| /// |
|
| Search : Parlimen Pas News | Page 1 |
|
Hubungan Pas-UMNO: Tidak perlu ada batu api - Sinarharian - 4/08 3:29 pm Kelangsungan Pas ialah bukti daya tahan organisasinya.Pertama, kerjasama Pas dengan Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional (BN) dari 1973 hingga 1977 tidak berakhir kerana Pas bertindak meninggalkan gabungan tersebut. Pas menyertai kerajaan campuran pada 1 Januari 1973 dan BN pada 1 Jun 1974 selepas dipelawa oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein.Krisis tercetus di Kelantan pada 1977 susulan pertikaian terhadap Menteri Besar Datuk Mohamed Nasir, undi tidak percaya terhadap beliau dan tindakan kerajaan Persekutuan membawa Rang Undang-Undang Darurat Kelantan pada 8 November 1977.Dua belas ahli Parlimen Pas menentang rang undang-undang berkenaan kerana mereka terikat dengan keputusan parti untuk mempertahankan kerajaan Kelantan |
|
PM wajar tangguh PRU-16 jika tak mahu PH kalah PM wajar tangguh PRU-16 .. - Mygazette - 3/08 4:34 pm PASIR GUDANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar menangguhkan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) dalam masa terdekat jika tidak mahu Pakatan Harapan (PH) kalah. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menasihatkan supaya penggal PRU-15 ditamatkan sehingga hujung tahun depan dan selepas itu PRU ke-16 boleh diadakan selewatnya sehingga awal 2028 |
|
Pengundi Melayu ikut strategi Cina, undi tidak berpecah - Mygazette - 3/08 4:34 pm # Pengundi Melayu ikut strategi Cina, undi tidak berpecah PASIR GUDANG - Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada Sabtu lalu didakwa berpunca daripada kebangkitan gelombang tsunami pengundi Melayu. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, tsunami politik berkenaan hingga menyebabkan semua calon Melayu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Parti Amanah Negara (Amanah) tewas |
|
PH mampu beri cabaran sengit dalam PRN Melaka – Hassan - Mygazette - 3/08 4:34 pm # PH mampu beri cabaran sengit dalam PRN Melaka - Hassan PASIR GUDANG - Pakatan Harapan (PH) mampu memberi cabaran sengit dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti kerana UMNO didakwa tidak kuat di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN). Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, ini kerana berdasarkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) UMNO tidak menang sebarang kerusi Parlimen, sekali gus menunjukkan parti tersebut tidak kuat di peringkat DUN |
|
PH boleh beri cabaran sengit pada PRN Melaka - Sinarharian - 3/08 2:18 pm JOHOR BAHRU - Cabaran sengit mampu diberikan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memandangkan UMNO tidak memiliki kekuatan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, dakwaan itu berasas berikutan UMNO tidak menang sebarang kerusi Parlimen di negeri itu, sekali gus menunjukkan parti itu tidak memiliki prestasi baik di peringkat DUN."Parti lain seperti PAS ada dua kerusi Parlimen pada PRU15 manakala DAP dan Parti Keadilan Rakyat juga memiliki kerusi parlimen bagi negeri Melaka."Jadi kedudukan UMNO di Dun Melaka tidak kuat dan boleh dicabar," katanya selepas majlis penyerahan sebuah sampan kepada sukarelawan skuad bencana dan minum pagi bersama-sama komuniti flat Taman Molek di sini pada Isnin.Keyakinqn itu berdasarkan rekod PKR yang pernah dua kali menewaskan Ketua Menteri Melaka mewakili Barisan Nasional di Dun Bukit Katil semasa pilihan raya terdahulu.Justeru, PH perlu menyusun strategi tepat dan tidak mengulangi faktor kekalahan di tiga PRN sebelum ini."PH kena tunjukkan prestasi baik dan tidak perlu strategi yang bukan-bukan |
|
Tsunami Melayu gagalkan PH bentuk kerajaan di Negeri Sembilan - Hassan Karim - Sinarharian - 3/08 2:09 pm JOHOR BAHRU - Kegagalan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada Sabtu didakwa berpunca daripada tsunami Melayu yang menolak gabungan berkenaan.Tiga edisi PRN termasuk di Negeri Sembilan, memberi indikasi jelas sokongan Melayu semakin meningkat terutama kepada Barisan Nasional (BN).Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, kebangkitan tsunami Melayu itu jelas dibuktikan apabila semua calon Melayu yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) tewas.Menurutnya, pengundi Melayu kembali memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan, sekali gus menghalang PH membentuk kerajaan negeri untuk penggal berikutnya."Inilah perkara yang PH perlu sedar dan ambil tahu bahawa kesedaran pengundi Melayu memuncak bermula PRN Johor yang mana mereka mahukan undi Melayu ini jangan berpecah."Mereka belajar daripada pengundi Cina dan memerhatikan bagaimana masyarakat Cina mengundi penuh strategik sehinggakan tidak mengundi MCA sebaliknya memberi tumpuan kepada DAP," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan sebuah sampan kepada sukarelawan skuad bencana dan minum pagi bersama-sama komuniti flat Taman Molek di sini pada Isnin.Hassan berkata, kempen PH yang menekankan aspek prestasi ekonomi, tatakelola dan perancangan kerajaan PH Negeri Sembilan tidak meninggalkan kesan.Menurutnya, isu itu menjadi perkara kedua dan ketiga kerana keutamaan diberikan kepada undi yang tertumpu kepada satu blok sahaja."Sentimen penyatuan Melayu tidak terlawan meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir berkempen dan membawakan isu nasional seperti Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji."Jadi, orang Melayu tolak kempen yang mengemukakan laporan RCI Tabung Haji, bukannya tidak penting tetapi ditangguhkan seketika sebab mahu tukar kerajaan," ujarnya.Justeru menurut Hassan, kesedaran itu wajar dihormati PH terutama PKR berikutan sokongan Melayu yang memuncak kepada BN dan PH perlu meneliti semula untuk kembali mengambil hati pengundi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU16) nanti.Pada PRN Negeri Sembilan Sabtu lalu, PH menang 11 kerusi iaitu sembilan DAP manakala dua lagi PKR sementara Barisan Nasional (BN) 18 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) tujuh kerusi, sekali gus membentuk kerajaan negeri bagi penggal baharu.Sementara itu, PRN Johor menyaksikan BN mendominasi 48 kerusi manakala PH hanya lapan dan PRN Sabah menunjukkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan (Warisan) dan BN memenangi kerusi dipertandingkan. |
|
Belum masanya PRU16, biar nampak hasil dasar ekonomi dulu, kata Hassan - FMT - 2/08 8:00 pm Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, apabila rakyat mula rasa manfaat dasar ekonomi, baru boleh pertimbang bubar Parlimen. |
|
Fadhli ibaratkan PH kini di hujung `tanduk’ - Mygazette - 2/08 4:27 pm KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menggambarkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) berada di hujung `tanduk' dan hanya menunggu masa untuk rebah |
|
Belum masa bubar Parlimen, PKR perlu pulih sokongan rakyat Hassan Karim - Sinarharian - 2/08 3:13 pm JOHOR BAHRU Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mengelak tindakan tergesa-gesa mengadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) ketika momentum politik masih dipengaruhi rentetan kekalahan di beberapa negeri.Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, keputusan mengadakan PRU16 dalam masa terdekat berisiko memberi kesan besar kepada kerajaan Pusat serta jentera parti kerana masih terkesan dengan keputusan pilihan raya di Sabah, Johor dan Negeri Sembilan.Menurut beliau, PKR perlu memberi ruang kepada Kerajaan Madani mentadbir sehingga tempoh mandat penuh sebelum mempertimbangkan pembubaran Parlimen."Jangan menangis PKR |
|
Kerajaan PH kini bagaikan di hujung tanduk, formula BN-PN mampu kuasai Semenanjung - Fadhli Shaari - Sinarharian - 2/08 2:25 pm Tidak guna menyokong pasukan yang hampir pasti tewas. Lagipun ahli Parlimen PH jika ada yang menang tentu sekali tidak akan mohon peruntukan dari kerajaan sebagaimana mereka juga tidak beri peruntukan kepada pembangkang dalam penggal ini," katanya menerusi hantaran di media sosial pada Ahad.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Sabtu mengumumkan BN memenangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya negeri berkenaan.Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, PH pula menang 11 kerusi dan PN tujuh kerusi.Keputusan itu juga menyaksikan pentadbiran PH di negeri beradat itu tumbang selepas dua penggal memegang tampuk kepimpinan di Negeri Sembilan.Dalam pada itu, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut mengajak penyokong dan pemimpin PH supaya bermuhasabah selepas ditolak rakyat pada PRN tersebut."Jangan persalahkan kami dengan memomokkan seolah-olah rakyat terpedaya dengan sentimen perkauman |
|
RCI Tabung Haji: Individu terlibat boleh diheret ke mahkamah secara berjemaah - Sinarharian - 30/07 4:31 pm SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berpandangan ramai pihak boleh diheret secara jemaah ke mahkamah sekiranya siasatan terhadap dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji menemukan bukti berlakunya kesalahan jenayah.Beliau yang juga peguam berkata, siasatan telus perlu dilakukan berdasarkan kepada krisis kewangan serius tahun 2017 yang mendapati institusi itu sebenarnya merekodkan kerugian bersih RM1.4 bilion pada 2017, berbanding keuntungan RM3.4 bilion yang dilaporkan.Menurutnya, berdasarkan pemerhatiannya terhadap laporan itu, terdapat beberapa kemungkinan kesalahan yang wajar disiasat antaranya penipuan kewangan, pemalsuan rekod perakaunan, penipuan, pengagihan hibah tidak sah dan pecah amanah."Bagi saya yang mempunyai sedikit pengalaman undang-undang, mereka yang bertanggungjawab ini ramai, boleh diheret ke mahkamah secara berjemaah, kalau betul ada kes.ARTIKEL BERKAITAN: RCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politikHibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTHRCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikanRCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasaRCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui TH"Saya tidak menuduh sesiapa kerana ia perlu disiasat dan individu yang mungkin dituduh nanti belum tentu bersalah, mereka ada hak untuk membela diri."Negara kita negara hukum, tidak boleh dengan satu laporan RCI ini semuanya terus diheret ke mahkamah dan disumbat ke penjara, tidak begitu, akan disiasat secara telus |
|
RCI TH: Individu terlibat perlu diheret berjemaah ke mahkamah – .. - Mygazette - 30/07 4:12 pm # RCI TH: Individu terlibat perlu diheret berjemaah ke mahkamah - Hassan KUALA LUMPUR - Sesiapa sahaja yang didapati bersalah dalam isu salah urus kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) perlu bersedia diheret secara berjemaah ke muka pengadilan, demikian menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim |
|
Isu pencerobohan tanah: 'Apa sebenarnya telah diselesaikan' - Ahmad Fadhli - Sinarharian - 25/07 1:34 pm Jika masih terdapat keputusan pentadbiran yang tertangguh, atas asas apakah Aminuddin meminta rakyat 'berterima kasih' kerana kononnya kerajaan negeri telah menyelesaikan isu tersebut?"Apakah sebenarnya yang sudah diselesaikan dan apakah yang masih belum selesai?," katanya dalam satu hantaran Facebook pada Sabtu.Sebelum ini, tular di media sosial sepucuk surat bertarikh 18 Julai 2022 yang didakwa dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan kepada Pegawai Daerah Seremban berhubung aduan bertajuk 'Pencerobohan Tanah Kerajaan Yang Semakin Berleluasa'.Surat itu memaklumkan Pejabat Menteri Besar telah menerima aduan mengenai dakwaan pencerobohan tanah kerajaan yang didakwa berlaku di bawah pimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP sebelum aduan itu dipanjangkan kepada Pegawai Daerah Seremban untuk perhatian dan tindakan lanjut mengikut minit arahan Menteri Besar.Bagaimanapun, Sinar Harian melaporkan Aminuddin meminta supaya mana-mana pihak tidak sepatutnya menjadikan isu pencerobohan tanah kerajaan di beberapa kampung di Seremban sebagai modal politik, lebih-lebih lagi semasa tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.Dalam pada itu, Ahmad Fadhli berpandangan, tindakan Aminuddin membangkitkan isu kebocoran dokumen sebagai cubaan mengalihkan perhatian daripada kandungan surat dan hasil siasatan yang diarahkan."Sekiranya pentadbiran beliau telus, beliau hanya perlu mengesahkan ketulenan dokumen, membentangkan kronologi tindakan dan menjelaskan hasil siasatan. Tumpuan terhadap kebocoran surat tidak boleh menggantikan kewajipan menjawab kandungannya," ujarnya lagi.Justeru, Ahli Parlimen Pasir Mas itu menggesa kerajaan Negeri Sembilan memberikan jawapan bertulis terhadap tujuh persoalan yang dibangkitkan, termasuk status laporan siasatan, dapatan penuh siasatan, hasil siasatan dan sebagainya.Beliau turut mempersoalkan mengapa tiada tindakan undang-undang diumumkan sekiranya pencerobohan tanah kerajaan telah disahkan, selain meminta penjelasan berhubung dakwaan yang mengaitkan beberapa ADUN DAP dan status penyelesaian baki rumah yang masih belum dimuktamadkan.Ahmad Fadhli menegaskan isu berkenaan bukan serangan terhadap mana-mana kaum atau keluarga miskin, sebaliknya melibatkan soal amanah, integriti dan kesaksamaan dalam pelaksanaan undang-undang."Kerajaan yang mendakwa membawa reformasi dan ketelusan mesti bersedia menjawab soalan-soalan yang ditanya, bukan hanya memuji tindakannya sendiri," kongsinya lagi. |
|
PH paling rugi jika persefahaman BN-PN jadi kenyataan - Ahmad Fadhli - Sinarharian - 25/07 11:00 am SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) bakal menjadi pihak yang paling rugi sekiranya persefahaman antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) direalisasikan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ada pihak mendakwa BN akan rugi menjalinkan persefahaman dengan PN, manakala sebahagian lagi berpandangan Pas pula yang akan menerima kesan negatif.Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berpandangan, hakikat sebenar ialah PH bakal menjadi pihak yang paling terjejas."Seorang kata BN rugi menjalinkan persefahaman dengan PN |
|
Dokumen tular: Pas desak MB Negeri Sembilan tampil beri penjelasan pencerobohan tanah - Sinarharian - 24/07 10:21 am PUTRAJAYA Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun didesak memberi penjelasan berhubung dokumen tular mengenai aduan Pencerobohan Tanah Kerajaan Yang Semakin Berleluasa yang didakwa di bawah pimpinan ADUN DAP.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan kerajaan negeri perlu menjawab dua persoalan utama secara terbuka iaitu sama ada dokumen yang tersebar itu tulen dan benar-benar berasal daripada Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan serta agensi kerajaan yang dinamakan.Menurut beliau, sekiranya dokumen itu palsu, kerajaan negeri perlu menyatakan perkara tersebut dengan tegas dan membuat laporan kepada pihak berkuasa memandangkan penggunaan kepala surat, nombor rujukan, tandatangan, cop jabatan serta nama pegawai kerajaan secara palsu merupakan perkara serius."Bagaimanapun jika dokumen-dokumen itu tulen, apakah hasil siasatan yang diarahkan pada Julai 2022? Rakyat berhak mengetahui sama ada satu jawatankuasa atau pasukan siasatan telah ditubuhkan, pemeriksaan tapak dilakukan, status pemilikan tanah dikenal pasti serta sama ada tindakan penguatkuasaan atau pendakwaan telah diambil," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, kerajaan negeri juga perlu menjelaskan sama ada mana-mana struktur atau penempatan didapati dibina tanpa kebenaran, bekalan air dan elektrik diperoleh melalui prosedur yang sah, selain sama ada mana-mana pegawai kerajaan, ahli majlis, wakil rakyat atau pihak lain telah dipanggil untuk memberikan keterangan.Beliau turut mempersoalkan sama ada aduan mengenai wang "settlement" atau unsur rasuah telah dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selain tindakan penguatkuasaan, pendakwaan, pengosongan tanah atau pemulihan tanah kerajaan telah dilaksanakan."Rakyat juga berhak mengetahui sama ada laporan siasatan yang diarahkan itu telah disiapkan serta dikemukakan kepada Menteri Besar."Jika siasatan mendapati dakwaan tersebut tidak berasas, hasil itu juga wajar diumumkan bagi membersihkan nama individu dan institusi yang dikaitkan."Sebaliknya, jika terdapat asas kepada mana-mana dakwaan, tindakan undang-undang perlu diambil tanpa mengira kedudukan, jawatan atau hubungan politik pihak yang terlibat," ujar beliau.Terdahulu, tular di media sosial sepucuk surat bertarikh 18 Julai 2022 yang didakwa dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan kepada Pegawai Daerah Seremban berhubung aduan bertajuk Pencerobohan Tanah Kerajaan Yang Semakin Berleluasa.Surat berkenaan memaklumkan Pejabat Menteri Besar telah menerima aduan mengenai dakwaan pencerobohan tanah kerajaan yang didakwa berlaku di bawah pimpinan ADUN DAP sebelum aduan itu dipanjangkan kepada Pegawai Daerah Seremban untuk perhatian dan tindakan lanjut mengikut minit arahan Menteri Besar.Turut tersebar bersama surat itu ialah salinan aduan yang mendakwa berlaku pencerobohan tanah kerajaan di beberapa lokasi sekitar Seremban termasuk Kampung Pasir, Kampung Ismail, Rasah dan Rahang, selain mengandungi pelbagai dakwaan lain termasuk berkaitan penyalahgunaan pengaruh politik, permintaan wang "settlement" serta pembekalan utiliti kepada kawasan yang didakwa diceroboh.Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, kerajaan negeri tidak seharusnya berdiam diri atau sekadar menyifatkan penyebaran dokumen tersebut sebagai permainan politik."Cara terbaik untuk menghentikan spekulasi ialah melalui pengesahan dokumen dan penerbitan hasil siasatan, tertakluk kepada keperluan undang-undang serta perlindungan terhadap siasatan yang masih berjalan."Aminuddin wajib memberikan penjelasan yang jelas, lengkap dan bertanggungjawab |
|
DAP bimbang penyatuan ummah di Negeri Sembilan - Ahmad Fadhli - Sinarharian - 23/07 3:14 pm SHAH ALAM - Pimpinan utama Pakatan Harapan (PH) terutamanya DAP mula menunjukkan reaksi tidak senang dengan realisasi penyatuan ummah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, dakwa Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari.Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, PH dan DAP menyedari hakikat bahawa sekiranya rakyat benar-benar menterjemahkan penyatuan ummah di atas kertas undi, kedua-duanya bakal tersungkur dalam pilihan raya kali ini.Lebih-lebih lagi menurutnya, trend pengundian masyarakat Cina terhadap DAP semakin menurun sejak pilihan raya di Sabah, Johor dan tidak mustahil berulang di Negeri Sembilan."Keadaan ini sudah cukup untuk membimbangkan DAP, kerusi selamat sedia ada pun mungkin tidak lagi stabil."Apabila koalisi penyatuan ummah dibentuk, gelombang penolakan terhadap DAP semakin membarah dan kuat," katanya di Facebook pada Khamis.Pada 16 Julai lalu, PN mengumumkan bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Negeri Sembilan yang bakal berlangsung 1 Ogos ini.Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika Majlis Pengumuman Calon PN Negeri Sembilan di Kompas Kampung Ismail, Seremban.ARTIKEL BERKAITAN:'Ada sesuatu yang tak kena dalam Kerajaan Perpaduan' - KJ'Kerjasama UMNO, Pas mampu bentuk Kerajaan Selangor' - Noh Omar'Selepas Johor, parti Rafizi akan dimalukan lagi di Melaka' - Penganalisis'Menggelupur sangat bila kita nak bersatu' - Akmal Saleh bidas AMKPH tawar manifesto yang bukan sekadar janji - AminuddinMenurut beliau, daripada 11 kerusi yang ditandingi, sebanyak lima kerusi diperuntukkan kepada Pas, empat Parti Wawasan Rakyat (Wawasan), satu Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan satu Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).Pada masa sama, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan, gabungan itu melengkapkan 'puzzle' kerusi yang tidak ditandingi Barisan Nasional (BN) yang mana parti itu hanya meletakkan calon di 25 DUN.Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berpendapat bahawa sasaran 23 kerusi dalam pilihan raya kali ini adalah realistik."Sebanyak 14 kerusi yang dimenangi oleh UMNO dalam PRN lalu, tiga kerusi Pas dan dua kerusi di DUN Gemenceh dan Gemas mempunyai harapan yang tinggi untuk dimenangi BN serta PN, menjadikannya keseluruhan 19 kerusi."Empat lagi DUN dalam situasi terbuka dan berpotensi untuk dimenangi BN mahupun PN kerana mempunyai majoriti Melayu yang tinggi |
|
Negeri Sembilan akan tenang, damai selepas PRN - Hassan Karim - Sinarharian - 15/07 5:13 pm JOHOR BAHRU Pilihan Raya Negeri Sembilan ke-9 (PRN9) dijangka menjadi titik noktah kepada segala kemelut politik yang berlaku di negeri itu apabila keputusan rakyat melalui peti undi bakal menentukan hala tuju pentadbiran negeri.Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, penyertaan semua parti politik dalam PRN berkenaan secara tidak langsung menunjukkan pengiktirafan terhadap proses pilihan raya serta keabsahan kerajaan negeri sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN)."Dengan menyertai PRN tersebut, maka semua parti-parti politik yang bertanding termasuk Pakatan Harapan ( PKR, DAP dan Amanah); BN dan PN melalui tindakan mereka itu (by conduct), dari segi undang-undang telah mengiktiraf sepenuhnya Pilihanraya Negeri Sembilan ini yang Hari Mengundi pada hari Sabtu 01 Ogos 2026."Dengan mengiktiraf PRN Negeri Sembilan ia membawa makna semua parti-parti politik itu mengiktiraf keabsahan Kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Menteri Besar Aminuddin Harun sebelum pembubaran DUN Negeri Sembilan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurut Hassan, Aminuddin merupakan individu yang menasihati Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir supaya DUN dibubarkan pada 4 Jun lalu.Katanya, tindakan Tuanku Muhriz memperkenankan pembubaran DUN serta memberi laluan kepada PRN9 turut memperlihatkan pengiktirafan terhadap peranan institusi Raja Berperlembagaan negeri itu."Dengan memasuki PRN Negeri Sembilan semua parti politik yang bertanding juga telah mengiktiraf legitimasi Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah," katanya.Hassan berkata, selepas PRN Negeri Sembilan selesai, segala pergolakan politik, perebutan kuasa dan pertikaian yang mengheret institusi adat Minangkabau di Negeri Sembilan diharap dapat terlerai."Segala pergolakan yang berlaku di ruang istana, koridor kuasa dan Dewan Negeri akhirnya akan diselesaikan di peti undi |
|
Siapa kata Anwar tidak turunkan harga minyak? Siapa kata Anwar tidak .. - Mygazette - 14/07 3:49 pm KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menunaikan janjinya untuk menurunkan harga minyak susulan pelaksanaan subsidi bersasar bagi petrol RON95 dan diesel. Lantaran itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, beliau sanggup untuk berbahas atau berdebat dengan sesiapa sahaja terutama ahli-ahli Parlimen pembangkang yang menyatakan perdana menteri tidak mengotakan janjinya |
|
PM sudah tunaikan janji turunkan harga minyak - Hassan Karim - Sinarharian - 14/07 3:17 pm JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menunaikan janji untuk menurunkan harga minyak menerusi pelaksanaan subsidi petrol dan diesel bersasar.Beliau berkata, fakta menunjukkan harga bahan api di Malaysia kekal antara yang terendah berbanding kebanyakan negara lain, selain bekalan petrol, diesel dan gas asli kekal mencukupi walaupun berlaku ketegangan geopolitik di Timur Tengah."Biarlah fakta yang bercakap |
|
Pas tak akan bergabung dengan pasukan lawan jaringkan gol sendiri – .. - Mygazette - 14/07 8:11 am Liga berikutnya di Negeri Sembilan akan menyaksikan Pas mengotakan janji ini, kata Ketua Penerangan Pas, Fadhli Shaari. Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, ada yang kata Pas selalu tukar tiang gol namun hakikatnya parti itu tetap akan berusaha menjaringkan gol di gawang lawan dan tidak akan sama sekali jaringkan gol sendiri |
|
Kerjasama UMNO-Pas: Fadhli Shaari guna analogi bola sepak - Sinarharian - 13/07 8:32 pm SHAH ALAM Pas menegaskan parti itu tidak mengubah matlamat perjuangannya meskipun berdepan pelbagai persepsi bahawa ia sering menukar pendirian dalam percaturan politik.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, perkara itu hanyalah penyesuaian dari segi strategi, barisan pemain dan pendekatan bagi memastikan parti terus bergerak ke arah matlamat yang ditetapkan."Ada yang kata Pas selalu tukar tiang gol. Hakikatnya, Pas tetap akan berusaha menjaringkan gol ke gawang lawan dan tidak akan sama sekali menjaringkan gol sendiri."Dalam proses menjaringkan gol itulah strategi, pemain, bahkan jurulatih sekalipun sentiasa perlu ditukar ganti jika perlu," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, Pas akan terus berusaha mencapai sasaran selagi tempoh perjuangan masih berjalan."Jangan bimbang, selagi 90 minit belum berakhir, matlamat menjaringkan gol ke gawang lawan tetap diteruskan."Pasukan Pas tidak akan bergabung dengan pasukan lawan untuk menjaringkan gol sendiri," katanya lagi.Beliau turut memberi bayangan bahawa pendirian tersebut akan diuji pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan."Liga berikutnya di Negeri Sembilan akan menyaksikan Pas mengotakan janji ini," katanya.Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr |
|
Pembebasan Syed Saddiq: 'Tahniah bro, boleh pandang ke depan. Kami tunggulah kot-kot sampai kad' - Sinarharian - 13/07 12:24 am SHAH ALAM Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas keputusan akhir mahkamah membebaskannya daripada pertuduhan.Ahmad Fadhli berkata, beliau secara peribadi bersyukur dengan keputusan tersebut selain berpandangan tiada bukti menunjukkan berlaku penggunaan peribadi terhadap dana yang menjadi pertikaian dalam kes berkenaan."Tahniah bro YB Syed Saddiq |
|
'PRN Negeri Sembilan akan ulangi penolakan Melayu terhadap PH' - Ahmad Fadhli - Sinarharian - 12/07 8:30 pm Terpulanglah dan teruskanlah."Apa yang penting ialah, PRN Negeri Sembilan akan mengulangi semula penolakan besar-besaran orang Melayu terhadap PH insya-ALLAH. Tunggu dan lihatlah nanti," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad.Beliau berkata demikian mengulas mengenai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang dilapor menyalurkan peruntukan berjumlah RM430.26 juta kepada Negeri Sembilan bagi melaksanakan 80 projek pembangunan utama di seluruh negeri itu.Menterinya, Nga Kor Ming berkata, peruntukan tersebut disalurkan sejak tahun 2023 bagi pelaksanaan projek-projek melibatkan pelbagai sektor termasuk pembinaan dan penyenggaraan infrastruktur awam, perumahan rakyat, pembangunan landskap, rumah ibadat bukan Islam (RIBI), pembangunan kampung baharu serta pelbagai kemudahan di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT).Keputusan PRN Johor pula menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan mandat mentadbir Johor selepas memenangi 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus membentuk semula kerajaan negeri dengan majoriti lebih besar.Kemenangan itu memperlihatkan BN menambah lapan kerusi berbanding 40 kerusi yang dimenangi pada 2022 sekali gus kali gus menguasai majoriti dua pertiga DUN Johor.Suruhanjaya Pilihan Raya mengeluarkan keputusan lengkap pada kira-kira jam 1 pagi Ahad, dengan yang terakhir diperoleh ialah DUN Puteri Wangsa sekali gus menyaksikan PH menang di lapan kerusi.Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, peruntukan RM116 juta seperti yang tertulis di replika cek dalam gambar berita terbabit ialah untuk tahun 2026 sahaja."Sebahagiannya tentulah sudah dibelanjakan untuk tujuan pembangunan kerana sekarang sudah bulan Julai, sebahagiannya lagi mungkin masih dalam proses untuk diagihkan ke negeri."Tetapi memandangkan kerana PRN (Negeri Sembilan) sudah dekat, jumlah ini ditulis semula dan ditayangkan di replika cek untuk Menteri KPKT - yang berjanji mahu letak jawatan jika UMNO menang besar di Johor - tayang wajahnya dan diambil gambar," dakwanya lagi. |
|
Apakah Kor Ming akan tunaikan janji? -Fadhli Shaari - Mygazette - 12/07 7:15 pm "Adakah akan dikotakan janji ini?" soalnya dalam satu hantaran di Facebook beliau malam ini. Pada hantaran tersebut, Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut memuat naik tangkap layar berita yang memetik kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang mengatakan akan letak jawatan jika UMNO menang besar dan Datuk Seri Najib Razak dibebaskan |
|
Bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh meninggal dunia - Sinarharian - 10/07 8:50 pm PASIR PUTEH - Bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh dari Barisan Nasional (BN), Datuk Che Min Che Ahmad meninggal dunia di rumahnya di Kampung Nara di sini pada Jumaat.Allahyarham yang berusia 79 tahun itu juga merupakan bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pasir Puteh mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 3 petang.Cucu saudaranya, Nur Zirahaida Sohok, 37, berkata, Allahyarham ditemukan tidak sedarkan diri di dalam bilik air oleh ahli keluarga."Datuk saudara baharu pulang dari Bangi, Selangor pagi tadi ke kampung untuk menghadiri kenduri arwah bapa saya iaitu anak saudaranya ke 100 hari pada hari ini (Jumaat)."Pagi tadi saya ada menghubunginya tanya hendak makan apa untuk sarapan, namun dia bagitahu penat dan tidak mahu makan serta hendak tidur," katanya ketika dihubungi.Menurut Nur Zirahaida, biasanya Allahyarham tidak begitu, kerana dia seorang yang mengambil berat serta aktif dan tidak pernah kenal erti penat walaupun sudah berusia.Ujarnya, kami menyedari tentang ketiadaannya apabila Allahyarham tidak hadir ke kenduri."Kami periksa di rumah mendapati terdengar bunyi air di dalam tandas namun apabila dipanggil tiada suara yang menyahut."Sehinggalah ada ahli keluarga buka pintu tandas dan mendapati datuk saudara sudah tidak sedarkan diri," katanya.Sementara itu Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham"Dengan penuh rasa dukacita, saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Che Min Che Ahmad, mantan Ahli Parlimen Pasir Puteh, yang telah kembali ke rahmatullah."Allahyarham merupakan seorang tokoh yang banyak menabur bakti kepada masyarakat dan negara sepanjang penglibatan beliau dalam dunia politik serta khidmat kepada rakyat," katanya dalam satu hantaran di Facebook.Menurut beliau, jasa dan sumbangan Allahyarham akan sentiasa dikenang sebagai sebahagian daripada sejarah perjuangan yang memberi manfaat kepada ramai."Saya mendoakan agar ALLAH SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan yang telah dilakukan serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh."Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga |
|
Ahmad Fadhli cabar Ahli Parlimen Kampar berdebat isu tanah Orang Asli, moral di Kelantan - Sinarharian - 8/07 5:53 pm SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mencabar Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin berdebat berhubung isu pencerobohan tanah Orang Asli serta jenayah seksual kanak-kanak dan HIV di Kelantan.Beliau berkata, cabaran itu dibuat selepas tidak diberi peluang untuk bangun menjawab kenyataan Ahli Parlimen Kampar ketika isu berkenaan dibahaskan di Dewan Rakyat."Saya cabar Ahli Parlimen Kampar untuk berdebat di luar Parlimen dalam mana-mana platform khususnya dalam tajuk isu-isu hak asasi dan moral di Kelantan sebagaimana yang beliau nyatakan di dalam Dewan tadi."Apabila saya bangun, tidak memberikan laluan kepada saya untuk respon |
|
Pemuda Pas Kampar selar Chong Zhemin lebih bangkitkan isu Kelantan di Parlimen - Sinarharian - 8/07 5:10 pm KAMPAR Pemuda Pas Kampar menyelar tindakan Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin yang didakwa lebih banyak membangkitkan isu berkaitan rakyat Kelantan dalam perbahasan di Parlimen pada Rabu berbanding memberi tumpuan kepada pelbagai masalah yang dihadapi penduduk di kawasan sendiri.Ketua Pemuda Pas Kampar, Abdul Hadi Azman berkata, pihaknya memandang serius tindakan wakil rakyat DAP itu yang membangkitkan isu pencerobohan tanah Orang Asli serta jenayah seksual kanak-kanak dan HIV di Kelantan sedangkan masih banyak isu tempatan yang belum diselesaikan.Menurutnya, sebagai wakil rakyat yang menang Kampar, Zhemin seharusnya menggunakan platform Parlimen untuk memperjuangkan kebajikan dan kepentingan rakyat di kawasan yang diwakilinya."Sehingga hari ini tidak ada usaha konkrit daripada Ahli Parlimen Kampar untuk menyelesaikan banyak isu melibatkan kebajikan dan kepentingan rakyat di Kampar."Antaranya ialah status pembinaan Hospital Kampar yang baharu, masalah infrastruktur yang usang, ketiadaan pelan jangka panjang menangani banjir kilat serta dakwaan pencerobohan tanah Orang Asli di Kampung Air Terjun Batu Berangkai yang dikatakan masih belum selesai," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Abdul Hadi berkata, selain isu hospital, penduduk juga berdepan masalah akses jalan raya di kampung tradisional Melayu dan kampung baharu Cina serta masalah haiwan ternakan berkeliaran yang menurutnya memerlukan perhatian segera.Beliau mendakwa Zhemin lebih gemar membangkitkan isu melibatkan Kelantan berbanding memberi fokus kepada pembangunan dan penyelesaian masalah di Perak khususnya Kampar."Mandat rakyat bukan tiket untuk berpolitik siang malam atau mencari salah di tempat lain sedangkan kawasan sendiri tidak dijaga dengan baik."Gunakan kedudukan di Parlimen untuk menyuarakan isu setempat, bukannya demi kepentingan politik yang tidak membawa manfaat kepada rakyat Kampar," katanya.Dalam pada itu, beliau turut menyatakan sokongan sekiranya diadakan debat antara Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari dan Zhemin yang dicadangkan dianjurkan oleh pihak ketiga termasuk Sinar Harian.Terdahulu dalam perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi Tahun 2024 di Parlimen, Zhemin membangkitkan tiga perkara iaitu hak Orang Asli terhadap tanah, hutan dan air, hak kesihatan rakyat dalam isu HIV/AIDS serta perlindungan kanak-kanak dari jenayah seksual.Dalam perbahasan tersebut, Zhemin mengambil beberapa contoh kes berlaku di Kelantan membabitkan isu Orang Asli, HIV/AIDS dan jenayah seksual di negeri berkenaan.Fadhli cuba mencelah perbahasan berkenaan namun tidak dibenarkan Zhemin sehingga tamat tempoh.Sementara itu, Fadhli dalam satu video yang dimuat naik menerusi akaun Facebooknya membidas tindakan wakil rakyat DAP itu.Beliau turut mencabar Zhemin untuk berdebat mengenai isu dibangkitkan dan mencadangkan agar Sinar Harian menyediakan platform bagi tujuan tersebut. |
|
Fadhli cabar Ahli Parlimen DAP debat isu Orang Asli, HIV di Kelantan - FMT - 8/07 4:11 pm Ahli Parlimen Pasir Mas tak puas hati tidak diberi peluang jawab dakwaan Chong Zhemin berkait isu di Kelantan. |
|
Ahmad Maslan dah hilang kemahiran berpantun, kata Ahmad Fadhli - Sinarharian - 8/07 2:18 pm SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengulang siar video Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan ketika turun berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Ahad lalu.Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook pada Rabu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, Ahmad Maslan seolah-olah 'hilang kemahiran berpantun' sejak akhir-akhir ini sedangkan umum mengetahui beliau jaguh menjual dan membeli pantun."Dah hilang sikit kemahiran berpantun Tok Mad Maslan sejak akhir-akhir ini," katanya dalam nada mengusik.Berdasarkan petikan video pendek itu, Ahmad Maslan dilihat mengulangi rangkap pantun popular yang pernah digunakannya ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada September 2019.Ia kononnya bertujuan menarik sokongan pengundi menentang gabungan Pakatan Harapan (PH) pada ketika itu.Bagaimanapun dalam kempen PRN Johor kali ini, Ahli Parlimen Pontian itu menukar rangkap terakhir pantun kepada; jika tuan pergi memancing, jangan lupa membawa umpan, jika tak mahu kena kencing, jangan sokong 'parti itu'.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar perempuan kena tikam di sekolahKes tikam pelajar: Mangsa diberi rawatan, suspek pula ditahan polis-JPNRemaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis'Anak saya ditikam 14 hingga 16 kali' - Bapa pelajar ditikam di sekolahRemaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polisPelajar ditikam ketika waktu rehat, selepas beli roti di kantinKes tikam di sekolah: Suspek pelajar perempuan disiasat cubaan bunuhSuspek kes tikam pelajar direman empat hariKes tikam pelajar: Peguam sahkan suspek OKU"Macam tak kena je pantun itu?" seloroh Ahmad Maslan ketika program sembang santai bersama pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sawah Ring Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir.Situasi itu mengundang gelak tawa dalam kalangan penyokong Barisan Nasional (BN) memandangkan PRN Johor ke-16 menyaksikan PH dan BN bertanding secara berasingan di semua 56 kerusi DUN.Kedua-dua gabungan bekerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, namun situasi politik di peringkat negeri Johor menyaksikan parti bertembung sesama sendiri.Meskipun empat baris pantun itu menjadi memori politik yang melucukan, naratif dan pendirian parti disesuaikan dengan realiti pentadbiran negara masa kini, malah ia masih diguna pakai sebagai modal kempen. |
|
'Itu peluru kapur, cuba lagi' - Ahmad Fadhli - Sinarharian - 7/07 10:20 pm SHAH ALAM Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menafikan dakwaan beliau memiliki kereta Mercedes selepas menjadi sasaran serangan di media sosial.Beliau berkata, serangan itu tercetus susulan laporan di Facebook dan TikTok Harakahdaily mengenai ketibaannya ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Pas Kawasan Gombak, dua hari lalu.Menurutnya, kenderaan Mercedes yang dilihat dinaiki ketika tiba di lokasi program itu bukan miliknya, sebaliknya kepunyaan seorang ahli Pas Kawasan yang digunakan untuk membawanya dari Pejabat Pas Hulu Klang ke majlis berkenaan.Ahmad Fadhli berkata, beliau bertolak dari Kota Bharu ke Gombak dengan menaiki bas Naza Ekspress pada jam 11 malam di tempat duduk 8A sebelum tiba di Terminal Bersepadu Gombak (TBG) pada jam 5.30 pagi."Urus setia datang menjemput saya dan membawa saya ke Pejabat Pas Hulu Klang untuk bersiap serta bersarapan sebelum bergerak ke lokasi program."Kereta tersebut milik ahli Pas Kawasan dan hanya digunakan untuk membawa saya dari Pejabat Pas ke lokasi program," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Selasa.Beliau berkata, penggunaan bas ekspres merupakan antara pengangkutan yang lazim digunakan oleh sebahagian Ahli Parlimen Pas ketika sidang berlangsung, selain kapal terbang atau kereta api bagi perjalanan ke utara.Jelasnya, kenderaan peribadi ditinggalkan di Kuala Lumpur kerana kaedah itu lebih menjimatkan masa dan tenaga, selain membolehkan kewangan digunakan untuk urusan lain yang lebih memerlukan.Beliau berkata, pada asalnya tidak berhasrat mendedahkan perkara itu kerana menganggap ia bukan sesuatu yang wajar dibanggakan."Tapi jika nak kata kami bermewah-mewah guna kereta peribadi yang mahal, itu peluru kapur lah.. |
|
'Kenapa tak boleh sentuh isu Najib?' - Fadhli persoal amaran Anwar - Sinarharian - 6/07 2:41 pm SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak dijadikan platform bagi membawa agenda pembebasan mana-mana banduan.Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mendakwa, ia memandangkan Pakatan Harapan (PH) sendiri pernah menjadikan pembebasan Anwar sebagai agenda kempen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)."PMX berkali-kali menyatakan bahawaPRN Johor tidak boleh dijadikan modal untuk kempen pilihan raya negeri Johor |
|
Imej PM, PH tercalar jika kalah PRN Johor -Hassan - Mygazette - 6/07 7:32 am # Imej PM, PH tercalar jika kalah PRN Johor -Hassan PASIR GUDANG Imej politik Datuk Seri Anwar Ibrahim berisiko untuk tercalar sekiranya Pakatan Harapan (PH) tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke 16. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, ini kerana PRN tersebut menampilkan dua panglima perang iaitu Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor |
|
Ahmad Fadhli persoal kerajaan diam diri isu 'mafia korporat', Bloomberg - Sinarharian - 5/07 5:50 pm SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sikap berdiam diri pihak kerajaan berhubung beberapa isu semasa membabitkan dakwaan salah laku, termasuk dakwaan kewujudan 'mafia korporat' dan laporan agensi berita antarabangsa, Bloomberg.Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya, beliau membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempersoalkan tindakan parti-parti politik yang didakwa berpakat untuk menjatuhkan beliau.Ahmad Fadhli mendakwa, situasi yang berlaku pada hari ini adalah berbeza berbanding sewaktu Perdana Menteri berada di blok pembangkang dahulu."Dulu ketika Datuk Seri berusaha jatuhkan orang lain, baik pula alasannya. Tiba-tiba hari ini apabila tiba giliran orang lain sebagai pembangkang, eh tak boleh pula?" katanya dalam hantaran tersebut pada Ahad.Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut menambah, sekiranya pihak kerajaan benar-benar serius dalam usaha membanteras gejala rasuah, tindakan mahkamah sewajarnya telah diambil terhadap agensi berita asing berkenaan atas laporan yang dikeluarkan sebelum ini."Jika benar Datuk Seri serius untuk membanteras rasuah, tidak akan timbul isu mafia korporat dan Bloomberg tentu sekali akan disaman di mahkamah atas pelbagai tohmanan terhadap kerajaan |
|
Anwar undang risiko, jika BN menang imej PH dan PM tercalar - Hassan Karim - Sinarharian - 5/07 5:03 pm PASIR GUDANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berdepan risiko imej politik tercalar sekiranya Pakatan Harapan (PH) ditakdirkan tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke 16.Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, PRN Johor ini telah mempamerkan dua panglima perangBeliau menyifatkan, PH menonjolkan Anwar sendiri sebagai panglima manakala Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai jeneral di barisan hadapan."Anwar Ibrahim seorang Perdana Menteri kerajaan Pusat manakala Onn Hafiz hanya seorang menteri besar sebuah kerajaan negeri."Di sinilah letaknya risiko yang dihadapi oleh Anwar |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |