| /// |
|
| Search : Paduka Baginda News | Page 1 |
|
Anwar junjung kasih kebijaksanaan Agong, tegaskan komitmen perkukuh demokrasi - Mypress - 1/06 8:26 pm KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas naungan, kebijaksanaan dan kepimpinan Seri Paduka Baginda dalam memayungi negara… |
|
Titah Agong tepat untuk golongan kaduk naik junjung Asyraf Wajdi - Sinarharian - 1/06 6:23 pm SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bahawa mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara, tidak layak digelar warga Malaysia sebagai bertepatan kepada golongan 'kaduk naik junjung'.Menurut beliau, titah baginda jelas menekankan terhadap kepentingan menghayati dan menghormati prinsip Rukun Negara yang diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 sebagai asas perpaduan."Titah Tuanku YDP Agong jelas: siapa yang tidak menghormati Rukun Negara, tidak layak bergelar warganegara."Amat tepat buat golongan 'kaduk naik junjung' yang lupa daratan, lupa adab dan batas," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Terdahulu, Sultan Ibrahim menyeru kepada semua pihak agar menghayati setiap prinsip Rukun Negara dan menjadikannya amalan dan garis panduan hidup sebagai rakyat Malaysia."Jika ada mana-mana rakyat Malaysia yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tersebut, saya menasihati agar dia tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia," titah baginda.Baginda bertitah pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Isnin.Sebelum ini, Asyraf Wajdi mendakwa Tony lupa adab dan batas dengan raja, selain menyifatkannya sebagai biadab.Kata beliau, apabila titah Sultan dipersenda, ia bukan kebebasan bersuara tetapi biadab. |
|
Kerajaan Madani tadbir negara penuh dedikasi di bawah naungan Agong .. - Mygazette - 1/06 3:21 pm # Kerajaan Madani tadbir negara penuh dedikasi di bawah naungan Agong - PM KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merafak sembah setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas naungan serta kebijaksanaan Seri Paduka Baginda dalam memayungi negara berteraskan prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen |
|
Sultan, Tengku Ampuan Pahang zahir ucapan Selamat Hari TUDM 2026 Sultan, .. - Mygazette - 1/06 3:21 pm # Sultan, Tengku Ampuan Pahang zahir ucapan Selamat Hari TUDM 2026 KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2026 kepada seluruh warga TUDM |
|
PM rafak sembah tahniah sempena ulang tahun keputeraan rasmi Agong - Mygazette - 1/06 3:21 pm # PM rafak sembah tahniah sempena ulang tahun keputeraan rasmi Agong KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim |
|
Ahli politik jaga tutur kata, jangan salah guna kebebasan bersuara ??? .. - Mygazette - 1/06 3:21 pm Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. titah Seri Paduka Baginda pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini |
|
Individu tak mahu ikut prinsip Rukun Negara tak layak digelar warganegara .. - Mygazette - 1/06 3:21 pm # Individu tak mahu ikut prinsip Rukun Negara tak layak digelar warganegara - Agong KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini bertitah bahawa mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara, tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia. Seri Paduka Baginda bertitah Rukun Negara yang diperkenalkan pada 31 Ogos 1970, merupakan aku janji dan ikrar setiap warga Malaysia bagi membina semula perpaduan kaum serta menjamin keharmonian masyarakat |
|
Jangan lupa pengajaran 13 Mei 1969, detik sejarah hitam negara – .. - Mygazette - 1/06 3:21 pm Jangan kita lupa sejarah hitam negara, peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang tercetus apabila ada pihak yang bertindak keterlaluan, menghina orang lain, dan hilang rasa hormat kepada bangsa dan ketuanan negara ini, titah baginda seperti dikongsikan menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini. Seri Paduka Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini |
|
Rukun Negara asas jati diri bangsa, rakyat perlu hayati prinsip kebangsaan – Agong - Mypress - 1/06 2:45 pm KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menjadikan Rukun Negara sebagai pegangan hidup dan asas dalam memelihara perpaduan serta keharmonian negara |
|
Agong ingatkan rakyat: Jangan sampai sejarah 13 Mei berulang - Harapandaily - 1/06 2:40 pm Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat supaya tidak melupakan peristiwa hitam 13 Mei 1969 yang menjadi antara detik paling gelap dalam sejarah negara akibat perpecahan kaum dan hilangnya rasa hormat antara masyarakat. Seri Paduka Baginda bertitah bahawa perpaduan merupakan asas kekuatan negara dan perlu terus dipelihara bagi menjamin kemajuan ekonomi, kestabilan politik serta keharmonian.. |
|
Jangan jadikan isu sensitif sebagai senjata politik – Agong - Harapandaily - 1/06 2:09 pm Ketika suhu politik negara semakin meningkat menjelang musim pilihan raya, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengingatkan ahli politik supaya menjaga adab dan tutur kata serta tidak menjadikan isu sensitif sebagai senjata politik. Seri Paduka Baginda bertitah, pemimpin politik perlu mengelakkan sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat keharmonian masyarakat, khususnya yang melibatkan institusi diraja, agama dan.. |
|
Rakyat Malaysia ingkar Rukun Negara tidak layak jadi warganegara - Kosmo - 1/06 1:53 pm PETALING JAYA Rakyat Malaysia yang tidak mahu mematuhi dan menghayati prinsip Rukun Negara tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia |
|
Jangan lupa pengajaran 13 Mei 1969 – Agong - Kosmo - 1/06 1:39 pm PETALING JAYA Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengingatkan seluruh rakyat agar tidak melupakan peristiwa hitam rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang pernah menggugat keharmonian negara |
|
Ahli politik jaga tutur kata, jangan salah guna kebebasan bersuara - Agong - Sinarharian - 1/06 1:34 pm KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menitahkan semua pemimpin politik supaya sentiasa menjaga adab dan tutur kata serta berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.Sultan Ibrahim bertitah, ahli politik tidak seharusnya mencetuskan sebarang provokasi terhadap isu sensitif terutama menjelang musim pilihan raya yang menjadi medan untuk menonjolkan diri bagi memikat hati rakyat."Elakkan provokasi dan pertikaian tentang isu sensitif yang berkaitan dengan raja, bangsa dan agama, kerana ia boleh menimbulkan kemarahan rakyat."Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga." titah Seri Paduka Baginda pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan anggota Jemaah Menteri termasuk Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil serta perwakilan asing.Selain itu, Yang di-Pertuan Agong bertitah, kebebasan bersuara di media sosial tidak seharusnya menjadi medan untuk menabur fitnah dan kebencian dalam kalangan rakyat.Titah Sultan Ibrahim, keadaan bertambah rumit apabila teknologi kecerdasan buatan (AI) disalahgunakan untuk menghasilkan berita palsu dengan suara dan gambar tiruan menerusi video 'deepfake' di media sosial.Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa dukacita apabila gambar Seri Paduka Baginda sendiri telah digunakan dalam video dan kandungan palsu untuk mengelirukan orang ramai.Justeru, Sultan Ibrahim menitahkan pihak berkuasa untuk terus meningkatkan pemantauan dan mengambil tindakan bagi membendung perkara tersebut.Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan tahniah kepada semua penerima Darjah, Bintang dan Pingat Persekutuan pada tahun ini.Yang di-Pertuan Agong mengingatkan kepada penerima bahawa anugerah berkenaan bukan untuk bermegah-megah, tetapi hendaklah dijadikan sebagai dorongan untuk terus ikhlas berbakti kepada agama, bangsa dan negara."Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menganjurkan acara sambutan hari ini."Saya dan isteri merakamkan berbanyak terima kasih di atas ucapan dan doa daripada seluruh rakyat yang mengiringi setiap langkah saya dalam memikul tugas dan amanah sebagai ketua negara."Marilah kita berdoa, semoga negara kita Malaysia sentiasa dilimpahi rahmat, keamanan, dan kemakmuran, serta rakyatnya terus hidup harmoni, sejahtera, dan bersatu-padu," titah Seri Paduka Baginda.Istiadat pengurniaan itu merupakan kali ketiga disempurnakan Sultan Ibrahim sejak Seri Paduka Baginda ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 20 Julai 2024.Secara keseluruhan, seramai 161 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong tahun ini |
|
Raja Muda Perlis lancar 8 buku baharu di PBAKL 2026 - FMT - 1/06 12:44 am Keberangkatan baginda turut menyempurnakan perasmian promosi gastronomi Perlis. |
|
Agong: Individu enggan ikut Rukun Negara tak layak jadi rakyat Malaysia - Mkini - 1/06 11:40 am Baginda bertitah Rukun Negara merupakan aku janji dan ikrar setiap warga Malaysia. |
|
Kerajaan Madani tadbir negara penuh dedikasi di bawah naungan Agong - Anwar - Sinarharian - 1/06 11:36 am KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merafak sembah setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas naungan serta kebijaksanaan Seri Paduka Baginda dalam memayungi negara berteraskan prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.Anwar berkata, di bawah naungan Seri Paduka Baginda, Kerajaan Madani terus melangkah dengan penuh dedikasi dan keyakinan dalam melaksanakan tanggungjawab mentadbir negara berpaksikan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen."Kerajaan Madani tertegak dan kukuh dengan kesetiaan dan perpaduan rakyat yang rata-rata dipupuk semangat serta tekad untuk membina negara meski berdepan dengan badai dan sikap perkauman."Demikian hikmah yang kita warisi dari leluhur bangsa dan pejuang kemerdekaan |
|
Ini 5 fakta menarik tentang Sultan Johor yang ‘korang’ belum tahu, nombor 5 paling tak sangka - Mydateline - 1/06 9:00 am Siapa tidak kenal dengan ketegasan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar |
|
Peranan institusi raja dalam memperkukuh perpaduan nasional, kestabilan .. - Mygazette - 1/06 8:10 am # Peranan institusi raja dalam memperkukuh perpaduan nasional, kestabilan negara **DALAM** era demokrasi moden, institusi beraja sering dianggap sebagai warisan tradisional yang tidak lagi relevan dengan prinsip pemerintahan berasaskan mandat rakyat |
|
Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri - Mypress - 31/05 4:22 pm PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti… |
|
Sultan Ibrahim santap sarapan pagi, terima mengadap PM Anwar di Istana Bukit Tunku - Mydateline - 31/05 2:28 pm Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam santapan pagi di sebuah restoran di ibu negara |
|
Ramai teruja lihat Agong santap sarapan bersama PM Anwar - Harapandaily - 31/05 1:51 pm Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pagi tadi berkenan menerima mengadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Banglo 289, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur |
|
Jangan panik dengar bunyi letupan meriam di Putrajaya - Sinarharian - 31/05 10:33 am PUTRAJAYA - Penduduk sekitar Putrajaya dinasihatkan agar tidak panik sekiranya terdengar bunyi letupan meriam kerana ia adalah sebahagian daripada sesi raptai penuh dan acara Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan tembakan meriam ketika raptai penuh dan hari acara yang berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1."Raptai penuh akan diadakan pada Rabu ini bermula jam 8.30 pagi dengan melibatkan dua das tembakan meriam."Pada hari acara pada Jumaat, tembakan sebanyak 21 das akan dilepaskan pada jam 8.30 pagi di lokasi sama," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Aidi Sham berkata, beberapa laluan utama di sekitar Putrajaya akan ditutup sementara dan dilencongkan berikutan pelaksanaan istiadat berkenaan."Penutupan sementara dan lencongan jalan akan dilaksanakan bermula jam 7 pagi membabitkan Jalan Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Jalan Lebuh Perdana Timur serta laluan sekitar Kompleks E," katanya.Menurutnya, kesesakan lalu lintas dijangka berlaku antara jam 7 pagi hingga 10 pagi."Orang ramai diminta memberi kerjasama dengan mematuhi arahan serta isyarat yang diberikan oleh pihak polis bagi memastikan kelancaran perjalanan istiadat," katanya.Aidi Sham turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan sebarang kesulitan."Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Hotline Polis Putrajaya di talian 03-8886 2222 atau balai polis berhampiran," katanya. |
|
Amanah Selangor tuntut Ronnie Liu tarik balik tuduhan terhadap Izham - Mygazette - 30/05 3:25 pm # Amanah Selangor tuntut Ronnie Liu tarik balik tuduhan terhadap Izham KUALA LUMPUR Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor menuntut bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu, menarik balik tuduhan yang disifatkan sebagai tidak berasas dan melampau terhadap Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Ir |
|
Al-Sultan Abdullah, Tengku Ampuan Pahang zahir ucapan Selamat Hari .. - Mygazette - 30/05 7:55 am # Al-Sultan Abdullah, Tengku Ampuan Pahang zahir ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional KUANTAN Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 kepada seluruh pengamal media dan wartawan di negara ini |
|
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Hari Wartawan - Mkini - 29/05 10:18 pm Baginda berdua menzahirkan penghargaan atas jasa serta pengorbanan wartawan yang komited menyampaikan maklumat tepat. |
|
DAPSY, jangan gelabah UMNO mahu gerak solo – Dr Akmal - Mygazette - 29/05 3:57 pm Itulah cadangan Pemuda kepada pemimpin kami sejak tahun lalu dan pemimpin kami mendengar suara kami, ujarnya. Dr Akmal turut mengingatkan pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas PRU-15 dibuat demi memastikan kestabilan negara apabila tiada gabungan memperoleh majoriti mudah, selaras dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu |
|
Institusi raja payung kestabilan negara, perpaduan rakyat - Sinarharian - 29/05 1:49 pm KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong bukan sekadar lambang kedaulatan negara, bahkan Seri Paduka Baginda merupakan payung yang menaungi rakyat, pemelihara agama serta tiang seri kepada kestabilan negara.Bersempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, khutbah Jumaat hari ini mengingatkan umat Islam agar memelihara adab terhadap Raja dan pemimpin serta tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara di media sosial bagi tujuan negatif."Sesungguhnya institusi agama dan institusi diraja merupakan asas penting dalam memelihara kedaulatan negara, perpaduan rakyat serta kesucian agama Islam di bumi bertuah ini |
|
Bukan sekadar lontar batu, tetapi melontar nafsu dan ego - Sinarharian - 29/05 10:46 am MAKKAH Ibadah melontar jamrah sering dilihat sekadar rutin fizikal dalam rangkaian ibadah haji |
|
'DAPSY mungkin terlupa tanpa sokongan BN, mereka belum tentu mampu bentuk kerajaan' - Akmal Saleh - Sinarharian - 29/05 10:40 am Tarik sokongan di Pahang. Kita lawan secara 'gentleman' dan serah kembali mandat kepada rakyat," ujarnya lagi.Beliau berkata, UMNO Johor tidak perlu dipersoalkan apabila bercakap mengenai hasrat untuk bergerak solo kerana sejak awal tidak pernah wujud sebarang perjanjian bahawa BN wajib menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) atau PRU bersama Pakatan Harapan (PH).Dalam masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu mengingatkan bahawa kerajaan yang dibentuk hari ini adalah demi kestabilan negara atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika tiada gabungan mempunyai majoriti mudah."Itu realitinya |
|
Sultan Pahang puji tindakan pantas TNB, Pejabat Tanah selepas keluarga buat aduan di tepi jalan - Mydateline - 28/05 12:00 am Keprihatinan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap nasib rakyat sekali lagi mendapat perhatian apabila baginda menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tenaga Nasional .. |
|
Sultan Pahang berkenan solat sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan - Mypress - 27/05 3:42 pm KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan, di sini, hari ini |
|
Bolehkah Islam ditegakkan di atas fitnah?MCMC JANGAN DIAM - Wrlr - 27/05 12:17 am Jamzuri Ardani Tersebar poster kononnya seorang Exco bukan Islam dari DAP hadir mesyuarat berkenaan pengurusan agama Islam di Negeri Sembilan sebagai PEMANTAU |
|
PDRM panggil pakar Perlembagaan bantu siasatan kes Tony Pua - Mygazette - 27/05 10:24 am # PDRM panggil pakar Perlembagaan bantu siasatan kes Tony Pua KAJANG - Polis akan memanggil seorang pakar dalam Perlembagaan Persekutuan bagi membantu siasatan berhubung kenyataan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua mengenai institusi diraja dan Rukun Negara |
|
Tunku Ismail dukacita pihak perguna institusi ketenteraan demi kepentingan .. - Mygazette - 27/05 10:24 am # Tunku Ismail dukacita pihak perguna institusi ketenteraan demi kepentingan peribadi JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail amat dukacita apabila terdapat pihak tertentu cuba mempergunakan institusi ketenteraan demi kepentingan peribadi atau sekadar untuk meraih perhatian dan populariti dalam media sosial |
|
Perutusan Presiden PAS sempena Aidiladha 1447H - Harakahdaily - 27/05 9:09 am SELURUH umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha bersempena ibadat haji yang menjadi salah satu daripada rukun Islam yang diwajibkan kepada mereka yang berkuasa dan mampu, sekaligus memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS, bapa para anbiya’, yang diuji Allah dengan ujian-ujian terbesar dalam sejarah kemanusiaan, lalu baginda menunaikannya dengan penuh kesempurnaan |
|
Tajuk khutbah Raya ; Korban ibadah yang ditunggang!!! - Wrlr - 27/05 8:08 am Ridzwan Abu Bakar Di Malaysia, ibadah yang paling teruk ditunggang adalah 'korban', ia adalah tuntutan aini (terhadap individu), tetapi lama dulu menjadi amalan para politikus untuk turut 'berkorban' menggunakan dana awam |
|
Lawatan kerja Menteri Pertahanan ke Trkiye - Sinarharian - 26/05 10:30 am KUALA LUMPUR Pada 21 Mei 2026, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memulakan lawatan di Istanbul bagi memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Trkiye.Lawatan kerja tersebut merangkumi pertemuan dengan beberapa syarikat pertahanan Trkiye bagi memperkukuh kerjasama industri pertahanan antara kedua-dua negara, termasuk me- ningkatkan penglibatan syarikat tempatan Malaysia.Antara agenda utama lawatan ialah menghadiri Majlis Penamaan dan Pelancaran Kapal Pertama Littoral Mission Ship Batch 2 (LMSB2) yang sedang dibina oleh STM, syarikat teknologi pertahanan dan kejuruteraan dari Republik Trkiye.Sepanjang lawatan kerja itu, Mohamed Khaled turut mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Trkiye, Makine ve Kimya Endstrisi A.S. (MKE) yang diketuai oleh Tolga Celik.Pertemuan tersebut membincangkan potensi Malaysia sebagai hab sokongan pertahanan serantau, selain kerjasama strategik jangka panjang, pemindahan teknologi dan perkongsian industri pertahanan antara kedua-dua negara.Beliau turut mengadakan pertemuan dengan Desan Shipyard yang diketuai oleh Cenk smail Kaptanolu.Perbincangan kedua-dua pihak itu memberi fokus kepada potensi kerjasama dalam meningkatkan penglibatan syarikat tempatan Malaysia khususnya dalam pembinaan kapal, sokongan teknikal, penyelenggaraan, pembangunan vendor dan rantaian bekalan.Selain itu, Mohamed Khaled turut mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Trkiye, HAVELSAN.Menerusi pertemuan itu, beliau berpeluang meninjau lebih dekat teknologi dan inovasi HAVELSAN khususnya dalam Combat Management System (CMS), sistem simulasi, kecerdasan buatan (AI) serta sistem sokongan keputusan bagi operasi ketenteraan moden.Lawatan itu turut diserikan dengan keberangkatan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke Istanbul bagi menyempurnakan Upacara Penamaan dan Pelancaran LMSB2 pertama di Istanbul Shipyard.Keberangkatan Seri Paduka Baginda turut diiringi oleh Tunku Idris Al-Haj ibni Sultan Ibrahim, Tunku Abdul Rahman AlHaj ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Abu Bakar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim.Pertemuan dengan pemain industriKerjasama industri pertahanan antara Malaysia dan Republik Trkiye bukan sekadar hubungan komersial, sebaliknya berteraskan pembinaan hubungan jangka panjang berasaskan kepercayaan, kesinambungan dan kepentingan bersama.Semasa lawatan kerja ke Republik Trkiye, Mohamed Khaled bertemu beberapa syarikat negara itu yang terlibat dalam pembekalan komponen kapal LMS.Beliau berkata, ada antara mereka telah mengenal pasti syarikat tempatan untuk bekerjasama, termasuk bagi pemindahan teknologi dan pembangunan keupayaan tempatan.Jelasnya, ini bermakna pada masa akan datang, beberapa komponen kapal berpotensi dilaksanakan oleh syarikat tempatan."Menjelang 2027, apabila ketiga-tiga kapal LMS Batch 2 ini diterima, TLDM akan mempunyai tujuh buah LMS secara keseluruhan |
|
Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah harap keluarga mangsa tragedi Platform Sepat terus tabah - Sinarharian - 25/05 5:21 pm KUANTAN Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berharap seluruh ahli keluarga mangsa tragedi pelantar minyak Platform Sepat, perairan Terengganu-Kelantan diberikan ketabahan dan kekuatan.Baginda berdua turut berharap agar segala urusan keluarga mangsa dipermudahkan dalam menghadapi saat yang sukar dan menyedihkan itu.Al- Sultan Abdullah dan Tunku Azizah juga menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban."Baginda berdua menzahirkan rasa dukacita dan amat bersimpati atas tragedi berkenaan yang turut mengorbankan dua anak Pahang itu."Malah, baginda berdua mendoakan agar roh semua mangsa dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh," titahnya dalam satu kenyataan di Facebook Kesultanan Pahang di sini pada Isnin.Tragedi itu turut mengorbankan dua anak Pahang iaitu Allahyarham Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, dari Kuantan dan Allahyarham Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, dari Bandar Indera Mahkota.Dalam kejadian itu, tiga pekerja dilaporkan maut manakala seorang lagi parah selepas bot penyelamat yang dinaiki mereka terjatuh ke laut ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di platform berkenaan. |
|
ATM junjung titah Tengku Mahkota Pahang, komited perkukuh penyelarasan .. - Mygazette - 25/05 7:43 am # ATM junjung titah Tengku Mahkota Pahang, komited perkukuh penyelarasan latihan ketenteraan KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih serta akur dengan titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berhubung pelaksanaan aktiviti ketenteraan di negeri itu |
|
Bersatu jawab dakwaan Hadi, sedia bersemuka pertahan hubungan PN - Mygazette - 25/05 7:43 am # Bersatu jawab dakwaan Hadi, sedia bersemuka pertahan hubungan PN KUALA LUMPUR Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sepatutnya menyelesaikan tiga isu utama yang menjadi pertimbangan parti itu untuk mengkaji semula hubungan dengan Bersatu melalui meja rundingan dan bukannya secara terbuka |
|
Tuduhan Bersatu khianat melampau, Hadi yang tidak patuh titah Raja Perlis - Harapandaily - 24/05 8:46 pm Biro Politik Bersatu menolak tuduhan Pas bahawa parti itu berkhianat dalam isu pertukaran Menteri Besar Perlis |
|
Bersatu jawab enam dakwaan Abdul Hadi - Sinarharian - 24/05 7:46 pm SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan rasa kesal terhadap tuduhan yang dilemparkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung beberapa isu termasuk pertukaran Menteri Besar Perlis, krisis politik Negeri Sembilan serta dakwaan kelemahan jentera pilihan raya Bersatu yang dikatakan menjadi asas Pas mengkaji semula hubungan dengan parti itu.Menurut kenyataan Biro Politik Bersatu, semua isu berbangkit sepatutnya diselesaikan secara musyawarah dalam Perikatan Nasional dan bukannya diperdebat secara terbuka kerana boleh menimbulkan salah faham serta persepsi negatif terhadap parti dan gabungan berkenaan.Berikut kenyataan penuh Biro Politik Bersatu:Biro Politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah meneliti kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dalam sidang media beliau di Rusila pada 22 Mei 2026.Dalam sidang media tersebut, beliau telah mengemukakan beberapa asas yang akan dipertimbangkan oleh parti Pas untuk mengkaji semula hubungan dengan Bersatu |
|
Semua aktiviti ketenteraan perlu dapat perkenan Sultan Pahang – .. - Mygazette - 24/05 6:04 pm # Semua aktiviti ketenteraan perlu dapat perkenan Sultan Pahang - Tengku Hassanal KUANTAN Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kebimbangan terhadap sebarang aktiviti latihan dan eksesais ketenteraan yang dirancang di kawasan kepulauan dalam Negeri Pahang kerana berpotensi memberi kesan kepada ekosistem alam sekitar |
|
PRN: UMNO yakin DUN Johor bubar bila waktu sesuai - Sinarharian - 22/05 12:48 am SEREMBAN UMNO-Barisan Nasional (BN) yakin Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi akan menasihatkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada waktu yang difikirkan sesuai.Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan turut tidak menolak kemungkinan PRN negeri berkenaan boleh diadakan dalam waktu terdekat."Membubarkan DUN ini adalah hak mutlak Tuanku, atas nasihat Menteri Besar |
|
Polis siasat dalang fitnah, hina Agong - Sinarharian - 21/05 5:27 pm KUALA LUMPUR - Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kandungan yang memfitnah dan menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menerusi akaun TikTok palsu.Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M Kumar S Muthuvelu, susulan kenyataan kandungan yang dikesan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor, atau Royal Press Office."Ya, kita telah membuka kertas siasatan dan sedang menjalankan siasatan lanjut menerusi Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman," katanya ketika dihubungi pada Khamis.Kumar berkata, siasatan dijalankan di bawah Akta Hasutan serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan seseorang dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan."Siasatan juga turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu menyalahgunakan perkhidmatan atau kemudahan rangkaian," katanya.Kumar turut menegaskan semua pihak untuk sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang hantaran menerusi media sosial terutama berkaitan isu 3R iaitu Agama, Bangsa dan Institusi Diraja."Kita tidak akan berkompromi dalam perkara yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan ketenteraman awam, bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan sentiasa terpelihara," katanya.Pada Rabu, Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor, atau Royal Press Office, mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang menghasilkan akaun TikTok palsu bagi memfitnah serta menghina Sultan Ibrahim.Terdahulu, Royal Press Office menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, memaklumkan akaun berkenaan memakai nama "Sultan Ibrahim Ismail" dan dikesan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan kandungan berunsur penghinaan terhadap Seri Paduka Baginda.Kenyataan itu memaklumkan perbuatan berkenaan adalah satu penghinaan yang amat serius dan berniat jahat terhadap institusi diraja.Sehubungan itu, Royal Press Office amat berharap Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat. |
|
59 laporan polis dibuat, Tony Pua akan dipanggil beri keterangan - Mygazette - 21/05 4:10 pm # 59 laporan polis dibuat, Tony Pua akan dipanggil beri keterangan SHAH ALAM Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua akan dipanggil bagi memberi keterangan dalam masa terdekat susulan hantaran dimuat naik di media sosial yang didakwa menyentuh isu Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar |
|
MCMC keluarkan Tuntutan Statutori terhadap TikTok - Mygazette - 21/05 4:10 pm # MCMC keluarkan Tuntutan Statutori terhadap TikTok KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan Tuntutan Statutori terhadap TikTok kerana gagal menyekat dan menurunkan kandungan bersifat jelik melampau, palsu dan mengancam serta akaun palsu yang ditujukan terhadap Institusi Diraja Malaysia. Jelasnya, ia susulan penularan kandungan yang dikaitkan dengan satu akaun yang kononnya berkaitan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim |
|
Sultan Selangor tidak mahu perpaduan Melayu disalah tafsir, kekuatan .. - Mygazette - 21/05 4:10 pm # Sultan Selangor tidak mahu perpaduan Melayu disalah tafsir, kekuatan bangsa bantu negara lebih aman SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan perpaduan kaum Melayu tidak harus disalah tafsir sebagai usaha untuk bermusuhan dengan semua kaum lain di negara ini |
|
Terima Datuk tapi Suee Lim diam bila institusi diraja Selangor diasak... - Mygazette - 21/05 4:10 pm # Terima Datuk tapi Suee Lim diam bila institusi diraja Selangor diasak Sukri KUALA LUMPUR Pemuda Pas Selangor mempersoalkan sikap pemimpin DAP Selangor yang didakwa terus membisu ketika institusi diraja Selangor diasak dan dipersoalkan secara terbuka |
|
Jangan putar belit titah Sultan Selangor demi kepentingan politik sempit .. - Mygazette - 21/05 4:10 pm # Jangan putar belit titah Sultan Selangor demi kepentingan politik sempit Tengku Zafrul KUALA LUMPUR Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz mengingatkan semua pihak agar tidak memutar belit titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah demi kepentingan politik sempit sehingga boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan kestabilan negara |
|
Titah Sultan Selangor bukan campur tangan politik - Tengku Zafrul - Sinarharian - 21/05 3:13 pm SHAH ALAM - Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung perpaduan rakyat perlu difahami dalam kerangka sistem Raja Berperlembagaan dan bukannnya dianggap sebagai campur tangan politik.Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bekata, titah baginda merupakan nasihat, teguran dan pandangan seorang raja yang lahir daripada tanggungjawab untuk memastikan kestabilan negeri, keharmonian masyarakat serta kepentingan rakyat terpelihara sebagaimana diperjelaskan Dewan Diraja Selangor sebelum ini."Dalam tradisi Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini, titah adalah peringatan yang lahir daripada kebijaksanaan institusi raja, dizahirkan demi kebaikan negeri dan rakyat keseluruhannya."Ia bukanlah satu 'decree' atau perintah seperti yang disalah tafsir oleh segelintir pemimpin politik."Oleh itu titah Tuanku Sultan Selangor harus dilihat dalam semangat yang lebih luas iaitu memperkukuhkan perpaduan dan menyatukan masyarakat majmuk dalam suasana dunia semakin mencabar serta tidak menentu," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Dalam pada itu Tengku Zafrul menjelaskan, perkara yang dizahirkan Sultan Selangor bukan sekadar mengenai perpaduan orang Melayu, sebaliknya kekuatan Melayu dan Islam perlu menjadi tiang seri kepada kestabilan negara yang melindungi kepentingan semua kaum serta agama.Ujar beliau, sejarah tamadun Islam membuktikan kegemilangan sesuatu peradaban tidak dibina atas perpecahan atau kebencian, tetapi melalui kekuatan ilmu, keadilan, kestabilan dan kemampuan merangkul kepelbagaian masyarakat."Kita juga harus memahami dan menginsafi hakikat bahawa dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia, memperjuangkan kepentingan sesuatu kaum tidak boleh dilakukan dengan meminggirkan kaum lain."Kekuatan sebenar sebuah negara bukan terletak pada siapa yang paling lantang, tetapi pada kemampuan rakyatnya untuk hidup bersama dalam suasana saling hormat menghormati dan mempercayai antara satu sama lain," menurutnya.Tengku Zafrul turut mengingatkan semua pihak supaya tidak mengambil kesempatan mempolitikkan isu berkenaan sehingga menjejaskan keharmonian rakyat Selangor.Ketika dunia berdepan ketidaktentuan termasuk cabaran krisis tenaga dan bekalan global, beliau menegaskan, Malaysia memerlukan politik yang matang, mampu membina keyakinan rakyat serta menjamin kestabilan negara."Tumpuan berterusan harus diberi kepada usaha memperkukuhkan institusi, mempererat perpaduan dan membina jambatan persefahaman antara kaum, bukannya meniup api perpecahan yang akhirnya membinasa negara dan bangsa."Terus berpegang teguh dan mengabdikan lima prinsip Rukun Negara sebagai panduan hidup masyarakat aman, harmoni dan berjaya," ujarnya. |
|
Sultan Selangor tegur politik tak habis bergaduh? : Titah Aidiladha seru Melayu Islam bersatu - Harapandaily - 21/05 3:00 pm Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru orang Melayu dan umat Islam di negara ini supaya terus memperkukuh perpaduan serta menghentikan pertelingkahan politik yang boleh melemahkan kedudukan bangsa dan negara |
|
Kritik titah Sultan Selangor: Pemuda Pas persoal pendirian Suee Lim - Sinarharian - 21/05 2:11 pm SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar mempersoalkan pendirian Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim susulan kontroversi melibatkan pemimpin politik yang didakwa mengkritik titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Beliau berkata, Suee Lim sepatutnya tampil mengeluarkan kenyataan mempertahankan institusi diraja serta menunjukkan pendirian yang jelas terhadap tindakan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki selain bekas pemimpin DAP, Tony Pua dan Ronnie Liu.Menurutnya, gelaran Datuk yang diterima bukan sekadar untuk ditulis di hadapan nama, sebaliknya lambang penghormatan dan pengiktirafan daripada institusi diraja negeri."Bila institusi yang menganugerahkan darjah kebesaran diasak dan dipersoalkan secara terbuka, sekurang-kurangnya tampilkan pendirian yang jelas dan bermaruah."Kalau benar hormat kepada Raja Berperlembagaan, inilah waktunya tunjukkan kesetiaan kepada institusi negeri bukan sekadar diam membisu melihat penghinaan demi penghinaan berlaku," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Mohamed Sukri berkata, rakyat sedang memerhati sikap pemimpin yang menerima anugerah kebesaran tetapi didakwa gagal mempertahankan kehormatan institusi yang menganugerahkannya."Jangan sampai rakyat melihat ada pihak hanya selesa menerima anugerah, tetapi terlalu sukar mempertahankan kehormatan institusi yang menganugerahkannya," tambah beliau.Sinar Harian pada Selasa melaporkan, Sultan Selangor menyarankan Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan.Baginda bertitah, langkah itu penting agar semua pihak khususnya pemimpin politik memahami nilai asas yang menjadi tunjang perpaduan dan keharmonian negara. |
|
59 laporan polis dibuat terhadap Tony Pua, polis akan panggil rakam keterangan - Sinarharian - 21/05 12:33 am SHAH ALAM Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua akan dipanggil untuk direkod keterangan dalam masa terdekat susulan hantaran yang didakwa menyentuh isu Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan berhubung kes itu kini dikendalikan Polis Kontinjen Selangor.Menurutnya, sehingga pagi Khamis, sebanyak 59 laporan polis telah dibuat membabitkan kenyataan yang dimuat naik oleh Tony Pua itu."Sehingga pagi tadi saya telah ditaklimatkan sebanyak 59 laporan polis dibuat di seluruh negara dan siasatan dijalankan oleh pihak IPK Selangor."Keseluruhan 59 laporan itu melibatkan pelbagai balai polis di seluruh negara, bukan hanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sahaja," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Khamis.href=" Pua kongsi penghayatan mukadimah Rukun Negara'Saya terpaksa cari maksud kaduk naik junjung', - Tony PuaPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf WajdiTony Pua dakwa kuasa raja terhad pada aspek tertentuPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi'Cukup-cukuplah kerjasama dengan mereka, titah Sultan pun sanggup diperlekeh' - Akmal SalehHormati Institusi Raja, jangan pilih Perlembagaan ikut kepentingan politik - Mohamed SukriMedia sebelum ini melaporkan, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titah baginda menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu hadir sekurang-kurangnya seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi membaca Rukun Negara yang ditulis di plak di situ selain menghormati institusi raja.Susulan itu, Tony Pua menerusi hantaran di Facebook menyatakan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa Raja secara amnya terhad kepada aspek tertentu termasuk adat Melayu, Islam serta fungsi Perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar dan perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). |
|
Respons Tony Pua cetus keresahan, negara tidak perlu pemimpin ledak kontroversi - Pas - Sinarharian - 21/05 12:16 am SHAH ALAM - Respons tidak cermat Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semakin meningkatkan keresahan awam, sekali gus mencetuskan kontroversi baharu.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, respon tersebut tidak perlu dikeluarkan pada saat suhu ketegangan kaum dan agama dalam masyarakat sudah sedia tinggi.Menurutnya, titah baginda hendaklah difahami dalam konteks luas melalui lensa semangat tanggungjawab kebangsaan dan sikap sederhana agar semua pihak tidak bertindak atau membuat kenyataan yang boleh memarakkan sentimen perkauman."Ia termasuklah membuat kenyataan yang boleh menghakis kerukunan sosial atau melemahkan rasa hormat terhadap institusi-institusi teras, asas sejarah dan jati diri kebangsaan yang menjadi tonggak pembinaan negara."Pas percaya apa-apa respons atau kenyataan melibatkan institusi Raja-raja Melayu hendaklah dibuat dengan penuh hati-hati, adab dan kehormatan."Kenyataan itu hendaklah juga setanding dengan status dan peranan perlembagaan, sejarah dan budaya yang dimainkan oleh raja-raja sebagai tonggak kestabilan dan kedaulatan negara dalam kerangka sistem demokrasi Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN TONY PUA: Tony Pua kongsi penghayatan mukadimah Rukun Negara'Saya terpaksa cari maksud kaduk naik junjung', - Tony PuaPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf WajdiTony Pua dakwa kuasa raja terhad pada aspek tertentuPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi'Cukup-cukuplah kerjasama dengan mereka, titah Sultan pun sanggup diperlekeh' - Akmal SalehHormati Institusi Raja, jangan pilih Perlembagaan ikut kepentingan politik - Mohamed SukriUjarnya, episod terbaru itu tidak boleh dilihat secara berasingan yang menyaksikan meningkatnya pertikaian awam yang memecah kerukunan melibatkan pelbagai isu, termasuk pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), penggunaan Bahasa Cina pada dokumen rasmi kerajaan dan penternakan babi di Selangor.Menurutnya, keaadan itu turut membabitkan perdebatan mengenai perlembagaan, dasar kerajaan, Bahasa Kebangsaan, dasar dan falsafah pendidikan kebangsaan, selain isu agama dan kaum."Sikap mempersoalkan titah Diraja apabila tidak memihak kepada kepentingan sendiri, tetapi menerimanya apabila selari dengan kehendak sendiri hanya mencerminkan sikap hipokrit dan oportunis, bukannya patriotisme atau penghormatan terhadap undang-undang."Isu-isu ini boleh dianggap dan ditangani sebagai isu pentadbiran atau pendekatan, namun pendebatan emosinal dan dipolitikkan akan menyumbang peningkatan keresahan awam, menurunnya kepercayaan dan semakin meruncingkan polarisasi sedia ada."Pada saat negara berdepan dengan tekanan ekonomi dan ketidaktentuan global, Malaysia memerlukan kepimpinan yang menyuburkan keyakinan serta kepercayaan awam," katanya.Katanya, negara tidak perlu pemimpin yang meledakkan kontroversi demi kontroversi dipercayai kerana keterdesakan politik, kegagalan mengawal emosi atau ketumpulan kesedaran mengenai sejarah panjang negara ini dan ciri-ciri khas masyarakatnya. |
|
Perpecahan politik hanya lemahkan orang Melayu - Sultan Selangor - Sinarharian - 21/05 11:30 am SHAH ALAM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap pertelingkahan dan perselisihan yang semakin kerap berlaku dalam kalangan ahli politik sehingga boleh menimbulkan keresahan rakyat.Baginda bertitah, keadaan itu perlu dihentikan kerana perpecahan dan pertelingkahan sesama sendiri hanya akan melemahkan orang Melayu serta umat Islam di negara ini."Jika kita terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri, maka kita yang akan rugi dan lemah."Semua pihak seharusnya mengambil iktibar daripada sejarah lampau apabila perpecahan orang Melayu Islam telah membuka ruang kepada pihak luar untuk mengambil kesempatan dan melemahkan kuasa serta kedudukan bangsa Melayu di tanah air sendiri," titah baginda dalam Perutusan Hari Raya Aidiladha 2026 pada Khamis.Sehubungan itu, Sultan Selangor berharap orang Melayu dan umat Islam di negara ini akan terus bersatu padu merangkumi pemimpin politik hingga rakyat jelata.Bagaimanapun, baginda menegaskan, perpaduan orang Melayu tidak harus disalah tafsir sebagai usaha untuk bermusuhan dengan kaum lain di negara ini.Sebaliknya, titah baginda, kekuatan sesuatu bangsa yang hidup bersatu akan menjadikan negara lebih aman, stabil dan rakyatnya saling hormat menghormati.Baginda turut menyeru seluruh rakyat pelbagai kaum dan agama supaya terus menghormati sensitiviti antara satu sama lain serta hidup aman damai.Dalam pada itu, baginda bertitah sambutan Aidiladha membawa pengertian besar mengenai pengorbanan, keikhlasan dan perpaduan ummah, sebagaimana ditunjukkan jutaan umat Islam yang berhimpun di Tanah Suci tanpa mengira pangkat, bangsa dan kedudukan."Di kesempatan sambutan Aidiladha ini juga, Beta mahu agar semua kaum, bangsa dan semua agama di negara ini saling hormat menghormati sensitiviti antara satu sama lain dan hidup aman damai."Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun Islam pernah mencapai zaman kegemilangan ketika era Kerajaan Uthmaniyyah apabila masyarakat berbilang bangsa hidup harmoni di bawah pemerintahan Islam," titah baginda.Pada masa sama, baginda dan Tengku Permaisuri Selangor turut mendoakan seluruh jemaah haji Malaysia dipermudahkan urusan ibadah serta memperoleh haji mabrur. |
|
Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna rangkaian PLUS bermula Jumaat - Careta - 21/05 7:42 am PLUS dalam kenyataan pada Rabumemaklumkan peningkatan ketara aliran trafik tersebut susulan pertembungan cuti pertengahan tahun persekolahan, dengan tiga sambutan utama iaitu Hari Raya Aidiladha, Hari Wesak dan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong |
|
Perbuatan hina Agong jenayah cabar institusi diraja – ADUN Larkin - Mygazette - 21/05 7:36 am "Semakan Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) mendapati akaun palsu menggunakan nama Sultan Ibrahim Ismail itu memuat naik kandungan yang menyentuh sensitiviti agama dan institusi diraja. "Antara kandungan yang dimuat naik adalah imej Seri Paduka Baginda yang kononnya memaparkan baginda gemar memakan daging khinzir, serta imej wajah baginda yang dipadankan pada tubuh seekor binatang," katanya dalam kenyataan malam ini |
|
Sepanduk ???Ampun Tuanku mohon berhenti sekejap??? ubah nasib keluarga 13 .. - Mygazette - 21/05 7:36 am # Sepanduk Ampun Tuanku mohon berhenti sekejap ubah nasib keluarga 13 tahun tanpa elektrik JERANTUT Ampun Tuanku mohon berhenti sekejap, tulisan di sepanduk yang meskipun ringkas, namun berjaya menghentikan konvoi diraja di sebuah laluan perkampungan di Kampung Kuala Sat, dekat Ulu Tembeling di sini, pada Ahad lalu |
|
Akaun media sosial TikTok palsu hina Agong, MCMC diminta ambil tindakan... - Mygazette - 21/05 7:36 am # Akaun media sosial TikTok palsu hina Agong, MCMC diminta ambil tindakan tegas KUALA LUMPUR - Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) mengesan kewujudan sebuah akaun TikTok palsu yang dipercayai menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan kandungan bersifat fitnah dan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Kenyataan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini memaklumkan, kandungan video yang dimuat naik di dalam akaun palsu itu, Sultan Ibrahim Ismail itu memaparkan gambar Seri Paduka Baginda kononnya gemar memakan daging khinzir |
|
Siew Ki junjung titah Sultan Selangor, hormati dan patuhi prinsip Rukun... - Mygazette - 21/05 7:36 am # Siew Ki junjung titah Sultan Selangor, hormati dan patuhi prinsip Rukun Negara KUALA LUMPUR Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki menjunjung tinggi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung penghayatan terhadap Rukun Negara |
|
Jangan peralat institusi diraja demi kepentingan politik sempit – .. - Mygazette - 21/05 7:36 am # Jangan peralat institusi diraja demi kepentingan politik sempit - DAP Melaka KUALA LUMPUR - Semua pihak diingatkan supaya tidak memperalatkan institusi diraja demi kepentingan politik sempit sehingga boleh menjejaskan keharmonian serta perpaduan negara |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |