| /// |
|
| Search : Pembangkang News | Page 1 |
|
Jangan walkout daripada amanah jutaan pendeposit Tabung Haji – .. - Mygazette - 11/08 3:17 pm # Jangan walkout daripada amanah jutaan pendeposit Tabung Haji - Fadhlina KUALA LUMPUR - Simpanan dalam Lembaga Tabung Haji bukan sekadar angka dalam akaun sebaliknya membawa impian jutaan umat Islam yang mengumpul wang sedikit demi sedikit untuk menunaikan Rukun Islam kelima. Ketua Wanita Keadilan, Fadhlina Sidek berkata, atas sebab itu tindakan pembangkang memilih untuk keluar Dewan Rakyat ketika Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji dibahaskan hari ini amat mengecewakan |
|
Keluar Dewan: Pembangkang tak peduli amanah pendeposit Tabung Haji? - Mygazette - 11/08 3:17 pm # Keluar Dewan: Pembangkang tak peduli amanah pendeposit Tabung Haji? KUALA LUMPUR - Tindakan Ahli Parlimen pembangkang bertindak _walkout_atau keluar dari Dewan Rakyat, disifatkan lebih kepada strategi bantahan politik berbanding perjuangan hakiki terhadap isu Lembaga Tabung Haji (TH) |
|
Pembangkang keluar Dewan Rakyat: Drama politik tak matang – Tok Him - Mygazette - 11/08 3:17 pm # Pembangkang keluar Dewan Rakyat: Drama politik tak matang - Tok Him KUALA LUMPUR Tindakan pembangkang yang keluar dari Dewan Rakyat sebagai protes terhadap perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) disifatkan sebagai drama politik tidak matang |
|
PN dakwa Sidang Khas RCI Tabung Haji diturun taraf PN dakwa Sidang Khas .. - Mygazette - 11/08 3:17 pm Perdana Menteri panggil untuk beliau bentang di sini yang pada anggapan semua, laporan ini perlu dibahaskan Ahli Parlimen seterusnya dibuat satu ketetapan dan keputusan," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini. Takiyuddin berkata, pihak pembangkang dimaklumkan status Laporan RCI TH hanya bertaraf penerangan menteri dan bukannya laporan untuk dibahaskan serta diputuskan melalui undian |
|
Desak RCI tetapi ???lari??? ketika diberi peluang bahas, Syahredzan bidas .. - Mygazette - 11/08 3:17 pm Padahal mereka dulu juga desak untuk adakan RCI tetapi bila ada peluang bahas, mereka lari dari tanggungjawab mereka, ujarnya. Beliau turut menolak alasan yang diberikan pembangkang berhubung tindakan keluar Dewan dan mempersoalkan keutamaan sebenar mereka dalam Sidang Khas berkenaan |
|
Berani di luar tapi kecut ketika bahas RCI Tabung Haji – Saifuddin - Mygazette - 11/08 3:17 pm # Berani di luar tapi kecut ketika bahas RCI Tabung Haji - Saifuddin KUALA LUMPUR - Tindakan Perikatan Nasional (PN) keluar Dewan ketika Sidang Khas membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji disifatkan sebagai satu kerugian besar kepada pembangkang sendiri apabila melepaskan platform rasmi untuk mencabar setiap dapatan laporan berkenaan |
|
Dr Zaliha persoal tindakan pembangkang keluar Dewan Rakyat ketika bahas .. - Mygazette - 11/08 3:17 pm # Dr Zaliha persoal tindakan pembangkang keluar Dewan Rakyat ketika bahas RCI Tabung Haji KUALA LUMPUR - Tindakan ahli Parlimen pembangkang keluar beramai-ramai ketika Sidang Khas Dewan Rakyat di sini sebelum sesi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji hari ini menimbulkan persoalan mengenai keseriusan mereka terhadap isu berkenaan |
|
RCI TH: Bersatu kekal pertahan hak Islam-Melayu, tak keluar Dewan Rakyat - Mygazette - 11/08 3:17 pm "Politik Melayu-Islam mesti bergerak ke hadapan bukan dengan slogan dan sentimen semata-mata tetapi dengan integriti, keberanian dan pertanggungjawaban," jelasnya. Terdahulu, beberapa wakil rakyat pembangkang memutuskan tidak menyertai sidang khas bagi membincangkan Laporan RCI Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat pagi ini |
|
Anwar persoal mahu bahas isu dirinya atau laporan RCI Tabung Haji? - Mygazette - 11/08 3:17 pm # Anwar persoal mahu bahas isu dirinya atau laporan RCI Tabung Haji? KUALA LUMPUR - Perdana Menteri mempersoalkan sama ada pihak tertentu mahu membahaskan mengenai dirinya atau isu berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian susulan tindakan beberapa wakil rakyat pembangkang memutuskan tidak menyertai sidang khas khas pagi ini |
|
Jangan main sentimen Melayu, BN-PN perlu ikatan rasmi jika benar-benar .. - Mygazette - 11/08 3:17 pm Menurut Razlan, model yang diguna pakai di Negeri Sembilan dan Johor terbukti memberikan hasil positif tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati antara parti yang bertanding. Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mencadangkan penjenamaan baharu bagi kerjasama politik PN dengan BN menerusi nama Perikatan Barisan Nasional (PBN) bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan penyokong kedua-dua gabungan |
|
Pembangkang keluar Dewan Rakyat sebab Speaker enggan tangguh sidang khas .. - Mygazette - 11/08 3:17 pm # Pembangkang keluar Dewan Rakyat sebab Speaker enggan tangguh sidang khas RCI Tabung Haji KUALA LUMPUR Ahli-ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat dan enggan meneruskan perbahasan berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di Dewan Rakyat hari ini |
|
Pembangkang keluar Dewan Rakyat ketika Sidang Khas RCI TH disifatkan kebudak-budakan – Amidi - Mypress - 11/08 2:58 pm KUALA LUMPUR – Tindakan pembangkang keluar dari Dewan Rakyat ketika pembentangan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) hari ini disifatkan sebagai kebudak-budakan dan tidak bertanggungjawab |
|
Hamzah Zainuddin, MP PN antara keluar Dewan Rakyat - SUN - 11/08 2:55 pm Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin dan barisan Ahli Parlimen PN keluar Dewan Rakyat, tidak sertai perbahasan Laporan RCI Tabung Haji hari ini. |
|
Laporan RCI TH sekadar sesi penerangan Menteri? - Harakahdaily - 11/08 2:37 pm KUALA LUMPUR: Blok pembangkang meminta Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji ditangguhkan ke tarikh lebih sesuai sehingga Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dapat hadir memberikan penjelasan, mendengar perbahasan dan menggulung isu berkenaan |
|
RCI TH: Parlimen bukan 'one-man show' - Syed Saddiq - Sinarharian - 11/08 2:29 pm KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengkritik tindakan sebahagian pemimpin blok pembangkang yang memboikot pembentangan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) dengan keluar daripada Dewan Rakyat.Beliau berpandangan, tanggungjawab ahli Parlimen pembangkang dalam menjalankan fungsi semak dan imbang tidak seharusnya terhenti hanya disebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menghadiri persidangan tersebut atas faktor kesihatan."Parlimen bukanlah 'one-man show' |
|
Keluar Dewan: Pembangkang Tak Peduli Amanah Pendeposit Tabung Haji? - Siakapkeli - 11/08 2:22 pm KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Tindakan Ahli Parlimen pembangkang bertindakwalkoutatau keluar dari Dewan Rakyat, disifatkan lebih kepada strateg... |
|
Parlimen bukan tempat penerangan sehala, RCI Tabung Haji perlu dibahas - PN - Sinarharian - 11/08 2:00 pm KUALA LUMPUR Institusi Parlimen tidak boleh dijadikan sekadar tempat penerangan sehala tanpa ruang perbahasan dan penentuan dasar yang bermakna, khususnya dalam isu yang membabitkan kepentingan pencarum Tabung Haji (TH) dan integriti kewangan negara.Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu penting bagi memastikan proses di Dewan Rakyat benar-benar memberikan ruang kepada Ahli Parlimen untuk membahaskan serta menentukan tindakan susulan terhadap Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.Menurutnya, sidang khas berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH amat mengecewakan apabila ia hanya melibatkan sesi penerangan menteri tanpa sebarang usul, ketetapan mahupun proses pengundian."Lebih menyedihkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sendiri meminta Mesyuarat Khas ini diadakan, gagal hadir bagi menjawab persoalan penting dan mewujudkan proses akauntabiliti yang telus."Kegagalan ini menyebabkan ahli Parlimen pembangkang yang telah bersedia sepenuhnya untuk membahaskan isu rakyat ini, memohon agar sidang berkenaan ditangguhkan sehingga Perdana Menteri sendiri dapat hadir bagi memastikan proses pertanggungjawaban dapat dilaksanakan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung HajiKeluar Dewan: Pembangkang tidak serius isu RCI Tabung Haji ZalihaAhli Parlimen Bersatu tidak keluar dewan, mahu tempoh bahas RCI TH dipanjangkan'Nak bahas saya atau Tabung Haji?' - AnwarPM perlu hadir bahas RCI TH untuk jawab - Mohd SyahirRCI TH: Rosol ibaratkan ketiadaan PM seperti pengantin tak datang majlis kahwin'Ini bukan tatakelola, ini tatatekola' Afnan dakwa kerajaan tidak serius tangani isu RCI THRCI TH: Kabinet setuju siasatan penuh serta-mertaPasukan khas ditubuh laksana syor RCI, pinda Akta TH - Zulkifli[VIDEO] 'Tiada aset TH dijual kepada golongan bukan Islam atau China' - Menteri AgamaLima kali BNM beri amaran kepada TH, bimbang kesan bayaran agihan untung tinggi - Dr ZulkifliTerdahulu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, memutuskan untuk meneruskan Persidangan Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan laporan RCI selepas menolak permohonan Takiyuddin agar persidangan ditangguhkan kerana Anwar tidak dapat hadir berikutan menjalani rawatan perubatan.Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kota Bharu itu turut mempersoalkan prosedur pembentangan laporan RCI Tabung Haji yang disifatkannya sebagai ganjil.Menurutnya, lazimnya laporan RCI dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu di bawah terma embargo sebelum didedahkan kepada umum.Namun, bagi kes RCI Tabung Haji, beliau berkata, laporan tersebut telah didedahkan kepada umum terlebih dahulu ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebelum dibawa ke Dewan Rakyat."Langkah terbalik ini jelas menunjukkan bahawa perbahasan di dalam Dewan kini tidak lagi mempunyai perbezaan ketara berbanding perbahasan di luar Parlimen, melainkan jika Perdana Menteri hadir secara langsung untuk mempertahankan laporan tersebut di hadapan wakil-wakil rakyat," jelas beliau. |
|
Pendeposit TH tidak perlu bimbang, urusan zakat dilaksana ikut syarak - Dr Zulkifli - Sinarharian - 11/08 1:52 pm KUALA LUMPUR - Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) tidak perlu bimbang mengenai status pelunasan zakat kerana kewajipan itu telah dilaksanakan dengan sempurna dan berlandaskan hukum syarak.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menjelaskan, Jawatankuasa Penasihat Syariah (JPS) TH telah memutuskan bahawa pembayaran zakat bagi pihak pendeposit sebelum konsep wakalah diperkenalkan pada 2019 adalah sah serta selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia."Keseluruhan operasi dan tadbir urus zakat TH adalah berpandukan Garis Panduan Zakat, telah diluluskan dan dipantau oleh JPS TH yang dianggotai pakar-pakar syariah dan kewangan Islam."JPS TH dalam mesyuarat pada 2 September 2020 berpandangan bahawa status pembayaran zakat bagi pendeposit pada tahun-tahun sebelum konsep wakalah adalah sah dan mematuhi hukum syarak," katanya ketika memberi penerangan pada sesi khas Dewan Rakyat berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH, pada Selasa.Menurut Zulkifli, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 3 Mei 1979 turut menetapkan bahawa TH ialah institusi yang tidak wajib zakat ke atasnya, namun berkewajipan membayar zakat bagi pihak pendeposit.Malah ujarnya, TH juga telah menunaikan kewajipan tersebut secara konsisten selaras dengan ketetapan berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung HajiKeluar Dewan: Pembangkang tidak serius isu RCI Tabung Haji ZalihaAhli Parlimen Bersatu tidak keluar dewan, mahu tempoh bahas RCI TH dipanjangkan'Nak bahas saya atau Tabung Haji?' - AnwarPM perlu hadir bahas RCI TH untuk jawab - Mohd SyahirRCI TH: Rosol ibaratkan ketiadaan PM seperti pengantin tak datang majlis kahwin'Ini bukan tatakelola, ini tatatekola' Afnan dakwa kerajaan tidak serius tangani isu RCI THRCI TH: Kabinet setuju siasatan penuh serta-mertaPasukan khas ditubuh laksana syor RCI, pinda Akta TH - Zulkifli[VIDEO] 'Tiada aset TH dijual kepada golongan bukan Islam atau China' - Menteri AgamaLima kali BNM beri amaran kepada TH, bimbang kesan bayaran agihan untung tinggi - Dr ZulkifliBerhubung pembayaran zakat bagi tahun-tahun semasa kontrak Wadiah Yad Damanah digunakan dari tempoh 2016 hingga 2019, beliau menegaskan, zakat yang dikeluarkan adalah zakat perniagaan (secara khultah) bagi pihak pendeposit ke atas kumpulan wang pendeposit diniagakan.Sementara itu mengenai syor RCI berkaitan perubahan dasar dari aspek pengurusan haji terutamanya kelayakan haji dan tempoh menunggu giliran, Zulkifli berkata, TH kini berada pada peringkat akhir memperhalusi penambahbaikan polisi pengurusan haji sebelum ia diumumkan dalam masa terdekat."Penambahbaikan akan melibatkan pelan menunaikan haji yang lebih jelas, terancang dan sistematik sejajar dengan konsep istito'ah atau kemampuan dan penekanan kepada kesiapsiagaan awal," ujarnya. |
|
PN keluar Dewan, Syed Saddiq, 4 Bersatu pilih kekal bahas RCI Tabung Haji - Harapandaily - 11/08 1:17 pm Ketika Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) memilih meninggalkan Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kekal di dalam Dewan bagi mengambil bahagian dalam perbahasan khas Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji hari ini. Tindakan itu menjadikan beliau antara suara bukan kerajaan yang tidak bersama langkah PN selepas permohonan blok pembangkang supaya.. |
|
Apa sebenarnya pembangkang mahukan? Dr Zaliha persoal tindakan keluar Dewan ketika bahas RCI Tabung Haji - Mydateline - 11/08 1:00 pm Tindakan Ahli Parlimen pembangkang keluar beramai-ramai ketika Sidang Khas Dewan Rakyat membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji hari ini sebagai mengecewakan jelas .. |
|
Pasukan khas ditubuh laksana syor RCI, pinda Akta TH -Zulkifli - Sinarharian - 11/08 12:53 am KUALA LUMPUR - Satu Pasukan Kerja (Task Force) sudah ditubuhkan bagi meneliti dan melaksana segala syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) ke arah usaha bagi meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pasukan itu dipengerusikan oleh Pengerusi TH dan dianggotai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dan juga Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC)."Saya dimaklumkan Task Force ini bersetuju untuk mengesyorkan supaya aspek pengurusan dana dan pelaburan TH dikawalselia oleh SC manakala aspek pengurusan haji akan dikawal selia oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan TH kekal sebagai satu entiti yang utuh."Butiran lanjut syor tersebut akan diberikan kepada saya untuk pertimbangan lanjut bagi dibentangkan kepada kabinet untuk kelulusan seterusnya," katanya ketika menyampaikan penerangan pada sesi khas Dewan Rakyat bagi membahaskan laporan RCI TH, pada Selasa.Beliau menjelaskan, peruntukan undang-undang seperti piawaian perakaunan yang diguna pakai dan penalti salah lapor penyata kewangan akan dimasukkan ke dalam Akta Tabung Haji dan dikemaskini selaras cadangan-cadangan RCI bagi menjamin perkara yang dilaporkan oleh RCI tidak berulang.ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung HajiKeluar Dewan: Pembangkang tidak serius isu RCI Tabung Haji ZalihaAhli Parlimen Bersatu tidak keluar dewan, mahu tempoh bahas RCI TH dipanjangkan'Nak bahas saya atau Tabung Haji?' - AnwarPM perlu hadir bahas RCI TH untuk jawab - Mohd SyahirRCI TH: Rosol ibaratkan ketiadaan PM seperti pengantin tak datang majlis kahwin'Ini bukan tatakelola, ini tatatekola' Afnan dakwa kerajaan tidak serius tangani isu RCI THRCI TH: Kabinet setuju siasatan penuh serta-mertaDalam pada itu Zulkifli menegaskan, krisis TH tidak berlaku dalam sekelip mata, sebaliknya ia kesan terkumpul daripada kerakusan dan penyelewengan, kelemahan tadbir urus, campur tangan kepentingan tertentu, keputusan pelaburan berisiko serta kegagalan menggambarkan kedudukan kewanwagn yang telus."Dicadangkan untuk larangan bagi ahli politik aktif dilantik sebagai Pengerusi atau anggota Lembaga TH |
|
RCI Tabung Haji: Tindakan Segelintir MP Pembangkang Keluar Dewan Rakyat .. - Wrlr - 11/08 12:50 am Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat setelah gagal menghalang Speaker, Tan Sri Johari Abdul meneruskan sesi perbahasan RCI Tabung Haji pada 11 Ogos 2026 |
|
“Majlis perkahwinan nak dibuat, pengantin tak datang” – Pembangkang Mohon Tangguh Sidang Khas RCI Tabung Haji Isu Kehadiran PMX - Lobakmerah - 11/08 12:37 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini berlangsung dengan hangat susulan tindakan blok pembangkang yang mendesak perbahasan ditangguhkan atas alasan ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
RCI TH: Kabinet setuju siasatan penuh serta-merta - Sinarharian - 11/08 12:34 am KUALA LUMPUR - Kabinet pada akhir Julai lalu bersetuju supaya agensi penguatkuasaan melaksanakan siasatan penuh serta-merta berdasarkan dapatan dalam laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH).Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memulakan siasatan susulan dengan menahan beberapa individu penting yang dikaitkan isu penyelewengan sepertimana tertera di dalam laporan tersebut.Menurut beliau, tindakan tegas itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan dan badan penguat kuasa bahawa tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat salah guna kuasa mahupun pecah amanah harta serta dana suci milik jemaah haji di negara ini."Dalam hal ini, saya mengambil kesempatan menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menegaskan agar siasatan mengenai dapatan RCI TH dijalankan secara menyeluruh dan telus tanpa sebarang kompromi sehingga ke lubang cacing."Keprihatinan baginda menggariskan kepentingan utama dalam memelihara amanah dan keyakinan umat Islam terhadap institusi pengurusan haji serta kewangan Islam negara ini adalah selari iltizam Kerajaan Madani," katanya ketika sidang khas Dewan Rakyat, di sini pada Selasa.Beliau dalam masa sama memberitahu, TH berjaya melaksanakan lebih 75 peratus daripada syor RCI bagi meningkatkan tadbir urus dan kesejahteraan institusi tersebut.Tambah beliau, TH juga menyatakan kesediaan dan komitmen untuk menyelesaikan baki syor relevan yang kini dalam pelaksanaan.ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung HajiKeluar Dewan: Pembangkang tidak serius isu RCI Tabung Haji ZalihaAhli Parlimen Bersatu tidak keluar dewan, mahu tempoh bahas RCI TH dipanjangkan'Nak bahas saya atau Tabung Haji?' - AnwarPM perlu hadir bahas RCI TH untuk jawab - Mohd SyahirRCI TH: Rosol ibaratkan ketiadaan PM seperti pengantin tak datang majlis kahwinSementara itu, beliau berpendapat bahawa cukup sukar untuk mengatakan golongan yang bertanggungjawab pada ketika itu tidak mengetahui masalah sedang membarah dalam TH.Jelasnya, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan beberapa surat peringatan sebanyak lima siri kepada Pengerusi TH dan Menteri Hal Ehwal Agama (ketika itu) mengenai masalah jurang antara aset serta tanggungan TH."Mereka diberi amaran bukan satu, bukan dua, tetapi lima kali bahawa keadaan itu perlu diperbetulkan segera bagi memastikan TH tidak terus melanggar undang-undang."Semua mesti tahu amaran-amaran BNM itu bukannya tiada asas |
|
‘Nak bahas saya atau Tabung Haji’ Anwar persoal tindakan pembangkang - Mypress - 11/08 12:32 am PEMBANGKANG seharusnya bersikap matang meneruskan perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) demi kepentingan umat Islam di Malaysia |
|
'Ini bukan tatakelola, ini tatatekola' Afnan dakwa kerajaan tidak serius tangani isu RCI TH - Sinarharian - 11/08 12:32 am Wartawan tanya, menteri jawab. Lepas tu jadi berita," katanya.Beliau berkata, pembangkang mahu usul khusus dibentangkan kerana ia membolehkan proses pengundian dibuat dan keputusan diambil bagi menentukan tindakan kerajaan terhadap isu berkenaan."Kita nak ada usul |
|
Selepas keluar dewan, Hamzah tegaskan tak payah buang masa - Mkini - 11/08 12:32 am PARLIMEN l Ketua pembangkang mengkritik sesi yang diturun taraf sebagai penerangan menteri yang akhirnya tidak ada sebarang keputusan atau pengundian. |
|
RCI TH: Orang Melayu Islam dikhianati, masih mahu main drama politik? – PM Anwar - Mydateline - 11/08 12:28 am Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan kekesalan berhubung tindakan blok pembangkang yang keluar dari Dewan Rakyat sewaktu sesi penerangan Menteri berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan .. |
|
RCI TH: Rosol ibaratkan ketiadaan PM seperti pengantin tak datang majlis kahwin - Sinarharian - 11/08 12:27 am KUALA LUMPUR - Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat hari ini kecoh susulan usul pembangkang untuk menangguhkan sesi itu atas alasan ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditolak.Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) bangkit mempersoalkan kewajaran sesi itu diteruskan dengan menyifatkan ia tidak lengkap seperti majlis perkahwinan diadakan tanpa pengantin."Sekarang majlis perkahwinan nak dibuat, pengantin tak datang," katanya.Bagaimanapun Speaker, Tan Sri Johari Abdul menegaskan, tindakan Rosol membuat perbandingan sedemikian sebagai tidak kena memandangkan masih ada anggota Kabinet yang hadir pada sidang khas itu termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi."Tak ada majlis perkahwinan |
|
PMX Bidas Pembangkang Tinggalkan Sidang Khas RCI Tabung Haji - Siakapkeli - 11/08 12:20 am Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang meninggalkan Sidang Khas Dewan Rakyat bagi membincangkan Laporan Suru... |
|
PM perlu hadir bahas RCI TH untuk jawab - Mohd Syahir - Sinarharian - 11/08 12:04 am KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu hadir dalam Sidang Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) supaya persoalan berkaitan laporan berkenaan dapat dijawab secara langsung.Tegas Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman, pembangkang sudah bersedia untuk membahaskan laporan berkenaan, namun mempersoalkan keperluan meneruskan sidang ketika Perdana Menteri tidak dapat hadir."Sidang hari ini hanya bersifat penerangan menteri, tiada sebarang usul, pendirian mahupun pengundian."Kita sudah bersedia |
|
Nak bahas tentang saya atau TH, Anwar soal pembangkang - FMT - 11/08 12:02 am Perdana menteri berkata ketika orang Melayu Islam didakwa dikhianati masih ada pihak yang mahu 'bermain drama politik'. |
|
'Nak bahas saya atau Tabung Haji?' - Anwar - Sinarharian - 11/08 11:53 am KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak tindakan pembangkang yang didakwa lebih memberi tumpuan kepada ketidakhadiran beliau dalam Sidang Khas Dewan Rakyat berbanding isu pengurusan dan pengkhianatan terhadap Tabung Haji (TH).Dalam hantaran di media sosialnya, Anwar yang kini sedang menjalani rawatan perubatan berkata, perkara utama yang sepatutnya diberi perhatian ialah Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji, bukannya keadaan atau kehadiran beliau dalam persidangan khas berkenaan."Nak bahas tentang saya, atau nak bahas tentang Tabung Haji? Nak ambil tahu tentang saya atau nak ambil tahu tentang pengkhianatan terhadap Tabung Haji?" katanya pada Selasa.Menurut Anwar, isu berkenaan membabitkan kepentingan umat Islam dan tidak sepatutnya dijadikan ruang untuk permainan politik."Orang Melayu Islam telah dikhianati, tapi masih ada yang mahu main drama politik? Apatah lagi datang daripada pihak yang melaung-laungkan tentang Melayu Islam," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung HajiKeluar Dewan: Pembangkang tidak serius isu RCI Tabung Haji ZalihaAhli Parlimen Bersatu tidak keluar dewan, mahu tempoh bahas RCI TH dipanjangkanBeliau turut mempersoalkan pendirian Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi Pas berhubung kepentingan pendeposit Tabung Haji, khususnya golongan yang bekerja keras mengumpulkan simpanan bagi menunaikan Rukun Islam kelima."Apakah PN yang ditunjangi Pas tidak mementingkan kepentingan orang susah, nelayan, petani, guru, polis, tentera, pesara yang mengerah keringat untuk menyimpan wang dalam Tabung Haji untuk menunaikan Rukun Islam kelima?" soalnya.Anwar berkata, tumpuan sepatutnya diberikan kepada kepentingan golongan berkenaan yang menjadi pendeposit Tabung Haji dan memastikan amanah mereka terus dipelihara.Hantaran itu dibuat ketika Sidang Khas Dewan Rakyat berlangsung bagi membahaskan Laporan RCI Tabung Haji.Anwar sebelum ini memaklumkan beliau tidak dapat hadir ke sidang khas berkenaan atas faktor kesihatan, namun akan mengikuti perbahasan secara dekat.Sidang khas berkenaan diteruskan dengan perbahasan Laporan RCI Tabung Haji selepas Speaker Dewan Rakyat menolak permintaan supaya persidangan ditangguhkan susulan ketidakhadiran Perdana Menteri. |
|
Dr Zaliha Persoal Tindakan Pembangkang Keluar Beramai-ramai Ketika Sidang Khas RCI TH - Siakapkeli - 11/08 11:51 am Dr Zaliha Mustafa mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen pembangkang keluar beramai-ramai ketika Sidang Khas Dewan Rakyat membahaskan Laporan RCI berkaitan Tabung Haji. |
|
Blok Pembangkang Keluar Dewan Rakyat, Tidak Ambil Bahagian Penerangan Menteri Berhubung RCI TH - Siakapkeli - 11/08 11:50 am Blok Pembangkang Keluar Dewan Rakyat, Tidak Ambil Bahagian Penerangan Menteri Berhubung RCI THKUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Ahli Parlimen pembangkang berti... |
|
Ahli Parlimen Bersatu tidak keluar dewan, mahu tempoh bahas RCI TH dipanjangkan - Sinarharian - 11/08 11:41 am KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Bersatu tidak akan keluar Dewan atau ketika Sidang Khas Dewan Rakyat membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH).Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, isu berkenaan penting kepada rakyat dan tidak seharusnya dicemari dengan sebarang bentuk drama politik."Ahli-ahli Parlimen Bersatu adalah pembangkang |
|
Cakap macam jaguh pertahan kepentingan Islam, tapi enggan bahas RCI TH, kata Zaliha - FMT - 11/08 11:29 am Pengerusi kelab penyokong kerajaan beritahu Ahli Parlimen pembangkang ini bukan masa buat drama politik. |
|
Keluar Dewan: Pembangkang tidak serius isu RCI Tabung Haji Zaliha - Sinarharian - 11/08 11:19 am KUALA LUMPUR Tindakan Ahli Parlimen pembangkang keluar beramai-ramai ketika Sidang Khas Dewan Rakyat membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) pada Selasa dipersoalkan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Madani (BBC), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai amat mengecewakan kerana pembangkang sebelum ini dilihat lantang memperjuangkan isu berkaitan Islam dan kepentingan umat Islam.Menurutnya, sidang khas berkenaan sepatutnya menjadi ruang kepada semua Ahli Parlimen untuk meneliti, mempersoalkan, mencabar dan menyanggah dapatan RCI berdasarkan fakta."Selama ini mereka bercakap seolah-olah merekalah jaguh yang paling lantang mempertahankan Islam dan kepentingan umat Islam."Hari ini, apabila pintu Parlimen dibuka untuk mereka bertanya, mencabar, menyanggah dan membahaskan setiap dapatan RCI, mereka memilih untuk keluar," katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.Ahli Parlimen Sekijang itu berkata, sekiranya terdapat dapatan RCI yang tidak dipersetujui pembangkang, perkara itu seharusnya dibangkitkan menerusi perbahasan di Dewan Rakyat."Kalau ada dapatan RCI yang mereka tidak setuju, bangun dan lawan dengan fakta |
|
Sidang khas bahas RCI TH kecoh, pembangkang ‘boikot’ keluar Dewan - Harapandaily - 11/08 10:58 am Sidang khas yang baru bermula bagi membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) bertukar kecoh apabila wakil rakyat pembangkang keluar daripada Dewan secara beramai-ramai |
|
Amirudin adikku, Ng Suee Lim sahabatku, Gunaraj temanku, kata Azmin di DUN .. - Wrlr - 11/08 10:56 am Harapandaily August 10, 2026 Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mencuri perhatian persidangan apabila menyifatkan beberapa pemimpin kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan (PH) sebagai adinda, sahabat dan teman |
|
Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung Haji - Sinarharian - 11/08 10:50 am KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sebahagian besar ahli Parlimen blok Pembangkang bertindak keluar dewan selepas usul penangguhan sidang khas Dewan Rakyat untuk membahaskan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) ditangguhkan, ditolak Speaker, Tan Sri Johari Abdul.Sebelum sesi penerangan menteri bermula, Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN - Kota Bharu) bangkit dengan Peraturan Mesyuarat 11 (3) susulan ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Namun Johari menegaskan, ia tetap diteruskan seperti dijadualkan dengan sesi penerangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan."Kita mempunyai Timbalan Perdana Menteri di sini |
|
Pembangkang kecuali Bersatu boikot sidang khas bahas RCI TH - Mkini - 11/08 10:48 am PARLIMEN l Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan pada awalnya tampil mengusulkan agar sidang khas RCI Tabung Haji (TH) ditangguh susulan Anwar tidak dapat menghadiri sesi hari ini. |
|
Pembangkang keluar Dewan enggan bahas RCI TH - FMT - 11/08 10:42 am Pembangkang sebelum ini menghantar surat kepada speaker supaya sidang khas ditangguhkan sehingga perdana menteri kembali bertugas. |
|
Kerjasama PN-BN berpotensi jadi game changer - Harakahdaily - 10/08 11:16 pm TAIPING: Muafakat atau kerjasama politik antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) berpotensi menjadi game changer yang mampu mengubah kedudukan gabungan itu daripada pembangkang kepada kerajaan |
|
Usah terlalu mudah berjanji ketika jadi pembangkang - Harakahdaily - 10/08 10:07 pm TAIPING: Menjadi pembangkang dianggap mudah kerana hanya perlu mengkritik dan memberi pandangan, namun setiap kenyataan tetap dinilai rakyat, peringat Naib Presiden PAS, Dato Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar |
|
Amirudin adikku, Ng Suee Lim sahabatku, Gunaraj temanku, kata Azmin di DUN Selangor - Harapandaily - 10/08 7:33 pm Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mencuri perhatian persidangan apabila menyifatkan beberapa pemimpin kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan (PH) sebagai adinda, sahabat dan teman |
|
Azmin gelar ADUN PH sebagai 'adinda, sahabat dan teman - Sinarharian - 10/08 5:32 pm KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mencuri perhatian apabila menggelarkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) sebagai "sahabat" dan "teman".Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu menyifatkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai "adinda", selain Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim sebagai "sahabat" dan ADUN Sentosa, Gunaraj R George sebagai "teman"."Amirudin adalah adindaku |
|
Status pembinaan Stadium Shah Alam masih jadi tanda tanya - Mygazette - 10/08 5:23 pm # Status pembinaan Stadium Shah Alam masih jadi tanda tanya SHAH ALAM Status pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA), termasuk Stadium Shah Alam, sekali lagi menjadi perhatian apabila tiada laporan kemajuan dan sumber pembiayaan projek bernilai lebih RM3 bilion itu. Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara paling membimbangkan ialah sehingga hari ini, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) masih meneliti sumber pembiayaan projek berkenaan |
|
Azmin dakwa PKNS rugi RM103.69 juta, hutang RM6.1 bilion - Mygazette - 10/08 5:23 pm # Azmin dakwa PKNS rugi RM103.69 juta, hutang RM6.1 bilion SHAH ALAM Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempersoalkan kemampuan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk terus menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri susulan kedudukan kewangannya yang didakwa semakin tertekan |
|
ADUN Nilai dilantik Pengerusi DAP N. Sembilan baharu - Mygazette - 10/08 5:23 pm Beliau berkata Arul Kumar bukan pemimpin India pertama yang pernah mengetuai DAP Negeri Sembilan, malah seorang pemimpin Melayu iaitu Yusof Bador juga pernah menjadi pengerusi negeri pada awal 80-an. Loke berkata Arul Kumar juga dijangka mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Negeri SembilanDatuk Ismail Lasimbagi membincangkan bentuk kerjasama baharu antara kerajaan negeri dan barisan pembangkang |
|
Tangguh perbahasan RCI TH, tunggu Anwar - Hamzah - Sinarharian - 10/08 4:35 pm KUALA LUMPUR Tiada keperluan meneruskan perbahasan mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) di Parlimen sekiranya Perdana Menteri tidak dapat hadir untuk memberikan penjelasan.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu sewajarnya ditangguhkan terlebih dahulu bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dan membahaskan isu berkenaan, terutama apabila RCI telah dilakukan kira-kira tiga tahun lalu."Kalau isunya besar kepada dia sebagai Perdana Menteri, apa yang patut dibuat? Dia beritahu dengan Speaker, tangguhkan dahulu."Sebab nak tunggu dia sendiri untuk membahaskan isunya, bukan semata-mata kerana lontaran telah dilakukan," katanya kepada Sinar Harian dalam sesi wawancara eksklusif, pada Isnin.Sebelum ini Anwar dilapor sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah.Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan laporan RCI TH dijadual berlangsung pada Selasa, dimulakan dengan sesi penerangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan.Sesi perbahasan itu kemudian dijangka digulung oleh Zulkifli dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.Dalam pada itu Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut turut mempersoalkan tindakan membawa semula isu berkenaan ke Parlimen selepas tempoh yang begitu lama.Menurutnya, isu berkenaan mula dilontarkan oleh Perdana Menteri ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebelum cadangan mengadakan sidang khas bagi membincangkan perkara tersebut."Sebelum ini ada kenyataan Anwar melawat beberapa orang di hospital dan hari ini, beliau dilaporkan mendapat rawatan selama dua hari."Sekiranya Perdana Menteri menjalani rawatan, perkara itu perlu diambil kira sebelum perbahasan mengenai isu RCI TH diteruskan."Kalau isu ini besar kepada dia sebagai Perdana Menteri, beliau sepatutnya bagi tahu kepada Speaker untuk tangguhkan dahulu sesi berkenaan sebab nak tunggu dia sendiri membahaskan isu ini sebagai isu yang besar," ujarnya.Laporan RCI setebal 211 halaman mengenai TH yang diterbitkan pada 29 Julai lepas mendedahkan pelbagai penemuan berkaitan kelemahan pengurusan dan operasi institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020.Antara dapatan utama RCI ialah kelemahan tadbir urus, termasuk campur tangan politik dalam pengurusan serta pengagihan keuntungan tanpa mengambil kira kesan rosot nilai dan kejatuhan nilai saksama pelaburan. |
|
Wahai adinda Menteri Besar, jangan gundah gulana – Azmin Ali - Mydateline - 10/08 3:56 pm Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Azmin Ali menitipkan pesanan buat Menteri Besar, Datuk Amirudin Shari untuk terus semangat memimpin pentadbiran negeri .. |
|
Arul Kumar dilantik Pengerusi DAP Negeri Sembilan baharu - Sinarharian - 10/08 2:44 pm SEREMBAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, J Arul Kumar dilantik sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa hari ini.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, pelantikan Arul Kumar dibuat secara sebulat suara oleh Jawatankuasa Negeri DAP Negeri Sembilan selepas beliau mengosongkan jawatan itu yang disandangnya selama 22 tahun sejak 2004."Pemilihan Arul Kumar adalah sesuatu yang saya rasa amat positif dan membuktikan DAP adalah sebuah parti berbilang kaum. Kita melihat seseorang itu dari segi kelayakan dan kebolehan beliau untuk memimpin."Saya menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada jawatankuasa negeri yang baharu kerana pasukan kita adalah berpengalaman, telah lama bekerjasama dan bersatu padu, paling penting kita akan meneruskan kerja di setiap kawasan yang diwakili dengan bersungguh-sungguh," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Negeri DAP Negeri Sembilan di sini hari ini.Anthony berkata, pelantikan Arul Kumar yang juga Naib Pengerusi DAP negeri sebelum ini adalah selaras dengan perlembagaan parti.Beliau berkata, beliau kekal sebagai anggota Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan selain meneruskan peranan sebagai Setiausaha Agung DAP.Katanya, tanggungjawab sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan besar, terutama selepas parti itu mencatat prestasi yang baik dalam empat pilihan raya negeri (PRN) sebelum ini dan berjaya mengekalkan sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN ke-16 baru-baru ini.Anthony yang juga Menteri Pengangkutan, sebelum ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan susulan keputusan PRN Negeri Sembilan yang menyaksikan beliau gagal mempertahankan kerusi DUN Chennah.Dalam pada itu, beliau berkata, pelantikan Arul Kumar turut mencerminkan komitmen DAP terhadap politik berbilang kaum, walaupun majoriti anggota jawatankuasa negeri terdiri daripada kaum Cina.Beliau berkata, Arul Kumar bukan pemimpin India pertama yang pernah mengetuai DAP Negeri Sembilan, malah seorang pemimpin Melayu iaitu Yusof Bador juga pernah menjadi pengerusi negeri pada awal 80-an.Jelasnya, Arul Kumar juga dijangka mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim bagi membincangkan bentuk kerjasama baharu antara kerajaan negeri dan barisan pembangkang.Sementara itu, Arul Kumar berkata, tanggungjawab menerajui DAP Negeri Sembilan merupakan amanah besar dan beliau akan memastikan parti terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.Beliau berkata, DAP akan terus berkhidmat kepada rakyat di sembilan kawasan yang dimenangi termasuk meneruskan khidmat kepada penduduk di DUN Chennah dan Repah yang tidak lagi diwakili parti itu.Pada PRN Negeri Sembilan baru-baru ini, DAP memenangi sembilan daripada 11 kerusi DUN yang ditandingi, manakala dua kerusi iaitu Chennah dan Repah gagal dipertahankan |
|
PN sedia berunding dengan BN hadapi PRN Melaka – Ahmad Samsuri PN .. - Mygazette - 10/08 8:13 am tetapi tentunya apa yang saya sebut padaawal tadi bahawa jalan kita ke arah itu tidak ada lebuh raya, tidak ada henti rehat, ia (laluan) akan penuh dengan onak dan duri yang memerlukan kecermatan, toleransi sertakesabaran yang tinggi. Itulah antara opsyenyang boleh menjadi__pencetus perubahan kepada kedudukan kita dari sekarang ini sebagai pembangkang kepada kerajaan |
|
PH mesti laksana reformasi elak kembali jadi pembangkang, kata penganalisis - FMT - 9/08 10:09 pm Wong Chin Huat berkata, keupayaan BN dan PN satukan undi akan datangkan cabaran besar buat PH. |
|
Pemuda Amanah persoal peruntukan MP PKR disekat - Mygazette - 9/08 4:53 pm JOHOR BAHRU - Exco Pemuda Amanah Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda mempersoalkan sama ada lima ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditarik peruntukan kerana terdapat usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan. Ahli Majlis Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata, beliau faham sekiranya tindakan tersebut dilakukan terhadap ahli Parlimen pembangkang atas sebab mahu menggugat kestabilan politik |
|
MyKhas bukan untuk ahli Parlimen, boleh salur terus kepada rakyat - Fahmi - Sinarharian - 8/08 4:24 pm MyKhas digunakan untuk rakyat, penduduk dan pengundi dalam Parlimen. Apa yang Perdana Menteri sebutkan itu adalah betul, tepat dan benar," katanya.Mengenai penyaluran bantuan di negeri-negeri yang dimenangi pembangkang, Fahmi menjelaskan,sebarang permohonan boleh dibuat menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.Semalam, Anwar menegaskan, peruntukan kerajaan yang disalurkan ke kawasan Parlimen bukan hak eksklusif seseorang wakil rakyat, sebaliknya digunakan untuk menyediakan kemudahan dan meningkatkan keselesaan serta taraf hidup rakyat di kawasan berkenaan.Perdana Menteri berkata,peruntukan berkenaan boleh disalurkan terus kepada rakyat termasuk bagi keperluan sekolah, sekolah agama, masjid dan kerja-kerja membaiki longkang.- Bernama |
|
Senario peruntukan tiga MP PKR disekat tidak sama dengan tindakan MP BN - Bryan Ng - Sinarharian - 8/08 12:58 am SHAH ALAM - Senario tiga Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa berdepan sekatan akses kepada sistem MyKhas dan pengurusan peruntukan kawasan tidak boleh disamakan dengan tindakan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang berbeza pendirian di peringkat negeri.Timbalan Setiausaha Agung PKR, Bryan Ng Yin Miih berkata, perbezaan ketara ialah Ahli Parlimen BN tidak menentang Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, sebaliknya persaingan mereka dengan Pakatan Harapan (PH) berlaku dalam konteks politik negeri.Menurutnya, tiga Ahli Parlimen PKR terbabit pula masih berada dalam parti, namun pada masa sama mengambil pendirian yang dilihat bertentangan dengan perjuangan parti serta bertindak seolah-olah sebagai pembangkang terhadap kerajaan sendiri.Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan isu penyaluran peruntukan kepada kawasan mereka tidak wajar dilihat semata-mata sebagai tindakan menyekat hak wakil rakyat, sebaliknya perlu dilihat dalam konteks pendirian politik yang diambil oleh mereka."Mereka mengatakan hanya mahu menjadi 'opposition within the government', tetapi saya tidak fikir pendirian itu munasabah."Mereka sudah meninggalkan perjuangan parti dan apa yang dilakukan lebih menjurus kepada kepentingan politik mereka sendiri |
|
Perdana Menteri diminta teliti semula isu penarikan peruntukan kepada Ahli Parlimen - Sinarharian - 8/08 11:38 am JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta meneliti semula kenyataannya berhubung peruntukan yang disalurkan terus kepada rakyat dan bukannya menerusi Parlimen.Exco Pemuda Parti Amanah Malaysia (AMANAH) Nasional, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda berkata, ia penting bagi memastikan agenda reformasi tidak terjejas oleh percaturan politik dalaman."Pakatan Harapan sedang berusaha membina semula keyakinan penyokong selepas beberapa kekalahan siri pilihan raya."Cukuplah memberi peluru hidup kerana mana-mana pihak dan sebaliknya laksakanlah agenda Reformasi yang tertunggak berbekalkan baki masa yang tidak seberapa lama pun lagi," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.Ahmad Fadhli Umar berkata, pihaknya memahami peruntukan sebegitu tidak diterima ahli parlimen pembangkang atas keengganan mereka menandatangani MoU bagi menstabilkan kerajaan."Tetapi, adakah peruntukan ahli parlimen kerajaan yang ditarik ini juga disebabkan asas yang sama iaitu terdapat usaha mereka menjatuhkan kerajaan?," soalnya dalam kenyataan itu.Kenyataan dikeluarkan Exco Pemuda AMANAH nasional selepas kecewa dengan lantikan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin sebagai Penyelaras Parlimen Ampang yang berperanan untuk memastikan bantuan dan kebajikan kepada penduduk disampaikan secara tersusun, cekap dan berkesan.Menurut beliau, perkara itu boleh menimbulkan persepsi bahawa peranan ahli Parlimen boleh diketepikan jika akses kepada peruntukan kawasan disekat dan diselaraskan menerusi pegawai dilantik.Jelasnya, jika tujuan untuk memastikan bantuan disampaikan tersusun, akses sewajarnya dikembalikan kepada ahli Parlimen dengan mekanisme pemantauan yang jelas dan telus."Perkara ini juga selari dengan komitmen Pakatan Harapan dalam Tawaran HARAPAN PRU15 yang menjanjikan peruntukan kawasan secara sama rata kepada semua ahli Parlimen tanpa mengira parti."Laporan bahawa beberapa ahli Parlimen yang menyokong Kerajaan Perpaduan turut berhadapan masalah sama hanya menguatkan keperluan untuk penjelasan terbuka, terutama ketika perkembangan ini berlaku selepas pergolakan dalaman parti," katanya. |
|
MyKhas: Sesama rakan pun dianiaya, inikan pula kepada pembangkang ??? .. - Mygazette - 8/08 7:47 am # MyKhas: Sesama rakan pun dianiaya, inikan pula kepada pembangkang Wan Saiful KUALA LUMPUR Isu sekatan akses portal MyKhas untuk peruntukan kawasan yang menimpa Ahli-ahli Parlimen Parti Keadialan Rakyat (PKR) membuka mata rakyat tentang cara pentadbiran kerajaan hari ini |
|
Nafi PN-BN bergolak, dakwaan keretakan cubaan pecah belah gabungan – .. - Mygazette - 8/08 7:47 am Dalam perkembangan berkaitan, Hamzah berkata, tindakan beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu yang melepaskan jawatan tidak akan menjejaskan kestabilan PN, malah perkara itu disifatkan sebagai urusan dalaman sesebuah parti. Katanya, beliau enggan mencampuri hal ehwal parti lain, sebaliknya memberi tumpuan kepada agenda lebih besar iaitu memperkukuhkan gabungan pembangkang serta memperluaskan sokongan rakyat |
|
Ismail Sabri menjadi PM selama 1 tahun 3 bulan tetapi banyak jasa beliau. - Wrlr - 8/08 7:07 am ZAINUDDIN Omar Ismail Sabri menjadi PM selama 1 tahun 3 bulan tetapi banyak jasa beliau. Antara jasa Ismail Sabri ialah mewujudkan kestabilan politik sementara dengan membentuk kerjasama antara kerajaan dengan pembangkang melalui Memorandum Persefahaman (MOU) |
|
PRU16: Kedudukan PH dijangka mengukuh, jajaran BN-PN pula berliku - Penganalisis - Sinarharian - 7/08 4:02 pm KUALA LUMPUR - Menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang mungkin diadakan hujung tahun 2027, Pakatan Harapan (PH) dijangka menggunakan tempoh itu untuk mengukuhkan kedudukan pasca badai tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas.Menurut Pensyarah Fakulti Perniagaan dan Sains Sosial, Universiti Antarabangsa Albukhary, Profesor Madya Dr Norizan Azizan, pastinya kata sesetengah pihak, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memperkenalkan lebih banyak dasar yang popular dan menambat hati rakyat dalam tempoh setahun lebih ini bagi memenangi PRU.Katanya, pelaksanaan janji manifesto dan reformasi struktur serta institusi akan mengukuhkan sokongan terutama dalam kalangan masyarakat Melayu yang dahagakan perubahan."Sebaliknya, rakyat akan dihidangkan dengan berita ranjau berliku yang dilalui antara BN dan PN terutama perebutan kerusi kerana menyasarkan segmen pengundi yang sama."Pada masa yang sama, PN dikatakan terpaksa menjawab dengan penyokongnya kerana bersekongkol dengan UMNO yang sebelum ini menjadi musuh mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Bagaimanapun Norizan berkata, adakah jangkaan itu benar-benar berlaku selepas ini apabila turut digambarkan dengan kemungkinan jauh lebih rumit dan mencabar bagi PH.Berdasarkan situasi PRN Johor lalu, BN memenangi 48 daripada 56 kerusi DUN, PH tinggal lapan kerusi sahaja sebagai pembangkang, dan PN pulang tangan kosong.Begitu juga di PRN Negeri Sembilan sebagai kubu kuat PH sejak 2018, BN merampas kerajaan negeri dengan 18 kerusi, PH jatuh daripada 17 kerusi (2023) kepada 11, dan yang lebih menyakitkan, Amanah tewas di semua kerusi termasuk kerusi penyandang tunggalnya."Ertinya PH kini menjadi pembangkang tanpa seorang pun wakil Melayu di dewan negeri itu |
|
'Pas masih giat budaya politik alih tiang gol, parah sungguh' - Kamil Munim - Sinarharian - 7/08 3:53 pm SHAH ALAM - Pas didakwa sengaja mengalihkan isu berhubung laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) yang dibentangkan kerajaan baru-baru ini.Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, parti pembangkang itu lebih cenderung mempersoalkan masa pendedahan laporan berkenaan berbanding membahaskan intipati yang dikemukakan."Pas nampaknya masih giat dengan budaya politik mengalih tiang gol |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |