| /// |
|
| Search : Pelajar News | Page 1 |
|
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah - Mgazette - 3/02 8:06 am Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata daripada jumlah itu, 21 individu didapati positif dadah tetrahydrocannabinol (THC) hasil ujian saringan air kencing dan ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Tujuh daripada tangkapan itu adalah pelajar dan penuntut, iaitu dua pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), empat pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan seorang pelajar sekolah menengah |
|
Utamakan pelajar setia dengan sistem pendidikan negara - Utusan - 3/02 8:00 am SYARAT pendidikan wajib mata pelajaran bahasa Melayu dan Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dikenakan kepada pelajar Malaysia di institusi pendidikan swasta dalam negara, adalah langkah paling tepat |
|
Saksi dakwa diganggu ibu Zara Qairina, dimarahi dan diminta nafi kenyataan - Sinarharian - 2/02 3:49 pm KOTA KINABALU Saksi ke-62 mendakwa pernah menerima gangguan daripada ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir melalui aplikasi WhatsApp, yang memarahinya kerana membenarkan anaknya bercakap benar kepada pihak polis.Saksi yang juga merupakan ibu kepada pelajar A mendakwa bahawa ibu Zara Qairina iaitu Noraidah Lamat, meminta mereka membuat penafian terhadap kenyataan anaknya dengan menghubungi pegawai polis."Antara tuduhan ibu arwah Zara dalam WhatsApp yang dihantar ialah kenyataan pelajar A diputar belit, polis berkomplot dengan pengetua, perlu membuat penafian kepada DSP Roziah (polis) dan tulisan diari bukan tulisan Zara."Selain itu, beliau tidak mempercayai tulisan makian terhadap dirinya ditulis oleh arwah Zara, mendakwa forensik telah mengesahkan ia bukan tulisan Zara, menuduh pihak sekolah cuba membuat bukti palsu, menuduh pelajar A menurut arahan sekolah serta melarang pelajar A hadir ke kubur arwah Zara," katanya.Beliau berkata demikian ketika membaca keterangan saksi yang disediakan di Mahkamah Koroner di sini pada Isnin.Menurutnya lagi, gangguan tersebut telah dimaklumkan kepada pegawai polis dan warden asrama sekolah berkenaan.Sebelum itu, pasukan peguam diketuai Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan mewakili pelajar A dalam kes di Mahkamah Kanak-Kanak, dan mereka hadir sebagai pihak berkepentingan dalam prosiding inkues tersebut.Zara Qairina, 13, ditemukan tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama di sebuah sekolah agama di Papar dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) di sini |
|
Inkues Zara Qairina: Ibu Dedah Pelajar A Alami PTSD, Kena Ejek ‘Pembunuh’ Di Sekolah Baharu - Ohmedia - 2/02 2:43 pm Pelajar A terus diejek 'pembunuh' di sekolah baharu |
|
Inkues Zara Qairina: Saksi hanya tahu anak dibawa ke balai polis dua hari selepas kejadian - Sinarharian - 2/02 2:39 pm KOTA KINABALU Saksi ke-62 memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa dia hanya mengetahui anaknya dibawa ke balai polis dua hari selepas kejadian menimpa Allahyarham Zara Qairina Mahathir.Beliau yang juga ibu kepada Pelajar A mendakwa tidak pernah dimaklumkan bahawa anaknya dibawa keluar oleh pihak sekolah ke balai polis."Saya hanya tahu pada 18 Julai ketika datang ke sekolah |
|
Polis siasat remaja disyaki terlibat kes buli - Sinarharian - 2/02 2:05 pm ALOR SETAR - Polis Kedah mengesan dua remaja disyaki terlibat kes buli membabitkan seorang murid dari sebuah sekolah di Kulim, yang dilaporkan berlaku tahun lalu.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, dua remaja berusia 12 tahun (ketika kejadian) termasuk ibu bapa mereka telah dikenal pasti."Tindakan telah diambil, kenal pasti dan panggil kedua-dua suspek...jalankan siasatan dan kita akan pastikan kejadian buli tidak berulang...mangsa berusia 11 tahun ketika kejadian," katanya.Dalam kes sama, beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan fizikal terhadap mangsa memandangkan kes telah lama berlaku dalam tempoh beberapa bulan lalu.Bagaimanapun, pihaknya tetap menyokong proses pemulihan dan kaunseling termasuk kempen kesedaran bagi mengekang kejadian seumpama itu berulang."Polis telah hadir ke sekolah dan beri taklimat keselamatan dan pendedahan kepada murid dalam perhimpunan...dengan langkah tersebut diharapkan mampu mencegah kegiatan seperti ini," katanya.Dalam masa sama, beliau berkata, polis memandang serius perkara tersebut dan akan memantau perkembangan susulan dengan pihak sekolah dalam usaha membanteras kes buli membabitkan murid dan pelajar.Bagaimanapun, Adzli berkata, setakat ini, tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian.Sebelum ini, tular di media sosial TikTok Oh Malaysia Media, satu video berdurasi 54 saat menunjukkan Adzli turut serta dalam program turun padang Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melawat sebuah rumah di Labu Besar, Kulim.Dalam kunjungan tersebut, Saifuddin dilihat menyantuni seorang remaja lelaki berusia 12 tahun yang pada mulanya berdiam diri sebelum menceritakan 'takut' ke sekolah kerana bimbang dibuli.Ibu bapa mangsa memaklumkan anaknya enggan ke sekolah sejak beberapa bulan lalu kerana risau insiden sama berulang. |
|
Inkues Zara Qairina: Pelajar A terus digelar pembunuh di sekolah baharu, .. - Hmetro - 2/02 1:41 pm Kota Kinabalu: Pelajar A terus digelar pembunuh walaupun selepas berpindah ke sekolah baharu, Mahkamah Koroner diberitahu hari ini |
|
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius pihak sekolah - Sinarharian - 2/02 1:32 pm KOTA KINABALU Ibu Pelajar A mendakwa banyak aduan berkaitan kehilangan barang pelajar di asrama tidak diambil serius oleh pihak sekolah sepanjang tempoh anaknya bersekolah di institusi berkenaan.Menurut saksi, aduan berhubung kehilangan barang secara besar-besaran pernah dibangkitkan dalam kumpulan aplikasi WhatsApp kelas anaknya, namun didakwa tidak diberi perhatian sewajarnya."Saya pernah membuat aduan pada 15 Julai 2025 apabila bertanyakan sama ada anak-anak kehilangan barang |
|
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar pembunuh di sekolah baharu - Sinarharian - 2/02 12:38 am KOTA KINABALU Ibu Pelajar A mendakwa anaknya masih menerima tekanan dan tohmahan walaupun telah berpindah ke sekolah baharu susulan kejadian yang menimpa Allahyarham Zara Qairina Mahathir.Ibu pelajar berkenaan yang merupakan saksi ke-62 dalam inkues kematian Zara Qairina berkata, terdapat pelajar di sekolah baharu yang masih menggelar anaknya sebagai pembunuh."Pertama, ketika di dalam kelas, anak saya baru mendaftar masuk selama beberapa hari |
|
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A menangis anak dilabel pembunuh, dakwa .. - Hmetro - 2/02 12:26 am Kota Kinabalu: Seorang ibu memberitahu Mahkamah Koroner di sini, hari ini, bahawa dia tidak dimaklumkan anaknya dibawa ke balai polis beberapa kali susulan insiden membabitkan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir |
|
Saksi dakwa diganggu ibu Zara Qairinia berhubung kenyataan polis - FMT - 2/02 12:23 am Saksi berusia 42 tahun itu adalah ibu kepada Pelajar A, iaitu salah seorang daripada lima pelajar yang didakwa menghina Zara Qairina Mahathir. |
|
Ringgit melonjak beri kelegaan pelajar Malaysia di luar negara - Harapandaily - 2/02 12:22 am Pelajar Malaysia di luar negara boleh menarik nafas lega susulan lonjakan tertinggi nilai ringgit ke paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) |
|
Ibu 'Pelajar A' dakwa diganggu ibu Zara Qairina melalui WhatsApp - Hmetro - 2/02 11:23 am Kota Kinabalu: Ibu kepada Pelajar A, salah seorang daripada lima pelajar yang dituduh menghina Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memaklumkan Mahkamah Koroner bahawa dia diganggu oleh ibu Zara melalui aplikasi WhatsApp berhubung kenyataan polis |
|
Andalusia ringankan beban asnaf Pekan - Sinarharian - 2/02 9:40 am PEKAN - Keprihatinan terhadap kebajikan komuniti setempat mendorong Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd menyalurkan sumbangan zakat berjumlah RM230,000 kepada 800 golongan asnaf di daerah ini.Sumbangan itu melibatkan 600 pelajar sekolah yang menerima RM200 seorang dan seramai 200 warga emas serta pesakit kronik yang menerima RM500 setiap seorang.Pengarah Urusan Andalusia, Ibrahim Mat Sin berkata, program agihan zakat di Pekan itu yang ketiga dianjurkan secara tahunan selepas pelaksanaan sekitar 2023.Menurutnya, Pekan dipilih kerana beliau pernah bekerja di daerah itu dan mahu memberi manfaat kepada komuniti setempat."Jadi, saya harap kalau ada rezeki, tahun depan insya-ALLAH saya meneruskan lagi agihan zakat di sini."Tahun ini alhamdulillah, jemaah saya hampir 60,000 orang, meningkat daripada tahun sebelumnya |
|
UPUOnline: KPT Kongsi 10 Program Pengajian Ramai Pelajar Mohon - Thevocket - 2/02 9:22 am Menurut KPT, ramai yang memohon, namun... The post UPUOnline: KPT Kongsi 10 Program Pengajian Ramai Pelajar Mohon appeared first on VOCKET . |
|
Inkues Zara Qairina: Ibu pelajar A beri keterangan di Mahkamah Koroner hari ini - Sinarharian - 2/02 9:07 am KOTA KINABALU Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir bersambung semula di Mahkamah Koroner di sini pada Isnin dengan mendengar keterangan daripada ibu Pelajar A.Pelajar A merupakan antara lima remaja yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak berkaitan kes kematian Zara Qairina.Ibu Pelajar A ialah saksi ke-62 yang dipanggil memberikan keterangan dalam inkues ini, yang telah memasuki hari ke-59.Mahkamah, dalam pada itu turut menetapkan Jumaat ini sebagai lawatan locus in quo ke tempat kejadian, iaitu bangunan asrama sekolah berkenaan di Papar.Untuk rekod, setakat ini seramai 61 saksi termasuk kanak-kanak telah dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah.Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai tahun lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, di sini.Pasukan peguam yang mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, ialah Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.Peguam bagi bapa Zara Qairina, Mahathir Mohd Hashim, ialah Sherzali Herza Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.Peguam bagi Pelajar A ialah Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan, manakala empat lagi pelajar diwakili oleh Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Sylvester Kuan.Pasukan pegawai pengendali terdiri daripada Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah, serta Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S |
|
RM520,000 untuk empat dinding asas? - Mgazette - 2/02 7:30 am Penjelasan itu perlu kerana jumlah berkenaan setara dengan unit rumah mampu milik Rumah Selangorku bersaiz sama, yang dijual antara RM100,000 hingga RM300,000. Timbalan Pengerusi MCA Bahagian Petaling Jaya, Lim Han Boon mendakwa, kos pembinaan yang tinggi itu sememangnya menimbulkan kebimbangan awam, apatah lagi, bilik darjah standard untuk 40 pelajar berukuran kira-kira 90 meter persegi, atau lebih kurang 969 kaki persegi |
|
Nawal Shahirah ditemui selamat, terima rawatan psikiatri di HKL - Kosmo - 1/02 9:48 pm PETALING JAYA – Pelajar Universiti Malaya (UM), Nawal Shahirah Mohd Jamil, yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu, telah ditemui dalam keadaan selamat |
|
Pelajar UM hilang: Nawal Shahirah sudah ditemui, jalani rawatan psikiatri - Sinarharian - 1/02 9:24 pm PETALING JAYA Tekanan perasaan disebabkan kehilangan ibu dipercayai menjadi punca pelajar Universiti Malaya (UM), Nawal Shahirah Mohd Jamil, 23, dilaporkan hilang sebelum individu terbabit ditemui selamat dan kini menerima rawatan psikiatri di Hospital Kuala Lumpur (HKL).Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, individu berkenaan hadir sendiri ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan berada dalam keadaan selamat.Menurutnya, semakan polis dengan pihak HKL mengesahkan individu terbabit menerima rawatan psikiatri di hospital berkenaan."Individu berkenaan telah masuk ke hospital sendiri pada 28 Januari lalu bagi mendapatkan rawatan."Keadaannya dilaporkan baik dan kini ditempatkan di wad untuk pemerhatian kesihatan mental," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, hasil maklumat diperoleh mendapati individu terbabit dipercayai mengalami tekanan emosi susulan kematian ahli keluarga terdekat iaitu ibunya.Terdahulu, polis dilaporkan menjalankan siasatan merangkumi semua aspek termasuk pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) kediaman pelajar Universiti Malaya yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan pelajar dikenali sebagai Nawal Shahirah dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di sebuah kondominium berhampiran Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz, Seksyen 14, di sini, Selasa lalu |
|
Kerajaan peruntuk RM350 juta naik taraf laluan korban 15 pelajar Upsi - FMT - 1/02 8:41 pm Pada Jun 2025, 15 pelajar maut selepas bas dinaiki dari Jerteh menuju Kampus Upsi Tanjong Malim kemalangan di KM53 Jalan Raya Timur Barat (JRTB). |
|
Lantai roboh, 15 pelajar jatuh - Kosmo - 1/02 8:30 pm JAKARTA – Sekurang-kurangnya 15 pelajar cedera selepas lantai sebuah bangunan di Siak, wilayah Riau roboh secara tiba-tiba ketika mereka sedang membuat lawatan, lapor portal berita Tempo |
|
Kehilangan Nawal Shahirah: Telefon bimbit, Ipad dikesan kali terakhir aktif pada Selasa malam - Sinarharian - 1/02 4:43 pm KUALA LUMPUR Kehilangan seorang pelajar Universiti Malaya (UM) sejak Selasa lalu terus menimbulkan kebimbangan apabila telefon bimbit dan iPad miliknya dilaporkan terakhir aktif dikesan pada malam yang sama, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai keselamatannya.Menurut hebahan yang tular di media sosial, pelajar terbabit dikenal pasti sebagai Nawal Shahirah Mohd Jamil, 23, pelajar Tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Ekonomi.Difahamkan, Nawal tidak dapat dihubungi sejak meninggalkan tempat kediamannya di Ryan & Miho, Petaling Jaya pada Selasa malam, 27 Januari lalu.Susulan penularan kes berkenaan, Universiti Malaya (UM) dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan sedang bekerjasama rapat dengan pihak polis bagi membantu mengesan pelajar terbabit.UM memaklumkan pihaknya memandang serius perkara itu dan telah mengambil langkah segera untuk berhubung dengan pihak berkuasa serta keluarga Nawal bagi menyalurkan bantuan dan sokongan sewajarnya."Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih demi menghormati proses siasatan serta menjaga privasi semua pihak yang terlibat," katanya.UM turut memaklumkan bahawa sebarang perkembangan rasmi mengenai kes tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, sambil berharap pelajar berkenaan dapat ditemui dengan selamat.Kes kini dalam siasatan polis |
|
Pelajar UM hilang: Polis siasat semua sudut, teliti petunjuk - Sinarharian - 1/02 2:43 pm PETALING JAYA - Polis menjalankan siasatan merangkumi semua aspek termasuk pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) kediaman pelajar Universiti Malaya (UM) yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, gadis terbabit masih belum ditemui setakat ini."Siasatan menyeluruh dijalankan termasuk meneliti semua petunjuk yang ada bagi mengesan keberadaan mangsa."Ini termasuk pemeriksaan CCTV di kediaman mangsa, jadi siasatan dijalankan merangkumi semua sudut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sinar Harian sebelum ini melaporkan pelajar dikenali sebagai Nawal Shahirah Mohd Jamil, berusia 23 tahun dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di sebuah kondominium berhampiran Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz, Seksyen 14 di sini, Selasa lalu. |
|
Yayasan UEM sumbang RM50,000 kepada YTSP Perlis - FMT - 1/02 10:59 am Yayasan itu turut memberi sumbangan kepada asnaf dan 150 pelajar yang memerlukan menerusi Program Back-to-School di Perlis. |
|
OKU penglihatan buka maahad tahfiz ajar ngaji - Sinarharian - 1/02 9:40 am SUNGAI PETANI - "Niat yang pertama nak ajar mengaji, kedua nak bukti pada masyarakat bahawa orang kurang upaya (OKU) penglihatan macam saya boleh buat benda lain selain buka kedai urut refleksologi".Demikian kata Mudir Maahad Tahfiz Al-Quran Imam Abu Hanifah di Bandar Puteri Jaya, Mahamad Hafizul Sham Mahamad Hanafiah, 43, yang mengusahakan pusat pengajian itu dengan menempatkan 14 pelajar lelaki berusia bawah 12 tahun."Terdetik di hati saya, orang tak nampak (buta penglihatan) yang ambil bidang refleksologi ada murid dan sebagainya boleh buka kedai urut, takkan saya yang ambil bidang tahfiz tak boleh buka maahad tahfiz? Saya mahu menyumbang sesuatu kepada masyarakat," katanya kepada Sinar Harian.Menurut anak bongsu daripada enam beradik itu, dia mempelajari bacaan al-Quran Braille ketika menerima pendidikan khas di Jabi sebelum melanjutkan pelajaran di Maahad Tahfiz Derga, Alor Setar.Katanya, al-Quran Braille tersebut jenis bercetak yang mempunyai enam jilid dengan lima juzuk bagi setiap satu disalurkan oleh Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)."Tapi sekarang lebih mudah dengan al-Quran Braille digital sumbangan eBrelle |
|
KPT semak akta bagi ambil alih Tingkatan Enam, matrikulasi - Mkini - 1/02 8:15 am Langkah itu sekali gus akan menjadikan kedua-dua kelompok itu secara rasmi sebagai pelajar pendidikan tinggi. |
|
Tiada paksaan wajib BM, sejarah di sekolah bukan kebangsaan - Mgazette - 1/02 8:00 am Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Program Jom Masuk U (2026) JMU 2026) bagi Zon Wilayah (Premier) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sempena Hari Terbuka Putrajaya di sini, hari ini. Semalam, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata wakil sekolah pelbagai aliran pendidikan termasuk Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) menerima baik hasrat kerajaan untuk mewajibkan pengambilan subjek bahasa Melayu dan sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
|
Jangan sama sekali anggap anak-anak kita tidak pandai – Dr Zambry - Mgazette - 1/02 8:00 am # Jangan sama sekali anggap anak-anak kita tidak pandai - Dr Zambry PUTRAJAYA Pelajar yang tak cemerlang dalam peperiksaan tidak bermakna mereka telah kehilangan peluang kedua untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi |
|
Ribuan berarak di seluruh AS bantah kekejaman ICE - Utusan - 1/02 7:30 am MINNEAPOLIS: Ribuan penunjuk perasaan menyertai bantah di Minneapolis, manakala pelajar di seluruh Amerika Syarikat (AS) mengadakan mogok kelas bagi menuntut pengunduran ejen imigresen persekutuan dari Minnesota |
|
3,164 sekolah kurang murid di seluruh negara - Utusan - 1/02 7:20 am JOHOR BAHRU: Sebanyak 3,164 sekolah di seluruh negara kini diklasifikasikan sebagai sekolah kurang murid (SKM) iaitu jumlah pelajar kurang 150 orang setakat November lalu, meningkat berbanding 3,038 buah pada 2024 |
|
Andalusia agih zakat RM300,000 di Pekan - Harakahdaily - 31/01 9:09 pm PEKAN: Seramai 800 pelajar dan pesakit kronik daripada golongan asnaf di daerah ini menerima sumbangan zakat bernilai RM300,000 hasil inisiatif tanggungjawab sosial pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd |
|
UPSI tubuh Galeri Razak Sensei, rakyat Malaysia terselamat tragedi bom .. - Mgazette - 31/01 4:14 pm # UPSI tubuh Galeri Razak Sensei, rakyat Malaysia terselamat tragedi bom atom Hiroshima IPOH - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menubuhkan Galeri Razak Sensei di bawah kelolaan Muzium Pendidikan Nasional (MPN), Institut Peradaban Melayu (IPM) sebagai inisiatif menterjemahkan nilai, sejarah dan kemanusiaan sejagat dalam pembinaan jiwa pendidik merentas generasi. Razak Sensei atau Datuk Abdul Razak Abdul Hamid ialah rakyat Malaysia tunggal yang terselamat dalam kejadian pengeboman bom atom di Hiroshima pada 1945 dan antara pelajar awal Sultan Idris Training College (SITC) yang menjadi asas penubuhan UPSI |
|
Andalusia salur zakat kepada 800 asnaf di Pekan - Kosmo - 31/01 2:35 pm PEKAN – Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) meneruskan majlis penyampaian zakat kepada pesakit kronik dan pelajar asnaf, di sini melibatkan 800 orang penerima, hari ini |
|
'Tidak adalah jawapan saya' UMNO Johor kekal tolak pengiktirafan UEC - Sinarharian - 31/01 9:56 am JOHOR BAHRU UMNO Johor menegaskan pendirian parti itu untuk tidak menyokong usaha mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), meskipun DAP mengajak UMNO bekerjasama dengan Kerajaan Madani bagi meneruskan usaha berkenaan.Ketua Penerangan UMNO Johor, Md Israk Abdullah berkata, pelawaan DAP agar UMNO Johor bersama-sama kerajaan dalam isu pengiktirafan UEC ditolak secara jelas dan muktamad."Tidak adalah jawapan saya," katanya ringkas dalam kenyataan pada Sabtu.Kenyataan itu dibuat sebagai respon kepada Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP merangkap Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali yang berharap UMNO Johor menyokong usaha mengiktiraf UEC di bawah pentadbiran Kerajaan Madani.Sheikh Umar sebelum itu menegaskan, pendirian DAP terhadap UEC tidak pernah berubah, sama ada sebelum atau selepas menjadi kerajaan, dan isu itu telah dimasukkan dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum 2018.Menurutnya, langkah awal berkaitan UEC telah dimulakan ketika PH membentuk kerajaan, namun terhenti susulan kejatuhan kerajaan akibat Langkah Sheraton pada 2020.Beliau turut menafikan dakwaan bahawa isu UEC dipergunakan untuk kepentingan politik, sebaliknya menegaskan ia berkaitan keadilan pendidikan dan prinsip anti-diskriminasi terhadap pelajar sekolah persendirian Cina.Sheikh Umar berkata, DAP menyambut baik isyarat positif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu UEC dan berharap UMNO Johor dapat bersama Kerajaan Madani dalam meneruskan usaha tersebut. |
|
Cabaran guru al-Quran Braille - Sinarharian - 31/01 7:40 am SHAH ALAM Usaha melahirkan barisan tenaga pengajar al-Quran Braille yang berkemahiran terus diperkasa menerusi penyediaan modul latihan khusus bagi memastikan kesinambungan pengajaran seiring peningkatan jumlah pelajar.Pengurus Operasi Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), Zamzuri Ghani berkata, setakat ini bilangan guru al-Quran Braille masih mencukupi bagi menampung keperluan kelas yang sedang berjalan.Menurutnya, meskipun terdapat ramai individu mahir membaca al-Quran Braille, keupayaan untuk mengajar memerlukan latihan dan kemahiran berbeza."Buat masa ini, nisbah pelajar dengan guru masih mencukupi |
|
Pelajar UM protes dasar hukuman disiplin universiti - Mkini - 30/01 9:30 pm Dasar baru yang dirancang itu antara lain akan mengenakan kompaun dan penalti kewangan untuk kesalahan tatatertib pelajar. |
|
Raja Permaisuri Agong kurnia penghargaan kepada 28 pelajar cemerlang Bahasa Inggeris - Sinarharian - 30/01 7:18 pm KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengurniakan sijil penghargaan kepada 28 pelajar Malaysia yang telah meraih kejayaan dalam pertandingan bahasa Inggeris peringkat antarabangsa.Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, pengurniaan sijil itu berlangsung dalam satu sesi menghadap di Dewan Seri Temenggong, Istana Negara di sini, semalam.Pelajar berkenaan terdiri daripada pelbagai kaum dari seluruh negara, yang pernah memenangi pertandingan bahasa Ingegris antaranya di Itali, Amerika Syarikat, Brazil, United Kingdom dan Singapura.Hadir sama majlis pengurniaan itu Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Dr Azmi Rohani dan Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.Antara penerima penghargaan ialah Evangeline Khoo dan Liew Erynn dari Kuala Lumpur memenangi pertandingan The Queens Commonwealth Essay Competition di London pada 2024.Sebelum ini, Khoo dan Liew pernah menerima penghargaan daripada Permaisuri Camilla di Istana Buckingham, London."Kami tidak menyangka dengan sebuah esei, kami dapat bertemu dengan dua Permaisuri dalam hidup kami |
|
Raja Permaisuri Agong kurnia penghargaan kepada 28 pelajar cemerlang bahasa Inggeris - Hotfm - 30/01 7:16 pm Pelajar terdiri pelbagai kaum dari seluruh negara yang pernah menang pertandingan bahasa Inggeris antaranya di Itali, Amerika Syarikat, Brazil, United Kingdom dan Singapura. |
|
Raja Permaisuri Agong kurnia penghargaan kepada 28 pelajar cemerlang bahasa Inggeris - FMT - 30/01 7:16 pm Pelajar terdiri pelbagai kaum dari seluruh negara yang pernah menang pertandingan bahasa Inggeris antaranya di Itali, Amerika Syarikat, Brazil, United Kingdom dan Singapura. |
|
Universiti awam bukan tempat buat duit, Pemuda MCA bantah cadangan .. - Mgazette - 30/01 6:51 pm # Universiti awam bukan tempat buat duit, Pemuda MCA bantah cadangan hukuman UM KUALA LUMPUR - Pemuda MCA membantah cadangan Universiti Malaya (UM) untuk melaksanakan dasar hukuman tatatertib secara terus yang mencetus ketidakpuasan hati dalam kalangan pelajar |
|
Putrajaya Mulakan Ujian Rintis Untuk Lintasan Pejalan Kaki Berasaskan AI - Amanz - 30/01 6:31 pm Selepas lampu isyarat berasaskan AI, Perbadanan Putrajaya kini melangkah setapak kehadapan dengan memperkenalkan projek perintis lintasan pejalan kaki pintar. Inisiatif ini dibangunkan khusus untuk meningkatkan kesedaran keselamatan lalu lintas terutama dalam kalangan pelajar sekolah yang sering menggunakan lintasan tersebut |
|
GLIC terjemah nilai Madani kepada tindakan dan impak pada 2025 - Sinarharian - 30/01 5:43 pm KUALA LUMPUR - Tahun 2025 meninggalkan catatan bermakna buat Malaysia apabila syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) tampil bukan sekadar sebagai pengurus dana negara tetapi rakan pembangunan yang hadir bersama rakyat, menterjemahkan aspirasi Malaysia MADANI dan GEAR-uP kepada tindakan nyata di lapangan.Sepanjang tahun itu, enam GLIC utama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), telah memanfaatkan pelaburan, kepakaran serta jaringan kerjasama strategik bagi menyantuni keperluan rakyat secara menyeluruh dan bersasar.Daripada kampung di luar bandar dan kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hingga ke sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan tempat kerja, pendekatan kolektif ini membentuk satu ekosistem sokongan nasional yang memastikan kemajuan di bawah Ekonomi MADANI tidak terhenti di peringkat dasar, sebaliknya dirasai dalam kehidupan seharian melalui pendidikan, pembangunan bakat dan sokongan kelangsungan hidup.Mengulas mengenai impak kolektif inisiatif itu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata: "Satu daripada ukuran kejayaan Ekonomi MADANI adalah kesannya kepada kehidupan rakyat, keadaan pelajar dalam bilik darjah, keluarga dalam komuniti, serta generasi muda Malaysia yang memasuki alam pekerjaan."GEAR-uP menjadi platform bagi GLIC untuk menterjemahkan aspirasi nasional kepada tindakan nyata yang berterusan dan inklusif, meluaskan peluang serta meningkatkan darjat kehidupan rakyat."Beliau menegaskan usaha itu mencerminkan komitmen kerajaan terhadap pembangunan berfokuskan rakyat yang berpandukan tadbir urus yang cekap."Apabila institusi awam bergerak seiring dengan tujuan yang jelas dan akauntabiliti, pertumbuhan negara bukan sahaja angka di atas kertas tetapi kemakmuran yang bermakna dan dirasai oleh rakyat," tambah beliau.Antara teras utama penglibatan GLIC pada 2025 ialah pelaksanaan Kampung Santuni MADANI, satu inisiatif bersifat menyeluruh yang menumpukan kepada intervensi berasaskan keperluan sebenar komuniti, dengan pendekatan berteraskan empati, maruah dan kefahaman setempat.Dalam ekosistem pertahanan negara, LTAT melaksanakan inisiatif bersasar dikenali sebagai Kem Santuni MADANI yang memfokuskan kepada kem ATM di seluruh negara.Dengan nilai sokongan melebihi RM500,000 merangkumi lima kem, program ini memberi manfaat kepada lebih 5,700 keluarga warga tentera melalui naik taraf infrastruktur, bantuan kebajikan, perkhidmatan kesihatan serta program literasi kewangan, hasil kerjasama bersama syarikat kumpulannya.Inisiatif yang dilancarkan pada Mac dan disempurnakan sepenuhnya menjelang Disember 2025 itu meliputi kem di Sabah dan Pulau Pinang, dengan penambahbaikan kepada kemudahan komuniti, ruang ibadah dan persekitaran tempat tinggal, selain penyampaian bantuan bersasar kepada keluarga asnaf dan B40.PNB pula mengangkat dua kampung iaitu Kampung Merlimau Pantai, Melaka, dan Kampung Telok Kandis, Kedah, dengan peruntukan RM1.32 juta di bawah rangka kerja Satu Pemimpin Satu Kampung dan GEAR-uP.Inisiatif tersebut memberi manfaat kepada kira-kira 700 penduduk melalui sokongan keusahawanan mikro, biasiswa TVET untuk belia, penambahbaikan infrastruktur komuniti serta bantuan kebajikan kepada isi rumah asnaf.KWSP memfokuskan usaha Kampung Santuni MADANI di Kampung Melayu Subang, Kwasa Damansara dengan menumpukan kemahiran kebolehpasaran dan keusahawanan, serta kesejahteraan komuniti bagi memperkukuh kelangsungan hidup, daya tahan dan keupayaan berdikari.Rangka kerja pembangunan komuniti dan pemerkasaan sosial KWSP turut merangkumi literasi kewangan untuk belia serta literasi digital untuk warga emas |
|
Guru terima kertas bertulis Zara daripada pelajar kehilangan duit - Thempress - 30/01 5:38 pm KOTA KINABALU – Saksi ke-61 dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir, Mohd Sham M Nasir, memberitahu Hakim Mahkamah Koroner beliau menerima secebis kertas bertulis nama ‘Zara’ susulan insiden kehilangan wang… |
|
Sekolah pelbagai aliran sokong pengambilan BM, Sejarah diwajibkan dalam SPM - Thempress - 30/01 5:08 pm SEKOLAH pelbagai aliran pendidikan, termasuk Dong Zong, menyatakan sokongan terhadap keputusan kerajaan yang mewajibkan pelajar mengambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
|
Menjelang musim peperiksaan, UM tangguh laksana peraturan baru - Mkini - 30/01 3:38 pm UM juga berkata akan menjalankan kajian semula menyeluruh dan berbincang dengan kepimpinan pelajar. |
|
Kes tikam pelajar dipindah ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk dibicara - Sinarharian - 30/01 2:58 pm PETALING JAYA - Kes seorang remaja lelaki yang didakwa membunuh pelajar perempuan berusia 16 tahun di tandas sebuah sekolah menengah di Bandar Utama dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk perbicaraan.Peguam Kitson Foong yang mewakili remaja berusia 15 tahun itu berkata pemindahan kes dibuat selepas pihak pendakwaan memperoleh keizinan Jabatan Peguam Negara selaras Seksyen 177A Kanun Prosedur Jenayah."Kes ini dipindahkan dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk perbicaraan |
|
Lucah melampau dipercayai punca pergaduhan di Larkin - Mkini - 30/01 1:30 pm Siasatan awal mendapati pergaduhan meletus setelah pelajar perempuan 13 tahun diganggu dengan kelucahan melampau oleh pengadu. |
|
[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Pelajar Sekolah Rendah Sanggup Koyak Buku Untuk Minta Autograf, Curi Perhatian Netizen! - Murai - 30/01 1:00 pm Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila ‘diserbu’ sekumpulan pelajar sekolah rendah di salah sebuah restoran di ibu kota pada Khamis |
|
Polis siasat kes pelajar dipukul depan sekolah - Sinarharian - 30/01 12:57 am JOHOR BAHRU Polis membuka kertas siasatan susulan video tular di media sosial memaparkan seorang pelajar lelaki dipukul menggunakan tangan di hadapan sebuah sekolah, di sini pada Khamis.Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, hasil semakan mendapati pihaknya menerima pada jam 7.13 petang daripada mangsa, pelajar sekolah berusia 17 tahun berhubung kejadian tersebut."Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada Khamis jam 2.30 petang, apabila mangsa dipukul oleh seorang suspek lelaki berusia 17 tahun bersama abangnya berumur 20 tahun yang tidak bekerja."Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali |
|
Inkues Zara Qairina: Kes jadi isu besar sebab tular di media sosial - Saksi - Sinarharian - 30/01 12:48 am KOTA KINABALU Saksi ke-61 dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa beliau hanya menghadiri satu mesyuarat tergempar yang diadakan pihak sekolah selepas insiden yang menimpa pelajar tersebut.Mohd Sham M Nasir, 27, yang juga guru mata pelajaran Geografi berkata, beliau menghadiri mesyuarat tergempar itu pada 17 Julai tahun lalu di bilik mesyuarat sekolah bagi membincangkan mengenai Allahyarham Zara Qairina."Saya tidak berapa ingat, tetapi apa yang saya ingat tentang arwah, masa itu kes sudah mula tular di media sosial |
|
Inkues Zara Qairina: Guru terima cebisan kertas tulis nama 'Zara' selepas 'spotcheck' - Sinarharian - 30/01 12:21 am KOTA KINABALU Saksi ke-61 dalam inkues Zara Qairina Mahathir memberitahu mahkamah di sini bahawa beliau ada menerima secebis kertas tertulis nama Zara daripada pelajar yang mengadu kehilangan wang sebanyak RM20.Mohd Sham M Nasir, 27, yang juga seorang guru mata pelajaran Geografi, menyatakan perkara itu semasa membaca pernyataan saksinya mengenai insiden yang berlaku pada 14 Julai tahun lalu semasa beliau mengajar dalam kelasnya.Menurutnya, selepas selesai kelas dan beliau sedang berkemas untuk keluar dari kelas, pelajar yang kehilangan wang itu telah memberikan secebis kertas kepadanya."Apabila saya membuka kertas tersebut, tertulis perkataan Zara |
|
Siap belanja pelajar sekolah makan, sikap rendah diri Siti Nurhaliza buat netizen kagum - Mdateline - 30/01 12:15 am Siapa sangka niat sekadar ingin mendapatkan tandatangan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, akhirnya bertukar menjadi satu pengalaman manis yang tidak akan dilupakan oleh 17 .. |
|
Inkues Zara Qairina: Guru dedah insiden 'spotcheck' dalam kelas, wang RM20 hilang - Sinarharian - 30/01 12:00 am KOTA KINABALU Saksi ke-61 dalam inkues Zara Qairina Mahathir memberitahu mahkamah mengenai kejadian yang berlaku dalam kelas pada 14 Julai 2025 berhubung seorang pelajar yang kehilangan wang dan pemeriksaan secara mengejut dilakukan pada hari kejadian.Mohd Sham M Nasir, 27, yang juga seorang guru mata pelajaran Geografi, menyatakan perkara itu semasa membaca pernyataan saksinya dan turut memaklumkan bahawa sekumpulan pelajar lain telah menuduh Zara Qairina terlibat dalam kejadian tersebut."Pada 14 Julai 2025 jam lebih kurang 12.15 tengah hari semasa saya mengajar kelas Tingkatan Satu, saya lihat seorang pelajar dalam keadaan sedih dan seakan-akan mahu menangis."Saya telah bertanya kepada pelajar tersebut mengapa dia kelihatan sedih dan dia memberitahu bahawa dia telah kehilangan wang semasa pergi ke makmal Sains |
|
Pilih TVET yakin peluang kerjaya terbuka luas - Sinarharian - 30/01 9:41 am SHAH ALAM - Pendedahan awal kerjaya TVET dari sekolah membuka minat bekas pelajar tahfiz, Irfaan Nabil Mohd Faizal, 18, melanjutkan pengajian dalam bidang kimpalan.Menurutnya, usaha itu diteruskan hasil sokongan kedua ibu bapanya dengan mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 di Northwestern Institute Of Advanced Technical Skills (NIATS) di Seri Manjung, Perak."Dari awal lagi saya nampak TVET membuka jalan yang lebih mudah untuk dapat pekerjaan dalam bidang yang saya minat tambahan pencapaian akademik saya sederhana, jadi bidang kemahiran lebih sesuai dengan diri saya."Meskipun belajar dalam bidang agama, keluarga tidak menghalang pilihan saya dan ayah memberi sokong penuh sebab dia nampak potensi TVET dan peluang dalam bidang ini," katanya.Irfaan Nabil berkata, dengan galakan daripada kerajaan, orang ramai tidak lagi memandang serong terhadap pilihan kerjaya berkemahiran kerana sektor berkaitan berkembang selari dengan kemajuan industri dan teknologi."Bidang dalam TVET ini sangat luas seperti kemahiran kimpalan ini, ia meliputi sektor minyak dan gas, industri jentera dan sebagainya."Jadi jangan takut menceburi bidang berkemahiran tinggi ini dan jangan anggap kemahiran ini tidak berkembang kerana peluang kerja sentiasa terbuka luas, terapkan semangat untuk mencuba dan belajar," nasihatnya.Kisah Irfaan Nabil mencerminkan matlamat NIMP 2030 dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang inklusif, merangkumi pelajar aliran agama dan akademik sederhana.Laluan TVET memberi peluang kepada belia untuk membina kerjaya stabil dalam sektor strategik seperti minyak dan gas, pembuatan serta industri jentera yang terus berkembang seiring kemajuan teknologi. |
|
Baiki kereta dorong belajar TVET - Sinarharian - 30/01 9:27 am Ilmu inilah yang menjadi asas kepada kejayaan saya hari ini," katanya lagi.Selepas tamat pengajian, anak jati Ipoh itu bekerja untuk mengumpul pengalaman sebelum memberanikan diri membuka bengkel sendiri dengan sokongan penuh daripada kedua ibu bapanya.Dengan bantuan kewangan daripada ayahnya, beliau kini mengusahakan dua buah bengkel automotif yang menawarkan perkhidmatan overhaul dan pengesanan bunyi kenderaan menggunakan mesin khas."Kami kini ada tujuh pekerja tetap dan pelanggan pula majoritinya adalah pelanggan tetap dengan kepakaran kami dalam diagnostik kenderaan," katanya.Mohamad Shafiq kini memasang impian lebih besar untuk membuka sebuah bengkel berskala gudang dalam tempoh lima tahun akan datang."Ilmu dalam bidang TVET ini sentiasa berkembang. Saya sendiri akan terus belajar dan meneroka bidang baharu serta berkongsi kemahiran dengan pelajar lain."Kalau kita mahu berjaya, kita kena berani mencuba dan sentiasa ke hadapan dalam kemahiran," ujarnya.Kejayaan Mohamad Shafiq dalam bidang automotif mencerminkan keberkesanan pendekatan NIMP 2030 yang menekankan pembelajaran berasaskan kemahiran, latihan praktikal dan pendedahan industri sebenar.Usaha memperkasa TVET dijangka terus membuka ruang kepada generasi muda untuk menyertai industri bernilai tinggi, sekali gus menyokong sasaran negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2030. |
|
NIMP 2030: Kerja gaji lima angka menanti anak muda - Sinarharian - 30/01 9:02 am Kekangan aliran tunai, risiko komersial serta kebergantungan kepada pembiayaan tradisional menyebabkan sebahagian PKS teragak-agak untuk melabur dalam automasi dan teknologi baharu."Tidak semua pemain industri berada pada tahap fitness yang sama untuk berlari maraton transformasi ini. Justeru itu, CoSIF diperkenalkan bagi mengurangkan jurang pembiayaan dan menggalakkan pelaburan bersama antara kerajaan dan sektor swasta," kata MITI dalam kenyataan di sini.Selain itu, kekurangan bakat teknikal berkemahiran tinggi dalam bidang automasi, data, kejuruteraan maju dan kecerdasan buatan (AI) turut menjadi kekangan utama.Keperluan untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja sedia ada dilihat semakin mendesak bagi memastikan mereka mampu menyokong aspirasi NIMP 2030."MITI sedang giat mempromosikan kerjaya dalam sektor perindustrian dalam kalangan anak muda, serta membantu pihak industri meningkatkan tahap penggunaan teknologi pembuatan agar sektor ni akan jadi lebih menarik untuk bakat-bakat muda berkemahiran tinggi," katanya.TVET, STEM enjin utama kejayaan NIMP 2030 Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dikenal pasti sebagai pemacu utama kejayaan NIMP 2030 yang mana gabungannya membantu merapatkan jurang kemahiran melalui program reskilling dan upskilling, sekali gus memastikan peralihan ke arah pembuatan pintar dapat dilaksanakan secara lebih lancar.TVET berperanan melahirkan tenaga kerja praktikal seperti juruteknik dan operator mahir yang menjadi tulang belakang kepada pelaksanaan automasi dan pembuatan pintar di lantai kilang.Manakala, graduan STEM pula memainkan peranan sebagai pencipta dan inovator yang memacu penyelidikan dan pembangunan (R&D), menyelesaikan masalah teknikal kompleks serta memperkenalkan teknologi baharu bagi meningkatkan daya saing industri tempatan.Bagi memastikan bekalan bakat mencukupi, MITI akan terus memainkan peranan aktif dalam menarik minat pelajar dengan menonjolkan prospek kerjaya berpendapatan tinggi dan stabil dalam sektor perindustrian.Usaha itu termasuk kerjasama dengan industri untuk menganjurkan lawatan ke syarikat berteknologi tinggi, sesi perkongsian bersama jurutera dan usahawan berjaya, serta pendedahan awal terhadap penggunaan teknologi seperti automasi, robotik, teknologi kecerdasan buatan dan tenaga hijau.MITI juga bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi dan penyedia latihan TVET bagi memastikan kurikulum selari dengan keperluan industri serta menawarkan lebih banyak peluang latihan industri, internship dan apprenticeship berkualiti."Apabila pelajar melihat hubungan jelas antara pembelajaran dan peluang pekerjaan sebenar, minat terhadap TVET dan STEM akan meningkat |
|
Pengiktirafan UEC: Jangan khianati sistem pendidikan kebangsaan – .. - Mgazette - 30/01 7:55 am # Pengiktirafan UEC: Jangan khianati sistem pendidikan kebangsaan - Pas Pahang KUANTAN - Pas Pahang tegas menolak keputusan Kabinet yang membenarkan pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memohon kemasukan ke universiti awam sekadar dengan kepujian dalam bahasa Melayu dan sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
|
Iktiraf UEC ‘rasmikan’ sistem dua darjat - Mgazette - 30/01 7:55 am JOHOR BAHRU - Kenyataan Perdana Menteri bahawa isu Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dianggap 'selesai' apabila pelajar mengambil subjek bahasa Melayu dan sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bersifat politik dan amat berbahaya |
|
Mini Bas Rakyat kurangkan kesesakan Bandaraya JB - Mgazette - 30/01 7:55 am Beliau berkata, bas yang dicadangkan itu dengan anggaran kos RM30 hingga RM50 juta bagi 100 unit, perkhidmatan tersebut mampu meningkatkan bilangan bas dan kekerapan perjalanan secara signifikan. Katanya, saiz bas yang lebih kecil sesuai untuk jalan sempit dan kawasan perumahan manakala tambang rendah sekitar RM1 hingga RM2, pas bulanan RM30 serta pengecualian bayaran kepada pelajar, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) akan meringankan beban rakyat |
|
Pelajar Nak Jadi Penyanyi? Jom Usha Bintang Uni-Verse - Hotfm - 29/01 9:22 pm Bintang Uni-Verse menjadi platform yang menyatukan bakat dan peluang |
|
ITBM sumbang buku teknologi perkukuh literasi digital pelajar - Thempress - 29/01 8:46 pm KANGAR Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) menyumbangkan sebanyak 43 judul melibatkan 53 buah buku teknologi kepada semua sekolah di Perlis sebagai usaha memperkukuh literasi teknologi digital dalam kalangan pelajar,… |
|
ITBM sumbang buku teknologi perkukuh literasi digital pelajar - Thempress - 29/01 8:34 pm KANGAR Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) menyumbangkan sebanyak 43 judul melibatkan 53 buah buku teknologi kepada semua sekolah di Perlis sebagai usaha memperkukuh literasi teknologi digital dalam kalangan pelajar,… |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |