///
See Also: Shutterstock

Search : Parlimen Bersatu News   Page 1    





Tanpa PRN Sabah, kerajaan tetap bina sekolah di Pulau Gaya ???... - Mgazette - 20/11 8:12 am

# Tanpa PRN Sabah, kerajaan tetap bina sekolah di Pulau Gaya Chan KOTA KINABALU Calon Pakatan Harapan (PH) Tanjung Aru, Datuk Chan Foong Hin melahirkan rasa kesal apabila projek pemindahan dua sekolah di Pulau Gaya bernilai RM260 juta dari kawasan laut ke daratan disalahertikan kononnya dinilai berdasarkan kepada 2,000 pelajar





Program Sekolah Angkat Madani kurangkan jurang pendidikan - Mgazette - 20/11 8:12 am

# Program Sekolah Angkat Madani kurangkan jurang pendidikan NIBONG TEBAL - Lebih 900 sekolah di seluruh negara kini menerima perhatian melalui Program Sekolah Angkat Madani untuk mengurangkan jurang pendidikan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek





PN sedia runding bentuk Kerajaan Negeri Sabah – Tuan Ibrahim - Mgazette - 20/11 8:12 am

# PN sedia runding bentuk Kerajaan Negeri Sabah - Tuan Ibrahim KUALA LUMPUR Perikatan Nasional (PN) Sabah yang menampilkan calon-calon kepimpinan bersih serta berintegriti tinggi sedia berunding dan membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN) Sabah





Sabah hilang dua tahun hanya taktik politik terdesak GRS - Mgazette - 20/11 8:12 am

# Sabah hilang dua tahun hanya taktik politik terdesak GRS KOTA KINABALU - UMNO Sabah membidas dakwaan Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali mengenai tuduhan pentadbiran Barisan Nasional (BN) terdahulu khususnya Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai punca Sabah 'hilang dua tahun' dalam pembangunan projek kritikal





“Doa Selamat” – Radzi Jidin, Hamzah Antara MP Bersatu .. - Mgazette - 20/11 8:12 am

# "Doa Selamat" - Radzi Jidin, Hamzah Antara MP Bersatu Berkumpul Rumah Muhyiddin Malam Ini





Manifesto PH Sabah tidak janji bulan dan bintang - Mgazette - 20/11 8:12 am

KOTA KINABALU Calon Pakatan Harapan (PH) N.22 Tanjung Aru, Datuk Chan Foong Hin memberi bayangan manifesto partinya yang bakal dilancarkan Ahad ini lebih cenderung kepada penyelesaian isu tiga serangkai di Sabah





Ahli Parlimen Bersatu ikrar setia kepada Muhyiddin - Mgazette - 20/11 8:12 am

# Ahli Parlimen Bersatu ikrar setia kepada Muhyiddin KUALA LUMPUR Perjumpaan di antara Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli-ahli Parlimen parti itu malam tadi berlangsung bagi membincangkan perkembangan semasa, selain mengukuhkan kesepakatan serta hala tuju perjuangan parti





Bersatu Selangor umum lantikan baharu Bersatu Selangor umum lantikan baharu - Mgazette - 20/11 8:12 am

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor mengumumkan rombakan dan pelantikan beberapa jawatan utama dalam Badan Pimpinan Negeri (BPN) sebagai langkah memperkukuh organisasi serta memperhebat peranan parti di negeri itu





Tanpa hubungan rapat pusat, pembangunan Sabah terbantut, kata Masidi - FMT - 20/11 7:30 am

Masidi Manjun ingatkan banyak keputusan rugikan negeri susulan ketiadaan kerjasama dengan pusat semasa pentadbiran Parti Bersatu Sabah dahulu.





Bersatu teguh dengan hala tuju parti - Ahli Parlimen Rompin - Sinarharian - 19/11 11:22 pm

SHAH ALAM - Perjumpaan antara Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli-ahli Parlimen parti itu pada Selasa malam menegaskan komitmen kepimpinan serta wakil rakyatnya untuk terus memperkukuh kesepakatan, memperteguh hala tuju perjuangan dan memastikan kekuatan parti berada pada landasan mantap.Menurut Ahli Parlimen Rompin, Datuk Abdul Khalib Abdullah, pertemuan tersebut membuktikan bahawa kepimpinan dan Ahli Parlimen Bersatu sentiasa berpegang teguh kepada semangat jamaah, disiplin organisasi dan nilai perjuangan yang menjadi asas parti sejak ditubuhkan.Beliau berkata, Ahli-ahli Parlimen terus berdiri teguh bersama Presiden, Timbalan Presiden dan barisan kepimpinan tertinggi parti yang diamanahkan untuk memimpin serta memperjuangkan kepentingan rakyat tanpa gentar dan tanpa berkompromi terhadap prinsip.Ujarnya lagi, keyakinan tersebut lahir daripada komitmen bersama untuk memastikan parti kekal mantap, tersusun dan bersedia menghadapi cabaran politik semasa."Dengan keharmonian, kesepaduan dan kesalingfahaman yang kukuh antara Ahli-ahli Parlimen, ia akan mengukuhkan lagi kekuatan Bersatu dalam memperjuangkan dasar berpaksikan integriti, ketelusan dan kebajikan rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau turut menegaskan keyakinan bahawa Bersatu bersama Perikatan Nasional akan terus memainkan peranan sebagai Pembangkang yang konstruktif, berprinsip dan berwibawa dalam memastikan semak dan imbang yang berkesan terhadap kerajaan.Terdahulu, seramai 18 Ahli Parlimen dilaporkan hadir pada perjumpaan bersama Presiden Bersatu di Bukit Damansara itu.Mesyuarat itu berlangsung selepas beberapa hari tular dokumen dalaman yang dikaitkan dengan cadangan pertukaran Ketua Pembangkang dan kenyataan beberapa pemimpin yang menyuarakan kebimbangan terhadap polemik dalaman parti.Pada masa sama, 18 Ahli Parlimen yang hadir turut menyatakan sokongan padu terhadap Muhyiddin.





Ahli Parlimen umum sokong Muhyiddin dan Hamzah - FMT - 19/11 10:36 pm

Abdul Khalib Abdullah kata mesyuarat semalam bincang perkembangan semasa, mengukuhkan kesepakatan, serta memperteguh hala tuju.





Bersatu MP pledges backing for both Muhyiddin and Hamzah - FMT - 19/11 9:41 pm

Abdul Khalib Abdullah says last night's meeting of Bersatu MPs focused on 'current developments, bolstering consensus and strengthening the direction of the party's struggle'.





Isu pemalsuan dokumen pemain warisan: KBS, KDN bertindak secara bersama - Sinarharian - 19/11 6:56 pm

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menyatakan komitmen untuk bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengambil langkah wajar berhubung isu pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan skuad kebangsaan, selepas meneliti alasan bertulis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, KBS mengikuti rapat perkembangan kes ini dan peranan KDN adalah kritikal memandangkan aspek jenayah berada di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan."Untuk aspek itu adalah di bawah bidang kuasa KDN jadi kita serahkan kepada kementerian itu dan saya telah menghubungi Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) tetapi belum dapat lagi maklum balas





PN sedia memimpin Sabah, tawar kerajaan lebih stabil - Sinarharian - 19/11 5:41 pm

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) menegaskan komitmennya untuk menawarkan kepimpinan yang stabil di Sabah dalam usaha mengelakkan ketidaktentuan politik yang sering melanda negeri itu setiap kali berlangsung pilihan raya negeri (PRN).Fenomena kemunculan parti baharu pada setiap PRN Sabah terus mewarnai landskap politik negeri berkenaan, selain menyumbang kepada pertandingan banyak penjuru hampir di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).Timbalan Presiden Pas yang juga Pimpinan Tertinggi PN Pusat, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keadaan itu menyebabkan undi berpecah sehingga kemenangan calon tidak semestinya menggambarkan kehendak majoriti pengundi."Walaupun kepelbagaian parti dianggap sebahagian daripada kematangan demokrasi, ketiadaan parti dominan dalam pembentukan kerajaan turut membuka ruang kepada aktiviti lompat parti serta usaha memujuk wakil rakyat menyertai pihak tertentu selepas pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, meskipun di peringkat Persekutuan wujud Akta Anti Lompat Parti melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663), perkembangan membabitkan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri menunjukkan undang-undang berkenaan masih belum berfungsi sepenuhnya.Situasi itu katanya, menimbulkan persoalan mengenai jaminan bahawa insiden sama tidak berulang di Sabah, lebih-lebih lagi apabila perbezaan jumlah kerusi antara parti kecil dan kerajaan mudah terdedah kepada ketidakstabilan.Menurutnya, PN Sabah kini menampilkan barisan calon yang disifatkan bersih, berintegriti dan bersedia berunding dalam pembentukan kerajaan seperti ditekankan Pengerusinya, Datuk Seri Ronald Kiandee"Pas sebagai komponen utama PN, turut sependapat bahawa kestabilan kerajaan perlu diutamakan bagi mengelakkan kegawatan politik yang akhirnya menyusahkan rakyat serta membazirkan masa dan sumber negara," katanya.Beliau menambah, adalah lebih baik jika gabungan parti dapat dibentuk lebih awal supaya pertembungan merugikan semua pihak dapat dielakkan, namun sentimen politik dan keyakinan setiap parti terhadap peluang kemenangan masing-masing dilihat terus menyukarkan pembentukan kesepakatan sebelum hari pengundian.Mengulas isu tuntutan pemulangan 40 peratus hasil Sabah, Tuan Ibrahim berkata, ia menjadi antara perkara utama yang dibawa hampir semua parti.Katanya, PN menyokong pelaksanaan tuntutan berkenaan seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan."Bagi PN, isu berkenaan bukan sahaja berkaitan jumlah hasil yang dipulangkan, tetapi turut menekankan aspek pengurusan hasil tersebut."Integriti, amanah dan tanggungjawab menjadi keutamaan kerana pulangan besar tidak membawa makna jika diurus individu yang terpalit rasuah atau penyelewengan," katanya.Beliau menegaskan, PN Sabah yang dipimpin Ronald Kiandee bersama Timbalan Pengerusinya, Dr Ali Akbar, serta seluruh kepimpinan negeri komited memimpin dengan meletakkan rakyat sebagai keutamaan."Sabah berhak mendapat kerajaan yang stabil, makmur dan berprinsip





Ahli Parlimen DAP pertahan firma guaman wakili pemaju Kg Jalan Papan - FMT - 19/11 5:36 pm

Lim Lip Eng berkata, setiap entiti berhak dapat perwakilan undang-undang, nafi salah laku profesional.





PRN Sabah: Hajiji yakin GRS menang lebih 37 kerusi, dapat 'simple majority' - Sinarharian - 19/11 5:34 pm

BEAUFORT Ketua Menteri merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor yakin gabungan itu mampu memperoleh majoriti mudah dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).Beliau berkata, keyakinan itu bukan sahaja melibatkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan dan Klias, tetapi turut merangkumi keseluruhan 55 kerusi yang ditandingi GRS."Memang lebih banyaklah dan kita yakin kita boleh mempertahankan kerajaan ini





Anthony Loke diberi 48 jam jawab tuntutan pemandu lori, bas - Sinarharian - 19/11 4:48 pm

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengusaha-Pengusaha Lori SeMalaysia dan Persatuan Pemandu-Pemandu Lori SeMalaysia memberi tempoh 48 jam kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk menjawab 26 perkara dituntut dalam memorandum yang diserahkan pada Rabu.Aktivis sosial yang mewakili kedua-dua persatuan berkenaan, Datuk Dr Kalai Vanar berkata, kerajaan melalui kementerian diterajui Anthony perlu mengkaji semula beberapa pelaksanaan undang-undang oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana didakwa menekan kumpulan berkenaan.Menurutnya, antara perkara utama yang dituntut supaya dikaji semula ialah mata demerit, saman permit majikan, had masa operasi, penyelarasan had berat dengan muatan (BDM), penyelarasan had ketinggian muatan dan pengurangan saman kepada kadar yang minimum semasa."Berkali-kali saya sudah katakan kita bukan ugut (tapi) kita hendak serah memorandum





Pengisian guru di seluruh negara lebih 98 peratus - Fadhlina - Sinarharian - 19/11 4:29 pm

NIBONG TEBAL- Kerajaan Madani terus memperlihatkan komitmen kukuh dalam menangani isu kekurangan guru dengan mencapai kadar pengisian lebih 98 peratus bagi penempatan cikgu di seluruh negara.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, hanya kurang daripada dua peratus jawatan guru di seluruh negara masih belum diisi setakat ini, dengan seramai 53,000 guru telah dilantik sejak 2022 untuk memenuhi keperluan cikgu di sekolah."Jadi ini adalah iltizam kita untuk memastikan bahawa pengisian guru dapat kita laksanakan secara bersungguh-sungguh, untuk mengatasi kekurangan guru dan kalau pengisian sudah sampai 98 peratus saya fikir kita harus terus meningkatkan usaha kita bagi mengatasi isu-isu kekurangan guru dari semasa ke semasa," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Aset Sekolah Angkat MADANI Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bakap di sini, yang disempurnakan Pengerusi SPA, Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.Beliau berkata, Suranjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) juga memainkan peranan penting dalam memahami keperluan dan kekurangan tenaga pengajar serta sentiasa berusaha memastikan pengisian guru dilaksanakan dengan segera dan berkesan.Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, proses pengisian guru akan dilakukan sebaik sahaja terdapat kekosongan, tanpa berlengah bagi memastikan tiada isu kekurangan guru di sekolah.Sementara itu, beliau berkata, isu berhubung guru baharu tidak melaporkan diri selepas menerima penempatan Isnin lepas tidak begitu serius, kerana jumlah tersebut sangat sedikit, namun pihaknya mengambil perhatian berhubung perkara tersebut.Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) juga sedang mengumpulkan maklumat itu bagi mendapatkan gambaran keseluruhan berhubung isu tersebut dan dalam masa sama akan mengatasi isu yang timbul sehingga menyebabkan mereka tidak melaporkan diri."Saya rasa tidak begitu serius, kerana jumlah itu sangat sedikit tetapi kena ambil perhatian mengapa mereka tidak mampu mendaftarkan diri dan mungkin ada sebab-sebab peribadi ataupun sebab yang perlu KPM ambil maklum tentang mengapa keadaan tersebut berlaku."Kita perlukan sedikit masa untuk kumpulkan semua maklumat itu dan tiada masalah untuk mereka mendaftar (selepas ini), kerana KPM masih memerlukan mereka, kita harap isu itu dapat atasi segera kerana keperluan untuk mereka berada di penempatan itu sangat tinggi," katanya.Media semalam melaporkan seramai tujuh orang guru yang diambil menerusi inisiatif Pengambilan Khas Guru Sarawak meletak jawatan, sementara seramai 51 orang guru tidak melapor diri





Azmin names new Selangor Bersatu leaders after duos dismissal - FMT - 19/11 4:24 pm

The appointments follow the immediate sacking of the Sepang and Puchong division chiefs over alleged breaches of party rules.





BN tak paksa MIC kekal, kalau nak keluar terima kasih - Dr Akmal - Sinarharian - 19/11 4:15 pm

MELAKA Barisan Nasional (BN) tidak akan memaksa MIC untuk terus kekal sebagai parti komponen sekiranya mereka memilih untuk membawa haluan sendiri





Adun Morib dilantik setiausaha Bersatu Selangor - FMT - 19/11 4:03 pm

Pelantikan itu menyusul dua ketua bahagian dipecat semalam.





Chen Xing, Xiao Yue simbol diplomatik erat Malaysia-China - Mgazette - 19/11 3:09 pm

# Chen Xing, Xiao Yue simbol diplomatik erat Malaysia-China JOHOR BAHRU - Kehadiran pasangan panda gergasi Chen Xing (jantan) dan Xiao Yue (betina) dari China bukan sekadar tarikan tetapi melambangkan hubungan diplomatik erat Malaysia dengan China





KPM tunggu laporan penuh punca isu guru tak lapor diri - Mgazette - 19/11 3:09 pm

# KPM tunggu laporan penuh punca isu guru tak lapor diri NIBONG TEBAL - Kementerian Pendidikan (KPM) menunggu laporan penuh proses pendaftaran guru baharu bagi mengenal pasti punca segelintir guru yang didakwa tidak melaporkan diri ke sekolah seperti ditetapkan





18 Ahli Parlimen Bersatu beri sokongan kepada Muhyiddin - Mgazette - 19/11 3:09 pm

# 18 Ahli Parlimen Bersatu beri sokongan kepada Muhyiddin KUALA LUMPUR - Seramai 18 Ahli Parlimen Bersatu sebulat suara memberi sokongan kepada presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas satu pertemuan tertutup malam tadi





Tiada himpunan pertahankan Hamzah, poster tersebar palsu - Mgazette - 19/11 3:09 pm

Malah poster berbunyi Himpunan Pertahankan Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut itu tersebar sejak beberapa hari lalu adalah palsu. Malah Hamzah turut hadir malam tadi pada pertemuan tertutup bersama Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang menganjurkan pertemuan dengan Ahli Parlimen Bersatu





PRU16: Penentu halatuju negara – Putra - Mgazette - 19/11 3:09 pm

KUALA LUMPUR Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) disifatkan sebagai medan penentuan masa depan negara yang kini berdepan pelbagai masalah dan cabaran kronik, bukannya sekadar pertandingan lima tahun sekali





KPN tiada perancangan bina Muzium Perang Force 136 di Gerik - Sinarharian - 19/11 12:50 am

KUALA LUMPUR Kementerian Perpaduan Negara (KPN) ketika ini tidak bercadang untuk membina Muzium Perang Force 136 atau Muzium Darurat Menentang Komunis (PKM) dalam Parlimen Gerik.Timbalan Menterinya, K Saraswathy berkata, sebarang cadangan penubuhan muzium baharu perlu terlebih dahulu dikaji secara komprehensif memandangkan ia melibatkan kos yang tinggi."Namun untuk makluman Yang Berhormat, sejarah darurat pernah diketengahkan di Muzium Perak, Taiping menerusi penganjuran Pameran Malaysia Era Perang Dunia Kedua yang diadakan bersempena sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun 2023."Malah, peristiwa darurat juga merupakan salah satu segmen pameran kekal yang dipamerkan di Muzium Negara."Selain itu, peristiwa darurat termasuk peranan Force 136 juga dipamerkan di muzium-muzium sedia ada yang lain, misalnya Muzium Tentera Darat Malaysia di bawah Kementerian Pertahanan dan Muzium Kepolisan serta Muzium Bukit Kepong di bawah Kementerian Dalam Negeri," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Fathul Huzir Ayob (PNGerik) yang memintanya menyatakan sama ada KPN boleh mempertimbangkan untuk membina sebuah Muzium Perang Force 136 dan Muzium Darurat Menentang Komunis di kawasan bersejarah dalam Parlimen Gerik bagi memperingati sejarah dan perjuangan serta sebagai tarikan pelancongan dan sumber pendidikan sejarah kepada masyarakat.Saraswathy pada masa sama turut menzahirkan penghargaan kepada Fathul Huzir atas keprihatinan beliau terhadap sejarah bangsa dan tanah air menerusi penubuhan muzium.





Dewan Rakyat kecoh tiada tindakan terhadap Sany - FMT - 19/11 12:43 am

Ahli Parlimen Hulu Langat Sany Hamzan mengaitkan fitnah di masjid dengan pemimpin pembangkang yang didakwa membuat fitnah terhadap APMM.





Ketua Bersatu Pendang bebas tuduhan salah laku disiplin selepas siasatan - FMT - 19/11 11:21 am

Abdul Razak Khamis dipanggil memberi keterangan kepada Lembaga Disiplin September lalu atas dakwaan menyerang Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz.





ADUN Kedah bebas tuduhan kesalahan Lembaga Disiplin Bersatu - Sinarharian - 19/11 10:45 am

ALOR SETAR Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pendang, Abdul Razak Khamis dibebaskan daripada semua tuduhan salah laku disiplin selepas melalui proses siasatan Lembaga Disiplin parti itu.Perkembangan tersebut disahkan beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah kepada Sinar Harian pada Rabu.Abdul Razak telah menerima surat Lembaga Disiplin parti parti tersebut pada Isnin yang membebaskan beliau daripada sebarang sabitan salah laku disiplin.Terdahulu, beliau juga turut berkongsi perkara berkenaan menerusi kenyataan di laman media sosial rasminya pada Selasa."Alhamdulillah





Laporan Tahunan SPRM akan diserah kepada PM, tingkat usaha cegah rasuah - Sinarharian - 19/11 10:43 am

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) akan menyerahkan Laporan Tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2024 kepada Perdana Menteri sebagai langkah pencegahan rasuah lebih menyeluruh.SPRM dalam kenyataan berkata, laporan itu kemudian akan dibentangkan di hadapan setiap Majlis Parlimen berdasarkan peruntukan subseksyen 14(5) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].Menurutnya, penunaian fungsi ini merupakan salah satu peranan JKMR dalam usaha pencegahan rasuah negara untuk dilaksanakan secara menyeluruh, bebas dan berintegriti demi kepentingan rakyat dan kesejahteraan negara."JKMR telah mengadakan Mesyuarat Bil 4 Tahun 2025 bagi meneruskan kesinambungan fungsi-fungsinya sebagaimana ditetapkan di bawah Akta 694."Agenda utama kali ini adalah untuk mendengar dan memeriksa ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) tentang penjalanan SPRM akan fungsinya di bawah Akta 694."Pada masa sama mesyuarat kali ini juga untuk mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai Laporan Tahunan SPRM bagi Tahun 2021 sehingga 2024 dan ulasan LPPR bagi tahun 2024," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Tambah kenyataan itu, Laporan Tahunan JKMR 2024 yang sedang dalam penyediaan akan memuatkan input yang diterima dalam mesyuarat berkenaan.Katanya, JKMR mengambil maklum isu-isu berbangkit yang dikemukakan dalam mesyuarat ini khususnya berkaitan status penguatkuasaan, aspek prosedur dan kawal selia, mekanisme pencegahan dan pengurusan hal ehwal SPRM selaras dengan mandat semak serta imbang yang diberikan kepada ahli JKMR.Mesyuarat yang berlangsung pada Selasa dipengerusikan Pengerusi JKMR, Datuk Mohd Shahar Abdullah yang juga merupakan Ahli Parlimen Paya Besar.Turut hadir Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Professionalisme), Datuk Junipah Wandi serta Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Azmi Kamaruzaman dan Pengerusi Badan-Badan Pemantau Bebas SPRM yang lain.





Gangguan NG MERS 999 bukan isu terpencil, ia soal nyawa –... - Mgazette - 19/11 7:29 am

# Gangguan NG MERS 999 bukan isu terpencil, ia soal nyawa - NGO GEORGE TOWN - Persatuan Ambulans Komuniti Sungai Ara menegaskan gangguan penyampaian perkhidmatan ambulans kecemasan susulan pelaksanaan sistem Next Generation Malaysian Emergency Response Services 999 (NG MERS 999) bukan insiden terpencil





Imigresen nafi dakwaan depot tahanan PATI tidak mencukupi - Mgazette - 19/11 7:29 am

# Imigresen nafi dakwaan depot tahanan PATI tidak mencukupi KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen hari ini menafikan dakwaan bahawa kapasiti depot tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) di seluruh negara sesak





Perjumpaan Ahli Parlimen Bersatu - Mgazette - 19/11 7:29 am

Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.





Sany ucap tahniah kepada Radzi kerana desas-desus bakal gantikan Hamzah - Mgazette - 19/11 7:29 am

Dalam masa yang sama, satu protes anti-Muhyiddin juga mungkin diadakan di luar kediaman bekas Perdana Menteri itu. Sebagai rekod, dua minggu lalu sekumpulan 19 ahli Parlimen Bersatu menandatangani surat kepada Muhyiddin sebagai bantahan terhadap tindakan disiplin ke atas Datuk Wan Saiful Wan Jan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Hamzah.-MalaysiaGazette





209 anggota MALBATT 850-12 selamat pulang - Mgazette - 19/11 7:29 am

SUBANG JAYA - Seramai 209 anggota dari kumpulan akhir Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 yang terlibat dengan misi pengaman di Selatan Lubnan selamat tiba ke tanah air pada hari ini





'Isu Ketua Pembangkang tidak dibincang, fokus pada Sabah' Kalam - Sinarharian - 19/11 12:03 am

KUALA LUMPUR - Isu berkaitan kedudukan Ketua Pembangkang tidak dibincangkan dalam perjumpaan Ahli Parlimen Bersatu bersama Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Bukit Damansara di sini pada Selasa malam.Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan ketika ditemui selepas mesyuarat itu menegaskan bahawa pertemuan berkenaan langsung tidak menyentuh soal pertukaran Ketua Pembangkang, sebaliknya memberi tumpuan kepada persiapan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah."Tidak dibincangkan (berkenaan status Ketua Pembangkang)





Ketua Pemuda PBS Sook letak jawatan sertai PBRS - FMT - 18/11 11:55 pm

Rushdy Raphael bersama seluruh kepimpinan Pemuda PBS Sook serah borang keahlian sertai Parti Bersatu Rakyat Sabah.





Selepas pertemuan, Ahli Parlimen Bersatu ulang sokongan kepada Muhyiddin - FMT - 18/11 11:45 pm

Seorang Ahli Parlimen kata tiada perbincangan mengenai menggantikan Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang.





After hours-long meet, Bersatu MPs reiterate support for Muhyiddin - FMT - 18/11 11:33 pm

One MP leaving Muhyiddin Yassins home says there were no discussions about replacing Hamzah Zainudin as opposition leader.





Kediaman Muhyiddin jadi tumpuan malam ini - Sinarharian - 18/11 9:52 pm

KUALA LUMPUR [KEMAS KINI] Kediaman Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara menjadi tumpuan malam ini susulan pertemuan melibatkan Ahli Parlimen parti itu.Antara yang hadir ialah Datuk Khlir Mohd Nor (Parlimen Merbok), Mohd Nazri Abu Hassan (Parlimen Grik), Fathul Huzir Ayob (Parlimen Gerik), Komander Nordin Ahmad Ismail (Bersara, Parlimen Lumut), dan Datuk Azman Nasrudin (Parlimen Padang Serai).Turut hadir ialah Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (Parlimen Langkawi), Kapten Azahari Hasan (Parlimen Padang Rengas), Dr. Mohd Radzi Md Jidin (Parlimen Putrajaya), Datuk Seri Hamzah Zainudin (Parlimen Larut) dan Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (Parlimen Masjid Tanah).Zakri Hassan (Parlimen Kangar) dan Datuk Wira Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (Parlimen Kubang Pasu) juga antara yang hadir.Sebelum ini, media melaporkan tular sebuah draf dokumen dalaman bertarikh 10 November 2025 yang didakwa sebagai surat sulit kepimpinan Bersatu, mencadangkan tindakan segera diambil bagi mendamaikan dan memulihkan kesejahteraan parti.Dokumen tanpa kepala surat rasmi itu turut menyarankan agar DrmMohd Radzi menggantikan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.Namun, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memaklumkan bahawa parti itu belum menerima sebarang maklumat daripada rakan sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) berhubung surat cadangan pertukaran jawatan Ketua Pembangkang tersebut.Sebelum pertemuan malam ini, seramai 16 Ahli Parlimen Bersatu telah menandatangani sepucuk surat bertarikh 23 Oktober lalu yang diserahkan kepada Muhyiddin bagi menyatakan kebimbangan serius terhadap polemik dalaman parti.Surat itu menegaskan bahawa pemecatan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan penggantungan keahlian Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selama satu penggal, adalah langkah yang tidak bijak.Mereka juga berpendapat hukuman tersebut tidak kena pada masanya dan boleh mengganggu momentum sokongan rakyat terhadap pembentangan Gagasan Belanjawan PN oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.Selain itu, mereka menentang keputusan parti memanggil Hamzah ke Lembaga Disiplin kerana dianggap tidak masuk akal.Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, salah seorang yang menandatangani surat itu, mengesahkan bahawa dokumen berkenaan telah dihantarnya sendiri kepada Muhyiddin di Parlimen pada 27 Oktober lalu.Beliau berkata, Muhyiddin telah membaca surat tersebut dan memberikan maklum balas.Difahamkan, Ahli Parlimen Sungai Besar, Tanah Merah, Saratok dan Indera Mahkota tidak hadir dalam pertemuan malam ini.Sementara itu, satu perhimpunan penyokong Hamzah yang dijangka berlangsung di luar kediaman Muhyiddin tidak berlangsung seperti yang digembar-gemburkan menerusi media sosial.





Ahli Parlimen Bersatu tiba di kediaman Muhyiddin untuk perjumpaan tertutup - FMT - 18/11 9:00 pm

Perjumpaan itu diadakan di tengah tengah krisis dalaman Bersatu susulan tindakan disiplin terhadap tiga pemimpin parti.





Bersatu MPs arrive at Muhyiddins home for high-profile meeting - FMT - 18/11 8:51 pm

This comes amid internal tensions in Bersatu, with disciplinary action taken on two MPs and Muhyiddin Yassin facing calls to step down as party president.





Reconciliation or showdown? Bersatu MPs gather at Muhyiddins home amid deepening leadership rift - Sinardaily - 18/11 7:13 pm

SHAH ALAM Bukit Damansara is expected to be a focal point for political activity tonight, following reports that senior Bersatu leaders are set to gather at party president Tan Sri Muhyiddin Yassins residence in Kuala Lumpur.Meanwhile, there is talk that an anti-Muhyiddin protest may take place outside his home on Jalan Setia Bakti.According to Malaysiakini, a leaked invitation revealed that Muhyiddin is hosting a dinner for Bersatu MPs this evening.The development comes two weeks after 19 Bersatu MPs signed a letter to Muhyiddin objecting to disciplinary action taken against Wan Saiful Wan Jan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal and the partys deputy president Datuk Seri Hamzah Zainudin.Wan Saiful was expelled while Wan Fayhsal was suspended, following alleged attempts within the party to push Muhyiddin to hand over leadership to Hamzah





'Tahniah Putrajaya, takziah Larut' - Hulu Langat dakwa Radzi Jidin bakal Ketua Pembangkang - Sinarharian - 18/11 6:24 pm

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini dikejutkan dengan ucapan tahniah oleh Mohd Sany Hamzan (PH - Hulu Langat) kepada Datuk Dr Radzi Jidin (PN - Putrajaya) yang didakwa bakal dilantik sebagai Ketua Pembangkang.Ucapan itu dibuat ketika Mohd Sany membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 bagi Kementerian Kesihatan (KKM) di peringkat jawatankuasa.Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PNLarut) yang didakwa akan dilucut daripada jawatan tersebut susulan kemelut dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga merupakan komponen Perikatan Nasional (PN)."Saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada Ahli Parlimen Putrajaya yang khabarnya akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang dalam Parlimen Malaysia."Takziah diucapkan kepada Ahli Parlimen Larut yang dilucutkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang





Tiada agenda tukar Hamzah dengan Radzi Jidin - MP Gerik - Sinarharian - 18/11 6:18 pm

SHAH ALAM - Seorang wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberi jaminan bahawa tiada sebarang agenda menukar kedudukan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dengan Naib Presiden parti itu, Datuk Dr Radzi Jidin bakal dibincangkan pada malam Selasa.Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob sebaliknya menegaskan bahawa pertemuan ahli-ahli Parlimen Bersatu dengan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediaman beliau di Bukit Damansara malam ini bukanlah satu mesyuarat khas, namun sekadar program jamuan makan malam dan sesi perbincangan rutin mengenai parti.Menurutnya, kehadiran ahli-ahli Parlimen Bersatu ke rumah Presiden bukan sesuatu yang luar biasa.Beliau turut menolak keras dakwaan wujud agenda menukar Hamzah yang juga Timbalan Presiden Bersatu dengan Datuk Dr Radzi Jidin sebagai Ketua Pembangkang Parlimen, sambil menyifatkan spekulasi itu sebagai 'naratif musuh' yang tidak berasas.'Agenda pertemuan dengan Tan Sri Presiden perkara biasa





Malaysia pertimbang jika ditawarkan sertai ISF di Gaza - Mohamad - Sinarharian - 18/11 5:59 pm

MEMBAKUT - Malaysia akan memberi pertimbangan sewajarnya jika ditawarkan untuk menyertai Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) di Gaza, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.Mohamad berkata, ISF bukanlah misi pengaman tradisional di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebaliknya sebuah pasukan penstabilan dengan mandat operasi berbeza."ISF di Gaza berbeza dengan tentera pengaman yang biasa diluluskan oleh PBB."ISF ini ada di dalam terma-terma dia iaitu engagement dan untuk mereka menyah tenterakan pasukan-pasukan yang bertempur di Gaza itu," katanya.Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ditemui selepas bertemu jentera BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Binsulok, Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut di sini pada Selasa.Menjelas lanjut, Mohamad berkata, Malaysia mengambil pendekatan berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan muktamad berhubung penyertaan dalam misi berkenaan."Saya akan bawa perkara ini ke Kabinet untuk diputuskan tetapi belum ada lagi jemputan kerana menurut apa yang telah pun diberitakan bahawa Mesir, Israel dan juga Amerika Syarikat yang mengurus ISF ini," katanya.Selain itu, beliau berkata, Malaysia juga akan meneliti terma rujukan ISF yang masih belum diperincikan sepenuhnya serta akan mendapatkan pandangan daripada negara-negara lain sebelum membuat keputusan."Kami tidak berapa jelas sangat apa terma-terma di dalamnya, biar kami hadam betul-betul dan berunding dengan negara-negara lain





Muhyiddin allowed to obtain passport for medical treatment, visit family in the UK - Sinardaily - 18/11 4:22 pm

KUALA LUMPUR The High Court here on Tuesday allowed former Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin to retrieve his passport so he can travel to the United Kingdom (UK) for a pancreatic cancer check-up and to visit his grandchildren next month.Judge Noor Ruwena Md Nurdin made the decision after approving the application by Muhyiddin, 78, to obtain his passport from Dec 8 until Jan 5, 2026.She said the Perikatan Nasional (PN) chairman had applied for the release of the travel document on Nov 6, citing the need to undergo medical examinations for an illness he has been battling since 2018.According to her, the applicant has an appointment at a medical centre in London on Dec 17 and also relied on the fact that the Sessions Court previously allowed similar applications for passport release.However, she said the prosecution did not object to his medical reasons but disagreed with granting the passport solely for Muhyiddins intention to spend time with his family, including three grandchildren who currently reside in the UK.She added that the prosecution also objected to the applicants request to go on vacation with his wife and family in Madrid, Spain.The applicant has booked flight tickets on Dec 15 and then to Madrid from Dec 20 until Jan 2, 2026.He and his wife will return to Malaysia via Dubai with a transit of five to six days and arrive in Kuala Lumpur on Jan 8, 2026, before returning the travel document to the court on Jan 12, the judge said.After reviewing both requests, she said the court saw no justification for such a long transit in Dubai when the duration could be shortened.She said that upon checking with the airline, there were still other options available for shorter transit dates.The applicant should have made early arrangements and obtained the courts permission first by submitting a proposal to the court.Instead, he booked the tickets, this is what opens the door to many similar applications in the future, she said.Ruwena added that the applicants decision to purchase flight tickets before filing the court application showed he was taking the risk of whether his request for passport release would be approved or not.As such, she advised the defence not to take future applications lightly.Based on the evidence and the courts discretion, this application is allowed on the condition that the passport return period is shortened, beginning from Dec 8 instead of today.It must be returned to the court on or before Jan 5 next year, she said.During the proceedings, lawyer Datuk Amer Hamzah Arshad, representing Muhyiddin, said that for reasons of medical treatment and visiting his family abroad, his client requested the passport to be released from Tuesday until Jan 12 next year.He urged the court to grant the applicant the opportunity to undergo recovery and spend quality time with his family without interference.My client poses no flight risk and Muhyiddin is determined to clear his name through the judicial process, he said.However, Deputy Public Prosecutor Mahadi Abdul Jumaat said the prosecution did not object to Muhyiddins request to undergo follow-up treatment in the UK.But he objected to the request to vacation with his wife and family in Madrid.This is because such an approval would open the door to many similar applications in the future.If the court intends to allow this application, I propose the passport release period only until Dec 20, he said.He was present with Deputy Public Prosecutors Noralis Mat and Wan Iman Wan Ahmad Afzal.For the first to fourth charges, the Pagoh MP is accused, as a public officer, namely the Prime Minister of Malaysia and Bersatu President, of using his position for bribes amounting to RM232.5 million from an individual, Azman Yusoff, 51 and three companies: Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd and Mamfor Sdn Bhd, for the benefit of the partys associates.The offences were allegedly committed at the Prime Ministers Office, Perdana Putra Building, Federal Government Administrative Centre, here between March 1, 2020 and August 20, 2021.All charges were made under Section 23(1) of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Act 2009, punishable under Section 24(1) of the same Act.The section provides for imprisonment of up to 20 years and a fine of not less than five times the value of the bribe involved, or RM10,000 whichever is higher upon conviction.For the fifth and sixth charges, Muhyiddin, as the party president, is accused of receiving proceeds from unlawful activities amounting to RM195 million from Bukhary Equity, which was deposited into Bersatus CIMB Bank account.The offences were allegedly committed at CIMB Bank, Menara Kuala Lumpur branch, between February 25, 2021 and July 8, 2022.Both charges were filed under Section 4(1)(b) read together with Section 87(1) of the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (AMLATFPUAA), which carries a penalty under Section 4(1) of the same Act.This section provides for imprisonment of up to 15 years and a fine of not less than five times the amount or value of the proceeds from unlawful activities or the instrument of the offence at the time it was committed or RM5 million whichever is higher upon conviction.The court has set case management for Feb 23, 2026 and Muhyiddin is excused from attending the date.





Kapasiti depot tahanan PATI mencukupi - Imigresen - Sinarharian - 18/11 3:53 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menegaskan kapasiti depot tahanan adalah mencukupi bagi menampung jumlah tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) di seluruh negara.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, buat masa ini jumlah kapasiti sebenar yang boleh ditempatkan di 21 depot di seluruh negara adalah seramai 21,530 tahanan.Menurutnya, setiap hari terdapat tangkapan dan masa sama terdapat PATI yang diusir."Jadi data akan turun naik





Banci Ekonomi 2026 sasar tingkat bahagian pendapatan pekerja melebihi 40 peratus - Sinarharian - 18/11 3:44 pm

KUALA LUMPUR Usaha meningkatkan bahagian pendapatan pekerja kepada lebih 40 peratus, berbanding 36 peratus dalam nilai ekonomi negara ketika ini, menjadi antara fokus utama pelaksanaan Banci Ekonomi 2026 (BE2026) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, banci berskala besar tersebut amat penting untuk menyediakan gambaran sebenar struktur ekonomi negara, sekali gus membantu kerajaan menilai sama ada strategi semasa benar-benar memberi manfaat kepada golongan pekerja.Menurutnya, data terperinci yang dikumpul akan menjadi asas kepada penetapan dasar baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan rancangan perindustrian negara, selain membantu mengenal pasti sektor yang memerlukan intervensi bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan."Data ini akan membantu mengenal pasti peluang dan bidang penambahbaikan dalam pelbagai sektor ekonomi seperti pertanian, pembuatan dan perkhidmatan."Ia akan meneliti penggunaan teknologi, keperluan tenaga mahir dan impak kepada pendapatan pekerja, dengan sasaran untuk meningkatkan peratusan sumbangan pendapatan pekerja kepada lebih 40 peratus berbanding 36 peratus semasa."Maklumat ini juga akan memandu kalibrasi sasaran negara dan tindakan susulan yang diperlukan, selain memberi manfaat kepada syarikat untuk meneliti prospek mengikut sektor dan industri," katanya ketika Sidang Akhbar selepas Sesi Libat Urus Banci Ekonomi 2026 Bersama Stakeholders dan Persatuan Perniagaan Peringkat Wilayah Persekutuan, di sini, pada Selasa.Sesi libat urus tersebut dihadiri oleh lebih daripada 200 orang peserta yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan, persatuan industri, pertubuhan perniagaan, usahawan, pejabat parlimen serta pegawai ibu pejabat DOSM dan DOSM Wilayah Persekutuan.Mohd Uzir berkata, ketika ini Malaysia mempunyai 1.2 juta pertubuhan perniagaan, termasuk 180,000 di Wilayah Persekutuan."Kedudukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai penyumbang kedua tertinggi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia selepas negeri Selangor pada tahun 2024 dengan sumbangan sebanyak 16.1 peratus dengan nilai KDNK berjumlah RM265.8 bilion mengukuh 6.2 peratus."Justeru semua pertubuhan perniagaan dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan digesa memberi kerjasama sepenuhnya terhadap BE2026."Dengan semangat kerjasama, sokongan berterusan dan rasa tanggungjawab bersama, pelaksanaan Banci Ekonomi 2026 akan dapat direalisasikan dengan cemerlang, berimpak tinggi dan memberi manfaat yang menyeluruh kepada negara," katanya.Pertubuhan-pertubuhan boleh memberi maklum balas melalui pengisian maklumat dalam talian yang dikenali sebagai e-BE, penghantaran borang soal selidik secara pos dan komunikasi menggunakan e-mel atau telefon.Pembanci-pembanci DOSM juga akan mengumpul data melalui kaedah temu duga bersemuka.Banci tersebut bermula Februari 2026 dan berakhir Oktober 2026.





Empat RUU reformasi institusi dibentang tahun depan – PM - Mgazette - 18/11 3:19 pm

# Empat RUU reformasi institusi dibentang tahun depan - PM KUALA LUMPUR - Empat Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan reformasi institusi iaitu Ombudsman, kebebasan maklumat (FOI), pendanaan politik serta pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka akan dibentang di Parlimen tahun depan





Kerajaan tak boleh arah peruncit jual barang harga Rahmah sepanjang masa - Mgazette - 18/11 3:19 pm

# Kerajaan tak boleh arah peruncit jual barang harga Rahmah sepanjang masa KUALA LUMPUR - Potongan harga 10 hingga 30 peratus barangan yang dijual pada Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) tidak boleh dilaksanakan di pasaran biasa





BUDI95: Tiada isu pengguna tunggu lama, berbaris panjang isi petrol .. - Mgazette - 18/11 3:19 pm

# BUDI95: Tiada isu pengguna tunggu lama, berbaris panjang isi petrol KUALA LUMPUR - Tiada isu pengguna terpaksa menunggu dan berbaris panjang untuk mengisi petrol di stesen sepanjang pelaksanaan Budi Madani RON95 (BUDI95)





4 RUU Reformasi Institusi Dibentang Tahun Depan: PM Anwar Jelaskan .. - Mgazette - 18/11 3:19 pm

# 4 RUU Reformasi Institusi Dibentang Tahun Depan: PM Anwar Jelaskan Proses Libat Urus Empat Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan reformasi institusi Ombudsman, Kebebasan Maklumat (FOI), Pendanaan Politik dan Pengasingan Peranan Peguam Negara serta Pendakwa Raya dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan





Video Rasuah: Saya Sendiri Menonton, Hujahnya Kuat Tapi Harus Lalui .. - Mgazette - 18/11 3:19 pm

# Video Rasuah: Saya Sendiri Menonton, Hujahnya Kuat Tapi Harus Lalui Siasatan, Sabar Pasir Mas - PMX Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberikan penjelasan tegas ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berhubung isu rasuah





PM tegur secara keras setiausaha politiknya isu beri surat sokongan .. - Mgazette - 18/11 3:19 pm

# PM tegur secara keras setiausaha politiknya isu beri surat sokongan kontraktor KUALA LUMPUR - Perdana Menteri sudah menegur secara tegas kepada setiausaha politiknya yang dikatakan memberikan surat sokongan kontraktor terhadap projek hospital pada tahun lalu





Muhyiddin dibenar dapat pasport untuk rawatan kesihatan, lawat keluarga di UK - Sinarharian - 18/11 2:53 pm

KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa membenarkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperoleh kembali pasport, bagi membolehkannya ke United Kingdom (UK) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan akibat kanser pankreas dan melawat cucunya, bulan hadapan.Hakim, Noor Ruwena Md Nurdin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Muhyiddin, 78, selaku pemohon untuk mendapatkan pasport bermula 8 Disember sehingga 5 Januari 2026.Beliau berkata, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu memohon pelepasan dokumen perjalanan berkenaan pada 6 November lalu, dengan alasan mahu menjalani pemeriksaan kesihatan akibat penyakit yang dihidapi sejak 2018.Menurutnya, pemohon mempunyai janji temu di sebuah pusat perubatan di London pada 17 Disember ini selain menggunakan alasan permohonan mendapatkan pasport pernah dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen di sini sebelum ini.Bagaimanapun, beliau berkata, pendakwaan tidak membantah alasan-alasan berkenaan namun tidak bersetuju sekiranya pasport diberi hanya kerana Muhyiddin berhasrat meluangkan masa bersama keluarga termasuk tiga cucu yang kini menetap di negara terbabit.Menurutnya, pendakwaan juga membantah permohonan pemohon mahu menghabiskan masa untuk bercuti bersama isteri dan keluarganya di Madrid, Sepanyol."Pemohon telah menempah tiket penerbangan pada 15 Disember kemudian ke Madrid bermula 20 Disember hingga 2 Januari 2026."Dia dan isteri akan kembali ke tanah air melalui Dubai dengan transit antara lima hingga enam hari dan tiba di Kuala Lumpur pada 8 Januari 2026, lalu menyerahkan kembali dokumen perjalanan kepada mahkamah pada 12 Januari," kata hakim.Setelah meneliti kedua-dua permohonan beliau berkata, mahkamah tidak melihat justifikasi untuk meneruskan transit yang lama di Dubai sedangkan tempoh masa itu dapat disingkatkan lebih awal.Sedangkan katanya, jika disemak dengan pihak penerbangan, masih ada pilihan lain untuk tarikh transit yang singkat."Pemohon sepatutnya membuat perancangan awal, dapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu dengan mendapatkan cadangan mahkamah."Bukannya tempah tiket, inilah yang dikatakan membuka ruang kepada banyak permohonan sama di masa depan," katanya.Tambah Ruwena, tindakan pemohon menempah tiket penerbangan sebelum permohonan di mahkamah dibuat juga menunjukkan beliau mengambil risiko kemungkinan kebenaran pasport dibenarkan atau sebaliknya.Susulan itu, beliau menasihati pembelaan supaya tidak mengambil mudah mengenai sebarang permohonan di masa hadapan."Berdasarkan keterangan dan timbang rasa mahkamah, permohonan ini dibenarkan dengan syarat, tempoh pemulangan pasport dipendekkan bermula 8 Disember, bukannya hari ini."Ia perlu dikembalikan kepada mahkamah pada atau sebelum 5 Januari tahun depan," katanya.Semasa prosiding, peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Muhyiddin berkata, atas alasan mahu menjalani pemeriksaan kesihatan dan melawat keluarga di luar negara, anak guamnya memohon dokumen itu diserahkan bermula Selasa sehingga 12 Januari tahun depan.Beliau memohon mahkamah memberi peluang kepada pemohon untuk menjalani proses pemulihan dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga tanpa gangguan daripada mana-mana pihak."Anak guam tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri malah Muhyiddin bertekad untuk membersihkan nama melalui proses kehakiman," katanya.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat berkata, pendakwaan tidak membantah terhadap permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan rawatan susulan di UK.Sebaliknya beliau membantah permohonan Muhyiddin untuk bercuti dengan isteri dan keluarganya di Madrid."Ini kerana permohonan berkenaan akan membuka ruang kepada banyak permohonan sama di masa depan."Jika mahkamah mahu membenarkan permohonan ini, saya cadangkan tempoh pelepasan pasport hanya setakat 20 Disember ini," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Noralis Mat dan Wan Iman Wan Ahmad Afzal.Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, Ahli Parlimen Pagoh ini didakwa sebagai seorang pegawai badan awam, iaitu Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu, telah menggunakan kedudukan untuk suapan wang berjumlah RM232.5 juta daripada seorang individu iaitu Azman Yusoff, 51 dan tiga syarikat, Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd serta Mamfor Sdn Bhd, bagi sekutu parti itu.Kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika ia dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kelima dan keenam, Muhyiddin selaku Presiden parti itu, didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity, yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu.Kesalahan didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan Menara Kuala Lumpur, di sini antara 25 Februari 2021 dan 8 Julai 2022.Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.Seksyen ini membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Mahkamah menetapkan pengurusan kes berkenaan pada 23 Februari 2026 dan Muhyiddin dikecualikan kehadiran tarikh berkenaan.





PH akur keputusan SPR kekalkan nama calon DUN Silam - Sinarharian - 18/11 2:51 pm

SANDAKAN - Pakatan Harapan (PH) menerima keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan nama Abdul Halim Sidek Gulam Hassan dalam senarai calon bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, berdasarkan peruntukan undang-undang, nama calon yang telah disahkan bertanding tidak boleh dikeluarkan daripada kertas undi.Beliau menjelaskan bahawa PKR telah menghentikan semua gerak kerja kempen di DUN berkenaan."Apabila kita kata tarik diri, maknanya semua operasi kempen dihentikan





Dewan Rakyat kecoh isu 'menantu Pagoh' - Sinarharian - 18/11 2:37 pm

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat pada Selasa kecoh seketika dengan isu menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilapor lari ke luar negara selepas ia dibangkitkan seorang ahli Parlimen kerajaan.Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) ketika mengajukan soalan tambahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan kerajaan terhadap mereka yang didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun melarikan diri ke luar negara."Sebagai contoh, anak menantu Pagoh (Muhyiddin) yang terbabit dalam kes rasuah





PRN Sabah: SPR sahkan calon PH kekal atas kertas undi DUN Silam - Sinarharian - 18/11 2:31 pm

KOTA KINABALU - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam, Abdul Halim Sidek Gulam Hassan kekal sebagai bertanding meskipun menyatakan hasrat menarik diri selepas hari penamaan calon.Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pihaknya mengambil maklum hasrat penarikan diri itu namun menegaskan bahawa ia tidak dibenarkan menurut peraturan sedia ada.Beliau berkata, mengikut Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, tiada seorang calon pun boleh menarik pencalonannya selepas 10 pagi hari penamaan."Justeru, Abdul Halim kekal tersenarai dalam kertas undi bagi bahagian pilihan raya berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Pada hari penamaan calon Sabtu lepas, DUN Silam menyaksikan pertandingan sembilan penjuru membabitkan 28,261 pengundi.Antara calon bertanding Sharif Musa Sharif Mabul daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Mizma Appehdullah (Gabungan Rakyat Sabah - GRS), Datuk Mohammad Yusof Apdal (Warisan), Borkes @ Balkis Kalinggalan (Perikatan Nasional - PN), Amat Kawoh @ Abd Rahman (Bebas), Mohammad Enriquez (Parti Damai Sabah - SPP), Brahim Bisel (Parti Impian Sabah - PIS) dan Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin (Parti Kebangsaan Sabah - PKS)Susulan penarikan diri Abdul Halim, PH kini bertanding di 21 kerusi DUN.INFON62: SILAM: SABAH: 28,2611




Reformasi     >>



Sokongan terhadap ketegasan Anthony Loke perkukuh .. - Harapandaily
MOHD IKHMAL ISKANDAR Demonstrasi pemandu lori yang berlaku baru-baru ini bukanlah kali pertama. Pada tahun 2019, bantahan sama turut diadakan, dan ketika itu Menteri Pengangkutan juga adalah Anthony Loke Siew Fook Ini membuktikan bahawa beliau konsisten, berprinsip dan tidak tunduk kepada tekanan ..
Kroni     >>



Business : Malaysia, Ethiopia To Tap Into Each Others .. - Bernama
# Malaysia, Ethiopia To Tap Into Each Others Strengths CREDIT - Fath Rizal/ Prime Minister's Office of Malaysia. CREDIT - Fath Rizal/ Prime Minister's Office of Malaysia. CREDIT - Fath Rizal/ Prime Minister's Office of Malaysia. ADDIS ABABA, Nov 20 (Bernama) -- Malaysia and Ethiopia have ..
Tabloid     >>



Allah Maha Segala..Hari Lelaki Sedunia Buatmu Adikku .. - Rotikaya
Kemelut rumah tangga pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose menjadi perhatian ramai apabila semalam berlangsungnya prosiding perceraian pasangan itu. Meskipun Uqasha nekad untuk teruskan perceraian, Kamal bagaimanapun tidak mahu berpisah... Baca selanjutnya → The post Allah Maha ..
Tech     >>



Samsung Galaxy Watch6 and Watch6 Classic are now .. - Gsmarena
Today, Samsung has started rolling out the update to One UI 8 Watch to the Galaxy Watch6 and Galaxy Watch6 Classic, both launched back in 2023. The update is based on Google's Wear OS 6, which was announced in May. The update is currently rolling out to the Watch6 and Watch6 Classic units ..
World     >>



Epstein files bill officially passes in Senate, .. - Cnbc
The Epstein files bill got overwhelming support in the House and Senate, with only one lawmaker, Republican Rep. Clay Higgins of Louisiana, voting against it.
Motor Trend     >>



First-Ever Porsche Cayenne Electric Debuts - DSF
The Porsche Cayenne Electric brings the nameplate into the EV age. After years of waiting, we finally have the all-new, all-electric and first-ever Porsche Cayenne Electric alongside its high-performance sibling, the Porsche Cayenne Turbo Electric. These models are meant to complement the existing range of ..