| /// |
|
| Search : Pantai Timur News | Page 1 |
|
‘Traffic jam’ balik beraya: Antara fakta, persepsi dan sikap suka lepas tangan - Thempress - 20/03 2:36 pm SETIAP kali musim perayaan, jutaan rakyat Malaysia khususnya dari Pantai Timur akan melalui pengalaman sama perjalanan pulang yang panjang dan memenatkan, ada yang mencecah sehingga belasan jam |
|
Aidilfitri 2026: Trafik Sesak Teruk Ke Pantai Timur, Utara Selatan Makin .. - Wrlr - 20/03 10:49 am KUALA LUMPUR, 19 Mac Aliran trafik di lebuh raya utama negara mengalami kesesakan luar biasa malam ini berikutan pertambahan drastik kenderaan yang ingin mengambil peluang terakhir menikmati diskaun tol 50 peratus. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan kesesakan paling teruk dikesan ke arah Pantai Timur membabitkan laluan dari Plaza Tol Gombak sehingga Bukit Tinggi |
|
Lokasi Kapal Pengangkut Pesawat Perancis Terdedah Disebabkan Data Strava - Amanz - 20/03 10:32 am Ketenangan di Timur Tengah menyebabkan harga bahan api dunia melonjak naik |
|
Trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan pagi ini - FMT - 20/03 10:26 am Hanya Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Utara-Selatan alami kesesakan akibat penambahan kenderaan. |
|
Aidilfitri esok: Lebuhraya Pantai Timur dan PLUS alami kesesakan - Mkini - 20/03 9:53 am Di Lebuhraya LPT, aliran trafik perlahan antara Lentang ke Bentong disebabkan pertambahan kenderaan yang tinggi." |
|
Elak jadi jaguh Pantai Timur; PN perlu dasar ekonomi, pendekatan inklusif - FMT - 20/03 9:00 am Penganalisis Mazlan Ali berkata PN yang kini diketuai teknokrat Ahmad Samsuri Mokhtar perlu naratif sosioekonomi yang baik untuk negara. |
|
3.03 juta kenderaan dijangka guna KLK dan LPT1 sempena Aidilfitri - Wrlr - 20/03 3:11 am 3.03 juta kenderaan dijangka guna KLK dan LPT1 sempena Aidilfitri KUANTAN 19 Mac Sebanyak 3.03 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Kuala LumpurKarak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 sepanjang tempoh cuti Aidilfitri antara 18 hingga 29 Mac ini |
|
Sabar, berhemah memandu pulang berhari raya – Sultan Pahang - Mgazette - 20/03 12:02 am # Sabar, berhemah memandu pulang berhari raya - Sultan Pahang KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan rakyat khususnya yang memandu pulang berhari raya agar sentiasa bersabar dan berhemah ketika di jalan raya atau lebuh raya kerana aliran trafik di beberapa laluan utama ketika ini amat sesak. Atas keprihatinan, baginda sendiri berkenan meninjau dari udara aliran trafik keluar dari Lembah Klang menuju ke Pantai Timur yang mengalami kesesakan semalam berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang |
|
Trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan pagi ini - Mgazette - 20/03 12:02 am # Trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan pagi ini KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan pagi ini susulan orang ramai pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri esok. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat 8 pagi, hanya dua lokasi utama, iaitu Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) mengalami kesesakan manakala laluan lain termasuk menghala ke Selatan masih terkawal |
|
Ops HRA 2026 : Lebih 2,000 kesalahan dirakam melalui dron – JPJ - Mgazette - 20/03 12:02 am # Ops HRA 2026 : Lebih 2,000 kesalahan dirakam melalui dron - JPJ KOTA BHARU - Sebanyak 2,384 kesalahan berjaya dirakam melalui penggunaan dron dalam tempoh tiga hari pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2026 yang bermula 16 Mac lepas |
|
Aidilfitri: Lebih 30 kemalangan dilaporkan di laluan Gua Musang sejak Rabu - Polis - Sinarharian - 19/03 11:15 pm Bagaimanapun tiada kemalangan maut berlaku."Cuma pelanggaran kecil antara kenderaan seperti terlanggar bahagian belakang kereta orang lain dan sebagainya," katanya selepas Program Ops Selamat Peringkat Gua Musang dan Majlis Berbuka Puasa di Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Mentara di sini pada Khamis.Choon Foo berkata, penarikan dilakukan sepanjang 10 hingga 12 kilometer bagi menyuraikan kesesakan di pintu masuk negeri itu secara berkala sejak semalam.Beliau berkata, lima kali penyuraian dilakukan dalam tempoh dua hari dan setiap kali penyuraian memakan masa sehingga satu jam setengah bagi mengurangkan kesesakan di jalan Kuala Lipis-Gua Musang."Penarikan trafik dijalankan dengan membuka dua lorong menghala ke bandar Gua Musang, pada masa sama menutup laluan bertentangan buat seketika."Itulah jarak penarikan yang perlu kami lakukan supaya terdapat sedikit ruang untuk kenderaan masuk ke Kelantan. Kami akan laksanakan sekali atau dua kali lagi penyuraian trafik untuk memastikan rakyat dapat balik beraya di kampung halaman masing-masing," katanya.Beliau turut mencadangkan pengguna jalan raya supaya menggunakan alternatif lain seperti Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Lebuhraya Timur Barat (LRTB) dan Simpang Pulai, Perak untuk mengelakkan kesesakan masuk ke negeri berkenaan."Saya ingin menasihatkan pengguna agar berhati-hati, bertolak ansur serta memastikan kenderaan masing-masing berada dalam kondisi yang baik supaya tidak berlaku kerosakan ketika menghadapi kesesakan kerana ia boleh menyebabkan aliran trafik bergerak perlahan dan bertambah teruk," katanya.Pada program itu, sebanyak 300 pek makanan berbuka puasa diagihkan kepada perantau yang melalui jalan Gua Musang-Kuala Lipis |
|
Sesak lebih 20km dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah - Kosmo - 19/03 10:27 pm PETALING JAYA Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan bergerak perlahan setakat pukul 9.26 malam ini susulan peningkatan jumlah kenderaan menjelang musim perayaan Aidilfitri |
|
Aliran trafik ke Pantai Timur sesak teruk, Utara dan Selatan mula padat - Mkini - 19/03 10:05 pm Ini berikutan pertambahan drastik kenderaan yang ingin mengambil peluang terakhir menikmati diskaun tol 50 peratus. |
|
Aliran trafik ke Pantai Timur sesak teruk, Utara dan Selatan mula padat - Sinarharian - 19/03 10:02 pm KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama negara mengalami kesesakan luar biasa malam ini berikutan pertambahan drastik kenderaan yang ingin mengambil peluang terakhir menikmati diskaun tol 50 peratus.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan kesesakan paling teruk dikesan ke arah Pantai Timur melibatkan laluan dari Plaza Tol Gombak sehingga Bukit Tinggi."Kesesakan di kawasan tersebut dikesan bermula sebelum susur Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) lagi dan aliran trafik meningkat secara ketara selepas waktu berbuka puasa tadi," katanya ketika dihubungi Bernama, malam ini.Beliau berkata, bagi arah Utara, trafik dilaporkan bergerak perlahan, namun terkawal di laluan Sungai Buloh ke Rawang, Slim River ke Sungkai serta Bukit Tagar menuju ke Lembah Beringin.Trend kesesakan di Utara juga masih dipengaruhi sisa kesan kemalangan maut yang berlaku petang tadi di laluan Tapah ke Gopeng, selain pertambahan kenderaan di Permatang Pauh menuju ke Sungai Dua.Bagi laluan ke arah Selatan, LLM melaporkan trafik mula perlahan di beberapa titik panas antaranya Bandar Baru Nilai ke Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, Bandar Ainsdale ke Senawang serta Pedas Linggi ke Simpang Ampat.Pihak LLM menjangkakan aliran trafik akan terus memuncak sehingga tengah malam ini memandangkan orang ramai mengejar tempoh tawaran diskaun tol yang bakal berakhir pada 11.59 malam.Selain faktor diskaun, ramai pengguna dilaporkan baru memulakan perjalanan malam ini memandangkan sebahagian besar sektor pekerjaan mula bercuti secara rasmi esok.Sehubungan dengan itu, LLM menasihati pengguna supaya memastikan baki kad Touch 'n Go serta tangki bahan api kenderaan mencukupi bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika terperangkap dalam kesesakan."Pengguna juga diingatkan supaya sentiasa menjaga jarak selamat antara kenderaan dan berwaspada dengan sebarang halangan di hadapan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," kata jurucakap itu.Setakat ini, keadaan cuaca di sepanjang lebuh raya utama dilaporkan baik, kecuali hujan lebat yang berlaku di beberapa lokasi seperti Gombak, Tapah dan Nilai pada sebelah petang tadi.Maklumat trafik terkini boleh didapati menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 atau menerusi aplikasi navigasi bagi membantu pengguna merancang perjalanan dengan lebih efektif |
|
Aliran trafik ke utara sesak, kemalangan maut di Tapah burukkan keadaan - Sinarharian - 19/03 6:08 pm KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama negara keluar dari Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan petang ini berikutan pertambahan mendadak jumlah kenderaan susulan cuti Aidilfitri.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata, bagi arah utara, kesesakan paling ketara dikesan adalah di laluan Tapah menuju ke Gopeng susulan berlaku satu insiden kemalangan maut di kilometer (KM) 296.7."Walaupun urusan pembersihan di lokasi kemalangan telah selesai, faktor cuaca hujan di kawasan berkenaan menyumbang kepada kelembapan pergerakan kenderaan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.Selain itu, trafik dilaporkan bergerak perlahan di laluan Bukit Lanjan ke Rawang, Taiping ke Bukit Merah, Jawi ke Bandar Cassia serta Juru menuju ke Bertam.Bagi laluan ke arah selatan, pergerakan kenderaan perlahan bermula dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Kajang serta Bandar Sri Putra ke Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban.Aliran trafik yang tinggi turut menyebabkan kesesakan di laluan Port Dickson ke Senawang, Pedas Linggi ke Simpang Ampat serta di kawasan Kulai menuju ke Sedenak.Sementara itu, di pantai timur, kesesakan berlaku di Plaza Tol Gombak sehingga Bukit Tinggi, manakala di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pula, trafik dilaporkan perlahan di laluan Cheneh menuju ke Chukai serta di sekitar Plaza Tol Kuala Terengganu.Pihak LLM menjangkakan aliran trafik akan terus meningkat hingga tengah malam ini memandangkan hari ini ialah hari terakhir tawaran diskaun tol 50 peratus.Kerajaan sebelum ini mengumumkan diskaun tol bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini yang berkuat kuasa mulai 12.01 tengah malam semalam (18 Mac) dan tawaran diskaun akan berakhir pada jam 11:59 malam ini.Pengguna dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan teliti dan mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan panjang |
|
Kemboja Beralih Kepada Malaysia, Singapura Untuk Bekalan Bahan Api - Careta - 19/03 2:57 pm Menurut Menteri Tenaga Kemboja, Keo Rottanak, langkah ini diambil ketika pasaran global berdepan tekanan berikutan konflik geopolitik termasuk perang di Timur Tengah yang menjejaskan rantaian bekalan tenaga dunia |
|
Sebanyak 1,211 saman, notis pelbagai JPJ dalam 4 hari Op Aidilfitri... - Mgazette - 19/03 2:55 pm "Dan lebih daripada 4,000 peserta yang menerima manfaat secara langsung dalam program-program advokasi Yang telah dilaksanakan," jelasnya. Sementara itu, beliau berkata, berdasarkan unjuran trafik, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dijangka mencatatkan kira-kira 934,000 kenderaan sepanjang tempoh tersebut, dengan kemuncak trafik dijangka berlaku pada 28 Mac mencecah sehingga 106,000 kenderaan sehari |
|
Trafik ke Pantai Timur dan utara sesak namun terkawal pagi ini - Mgazette - 19/03 2:55 pm # Trafik ke Pantai Timur dan utara sesak namun terkawal pagi ini KUALA LUMPUR - Aliran trafik keluar dari Lembah Klang menuju ke utara dan Pantai Timur dilaporkan sesak, namun masih terkawal setakat pagi ini |
|
Mubarak Thahak dilucut jawatan Undang Luak Sungei Ujong - Mgazette - 19/03 2:55 pm # Mubarak Thahak dilucut jawatan Undang Luak Sungei Ujong KUALA LUMPUR - Mubarak Thahak dilucutkan jawatan sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong ke-10 selepas didapati melanggar hukum syarak dan adat, menurut Waris di-Darat Luak Sungei Ujong |
|
Riadah bertukar liar, larian malam cetus kontroversi - Thempress - 19/03 2:53 pm Oleh: Winsamir & Ezmie KOTA KINABALU Ketika Ramadan hampir melabuhkan tirainya, satu fenomena yang semakin mendapat perhatian masyarakat di Pantai Timur Sabah ialah aktiviti lumba lari malam yang tular… |
|
Aliran trafik perlahan ke Pantai Timur, PLUS aktifkan Smartlane - Utusan - 19/03 2:47 pm Menurut laman X Plus Malaysia, kesesakan dikesan bermula dari Plaza Tol Gombak menuju ke Bentong manakala pergerakan kenderaan turut dilaporkan perlahan dari Bentong sehingga ke susur masuk Plaza Tol Karak ... Read more The post Aliran trafik perlahan ke Pantai Timur, PLUS aktifkan Smartlane appeared first on Utusan Malaysia . |
|
Pengusaha kelupis Papar tidak menang tangan penuhi tempahan pelanggan - Utusan - 19/03 2:39 pm PAPAR: Kelupis yang sinonim dengan penduduk di sekitar pantai Barat Sabah khususnya di kalangan etnik Kedayan dan Melayu Brunei kekal menjadi pilihan sajian utama menjelang Hari Raya Aidilfitri |
|
Program IMRAN berkongsi berkah Ramadan bersama pelajar - Sinarharian - 19/03 1:43 pm KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyemarakkan semangat kebersamaan dan berkongsi rezeki bersama warga institusi pendidikan serta komuniti setempat menerusi Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) Tahun 2026.Program dimulakan dengan perasmian yang disempurnakan oleh Datuk Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN bertempat di Politeknik Banting, Selangor pada 24 Februari lalu.Program IMRAN merupakan program signatur di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) PTPTN yang telah dilaksanakan sejak tahun 2021.Program itu bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah silaturrahim serta memperkukuh hubungan baik antara PTPTN dengan para pelajar dan institusi pendidikan |
|
Trafik Ke Pantai Timur Dan Utara Sesak Namun Terkawal Pagi Ini - Siakapkeli - 19/03 9:58 am Trafik Ke Pantai Timur Dan Utara Sesak Namun Terkawal Pagi IniKUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Aliran trafik keluar dari Lembah Klang menuju ke utara dan |
|
Trafik ke Pantai Timur dan utara sesak pagi ini - Sinarharian - 19/03 9:39 am KUALA LUMPUR - Aliran trafik keluar dari Lembah Klang menuju ke utara dan Pantai Timur dilaporkan sesak, namun masih terkawal setakat pagi ini.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Raya Malaysia (LLM) berkata, bagi laluan ke Pantai Timur, kesesakan berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 menuju ke Plaza Tol Gombak serta dari Bukit Tinggi, Lentang ke Stesen Petronas Bentong, dan Sungai Dua ke Plaza Tol Karak."Bagi laluan ke utara, kesesakan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan di Slim River ke Tapah, Gopeng ke Simpang Pulai, Ipoh Utara ke Terowong Menora, Bandar Baharu ke Jawi, Bukit Tambun ke Bukit Minyak dan Juru ke Perai," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.Beliau berkata bagi laluan ke selatan pula, kesesakan berlaku dari Port Dickson ke Senawang, dan Pasir Gudang ke Setia Tropika."Cuaca pagi ini baik dan pengguna lebuh raya dinasihatkan mematuhi had laju yang ditetapkan dan sentiasa mengawasi jarak selamat kenderaan masing-masing sepanjang perjalanan," katanya.Pengguna juga dinasihatkan merancang perjalanan mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pihak konsesi, selain memastikan mendapat rehat mencukupi sebelum memulakan pemanduan.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 atau paparan kamera litar tertutup (CCTV) trafik di laman web rasmi agensi berkenaan |
|
Aliran trafik semakin sesak selepas berbuka, kemalangan di Rawang - Mgazette - 19/03 7:44 am Beberapa lagi lokasi kesesakan dikesan di laluan Gua Tempurung ke Gopeng, Bukit Berapit ke Changkat Jering serta Permatang Pauh ke Bertam bagi arah utara. Bagi laluan ke selatan, trafik perlahan dari Sedenak ke Simpang Renggam, manakala bagi pengguna ke Pantai Timur aliran trafik perlahan dari Gombak ke Bukit Tinggi serta Lentang ke Bentong |
|
Aliran trafik mulai sesak di lebuh raya utama keluar dari Lembah Klang - Mgazette - 19/03 7:44 am # Aliran trafik mulai sesak di lebuh raya utama keluar dari Lembah Klang KUALA LUMPUR - Aliran trafik keluar dari Lembah Klang menuju ke Pantai Timur, utara dan selatan tanah air mulai sesak di beberapa lokasi setakat petang ini berikutanorang ramai mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri |
|
Aliran trafik semakin sesak selepas berbuka, kemalangan di Rawang - Sinarharian - 18/03 10:30 pm KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama negara semakin padat selepas waktu berbuka puasa malam ini susulan peningkatan kenderaan yang memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kesesakan ketara dikesan di Plaza Tol Gombak dengan barisan kenderaan dilaporkan mencecah hingga ke Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Batu Caves."Bagi arah utara pula, keadaan trafik dari Rawang Selatan ke Bukit Beruntung dilaporkan hampir tidak bergerak," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.Menurutnya, kesesakan di laluan berkenaan turut disebabkan kemalangan di KM429.7 arah utara (Sungai Buaya ke Bukit Beruntung) yang menghalang lorong kecemasan.Beberapa lagi lokasi kesesakan dikesan di laluan Gua Tempurung ke Gopeng, Bukit Berapit ke Changkat Jering serta Permatang Pauh ke Bertam bagi arah utara.Bagi laluan ke selatan, trafik perlahan dari Sedenak ke Simpang Renggam, manakala bagi pengguna ke Pantai Timur aliran trafik perlahan dari Gombak ke Bukit Tinggi serta Lentang ke Bentong.LLM menjangkakan aliran trafik akan terus meningkat hingga awal pagi esok berikutan pertambahan pergerakan kenderaan sempena Aidilfitri."Pengguna dinasihatkan merancang perjalanan mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pihak konsesi serta memastikan mendapat rehat mencukupi sebelum memulakan pemanduan," katanya.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 atau paparan CCTV trafik di laman web rasmi agensi berkenaan |
|
Pos Malaysia Mengenakan Surcaj Bahan Api Sehingga 40% Kerana Perang Iran - Amanz - 18/03 8:56 pm Kemelut di Timur Tengah menjadi semakin teruk tiga minggu lalu apabila Iran diserang oleh Amerika Syarikat dan Israel |
|
Banyak Kenderaan Melekat Di LPT 2 Sampai Pemandu Terpaksa Keluar Kereta, Ini Punca Sebenar - Lobakmerah - 18/03 5:37 pm Seperti yang kita sedia maklum, jalan di lebuhraya utama sudah mula sesak dan dibanjiri dengan banyak kenderaan sehingga aliran trafik jadi perlahan. Kebiasaanya perkara ini akan berlaku di aliran yang menuju ke arah utara dan pantai timur, malah perkara itu berlaku di Lebuhraya Pantai Timur (LPT 2) pada hari ini |
|
Pantai Hospital rai 10 rumah anak yatim sempena Aidilfitri - Sinarharian - 18/03 5:26 pm SUNGAI PETANI Sebanyak 10 buah rumah anak yatim di Kedah terpilih menerima sumbangan lebih RM20,000 dari Pantai Hospital Sungai Petani menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bersama Memberi, Meraih Keberkatan.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tio Bee Chan berkata, program itu melibatkan sumbangan kira-kira 1,000 kilogram beras (dan barangan asas) hasil keprihatinan para perunding perubatan hospital sebagai sokongan dalam menceriakan keluarga dan kanak-kanak kurang berkemampuan."Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan kami untuk bersama-sama berganding bahu membantu mereka yang memerlukan," katanya dalam kenyataan.Rumah anak yatim yang disantuni termasuk Rumah Anak Yatim Amal Solehah Pendang, Pertubuhan Rumah Anak Yatim Az Zahra, Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al Munirah, Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda, Anak-anak Yatim dan Miskin Al Taqwa Baling.Selain itu, Rumah Anak Yatim Nur Hidayah Kampung Sadek, Pertubuhan Sentuhan Kasih Al Shafi, Rumah Anak Yatim Gemilang Kampung Banggol, Maahad Tahfiz Ahmadiah serta Badan Usaha Didikan Anak Yatim Negeri Kedah turut tersenarai sebagai penerima.Katanya, program berkenaan mencerminkan komitmen berterusan pihak hospital dalam menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat. |
|
Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama - Sinarharian - 18/03 4:17 pm GOMBAK - Aliran trafik di Lebuhraya Kuala LumpurKarak arah Pantai Timur mula bergerak perlahan menghampiri Plaza Tol Gombak di sini pada Rabu.Tinjauan Sinar Harian mendapati peningkatan jumlah kenderaan bermula sejak jam 2 petang, berikutan warga kota pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.Namun keadaan trafik dilihat masih terkawal apabila pergerakan beransur lancar selepas plaza tol tersebut.Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat jam 2.12 petang, trafik bergerak perlahan dari Kilometer 30.5 Gombak ke Genting Sempah, Kilometer 39.4 Genting Sempah ke Bukit Tinggi serta dari kawasan Shell Bentong ke Bentong arah timur.Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara melibatkan kawasan Terowong Menora ke Sungai Perak juga perlahan selain Juru Auto City ke Perai serta Seberang Jaya ke Plaza Tol Sungai Dua.Bagi laluan Lebuhraya Utara-Selatan (E2), trafik perlahan turut dilaporkan di beberapa lokasi termasuk dari Pasir Gudang ke Setia Tropika, Sedenak ke Simpang Renggam serta selepas Plaza Tol Sungai Besi ke Taman Teknologi Malaysia bagi arah utara, manakala arah selatan melibatkan laluan dari Dato Onn ke Pasir Gudang.Selain itu, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) turut mencatatkan aliran perlahan dari USJ ke Ebor arah utara serta Putra Heights ke Bandar Saujana Putra arah selatan.Keadaan sama turut dilaporkan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 melibatkan laluan Rehat dan Rawat Perasing ke Cheneh arah timur.Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dengan merujuk jadual cadangan waktu perjalanan atau Travel Time Advisory yang dikeluarkan oleh syarikat konsesi lebuh raya.Pengguna juga diingatkan agar sentiasa mematuhi had laju ditetapkan dan tidak menjadikan lebuh raya sebagai litar lumba demi keselamatan semua pihak |
|
AEON Banks Ramadan-Syawal campaign blends community aid, digital banking and financial inclusion - Sinardaily - 18/03 3:17 pm SHAH ALAM - Malaysias first digital Islamic bank, AEON Bank, launched its Ramadan and Syawal campaign themed Niat di Hati, Budi Terpateri, combining community outreach, financial inclusion initiatives and digital banking rewards aimed at supporting Malaysians during the festive season.Inspired by the spirit of compassion and sharing blessings during Ramadan and Hari Raya Aidilfitri, the campaign emphasised the idea that sincere intentions followed by thoughtful actions can create meaningful outcomes and lasting impact.The initiative was also brought to life through a self-produced Ramadan Aidilfitri 2026 brand video released on the banks official YouTube channel.NIAT TO EMPOWER THE COMMUNITY: SALAM PRIHATIN 4.0A key pillar of the campaign was the continuation of the banks flagship community impact initiative, Salam Prihatin.This year, Salam Prihatin 4.0 engaged 100 households from Perumahan Pantai Permai, benefiting more than 400 individuals.The engagement took place on March 3, in collaboration with AEON BiG Wangsa Maju and the non-governmental organisation Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Penyayang Lembah Pantai (PERKEMP) Lembah Pantai.As part of the programme, each participating family received a RM300 grocery allocation, bringing AEON Banks contribution for the initiative this year to RM30,000.More than 50 AEON Bank employees, including senior management, assisted families during the grocery shopping activity by helping them plan their purchases based on their household needs.The programme was also designed to encourage financial inclusion by guiding beneficiaries to manage their grocery budgets independently, particularly for families caring for children, elderly members or persons with disabilities.Since its introduction, the Salam Prihatin initiative has reached nearly 2,000 beneficiaries over four years.NIAT TO BE MORE RINGGIT SAVVY: SMART SAVINGS AND VALUE ADDED REWARDSIn addition to community engagement, AEON Bank introduced a range of digital banking tools and incentives aimed at helping Malaysians manage rising living costs.Among the initiatives is Neko Sensei, an in-app financial coach within the AEON Bank mobile application designed to help customers track spending and manage their finances more effectively.Customers can also enjoy RM30 Raya cashback when paying with the AEON Bank Debit Card-i at participating MyDebit merchants from Feb 1 to April 15.Other offers include a competitive three per cent per annum profit rate for Savings Pot valid until May 31, aimed at supporting customers in keeping their financial goals on track.AEON Bank also highlighted its Personal Financing-i (PF-i) offering, which provides financing from RM1,000 to RM100,000 with profit rates starting from 3.88 per cent annually and repayment tenures ranging from three to 84 months.The fully digital application process is available to Malaysians earning at least RM2,500 monthly, including salaried workers, freelancers and gig economy participants.To enhance engagement within the app, AEON Bank introduced Neko Missions, a gamified feature that offers RM5 cashback for DuitNow QR transactions through the banks app until May 15, 2026 |
|
AFA PRIME aktifkan TTA sempena Aidilfitri, kurangkan kesesakan di KLK, LPT1 - Sinarharian - 18/03 3:05 pm KUALA LUMPUR AFA PRIME Berhad (AFA PRIME) melaksanakan strategi pengurusan trafik komprehensif termasuk pengaktifan Travel Time Advisory (TTA) bagi mengurangkan kesesakan sempena Aidilfitri 2026, khususnya di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1).Langkah proaktif itu bertujuan melancarkan aliran trafik di lokasi kritikal seperti Plaza Tol Gombak, Bentong dan Karak yang menjadi laluan utama ke Pantai Timur.AFA PRIME berkata, pengguna lebuh raya disaran merancang perjalanan mengikut jadual TTA ditetapkan bagi fasa balik kampung pada 19 dan 20 Mac serta fasa kembali ke bandar pada 23, 28 dan 29 Mac.Bagi perjalanan dari Kuala Lumpur dan Selangor ke Pahang, waktu cadangan masuk antara jam 8 pagi hingga 11 pagi atau 12 tengah hari hingga 4 petang, manakala ke Terengganu dan Kelantan antara jam 9 pagi hingga 12 tengah hari atau 8 malam hingga 11 malam.Untuk perjalanan pulang ke ibu negara, pengguna dari Pahang disaran memasuki lebuh raya antara jam 7 pagi hingga 10 pagi atau 7 malam hingga 11 malam, manakala dari Terengganu dan Kelantan antara jam 10 pagi hingga 1 tengah hari, 4 petang hingga 8 malam atau 9 malam hingga 12 tengah malam.Penunggang motosikal pula digalakkan memanfaatkan waktu perjalanan bebas antara jam 12 tengah malam hingga 6 pagi bagi perjalanan lebih lancar.Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif AFA PRIME Berhad, Ahmad Faizi Latifi Ahmad Faiz berkata, pematuhan terhadap TTA bukan sahaja membantu melancarkan trafik, malah mewujudkan persekitaran pemanduan lebih selamat dan kurang tekanan.Selain TTA, AFA PRIME memastikan semua kemudahan lebuh raya berada pada tahap optimum dengan menempatkan unit rondaan dan pasukan tindak balas kecemasan di lokasi strategik.Pengguna kenderaan ringan juga dinasihatkan mengelakkan waktu puncak bas ekspres di Plaza Tol Gombak iaitu antara jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari dan 9.30 malam hingga 12 tengah malam bagi mengurangkan kesesakanOrang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi LPT-Line di talian 1-700-818-700 atau mengikuti kemas kini masa nyata di platform X menerusi akaun @LPTTrafik. |
|
JPJ pantau 18 ???hotspot??? di Pulau Pinang, sasar turun kemalangan 10... - Mgazette - 18/03 2:59 pm # JPJ pantau 18 hotspot di Pulau Pinang, sasar turun kemalangan 10 peratus SEBERANG PERAI - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang akan memberi tumpuan kepada 18 lokasi hotspot di seluruh negeri menerusi Op Hari Raya (Op HRA) 2026 yang berlangsung dari 13 hingga 29 Mac ini, dengan sasaran menurunkan kadar kemalangan jalan raya sebanyak 10 peratus |
|
Trafik ke Pantai Timur sesak, laluan utara-selatan masih lancar - Mgazette - 18/03 2:59 pm # Trafik ke Pantai Timur sesak, laluan utara-selatan masih lancar KUALA LUMPUR - Keadaan trafik dari Lembah Klang menghala ke Pantai Timur mulai sesak pagi ini susulan orang ramai mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri |
|
Jadi, kalau hendak Dr Sam jadi PM, PN terutamanya Pas mesti juga kuat di .. - Wrlr - 18/03 2:54 pm Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, pelantikan Samsuri sebagai Pengerusi PN bukan bermatlamat untuk dijadikan sebagai poster boy sekali gus calon Perdana Menteri. Harapandaily March 18, 2026 Bendahari Agung Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan bahawa Perikatan Nasional (PN) terutamanya parti itu mesti kuat di seluruh negara bukan hanya di Pantai Timur dan kawasan Malay belt sahaja |
|
[VIDEO] Jem ‘lekat’ sampai kena turun kereta di LPT2 - Kosmo - 18/03 1:58 pm PETALING JAYA – Keadaan trafik dilaporkan sesak teruk ketika ini di Lebuh Raya Pantai Timur 2 ekoran kemalangan membabitkan sebuah lori sejak pagi tadi |
|
Harga minyak naik: Pastikan rakyat miskin dibantu - Harakahdaily - 18/03 1:58 pm KUALA LUMPUR: Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menegaskan, kerajaan perlu bertindak secara berstrategi dengan tadbir urus cekap dan adil terhadap hasil negara, terutama ketika harga minyak global tidak stabil dan mencetus tekanan ekonomi dunia |
|
AEON Bank santuni komuniti, perkasa keterangkuman kewangan dan tawar ganjaran Ramadan Syawal - Sinarharian - 18/03 1:10 pm KUALA LUMPUR - Berteraskan semangat berkongsi rezeki dan keindahan amal budi sepanjang Ramadan, AEON Bank melancarkan kempen Ramadan dan Syawal bertemakan "Niat di Hati, Budi Terpateri" bagi menyantuni pelanggan serta komuniti di seluruh negara.Sebagai bank digital Islamik pertama di Malaysia, kempen itu menekankan bahawa niat yang baik, apabila diterjemahkan melalui amalan budi yang molek, mampu mencetuskan manfaat yang amat bermakna.Mesej tersebut turut diangkat menerusi video Ramadan Aidilfitri 2026 terbitan AEON Bank yang disiarkan di saluran rasmi YouTube AEON Bank.NIAT DEMI MEMPERKASAKAN MASYARAKAT: SALAM PRIHATIN 4.0Dalam usaha memperkasa komuniti, AEON Bank meneruskan inisiatif Salam Prihatin yang kini memasuki tahun keempat pelaksanaannya.Pada tahun ini, Salam Prihatin telah membantu 100 isi rumah, dengan jumlah keseluruhan 400 penerima sumbangan yang menghuni komuniti Perumahan Pantai Permai, Kuala Lumpur |
|
Unik! Satu Keluarga Cina Ini Mahir Anyam Ketupat, Setiap Kali Raya ‘Full House’ Sampai Tak Menang Tangan - Siraplimau - 18/03 10:31 am Namun, siapa sangka ada sebuah keluarga berbangsa Cina di Johor yang begitu mahir anyam ketupat hingga tidak menang tangan menyiapkan tempahan. Baca juga: [VIDEO] Cara Anyam Ketupat Palas Versi Pantai Timur & Utara Bersama 2 Resepi Ketupat! KELUARGA […] The post Unik! Satu Keluarga Cina Ini Mahir Anyam Ketupat, Setiap Kali Raya Full House Sampai Tak Menang Tangan first appeared on SirapLimau.com . |
|
Ada ‘syarat’ kalau mahu Dr Sam jadi PM - Harapandaily - 18/03 10:12 am Bendahari Agung Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan bahawa Perikatan Nasional (PN) terutamanya parti itu mesti kuat di seluruh negara bukan hanya di Pantai Timur dan kawasan ‘Malay belt’ sahaja |
|
Trafik ke Pantai Timur mula sesak, laluan Utara-Selatan masih lancar - Sinarharian - 18/03 9:59 am KUALA LUMPUR - Keadaan trafik dari Lembah Klang menghala ke Pantai Timur mulai sesak pagi ini susulan orang ramai mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, kesesakan berlaku dari Gombak ke Genting Sempah dan dari Bukit Tinggi ke Lentang.Aliran trafik menuju ke utara dan selatan pula masih lancar dan kesesakan hanya berlaku dari Bandar Baharu ke Jawi susulan lori rosak."LLM menjangkakan aliran trafik akan mula bertambah mulai tengah hari ini susulan diskaun tol sebanyak 50 peratus mulai tengah malam tadi hingga 11.59 malam esok," katanya ketika dihubungi Bernama.Orang ramai digesa mematuhi had laju yang ditetapkan dan sentiasa mengawasi jarak selamat kenderaan masing-masing sepanjang perjalanan.Pengguna turut digalak merancang perjalanan dengan merujuk jadual waktu perjalanan (TTA) melalui aplikasi MyPLUS-TTA, selain mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik |
|
‘Bekalan Air Malaysia Boleh Terjejas Jika Konflik Timur Tengah Berterusan’ SPAN - Thevocket - 18/03 9:32 am Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menggesa semua pengendali perkhidmatan air untuk melaksanakan langkah-langkah mitigasi segera susulan gangguan laluan perdagangan akibat konflik di Timur Tengah.. |
|
3.49 juta kenderaan berada di lebuh raya sempena Aidilfitri -LLM - Mgazette - 18/03 7:55 am # 3.49 juta kenderaan berada di lebuh raya sempena Aidilfitri -LLM PUTRAJAYA - Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah trafik mencecah 3.49 juta kenderaan di lebuh raya utama dan lebuh raya sambungan pada hari puncak pergerakan sempena sambutan Aidilfitri. Ketua Pengarah LLM Mohd Hadzmir Yusoff berkata peningkatan trafik dijangka bermula seawal esok, khususnya bagi pengguna yang bergerak ke arah Utara, Selatan dan Pantai Timur |
|
Retaknya Pax Americana, dunia tidak lagi bergerak di bawah bayangan .. - Mgazette - 18/03 7:55 am # Retaknya Pax Americana, dunia tidak lagi bergerak di bawah bayangan Washington? **JIKA** dunia selepas Perang Dunia Kedua pernah berada di bawah bayangan Pax Americana, dunia hari ini kelihatan semakin keluar daripada bayangan tersebut |
|
Geonaratif Multipolar: Dari Washington ke Tehran dan Beijing ??? retakan .. - Mgazette - 18/03 7:55 am # Geonaratif Multipolar: Dari Washington ke Tehran dan Beijing retakan kuasa global DALAM geopolitik kontemporari, peperangan tidak lagi berlaku semata-mata di medan tempur |
|
Operator air digesa simpan stok bahan kimia, alat ganti hingga 6 bulan - FMT - 17/03 10:01 pm SPAN tak tolak kemungkinan kesan langsung sulitkan industrI jika konflik Timur Tengah berterusan. |
|
Orang Pantai Timur mula balik kampung - Kosmo - 17/03 9:19 pm PETALING JAYA Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke Pantai Timur dilaporkan mula mengalami kesesakan susulan orang ramai telah mula bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri petang tadi |
|
25 lokasi kerap kemalangan, 34 lokasi sesak dipantau sepanjang Op Selamat - Sinarharian - 17/03 8:45 pm KUALA LUMPUR - Seramai 5,544 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) digerakkan bagi memperketat pemantauan di laluan berisiko tinggi sepanjang Op Selamat sempena Hari Raya Aidilfitri.Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, penugasan itu memberi fokus khusus kepada 25 lokasi kerap kemalangan (blackspot) dan 34 kawasan kesesakan utama (hotspot) di seluruh negara.Menurutnya, langkah berkenaan antara strategi utama polis bagi mengekang peningkatan kemalangan maut selain memastikan kelancaran aliran trafik sepanjang musim perayaan."Operasi Op Selamat siri ke-26 akan dilaksanakan selama enam hari bermula 19 hingga 24 Mac."Sepanjang tempoh itu, dianggarkan kira-kira 2.3 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya utama di seluruh negara," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Op Selamat pada Selasa.Mohamed Hasbullah berkata, pendekatan operasi kali ini menekankan konsep pencegahan awal dan penguatkuasaan menyeluruh melibatkan semua kontinjen polis serta kerjasama pelbagai agensi.Katanya, selain pemantauan statik, pasukan JSPT turut meningkatkan rondaan dan kehadiran di lokasi dikenal pasti sebagai titik panas kemalangan dan kesesakan."Sebanyak 25 pasukan Unit Tindak Balas Kecemasan (ERT) juga akan ditempatkan di 11 lokasi strategik di lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Utara-Selatan dan laluan Pantai Timur."Pasukan ini bersedia memberi bantuan segera kepada pengguna jalan raya sekiranya berlaku kecemasan atau kerosakan kenderaan," katanya.Dalam pada itu, beliau menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap enam kesalahan utama di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.Katanya, kesalahan itu termasuk memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, menggunakan lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat, memotong di garisan berkembar serta memotong barisan."Penguatkuasaan akan dilaksanakan secara menyeluruh tanpa kompromi bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya," katanya.Sementara itu, beliau berkata, Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut melaksanakan larangan pergerakan kenderaan berat pada 19 dan 20 Mac serta 28 dan 29 Mac.Menurutnya, langkah itu bertujuan mengurangkan kesesakan selain meningkatkan tahap keselamatan sepanjang tempoh perayaan.Dalam perkembangan sama, JSPT turut bekerjasama dengan rakan strategik termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyalurkan maklumat trafik secara berterusan kepada orang ramai.Sehubungan itu, Mohamed Hasbullah menasihatkan pengguna jalan raya agar merancang perjalanan lebih awal dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik."Pengguna juga perlu sentiasa berdisiplin, mematuhi peraturan jalan raya serta tidak memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah."Selain itu, ambil langkah keselamatan bagi mengelakkan jenayah ketika meninggalkan rumah sepanjang musim perayaan," katanya. |
|
Johor Bomba honours holidaying dad for saving two kids from drowning at Kota Tinggi - Malaymail - 17/03 5:51 pm JOHOR BAHRU, March 17 The bravery of a father who saved two young victims from drowning at Pantai Batu Layar, Ko... |
|
Diskaun tol 50 peratus sempena Aidilfitri - PM - Sinarharian - 17/03 4:25 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena Aidilfitri dalam usaha meringankan kos perjalanan rakyat pulang ke kampung halaman.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah yang diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri itu melibatkan tanggungan kewangan berjumlah RM21.03 juta bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol."Diskaun itu berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam pada 18 Mac 2026 hingga jam 11.59 malam 19 Mac 2026. melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1."Ia membabitkan semua lebuh raya, kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)," katanya pada Selasa.Anwar menambah, diskaun tol terbabit merupakan sebahagian daripada pakej menyeluruh kerajaan bagi membantu rakyat membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan ekonomi global yang masih tidak menentu.Tambah beliau, selain diskaun tol, kerajaan turut melaksanakan pelbagai langkah lain termasuk pemberian cuti tambahan Aidilfitri serta pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan dari 14 hingga 28 Mac 2026.Sementara itu, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ir Mohd Hadzmir Yusoff berkata, sebanyak 3.49 juta kenderaan dijangka memasuki lebuh raya utama di seluruh negara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.Beliau berkata, peningkatan trafik dijangka bermula seawal 18 Mac, khususnya melibatkan pergerakan ke arah Utara, Selatan dan Pantai Timur sempena cuti perayaan.Mohd Hadzmir menambah, Lebuhraya PLUS dijangka menerima kira-kira 2.30 juta kenderaan, manakala Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) mencatatkan unjuran 295,000 kenderaan."Diikuti Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) sebanyak 215,000, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak sebanyak 210,000 kenderaan."Bagi laluan Pantai Timur, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 dianggarkan menerima 106,000 kenderaan manakala Fasa 2 pula sebanyak 65,000 kenderaan," tambah beliau.Menurutnya, lebuh raya sambungan lain seperti Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) diunjurkan mencatat 159,000 kenderaan dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) sebanyak 135,000 kenderaan.Justeru, kongsi beliau, beberapa langkah telah diambil bagi melancarkan aliran trafik termasuk tiada penutupan lorong kecuali kecemasan, pengaktifan 34 lokasi Smart Lane di Lebuhraya PLUS serta pelaksanaan kutipan tol berlapis di plaza tol kritikal.Katanya, kemudahan di kawasan rehat dan rawat (R&R) dipastikan berada pada tahap optimum termasuk penyediaan tandas mudah alih, bekalan air mencukupi serta penambahan petugas bagi membantu pengguna.Beliau menasihatkan orang ramai juga merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan perjalanan pulang ke kampung berjalan lancar dan selamat. |
|
Op HRA: JPJ guna 6 dron pantau kesalahan jalan raya – Aedly Fadly - Mgazette - 17/03 3:33 pm Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedly Fadly Ramli berkata, dron itu akan diterbangkan di 288 lokasi dikenali pasti sebagai _'hotspot'_ dan _'blackspot'_ yang mempunyai kadar kemalangan tinggi selain aliran trafik yang padat. "Antara lokasi yang terlibat membabitkan laluan utama di negeri Pantai Timur seperti Pahang, Kelantan dan Terengganu selain laluan selatan menuju ke Johor serta lebuh raya utama di bahagian utara negara |
|
Lelaki maut dilanggar lari ketika bantu rakan isi minyak - Thempress - 17/03 3:28 pm GERIK Niat murni seorang lelaki membantu rakannya yang kehabisan minyak bertukar tragedi apabila dia maut selepas dilanggar sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di Kilometer 2.6 Jalan Raya Timur… |
|
Polis buru suspek langgar lari, rempuh lelaki hingga maut - Kosmo - 17/03 3:06 pm GERIK – Polis sedang mengesan pemandu kenderaan yang terlibat kes langgar lari sehingga menyebabkan seorang lelaki maut dalam kejadian di Kilometer 2.6, Jalan Raya Timur-Barat, Gerik-Jeli di sini semalam |
|
Serangan pengebom ragut 23 nyawa, lebih 100 cedera - Kosmo - 17/03 2:55 pm ABUJA Berbilang letupan yang dilakukan oleh suspek-suspek pengebom bunuh diri menggegarkan bandar Maiduguri di timur laut Nigeria, membunuh sekurang-kurangnya 23 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain, kata polis hari ini |
|
Lelaki maut ketika bantu rakan isi minyak - Sinarharian - 17/03 1:54 pm GERIK Seorang lelaki maut selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika sedang membantu rakannya mengisi minyak kereta yang kehabisan bahan bakar di Kilometer 2.6 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) GerikJeli di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, mangsa berusia 21 tahun dilaporkan datang ke lokasi dengan menaiki motosikal selepas dihubungi rakannya yang memandu sebuah Proton Saga.Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu rakannya itu kehabisan minyak sebelum mangsa datang membantu."Semasa kedua-dua mereka sedang mengisi minyak di bahagian kanan jalan, tiba-tiba sebuah kereta tidak dikenal pasti dipercayai berwarna putih dari arah Jeli ke Gerik telah melanggar mangsa."Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Gerik untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Abdul Samad berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.50 malam ketika menerima rawatan, manakala pemandu Proton Saga tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.Katanya, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di talian 05-7912222. |
|
SPRM sahkan tiada penyelewengan peruntukan program Sejati Madani - Mgazette - 17/03 8:18 am Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mahupun bukti berkaitan isu penyelewengan peruntukan Sejati Madani supaya tampil memberikan kerjasama. Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional, Raja Kamarul Bahrin Shah menggesa SPRM menyiasat dakwaan peruntukan program Sejati Madani disalahgunakan oleh individu berkedudukan dalam politik di sebuah negeri Pantai Timur |
|
Iran rayu rundingan program nuklear sejak 15 tahun lalu – Sachs - Mgazette - 17/03 8:18 am # Iran rayu rundingan program nuklear sejak 15 tahun lalu - Sachs PUTRAJAYA Bekas Pemimpin Agung Republik Islam Iran, Allahyarham Ayatollah Ali Khamenei pernah merayu kepada Amerika Syarikat (AS) untuk melakukan rundingan mengenai program nuklear sejak 15 tahun lalu sebelum diserang |
|
Undang-undang antarabangsa hilang kredibiliti jika digunakan secara .. - Mgazette - 17/03 8:18 am # Undang-undang antarabangsa hilang kredibiliti jika digunakan secara terpilih - PM PUTRAJAYA Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya undang-undang antarabangsa mahu mengekalkan kredibiliti, ia mesti terpakai sama rata kepada semua |
|
Pilihan raya serentak tutup ruang gugat kestabilan negara – Jalex - Mgazette - 17/03 8:18 am # Pilihan raya serentak tutup ruang gugat kestabilan negara - Jalex JOHOR BAHRU - Pilihan raya umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan PRN Melaka mampu menutup ruang naratif politik yang sengaja dimainkan untuk menggugat kestabilan negara |
|
MRL meterai perjanjian pengurusan risiko tukaran asing projek ECRL - Kosmo - 17/03 8:14 am Bhd. (MRL) dan lapan institusi perbankan bagi mewujudkan mekanisme pengurusan risiko pertukaran asing melibatkan pembiayaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) |
|
Sepanyol ganti Finalissima dengan perlawanan persahabatan menentang Serbia - Hotfm - 17/03 1:07 am Barcelona: Juara Euro 2024, Sepanyol akan berdepan Serbia dalam perlawanan persahabatan pada 27 Mac bagi menggantikan perlawanan Finalissima menentang Argentina di Qatar yang dibatalkan, sebahagiannya akibat perang di Timur Tengah. |
|
Laung satu suara bantah krisis Timur Tengah, pakar AS beritahu Asean - FMT - 16/03 8:10 pm Jeffrey Sachs berkata, pendirian yang bersatu, bukan tindak balas individu, mampu beri 'impak besar'. |
|
Ekoran perang Timur Tengah: DBKL potong sewa penjaja 50%, bantu rakyat bandar - Harapandaily - 16/03 7:40 pm Lebih 10,000 penjaja dan peniaga kecil di Kuala Lumpur bakal menikmati kelegaan besar apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan pengurangan kadar sewaan sebanyak 50 peratus bagi tapak penjaja dan premis tertentu di bawah seliaannya |
|
Kebanyakan negeri diramal alami cuaca cerah semasa Aidilfitri - MetMalaysia - Sinarharian - 16/03 6:47 pm KUALA LUMPUR - Kebanyakan negeri diramal mengalami cuaca cerah sepanjang tempoh Aidifiltri bermula 20 hingga 22 Mac ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pada pagi 20 Mac, hampir semua negeri mengalami cuaca cerah kecuali Perak dan Tawau, Sabah, manakala sebelah petang dan malam hujan atau ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan antaranya di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.Keadaan sama juga diramal berlaku di Pantai Barat, Pedalaman dan Tawau, Sabah serta Bahagian Kapit, Miri dan Limbang di Sarawak.Pada keesokan harinya iaitu 21 Mac, hujan dijangka melanda Perak pada sebelah pagi manakala ribut petir dan hujan di Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak (Bahagian Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman), Kuala Lumpur dan Putrajaya pada waktu petang.Keadaan itu dijangka berterusan sehingga malam dengan Johor dan Tawau, Sabah turut terlibat.Sementara itu, pada 22 Mac, ribut petir dan hujan dijangka berlaku pada waktu petang di Sabah (Pantai Barat dan Sandakan) dan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman).MetMalaysia menyeru orang ramai supaya merancang perjalanan ketika musim perayaan Aidilfitri supaya perjalanan mereka lebih baik dan selamat.Dalam pada itu, MetMalaysia meramalkan cuaca panas dan kurang hujan berterusan di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, khususnya di bahagian utara dan kawasan pedalaman hingga akhir Mac ini.Bagaimanapun, berdasarkan analisis model ramalan cuaca, ribut petir untuk tempoh singkat masih berpotensi berlaku terutama di kawasan barat Semenanjung pada lewat petang dan awal malam.MetMalaysia menasihatkan orang awam agar sentiasa merujuk laman web rasmi jabatan itu di www.met.gov.my serta mengikuti media sosial rasmi MetMalaysia untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini dan tepat.Orang ramai juga digalakkan memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat cuaca yang pantas dan sahih |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |