///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Pejuang News   Page 1    



25,000 kunjungi pusara Tun Hasmah, ubati kesedihan Tun M - Sinarharian - 18/10 7:16 pm

IPOH -Lebih 25,000 orang dari seluruh negaramenziarahi pusara Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali sejak pemergiannya lebih tiga minggu lalu, sebagai tanda penghormatan terhadap jasa dan sumbangan tokoh wanita itu.Anak Allahyarham, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, jumlah pengunjung yang direkodkan dalam tempoh berkenaan disifatkan sebagai satu fenomena yang belum pernah berlaku sebelum ini.Menurutnya, pengunjung yang hadir bukan sahaja dari seluruh negara, malah ada yang datang dari Palembang, Indonesia meskipun tidak pernah bertemu Allahyarham secara peribadi."Saya dimaklumkan25,000 orang datang dari merata tempat. Ini agaknya satu fenomena sebab mereka beritahu keadaan ini tidak pernah berlaku lagi."Setiap kali kami bawa ayahanda, Tun Dr Mahathir Mohamad ke pusara, apabila beliau melihat masih ramai orang datang, itu sedikit sebanyak mengubati rasa sedihnya kehilangan pasangan selama 70 tahun," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Tahunan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Negeri Perak 2026 di Dewan Banquet, Hotel Seri Malaysia di sini pada Ahad.Ketika berucap pada majlis berkenaan, Mukhriz mengimbau beberapa momen perbualannya dengan pengunjung dan mendapati mereka terpanggil untuk menziarahi pusara ibunya kerana mengenang jasa serta perjuangan Allahyarham sepanjang hayatnya.Jelasnya, ada pengunjung yang sanggup mengambil cuti daripada pekerjaan semata-mata untuk menziarahi pusara Allahyarham, membaca surah Yasin, bertahlil dan mendoakan kesejahteraannya.Menurutnya, penghormatan yang diberikan masyarakat itu membuktikan sumbangan Allahyarham sebagai seorang doktor yang berkhidmat kepada masyarakat, khususnya penduduk luar bandar, terus dikenang sehingga kini.Beliau berkata, Allahyarham yang pernah berkhidmat sebagai doktor turut memainkan peranan dalam membantu wanita di luar bandar, termasuk memberikan pengetahuan kepada bidan mengenai proses kelahiran dan penjagaan bayi yang baru dilahirkan."Bagi seorang wanita yang berjuang sejak usia muda sebagai doktor, beliau membantu masyarakat luar bandar dan mengajar bidan bagaimana membantu wanita bersalin serta menjaga bayi yang baru dilahirkan."Banyak lagi perkara yang menyebabkan mereka terpanggil untuk datang walaupun tidak pernah bertemu atau mengenali Allahyarham secara rapat, tetapi mahu memberikan sedikit penghormatan," kata Presiden Pejuang itu.Mukhriz berkata, legasi perjuangan dan khidmat bakti ibunya wajar dijadikan teladan khususnya kepada ahli Pejuang dalam memastikan sumbangan kepada masyarakat terus dikenang.Katanya, penghormatan yang diberikan orang ramai terhadap Allahyarham sehingga ke usia 100 tahun membuktikan bahawa jasa dan pengorbanan seseorang akan terus hidup dalam ingatan masyarakat.Beliau berkata, legasi itu perlu diteruskan melalui gerak kerja dan semangat perjuangan parti supaya sumbangan mereka turut meninggalkan kesan bermakna kepada rakyat.





Pejuang hopes to contest Melaka election under PN alliance - Mukhriz - Sinardaily - 18/10 7:10 pm

IPOH Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hopes to field candidates in the upcoming Melaka state election through cooperation with Perikatan Nasional (PN).Pejuang president Datuk Seri Mukhriz Mahathir said the party hoped to reach an agreement with PN component parties to allow it to contest in the election.He said Pejuang was not targeting a large number of seats and was prepared to accept PN leadership's decision on seat allocation.God willing, we hope to reach an agreement with the other parties for Pejuang to field candidates.Perhaps not many seats; two or three would be enough





PRN Melaka: Pejuang runding PN letak calon - Sinarharian - 18/10 6:29 pm

IPOH - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berhasrat meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang menerusi kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN).Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, pihaknya berharap dapat mencapai persetujuan dengan parti-parti komponen PN bagi membolehkan Pejuang turut menawarkan calon pada pilihan raya berkenaan.Menurutnya, jumlah kerusi yang disasarkan tidak besar sebaliknya Pejuang bersedia menerima keputusan kepimpinan PN berhubung pembahagian kerusi."Insya-ALLAH, kita harap akan mencapai persetujuan dalam kalangan parti-parti lain untuk Pejuang turut menawarkan calon."Mungkin tidak banyak, dua atau tiga kerusi pun sudah cukup





Permohonan `inter-parte’ PN gantung notis RoS didengar Khamis ini - Mygazette - 18/10 3:57 pm

PN yang diwakili parti-parti politik berbeza memfailkan semakan kehakiman pada 5 Oktober lalu melalui Tetuan Siddiq Azani & Co. Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wong Chia Zhen; Setiausaha Agung Malaysian Indian Peoples Party (MIPP), Satish Kumar; Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Saifuddin Abdullah serta Setiausaha Agung Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Datuk Sazmi Miah dinamakan sebagai pemohon





Siti Nurhaliza cedera ringan menjelang Konsert Tradisional Gema Bumantara .. - Mygazette - 18/10 8:22 am

Sebelum ini, Siti Nurhaliza menyifatkan Konsert Gema Bumantara sebagai detik bersejarah dalam perjalanan seni lebih tiga dekadnya. Menurut penyanyi itu, Konsert Gema Bumantara bukan sekadar sebuah persembahan hiburan, sebaliknya wadah untuk menghimpunkan pejuang irama tradisional yang selama ini memperjuangkan khazanah muzik tanah air





FA-50 TUDM Dilengkapi Radar AESA Dengan Jarak Pengesanan Melebihi 150 KM - Wrlr - 14/10 3:33 pm

Varian FA-50M juga akan dilengkapi dengan Air-To-Air Refuelling Probe (AAR Probe). Penggunaan radar PhantomStrike menempatkan FA-50M TUDM sebagai salah satu pesawat pejuang ringan yang paling moden di rantau ini Rujukan pelbagai, Oleh Salman Al Farisy #uniformsoriginal #salmanalfarisy #aviationnavalarmour #UOCG





Peguam dakwa tindakan RoS `bunuh’ parti politik bertanding PRN Melaka - Mygazette - 14/10 7:55 am

Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali menegaskan, notis yang dikeluarkan RoS pada 22 September lalu turut memberi kesan kepada 687,697 pengundi berdaftar di negeri itu. Beliau yang juga Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) itu berkata, PN membawa pertikaian tersebut ke mahkamah dengan memfailkan semakan kehakiman bertujuan mencabar notis penggantungan tersebut





Pernah Jadi Pramugari, Ratu Suthida Curi Perhatian Jadi Wanita Pertama Thailand Terbang Jet Pejuang Secara Solo! - Siraplimau - 13/10 3:52 pm

Bukan calang-calang kemahiran yang dimiliki seorang wanita apabila mampu menerbangkan jet pejuang, apatah lagi secara solo





PN dibenar mulakan semakan kehakiman cabar notis penggantungan RoS PN .. - Mygazette - 13/10 3:17 pm

PN yang diwakili parti-parti politik berbeza memfailkan semakan kehakiman pada 5 Oktober lalu melalui Tetuan Siddiq Azani & Co. Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wong Chia Zhen; Setiausaha Agung Malaysian Indian Peoples Party (MIPP), Satish Kumar; Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Saifuddin Abdullah serta Setiausaha Agung Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Datuk Sazmi Miah dinamakan sebagai pemohon





Court dismisses PN's application for interim stay of RoS' suspension order - Sinardaily - 13/10 2:46 pm

The first applicant was PN secretary-general Datuk Seri Takiyuddin Hassan, who was joined by Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) secretary-general Wong Chia Zhen and Malaysian Indian Peoples Party (MIPP) secretary-general N. Sathes Kumar.The fourth and fifth applicants were Parti Wawasan Negara (Wawasan) secretary-general Datuk Seri Saifuddin Abdullah and Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) secretary-general Datuk Sazmi Miah.The respondents are RoS director-general Datuk Mohd Zulfikar Ahmad and Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.In a certificate of urgency filed alongside the application through Messrs Siddiq Azani & Co, the applicants said the suspension order had prevented them from carrying out routine political activities.These included using the coalitions name and symbol in the 16th Melaka state election





PN fails to secure interim stay against RoS suspension notice - Sinardaily - 13/10 2:17 pm

KUALA LUMPUR Perikatan Nasional (PN) was not granted an interim stay against a notice issued by the Registrar of Societies Malaysia (RoS) suspending the coalitions activities, pending a hearing of its application to challenge the notice.Judge Datuk Azizan Md Arshad set Oct 22 for the hearing of PNs application for an inter partes stay of the suspension notice.The court also granted PN leave to initiate judicial review proceedings to challenge the notice.The decisions followed submissions by lawyer Ivanpal Singh Grewal, representing PN, and Senior Federal Counsel Nurhaffiza Azizan, representing the respondents.The application was filed by five leaders of PN component parties, led by PN secretary-general Datuk Seri Takiyuddin Hassan as the first applicant.The other applicants were Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) secretary-general Wong Chia Zhen, Malaysian Indian People's Party secretary-general N Sathes Kumar, Parti Wawasan Negara secretary-general Datuk Seri Saifuddin Abdullah and Parti Pejuang Tanahair secretary-general Datuk Sazmi Miah.In its application, PN argued that failure to stay or quash the notice before nomination day would jeopardise its participation in the 16th Melaka state election.In a certificate of urgency filed alongside the application, the coalition said the notice prevented it from carrying out its political activities as usual, including authorising candidates to contest under the PN name and logo.PN argued that any court ruling delivered after nomination day would come too late, as the opportunity to field candidates under the coalitions name and logo could not be restored.The coalition also informed the court that the Election Commission was scheduled to meet on Wednesday to determine the dates for the issuance of the election writ, nomination day and polling for the Melaka state election.PN further argued that if the suspension remained in force until nomination day, no authorised officer would be able to sign the necessary documents to enable candidates to contest under the coalitions name and logo.





Jet mahal + taktik lama + rangkaian tidak lengkap = boleh kalah - Wrlr - 13/10 2:16 pm

Kedua-dua ini memang direka sebagai latihan peperangan udara dan maritim bersepadu, bukan dogfight satu lawan satu saja. Siapa jadi mata dan otak ? Dalam latihan tersebut, pesawat pejuang rakan-rakan memang disokong oleh pesawat AEW&C





PN dibenar mulakan semakan, tapi gagal tangguh penggantungan hingga hakim putus semakan - Sinarharian - 13/10 1:31 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perikatan Nasional (PN) gagal mendapatkan perintah penangguhan sementara terhadap notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu sehingga permohonan semakan kehakiman didengar dan diputuskan.Bagaimanapun, Hakim, Datuk Azizan Md Arshad menetapkan 22 Oktober bagi mendengar permohonan PN untuk penggantungan inter-parte atau secara dua pihak, membabitkan notis sama.Dalam prosiding serupa, beliau membenarkan gabungan parti memulakan semakan kehakiman bagi mencabar perkara itu.Mahkamah membuat keputusan tersebut selepas mendengar penghujahan peguam, Ivanpal Singh Grewal yang mewakili PN dan Peguam Kanan Persekutuan, Nurhaffiza Azizan bagi Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohd Zulfiqar Ahmad dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selaku responden.Permohonan difailkan lima pemimpin parti komponen PN, diketuai Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan selaku pemohon pertama.Empat pemohon lain ialah Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wong Chia Zhen; Setiausaha Agung Malaysian Indian People's Party, N Sathes Kumar; Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Setiausaha Agung Parti Pejuang Tanahair, Datuk Sazmi Miah.Pada 22 September, RoS mengeluarkan notis kepada PN, sebelum perintah penggantungan semua aktiviti gabungan itu berkuat kuasa pada 23 September.RoS pada 24 September lalu, mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti PN dengan tindakan itu diambil di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966.Semasa prosiding yang dijalankan secara dalam kamar, Azizan memberitahu, mahkamah telah mengambil kira kepentingan awam serta keperluan memberikan ruang kepada pihak-pihak terbabit menyelesaikan isu berkenaan dalam tempoh yang sesuai lebih-lebih lagi, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.Mahkamah memberitahu, permohonan pemohon diberikan keutamaan kerana hari penamaan calon dijadualkan pada 31 Oktober.Dalam pada itu, hakim memutuskan pemohon telah memenuhi ambang yang diperlukan untuk mendapatkan kebenaran permohonan.Azizan berkata, ia sekali gus membolehkan isu berbangkit dihujahkan pada peringkat substantif semakan kehakiman.Mahkamah turut berpendapat, antara isu yang perlu diteliti ialah sama ada kuasa statutori RoS membolehkan penggantungan diperluaskan sehingga menghalang PN daripada menyertai keseluruhan proses pilihan raya, termasuk PRN kelak.Beliau berkata, keputusan membenarkan kebenaran memulakan semakan kehakiman tidak bermaksud mahkamah sudah memutuskan kesahan tindakan RoS.Sebaliknya, persoalan sama ada tindakan RoS sah di sisi undang-undang akan ditentukan pada peringkat substantif selepas isu berkenaan dihujahkan dengan lebih terperinci.Berdasarkan dokumen yang diperoleh, PN mendakwa kegagalan menangguhkan atau membatalkan notis sebelum hari penamaan calon akan menjejaskan penyertaan gabungan dalam PRN Melaka ke-16.Dalam sijil perakuan segera yang difailkan bersama permohonan, PN turut mendakwa notis itu menghalang gabungan berkenaan menjalankan kegiatan politik seperti biasa, termasuk memberi kuasa kepada calon untuk bertanding menggunakan nama dan logo gabungan parti.Menurut gabungan itu, sebarang keputusan mahkamah selepas hari penamaan calon akan terlambat kerana peluang untuk meletakkan wakil menggunakan nama dan logonya, tidak lagi dapat dikembalikan.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November depan sebagai hari mengundi bagi PRN Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka manakala 31 Oktober, hari penamaan calon.Pengundian awal pula pada 10 November dan tempoh berkempen berlangsung selama 14 hari bermula 31 Oktober sehingga 13 November.Permohonan undi pos bagi PRN Melaka ke-16 dibuka pada 23 September.





PN gagal tangguh penggantungan kegiatan oleh RoS - Sinarharian - 13/10 1:31 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perikatan Nasional (PN) gagal mendapatkan perintah penangguhan sementara terhadap notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu sehingga permohonan semakan kehakiman didengar dan diputuskan.Bagaimanapun, Hakim, Datuk Azizan Md Arshad menetapkan 22 Oktober bagi mendengar permohonan PN untuk penggantungan inter-parte atau secara dua pihak, membabitkan notis sama.Dalam prosiding serupa, beliau membenarkan gabungan parti memulakan semakan kehakiman bagi mencabar perkara itu.Mahkamah membuat keputusan tersebut selepas mendengar penghujahan peguam, Ivanpal Singh Grewal yang mewakili PN dan Peguam Kanan Persekutuan, Nurhaffiza Azizan bagi Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohd Zulfiqar Ahmad dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selaku responden.Permohonan difailkan lima pemimpin parti komponen PN, diketuai Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan selaku pemohon pertama.Empat pemohon lain ialah Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wong Chia Zhen; Setiausaha Agung Malaysian Indian People's Party, N Sathes Kumar; Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Setiausaha Agung Parti Pejuang Tanahair, Datuk Sazmi Miah.Pada 22 September, RoS mengeluarkan notis kepada PN, sebelum perintah penggantungan semua aktiviti gabungan itu berkuat kuasa pada 23 September.RoS pada 24 September lalu, mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti PN dengan tindakan itu diambil di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966.Semasa prosiding yang dijalankan secara dalam kamar, Azizan memberitahu, mahkamah telah mengambil kira kepentingan awam serta keperluan memberikan ruang kepada pihak-pihak terbabit menyelesaikan isu berkenaan dalam tempoh yang sesuai lebih-lebih lagi, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.Mahkamah memberitahu, permohonan pemohon diberikan keutamaan kerana hari penamaan calon dijadualkan pada 31 Oktober.Dalam pada itu, hakim memutuskan pemohon telah memenuhi ambang yang diperlukan untuk mendapatkan kebenaran permohonan.Azizan berkata, ia sekali gus membolehkan isu berbangkit dihujahkan pada peringkat substantif semakan kehakiman.Mahkamah turut berpendapat, antara isu yang perlu diteliti ialah sama ada kuasa statutori RoS membolehkan penggantungan diperluaskan sehingga menghalang PN daripada menyertai keseluruhan proses pilihan raya, termasuk PRN kelak.Beliau berkata, keputusan membenarkan kebenaran memulakan semakan kehakiman tidak bermaksud mahkamah sudah memutuskan kesahan tindakan RoS.Sebaliknya, persoalan sama ada tindakan RoS sah di sisi undang-undang akan ditentukan pada peringkat substantif selepas isu berkenaan dihujahkan dengan lebih terperinci.Berdasarkan dokumen yang diperoleh, PN mendakwa kegagalan menangguhkan atau membatalkan notis sebelum hari penamaan calon akan menjejaskan penyertaan gabungan dalam PRN Melaka ke-16.Dalam sijil perakuan segera yang difailkan bersama permohonan, PN turut mendakwa notis itu menghalang gabungan berkenaan menjalankan kegiatan politik seperti biasa, termasuk memberi kuasa kepada calon untuk bertanding menggunakan nama dan logo gabungan parti.Menurut gabungan itu, sebarang keputusan mahkamah selepas hari penamaan calon akan terlambat kerana peluang untuk meletakkan wakil menggunakan nama dan logonya, tidak lagi dapat dikembalikan.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November depan sebagai hari mengundi bagi PRN Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka manakala 31 Oktober, hari penamaan calon.Pengundian awal pula pada 10 November dan tempoh berkempen berlangsung selama 14 hari bermula 31 Oktober sehingga 13 November.Permohonan undi pos bagi PRN Melaka ke-16 dibuka pada 23 September.





Malaysia dijangka terima pesawat FA-50 bulan ini – Khaled - Mygazette - 12/10 3:08 pm

# Malaysia dijangka terima pesawat FA-50 bulan ini - Khaled KUALA LUMPUR Malaysia dijangka menerima empat pesawat pejuang ringan FA-50M buatan Korea Aerospace Industries (KAI), Korea Selatan, pada bulan ini





Pejuang kritik cadangan serah satu pertiga kerusi PAS pada Umno - FMT - 12/10 1:47 pm

Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid Ali berkata penyatuan ummah bukan sekadar soal siapa dapat kerusi dan berapa banyak kerusi diperoleh.





Pejuang man slams call for PAS to cede a third of seats to Umno - FMT - 12/10 1:24 pm

Pejuang information chief Rafique Rashid Ali says uniting the ummah is not merely about who gets the seats and how many they secure.





Wawasan masih runding kerusi dengan PN, tak mungkin bergerak solo - Mygazette - 11/10 10:28 pm

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya bersedia menghadapi pilihan raya berkenaan dan sudah memulakan persiapan jentera, selain merangka manifesto untuk ditawarkan kepada rakyat. Menurutnya, perbincangan pembahagian kerusi masih berjalan bersama parti-parti sekutu termasuk PAS, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP)





“Ribbon of Hope”, Harapan M Social Resort Penang Untuk Pejuang Kanser Payudara - Murai - 11/10 1:12 pm

Pihak resort menjemput para tetamu dan komuniti Pulau Pinang untuk bersatu menerusi pemasangan seni “Ribbon of Hope” serta rangkaian sajian makanan dan minuman bertema Pink October yang disediakan dengan penuh teliti. […] The post “Ribbon of Hope”, Harapan M Social Resort Penang Untuk Pejuang Kanser Payudara appeared first on Murai MY .





PN mahu penggantungan RoS dibatal, bimbang tidak dapat guna logo tanding PRN Melaka - Sinarharian - 5/10 5:13 pm

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) khuatir gabungan itu tidak dapat bertanding menggunakan nama dan simbol atau logo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Perkara itu dinyatakan dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bagi mencabar perintah penggantungan semua kegiatan gabungan itu serta notis yang membuka ruang kepada pembatalan pendaftarannya.Permohonan berkenaan difailkan lima pemimpin parti komponen PN, diketuai Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan selaku pemohon pertama.Pemohon lain ialah Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wong Chia Zhen; Setiausaha Agung Malaysian Indian People's Party, N Sathes Kumar; Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara, Datuk Sri Saifuddin Abdullah; dan Setiausaha Agung Parti Pejuang Tanahair, Datuk Sazmi Miah.Mereka memfailkan permohonan berkenaan dengan menamakan Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai responden.Berdasarkan dokumen yang diperoleh, PN mendakwa, jika perintah penggantungan kegiatan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) tidak ditangguhkan atau dibatalkan sebelum hari penamaan calon, ia akan menjejaskan penyertaan gabungan itu pada PRN berkenaan.Berdasarkan sijil perakuan segera yang difailkan bersama permohonan itu, PN turut mendakwa perintah penggantungan menghalang gabungan tersebut menjalankan kegiatan politik seperti biasa, termasuk memberi kuasa kepada calon untuk bertanding menggunakan nama dan logo PN."Sebarang keputusan mahkamah selepas hari penamaan calon akan bersifat sudah terlambat kerana peluang untuk meletakkan wakil di bawah nama dan logo gabungan itu tidak lagi dapat dikembalikan."PN turut memaklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya dijadualkan bermesyuarat Rabu ini bagi menetapkan tarikh writ pilihan raya, penamaan calon dan pengundian PRN Melaka ke-16," menurut permohonan itu.PN mendakwa jika penggantungan kekal sehingga hari penamaan calon, tiada pegawai yang diberi kuasa boleh menandatangani dokumen diperlukan bagi membolehkan calon bertanding atas nama dan logo parti.Susulan itu, pemohon memohon perintah certiorari bagi membatalkan perintah penggantungan bertarikh 23 September 2026 yang dibuat di bawah subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966, yang menggantung semua aktiviti PN kecuali bagi tujuan menjawab notis pembatalan pendaftaran.Mereka turut mencabar notis bertarikh 22 September 2026 di bawah subseksyen 13(2) akta sama yang menyatakan niat untuk membatalkan pendaftaran PN selepas tempoh 30 hari.Menurut permohonan itu, notis berkenaan didakwa dikeluarkan atas alasan PN dengan sengaja melanggar Fasal 7.1 Perlembagaan PN kerana gagal memanggil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), selaku parti anggota yang sah, ke mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai lalu.Gabungan itu mendakwa RoS tidak mempunyai kuasa menentukan sama ada Bersatu masih menjadi anggota parti, sebaliknya perkara itu sepatutnya diputuskan mengikut Perlembagaan PN.Selain itu, pemohon mendakwa penggantungan semua aktiviti PN sebagai tidak munasabah, terutama menjelang PRN Melaka.PN turut memohon supaya pelaksanaan perintah penggantungan itu ditangguhkan sementara menunggu keputusan akhir permohonan semakan kehakiman.Pemohon juga memohon RoS membekalkan salinan aduan Bersatu, komunikasi berkaitan serta semua dokumen, rekod dan bahan yang dipertimbangkan dalam membuat notis dan perintah penggantungan itu.Sebelum ini, RoS menjelaskan notis bertarikh 22 September itu bukan keputusan pembatalan pendaftaran PN, sebaliknya memberi ruang kepada gabungan berkenaan menjelaskan aduan yang dikemukakan Bersatu.Pada September lalu, RoS menggantung semua kegiatan PN berkuat kuasa 23 September di bawah subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966.RoS berkata, perintah penggantungan dibuat bagi menjaga kepentingan pertubuhan daripada terus melanggar aturan pertubuhannya.Mahkamah Tinggi menetapkan 13 Oktober untuk mendengar permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman itu, di hadapan Hakim, Datuk Azizan Md Arshad.





PN cabar notis RoS, failkan permohonan semakan kehakiman di mahkamah - Mygazette - 5/10 4:33 pm

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, permohonan itu difailkan pagi ini dengan lima Setiausaha Agung parti anggota PN dinamakan sebagai pemohon. Selain beliau, mereka yang lain ialah Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wong Chia Zhen; Setiausaha Agung Malaysian Indian Peoples Party (MIPP), Satish Kumar; Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Saifuddin Abdullah serta Setiausaha Agung Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Sazmi Miah





Peguam pertikai tindakan anggota didakwa rakam tugasan Shuhaily di KLIA - Mygazette - 5/10 4:33 pm

Muhammad Rafique Rashid Ali turut mempersoal mengapa mereka menggunakan telefon bimbit peribadi untuk merakam prosedur sensitif yang sedang berlangsung. Beliau yang juga Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) turut menyentuh isu sama ada Prosedur Operasi Standard (SOP) membenarkan prosedur seperti itu dirakam menggunakan telefon peribadi





PN kemuka saman cabar penggantungan RoS - Sinarharian - 5/10 1:02 pm

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar notis dan perintah penggantungan semua kegiatan gabungan itu seperti yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, permohonan itu difailkan pada 10.14 pagi, Isnin, dengan lima setiausaha agung parti anggota gabungan dinamakan sebagai pemohon.Menurutnya, mereka terdiri daripada beliau yang juga Setiausaha Agung Pas; Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wong Chia Zhen; Setiausaha Agung Malaysian Indian Peoples Party (MIPP), Sathes Kumar; Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Saifuddin Abdullah serta Setiausaha Agung Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Sazmi Miah."Respondennya adalah dua iaitu Ketua Pengarah RoS, Datuk Muhammad Zulfiqar Ahmad dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail."Ini adalah permohonan semakan kehakiman yang dimasukkan oleh lima setiausaha agung parti anggota PN," katanya dalam sidang media pada Isnin.RoS pada 24 September lalu mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti PN berkuat kuasa 23 September dengan tindakan itu diambil di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 susulan notis yang dikeluarkan kepada PN pada 22 September 2026.RoS menjelaskan, notis berkenaan bertujuan mendapatkan penjelasan daripada PN berhubung aduan yang dikemukakan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Dalam pada itu, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu menjelaskan, antara relief yang dipohon adalah perintah certiorari bagi membatalkan notis yang dikeluarkan RoS pada 22 September di bawah Seksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966.Menurutnya, notis berkenaan meminta PN memberikan penjelasan kepada RoS berhubung cadangan pembatalan pendaftaran gabungan itu.Selain itu, PN turut memohon deklarasi berhubung perintah di bawah Seksyen 13(2)A yang menggantung semua kegiatan gabungan tersebut."Untuk ini kami meminta perintah mahkamah supaya notis ini dibatalkan, begitu juga dengan order di bawah 13(2) A, iaitu satu order untuk menggantung semua aktiviti parti PN," jelasnya.Takiyuddin berkata, PN sebelum ini melalui peguam gabungan itu telah menghantar surat kepada RoS pada 24 September bagi mendapatkan tarikh pertemuan dengan Ketua Pengarah jabatan itu bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara berkenaan.Menurutnya, PN sekali lagi menghantar surat pada 28 September bagi mendapatkan penjelasan mengenai status gabungan itu termasuk hak dan kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya."Kami juga ingin tahu sama ada PN mempunyai hak dan kelayakan untuk mengemukakan calon dan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan datang," ujarnya.





260 anggota Houthi terbunuh dalam 97 operasi di selatan Yemen - Utusan - 4/10 4:57 pm

ADEN: Tentera Yemen pada Ahad berkata, seramai 260 anggota Houthi terbunuh dalam 97 operasi yang menyasarkan penghantaran pasukan tentera ke barisan hadapan di wilayah Taiz dan Lahj. Jurucakap tentera, Kolonel Majed al-Nuzaili berkata, operasi itu melibatkan pesawat pejuang, dron, meriam, peluru berpandu dan penembak tepat



Sanusi dengan ketuanan PAS - Denyutreformasi - 29/09 2:34 pm

Kerusi kita jangan diserahkan. Menghayati apa yang dikatakan Sanusi, mesejnya, menurut saya, ditujukan kepada kepimpinan PAS, iaitu sama ada runding dengan parti luar PN (boleh dibaca Umno), apa lagi dengan komponen (Wawasan, Pejuang, Gerakan, MIPP), PAS mesti jadi tuan



Malaysia kehilangan tokoh wanita yang jadi saksi seabad perjalanan negara .. - Mygazette - 28/09 4:00 pm

# Malaysia kehilangan tokoh wanita yang jadi saksi seabad perjalanan negara - Pejuang KUALA LUMPUR - Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) menggambarkan Malaysia kehilangan seorang tokoh wanita yang melalui hampir seabad perjalanan negara, susulan pemergian Allahyarham Tun Dr



Pemergian Dr Siti Hasmah tinggalkan kesan mendalam – Suraya - Mygazette - 28/09 4:00 pm

# Pemergian Dr Siti Hasmah tinggalkan kesan mendalam - Suraya JOHOR BAHRU - Pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang banyak berjasa pastinya meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyat. Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Johor, Suraya Sulaiman berkata, isteri bekas Perdana Menteri itu banyak berjasa kepada negara ketika hayatnya



Tun Dr Siti Hasmah, Doktor Wanita Melayu Terawal, Pejuang Kesihatan Awam Luar Bandar - Mydateline - 28/09 1:12 pm

Di sebalik susuk dirinya sebagai pendamping setia Tun Dr Mahathir Mohamad, AllahyarhamTun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mencipta legasi tersendiri sebagai antara doktor wanita Melayu ..



[TERKINI] Tun Dr Siti Hasmah, seabad kehidupan dalam khidmat masyarakat dan negara - Astroawani - 28/09 12:00 am

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggalkan legasi seabad sebagai doktor, pejuang kesihatan awam dan figura yang setia mendampingi Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perjalanan politik negara.



PRN Melaka: BN bincang keperluan Pas guna logo BN minggu ini ??? Zahid - Mygazette - 27/09 4:22 pm

Pada Jun lalu, Pas bertindak menghentikan kerjasama politiknya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Parti Wawasan Negara (Wawasan) pimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin serta Pejuang pimpinan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kemudiannya diterima masuk sebagai komponen PN



PRN Melaka uji kekuatan sebenar BN, PH dan PN - Denyutreformasi - 27/09 9:39 am

Jenama dan logo parti komponen, termasuk PAS sukar untuk bersaing di Melaka. Jika jenama PAS yang sudah kukuh pun belum ada jaminan sokongan optimum, apatah lagi jenama Parti Wawasan Negara (WAWASAN), Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan GERAKAN



PN Sedia Guna Logo Pas Jika Logo Gabungan Digantung - Denyutreformasi - 27/09 5:30 am

Dalam masa sama, Takiyuddin berkata Pas tidak mempunyai masalah untuk menggunakan logo sendiri dan berharap Bersatu turut menggunakan logo Bersatu di Melaka, dengan bentuk kerjasama antara parti masih boleh diteruskan. Takiyuddin turut menegaskan bahawa PN ketika ini mempunyai enam parti, iaitu Pas, Bersatu, Gerakan, Parti Rakyat India Malaysia, Parti Pejuang Tanah Air dan Parti Bersekutu Sarawak



PRN Melaka: PN pertimbang guna logo Pas - Sinarharian - 26/09 1:04 pm

KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan menggunakan logo Pas atau parti komponen lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya logo PN tidak dapat digunakan susulan perintah penggantungan RoS.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, penggunaan logo parti komponen merupakan antara pilihan yang sedang dipertimbangkan bagi memastikan kerjasama antara parti dalam PN dapat diteruskan.Menurutnya, parti dalam gabungan tidak semestinya perlu menggunakan logo masing-masing dalam pilihan raya, sebaliknya boleh menggunakan logo salah satu parti yang menunjukkan mereka bersatu dan bekerjasama."Dalam pilihan raya, satu-satu parti tak semestinya bertanding atas logo parti sendiri."Boleh menggunakan logo mana-mana parti yang menunjukkan mereka ini bersatu atau bersama walaupun mereka tidak ada satu koalisi," katanya selepas merasmikan Karnival Cakna Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payung di Lembah Sireh di sini pada Sabtu.Selasa lalu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran DUN Melaka berkuat kuasa Rabu bagi memberi laluan kepada PRN Melaka ke-16.Mengulas lanjut, Takiyuddin memberikan contoh Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 apabila DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Bersatu menggunakan logo PKR ketika Pakatan Harapan (PH) belum menggunakan satu logo bersama."Jadi apa salahnya kalau ada satu dalam kalangan gabungan parti ini, Pas ke, parti lain yang nak guna logo parti lain, tidak jadi kesalahan dari sudut undang-undang pilihan raya."Ini antara pilihan kita ada sekirannya PN masih digantung," katanya.Dalam perkembangan sama beliau berkata, Pas tidak mempunyai masalah menggunakan logo sendiri dan berharap Bersatu juga menggunakan logo sendiri."Kami nak Bersatu menggunakan logo Bersatu di Melaka ini dan kita tengok macam mana," katanya.Takiyuddin berkata, PN ketika ini mempunyai enam parti iaitu Pas Bersatu, Gerakan, Parti Rakyat India Malaysia, Parti Pejuang Tanah Air dan Parti Bersekutu Sarawak.Katanya, sekiranya Bersatu memilih untuk keluar daripada PN, lima parti lain masih mempunyai hubungan yang kukuh."PN ini pun walaupun dipecahkan, kami masih ada lima sahabat."Ikatan ataupun hubungan antara lima parti selain daripada parti yang keluar daripada PN itu masih lagi mantap, itu saya boleh sahkan," katanya.



RoS suspends PN activities: Major challenge for parties other than Pas - Sinardaily - 25/09 10:25 am

SHAH ALAM - Other component parties in Perikatan Nasional (PN) besides Pasare likely to be the most affected if the coalition's suspension of activities continues, particularly in facing the Melaka polls and the upcoming general election.Political analyst Dr Mohamad Hafis Amat Simin said parties such as Parti Wawasan Negara (Wawasan), Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) and Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) would face greater challenges if the PN platform could not be used to contest elections.For these parties, PN not only provides a common symbol but also serves as a platform for seat negotiations, campaign coordination and building an image as part of a larger political bloc, he told Sinar on Thursday.He said the situation was different for Pas, which has its own logo, identity, organisational structure, grassroots machinery and support base.The impact of PN's suspension will not be felt equally by all its component parties



PEJUANG tuntut RoS perinci alasan gantung PN - Harakahdaily - 24/09 11:05 pm

KUALA LUMPUR: PEJUANG menuntut Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) memperincikan pelanggaran aturan yang dikatakan dilakukan Perikatan Nasional (PN) sehingga semua kegiatan gabungan itu digantung



Pejuang persoal RoS: Kenapa PN digantung sebelum penjelasan dinilai? - Mygazette - 24/09 4:07 pm

# Pejuang persoal RoS: Kenapa PN digantung sebelum penjelasan dinilai? KUALA LUMPUR Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) mempersoal tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menggantung semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) sedangkan penjelasan gabungan itu berhubung aduan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih belum dinilai



Jangan jadikan RoS senjata politik sekat kemaraan PN - Pejuang - Sinarharian - 24/09 3:44 pm

SHAH ALAM Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) menggesa supaya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) tidak dijadikan senjata politik untuk menyekat kemaraan Perikatan Nasional (PN).Pejuang mendakwa tindakan tersebut berlaku ketika PN dikatakan semakin mendapat sokongan rakyat, manakala sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) pula semakin menurun."Secara tiba-tiba, sehari selepas pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, PN yang dijangka menerima sokongan kuat daripada rakyat dan pengundi di negeri itu digantung."Terlalu banyak persoalan yang timbul susulan tindakan RoS ini yang perlu dijawab," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.Sebelum ini, RoS memaklumkan bahawa PN dikenakan perintah penggantungan semua kegiatan berkuat kuasa Rabu.Menurut RoS, notis di bawah Subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] bertarikh 22 September 2026 telah dikeluarkan kepada PN dan gabungan itu diberikan tempoh yang munasabah untuk menjawab notis berkenaan.Sehubungan itu, Pejuang yang merupakan salah satu parti komponen PN menuntut penjelasan lanjut berhubung tindakan tersebut."Peraturan yang mana dikatakan telah dilanggar? Apakah perbuatan yang didakwa masih berterusan?"Mengapa aduan yang masih menunggu jawapan daripada PN memerlukan semua aktiviti gabungan itu dihentikan serta-merta?"Siaran media RoS tidak menjawab persoalan tersebut, sebaliknya meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi," katanya.Menurut Pejuang, RoS sepatutnya mengurangkan ruang kepada spekulasi dengan menjelaskan secara terperinci alasan di sebalik tindakan penggantungan yang melibatkan keseluruhan gabungan tersebut."Rakyat tidak berspekulasi apabila mereka mempersoalkan penggunaan kuasa yang memberi kesan kepada sebuah gabungan pembangkang."Mereka menuntut akauntabiliti," katanya.Oleh itu, Pejuang menggesa RoS memperincikan pelanggaran yang didakwa berlaku, menjelaskan keperluan menggantung semua kegiatan PN serta menarik balik perintah penggantungan tersebut sementara penjelasan daripada PN dipertimbangkan secara adil."Pejuang juga menyokong dan akan terlibat dalam tindakan undang-undang yang bersesuaian bagi mencabar perintah penggantungan atau apa-apa perintah susulan yang berkaitan dengan perkara ini," katanya.Bagaimanapun, parti itu menegaskan bahawa mereka tidak mempertikaikan hak mana-mana pihak untuk membuat aduan atau kuasa RoS untuk menjalankan siasatan."Namun, aduan bukanlah satu keputusan bersalah."RoS perlu menjelaskan mengapa tindakan terhadap keseluruhan PN diperlukan sedangkan penjelasan yang diminta masih belum dinilai."Kesan perintah ini turut melibatkan parti-parti komponen



Siapa arah polis halang pertemuan di Negeri Sembilan? - Harakahdaily - 24/09 11:03 am

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri digesa menjelaskan siapa mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikatakan menghalang pertemuan Menteri Besar Negeri Sembilan bersama barisan EXCO dengan Tunku Nadzaruddin Almarhum Tuanku Jaafar.Ketua Penerangan PEJUANG, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, penjelasan itu penting termasuk mengenai punca kuasa undang-undang yang digunakan sekiranya benar tindakan tersebut dilakukan pihak polis.Pertemuan yang […] The post Siapa arah polis halang pertemuan di Negeri Sembilan? appeared first on Harakahdaily .



Pejuang di Persimpangan: Pertahan Prinsip atau Kekal Dalam Bayang-Bayang .. - Denyutreformasi - 24/09 10:20 am

PETALING JAYA: Seorang penganalisis melihat Pejuang seolah-olah berada di persimpangan susulan pengampunan bersyarat diberikan kepada bekas perdana menteri Najib Razak serta cara rakan sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) menyambut keputusan itu



Apa ancamannya hingga pertemuan MB, Exco dengan Tunku Nadzaruddin batal? .. - Mygazette - 24/09 8:06 am

# Apa ancamannya hingga pertemuan MB, Exco dengan Tunku Nadzaruddin batal? - Rafique KUALA LUMPUR - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menuntut penjelasan berhubung arahan yang diberikan kepada polis sebelum pembatalan pertemuan antara Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dengan Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar



Pendirian PN terhadap pengampunan Najib uji prinsip Pejuang - FMT - 24/09 7:30 am

Penganalisis berkata penentangan terhadap Najib Razak dan budaya politik dikaitkan dengan skandal 1MDB jadi asas penubuhan Pejuang.



UK, Perancis bantu Arab Saudi hadapi serangan Houthi - Utusan - 23/09 7:30 am

LONDON: United Kingdom (UK) dan Perancis bersetuju untuk membantu Arab Saudi yang kini menghadapi serangan dron dan peluru berpandu Houthi yang dilancarkan secara berterusan dari Yemen dalam konflik Asia Barat yang semakin meningkat. London bersetuju menyediakan sokongan udara pertahanan kepada Arab Saudi bagi membantu menentang pejuang Houthi dan memulihkan kestabilan di Asia Barat selain mengurangkan ..



UMNO terpalit krisis istana: Akmal hipokrit, dwistandard' - Sivamalar - Sinarharian - 22/09 6:22 pm

MITI maklum tidak tahu tentang isu ni. Jadi siapa yang menipu? Tahniah Madani.'Mengulas lanjut, Sivamalar mendakwa pada masa sama Akmal tidak memberikan kenyataan berhubung kemelut politik di Negeri Sembilan yang turut menyentuh kedudukan institusi Diraja negeri itu.Beliau mempersoalkan sama ada pendirian yang sama akan ditunjukkan apabila isu membabitkan kepimpinan UMNO dan institusi Diraja Negeri Sembilan berlaku."Ketika UMNO Negeri Sembilan mengheret Istana Seri Menanti dan institusi diraja ke dalam sandiwara politik mereka, Kerajaan Madani kekal menumpukan perhatian terhadap usaha menyelesaikan masalah rakyat."Jangan jadikan pendidikan sebagai modal politik baharu untuk mengalih perhatian daripada kekacauan yang dicetuskan oleh parti sendiri di Negeri Sembilan," katanya.Kontroversi berkenaan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebelum ini menyaksikan Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan menegaskan perkara berkaitan pemilihan, pelantikan, peletakan dan pemecatan Yang di-Pertuan Besar terletak dalam bidang kuasa DKU seperti diperuntukkan Perkara 16 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.Portal rasmi Kerajaan Negeri Sembilan turut merekodkan struktur institusi Undang dan Tunku Besar Tampin sebagai sebahagian daripada sistem pentadbiran berasaskan Adat Perpatih negeri itu.Sivamalar berkata, Akmal sewajarnya memberikan perhatian terhadap isu berkenaan sekiranya beliau mahu membawa suara berkaitan kepentingan Melayu dan institusi Raja."Jika Akmal benar-benar mahu tampil sebagai pejuang Melayu, suaranya sepatutnya kedengaran apabila tindakan kepimpinan UMNO tidak menghormati Undang-Undang Tubuh Negeri dan Institusi Raja di Negeri Sembilan," katanya.



Kerajaan lulus sistem, kemudian siasat bil tinggi - Harakahdaily - 21/09 2:38 pm

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak seharusnya menggambarkan dirinya sebagai pihak luar dalam isu kenaikan bil elektrik kerana perubahan tarif dan struktur caj yang memberi kesan kepada rakyat diluluskan menerusi pentadbiran kerajaan sendiri. Ketua Penerangan PEJUANG, Rafique Rashid berkata, Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja mengetuai kerajaan, malah turut memegang portfolio Menteri Kewangan dan mempunyai […] The post Kerajaan lulus sistem, kemudian siasat bil tinggi appeared first on Harakahdaily .



'Dia masuk mulut dia dulu baru suap anak saya' - Sufie Hazuany mohon maaf .. - Hmetro - 20/09 3:59 pm

Ipoh: Saya minta maaf kepada semua wanita yang tersinggung kerana bukan niat menghina mereka yang tiada anak atau pejuang pasangan sedang cuba hamil (TTC)




Reformasi     >>



Budget 2027: 'Sandwich generation' appreciates tax .. - Mkini
While those interviewed appreciate the measure, they emphasised more needs to be done.
Kroni     >>



'France is burning': Trump blames immigration for .. - NST
WASHINGTON: US President Donald Trump on Sunday blamed immigration for unrest during protests in France and urged the country to tighten its migration rules.
Tabloid     >>



Pemilik inap desa kongsi perangai pelik pelanggan - Hmetro
Kuala Lumpur: Tolong, ada monster di dalam bilik air. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



PhoneBot uses an old $50 Android smartphone brain with .. - Techradar
UCLA researchers developed PhoneBot, a $400 open source humanoid robot using inexpensive Android smartphones for sensing, computing, vision, and walking control.
World     >>



Brent crude hovers near $109 a barrel as Ukraine .. - Cnbc
Fires broke out at an oil terminal and depot in St. Petersburg after Ukraine launched a massive wave of drone strikes on Sunday.
Motor Trend     >>



Aveta Falcon 180 Dilancarkan - Skuter Adventure 174cc, .. - Careta
Falcon 180 dibangunkan untuk memenuhi keperluan penunggang yang mahukan sebuah skuter serba guna, sama ada untuk perjalanan ke tempat kerja, konvoi hujung minggu mahupun perjalanan jarak jauh. Selain itu, model ini turut menyasarkan penunggang yang ingin beralih daripada motosikal