| /// |
|
| Search : Pemandu Proton News | Page 1 |
|
Anwar simpan ???hadiah??? untuk anak muda 30 Ogos? Anwar simpan .. - Mygazette - 21/08 8:16 am KUALA LANGAT - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan kerajaan akan membuat satu hingga dua pengumuman penting, termasuk beberapa kelonggaran yang mengambil kira tuntutan anak muda pada 30 Ogos ini |
|
Pemandu maut, kelindan cedera treler terbalik dalam longkang depan sekolah - Mygazette - 21/08 8:16 am # Pemandu maut, kelindan cedera treler terbalik dalam longkang depan sekolah KLUANG - Seorang pemandu maut manakala kelindan cedera selepas treler membawa muatan habuk kayu yang dinaiki mereka terbabas dalam longkang di Jalan Air Hitam di sini hari ini |
|
Wanita cedera dirempuh lori imigresen kini stabil – Hasbullah - Mygazette - 21/08 8:16 am Kita masih belum mengambil keterangan dan selepas keadaanya baik, kita akan dapatkan daripada mangsa," katanya dalam sidang media di lokasi kejadian di sini hari ini. Difahamkan, pemandu Proton Saga berusia 55 tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis |
|
Guna lampu beacon bukan tiket langgar lampu isyarat merah – JSPT - Mygazette - 21/08 8:16 am # Guna lampu beacon bukan tiket langgar lampu isyarat merah - JSPT KUALA LUMPUR - Penggunaan lampu mata arah (_beacon)_ dan siren diaktifkan bukan lesen kepada kenderaan agensi kerajaan untuk mengabaikan lampu isyarat merah atau mengetepikan keselamatan pengguna jalan raya |
|
'Nak show-off, tapi culas bayar insurans' - JPJ sita 190 kereta mewah - Sinarharian - 20/08 7:22 pm IPOH - Sebanyak 190 kenderaan mewah ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak sejak 1 Januari hingga 20 Ogos lalu menerusi pelaksanaan Op Luxury di seluruh negeri ini.Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, tindakan dikenakan ke atas pemilik kenderaan atas kegagalan memiliki perlindungan insurans dan cukai jalan.Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 121 kenderaan telah dilepaskan manakala baki 69 lagi masih disita dan ditempatkan di lima cawangan JPJ negeri ini."Ini sikap manusia, kadang-kadang mereka mahu show off, mampu membeli kenderaan mewah, tetapi hakikatnya tidak mahu menanggung kos membeli perlindungan insurans dan roadtax"Jadi kita rasakan mereka cuba mengambil tindakan mengelakkan mematuhi peraturan semasa berada di jalan raya," katanya kepada pemberita sempena sidang akhbar Op Motosikal Ekstrem di sini pada Khamis.Beliau berkata, pemilik kenderaan mewah tidak seharusnya mengambil mudah kewajipan memiliki insurans dan cukai jalan yang sah kerana ia membabitkan hak serta kepentingan pengguna sekiranya berlaku kemalangan di jalan raya."Ketiadaan insurans menyebabkan mangsa yang dilanggar atau terbabit dalam kemalangan dinafikan haknya sebagai pengguna jalan raya."Antaranya, mereka tidak boleh mendapat tuntutan yang sepatutnya mereka boleh dapat," katanya.Mohammad Yusoff turut memaklumkan, kesalahan tersebut boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 90(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tiada perlindungan insurans serta Seksyen 23 (1) bagi kesalahan tiada lesen kenderaan motor atau cukai jalan.Ujar beliau, tindakan saman bukan sahaja dikenakan terhadap pemandu, malah pemilik kenderaan turut bertanggungjawab sekiranya membenarkan kenderaan digunakan tanpa dokumen sah."Sebagai contoh, jika pemilik benarkan orang lain memandu kenderaan tanpa insurans dan roadtax, empat saman boleh dikeluarkan iaitu dua kepada pemilik dan dua kepada pemandu," katanya. |
|
Pemandu lori maut kemalangan berhampiran sekolah - Sinarharian - 20/08 6:48 pm BATU PAHAT - Seorang pemandu lori maut selepas terbabit kemalangan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Lalang, Jalan Air Hitam, di sini jam 1.29 petang pada Khamis.Komander Operasi, Pegawai Penguasa Bomba, Mohd Shamin Mohd Salikin berkata, mangsa, A Shanmugam, 50, ditemui tersepit di bahagian pemandu manakala kelindan, G Dana Gopal, 25, cedera.Menurutnya, 15 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat mangsa."Setibanya Pasukan Keluaran Operasi(PKO) di lokasi didapati benar terdapat lori yang membawa muatan habuk kayu terbabas dalam longkang."Bomba meminta bantuan kren untuk mengangkat kepala lori tersebut bagi memudahkan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduknya," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.Menurutnya, mangsa berjaya dibawa keluar menggunakan peralatan khas dan disahkan meninggal dunia."Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," ulasnya.Operasi terkawal dan tamat jam 3.45 petang. |
|
Guna lampu beacon, siren bukan tiket abai isyarat lampu merah - Pengarah JSPT - Sinarharian - 20/08 4:50 pm KUALA LUMPUR - Penggunaan lampu amaran atau siren tidak boleh dianggap sebagai kebenaran untuk mengabaikan lampu isyarat merah atau mengetepikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.Bahkan, setiap kenderaan penguat kuasa yang menggunakan lampu beacon atau lampu isyarat kecemasan ketika menjalankan tugas perlu memastikan laluan yang dilalui benar-benar selamat untuk mengelak risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, penggunaan lampu amaran khas pada sesebuah kenderaan adalah tertakluk kepada Jadual Keenam (Kaedah 24B), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959.Menurutnya, kenderaan kementerian atau agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan atau negeri dan menjalankan fungsi penyiasatan serta penguatkuasaan, termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) adalah tertakluk kepada ketetapan berhubung jenis dan penggunaan lampu amaran khas sebagaimana diperuntukkan."Bagaimanapun, kebenaran menggunakan lampu amaran khas atau siren tidak dengan sendirinya memberikan hak keutamaan lalu lintas kepada sesebuah kenderaan."Di bawah Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, hak keutamaan mengatasi lalu lintas lain semasa menjalankan tugas kecemasan diperuntukkan kepada kenderaan tertentu iaitu ambulans, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara serta Jabatan Pengangkutan Jalan."Kenderaan-kenderaan tersebut hendaklah memberi amaran mengenai kehadirannya melalui siren, loceng atau hon dua nada sebagaimana yang diperuntukkan," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanTiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu keretaTiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - PolisTiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - PolisMangsa keempat dilanggar lori imigresen stabil, dirawat di zon kuning HKL - PolisBeliau sebelum itu melaksanakan tinjauan di lokasi kemalangan tragis yang meragut nyawa tiga sekeluarga selepas dipercayai dilanggar lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).Dalam insiden kira-kira jam 1 pagi, Rabu, Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12 maut di lokasi kejadian.Lori tersebut memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah dengan lampu suar (beacon) dan siren diaktifkan.Pada masa sama, sebuah kereta Proton Saga yang bergerak lurus ketika lampu isyarat hijau dipercayai tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan lori berkenaan, menyebabkan lori hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar empat pejalan kaki yang merupakan satu keluarga serta sebuah kereta Inokom Matrix.Dalam pada itu, Muhammed Hasbullah berkata, pemasangan atau penggunaan lampu beacon pada kenderaan persendirian, persatuan atau kenderaan awam tanpa kebenaran bertulis adalah satu kesalahan mengikut peruntukan undang-undang ditetapkan.Jelasnya, mengikut Kaedah 24B-1, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1999 (Pindaan 2024), kenderaan motor dilarang dipasang lampu amaran khas kecuali kenderaan yang disenaraikan secara khusus di bawah Jadual Keenam."Sebarang penggunaan 'beacon light' di luar senarai kenderaan yang dibenarkan pula memerlukan kelulusan Menteri Pengangkutan atas syor Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), seperti diperuntukkan di bawah Kaedah 24B-2."Dalam masa sama, penggunaan lampu beacon tidak memberikan sebarang kekebalan kepada mana-mana kenderaan untuk melanggar lampu isyarat merah, melebihi had laju atau menyekat pengguna jalan raya lain."Malah, kenderaan penguat kuasa dan kecemasan yang menjalankan tugas sekalipun perlu memastikan keadaan laluan benar-benar selamat sebelum meneruskan perjalanan, termasuk ketika melintasi persimpangan atau lampu isyarat," ujarnya.Kata beliau, perkara itu penting bagi mengelakkan penggunaan lampu amaran khas disalah tafsir seolah-olah memberikan keutamaan mutlak sehingga boleh membahayakan pengguna jalan raya lain."Mengikut Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959, pengguna jalan raya perlu memberi laluan kepada kenderaan penguat kuasa atau kecemasan yang sedang menjalankan tugas rasmi."Pada masa sama, tindakan sengaja menghalang, memblok atau mengikut rapat (tailgating) kenderaan pasukan yang sedang menjalankan tugas dalam mod kecemasan boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang," katanya.Tambahnya, PDRM sebelum ini turut mengadakan sesi libat urus bersama agensi penguat kuasa pada 23 Jun lalu bagi memastikan pemahaman dan penyelarasan berkaitan undang-undang jalan raya, termasuk pematuhan Kaedah 24B serta penggunaan warna lampu beacon mengikut spesifikasi ditetapkan. |
|
Mangsa keempat dilanggar lori imigresen stabil, dirawat di zon kuning HKL - Polis - Sinarharian - 20/08 4:15 pm KUALA LUMPUR - Keadaan seorang wanita yang terlibat dalam kemalangan tragis dengan sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ketika berjalan kaki bersama keluarganya di persimpangan Maju Junction, Jalan Sultan Ismail di sini kini berada dalam keadaan stabil pada Khamis.Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, wanita berusia 55 tahun itu masih lagi menerima rawatan di zon kuning Hospital Kuala Lumpur (HKL).Katanya, pihaknya akan mengambil keterangan wanita terbabit selepas keadaannya pulih untuk tindakan lanjut."Seorang lagi mangsa iaitu isteri kepada mangsa lelaki serta ibu kepada kedua-dua mangsa yang meninggal dunia mengalami kecederaan dan kini masih lagi menerima rawatan di zon kuning HKL."Keadaannya setakat ini stabil dan selepas keadaan sudah baik kita akan dapatkan keterangan daripadanya," katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian di sini pada Khamis.Turut hadir, Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa.Pada Khamis Sinar Harian melaporkan pemandu lori JIM berusia 43 tahun terbabit mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanTiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu keretaTiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - PolisTiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - PolisTertuduh, Mohd Akbar Zainol, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aliaa Anwar di Mahkamah Kuala Lumpur.Dalam insiden kira-kira jam 1 pagi, Rabu, tiga sekeluarga maut selepas dilanggar lori JIM Kuala Lumpur yang dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi mengambil tangkapan warga asing.Lori tersebut memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah dengan lampu suar (beacon) dan siren diaktifkan.Pada masa sama, sebuah kereta Proton Saga yang bergerak lurus ketika lampu isyarat hijau dipercayai tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan lori berkenaan, menyebabkan lori hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar empat pejalan kaki yang merupakan satu keluarga serta sebuah kereta Inokom Matrix.Tiga mangsa berkenaan Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12. |
|
Pemandu JIM langgar mati tiga sekeluarga mengaku tak bersalah - Mygazette - 20/08 4:14 pm # Pemandu JIM langgar mati tiga sekeluarga mengaku tak bersalah KUALA LUMPUR - Pemandu lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Akbar Zainol, 43, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan berhubung kemalangan maut yang meragut nyawa tiga sekeluarga di Jalan Sultan Ismail, semalam |
|
Percutian Keluarga Pesara Tentera Bertukar Tragedi * Dendam Punca Dibakar .. - Mygazette - 20/08 4:14 pm # Percutian Keluarga Pesara Tentera Bertukar Tragedi * Dendam Punca Dibakar Dalam Premis Judi Nahas Lori Imigresen: Percutian Keluarga Pesara Tentera Bertukar Tragedi 3 Sekeluarga Maut: Pemandu Lori Imigresen, Kereta Ditahan Wanita Dibakar Dalam Premis Judi: Dendam Peribadi Disyaki Jadi Punca Ajak Ibu Lakukan Perbuatan Lucah, Remaja Dihantar Ke Henry Gurney Tiga Pelajar Baling Selipar, Tampar Kepala Rakan Didakwa Ketua Pegawai Kewangan IPTS Didakwa Pecah Amanah RM6.55 Juta Jika Ia Pencerobohan Haram Ambil Tindakan Sewajarnya - Young Syefura #malaysiagazette #mgflash #mgnews #mgskop #mgprihatin #mgtv #podcastmg #owh!mg #borakmg |
|
Immigration 'Black Maria' driver pleads not guilty to five charges over deaths of three - Sinardaily - 20/08 1:39 pm KUALA LUMPUR - An Immigration Department Black Maria lorry driver was charged in the Magistrates Court here today with five offences, including dangerous driving that resulted in the deaths of a father and his two daughters here early yesterday.Mohd Akbar Zainol, 43, pleaded not guilty to all the charges, which were read out before Magistrate Aliaa Anwar.For the first to third charges, the accused was alleged to have driven the Isuzu lorry dangerously, resulting in the deaths of Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, and his two daughters, Siti Norshazlin, 24, and Siti Darwisyah Auni, 12, on Jalan Sultan Ismail at 1 am on Aug 19.The charges were framed under Section 41(1) of the Road Transport Act 1987, which provides for imprisonment of between five and 10 years and a fine of between RM20,000 and RM50,000, as well as disqualification from holding or obtaining a driving licence for at least five years, upon conviction.For the fourth charge, Mohd Akbar was alleged to have driven the same vehicle without due care and attention, resulting in injuries to Nor Hayati Rozali, 55, at the same location, time and date.The charge was framed under Section 43(1) of the Road Transport Act 1987, which carries a fine of between RM5,000 and RM10,000, and a maximum jail term of 12 months, upon conviction.For the fifth charge, he was alleged to have failed to comply with a traffic signal by running a red light at the Jalan Sultan Ismail intersection at the same time and date |
|
Pemandu lori imigresen mengaku tidak bersalah 5 pertuduhan, diikat jamin RM60,000 - Sinarharian - 20/08 1:07 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pemandu lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang disiasat berhubung kemalangan maut di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail di sini, didakwa di Mahkamah Majistret atas lima pertuduhan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ), termasuk gagal mematuhi lampu isyarat.Bagaimanapun tertuduh, Mohd Akbar Zainol, 43, mengaku tidak bersalah selepas kelima-lima pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Aliaa Anwar.ARTIKEL BERKAITAN:Anwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanTiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu keretaTiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - PolisTiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - PolisMahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM60,000 bagi kelima-lima pertuduhan dan menetapkan 27 Oktober depan bagi sebutan semula kes.Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan, lesen memandu dan pasport tertuduh digantung sehingga kes selesaiMengikut pertuduhan, Mohd Akbar dituduh memandu sebuah lori jenis Isuzu Black Maria milik JIM secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian dan satu pertuduhan melanggar lampu isyarat.Peguam Izzat Amir Saharudin memberitahu mahkamah bahawa tertuduh telah berkhidmat selama 11 tahun di JIM dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.Dalam prosiding tersebut, mahkamah dimaklumkan bahawa Mohd Akbar mempunyai seorang anak yang masih bersekolah selain menanggung ibunya yang sudah berusia dan uzur di Kedah.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, tiga sekeluarga maut dilanggar lori milik JIM yang terbabas dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan dan empat pejalan kaki di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, pada awal pagi Rabu.Mangsa ialah Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12, yang sedang berjalan kaki maut di tempat kejadian.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika lori Isuzu Black Maria tanpa muatan itu dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit. |
|
Pemandu lori Black Maria imigresen didakwa sebabkan kematian 3 sekeluarga - FMT - 20/08 12:54 am Tertuduh, Akbar Zainol mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan. |
|
Pemandu lori tangki meninggal dunia ketika berhenti di lampu isyarat - Sinarharian - 20/08 12:07 am KULIM Seorang pemandu lori tangki ditemui tidak sedarkan diri ketika berhenti di lampu isyarat di hadapan Kilang Lam Research, Jalan Hi-Tech 12, di sini Selasa lalu.Dalam kejadian kira-kira jam 6.46 petang itu, mangsa, Abdul Haris Maulana, 64, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu menerusi panggilan NG999 sebelum sepasukan anggota dari Balai Polis Kulim Hi-Tech dikejarkan ke lokasi.Menurutnya, pemeriksaan mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam lori tangki ketika menunggu lampu isyarat."Siasatan awal mendapati seorang pengguna jalan raya cuba menghampiri lori berkenaan selepas mendapati mangsa tidak bergerak."Pemaklum cuba mengejutkan mangsa, namun mangsa tidak sedarkan diri sebelum dia menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan," katanya.Syamsul berkata, berdasarkan maklumat pemaklum, lori tangki berkenaan dipercayai sudah berada di lokasi kira-kira 30 minit sebelum mangsa disedari tidak sedarkan diri.Beliau berkata, pemeriksaan fizikal luaran terhadap mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah."Anak lelaki mangsa turut memaklumkan bapanya mempunyai sejarah penyakit kronik iaitu darah tinggi dan kolesterol," katanya.Menurutnya, bedah siasat dijalankan di Hospital Kulim bermula jam 10.30 malam pada Selasa dan selesai pada jam 12.50 tengah malam Rabu.Katanya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian ialah sakit jantung disebabkan saluran darah tersumbat. |
|
Pemandu lori Black Maria rempuh mati 3 sekeluarga digantung tugas - FMT - 20/08 11:27 am Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban berkata tindakan terbabit diambil sehingga kes selesai bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan. |
|
Nahas tiga beranak maut: Pemandu 'Black Maria' Imigresen digantung tugas - Sinarharian - 20/08 11:01 am SHAH ALAM - Pemandu lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang disiasat berkenaan kes kemalangan maut yang mengorbankan tiga beranak di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur telah digantung tugas.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, tindakan itu diambil sehingga kes selesai bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung kejadian."Tindakan segera jabatan kita menggantung tugas pemandu sehingga kes selesai."Kita memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dalam kes ini. JIM juga sedang melakukan siasatan dalaman daripada aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP)," katanya ketika dihubungi pada Khamis.Sinar Harian sebelum itu melaporkan kematian tiga beranak itu dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi.Mangsa ialah Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12, yang sedang berjalan kaki maut di tempat kejadian.ARTIKEL BERKAITAN:Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanTiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu keretaTiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - PolisTiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - PolisSementara itu, isteri mangsa berusia 55 tahun yang parah sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).Dalam kejadian itu, lori 'Black Maria' JIM Kuala Lumpur tanpa muatan itu dipercayai dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi operasi pendatang asing tanpa izin (PATI).Lori dipandu lelaki 43 tahun itu memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah dengan lampu beacon dan siren diaktifkan.Pada masa sama, sebuah kereta Proton Saga dipandu lelaki berusia 50 tahun yang bergerak lurus ketika lampu isyarat hijau dipercayai tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan lori berkenaan, menyebabkan lori hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar empat pejalan kaki yang merupakan satu keluarga serta sebuah kereta Inokom Matrix.Susulan itu, polis menahan reman sehari pemandu lori serta pemandu Proton Saga terbabit untuk siasatan lanjut. |
|
Pemandu e-hailing simbah petrol, bakar wanita direman 7 hari - Mygazette - 20/08 7:40 am # Pemandu e-hailing simbah petrol, bakar wanita direman 7 hari KUALA LUMPUR - Pemandu e-hailing berusia 59 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes menyimbah petrol sebelum membakar seorang wanita dalam kejadian di sebuah premis nombor ramalan di Kepong, 9 Ogos lalu direman selama tujuh hari |
|
Malaysia bukan ‘tong sampah’ kepada mana-mana negara – .. - Mygazette - 20/08 7:40 am # Malaysia bukan 'tong sampah' kepada mana-mana negara - MCW KUALA LUMPUR - Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mendesak satu siasatan bersepadu melibatkan pelbagai agensi berkaitan dijalankan susulan kes sisa pembinaan dan perobohan dari Singapura dibawa masuk serta dilupuskan secara haram di beberapa lokasi di Pontian, Johor |
|
PDRM rampas 51,900 liter diesel bersubsidi, tahan dua lelaki di Puchong .. - Mygazette - 20/08 7:40 am # PDRM rampas 51,900 liter diesel bersubsidi, tahan dua lelaki di Puchong KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan kegiatan disyaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi menerusi Op Taring Bravo 1 di sebuah premis di Puchong, Selangor, hari ini |
|
Kertas siasatan nahas lori JIM dibawa ke AGC esok Kertas siasatan nahas .. - Mygazette - 20/08 7:40 am # Kertas siasatan nahas lori JIM dibawa ke AGC esok KUALA LUMPUR - Dua pemandu masing-masing membabitkan sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Proton Saga sudah direman sehari bagi membantu siasatan kemalangan yang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 |
|
Jenazah tiga sekeluarga selamat dikebumikan satu liang lahad Jenazah tiga .. - Mygazette - 20/08 7:40 am # Jenazah tiga sekeluarga selamat dikebumikan satu liang lahad KAMPAR - Jenazah tiga sekeluarga yang maut dalam nahas membabitkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur selamat dikebumikan pada Rabu |
|
Nahas babit lori imigresen: Saksi sedia tampil bantu siasatan polis - Sinarharian - 19/08 11:43 pm SHAH ALAM- Seorang saksi yang berada di lokasi kemalangan membabitkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur awal pagi Rabu, bersedia tampil memberi keterangan kepada polis.Saksi berkenaan, Faiz Hussamuddin berkata, dia berada di lokasi ketika kejadian yang mengorbankan tiga sekeluarga dan seorang lagi mangsa cedera itu berlaku."Semasa kejadian, saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari arah Bukit Bintang dengan menunggang motosikal |
|
Nahas lori imigresen: Jenazah tiga beranak selamat dikebumi satu liang lahad - Sinarharian - 19/08 11:28 pm KAMPAR - Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu di sini apabila jenazah tiga beranak yang maut dalam nahas di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur awal pagi Rabu dikebumikan dalam satu liang lahad.Jenazah Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, yang merupakan bekas tentera bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12, selamat dikebumikan sekitar jam 11 malam.Bacaan talkin dan doa dipimpin Imam Masjid Jamek Kampung Air Hitam Labu, Yusaini Ariffin.Tiga van jenazah yang membawa Allahyarham tiba kira-kira jam 10.30 malam sebaik proses bedah siasat selesai di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur.Terdahulu, semua jenazah disembahyangkan di Masjid Jamiul Ehsan, Jalan Pahang, Kuala Lumpur.Kehadiran van jenazah milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sentuhan Setia Kasih itu disambut dengan linangan air mata ahli keluarga yang tidak dapat menahan sebak sebaik melihat ketibaan insan tersayang buat kali terakhir.Sekitar 300 penduduk kampung dan kenalan yang hadir menunggu sehingga selesai proses pengebumian sebagai tanda penghormatan terakhir.Tragedi yang menimpa tiga beranak itu sebelum ini mendapat perhatian ramai dan mengundang rasa simpati masyarakat di seluruh negara.ARTIKEL BERKAITAN:Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanTiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu keretaTiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - PolisTiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - PolisKejadian sekitar jam 1 pagi itu berlaku ketika Shaik Mohd Firdaus bersama isteri, Norhayati Razali, 55, dan dua anak perempuan mereka bercuti untuk menziarahi ibunya di Semenyih, Selangor.Norhayati yang mengalami cedera parah menerima rawatan lanjut di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL), dimaklumkan telah sedar dan stabil.Semasa kejadian, empat beranak tersebut dilaporkan berada di pembahagi jalan berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Ismail sebelum sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang dipercayai datang dari arah Wisma FGV hilang kawalan dan terbabas ke arah mangsa. |
|
Suspek bakar wanita warga emas di Kepong direman tujuh hari - SUN - 19/08 10:46 pm Pemandu e-hailing yang disyaki membakar seorang wanita warga emas di Kepong direman tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326. |
|
Kertas siasatan nahas babitkan lori JIM dirujuk ke AGC esok - Sinarharian - 19/08 9:22 pm KUALA LUMPUR - Kertas siasatan kemalangan membabitkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur yang mengorbankan tiga sekeluarga dan seorang lagi cedera awal pagi tadi, akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC) esok.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Kuala Lumpur."Kertas siasatan dirujuk ke Ketua Unit Bahagian Jenayah Am dan Ketenteraman Awam, Jabatan Peguam Negara dan akan dibawa oleh pengarah pendakwaan dan pegawai penyiasat bagi tujuan sebarang pertuduhan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Mohd Zamzuri berkata, pihaknya memperoleh perintah reman sehari bagi pemandu lori berkenaan dan pemandu kereta Proton Saga yang terlibat dalam kemalangan tersebut, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.ARTIKEL BERKAITAN:Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisKemalangan dipercayai berlaku apabila lori tanpa muatan yang sedang dalam perjalanan menuju ke Chow Kit bagi operasi pendatang tanpa izin itu, dipandu masuk ke persimpangan ketika lampu isyarat berwarna merah dengan lampu suar (beacon) serta siren diaktifkan.Kenderaan tugas rasmi itu kemudiannya bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga yang bergerak lurus ketika lampu isyarat hijau, menyebabkan lori berkenaan hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh kesemua mangsa serta sebuah kereta Inokom Matrix.Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12, manakala isteri mangsa Norhayati Razali, 55, sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur |
|
Tiga jenazah mangsa nahas lori imigresen selesai disolatkan - Sinarharian - 19/08 8:50 pm KUALA LUMPUR - Jenazah tiga sekeluarga yang maut dalam kemalangan membabitkan lori Jabatan Imigresen Malaysia Kuala Lumpur (JIM KL) di Jalan Sultan Ismail, di sini, selesai dimandi, dikafan dan disolatkan selepas solat Maghrib.Ketiga-tiga jenazah sebelum itu tiba di Masjid Jamiul Ehsan di Jalan Pahang kira-kira jam 5.53 petang bagi menjalani urusan mandi jenazah, kafan dan solat jenazah.Suasana di pekarangan masjid dipenuhi ahli keluarga dan waris mangsa yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah dibawa pulang ke kampung halaman untuk dikebumikan.Tiga van jenazah membawa jasad tiga mangsa yang maut dalam nahas berkenaan tiba di masjid secara beriringan.Jenazah ketiga-tiga mangsa itu kemudian akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu Kampar Perak.ARTIKEL BERKAITAN:Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanTiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu keretaTiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - PolisTiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - PolisTerdahulu, tiga daripada empat ahli keluarga berkenaan maut selepas dirempuh lori JIM dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail.Lori berkenaan ketika itu dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi mengambil Orang Kena Tahan (OKT) susulan operasi pendatang asing tanpa izin. |
|
Suspek bakar wanita warga emas direman tujuh hari - Sinarharian - 19/08 7:39 pm KUALA LUMPUR - Suspek yang terlibat dalam kes menyimbah petrol dan membakar seorang wanita di sebuah premis menjual nombor ramalan di Taman Pusat Kepong di sini awal bulan ini, direman tujuh hari bermula hari ini.Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, lelaki berusia 59 tahun yang bekerja sebagai pemandu e-hailing itu ditahan semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.Fadil berkata, polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut, antaranya sebuah botol minuman berisi cecair disyaki minyak petrol, sebuah topi keledar, sehelai baju kemeja, sebuah motosikal Yamaha 135LC serta satu rangkai kunci motosikal berserta cukai jalan."Hasil siasatan mendapati suspek mengakui terlibat dalam kejadian berkenaan ekoran tidak berpuas hati terhadap mangsa |
|
Tiga maut dilanggar lori imigresen: Bedah siasat mangsa selesai - Sinarharian - 19/08 6:00 pm KUALA LUMPUR - Jenazah tiga sekeluarga yang terlibat kemalangan dipercayai dilanggar lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Sultan Ismail di sini selesai dibedah siasat di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur di sini pada Rabu.Tinjauan Sinar Harian mendapati ahli keluarga mangsa hadir dan kelihatan sebak ketika menunggu proses berkenaan selesai.Tiga van jenazah milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sentuhan Setia Kasih dilihat memasuki pekarangan IPFN pada kira-kira jam 5.30 petang.Van tersebut keluar membawa ketiga-tiga jenazah mangsa pada jam 5.45 petang.Difahamkan, semua jenazah akan disolatkan terlebih dahulu di Masjid Jamiul Ehsan, Jalan Pahang di sini, sebelum dibawa ke Kampar, Perak.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanTiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu keretaTiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - PolisTiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - PolisJenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak dalam satu liang lahad.Insiden kira-kira jam 1 pagi di persimpangan Maju Junction itu menyebabkan Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlim, 25 dan Siti Darwisyah Auni, 12 maut di lokasi kejadian.Seorang lagi mangsa iaitu Norhayati Razali, 55, merupakan isteri kepada Shaik Mohd Firdaus pula mengalami kecederaan dan kini sedang dirawat di HKL. |
|
Saifuddin Nasution arah imigresen beri kerjasama penuh siasatan nahas tiga maut - Sinarharian - 19/08 5:38 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) diarah memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan nahas melibatkan lori jabatan itu yang meragut nyawa tiga sekeluarga awal pagi tadi.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia bagi memastikan segala fakta berkaitan insiden itu dapat dikenal pasti dan diperjelaskan."Sekiranya siasatan mendapati wujud kecuaian, salah laku atau pelanggaran undang-undang tindakan tegas hendaklah diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Menzahirkan rasa amat dukacita atas tragedi itu, Saifuddin Nasution turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang kehilangan insan tersayang."Seluruh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan JIM mendoakan agar keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi saat yang amat sukar ini |
|
Nahas 3 beranak dirempuh lori JIM KL, polis peroleh rakaman CCTV... - Mygazette - 19/08 5:12 pm # Nahas 3 beranak dirempuh lori JIM KL, polis peroleh rakaman CCTV - Fadil KUALA LUMPUR - Polis telah memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk siasatan berhubung kemalangan maut tiga beranak dirempuh sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur di Jalan Sultan Ismail, di sini awal pagi tadi |
|
3 beranak maut, ibu cedera dirempuh lori Imigresen di Jalan Sultan... - Mygazette - 19/08 5:11 pm "Pada masa sama, sebuah Proton Saga dipandu lelaki tempatan berusia 50 tahun sedang bergerak lurus melalui persimpangan berkenaan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna hijau. "Kemudian pemandu Proton Saga dipercayai tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran dengan lori terbabit di tengah persimpangan dan akibat pelanggaran itu, lori berkenaan hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar empat pejalan kaki yang merupakan satu keluarga," katanya dalam kenyataan hari ini |
|
Tiga beranak maut dirempuh lori: JIM siasat pematuhan SOP - Mygazette - 19/08 5:11 pm "Pada masa sama, sebuah Proton Saga dipandu lelaki tempatan berusia 50 tahun sedang bergerak lurus melalui persimpangan berkenaan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna hijau. "Pemandu Proton Saga itu dipercayai tidak sempat mengelak sebelum kenderaannya bertembung dengan lori tersebut di tengah persimpangan" ujarnya |
|
Identiti 3 beranak maut dirempuh lori JIM KL dikenal pasti – Zamzuri - Mygazette - 19/08 5:11 pm # Identiti 3 beranak maut dirempuh lori JIM KL dikenal pasti - Zamzuri KUALA LUMPUR - Identiti tiga beranak yang maut dirempuh sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur di Jalan Sultan Ismail, di sini awal pagi tadi sudah dikenal pasti |
|
3 beranak maut dirempuh lori JIM KL dipercayai sedang bercuti di ibu negara - Mygazette - 19/08 5:11 pm Beliau memberitahu, difahamkan terdapat seorang lagi anak mangsa yang tidak mengikuti percutian keluarganya di Kuala Lumpur ketika kejadian. Tambah Mohd Zamzuri, ketika ini kedua-dua pemandu lori berusia 43 tahun dan pemandu Proton Saga berumur 50 tahun sedang dalam proses reman |
|
'Lampu isyarat merah, tetapi kenderaan tetap melintas' - Keluarga mahu keadilan buat arwah tiga beranak - Sinarharian - 19/08 4:16 pm KAMPAR - Ahli keluarga kepada tiga beranak yang maut dalam nahas di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur awal pagi Rabu berharap siasatan dijalankan secara telus bagi memastikan keadilan buat mangsa.Abang ipar kepada Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, Mohd Nadzri Razali, 69, berkata, keluarga masih terkejut dengan kejadian itu dan mahu semua aspek disiasat secara menyeluruh."Saya harap siasatan dibuat sepenuhnya |
|
Tiga maut dilanggar lori imigresen: Warga JIM Kuala Lumpur ziarah keluarga mangsa - Sinarharian - 19/08 3:44 pm KUALA LUMPUR - Suasana pilu menyelubungi keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan selepas menerima kehadiran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur yang hadir menziarahi keluarga mangsa di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur di sini pada Rabu.Kehadiran itu diketuai Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamsha Injau.Tinjauan Sinar Harian mendapati kehadiran warga JIM Kuala Lumpur terdiri daripada pegawai lelaki dan wanita itu dilihat kira-kira jam 1 petang.Ziarah itu selesai kira-kira jam 2.20 petang dalam keadaan yang harmoni.Sebelum itu lebih 10 petugas media berada di pekarangan luar IPFN HKL seawal jam 10 pagi bagi mendapatkan perkembangan terkini insiden terbabit.Sinar Harian difahamkan jenazah tiga beranak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak dalam satu liang lahad.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanTiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu keretaTiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - PolisTiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - PolisTiga van jenazah kelihatan tiba pada jam 1.45 petang dipercayai bagi membawa kesemua mangsa ke Kampar.Beberapa ahli keluarga mangsa turut kelihatan hadir bagi menunggu proses bedah siasat selesai.Tiga sekeluarga itu maut selepas dipercayai dilanggar lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, kira-kira jam 1 pagi Rabu.Mereka yang maut dikenal pasti sebagai Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlim, 25 dan Siti Darwisyah Auni, 12,Isteri mangsa, Norhayati Razali, 55, yang turut menjadi mangsa dalam kejadian itu kini sedang dirawat di HKL. |
|
Three family members from Perak killed, believed to have been on holiday in KL - Sinardaily - 19/08 2:44 pm KUALA LUMPUR A family of three who died after being struck by the Immigration Department of Malaysia (JIM) lorry at the Maju Junction traffic light intersection on Jalan Sultan Ismail here are believed to have been on holiday in the capital.The accident claimed the lives of a 53-year-old father and his two daughters, aged 25 and 12, whilst the man's 55-year-old wife was reported to be critically injured.Kuala Lumpur Traffic Investigation and Enforcement Department (JSPT) chief Assistant Commissioner of Police (ACP) Mohd Zamzuri Mohd Isa, stated that preliminary investigations revealed the family resided in Kampar, Perak."They are believed to have been in the capital for a holiday, but it is uncertain how long they had been here (Kuala Lumpur)."The victim's wife is still receiving treatment in the Red Zone of Kuala Lumpur Hospital," he said when contacted on Wednesday.It is understood that another child of the victims did not join them on the holiday at the time of the incident.The incident, which occurred at approximately 1am, involved an Isuzu Black Maria lorry belonging to Kuala Lumpur JIM, two cars, and four pedestrians.The lorry, carrying no passengers, was driven by a 43-year-old man who was en route from the Kuala Lumpur Immigration Office to Chow Kit to collect detainees following an operation targeting illegal immigrants in the area.The lorry is believed to have entered the intersection while the traffic light on its route was red, with its beacon light and siren activated.At the same time, a Proton Saga driven by a 50-year-old Malay man was passing through the intersection while the traffic light on his route was green.The driver of the Proton Saga was reportedly unable to avoid the lorry in time, resulting in a collision in the middle of the junction.As a result of the collision, the lorry lost control and swerved before hitting four pedestrians who were members of the same family and an Inokom Matrix driven by a 38-year-old man, which had stopped at the traffic light intersection during the incident.The case is being investigated under Section 41(1) of the Road Transport Act 1987. |
|
Tiga beranak maut dilanggar lori imigresen: 'Arwah tidak sempat ziarah ibu di Semenyih' - Sinarharian - 19/08 2:10 pm selepas itu bila tengok Twitter, TikTok, baru nampak kes ini (tular)," katanya ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur di sini pada Rabu.Tambah Zaid, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham ketika majlis perkahwinan anak sulungnya di Kampar, Perak, beberapa bulan lalu."Masa jumpa itu arwah macam biasa sahaja. Kejadian ini memang tak disangka," katanya.ARTIKEL BERKAITAN:Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanTiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu keretaTiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - PolisTiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - PolisSinar Harian difahamkan, ketiga-tiga jenazah akan dibawa pulang ke Kampar untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu dalam satu liang lahad.Kejadian kira-kira jam 1 pagi di persimpangan lampu isyarat Maju Junction itu melibatkan sebuah lori Isuzu Black Maria milik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur, dua buah kereta dan empat orang pejalan kaki yang juga merupakan satu keluarga.Tiga mangsa disahkan maut, manakala seorang lagi wanita berusia 55 tahun cedera dan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.Lori tanpa penumpang berkenaan sedang dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi tujuan mengambil Orang Kena Tahan (OKT) susulan operasi pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan berkenaan.Lori tersebut dipercayai telah memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah dalam keadaan lampu beacon dan siren diaktifkan.Pada masa sama, sebuah Proton Saga yang dipandu lelaki Melayu berusia 50 tahun melalui persimpangan berkenaan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna hijau.Pemandu Proton Saga terbabit dipercayai tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran dengan lori berkenaan di tengah persimpangan.Akibat perlanggaran tersebut, lori berkenaan hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar kesemua mangsa serta sebuah kenderaan Inokom Matrix yang dipandu lelaki berusia 38 tahun yang berhenti di persimpangan lampu isyarat ketika kejadian. |
|
Tiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat untuk melintas jalan - Polis - Sinarharian - 19/08 2:08 pm KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan empat sekeluarga yang terbabit dalam kemalangan melibatkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, di sini berada di kawasan selamat untuk melintas jalan ketika kejadian berlaku.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, dapatan awal itu diperoleh hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dirakam ketika insiden berkenaan.Menurutnya, polis telah memperoleh beberapa rakaman CCTV dan sedang mendapatkan rakaman tambahan dari pelbagai sudut bagi melengkapkan siasatan."Berdasarkan siasatan dan pengamatan rakaman CCTV semasa kejadian, kedudukan keluarga itu berada adalah di kawasan selamat untuk melintas jalan namun mereka dirempuh lori JIM."Kita juga cuba mendapatkan CCTV dari setiap sudut kerana di Kuala Lumpur kita dilengkapi dengan CCTV yang mencukupi dan saya rasa ia memadai untuk mendapatkan gambaran mengenai keadaan kejadian itu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanBeliau berkata, polis turut menahan pemandu lori JIM terbabit serta pemandu sebuah kereta Proton Saga yang terlibat dalam kemalangan itu bagi membantu siasatan.Katanya, permohonan reman terhadap kedua-dua pemandu berkenaan telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi Rabu, empat sekeluarga dilaporkan berada di pembahagi jalan berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Ismail dari arah Medan Tuanku menghala ke Jalan Chow Kit.Pada masa sama, sebuah lori JIM yang datang dari arah Wisma FGV dipercayai memasuki Jalan Tuanku Abdul Rahman ketika lampu isyarat di laluannya masih merah walaupun lampu beacon dan siren diaktifkan.Lori berkenaan kemudian dilanggar sebuah Proton Saga yang datang dari arah Chow Kit menuju ke Maju Junction sebelum hilang kawalan dan terbabas.Akibat rempuhan itu, lori terbabit melanggar empat pejalan kaki yang merupakan satu keluarga serta sebuah kenderaan Inokom Matrix yang sedang berhenti di persimpangan berkenaan.Kemalangan tersebut mengorbankan tiga ahli keluarga iaitu seorang lelaki berusia 53 tahun serta dua anak perempuannya berusia 25 dan 12 tahun.Isteri mangsa yang berusia 55 tahun pula mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).Ketika kejadian, lori JIM berkenaan dilaporkan dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi mengambil Orang Kena Tahan (OKT) susulan operasi pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan terbabit.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
|
Warga Vietnam ditahan, dadah bernilai RM8.3 juta dirampas - Sinarharian - 19/08 1:44 pm KUALA LUMPUR - Sebuah kondominium di Brickfields di sini dipercayai dijadikan tempat penyimpanan serta pengedaran dadah terbongkar selepas polis merampas hampir 80 kilogram (kg) metamfetamina dan 30 kg ekstasi dalam serbuan pada 9 Ogos lalu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata operasi kendalian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur itu turut menahan seorang lelaki warga asing berusia 36 tahun."Susulan tangkapan itu, polis menjalankan serbuan lanjut di sebuah premis berkaitan sebelum menemukan sejumlah dadah yang dipercayai untuk tujuan pengedaran tempatan."Premis berkenaan dipercayai digunakan sebagai tempat menyimpan dan mengedar dadah," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Rabu.Fadil berkata, suspek merupakan warga Vietnam, namun memiliki pasport Kanada."Suspek yang tidak mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama 11 hari sehingga 20 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.Beliau berkata, polis turut menyita sebuah Proton X50 bernilai kira-kira RM85,000 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988."Siasatan turut menjurus kepada usaha mengenal pasti pembekal, orang tengah dan pihak lain yang mempunyai kaitan dengan rangkaian pengedaran berkenaan."Pembekal dipercayai dari luar kawasan Kuala Lumpur dan tindakan risikan sedang dijalankan bagi mengenal pasti pembekal serta individu lain yang terlibat," katanya. |
|
Tiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - Polis - Sinarharian - 19/08 1:33 pm KUALA LUMPUR - Identiti tiga sekeluarga yang maut dalam kemalangan dengan sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Sultan Ismail, di sini telah dikenal pasti pada Rabu.Mereka ialah Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25 dan Siti Darwisyah Auni, 12,Isteri mangsa, Norhayati Razali, 55, yang turut menjadi mangsa dalam kejadian itu kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan difahamkan dalam keadaan stabil.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, keluarga mangsa terlibat itu menetap di Kampar, Perak.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanKatanya, pemandu lori JIM berusia 43 tahun serta pemandu Proton Saga berusia 50 tahun telah direman sehari untuk membantu siasatan."Dua individu itu direman sehari bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.Kejadian kira-kira jam 1 pagi di persimpangan lampu isyarat Maju Junction itu melibatkan kemalangan sebuah lori Isuzu Black Maria milik JIM Kuala Lumpur, dua buah kereta dan empat orang pejalan kaki.Lori tanpa penumpang berkenaan sedang dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi tujuan mengambil Orang Kena Tahan (OKT) susulan operasi pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan berkenaan.Lori tersebut dipercayai telah memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah dalam keadaan lampu beacon dan siren diaktifkan.Pada masa yang sama, sebuah Proton Saga yang dipandu lelaki Melayu berusia 50 tahun melalui persimpangan berkenaan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna hijau.Pemandu Proton Saga terbabit dipercayai tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran dengan lori berkenaan di tengah persimpangan.Akibat perlanggaran tersebut, lori berkenaan telah hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar empat orang pejalan kaki yang merupakan satu keluarga serta sebuah kenderaan Inokom Matrix yang dipandu lelaki berusia 38 tahun yang berhenti di persimpangan lampu isyarat ketika kejadian.Tiga dilaporkan maut, manakala seorang wanita berusia 55 tahun cedera telah dihantar ke Zon Merah Hospital Kuala Lumpur (HKL). |
|
Rempuh anggota PGA, suspek berdepan tindakan bawah SOSMA dan Seksyen 186 - Sinarharian - 19/08 1:24 pm KOTA BHARU - Polis Kelantan menegaskan suspek yang bertindak merempuh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) semasa membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) akan didakwa mengikut Seksyen 26J Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek juga akan didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan."Ia sebagai langkah tegas terhadap kegiatan penyeludupan yang semakin berani bertindak terhadap anggota penguat kuasa," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepasmerasmikan Sambutan Hari Polis ke 219 dan Program Flag Off sempenaBulan Kebangsaan dan KibarJalur Gemilang Tahun 2026 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Rabu.Hadir sama, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dan Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin.Sebelum itu dua anggota PGA cedera termasuk seorang menerima dua jahitan di kepala selepas dilanggar kenderaan dipandu seorang bekas banduan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan PATI di Kampung Chat, Pulau Besar, Tumpat.Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kedua-dua anggota berpangkat Lans Koperal berusia 34 dan 29 tahun terbabit dalam Op Taring Wawasan sebelum mengesan sebuah Proton Preve dalam keadaan mencurigakan.Menurut beliau, polis akan terus mengambil tindakan berlandaskan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba mencabar penguat kuasa atau mengganggu tugas pasukan berkenaan.Katanya, Polis Kelantan tidak akan berkompromi terhadap sindiket penyeludupan ini termasuk tonto-tonto mereka yang bertindak agresif menghalang kenderaan pasukan penguat kuasa. |
|
Tiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu kereta - Sinarharian - 19/08 1:19 pm KUALA LUMPUR - Polis menahan pemandu lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur serta pemandu sebuah kereta Proton Saga yang terbabit dalam kemalangan maut di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, di sini pada Rabu bagi membantu siasatan.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, permohonan reman terhadap kedua-dua lelaki terbabit telah dibuat pada pagi Khamis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.Menurutnya, polis turut meneliti beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari lokasi kejadian selain sedang berusaha mendapatkan rakaman daripada pelbagai sudut bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai insiden terbabit."Kita juga cuba mendapatkan CCTV dari setiap sudut kerana di Kuala Lumpur kita dilengkapi dengan CCTV yang mencukupi dan saya rasa ia memadai untuk mendapatkan gambaran mengenai keadaan kejadian itu."Berdasarkan siasatan dan pengamatan rakaman CCTV semasa kejadian, kedudukan keluarga itu berada adalah di kawasan selamat untuk melintas jalan namun mereka dirempuh lori JIM," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanDifahamkan, empat sekeluarga itu sedang berada di pembahagi jalan, lampu isyarat Jalan Sultan Ismail dari arah Medan Tuanku berhadapan dengan Maju Junction menuju ke arah Jalan Chow Kit, jam 1 pagi Rabu.Pada masa sama, lori JIM yang datang dari arah bangunan Wisma FGV, Jalan Sultan Ismail dengan menyalakan lampu beacon, secara tiba-tiba memasuki Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) ketika lampu isyarat masih merah, sebelum dilanggar oleh sebuah kereta Proton Saga, yang datang dari arah Chow Kit menuju ke arah Maju Junction.Akibat rempuhan itu, tiga daripada ahli keluarga terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Dalam kejadian jam 1 pagi itu, tiga daripada empat sekeluarga maut selepas dirempuh sebuah lori JIM yang sedang dalam perjalanan untuk mengambil Orang Kena Tahan (OKT) dalam satu operasi di Chow Kit. |
|
Tiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KL - Sinarharian - 19/08 12:01 am KUALA LUMPUR - Tiga sekeluarga yang maut dirempuh lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail di sini dipercayai sedang bercuti di ibu negara.Kemalangan itu mengorbankan bapa berusia 53 tahun serta dua anak perempuan berusia 25 dan 12 tahun, manakala isteri mangsa lelaki berusia 55 tahun dilaporkan parah.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati keluarga tersebut menetap di Kampar, Perak."Mereka dipercayai berada di ibu negara untuk bercuti, tetapi tidak dipastikan sejak bila mereka berada di sini (Kuala Lumpur)."Isteri mangsa masih dirawat di Zon Merah Hospital Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisDifahamkan, terdapat seorang lagi anak mangsa yang tidak mengikut percutian mereka ketika kejadian.Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu melibatkan kemalangan sebuah lori Isuzu Black Maria milik JIM Kuala Lumpur, dua buah kereta dan empat orang pejalan kaki.Lori tanpa penumpang berkenaan dipandu lelaki berusia 43 tahun yang sedang dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi tujuan mengambil Orang Kena Tahan (OKT) susulan operasi pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan berkenaan.Lori tersebut dipercayai telah memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah dalam keadaan lampu beacon dan siren diaktifkan.Pada masa yang sama, sebuah Proton Saga yang dipandu lelaki Melayu berusia 50 tahun melalui persimpangan berkenaan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna hijau.Pemandu Proton Saga terbabit dipercayai tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran dengan lori berkenaan di tengah persimpangan.Akibat perlanggaran tersebut, lori berkenaan hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar empat orang pejalan kaki yang merupakan satu keluarga serta sebuah kenderaan Inokom Matrix yang dipandu lelaki berusia 38 tahun dan berhenti di persimpangan lampu isyarat ketika kejadian.Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
|
Tiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polis - Sinarharian - 19/08 10:25 am KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis berhubung insiden kemalangan maut tiga sekeluarga dengan sebuah lori jabatan terbabit di Jalan Sultan Ismail di sini pada Rabu.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, kes itu sedang dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM)."Saya mengesahkan kes tersebut."JIM memberi kerjasama penuh dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.Kejadian kira-kira jam 1 pagi di persimpangan lampu isyarat Maju Junction itu melibatkan kemalangan sebuah lori Isuzu Black Maria milik JIM Kuala Lumpur, dua buah kereta dan empat orang pejalan kaki.Lori tanpa penumpang berkenaan dipandu lelaki berusia 43 tahun yang sedang dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi tujuan mengambil Orang Kena Tahan (OKT) susulan operasi pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan berkenaan.Lori tersebut dipercayai telah memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah dalam keadaan lampu beacon dan siren diaktifkan.Pada masa yang sama, sebuah Proton Saga yang dipandu lelaki Melayu berusia 50 tahun melalui persimpangan berkenaan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna hijau.Pemandu Proton Saga terbabit dipercayai tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran dengan lori berkenaan di tengah persimpangan.Akibat perlanggaran tersebut, lori berkenaan telah hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar empat orang pejalan kaki yang merupakan satu keluarga serta sebuah kenderaan Inokom Matrix yang dipandu lelaki berusia 38 tahun yang berhenti di persimpangan lampu isyarat ketika kejadian.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa dilaporkan berkata, kemalangan mengakibatkan tiga ahli keluarga berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.Mangsa ialah bapa berusia 53 tahun dan dua anak perempuan masing-masing berusia 25 dan 12 tahun.Isteri kepada mangsa lelaki terbabit berusia 55 tahun dilaporkan cedera pada bahagian kepala, tangan kanan serta kedua-dua kaki dan telah dihantar ke Zon Merah Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut.Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
|
Tular lelaki Singapura provokasi anggota polis selepas bergaduh dengan .. - Mygazette - 19/08 7:43 am # Tular lelaki Singapura provokasi anggota polis selepas bergaduh dengan tiga lelaki tempatan JOHOR BAHRU - Tular video seorang pemandu dipercayai warga Singapura melakukan provokasi terhadap dua anggota polis dalam kejadian tolak-menolak di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini malam semalam |
|
Sindiket minyak sembahyang guna minyak masak subsidi terbongkar - Sinarharian - 18/08 9:10 pm KUALA LUMPUR - Sindiket penyelewengan minyak masak bersubsidi dikesan menggunakan taktik membeli minyak paket sebelum menggunting dan memindahkannya ke dalam botol untuk dijual sebagai minyak sembahyang.Taktik itu terbongkar susulan empat serbuan berasingan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur di sekitar ibu negara pada Selasa.Timbalan Pengarah KPDN Kuala Lumpur, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, operasi menerusi Ops Tiris 4.0 itu membawa kepada pembongkaran tiga kes saling berkait dengan keseluruhan rampasan sembilan tan minyak masak dianggarkan bernilai RM165,000."Serbuan hasil risikan dan profil bekalan selama dua bulan itu melibatkan pemeriksaan terhadap empat premis iaitu dua premis pemborong berlesen dan dua premis tidak berlesen di Sentul serta Chow Kit."Taktik yang digunakan sindiket ini adalah dengan membeli bekalan minyak masak paket bersubsidi satu kilogram daripada pembungkus dan pemborong sebelum memotong peket berkenaan secara manual untuk dibotolkan semula," katanya dalam sidang akhbar di salah satu daripada empat lokasi serbuan di sini pada Selasa.Mengulas lanjut, Mohd Shahran berkata, minyak masak yang dipindahkan ke dalam botol bersaiz satu, dua, lima hingga 15 kilogram itu kemudian dijual sebagai minyak sembahyang."Minyak berkenaan dijual tanpa campuran sebarang bahan, manakala sebahagian lagi dicampur sedikit bahan tambahan sebelum dipasarkan kepada peruncit di sekitar Lembah Klang," katanya.Menurutnya, sindiket berkenaan mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan membeli minyak paket bersubsidi pada harga RM2.45 seliter sebelum menjualnya semula sebagai minyak sembahyang pada harga sekitar RM7.50 seliter."Keuntungan bersih yang diperoleh adalah sekitar RM4 bagi setiap liter."Bagi satu premis sahaja, dianggarkan sebanyak 200 botol atau hampir satu tan minyak masak bersubsidi diproses sehari |
|
'Dia sempat maklum selesai tugasan sebelum rebah, terkulai atas stereng' - Sinarharian - 18/08 6:38 pm MELAKA - Seorang pemandu lori yang baharu selesai menjalankan tugasan membuang sampah di pusat pelupusan sisa pepejal sanitari Sungai Udang di sini meninggal dunia selepas rebah di dalam kenderaannya pada Selasa.Dalam kejadian sekitar jam 1.30 petang itu, kejadian disedari pekerja lain selepas melihat mangsa dalam keadaan kesakitan seperti terkena sawan ketika berhenti di tepi jalan berhampiran lokasi pembuangan tersebut.Rakan sekerja mangsa, Mohamed Rafiq Sulaiman, 45 berkata, sebelum kejadian mangsa sempat menghantar gambar sebagai bukti selesai tugasan ke grup WhatsApp syarikat."Dia lepas buang sampah, kemudian duduk dalam lori |
|
Bekas banduan rempuh dua Lans Koperal ketika cuba seludup PATI - Sinarharian - 18/08 5:41 pm TUMPAT - Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera termasuk seorang menerima dua jahitan di kepala selepas dilanggar kenderaan dipandu seorang bekas banduan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Kampung Chat, Pulau Besar di sini Sabtu lalu.Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kedua-dua anggota berpangkat Lans Koperal berusia 34 dan 29 tahun terbabit dalam Op Taring Wawasan sebelum mengesan sebuah Proton Preve dalam keadaan mencurigakan.Anggota berusia 34 tahun itu berkata, mereka menghalang kenderaan terbabit secara melintang sebelum dia turun dan membuka pintu kereta suspek sebelah pemandu untuk menjalankan pemeriksaan.Menurutnya, ketika pintu dibuka, suspek secara tiba-tiba mengundurkan kenderaan dengan laju menyebabkan dia dan rakan setugasnya hampir digilis."Saya sempat berpaut pada stereng kenderaan suspek dan menarik keluar anak kunci."Tindakan itu menyebabkan kenderaan berhenti dan suspek berjaya ditahan," katanya ketika ditemui di Pengkalan Kubor di sini pada Selasa.Dia mengalami kecederaan luka pada betis dan kaki.Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan itu menemukan enam wanita warga Myanmar berusia 20 hingga 25 tahun yang dipercayai migran diseludup masuk melalui laluan Thailand.Sementara itu, anggota berusia 29 tahun berkata, dia terjatuh kerana tidak sempat menggelak kenderaan yang diundurkan secara tiba-tiba oleh suspek."Saya terjatuh dan mengalami kecederaan pada lutut."Keadaan ketika itu memang cemas kerana semuanya berlaku dengan pantas," katanya.Akibat kejadian itu, dia mengalami kecederaan di kepala sehingga memerlukan dua jahitan selain kecederaan pada siku dan lutut.Kejadian itu kali kedua berlaku ke atasnya selepas mengalami situasi sama dalam operasi di Jeli.Suspek lelaki tempatan berusia 34 tahun juga tekong bersama enam wanita terbabit kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.Semakan mendapati suspek mempunyai 15 rekod lampau, kebanyakannya berkaitan kes dadah selain dua rekod rogol serta keganasan rumah tangga.Suspek juga baru lima hari dibebaskan daripada penjara sebelum kejadian.Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah dan dipercayai berada di bawah pengaruh bahan terlarang ketika bertindak agresif terhadap kedua-dua anggota PGA.Bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam, suspek disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan (Akta 574).Selainnya, kes turut disiasat di bawah Seksyen 26A Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.Difahamkan migran terbabit masuk ke negara ini dari negara jiran melalui Sungai Golok dan menyusuri Sungai Kelantan sebelum ditahan di lokasi kejadian |
|
Polis siasat kejadian pandu lawan arus di Bentong - Mygazette - 18/08 3:53 pm # Polis siasat kejadian pandu lawan arus di Bentong BENTONG - Polis sudah merakam keterangan seorang lelaki yang didakwa memandu kereta melawan arus di Jalan Bentong-Karak, di sini baru-baru ini |
|
Pemandu lori tangki hempap Bezza tak mengaku salah sebabkan dua kematian - Mygazette - 18/08 3:53 pm # Pemandu lori tangki hempap Bezza tak mengaku salah sebabkan dua kematian TEMERLOH - Seorang pemandu lori tangki minyak mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian dua beranak di kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang, di sini pada 14 Ogos lepas |
|
Pemandu lori didakwa pandu melulu sebabkan kematian 2 beranak - FMT - 18/08 11:15 am Tertuduh didakwa memandu lori tangki secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian dua beranak Jumaat lalu. |
|
Pemandu lori tangki akan didakwa esok - Sinarharian - 17/08 11:49 pm KUANTAN - Pemandu lori tangki bahan api yang terbabit dalam kemalangan maut mengorbankan dua beranak di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang, di Kampung Lebak, Jumaat lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh esok.Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, lelaki berusia 37 tahun itu akan dituduh selepas tempoh remannya selama empat hari berakhir."Lelaki berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan maut."Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun dan didenda hingga RM50,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun," katanya pada Isnin.ARTIKEL BERKAITAN: Nahas lori tangki dan kereta: Mangsa rentung dipercayai wanita dan anak lelaki 12 tahunKereta dihempap lori tangki sebelum terbakar, pemandu dan penumpang disyaki rentung'Isteri dan anak saya meninggal dunia' - Luahan pilu suami mangsa kereta terbakar dihempap lori tangkiDalam kejadian pada Jumaat lalu, Nur Fatima Syuhada Abdullah, 39, dan anaknya, Muhamad Fattah Aisy Nuafal Saifulnizam, 12, maut selepas kereta dinaiki mereka dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter bahan api.Insiden itu menyebabkan mereka terperangkap di dalam kenderaan sebelum ditemui rentung manakala pemandu lori hanya cedera ringan.Jenazah kedua-dua mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sanggang di sini pada Isnin. |
|
Lori tangki hempap kereta: Polis tunggu arahan timbalan pendakwa raya - Mygazette - 17/08 10:11 pm # Lori tangki hempap kereta: Polis tunggu arahan timbalan pendakwa raya KUANTAN - Polis telah melengkapkan kertas siasatan kes kemalangan membabitkan sebuah lori tangki dan sebuah kereta yang mengorbankan dua individu dalam insiden tragis di Jalan Temerloh-Triang, dekat Kampung Lebak, Temerloh 14 Ogos lalu |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |