![]() |
/// |
|
Search : Pelantikan Kehakiman News | Page 1 |
16/07 7:25 am | Mudah-mudahan esok ada pengumuman pelantikan ketua hakim ??? PM - Mgazette |
Ketua Hakim diketahui hari ini - Utusan - 16/07 7:00 am PUTRAJAYA: Krisis kehakiman bakal berakhir apabila Majlis Raja-Raja akan mengumumkan pelantikan jawatan Ketua Hakim Negara hari ini |
Akta JAC akan diperkemas untuk kejelasan pelantikan hakim - SUN - 15/07 10:23 pm PUTRAJAYA : Kerajaan sedang mengkaji semula Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 berikutan timbulnya kekeliruan mengenai proses pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu |
Pengumuman mengenai pelantikan kehakiman dijangka dibuat esok - PM Anwar - SUN - 15/07 9:31 pm PUTRAJAYA : Satu pengumuman dijangka dibuat esok berhubung pelantikan kehakiman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim |
SIP: Lantikan dibuat secara tender terbuka babitkan 26 syarikat - Amirudin - Astroawani - 15/07 9:15 pm Amirudin sekali lagi menegaskan pelantikan Rantaian Mesra Sdn Bhd sebagai syarikat pengendali bagi pelaksanaan SIP dibuat melalui tender terbuka. |
Keahlian MMM dibuka Ogos, AGM dijadual pada November - SUN - 15/07 8:58 pm PUTRAJAYA : Keahlian Majlis Media Malaysia (MMM) akan dibuka pada awal Ogos dan ditutup pada akhir September ini, dengan bayaran nominal sebanyak RM10, menurut Ahli Lembaga Pengasas MMM |
MOT semak enam Rang Undang-Undang berkaitan maritim - SUN - 15/07 8:52 pm PETALING JAYA : Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang menyemak sekurang-kurangnya enam undang-undang berkaitan maritim bagi memperkasakan industri maritim negara agar lebih berdaya saing dan seiring dengan keperluan semasa |
Akta JAC akan diteliti, tambah baik elak timbul kekeliruan - Azalina - Sinarharian - 15/07 7:38 pm PUTRAJAYA - Kerajaan akan meneliti untuk menambah baik Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 bagi mengelak kekeliruan dalam proses pelantikan hakim yang baharu.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, satu jawatankuasa khas akan dibentuk melibatkan ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara, golongan akademik, pakar Perlembagaan serta wakil Majlis Peguam bagi meneliti semula struktur serta tafsiran akta berkenaan."Perlu diingat, Akta JAC dilulus dan diwujudkan sejak 2009 dan sejak itu (diguna pakai) dalam pelantikan lima Ketua Hakim Negara, tidak pernah timbul isu |
Pelantikan jawatan tertinggi kehakiman: Majlis Raja-Raja dijangka umum esok PM Anwar - Thempress - 15/07 7:21 pm PELANTIKAN jawatan tertinggi dalam badan kehakiman dijangka diumumkan oleh Majlis Raja-Raja esok, sekali gus menyelesaikan polemik yang timbul berkaitan perkara tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim |
Pelantikan Ketua Hakim Negara ikut saluran JAC, Perlembagaan - Azalina - Astroawani - 15/07 7:04 pm Proses pelantikan Ketua Hakim Negara dijalankan mengikut saluran sewajarnya iaitu melalui Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) dan mematuhi Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan. |
Keahlian MMM dibuka Ogos, AGM dijadual pada November - Sinarharian - 15/07 5:54 pm PUTRAJAYA - Keahlian Majlis Media Malaysia (MMM) akan dibuka pada awal Ogos dan ditutup pada akhir September ini dengan bayaran nominal sebanyak RM10, menurut Ahli Lembaga Pengasas MMM.Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Lembaga Pengasas MMM oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, MMM memaklumkan permohonan boleh dibuat melalui laman web www.majlismedia.my."Keahlian terbuka kepada pemilik media, profesional, individu dan organisasi dalam ekosistem media serta yang mewakili kepentingan awam," menurut kenyataan itu.MMM memaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pertama dijadual berlangsung pada 7 November ini di Kuala Lumpur dan Ahli Lembaga baharu akan dipilih serta membincangkan struktur yuran keahlian, kod etika industri serta mekanisme aduan, belanjawan tahunan dan undang-undang kecil MMM.Menurut kenyataan itu pada mesyuarat pertamanya, Ahli Lembaga Pengasas telah melantik Premesh Chandran sebagai Pengerusi Interim, sementara menunggu pemilihan penuh lembaga akhir tahun ini.Menurut MMM, majlis itu merupakan badan kawal kendiri bebas industri media negara, akan memainkan beberapa peranan antaranya menggalakkan kewartawanan beretika dan bertanggungjawab; menetapkan kod etika industri media serta menjadi jambatan komunikasi antara media kerajaan dan masyarakat."Peranan MMM akan meningkatkan profesionalisme industri media serta melindungi kepentingan awam dalam ekosistem media yang semakin mencabar," menurut MMM.MMM memaklumkan struktur majlis itu direka bagi memastikan keberperwakilan yang pelbagai dengan Ahli Lembaga Pengasas terdiri daripada wakil yang dipilih daripada penerbit media, profesional media, dan wakil berkepentingan awam, termasuk ahli akademik dan masyarakat sivil."Selain itu, kerajaan boleh melantik dua wakil |
MOT semak enam rang undang-undang berkaitan maritim - Sinarharian - 15/07 5:54 pm PETALING JAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang menyemak sekurang-kurangnya enam undang-undang berkaitan maritim bagi memperkasakan industri maritim negara agar lebih berdaya saing dan seiring dengan keperluan semasa.Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook berkata, satu jawatankuasa khas dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nallini Pathmanathan telah ditubuhkan untuk meneliti dan membuat cadangan pindaan yang akan dibawa ke Parlimen dalam tempoh setahun."Sebaik sahaja jawatankuasa itu bersedia, kita akan teruskan semakan secara berperingkat mengikut undang-undang bermula dengan Ordinan Perkapalan Saudagar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Maritim Malaysia 2025 di sini hari ini.Enam undang-undang terlibat ialah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 (Sabah), Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 (Sarawak), Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang 1955, Akta Lembaga Pelabuhan 1963 dan Akta (Penswastaan) Pelabuhan 1990.Anthony Loke berkata, kerajaan tidak berhasrat mengambil alih kuasa maritim Sabah dan Sarawak, sebaliknya mahu mengharmonikan perundangan agar selaras dengan di Semenanjung tanpa menjejaskan hak negeri seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, MOT juga akan membentangkan Rang Undang-Undang Admiralti di Parlimen tahun ini bagi mewujudkan mahkamah khas maritim untuk menangani pertikaian berkaitan perkapalan."Sekarang kita hanya ada Mahkamah Tinggi yang mengendalikan kes maritim |
Majlis Raja-Raja dijangka umum pelantikan Ketua Hakim Negara esok - Astroawani - 15/07 5:44 pm Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Majlis Raja-Raja dijangka membuat keputusan dan mengumumkan pelantikan Ketua Hakim Negara esok. |
Pelantikan Nick Adams: Kabinet belum terima memorandum daripada Wisma Putra - Sinarharian - 15/07 5:44 pm PUTRAJAYA - Kabinet masih belum menerima memorandum daripada Wisma Putra berhubung pelantikan pengulas dan penulis konservatif Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) yang baharu ke Malaysia, kata Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil.Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, secara kebiasaannya, Jemaah Menteri akan menerima memorandum daripada Wisma Putra mengenai mana-mana pelantikan duta atau perwakilan asing yang baharu di Malaysia."Waktu ini perkara tersebut belum lagi dibawa ke perhatian Jemaah Menteri, mungkin selepas kita ada maklum balas yang terkini (baru akan dibawa), tetapi waktu ini (masih) belum lagi sampai ke Jemaah Menteri," katanya.Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan anggota Lembaga Pengasas Majlis Media Malaysia di sini hari ini.Ditanya adakah Malaysia boleh menolak pelantikan Adams, beliau berkata: Dalam bidang diplomasi ada apa yang dipanggil Agrment, di mana the negara tuan rumah mesti bersetuju, itu dalam bidang diplomasi."Samalah juga sebelum ini, kalau kita teliti sejarah dalam kerajaan menamakan ataupun mencadangkan perwakilan Malaysia ke negara asing perlu mendapat persetujuan daripada negara tuan rumah," katanya.Media antarabangsa sebelum ini melaporkan Presiden AS, Donald Trump mencalonkan Nick Adams, seorang pengulas politik konservatif kelahiran Australia yang kini warganegara AS sebagai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia.Semalam, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Malaysia mempunyai kuasa penuh untuk menolak pelantikan Adams sebagai Duta Besar AS ke negara ini.Khairy berkata, tindakan itu selaras dengan Artikel 4 Konvensyen Vienna yang memperuntukkan hak kepada negara penerima untuk tidak menerima calon duta tanpa perlu memberikan sebarang alasan rasmi.Artikel 4 Konvensyen Vienna menyebut bahawa sesebuah negara tidak boleh menghantar wakil diplomatik tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan negara tuan rumah |
Majlis Raja-Raja dijangka umum pelantikan Ketua Hakim baharu esok - Sinarharian - 15/07 5:31 pm PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Majlis Raja-Raja dijangka membuat pengumuman rasmi berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu pada Rabu susulan perbincangan tertutup bersama pemimpin tertinggi kerajaan pada pagi Selasa.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan tersebut diyakini mampu menepis persepsi negatif berkaitan isu kebebasan kehakiman serta dakwaan pelantikan individu yang dipersoalkan ke jawatan tertinggi badan itu."Pagi ini saya sudah berbincang panjang dengan Majlis Raja-Raja dan saya fikir biarlah mereka yang membuat keputusan dan esok, mudah-mudahan akan ada satu pengumuman yang akan menolak semua persepsi negatif terbabit."Insya-ALLAH apabila pengumuman dibuat nanti, ia akan membuktikan bahawa Kerajaan Madani benar-benar komited kepada reformasi termasuk prinsip kebebasan badan kehakiman," katanya ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Tadbir Urus dan Integriti 2025 di sini pada Selasa.Dalam pada itu Anwar mengakui wujud kebimbangan dalam isu berkenaan sehingga timbul persepsi kononnya beberapa pelantikan ke jawatan penting dalam institusi kehakiman mungkin terjejas.Oleh yang demikian beliau memberi jaminan bahawa perkara tersebut tidak berlaku sama sekali."(Datuk Seri) Azalina tahu perkara sebenar, Ketua Setiausaha Negara juga tahu fakta bahawa tiada sebarang kes atau nama yang dipersoalkan atau dianggap kontroversi pernah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong atau Majlis Raja-Raja."Soal persepsi biarlah jadi urusan ahli politik dan hanya dengan cara itu kita boleh terus mentadbir dengan baik."Saya harap ia tidak menjejaskan pendirian Majlis Peguam kerana itulah yang mereka percaya."Saya pasti rakan-rakan saya dalam bidang perundangan menghormati hakikat bahawa kita mesti bekerja berdasarkan undang-undang dan fakta, bukan persepsi," ujarnya |
Pelantikan hakim: Mudah-mudahan esok ada pengumuman, kata PM - Mkini - 15/07 5:30 pm Pengumuman itu nanti, kata Anwar, akan buktikan kerajaan Madani komited kepada reformasi |
Kajian perbandingan sistem pelantikan hakim dilaksana tingkat ketelusan - Sinarharian - 15/07 5:09 pm SHAH ALAM - Kerajaan melaksanakan kajian perbandingan sistem pelantikan kehakiman bagi meningkatkan ketelusan dalam prosedur pelantikan Hakim Mahkamah Atasan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia termasuk memberi kejelasan yang lebih baik mengenai peranan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).Menurutnya, pada masa sama dapat menangani sebahagian isu yang turut dibangkitkan oleh Badan Peguam Malaysia."Berhubung dengan Walk to Safeguard Judicial Independence oleh Badan Peguam Malaysia, Kerajaan Madani mengambil maklum akan kebimbangan yang dibangkitkan dan menegaskan komitmen untuk menangani isu ini secara bertanggungjawab serta telus, berpandukan Perlembagaan Persekutuan."Oleh itu, pada minggu lalu kerajaan Madani telah mengumumkan pelaksanaan kajian perbandingan sistem pelantikan kehakiman."Kajian itu dilaksanakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) secara bersama-sama dengan Jawatankuasa Pilihan Khas dari Dewan Negara dan Dewan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, sebahagian besar ahli Majlis Peguam Malaysia berhimpun di hadapan Istana Kehakiman pada Isnin bagi menyertai Perarakan Demi Mempertahankan Kebebasan Kehakiman (Walk to Safeguard Judicial Independence) yang bermula sekitar jam 2 petang.Perarakan tersebut bertujuan menyerahkan memorandum empat tuntutan kepada Pejabat Perdana Menteri melibatkan isu kebebasan dan integriti badan kehakiman negara.Tambah Azalina, ia membuktikan kerajaan sentiasa terbuka kepada pandangan semua pihak."Badan Peguam Malaysia juga akan dijemput menyertai kajian ini bagi memastikan sistem pelantikan hakim yang lebih telus, berintegriti dan diyakini rakyat."Selain itu isu-isu yang dibangkitkan oleh Badan Peguam Malaysia wajar dilihat selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695] dan undang-undang lain yang berkuat kuasa."Justeru, kerajaan menyeru agar semua pihak untuk terus menghormati peranan dan proses perlembagaan yang menjadi teras kepada kebebasan badan kehakiman negara," jelasnya |
Dua pelajar UnIPSAS hafaz 30 juzuk al-Quran maut nahas dengan ambulans - Sinarharian - 15/07 4:41 pm KUANTAN - Dua penuntut Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) yang hafaz 30 juzuk al-Quran maut selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan ambulans di persimpangan lampu isyarat berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar, Jalan Kuantan- Gambang di sini pada Selasa.Pemergian mengejutkan Muhammad Zuhair Rifqi Abdul Jalil, pelajar Diploma Pengajian Quran dan Sunnah dan Muhammad Firdaus Mohammad Zamri, pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Pentadbiran Kehakiman (Kepujian) itu mengejutkan warga universiti itu.Melalui perkongsian hantaran di Facebook Hepa Unipsas, kemalangan yang dipercayai melibatkan sebuah ambulans swasta itu telah meragut nyawa Muhammad Zuhair Rifqi di tempat kejadian.Manakala Muhammad Firdaus yang dibawa ke HTAA disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.Melalui perkongsian itu, Allahyarham Muhammad Zuhair Rifqi dan Muhammad Firdaus dikenali berakhlak baik dan cintakan ilmu agama."Kedua-duanya merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad sehingga Tingkatan Tiga dan berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran."Mereka kemudiannya melanjutkan pengajian ke Tahfiz Bestari, Kuliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan sehingga tamat tingkatan lima," ujarnya hantaran itu.Menurut kenyataan itu lagi, semangat mereka untuk mendalami ilmu al-Quran diteruskan apabila menyambung pengajian di UnIPSAS dalam bidang Diploma Pengajian Quran dan Sunnah dan Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Pentadbiran Kehakiman (Kepujian)."Pihak universiti merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga kedua-dua pelajar dan mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh," ujarnya.Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata, kemalangan meragut nyawa dua pelajar itu melibatkan ambulans dalam perjalanan membawa pesakit.Dalam nahas kira-kira jam 11 pagi itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, ambulans dipandu lelaki berusia 49 tahun bersama pembantu, 43 dipercayai dalam perjalanan membawa pesakit dari arah HTAA menghala Bukit Rangin."Ketika ambulans membelok ke kanan di persimpangan lampu isyarat dengan siren dibunyikan, motosikal dinaiki pelajar berusia 21 dan 22 tahun dari arah Gambang itu dipercayai gagal mengelak dan melanggar ambulans tersebut."Akibat kemalangan, penunggang motosikal maut di tempat kejadian manakala pembonceng disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HTAA"Pemandu dan pembantu ambulans turut mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan lanjut di hospital," katanya.Mohd Adli berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan dan meminta mana-mana saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan. |
Majlis Media Malaysia bebas, urus isu industri tanpa campur tangan kerajaan - Fahmi - Sinarharian - 15/07 4:25 pm PUTRAJAYA - Pembentukan Majlis Media Malaysia (MMM) membolehkan isu berkaitan industri media diurus secara lebih terangkum, mampan dan bebas tanpa campur tangan pihak kerajaan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.Fahmi berkata, MMM akan beroperasi secara bebas daripada kawalan Kementerian Komunikasi dan diberi ruang sepenuhnya untuk melaksanakan tanggungjawab mengikut fungsi yang telah digariskan."Saya harap dengan terbentuknya MMM, isu dihadapi rakan-rakan dalam industri media di negara kita dapat diuruskan secara lebih terangkum, mampan dan bebas."Yang paling penting, ia membolehkan pelbagai pihak memainkan peranan membantu memastikan media bukan sahaja terus bebas dan berdikari, tetapi juga beretika dan bertanggungjawab," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Lembaga Pengasas MMM di sini hari ini.Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.Pada majlis itu, Fahmi menyampaikan watikah pelantikan kepada enam daripada 12 anggota Lembaga Pengasas MMM yang telah dilantik berdasarkan kepakaran, pengalaman dan sumbangan dalam bidang kewartawanan, media, akademik serta komunikasi.Pelantikan itu susulan penggubalan Akta MMM 2025 (Akta 868) yang berkuat kuasa 14 Jun lepas, bertujuan menjamin kebebasan media dalam memastikan masyarakat mendapat malumat yang sahih, berintegriti dan adil.Sebelum ini, Fahmi mengumumkan Lembaga Pengasas MMM dianggotai 12 individu terdiri daripada empat wakil bagi setiap kategori iaitu syarikat media, persatuan media, pengamal media dan pengamal media bebas serta ahli bukan media.Beliau berkata, kerajaan bersedia membantu MMM dari segi perundangan dan pendanaan bagi memastikan majlis itu dapat bergerak dengan lancar, khususnya pada peringkat awal penubuhan."Saya lihat pada masa hadapan tidak mustahil MMM boleh beroperasi secara sepenuhnya (berdikari), itu tidak menjadi masalah |
YDP Agong hadir MRR ke-269, isu kehakiman antara tumpuan perbincangan - Astroawani - 15/07 4:00 pm MRR ke-269 dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. |
Perserta Himpunan Kebebasan Kehakiman patuh Akta Perhimpunan Aman – Polis - Mgazette - 15/07 3:49 pm |
PM umum pelantikan Ketua Hakim Negara selepas perkenan Majlis Raja-Raja - Kosmo - 15/07 3:45 pm PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan keputusan mengenai pelantikan bagi jawatan tertinggi dalam badan kehakiman negara yang baharu akan diketahui dalam tempoh terdekat |
Duta AS: Kabinet belum terima cadangan pelantikan Nick Adams, ada hak untuk tolak - Astroawani - 15/07 3:35 pm Kerajaan belum menerima sebarang memorandum rasmi daripada Wisma Putra berhubung pelantikan penulis dan pengulas konservatif, Nick Adams, sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia. |
Kerajaan tangani isu berkaitan badan kehakiman berpandukan Perlembagaan Persekutuan - Azalina - Astroawani - 15/07 3:20 pm Kerajaan menegaskan komitmen untuk menangani isu berkaitan kebebasan badan kehakiman yang dibangkitkan Badan Peguam Malaysia, secara bertanggungjawab berpandukan Perlembagaan Persekutuan. |
Mekanisme untuk siasat hakim termaktub dalam Perlembagaan - Azalina - Astroawani - 15/07 3:20 pm Azalina tegaskan mekanisme siasat salah laku hakim sudah termaktub dalam Perlembagaan bagi jamin kebebasan badan kehakiman serta proses pelantikan hakim yang telus dan bebas campur tangan. |
Kabinet belum terima memorandum berhubung pelantikan Nick Adams - Utusan - 15/07 3:10 pm PUTRAJAYA: Jemaah Menteri belum menerima sebarang memorandum dari Wisma Putra berhubung pelantikan pengulas konservatif yang juga penulis, Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia yang baharu |
'Sudah ada mekanisme jelas tangani salah laku hakim' - Azalina - Sinarharian - 15/07 3:06 pm SHAH ALAM Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan mekanisme yang jelas dalam menangani salah laku hakim, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.Menurut beliau, antara peruntukan utama adalah Perkara 125(3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan tribunal khas bagi menyiasat dakwaan salah laku terhadap hakim.Tambah beliau, hakim yang disiasat juga boleh digantung tugas atas nasihat Perdana Menteri setelah berbincang dengan Ketua Hakim Negara."Selain itu, Perkara 125(3A) memperuntukkan kuasa kepada Ketua Hakim Negara untuk merujuk sebarang pelanggaran etika kepada Jawatankuasa Etika Kehakiman."Manakala Perkara 125(3B) pula membolehkan penetapan kod etika bertulis bagi menetapkan piawaian tinggi kelakuan dan integriti hakim," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Azalina berkata, 'Judges Code of Ethics 2009 [P.U.(B) 201/2009], yang telah berkuat kuasa sejak 1 Julai 2009, turut menjadi rujukan penting untuk menetapkan standard tingkah laku hakim secara jelas dan berlandaskan undang-undang."Kerangka etika ini bertujuan memastikan badan kehakiman bebas daripada sebarang pengaruh politik atau luaran, sekali gus menjamin keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang," katanya.Tambah Azalina, perkara itu juga bermaksud bahawa Badan Eksekutif dan Badan Legislatif tidak boleh campur tangan dalam isu berkaitan etika kehakiman."Kebebasan ini penting bagi mengekalkan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara," jelasnya. |
Mesyuarat kehakiman: Mkini disiasat lagi, polis mahu tahu sumber - Mkini - 15/07 2:50 pm Malaysiakini menolak permintaan untuk mendedahkan sumber kerana tertakluk kepada etika kewartawanan. |
Ketua UMNO bahagian sahkan perjumpaan, enggan dedah agenda - Sinarharian - 15/07 2:34 pm GEORGE TOWN Dua Ketua UMNO Bahagian di Pulau Pinang mengesahkan bahawa satu perjumpaan khas akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara pada 17 Julai ini.Ketua UMNO Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, jemputan tersebut dibuat melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri, namun agenda sebenar perjumpaan itu tidak dinyatakan.Sehubungan itu, Mohd Zaidi memaklumkan beliau akan menghadiri perjumpaan yang dijadualkan berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Khamis ini."Saya dimaklumkan mengenai perjumpaan ini dan saya mengesahkan akan hadir |
Peserta perarakan pertahan kebebasan kehakiman patuh Akta Perhimpunan Aman - Polis - Astroawani - 15/07 2:20 pm Majlis Peguam Malaysia (MPM) telah mengadakan himpunan dan perarakan dari Istana Kehakiman hingga ke Bangunan Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada jam 12.30 tengah hari hingga 4 petang. |
MBM pula tolak Nick Adams sebagai Duta AS ke Malaysia - Sinarharian - 15/07 12:41 am SHAH ALAM - Majlis Belia Malaysia (MBM) menjadi badan bukan kerajaan terbaru yang mendesak kerajaan Malaysia agar menolak pelantikan tokoh konservatif Amerika Syarikat (AS), Nick Adams sebagai Duta Besar negara itu ke Malaysia.Presidennya, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, pihaknya melahirkan kebimbangan yang mendalam terhadap pencalonan tersebut kerana di sebalik kontroversi yang menyelubungi pesona awamnya, Adams secara konsisten menyebarkan retorik provokatif dan memecah belah.Menurutnya, ia secara tidak langsung memburukkan seruan antarabangsa untuk keadilan, menolak advokasi hak asasi manusia dan menyamakan ungkapan solidariti yang sah dengan ekstremisme."Adams juga telah membuat kenyataan awam secara meluas, dianggap sebagai anti-Palestin dan secara terbuka menyokong tindakan pencerobohan yang disifatkan oleh banyak masyarakat antarabangsa sebagai jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai."Pandangan sedemikian bukan sahaja tidak dapat dipertahankan secara moral tetapi juga berisiko menormalkan keganasan terhadap orang awam dan menjejaskan prinsip keadilan, keamanan dan kemanusiaan yang dikongsi bersama," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Tambah Mohd Izzat Afifi, pandangan Adams bukan sahaja tidak serasi dengan sokongan berprinsip Malaysia untuk keadilan antarabangsa, hak asasi manusia dan perlindungan negara berdaulat, tetapi juga berisiko menjejaskan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Amerika Syarikat.Retorik sedemikian katanya, jika dibenarkan membentuk penglibatan diplomatik akan mengancam kepercayaan bersama dan muhibah awam, yang kedua-duanya penting untuk kerjasama antarabangsa dan perpaduan nasional."Dasar luar Malaysia sentiasa berdiri teguh dalam mempertahankan maruah manusia, kedaulatan undang-undang dan multilateral."Kenyataan Adams, termasuk yang mempersendakan atau memutarbelitkan prinsip-prinsip ini, tidak selari dengan nilai yang kita pegang dan tidak sesuai untuk menjadi utusan rasmi ke negara kita."Oleh itu, MBM menyeru Kerajaan untuk menolak pencalonan ini |
Sumber PH: MP minta Anwar tak calonkan hakim terpalit skandal kehakiman - Mkini - 15/07 12:11 am Mereka mendakwa Anwar mengambil maklum berkenaannya, namun menekankan bahawa keputusan terletak pada Majlis Raja-Raja. |
ULASAN Terlalu berisiko terima Adams di sini - Mkini - 15/07 12:02 am ULASAN Pelantikan itu bukan saja tak sesuai, malah berpotensi mencetuskan kemarahan dan keruhkan hubungan diplomatik |
FIFA beri amaran kepada Erick Thohir - Sinarharian - 15/07 11:25 am PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir disarankan melepaskan jawatan sebagai Ketua Jawatankuasa Pengadil PSSI susulan amaran daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang tidak membenarkan pemimpin tertinggi persatuan memegang pelbagai jawatan serentak termasuk jawatan berkaitan pengadilan.Menurut Erick, keputusan beliau memegang dua jawatan adalah demi memastikan proses pembaharuan sistem pengadilan bola sepak Indonesia dapat dipantau secara langsung."Kenapa saya jadi ketua jawatankuasa pengadil? Siapa yang berani sogok saya? Tapi tahun depan ia tidak dibenarkan kerana sudah ada peringatan daripada FIFA," katanya.Erick turut menjelaskan bahawa tempat beliau akan digantikan oleh wakil dari Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA), Yoshimi Ogawa yang telah dilantik sebagai Pengerusi baharu Jawatankuasa Pengadil PSSI.Katanya, pelantikan Ogawa merupakan sebahagian daripada kerjasama teknikal antara PSSI dan JFA sejak 2023 dalam usaha memperkasakan mutu dan integriti pengadil tempatan."Tahun pertama Ogawa sebagai ketua jawatankuasa pengadil di Indonesia pasti mencabar kerana beliau masih belum benar-benar memahami landskap bola sepak kita," jelas Erick sambil menegaskan bahawa Ogawa akan dibimbing olehnya bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar. |
Peserta perarakan pertahan kebebasan patuh Akta Perhimpunan Aman - Polis - Sinarharian - 15/07 11:12 am KUALA LUMPUR - Peserta yang menyertai Perarakan Demi Mempertahankan Kebebasan Kehakiman di Putrajaya pada Isnin mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan berkata, Majlis Peguam Malaysia (MPM) telah mengadakan himpunan dan perarakan dari Istana Kehakiman hingga ke Bangunan Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada jam 12.30 tengah hari hingga 4 petang."Peserta yang hadir dalam perhimpunan dan perarakan itu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012."Perhimpunan itu diadakan bagi mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan gangguan urusan pelantikan dan keputusan kehakiman serta menggesa pengisian segera kekosongan jawatan hakim," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Mohamed Usuf berkata, seramai kira-kira 600 ahli MPM telah hadir dalam perhimpunan tersebut."Perhimpunan itu berlangsung dengan baik dan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini."Pihakpolis membuat kawalan sepanjang himpunan berlangsung bagi mengekang daripada sebarang insiden berlaku," ujarnya.Pada Isnin, media melaporkan perarakan tersebut bertujuan menyerahkan memorandum empat tuntutan kepada Pejabat Perdana Menteri melibatkan isu kebebasan dan integriti badan kehakiman negara.Peserta perarakan hadir dengan pakaian hitam sebagai simbol solidariti dan membawa plakad menuntut ketelusan dalam pelantikan kehakiman serta mendesak kerajaan mengambil tindakan segera terhadap krisis keyakinan terhadap institusi kehakiman negara. |
Zelensky lantik Yulia Svyrydenko sebagai PM baharu Ukraine - SUN - 15/07 10:24 am KYIV : Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mengumumkan pelantikan Yulia Svyrydenko sebagai Perdana Menteri baharu bagi memimpin kerajaan di Kyiv |
Menunggu isyarat Majlis Raja-Raja - Sinarharian - 15/07 10:00 am MESYUARAT Majlis Raja-Raja ke-269 yang akan bersidang pada 15 hingga 17 Julai ini dijangka lebih hangat susulan kemelut melibatkan kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.Ini bukan sekadar mesyuarat berkala, tetapi detik penting dalam landskap perundangan negara yang kini sedang berdepan kekosongan jawatan tertinggi dalam institusi kehakiman.Kemelut ini tercetus apabila Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bersara wajib pada 2 Julai lalu |
Ketiadaan Ketua Hakim Negara tidak lumpuhkan mahkamah - Srikandi PKR - Sinarharian - 15/07 9:15 am PUTRAJAYA Dakwaan bahawa ketiadaan Ketua Hakim Negara menyebabkan institusi kehakiman lumpuh disifatkan sebagai tidak tepat dan mengelirukan rakyat.Ketua Srikandi PKR, Nurhidayah Che Rose menegaskan bahawa sistem kehakiman negara masih berjalan seperti biasa dan teratur walaupun pelantikan Ketua Hakim Negara masih belum dimuktamadkan."Mahkamah Persekutuan masih boleh bersidang selagi mempunyai bilangan hakim yang mencukupi seperti diperuntukkan di bawah Perkara 122(2) Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.Menurut beliau, struktur kehakiman Malaysia yang melibatkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Majistret juga kekal berfungsi seperti biasa tanpa sebarang gangguan.Justeru itu, katanya, kenyataan berunsur spekulatif seperti itu hanya membangkitkan persepsi negatif terhadap institusi kehakiman dan boleh menggugat keyakinan rakyat terhadap sistem sedia ada."Srikandi menyeru semua pihak termasuk ahli Parlimen dan pemimpin politik agar lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan awam."Jangan sesekali mempermainkan isu pelantikan kehakiman untuk tujuan politik sempit."Kita wajib memelihara kredibiliti institusi kehakiman, bukan merosakkannya demi agenda peribadi," jelas Nurhidayah.Beliau turut menegaskan bahawa proses pelantikan Ketua Hakim Negara adalah tertakluk kepada Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan ia dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas menerima syor daripada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC)."Proses ini telah lama diamalkan secara telus dan selari dengan semangat Perlembagaan |
Lebih 1,000 peguam sertai perarakan bela kebebasan kehakiman - Mgazette - 15/07 7:58 am Beliau turut menegaskan tindakan itu sah di sisi undang-undang, dan mencerminkan komitmen profesion undang-undang terhadap doktrin pengasingan kuasa serta kedaulatan undang-undang. Enam tuntutan utama yang dibawa dalam memorandum tersebut ialah pendedahan minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat campur tangan kehakiman |
Kem Hiruk, Damai perlu henti pergeseran, beri imej buruk kepada PKR - Mgazette - 15/07 7:58 am # Kem Hiruk, Damai perlu henti pergeseran, beri imej buruk kepada PKR KUALA LUMPUR Para pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PRK) khususnya di dalam kem `Hiruk dan `Damai perlu menghentikan perselisihan faham di laman sosial kerana ia memberi imej dan persepsi buruk dalam kalangan rakyat terhadap parti itu |
DAPSY bantah polis siasat pihak bocorkan minit mesyuarat JAC - Mgazette - 15/07 7:58 am # DAPSY bantah polis siasat pihak bocorkan minit mesyuarat JAC KUALA LUMPUR - Pemuda SosialisDAP (DAPSY) menolak sebarang usaha pihak berkuasa menyiasat pihak yang membocorkan minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC)kepada awam |
Anwar tiba di Seri Perdana, adakan pertemuan dengan ahli Parlimen PH - Mgazette - 15/07 7:58 am # Anwar tiba di Seri Perdana, adakan pertemuan dengan ahli Parlimen PH PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di Putrajaya pukul 4.30 petang hari ini bagi mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) |
Tak kisah Rafizi nak tunggang isu saya – Isham Jalil - Mgazette - 15/07 7:58 am # Tak kisah Rafizi nak tunggang isu saya - Isham Jalil PUTRAJAYA - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Isham Jalil tidak 'ambil hati' dengan tindakan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Rafizi Ramli yang mengambil 'kredit' dalam isu krisis kehakiman ketika ini |
Sertai perarakan bersama peguam, PKR patut gantung Nurul Izzah ??? Zaid - Mgazette - 15/07 7:58 am Atau adakah ia bertujuan menyiasat penyalahgunaan sistemik, termasuk kemungkinan bahawa Perdana Menteri atau pejabat beliau telah melengahkan, menghalang atau campur tangan dalam pelantikan hakim-hakim tertinggi? Itu akan menjadi sesuatu yang menggemparkan, katanya menerusi laman sosial Facebook hari ini. Sementara itu, kata Zaid, Nurul Izzah juga perlu jelas berhubung skop perjuangannya dalam isu krisis kehakiman itu termasuk sama ada RCI yang mahu ditubuhkan akan menyiasat kenapa cadangan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) diabaikan atau dilengahkan |
Rafizi tidak hadir pertemuan dengan PM? - Mgazette - 15/07 7:58 am PUTRAJAYA - Kehadiran ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli tidak dapat disahkan pada pertemuan ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) barsama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini |
Pertemuan sangat baik – Anwar - Mgazette - 15/07 7:58 am PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuan tertutup bersama Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) sebagai satu sesi yang sangat positif dan membina |
PM jumpa MP PH petang ini untuk bincang isu semasa –... - Mgazette - 15/07 7:58 am # PM jumpa MP PH petang ini untuk bincang isu semasa - Fadhlina NIBONG TEBAL - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka memberikan taklimat berkaitan isu-isu semasa dan perkembangan dasar kerajaan dalam satu pertemuan bersama Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang dijadual berlangsung petang ini |
Memang ada perjumpaan ketua-ketua UMNO bahagian Khamis ini – Sumber - Mgazette - 15/07 7:58 am # Memang ada perjumpaan ketua-ketua UMNO bahagian Khamis ini - Sumber KUALA LUMPUR Desas-desus mengatakan semua ketua UMNO bahagian akan mengadakan pertemuan untuk mendesak Perdana Menteri melaksanakan titah adendum melibatkan Datuk Seri Najib Razak berhubung tahanan di rumah sebenarnya berasas |
Wan Saiful harap Nurul Izzah bawa mesej perarakan peguam kepada PM - Mgazette - 15/07 7:58 am Perarakan sejauh 2.6 kilometer itu berakhir kira-kira 2.30 petang dengan penyerahan memorandum mengandungi empat tuntutan kepada Pejabat Perdana Menteri. Perhimpunan itu bagi menuntut beberapa perkara termasuk isu membabitkan jawatan tertinggi kehakiman; pendedahan minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC); membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat campur tangan kehakiman dan menangani kekosongan keseluruhan kehakiman |
Lim Lip Eng tidak menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong – MCA - Mgazette - 15/07 7:58 am # Lim Lip Eng tidak menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong - MCA KUALA LUMPUR - Tindakan Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng, yang secara terbuka mempersoalkan titah adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah adalah satu tindakan yang boleh dianggap sebagai tidak menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong |
Himpunan Peguam, Turun Anwar ada persamaan ??? Takiyuddin - Mgazette - 15/07 7:58 am # Himpunan Peguam, Turun Anwar ada persamaan Takiyuddin PUTRAJAYA Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassantidak menafikan perhimpunan pertahankan kebebasan kehakiman anjuran Majlis Peguam Malaysia hari ini mempunyai persamaan dengan Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai ini |
Mesyuarat Majlis Raja-Raja hari ini jadi tumpuan - Sinarharian - 15/07 7:20 am SHAH ALAM - Isu kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan dijangka menjadi tumpuan dalam perbincangan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 yang akan bersidang hari ini hingga 17 Julai.Kedua-dua jawatan tertinggi dalam badan kehakiman negara itu kini menjadi perhatian selepas penyandangnya, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, masing-masing telah mencapai usia persaraan wajib 66 tahun pada 2 dan 3 Julai lalu.Dalam konteks ini, Mesyuarat Majlis Raja-Raja memainkan peranan penting bagi memberi perkenan terhadap pelantikan individu yang layak ke jawatan tersebut.Di bawah Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong melantik Ketua Hakim Negara atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.Perkara sama terpakai bagi pelantikan Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.Proses ini menandakan bahawa Majlis Raja-Raja bukan sahaja berperanan sebagai simbol perpaduan negara, malah turut menjadi elemen semak dan imbang dalam pelantikan jawatan tinggi kehakiman.Pada masa yang sama, pemilihan calon yang berintegriti juga menjadi antara persoalan penting bagi isu berkenaan.Penganalisis Politik dari Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, peranan Majlis Raja-Raja Melayu berbalik kepada Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan, di mana keputusan pelantikan berkenaan hanya boleh dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan kepada nasihat Perdana Menteri.Ujarnya, sudah pasti Yang di-Pertuan Agong mengambil kira semua pandangan dari pelbagai sudut sebelum membuat sesuatu keputusan."Apabila dikatakan (perbincangan) dibawa kepada Majlis Raja-Raja, Mesyuarat Majlis Raja-Raja mungkin akan membincangkan isu-isu semasa termasuk soal integriti."Mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, (semasa rundingan) Majlis Raja-Raja boleh memberikan pandangan dan maklum balas, sebelum keputusan dibuat."Pada saya, apa sahaja keputusan perlu dibuat berteraskan kepada Perlembagaan yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, perundingan Majlis Raja-Raja dan maklum balas orang awam secara umum," katanya kepada Sinar Harian. |
JAC tidak ikat kuasa PM, perlu pinda Perlembagaan - Pakar - Astroawani - 15/07 7:10 am Pindaan Perlembagaan perlu dilakukan sekiranya mahu memperkasakan JAC kerana kuasa Perdana Menteri dalam pelantikan hakim tidak terikat dengan suruhanjaya itu. |
Nurul Izzah akhirnya buka mulut sebab hadir perhimpunan semalam - Mdateline - 15/07 6:55 am Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar semalam menggemparkan dunia politik Malaysia apabila tampil hadir ke perhimpunan mempertahankan intergriti badan kehakiman di depan bangunan Perdana Menteri .. |
Izzah: Saya sertai perarakan peguam sebagai rakyat yang prihatin - Mkini - 14/07 10:46 pm Menurutnya, perkara paling penting dalam mewujudkan sistem kehakiman yang bebas ialah tiadanya campur tangan, sama ada dari dalam atau luar. |
Ahli Parlimen PH dapat taklimat isu kehakiman, tribunal - SUN - 14/07 9:44 pm PUTRAJAYA : Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) menerima taklimat mengenai isu semasa termasuk pembentukan tribunal kehakiman dalam pertemuan tertutup bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini |
Ahli Parlimen PH diberi taklimat isu kehakiman, tribunal - Mkini - 14/07 9:23 pm Azalina turut hadir dan memberi penjelasan mengenai pelantikan, pemecatan dan syarat perkhidmatan hakim mahkamah atasan, kata Fahmi. |
MP PKR: Sokong perhimpunan aman, tapi jangan putar belit sejarah kehakiman - Mkini - 14/07 9:03 pm Yuneswaran menegur apa yang dia sifatkan sebagai naratif liar daripada tokoh pembangkang dan aktivis. |
Malaysia berhak tolak Nick Adams sebagai Duta Besar AS - KJ - Sinarharian - 14/07 8:58 pm SHAH ALAM - Malaysia mempunyai kuasa penuh untuk menolak pelantikan Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke negara ini, kata bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.Menurut bekas Ketua Pemuda UMNO itu, tindakan berkenaan selaras dengan Artikel 4 Konvensyen Vienna yang memperuntukkan hak kepada negara penerima untuk tidak menerima calon duta tanpa perlu memberikan sebarang alasan rasmi."Kini terpulang kepada Wisma Putra," katanya ringkas menerusi satu hantaran di Instagram pada Ahad.Artikel 4 Konvensyen Vienna menyebut bahawa sesebuah negara tidak boleh menghantar wakil diplomatik tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan negara tuan rumah.Khairy turut menyatakan sokongan terhadap gesaan orang ramai agar kerajaan menolak pencalonan Adams yang diumumkan Presiden AS, Donald Trump pada 11 Julai lalu.Adams, 40, yang berketurunan Australia-Amerika, merupakan seorang pempengaruh media sosial, penulis, dan individu yang menggelarkan dirinya sebagai "Alpha Male".Nama beliau dicalonkan Trump untuk menggantikan Edgard Kagan, diplomat yang dilantik semasa era pentadbiran Joe Biden pada Mei 2023.Namun, watak dan latar belakang Adams mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia apabila rekod lalu menunjukkan beliau pernah membuat kenyataan bersifat Islamofobia, menyokong Zionisme dan mempromosi gaya hidup berdasarkan stereotaip maskuliniti keterlaluan.Khairy turut memuat naik satu hantaran lama oleh Adams, yang mendakwa dirinya berjaya menyebabkan seorang pelayan restoran dipecat hanya kerana memakai lencana 'Free Palestine'.Sekiranya pencalonan Adams diluluskan oleh Dewan Senat AS, Malaysia masih mempunyai ruang diplomatik untuk menyuarakan penolakan secara rasmi.Bagaimanapun, beberapa pemerhati politik antarabangsa mengakui langkah sedemikian berisiko mencetuskan ketegangan hubungan dua hala, khususnya dalam konteks dasar luar agresif Trump yang sebelum ini pernah menyasarkan Malaysia dalam perang tarifnya.Untuk rekod, minggu lalu Trump mengumumkan peningkatan tarif ke atas Malaysia daripada 24 peratus kepada 25 peratus, mencerminkan dasar perlindungan ekonomi yang lebih ketat terhadap negara-negara membangun. |
Tak ada tapis - Ahli Parlimen PH sambut baik penjelasan PM isu kehakiman - Mkini - 14/07 8:54 pm PM memberikan penjelasan tentang apa yang sedang berlaku dan isu-isu kontroversi daripada perspektifnya, kata Syahredzan. |
Kerajaan Madani hakikatnya setuju pertahan kebebasan kehakiman, sebab itu .. - Wrlr - 14/07 8:38 pm HarapandailyJuly 14, 2025 Oleh NORMAN RADZUAN Hari ini Majlis Peguam Malaysia bersama 500 peguam hadir untuk penyerahan memo kepada Perdana Menteri |
Rafizi, Nik Nazmi tidak hadir pertemuan dengan PM - Sinarharian - 14/07 7:47 pm SHAH ALAM - Dua Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad tidak menghadiri pertemuan melibatkan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdan, Putrajaya pada Isnin.Memetik laporan Malaysiakini, Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi berkata, beliau sudah sedia maklum mengenai perkara yang akan dijelaskan oleh Anwar dalam mesyuarat sama sebelum ini."Saya telah pun mendapat penjelasan berhubung perkara itu sejak beberapa bulan lalu |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |