///
See Also: Shutterstock

Search : Ptd News   Page 1    



Bekas PTD mengaku tidak bersalah dua lagi pertuduhan terima wang .. - Mgazette - 23/01 5:38 pm

# Bekas PTD mengaku tidak bersalah dua lagi pertuduhan terima wang aktiviti haram SHAH ALAM - Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Shah Alam hari ini atas dua pertuduhan bagi kes pengubahan wang haram terima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM145,000





Bekas PTD didakwa lagi terima wang haram RM145,000 - Sinarharian - 23/01 2:11 pm

SHAH ALAM - Bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas dua pertuduhan menerima wang haram berjumlah RM145,000, tahun lalu.Hafizuddeain, 58, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin."Faham pertuduhan, mengaku tidak bersalah," katanya yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju berwarna hitam.Mengikut semua pertuduhan, bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang berjumlah RM115,000 dan RM30,000 yang dimasukkan ke akaun bank miliknya.Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di sebuah bank di Ampang antara 19 September 2024 dan 19 Mei 2025.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah kesalahan itu atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mahadi Abdul Jumaat mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin, menguna pakai jumlah RM250,000 termasuk syarat tambahan yang ditetapkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis, bagi empat kes terdahulu."Saya mohon kes ini dipindahkan ke Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama kerana ia menggunakan saksi serta fakta kes serupa," katanya.Bagaimanapun, peguam, Aizul Rohan Anuar tiada bantahan cadangan pihak pendakwaan.Mohd Nasir membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan sebutan semula kes pada 30 Mac depan.Pada Khamis, Muhammad Hafizuddeain didakwa atas empat kes menerima hasil aktiviti haram mencecah RM2,122,400 dari 2024 hingga tahun lalu.Dia merupakan PTD pertama dituduh atas kes menerima wang haram.Di Mahkamah Sesyen berasingan, isteri ketiganya, Salwani Anuar @ Kamaruddin, 27, mengaku tidak bersalah, atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM77,000, pada 2024 dan tahun lalu.





Bekas Panglima Tentera Darat jadi tertuduh, RM145,000 wang haram masuk akaun - Harapandaily - 23/01 12:20 am

Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini





Bekas PTD mengaku tak salah 2 lagi tuduhan ubah wang - FMT - 23/01 9:58 am

Hafizuddeain Jantan didakwa menerima RM145,000 antara 19 Sept 2024 dan 19 Mei 2025.





Bekas PTD bakal didakwa di mahkamah Shah Alam pula - Mkini - 23/01 8:34 am

Isterinya pula akan didakwa dengan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Jertih pada Isnin depan





Bekas PTD akan didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini - Hmetro - 23/01 8:27 am

Shah Alam: Bekas Panglima Tentera Darat Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan akan didakwa sekali lagi, kali ini di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, berhubung kes pengubahan wang haram



Pendakwaan akan buktikan tuduhan pengubahan wang haram terhadap bekas PTD, isteri Pendakwaan akan buktikan tuduhan pengubahan wang haram terhadap bekas PTD, isteri - SUN - 23/01 8:22 am



Isteri bekas PTD didakwa terima RM77,000 hasil aktiviti haram Isteri bekas PTD didakwa terima RM77,000 hasil aktiviti haram - SUN - 22/01 4:47 pm



Bekas PTD Hafizuddeain Jantan didakwa terima lebih RM2.12 juta hasil aktiviti haram Bekas PTD Hafizuddeain Jantan didakwa terima lebih RM2.12 juta hasil aktiviti haram - SUN - 22/01 4:47 pm





Pengubahan wang haram: Isteri ketiga bekas PTD mengaku tidak bersalah - Mgazette - 22/01 4:46 pm

# Pengubahan wang haram: Isteri ketiga bekas PTD mengaku tidak bersalah KUALA LUMPUR - Isteri ketiga bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Salwani Anuar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang berjumlah RM70,000





Bekas PTD hadapi 4 pertuduhan pengubahan wang haram RM2.12 juta - Mgazette - 22/01 4:46 pm

# Bekas PTD hadapi 4 pertuduhan pengubahan wang haram RM2.12 juta KUALA LUMPUR - Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang berjumlah RM2.12 juta





[VIDEO] Bekas PTD kunci mulut, selesai bayar jaminan RM250,000 - Kosmo - 22/01 4:22 pm

Muhammad Hafizuddeain, 58, yang diiringi dua individu lain, meninggalkan mahkamah kira-kira pukul 3.08 petang selepas dipercayai selesai membayar wang jaminan sebanyak RM250,000 ... Read more The post [VIDEO] Bekas PTD kunci mulut, selesai bayar jaminan RM250,000 appeared first on Kosmo Digital .





'Babitkan jutaan ringgit' - pendakwaan akan buktikan kes bekas PTD, isteri - Mkini - 22/01 2:46 pm

Peguam bela kepada Muhammad Hafizuddeain pula berkata bekas PTD itu akan berjuang habis-habisan untuk membersihkan namanya.





Pendakwaan PTD, isteri: Semua kes termasuk di Shah Alam, Kuala Terengganu dipindah ke KL - Sinarharian - 22/01 12:57 am

KUALA LUMPUR Semua kes pendakwaan membabitkan bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan isterinya, Salwani Anuar akan dipindahkan ke Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama.Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, keputusan memindahkan semua prosiding ke Kuala Lumpur dibuat bagi menjimatkan masa, kos serta demi kepentingan keadilan."Pemindahan ini melibatkan kes yang difailkan di Shah Alam dan Terengganu."Semua kes tersebut akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi memastikan perjalanan kes lebih teratur dan efisien," katanya ketika sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis.Wan Shaharuddin berkata, bekas PTD itu berdepan empat pertuduhan manakala isteri ketiganya turut berdepan empat pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001."Pertuduhan terhadap Muhammad Hafizuddeain melibatkan dua kes yang akan dibacakan di Shah Alam, manakala isterinya pula akan didakwa di Kuala Terengganu sebelum semua kes dipindahkan ke Kuala Lumpur."Semua wang yang terlibat adalah dana haram dan jumlah keseluruhan dianggarkan mencecah hampir RM3 juta," katanya.Terdahulu, Muhammad Hafizuddeain dan isteri ketiganya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan menerima hasil aktiviti haram membabitkan jumlah keseluruhan lebih RM2.19 juta.Muhammad Hafizuddeain, 58, didakwa atas empat pertuduhan menerima wang haram berjumlah RM2,122,400 antara Februari 2024 hingga November tahun lalu.Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Azura Alwi.Mengikut pertuduhan, beliau didakwa menerima wang haram masing-masing RM969,000, RM474,850, RM488,550 dan RM190,000 yang dimasukkan ke dalam tiga akaun bank miliknya.Kesalahan itu didakwa dilakukan di dua bank berasingan di Jalan Melaka dan Bukit Damansara di sini antara 2 Februari 2024 hingga 7 November 2025.Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman penjara hingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai kesalahan atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Sementara itu, isteri ketiga tertuduh, Salwani Anuar @ Kamaruddin, 27, turut mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rosli Ahmad atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM77,000.Wanita itu hadir ke mahkamah menggunakan kerusi roda dipercayai akibat kesakitan pada paha kerana menghidap bisul kronik.Mengikut pertuduhan, Salwani yang didakwa bertindak sebagai pengawal syarikat Wany Venture menerima wang RM50,000, RM7,000 serta dua lagi transaksi masing-masing RM10,000 yang dimasukkan ke dalam akaun syarikat berkenaan.Kedua-duanya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini berhubung kes pengubahan wang haram





Isteri ketiga PTD terpaksa duduk dalam kandang tertuduh kerana hidap bisul .. - Hmetro - 22/01 11:53 am

Kuala Lumpur: Isteri ketiga kepada bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan didakwa atas empat pertuduhan rasuah berjumlah RM77,000 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini





Hadir Ke Mahkamah Naik ‘Wheelchair’, Isteri Ketiga Bekas PTD Didakwa Terima Wang Haram RM77,000 - Beautifulnara - 22/01 10:58 am

Isteri ketiga kepada bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM77,000, dua tahun lalu, memetik Kosmo





Kronologi kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM - Sinarharian - 22/01 10:47 am

KUALA LUMPUR - Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan isterinyaSalwani Anuar pada Khamis didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur dengan empat pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram.Muhammad Hafizuddeain turut berdepan dengan dua lagi pertuduhan di Mahkamah Rasuah Shah Alam, Selangor pada Jumaat manakala isterinya akan didakwa dengan satu pertuduhan tambahan di Mahkamah Sesyen Jertih, Terengganu pada Isnin depan.Sementaraitu, bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT)Tan Sri Mohd Nizam Jaafar akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini pada Jumaat membabitkandua pertuduhan di bawahSeksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, susulan siasatan salah guna kuasadan siasatan melibatkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT).Beliau juga akan menghadapi pertuduhan pecah amanah di bawah Seksyen 409 serta satu pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.Berikut ialah kronologi melibatkan skandal rasuah pegawai tertinggi ATM:22 Disember 2025: Badrul Hisham Shaharin atau Chegubardmembuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangimendakwa dirinya mempunyai dokumen forensik yang menunjukkan aliran wang bulanan puluhan ribu ringgit ke dalam akaun seorang pegawai kanan tentera dan ahli keluarganya.23 Disember 2025: SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan (Mindef) untukmenyiasat projek perolehan secara tender terbuka dan perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat sejak 2023.24 Disember 2025: SPRM merakam keterangan tiga individu danmempergiatkan siasatan dengan membuat semakan akaun disyaki terbabit rasuah perolehan.27 Disember 2025: Muhammad Hafizuddeain diarahkan bercuti serta-merta untuk memberikan laluan kepada siasatan tanpa konflik kepentingan.29 Disember 2025: SPRM menyita enam akaun bank dipercayai milik seorang pegawai kanan Tentera Darat dan ahli keluarganya bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan perolehan projek Tentera Darat Malaysia.8 Januari 2026: Seorang bekas PTDdan dua isterinya diremanbagi membantu siasatan kes rasuah.10 Januari 2026: SPRM menyita aset mewah bernilai lebih RM2.2 juta susulan penggeledahan di sebuah kediaman di Pantai Timur, dipercayai milik isteri kedua kepada bekas pegawai tertinggi tentera darat.14 Januari 2026: SPRM mengesahkan penahanan seorang lagi pegawai tertinggi ATM untuk membantu siasatan lanjut kes projek tender perolehan tentera darat.15 Januari 2026: SPRM menahan dua pegawai tinggi dan empat pegawai kanan ATM berikutan dakwaan menerima rasuah daripada beberapa syarikat berkaitan perolehan pembekalan di TKATdan Mindef.19 Januari 2026: SPRM menyerahkan kertas siasatan membabitkanbekas pegawai tertinggi ATM kepada pendakwa raya.21 Januari 2026: SPRM mengesahkan telah mendapat izin daripada Peguam Negara untuk mendakwa dua bekas pegawai tertinggi ATM.22 Januari 2026:Muhammad Hafizuddeaindan isterinyaSalwani Anuardidakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur dengan empat pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram





Bekas PTD, isteri ketiga didakwa terima RM2.12 juta hasil aktiviti haram - Mkini - 22/01 9:36 am

Hafizuddeain Jantan bagaimanapun mengakut tidak bersalah terhadap empat pertuduhan pengubahan wang haram.





Bekas PTD didakwa terima wang haram lebih RM2.1 juta - Sinarharian - 22/01 9:31 am

KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas empat kes menerima hasil aktiviti haram mencecah RM2,122,400 pada 2024 hingga tahun lalu.Muhammad Hafizuddeain, 58, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azura Alwi."Faham (pertuduhan) puan, saya mohon dibicarakan," katanya yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju dan berseluar serba hitam.Dia yang merupakan PTD pertama dituduh atas kes menerima wang haram, kelihatan tenang ketika berada di kandang tertuduh.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menerima hasil haram iaitu wang masing-masing RM969,000, RM474,850, RM488,550 dan RM190,000 yang dimasukkan ke dalam tiga akaun bank miliknya.Kesalahan didakwa dilakukan di dua bank berbeza di Jalan Melaka, Jalan Tun Perak dan Bukit Damansara di sini, antara 2 Februari 2024 dan 7 November 2025





Kes gubah wang haram: Bekas PTD, isteri tiba di mahkamah - Sinarharian - 22/01 9:06 am

KUALA LUMPUR - Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dan isterinyamasing-masing tibadi Mahkamah Sesyen di sini pada jam 8.10 dan 8.20 pagipada Khamis.Difahamkan pasangan ini berdepan empat pertuduhan mengubahan wang haram di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).Pada Rabu, menerusi kenyataan media oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) izin daripada Peguam Negara untuk mendakwa pasangan suami isteri itu telah diperoleh.Ia berhubung siasatan kes membabitkan kes tender perolehan pasukan itu.





Mantan PAT, bekas PTD serta isteri akan didakwa Mantan PAT, bekas PTD .. - Mgazette - 21/01 6:26 pm

KUALA LUMPUR - Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Hafizuddiean Jantan serta isterinya, Salwani Anuar akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah, dekat sini, esok





Bekas PTD, isteri akan didakwa esok, bekas PAT dituduh Jumaat - Sinarharian - 21/01 5:30 pm

KUALA LUMPUR Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Hafizuddiean Jantan dan isterinya, Salwani Anuar akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, berhubung kes pengubahan wang haram, pada Khamis.Berdasarkan kenyataan media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mereka berdepan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).Hafizuddiean turut berdepan kes di bawah seksyen serta akta yang sama di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada Jumaat.Salwani pula akan didakwa di bawah peruntukan sama di Mahkamah Sesyen Jertih, Terengganu pada Isnin minggu depan.Dalam perkembangan berkaitan, SPRM turut memperoleh izin daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendakwa bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Mohd Nizam Jaafar di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur pada Jumaat, 23 Januari.Mohd Nizam akan didakwa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berkaitan siasatan salah guna kuasa dan siasatan melibatkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT).Beliau juga akan berdepan pertuduhan pecah amanah di bawah Seksyen 409 serta satu pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.SPRM turut memaklumkan, siasatan terhadap dua lagi pegawai kanan ATM kini berada di peringkat akhir dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.Menurut SPRM, Suruhanjaya itu kekal komited untuk memastikan setiap kesalahan rasuah dan salah guna kuasa ditangani secara tegas, telus dan tanpa sebarang kompromi selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang





Bekas PTD, isteri didakwa empat pertuduhan rasuah esok - Kosmo - 21/01 5:13 pm

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memperoleh izin daripada Peguam Negara untuk mendakwa dua pegawai tertinggi Angkatan Tentera (ATM) serta seorang orang awam berhubung siasatan kes rasuah membabitkan kes tender perolehan pasukan itu. Individu-individu berkenaan melibatkan bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Hafizuddiean Jantan serta isterinya, Salwani Anuar yang mana masing-masing akan ..





PTD Sahkan 15 Pegawai Dikesan Terlibat Aktiviti Tidak Bermoral - Siakapkeli - 17/01 3:39 pm

PTD Sahkan 15 Pegawai Dikesan Terlibat Aktiviti Tidak Bermoral PORT DICKSON, 17 Jan (Bernama) — Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Datuk Azhan Md Othman mengesahkan sebanyak 15 pegawainya dikenal pasti terlibat dalam aktiviti tidak bermoral yang dikaitkan dengan budaya “Yeye”, seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini





PM arah semua perolehan ATM, PDRM terkait rasuah dibekukan - Mgazette - 17/01 7:12 am

"Budaya buruk dan merosakkan ini mesti diperbaiki segera, katanya lagi. Sebelum ini media melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita sejumlah barangan daripada dua kediaman bekas Panglima Tentera Darat (PTD) termasuk satu di rumah rahsia yang terletak di Kuala Lumpur





Siasatan kes Op Parasit, Op Star dilengkapkan Isnin depan ??? Azam... - Mgazette - 15/01 5:20 pm

# Siasatan kes Op Parasit, Op Star dilengkapkan Isnin depan Azam Baki PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melengkapkan siasatan terhadap bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Isnin depan





Kertas Siasatan Kes Bekas PTD Dijangka Siap Isnin Hadapan – Azam Baki - Siakapkeli - 15/01 4:21 pm

Kertas Siasatan Kes Bekas PTD Dijangka Siap Isnin Hadapan – Azam Baki PUTRAJAYA, 15 Januari (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjangka kertas siasatan kes melibatkan bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dapat disiapkan selewat-lewatnya Isnin depan, sekali gus membuka jalan kepada tindakan pendakwaan





Aset bernilai jutaan ringgit dicadang dilucut hak, serah kepada kerajaan - Sinarharian - 15/01 4:08 pm

PUTRAJAYA - Aset bernilai jutaan ringgit yang dirampas dalam siasatan melibatkan seorang bekas Panglima Tentera Darat akan dicadangkan dilucut hak dan diserahkan kepada kerajaan untuk manfaat kepada rakyat.Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, permohonan pelucuthakan sedang disiapkan mengikut prosedur mahkamah ketika ini."Tindakan itu bagi memastikansemua aset berkenaan diserah milik secara sah kepada kerajaan mengikut peruntukan undang-undang."Bagaimanapun tindakan itu bergantung kepada Timbalan Pendakwa Raya selain memerlukan kebenaran mahkamah di bawah Seksyen 41 Akta SPRM 2009," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Khamis.Katanya, keseluruhan barangan disita berjumlah RM 11.4 juta melibatkan siasatan terhadap bekas pegawai tertinggi Tentera Darat itu."Antara barangan yang disita melibatkan wang tunai berjumlah RM4.4 juta, mata wang asing bernilai RM1.4 juta, sebuah kereta Range Rover SVR bernilai RM360,000 dan 26 unit jam tangan mewah bernilai RM2.3 juta."Turut disita melibatkan pelbagai barang kemas bernilai RM294,039.90, dua cincin berlian RM20,000, jongkong emas seberat 3.7 kilogram bernilai RM2.5 juta, medalion emas 150 gram bernilai RM102,000 dan dua dinar emas seberat 8.5 gram bernilai RM5,780," katanya.Menurutnya, kesemua berangan berkenaan dirampas di sebuah rumah di Kuala Lumpur dan di Besut, Terengganu."Sebanyak 75 akaun syarikat berjumlah RM32.5 juta turut dibekukan bagi membantu siasatan," katanya.Terdahulu, pada 7 Januari lalu, bekas PTD bersama bersama dua isterinya ditahan SPRM berkait projek perolehan tender tentera darat.Pegawai itu kemudian direman selama tujuh hari manakala kedua-dua isterinya masing-masing direman tiga dan enam hari.Bekas PTD itu kemudian dilepaskan daripada tahanan reman pada 12 Januari lepas.





Dua pegawai ATM akan didakwa berkaitan kes rasuah, tender perolehan - Sinarharian - 15/01 2:11 pm

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Sekurang-kurangnya dua pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka akan dituduh di mahkamah berhubung berkaitan kes rasuah membabitkan rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM), minggu depan.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, beberapa kertas siasatan berhubung kes itu akan dilengkapkan dan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Isnin ini bagi mendapatkan arahan lanjut untuk tujuan pertuduhan kes itu"Siasatan masih diteruskan dan saya sudah mengarahkan pegawai penyiasat untuk menyegerakan siasatan itu."Beberapa kertas siasatan dijangka akan disiapkan Isnin depan dan kita akan merujuk ia kepada TPR untuk keputusan lanjut dengan cadangan untuk pertuduhan membabitkan seorang atau dua individu," katanya pada sidang akbar khas di pejabatnya, di sini pada Khamis.Mengulas lanjut, Azam berkata, pihaknya menahan 23 individu dengan membuka kertas siasatan membabitkan 22 'predicate offense'."Kita turut membuka satu kertas siasatan membabitkan pengubahan wang haram mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001)."Setakat ini, kita sudah merakam percakapan 30 saksi sepanjang dua minggu tempoh siasatan dijalankan bagi membantu siasatan kes berkenaan melalui Op Parasit.Sementara itu, beliau berkata, walaupun siasatan bermula hanya dengan maklumat yang agak terhad berkaitan transaksi wang dan ia menjadi cabaran kepada pegawai penyiasat untuk membuktikannya dalam tempoh singkat berikutan prosedur ketat perbankan.Bagaimanapun katanya, kerjasama Bank Negara Malaysia dan pihak institusi kewangan membantu mempercepatkan pembekalan dokumen penting."Siasatan lanjut mendapati kes membabitkan isu perolehan, termasuk mengenal pasti kontrak terbabit serta pihak pemberi wang dengan 27 kontraktor ditahan bagi membantu siasatan sebelum semuanya dibebaskan."Hasil siasatan dan perisikan SPRM berjaya mengesan aset serta bahan bukti berkaitan dalam tempoh dua minggu, satu pencapaian membanggakan hasil dedikasi dan komitmen pegawai saya yang menjalankan siasatan sejak akhir tahun lalu," katanya.Media sebelum ini melaporkan, bekas Panglima Tentera Darat (PTD) sudah dibebaskan daripada reman pada jam 6.30 petang Isnin.Terdahulu dua isteri bekas PTD turut dibebaskan selepas tempoh reman mereka tamat.SPRM pada 23 Disember tahun lalu hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan menyiasat projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.Pada 24 Disember tahun lalu, SPRM sudah memanggil tiga individu untuk dirakam keterangan berhubung kes berkenaan.





Rasuah Tender ATM: Seorang Lagi Pegawai Tinggi Ditahan SPRM - Wrlr - 14/01 5:37 pm

4 hours ago Pegawai kanan berkenaan ditahan jam 11 pagi ini bagi membantu siasatan kes membabitkan perolehan yang didakwa tidak mengikut peraturan ditetapkan hingga menyebabkan rasuah berlaku. KUALA LUMPUR, 14 Jan Kes tender perolehan membabitkan Panglima Tentera Darat (PTD) memasuki fasa baharu apabila seorang lagi pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu





Seorang lagi pegawai kanan ATM ditahan SPRM - Mgazette - 14/01 4:25 pm

Dalam pada itu Azam mengesahkan, SPRM telah membebaskan bekas Panglima Tentera Darat daripada tahanan reman pada 6.30 petang, Isnin, 12 Januari lalu. Sebelum ini media melaporkan, bekas PTD direman tujuh hari sehingga 14 Januari depan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan penerimaan rasuah melibatkan projek tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM)





Bekas PTD bebas reman, SPRM tahan seorang lagi pegawai tinggi tentera - Mkini - 14/01 1:59 pm

Azam Baki berkata pegawai berkenaan ditahan pada 11 pagi dan kini sedang disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan.





Sambung reman bekas PTD atau tidak bergantung kepada siasatan – Azam - Mgazette - 13/01 3:42 pm

# Sambung reman bekas PTD atau tidak bergantung kepada siasatan - Azam PETALING JAYA - Keputusan sama ada bekas Panglima Tentera Darat (PTD) akan disambung reman dalam masa terdekat atau tidak bergantung kepada siasatan yang dijalankan





Bekas PTD nyata hasrat bersara awal - Khaled - Mkini - 12/01 4:36 pm

Menteri Pertahanan berkata hasrat Muhammad Hafizuddeain itu bagi membolehkan Majlis Angkatan Tentera (MAT) mencari calon PAT baru.





Aset lebih RM2.2 juta milik isteri kedua bekas panglima tentera disita - Mgazette - 10/01 5:50 pm

# Aset lebih RM2.2 juta milik isteri kedua bekas panglima tentera disita KUALA LUMPUR - Aset bernilai lebih RM2.2 juta dipercayai milik isteri kedua kepada seorang bekas pegawai tertinggi Tentera Darat (PTD) disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi tadi





SPRM Sita 23 Jam Tangan Mewah Bernilai RM2.2 Juta Di Rumah Isteri Kedua Bekas PTD - Siakapkeli - 10/01 5:38 pm

SPRM Sita 23 Jam Tangan Mewah Bernilai RM2.2 Juta Di Rumah Isteri Kedua Bekas PTD PUTRAJAYA, 10 Jan (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita aset mewah bernilai lebih RM2.2 juta susulan penggeledahan di sebuah kediaman di Pantai Timur dipercayai milik isteri kedua kepada seorang bekas pegawai tertinggi Tentera Darat (PTD)





SPRM sita 23 jam tangan Rolex di rumah isteri kedua bekas PTD - Sinarharian - 10/01 3:42 pm

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita aset mewah bernilai lebih RM2.2 juta susulan penggeledahan di sebuah kediaman isteri kedua kepada bekas Panglima Tentera Darat (PTD) di sebuah negeri di pantai timur pada Sabtu.Menurut sumber, penggeledahan yang dibuat menjumpai dua bagasi yang dipercayai digunakan untuk menyimpan barangan tersebut."Hasil pemeriksaan menemui 23 unit jam tangan jenama Rolex pelbagai model dengan anggaran nilai pasaran semasa berjumlah kira-kira RM2 juta," katanya.Tambah sumber, SPRM turut menyita beberapa barangan kemas milik seorang individu yang dipercayai bersubahat dianggarkan bernilai kira-kira RM225,000.Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.Sebelum ini, media melaporkan bekas PTD yang disiasat dalam kes rasuah membabitkan tender perolehan Tentera Darat direman tujuh hari bermula 8 Januari bagi membantu siasatan kes berkenaan.Selain itu, seorang daripada isterinya yang turut ditahan SPRM pula direman enam hari, manakala seorang lagi isterinya direman tiga hari.Pada Jumaat, media melaporkan SPRM telah menyita wang tunai, kenderaan utiliti sukan berprestasi tinggi (SVR) dan emas kira-kira RM6.9 juta melibatkan kes terbabit.Sumber dilaporkan berkata, wang tunai yang disita itu meliputi nilai dalam mata wang Dolar Amerika Syarikat (ASD), Euro, Pound, Yen (Jepun), dan Riyal (Arab Saudi).Kes disiasat di bawah Seksyen 16(b) Akta SPRM 2009.Pada 23 Disember lepas, pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan dan tumpuan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.





Bekas PTD disyaki terima rasuah secara terancang, libatkan rangkaian lebih .. - Mgazette - 9/01 8:06 am

# Bekas PTD disyaki terima rasuah secara terancang, libatkan rangkaian lebih luas KUALA LUMPUR - Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai menerima wang rasuah secara terancang melibatkan rangkaian lebih luas





Bekas PTD, dua isteri ditahan reman bantu siasatan kes rasuah tender TDM - Mgazette - 8/01 3:39 pm

# Bekas PTD, dua isteri ditahan reman bantu siasatan kes rasuah tender TDM PUTRAJAYA - Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) direman selama tujuh hari manakala kedua-dua isterinya masing -masing direman tiga dan enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM)





Bekas PTD, dua isteri berbaju lokap serta bergari tiba di mahkamah - Mkini - 8/01 12:40 am

Mereka tiba bagi urusan reman untuk membantu siasatan kes rasuah membabitkan rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).





Bekas PTD dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM bantu siasatan kes tender perolehan - Mgazette - 8/01 8:13 am

# Bekas PTD dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM bantu siasatan kes tender perolehan PUTRAJAYA - Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini petang ini dipercayai bagi membantu siasatan kes tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM)





Kes rasuah tender: Bekas PTD hadir ke ibu pejabat SPRM - Mkini - 7/01 4:31 pm

Muhammad Hafizuddeain Jantan dilihat tiba pada 3.10 petang dengan diiringi beberapa individu ketika memasuki bangunan ibu pejabat SPRM di Putrajaya.



Ejen, orang tengah tak boleh dibenarkan masuk di Kementerian Pertahanan .. - Mgazette - 7/01 4:09 pm

# Ejen, orang tengah tak boleh dibenarkan masuk di Kementerian Pertahanan - Agong KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat tegas kepada Panglima Tentera Darat (PTD) baharu bagi memastikan seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) berpegang teguh kepada nilai integriti dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab



Agong zahir nasihat tegas kepada Panglima Tentera Darat baharu - Sinarharian - 7/01 1:46 pm

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat tegas kepada Panglima Tentera Darat (PTD) baharu, Jeneral Datuk Azhan Md Othman, supaya memastikan seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) berpegang teguh kepada nilai integriti dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa rasuah merupakan musuh utama kepada kekuatan dan kredibiliti angkatan pertahanan negara, dan sebarang bentuk salah guna kuasa atau penyelewengan tidak boleh diterima sama sekali.Seri Paduka Baginda, selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, turut mengingatkan bahawa kepemimpinan yang berintegriti bermula dari peringkat tertinggi, dan PTD hendaklah menjadi contoh teladan dalam membudayakan tadbir urus yang bersih, telus serta bertanggungjawab.Menurut hantaran berkenaan, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar TDM terus dihormati dan diyakini rakyat sebagai angkatan yang profesional serta bebas amalan rasuah demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara."Sebelum ini, sudah beberapa kali saya menegaskan mengenai 'orang tengah' atau ejen di Kementerian Pertahanansepatutnya mereka semua ini tidak boleh dibenarkan masuk," titah Sultan Ibrahim.Terdahulu, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima menghadap PTD yang baharu di Istana Bukit Tunku di sini hari ini.Azhan secara rasmi dilantik sebagai PTD ke-31 berkuat kuasa 1 Jan lepas.Pelantikan itu adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 yang bersidang pada 19 November 2025 dan diperkenankan Sultan Ibrahim pada 1 Disember 2025.Beberapa keping foto pertemuan Sultan Ibrahim dengan Azhan turut dimuat naik bersama hantaran berkenaan



Warga TDM diminta bertenang, tidak terpengaruh dengan isu terpencil .. - Mgazette - 6/01 3:30 pm

# Warga TDM diminta bertenang, tidak terpengaruh dengan isu terpencil - PTD KUALA LUMPUR Warga Tentera Darat Malaysia (TDM) diminta bertenang dan tidak terpengaruh dengan sebarang isu terpencil yang boleh menjejaskan keharmonian serta keselamatan negara



Aspek integriti, tadbir urus teras kepimpinan Azhan - Sinarharian - 6/01 10:59 am

KUALA LUMPUR - Aspek integriti dantadbir urus yang telus menjadi teras kepimpinan Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-31, Jeneral Datuk Azhan Md Othman.Menurut kenyataan Sel Perhubungan Raya Tentera Darat, ia selari dengan insiatif strategik Angkatan Masa Hadapan - Strategi Domain Daratan yang mendokong aspirasi Kertas Putih Pertahanan."Azhan dilantik sebagai PTD Ke-31 berkuat kuasa 1 Januari, selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera Ke-631 pada 19 November lalu dan telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 Disember lalu," katanya.Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Selasa menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat PTD Ke-31 kepada Azhan di Wisma Pertahanandi sini.Menurut kenyataan itu, latar belakang kepimpinan serta pengalaman luas Azhan diyakini mampu memastikan kesinambungan kepimpinan Tentera Darat Malaysia, selain memperkukuh tahap kesiapsiagaan pasukan sebagai teras utama pertahanan negara."Selain itu, agenda kesejahteraan anggota dan keluarga Tentera Darat akan terus dilestarikan bagi memastikan kebajikan warga pasukan sentiasa terpelihara," menurut kenyataan itu.Menerusi kenyataan sama, Azhan dengan penuh hormat takzim menyembah ucapan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas kepercayaan yang diberikan terhadapnya."Justeru, Azhan menyeru seluruh warga Tentera Darat Malaysia agar menyatukan tekad, memperkukuh perpaduan dan meningkatkan prestasi demi memastikan Tentera Darat terus mara sebagai angkatan pertahanan yang profesional, berkeupayaan serta diyakini rakyat," katanya.Azhan yang dilahirkan di Muar, Johor pada 4 September1969, memulakan kerjaya ketenteraan selepas mengikuti Latihan Pegawai Kadet di Sungai Besi pada 1987 sebelum ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Rejimen Askar Melayu Diraja pada 29 Julai 1989.Sepanjang perkhidmatannya, beliau memegang pelbagai jawatan penting di peringkat Tentera Darat Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, sekali gus membentuk kepimpinan serta profesionalisme ketenteraan yang kukuh.Antara jawatan pernah disandang ialah Pegawai Memerintah Batalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja, Komander Batalion Siap Sedia Tentera Darat, Komander MALBATT 850-6 serta Panglima Ke-2 Divisyen Infantri Malaysia.



Siasatan rasuah: Pelantikan PAT ditangguh, Azhan Md Othman PTD baru - Mkini - 31/12 4:39 pm

Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Leftenan Jeneral Azhan Md Othman dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31, berkuat kuasa esok.




Reformasi     >>



Ramai sambut baik, PM syor ladang babi di Bukit Tagar .. - Harapandaily
Ramai menyambut baik penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar projek ternakan babi berskala besar di Bukit Tagar, Hulu Selangor dibatalkan. Terdahulu, Anwar berkata, Kabinet dalam mesyuarat hari ini, berpandangan isu berkenaan membabitkan faktor persekitaran dan keresahan ..
Kroni     >>



RM42mil not from Saudis, Najib admits in court - Star
KUALA LUMPUR: The RM42mil deposited into Datuk Seri Najib Razak's personal bank accounts was not related to any Saudi donation, the former prime minister has conceded. Read full story
Tabloid     >>



Rayuan Ditolak, Dai Syed Dipenjara 10 Tahun & Tiga .. - Beautifulnara
Pendakwah selebriti, Dai Syed, dihantar ke penjara hari ini selepas Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita, yang berlaku tujuh tahun lalu. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Adlin Abdul Majid, ..
Tech     >>



Why couldn't Samsung and Apple make this phone? - Phonearena
It's frustrating how the world's biggest phone makers are not even close to the hardware on this phone.
World     >>



Board of Peace, Zelensky and Musk - What happened .. - BBC
The US president held a charter-signing ceremony for his "new international oversight body", though several key allies were not present.
Motor Trend     >>



Motosikal Yamaha Y15zr Edisi Ulang Tahun Ke-70 Lancar .. - Mekanika
# YAMAHA Y15ZR EDISI ULANG TAHUN KE-70 LANCAR DI INDONESIA **Yamaha Motor Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 Yamaha dengan memperkenalkan barisan model istimewa.** Sempena ulang tahun ke-70, Yamaha melancarkan empat model khas yang terdiri dari MX King 150 (Y15ZR), Aerox Aplha Turbo (NVX ..