| /// |
|
| Search : Puspen News | Page 1 |
|
Dua polis bantuan terlibat kes dadah di Puspen Kedah berdepan Lembaga... - Mgazette - 1/03 3:20 pm # Dua polis bantuan terlibat kes dadah di Puspen Kedah berdepan Lembaga Tatatertib - Saifuddin BACHOK - Dua anggota polis bantuan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang disyaki terlibat membekalkan dadah kepada 47 klien Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Serdang, Kedah, akan dihadapkan ke Lembaga Tatatertib esok |
|
Two AADK auxiliary policemen to face disciplinary board over drug supply to 47 Puspen clients - Malaymail - 1/03 1:02 pm BACHOK, March 1 Two National Anti-Drugs Agency (AADK) auxiliary policemen suspected of supplying drugs to 47 cli... |
|
2 polis bantuan bekal dadah kepada pelatih Puspen kena tindakan - FMT - 1/03 10:30 am Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata dua anggota sokongan itu akan dihadapkan ke Lembaga Tatatertib. |
|
Dakwaan jatuhkan kerajaan: Polis jalankan siasatan selepas terima aduan - KDN - Sinarharian - 1/03 8:57 am BACHOK - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan pihak polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan wujud cubaan menjatuhkan kerajaan serta mengganggu kestabilan negara selepas menerima aduan.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun menyifatkan siasatan masih terlalu awal dan enggan mengulas lanjut."Pada Jumaat lalu menerusi mesyuarat Jemaah Menteri keputusan yang diambil adalah apa sahaja aduan, polis dikehendaki memberi keutamaan untuk menjalankan siasatan."Dalam kes ini, ia bermula dengan ada pihak membuat aduan dan kita kena mulakan siasatan, namun masih terlalu awal," katanya kepada pemberita pada Majlis Bersahur bersama klien sempenaProgram Penerapan Nilai-nilai Murni di PUSPEN Bachok di sini pada Ahad.Menurut beliau, aduan itu menjadi asas kepada polis bagi menentukan hala tuju siasatan dan motif.Katanya, semua perkara tersebut perlu dilihat semua secara keseluruhan.Terdahulu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dalam kenyataan memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara melibatkan seorang individu berpengaruh tempatan dengan agensi media antarabangsa.Mohd Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara tersebut semalam dan siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman serta kes disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan.Beliau berkata, siasatan berhubung kes itu masih diteruskan dan menasihati masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan sementara siasatan dilengkapkan demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini. |
|
1,500 penagih serah diri kepada PUSPEN - KDN - Sinarharian - 1/03 8:39 am BACHOK - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan seramai 1,500 penagih telah secara sukarela menyerah diri kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) untuk menjalani rawatan pemulihan.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah terbabit direkodkan daripada 6,000 klien yang berada di 30 PUSPEN seluruh negara."Manakala selebihnya iaitu 50,000 klien berada dalam komuniti |
|
Bekal dadah pada klien Puspen, seorang polis bantuan AADK dipecat, dua berdepan Lembaga Tatatertib esok - Utusan - 1/03 7:43 am BACHOK: Seorang daripada tiga anggota polis bantuan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang dipercayai membekalkan dadah kepada klien di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Serdang, Kedah, sudah dipecat daripada perkhidmatan pada Oktober tahun lalu |
|
Dua kakitangan AADK bekal dadah pada klien di PUSPEN hadapi Lembaga Tatatertib pada Isnin - Sinarharian - 1/03 7:28 am BACHOK - [DIKEMAS KINI] Dua kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang terlibat dengan kes 47 klien di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Serdang, Kedah, positif dadah jenis methamphetamine akan dihadapkan ke Lembaga Tatatertib pada Isnin.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata proses tatatertib terhadap kedua-dua kakitangan terlibat telah pun dimulakan lebih awal dan kini memasuki fasa terakhir."Semua kakitangan yang terlibat, tiga individu merupakan polis bantuan |
|
Dua kakitangan AADK positif dadah hadapi Lembaga Tatatertib pada Isnin - Sinarharian - 1/03 7:28 am BACHOK - Dua kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang terlibat dengan kes 47 klien di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Serdang, Kedah, positif dadah jenis methamphetamine akan dihadapkan ke Lembaga Tatatertib pada Isnin.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata proses tatatertib terhadap kedua-dua kakitangan terlibat telah pun dimulakan lebih awal dan kini memasuki fasa terakhir."Semua kakitangan yang terlibat, tiga individu merupakan polis bantuan |
|
Pegawai AADK Bawa Masuk Dadah Dalam PUSPEN Ditukarkan Dan Kena Tindakan Tatatertib - Ohmedia - 28/02 12:29 am 47 klien positif methamphetamine dan siasatan mendapati terdapat pelanggaran arahan dari pegawai AADK. The post Pegawai AADK Bawa Masuk Dadah Dalam PUSPEN Ditukarkan Dan Kena Tindakan Tatatertib appeared first on Oh! Media . |
|
Anggota AADK bawa masuk dadah dalam Puspen sudah ditukar – Ruslin - Mgazette - 27/02 4:29 pm # Anggota AADK bawa masuk dadah dalam Puspen sudah ditukar - Ruslin KUALA LUMPUR - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengambil tindakan awal menukar kakitangan yang terlibat berhubung siasatan terhadap 47 klien di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Serdang, Kedah didapati positif dadah jenis methamphetamine |
|
Klien Puspen positif dadah, AADK ambil tindakan tatatertib - FMT - 27/02 11:20 am Ketua Pengarah AADK Ruslin Jusoh berkata kakitangan terbabit telah ditukar. |
|
47 klien PUSPEN positif dadah: Pegawai AADK bawa masuk dadah sudah ditukar - Sinarharian - 27/02 10:48 am KAJANG Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengambil tindakan pertukaran serta dalan proses tatatertib terhadap pegawainya yang terlibat berhubung kes 47 klien di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Serdang, Kedah positif dadah jenis methamphetamine.Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh berkata, proses tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Tatakelakuan dan Tatatertib) 1993.Menurutnya, selain itu, AADK turut melaksanakan pemeriksaan dan ujian saringan air kencing secara mengejut di seluruh PUSPEN bagi memastikan persekitaran pusat pemulihan bebas daripada penyalahgunaan dadah."AADK juga akan menyusuli tindakan berdasarkan syor-syor penambahbaikan daripada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi memperkukuh sistem kawal selia, memantapkan prosedur operasi standard (SOP) serta memperkasa kepatuhan integriti di semua fasiliti AADK khususnya di PUSPEN," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Pada Khamis, EAIC melaporkan hasil siasatan berkenaan kes terbabit yang dijalankan selaras dengan subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].EAIC dalam kenyataan berkata, hasil siasatan mendapati terdapat pelanggaran arahan berhubung larangan membawa masuk bahan terlarang ke dalam PUSPEN yang dilakukan oleh pegawai sewaktu bertugas.Berikutan itu, Ruslin menegaskan AADK memandang serius hasil siasatan dan laporan tersebut di mana wujudnya salah laku kakitangan AADK di PUSPEN.Kata beliau, AADK menegaskan sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati bersalah terlibat dengan pelanggaran integriti, mahu pun undang-undang negara |
|
Pegawai Puspen langgar larangan bawa dadah ke pusat pemulihan - FMT - 26/02 3:14 pm Perkara itu dikesan susulan siasatan EAIC terhadap AADK selepas 47 klien di Puspen Serdang disyaki positif dadah jenis methamphetamine. |
|
EAIC kesan wujud pegawai bawa masuk dadah ke dalam PUSPEN Serdang EAIC .. - Mgazette - 26/02 3:10 pm # EAIC kesan wujud pegawai bawa masuk dadah ke dalam PUSPEN Serdang PUTRAJAYA Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengesahkan terdapat pelanggaran arahan berhubung larangan membawa masuk bahan terlarang ke dalam Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Serdang oleh pegawai yang sedang bertugas |
|
EAIC dedah pelanggaran arahan di PUSPEN Serdang, syor tindakan tatatertib - Sinarharian - 26/02 1:58 pm PUTRAJAYA Hasil siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati berlaku pelanggaran arahan berhubung larangan membawa masuk bahan terlarang ke dalam Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Serdang oleh pegawai yang sedang bertugas.Menurut kenyataan EAIC, siasatan itu dijalankan susulan aduan terhadap Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) membabitkan 47 klien pusat berkenaan yang disyaki positif dadah jenis methamphetamine."Siasatan dilaksanakan selaras dengan subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] bagi meneliti dakwaan dan mengenal pasti sekiranya wujud salah laku dalam kalangan pegawai terlibat," katanya.Menurutnya, hasil penelitian mendapati terdapat pegawai yang melanggar arahan berkaitan larangan membawa masuk bahan terlarang ke dalam premis PUSPEN ketika sedang bertugas."Sehubungan itu, EAIC memutuskan supaya hasil siasatan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Tatatertib AADK dengan syor agar tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai terlibat di bawah Peraturan 38 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993]."Ia kerana ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan secara munasabah sebagai ingkar perintah seperti diperuntukkan di bawah Peraturan 4(2)(i) peraturan sama," katanya.Dalam masa sama, EAIC turut mengesyorkan agar satu laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.Selain itu, beberapa langkah penambahbaikan turut dicadangkan termasuk pindaan terhadap Perintah Tetap Ketua Pengarah, pemberian latihan kepada pegawai penyiasat serta pindaan terhadap Sasaran Kerja Utama supaya proses flushing dilaksanakan dengan lebih kerap bagi mengelakkan kejadian berulang.EAIC juga menegaskan keperluan kawal selia yang lebih ketat bagi memastikan tiada bahan terlarang dibawa masuk ke PUSPEN pada masa hadapan serta integriti pengurusan pusat pemulihan sentiasa terpelihara. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |