| /// |
|
| Search : Pedas News | Page 1 |
|
We trusted him: Family says Pedas murder suspect picked up kids like nothing happened after killing - Malaymail - 21/12 11:58 am SHAH ALAM, Dec 21 The family of Suri Narudin, who is believed to be the woman whose body was found in a bag at a... |
|
Kes mayat dalam beg: Hanya pasangan kekasih, keluarga nafi suspek utama suami Suri - Mdateline - 21/12 11:00 am Ahli keluarga Suri Narudin yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu menafikan suspek utama kes penemuan mayat wanita dalam beg di Jalan Pedas Linggi, Rembau .. |
|
Suspek Utama Kes Dan Suri Adalah Pasangan Kekasih - Lobakmerah - 21/12 9:39 am Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita penemuan mayat seorang wanita di dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau, Negeri Sembilan |
|
'Suspek masih ambil anak saya dari sekolah selepas makcik hilang' - Anak saudara Suri - Sinarharian - 21/12 9:09 am SHAH ALAM [DIKEMAS KINI] Keluarga Suri Narudin mendedahkan suspek utama dalam kes kehilangan wanita itu merupakan individu yang sudah lama dikenali dan dipercayai oleh keluarga.Anak saudara mangsa yang mahu dikenali sebagai Sasha, 38, berkata, lelaki berusia 51 tahun itu sudah berkenalan dengan keluarga sejak kira-kira enam tahun lalu dan sebelum ini disifatkan sebagai seorang yang berkelakuan baik serta disenangi kanak-kanak.Menurutnya, suspek turut pernah diamanahkan mengurus hal keluarga termasuk mengambil kanak-kanak dari sekolah."Saya membayar dia untuk menjemput anak-anak saya dari sekolah dan selepas makcik saya hilang, dia masih datang mengambil dua anak perempuan saya seperti biasa."Ketika itu kami tidak mengesyaki apa-apa kerana dia bertindak seolah-olah tiada apa yang berlaku," katanya pada Sabtu.Sasha berkata, kali terakhir dia bertemu ibu saudaranya itu adalah pada 5 Disember lalu sebelum mereka hanya berhubung melalui media sosial.Katanya, usaha menghubungi mangsa gagal bermula 8 Disember dan perkara itu menimbulkan kebimbangan keluarga kerana Suri dikenal pasti aktif di media sosial dan lazimnya memberi maklum balas segera setiap kali dihubungi.Menurut Sasha, kecurigaan mula timbul apabila suspek memberikan penjelasan yang tidak konsisten apabila ditanya mengenai keberadaan mangsa."Dia memberitahu makcik saya dihantar orang lain ke lapangan terbang dan cerita itu berubah-ubah," katanya.Mengulas laporan yang menyatakan mangsa dan suspek adalah pasangan suami isteri, Sasha menegaskan dakwaan itu tidak tepat."Sehari selepas saya membuat laporan polis, anak suspek juga membuat laporan polis dan dalam laporan itu menyatakan mereka sudah berkahwin."Namun berdasarkan pengetahuan keluarga, mereka tidak pernah berkahwin dan hanya teman lelaki," katanya.Sasha berkata, hubungan mangsa dan suspek rapat dan mangsa sering berkongsi cerita peribadi, namun kebanyakannya berkaitan isu biasa dalam perhubungan.Mengulas kemungkinan berlaku perselisihan faham antara mangsa dan suspek, Sasha berkata, perkara itu ada berlaku namun tidak pernah berada pada tahap serius.Ada perselisihan faham sekali sekala, mungkin berkaitan kewangan, tetapi saya tidak berani mengulas lebih lanjut."Makcik saya jarang berkongsi masalah besar, cuma sesekali mengadu apabila berlaku pertengkaran kecil," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, mayat wanita berkenaan disyaki berkaitan kes orang hilang yang dilaporkan di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor.Susulan laporan tersebut, pada 18 Disember, satu laporan diterima di Balai Polis Pedas, Rembau, sebelum pihak polis bergegas ke sebuah rumah di Jalan PedasLinggi untuk pemeriksaan dan menemui sebuah beg berisi mayat seorang wanita yang ditanam.Berikutan itu, pada hari yang sama, polis telah menahan seorang lelaki di Melaka yang disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan mayat wanita tersebut.Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 25 Disember bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. |
|
Body found in bag: Police link money dispute to Pedas killing - Malaymail - 20/12 5:42 pm SEREMBAN, Dec 20 Police reportedly believe the discovery of a womans body at a vacant house near Kampung... |
|
Mayat wanita dalam beg: Polis buru tiga lagi individu - Sinarharian - 20/12 5:42 pm SEREMBAN Polis masih memburu sekurang-kurangnya tiga lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan mayat seorang wanita di dalam beg yang ditanam di sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau, Khamis lalu.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, setakat ini keterangan daripada ramai saksi telah diambil bagi membantu siasatan dan menjejaki suspek yang masih bebas.Menurutnya, usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan susulan penahanan dua lelaki berkaitan kes berkenaan.Dalam perkembangan sama, suspek utama berusia 51 tahun direman tujuh hari bermula Sabtu selepas perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nurul Farha Sulaiman di Mahkamah Majistret di sini.Suspek berkenaan dibawa polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau dan tiba di mahkamah kira-kira jam 9.45 pagi diiringi peguam, Sean Dudley.Muhammad Idzam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Beliau sebelum ini memaklumkan bahawa lelaki terbabit ditahan di kawasan Genting Sempah, kurang 24 jam selepas penahanan seorang lagi suspek berusia 41 tahun di Melaka, yang kini direman sehingga Khamis.Dalam pada itu, identiti sebenar mayat wanita yang ditemukan masih belum dapat dikenal pasti berikutan keadaan jasad yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari."Identiti mangsa masih belum dikenal pasti kerana keadaan mayat yang sudah mereput |
|
Mayat wanita dalam beg: Mangsa, suspek dipercayai bertengkar kerana wang - Sinarharian - 20/12 4:06 pm SEREMBAN [DIKEMAS KINI] Kejadian penemuan mayat seorang wanita yang ditanam di dalam beg di sebuah rumah kosong berhampiran Kampung Batu 4, Pedas, Rembau, Khamis lalu dipercayai berpunca daripada pertengkaran melibatkan isu kewangan.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek utama dipercayai terlibat dalam pertengkaran sebelum kejadian berlaku.Menurutnya, konflik tersebut dikatakan berpunca apabila mangsa dipercayai meminta wang daripada suspek."Suspek utama yang ditahan di Genting Sempah semalam baru sahaja direman pagi ini, justeru proses soal siasat masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian."Bagaimanapun, siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek, dipercayai berkaitan permintaan wang oleh mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan dari pelbagai sudut bagi mendapatkan gambaran lengkap berhubung punca kejadian, termasuk kemungkinan motif lain yang berkaitan.Dalam perkembangan berkaitan, sebelum ini polis telah menahan dua lelaki masing-masing di Melaka dan Genting Sempah susulan penemuan mayat seorang wanita yang ditemui di dalam beg dan ditanam di sebuah rumah kosong di kawasan berkenaan.Sementara itu, Polis Daerah Ampang sebelum ini turut memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita, Suri Narudin, 53, yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu, bagi membantu siasatan kes terbabit. |
|
Mayat wanita dalam beg sudah reput, dipercayai meninggal dunia lebih tiga hari - Polis - Sinarharian - 20/12 2:59 pm SEREMBAN Misteri identiti wanita yang ditemukan maut di dalam sebuah beg yang ditanam di sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau masih menjadi teka-teki apabila jasad mangsa yang sudah mereput menyukarkan proses pengecaman.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, keadaan mayat yang dipercayai telah meninggal dunia melebihi tiga hari menyebabkan identiti sebenar mangsa belum dapat dikenal pasti setakat ini.Menurutnya, bagi membantu siasatan, polis telah mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada beberapa ahli keluarga yang dipercayai mempunyai kaitan dengan mangsa."Identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti kerana keadaan mayat yang sudah mereput |
|
Kes Mayat Wanita Dalam Beg, Suspek Utama Kes Direman 7 Hari - Lobakmerah - 20/12 12:55 am Seorang lelaki berusia 51 tahun yang dikenal pasti sebagai suspek utama dalam kes penemuan mayat wanita di dalam beg di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan polis |
|
Body found in bag in Pedas: Second suspect remanded for seven days in murder probe - Malaymail - 20/12 12:35 am SEREMBAN, Dec 20 The main suspect in the case of the discovery of a womans body in a bag buried in a hous... |
|
Suspek utama kes mayat wanita dalam beg direman 7 hari - Sinarharian - 20/12 11:50 am SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Suspek utama kes penemuan mayat wanita di dalam beg yang ditanam di sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau pada Khamis, direman tujuh hari bermula dari hari ini.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Farha Sulaiman di Mahkamah Majistret di sini pada Sabtu.Suspek berumur 51 tahun itu dibawa polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau dan tiba kira-kira jam 9.45 pagi tadi diwakili peguam Sean Dudley.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Muhammad Idzam sebelum ini melaporkan lelaki berkenaan ditahan di kawasan Genting Sempah, kurang 24 jam selepas penahanan suspek pertama di Melaka, petang semalam.Suspek lelaki berumur 41 tahun itu direman hingga Khamis.Dalam pada itu, turut dilaporkan identiti sebenar mayat wanita terbabit masih belum dapat dikenal pasti berikutan jasad mangsa yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari.Sementara itu, Muhammad Idzam berkata, polis masih memburu sekurang-kurangnya tiga lagi suspek berhubung kes berkenaan dan keterangan ramai saksi telah diambil."Identiti mangsa juga masih belum dikenal pasti sebab keadaan mayat yang sudah mereput, sampel asid deoksiribonukleik (DNA) beberapa ahli keluarga telah diambil," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, siasatan awal turut mengesyaki rumah yang menjadi lokasi penemuan mayat itu mempunyai kaitan dengan suspek utama yang juga seorang penganggur, namun tidak dapat disahkan ketika ini |
|
Woman’s body in bag: Main suspect remanded seven days in Negeri Sembilan - BorneoPost - 20/12 11:23 am SEREMBAN (Dec 20): The main suspect in the case of the discovery of a woman’s body in a bag buried in a house in Kampung Batu 4, Pedas, Rembau on Thursday, has been remanded for seven days starting today |
|
Identiti Masih Belum Dikenalpasti, Mayat Wanita Dalam Beg Kekal Misteri - Lobakmerah - 20/12 10:52 am Mayat seorang wanita yang ditemukan ditanam di dalam sebuah beg di belakang rumah kosong di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau, Negeri Sembilan masih belum dapat dikenal pasti berikutan keadaan jasad yang telah mereput teruk |
|
DNA tests underway to identify womans body found in bag behind Pedas house - Malaymail - 20/12 9:25 am SEREMBAN, Dec 20 Police said the identity of a woman whose body was found in a bag buried behind an unoccupied h... |
|
Mayat wanita dalam beg: Seorang lagi lelaki ditahan bantu siasatan - Mgazette - 20/12 8:13 am # Mayat wanita dalam beg: Seorang lagi lelaki ditahan bantu siasatan SEREMBAN - Polis menahan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau semalam |
|
Identiti mayat wanita dalam beg belum dapat dipastikan – Polis .. - Mgazette - 20/12 8:13 am # Identiti mayat wanita dalam beg belum dapat dipastikan - Polis SEREMBAN - Identiti sebenar mayat seorang wanita ditemukan di dalam sebuah beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau semalam masih belum dapat dikenal pasti setakat ini |
|
Identiti mayat wanita dalam beg belum dapat dipastikan - Polis - Sinarharian - 19/12 10:30 pm SEREMBAN - Identiti sebenar mayat seorang wanita ditemukan di dalam sebuah beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau semalam masih belum dapat dikenal pasti setakat ini.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, keadaan itu berikutan jasad mangsa yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari."Kita telah mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang dipercayai milik keluarga mangsa dan proses mendapatkan keputusannya akan mengambil masa."Bedah siasat telah dijalankan hari ini di Hospital Rembau, namum punca kematian diklasifikan sebagai undetermined berikutan keadaan jasad yang telah mereput," katanya pada Jumaat.Beliau berkata, tangkapan terbaharu bagi membantu siasatan kes berkenaan melibatkan suspek utama berusia 51 tahun yang ditahan di Genting Sempah, Pahang pada 3.09 petang tadi selepas tangkapan suspek pertama di Melaka, semalam menjadikan dua individu ditahan setakat ini.Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh |
|
Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Mayat Wanita Dalam Beg Di Pedas - Beautifulnara - 19/12 7:40 pm Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita yang ditemui di dalam beg dan ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini semalam |
|
'Saya yakin itu jasad Suri, dia kenal suspek' - Rakan baik - Sinarharian - 19/12 6:52 pm SHAH ALAM "Saya yakin itu jasad Suri. Suspek juga ialah orang yang dikenali oleh Suri."Demikian kata rakan baik mangsa, Mac Ruhayu Mohd Nor, ketika mengulas penemuan mayat seorang wanita yang ditemukan di dalam sebuah beg di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Rembau, Negeri Sembilan pada Khamis.Sebelum itu, satu laporan berhubung kehilangan Suri Narudin, 53, sejak 8 Disember telah dibuat di Balai Polis Ampang oleh ibu saudaranya.Menurut Ruhayu, kakak kandung Suri telah hadir di Hospital Rembau bagi menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA)."Maklumat awal daripada pihak hospital memaklumkan bahawa keputusan ujian DNA tersebut akan mengambil masa antara dua minggu hingga empat bulan."Bedah siasat telah selesai dan kami juga perlu menunggu laporan rasmi daripada pihak polis," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.Tambah Ruhayu, beliau turut akan bertemu dengan keluarga Suri untuk berbincang mengenai tindakan seterusnya.Setakat ini, tiada pengesahan rasmi berhubung identiti mayat wanita yang ditemui itu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata mayat wanita berkenaan disyaki berkaitan kes orang hilang yang dilaporkan di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor.Susulan laporan tersebut, pada 18 Disember, satu laporan diterima di Balai Polis Pedas, Rembau, sebelum pihak polis bergegas ke sebuah rumah di Jalan PedasLinggi untuk pemeriksaan dan menemui sebuah beg berisi mayat seorang wanita yang ditanam.Berikutan itu, pada hari yang sama, polis telah menahan seorang lelaki di Melaka yang disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan mayat wanita tersebut.Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 25 Disember bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. |
|
Mayat wanita dalam beg: Seorang lagi lelaki ditahan bantu siasatan - Sinarharian - 19/12 6:15 pm SEREMBAN - Polis menahan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau semalam.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, lelaki berusia awal 50-an itu ditahan di sekitar Genting Sempah, Pahang petang tadi."Dengan penahanan itu, menjadikan dua lelaki ditahan untuk bantu siasatan kes ini dan siasatan masih dilakukan," katanya kepada Bernama hari ini.Media hari ini melaporkan seorang lelaki ditahan di Melaka, semalam bagi membantu siasatan kes penemuan mayat wanita dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini.Lelaki itu kemudian direman selama seminggu hingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- Bernama |
|
Mayat Wanita Dalam Beg: Lelaki Miliki Enam Rekod Jenayah Ditahan - Siakapkeli - 19/12 5:18 pm Mayat Wanita Dalam Beg: Lelaki Miliki Enam Rekod Jenayah Ditahan SEREMBAN, 19 Dis (Bernama) — Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat wanita dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini semalam |
|
Mayat wanita dalam beg: Lelaki miliki rekod jenayah ditahan - Mgazette - 19/12 4:07 pm # Mayat wanita dalam beg: Lelaki miliki rekod jenayah ditahan SEREMBAN - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat wanita dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini semalam |
|
Woman-in-bag found at Pedas home: Police secure seven-day remand for suspect until Dec 25 - Malaymail - 19/12 4:00 pm KUALA LUMPUR, Dec 19 Police have remanded a 41-year-old man for seven days in connection with the discovery of a... |
|
Man with six criminal records arrested over woman's body found in bag - Sinardaily - 19/12 3:58 pm SEREMBAN - Police have arrested a man and obtained a seven-day remand order to assist in investigations into the discovery of a womans body found inside a bag buried behind an unoccupied house in Kampung Batu 4, Pedas, yesterday.Negeri Sembilan deputy police chief SAC Muhammad Idzam Jaafar said the 41-year-old suspect is believed to have known the victim, although police have yet to determine whether he was directly involved in the case."We believe several other individuals may also be involved and efforts to trace them are currently underway, he told Bernama today.The suspect was detained at about 2.30 pm in Melaka before being brought to the Rembau District Police Headquarters (IPD) for further investigation |
|
Mayat wanita dalam beg: Lelaki ditahan miliki enam rekod jenayah - Sinarharian - 19/12 2:32 pm SEREMBAN - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat wanita dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas di sini pada Khamis.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira 2.30 petang di Melaka, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau."Lelaki itu kini direman seminggu hingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya kepada Bernama hari ini.Beliau berkata berdasarkan siasatan, lelaki terbabit berkemungkinan mengenali mangsa dan setakat ini polis belum mempunyai maklumat sama ada dia terlibat secara langsung atau tidak dalam kes itu.Lelaki itu juga, katanya, memiliki enam rekod jenayah lampau termasuk dadah dan polis percaya terdapat beberapa individu lain yang turut terlibat dalam kes berkenaan.Muhammad Idzam berkata, proses bedah siasat sedang dijalankan di Hospital Rembau.Pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dilaporkan berkata, mayat ditemukan dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini dipercayai wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor, sejak 8 Disember lepas.Beliau berkata, laporan berhubung kehilangan wanita itu diterima Balai Polis Ampang, Ampang Jaya, pada Isnin lepas sebelum polis menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah di Jalan Pedas-Linggi yang dikesan terdapat perlakuan jenayah |
|
Mayat wanita dalam beg: Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan - Sinarharian - 19/12 1:34 pm REMBAU - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat wanita di dalam beg yang ditanam di sebuah rumah dekat Kampung Batu 4, Pedas di sini pada Khamis.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner MuhammadIdzam Jaafar berkata, suspek berusia 41 tahun ditahan di Melaka, pada hari sama selepas penemuan mayat terbabit."Susulan penemuan mayat wanita di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni semalam, pihak kami menggerakkan pasukan untuk mengesan suspek."Hasil risikan dan siasatan yang dijalankan, seorang lelaki telah ditahan di satu lokasi di Melaka kurang 12 jam daripada penemuan mayat berkenaan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Menurutnya, permohonan reman terhadap suspek telah dibuat di Mahkamah Majistret Tampin pagi Jumaat dan dibenarkan tujuh hari sehingga 25 Disember depan.Tambahnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis masih mengenal pasti beberapa lagi suspek bagi membantu siasatan."Bedah siasat sedang dijalankan di Perubatan Forensik Hospital Rembau hari ini bagi mengenal pasti identiti mangsa dan punca kematian."Buat masa ini pihak kami menunggu laporan bedah siasat dan pengecaman daripada ahli keluarga sebelum menjalankan siasatan lanjut mengenai kaitan suspek dengan mangsa |
|
M*yat Dalam Beg Ditanam Belakang Rumah Disyaki Wanita Hilang Sejak 8 Disember - Lobakmerah - 19/12 10:39 am Polis mengesahkan mayat yang ditemui di kawasan sebuah rumah kosong di Kampung Batu 4, Pedas, hari ini, adalah milik seorang wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan laporan orang hilang di Ampang, Selangor |
|
Sepatutnya Terbang Ke Jerman, Mayat Wanita Ditemui Dalam Beg Dipercayai Ada Kaitan Kes Individu Hilang - Siraplimau - 19/12 9:58 am Terkini, polis mengesahkan mayat yang ditemui di kawasan rumah kosong di Kampung Batu 4, Pedas, pada Khamis disyaki berkait laporan wanita hilang di Ampang, Selangor |
|
Body found in bag at abandoned Pedas house, believed linked to missing Ampang woman - Malaymail - 19/12 8:58 am SEREMBAN, Dec 19 Police have found a body inside a bag at an abandoned house in Kampung Batu 4, Pedas, near here... |
|
Mayat ditemukan dalam beg dipercayai wanita hilang di Ampang Mayat .. - Mgazette - 19/12 8:03 am # Mayat ditemukan dalam beg dipercayai wanita hilang di Ampang SEREMBAN - Mayat ditemukan dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini dipercayai wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor, sejak 8 Dis lepas |
|
Mayat Ditemukan Dalam Beg Dipercayai Wanita Hilang Di Ampang - Siakapkeli - 18/12 10:53 pm Mayat Ditemukan Dalam Beg Dipercayai Wanita Hilang Di Ampang SEREMBAN, 18 Dis (Bernama) — Mayat ditemukan dalam beg yang ditanamdi belakang sebuah rumahtidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini dipercayai wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor, sejak 8 Dis lepas |
|
Mayat dalam beg berkait wanita dilapor hilang di Ampang Jaya - Kosmo - 18/12 9:47 pm REMBAU – Mayat dalam beg yang ditemukan ditanam di belakang sebuah rumah di Batu 4, Pedas, di sini, hari ini dipercayai individu yang dilaporkan hilang di Ampang Jaya, Selangor, baru-baru ini |
|
Hilang sejak 15 Disember, mayat dalam beg di rumah kosong dipercayai Suri - Sinarharian - 18/12 9:13 pm REMBAU - Polis mengesahkan penemuan satu mayat wanita di dalam sebuah beg di sebuah rumah yang tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini pada Khamis.Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata, mayat wanita berkenaan disyaki berkaitan kes orang hilang yang dilaporkan di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor pada 15 Disember lalu."Susulan daripada laporan tersebut, pada 18 Disember (Khamis) satu laporan diterima di Balai Polis Pedas, Rembau."Bertindak atas maklumat, polis telah pergi ke sebuah rumah di Jalan Pedas-Linggi untuk pemeriksaan lanjut dan telah mengesan unsur-unsur berlakunya perlakuan jenayah di kawasan belakang rumah tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Menurutnya, pemeriksaan lanjut telah menjumpai satu beg mengandungi mayat seorang perempuan yang ditanam.Beliau berkata, polis kini sedang giat menjalankan siasatan dan usaha mengesan individu yang disyaki terlibat dalam kes ini.Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi hotline ibu pejabat polis daerah rembau di talian 06-6852222.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kehilangan Suri Narudin, 53, daripada ibu saudaranya."Wanita berkenaan telah membuat laporan di Balai Polis Ampang berhubung kehilangan anak saudaranya."Kita telah membuka kertas siasatan, kes diklasifikasikan Orang Hilang, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan wanita itu," katanya. |
|
Mayat ditanam belakang rumah disyaki berkait wanita hilang di Ampang - Hmetro - 18/12 9:02 pm Rembau: Polis mengesahkan mayat yang ditemui di kawasan rumah kosong di Kampung Batu 4, Pedas, di sini, hari ini adalah wanita yang disyaki berkait laporan orang hilang di Ampang, Selangor |
|
Polis sahkan penemuan mayat dalam beg di rumah kosong - Sinarharian - 18/12 8:01 pm REMBAU Polis mengesahkan penemuan satu mayat di dalam sebuah beg di sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini pada Khamis.Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata, identiti mangsa belum dapat dikenal pasti dan pihaknya masih menjalankan siasatan."Mayat telah dihantar ke Hospital Rembau dan proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dijangka jam 9.30 pagi esok," katanya.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa seorang wanita berusia 31 tahun yang merupakan salah seorang anak kepada pemilik rumah tersebut, memaklumkan rumah itu telah tidak berpenghuni sejak dua tahun lalu dan mereka hanya pulang sekali-sekala untuk mengambil barang serta membersihkan kawasan rumah."Kira-kira jam 4 pagi tadi, ibu saudara saya telefon beritahu polis mahu meminta kebenaran untuk membuat pemeriksaan di rumah."Masa itu saya tidak tahu lagi kenapa polis mahu buat pemeriksaan |
|
Empati sudah ‘mati’ di media sosial - Kosmo - 17/12 8:10 am KEBELAKANGAN ini apabila melayari media sosial, tidak susah untuk jumpa komen-komen pedas, kecaman melampau dan nada menyalahkan mana-mana individu yang terlibat dalam sesuatu kejadian |
|
Pas pernah sokong agenda reformasi - MUDA Harapan - Sinarharian - 16/12 4:36 pm SHAH ALAM - Agenda reformasi yang diketengahkan Pakatan Harapan (PH) pernah disokong penuh oleh Pas sejak zaman bermulanya reformasi, sama ada zaman Barisan Alternatif atau Pakatan Rakyat.Ketua Angkatan Muda Harapan, Woo Kah Leong berkata, reformasi adalah berlandaskan prinsip tadbir urus baik dan keadilan sosial.Katanya, prinsip sebegini adalah diguna pakai seluruh umat manusia, tidak mengira sempadan negara, agama dan kaum."Adalah amat janggal untuk Presiden Pas menyerang nilai universal demi menjatuhkan musuh politik."Saya mencadangkan Presiden Pas untuk membaca kes mahkamah Che Omar Che Soh untuk lebih mengetahui penghakiman mahkamah tentang apakah itu negara sekular khususnya apabila Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan kemajmukan dan kepelbagaian."Tidak perlu untuk koyak apabila mendengar tentang frasa 'sekular' atau mengaitkan segalanya dengan Amerika Syarikat," katanya merujuk kepada kritikan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung agenda reformasi oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dalam tulisan Minda Presiden sebelum ini mendakwa, reformasi yang ditampilkan kerajaan sekarang dipengaruhi gerakan barat yang 'bergayut teguh terhadap fahaman sekularisme'.Mengulas lanjut Kah Leong berkata, sekular tidak bermaksud kerajaan melarang individu untuk mengamalkan agama masing-masing.Katanya, Malaysia adalah sebuah negara contoh lantaran semua yang mempunyai latar belakang yang berbeza dapat hidup harmoni, namun ruang kebebasan rakyat secara lumrahnya menjadi semakin sempit akibat pentadbiran Pas di beberapa negeri."Belum sebut lagi bilangan kes dadah yang semakin meningkat di beberapa negeri, yang makan cili akan rasa pedas."Saya yakin rakyat berbilang agama menyokong sesama lain untuk mengejar prinsip tadbir urus baik dan keadilan sosial tanpa mengetepikan fahaman agama masing-masing."Setiap rakyat hanya mengharapkan cara kehidupan masing-masing dihormati tanpa campur tangan berlebih-lebihan oleh pentadbiran yang bertunjangkan 'wakil Tuhan'," katanya.Ujarnya, rakyat Malaysia ingin memastikan semangat pembinaan negara yang berasaskan kepelbagaian dihormati."Saya masih ingat Pas beria-ria untuk menarik sokongan bukan Islam dalam muktamar baru-baru ini, namun kenyataan Presiden Pas membuktikan sebaliknya."Kalau tidak inginkan reformasi, pastikan pentadbiran di SG4 (empat negeri ditadbir PN) lebih baik, bukannya lebih teruk," katanya. |
|
Mampukah Jambatan MelakaIndonesia Direalisasikan atau Sekadar Projek Gajah .. - Wrlr - 13/12 6:12 am Oleh: Azizul Farhan Kalau ikut cita-cita orang politik, Melaka ni bukan setakat bandar pelancongan naik beca dan makan asam pedas |
|
Keutamaan saya jaga agama, bangsa dan tanah air – Akmal - Mgazette - 12/12 3:39 pm # Keutamaan saya jaga agama, bangsa dan tanah air - Akmal KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh menegaskan, keutamaan beliau adalah untuk menjaga agama, bangsa dan tanah air ini dan bukannya mengejar undi demi kuasa. Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi menjawab tuduhan Datuk Seri Rafizi Ramli bahawa pengundi Cina sedang terluka dan lambat untuk dipulihkan kerana kerajaan pimpinan Perdana Menteri membiarkan Dr Akmal 'meliar' dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan pedas |
|
Kelindan maut tersepit dalam nahas dua lori - Sinarharian - 8/12 10:06 am ALOR GAJAH - Seorang kelindan lori maut dalam kemalangan membabitkan dua lori di Kilometer (KM) 221.7, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Pedas Linggi ke Simpang Ampat pada awal pagi Isnin.Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, PBK I Nazri Mat Rais berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.42 pagi sebelum sembilan anggota digerakkan ke lokasi."Sebaik tiba, kami mendapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua lori, di mana salah satu daripadanya melanggar bahagian belakang lori di hadapannya."Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 43 tahun yang tersepit di bahagian kelindan |
|
“Jangan Jadikan ADHD Alasan Untuk Tutup Buruk Sendiri..” – Sharifah Sakinah Beri Teguran - Beautifulnara - 4/12 10:24 am Pelakon, Sharifah Sakinah, 36, sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik teguran ‘pedas’ buat individu yang suka menjadikan isu gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) sebagai alasan untuk ‘cuci tangan’ dari perbuatan dan tingkah laku yang kurang elok |
|
Shamsul Iskandar Tersungkur - Wrlr - 3/12 5:05 pm 6 Di sini sasaran sebenar Rafizi Ramli: Anwar.Komitmen lawan rasuah kini bergantung kepada keputusan PM sama ada mahu sambung lagi kontrak Azam.Kalau di Sambung juga kredibiliti PH/PKR tercalar atas nama PM sendiri. 7 Lebih pedas bila jawapan kerajaan pasal kontrak SPRM kabur, sama kabur macam Surat Sokongan politik yang pernah jadi bahan |
|
Sukan SEA: Ultras Thailand tempelak pegawai sukan - Sinarharian - 2/12 10:34 am ULTRAS Thailand melancarkan serangan paling keras terhadap pegawai sukan negara itu menjelang acara bola sepak Sukan SEA, menuduh pihak berkuasa membuat keputusan tanpa memahami realiti bola sepak dan tidak menghormati penyokong yang menjadi nadi pasukan.Kumpulan penyokong tegar itu menyifatkan dasar baharu yang mewajibkan pendaftaran kad pengenalan (PDPA) sebagai peraturan yang lahir daripada birokrasi tanpa pengetahuan asas, sambil mempersoalkan kelayakan pegawai yang menggubal polisi tersebut."Pegawai bercakap tentang keselamatan data tetapi adakah mereka tahu bagaimana sistem stadium beroperasi?"Atau mereka hanya melihat dari kerusi berhawa dingin? Jangan ajar penyokong tentang stadium kalau tak pernah turun padang," kata Ultras Thailand dalam kenyataan paling pedas yang pernah dikeluarkan.Mereka menambah bahawa pegawai yang memaksa penyokong menyerahkan maklumat peribadi sebenarnya tidak mampu menjamin keselamatannya."Mereka suruh rakyat daftar kad pengenalan tetapi siapa yang menjamin data itu tidak bocor?"Pegawai hanya pandai beri arahan! Tanggungjawab bila berlaku kebocoran, siapa yang akan menanggung? Penyokong, bukan mereka," ujar kumpulan itu.Ultras Thailand juga mengecam tindakan menukar zon sorakan dalam stadium, menyifatkannya keputusan yang tidak masuk akal dan tidak mencerminkan sebarang pemahaman bola sepak."Meletakkan penyokong pelawat di belakang gol dan memindahkan kami ke tepi? Itu bukan kesilapan teknikal tapi itu keputusan yang hanya boleh dibuat oleh seseorang yang tidak pernah menonton bola sepak secara langsung," katanya.Kumpulan itu menegaskan zon belakang gol ialah kawasan yang membentuk identiti Ultras Thailand dan menjadi tekanan utama kepada pasukan lawan."Kalau pegawai tidak faham fungsi tekanan di belakang gol, jangan cuba ubah sesuatu yang mereka sendiri tidak mengerti," tegas mereka lagi.Ultras Thailand mengingatkan bahawa mereka telah mengembara ke lebih 30 negara sepanjang hampir dua dekad, termasuk Sukan SEA yang pernah menarik hampir 300 ahli mereka ke Malaysia."Kami sudah melihat standard penyokong dan pengurusan stadium di seluruh Asia."Pegawai yang tidak keluar dari pejabat tidak layak menilai pengalaman kami," sindir mereka.Pun begitu, Ultras Thailand berikrar tetap hadir di venue Sukan SEA sebagai tanda setia kepada pasukan kebangsaan, namun boikot kemasukan ke stadium akan diteruskan sehingga dua perkara diperbetulkan iaitu peraturan PDPA dihentikan dan zon sorakan tradisi di belakang pintu S dipulihkan."Kami sokong Thailand tetapi kami tidak akan tunduk kepada keputusan pegawai yang tidak faham dunia bola sepak," ujar kumpulan itu.Sukan SEA Thailand bermula dari 9 Disember hingga 20 Disember di dua wilayah iaitu di Bangkok dan Chonburi.Satu lagi wilayah iaitu Songkhla sepatutnya menjadi tuan rumah bersama tetapi dibatalkan akibat banjir teruk, menyaksikan 10 acara sukan termasuk bola sepak dipindahkan ke Bangkok.Acara bola sepak lelaki dijadualkan berlangsung dari 3 hingga 18 Disember di Bangkok dan Chiang Mai. |
|
'Salah direhatkan bukan kerana isu peribadi' - Pengendali Liverpool - Sinarharian - 1/12 11:38 am Saya memiliki ramai pemain berkualiti, jadi untuk hari ini saya memilih barisan pemain yang berbeza."Kadangkala Alex berada di bangku simpanan, kadangkala Florian. Ia sentiasa mengenai siapa yang berada di bangku simpanan, tetapi ia juga mengenai pemain yang memulakan perlawanan dan itulah kesebelasan yang saya pilih hari ini," katanya.Secara keseluruhan, Slot melakukan empat pertukaran berbanding skuad yang tewas Rabu lalu, dengan Florian Wirtz kembali selepas pulih daripada kecederaan, manakala Joe Gomez mengisi posisi bek kanan.Bagaimanapun, ketiadaan Salah menjadi tumpuan utama memandangkan beliau menerima kritikan pedas sejak beberapa minggu kebelakangan ini.Selepas menamatkan spekulasi dengan menandatangani kontrak jangka panjang baharu, prestasi Salah dikatakan jatuh jauh di bawah standard tinggi yang ditetapkannya sepanjang karier gemilang di Liverpool.Bukan sahaja ketajaman penyudah yang hilang, malah kurangnya semangat juang yang dipamerkannya akhir-akhir ini mula menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penyokong. |
|
Aisha Retno Minta Maaf, Tak Sangka Kenyataan Tentang Batik Timbulkan Kekecohan - Lobakmerah - 27/11 11:21 am Penyanyi dan komposer, Aisha Retno tidak menjangka kenyataannya mengenai batik yang diberikan kepada selebriti antarabangsa, Ariana Grande dan Cynthia Erivo mencetuskan kemarahan warga negara jiran. Menurut Aisha atau nama penuhnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, dia menerima banyak komen pedas serta kata-kata kurang menyenangkan daripada netizen Indonesia |
|
[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen - Murai - 26/11 6:04 pm Baru-baru ini, Suffi memuat naik video di TikTok yang mencuri perhatian ramai. Dalam video itu, dia menulis dengan nada bersahaja tapi pedas: “Dia yang bercinta dengan EX Husband kita, kita pula […] The post [VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen appeared first on Murai MY . |
|
Salah didakwa 'lepas tangan', hanya bersuara bila mahu kontrak - Sinarharian - 26/11 8:50 am Saya mahu lihat Mo Salah tampil sebagai salah seorang pemimpin, salah seorang legenda Liverpool, untuk bercakap bagi pihak pasukan. Ia tidak sepatutnya diserahkan kepada kapten semata-mata," tegas Carragher kepada Sky Sports.Kenyataan pedas Carragher itu merujuk kepada tindakan Salah pada November tahun lalu yang lantang bersuara mengenai situasi kontraknya, mendakwa dia "lebih hampir untuk keluar daripada kekal" apabila tiada tawaran baharu diterima ketika itu.Salah akhirnya menandatangani perjanjian baharu bersama kelab, namun prestasinya musim ini dilihat jauh merosot berbanding aksi memukau yang dipamerkan pada kempen lalu. |
|
Penat Tau Setan Isteri Bekas Atlet Paralimpik Bengang Dituduh Meroyan Pasal Se*ks - Murai - 25/11 6:25 pm Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila isteri bekas atlet Paralimpik, Suffi Sofea, meluahkan rasa naik angin dalam satu perkongsian di Threads. Beliau menulis dengan nada agak pedas, berkongsi rasa penat dan frustasinya yang sering dipandang ringan oleh sesetengah pihak |
|
Gara-Gara Hantaran Ini, Izara Aishah ‘Diserang’ Netizen Isr*el – “Ada Yang Panas Tapi Bukan Api..” - Beautifulnara - 25/11 12:26 am Pelakon Izara Aishah sekali lagi mencuri perhatian di media sosial selepas memuat naik gambar Miss Universe Israel, Milaenen Shiraz, di platform Threads beserta satu perbandingan yang cukup pedas tetapi bersahaja |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |