| /// |
|
| Search : Parti Muda News | Page 1 |
|
Iran beri amaran konflik meluas selepas Trump minta sekutu iringi kapal... - Mgazette - 16/03 7:57 am # Iran beri amaran konflik meluas selepas Trump minta sekutu iringi kapal dagang TEHRAN - Iran memberi amaran kepada negara-negara lain agar tidak terlibat dalam peperangannya dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel |
|
PBB Samariang treats 110 underprivileged kids to shopping spree - BorneoPost - 15/03 5:54 pm KUCHING (March 15): Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) treated a total of 110 orphans and the underprivileged preparing for Hari Raya Aidilfitri by treating them to a shopping spree |
|
Perkasa masjid sebagai pusat pembangunan sahsiah, melahirkan ejen perpaduan - FMT - 15/03 5:18 pm Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, seru kepada usaha menyuburkan semangat kebersamaan dan memperkukuh kesatuan. |
|
PM minta jentera PKR Sabah bersedia hadapi PRU - Mustapha - Sinarharian - 15/03 4:08 pm KOTA KINABALU - Jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah perlu diperkukuh dan digerakkan lebih awal sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang termasuk Pilihan Raya Umum (PRU).Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, antara amanat Presiden yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah menekankan kepentingan kesiapsiagaan jentera parti selain memastikan ahli memahami isu-isu penting berkaitan Sabah.Menurutnya, antara perkara yang ditekankan ialah supaya jentera parti bersiap sedia menghadapi PRU serta meningkatkan kefahaman dalam kalangan ahli berhubung isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) termasuk tuntutan 40 peratus hasil negeri."Antaranya, Perdana Menteri memohon supaya jentera parti ini dapat bersedia untuk menghadapi PRU dan juga beliau meminta supaya ahli-ahli parti memahami apa isu yang berkaitan dengan MA63 termasuk isu 40 peratus, seperti yang saya telah jelaskan sebelum ini."Mini konvensyen ini antaranya juga untuk kita kumpul kembali semangat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang semua pun sudah maklum bahawa kita hanya dapat satu kerusi saja," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mini Konvensyen PKR Sabah yang turut dihadiri Anwar di sini, pada Ahad.Mengulas lanjut, beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) berkata, dalam program tersebut turut diadakan perasmian serentak Mesyuarat Agung Tahunan yang sedang berjalan ketika ini."Selain itu, kita juga telah menerima sembilan ahli baru terdiri dari tokoh-tokoh masyarakat," katanya.Sementara itu, beliau turut memaklumkan pertemuan antara Perdana Menteri bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu pada tengah hari, hanya melibatkan perbincangan biasa berkaitan pembangunan dan projek-projek di Sabah.Menurutnya, isu tuntutan 40 peratus hasil negeri kepada Sabah turut disentuh secara ringkas dalam pertemuan berkenaan, namun enggan mengulas lanjut mengenainya."Ada juga disentuh sedikit, tetapi itu lebih baik ditanya kepada Ketua Menteri |
|
Masjid bukan sekadar tempat solat tapi ruang lahirkan generasi muda hebat - Mgazette - 15/03 3:56 pm # Masjid bukan sekadar tempat solat tapi ruang lahirkan generasi muda hebat KUALA LUMPUR - Semangat Ramadan terus menjadi wadah terbaik dalam menyatukan golongan belia menerusi program kerohanian yang inklusif dan santai |
|
Kenakan moratorium SOSMA terhadap kanak-kanak serta-merta – Suhakam - Mgazette - 15/03 3:56 pm # Kenakan moratorium SOSMA terhadap kanak-kanak serta-merta - Suhakam KUALA LUMPUR Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenakan moratorium serta-merta terhadap penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) ke atas kanak-kanak |
|
Keputusan Hishammuddin, Khairy kembali keyakinan rakyat terhadap BN .. - Mgazette - 15/03 3:56 pm # Keputusan Hishammuddin, Khairy kembali keyakinan rakyat terhadap BN - Ka Siong JOHOR BAHRU - Kesediaan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin kembali ke pangkuan UMNO akan turut memberi kesan positif terhadap Barisan Nasional (BN) |
|
Tindakan terhadap ahli akademik, aktivis, adakah kerajaan sedang asah .. - Mgazette - 15/03 3:56 pm # Tindakan terhadap ahli akademik, aktivis, adakah kerajaan sedang asah `kuku besi? Kar Hing KUALA LUMPUR - Tindakan berlebihan ke atas ahli akademik dan aktivis yang tidak terlibat dalam isu perkauman dan agama mengundang persepsi mengelirukan seolah-olah kerajaan hari ini sedang mengasah `kuku besinya |
|
Segera ambil langkah fiskal sebelum kesan harga minyak tekan hidup rakyat - Mgazette - 15/03 3:56 pm # Segera ambil langkah fiskal sebelum kesan harga minyak tekan hidup rakyat JOHOR BAHRU - Kerajaan perlu mengambil langkah fiskal yang benar-benar konkrit untuk menggerakkan ekonomi atau melindungi rakyat daripada kesan kenaikan kos hidup susulan kenaikan harga minyak |
|
Raja Puan Muda Perlis berkenan rasmi program Tadabbur dan Khatam al-Quran peringkat negeri - FMT - 15/03 1:32 pm Program yang diadakan diadakan di Masjid Al-Muqarrabin, Behor Empiang, Kangar itu melibatkan seramai 1,089 peserta. |
|
Tanding 30 kerusi, Amanah mahu posisi kedudukan parti Melayu-Islam, kata penganalisis - FMT - 15/03 9:30 am Namun Hisommudin Bakar berkata Amanah perlu realistik menentukan kerusi wajar ditandingi berdasarkan kekuatan sebenar dari segi pengaruh parti dan keupayaan jentera. |
|
Amira Aisya confirmed as Muda president in partys inaugural election - Malaymail - 15/03 9:16 am KUALA LUMPUR, March 15 Amira Aisya Abd Aziz has been chosen as Malaysian Union United Democratic Alliance... |
|
PH mesti perkukuh pengundi teras menjelang PRU16, kata wakil PKR - FMT - 15/03 9:00 am Jimmy Puah berkata gabungan itu mesti memastikan ia mempunyai kuasa rundingan mencukupi sebelum berunding dengan gabungan dan parti lain mengenai kerjasama. |
|
Amira Aisyah Kekal Terajui Parti MUDA Hingga 2029 - Mgazette - 15/03 8:46 am # Amira Aisyah Kekal Terajui Parti MUDA Hingga 2029 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Amira Aisya Abdul Aziz dipilih sebagai Presiden baharu MUDA bagi penggal 2026 hingga 2029 |
|
UMNO bukan hanya cakap soal agama ketika pilihan raya, Akmal jawab... - Mgazette - 15/03 8:46 am # UMNO bukan hanya cakap soal agama ketika pilihan raya, Akmal jawab Hadi KUALA LUMPUR Dakwaan kononnya UMNO tidak lagi memperjuangkan agama ditempelak keras Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh yang menegaskan parti itu konsisten membangunkan pendidikan Islam dari peringkat tadika hingga ke laluan teknikal dan vokasional |
|
Apakah Perikatan Nasional sudah jadi Pas Nasional, soal MP Kota Melaka - Mgazette - 15/03 8:46 am # Apakah Perikatan Nasional sudah jadi Pas Nasional, soal MP Kota Melaka KUALA LUMPUR - "Apakah Perikatan Nasional (PN) telah menjadi Pas Nasional? Atau adakah PN sudah hanya sekadar nama sahaja," soal Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berhubung perkembangan terbaharu politik negara |
|
Sanusi jangan masuk campur urusan UMNO – Mahdzir - Mgazette - 15/03 8:46 am KUALA LUMPUR Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditegur agar tidak mencampuri urusan dalaman UMNO berhubung usaha menyatupadukan bekas ahlinya menerusi inisiatif Rumah Bangsa |
|
Langkah ???panggil balik??? tokoh digantung, dibuang kunci satukan semula .. - Mgazette - 15/03 8:46 am # Langkah panggil balik tokoh digantung, dibuang kunci satukan semula UMNO KUALA LUMPUR Cadangan membawa pulang semula ahli yang pernah digantung dan dibuang daripada UMNO dilihat sebagai langkah awal yang signifikan untuk menyatukan kembali kekuatan parti itu menjelang cabaran politik akan datang |
|
Amanah, Umno bidas PAS jumud tolak Rumah Bangsa - FMT - 14/03 9:00 pm Tindakan PAS menolak usaha penyatuan menunjukkan parti itu lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding agenda perpaduan rakyat. |
|
Amira Aisya dilantik kemudi MUDA sesi 2026/2029 - Sinarharian - 14/03 8:29 pm PETALING JAYA Amira Aisya Abd Aziz secara rasmi dipilih sebagai Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi sesi 2026/2029.Keputusan itu diumumkan Pengarah Pemilihan MUDA, Muhammad Zaim Zulkafli selepas pemilihan sulung 25 ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) yang diadakan serentak dengan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2025 parti berkenaan.Jawatan Timbalan Presiden MUDA pula disandang oleh Zaidel Baharuddin manakala Ainie Haziqah kekal mempertahankan kerusi Setiausaha Agung MUDA.Pemilihan kali ini turut melantik lima Naib Presiden iaitu Faezrah Rizalman, Leben Siddarth, Zarul Afiq, Dobby Chew dan Dr Siva Prakash.Amira Aisya ketika menyampaikan ucapan penutup Sidang MUDA berkata, nama dan jawatan JKEP yang dipilih selebihnya akan diumumkan selepas raya."Pelantikan jawatan Bendahari Agung dan lima JKEP yang berada dalam bidang kuasa Presiden akan saya umumkan selepas cuti raya."Jadi, saya serahkan kepada Ketua Penerangan yang baharu, Rasid Abu Bakar untuk mengadakan sidang media akan datang."Saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua perwakilan MUDA yang hadir mengundi, calon yang bertanding, jemputan dan pemerhati," katanya pada Sabtu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa itu turut mengingatkan kesemua 25 JKEP bahawa pilihan yang dibuat oleh perwakilan bukan mandat kecil."Saya yakin dan percaya kesemua 25 ahli JKEP MUDA mempunyai misi serta visi yang tersendiri."Sekiranya meneruskan gerak kerja sebagaimana dijanjikan dalam kempen manifesto masing-masing, maka MUDA mampu pergi jauh untuk penggal 2026/2029."Mohon doa perwakilan supaya kami dapat menjalankan tugas sebaik mungkin untuk mengangkat suara rakyat," ujarnya. |
|
Amira Aisya officially succeeds Syed Saddiq as Muda president - Sinardaily - 14/03 7:53 pm PETALING JAYA Amira Aisya Abd Aziz has been officially elected as Muda president at the partys inaugural elections today.The result was announced by Muda election director Muhammad Zaim Zulkafli following the partys inaugural election for its Central Executive Committee (CEC), held in conjunction with the partys 2025 Annual General Meeting (AGM).Zaidel Baharuddin was elected as Mudas deputy president, while Ainie Haziqah retained her position as the partys secretary-general.The election also saw the appointment of five vice-presidents: Faezrah Rizalman, Leben Siddarth, Zarul Afiq, Dobby Chew and Dr Siva Prakash.In her closing speech, Amira said the names and positions of 17 out of the total 25 members of the Central Executive Committee elected would be announced after the Hari Raya celebrations.The appointment of the Treasurer-General and five CEC members who fall under the Presidents authority will be announced after the Hari Raya holidays.I will leave it to the new Information Chief Rasid Abu Bakar to hold the next press conference.Once again, I would like to express my deepest appreciation to all Muda delegates who attended and voted, the candidates who contested, as well as the invited guests and observers, she said.Amira Aisya, who is also the Puteri Wangsa state assemblyman, reminded all 25 CEC members that the choice made by the delegates is not a small mandate.I am confident that all 25 members of the Muda CEC have their own missions and visions.If they continue the work as promised in their respective campaign manifestos, Muda can go far in the 20262029 term.I seek the delegates prayers so that we can carry out our responsibilities as best as possible in championing the peoples voice, she said. |
|
Amira dipilih sebagai presiden Muda - FMT - 14/03 7:25 pm Adun Puteri Wangsa dinamakan memegang jawatan itu walaupun menduduki tangga ketiga dalam pertandingan mendapatkan tempat dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat. |
|
Amira elected Muda president - FMT - 14/03 7:16 pm The Puteri Wangsa assemblyman was named to the post despite coming in third in the race for a spot in its central executive committee. |
|
'Cadangan bawa pulang ahli digantung, dibuang langkah awal penyatuan UMNO' - Bastien - Sinarharian - 14/03 7:05 pm SEGAMAT - Cadangan membawa kembali ahli yang pernah dibuang dan digantung daripada UMNO dilihat sebagai langkah penting ke arah memperkukuh semula perpaduan parti.Timbalan Ketua UMNO Bahagian Segamat, Datuk Bastien Onn berkata, pengumuman dibuat UMNO minggu lalu yang mengajak semua ahli yang pernah dibuang dan digantung kembali semula ke dalam parti tanpa syarat merupakan satu langkah positif dalam usaha menyatukan semula keluarga besar parti itu.Menurutnya, usaha tersebut diselaraskan oleh Jawatankuasa Rumah Bangsa yang dipengerusikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang bertanggungjawab menguruskan proses penyatuan berkenaan mengikut tatacara yang diperuntukkan dalam perlembagaan parti.Katanya, cadangan tersebut merupakan pengumuman pertama daripada jawatankuasa berkenaan dan dilihat sebagai langkah sulung yang terbaik sebelum parti menerima kehadiran pihak lain dalam konsep Rumah Bangsa yang sedang diusahakan."Nama-nama seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan bukan sahaja mempunyai pengaruh, malah turut mewajahkan UMNO dengan imej yang lebih progresif," katanya selepas menyampaikan bantuan Syawal kepada 250 penerima asnaf di Parlimen Segamat pada Sabtu.Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyambut baik mereka dari Johor yang telah membuat kenyataan untuk kembali kepada UMNO, namun keputusan muktamad akan dibuat di peringkat Majlis Tertinggi parti itu melalui Rumah Bangsa.Dalam pada itu, Bastien turut menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan parti atas usaha berkenaan."Cadangan yang dikemukakan Mohamed Khaled Nordin kepada pucuk pimpinan untuk membawa kembali mereka yang dibuang dan digantung memberi seribu makna kepada pengertian Rumah Bangsa |
|
C4 tuntut kerajaan dedah dapatan pasukan petugas siasat Azam kepada umum - Sinarharian - 14/03 6:16 pm SHAH ALAM - Kerajaan dituntut supaya mendedahkan segera laporan penuh hasil dapatan pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan pegangan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki kepada umum.Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) berkata, keputusan kerajaan untuk tidak mendedahkan dapatan siasatan boleh mengundang lebih banyak spekulasi termasuk isu tadbir urus.Menurutnya, pendedahan hasil dapatan siasatan itu juga perlu merangkumi beberapa isu utama iaitu jumlah sebenar saham yang dimiliki Azam, syarikat saham yang dibeli dan sama ada pegangan saham dan aset diisytiharkan seperti diwajibkan ke atas penjawat awam."C4 Center mengecam keras sikap berdiam diri kerajaan mengenai keputusan siasatan terhadap Azam dan menuntut tindakan yang lebih tegas diambil bagi menyelesaikan dakwaan terhadap SPRM."Keputusan kerajaan untuk tidak mendedahkan dapatan siasatan menambahkan lagi kekaburan kepada satu lagi contoh ketidakteraturan tadbir urus yang serius |
|
Makan gaji hasil cukai rakyat, Rafizi tempelak Tajuddin Makan gaji hasil .. - Mgazette - 14/03 4:59 pm # Makan gaji hasil cukai rakyat, Rafizi tempelak Tajuddin KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menyelar tindakan Profesor Dr Tajuddin Rasdi yang melabelkan beliau sebagai liabiliti kepada politik negara |
|
Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin, Sanusi ???turun pangkat??? dalam senarai .. - Mgazette - 14/03 4:59 pm # Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin, Sanusi turun pangkat dalam senarai baharu CHERAS Tiga nama besar dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat turun pangkat selepas rombakan struktur kepimpinan Majlis Tertinggi gabungan itu diumumkan hari ini |
|
KJ dialu-alu kembali sertai UMNO Sungai Buloh – Halimaton - Mgazette - 14/03 4:59 pm # KJ dialu-alu kembali sertai UMNO Sungai Buloh - Halimaton KUALA LUMPUR Hasrat bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk kembali menyertai UMNO dialu-alukan oleh kepimpinan UMNO Bahagian Sungai Buloh sekiranya perkara itu menjadi kenyataan |
|
Azizulhasni, Shah Firdaus tidak sertai ACC di Filipina - Mgazette - 14/03 4:59 pm # Azizulhasni, Shah Firdaus tidak sertai ACC di Filipina KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang dan rakan sepasukan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom disahkan tidak akan menyertai Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2026 yang dijadual berlangsung di Tagaytay, Filipina dari 25 hingga 31 Mac ini |
|
Mesyuarat PN: Siapa Ketua Pembangkang baharu? - Mgazette - 14/03 4:59 pm KUALA LUMPUR Siapa Ketua Pembangkang baharu dijangka menjadi tumpuan apabila kepimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat majlis tertingginya di ibu pejabat parti Gerakan di sini hari ini |
|
PN umum siapa Ketua Pembangkang penghujung Mac ini - Mgazette - 14/03 4:59 pm # PN umum siapa Ketua Pembangkang penghujung Mac ini KUALA LUMPUR Perikatan Nasional (PN) akhirnya membuat keputusan penting mengenai jawatan Ketua Pembangkang apabila bersetuju menyerahkan posisi itu kepada wakil daripada Pas |
|
Reserve component strategic asset for Malaysian army to address hybrid threats – Raja Muda of Perlis - SUN - 14/03 4:54 pm The Malaysian Army's Reserve component is now a strategic asset for countering complex hybrid threats, integrating civilian expertise to enhance national defence |
|
PBS backs Sabah govt in opposing stay on 40 pct revenue ruling - BorneoPost - 14/03 4:29 pm KOTA KINABALU (March 14): The Sabah government’s decision to oppose the federal government’s attempt to stay the High Court ruling on the state’s 40 per cent revenue entitlement is necessary to safeguard the state’s interest |
|
Tangani simptom awal ketegangan masyarakat sebelum merebak - Dr Sathia - Sinarharian - 14/03 4:24 pm SHAH ALAM Simptom awal ketegangan dalam masyarakat perlu ditangani secara bijaksana dan berhemah sebelum ia berkembang menjadi konflik lebih besar, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan.Menurut beliau, pendekatan tersebut boleh diibaratkan seperti rawatan awal dalam bidang perubatan yang bertujuan mengelakkan sesuatu penyakit daripada menjadi lebih serius.Dr Sathia Prakash berkata, sebagai seorang doktor, beliau sering melihat bagaimana sesuatu penyakit bermula dengan simptom kecil yang kadangkala dipandang remeh."Kadangkala hanya sedikit ketidakselesaan atau tanda ringan."Namun jika gejala awal itu diabaikan, keadaan boleh menjadi lebih serius."Dalam bidang perubatan, rawatan awal amat penting bagi mengelakkan komplikasi yang lebih besar |
|
PN lantik Ahli Parlimen Pas sebagai Ketua Pembangkang, umum akhir Mac - Sinarharian - 14/03 3:02 pm KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) memutuskan jawatan Ketua Pembangkang akan dipegang oleh seorang Ahli Parlimen Pas bagi menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainudin yang menyandang jawatan berkenaan ketika ini.Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikannya pada Sabtu.Beliau berkata, bagaimanapun nama Ahli Parlimen yang akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang baharu itu hanya akan diumumkan sebelum akhir Mac ini."Kita ada satu dua proses lagi di peringkat parti |
|
PN umum barisan kepimpinan baharu 2026 - Sinarharian - 14/03 2:49 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Teka-teki mengenai hala tuju kepimpinan baharu Perikatan Nasional (PN) akhirnya terjawab apabila gabungan itu mengumumkan barisan lantikan Pegawai-Pegawai Parti bagi sesi 2026, pada Sabtu.Menerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi PN Bil1/2026 yang berlangsung di Ibu Pejabat Parti Gerakan, Cheras, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan bahawa rombakan itu dibuat selaras dengan Fasal 8.2 dan Fasal 8.3 Perlembagaan Parti.Ahmad Samsuri dalam kenyataan media memaklumkan, mesyuarat tersebut dihadiri oleh kesemua kepimpinan tertinggi daripada parti anggota iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).Berdasarkan senarai lantikan terbaharu, beliau kekal menerajui gabungan itu sebagai Pengerusi, manakala jawatan Timbalan Pengerusi kini diisi oleh empat tokoh utama iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, P Punithan dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.Jawatan Setiausaha Agung PN pula kini diamanahkan kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang akan dibantu oleh tiga Timbalan Setiausaha Agung iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Wong Chia Zhen dan Datuk Sivakumar Krishnan.Satu perkembangan menarik yang diputuskan dalam mesyuarat tersebut adalah mengenai pengisian jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia.Menurut beliau, PN memutuskan jawatan penting tersebut akan dipegang oleh Ahli Parlimen daripada Pas, namun identiti individu berkenaan hanya akan didedahkan sebelum penghujung Mac ini."Mesyuarat memutuskan jawatan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia akan dipegang oleh seorang Ahli Parlimen dari Pas, namun namanya akan diumumkan sebelum akhir bulan Mac 2026," katanya.Dalam pada itu, lantikan bagi Pengerusi Badan Perhubungan Negeri PN di seluruh negara terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.Jelas Ahmad Samsuri, keputusan itu hanya akan dibuat pada mesyuarat akan datang selepas beliau selesai mengadakan siri lawatan kerja ke semua negeri selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.Selain penstrukturan organisasi, Majlis Tertinggi PN turut memberikan tumpuan serius terhadap gerak kerja pilihan raya.Gabungan itu dilaporkan mula mengatur strategi dan membincangkan persediaan rapi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijangka bakal berlangsung dalam tempoh terdekat.Bagi memperkukuh jentera, Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Ketua Penerangan PN yang baharu manakala Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya.Jawatan Bendahari Agung pula di bawah seliaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi mengisi kekosongan menggantikan Ahmad Samsuri yang melepaskan jawatan itu tahun lalu.Lantikan lain turut melibatkan Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi sebagai Ketua Wanita PN, Afnan Hamimi Taib Azamuddeen sebagai Ketua Pemuda PN dan Zaidy Abdul Talib sebagai Pegawai Awam. |
|
Muda not a Bangsar bubble, but a peoples party from diverse backgrounds Amira Aisya - Sinardaily - 14/03 1:27 pm SHAH ALAM The Malaysian United Democratic Alliance (Muda) is not an elite movement represented only by urban groups or certain circles, contrary to claims by some who label the party as part of the Bangsar bubble.Acting Muda president Amira Aisya Abd Aziz said such perceptions do not reflect the reality of Mudas members and supporters, who come from various states and diverse backgrounds across the country.People say Muda is a 'Bangsar bubble' |
|
Azizulhasni, Shah Firdaus tidak sertai ACC di Filipina - Sinarharian - 14/03 1:09 pm JAGUH berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang dan rakan sepasukan Muhammad Shah Firdaus Sahrom disahkan tidak akan menyertai Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2026 yang dijadual berlangsung di Tagaytay, Filipina dari 25 hingga 31 Mac ini.Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill berkata keputusan itu dibuat bagi membolehkan kedua-dua pelumba memberi tumpuan kepada aksi Siri Piala Dunia Trek UCI yang akan berlangsung di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai dari 24 hingga 26 April.Menurutnya, langkah itu juga sebahagian daripada perancangan pasukan dalam memastikan kedua-dua pelumba berada pada tahap terbaik menjelang kejohanan utama tahun ini."PKBM berpandangan lebih baik Datuk Azizulhasni menumpukan tenaganya kepada Siri Piala Dunia Trek di Nilai, tambahan pula kejohanan itu kembali dianjurkan di gelanggang sendiri selepas 25 tahun |
|
Rumah Bangsa: Mahdzir bidas Sanusi, nafi 'abang besar' - Sinarharian - 14/03 1:08 pm ALOR SETAR - Konsep Rumah Bangsa yang diperkenalkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bukanlah bertujuan meraih kepentingan politik sebaliknya hasrat menyatupadukan kembali orang Melayu bawah satu gabungan yang sama.Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kenyataan dibuat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung penubuhan Rumah Bangsa adalah sesuatu yang tidak wajar dan seolah-olah menyindir usaha berkenaan.Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berkata, matlamat penubuhan Rumah Bangsa memberi ruang kepada ahli UMNO yang berhenti, keluar parti, dipecat, digantung atau merajuk kembali dalam perjuangan selain membincangkan isu berkaitan bangsa Melayu seperti pembangunan pendidikan, ekonomi dan lain-lain termasuk Akta Pembangunan Semula Bandar (URA)."Saya jarang menyentuh mengenai Sanusi tetapi apabila kenyataannya sudah keterlaluan, saya terpaksa bersuara seolah-olah menunjukkan sikap ego dan sombong, seakan-akan merasakan dirinya terlalu kuat dan tidak boleh dikalahkan di negeri Kedah ini."Beliau bercakap sesuka hati, menyindir dan memaki orang |
|
Ramanan urges PKR Sarawak to strengthen machinery ahead of next state election - BorneoPost - 14/03 12:48 am KUCHING (March 14): Parti Keadilan Rakyat (PKR) vice-president Datuk Seri R |
|
MUDA bukan Bangsar bubble, tapi parti rakyat dari pelbagai latar belakang - Amira Aisya - Sinarharian - 14/03 12:48 am Kita tahu kebenarannya. Kita tahu dari mana kita datang."Kita datang dari Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor, Selangor, Sabah, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah dan Sarawak," katanya.Beliau berkata sedemikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar sempena Mesyuarat Agung Tahunan Parti Muda 2025 dan Pemilihan Parti Muda 2026/2029 di Bangunan Peladang, di sini, pada Sabtu.Amira Aisya berkata, ahli MUDA datang daripada pelbagai kawasan dari rumah-rumah flat, kawasan-kawasan setinggan sehinggalah rumah-rumah teres serta terdiri daripada rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang.Beliau turut berkongsi latar belakang kehidupannya sebagai bukti bahawa perjuangan politik anak muda tidak hanya dimonopoli golongan berada."Saya bukan membesar di rumah banglo |
|
Komponen Simpanan aset strategik tangani ancaman hibrid, titah Raja Muda Perlis - FMT - 14/03 12:11 am Tuanku Syed Faizuddin Putra berkata integrasi kepakaran profesional sivil mampu menjadi 'force multiplier' penting kepada Tentera Darat Malaysia. |
|
Public funds belong in the pockets of the people: Amira Aisya outlines Mudas 20262029 vision - Sinardaily - 14/03 12:11 am PETALING JAYA Muda has outlined a vision to empower ordinary Malaysians as the core of its struggle, in an effort to ensure that the welfare of the people remains a priority in national policies and governance.Acting Muda president Amira Aisya Abd Aziz said the approach encompasses various aspects, including education, the economy, housing and institutional reform, with the aim of ensuring that social justice is enjoyed by all Malaysians.Among the key priorities highlighted is ensuring that no child is left behind in the education system, while also guaranteeing that young people receive dignified wages.From an economic perspective, we want to ensure that young people earn dignified wages.We want to ensure that whether they are single mothers, single fathers or anyone else seeking employment, they are able to find jobs.We want to ensure that when they wish to buy a home, they can afford to do so |
|
Muda acting president urges members to marhaenkan Malaysia, ensure policies reach public - Malaymail - 14/03 11:42 am PETALING JAYA, March 14 Acting president of Malaysian United Democratic Alliance (Muda), Amira Aisya Abdul Aziz,... |
|
Acting president Amira Aisya rejects Bangsar bubble claim, says Muda members come from across Malaysia - Malaymail - 14/03 11:23 am PETALING JAYA, March 14 Muda acting president Amira Aisya Abdul Aziz today rejected claims that the youth-based... |
|
MUDA angkat agenda memarhaenkan Malaysia - Sinarharian - 14/03 11:19 am Kita hendak pastikan dan desak kerajaan untuk bina lebih banyak rumah mampu milik. Rumah ada sekarang mampu tengok sahaja," katanya.Beliau berkata sedemikian pada sidang media sempena Mesyuarat Agung Tahunan Parti Muda 2025 dan Pemilihan Parti Muda 2026/2029 di Bangunan Peladang, di sini, pada Sabtu.Antara pemimpin yang hadir ialah Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), S |
|
Muda not intimidated by political dinosaurs, says Amira Aisya - Sinardaily - 14/03 11:05 am PETALING JAYA The Malaysian United Democratic Alliance (Muda) will not bow to the old political culture dominated by political dinosaurs, instead remaining determined to push for change through a bolder new political approach centred on the peoples voice.Acting president Amira Aisya Abd Aziz said the younger generation must be brave enough to challenge the dominance of old politics, which she said was still trying to shape the direction of the countrys political landscape.She said the presence of parties like Muda proves that young people are ready to drive change and no longer wish to be tied to traditional political patterns.We will not let political dinosaurs tell us we cannot do it |
|
MUDA tidak gentar 'dinosaur politik' - Sinarharian - 14/03 10:50 am PETALING JAYA - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak akan tunduk kepada budaya politik lama dikuasai 'dinosaur politik', sebaliknya terus bertekad membawa perubahan melalui pendekatan politik baharu yang lebih berani dan berpaksikan suara rakyat.Pemangku Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz berkata, generasi muda perlu berani mencabar dominasi politik lama yang dilihat masih cuba menentukan hala tuju politik negara.Menurutnya, kehadiran parti seperti MUDA membuktikan anak muda bersedia membawa perubahan dan tidak lagi mahu terikat dengan corak politik tradisional."Kita takkan biarkan dinosaur-dinosaur politik kata kita tak boleh buat. Kalau mereka kata kita pengecut, kita lawan depan muka dia."Jikalau mereka kata kita lemah, kita berdiri depan Parlimen berjam-jam untuk minta mereka (pinda) undang-undang menindas rakyat," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar sempena Mesyuarat Agung Tahunan Parti Muda 2025 dan Pemilihan Parti Muda 2026/2029 di Bangunan Peladang, di sini, pada Sabtu.Amira Aisya menambah, walaupun parti itu sering dilabel sebagai parti kecil dan dipandang rendah, MUDA telah membuktikan kemampuan untuk terus bertahan serta berkembang sebagai sebuah parti nasional."Ramai yang kata MUDA ini parti nyamuk |
|
Impian Gigih Biasiswa GXBank gilap potensi pelajar - Sinarharian - 14/03 10:00 am KUALA LUMPUR Biasiswa bukan sekadar bantuan kewangan, sebaliknya menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus fokus dalam pengajian dan membina masa depan yang lebih cerah.Penerima Impian Gigih Biasiswa GXBank, Nur Amira Adani Azizol, 20, berkata, bantuan tersebut banyak mengurangkan beban kewangan sepanjang pengajiannya setakat ini.Pelajar Sarjana Muda Kewangan dari Universiti Malaya itu berkata, sebelum ini dia terpaksa bekerja sambil belajar bagi menampung keperluan pengajian."Dengan biasiswa ini, ia sangat membantu dari segi kewangan seperti membeli buku dan keperluan pembelajaran lain."Tanpa biasiswa ini, saya terpaksa bekerja sambil belajar bagi menampung perbelanjaan memandangkan ayah saya yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu e-hailing tidak lagi mampu bekerja atas faktor kesihatan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada program Iftar Rewang Pelajar GXBank di Universiti Malaya pada Khamis.Menurutnya, biasiswa tersebut bukan sahaja membantu dari sudut kewangan, malah turut menyediakan peluang mempersiap diri untuk kerjayanya melalui program bimbingan dan kepimpinan.Jelasnya, setiap penerima biasiswa juga dipadankan dengan mentor daripada GXBank yang mempunyai latar belakang dalam bidang berkaitan."Sebagai pelajar kewangan, saya dibimbing oleh mentor dari barisan kepimpinan bank tersebut yang berpengalaman luas dalam bidang kewangan."Ini memudahkan saya mendapatkan panduan berkaitan kemahiran yang diperlukan dalam dunia pekerjaan nanti," katanya.Nur Amira berkata, peluang bimbingan itu penting terutama apabila memasuki semester seterusnya yang memerlukan pemahaman lebih mendalam dalam bidang pengajian.Pada masa sama, dia berharap dapat membantu pelajar lain yang berdepan cabaran kewangan untuk melanjutkan pengajian pada masa hadapan.Seorang lagi penerima biasiswa, Kan Penny, 21, berkata, bantuan tersebut membolehkannya memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran tanpa perlu terlalu memikirkan soal kewangan.Pelajar Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Malaya itu berkata, biasiswa tersebut turut membuka peluang kepada penerima untuk menyertai pelbagai program pembangunan diri."Ramai beranggapan biasiswa hanya membantu dari segi bayaran yuran pengajian tetapi sebenarnya ia juga memberi peluang untuk perkembangan diri."Sebagai contoh, saya berpeluang menyertai program kepimpinan yang menghimpunkan pelajar dari pelbagai universiti untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan," katanya.Sokongan menyeluruh kepada penerima biasiswaPembangunan kemahiran secara menyeluruh ini merupakan salah satu teras kepada misi GXBank untuk mengasah bakat tempatan |
|
Muda adakan pemilihan sulung parti sesi 2026/2029 hari ini - Sinarharian - 14/03 9:47 am PETALING JAYA - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengadakan pemilihan parti buat kali pertama bagi sesi 2026/2029 menerusi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2025 pada Sabtu.Pemilihan yang bertempat di Bangunan Peladang, di sini dimulakan dengan ucapan dasar dan perasmian oleh Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz pada jam 9 pagi, disusuli sidang media serta sesi bergambar pada jam 11 pagi.Keputusan pemilihan parti dijangka diumumkan kira-kira jam 4.45 petang ini, diikuti sidang media serta sesi bergambar kepimpinan Muda yang baharu bagi sesi 2026/2029.Sebelum pemilihan dijalankan, parti itu bakal membentangkan laporan tahunan serta ucapan daripada perwakilan Muda setiap negeri.Antara pemimpin yang hadir ialah Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), S |
|
500 ahli Bersatu Perak umum keluar parti - Sinarharian - 14/03 9:35 am MANJUNG - Gelombang keluar parti terus melanda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) apabila 500 ahli di beberapa bahagian di Perak mengumumkan meninggalkan parti itu pada Jumaat.Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, pengumuman itu dibuat secara beramai-ramai dengan sebahagian besar melibatkan ahli di Bahagian Lumut.Menurutnya, majoriti yang mengumumkan keluar parti itu merupakan kumpulan teras yang sebelum ini aktif menggerakkan parti di peringkat akar umbi."Sebelum ini kita telah mengenal pasti kira-kira 300 ahli Bahagian Lumut bersetuju meninggalkan Bersatu, dengan pengumpulan tandatangan dilakukan sejak awal Mac."Kalau ikut jumlah keahlian, Lumut ada lebih 2,000 ahli |
|
Pemilihan: Cubaan sulung Muda keluar bayangan Syed Saddiq - FMT - 14/03 9:30 am Pemilihan pertama Muda yang tertangguh sekian lama jadi medan ujian membuktikan parti itu tidak bergantung satu figura sahaja. |
|
Muda seeks to step out of Syed Saddiqs shadow in first party polls - FMT - 14/03 9:30 am Muda holds its long-delayed elections today, in a test of whether the party can prove it no longer revolves around a single personality. |
|
Tak salah beri sedikit keistimewaan kepada Hishammuddin, KJ, kata penganalisis - FMT - 14/03 9:00 am Mazlan Ali kata Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin mempunyai reputasi dan banyak menyumbang kepada parti. |
|
Rumah Bangsa: Kematangan politik, medan bincang isu Melayu - Sinarharian - 14/03 8:59 am KOTA BHARU Gagasan Rumah Bangsa yang diperkenalkan UMNO dilihat sebagai satu kematangan politik negara yang boleh menjadi medan musyawarah dalam membincangkan isu-isu berkaitan Melayu.Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nabil Halimi berkata, pendekatan itu merupakan satu usaha mencari titik pertemuan antara parti-parti politik yang mewakili orang Melayu untuk berbincang secara matang mengenai isu nasional.Menurutnya, landskap politik negara kini memperlihatkan keperluan untuk semua pihak duduk semeja bagi mengukuhkan perpaduan demi kepentingan rakyat tanpa mengira perbezaan parti."Saya fikir ini satu transisi kematangan dan ada keperluan untuk kita duduk bersama, berbincang soal perpaduan dan juga isu-isu yang melibatkan orang Melayu."Walaupun Malaysia sebuah negara berbilang kaum, kita tidak boleh menolak ke tepi isu-isu yang melibatkan masyarakat Melayu termasuk golongan miskin Melayu yang masih memerlukan perhatian," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Moreh dan Bicara Santai anjuran Pertubuhan Prihatin Suara Anak Kelantan bersama Anak Seni Kelantan di Chempaka, di sini pada Jumaat.Mengulas lanjut, Nabil berkata, gagasan tersebut bukanlah jajaran politik baharu, sebaliknya lebih kepada satu inisiatif yang boleh dimanfaatkan."Selari dengan semangat kerjasama yang terjalin dalam kerajaan perpaduan ketika ini yang menyaksikan parti-parti dengan latar belakang berbeza."Kita sendiri tidak pernah sangka Parti Keadilan Rakyat dan UMNO boleh duduk bersama dalam kerajaan, tetapi fasa kematangan itu berlaku," katanya.Pada masa sama, beliau menegaskan isu perkauman tidak seharusnya terus dipolitikkan kerana tindakan sedemikian hanya akan menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.Sebaliknya, kata beliau, perhatian sewajarnya perlu diberikan kepada usaha menangani isu-isu sebenar yang dihadapi rakyat termasuk kemiskinan dan kebajikan golongan memerlukan seperti asnaf."Paling utama ialah memastikan lebih ramai yang berada dalam keadaan susah dapat dibantu," katanya. |
|
Raja Muda Perlis rai kanak-kanak sindrom down - FMT - 14/03 8:59 am Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan mengacau bubur lambuk dan menyampaikan zakat kepada 33 penerima. |
|
Mesyuarat UMNO Johor bincang isu Hishammuddin, Maulizan esok - Mgazette - 14/03 8:06 am # Mesyuarat UMNO Johor bincang isu Hishammuddin, Maulizan esok JOHOR BAHRU - Isu kesediaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kembali ke pangkuan parti dan gesaan tarik balik penggantungan Datuk Maulizan Bujang dijangka menjadi perkara utama dalam Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor esok Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan melihat isu yang membabitkan Naib Presiden UMNO dan bekas Ketua UMNO Bahagian Tebrau itu menjadi keutamaan untuk dibangkitkan |
|
Rumah Bangsa, Sekretariat Musyawarah dua inisiatif berbeza – Ahmad .. - Mgazette - 14/03 8:06 am # Rumah Bangsa, Sekretariat Musyawarah dua inisiatif berbeza - Ahmad Maslan PONTIAN - Konsep Rumah Bangsa dan Sekretariat Musyawarah Parti-Parti Teras Islam, Melayu dan Bumiputera merupakan dua inisiatif berbeza dengan matlamat berlainan |
|
Ada yang cuba halau ‘tuan rumah kami’ tetapi Bersatu tetap .. - Mgazette - 14/03 8:06 am # Ada yang cuba halau 'tuan rumah kami' tetapi Bersatu tetap teguh ISKANDAR PUTERI - Terdapat bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang cuba menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden parti secara tidak beradab dan melampau |
|
PKR tidak pernah berganjak daripada prinsipnya – Anwar - Mgazette - 14/03 8:06 am # PKR tidak pernah berganjak daripada prinsipnya - Anwar KUALA LUMPUR - PKR tidak pernah berganjak daripada prinsip bahawa kemajuan negara mesti dinikmati semua dan tidak hanya berlegar dalam kalangan elit semata, kata Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
PKR teguh prinsip kemajuan negara untuk semua, bukan hanya golongan elit - Anwar - Sinarharian - 13/03 11:55 pm KUCHING - Parti Keadilan Rakyat (PKR) kekal berpegang pada prinsip bahawa kemajuan negara mesti dinikmati oleh semua lapisan rakyat, bukan hanya segelintir golongan elit, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Presiden PKR itu berkata, sejak penubuhan, parti berkenaan menjadi wadah perjuangan untuk membawa perubahan, menegakkan keadilan serta mengangkat martabat rakyat di seluruh negara."Petang tadi saya berkesempatan menghadiri Mini Konvensyen PKR lantas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang peringkat Sarawak."Saya anggap pertemuan bersama keluarga besar parti amat penting kerana PKR tidak sekadar organisasi politik tetapi merupakan wadah yang lahir dari tekad untuk membawa perubahan, menegak keadilan dan mengangkat martabat rakyat seluruhnya," kata beliau dalam hantaran Facebook hari ini.Beliau berkata, PKR juga konsisten membawa suara masyarakat pelbagai kaum dan wilayah, termasuk memperjuangkan isu tanah adat di Sarawak serta kebajikan rakyat di Sabah, Kelantan, Perlis dan Johor.Anwar berkata, negara hanya akan aman dan kuat apabila kepentingan bersama diletakkan sebagai asas perjuangan melangkaui sentimen sempit kaum, daerah mahupun kelompok.Pada konvensyen berkenaan, beliau turut menyeru pimpinan, anggota dan aktivis parti agar terus memperkukuh saf perjuangan serta komited dalam usaha melaksanakan agenda reformasi."Saya turut menegaskan betapa ujian sebenar untuk melaksanakan perubahan atau reformasi adalah pada saat berkuasa, bukan sesudah tidak berkuasa atau telah tersingkir."Saya akui bahawa tidak semua reformasi yang kita dambakan itu dapat kita lakukan secepat yang kita mahu, tapi yang penting kita mesti konsisten dan menginsafi bahawa kita tidak perfect (sempurna) dan menjalankan kerja dengan sebaik dan sedayanya."Kekuatan saya hari ini berpaksi pada kekuatan parti iaitu cabang, ranting, Angkatan Muda serta sayap Wanita yang terus menyemarakkan semangat kita untuk menjelmakan Malaysia yang adil, makmur dan bermaruah," kata beliau |
|
New crane at Tawau Port a boost, but broader upgrades needed, says Warisan man - BorneoPost - 13/03 10:09 pm KOTA KINABALU (March 13): The installation of a new quay crane at Tawau Port is a welcome development, but it should not be viewed as a complete solution to the port’s long-standing infrastructure challenges, said Parti Warisan Supreme Council Member Chen Ket Chuin |
|
Sudah cukup dengan MN, Umno mahu fokus Rumah Bangsa, Annuar diberitahu - FMT - 13/03 8:10 pm Pemimpin Umno Othman Desa berkata cadangan Annuar Musa supaya parti itu dan PAS bekerjasama bawah MN tidak lagi relevan. |
|
Isu Palestin bukan hanya milik umat Islam Mohamad Sabu - Sinarharian - 13/03 4:06 pm KUALA LUMPUR Isu Palestin bukan sekadar masalah umat Islam semata-mata, sebaliknya merupakan isu kemanusiaan sejagat yang mendapat perhatian masyarakat dunia.Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, rakyat di beberapa negara Eropah termasuk di London, United Kingdom, turut mengadakan demonstrasi secara berterusan bagi menyuarakan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.Menurutnya yang merupakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, demonstrasi itu bukan sahaja disertai umat Islam, malah turut melibatkan masyarakat bukan Islam yang prihatin terhadap isu kemanusiaan di Palestin."Masalah Palestin ada dua perkara utama iaitu berkaitan Masjid AlAqsa dan isu kemanusiaan," ujarnya ketika berucap pada Perhimpunan Hari AlQuds Sedunia 2026 di perkarangan Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak, di sini pada Jumaat.Turut kelihatan dalam perhimpunan anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan itu ialah Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid.Hadir sama, Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil, Presiden Parti Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Abbas Salimmi Che Adzmi@Azmi.Mengulas lanjut, Mohamad berkata, tekanan rakyat di negara Eropah menyebabkan beberapa kerajaan di rantau itu mengambil langkah mengutuk tindakan Israel serta memboikot penjualan senjata kepada negara berkenaan.Beliau turut mendakwa beribu-ribu individu pernah ditangkap di London kerana menyertai demonstrasi bagi memperjuangkan pembebasan Palestin."Tindakan masyarakat antarabangsa itu menunjukkan bahawa isu melibatkan Israel dan Zionis bukan hanya berkaitan agama, tetapi menyentuh nilai kemanusiaan sejagat," ujarnya.Dalam pada itu, beliau berkata, Israel yang menunjukkan keangkuhan sejak tahun 1948 kini berdepan cabaran baharu apabila beberapa negara Islam mula membangunkan keupayaan teknologi pertahanan moden.Menurutnya, perkembangan teknologi peperangan seperti penggunaan dron, peluru berpandu dan kecerdasan buatan (AI) kini menjadi sebahagian daripada bentuk peperangan moden."Walaupun berdepan sekatan selama lebih 40 tahun, negara seperti Iran terus menjalankan penyelidikan sehingga mampu membangunkan teknologi pertahanan sendiri," ujarnya.Mohamad berkata, keadaan itu membolehkan Iran bertindak balas terhadap serangan yang didakwa dilakukan oleh Amerika Syarikat dan Israel.Beliau turut memuji pendirian Malaysia yang menurutnya tegas mengutuk serangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran melalui usul yang dibentangkan di Parlimen.Selain Malaysia, jelasnya, beberapa negara lain seperti Sepanyol, Rusia dan China juga dilaporkan mengutuk tindakan berkenaan.Dalam ucapannya, beliau turut mempersoalkan sikap sebahagian negara Arab yang menurutnya berdepan tekanan kerana kewujudan pangkalan tentera Amerika Syarikat di negara masing-masing |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |