///
See Also: Shutterstock

Search : Parlimen Kinabatangan News   Page 1    





DBKL nafi keluar iklan turap jalan untuk kontraktor bukan Bumiputera - Mgazette - 12/01 8:05 am

# DBKL nafi keluar iklan turap jalan untuk kontraktor bukan Bumiputera KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan iklan perolehan Cadangan Kerja-Kerja Pengisaran Dan Penurapan Semula Jalan Di Kawasan Parlimen-Parlimen Dalam Wilayah Persekutuan turut dibuka kepada kontraktor bukan Bumiputera





Parlimen Kinabatangan luas, jadi cabaran UMNO pertahan kerusi - Mgazette - 12/01 8:05 am

# Parlimen Kinabatangan luas, jadi cabaran UMNO pertahan kerusi PONTIAN - Faktor kawasan luas akan menjadi antara cabaran jentera UMNO mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dan Parlimen Kinabatangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 24 Januari ini





'Kenalah hormat kawan juga', Afnan Hamimi selar rakan komponen PN - Sinarharian - 11/01 7:41 pm

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyelar pihak tertentu yang menggesa agar partinya menghormati ketetapan komponen Perikatan Nasional (PN) berhubung pelantikan pengerusi baharu.Meskipun tidak menyebut secara langsung pihak yang dimaksudkannya, namun kenyataan itu dipercayai merujuk kepada gesaan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhammad Hilman Idham yang sebelum ini meminta semua pihak memberi ruang kepada parti komponen membuat ketetapan berhubung perkara berkenaan.Afnan Hamimi berkata, sekiranya Bersatu inginkan penghormatan, parti tersebut juga mesti menghormati rakan dalam PN, khususnya Pas.Ahli Parlimen Alor Setar itu turut membangkitkan isu di mana Bersatu sebelum ini mengumumkan pemimpinnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon tunggal untuk menjadi Perdana Menteri, seolah-olah tidak menghormati ketetapan parti sekutunya."Umum pula di depan batang hidung kawan dalam majlis yang kamu jemput sebagai tetamu





BigBen diaktifkan, KKR sedia bajet khas kerosakan infrastruktur akibat .. - Mgazette - 11/01 5:40 pm

# BigBen diaktifkan, KKR sedia bajet khas kerosakan infrastruktur akibat banjir PONTIAN - Kementerian Kerja Raya (KKR) sudah mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana (BigBen) di ibu pejabat kementerian itu dan di semua pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri bagi menyelaras maklumat dan pemantauan di kawasan banjir





PRK Kinabatangan: Mohd Naim pilihan tepat ada pengaruh, pengalaman - Mgazette - 11/01 5:40 pm

# PRK Kinabatangan: Mohd Naim pilihan tepat ada pengaruh, pengalaman PONTIAN - Pemilihan Mohd Naim Kurniawan Moktar sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan adalah tepat berdasarkan pengaruh dan pengalamannya dalam politik





Khalib dilantik Timbalan Pengerusi PN Pahang yang baharu Khalib dilantik .. - Mgazette - 11/01 5:40 pm

# Khalib dilantik Timbalan Pengerusi PN Pahang yang baharu KUANTAN - Ketua Bersatu Pahang, Datuk Abdul Khalib Abdullah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang yang baru dalam barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa (AJK) PN Pahang bagi sesi 2025-2028





Isu ternakan babi: Kenapa sekarang mahu teruskan? - Sinarharian - 11/01 5:11 pm

SHAH ALAM - Bekas calon Barisan Nasional bagi Parlimen Sepang, Anuar Basiran mempersoalkan tindakan PKR yang sebelum ini menolak cadangan zon ternakan khas babi yang pernah diketengahkanbagi mengurangkan penderitaan penduduk setempat, namun kini mahu meneruskannya.Menurutnya, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Sabtu bukan teguran biasa, sebaliknya ia lahir daripada penderitaan rakyat dipendam terlalu lama akibat bau, pencemaran dan risiko kesihatan daripada ternakan babi yang gagal diurus dengan betul.Beliau berkata, masalah ternakan babi di Kuala Langat dan Tanjung Sepat sudah berada pada tahap serius, malah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Datuk Dr Karim Mansor pada 2007 hingga 2008 pernah membawa cadangan penyelesaian sebenar."Ketika itu, Karim mengemukakan beberapa syor iaitu zon ternakan khas, sistem ternakan tertutup, pengurusan sisa dan bau berteknologi tinggi serta rujukan teknologi moden dari Jerman"Tujuan cadangan ini jelas dan terang untuk mengurangkan penderitaan penduduk dan menyelesaikan punca masalah





'Mama tak kelip mata' - Kehadiran Syed Saddiq, Bella di konsert Siti Nurhaliza curi tumpuan - Sinarharian - 11/01 2:53 pm

KUALA LUMPUR - Kehadiran Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama ahli keluarganya di Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil mendapat perhatian ramai.Menerusi satu hantaran di platform TikTok pada Ahad, beliau berkongsi pengalaman membawa ibunya, menghadiri konsert biduanita negara itu malam tadi.Dalam video yang dimuat naik dengan kapsyen "POV: You bring your mum pergi concert Tok Ti", Syed Saddiq memaklumkan ibunya 'tidak berkelip mata' sepanjang persembahan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang merupakan idola ibunya sejak dahulu."Idola sepanjang hayat dia, di atas pentas Datuk Seri Siti Nurhaliza," tulis Syed Saddiq.Lebih menarik perhatian, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah kerana membantu memastikan kehadiran mereka ke konsert berkenaan, yang menyaksikan puluhan ribu peminat berhimpun meraikan tiga dekad perjalanan seni Siti Nurhaliza."Terima kasih Bella Astillah kerana merealisasikan hal ini," katanya.Dalam masa sama, peminat juga teruja ternampak Syed Saddiq dan Bella menaiki LRT menuju ke stadium sebelum itu.Dalam pada itu, hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang memuji sikap hormat dan kelembutan Syed Saddiq terhadap ibunya.Ada yang menyifatkan gaya beliau hadir ke konsert itu sebagai "cara sopan BASS dating", selain menyatakan rezeki ibunya yang dibantu "bakal menantu" dalam menyelesaikan urusan tiket.Turut mencuri perhatian, komen netizen yang menyamakan raut wajah Bella Astillah dengan Siti Nurhaliza, sambil menganggap pertemuan dan aturan kehidupan itu sebagai sesuatu yang indah."Mama peminat tegar Tok Ti, ALLAH hadirkan bakal menantu wajah iras Tok Ti, aturan ALLAH itu cantik





Keluasan Parlimen Kinabatangan cabaran utama PRK - Ahmad Maslan - Sinarharian - 11/01 2:24 pm

PONTIAN - Kawasan yang luas menjadi cabaran utama yang perlu ditangani jentera UMNO bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dan Parlimen Kinabatangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 24 Januari depan.Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Parlimen Kinabatangan yang mempunyai tiga DUN mempunyai keluasan yang hampir sama dengan negeri Johor.Jelasnya, keadaan itu menuntut kerja keras daripada jentera untuk bertemu kira-kira 48,722 pemilih terdiri daripada 48,562 pengundi biasa dan 196 polis serta pasangan sebagai pengundi awal."Pada PRK kali ini, tiada keluarga angkat dihantar dari UMNO Bahagian di Semenanjung





Abdul Hadi gesa Mesyuarat Tergempar PN sahkan peletakan jawatan pengerusi - Sinarharian - 11/01 9:26 am

SHAH ALAM Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa supaya Mesyuarat Tergempar Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) diadakan dengan segera bagi memenuhi keperluan Fasal 8.3(i)(b) Perlembagaan gabungan berkenaan.Abdul Hadi berkata, keperluan itu merujuk kepada proses penerimaan dan pengesahan peletakan jawatan Pengerusi PN serta pelantikan calon baharu bagi jawatan tersebut."Adalah diharapkan perkara ini dapat diambil perhatian dan diberikan tindakan sewajarnya memandangkan tarikh kuat kuasa peletakan jawatan tersebut telah melebihi 10 hari."Justeru, bagi tujuan kelangsungan pentadbiran PN, saya sebagai Timbalan Pengerusi PN berpandangan bahawa suatu panggilan Mesyuarat Tergempar Majlis Tertinggi PN hendaklah disegerakan."Ia bagi memenuhi keperluan Fasal 8.3(i)(b) Perlembagaan PN, iaitu menerima dan mengesahkan peletakan jawatan Pengerusi PN serta melantik Pengerusi PN yang baharu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN.Peletakan jawatan itu disahkan sendiri oleh bekas Perdana Menteri berkenaan menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa, dengan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi gabungan itu berkuat kuasa mulai 1 Januari ini.Menurut Abdul Hadi, beliau telah menerima surat peletakan jawatan daripada Muhyiddin yang bertarikh 30 Disember lalu.Ahli Parlimen Marang itu turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Muhyiddin atas sumbangan serta jasa beliau dalam menerajui PN sejak penubuhannya."Di pihak Pas, kami menghormati dan menerima keputusan yang diambil oleh Muhyiddin, serta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala khidmat dan jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang menerajui PN dalam tempoh sebelum ini," ujarnya.





AMANAT 2026: KPM pasak agenda pendidikan manusiawi, inklusif - Sinarharian - 11/01 9:20 am

PUTRAJAYA Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan tahun 2026 bukan sekadar tahun untuk mengejar angka pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya menjadi tahun kritikal bagi menterjemahkan agenda keadilan sosial dalam pendidikan agar tiada seorang pun anak bangsa yang terpinggir daripada arus perdana.Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, naratif pendidikan negara kini beralih kepada pemerkasaan pendidikan manusiawi yang menjamin hak setiap murid untuk belajar bermula daripada peringkat prasekolah hingga ke sekolah menengah tanpa kompromi.Berucap pada majlis Amanat Tahun Baharu 2026 di sini pada Jumaat, beliau menekankan bahawa tekad tahun ini adalah untuk memastikan jurang pendidikan sama ada di bandar, luar bandar, mahupun dalam kalangan murid berkeperluan khas dirapatkan menerusi tindakan tuntas dan segera.Menurutnya, tema 'Nyala Tekad' yang dibawa tahun ini menuntut setiap perancangan memberi impak nyata kepada murid khususnya golongan rentan yang sering berdepan cabaran akses pendidikan."Kita sedang membina bukan hanya sekolah yang lebih baik, tetapi masa depan yang lebih adil





Ahli Parlimen Hulu Langat mahu jumpa pemilik chalet bakal lokasi program .. - Mgazette - 11/01 8:22 am

# Ahli Parlimen Hulu Langat mahu jumpa pemilik chalet bakal lokasi program berunsur LGBT KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan mahu mengadakan pertemuan dengan pemilik chalet yang bakal terlibat dalam penganjuran program berunsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dirancang akan diadakan di kawasan pent Menurutnya, pertemuan dengan kehadiran pihak berwajib itu bagi mendapatkan penjelasan serta menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus





'Persepsi Pas punca PN hilang sokongan bukan Melayu tidak tepat' Tuan Ibrahim - Sinarharian - 10/01 6:44 pm

BANGI - [KEMAS KINI] Persepsi yang ditanam oleh pihak luar kononnya Pas menjadi punca orang bukan Melayu berasa takut dan tidak menyokong Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tidak tepat.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tanggapan sedemikian tidak berlandaskan fakta kerana prestasi PN dalam beberapa pilihan raya membuktikan bahawa gabungan itu terus menerima sokongan merentasi kaum.Ujar beliau, kejayaan PN memenangi beberapa negeri termasuk Kedah, Perlis dan Terengganu jelas menunjukkan sokongan rakyat termasuk dalam kalangan bukan Melayu, masih wujud dan semakin bertambah."Jika nak katakan Pas gagal dan menjadi sebab orang bukan Melayu tidak menyokong PN, analisis itu tidak tepat."Hakikatnya, ketika Pas belum menerajui PN sekalipun, ada parti yang tetap gagal menarik sokongan bukan Melayu."Apa yang penting ialah semua parti komponen bergerak bersama di bawah payung PN, bukan bergerak atas parti masing-masing," katanya ketika ditemui di sini pada Sabtu.Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN.Pada Khamis, media melaporkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa wujud kebimbangan dalam kalangan ahli dan pemimpin Gerakan serta Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) sekiranya Pas menerajui PN.Wan Saiful berkata, dua parti itu melihat kemungkinan sukar untuk mereka meneruskan mandat menarik sokongan bukan Melayu sekiranya Pas mengetuai gabungan berkenaan.Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, setiap parti komponen perlu memperkukuh gerak kerja masing-masing dan memainkan peranan bersama bagi memastikan PN terus mendapat sokongan rakyat."PN bertahan sebagai satu gabungan





Ideologi LGBT semakin terbuka, Pas gesa tindakan tegas - Mgazette - 10/01 5:50 pm

# Ideologi LGBT semakin terbuka, Pas gesa tindakan tegas KUALA LUMPUR Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan ideologi lesbian, gay, biseksual dan transgender LGBT yang didakwa semakin terbuka mempromosikan aktiviti mereka kepada masyarakat





Agong tandatangan Akta Antibuli 2026 - Mgazette - 10/01 5:50 pm

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menandatangani Akta Antibuli 2026 di Istana Bukit Tunku, hari ini, seperti dikongsikan menerusi laman sosial Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar





Saya harap ROS perhati gerak-geri Muhyiddin, orangnya ??? Wan Saiful - Mgazette - 10/01 5:50 pm

# Saya harap ROS perhati gerak-geri Muhyiddin, orangnya Wan Saiful KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) memastikan semua prosedur berkaitan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) benar-benar dipatuhi





Bersatu Indera Mahkota mahu rayuan Saifuddin dipertimbang secara telus - Mgazette - 10/01 5:50 pm

# Bersatu Indera Mahkota mahu rayuan Saifuddin dipertimbang secara telus KUALA LUMPUR Jawatankuasa Bersatu Bahagian Indera Mahkota berharap agar Lembaga Rayuan akan mempertimbangkan rayuan bakal dikemukakan oleh Datuk Seri Saifuddin Abdullah secara adil, telus dan berhemah demi keutuhan parti





Gerakan tak berhasrat jadi Pengerusi PN, terbuka siapa terajui gabungan - Mgazette - 10/01 5:50 pm

# Gerakan tak berhasrat jadi Pengerusi PN, terbuka siapa terajui gabungan BAYAN LEPAS - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menegaskan pendiriannya terbuka menerima mana-mana pemimpin daripada komponen Perikatan Nasional (PN) untuk menerajui gabungan itu sebagai Pengerusi susulan peletakan jawatan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin





Anak Bung Moktar berdepan saingan tiga penjuru di Kinabatangan - Mgazette - 10/01 5:50 pm

# Anak Bung Moktar berdepan saingan tiga penjuru di Kinabatangan KUALA LUMPUR Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertembungan tiga penjuru, manakala PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag melibatkan pertandingan satu lawan satu





BNs Mohd Kurniawan Naim kicks off Kinabatangan by-election campaign - Malaymail - 10/01 4:45 pm

KINABATANGAN, Jan 10 Barisan Nasional (BN) candidate Mohd Kurniawan Naim Moktar began campaigning tod...





Pindaan kewarganegaraan tidak berkuat kuasa retrospektif Suhakam - Sinarharian - 10/01 3:55 pm

SHAH ALAM - Pindaan Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan anak yang lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia tidak berkuat kuasa secara retrospektif.Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Dr Farah Nini Dusuki berkata, meskipun pelaksanaan undang-undang itu membolehkan kewarganegaraan diberi secara automatik mulai pertengahan tahun ini, namun kanak-kanak yang lahir sebelum tarikh pelaksanaan masih perlu melalui proses pendaftaran."Mereka perlu diberikan kewarganegaraan Malaysia secara terus melalui pendaftaran di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan."Tiada kanak-kanak seharusnya dipinggirkan ekoran kelewatan dalam pelaksanaan undang-undang ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, anak yang lahir di luar negara oleh ibu warga Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara, akan diberikan kewarganegaraan secara automatik berkuat kuasa Jun atau Julai tahun ini.Beliau menjelaskan, pelaksanaan itu selaras dengan perancangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) susulan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan yang diluluskan oleh Parlimen tahun lalu.Dalam pada itu Farah Nini menjelaskan, pengurangan ketara tunggakan permohonan kewarganegaraan daripada kira-kira 50,000 kes kepada kurang 4,000 mencerminkan kemajuan dalam aspek pembaharuan pentadbiran.Walau bagaimanapun beliau berkata, penambahbaikan dasar dan pelaksanaan masih diperlukan bagi memastikan hak kanak-kanak dilindungi sepenuhnya."Peraturan-Peraturan Kewarganegaraan 1964 yang dipinda juga dijangka dilaksana serentak dengan pindaan Perlembagaan berkenaan."Oleh itu kami menggesa agar peraturan yang dipinda dapat diakses oleh orang awam, prosedur dipermudahkan serta wujudkan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas supaya pemohon boleh menjejak status permohonan dan menerima alasan bertulis sekiranya permohonan ditolak," ujarnya.





BNs Mohd Kurniawan Naim confident sincerity will win voters in Kinabatangan by-election - Malaymail - 10/01 2:37 pm

KINABATANGAN, Jan 10 The Barisan Nasional (BN) candidate for Kinabatangan parliamentary seat Mohd Kurniawan Naim...





SPR jangka 65% keluar undi PRK Kinabatangan, Lamag - FMT - 10/01 2:21 pm

Pengerusi Ramlan Harun berkata jangkaan itu sama seperti disasarkan pada PRN Sabah tahun lalu.





EC anticipates 65 pct voter turnout for Kinabatangan, Lamag by-elections - BorneoPost - 10/01 2:17 pm

KINABATANGAN (Jan 10): The Election Commission (EC) anticipates a 65 per cent voter turnout for the Kinabatangan parliamentary and Lamag state by-elections on Jan 24





EC expects 65pc voter turnout for Kinabatangan and Lamag byelections - Malaymail - 10/01 2:14 pm

KINABATANGAN, Jan 10 The Election Commission (EC) anticipates a 65 per cent voter turnout for the Kinabatangan p...





Gerakan mahu pengerusi PN sederhana untuk menang PRU, kata Lau - FMT - 10/01 1:32 pm

Presiden Gerakan akui kekuatan PAS namun tidak melihat jawatan itu mesti diisi parti memiliki jumlah kerusi Parlimen terbanyak.





Sabah by-elections: BN banks on both new and experienced faces in Kinabatangan, Lamag - BorneoPost - 10/01 1:21 pm

KOTA KINABALU (Jan 10): Barisan Nasional (BN) has put forward what it described as credible and service-ready candidates for the Kinabatangan parliamentary seat and the Lamag state constituency, reaffirming its commitment to political stability, sustainable development and the well-being of the people in Sabah





Saddi mahu ubah status Kinabatangan daripada daerah termiskin - Sinarharian - 10/01 1:02 pm

KINABATANGAN Pengalaman sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau selama 10 tahun menjadi sandaran kepada calon Parti Warisan, Datuk Saddi Abdul Rahman untuk mengangkat suara rakyat Kinabatangan di Dewan Rakyat.Beliau yang bertanding bagi kerusi Parlimen Kinabatangan menyasarkan usaha untuk mengeluarkan kawasan itu daripada senarai daerah termiskin di Malaysia, selain memberi tumpuan kepada penyelesaian isu infrastruktur asas, khususnya jalan raya.Menurut Saddi, matlamat utamanya adalah untuk mengubah status Kinabatangan daripada sebuah daerah mundur kepada kawasan yang lebih maju dan berdaya saing."Apa yang saya punya matlamat adalah menukar status daerah Kinabatangan ini daripada daerah mundur yang digelar sebagai daerah termiskin di Malaysia





MIC sokong pengampunan Najib - Sinarharian - 10/01 12:44 am

TAPAH MIC menyatakan sokongan terhadap usul yang akan dibawa dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 berkaitan pengampunan penuh terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Timbalan Presidennya, Datuk Seri M





PRK Kinabatangan medan uji tolak amalan politik wang - Goldam - Sinarharian - 10/01 12:37 am

KINABATANGAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan disifatkan sebagai medan terbaik untuk menguji kematangan pengundi dalam menolak amalan politik wang sepanjang proses pemilihan wakil rakyat di kawasan tersebut.Calon Bebas Parlimen Kinabatangan, Goldam Hamid, 40, berkata, PRK ini wajar dijadikan contoh kepada rakyat, khususnya pengundi muda, untuk membuat pilihan secara matang tanpa dipengaruhi sogokan atau kepentingan tertentu."Pengundi muda perlu menilai semua calon, manifesto dan keperibadian mereka, serta membuat keputusan berdasarkan penilaian yang matang, bukan bersandarkan kepada faktor lain."Seperti yang saudara Naim (calon Barisan Nasional, Mohd Naim Kurniawan Moktar) kongsikan baru-baru ini mengenai politik wang sebagai racun, perkara itu memang benar





PRK Lamag: 'Satu lawan satu', Miha tidak pandang remeh - Sinarharian - 10/01 12:17 am

Ia adalah lumrah dalam politik."Hari ini, kita berdepan satu lawan satu dengan Warisan. Bagi saya, ini satu persaingan sihat dan demi meraikan demokrasi, maka wajarlah kita masing-masing berkempen untuk memenangkan parti kita, khususnya BN," katanya.Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, Miha bertanding atas tiket Bebas namun tewas kepada penyandang kerusi DUN Lamag ketika itu, Datuk Seri Bung Moktar Radin.Bagaimanapun, Bung Moktar meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 5 Disember lalu akibat komplikasi buah pinggang dan paru-paru.Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Lamag dan Parlimen Kinabatangan yang diwakili Allahyarham, dan menetapkan PRK diadakan pada 24 Januari ini.





Kinabatangan by-election sees three-way fight for parliamentary seat, Lamag a straight BN-Warisan contest - Malaymail - 10/01 11:46 am

KINABATANGAN, Jan 10 The by-election for the Kinabatangan parliamentary seat saw a three-cornered contest...





PRK Kinabatangan 3 penjuru, Lamag 2 penjuru persaingan sengit calon bertanding - Sinarharian - 10/01 11:46 am

KINABATANGAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag bakal menyaksikan pertandingan sengit apabila Parlimen Kinabatangan menyaksikan persaingan tiga penjuru, manakala DUN Lamag hanya membabitkan pertandingan satu lawan satu.Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Eddy Syaizul Rizam Abdullah mengumumkan bahawa kesemua lima kertas pencalonan calon yang bertanding diterima tanpa sebarang penolakan."Bagi Parlimen Kinabatangan, calon Barisan Nasional (BN) ialah Mohd Naim Kurniawan Moktar, Goldam Hamid sebagai calon Bebas dan Datuk Saddi Abdul Rahman mewakili Parti Warisan."Bagi DUN Lamag pula, calon BN ialah Miha (Mohd Ismail Ayob) dan Mazliwati Abdul Malek dari Parti Warisan," katanya di pekarangan pusat penamaan calon di Dewan Sri Lamag, di sini, pada Sabtu.Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun memaklumkan bahawa proses penamaan calon berlangsung dengan lancar."Proses bermula jam 9 pagi dan tamat pada jam 10 pagi





Sabah by-elections: Three-cornered contest in Kinabatangan, straight fight in Lamag – EC - BorneoPost - 10/01 11:39 am

KINABATANGAN (Jan 10):The by-election for the Kinabatangan parliamentary seat saw a three-cornered contest between Barisan Nasional (BN), Warisan and an Independent candidate, while it is a one-on-one fight between BN and Warisan candidates in the Lamag state seat





Agong berkenan tandatangani Akta Antibuli 2026 - Sinarharian - 10/01 11:30 am

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, berkenan menandatangani Akta Antibuli 2026 di Istana Bukit Tunku, di sini hari ini.Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, akta berkenaan yang digubal dan diluluskan di Parlimen pada 3 Disember lepas, bertujuan mewujudkan mekanisme khusus untuk menangani kes buli terhadap semua mangsa yang telah ditakrif dan diperuntukkan di bawah akta tersebut."Di bawah akta ini, Menteri Pendidikan, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Menteri Pertahanan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, serta Menteri Dalam Negeri diberi kuasa untuk mengurus dan mengawal selia kes buli di institusi pendidikan atau institusi lain di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa masing-masing," menurut hantaran itu.Hantaran itu turut memaklumkan, bahawa sebuah Tribunal Antibuli akan ditubuhkan sebagai suatu badan kuasi-kehakiman khusus untuk menerima, mendengar dan menentukan aduan buli yang dibuat oleh mangsa.Tribunal berkenaan juga berkuasa memberikan sebarang pampasan atau perintah yang sewajarnya bagi maksud pembelaan dan keadilan terhadap mangsa buli





Gerakan terbuka terima sesiapa sahaja sebagai Pengerusi PN - Sinarharian - 10/01 11:27 am

GEORGE TOWN Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyatakan sikap terbukanya untuk menerima sesiapa sahaja yang dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) tanpa mengira parti.Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, pihaknya tiada halangan selagi pemimpin tersebut berupaya menyatukan semua komponen gabungan serta mendapat sokongan rakyat berbilang kaum dan agama.Menurutnya, Gerakan tidak melihat isu kepimpinan PN berdasarkan parti mana yang paling dominan sebaliknya menilai keupayaan dan kebolehan individu tersebut untuk membawa PN mencapai kemenangan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang."Bagi Gerakan, fokus kami ialah memilih pemimpin yang boleh memimpin PN untuk menang."Sesiapa sahaja layak sekiranya mampu menyatukan semua komponen parti dan pada masa sama mendapat mandat serta sokongan daripada semua lapisan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya," katanya pada sidang akhbar di Pasar Awam Sungai Ara, Bayan Lepas pada Sabtu.Menurut Dominic, PN merupakan satu gabungan yang kukuh dan seimbang untuk negara berbilang kaum seperti Malaysia kerana dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas, Gerakan dan Parti Kemajuan India Malaysia (MIPP).Katanya, Bersatu mewakili masyarakat Melayu, Pas mewakili umat Islam, MIPP membawa suara kaum India manakala Gerakan pula bersifat pelbagai kaum, sekali gus menjadikan PN sebuah gabungan inklusif."Islam adalah agama Persekutuan, namun dalam masa sama PN perlu memastikan semua kaum dan agama diberi ruang dan suara."Di sinilah peranan Gerakan sebagai jambatan kepada masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam dalam Perikatan Nasional," katanya.Beliau menambah, PN kini meletakkan dirinya sebagai 'government in waiting' dan berada dalam keadaan bersedia untuk mentadbir negara sekiranya mandat diberikan oleh rakyat.Bagaimanapun, beliau mengakui realiti bahawa PN masih belum mendapat sokongan mencukupi daripada pengundi bukan Melayu dan bukan Islam pada PRU lalu."Ini satu fakta yang perlu kita akui





3 penjuru di Kinabatangan, Lamag 1 lawan 1 - FMT - 10/01 11:23 am

BN dan Warisan bertembung di dua kerusi manakala seorang calon bebas mencuba nasib di Parlimen Kinabatangan.





3-way contest in Kinabatangan, straight fight in Lamag - FMT - 10/01 11:10 am

BN and Warisan to clash for both seats, while an independent candidate has thrown his hat in the ring for the Kinabatangan parliamentary by-election





BN, Warisan and independent contenders submit papers as Kinabatangan and Lamag nomination centre closes - Malaymail - 10/01 10:17 am

KINABATANGAN, Jan 10 Returning Officer Eddy Syaizul Rizam Abdullah announced the closure of the nomination...





PRK Kinabatangan, Lamag: Lima calon selesai serah borang - Sinarharian - 10/01 10:06 am

KINABATANGAN Kesemua calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag telah selesai menyerahkan borang pencalonan masing-masing kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat penamaan calon di Dewan Sri Lamag, di sini pada Sabtu.Calon terakhir yang menyerahkan borang pencalonan ialah calon Bebas, Goldam Hamid yang selesai berbuat demikian pada jam 9.52 pagi.Setakat ini, dua calon dari Barisan Nasional (BN) telah menyerahkan borang pencalonan masing-masing sekitar jam 9.05 pagi, iaitu Mohd Naim Kurniawan Moktar bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dan Mohd Ismail Ayob atau Miha bagi kerusi DUN Lamag.Sementara itu, Parti Warisan turut menampilkan dua calon, iaitu Datuk Saddi Abd Rahman bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dan Mazliwati Abd Malek bagi DUN Lamag.Proses penyerahan borang pencalonan ditutup secara rasmi pada jam 10 pagi, sekiranya tiada calon lain hadir untuk menyertai PRK bagi kedua-dua kerusi berkenaan





Nomination centre opens for Kinabatangan, Lamag by-elections with one-hour window for candidates - Malaymail - 10/01 9:38 am

KINABATANGAN, Jan 10 The nomination centre for the Kinabatangan parliamentary and Lamag state by-elections...





Nominations open for Kinabatangan and Lamag by-elections - BorneoPost - 10/01 9:33 am

KINABATANGAN (Jan 10): The nomination centre for the Kinabatangan parliamentary and Lamag state by-elections at Dewan Sri Lamag opened at 9 am today





Dr Akmal sahkan mahu jalan terus, tak sebut pasal letak jawatan... - Mgazette - 10/01 8:30 am

"Dr Akmal cuma kata dia mahu terus berjuang sampai habis, membincangkan hala tuju seterusnya dan terus menaiki penerbangan ke Sandakan pada jam 1.15 tengah hari. "Tak cerita langsung pasal letak jawatan atau undur diri semua ini sebaliknya beliau mahu terus berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan," katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette di sini hari ini





Lebih baik mansuhkan sahaja undang-undang anti lompat parti – Ronald - Mgazette - 10/01 8:30 am

# Lebih baik mansuhkan sahaja undang-undang anti lompat parti - Ronald KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes melibatkan empat bekas ahli Bersatu yang melompat parti secara jelas menafikan semangat dan hasrat sebenar undang-undang anti lompat parti





Calon pengerusi PN: Hadi serahkan kepada Pas Pusat - Mgazette - 10/01 8:30 am

# Calon pengerusi PN: Hadi serahkan kepada Pas Pusat KUALA LUMPUR - Pas belum memutuskan calon untuk jawatan Pengerusi Perikatan Nasional yang kini kosong berikutan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini





Rafizi ramal 2026 tahun gawat politik - Mgazette - 10/01 8:30 am

KUALA LUMPUR Tahun 2026 dijangka bakal menjadi antara tahun paling penting dalam kalendar politik bagi penggal ini yang akan memberi kesan langsung bukan sahaja kepada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) malah melibatkan ekonomi negara





Islam tidak hadkan tempoh untuk seseorang memimpin – Abdul Hadi - Mgazette - 10/01 8:30 am

# Islam tidak hadkan tempoh untuk seseorang memimpin - Abdul Hadi KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dalam Islam selagi seseorang itu layak dia boleh menjalankan tugas sebagai pemimpin negara termasuk untuk jawatan perdana Menteri





PRK Kinabatangan, Lamag: Penyokong parti akan berarak iring calon - Sinarharian - 10/01 8:25 am

KINABATANGAN Penyokong calon parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag hanya dibenarkan berada pada jarak lebih 100 meter dari pekarangan Dewan Sri Lamag.Tinjauan mendapati penyokong Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan (Warisan) mula berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengelakkan sebarang pertembungan atau provokasi antara penyokong.Setakat ini, difahamkan calon serta penyokong BN akan berarak dari Perpustakaan Kinabatangan sebelum memasuki kawasan pusat penamaan calon.Sementara itu, penyokong Warisan pula dijangka berarak dari Pekan Kinabatangan menuju ke pusat penamaan calon.Sehingga jam 8.30 pagi, keadaan di sekitar Dewan Sri Lamag masih terkawal dan belum dibanjiri penyokong mana-mana parti yang bertanding.





PRK Kinabatangan, Lamag: Kawalan ketat iringi proses penamaan calon - Sinarharian - 10/01 7:23 am

KINABATANGAN - Kawalan keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula dilaksanakan termasuk penutupan beberapa jalan bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag di Dewan Sri Lamag, di sini pada Sabtu.Tinjauan Sinar Harian seawal jam 7 pagi mendapati anggota keselamatan sudah ditempatkan di lokasi dengan laluan dari Jalan Dato Pengiran Galpam bermula di hadapan Mahkamah Syariah sehingga Simpang Tiga menuju Jalan Dato Malek Chua ditutup kepada pengguna jalan raya.Petugas media turut mula berkumpul di kawasan pusat penamaan calon bagi membuat liputan proses penamaan calon untuk kedua-dua PRK berkenaan.Selain itu, persiapan lain termasuk rondaan jentera pasukan bomba serta jentera sokongan bekalan elektrik turut berada di lokasi sebagai langkah kesiapsiagaan.Proses penamaan calon dijadualkan bermula jam 9 pagi bagi memberi peluang kepada calon yang berminat untuk bertanding dalam PRK tersebut.Setakat ini, anak kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Mohd Naim Kurniawan yang juga Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kinabatangan.Bagi kerusi DUN Lamag pula, BN menamakan bekas calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), Mohd Ismail Ayob atau lebih dikenali sebagai Miha, untuk mewakili parti itu.Sementara itu, Parti Warisan (Warisan) menamakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman sebagai calon Parlimen Kinabatangan, manakala Ahli Majlis Tertinggi parti, Mazliwati Abdul Malek, dicalonkan bagi kerusi DUN Lamag.PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya, Bung Moktar, 66, pada 5 Disember lalu.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding hari ini sehingga jam 11.59 malam, 23 Januari.Kedua-dua PRK tersebut melibatkan seramai 48,722 pemilih berdaftar, terdiri daripada 48,526 pengundi biasa serta 196 pengundi awal membabitkan anggota polis dan pasangan.Sebanyak 36 pusat mengundi biasa dengan 117 saluran serta satu pusat mengundi awal dengan satu saluran akan digunakan.Hari pengundian bagi kedua-dua PRK ditetapkan pada 24 Januari, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 20 Januari.





Kiandee ulang gesaan pinda undang-undang anti-lompat parti - FMT - 9/01 7:46 pm

Naib presiden Bersatu itu berkata keputusan Mahkamah Persekutuan melemahkan pelaksanaan undang-undang itu dan menuntut pindaan segera Parlimen.





Lembaga Disiplin Bersatu panggil ketua bahagian, Ahli Parlimen dikait kem Hamzah - FMT - 9/01 6:30 pm

Ia dipercayai berhubung sidang media 14 ketua bahagian Bersatu di Perak mendesak Muhyiddin Yassin meletak jawatan presiden.





Pan Borneo: 'Sarawak sudah selesai, Sabah masih tersangkut' -Ahmad Maslan - Sinarharian - 9/01 6:15 pm

KINABATANGAN - Tiada sebarang penamatan kontrak melibatkan syarikat yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sabah setakat ini, namun amaran telah diberikan kepada beberapa kontraktor bagi memastikan kelancaran projek tersebut.Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan mengakui pihaknya memang tidak berpuas hati dengan kemajuan keseluruhan projek, khususnya melibatkan Pakej 1A yang menunjukkan kelewatan berbanding sasaran ditetapkan."Tentu saya tidak puas hati dan kami di Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak puas hati





PRK Kinabatangan: Naim tumpu isu 'tiga serangkai', peluang pekerjaan - Sinarharian - 9/01 6:11 pm

KINABATANGAN - Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Naim Kurniawan Moktar menjadikan isu pembangunan infrastruktur asas 'tiga serangkai' sebagai fokus utama yang akan diketengahkan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan.Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan berkata, tumpuan itu merangkumi kemudahan jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik, khususnya bagi merapatkan jurang kemudahan antara kawasan bandar dan luar bandar sekiranya diberi mandat."Memang yang utama di Kinabatangan ini pembangunan infrastruktur asas agak sedikit ketinggalan, terutamanya dari segi jalan raya, bekalan air dan bekalan elektrik di kawasan luar bandar."Selain itu, peluang pekerjaan juga menjadi cabaran kepada generasi penerus yang sebaya dengan saya, di samping pembangunan yang dapat merancakkan pulangan ekonomi kembali kepada Kinabatangan itu sendiri," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengiringi Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Manndzri Nasib menyampaikan sumbangan kepada pekebun kecil di Kampung Bilit, Sukau di sini pada Jumaat.Ditanya mengenai kelebihan beliau sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat, Mohd Naim berkata, kedudukannya sebagai wakil daripada pihak kerajaan membolehkan perancangan pembangunan di Kinabatangan dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berkesan."Sudah semestinya apabila seorang wakil rakyat berkhidmat di pihak kerajaan, peruntukan dapat disalurkan dengan lebih lancar kepada kawasan yang diwakili."Justeru, pembangunan yang dirancang dapat digerakkan dengan lebih berkesan demi kepentingan rakyat," katanya.Menyentuh soal persediaan jentera BN beliau berkata, parti berada dalam keadaan bersedia berdasarkan pengalaman menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebelum ini."Dari segi parti, Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dan Sukau baru sahaja menghadapi PRN Sabah dan sehingga hari ini PDM-PDM (Pusat Daerah Mengundi) BN tetap bersedia."Di DUN Kuamut pula, kita tidak bertanding pada pilihan raya lalu dan kawasan itu juga telah disiapkan bagi menghadapi PRK Parlimen Kinabatangan," katanya.Mengulas mengenai usaha untuk meneruskan legasi bapanya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, beliau berkata, jasa dan sumbangan yang dicurahkan hampir tiga dekad sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag masih dirasai serta dihargai penduduk setempat hingga ke hari ini."Alhamdulillah, segala budi bakti yang telah dicurahkan selama hampir 30 tahun Allahyarham sebagai ahli Parlimen dan ADUN Lamag masih dirasai oleh hampir semua penduduk kampung di Kinabatangan ini."Justeru, saya amat komited untuk meneruskan khidmat bakti yang telah dilaksanakan oleh keluarga saya agar sumbangan itu terus hidup walaupun pemergiannya telah berlaku," katanya.Mohd Naim berkata, legasi yang ditinggalkan arwah menjadi dorongan untuk beliau berkhidmat dengan penuh tanggungjawab demi masyarakat Kinabatangan."Sebagai anak, saya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang membanggakan kerana sumbangan itu masih dikenang dan dihargai





Kinabatangan, Lamag by-elections nomination preparations enter final stage ahead of tomorrow - Malaymail - 9/01 3:53 pm

KINABATANGAN, Jan 9 Preparations for the nomination process for the Kinabatangan parliamentary and La...





Young Syefura sokong jaminan bank mandatori bagi agensi umrah - Mgazette - 9/01 3:48 pm

# Young Syefura sokong jaminan bank mandatori bagi agensi umrah KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menyokong seruan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing supaya mekanisme jaminan bank dilaksanakan segera sebagai syarat mandatori kepada semua agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah





Pemuda UMNO Kluang bantu 500 murid B40 gunting rambut percuma - Mgazette - 9/01 3:48 pm

# Pemuda UMNO Kluang bantu 500 murid B40 gunting rambut percuma KLUANG - Pemuda UMNO Bahagian Kluang hari ini menganjurkan program gunting rambut percuma untuk 500 murid yang akan memulakan sesi persekolahan baharu yang akan bermula pada Isnin ini





MN mampu menang lebih 130 kerusi Parlimen PRU-16 ??? Annuar Musa - Mgazette - 9/01 3:48 pm

# MN mampu menang lebih 130 kerusi Parlimen PRU-16 Annuar Musa KUALA LUMPUR Semangat Muafakat Nasional (MN) sekiranya berjaya diperkasa melalui organisasi atau satu corak gabungan dan muafakat politik yang tersusun serta ikhlas, bakal menguasai Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) dengan kemenangan lebih 130 kerusi Parllimen





Saya akan maklumkan keputusan pada PAU minggu depan – Dr Akmal Saya .. - Mgazette - 9/01 3:48 pm

# Saya akan maklumkan keputusan pada PAU minggu depan - Dr Akmal KUALA LUMPUR - Teka-teki mengenai hala tuju dan keputusan politik Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dijangka hanya akan dijawab pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) minggu hadapan





Ahmad Mazlan: Pan Borneo Highway Phase 1B must stay on track, avoid Phase 1A issues - Malaymail - 9/01 2:59 pm

KINABATANGAN, Jan 9 Contractors of Phase 1B of the Pan Borneo Highway project need to ensure that the...





Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Bersatu berhubung kerusi Parlimen Sabah - Sinarharian - 9/01 2:58 pm

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang enggan mengisytiharkan empat kerusi Parlimen di Sabah sebagai kosong, yang dimenangi bekas ahli parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Keputusan majoriti 2-1 dibuat oleh panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Azizah Nawawi, bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.Hakim Nallini dan Sequerah membentuk majoriti, manakala Hakim Azizah menyampaikan penghakiman berbeza.Menyampaikan keputusan majoriti, Hakim Nallini berkata, kes berkenaan melibatkan kuasa perlembagaan Speaker di bawah Perlembagaan Persekutuan, yang bersifat tidak boleh diadili (non-justiciable)."Mahkamah perlu menghormati doktrin pengasingan kuasa dan keistimewaan Parlimen, justeru tidak campur tangan dalam kuasa khusus Speaker di bawah Perlembagaan Persekutuan, kecuali jika disalahgunakan," katanya.Beliau berkata, dalam kes Bersatu, Speaker telah melaksanakan kuasanya di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan dan kuasa itu bukan bersifat pentadbiran semata-mata, sambil menegaskan bahawa Speaker bukan sekadar rubber stamp




Reformasi     >>



Govt cannot allow monetisation of AI abuse - Teo - Mkini
This follows MCMC's move to temporarily restrict access to X's AI tool, Grok.
Kroni     >>



Isu ladang babi Kuala Langat - Harakahdaily
SEMALAM Sultan Selangor ada bertitah menyatakan dukacita baginda mengenai perancangan Kerajaan Selangor nak membenarkan penternakan babi berskala besar di Kuala Langat sebelum pindah ke Bukit Tagar Hulu Selangor. Ini kali ketiga Sultan Selangor tegur Kerajaan Selangor. Hari itu pasal banjir kemudian sampah. Kali ini ..
Tabloid     >>



Hanya Memiliki Berat 15KG, Pelajar Usia 19 Tahun .. - Siraplimau
Kehadiran seorang remaja perempuan yang memiliki tubuh kecil dengan anggaran berat hanya sekitar 15 kilogram di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Beluru Komprehensif 11 (K11) menarik perhatian warga sekolah. Pelajar berkenaan, Siti Nor Najwa Zulkaifli, 19, mengikuti Program Pendidikan Khas ..
Tech     >>



Top 10 trending phones of week 2 - Gsmarena
Xiaomi's 17 Ultra retained its crown as the trendiest phone in our database in the second week of 2026. And just like the first week of the year it was joined on the podium by the Galaxy A56 in second and the Galaxy S25 Ultra in third. [#InlinePriceWidget, 13322, 1#] Newly unveiled Poco M8 Pro came in fourth, ahead ..
World     >>



Asia-Pacific markets set to open higher, tracking Wall .. - Cnbc
Investors will be keeping an eye on oil prices as protests continue in Iran and U.S. President Donald Trump reportedly is weighing options to intervene.
Motor Trend     >>



Buletin Nissan Z Facelift 2026 Didedahkan Di Tokyo .. - Mekanika
# NISSAN Z FACELIFT 2026 DIDEDAHKAN DI TOKYO AUTO SALON **Walaupun baru kira-kira tiga tahun berada di pasaran, Nissan Z kini menerima nafas baharu menerusi kemas kini ringan (facelift) yang diperkenalkan secara rasmi di Tokyo Auto Salon.** Model yang dikenali sebagai Fairlady Z di Jepun ini ..