripada mana-mana orang yang lazimnya bermastautin di luar negara atau suatu organisasi, pihak berkuasa, kerajaan agensi kerajaan di luar Malaysia."Bahawasanya MTUC telah tidak menghantar maklumat-maklumat (yang diminta). Dengan ini diperintahkan bagi sementara supaya pendaftaran pertubuhan yang namanya tersebut di atas (MTUC) dibubarkan mulai dari tarikh perintah ini," kata surat berkenaan.Surat itu turut memaklumkan bahawa sekiranya tiada rayuan dibuat dalam tempoh 30 hari atau rayuan ditolak Menteri Dalam Negeri, perintah sementara tersebut akan menjadi mutlak dan pertubuhan berkenaan disifatkan sebagai pertubuhan menyalahi undang-undang.RoS menegaskan, mana-mana individu yang mengurus atau membantu pengurusan pertubuhan yang dibatalkan pendaftarannya boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM15,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.Bagaimanapun, MTUC masih mempunyai ruang untuk mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri mengikut Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966 dalam tempoh 30 hari daripada tarikh keputusan itu.Surat tersebut dihantar kepada Setiausaha MTUC dan salinannya turut dihantar kepada Presiden MTUC, Abdul Halim Mansor dan Bendaharinya, Bindu Girdharlal Patel.MTUC merupakan organisasi kesatuan sekerja tertua di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1949 dan didaftarkan di bawah Akta Kemasyarakatan, 1955.Kongres berkenaan menjadi badan yang mewakili pekerja terutamanya ketika darurat pertama diisytiharkan, di mana pekerja memerlukan organisasi untuk menyuarakan dan melindungi kepentingan mereka.Sehingga kini, MTUC memainkan peranan penting dalam memperjuangkan hak pekerja termasuk isu gaji minimum, perlindungan sosial, keselamatan pekerjaan dan kebajikan buruh.Sepanjang lebih tujuh dekad, badan induk itu diterajui beberapa tokoh kesatuan sekerja dan menjadi suara utama dalam rundingan melibatkan dasar buruh antara kerajaan, majikan dan pekerja.Presiden pertama MTUC ialah PP Narayanan yang juga menjadi tokoh penting dalam perjuangan hak pekerja Malaysia dan diiktiraf sebagai Bapa Pekerja Malaysia pada 1986 selain menjadi pengasas Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Ladang (NUPW).Bagaimanapun, MTUC turut beberapa kali berdepan kemelut dalaman termasuk pertikaian kepimpinan, isu pentadbiran dan perbalahan berhubung hala tuju organisasi terutama dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.Pada 18 Disember 2007, pemilihan jawatan dalam MTUC bagi penggal 2008-2010 bagi jawatan Setiausaha Agung MTUC dilapor menyalahi Peraturan 6(6) Perlembagaan MTUC sebelum pada 29 Mei 2008, MTUC memfail saman pemula di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi memohon pengisytiharan bahawa keputusan pengundian bagi jawatan MTUC penggal itu adalah tidak sah dan terbatal.Pada 2023, kongres itu juga menjadi perhatian selepas timbul pertikaian melibatkan kepimpinan tertinggi serta isu berkaitan pengurusan organisasi.Ketika itu MTUC memperoleh perintah penangguhan sementara bersyarat yang mengehadkan ahli jawatankuasa semasa kepada hanya menjalankan urusan pentadbiran harian.Selain itu, MTUC juga dihalang daripada membuat keputusan dasar bagi pihak kongres selain mahkamah memerintahkan pegawai kongres berkenaan supaya tidak menjalankan sebarang pemilihan baharu. |
|
KKM akan keluar pekeliling baharu berkaitan garis panduan waktu bekerja .. - Mygazette - 7/05 4:18 pm Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian CRM (Penyelidikan Klinikal Malaysia) Trial Connect Conference 2026, di sini, hari ini. Beliau berkatapekeliling baharu itu diharap dapat menambah baik urus tadbir waktu bekerja fleksibel yang sedia ada mengikut peraturan ditetapkan di fasiliti kesihatan negara ini |
|
MAIWP tekad terus perkukuh integriti institusi agama - Mygazette - 7/05 4:18 pm # MAIWP tekad terus perkukuh integriti institusi agama KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bertekad untuk terus bekerjasama dengan pihak-pihak berkaitan dalam usaha memperkukuh integriti dan keyakinan masyarakat terhadap pengurusan institusi Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Pengerusinya, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata, tindakan itu termasuk mengkaji dari semasa ke semasa keperluan penambahbaikan terhadap undang-undang, peraturan dan garis panduan sedia ada di samping memastikan aspek penguatkuasaan dilaksanakan secara berkesan |
|
Haji tanpa visa berdosa walaupun sah – Zulkifli - Mygazette - 7/05 4:18 pm KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia diingatkan supaya tidak menunaikan ibadah haji tanpa visa kerana perbuatan itu bukan sahaja berdosa malah boleh dikenakan denda hingga 100,000 riyal Arab Saudi dan tindakan tegas lain oleh pihak berkuasa negara itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan berkata hal ini kerana Muzakarah Haji Kebangsaan telah mengeluarkan pandangan walaupunhaji tanpa visa sah dari segi ibadahnamun ia berdosa kerana melanggar peraturan |
|
KKM akan keluar pekeliling baharu berkaitan garis panduan waktu bekerja PPS - Sinarharian - 7/05 2:10 pm KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan pekeliling berkaitan garis panduan tempoh had waktu bekerja bagi pegawai perubatan siswazah (PPS) dalam masa terdekat.Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu dilaksanakan susulan laporan Malaysian Medics International (MMI) yang mendakwa PPS di negara ini bekerja antara 65 hingga 85 jam seminggu."Pekeliling garis panduan yang baharu akan dikeluarkan untuk memperkukuh hal yang terkait dengan waktu bekerja PPS dan perkara ini dalam perhatian Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Mahathar Abd Wahab," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian CRM (Penyelidikan Klinikal Malaysia) Trial Connect Conference 2026, di sini, pada Khamis.Beliau berkata, pekeliling baharu itu diharap dapat menambah baik urus tadbir waktu bekerja fleksibel yang sedia ada mengikut peraturan ditetapkan di fasiliti kesihatan negara ini.Sementara itu, Dzulkefly berkata, Majlis Perubatan Malaysia (MPM) akan meneliti perubahan dasar susulan pelaksanaan Akta Latihan Perubatan (Keutamaan) 2026 oleh United Kingdom (UK) yang mengubah syarat kemasukan ke Program Foundation (FY1/FY2).Beliau berkata, Dr Mahathar selaku Presiden MPM akan memperhalusi perkara itu dan mencari jalan penyelesaian bagi kira-kira 850 pelajar perubatan Malaysia di Newcastle University Medicine Malaysia (NUMed) yang berdepan ketidakpastian masa depan susulan pelaksanaan dasar itu."MPM ingin menegaskan bahawa proses pendaftaran dan pengiktirafan graduan perubatan di Malaysia tertakluk kepada peruntukan Akta Perubatan 1971 serta peraturan-peraturan yang berkuat kuasa."Segala keputusan berkaitan pendaftaran, latihan dan kelayakan profesional dilaksanakan berdasarkan keperluan statutori dan piawaian yang ditetapkan oleh MPM," katanya.Katanya, dari sudut perundangan, kelayakan perubatan yang tersenarai dalam Jadual Kedua Akta Perubatan 1971 diiktiraf untuk tujuan pendaftaran di MalaysiaSelaras dengan peranan sebagai badan pengawal selia, MPM kekal komited untuk memastikan semua pengamal perubatan yang berdaftar di Malaysia memenuhi standard kompetensi, profesionalisme dan keselamatan pesakit yang ditetapkan.Mengikut peraturan baharu itu, keutamaan hanya diberikan kepada graduan yang mengikuti pengajian dan latihan secara fizikal di UK, sekali gus meletakkan pelajar NUMed yang menamatkan pengajian di Malaysia dalam kategori graduan perubatan antarabangsa (IMGs) |
|
Warga Bangladesh sanggup bayar RM15,000 seludup masuk Malaysia - Sinarharian - 7/05 10:04 am PETALING JAYA - Geng Shafik yang aktif menyeludup warga Bangladesh sejak Februari lalu berjaya dilumpuhkan selepas rumah yang digunakan bagi tempat persembunyian dan transit migran di sini digempur Selasa lalu.Operasi khas itu digerakkan Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya hasil maklumat dan risikan.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, serbuan pada jam 2 petang di kawasan lot kedai itu berjaya menahan sembilan warga Bangladesh yang dipercayai diseludup masuk ke Malaysia.Menurutnya, maklumat awal mendapati imigran-imigran ini telah masuk ke negara jiran sekitar dua hari sebelum diseludup masuk ke Malaysia."Pasukan serbuan juga menahan dua lelaki Bangladesh disyaki sebagai ahli sindiket yang berperanan sebagai penyelaras (fasilitator) dan penjaga rumah transit."Sindiket menyediakan perkhidmatan membawa masuk warga asing ke dalam negara menggunakan laluan negara ketiga dan masuk secara haram melalui Kelantan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Tambahnya, warga asing terbabit kemudian akan dibawa ke Lembah Klang sebelum dihantar ke destinasi tertentu.Dedah Zakaria, sindiket itu mengenakan kadar bayaran RM12,000 hingga RM15,000 bagi setiap imigran yang diseludup dan dianggarkan telah mengaut keuntungan sebanyak RM1.6 juta sejak beroperasi."Kesemua tangkapan berumur lingkungan 20 hingga 49 tahun telah ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan dibawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM)," ujarnya.Tegas beliau, JIM akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan ATIPSOM 2007 agar kestabilan dan kemakmuran negara sentiasa terpelihara. |
|
Imigresen gempur 15 premis, 21 warga asing ditahan - Mygazette - 7/05 8:11 am Beliau berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki dewasa warga Indonesia, 14 wanita dewasa Indonesia dan dua wanita dewasa Myanmarberusia lingkungan 23 tahun hingga 50 tahun. Menurutnya, semua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 |
|
Rafizi dakwa urusan pelaburan RM1.1 bilion dilakukan dengan teratur, .. - Mygazette - 7/05 8:11 am Beliau berkata semua rekod penting termasuk minit mesyuarat, dokumen rasmi serta perjanjian berkaitan sememangnya wujud, dan yakin bahawa bukti-bukti itu boleh dikemukakan di mahkamah, jika perlu. "Minit, dokumen dan perjanjian iu semua memang dah ada jadi, sebab itu saya sangat yakin sebenarnya ia teratur dan terurus dari segi peraturan dan prosedurnya sebagaimana yang saya ingat telah melalui prosesnya dahulu semasa saya dalam kerajaan, katanya |
|
Buletin Ev Cbu Bakal Lebih Mahal, Dasar Baharu Miti Mula Julai 2026 Read .. - Mekanika - 7/05 8:11 am Kesan paling ketara ialah harga minimum atas jalan (OTR) bagi model-model ini dijangka melonjak ke sekitar RM300,000 dan ke atas. Namun begitu, stok sedia ada serta unit yang masih dalam penghantaran tidak terjejas oleh peraturan ini |
|
Haji tanpa visa berdosa, boleh didenda hingga 100,000 riyal - Menteri Agama - Sinarharian - 6/05 10:25 pm KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia diingatkan supaya tidak menunaikan ibadah haji tanpa visa kerana perbuatan itu bukan sahaja berdosa malah boleh dikenakan denda hingga 100,000 riyal Arab Saudi dan tindakan tegas lain oleh pihak berkuasa negara itu.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan berkata, ini kerana Muzakarah Haji Kebangsaan telah mengeluarkan pandangan walaupun haji tanpa visa sah dari segi ibadah namun ia berdosa kerana melanggar peraturan."Sekiranya tertangkap, mereka boleh didenda hingga 100,000 riyal Arab Saudi dan bagi warga asing, mereka boleh dihantar pulang terus ke negara mereka.. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |