| /// |
|
| Search : Pencegahan Rasuah News | Page 1 |
|
Mahkamah selesai dengar keterangan 29 saksi, pendakwa tutup kes - Mygazette - 16/09 7:59 am # Mahkamah selesai dengar keterangan 29 saksi, pendakwa tutup kes KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan kes bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menutup kesnya di Mahkamah Tinggi hari ini selepas mengemukakan keterangan 29 saksi pada perbicaraan melibatkan tiga pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan. Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan perkara itu kepada Hakim Noor Ruwena Md Nurdin selepas saksi terakhir iaitu pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mazery Mohd Zaini selesai memberi keterangan |
|
Armada mahu sekatan akaun Bersatu ditamatkan - Mygazette - 16/09 7:58 am Bagi Armada, keputusan ini memperlihatkan pertuduhan terhadap Tan Sri Muhyiddin perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas, termasuk persoalan sama ada proses tersebut telah digunakan sebagai tekanan politik terhadap kepimpinan Bersatu, katanya dalam kenyataan hari ini. Harris berkata, pihaknya kini mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan susulan berhubung sekatan terhadap akaun bank rasmi Bersatu |
|
Pertuduhan terhadap Muhyiddin boleh jejaskan kes lain jika diteruskan -AGC - Mygazette - 16/09 7:58 am "Setelah mengambil kira keseluruhan faktor tersebut, Jabatan ini berpendirian bahawa meneruskan pertuduhan-pertuduhan tersebut bukan lagi suatu langkah pendakwaan yang wajar dan berhemat," katanya lagi. Bagaimanapun AGC menegaskan, pendakwaan melibatkan tiga lagi pertuduhan predikat di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) ke atas Muhyiddin adalah diteruskan |
|
Penyatuan ummah: Luaskan muafakat, Pas-UMNO jadi paksi ??? Tuan Ibrahim - Mygazette - 16/09 7:58 am # Penyatuan ummah: Luaskan muafakat, Pas-UMNO jadi paksi Tuan Ibrahim KUALA LUMPUR - Penyatuan ummah tidak seharusnya dilihat hanya dalam kerangka kerjasama antara Pas dan UMNO, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man |
|
Keputusan tidak teruskan 4 pertuduhan terhadap Muhyiddin penilaian profesional - AGC - Sinarharian - 16/09 12:26 am KUALA LUMPUR - Keputusan untuk tidak meneruskan empat pertuduhan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan Bukhary Equity Sdn Bhd dibuat berdasarkan penilaian profesional terhadap keterangan dan kebolehbuktian kes serta kepentingan keseluruhan pendakwaan.Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan keputusan berkenaan tidak bermaksud pertuduhan itu telah dibuat tanpa asas dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu dapatan bahawa transaksi-transaksi yang menjadi subjek siasatan tidak berlaku.Menurut AGC, keputusan pendakwaan boleh dan perlu dinilai semula apabila keseluruhan keterangan, kebolehterimaan keterangan, kredibiliti saksi dan implikasi terhadap prosiding lain dinilai secara menyeluruh dan ia mesti dibuat berdasarkan undang-undang, keterangan dan kepentingan pentadbiran keadilan."Penilaian itu menunjukkan bahawa meneruskan pertuduhan-pertuduhan tersebut membawa kepada risiko litigasi yang nyata, termasuk risiko menjejaskan strategi serta pembuktian pertuduhan-pertuduhan lain yang masih dihadapi oleh tertuduh."Dalam keadaan tersebut, pihak pendakwaan perlu melihat kepentingan keseluruhan kes dan bukannya mempertahankan satu pertuduhan secara terasing," menurut AGC dalam kenyataan.AGC memaklumkan tugas pendakwa raya bukan untuk mempertahankan sesuatu pertuduhan pada apa jua keadaan tetapi memastikan hanya pertuduhan yang mempunyai asas keterangan yang mencukupi dan boleh dipertahankan di mahkamah sahaja diteruskan."Setelah mengambil kira keseluruhan faktor tersebut, jabatan ini berpendirian bahawa meneruskan pertuduhan-pertuduhan tersebut bukan lagi suatu langkah pendakwaan yang wajar dan berhemat."Bagaimanapun, pendakwaan melibatkan tiga lagi pertuduhan predikat di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] ke atas tertuduh diteruskan,"menurut kenyataan itu.Hakim Mahkamah Tinggi Noor Ruwena Md Nurdin hari ini melepaskan dan membebaskan Muhyiddin daripada satu pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan RM200 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama selepas pihak pendakwaan memaklumkan tidak akan meneruskan kes terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu yang berkaitan dengan Bukhary Equity Sdn Bhd.Muhyiddin, 79, berdepan tiga pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM25.3 juta bagi parti Bersatu daripada tiga syarikat, iaitu Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd dan KCJ Engineering Sdn Bhd serta Azman Yusoff berkaitan Projek Jana Wibawa.Bagaimanapun, pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes Muhyiddin telah menutup kesnya hari ini selepas memanggil 29 saksi pendakwaan |
|
Jana Wibawa: Pendakwaan tutup kes Muhyiddin, 29 saksi beri keterangan - Sinarharian - 15/09 7:08 pm KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa atas tiga pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM25.3 juta berkaitan projek Jana Wibawa, hari ini menutup kesnya selepas memanggil 29 saksi.Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Noor Ruwena Md Nurdin selepas saksi terakhir iaitu Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mazery Mohd Zaini, selesai memberi keterangan."Pihak pendakwaan menutup kes selepas tiada lagi saksi yang perlu dipanggil untuk memberi keterangan dan enam saksi pendakwaan ditawarkan kepada pihak pembelaan," kata Wan Shaharuddin.Enam saksi pendakwaan itu antaranya bekas Ketua Setiausaha Sulit Muhyiddin, Datuk Dr Marzuki Mohamad dan ahli perniagaan Adam Radlan Adam Muhammad.Hakim Noor Ruwena kemudian menetapkan pada atau sebelum 25 November bagi pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan bertulis manakala hujahan lisan pihak pendakwaan pada 26 November serta 1 hingga 3 Disember bagi hujahan lisan pembelaan.Pada prosiding hari ini, Muhyiddin diwakili peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Amer Hamzah Arshad, Rosli Dahlan dan Chetan Jethwani.Perbicaraan kes itu bermula 9 Mac lepas dan antara saksi pendakwaan yang memberi keterangan ialah bekas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Pengarah Syarikat KCJ Engineering Sdn Bhd Datuk Seri Azman Yusoff, Pengasas Nepturis Sdn Bhd Lian Tan Chuan dan Pengarah Urusan Syarikat Mamfor Sdn Bhd Shahradzi Shamsuddin.Muhyiddin, 79, berdepan tiga pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM25.3 juta bagi parti Bersatu daripada tiga syarikat, iaitu Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd dan KCJ Engineering Sdn Bhd serta Azman Yusoff berkaitan Projek Jana Wibawa.Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021 mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Terdahulu, mahkamah melepaskan dan membebaskan Muhyiddin daripada satu pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan RM200 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama selepas pihak pendakwaan memaklumkan tidak akan meneruskan kes terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu yang berkaitan dengan Bukhary Equity Sdn Bhd.Sementara itu, Muhyiddin ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata beliau bersyukur selepas dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah daripada empat pertuduhan berkenaan."Saya lega dengan keputusan itu kerana sejak awal lagi saya berpendirian tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dihadapi sejak Mac 2023."Saya ucapkan terima kasih kepada peguam-peguam saya yang telah membela saya |
|
Hakim tolak permohonan DNAA pendakwa raya terhadap Muhyiddin - Sinarharian - 15/09 4:48 pm KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan membuat kejutan apabila memohon bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa atas satu kes rasuah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) berjumlah RM200 juta.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib berkata, setelah meneliti keseluruhan kedudukan kes, pihak pendakwaan membuat keputusan untuk tidak meneruskan empat pertuduhan yang berkaitan dengan Bukhary Equity Sdn Bhd itu."Justeru, pihak pendakwaan memohon tertuduh diberikan perintah DNAA bagi pertuduhan-pertuduhan berkenaan, selaras dengan peruntukan Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah."Bagi mengelak kekeliruan, permohonan ini terhad kepada empat pertuduhan tersebut sahaja, ia tidak melibatkan tiga pertuduhan lain yang masih dihadapi tertuduh," katanya.Bagaimanapun, peguam mewakili Muhyiddin, Datuk Hisyam Teh Poh Teik membantah permohonan DNAA.Sebaliknya beliau memohon, mahkamah memberikan perintah dilepas dan dibebaskan (DNA) secara kekal."Permohonan itu dibuat kerana perbicaraan kini hampir selesai dan pihak pendakwaan tidak mengemukakan walau satu bukti pun berhubung empat pertuduhan berkenaan."Berdasarkan senarai saksi yang dikemukakan kepada mahkamah, nama Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Bukhary Equity tidak disenaraikan sebagai saksi pendakwaan."Sedangkan kedua-duanya dikatakan menjadi saksi utama bagi empat pertuduhan terbabit."Ini jelas menunjukkan pendakwaan tidak lagi berminat meneruskan pertuduhan terhadap anak guam," katanya yang hadir bersama peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad.Beliau berhujah, kes berkenaan mungkin selesai pada bila-bila masa, namun tiada bukti dikemukakan pendakwaan berhubung empat pertuduhan tersebut.Hisyam berkata, pendakwaan juga tidak memberikan alasan kukuh bagi permohonan DNAA berkenaan.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Hakim, Noor Ruwena Md Nurdin memberikan perintah DNA kepada Muhyiddin."Mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh atas empat kes itu sahaja, jadi kita teruskan perbicaraan dengan baki tiga lagi berkaitan Jana Wibawa," kata hakim.Mengikut satu pertuduhan, Muhyiddin sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Presiden Bersatu, telah menggunakan kedudukan untuk suapan wang berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity, bagi sekutu tertuduh iaitu parti berkenaan.Kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 8 dan 25 Februari 2021.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.Seksyen berkenaan membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Bagi tiga lagi pertuduhan, Muhyiddin didakwa Presiden Bersatu telah menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity yang dimasukkan ke akaun CIMB dan AmBank milik parti berkenaan.Kesalahan didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral, di sini dan AmBank Cawangan Amcorp Mall, Petaling Jaya, Selangor antara 25 Februari dan 8 Februari 2022 dan 8 Julai 2022.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta sama.Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah hasil AMLA atau RM5 juta, yang mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. |
|
Armada desak SPRM buka sekatan akaun Bersatu - Sinarharian - 15/09 4:38 pm KUALA LUMPUR Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan sekatan terhadap akaun rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada empat pertuduhan berkaitan Program Jana Wibawa, pada Selasa.Ketua Penerangan Armada, Harris Idaham Rashid berkata, pihaknya menyambut baik keputusan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin itu dan berpandangan tiada lagi asas perundangan mahupun moral untuk meneruskan pembekuan akaun berkenaan."Rentetan pelepasan mutlak ini, Armada menuntut agar SPRM segera membatalkan sekatan ke atas akaun-akaun bank rasmi Bersatu tanpa sebarang alasan birokrasi lagi."Tiada lagi asas perundangan mahupun moral untuk terus membekukan hak pengurusan kami," katanya dalam kenyataan.Akaun Bersatu sebelum ini dibekukan SPRM pada Januari 2023 bagi membantu siasatan berkaitan wang yang disyaki daripada hasil aktiviti haram sebelum dua akaun parti itu kemudiannya disita pada April tahun sama.Pada 18 Jun lalu, Mahkamah Tinggi bagaimanapun menolak permohonan semakan kehakiman Bersatu bagi mencabar tindakan SPRM membeku dan menyita dua akaun bank parti itu, dengan mahkamah mendapati perintah pembekuan tersebut sah serta mematuhi keperluan undang-undang di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA).Dalam pada itu, Harris mendakwa rangkaian pertuduhan terhadap Muhyiddin merupakan satu bentuk "persekuasi politik" yang dirancang bagi melumpuhkan perjuangan Bersatu.Menurutnya, keputusan mahkamah menjadi pencetus kepada sayap parti itu untuk terus memperkukuh sokongan terhadap Muhyiddin serta kepimpinan parti."Kebenaran hari ini menjadi semboyan keramat: Bersatu kini sedia bangkit dengan solidariti penuh dan kekuatan total."Segala rintangan tirani ini tidak sedikit pun melemahkan maruah kami, malah menyemarakkan lagi obor perjuangan Armada untuk mara ke hadapan membentengi saf kepimpinan Muhyiddiin dan menuntut keadilan mutlak demi rakyat seluruh negara," jelas beliau.Terdahulu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri itu daripada satu pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan RM200 juta serta tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. |
|
Empat direman kes kemuka tuntutan palsu makanan haiwan RM1.8 juta - Sinarharian - 15/09 4:19 pm KUALA LUMPUR - Anggota penguat kuasa antara empat individu direman selama lima hari kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi pembekalan makanan haiwan berjumlah RM1.8 juta.Perintah reman hingga 19 September itu dikeluarkan Majistret Aina Azahra Ariffin terhadap kesemua mereka selepas membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.Menurut sumber, suspek yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40-an dan 60-an itu ditahan sekitar 9 malam semalam, ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.Selain anggota penguat kuasa terbabit, tiga individu lain yang ditahan ialah pesara sebuah agensi penguat kuasa serta pengarah dan pengurus pentadbiran sebuah syarikat swasta.Sumber itu berkata siasatan awal mendapati keempat-empat suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara 2021 dan 2023."Kesemua suspek dipercayai mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu dalam tuntutan bagi pembekalan makanan haiwan berjumlah kira-kira RM1.8 juta sedangkan jumlah pembekalan sebenar adalah lebih rendah," katanya.Pengarah SPRM Kuala Lumpur Mohammad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 |
|
Empat individu ditahan disyaki kemuka dokumen palsu RM1.8 juta - Sinarharian - 15/09 3:14 pm KUALA LUMPUR - Empat individu ditahan kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi pembekalan makanan haiwan kira-kira RM1.8 juta.Suspek membabitkan seorang anggota dan pesara sebuah agensi penguat kuasa, seorang pengarah dan pengurus pentadbiran sebuah syarikat swasta.Mereka termasuk seorang wanita berusia lingkungan 40 hingga 60-an itu ditahan kira-kira jam 9 malam, Isnin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.Perintah reman lima hari sehingga 19 September terhadap keempat-empat suspek dikeluarkan Majistret Aina Azahra Ariffin selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur di Mahkamah Majistret, di sini, pada Selasa.Siasatan awal mendapati keempat-empat suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2021 hingga 2023.Kesemua suspek dipercayai telah mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu dalam tuntutan palsu bagi pembekalan makanan haiwan berjumlah kira-kira RM1.8 juta sedangkan jumlah pembekalan sebenar adalah lebih rendah.Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohammad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahan tersebut."Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009," katanya. |
|
Beri peluang Anwar bersihkan negara sebelum PRU16 - Penganalisis - Sinarharian - 15/09 2:55 pm KUALA LUMPUR - Mana-mana pihak tidak wajar mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) pada masa ini.Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS), Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Misrinah Misban berkata, ini kerana, Anwar kini sedang dalam fasa membersihkan negara dari segala salah laku dan perbuatan rasuah oleh pimpinan terdahulu."Sepatutnya, semua pihak menghargai usaha ini dan tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak membantu, beri Anwar peluang untuk membersihkan negara."Apa yang sedang Perdana Menteri lakukan sekarang ini sangat penting untuk kemajuan masa akan datang walaupun ada pihak yang melihat ia sebagai bermotif politik," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.Sebelum ini, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, Perdana Menteri digesa tidak melayan desakan UMNO supaya PRU diadakan lebih awal kerana masih banyak agenda rakyat khususnya berkaitan ekonomi serta kesejahteraan yang perlu diberikan keutamaan.Mujahid berkata, baki penggal pentadbiran kerajaan masih berbaki sehingga penghujung 2027 menjadi tempoh penting untuk kerajaan melaksanakan semua agenda tersebut.Dalam pada itu, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Seremban, Dr |
|
Pembukaan RTS Link: Malaysia, Singapura tingkat kerjasama operasi .. - Mygazette - 15/09 2:47 pm # Pembukaan RTS Link: Malaysia, Singapura tingkat kerjasama operasi pencegahan dadah, bahan terlarang KUALA LUMPUR - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Malaysia dan Biro Narkotik Pusat (CNB), Singapura hari ini mengadakan Mesyuarat Dua Hala bagi memperkukuh kerjasama strategik dan operasi |
|
Anggota penguat kuasa antara 4 direman SPRM berkait pembekalan makanan .. - Mygazette - 15/09 2:47 pm # Anggota penguat kuasa antara 4 direman SPRM berkait pembekalan makanan haiwan RM1.8j KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman empat individu kerana disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu bagi pembekalan makanan haiwan berjumlah kira-kira RM1.8 juta |
|
Peguam Muhyiddin mohon pegawai SPRM dihukum kerana bocor dokumen Peguam .. - Mygazette - 15/09 2:47 pm # Peguam Muhyiddin mohon pegawai SPRM dihukum kerana bocor dokumen KUALA LUMPUR - Pasukan pembelaan memohon tindakan menghina mahkamah dikenakan terhadap pegawai penyiasat kes Janawibawa ekoran laporan polis yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu kebocoran dokumen yang dirahsiakan |
|
Peguam Muhyiddin mohon prosiding hina mahkamah terhadap pegawai penyiasat SPRM - Utusan - 15/09 2:34 pm KUALA LUMPUR: Pasukan pembelaan Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon Mahkamah Tinggi di sini memulakan prosiding menghina mahkamah (komital) terhadap pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kebocoran dokumen |
|
Peguam Muhyiddin mohon pegawai SPRM dikenakan tindakan menghina mahkamah - Astroawani - 15/09 2:15 pm Peguam kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa supaya pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perbicaraan kes Program Jana Wibawa dikenakan tindakan menghina mahkamah. |
|
Peguam Muhyiddin mohon pegawai SPRM dikenakan tindakan menghina mahkamah - Sinarharian - 15/09 1:56 pm KUALA LUMPUR - Peguam kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa supaya pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perbicaraan kes Program Jana Wibawa dikenakan tindakan menghina mahkamah.Semasa prosiding, peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Presiden Bersatu berusia 79 tahun itu berkata, permohonan berkenaan dibuat selepas seorang pegawai SPRM membuat laporan polis berhubung isu yang ditimbulkan dalam perbicaraan Muhyiddin, iaitu rakaman percakapan ahli perniagaan, Adam Radlan Adam Muhammad dalam kes berlainan.Katanya, laporan berkenaan kemudian disiarkan media, sekali gus didakwa sebagai percubaan mencemar imejnya selaku salah seorang peguam yang mewakili ahli politik berkenaan."Saya mohon tindakan menghina mahkamah dikenakan terhadap saksi pendakwaan ke-29, Mazery Mohd Zaini kerana didakwa melanggar arahan mahkamah supaya tidak membincangkan butiran perbicaraan di luar prosiding."Tindakan saksi membuat laporan polis berhubung dokumen yang dikemukakan pihak pembelaan boleh dianggap sebagai tindakan komital," katanya.Amer Hamzah berkata, saksi sebelum ini menerima arahan mahkamah supaya tidak berkomunikasi dengan mana-mana pihak ketika masih memberi keterangan."Laporan yang mereka buat terhadap saya malah menamakan saya secara peribadi merupakan satu pengisytiharan perang," katanya.Mendengar perkara itu, Mazery yang kini bertugas sebagai Ketua Cawangan Siasatan B, Bahagian Siasatan SPRM memohon maaf kepada barisan peguam, khususnya Amer Hamzah."Saya mohon maaf kepada barisan peguam berhubung isu laporan polis yang dibuat."Laporan polis itu dibuat kerana bimbang dokumen berkenaan mungkin keluar daripada pihak pegawai SPRM dan berlaku kebocoran maklumat dalaman."Saya bimbang ada kebocoran maklumat dalaman daripada pegawai SPRM, jadi saya perlu melindungi jabatan saya sendiri terhadap integriti pegawai SPRM," katanya.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, anggapan bahawa laporan polis itu merupakan satu bentuk intimidasi terhadap pihak pembelaan adalah keterlaluan.Beliau berkata, Mazery sudah menjelaskan kepada mahkamah tujuan laporan berkenaan dibuat dan turut menyatakan kesediaannya menarik balik laporan sekiranya siasatan mendapati tiada kebocoran daripada SPRM."Saksi ini mempunyai tanggungjawab sebagai pegawai penyiasat untuk menjaga integriti SPRM, sambil menyerahkan perkara berkenaan kepada mahkamah," katanya.Hakim, Noor Ruwena Md Nurdin kemudian meminta Mazery membuat semakan dengan jabatannya berhubung status laporan polis berkenaan.Mengikut pertuduhan pindaan pertama hingga keempat, Muhyiddin didakwa sebagai pegawai badan awam, iaitu ketika menjadi Perdana Menteri dan Presiden Bersatu, menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM225.3 juta.Suapan itu didakwa diperoleh daripada Azman serta empat syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd dan KCJ Engineering bagi manfaat parti berkenaan.Bagi pertuduhan kelima hingga ketujuh pula, Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta, antaranya dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik parti berkenaan.Perbicaraan di hadapan Hakim, Noor Ruwena Md Nurdin bersambung jam 2.30 petang. |
|
UMNO kau jangan derhaka!. - Wrlr - 15/09 12:55 am SERI PADUKA BAGINDA Secara protokol, semua Raja dan Sultan Negeri memakai gelaran Duli Yang Maha Mulia |
|
Pesan buat Umno: PAS tak rela agenda ummah pinggirkan 'kelompok lain - Denyutreformasi - 15/09 12:04 am PAS kelihatan tidak bersetuju terhadap kecenderungan Umno yang mengisyaratkan bahawa agenda kerjasama penyatuan ummah mereka hanya melibatkan kedua-dua parti saja |
|
Dakwaan rasuah, Mat Sabu ambil tindakan undang-undang terhadap warganet - FMT - 15/09 11:54 am Menteri itu mengarahkan peguamnya hantar surat tuntutan kepada pemilik akaun media sosial yang mendakwanya terlepas tindakan berhubung siasatan bekal baja di Kedah. |
|
KPKM mahu kelemahan, ketidakpatuhan agensi ditangani - Sinarharian - 15/09 11:27 am PUTRAJAYA Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mahu sebarang kelemahan dalam pengurusan serta ketidakpatuhan di semua agensi dan anak syarikat agensi di bawah kementerian itu dikenal pasti dan diambil tindakan sewajarnya.Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, KPKM akan terus memperkukuh pemantauan terhadap aspek tata kelola, integriti dan pengurusan kewangan di semua agensi serta anak syarikat agensi di bawah kementerian berkenaan.Menurut beliau, setiap organisasi di bawah KPKM perlu diurus secara telus, berintegriti selain mematuhi sepenuhnya peraturan serta tatacara yang ditetapkan."Sebarang kelemahan dalam pengurusan, ketidakpatuhan atau perkara yang boleh menjejaskan kepentingan awam hendaklah dikenal pasti dan diambil tindakan sewajarnya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, pengurusan agensi dan anak syarikat juga perlu memastikan setiap keputusan, perolehan serta penggunaan dana awam dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan boleh dipertanggungjawabkan.Mohamad menegaskan KPKM tidak akan berkompromi dalam soal integriti dan tata kelola."Amanah rakyat mesti dijaga dan setiap ringgit wang awam perlu diurus dengan sebaik-baiknya," katanya.Sebelum ini, kelewatan bekalan baja oleh pembekal yang dilantik kementerian menjadi perhatian selepas isu itu dilaporkan menjejaskan pengagihan Baja Padi 3 kepada pesawah di Kedah.Susulan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung kelewatan berkenaan, termasuk meneliti kemungkinan wujud kelemahan dalam aspek tatakelola.Siasatan SPRM turut melibatkan pihak berkaitan di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), dengan agensi antirasuah itu memaklumkan telah berhubung dengan KPKM dan MADA bagi mendapatkan maklumat serta dokumen berkaitan. |
|
SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular - Mypress - 15/09 11:22 am PUTRAJAYA Isu persepsi antara cabaran paling kritikal bukan sahaja terhadap organisasi kerajaan dan swasta, malahan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) |
|
Bekas pengurus syarikat didakwa pecah amanah projek milik TH, duit masuk akaun sendiri - Sinarharian - 15/09 10:49 am KOTA BHARU - Seorang bekas pengurus sebuah syarikat pembinaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan melakukan pecah amanah dengan mengutip penalti sebanyak RM14,000 daripada kontraktor melibatkan projek membina serta menyiapkan projek sebuah bangunan komersial milik Tabung Haji antara November 2017 dan Ogos 2018.Tertuduh, Mohamad Hashim Mukhatap, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai Pengurus Pembinaan THP Timur Sdn Bhd didakwa melakukan pecah amanah dengan secara tidak jujur telah menyalahgunakan harta dan memasukkan wang berjumlah RM14,000 ke dalam akaun bank miliknya yang merupakan hasil kutipan penalti ke atas kontraktor iaitu syarikat Kelpile Sdn Bhd.Kutipan tersebut melibatkan projek cadangan membina dan menyiapkan sebuah bangunan komersial 22 tingkat yang mengandungi 244 unit pangsapuri perkhidmatan, unit kediaman tingkat teratas (empat unit), kemudahan awam (aras tujuh), ruang perniagaan (dua tingkat), tempat letak kereta (lima tingkat), aras bawah tanah tambahan (satu tingkat) dan kemudahan yang berkaitan di atas Lot 273, Seksyen 12 di sini.Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Sofea Residensi, Seksyen 12 di sini antara 15 November 2017 dan 8 Ogos 2018.Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mariah Omar manakala tertuduh diwakili peguam, Fahmi Abd Moin.Terdahulu, Mariah mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu melapor diri di pejabat SPRM terdekat dengan kediaman tertuduh, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.Fahmi dalam rayuannya memohon jaminan dikurangkan sebanyak RM5,000 dengan alasan tertuduh masih menanggung empat orang anak dan seorang ibu."Isteri tertuduh yang bekerja sebagai pembantu tadbir hadir untuk membayar jaminan |
|
Tangguh permohonan pengampunan Najib budi bicara Agong, kata PM - Denyutreformasi - 15/09 8:47 am KOZHIKODE (Kerala): Keputusan menangguhkan permohonan pengampunan Najib Razak ke mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) akan datang adalah di bawah budi bicara Yang di-Pertuan Agong, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim |
|
RCI TH: Bekas timbalan pengurus besar pembinaan, bekas pengurus projek .. - Mygazette - 15/09 7:35 am # RCI TH: Bekas timbalan pengurus besar pembinaan, bekas pengurus projek didakwa esok KOTA BHARU - Seorang bekas timbalan pengurus besar pembinaan dan seorang bekas pengurus projek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu esok susulan penemuan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH). Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah mendapat izin untuk mendakwa dua individu itu |
|
Gesa MBJB kaji semula langkah wajibkan peniaga pasang tiga CCTV - Mygazette - 15/09 7:35 am # Gesa MBJB kaji semula langkah wajibkan peniaga pasang tiga CCTV JOHOR BAHRU - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) perlu mengkaji semula syarat baharu yang mewajibkan peniaga di di daerah ini memasang tiga unit kamera litar tertutup (CCTV) untuk perbaharui lesen perniagaan |
|
SPRM kesan tiga rakyat Malaysia bagi hadiri prosiding mahkamah - Mygazette - 15/09 7:35 am # SPRM kesan tiga rakyat Malaysia bagi hadiri prosiding mahkamah KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tiga individu warganegara Malaysia bagi menghadiri prosiding pendengaran lucuthak di Mahkamah Seksyen Jenayah Georgetown, Pulau Pinang, 2 Oktober ini |
|
Janawibawa: Hakim benar 4 saksi yang telah beri keterangan dipanggil .. - Mygazette - 15/09 7:35 am Bhd., Lian Tian Chuan (TC Lian) dan Pengarah KCJ Engineering Sdn. Bhd., Datuk Seri Azman Yusoff dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd |
|
KPM digesa siasat dakwaan pelajar lebam dipukul guru - Mygazette - 15/09 7:35 am # KPM digesa siasat dakwaan pelajar lebam dipukul guru GEORGE TOWN - Seorang pelajar lelaki berusia sembilan tahun didakwa dicederakan secara fizikal oleh seorang guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dalam daerah Barat Daya dekat sini |
|
Dari RCI ke mahkamah: Jamil Khir bakal berdepan 3 pertuduhan Tabung Haji - Wrlr - 15/09 5:57 am Perkembangan itu menyusul selepas SPRM memperoleh keizinan Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan pendakwaan terhadap bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkenaan. Jamil Khir dijangka berdepan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan, iaitu berkaitan kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang, berdasarkan syor yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) |
|
Persepsi, AI dan deepfake antara cabaran utama SPRM - Sinarharian - 14/09 6:38 pm PUTRAJAYA Persepsi masyarakat, kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI), kandungan deepfake dan penyebaran maklumat palsu dikenal pasti sebagai antara cabaran utama yang dihadapi semua organisasi, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM, Hisyam Mohd Yusoff berkata, cabaran persepsi merupakan antara isu paling kritikal yang bukan sahaja dihadapi SPRM, malah turut memberi kesan kepada organisasi kerajaan dan swasta.Menurut beliau, persepsi terbahagi kepada dua bentuk iaitu positif dan negatif."Kita menyokong serta menghargai persepsi yang positif |
|
Jangan ambil tindakan sendiri terhadap pelarian Myanmar - polis - Mkini - 14/09 5:32 pm Lebih baik laporkan kepada polis supaya tindakan susulan dapat diambil mengikut peraturan," maklum Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Noor Hisam Nordin. |
|
Pegawai SPRM nafi Azman Yusoff dapat layanan istimewa dalam siasatan Jana Wibawa - Sinarharian - 14/09 5:18 pm KUALA LUMPUR Pegawai penyiasat kes Jana Wibawa menafikan bahawa Pengarah KCJ Engineering Sdn Bhd, Datuk Seri Azman Yusoff menerima layanan istimewa sepanjang siasatan dijalankan.Ketua Penolong Pesuruhjaya SPRM, Mazery Mohd Zaini, 42, berkata demikian ketika memberi keterangan dalam perbicaraan membabitkan empat pertuduhan salah guna kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM225.3 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan RM200 juta yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Mazery yang juga saksi pendakwaan ke-29 tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat "perjanjian" dengan Azman supaya ahli perniagaan itu menjadi saksi dalam perbicaraan berkenaan.Bagaimanapun, beliau yang kini bertugas sebagai Ketua Cawangan Siasatan B, Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bersetuju bahawa Azman tidak dikenakan tahanan reman sepanjang siasatan dijalankan.Menjawab soalan peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Muhyiddin, Mazery turut menafikan siasatan dijalankan secara berat sebelah atau bahawa Azman diberikan sebarang bentuk perlindungan imuniti.Pada prosiding terdahulu, mahkamah dimaklumkan bahawa Azman pada asalnya merupakan suspek dalam kes tersebut sebelum dipanggil memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-27.Dalam pada itu, Mazery turut disoal mengenai bekas Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad.Beliau berkata, beliau mengenali Adam Radlan, namun tidak terlibat dalam siasatan terhadap ahli politik tersebut.Dalam sesi pemeriksaan balas, peguam pembelaan membandingkan situasi melibatkan Adam Radlan dan Azman.Peguam: Adakah menjadi sesuatu yang pelik apabila Adam Radlan didakwa di mahkamah kerana menerima RM2 juta, sedangkan Azman tidak dituduh menerima RM1 juta?Mazery: Tidak setuju.Peguam: Berdasarkan keterangan saksi pendakwaan ke-21, ahli perniagaan Lian Tian Chuan atau TC Lian, terdapat satu kes prima facie menunjukkan Azman meminta dan menerima rasuah |
|
Penyeludupan sempadan Malaysia-Thailand: SPRM terima 163 aduan rasuah - Sinarharian - 14/09 4:24 pm PUTRAJAYA Sebanyak 163 maklumat berhubung aduan rasuah diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand sejak 2021.Ini khususnya di Perlis, Kedah, Perak, dan Kelantan yang bersempadanan dengan wilayah Thailand seperti Wilayah Songkhla, Yala, Narathiwat dan Satun.Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, jumlah itu direkodkan bagi tempoh sehingga 2026.Menurutnya, sebanyak 33 kertas siasatan telah dibuka yang membawa kepada 38 tangkapan, 24 pertuduhan di mahkamah dan 16 sabitan kesalahan."SPRM dan National Anti-Corruption Commission (NACC) Thailand komited membanteras jenayah rasuah rentas sempadan menerusi pengukuhan kerjasama risikan yang lebih pantas, proaktif dan berimpak tinggi," katanya semasa Mesyuarat Kerjasama Dua Hala Ke-8 di Bangkok, Thailand di sini.Beliau berkata demikian semasa Mesyuarat Kerjasama Dua Hala Ke-8 yang berlangsung pada 10 September lalu di Bangkok, Thailand.Ahmad Khusairi yang mengetuai delegasi SPRM menyifatkan, NACC sebagai rakan strategik yang sangat penting di rantau ini khususnya dalam membanteras aktiviti rasuah.Antaranya melibatkan barangan bersubsidi, petrol, diesel, rokok, minuman keras, dan pemerdagangan migran yang didalangi ketirisan penguatkuasaan di sempadan.Beliau berkata, kekerapan aktiviti ekonomi sempadan Malaysia-Thailand adalah antara yang tertinggi di ASEAN dan situasi ini membuka ruang kepada salah guna kuasa dan pergerakan rentas sempadan di kedua-dua negara.Tambah beliau, sinergi strategik ini turut berhasil dalam pengesanan saksi-saksi dan saspek-saspek yang melarikan diri ke Malaysia atau Thailand.Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha NACC Wilayah 9, Tawichart Nillakan mengakui, saluran pertukaran maklumat secara langsung dan berasaskan persefahaman membolehkan tindakan cepat diambil berbanding prosedur formal Mutual Legal Assistance (MLA) yang memakan masa.Selain operasi risikan, kedua-dua agensi turut memperkukuh kempen kesedaran pencegahan rasuah di pintu masuk sempadan, khususnya sempena sambutan Hari Anti-Rasuah Sedunia setiap 9 Disember. |
|
FGV lantik firma audit bebas, FELDA sahut saranan perkukuh tadbir urus... - Mygazette - 14/09 3:18 pm Pada masa sama, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memaklumkan, proses pelantikan firma audit bebas sedang giat dijalankan ke atas beberapa buah anak syarikat yang lain. Menurutnya, pelantikan itu dilaksanakan selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Jawatankuasa Khas Hala Tuju FELDA 2030 |
|
Jamil Khir mengaku tidak bersalah lupus RM860.3 juta wang Tabung Haji - Mygazette - 14/09 3:18 pm Mahkamah menetapkan 5 November sebagai tarikh sebutan semula kes. Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim Aman, mengesahkan seorang bekas menteri akan didakwa atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan berkaitan siasatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH |
|
Jamil Khir ceria tiba awal di mahkamah - Mygazette - 14/09 3:18 pm Kes beliau akan didengar di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Rosli Ahmad pada jam 9.30 pagi ini. Kehadirannya hari ini susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara yang dibangkitkan dalam Laporan RCI TH |
|
Abdul Aziz dilantik Timbalan Ketua Polis Negara Abdul Aziz dilantik .. - Mygazette - 14/09 3:18 pm KUALA LUMPUR Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 9 September 2026 |
|
Jangan gadai maruah, masa depan hanya kerana kepentingan sementara – .. - Mygazette - 14/09 3:18 pm # Jangan gadai maruah, masa depan hanya kerana kepentingan sementara - Fahmi KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzi mengingatkan generasi muda supaya perlu sentiasa mengenali, menghargai dan memelihara sejarah |
|
Akaun kami diaudit, ada bukti wang keluar masuk – Mandiri, Hayat - Mygazette - 14/09 3:18 pm # Akaun kami diaudit, ada bukti wang keluar masuk - Mandiri, Hayat KUALA LUMPUR - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Mandiri sedia disiasat kerana pihaknya percaya tidak mempunyai apa-apa niat tersirat untuk disembunyikan dalam memperjuangkan isu rasuah secara adil di negara ini |
|
Jangan jadi ‘hakim’ isu Rohingya - Utusan - 14/09 3:14 pm BACHOK: Orang ramai termasuk pempengaruh diingatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri terhadap komuniti pendatang asing termasuk Rohingya, sebaliknya menyerahkan sebarang isu kepada pihak berkuasa |
|
Isu DNAA Ahmad Zahid: AMK jangan hipokrit - Sinarharian - 14/09 3:14 pm KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak seharusnya menjadikan keputusan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) dalam kes Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai modal serangan politik terhadap kepimpinan parti itu.Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Mohd Affifi Aris berkata, seseorang tidak boleh dianggap bersalah hanya kerana disiasat atau didakwa, sebaliknya kesalahan perlu dibuktikan melalui proses mahkamah."Jangan mendahului mahkamah |
|
Isu Rohingya: Jangan ambil tindakan sendiri - Polis - Sinarharian - 14/09 2:51 pm KOTA BHARU Polis mengingatkan individu termasuk pempengaruh supaya tidak mengambil tindakan sendiri berhubung isu Rohingya kerana dibimbangi mencetuskan provokasi yang boleh menjejaskan keamanan negara.Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Datuk Noor Hisam Nordin berkata, sebaliknya maklumat seperti lokasi mereka perlu disalurkan kepada pihak polis untuk tindakan mengikut undang-undang.Menurut beliau, tindakan segelintir pihak yang kononnya terpaksa bertindak sendiri susulan dakwaan kelewatan pihak berkuasa boleh membawa implikasi negatif apabila dipengaruhi emosi."Dia tak boleh macam itu |
|
FGV lantik firma audit forensik bebas siasat entiti korporat berkait Felda - Sinarharian - 14/09 2:33 pm SHAH ALAM - Anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), FGV Holdings Berhad (FGV) melantik sebuah firma audit bebas bagi menjalankan audit forensik berhubung perkara-perkara khusus melibatkan sebuah entiti mempunyai hubungan korporat dengan Kumpulan Felda.Felda memaklumkan, pada masa sama proses pelantikan firma audit bebas sedang giat dijalankan ke atas beberapa anak syarikat lain.Menurutnya, pelantikan itu dilaksanakan selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Khas Hala Tuju Felda 2030."Langkah ini dirangka khusus untuk menambah baik tahap tadbir urus Kumpulan Felda demi kelestarian agensi tersebut."Felda akan terus meneliti keperluan untuk melantik firma audit bebas bagi melaksanakan pengauditan forensik secara profesional dan menyeluruh ke atas Felda serta semua organisasi di bawah kumpulan itu, " katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Felda disyor untuk melantik pasukan forensik audit sendiri untuk melaksanakan keraja-kerja audit berhubung isu berkaitan tadbir urus dan salah laku dalam agensi itu.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, pasukan forensik yang dilantik mempunyai kewibawaan untuk melaksanakan tindakan tersebut, sekali gus dapat membantu SPRM menjalankan penyiasatan.Sebagai rekod, inisiatif pengauditan forensik terhadap Felda telah mula dilaksanakan sejak 2019.Felda memaklumkan, sebelum ini, agensi itu melantik Tetuan Ernst & Young (EY), manakala dapatan laporan audit berkenaan telah dibentangkan di Parlimen melalui Kertas Putih Felda pada 2020.Tambahnya, pelaksanaan audit terbaharu itu mencerminkan komitmen berterusan pengurusan Kumpulan Felda dalam memperkukuh aspek tadbir urus, akauntabiliti, ketelusan dan pematuhan di semua peringkat operasi."Felda kekal tegas dengan pendiriannya untuk memastikan kepentingan organisasi serta kesejahteraan peneroka sentiasa dilindungi dan terpelihara," ujarnya. |
|
Pengedar guna 'lingo' rahsia jual dadah online - Caprice - Sinarharian - 14/09 2:00 pm KUALA LUMPUR - Penggunaan kod khas atau 'lingo' tertentu kini menjadi trend dalam usaha mengelabui pihak berkuasa bagi urusan penjualan dadah secara dalam talian di pelbagai platform media sosial.Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata, pengedar dadah kini semakin bijak dengan kerap menukar istilah serta kod rahsia bagi mengelak dikesan atau disekat pihak pentadbir platform.Menurutnya, pada peringkat awal, istilah tertentu seperti 'Pui Pui' digunakan sebagai kod bagi merujuk kepada sejenis 'dadah zombi', namun kod berkenaan sentiasa berubah mengikut peredaran masa sebaik sahaja ia mula dikesan."Dulu zaman kelab malam, pengguna tidak akan sebut nama dadah secara terbuka seperti ecstasy, sebaliknya menggunakan ayat atau istilah tertentu |
|
Abdul Aziz dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu - Sinarharian - 14/09 1:00 pm PUTRAJAYA - Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu berkuat kuasa 9 September.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis telah memperkenan pelantikan Abdul Aziz seperti termaktub di bawah Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.Menurutnya, Abdul Aziz dilahirkan pada 19 Februari 1967 di Penaga, Pulau Pinang dan berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)."Beliau mula dilantik dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 Julai 1995."Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah ditempatkan di pelbagai jabatan dalam PDRM |
|
Sindrom penafian terhadap 'sakau' - Denyutreformasi - 14/09 8:48 am Oleh Zin Mahmud Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik, tentulah dari konteks, mereka dapat faham apa ertinya perkataan sakau |
|
Jamil Khir didakwa esok berkaitan isu Tabung Haji Jamil Khir didakwa esok .. - Mygazette - 14/09 8:14 am Semakan terhadap sistem mahkamah menunjukkan kes Jamil Khir, 65, didaftarkan di hadapan Hakim Rosli Ahmad. Media sebelum ini melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat izin Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengemukakan pendakwaan terhadap bekas ahli politik itu |
|
RCI Tabung Haji: Jamil Khir tiba di mahkamah - Sinarharian - 14/09 7:58 am KUALA LUMPUR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin bagi menghadapi pendakwaan berhubung siasatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).Jamil Khir berpakaian kemaja putih dan sut hitam tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada jam 7.40 pagi.Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman dilapor berkata, pendakwaan itu membabitkan kes berkaitan Laporan RCI TH, selepas pihaknya memperoleh kebenaran Peguam Negara untuk mengemukakan pertuduhan di mahkamah.SPRM dilapor mengesyorkan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, yang merujuk kepada kesalahan dengan curang menyalahgunakan atau mengalih, menggunakan atau mencairkan harta kepunyaan pihak lain untuk kegunaan diri sendiri secara tidak jujur.Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun, sebatan serta boleh dikenakan denda.Untuk rekod, setakat Khamis lalu, empat individu sudah didakwa di mahkamah.Mereka yang telah didakwa ialah Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas Pengurus Keselamatan dan Kesihatan THP Bina Sdn Bhd Nasahruddin Ahmad serta bekas Timbalan Pengurus Besar TH Properties Sdn Bhd Tengku Kamarolhisham Tengku Kamaruddin, yang juga bekas Timbalan Pengurus Besar THP Bina Sdn Bhd.Turut didakwa Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alam Maritim Resources Bhd Datuk Azmi Ahmad. |
|
SPRM reman pengarah urusan syarikat berhubung isu lewat agih baja di Kedah .. - Mygazette - 13/09 7:04 pm # SPRM reman pengarah urusan syarikat berhubung isu lewat agih baja di Kedah ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang pengarah urusan syarikat pembekal baja bagi membantu siasatan berhubung kelewatan pengagihan Baja Sebatian Tambahan (Baja Padi 3) kepada pesawah di negeri ini |
|
Mujahid sedia beri keterangan bantu siasatan isu Tabung Haji - Mygazette - 13/09 7:04 pm # Mujahid sedia beri keterangan bantu siasatan isu Tabung Haji JOHOR BAHRU - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa sedia dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa berhubung siasatan isu Lembaga Tabung Haji (TH) sekiranya dipanggil. Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, setakat ini beliau belum menerima sebarang notis rasmi atau didatangi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk berbuat demikian |
|
Isu Baja 3 lewat, pengarah urusan ditahan SPRM - Mypress - 13/09 6:31 pm ALOR SETAR Seorang pengarah urusan sebuah syarikat pembekal baja ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada… |
|
Bekas menteri akan didakwa esok - Sinarharian - 13/09 5:28 pm SHAH ALAM - Seorang bekas menteri akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan pihaknya telah mendapat izin untuk mendakwa individu berkenaan.Pertuduhan itu dijadualkan pada jam 8.30 pagi.Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai identiti individu terbabit dan butiran pertuduhan setakat ini. |
|
Kenapa Najib perlu dilayan berbeza? – Aziz Bari - Harapandaily - 13/09 5:27 pm Pertikaian mengenai pengampunan Datuk Seri Najib Razak kembali mengheret sejarah pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018, selepas Umno mempersoalkan pendirian Pakatan Harapan (PH) yang mahu pesalah rasuah dan salah guna kuasa berprofil tinggi menjalani hukuman seperti diputuskan mahkamah |
|
RCI Tabung Haji: Bekas menteri dijangka didakwa pada Isnin - Astroawani - 13/09 5:00 pm Difahamkan pertuduhan itu mempunyai kaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji. |
|
SPRM Reman Pengarah Urusan Syarikat Berhubung Isu Lewat Agih Baja Di Kedah - Siakapkeli - 13/09 5:00 pm ALOR SETAR, 13 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang pengarah urusan syarikat pembekal baja bagi membantu... |
|
Jangan Pertahan Papan Tanda Perpaduan, Tetapi Runtuhkan Bangunan Perpaduan - Denyutreformasi - 13/09 4:32 pm 1.Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa pentadbiran negara mesti terus dirujuk sebagai Kerajaan Perpaduan Malaysia, bukan Kerajaan MADANI, menimbulkan satu persoalan mudah: 2.Selama hampir empat tahun ini, UMNO Pi mana?.Tidur ka? |
|
Isu lewat agih baja: Pengarah urusan syarikat baja direman empat hari - Sinarharian - 13/09 3:59 pm ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang pengarah urusan sebuah syarikat pembekal baja selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung isu kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja Tiga) kepada pesawah di Kedah.Perintah reman terhadap lelaki berusia lingkungan 30-an itu sehingga 16 September dikeluarkan Majistret Eliana Ismail selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar pada pagi Ahad.ARTIKEL BERKAITAN:Baja lewat: Pesawah buat laporan polis tuntut ganti rugiIsu lewat agih baja: 'Siasat sampai ke akar umbi' - SanusiJangan hanya siasat, Pesawah mahu kerajaan bayar ganti rugiSuspek ditahan kira-kira jam 2.30 petang pada Sabtu ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Kedah.Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong mengesahkan penahanan berkenaan ketika dihubungi dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.Sebelum ini, media melaporkan SPRM Kedah membuka kertas siasatan berhubung isu kelewatan pembekalan Baja Tiga yang dilantik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi memenuhi keperluan kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berkeluasan kira-kira 100,000 hektar.Siasatan itu susulan aduan diterima daripada Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) pada 26 Ogos lalu berhubung kelewatan pengagihan bekalan baja kepada pesawah. |
|
Jelajah RCI TH tidak ganggu proses mahkamah - Mujahid - Sinarharian - 13/09 3:29 pm Tujuan laporan RCI itu dibawa ke pengetahuan umum supaya kita ambil pengajaran dan pada masa sama menepis kekeliruan yang timbul, seperti pihak yang tidak menghormati atau menimbulkan keraguan terhadap fakta RCI."Siri jelajah penerangan berkenaan akan meneruskan sasarannya ke seluruh Semenanjung Malaysia secara berterusan bagi memastikan kesedaran awam dapat dipupuk secara berperingkat, khususnya dalam kalangan umat Islam," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Penerangan RCI Tabung Haji di sini pada Ahad.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, empat individu didakwa di mahkamah, manakala beberapa lagi termasuk bekas pengurusan kanan TH dan seorang bekas menteri ditahan serta direman bagi membantu siasatan, kurang dua bulan selepas laporan itu didedahkan kepada umum.Mereka yang telah didakwa ialah Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; bekas Pengurus Keselamatan dan Kesihatan THP Bina Sdn Bhd, Nasahruddin Ahmad; serta bekas Timbalan Pengurus Besar TH Properties Sdn Bhd, Tengku Kamarolhisham Tengku Kamaruddin, yang juga bekas Timbalan Pengurus Besar THP Bina Sdn Bhd.Turut didakwa Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alam Maritim Resources Bhd, Datuk Azmi Ahmad, yang dihadapkan ke mahkamah pada Khamis lalu.Dalam perkembangan sama, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, seorang bekas menteri akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin depan berhubung siasatan SPRM susulan penemuan tersebut.Beliau berkata, pihaknya telah mengesyorkan tiga pertuduhan terhadap individu berkenaan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.Mengulas lanjut mengenai siasatan isu berkenaan, Mujahid menjelaskan tindakan semasa adalah bersandarkan kepada 14 kes yang dirujuk untuk diambil tindakan lanjut.Menurutnya, hampir separuh daripada 14 kes tersebut dikenal pasti dan dilaporkan kepada pihak polis semasa pentadbirannya pada 2018 ketika proses pemulihan TH dijalankan."Laporan polis telah pun dibuat pada zaman itu, tetapi tiada tindakan susulan sehinggalah berlaku perubahan kerajaan. Jadi hari ini, nampaknya usaha berkenaan diteruskan melalui laporan RCI yang ada," katanya.Sehubungan itu, beliau menyatakan kesediaan pada bila-bila masa untuk tampil memberikan keterangan atau membantu siasatan berhubung laporan RCI TH."Setakat ini, saya belum menerima sebarang panggilan atau arahan rasmi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun sudah lama bersedia dan tiada masalah untuk beri keterangan jika diperlukan," ujarnya. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |