///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Palestin News   Page 1    



Mohamad Hasan dedah keberanian Anwar ???balun??? pemimpin dunia demi .. - Mygazette - 13/10 3:17 pm

# Mohamad Hasan dedah keberanian Anwar balun pemimpin dunia demi Palestin KUALA LUMPUR Keberanian Datuk Seri Anwar Ibrahim membalun pemimpin dunia ketika menyuarakan isu Palestin di pentas antarabangsa didedahkan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang mengakui beliau sendiri kadangkala terpaksa mengingatkan Perdana Menteri supaya berhati-hati demi keselamatannya





Malaysia 'letih' kuasa veto sekat resolusi Palestin - Tok Mat - Sinarharian - 13/10 12:30 am

KUALA LUMPUR - Malaysia mendesak reformasi struktur Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menghalang kuasa veto digunakan sewenang-wenangnya untuk menyekat tindakan terhadap jenayah kemanusiaan dan genosid di Gaza.Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penambahan anggota tetap atau tidak tetap dalam majlis berkenaan tidak memadai sekiranya kuasa veto masih boleh digunakan untuk menggagalkan resolusi berkaitan Palestin."Malaysia dah letih dah, 'we are really tired of it' dan kita tidak mahu lagi keadaan ini berterusan."Yang perlu kita lakukan adalah menstruktur semula Majlis Keselamatan PBB supaya kuasa veto ini tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya," katanya dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) mengenai langkah strategik kerajaan susulan tiga tahun genosid di Gaza bagi memperkukuh perlindungan rakyat Palestin, akses bantuan kemanusiaan, pertanggungjawaban antarabangsa serta pembinaan semula Gaza.Mohamad menjelaskan, sokongan masyarakat antarabangsa terhadap perjuangan rakyat Palestin semakin meluas, namun usaha berkenaan berdepan kekangan apabila resolusi yang mendapat sokongan majoriti negara masih boleh disekat oleh satu negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB.Katanya, kira-kira 160 negara menyokong usaha Palestin mendapatkan keanggotaan PBB, namun sokongan itu tidak semestinya menghasilkan tindakan berkesan selagi kuasa veto terus menghalang keputusan bersama."Apa gunanya 160 buah negara menyatakan sokongan, membuat resolusi bersama tetapi akhirnya diveto oleh satu negara dalam Majlis Keselamatan PBB."Kuasa veto ini memang susah untuk ditamatkan ataupun dibuang, tetapi kita perlu menyekat penggunaan sewenang-wenangnya kuasa veto ini," ujarnya.Justeru, beliau berkata, Malaysia mencadangkan supaya penggunaan kuasa veto itu disekat khususnya dalam perkara melibatkan jenayah antarabangsa, jenayah kemanusiaan, genosid dan pelanggaran undang-undang antarabangsa.Menurut Mohamad, Malaysia juga terus menggunakan pelbagai platform antarabangsa termasuk PBB, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan ASEAN untuk mendesak penyelesaian segera terhadap konflik Palestin.Beliau turut menyifatkan kenyataan bersama ASEAN yang mengecam keganasan terhadap rakyat Palestin ketika Malaysia mempengerusikan organisasi itu pada tahun lalu sebagai perkembangan penting dalam usaha memperkukuh tekanan antarabangsa.Kata beliau, Malaysia turut menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin menerusi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang diuruskan Kementerian Luar."Sumbangan rakyat Malaysia disalurkan melalui badan seperti Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) serta pertubuhan bantuan yang dikenal pasti bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan sasaran."Saya mohon supaya rakyat Malaysia teruslah menyumbang kepada akaun amanah ini," serunya.





Buruh binaan dipenjara 3 tahun kurung warga Palestin di sebuah chalet .. - Mygazette - 13/10 7:53 am

# Buruh binaan dipenjara 3 tahun kurung warga Palestin di sebuah chalet KUALA LUMPUR - Seorang buruh binaan yang sebelum ini didakwa menculik seorang lelaki warga Palestin, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana melarikan dan mengurung lelaki berkenaan di sebuah chalet, empat tahun lalu





Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan ke Arab Saudi- Menteri Luar - Mygazette - 13/10 7:53 am

Dalam satu kenyataan, Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam Arab Saudi memaklumkan 12 orang terkorban manakala 309 lagi cedera dalam insiden serangan itu. Empat warga Arab Saudi, dua warga Bangladesh serta masing-masing seorang warga Amerika Syarikat (AS), Mesir, Jordan, Syria, Palestin dan Sudan dilaporkan terkorban





Kurung lelaki Palestin, buruh dipenjara 3 tahun - FMT - 12/10 4:18 pm

Tertuduh Edy Ko'im Said mengaku salah atas pertuduhan pilihan melarikan dan mengurung mangsa pada 28 Sept 2022.





Buruh binaan dipenjara tiga tahun larikan dan kurung lelaki warga Palestin - Sinarharian - 12/10 4:15 pm

KUALA LUMPUR - Seorang buruh binaan yang sebelum ini berdepan pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palestin, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin kerana melarikan dan mengurung lelaki terbabit di sebuah chalet, empat tahun lepas.Hakim Datuk Mohd Arief Emran Arifin menjatuhkan hukuman itu terhadap Edy Ko'im Said, 46, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan melarikan dan mengurung lelaki warga Palestin itu.Mahkamah memerintahkan bapa kepada tiga anak itu menjalani hukuman pemenjaraan bermula hari ini.Mengikut pertuduhan pilihan itu, Edy Ko'im didakwa melarikan secara paksa mangsa berusia 31 tahun dengan niat hendak mengurungnya secara rahsia dan salah di Jalan Mayang, Dang Wangi di sini, pada jam 10.40 malam, 28 September 2022.Dia dituduh mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.Berdasarkan fakta kes, warga Palestin berkenaan dilarikan sebelum dikurung di sebuah chalet di Hulu Langat, Selangor sebelum diselamatkan polis dalam satu serbuan berpandukan maklumat risikan dan menjumpai mangsa dengan keadaan tangan serta kakinya diikat menggunakan pengikat kabel.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mahadhir Mohd Khairudin memaklumkan kepada mahkamah bahawa sebelum ini tertuduh didakwa atas pertuduhan menculik, namun representasinya diterima dan pertuduhan pilihan ditawarkan terhadapnya."Pihak kami mohon supaya tertuduh dikenakan hukuman penjara yang sewajarnya dengan mengambil kira kesalahan dilakukan adalah serius," katanya.Peguam Kelvinder Singh Sidhu yang mewakili Edy Ko'im memohon hukuman penjara minimum kerana anak guamnya perlu menyara isteri serta tiga anak.Sementara itu, kes culik mangsa sama yang dihadapi tujuh lagi tertuduh iaitu Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 45, Mohamad Naziree Mustapha, 45, Faizull Hardey Mohd Isa, 46, Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 31, Mohd Zaidi Mohd Zain, 60, Nidarahayu Zainal, 40, Raibafie Amdan, 45 diteruskan dengan perbicaraan pada Isnin.Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh dengan niat bersama menahan mangsa di lokasi dan waktu yang sama untuk mendapatkan ganjaran, iaitu rahsia maklumat membuat dan menyahaktifkan perisian komputer yang digunakan bagi menggodam telefon bimbit.Kelapan-lapan individu berkenaan didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.Selain kes culik, Tengku Arif Bongsu dan pasangan suami isteri iaitu Nidarahayu serta Raibafie turut berdepan 19 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan nilai melebihi RM250,000 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.Pada 10 Julai 2025, enam lelaki iaitu Mohamad Norakmal Hassan, 46, Mohd Azwan Jamaludin, 42, Dody Junaidi, 47, Mohamad Sufian Saly, 28, Tengku Hazarul Ismail Tengku Hamid, 54 dan Muhammad Al Hatim Mohd Fauzi, 28, dipenjara lima tahun selepas mengaku salah atas pertuduhan pilihan kerana melarikan dan mengurung mangsa yang sama





Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan ke Arab Saudi - Menteri Luar - Sinarharian - 12/10 3:19 pm

SEPANG - Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan ke Arab Saudi bagi tujuan menunaikan ibadah umrah buat sementara waktu, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.Beliau berkata, nasihat itu adalah susulan risiko keselamatan setelah insiden Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dibom pada Sabtu lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 orang terkorban dan 300 cedera."Di Makkah masih tidak ada (insiden). Cumanya ada misil yang telah meletup di Riyadh...jadi kita minta supaya rakyat Malaysiaelok tangguhkan dahulu perjalanan kita ke sana (Makkahdan Madinah)," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri kebarangkatan pulang Raja Jordan Raja Abdullah II di Kompleks Bunga Raya,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)di sini pada Isnin.Semalam, Kementerian Luar melaporkan, tiada rakyat Malaysia terkorban atau cedera susulan serangan terbaharu di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dan insiden projektil jatuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd di Dammam, Arab Saudi pada Sabtu.Dalam satu kenyataan, Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam Arab Saudi memaklumkan 12 orang terkorban manakala 309 lagi cedera dalam insiden serangan itu.Empat warga Arab Saudi, dua warga Bangladesh serta masing-masing seorang warga Amerika Syarikat (AS), Mesir, Jordan, Syria, Palestin dan Sudan dilaporkan terkorban





Tiada rakyat Malaysia terkorban, cedera dalam insiden di Lapangan Terbang .. - Mygazette - 11/10 10:28 pm

Semalam, sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh manakala 309 lagi cedera dalam serangan peluru berpandu yang menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan penerbangan awam ketika konflik bersenjata di Asia Barat semakin meruncing. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA) mengesahkan mangsa yang terkorban terdiri daripada empat warga Arab Saudi, dua warga Bangladesh serta masing-masing seorang warga Amerika Syarikat, Mesir, Jordan, Syria, Palestin dan Sudan





Tiada keperluan mendesak bawa keluar pelajar Malaysia di Arab Saudi - Zambry - Sinarharian - 11/10 2:41 pm

LUMUT - Tiada keperluan mendesak untuk membawa keluar pelajar Malaysia setakat ini, namun pemantauan rapi dilakukan susulan insiden serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Arab Saudi, semalam.Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pemantauan dilakukan di beberapa kawasan, khususnya Madinah dan Makkah bagi mengelakkan sebarang risiko yang boleh menjejaskan keselamatan nyawa."Krisis di Timur Tengah ini telah berlanjutan sejak tujuh bulan lepas. Buat masa ini, tiada keperluan untuk evakuasi, namun kita akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar untuk mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Bantuan Pendidikan Bersasar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Dewan Mohd Anwar, TVETMARA, di sini hari ini.Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam Arab Saudi memaklumkan bahawa 12 orang terkorban, manakala 309 lagi cedera dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada Sabtu.Empat warga Arab Saudi, dua rakyat Bangladesh serta masing-masing seorang warga Amerika Syarikat (AS), Mesir, Jordan, Syria, Palestin dan Sudan terkorban dalam serangan itu.Mengulas tentang program hari ini, Zambry berkata, sebanyak RM200,000 diperuntukkan kepada 400 pelajar IPT terpilih dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah bagi mengurangkan kos perbelanjaan pengajian.Beliau berkata, bantuan yang disalurkan menerusi Education Malaysia Global Services (EMGS) itu melibatkan pelajar di universiti awam, Institut Pendidikan Guru (IPG), kolej matrikulasi, politeknik dan sebagainya."Setiap pelajar menerima RM500 yang diagihkan secara berperingkat bagi memastikan bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengurus hal-hal berkaitan pengajian masing-masing," katanya.Zambry berharap bantuan yang disalurkan itu akan digunakan sebaik-baiknya bagi memastikan kelancaran pengajian mereka serta meringankan beban kewangan keluarga, terutamanya yang mempunyai ramai ahli keluarga





Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Riyadh, nyatakan solidariti dengan Arab Saudi - Sinarharian - 11/10 2:07 pm

Membahayakan nyawa insan yang tidak bersalah hanya akan memburukkan lagi penderitaan akibat konflik ini dan membawa kesannya ke tempat-tempat yang sepatutnya tidak terjejas," kata beliau.Anwar berkata, Malaysia berdiri teguh dengan Arab Saudi dan rakyatnya ketika konflik berterusan dan berharap usaha diplomatik dapat menghalang keadaan daripada terus meruncing."Malaysia teguh dalam solidariti dengan kerajaan Arab Saudi dan rakyatnya pada saat-saat yang genting ini. Kami kekal berpegang teguh dengan harapan agar diplomasi dan kewarasan akan mengatasi keadaan sebelum konflik ini merebak dengan lebih meluas," kata beliau.Dalam kenyataan pada Ahad, pihak berkuasa penerbangan awam Arab Saudi memaklumkan 12 orang terbunuh, manakala 309 lagi cedera dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada Sabtu.Mereka yang terkorban terdiri daripada empat warga Arab Saudi, dua rakyat Bangladesh dan seorang masing-masing dari Amerika Syarikat, Mesir, Jordan, Syria, Palestin dan Sudan





Tiada rakyat Malaysia terkorban, cedera dalam insiden di Lapangan Terbang Arab Saudi - Wisma Putra - Sinarharian - 11/10 11:30 am

KUALA LUMPUR - Tiada laporan rakyat Malaysia terkorban atau cedera susulan serangan terbaharu di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dan insiden projektil jatuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd di Dammam, Arab Saudi pada Sabtu, menurut Kementerian Luar.Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh sedang berhubung dengan beberapa rakyat Malaysia yang terkandas akibat gangguan perjalanan bagi memberikan bantuan konsular yang diperlukan."Rakyat Malaysia yang menetap, sedang dalam perjalanan melalui, atau merancang untuk melakukan perjalanan ke Arab Saudi amat digesa supaya sentiasa berwaspada."Memandangkan gangguan penerbangan masih berterusan, mereka yang mempunyai rancangan perjalanan dalam masa terdekat dinasihatkan supaya mengesahkan status penerbangan masing-masing secara langsung dengan syarikat penerbangan sebelum bergerak ke lapangan terbang," menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.Kementerian itu turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya bersedia menghadapi kemungkinan kelewatan atau pembatalan penerbangan, sentiasa mengikuti perkembangan melalui saluran rasmi serta mematuhi sepenuhnya arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.Susulan insiden itu, Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam Arab Saudi mengumumkan penggantungan sementara operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid.Bagi memastikan komunikasi dapat dilaksanakan dengan segera serta memudahkan penyaluran bantuan konsular, Wisma Putra menggesa rakyat Malaysia supaya mendaftar dan sentiasa mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal e-Konsular di mendapatkan bantuan konsular segera atau dalam situasi kecemasan, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh menerusi talian 00 966 11 488 7098 atau 00 966 11 488 7100 untuk pertanyaan am, talian kecemasan selepas waktu pejabat di 00 966 56 300 6319 atau e-mel mwriyadh@kln.gov.my.Wisma Putra memaklumkan bahawa kementerian itu akan terus memantau perkembangan dengan rapat dan memberikan maklumat lanjut sekiranya perlu.Dalam satu kenyataan pada Ahad, Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam Arab Saudi memaklumkan bahawa 12 orang terkorban manakala 309 lagi cedera dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada Sabtu.Empat warga Arab Saudi, dua warga Bangladesh serta masing-masing seorang warga Amerika Syarikat (AS), Mesir, Jordan, Syria, Palestin dan Sudan terkorban dalam serangan itu





Jerebu tak halang bantahan genosid di Gaza di Kedutaan AS - Mygazette - 10/10 8:11 am

# Jerebu tak halang bantahan genosid di Gaza di Kedutaan AS KUALA LUMPUR Meskipun negara dilanda jerebu, ratusan rakyat Malaysia tetap turun ke jalanan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini hari ini bagi menyuarakan bantahan terhadap genosid yang masih berterusan di Gaza, Palestin





Terengganu International Summit ketengah isu Taufan al-Aqsa - Harakahdaily - 8/10 9:43 pm

KUALA TERENGGANU: Terengganu International Summit (TIS) tahun ini memberi tumpuan kepada isu Palestin sempena memperingati peristiwa Taufan al-Aqsa, dalam usaha memastikan nasib rakyat Palestin terus mendapat perhatian masyarakat





Kaukus Palestin Parlimen Malaysia anjur Himpunan Peringatan Tiga Tahun Genosid Gaza Jumaat ini - Sinarharian - 7/10 5:08 pm

KUALA LUMPUR - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia akan menganjurkan Himpunan Peringatan Tiga Tahun Genosid Gaza pada Jumaat ini bagi memperingati serangan dahsyat di negara berkenaan.Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, himpunan yang dijadual berlangsung pada jam 2 petang itu akan bermula di Menara Tabung Haji sebelum bergerak ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS)."Hari ini (Rabu), 7 Oktober menandakan genap tiga tahun sejak bermulanya serangan dahsyat ke atas Gaza





Solidariti Palestin tidak boleh bermusim - Harakahdaily - 7/10 4:16 pm

KOTA BHARU: Solidariti umat Islam terhadap Palestin tidak seharusnya bersifat bermusim atau hanya digerakkan ketika penderitaan rakyat Gaza kembali menjadi perhatian utama dunia





Catatan Reformasi Zunar Kes Anwar: Kisah Jamal Amro cuba disogok USD200,000 - Harapandaily - 6/10 6:20 pm

Pada bulan Mei 2005, seorang individu bernama Jamal Abder Rahman (Jamal Amro) hadir di mahkamah di Kuala Lumpur untuk memberi keterangan dalam kes Anwar Ibrahim. Siapakah dia ini? Jamal Amro adalah seorang rakyat Palestin dan beliau menjalankan perniagaan menyewa limosin di Amerika Syarikat





Lantang Bersuara Isu Palestin, Zizi Kirana Akui Ada Jenama Enggan Kerjasama - Rotikaya - 5/10 7:23 pm

Penyanyi Zizi Kirana berkata pengalaman dilaluinya ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menjadi sebab dia terus lantang memperjuangkan Palestin





Selepas dua dekad, Faizal Tahir masih punya tempat di hati peminat - Sinarharian - 5/10 1:26 pm

ALLAH SWT berkati anda semua, itu sahaja doa yang saya mampu katakan. Tanpa anda semua, tiada Suara Rakyat hari ini," katanya.Lagu-lagu yang dipersembahkan termasuk Gemuruh, Assalamualaikum, Santai, Negaraku, Aku Berjanji, Kasih Tercipta dan Cuba, yang mengajak penonton menyanyi bersama-sama dan mengimbau kembali fasa berbeza dalam perjalanan muziknya.Yang turut hadir Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil; Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh serta Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, (MAPIM) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby.Faizal turut menggunakan pentas itu untuk menyampaikan mesej yang lebih besar apabila mengajak penonton supaya tidak melupakan penderitaan rakyat Palestin.Beliau kemudian memimpin bacaan doa khas sebelum menyampaikan lagu Biar Satu Dunia Tahu yang didedikasikan buat saudara di Palestin."Dalam pada kita berkumpul hari ini, jangan sesekali kita lupakan saudara kita yang sentiasa ditindas iaitu di Palestin





Mapim sasar RM5 juta bantu Gaza, Rosyam Nor tawar diri duta tanpa bayaran - Sinarharian - 5/10 6:58 am

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyasarkan kutipan dana sekurang-kurangnya RM5 juta menerusi Kempen Gaza Winter Humanitarian Fund 2026-2027.Dana itu bagi membantu penduduk Palestin mendepani krisis kemanusiaan serta musim sejuk mendadak.Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kempen itu dilancarkan berikutan keadaan di Gaza yang dijangka semakin rumit.Selain itu, menurutnya, musim sejuk bakal bertindih dengan bulan Ramadan pada Februari tahun depan.Beliau berkata, bantuan yang bakal disalurkan merangkumi bekalan makanan, pakaian musim sejuk, ubat-ubatan, keperluan kanak-kanak, khemah dan air bersih."Kita menjemput dermawan daripada kalangan usahawan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta rakan artis untuk sama-sama mendukung kempen ini."Tempoh kempen dirancang sehingga April atau Mei depan



Kes culik warga Palestin: Mahkamah keluar waran tangkap pada tertuduh kerana tak hadir prosiding - Mkini - 2/10 3:29 pm





Hilang sejak Januari, tertuduh kes culik warga Palestin dikenakan waran .. - Mygazette - 2/10 3:06 pm

# Hilang sejak Januari, tertuduh kes culik warga Palestin dikenakan waran tangkap KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang daripada lapan tertuduh berhubung kes penculikan seorang lelaki warga Palestin, empat tahun lalu





Lelaki gagal hadir prosiding kes culik lelaki Palestin dikenakan waran tangkap - Utusan - 2/10 2:58 pm

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang lelaki selepas gagal hadir bagi prosiding pengurusan kes pertuduhan membabitkan penahanan seorang lelaki warga Palestin





Mahkamah keluar waran tangkap terhadap lelaki didakwa culik warga Palestin - Hotfm - 2/10 1:47 pm

Pendakwa raya berkata pihak berkuasa gagal mengesannya walaupun telah ke kampungnya di Banting, Selangor.





Mahkamah keluar waran tangkap terhadap lelaki didakwa culik warga Palestin - FMT - 2/10 1:47 pm

Pendakwa raya berkata pihak berkuasa gagal mengesannya walaupun telah ke kampungnya di Banting, Selangor.





Warga Palestin diculik: Waran tangkap terhadap tertuduh ketujuh - Sinarharian - 2/10 12:59 am

KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang daripada lapan tertuduh dalam kes penculikan seorang lelaki warga Palestin pada 2022.Hakim, Datuk Mohd Arief Emran Arifin mengeluarkan perintah itu terhadap Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 31, selepas tertuduh tidak hadir pada prosiding kes berkenaan.Ketika pengurusan kes, penjamin tertuduh memaklumkan bahawa, usaha menjejaki Muhammad Iqmal termasuk pergi ke rumahnya di kawasan ladang kelapa sawit telah dilakukan sebelum ini."Saya pergi ke kampungnya di Tanjung Sepat, tetapi adik-beradik dia kata tidak jumpa," katanya.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Zaileen Nadia Zubir berkata, pihak pendakwaan juga sudah berusaha mengesan tertuduh ketujuh itu sejak 11 September lalu.Menurutnya, pihak berkuasa turut pergi ke Tanjung Sepat, Banting, Kuala Langan dan bertanyakan mengenai keberadaan tertuduh kepada bapanya."Bapa tertuduh memberitahu lelaki berkenaan tidak balik kampung sejak Januari lalu dan pihak berkuasa masih berusaha mengesan tertuduh," katanya.Susulan itu, Hakim, Mohd Arief Emran mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Iqmal.Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan sebanyak RM50,000 dikembalikan kepada penjamin selepas mengambil kira usaha yang dilakukan bagi mengesan tertuduh.Dalam prosiding itu, Muhammad Iqmal diwakili peguam, Goh Cia Yee.Sebelum ini, mahkamah menetapkan perbicaraan kes berkenaan ditetapkan pada 12 hingga 15, 19 hingga 23 dan 26 hingga 29 October.Pada Oktober 2022, seramai 13 lelaki dan seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menculik warga Palestin, Omar Z M Albelbaisy Raeda, 35, bagi mendapatkan ganjaran berupa rahsia maklumat berkaitan perisian menggodam telefon bimbit.Mereka ialah Edy Koim Said, 46, Mohamad Norakmal Hassan, 47, Dody Junaidi, 48, Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 45, Mohamad Naziree Mustapha, 45, Faizull Hardey Mohd Isa, 46, Muhammad Iqmal, Mohamad Sufian Saly, 29, Muhammad Al Hatim Mohd Fauzi, 29, Nidarahayu Zainal, 40, Raibafie Amdan, 45, Mohd Zaidi Mohd Zain, 60, Mohd Azwan Jamaludin 55, dan Tengku Hazarul Ismail Tengku Hamid, 55.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Mayang, di sini, pada jam 10.40 malam 28 September 2022.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.Pada 20 Oktober 2023, Tengku Arif Bongsu bersama pasangan suami isteri, Nidarahayu dan Raibafie turut didakwa atas 19 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM250,000.Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, Nidarahayu didakwa melupuskan wang RM20,650.86 hasil aktiviti haram daripada akaun simpanannya di CIMB Bank ke dua akaun bank lain di CIMB Bank dan Maybank Islamic Berhad di Cawangan Taman Maluri, antara 15 September hingga 3 Oktober 2022.Dia turut berdepan 13 pertuduhan memindahkan wang RM184,985.46 ke dalam akaun empat syarikat dan lapan individu, juga hasil aktiviti haram, antara 15 September hingga 2 Oktober tahun sama.Raibafie dan Tengku Arif Bongsu masing-masing didakwa menerima RM30,350 dan RM25,000 daripada dua akaun bank milik Nidarahayu serta sebuah syarikat, di CIMB Bank Cawangan Jalan Bukit Bintang dan Taman Mutiara, Cheras antara 29 September hingga 2 Oktober 2022.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Pada 10 Julai 2025, enam lelaki dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan melarikan dan mengurung seorang lelaki Palestin itu.Hakim, K Muniandy yang kini hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya, menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Norakmal, Mohd Azwan, Dody, Mohamad Sufian, Tengku Hazarul Ismail dan Muhammad Al Hatim.Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melarikan mangsa secara paksa terhadap lelaki Palestine sama dengan dikurung secara salah dan rahsia di Jalan Mayang, Dang Wangi di sini pada jam 10.40 malam, 28 September 2022.Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.Mengikut fakta kes, mangsa dilarikan dan dikurung di sebuah chalet di Hulu Langat.Serbuan polis yang dilakukan berdasarkan maklumat berjaya menyelamatkan mangsa yang ketika itu berada dalam keadaan tangan dan kaki diikat dengan pengikat kabel.





Saya Tak Sangka Macklemore Terima Sambutan Luar Biasa, Tiket Free Palestine Tour Habis Terjual - Siakapkeli - 2/10 12:31 am

Tiket Free Palestine Tour di Dublin, Paris dan London anjuran Macklemore sempena solidariti bersama Palestin habis terjual dalam masa singkat sel...





Solidariti Palestin warnai aksi Ireland-Austria - Hotfm - 2/10 6:51 am

Dublin: Perlawanan Liga Negara-Negara Eropah antara Ireland dan Austria di Dublin awal pagi tadi dua kali terganggu seketika susulan demonstrasi menyokong Palestin.





ICRC gesa segera lindungi penduduk awam di Tebing Barat - Mygazette - 30/09 8:12 am

# ICRC gesa segera lindungi penduduk awam di Tebing Barat BAITULMUQADDIS - Jawatankuasa AntarabangsaPalang Merah (ICRC) menggesa perlindungan segeradiberikan kepada penduduk awam di Tebing Barat, laporAgensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA)





Palestin: Kebangkitan kumpulan Islam dan kumpulan mengecewakan - Harakahdaily - 29/09 11:46 am

Sentiasa ada dalam kalangan umatku (sepanjang zaman) kumpulan yang bangkit berjuang menunaikan perintah Allah (menegakkan Islam dan mempertahankannya). Tidak memberikan apa-apa mudarat kepada mereka oleh sesiapa yang mengecewakan mereka (tidak […] The post Palestin: Kebangkitan kumpulan Islam dan kumpulan mengecewakan appeared first on Harakahdaily .





Hamas Seru Negara Arab, Islam Sokong Palestin Sempena 26 Tahun Intifada Al-Aqsa - Siakapkeli - 28/09 11:57 pm

Hamas menyeru negara-negara Arab dan Islam serta penyokong Palestin di seluruh dunia untuk terus menyokong rakyat Palestin dalam usaha mendapatkan hak mereka se...





Malaysia diminta jadi Pengerusi Bersama Kumpulan The Hague - Mygazette - 28/09 4:00 pm

Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu masih memerlukan persetujuan Kabinet, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kumpulan The Hague ditubuhkan pada 31 Jan 2025 oleh beberapa negara termasuk Malaysia dan Afrika Selatan sebagai platform untuk mengambil tindakan undang-undang dan diplomatik secara terselaras dalam mempertahankan undang-undang antarabangsa serta berkaitan isu Palestin





Jangan terima naratif secara bulat-bulat – Mat Sabu minta mahasiswa teliti isu dari pelbagai sudut - Mydateline - 28/09 8:00 am

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkongsi pandangan mengenai dinamika konflik Timur Tengah, Palestin dan ekonomi global bersama profesor, pensyarah serta mahasiswa ..





Jangan guna video lama di luar konteks – Fadhlina bidas dakwaan melulu individu - Mydateline - 27/09 3:00 pm

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menjelaskan video ucapannya berhubung pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di sekolah adalah rakaman ketika beliau menjawab soalan di Parlimen dan ..



Raja Permaisuri Agong zahir rasa kagum, terharu dengan ketabahan rakyat Palestin - Astroawani - 25/09 10:15 pm

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa kagum dan terharu atas ketabahan ditunjukkan rakyat Palestin dalam mendepani ujian yang amat berat.



Puluhan utusan PBB keluar ketika Netanyahu berucap - Utusan - 25/09 7:55 am

Para perwakilan mengejek dan mencemuh, manakala anggota delegasi Netanyahu sendiri berdiri dan bertepuk tangan sebelum pengerusi sesi berkenaan menjerit meminta mereka bertenang. Delegasi Palestin dalam ..



20,000 peserta dijangka sertai himpunan Taufan Aqsa - Harakahdaily - 24/09 10:23 pm

KUALA TERENGGANU: Sekitar 20,000 peserta dijangka menyertai himpunan Taufan Aqsa yang akan berlangsung di Stadium Negeri Terengganu pada 16 Oktober ini. Wakil Promosi Publisiti Taufan Aqsa, Ustaz Mohd Ridhuan Abdul Karim berkata, program ini bertujuan untuk terus meningkatkan kesedaran masyarakat tentang nasib rakyat Palestin



Palestin kembali berdepan situasi mencabar - Harakahdaily - 24/09 2:36 pm

KOTA BHARU: Situasi di Palestin menjelang penghujung September ini dilihat kembali mencabar apabila hospital-hospital berdepan risiko penghentian bekalan diesel yang diperlukan untuk meneruskan operasi



Musuh yang berjauhan bersatu datang berperang bersama Yahudi Zionis - Harakahdaily - 23/09 8:03 pm

BEGINILAH nasib malang Palestin dan Bait al-Maqdis yang wajib dipertahankan mengikut nas al-Quran dan al-Sunnah, yang menjadi kesepakatan semua mazhab Ahli Kiblat (umat Islam)



Malaysia bangkit isu relevansi PBB, kukuh multilateralisme di perhimpunan agung - FMT - 23/09 8:30 am

Menteri Luar Mohamad Hasan dalam kenyataan negara juga dijangka sentuh isu Palestin, reformasi PBB dan jurang pembangunan.



Malaysia kecam pencerobohan berulang rejim Zionis di pekarangan Masjid Al-Aqsa - Sinarharian - 21/09 4:25 pm

PUTRAJAYA - Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan berulang rejim Zionis di pekarangan Masjid Al-Aqsa sebagai provokasi melampau yang mencabul kesucian Al-Haram Al-Sharif.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, Masjid Al-Aqsa sebagai kiblat pertama dan tanah suci ketiga umat Islam wajib dipertahankan."Sejarah membuktikan pencerobohan biadab ke atas Al-Aqsa sentiasa menjadi pencetus gelombang kebangkitan ummah."Rejim Zionis tidak boleh dibiarkan menormalisasikan tindakan ekstremis ini yang berisiko menolak dunia ke kancah konflik global yang lebih rumit,"katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sehubungan dengan itu, Zulkifli mendesak komuniti antarabangsa mengambil tindakan tegas serta-merta ke atas rejim Zionis dan bukan sekadar mengeluarkan retorik kecaman.Beliau turut menyeru seluruh umat Islam di negara ini supaya terus menyatukan saf solidariti dan memanjatkan doa Qunut Nazilah agar ALLAH SWT memelihara kesucian Masjid Al-Aqsa serta membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman kezaliman.Sebelum ini, kira-kira 100 pendatang Israel dilaporkan mencerobohkompleks Masjid al-Aqsa pada Ahad di bawah kawalan ketat pasukan keselamatan Israel menjelang sambutan Yom Kippur



“Dunia sekarang sangat menakutkan…” Ed Sheeran Tahan Sebak, Luah Perasaan Isu Palestin Di Konsert - Lobakmerah - 21/09 12:05 am

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah



Macklemore sumbang AS$1 juta kepada pertubuhan pro-Palestin hasil jelajah Ed Sheeran - Sinarharian - 19/09 7:45 am

PENYANYI rap Amerika Syarikat, Macklemore, akan menyumbangkan keseluruhan AS$1 juta (kira-kira RM4.2 juta) hasil bersih penampilannya dalam jelajah Ed Sheeran, Loop Tour, kepada enam organisasi yang membantu rakyat Palestin.Macklemore turut mencabar taikun Amerika Syarikat, Robert Kraft, untuk memadankan jumlah sumbangan itu.Kraft, pemilik pasukan New England Patriots, dikenali sebagai penyokong kuat Israel dan merupakan antara penderma utama kepada usaha berkaitan komuniti Yahudi dan Israel



Macklemore marakkan api, Amy Lee: Kita bangkit, pilih pendirian - Kosmo - 18/09 7:43 am

BILAMANA muzik tidak lagi sekadar muzik, sejauh mana seseorang artis perlu bersuara apabila berdepan isu kemanusiaan? Persoalan itu kembali menjadi perbualan hangat dalam industri muzik dunia susulan kontroversi membabitkan rapper Amerika Syarikat, Macklemore yang disingkirkan daripada baki jelajah Ed Sheeran selepas menyuarakan sokongan terhadap Palestin



Netizen desak radio tempatan henti main lagu Ed Sheeran - Kosmo - 17/09 7:56 am

PETALING JAYA Demi solidariti kepada penduduk Gaza, stesen radio tempatan digesa menghentikan penyiaran lagu penyanyi popular Britain, Ed Sheeran, susulan kontroversi membabitkan isu Palestin yang hangat diperkatakan di media sosial



Iman Shalouf pergi bersama nyawa kecil - Hmetro - 16/09 7:01 am

Kuala Lumpur: Belum sempat menatap wajah anak dikandung selama tujuh bulan, seorang wanita Palestin di Gaza, Iman Shalouf, 27, menghembuskan nafas terakhir selepas tiga hari bertarung nyawa akibat kecederaan parah ditembak tentera Israel di selatan Khan Younis, Gaza



Malaysia, Maldives senada pertahan hak rakyat Palestin – Anwar - Mypress - 15/09 8:15 pm

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Maldives terus sehaluan dalam mempertahankan hak rakyat Palestin, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka



Macklemore Digugurkan Dari Jelajah Ed Sheeran Selepas Kenyataan Pro-Palestin - Siakapkeli - 15/09 2:01 pm

Rapper terkenal Amerika Syarikat, Macklemore, dilaporkan digugurkan daripada jelajah Ed Sheeran di Amerika Syarikat selepas membuat kenyataan menyokong Palestin...



Empat jam beraksi, Awie buktikan jiwa rock masih menyala - Sinarharian - 14/09 11:05 am

Tak apa, kita teruskan. Keluarkan suara!" katanya yang disambut sorakan gemuruh peminat.Tampil segak dalam sut serba putih lengkap dengan bandana yang menghiasi mikrofon, Awie membuka tirai dengan Sayap Ilusi sebelum meneruskan rentak menerusi Rock N Roll Ronda Randa, Mata Hati Jiwa, Tiada Rahsia Antara Kita, Di Bayang Awan dan O-Tak.Malam itu bukan sekadar perjalanan muzik Awie, tetapi turut menjadi ruang buatnya berkongsi pentas dengan insan-insan istimewa dalam hidup dan kerjaya seninya.Putera kesayangannya, Merrah, tampil dengan pasangan duetnya, Putri menerusi Baldu Biru dan Bernafas Dalam Lumpur, mencetuskan antara momen manis pada malam berkenaan.Pentas kemudian terus meriah dengan kemunculan Stacy, Akim dan Black yang masing-masing bergandingan dengan Awie menerusi Peronda Jaket Biru, Midnight Blues, Ingatkan Dia dan Intanku Kesepian.Namun, di sebalik bunyi gitar dan rentak rock yang mendominasi malam itu, Awie turut membuka sisi lebih peribadinya menerusi Tragedi Oktober, lagu yang pernah dikaitkan dengan gosip percintaannya suatu ketika dahulu."Saya rasa tak nak nyanyi lagu itu, tapi kena nyanyi juga," katanya sebelum suasana stadium bertukar lebih syahdu apabila lagu berkenaan dialunkan.Segmen Cinta dan Filem kemudiannya membawa peminat ke sisi romantik Awie apabila rakan duet yang cukup sinonim dengannya, Erra Fazira, muncul menerusi Cinta Makrifat, disusuli Hannah Delisha dengan Halaman Asmara dan Kita Permata.Memasuki segmen penghormatan Last Man Standing, suasana kembali syahdu apabila Awie mengalunkan karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Jeritan Batinku, sebelum Datuk Hattan menyertai beliau menerusi Gerhana dan Kepadamu Kekasih sebagai penghormatan pada insan seni yang telah pergi.Namun, kesayuan itu tidak bertahan lama apabila rentak kembali rancak menerusi Layang-Layang Terputus Talinya dan Ku Di Halaman Rindu sebelum Amir Masdi tampil bersama-sama dengan Awie menerusi Gemuruh dan Mentari Merah Di Ufuk Timur.Di tengah-tengah kemeriahan itu, satu lagi momen yang mencuri perhatian apabila laungan "Free, Free Palestine" bergema di seluruh Stadium Merdeka dan disambut ribuan peminat sebagai tanda sokongan kepada Palestin.Ketika malam menghampiri penghujungnya, Awie akhirnya kembali ke akar perjalanan rock yang membina namanya apabila Wings muncul untuk berkongsi pentas dengan beliau.Opera Hidup, Hukum Karma, Harapan dan Sejati bergema satu demi satu, membuatkan ribuan peminat mengangkat simbol W sambil menyanyi bersama-sama, seolah-olah Stadium Merdeka kembali ke era yang menyaksikan Awie dan Wings mengukir nama dalam sejarah rock tanah air.Empat jam mungkin terasa panjang, tetapi bagi peminat yang bertahan hingga tirai benar-benar ditutup, malam itu masih terasa singkat.Awie mungkin bergelar The Last Man Standing, namun selepas hampir empat dekad, satu perkara jelas -- jiwa rock yang dibawanya masih belum mahu berundur




Reformasi     >>



Lapangan terbang Riyadh tutup akibat serangan Houthi - Mkini
Houthi berkata mereka menyerang lapangan terbang itu dengan peluru berpandu balistik, tidak lama selepas Arab Saudi memberitahu ia memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang dilancarkan ol
Kroni     >>



Australia 'closely monitoring' after attacks on Asian .. - NST
SYDNEY: Football Australia told AFP on Tuesday it was closely monitoring the situation in 2027 Asian Cup host Saudi Arabia following attacks by the Iran-backed Houthi group.
Tabloid     >>



Belanjawan 2027: Peruntukan RM510 Bilion Tanpa .. - Siakapkeli
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata kerajaan yakin Belanjawan 2027 berjumlah RM510 bilion dapat dibelanjakan tanpa memperkenalkan cukai baharu.
Tech     >>



Google Fitbit Edge Officially Debuts With 1.34-Inch .. - Lowyat
After some teasing and a fairly considerable amount of leaks, Googles newest fitness tracker has officially launched. And just as previous reveals have shown, the Fitbit Edge features an oval-shaped display, setting it apart from the screenless Fitbit Air. Its also being positioned as the ..
World     >>



Riyadh rocked by explosions as Iranian strikes in .. - Middleeasteye
Riyadh rocked by explosions as Iranian strikes in Hormuz rise Submitted by Sean Mathews on Mon, 10/12/2026 - 21:01 Iran said it could attack US tech companies' assets in the Gulf, as their allies, the Houthis, claim fresh attacks Vessels in the Strait of Hormuz, as seen from Musandam, Oman, on 12 ..
Motor Trend     >>



Honda City E with rear drum brakes Honda Malaysias .. - Paultan
Honda Malaysia (HM) has released an official statement addressing the 2026 Honda City facelift’s rear drum brakes, which a customer discovered to be not matching with the brochure and marketing materials that list ‘Solid Disc’. Weve attached the statement below. Honda Malaysia ..