///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Pas Pusat News   Page 1    



DUN Perlis berjalan seperti biasa Speaker - Utusan - 10/06 7:28 am

KANGAR: Kedudukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis masih berjalan seperti biasa di sebalik terlerainya hubungan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Speaker DUN Perlis, Russele Eizan berkata, pada masa ini, pihaknya menanti arahan lanjut daripada Pas Pusat berhubung status kerajaan Perikatan Nasional (PN) negeri





Putus dengan Bersatu: Tak wujud ‘dua suara’ dalam Pas - Mygazette - 10/06 7:28 am

# Putus dengan Bersatu: Tak wujud 'dua suara' dalam Pas KUALA LUMPUR - Keputusan Pas untuk memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah muktamad, jelas dan dicapai secara sebulat suara, demikian menurut Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ir Khiril Nizam Khirudin





'Persetujuan 100 peratus' - Annuar Musa nafi ada kem Pas tak setuju putus dengan Bersatu - Sinarharian - 9/06 8:36 pm

SHAH ALAM - Dakwaan ada pemimpin dalam parti Pas tidak bersetuju keputusan menghentikan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah fitnah semata-mata.Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa sebaliknya berkata, ketetapan itu dipersetujui sepenuhnya."Percubaan mereka-reka cerita kononnya ada ahli mesyuarat Pas tak setuju keputusan, adalah fitnah





'Era buat keputusan sendiri dalam PN sudah tamat' - Annuar - Sinarharian - 9/06 8:17 pm

SHAH ALAM Era keputusan dibuat oleh satu pihak dalam Perikatan Nasional (PN) tanpa mengambil kira pandangan anggota gabungan kini sudah berakhir.Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, tiada mana-mana parti dalam gabungan itu boleh lagi membuat keputusan secara bersendirian kerana hala tuju PN perlu ditentukan secara bersama."Era itu sudah tamat





Pas putus hubungan Bersatu, Gerakan tunggu penjelasan rasmi - Dominic - Sinarharian - 9/06 7:26 pm

SHAH ALAM - Parti Gerakan Rakyat Malaysia akan menunggu penjelasan rasmi daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas berhubung kemelut politik antara kedua-dua parti itu sebelum mengulas lebih lanjut perkara tersebut.Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau berkata, buat masa ini semua parti dalam Perikatan Nasional (PN) kekal fokus terhadap tanggungjawab yang lebih besar memandangkan Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan semakin hampir.Menurutnya, apatah lah lagi landskap politik negara yang terus berkembang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang."Kami menghormati peranan serta sumbangan kedua-dua parti, Pas dan Bersatu dalam PN."Gerakan akan terus memainkan peranankonstruktif dalam memperkukuh PN sebagai sebuah gabungan yang dapat diterima oleh rakyat Malaysia daripada semua kaum dan agama, sambil menjunjung kestabilan politik, kepimpinan berprinsip serta mengutamakan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya," ujarnya kepada Sinar Harian.Sebelum ini, Pas mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan mengejut untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan rakan sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Keputusan drastik itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan hari ini bagi membincangkan hala tuju parti mendepani fasa politik baharu.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan memutus hubungan itu dibuat selepas parti meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa secara menyeluruh.





Putus kerjasama Bersatu: Belum bincang langkah susulan - PAS Perlis - Mkini - 9/06 5:12 pm

Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian negeri itu berhubung ketetapan yang dibuat PAS Pusat, malam tadi.





Keputusan putuskan hubungan dengan Bersatu atas kehendak Pas - Radzi Jidin - Sinarharian - 9/06 4:48 pm

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menegaskan keputusan menghentikan kerjasama politik dan memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah atas kehendak Pas.Mohd Radzi menyifatkan perkara itu sebagai fakta susulan keputusan yang dibuat Pas menamatkan kerjasama politik antara kedua-dua parti."Fakta: Keputusan menghentikan kerjasama politik dan memutuskan hubungan dengan Bersatu adalah atas kehendak Pas," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam hantaran berasingan di Facebook berkata, perjuangan demi rakyat dalam Perikatan Nasional (PN) tidak akan sesekali goyah biarpun ketika ini Bersatu sedang diuji.Menurutnya, setiap ujian yang dihadapi membawa hikmah dan berupaya membina kekuatan."Setiap ujian membawa hikmah, setiap badai membina kekuatan. Di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita rapatkan saf, bulatkan teka, dan terus istiqamah," katanya.Terdahulu, Pas mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan Bersatu iaitu rakan sekutunya dalam PN.Keputusan drastik itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan pada Isnin bagi membincangkan hala tuju parti mendepani fasa politik baharu.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan memutus hubungan itu dibuat selepas parti meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa secara menyeluruh.Berikutan itu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, partinya memutuskan untuk terus kekal dalam PN dan memperkukuhkan teras perjuangannya sebagai parti pengasas gabungan berkenaan.Beliau memaklumkan, fokus utama mereka ketika ini adalah memastikan agenda prihatin yang diperjuangkan PN akan terus diperkasakan meskipun sudah tidak lagi bekerjasama dengan Pas.Katanya, sebagai parti pengasas PN, Bersatu akan terus kekal dalam PN dan memperkukuhkan teras perjuangannya.





Henti rebut kuasa, fokus tangani kos sara hidup rakyat ??? Irwan - Mygazette - 9/06 4:22 pm

Perpecahan dan perselisihan dalam kalangan kepimpinan politik, khususnya melibatkan Pas dan Bersatu tidak memberi manfaat kepada rakyat yang kini berdepan pelbagai cabaran kehidupan, katanya menerusi satu kenyataan hari ini. Terdahulu, Pas secara rasmi memutuskan untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan Bersatu dan perkara itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat malam pada Isnin





Cerai Bersatu: Pemuda Pas Pahang teguh bersama keputusan pucuk pimpinan - Mygazette - 9/06 4:22 pm

# Cerai Bersatu: Pemuda Pas Pahang teguh bersama keputusan pucuk pimpinan KUANTAN Dewan Pemuda Pas Negeri Pahang menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan Pas Pusat menghentikan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)





Bersatu halang penyatuan ummah, pilih kepentingan kelompok – Afnan - Mygazette - 9/06 4:22 pm

Semalam, Pas secara rasmi menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu berkuat kuasa serta-merta. Ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat selepas mengambil kira laporan, kajian dan penilaian semasa terhadap hubungan kedua-dua parti





Putus hubungan dengan Bersatu: Kem ulama tak setuju keputusan kem .. - Mygazette - 9/06 4:22 pm

Saya difahamkan oleh rakan-rakan dalam Pas, berkemungkinan Majlis Syura Ulamak Pas tidak mahu bertanggungjawab untuk membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Bersatu. Disebabkan ini mereka menyerahkan kepada Jawatankuasa Pas Pusat untuk membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Bersatu, katanya dalam satu kenyataan hari ini





Tamat kerjasama Bersatu langkah tepat demi penyatuan ummah ??? Sukri - Mygazette - 9/06 4:22 pm

# Tamat kerjasama Bersatu langkah tepat demi penyatuan ummah Sukri SHAH ALAM Keputusan Pas menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu dilihat sebagai langkah tepat bagi memastikan perjuangan parti terus bergerak secara konsisten berteraskan prinsip penyatuan ummah, kestabilan politik dan kepentingan Islam. Yang Dipertua Pas Kawasan Shah Alam, Mohamed Sukri Omar berkata, keputusan tersebut dibuat selepas melalui penelitian dan pertimbangan mendalam oleh Majlis Syura Ulamak serta Jawatankuasa Kerja Pas Pusat





Pas cerai Bersatu jangan tuduh UMNO punya kerja – Khaled - Mygazette - 9/06 4:22 pm

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hubungan politik antara Pas dan Bersatu yang secara rasminya telah ditamatkan malam tadi. Keputusan untuk menamatkan kerjasama politik itu diputuskan dalam satu Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang malam tadi





'Pas tak pernah setia, bergabung lepas itu cantas dan ceraikan' Khalid Samad - Sinarharian - 9/06 3:31 pm

KOTA BHARU Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan keputusan Pas menamatkan hubungan politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menguatkan dakwaan bahawa parti itu tidak pernah setia kepada mana-mana gabungan yang disertainya.Khalid Abdul Samad berkata, corak politik sedemikian bukan perkara baharu kerana pernah berlaku dalam beberapa gabungan politik yang disertai Pas sebelum ini.Menurutnya, parti itu dilihat cenderung menjalin kerjasama apabila ia memberi manfaat politik, namun hubungan tersebut akhirnya terputus apabila keadaan tidak lagi memihak kepada mereka."Pas ini malangnya selepas kami tinggalkan mereka, mereka tidak pernah setia, mereka fikir keuntungan politik, kalau dulu dalam Pakatan Rakyat bersama-sama bina kekuatan dan menerima kepimpinan bersama, tetapi Pas sekarang tidak seperti itu."Pas bergabung, ambil manfaat, lepas itu cantas dan Pas ceraikan, perkara ini berlaku berulang kali," katanya ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Pagi Pengerusi bersama Warga Kada di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Kada di sini pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Pas putus hubungan politik dengan Bersatu serta-mertaPas perjelas punca putus hubungan dengan Bersatu'Tenang, sabar dulu' - RazaliTun Faisal namakan siapa dikatakan kem ulama tidak bersetuju - Ahmad FadhliPada Isnin, Pas membuat keputusan menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi mengenai masa depan kerjasama parti-parti pembangkang menjelang pilihan raya akan datang.Mengulas lanjut, Khalid berkata, rakyat perlu menilai sendiri corak politik yang diamalkan parti berkenaan berdasarkan rekod kerjasamanya dengan beberapa gabungan politik sebelum ini."Cakap saja Islam tapi tidak menghayati corak politik Islam yang mengutamakan pendamaian," katanya.Khalid turut mendakwa Pas pada ketika ini berbeza berbanding ketika era kepimpinan Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat."Ini bukan Pas zaman Allahyarham Tok Guru Nik Aziz. Ini Pas di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang lebih keras dan mengutamakan kemenangan politik," katanya.Khalid pernah menjadi Anggota Jawatankuasa Pas Pusat bermula 1987 sehingga 1995 dan memegang jawatan penting dalam Pas termasuk sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor serta anggota Jawatankuasa Kerja Pas Pusat bagi penggal 2013 sehingga 2015, sebelum keluar parti dan mengambil keputusan menyertai Amanah.





Bersatu terus kekal dalam PN, dukacita keputusan Pas - Muhyiddin - Sinarharian - 9/06 2:15 pm

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan untuk terus kekal dalam Perikatan Nasional (PN) dan memperkukuhkan teras perjuangannya sebagai parti pengasas gabungan itu.Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, fokus utama ketika ini adalah memastikan agenda prihatin yang diperjuangkan PN akan terus diperkasakan meskipun sudah tidak lagi bekerjasama dengan Pas."Sebagai parti pengasas PN, Bersatu akan terus kekal dalam PN dan memperkukuhkan teras perjuangannya."Bersatu akan terus memperkasakan agenda prihatin rakyat yang dibawa PN sejak penubuhannya serta mendorong hasrat rakyat yang mahukan perubahan serta kepimpinan yang mewakili aspirasi seluruh warga Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Pada masa sama, Muhyiddin turut melahirkan rasa dukacita terhadap keputusan Pas yang memutuskan hubungan politik dengan Bersatu.ARTIKEL BERKAITAN: Pas putus hubungan politik dengan Bersatu serta-mertaPas perjelas punca putus hubungan dengan Bersatu'Tenang, sabar dulu' - RazaliTun Faisal namakan siapa dikatakan kem ulama tidak bersetuju - Ahmad Fadhli"Kerjasama yang dibina bersama atas semangat dan persefahaman yang luhur telah dihentikan oleh Pas."Keputusan menghentikan kerjasama politik dan memutuskan hubungan dengan Bersatu adalah atas kehendak Pas," katanya.Justeru itu, beliau meminta ahli parti dan rakan seperjuangan untuk terus fokus usaha memperkukuhkan PN."Setiap lapisan pimpinan dan ahli mesti terus meletakkan kepentingan rakyat sebagai fokus utama malah lebih bersemangat dengan ujian terbaru ini."Saya yakin rakyat yang mendukung cita-cita PN akan terus beristiqamah bersama-sama kita. Tentunya ada hikmah daripada apa yang berlaku, semoga ALLAH SWT memberikan kita petunjuk, taufiq dan hidayah-NYa," ujarnya lagi.Terdahulu, Pas mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan mengejut untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan rakan sekutunya dalam PN itu menerusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan pada Isnin.Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan memutus hubungan itu dibuat selepas parti meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa secara menyeluruh.





PAS Terengganu adakan mesyuarat masa terdekat - Harakahdaily - 9/06 2:03 pm

KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu bakal mengadakan mesyuarat khas dalam masa terdekat bagi membincangkan tindakan susulan serta pendirian akan diambil, susulan keputusan PAS Pusat menamatkan kerjasama politik dengan BERSATU





Pas-Bersatu berpisah: Selangor teguh pejuang agenda penyatuan ummah - Sinarharian - 9/06 1:11 pm

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pas Selangor istiqamah memperjuangkan agenda penyatuan ummah meskipun berlaku perubahan dalam hala tuju kerjasama politik antara parti itu dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Pesuruhjayanya, Datuk Dr Ab Halim Tamuri berkata, pihaknya menyokong serta menerima sepenuhnya keputusan ditetapkan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada Isnin berhubung kerjasama politik Pas dan Bersatu.Menurutnya, sebagai parti yang berprinsip, Pas sentiasa meletakkan Islam, maslahah umat dan kepentingan negara mengatasi pertimbangan politik kepartian."Agenda penyatuan ummah kekal menjadi teras perjuangan Pas dalam usaha membina kekuatan umat, mengurangkan perpecahan politik dan mewujudkan kestabilan negara."Pas Selangor melihat keputusan ini bukan pengakhiran kepada agenda tersebut, bahkan membuka ruang lebih luas untuk meneroka persefahaman dan kerjasama politik yang lebih menyeluruh demi menjayakan agenda penyatuan ummah," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Ab Halim berkata, langkah itu juga dilihat mampu membantu membina landskap politik yang lebih stabil dan matang untuk masa depan negara.Dalam pada itu, Ab Halim turut menghargai segala bentuk kerjasama yang pernah terjalin sebelum ini serta menyeru seluruh ahli dan penyokong Pas supaya terus memperkukuh saf perjuangan.Katanya, ahli dan penyokong perlu berlapang dada serta kekal istiqamah dalam mendukung usaha penyatuan umat."Pas akan terus istiqamah kerana perpaduan adalah kunci kekuatan umat, kestabilan politik dan kesejahteraan negara," ujar beliau.Terdahulu, Pas mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan mengejut untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan rakan sekutunya dalam PN itu.Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan memutus hubungan itu dibuat selepas parti meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa secara menyeluruh.





Teroka persefahaman politik yang lebih menyeluruh - Harakahdaily - 9/06 1:08 pm

SHAH ALAM: PAS Selangor menegaskan bahawa agenda Penyatuan Ummah akan terus menjadi keutamaan parti meskipun PAS Pusat telah memuktamadkan keputusan berhubung hala tuju kerjasama politik dengan BERSATU





Ulamak PAS dukung henti ta’awun dengan BERSATU - Harakahdaily - 9/06 12:36 am

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian PAS Pusat menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU demi memperkukuhkan agenda penyatuan ummah yang menjadi teras perjuangan parti itu





Pas, UMNO perlu bertaut semula demi perpaduan Melayu dan Islam - Sinarharian - 9/06 11:59 am

MELAKA - Pas dan UMNO perlu membuka ruang kerjasama semula bagi memperkukuh perpaduan politik Melayu serta Islam di negara ini.Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Pas Melaka, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, semua pihak perlu melihat ke hadapan tanpa terus mengungkit perbezaan politik lama demi kepentingan masa depan negara."Dua parti Melayu yang besar, iaitu Pas dan UMNO, harus mencari satu formula kukuh untuk bertaut semula demi memelihara masa depan Melayu serta Islam di tanah air kita."Buat masa ini semua pihak tidak harus menoleh ke belakang lagi tetapi perlu memandang ke hadapan secara penuh keikhlasan bagi membela nasib anak bangsa serta memelihara keutuhan syiar Islam di tanah Melayu ini," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.Beliau berkata, kerjasama antara parti-parti politik Melayu juga boleh menjadi asas kepada pembentukan satu gabungan lebih besar yang merangkumi pelbagai parti kecil Melayu melalui konsep payung besar.Katanya, dalam masa sama, hak dan kepentingan semua kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan perlu terus dipelihara bagi memastikan perpaduan nasional kekal utuh."Perbalahan sesama Melayu mesti dihentikan segera sebelum memberi kesan lebih besar kepada masa depan politik negara."Inilah yang dikhuatiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang sentiasa mengingatkan orang Melayu bahawa jika terus berpecah, dalam sepuluh tahun kita akan hilang kuasa politik dan negara ini buat selamanya," katanya.Ujarnya, keseluruhan orang Melayu pada masa kini mahu melihat perpaduan yang kuat sebagai satu ikatan simpul mati yang tidak boleh dirungkai oleh sesiapa pun hingga akhir zaman."Sikap terbuka dan jiwa besar Pas yang tidak pernah putus asa untuk menjemput UMNO agar berpaut semula di bawah satu platform Melayu yang jitu harus dipuji."Insya-ALLAH, daya usaha jujur dan ikhlas Pas ini akan termakbul serta diberkati oleh ALLAH SWT."Sesungguhnya, Pas amat komited dan konsisten dalam perjuangan untuk menyatupadukan orang Melayu di negara ini secara menyeluruh serta berterusan seperti yang disarankan oleh Tun Dr Mahathir," katanya.Pada Isnin, Pas secara rasmi menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu berkuat kuasa serta-merta diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.





Tun Faisal namakan siapa dikatakan kem ulama tidak bersetuju - Ahmad Fadhli - Sinarharian - 9/06 11:55 am

SHAH ALAM - Dakwaan Ketua Penerangan Parti Bumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Tun Faisal Ismail Aziz kononnya keputusan Pas menghentikan kerjasama politik dengan parti berkenaan tidak dipersetujui sepenuhnya Majlis Syura Ulamak adalah tidak berasas.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari turut meminta Tun Faisal untuk menamakan pihak yang dikatakan kem ulama yang tidak bersetuju."Apa benda yang kamu merepek ni? Buang masa sahaja layan orang macam ni," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.Tun Faisal dalam satu kenyataan mendakwa pihaknya menerima maklumat sejak awal berkenaan percanggahan pandangan antara kem majlis syura atau kem ulama dengan kem teknokrat yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.Katanya lagi, difahamkan kem ulama dalam majlis syura berpandangan tidak wajar untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu kerana pertelingkahan dengan Bersatu dianggap mudarat kecil berbanding tindakan-tindakan yang membolehkan Pakatan Harapan (PH) dan DAP terus memegang kuasa yang dianggap sebagai mudarat besar.Pas pada Isnin mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan mengejut untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan rakan sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN), Bersatu.Keputusan drastik itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat bagi membincangkan hala tuju parti mendepani fasa politik baharu.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjelaskan ketetapan memutus hubungan itu dibuat selepas parti meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa secara menyeluruh.





Keputusan PAS demi perjuangan yang lebih besar - Harakahdaily - 9/06 11:45 am

KUALA TERENGGANU: Dewan Pemuda PAS Terengganu menyatakan sokongan penuh terhadap ketetapan yang diputuskan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berhubung hala tuju kerjasama politik antara PAS dan BERSATU





Pas perjelas punca putus hubungan dengan Bersatu - Sinarharian - 9/06 10:32 am

SHAH ALAM - Tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menentang kemasukan parti lain dalam Perikatan Nasional (PN) menjadi punca hubungan politik dengan Pas ditamatkan.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, matlamat utama parti adalah memperkukuhkan agenda penyatuan ummah dan kestabilan politik negara."Bersatu dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN mengambil sikap menentang kemasukan parti-parti seperti Parti Berjasa Malaysia (Berjasa), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra)."Walaupun kertas cadangan sudah disiapkan, tindakan tersebut jelas merosakkan gagasan penyatuan yang dihasratkan selama ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Tambah Ahmad Fadhli, tindakan Bersatu di Perlis dan Negeri Sembilan sebelum ini telah menjejaskan semangat serta moral jentera parti untuk terus bekerjasama menghadapi pilihan raya akan datang.Beliau berkata, keputusan yang dicapai dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada malam Isnin itu, bukanlah berdasarkan sentimen atau kepentingan jangka pendek."Sebaliknya, ia berdasarkan penilaian terhadap kemampuan sesuatu kerjasama untuk mencapai matlamat yang lebih besar iaitu penyatuan ummah dan kestabilan politik negara."Ia bukan menggembirakan tetapi ia 'ubat pahit' yang perlu ditelan demi kemaslahatan yang lebih besar," katanya lagi.Ahmad Fadhli berkata, kedudukan Pas dan Bersatu dalam PN akan diuruskan mengikut peruntukan perlembagaan dan saluran yang sewajarnya."Sudah tentu Pas dan Bersatu tidak boleh terus berada di bawah payung yang sama berikutan keputusan yang dibuat semalam," katanya lagi.Terdahulu, Pas mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan mengejut untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan rakan sekutunya dalam PN itu.Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan memutus hubungan itu dibuat selepas parti meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa secara menyeluruh.





'Tenang, sabar dulu' - Razali - Sinarharian - 9/06 10:22 am

KUALA TERENGGANU Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu meminta semua pihak kekal bertenang susulan keputusan mengejut Pas memutuskan hubungan kerjasama politik dengan parti itu berkuat kuasa serta-merta.Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris ketika dihubungi memberikan reaksi ringkas bagi meredakan keadaan yang sedang hangat diperkatakan ketika ini."Kekal tenang. Sabar dulu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Selasa.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu turut dilihat memuat naik perkataan 'Alhamdulillah' di platform media sosial beliau pada malam Isnin, dipercayai mempunyai kaitan dengan perkembangan landskap politik semasa.Razali yang juga Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, sebelum ini mendapat julukan sebagai 'giant killer' selepas memenangi kerusi DUN N.30 Kijal atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu 2023.Dalam saingan sengit itu, beliau memperolehi 13,403 undi sekali gus menang dengan majoriti 3,758 undi menewaskan penyandang daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Said yang sekadar mendapat 9,645 undi.Sinar Harian pada Isnin melaporkan Pas mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan drastik menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan rakan sekutunya dalam PN.Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan bagi membincangkan hala tuju parti mendepani fasa politik baharu.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan, ketetapan memutuskan hubungan itu dibuat selepas parti meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa secara menyeluruh.Menurut Abdul Hadi, mesyuarat turut memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 2 Jun lalu berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah mengenai kerjasama politik parti itu atas prinsip penyatuan ummah.Jelas beliau, Pas kini akan meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya yang baharu demi penyatuan ummah.Selain itu, katanya, ia juga sebagai langkah persediaan bagi menghadapi PRN dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.





PAS rasmi cerai dengan Bersatu! Hadi umum tamat kerjasama politik - Mydateline - 9/06 9:48 am

PAS mengumumkan penamatan kerjasama politik dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan ..





Pas tamatkan kerjasama politik dengan Bersatu Pas tamatkan kerjasama .. - Mygazette - 9/06 7:31 am

KUALA LUMPUR Pas mengumumkan untuk menghentikan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas membuat penilaian menyeluruh terhadap kedudukan dan hala tuju hubungan kedua-dua parti berkenaan. Keputusan tersebut dibuat menerusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung malam ini dan dipengerusikan oleh Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang





Keputusan Pas ‘cerai’ Bersatu tak dipersetujui sebulat suara? .. - Mygazette - 9/06 7:31 am

# Keputusan Pas 'cerai' Bersatu tak dipersetujui sebulat suara? KUALA LUMPUR Keputusan Pas untuk menghentikan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) difahamkan tidak diterima secara sebulat suara. Menurut sumber, terdapat beberapa ahli Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat malam ini, menyuarakan pandangan berbeza terhadap keputusan berkenaan





Mesyuarat Pas dikata Panas? Ada ahli dilapor tak setuju putus kerjasama engan Bersatu - Harapandaily - 9/06 7:15 am

Keputusan Pas untuk menghentikan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) difahamkan bukan dicapai secara sebulat suara apabila beberapa ahli Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dilaporkan menyuarakan pandangan berbeza





Putus sudah kerjasama politik Pas dengan Bersatu - Harapandaily - 8/06 11:54 pm

Keretakan Perikatan Nasional (PN) akhirnya terjawab lewat malam ini apabila Pas secara rasmi menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu berkuat kuasa serta-merta. Keputusan mengejutkan tetapi bukan di luar jangkaan itu diputuskan mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat malam ini





Pas putus hubungan politik dengan Bersatu serta-merta - Sinarharian - 8/06 11:42 pm

KUALA LUMPUR - Pas mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan mengejut untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan rakan sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Keputusan drastik itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan hari ini bagi membincangkan hala tuju parti mendepani fasa politik baharu.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan memutus hubungan itu dibuat selepas parti meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa secara menyeluruh.Menurut beliau, mesyuarat turut memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 2 Jun lalu berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah mengenai kerjasama politik parti itu atas prinsip penyatuan ummah."Susulan keputusan menghentikan kerjasama dengan Bersatu, Pas kini akan meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya yang baharu demi penyatuan ummah."Langkah ini adalah sebagai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin malam.Dalam pada itu, Abdul Hadi menyatakan bahawa Pas bersikap terbuka untuk menerima hasrat daripada pelbagai tokoh akademik, profesional, pemimpin politik, serta aktivis masyarakat yang mahu menyertai parti berkenaan.Keputusan luar jangkaan ini dipercayai bakal mengubah keseluruhan dinamika politik pembangkang, memandangkan Pas dan Bersatu merupakan dua tunjang utama yang membentuk koalisi Perikatan Nasional (PN) sejak tahun 2020.Penganalisis politik sebelum ini melihat bibit-bibit pergolakan dalam PN mula dikesan susulan perbezaan pandangan membabitkan beberapa isu pimpinan, selain tindakan beberapa Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada kerajaan sebelum ini, yang sedikit sebanyak mencalar imej setiakawan gabungan itu.Malah, desas-desus mengenai keresahan akar umbi Pas yang merasakan parti itu "membawa bebanan lebih besar" dalam memenangi kerusi berbanding Bersatu pada pilihan raya lalu, turut dikatakan menjadi antara faktor penilaian semula ini dilakukan.Sebelum mengukuhkan rantaian politik bersama Bersatu, Pas pernah membentuk gagasan Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO pada 2019, namun piagam itu berkubur selepas Pas memilih untuk mendaftarkan PN bersama Bersatu bagi menghadapi PRU15.Tindakan Pas 'bercerai' dengan Bersatu malam ini pastinya meletakkan Bersatu dalam posisi sukar, sementara Pas kelihatan bersedia mengatur langkah solo yang lebih dominan menjelang PRU16.





PAS putus kerjasama politik dengan Bersatu - FMT - 8/06 11:29 pm

Keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dipengerusikan Presiden Hadi Awang.





PAS putus kerjasama politik dengan Bersatu - Hotfm - 8/06 11:29 pm

Keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dipengerusikan Presiden Hadi Awang.





Kepercayaan terguris bukan mudah dipulihkan ??? Fadhli ungkit semula .. - Mygazette - 8/06 10:22 pm

# Kepercayaan terguris bukan mudah dipulihkan Fadhli ungkit semula episod Perlis, Negeri Sembilan KUALA LUMPUR Di sebalik usaha Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan hubungan baik dengan Pas, Ahmad Fadhli Shaari memberi isyarat krisis kepercayaan antara kedua-dua parti itu masih belum berakhir. Menjelang Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat malam ini yang dijangka membincangkan hala tuju hubungan dengan Bersatu, Fadhli yang juga Ketua Penerangan Pas mengingatkan kepercayaan yang telah terhakis tidak mudah dipulihkan hanya melalui kenyataan politik





Kekuatan Muslimat PAS berasaskan iman dan takwa - Harakahdaily - 8/06 10:04 pm

KUANTAN: Muslimat PAS perlu terus memperkukuhkan saf perjuangan, merapatkan ukhuwah serta memainkan peranan sebagai pendukung dakwah dan siasah dalam usaha menyampaikan risalah Islam kepada masyarakat. Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr





Status hubungan PAS-Bersatu ditentukan esok, kata Hadi - Hotfm - 7/06 2:12 pm

Perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PAS Pusat.





Pemuda Pas lulus usul putus hubungan dengan Bersatu, kecam Azmin - Harapandaily - 6/06 8:36 pm

Keretakan hubungan antara Pas dan Bersatu dilihat semakin ketara apabila Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Pas Kawasan Bangi sebulat suara meluluskan usul supaya Pas memutuskan hubungan politik dengan Bersatu. Usul tersebut turut menggesa kepimpinan Pas Pusat dan Dewan Pemuda Pas Pusat mengambil pendirian yang sama dengan menamatkan kerjasama politik antara kedua-dua parti





Pemuda Pas Bangi lulus usul putus hubungan politik dengan Bersatu - Sinarharian - 6/06 5:16 pm

SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas Kawasan Bangi meluluskan usul untuk memutuskan hubungan politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Ketetapan itu diperoleh sebulat suara menerusi mesyuarat agung sayap Pemuda Pas kawasan tersebut baru-baru ini.Menerusi hantaran ringkas dimuat naik Dewan Pemuda Pas Bangi, pihaknya turut meminta kepimpinan Pas untuk melaksanakan perkara sama."Mesyuarat agung Dewan Pemuda Pas Bangi sebulat suara meluluskan usul memutuskan hubungan politik dengan Bersatu dan berharap agar Pas Pusat serta Dewan Pemuda Pas Pusat melaksanakan perkara yang sama."Pada masa sama, Pemuda Pas Bangi sebulat suara mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam pelancaran jentera partinya di Melaka," katanya di Facebook pada Sabtu.Meskipun Pemuda Pas Bangi tidak memperincikan kenyataan Mohamed Azmin yang dimaksudkan, ia dipercayai merujuk kepada penolakan dakwaan bahawa Bersatu tidak mempunyai jentera akar umbi mencukupi, selain menggesa pengkritik supaya tidak pekak.Pada 22 Mei lalu, Abdul Hadi mendakwa Bersatu menuntut banyak kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya kecil (PRK) sambil menegaskan parti itu tidak mempunyai jentera yang mencukupi di peringkat akar umbi.Dakwanya lagi, Pas sering kali terpaksa menggerakkan jentera parti sendiri bagi menyokong usaha gabungan dalam siri pilihan raya.Terdahulu, Abdul Hadi memaklumkan Pas sedang menilai semula hubungannya dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).





Pemuda PAS Bangi lulus usul putus hubungan dengan Bersatu - FMT - 6/06 4:19 pm

Sayap itu juga gesa kepimpinan PAS dan Pemuda PAS pusat membuat keputusan yang sama.





Kami tanding semua kerusi Johor, MN bukan PN, tegas Sahruddin - FMT - 6/06 4:10 pm

Pengerusi PN Johor itu persoal sama ada PAS setuju cadangan AJK PAS Pusat Annuar Musa berkait Umno bertanding 80% hingga 90% kerusi Melayu, manakala PAS maksimum 20% kerusi.





PAS nak cerai dengan Bersatu? – Hadi Awang beri bayangan keputusan besar Isnin ini - Mydateline - 6/06 1:20 pm

PAS dijangka membuat keputusan muktamad berhubung status kerjasamanya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang akan berlangsung Isnin ini





Tengku Mukhriz masih ada ditakhta sebagai Yam DiPertuan Besar N9 ke 11. - Wrlr - 6/06 11:57 am

Che Ibrahim Mohamed T engku Mukhriz masih ada ditakhta sebagai Yam DiPertuan Besar N9 ke 11. Bila Pemuda Pas Pusat mengiktiraf perlantikan Tengku Nadzarudin sebagai YDPB N9 ke 12, maknanya DPP @ Pas telah isytihar derhaka kepada Tengku Mukhriz sebagai Raja N9 yang masih sah .





Tolak DAP: Ideologi politik agresif ancam keharmonian - Harakahdaily - 6/06 10:44 am

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diseru untuk membezakan antara kaum Cina dengan ideologi politik dibawa oleh DAP bagi mengelakkan kekeliruan yang boleh merosakkan perpaduan negara. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Prof Dr Haim Hilman Abdullah dengan itu menegaskan bahawa menolak DAP tidak bermaksud menolak kaum Cina





PRU16: Pas intai kerjasama lebih besar libatkan UMNO, parti Melayu - Sinarharian - 6/06 9:23 am

JELI - Pas melihat keperluan untuk melakukan penjajaran semula politik Melayu-Islam menerusi usaha penyatuan lebih besar melibatkan pelbagai parti politik di negara ini bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas Pusat, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi berkata, usaha tersebut sedang diteliti termasuk kemungkinan kerjasama dengan UMNO serta beberapa parti Melayu lain dalam kerangka lebih luas.Menurutnya, antara yang sedang diperhalusi termasuk parti seperti Pejuang, Berjasa serta kumpulan politik tertentu yang dikaitkan dengan gerakan Reset oleh bekas Timbalan Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin."Kami nak kaji balik hubungan dengan UMNO dan dengan parti-parti kecil yang lain."Perlu satukan kekuatan untuk berdepan pilihan raya umum akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda Pas Kawasan Jeli Kali Ke-44 di Ayer Lanas di sini pada Jumaat.Beliau berkata, Pas berpandangan penyatuan politik Melayu-Islam perlu diperkukuh bagi memastikan kekuatan blok tersebut lebih tersusun dan stabil.Tambah beliau, sebarang keputusan muktamad bagaimanapun akan ditentukan oleh kepimpinan tertinggi parti melalui mesyuarat rasmi.Sementara itu, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin turut mengakui pihaknya berasa dikhianati oleh sesetengah parti komponen Perikatan Nasional (PN) dalam beberapa keadaan, khususnya melibatkan keputusan politik yang didakwa dibuat tanpa perbincangan bersama dalam mesyuarat gabungan PN.Beliau berkata, perkara itu antara yang akan dibawa ke perbincangan kepimpinan tertinggi parti dalam mesyuarat Majlis Syura Ulamak Pas yang dijadualkan berlangsung pada 8 Jun ini, bagi meneliti semula beberapa perkara berkaitan hubungan dalam gabungan berkenaan."Apabila ada keputusan yang dibuat tanpa dimaklumkan dalam mesyuarat, itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kita," katanya.Beliau bagaimanapun menegaskan Pas akan terus menghormati apa jua keputusan kepimpinan parti berhubung kedudukan dan hala tuju kerjasama politik pada masa akan datang.





Usah kejar jika Pas pilih bersama semula dengan UMNO menerusi MN ??? .. - Mygazette - 6/06 7:32 am

Sebaliknya, ia akan ditentukan oleh siapa yang paling berjaya memahami perubahan tingkah laku pengundi dan menawarkan naratif yang paling meyakinkan kepada generasi Malaysia yang semakin bebas daripada kesetiaan politik tradisional, katanya. Media sebelum ini melaporkan, Pas akan membuat keputusan berkenaan kerjasama dengan Bersatu dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang dijadual diadakan Isnin ini





PRU16: InsyaAllah majoriti lebih kuat untuk ke Putrajaya - Harakahdaily - 6/06 6:01 am

BESUT: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari menyeru seluruh Pemuda PAS memperkukuhkan kesatuan dan bersedia menjadi benteng terakhir perjuangan Islam dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)





PRN Negeri Sembilan: Pas mahu tanding lebih banyak kerusi - Sinarharian - 5/06 4:42 pm

JELI Pas berhasrat untuk bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan susulan keyakinan parti itu terhadap kekuatan jentera dan calon yang dimiliki.Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas Pusat, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi berkata, parti itu akan mengekalkan kerusi yang ditandingi sebelum ini, namun turut melihat peluang untuk bertanding di beberapa kerusi tambahan yang dirasakan mempunyai potensi kemenangan.Menurutnya, keputusan muktamad mengenai agihan kerusi akan ditentukan dalam mesyuarat pilihan raya parti yang dijadualkan berlangsung di Kedah pada Sabtu."Kami sudah ada kerusi-kerusi yang ditandingi sebelum ini dan akan kekalkan kerusi tersebut."Namun ada beberapa kerusi lain yang di lrasakan mempunyai kekuatan dan kami juga mempunyai calon yang sesuai





Pemuda Pas usul tuntut semula kerusi Parlimen Jeli - Sinarharian - 5/06 4:24 pm

JELI Dewan Pemuda Pas Kawasan Jeli mendesak supaya kerusi Parlimen Jeli diberikan semula kepada calon daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang.Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Jeli, Muhamad Faruqi Zahari berkata, desakan tersebut dizahirkan menerusi satu usul yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda Pas Kawasan Jeli Kali Ke-44 di Ayer Lanas di sini pada Jumaat."Usul ini dikemukakan susulan kekecewaan terhadap tindakan penyandang kerusi, Zahari Kechik yang menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan sebelum ini."Sehubungan itu, pemuda Pas Jeli mendesak supaya kerusi P030 Parlimen Jeli diberikan kepada calon daripada Pas pada PRU16 kerana wakil rakyat yang telah dipilih telah berpaling tadah,"katanya dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut.Mesyuarat berkenaan dirasmikan oleh Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi.Menurut Muhamad Faruqi, usul itu merupakan manifestasi suara akar umbi khususnya golongan muda yang kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen Jeli itu yang didakwa mengkhianati mandat diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)."Rata-rata anak muda yang ditemui menerusi pelbagai program di peringkat cawangan, Dewan Undangan Negeri dan Parlimen menzahirkan rasa tidak puas hati serta kecewa dengan tindakan Zahari yang memenangi kerusi menggunakan logo Pas namun kemudiannya menyokong kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional."Anak-anak muda Pas yang bekerja siang dan malam, berkorban tenaga dan masa sepanjang tempoh kempen sehingga berjaya membantu kemenangan calon Perikatan Nasional di Parlimen Jeli dengan majoriti 12,464 undi," ujarnya.Muhamad Faruqi berkata, usul berkenaan wajar dipertimbangkan pucuk pimpinan parti bagi memulihkan semangat jentera yang selama ini bertungkus-lumus mempertahankan perjuangan Pas dan Perikatan Nasional (PN) kawasan berkenaan.Katanya, keputusan menyerahkan kerusi Parlimen Jeli kepada calon Pas pada PRU16 juga dilihat sebagai mesej jelas bahawa parti sentiasa mendengar suara akar umbi serta tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk pengkhianatan mandat rakyat."Rakyat hari ini semakin matang dan bijak membuat penilaian





Pas muktamadkan kerjasama dengan Bersatu Isnin ini ??? Hadi Awang - Mygazette - 5/06 3:24 pm

# Pas muktamadkan kerjasama dengan Bersatu Isnin ini Hadi Awang KUALA LUMPUR Pas akan membuat keputusan berhubung kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat, Isnin ini, kata Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang





Pas sasar tambah kerusi di Negeri Sembilan, manfaatkan kawasan majoriti 'tipis' - Sinarharian - 5/06 11:38 am

Kita dah menang tiga kerusi dan akan tambah lagi kerana di sana terdapat banyak kerusi yang menjadi tipis, (majoriti) lebih kurang pada seribu (undi)," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada Khamis mengumumkan pembubaran DUN Negeri Sembilan berkuat kuasa pada Jumaat dan pembubaran DUN itu dibuat mengikut lunas peraturan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di Negeri Sembilan.PRN ke-15 pada 2023 menyaksikan gabungan politik PH dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan di Negeri Sembilan apabila menguasai 31 kerusi DUN.PH memenangi 17 kerusi diikuti BN dengan 14 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) pula lima kerusi.Sementara itu, menyentuh mengenai isu tindakan disiplin atau status pimpinan melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Abdul Hadi berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada jawatankuasa pusat untuk tindakan lanjut.Menurutnya, pihak kepimpinan di peringkat negeri telah pun mengemukakan laporan dan cadangan tindakan berhubung isu berkenaan untuk dinilai di peringkat tertinggi parti."Badan Perhubungan Negeri dan ulama dah membuat keputusan. Terpulang kepada Pas Pusat bila nak umum apa tindakan yang patut diambil





PRN Johor: Pemuda Pas minta UMNO timbang semula tanding solo, cadang... - Mygazette - 5/06 7:50 am

# PRN Johor: Pemuda Pas minta UMNO timbang semula tanding solo, cadang berunding KUALA LUMPUR - Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas Pusat, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi meminta Barisan Nasional (BN) mempertimbangkan semula keputusan bertanding solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor





Tiada usul undi tidak percaya - ADUN Beseri - Sinarharian - 4/06 4:30 pm

KANGAR Tiada usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dibawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini.ADUN Beseri, Haziq Asyraf Dun berkata, keputusan tersebut adalah selari dengan pendirian Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang menekankan kepentingan mengekalkan kestabilan pentadbiran kerajaan negeri berdasarkan keputusan sedia ada.Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas Perlis bagaimanapun menjelaskan bahawa sebarang keputusan berkaitan hala tuju kepimpinan negeri, khususnya melibatkan enam ADUN Pas akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti di peringkat pusat.Menurutnya, perkara itu akan dibincangkan lanjut selepas mesyuarat Pas Pusat yang dijangka berlangsung dalam tempoh terdekat."Perkara itu, saya pegang yang Pengerusi Perikatan Nasional Perlis sebab dia AJK Pas Pusat, kalau saya nak banding dengan AJK Pas Pusat, saya Ketua Pemuda Pas (Perlis sahaja), Datuk Seri Shahidan kata apa itu yang kami ikut," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media di luar Persidangan DUN Perlis di Kompleks Seri Putra di sini, Khamis.Dalam pada itu, Haziq Asyraf turut menjunjung titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berhubung kepentingan mengekalkan kestabilan politik dan pentadbiran negeri.Menurutnya, semua ADUN perlu memainkan peranan masing-masing dengan menjadikan persidangan DUN sebagai medan untuk membawa suara rakyat di kawasan masing-masing.Sebelum ini, media melaporkan PN Perlis menjunjung titah Raja Perlis yang mahukan Menteri Besar dikekalkan sehingga akhir penggal DUN.Shahidan dilaporkan berkata, PN Perlis tidak akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar dalam sidang kali ini, selain menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan parti di peringkat pusat untuk menentukan hala tuju politik negeri.





PRN Johor: Annuar Musa lontar cadangan formula MN 2.0 antara UMNO-Pas - Mygazette - 4/06 3:59 pm

# PRN Johor: Annuar Musa lontar cadangan formula MN 2.0 antara UMNO-Pas KUALA LUMPUR Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa mencadangkan supaya UMNO bertanding antara 80 hingga 90 peratus di kerusi Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan baki kerusi iaitu antara 10-20 peratus diberikan kepada Pas. Beliau yang juga Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat berkata, formula itu mengambil semangat penyatuan dua parti teras Melayu-Islam itu seperti disarankan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man





Bersatu masih nafikan fakta cubaan jatuhkan MB - Pemuda Pas Perlis - Sinarharian - 3/06 3:54 pm

KANGAR Kemelut politik yang melanda Perikatan Nasional (PN) di Perlis kembali menjadi perhatian apabila Dewan Pemuda Pas Perlis mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus menafikan fakta berhubung usaha menjatuhkan Menteri Besar Perlis yang diterajui Pas.Ketua Pemuda Pas Perlis, Haziq Asyraf Dun berkata, kenyataan Biro Politik Bersatu pada 24 Mei lalu yang menafikan penglibatan ADUN-ADUN parti itu dalam usaha menarik sokongan terhadap Menteri Besar adalah tidak tepat dan bercanggah dengan pengakuan yang pernah dibuat oleh individu yang terlibat.Menurutnya, penafian berterusan oleh Bersatu menimbulkan persoalan kerana tiga ADUN Pas yang kemudiannya terhenti keahlian parti sebelum ini didakwa telah mengakui penglibatan mereka dalam usaha berkenaan.Beliau mendakwa pengakuan tersebut dibuat dalam satu pertemuan bersama Dewan Harian Pas Pusat pada 21 Disember 2025 yang turut dihadiri semua ADUN Pas Perlis."Dalam pertemuan itu, tiga ADUN terbabit secara terbuka mengakui telah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) bersama ADUN-ADUN Bersatu."Pengakuan tersebut bukan sahaja didengari oleh para hadirin, malah direkodkan dan diminitkan dalam perbincangan rasmi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beseri itu berkata, berdasarkan fakta dan rekod yang didakwa wujud itu, isu berkenaan tidak lagi boleh dianggap sebagai persepsi atau dakwaan politik semata-mata.Sebaliknya, katanya, ia melibatkan pengakuan yang dibuat sendiri oleh pihak yang terlibat dalam satu platform rasmi parti."Adalah menghairankan apabila Bersatu terus memilih untuk menafikan perkara yang telah diakui sendiri oleh individu-individu yang terlibat secara langsung dalam usaha tersebut," ujarnya.Beliau turut melahirkan kekesalan terhadap tindakan Bersatu yang didakwa berulang kali menafikan peranan ADUN-ADUN parti itu dalam perancangan menjatuhkan Menteri Besar Perlis daripada Pas.Menurutnya, penafian berterusan terhadap fakta yang didakwa telah direkodkan hanya akan memanjangkan lagi kemelut yang sedang berlaku dalam PN.Kenyataan tersebut dilihat menambah bab baharu dalam krisis politik Perlis yang sejak beberapa bulan lalu menyaksikan hubungan antara pemimpin Pas dan Bersatu negeri menjadi tumpuan pemerhati politik.Isu berkaitan sokongan terhadap Menteri Besar serta dakwaan kewujudan SD untuk menukar kepimpinan negeri telah mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai tahap kesepakatan dalam gabungan yang mentadbir Perlis.Haziq menegaskan, semua pihak seharusnya berani berterus terang dan bertanggungjawab terhadap tindakan yang telah dilakukan demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerjasama politik yang dibina atas dasar kejujuran dan amanah.Menurut beliau, kepercayaan rakyat hanya dapat dipertahankan sekiranya setiap pihak bersikap telus dalam menangani isu yang timbul dan tidak terus menafikan perkara yang didakwa mempunyai rekod serta bukti yang jelas.





Majlis Syura Ulamak Pas bimbang krisis Bersatu, beri mandat untuk bertindak - Mygazette - 3/06 3:20 pm

# Majlis Syura Ulamak Pas bimbang krisis Bersatu, beri mandat untuk bertindak KUALA LUMPUR - Majlis Syura Ulamak (MSU) Pas memberi mandat kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk bertindak susulan krisis dalaman Bersatu





Konflik Pas-Bersatu: Pas Johor minta jentera bertenang, fokus persiapan PRN - Mygazette - 3/06 8:20 am

# Konflik Pas-Bersatu: Pas Johor minta jentera bertenang, fokus persiapan PRN JOHOR BAHRU - Semua pimpinan, ahli dan jentera parti Pas di negeri ini perlu terus bertenang serta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung hala tuju kerjasama parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, mereka diminta bersabar menunggu ketetapan rasmi yang akan diputuskan Jawatankuasa Pas Pusat pada Isnin ini





Majlis Syura Ulama PAS serah isu hala tuju PN, konflik Bersatu pada PAS Pusat - Mkini - 3/06 8:00 am

Setiausahanya berkata konflik dalaman Bersatu memberi kesan kepada kekuatan, kestabilan dan keyakinan terhadap hala tuju PN.





Isu Pas-Bersatu: Pas Johor minta jentera bertenang, fokus persiapan PRN - Sinarharian - 3/06 12:15 am

JOHOR BAHRU - Semua pimpinan, ahli dan jentera Pas di Johor diminta bertenang serta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung hala tuju kerjasama parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, mereka diminta bersabar menunggu ketetapan rasmi yang akan diputuskan Jawatankuasa Pas Pusat."Pas Johor mengambil maklum mengenai intipati mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas yang menyerahkan kepada Jawatankuasa Pas Pusat untuk menentukan hala tuju kerjasama dengan Bersatu seperti yang dilaporkan pelbagai media."Sehubungan itu, seluruh pimpinan, ahli dan jentera Pas Johor diseru agar bertenang, tidak membuat sebarang spekulasi dan bersabar menunggu ketetapan rasmi yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pas Pusat pada 8 Jun 2026," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Kenyataan itu dikeluarkan ketika tumpuan kini terarah kepada persiapan parti-parti politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Isnin.Beliau berkata, dalam tempoh ini seluruh jentera perlu terus memberi tumpuan terhadap persiapan menghadapi PRN Johor ke-16.Jelasnya yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor, ini termasuk memperkukuhkan gerak kerja parti di semua peringkat.Mahfodz berkata, Pas Johor akan terus bergerak selaras dengan segala ketetapan dan keputusan rasmi parti.Beliau menegaskan, Pas Johor kekal komited untuk memperkukuhkan gerak kerja parti serta memastikan seluruh jentera berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.Terdahulu, Pas membuat ketetapan itu susulan siri tindakan Bersatu yang disifatkan kurang menyenangkan parti berkenaan.Minggu lalu, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pas Pusat, antara lain dikatakan menerima laporan pesuruhjaya negeri mengenai gerakan akar umbi Bersatu yang dilihat cenderung bersama-sama Team Reset pimpinan bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.Biro Politik Bersatu kemudian mengingatkan Pas supaya menghormati dan tidak mencampuri urusan dalaman parti komponen PN berkaitan hal disiplin serta tindakan diambil untuk menstabilkan parti.





BERSATU jejas PN: MSU beri mandat PAS Pusat bertindak - Harakahdaily - 2/06 10:17 pm

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak (MSU) PAS menzahirkan kebimbangan serius terhadap krisis dan konflik dalaman BERSATU yang dilihat telah memberi kesan kepada kekuatan, kestabilan, serta keyakinan rakyat terhadap hala tuju Perikatan Nasional (PN). Sehubungan itu, Majlis Syura ‘Ulamak memutuskan untuk menyerahkan mandat sepenuhnya kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan dasar, […] The post BERSATU jejas PN: MSU beri mandat PAS Pusat bertindak appeared first on Harakahdaily .





Hala tuju kerjasama Pas-Bersatu ditentukan Isnin depan - Annuar Musa - Sinarharian - 2/06 7:19 pm

KUALA LUMPUR - Dapatan perbincangan mengenai kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang dijadual diadakan Isnin depan.Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, mesyuarat itu bakal memperincikan tindakan lanjut berhubung hasil perbincangan dalam Majlis Syura Ulama parti sebentar tadi."Mesyuarat (Majlis Syura Ulama PAS) setakat ini masih berjalan dan fokus perbincangan terarah kepada penyatuan ummah dan kepentingan perpaduan."Perbincangan turut memberi perhatian mendalam mengenai perpecahan yang berlaku hingga merugikan politik nasional."Apa pun, sebarang keputusan dan perincian dicapai mesyuarat Syura Ulama Pas akan dibawa ke Jawatankuasa Pas Pusat dijangka Isnin," katanya ketika ditemui di ibu pejabat parti itu di sini, pada Selasa.Hadir sama, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob; Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.Dalam perkembangan lain, Annuar memaklumkan, mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas tidak membincangkan tentang agenda pilihan raya negeri (PRN) Johor selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dibubarkan pada Isnin.Bagaimanapun ujarnya, perbincangan ke arah itu akan dibuat menerusi platform Dewan Harian Pas Pusat bersama Dewan Harian Pas Johor pada minggu hadapan.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, hubungan Pas dan Bersatu kembali tegang apabila Abdul Hadi memaklumkan partinya bakal menilai semula kerjasama dengan parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu kerana didakwa melanggar semangat setiakawan dalam Perikatan Nasional (PN).Ahli Parlimen Marang itu mendakwa, ketetapan sedemikian dibuat ekoran siri tindakan Bersatu yang dilihat kurang menyenangkan Pas sejak akhir-akhir ini.





Majlis Syura serah JK PAS Pusat tentukan kerjasama Bersatu - FMT - 2/06 6:15 pm

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Nik Zawawi Nik Salleh berkata ketetapan dicapai menerusi mesyuarat badan itu di ibu pejabat agung parti hari ini.




Reformasi     >>



Bersatu to be hit hard over PAS' decision, expect new .. - Mkini
One analyst suggests Bersatu may consider working with Harapan again.
Kroni     >>



Kerajaan PN Perlis tidak terjejas MB - Utusan
KANGAR: Keputusan Pas menamatkan hubungan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencetus persoalan mengenai status kerajaan negeri dikuasai Perikatan Nasional (PN) terutama Perlis. Komposisi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ketika ini menyaksikan enam wakil rakyat dari Pas, ..
Tabloid     >>



'Demi keluarga saya bertahan' - Hmetro
Ipoh: Semangat juang yang tinggi untuk menjadi insan harapan keluarga menjadi motivasi buat Nurul Nadia Abdul Zamid, 22, untuk hidup ketika berdepan situasi cemas kemalangan meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada 9 Jun 2025. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Apple shares slide after big Siri AI reveal - Cnbc
Apple unveiled new artificial intelligence software at WWDC, highlighted by its long-awaited update to Siri.
World     >>



Trump vows retaliation after claiming Iran shot down .. - Aljazeera
President Trump accused Iran of shooting down a US Apache helicopter over the Strait of Hormuz
Motor Trend     >>



XPENG X9 Baharu Dilancarkan Di Malaysia Jarak .. - Careta
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bermaz Auto Berhad, Dato' Sri Francis Lee, ketibaan X9 baharu turut menjadi sebahagian daripada strategi XPENG dalam memperluaskan teknologi mobiliti pintar berasaskan AI, selain menyokong perancangan pemasangan tempatan (CKD) di fasiliti EPMB Melaka pada