///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Pantai News   Page 1    



Profesional pikul amanah gali kubur walaupun ketika raya - FMT - 23/03 7:00 am

Jurutera dan pegawai bank antara sukarelawan memastikan urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam lancar walaupun ketika Aidilfitri.





Iran dakwa tembak jatuh jet pejuang F-15 - Mkini - 22/03 9:42 pm

Pesawat perang itu dipintas di ruang udara pantai selatan negara itu, maklum Markas Pemerintah Pertahanan Udara Bersama Iran.





10 hotspot dari Kuala Sepang hingga Kuala Perlis laluan PATI pulang raya - Mgazette - 22/03 7:22 pm

Justeru operasi khas Aidilfitri tahun ini kita buat strategi tertentu bagi memastikan perairan negara tidak dijadikan laluan sindiket membawa keluar masuk PATI. Meskipun kita berdepan cabaran kehadiran tonto laut serta faktor garis pantai yang panjang dan kedudukan sempadan yang berhampiran negara jiran namun ia tidak menjadi penghalang untuk melumpuhkan kegiatan sindiket sebegini





Trafik sesak di lebuh raya utama, kemalangan antara punca - Sinarharian - 22/03 6:12 pm

KUALA LUMPUR - Trafik di lebuh raya utama sesak petang ini susulan pertambahan kenderaan dan kemalangan di beberapa lokasi.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, kesesakan dilaporkan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala utara di Slim River ke Sungkai, Tapah ke Gopeng sehingga Simpang Pulai serta di kedua-dua arah di Ipoh Utara ke Kuala Kangsar dan dari Bertam ke Sungai Petani."Beberapa kemalangan yang dilaporkan berlaku turut menyumbang kepada kesesakan seperti di Plaza Tol Hutan Kampung dari arah Jitra dan Tanjung Malim ke Lembah Beringin," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Beliau berkata, bagi arah dari Pantai Timur, kesesakan berlaku dari arah Bentong ke Bukit Tinggi dan Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak manakala trafik ke selatan sesak di Bandar Ainsdale ke Senawang serta di Simpang Renggam ke Sedenak."Trafik turut sesak di beberapa lokasi menghala ke Lembah Klang seperti di Bukit Gambir ke Tangkak, Ayer Keroh ke Simpang Ampat dan Pedas Linggi ke Port Dickson," katanya.Pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dikeluarkan pihak konsesi dan memastikan mendapat rehat yang cukup sebelum memulakan pemanduan.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 atau paparan kamera litar tertutup trafik di laman sesawang rasmi agensi berkenaan





Dua pantai Kelantan dikenal pasti 'hotspot' kes lemas - Sinarharian - 22/03 4:18 pm

BACHOK Pantai Kemayang dan Pantai Irama dikenal pasti sebagai titik panas (hotspot) kes lemas apabila merekodkan antara jumlah tragedi tertinggi di daerah ini bagi tempoh lima tahun sejak 2021.Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, sempena cuti musim perayaan ini, orang ramai yang merancang untuk berkelah atau bermandi-manda diharap lebih berhati-hati."Kedua-dua lokasi itu dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi berdasarkan statistik kejadian yang direkodkan sepanjang tempoh berkenaan."Pantai Kemayang mencatatkan sekurang-kurangnya lima kes melibatkan lima mangsa, manakala Pantai Irama turut merekodkan beberapa kejadian termasuk kes terbaharu pada tahun ini."Berdasarkan rekod, kebanyakan mangsa adalah lelaki dan ditemui sama ada di lokasi kejadian atau hanyut ke kawasan berhampiran dalam tempoh tertentu," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Beliau memberitahu, bagi tahun 2025 sahaja, lima kes direkodkan membabitkan enam mangsa dengan dua daripadanya berlaku di Pantai Irama dan Pantai Kemayang.Ujarnya, selain itu kes lemas turut dilaporkan di kawasan tali air dan sungai termasuk di Kampung Budi, Kubang Telaga dan Sungai Mujur, Jelawat.Mengulas lanjut, Mohamad Ismail memberitahu, statistik tahun 2023 menunjukkan peningkatan ketara apabila lapan kes direkodkan di beberapa pantai utama termasuk Pantai Kemayang selain Pantai Melawi, Pantai Damai, Pantai Sri Nipah dan Pantai Telong.Sementara itu beliau berkata, enam kes direkodkan pada tahun 2024 melibatkan lokasi seperti Pantai DAur, Pantai Kemayang dan beberapa kawasan tali air di sekitar daerah ini.Sehubungan itu ujarnya, polis mempergiatkan langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian berulang terutama di dua lokasi berkenaan yang dikenal pasti sebagai titik panas kes lemas."Rondaan berkala oleh Unit MPV dilakukan empat kali sehari manakala Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dua kali sehari di kawasan tumpuan."Pemantauan turut dilaksanakan oleh pasukan ronda cegah jenayah melibatkan empat balai di bawah pentadbiran IPD Bachok," katanya.Tambah beliau, hebahan keselamatan melalui pembesar suara juga dilakukan secara berterusan bagi memberi peringatan kepada pengunjung."Orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada dan tidak mengambil risiko ketika beriadah di pantai ketika keadaan ombak kuat atau cuaca tidak menentu terutama pada musim perayaan ini," katanya.





Juadah hari raya memang sedap, tapi awas! - Sinarharian - 22/03 9:00 am

SHAH ALAM Hidangan tradisional Hari Raya seperti rendang, lemang dan ketupat sememangnya menjadi kegemaran ramai, namun kebanyakannya mengandungi lemak, gula serta kalori yang tinggi jika diambil secara berlebihan.Senior Dietitian Hospital Pantai Sungai Petani, Norhayati Samsuddin berkata, makanan tradisional tersebut boleh dinikmati ketika musim perayaan, namun pengambilannya perlu dikawal bagi mengelakkan kesan terhadap kesihatan."Makanan tradisional hari raya seperti rendang, lemang, ketupat dan pelbagai kuih raya memang lazat, tetapi kebanyakannya mengandungi lemak, gula dan kalori yang tinggi."Jika diambil secara berlebihan dalam tempoh singkat, beberapa kesan kesihatan boleh berlaku," katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata, antara kesan yang mungkin dialami termasuklah peningkatan paras gula dalam darah terutamanya bagi individu yang mempunyai atau berisiko menghidap diabetes mellitus.Jelas Norhayati, pengambilan kuih raya serta makanan berkarbohidrat tinggi boleh menyebabkan lonjakan gula darah dengan cepat.Kongsi beliau, makan terlalu banyak makanan berlemak dan berat juga boleh menyebabkan gangguan sistem penghadaman seperti kembung perut, pedih ulu hati atau keradangan perut.Menurutnya, makanan yang tinggi lemak dan garam juga boleh menyebabkan tekanan darah meningkat terutama bagi individu yang mempunyai masalah hipertensi.Tambahnya, pengambilan kalori tinggi dalam masa singkat juga boleh menyebabkan lebihan tenaga disimpan sebagai lemak sekali gus meningkatkan risiko obesiti."Selain itu, makan terlalu banyak makanan berat dalam satu masa juga boleh menyebabkan badan berasa lesu, mengantuk dan tidak selesa," ujarnya lagi.Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya mengawal saiz hidangan ketika menikmati hidangan perayaan."Ketika menghadiri rumah terbuka, kita masih boleh menikmati hidangan perayaan sambil mengekalkan pemakanan yang sihat khususnya kawal saiz hidangan."Ambil hidangan dalam kuantiti kecil atau sederhana, hadkan kuih-muih manis serta kurangkan minuman bergula seperti sirap atau minuman berkarbonat," menurutnya.Norhayati turut mengingatkan orang ramai supaya menimbangi hidangan dengan lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan atau ulam-ulaman bagi memastikan pemakanan lebih seimbang."Kuih-muih dan pencuci mulut seperti Kuih Raya biasanya tinggi gula dan kalori





Abdul Rozak santuni anggota polis bertugas di hari raya Aidilfitri Abdul .. - Mgazette - 21/03 5:03 pm

# Abdul Rozak santuni anggota polis bertugas di hari raya Aidilfitri GEORGE TOWN - Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad meluangkan masa meninjau penugasan anggota barisan hadapan di enam balai polis di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut hari ini. Lawatan yang berlangsung dari 12 tengah hari hingga 3 petang itu melibatkan Balai Polis Jalan Patani, Balai Polis Central, Balai Polis Tanjung Tokong, Balai Polis Lebuh Pantai, Balai Polis Dato Keramat dan Balai Polis Jelutong





Aliran trafik di semua lebuh raya utama lancar petang ini - Mgazette - 21/03 9:39 am

# Aliran trafik di semua lebuh raya utama lancar petang ini KUALA LUMPUR - Aliran trafik di semua lebuh raya utama negara lancar petang ini selepas sebahagian besar warga kota pulang ke kampung halaman masing-masing lebih awal sempena cuti Aidilfitri. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, tinjauan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan aliran trafik di arah utara, selatan dan Pantai Timur dalam keadaan terkawal





Suami koma, Aidilfitri pertama selepas enam bulan berkahwin - Sinarharian - 21/03 7:00 am

Dialah tempat saya bermanja. Alhamdulillah, saya bernasib baik kerana mempunyai bapa mentua (Ismail Awang Ya, 60) dan ibu mentua (Rohani Mohd Yusof, 62) yang baik serta memahami."Mereka berdua banyak memberikan semangat serta sentiasa ada bersama sepanjang menjaga suami yang sudah koma lebih 50 hari itu," katanya.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan baharu enam bulan mengikat ikatan perkahwinan, pasangan dari Kubang Telaga di sini diuji apabila suami koma selepas menjadi mangsa ragut pada 8 Januari lalu.Menurut Rosirdawatie tragedi menimpa suaminya, Mazrie berlaku semasa cinta hatinya itu dalam perjalanan ke tempat kerja di Cherang Tuli, Pasir Puteh."Suami merupakan pemandu dan bertugas di Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)





‘Traffic jam’ balik beraya: Antara fakta, persepsi dan sikap suka lepas tangan - Thempress - 20/03 2:36 pm

SETIAP kali musim perayaan, jutaan rakyat Malaysia khususnya dari Pantai Timur akan melalui pengalaman sama perjalanan pulang yang panjang dan memenatkan, ada yang mencecah sehingga belasan jam





Aidilfitri 2026: Trafik Sesak Teruk Ke Pantai Timur, Utara Selatan Makin .. - Wrlr - 20/03 10:49 am

KUALA LUMPUR, 19 Mac Aliran trafik di lebuh raya utama negara mengalami kesesakan luar biasa malam ini berikutan pertambahan drastik kenderaan yang ingin mengambil peluang terakhir menikmati diskaun tol 50 peratus. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan kesesakan paling teruk dikesan ke arah Pantai Timur membabitkan laluan dari Plaza Tol Gombak sehingga Bukit Tinggi





Trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan pagi ini - FMT - 20/03 10:26 am

Hanya Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Utara-Selatan alami kesesakan akibat penambahan kenderaan.





Aidilfitri esok: Lebuhraya Pantai Timur dan PLUS alami kesesakan - Mkini - 20/03 9:53 am

Di Lebuhraya LPT, aliran trafik perlahan antara Lentang ke Bentong disebabkan pertambahan kenderaan yang tinggi."





Elak jadi jaguh Pantai Timur; PN perlu dasar ekonomi, pendekatan inklusif - FMT - 20/03 9:00 am

Penganalisis Mazlan Ali berkata PN yang kini diketuai teknokrat Ahmad Samsuri Mokhtar perlu naratif sosioekonomi yang baik untuk negara.





3.03 juta kenderaan dijangka guna KLK dan LPT1 sempena Aidilfitri - Wrlr - 20/03 3:11 am

3.03 juta kenderaan dijangka guna KLK dan LPT1 sempena Aidilfitri KUANTAN 19 Mac Sebanyak 3.03 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Kuala LumpurKarak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 sepanjang tempoh cuti Aidilfitri antara 18 hingga 29 Mac ini





Sabar, berhemah memandu pulang berhari raya – Sultan Pahang - Mgazette - 20/03 12:02 am

# Sabar, berhemah memandu pulang berhari raya - Sultan Pahang KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan rakyat khususnya yang memandu pulang berhari raya agar sentiasa bersabar dan berhemah ketika di jalan raya atau lebuh raya kerana aliran trafik di beberapa laluan utama ketika ini amat sesak. Atas keprihatinan, baginda sendiri berkenan meninjau dari udara aliran trafik keluar dari Lembah Klang menuju ke Pantai Timur yang mengalami kesesakan semalam berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang





Trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan pagi ini - Mgazette - 20/03 12:02 am

# Trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan pagi ini KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan pagi ini susulan orang ramai pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri esok. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat 8 pagi, hanya dua lokasi utama, iaitu Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) mengalami kesesakan manakala laluan lain termasuk menghala ke Selatan masih terkawal





Aidilfitri: Lebih 30 kemalangan dilaporkan di laluan Gua Musang sejak Rabu - Polis - Sinarharian - 19/03 11:15 pm

Bagaimanapun tiada kemalangan maut berlaku."Cuma pelanggaran kecil antara kenderaan seperti terlanggar bahagian belakang kereta orang lain dan sebagainya," katanya selepas Program Ops Selamat Peringkat Gua Musang dan Majlis Berbuka Puasa di Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Mentara di sini pada Khamis.Choon Foo berkata, penarikan dilakukan sepanjang 10 hingga 12 kilometer bagi menyuraikan kesesakan di pintu masuk negeri itu secara berkala sejak semalam.Beliau berkata, lima kali penyuraian dilakukan dalam tempoh dua hari dan setiap kali penyuraian memakan masa sehingga satu jam setengah bagi mengurangkan kesesakan di jalan Kuala Lipis-Gua Musang."Penarikan trafik dijalankan dengan membuka dua lorong menghala ke bandar Gua Musang, pada masa sama menutup laluan bertentangan buat seketika."Itulah jarak penarikan yang perlu kami lakukan supaya terdapat sedikit ruang untuk kenderaan masuk ke Kelantan. Kami akan laksanakan sekali atau dua kali lagi penyuraian trafik untuk memastikan rakyat dapat balik beraya di kampung halaman masing-masing," katanya.Beliau turut mencadangkan pengguna jalan raya supaya menggunakan alternatif lain seperti Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Lebuhraya Timur Barat (LRTB) dan Simpang Pulai, Perak untuk mengelakkan kesesakan masuk ke negeri berkenaan."Saya ingin menasihatkan pengguna agar berhati-hati, bertolak ansur serta memastikan kenderaan masing-masing berada dalam kondisi yang baik supaya tidak berlaku kerosakan ketika menghadapi kesesakan kerana ia boleh menyebabkan aliran trafik bergerak perlahan dan bertambah teruk," katanya.Pada program itu, sebanyak 300 pek makanan berbuka puasa diagihkan kepada perantau yang melalui jalan Gua Musang-Kuala Lipis





Aliran trafik ke Pantai Timur sesak teruk, Utara dan Selatan mula padat - Mkini - 19/03 10:05 pm

Ini berikutan pertambahan drastik kenderaan yang ingin mengambil peluang terakhir menikmati diskaun tol 50 peratus.





Aliran trafik ke Pantai Timur sesak teruk, Utara dan Selatan mula padat - Sinarharian - 19/03 10:02 pm

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama negara mengalami kesesakan luar biasa malam ini berikutan pertambahan drastik kenderaan yang ingin mengambil peluang terakhir menikmati diskaun tol 50 peratus.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan kesesakan paling teruk dikesan ke arah Pantai Timur melibatkan laluan dari Plaza Tol Gombak sehingga Bukit Tinggi."Kesesakan di kawasan tersebut dikesan bermula sebelum susur Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) lagi dan aliran trafik meningkat secara ketara selepas waktu berbuka puasa tadi," katanya ketika dihubungi Bernama, malam ini.Beliau berkata, bagi arah Utara, trafik dilaporkan bergerak perlahan, namun terkawal di laluan Sungai Buloh ke Rawang, Slim River ke Sungkai serta Bukit Tagar menuju ke Lembah Beringin.Trend kesesakan di Utara juga masih dipengaruhi sisa kesan kemalangan maut yang berlaku petang tadi di laluan Tapah ke Gopeng, selain pertambahan kenderaan di Permatang Pauh menuju ke Sungai Dua.Bagi laluan ke arah Selatan, LLM melaporkan trafik mula perlahan di beberapa titik panas antaranya Bandar Baru Nilai ke Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, Bandar Ainsdale ke Senawang serta Pedas Linggi ke Simpang Ampat.Pihak LLM menjangkakan aliran trafik akan terus memuncak sehingga tengah malam ini memandangkan orang ramai mengejar tempoh tawaran diskaun tol yang bakal berakhir pada 11.59 malam.Selain faktor diskaun, ramai pengguna dilaporkan baru memulakan perjalanan malam ini memandangkan sebahagian besar sektor pekerjaan mula bercuti secara rasmi esok.Sehubungan dengan itu, LLM menasihati pengguna supaya memastikan baki kad Touch 'n Go serta tangki bahan api kenderaan mencukupi bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika terperangkap dalam kesesakan."Pengguna juga diingatkan supaya sentiasa menjaga jarak selamat antara kenderaan dan berwaspada dengan sebarang halangan di hadapan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," kata jurucakap itu.Setakat ini, keadaan cuaca di sepanjang lebuh raya utama dilaporkan baik, kecuali hujan lebat yang berlaku di beberapa lokasi seperti Gombak, Tapah dan Nilai pada sebelah petang tadi.Maklumat trafik terkini boleh didapati menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 atau menerusi aplikasi navigasi bagi membantu pengguna merancang perjalanan dengan lebih efektif





Aliran trafik ke utara sesak, kemalangan maut di Tapah burukkan keadaan - Sinarharian - 19/03 6:08 pm

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama negara keluar dari Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan petang ini berikutan pertambahan mendadak jumlah kenderaan susulan cuti Aidilfitri.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata, bagi arah utara, kesesakan paling ketara dikesan adalah di laluan Tapah menuju ke Gopeng susulan berlaku satu insiden kemalangan maut di kilometer (KM) 296.7."Walaupun urusan pembersihan di lokasi kemalangan telah selesai, faktor cuaca hujan di kawasan berkenaan menyumbang kepada kelembapan pergerakan kenderaan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.Selain itu, trafik dilaporkan bergerak perlahan di laluan Bukit Lanjan ke Rawang, Taiping ke Bukit Merah, Jawi ke Bandar Cassia serta Juru menuju ke Bertam.Bagi laluan ke arah selatan, pergerakan kenderaan perlahan bermula dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Kajang serta Bandar Sri Putra ke Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban.Aliran trafik yang tinggi turut menyebabkan kesesakan di laluan Port Dickson ke Senawang, Pedas Linggi ke Simpang Ampat serta di kawasan Kulai menuju ke Sedenak.Sementara itu, di pantai timur, kesesakan berlaku di Plaza Tol Gombak sehingga Bukit Tinggi, manakala di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pula, trafik dilaporkan perlahan di laluan Cheneh menuju ke Chukai serta di sekitar Plaza Tol Kuala Terengganu.Pihak LLM menjangkakan aliran trafik akan terus meningkat hingga tengah malam ini memandangkan hari ini ialah hari terakhir tawaran diskaun tol 50 peratus.Kerajaan sebelum ini mengumumkan diskaun tol bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini yang berkuat kuasa mulai 12.01 tengah malam semalam (18 Mac) dan tawaran diskaun akan berakhir pada jam 11:59 malam ini.Pengguna dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan teliti dan mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan panjang





Sebanyak 1,211 saman, notis pelbagai JPJ dalam 4 hari Op Aidilfitri... - Mgazette - 19/03 2:55 pm

"Dan lebih daripada 4,000 peserta yang menerima manfaat secara langsung dalam program-program advokasi Yang telah dilaksanakan," jelasnya. Sementara itu, beliau berkata, berdasarkan unjuran trafik, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dijangka mencatatkan kira-kira 934,000 kenderaan sepanjang tempoh tersebut, dengan kemuncak trafik dijangka berlaku pada 28 Mac mencecah sehingga 106,000 kenderaan sehari





Trafik ke Pantai Timur dan utara sesak namun terkawal pagi ini - Mgazette - 19/03 2:55 pm

# Trafik ke Pantai Timur dan utara sesak namun terkawal pagi ini KUALA LUMPUR - Aliran trafik keluar dari Lembah Klang menuju ke utara dan Pantai Timur dilaporkan sesak, namun masih terkawal setakat pagi ini





Mubarak Thahak dilucut jawatan Undang Luak Sungei Ujong - Mgazette - 19/03 2:55 pm

Tambahnya, keputusan pemberhentian itu turut dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan selaku Pengerusi Dewan Keadilan dan Undang pada Jun 2025. Sehubungan itu, katanya, segala urusan berkaitan adat kini terletak di bawah bidang kuasa Waris di-Darat Waris Negeri Sungei Ujong yang berpusat di Telaga Undang Batu 9, Pantai





Riadah bertukar liar, larian malam cetus kontroversi - Thempress - 19/03 2:53 pm

Oleh: Winsamir & Ezmie KOTA KINABALU Ketika Ramadan hampir melabuhkan tirainya, satu fenomena yang semakin mendapat perhatian masyarakat di Pantai Timur Sabah ialah aktiviti lumba lari malam yang tular…





Aliran trafik perlahan ke Pantai Timur, PLUS aktifkan Smartlane - Utusan - 19/03 2:47 pm

Menurut laman X Plus Malaysia, kesesakan dikesan bermula dari Plaza Tol Gombak menuju ke Bentong manakala pergerakan kenderaan turut dilaporkan perlahan dari Bentong sehingga ke susur masuk Plaza Tol Karak ... Read more The post Aliran trafik perlahan ke Pantai Timur, PLUS aktifkan Smartlane appeared first on Utusan Malaysia .





Pengusaha kelupis Papar tidak menang tangan penuhi tempahan pelanggan - Utusan - 19/03 2:39 pm

PAPAR: Kelupis yang sinonim dengan penduduk di sekitar pantai Barat Sabah khususnya di kalangan etnik Kedayan dan Melayu Brunei kekal menjadi pilihan sajian utama menjelang Hari Raya Aidilfitri





Trafik Ke Pantai Timur Dan Utara Sesak Namun Terkawal Pagi Ini - Siakapkeli - 19/03 9:58 am

Trafik Ke Pantai Timur Dan Utara Sesak Namun Terkawal Pagi IniKUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Aliran trafik keluar dari Lembah Klang menuju ke utara dan





Trafik ke Pantai Timur dan utara sesak pagi ini - Sinarharian - 19/03 9:39 am

KUALA LUMPUR - Aliran trafik keluar dari Lembah Klang menuju ke utara dan Pantai Timur dilaporkan sesak, namun masih terkawal setakat pagi ini.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Raya Malaysia (LLM) berkata, bagi laluan ke Pantai Timur, kesesakan berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 menuju ke Plaza Tol Gombak serta dari Bukit Tinggi, Lentang ke Stesen Petronas Bentong, dan Sungai Dua ke Plaza Tol Karak."Bagi laluan ke utara, kesesakan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan di Slim River ke Tapah, Gopeng ke Simpang Pulai, Ipoh Utara ke Terowong Menora, Bandar Baharu ke Jawi, Bukit Tambun ke Bukit Minyak dan Juru ke Perai," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.Beliau berkata bagi laluan ke selatan pula, kesesakan berlaku dari Port Dickson ke Senawang, dan Pasir Gudang ke Setia Tropika."Cuaca pagi ini baik dan pengguna lebuh raya dinasihatkan mematuhi had laju yang ditetapkan dan sentiasa mengawasi jarak selamat kenderaan masing-masing sepanjang perjalanan," katanya.Pengguna juga dinasihatkan merancang perjalanan mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pihak konsesi, selain memastikan mendapat rehat mencukupi sebelum memulakan pemanduan.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 atau paparan kamera litar tertutup (CCTV) trafik di laman web rasmi agensi berkenaan





Aliran trafik semakin sesak selepas berbuka, kemalangan di Rawang - Mgazette - 19/03 7:44 am

Beberapa lagi lokasi kesesakan dikesan di laluan Gua Tempurung ke Gopeng, Bukit Berapit ke Changkat Jering serta Permatang Pauh ke Bertam bagi arah utara. Bagi laluan ke selatan, trafik perlahan dari Sedenak ke Simpang Renggam, manakala bagi pengguna ke Pantai Timur aliran trafik perlahan dari Gombak ke Bukit Tinggi serta Lentang ke Bentong





Aliran trafik mulai sesak di lebuh raya utama keluar dari Lembah Klang - Mgazette - 19/03 7:44 am

# Aliran trafik mulai sesak di lebuh raya utama keluar dari Lembah Klang KUALA LUMPUR - Aliran trafik keluar dari Lembah Klang menuju ke Pantai Timur, utara dan selatan tanah air mulai sesak di beberapa lokasi setakat petang ini berikutanorang ramai mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri





Aliran trafik semakin sesak selepas berbuka, kemalangan di Rawang - Sinarharian - 18/03 10:30 pm

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama negara semakin padat selepas waktu berbuka puasa malam ini susulan peningkatan kenderaan yang memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kesesakan ketara dikesan di Plaza Tol Gombak dengan barisan kenderaan dilaporkan mencecah hingga ke Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Batu Caves."Bagi arah utara pula, keadaan trafik dari Rawang Selatan ke Bukit Beruntung dilaporkan hampir tidak bergerak," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.Menurutnya, kesesakan di laluan berkenaan turut disebabkan kemalangan di KM429.7 arah utara (Sungai Buaya ke Bukit Beruntung) yang menghalang lorong kecemasan.Beberapa lagi lokasi kesesakan dikesan di laluan Gua Tempurung ke Gopeng, Bukit Berapit ke Changkat Jering serta Permatang Pauh ke Bertam bagi arah utara.Bagi laluan ke selatan, trafik perlahan dari Sedenak ke Simpang Renggam, manakala bagi pengguna ke Pantai Timur aliran trafik perlahan dari Gombak ke Bukit Tinggi serta Lentang ke Bentong.LLM menjangkakan aliran trafik akan terus meningkat hingga awal pagi esok berikutan pertambahan pergerakan kenderaan sempena Aidilfitri."Pengguna dinasihatkan merancang perjalanan mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pihak konsesi serta memastikan mendapat rehat mencukupi sebelum memulakan pemanduan," katanya.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 atau paparan CCTV trafik di laman web rasmi agensi berkenaan





Banyak Kenderaan Melekat Di LPT 2 Sampai Pemandu Terpaksa Keluar Kereta, Ini Punca Sebenar - Lobakmerah - 18/03 5:37 pm

Seperti yang kita sedia maklum, jalan di lebuhraya utama sudah mula sesak dan dibanjiri dengan banyak kenderaan sehingga aliran trafik jadi perlahan. Kebiasaanya perkara ini akan berlaku di aliran yang menuju ke arah utara dan pantai timur, malah perkara itu berlaku di Lebuhraya Pantai Timur (LPT 2) pada hari ini





Pantai Hospital rai 10 rumah anak yatim sempena Aidilfitri - Sinarharian - 18/03 5:26 pm

SUNGAI PETANI Sebanyak 10 buah rumah anak yatim di Kedah terpilih menerima sumbangan lebih RM20,000 dari Pantai Hospital Sungai Petani menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bersama Memberi, Meraih Keberkatan.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tio Bee Chan berkata, program itu melibatkan sumbangan kira-kira 1,000 kilogram beras (dan barangan asas) hasil keprihatinan para perunding perubatan hospital sebagai sokongan dalam menceriakan keluarga dan kanak-kanak kurang berkemampuan."Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan kami untuk bersama-sama berganding bahu membantu mereka yang memerlukan," katanya dalam kenyataan.Rumah anak yatim yang disantuni termasuk Rumah Anak Yatim Amal Solehah Pendang, Pertubuhan Rumah Anak Yatim Az Zahra, Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al Munirah, Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda, Anak-anak Yatim dan Miskin Al Taqwa Baling.Selain itu, Rumah Anak Yatim Nur Hidayah Kampung Sadek, Pertubuhan Sentuhan Kasih Al Shafi, Rumah Anak Yatim Gemilang Kampung Banggol, Maahad Tahfiz Ahmadiah serta Badan Usaha Didikan Anak Yatim Negeri Kedah turut tersenarai sebagai penerima.Katanya, program berkenaan mencerminkan komitmen berterusan pihak hospital dalam menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat.





Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama - Sinarharian - 18/03 4:17 pm

GOMBAK - Aliran trafik di Lebuhraya Kuala LumpurKarak arah Pantai Timur mula bergerak perlahan menghampiri Plaza Tol Gombak di sini pada Rabu.Tinjauan Sinar Harian mendapati peningkatan jumlah kenderaan bermula sejak jam 2 petang, berikutan warga kota pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.Namun keadaan trafik dilihat masih terkawal apabila pergerakan beransur lancar selepas plaza tol tersebut.Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat jam 2.12 petang, trafik bergerak perlahan dari Kilometer 30.5 Gombak ke Genting Sempah, Kilometer 39.4 Genting Sempah ke Bukit Tinggi serta dari kawasan Shell Bentong ke Bentong arah timur.Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara melibatkan kawasan Terowong Menora ke Sungai Perak juga perlahan selain Juru Auto City ke Perai serta Seberang Jaya ke Plaza Tol Sungai Dua.Bagi laluan Lebuhraya Utara-Selatan (E2), trafik perlahan turut dilaporkan di beberapa lokasi termasuk dari Pasir Gudang ke Setia Tropika, Sedenak ke Simpang Renggam serta selepas Plaza Tol Sungai Besi ke Taman Teknologi Malaysia bagi arah utara, manakala arah selatan melibatkan laluan dari Dato Onn ke Pasir Gudang.Selain itu, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) turut mencatatkan aliran perlahan dari USJ ke Ebor arah utara serta Putra Heights ke Bandar Saujana Putra arah selatan.Keadaan sama turut dilaporkan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 melibatkan laluan Rehat dan Rawat Perasing ke Cheneh arah timur.Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dengan merujuk jadual cadangan waktu perjalanan atau Travel Time Advisory yang dikeluarkan oleh syarikat konsesi lebuh raya.Pengguna juga diingatkan agar sentiasa mematuhi had laju ditetapkan dan tidak menjadikan lebuh raya sebagai litar lumba demi keselamatan semua pihak





AEON Banks Ramadan-Syawal campaign blends community aid, digital banking and financial inclusion - Sinardaily - 18/03 3:17 pm

SHAH ALAM - Malaysias first digital Islamic bank, AEON Bank, launched its Ramadan and Syawal campaign themed Niat di Hati, Budi Terpateri, combining community outreach, financial inclusion initiatives and digital banking rewards aimed at supporting Malaysians during the festive season.Inspired by the spirit of compassion and sharing blessings during Ramadan and Hari Raya Aidilfitri, the campaign emphasised the idea that sincere intentions followed by thoughtful actions can create meaningful outcomes and lasting impact.The initiative was also brought to life through a self-produced Ramadan Aidilfitri 2026 brand video released on the banks official YouTube channel.NIAT TO EMPOWER THE COMMUNITY: SALAM PRIHATIN 4.0A key pillar of the campaign was the continuation of the banks flagship community impact initiative, Salam Prihatin.This year, Salam Prihatin 4.0 engaged 100 households from Perumahan Pantai Permai, benefiting more than 400 individuals.The engagement took place on March 3, in collaboration with AEON BiG Wangsa Maju and the non-governmental organisation Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Penyayang Lembah Pantai (PERKEMP) Lembah Pantai.As part of the programme, each participating family received a RM300 grocery allocation, bringing AEON Banks contribution for the initiative this year to RM30,000.More than 50 AEON Bank employees, including senior management, assisted families during the grocery shopping activity by helping them plan their purchases based on their household needs.The programme was also designed to encourage financial inclusion by guiding beneficiaries to manage their grocery budgets independently, particularly for families caring for children, elderly members or persons with disabilities.Since its introduction, the Salam Prihatin initiative has reached nearly 2,000 beneficiaries over four years.NIAT TO BE MORE RINGGIT SAVVY: SMART SAVINGS AND VALUE ADDED REWARDSIn addition to community engagement, AEON Bank introduced a range of digital banking tools and incentives aimed at helping Malaysians manage rising living costs.Among the initiatives is Neko Sensei, an in-app financial coach within the AEON Bank mobile application designed to help customers track spending and manage their finances more effectively.Customers can also enjoy RM30 Raya cashback when paying with the AEON Bank Debit Card-i at participating MyDebit merchants from Feb 1 to April 15.Other offers include a competitive three per cent per annum profit rate for Savings Pot valid until May 31, aimed at supporting customers in keeping their financial goals on track.AEON Bank also highlighted its Personal Financing-i (PF-i) offering, which provides financing from RM1,000 to RM100,000 with profit rates starting from 3.88 per cent annually and repayment tenures ranging from three to 84 months.The fully digital application process is available to Malaysians earning at least RM2,500 monthly, including salaried workers, freelancers and gig economy participants.To enhance engagement within the app, AEON Bank introduced Neko Missions, a gamified feature that offers RM5 cashback for DuitNow QR transactions through the banks app until May 15, 2026





AFA PRIME aktifkan TTA sempena Aidilfitri, kurangkan kesesakan di KLK, LPT1 - Sinarharian - 18/03 3:05 pm

KUALA LUMPUR AFA PRIME Berhad (AFA PRIME) melaksanakan strategi pengurusan trafik komprehensif termasuk pengaktifan Travel Time Advisory (TTA) bagi mengurangkan kesesakan sempena Aidilfitri 2026, khususnya di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1).Langkah proaktif itu bertujuan melancarkan aliran trafik di lokasi kritikal seperti Plaza Tol Gombak, Bentong dan Karak yang menjadi laluan utama ke Pantai Timur.AFA PRIME berkata, pengguna lebuh raya disaran merancang perjalanan mengikut jadual TTA ditetapkan bagi fasa balik kampung pada 19 dan 20 Mac serta fasa kembali ke bandar pada 23, 28 dan 29 Mac.Bagi perjalanan dari Kuala Lumpur dan Selangor ke Pahang, waktu cadangan masuk antara jam 8 pagi hingga 11 pagi atau 12 tengah hari hingga 4 petang, manakala ke Terengganu dan Kelantan antara jam 9 pagi hingga 12 tengah hari atau 8 malam hingga 11 malam.Untuk perjalanan pulang ke ibu negara, pengguna dari Pahang disaran memasuki lebuh raya antara jam 7 pagi hingga 10 pagi atau 7 malam hingga 11 malam, manakala dari Terengganu dan Kelantan antara jam 10 pagi hingga 1 tengah hari, 4 petang hingga 8 malam atau 9 malam hingga 12 tengah malam.Penunggang motosikal pula digalakkan memanfaatkan waktu perjalanan bebas antara jam 12 tengah malam hingga 6 pagi bagi perjalanan lebih lancar.Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif AFA PRIME Berhad, Ahmad Faizi Latifi Ahmad Faiz berkata, pematuhan terhadap TTA bukan sahaja membantu melancarkan trafik, malah mewujudkan persekitaran pemanduan lebih selamat dan kurang tekanan.Selain TTA, AFA PRIME memastikan semua kemudahan lebuh raya berada pada tahap optimum dengan menempatkan unit rondaan dan pasukan tindak balas kecemasan di lokasi strategik.Pengguna kenderaan ringan juga dinasihatkan mengelakkan waktu puncak bas ekspres di Plaza Tol Gombak iaitu antara jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari dan 9.30 malam hingga 12 tengah malam bagi mengurangkan kesesakanOrang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi LPT-Line di talian 1-700-818-700 atau mengikuti kemas kini masa nyata di platform X menerusi akaun @LPTTrafik.





Trafik ke Pantai Timur sesak, laluan utara-selatan masih lancar - Mgazette - 18/03 2:59 pm

# Trafik ke Pantai Timur sesak, laluan utara-selatan masih lancar KUALA LUMPUR - Keadaan trafik dari Lembah Klang menghala ke Pantai Timur mulai sesak pagi ini susulan orang ramai mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri





Jadi, kalau hendak Dr Sam jadi PM, PN terutamanya Pas mesti juga kuat di .. - Wrlr - 18/03 2:54 pm

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, pelantikan Samsuri sebagai Pengerusi PN bukan bermatlamat untuk dijadikan sebagai poster boy sekali gus calon Perdana Menteri. Harapandaily March 18, 2026 Bendahari Agung Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan bahawa Perikatan Nasional (PN) terutamanya parti itu mesti kuat di seluruh negara bukan hanya di Pantai Timur dan kawasan Malay belt sahaja





[VIDEO] Jem ‘lekat’ sampai kena turun kereta di LPT2 - Kosmo - 18/03 1:58 pm

PETALING JAYA – Keadaan trafik dilaporkan sesak teruk ketika ini di Lebuh Raya Pantai Timur 2 ekoran kemalangan membabitkan sebuah lori sejak pagi tadi





AEON Bank santuni komuniti, perkasa keterangkuman kewangan dan tawar ganjaran Ramadan Syawal - Sinarharian - 18/03 1:10 pm

KUALA LUMPUR - Berteraskan semangat berkongsi rezeki dan keindahan amal budi sepanjang Ramadan, AEON Bank melancarkan kempen Ramadan dan Syawal bertemakan "Niat di Hati, Budi Terpateri" bagi menyantuni pelanggan serta komuniti di seluruh negara.Sebagai bank digital Islamik pertama di Malaysia, kempen itu menekankan bahawa niat yang baik, apabila diterjemahkan melalui amalan budi yang molek, mampu mencetuskan manfaat yang amat bermakna.Mesej tersebut turut diangkat menerusi video Ramadan Aidilfitri 2026 terbitan AEON Bank yang disiarkan di saluran rasmi YouTube AEON Bank.NIAT DEMI MEMPERKASAKAN MASYARAKAT: SALAM PRIHATIN 4.0Dalam usaha memperkasa komuniti, AEON Bank meneruskan inisiatif Salam Prihatin yang kini memasuki tahun keempat pelaksanaannya.Pada tahun ini, Salam Prihatin telah membantu 100 isi rumah, dengan jumlah keseluruhan 400 penerima sumbangan yang menghuni komuniti Perumahan Pantai Permai, Kuala Lumpur





Unik! Satu Keluarga Cina Ini Mahir Anyam Ketupat, Setiap Kali Raya ‘Full House’ Sampai Tak Menang Tangan - Siraplimau - 18/03 10:31 am

Namun, siapa sangka ada sebuah keluarga berbangsa Cina di Johor yang begitu mahir anyam ketupat hingga tidak menang tangan menyiapkan tempahan. Baca juga: [VIDEO] Cara Anyam Ketupat Palas Versi Pantai Timur & Utara Bersama 2 Resepi Ketupat! KELUARGA […] The post Unik! Satu Keluarga Cina Ini Mahir Anyam Ketupat, Setiap Kali Raya Full House Sampai Tak Menang Tangan first appeared on SirapLimau.com .





Ada ‘syarat’ kalau mahu Dr Sam jadi PM - Harapandaily - 18/03 10:12 am

Bendahari Agung Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan bahawa Perikatan Nasional (PN) terutamanya parti itu mesti kuat di seluruh negara bukan hanya di Pantai Timur dan kawasan ‘Malay belt’ sahaja





Trafik ke Pantai Timur mula sesak, laluan Utara-Selatan masih lancar - Sinarharian - 18/03 9:59 am

KUALA LUMPUR - Keadaan trafik dari Lembah Klang menghala ke Pantai Timur mulai sesak pagi ini susulan orang ramai mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, kesesakan berlaku dari Gombak ke Genting Sempah dan dari Bukit Tinggi ke Lentang.Aliran trafik menuju ke utara dan selatan pula masih lancar dan kesesakan hanya berlaku dari Bandar Baharu ke Jawi susulan lori rosak."LLM menjangkakan aliran trafik akan mula bertambah mulai tengah hari ini susulan diskaun tol sebanyak 50 peratus mulai tengah malam tadi hingga 11.59 malam esok," katanya ketika dihubungi Bernama.Orang ramai digesa mematuhi had laju yang ditetapkan dan sentiasa mengawasi jarak selamat kenderaan masing-masing sepanjang perjalanan.Pengguna turut digalak merancang perjalanan dengan merujuk jadual waktu perjalanan (TTA) melalui aplikasi MyPLUS-TTA, selain mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik





3.49 juta kenderaan berada di lebuh raya sempena Aidilfitri -LLM - Mgazette - 18/03 7:55 am

# 3.49 juta kenderaan berada di lebuh raya sempena Aidilfitri -LLM PUTRAJAYA - Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah trafik mencecah 3.49 juta kenderaan di lebuh raya utama dan lebuh raya sambungan pada hari puncak pergerakan sempena sambutan Aidilfitri. Ketua Pengarah LLM Mohd Hadzmir Yusoff berkata peningkatan trafik dijangka bermula seawal esok, khususnya bagi pengguna yang bergerak ke arah Utara, Selatan dan Pantai Timur





Orang Pantai Timur mula balik kampung - Kosmo - 17/03 9:19 pm

PETALING JAYA Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke Pantai Timur dilaporkan mula mengalami kesesakan susulan orang ramai telah mula bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri petang tadi





25 lokasi kerap kemalangan, 34 lokasi sesak dipantau sepanjang Op Selamat - Sinarharian - 17/03 8:45 pm

KUALA LUMPUR - Seramai 5,544 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) digerakkan bagi memperketat pemantauan di laluan berisiko tinggi sepanjang Op Selamat sempena Hari Raya Aidilfitri.Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, penugasan itu memberi fokus khusus kepada 25 lokasi kerap kemalangan (blackspot) dan 34 kawasan kesesakan utama (hotspot) di seluruh negara.Menurutnya, langkah berkenaan antara strategi utama polis bagi mengekang peningkatan kemalangan maut selain memastikan kelancaran aliran trafik sepanjang musim perayaan."Operasi Op Selamat siri ke-26 akan dilaksanakan selama enam hari bermula 19 hingga 24 Mac."Sepanjang tempoh itu, dianggarkan kira-kira 2.3 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya utama di seluruh negara," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Op Selamat pada Selasa.Mohamed Hasbullah berkata, pendekatan operasi kali ini menekankan konsep pencegahan awal dan penguatkuasaan menyeluruh melibatkan semua kontinjen polis serta kerjasama pelbagai agensi.Katanya, selain pemantauan statik, pasukan JSPT turut meningkatkan rondaan dan kehadiran di lokasi dikenal pasti sebagai titik panas kemalangan dan kesesakan."Sebanyak 25 pasukan Unit Tindak Balas Kecemasan (ERT) juga akan ditempatkan di 11 lokasi strategik di lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Utara-Selatan dan laluan Pantai Timur."Pasukan ini bersedia memberi bantuan segera kepada pengguna jalan raya sekiranya berlaku kecemasan atau kerosakan kenderaan," katanya.Dalam pada itu, beliau menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap enam kesalahan utama di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.Katanya, kesalahan itu termasuk memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, menggunakan lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat, memotong di garisan berkembar serta memotong barisan."Penguatkuasaan akan dilaksanakan secara menyeluruh tanpa kompromi bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya," katanya.Sementara itu, beliau berkata, Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut melaksanakan larangan pergerakan kenderaan berat pada 19 dan 20 Mac serta 28 dan 29 Mac.Menurutnya, langkah itu bertujuan mengurangkan kesesakan selain meningkatkan tahap keselamatan sepanjang tempoh perayaan.Dalam perkembangan sama, JSPT turut bekerjasama dengan rakan strategik termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyalurkan maklumat trafik secara berterusan kepada orang ramai.Sehubungan itu, Mohamed Hasbullah menasihatkan pengguna jalan raya agar merancang perjalanan lebih awal dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik."Pengguna juga perlu sentiasa berdisiplin, mematuhi peraturan jalan raya serta tidak memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah."Selain itu, ambil langkah keselamatan bagi mengelakkan jenayah ketika meninggalkan rumah sepanjang musim perayaan," katanya.





Johor Bomba honours holidaying dad for saving two kids from drowning at Kota Tinggi - Malaymail - 17/03 5:51 pm

JOHOR BAHRU, March 17 The bravery of a father who saved two young victims from drowning at Pantai Batu Layar, Ko...





Diskaun tol 50 peratus sempena Aidilfitri - PM - Sinarharian - 17/03 4:25 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena Aidilfitri dalam usaha meringankan kos perjalanan rakyat pulang ke kampung halaman.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah yang diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri itu melibatkan tanggungan kewangan berjumlah RM21.03 juta bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol."Diskaun itu berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam pada 18 Mac 2026 hingga jam 11.59 malam 19 Mac 2026. melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1."Ia membabitkan semua lebuh raya, kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)," katanya pada Selasa.Anwar menambah, diskaun tol terbabit merupakan sebahagian daripada pakej menyeluruh kerajaan bagi membantu rakyat membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan ekonomi global yang masih tidak menentu.Tambah beliau, selain diskaun tol, kerajaan turut melaksanakan pelbagai langkah lain termasuk pemberian cuti tambahan Aidilfitri serta pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan dari 14 hingga 28 Mac 2026.Sementara itu, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ir Mohd Hadzmir Yusoff berkata, sebanyak 3.49 juta kenderaan dijangka memasuki lebuh raya utama di seluruh negara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.Beliau berkata, peningkatan trafik dijangka bermula seawal 18 Mac, khususnya melibatkan pergerakan ke arah Utara, Selatan dan Pantai Timur sempena cuti perayaan.Mohd Hadzmir menambah, Lebuhraya PLUS dijangka menerima kira-kira 2.30 juta kenderaan, manakala Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) mencatatkan unjuran 295,000 kenderaan."Diikuti Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) sebanyak 215,000, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak sebanyak 210,000 kenderaan."Bagi laluan Pantai Timur, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 dianggarkan menerima 106,000 kenderaan manakala Fasa 2 pula sebanyak 65,000 kenderaan," tambah beliau.Menurutnya, lebuh raya sambungan lain seperti Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) diunjurkan mencatat 159,000 kenderaan dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) sebanyak 135,000 kenderaan.Justeru, kongsi beliau, beberapa langkah telah diambil bagi melancarkan aliran trafik termasuk tiada penutupan lorong kecuali kecemasan, pengaktifan 34 lokasi Smart Lane di Lebuhraya PLUS serta pelaksanaan kutipan tol berlapis di plaza tol kritikal.Katanya, kemudahan di kawasan rehat dan rawat (R&R) dipastikan berada pada tahap optimum termasuk penyediaan tandas mudah alih, bekalan air mencukupi serta penambahan petugas bagi membantu pengguna.Beliau menasihatkan orang ramai juga merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan perjalanan pulang ke kampung berjalan lancar dan selamat.





Op HRA: JPJ guna 6 dron pantau kesalahan jalan raya – Aedly Fadly - Mgazette - 17/03 3:33 pm

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedly Fadly Ramli berkata, dron itu akan diterbangkan di 288 lokasi dikenali pasti sebagai _'hotspot'_ dan _'blackspot'_ yang mempunyai kadar kemalangan tinggi selain aliran trafik yang padat. "Antara lokasi yang terlibat membabitkan laluan utama di negeri Pantai Timur seperti Pahang, Kelantan dan Terengganu selain laluan selatan menuju ke Johor serta lebuh raya utama di bahagian utara negara





SPRM sahkan tiada penyelewengan peruntukan program Sejati Madani - Mgazette - 17/03 8:18 am

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mahupun bukti berkaitan isu penyelewengan peruntukan Sejati Madani supaya tampil memberikan kerjasama. Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional, Raja Kamarul Bahrin Shah menggesa SPRM menyiasat dakwaan peruntukan program Sejati Madani disalahgunakan oleh individu berkedudukan dalam politik di sebuah negeri Pantai Timur





MRL meterai perjanjian pengurusan risiko tukaran asing projek ECRL - Kosmo - 17/03 8:14 am

Bhd. (MRL) dan lapan institusi perbankan bagi mewujudkan mekanisme pengurusan risiko pertukaran asing melibatkan pembiayaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)





Kebanyakan negeri diramal alami cuaca cerah semasa Aidilfitri - MetMalaysia - Sinarharian - 16/03 6:47 pm

KUALA LUMPUR - Kebanyakan negeri diramal mengalami cuaca cerah sepanjang tempoh Aidifiltri bermula 20 hingga 22 Mac ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pada pagi 20 Mac, hampir semua negeri mengalami cuaca cerah kecuali Perak dan Tawau, Sabah, manakala sebelah petang dan malam hujan atau ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan antaranya di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.Keadaan sama juga diramal berlaku di Pantai Barat, Pedalaman dan Tawau, Sabah serta Bahagian Kapit, Miri dan Limbang di Sarawak.Pada keesokan harinya iaitu 21 Mac, hujan dijangka melanda Perak pada sebelah pagi manakala ribut petir dan hujan di Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak (Bahagian Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman), Kuala Lumpur dan Putrajaya pada waktu petang.Keadaan itu dijangka berterusan sehingga malam dengan Johor dan Tawau, Sabah turut terlibat.Sementara itu, pada 22 Mac, ribut petir dan hujan dijangka berlaku pada waktu petang di Sabah (Pantai Barat dan Sandakan) dan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman).MetMalaysia menyeru orang ramai supaya merancang perjalanan ketika musim perayaan Aidilfitri supaya perjalanan mereka lebih baik dan selamat.Dalam pada itu, MetMalaysia meramalkan cuaca panas dan kurang hujan berterusan di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, khususnya di bahagian utara dan kawasan pedalaman hingga akhir Mac ini.Bagaimanapun, berdasarkan analisis model ramalan cuaca, ribut petir untuk tempoh singkat masih berpotensi berlaku terutama di kawasan barat Semenanjung pada lewat petang dan awal malam.MetMalaysia menasihatkan orang awam agar sentiasa merujuk laman web rasmi jabatan itu di www.met.gov.my serta mengikuti media sosial rasmi MetMalaysia untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini dan tepat.Orang ramai juga digalakkan memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat cuaca yang pantas dan sahih





Azmee Nin of Prolintas appointed as PSKLM president for 2026-2028 term - Sinardaily - 16/03 3:36 pm

KUALA LUMPUR - Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) head of operations Azmee Nin has been appointed president of the Malaysian Association of Highway Concession Companies (PSKLM) for the 2026-2028 term.PSKLM, in a statement today, said the appointment was made following the 15th Annual General Meeting held at the IJM Land Centre of Excellence, Pantai Sentral Park (PSP) here, recently.The other newly elected office bearers of PSKLM were KL-Kuala Selangor Expressway (LATAR) chief operating officer (COO) Ahmad Fuad Ahmad Shahimi as deputy president, IJM Toll Division COO Chua Lay Hoon as secretary and AFA Prime Bhd managing director and chief executive officer Ahmad Faizi Latifi Ahmad Faiz as treasurer."Established under the Societies Act (1966) in 2011, PSKLM currently has 28 registered members representing both operational and under-construction highway projects across Malaysia."The newly elected leadership team is committed to strengthening strategic collaboration among member companies, enhancing operational excellence, and advancing industry communication for the benefit of highway users and the nations infrastructure development," the statement read.PSKLM also extends its appreciation to the outgoing leadership for their dedicated service and congratulates the newly appointed Main Committee





Hukuman lebih berat terhadap pencuri kabel pengangkutan rel - MOT - Sinarharian - 16/03 3:13 pm

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya undang-undang sedia ada dipinda agar hukuman lebih berat dikenakan terhadap pesalah kes kecurian kabel Transit Aliran Massa (MRT).Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kecurian kabel pengangkutan rel tidak boleh dianggap sebagai kes kecurian biasa kerana ia berpotensi mengancam keselamatan orang ramai, malah menjejaskan operasi sistem pengangkutan awam."Dalam pertemuan Disember lalu, kami telah mencadangkan kepada pihak KDN untuk meminda undang-undang sedia ada supaya hukuman lebih berat dikenakan ke atas pencuri kabel," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Isnin.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Pakar Kriminalogi, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim mendesak agar kerajaan meminda undang- undang yang membolehkan hukuman lebih berat dikenakan ke atas pesalah pencuri kabel tren.Menurutnya, ketidakseimbangan antara hukuman denda dan kerugian sebenar akibat kecurian kabel di Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) ataupun projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menunjukkan keperluan semakan semula terhadap peruntukan hukuman sedia ada.Pada Ahad, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya memberkas empat suspek yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian kabel MRT Laluan Putrajaya menerusi satu operasi yang dijalankan baru-baru ini.Penahanan itu dibuat susulan laporan polis oleh Prasarana berhubung kejadian kecurian kabel yang berlaku berhampiran Stesen Sri Damansara Barat pada 3 Mac lepas.Insiden berkenaan telah menyebabkan gangguan kepada operasi perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya selama tiga hari, sekali gus menimbulkan kesulitan kepada ribuan pengguna pengangkutan awam.





Bako National Park Tarikan Popular Di Sarawak, Peluang Lihat Monyet Proboscis Dari Dekat - Murai - 15/03 5:30 pm

Jika kalian ingin merasai pengalaman hutan hujan Borneo yang sebenar, perjalanan ke Bako National Park boleh menjadi pilihan yang menarik. Terletak kira-kira 37 kilometer dari Kuching, taman negara ini terkenal dengan gabungan hutan tropika, hidupan liar, pantai terpencil serta laluan trekking yang mencabar





ESSCOM rampas rokok tanpa cukai, mercun bernilai RM850, 000 - Utusan - 15/03 3:24 pm

PETALING JAYA: Pasukan Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) merampas 4,486 karton rokok kretek dan rokok putih pelbagai jenama serta mercun, dengan nilai keseluruhan selepas cukai dianggarkan RM850,000





Natural Batik Village Kuantan: Masuk Percuma, Pengunjung Boleh Canting Batik Sendiri - Murai - 15/03 9:00 am

Bila berkunjung ke Kuantan, ramai yang terus terfikir tentang pantai atau makanan laut segar





MOM umum barisan ketua kontinjen negara - Sinarharian - 14/03 11:09 pm

Selain itu, MOM turut mengumumkan Presiden Taekwondo Malaysia (WT), Azizul Annuar Adenan dan Presiden Persatuan Tinju Malaysia, Datuk Mohamad Iruan Zulkefli sebagai ketua kontinjen bersama bagi Sukan SEA 2027 yang akan berlangsung di Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur. Dalam pada itu, Datuk Chong Kim Fatt dilantik sebagai CDM bagi Sukan Pantai Asia 2026 di Sanya, China, manakala bekas atlet wushu kebangsaan, Wong Weng Son akan mengetuai kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Remaja 2026 di Dakar, Senegal





Tiket bas masih ada, ke Kelantan hampir habis dijual - Careta - 14/03 8:13 am

Namun, beberapa kawasan di pantai timur seperti Kelantan, jumlah tiket yang ada hampir habis dijual dan waktu untuk bertolak dari TBS juga tidak mempunyai pilihan





Mekanik bebas tuduhan edar 30kg dadah - Mgazette - 14/03 8:06 am

Tertuduh, Mohd Azhari, sebelum ini didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 30,593.9 gram pada awal pagi 3 Jun 2022. Berdasarkan keterangan pihak polis, tertuduh ditahan selepas dikejar ketika memandu di Lebuhraya Pantai Baharu (NPE), sebelum didakwa membawa anggota polis ke sebuah lagi kenderaan yang diparkir di Kampung Medan, di mana bahan terlarang itu ditemukan





Sungai Melaka jadi ???madrasah terapung???, 120 pelajar khatam al-Quran .. - Mgazette - 13/03 3:22 pm

# Sungai Melaka jadi madrasah terapung, 120 pelajar khatam al-Quran atas bot MELAKA Suasana di Sungai Melaka seakan menjadi madrasah terapung apabila seramai 120 pelajar tahfiz mengkhatamkan bacaan 30 juzuk al-Quran di atas lima bot Melaka River Cruise menyusuri sungai berkenaan. Program unik anjuran Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) itu bermula dari Pengkalan Rama menuju ke muara Sungai Melaka sebelum kembali semula ke lokasi sama dengan perjalanan sejauh sembilan kilometer selama hampir satu jam




Reformasi     >>



Iran: Kapal bukan musuh boleh lalui Selat Hormuz .. - Mkini
Serangan AS dan Israel terhadap Iran menjadi punca kepada situasi semasa di rantau Teluk Parsi dan Selat Hormuz, kata wakil Iran.
Kroni     >>



Cuba is ready for any potential attack from US amid .. - Star
NEW YORK, March 22 (Reuters) - Cuba is prepared for the unlikely possibility of a military engagement with the U.S., Cuban Deputy Foreign Minister Carlos Fernandez de Cossio said over the weekend in response to U.S. President Donald Trump's threats to take over the Caribbean island nation. Read ..
Tabloid     >>



Manchester City Tewaskan Arsenal Untuk Julang Piala .. - Thevocket
Manchester City menamatkan impian Arsenal untuk meraih trofi pertama musim ini selepas mencatat kemenangan 2-0 dalam aksi final Piala Carabao 2026, dengan Nico OReilly muncul... The post Manchester City Tewaskan Arsenal Untuk Julang Piala Carabao appeared first on VOCKET .
Tech     >>



Samsung Galaxy S26 series gets AirDrop support in .. - Gsmarena
Back in November 2025, Google introduced the ability to share files with Apple devices via Quick Share on the Pixel 10 series. Four months later, the newly announced Galaxy S26 lineup now supports the feature as well. At the time, Google had confirmed that AirDrop and Quick Share interoperability ..
World     >>



The economy has a Strait of Hormuz deadline for Trump: .. - Cnbc
Corporate executives are not panicking over a short-term increase in oil prices and Strait of Hormuz closure, but patience may wear thin in a matter of weeks.
Motor Trend     >>



Brabus Bodo Coupe Terbocor Awal - Careta
Menurut laporan dari The Drive, imej model yang dikenali sebagai Bodo itu muncul di subreddit r/whatisthiscar sebelum dipadam selepas komuniti menyedari ia adalah model belum dilancarkan. Apa yang menjadikan situasi ini lebih ironik, Brabus sendiri sebenarnya baru sahaja mula tease model