| /// |
|
| Search : Prn Negeri Sembilan News | Page 1 |
|
PRN Negeri Sembilan ujian keikhlasan kerjasama BN-PN – KJ - Mygazette - 24/07 3:21 pm # PRN Negeri Sembilan ujian keikhlasan kerjasama BN-PN - KJ LENGGENG - Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan merupakan medan menguji keikhlasan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), bukannya sekadar menggabungkan jumlah undi kedua-dua parti |
|
Projek di Nilai bukan lagi sekadar janji – Arul Kumar - Mygazette - 24/07 3:21 pm Beliau menegaskan, segala perkara yang dibangkitkan bukan lagi sekadar janji politik, sebaliknya sebahagian besarnya telah diselesaikan atau berada pada peringkat pelaksanaan oleh kerajaan. Pada PRN Negeri Sembilan kali ini, Arul Kumar mempertahankan kerusi DUN Nilai dalam pertandingan lima penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lai Chien Kong, calon Bersatu, Datuk V Saravana Kumar, calon Berjasa, Zamani Ibrahim dan calon Bebas, Omar Mohd |
|
DAP tiada pilihan lain kecuali kekal bersama PH – Ramasamy - Mygazette - 24/07 3:21 pm Manakala, MCA dan MIC, walaupun masih berada dalam keadaan lemah di persada politik negara, menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada DAP atau PH dalam pilihan raya negeri Johor yang lalu. Manakala, prestasi DAP dalam PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos akan menjadi ukuran sama ada parti itu mampu menghentikan kemerosotan sokongan politiknya |
|
5 Soalan: Calon Bersatu DUN Linggi mahu tingkat ekonomi, ubah taraf... - Mygazette - 24/07 3:21 pm Ahli perniagaan itu juga pernah bertanding merebut kerusi DUN Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2023, meskipun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Faizal Ramli. Pada PRN Negeri Sembilan kali ini, beliau sekali lagi mencuba nasib dalam persaingan yang dilihat lebih sengit memandangkan perlu berdepan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam persaingan tiga penjuru |
|
Kerjasama dengan Pas rugikan BN, dakwa Sanjeevan - Mygazette - 24/07 3:21 pm Mengulas prestasi PN pada PRN Johor baru-baru ini, Sanjeevan mendakwa kemerosotan sokongan terhadap gabungan itu banyak dipengaruhi sentimen pengundi terhadap Pas, sekali gus menjejaskan calon Bersatu yang bertanding menggunakan lambang PN. Menurutnya, pengalaman itu menjadi antara sebab Bersatu mengambil keputusan bertanding menggunakan logo sendiri pada PRN Negeri Sembilan bagi membolehkan pengundi menilai parti itu berdasarkan identiti, calon dan perjuangan yang dibawanya |
|
Sanusi ramal PN sapu bersih 11 kerusi DUN - Mygazette - 24/07 3:21 pm Pergi campur undi PN dan BN, menang tak 11 kerusi itu? Akan menang dan saya minta semua doakan PN menang, kerana orang baik-baik dan kami tiada masalah apa-apa, katanya selepas Ceramah Perdana Umum PN dan BN Parlimen Jempol di Bandar Seri Jempol malam tadi. PN sebelum ini mengumumkan senarai 11 calon mewakili gabungan itu yang bertanding pada PRN Negeri Sembilan hasil kerjasama pembahagian kerusi dengan BN |
|
PRN Negeri Sembilan jadi batu loncatan BN-PN hadapi PRU16 - Mygazette - 24/07 3:21 pm # PRN Negeri Sembilan jadi batu loncatan BN-PN hadapi PRU16 KUALA LUMPUR - Parti Wawasan Negara (Wawasan) menyifatkan pertaruhannya di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan sebagai batu loncatan penting untuk menguji kekuatan serta formula kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) |
|
Saya tidak memenuhi syarat kelayakan calon MB - Anthony - Sinarharian - 24/07 12:18 am JEMPOL Datuk Seri Aminuddin Harun kekal menjadi satu-satunya calon Menteri Besar Negeri Sembilan bagi Pakatan Harapan (PH) sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri selepas pilihan raya negeri (PRN).Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, tiada calon lain selain Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan itu yang dipertimbangkan untuk mengisi jawatan berkenaan.Menurutnya, beliau sendiri tidak memenuhi syarat kelayakan untuk dilantik sebagai Menteri Besar seperti yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri."Calon Menteri Besar kita hanya seorang saja, itu Tok Min (Aminuddin Harun)."Calon Menteri Besar untuk Negeri Sembilan amat jelas dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, seorang ADUN Melayu yang beragama Islam. Saya tidak memenuhi syarat kelayakan tersebut," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja projek siap landasan kereta api di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Bahau pada Jumaat.Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan siapa calon Menteri Besar PH sekiranya Aminuddin gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi yang disifatkan sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN).Selain itu, Asyraf Wajdi turut memaklumkan BN mempunya senarai panjang calon yang layak dipertimbangkan menjadi Menteri Besar sekiranya diberi mandat oleh pengundi untuk membentuk kerajaan selepas PRN Negeri Sembilan. |
|
Asyraf cuba nak main sentimen, disekolahkan netizen selepas sembang isu MB .. - Wrlr - 24/07 9:39 am Menurut Afiq, sejarah tersebut menunjukkan syarat pelantikan ketua kerajaan negeri tidak seragam di seluruh negara dan tidak wajar dicampuradukkan untuk membangkitkan ketakutan pengundi. Pernah bekerjasama Afiq turut mempersoalkan tindakan memainkan sentimen DAP sedangkan BN pernah bekerjasama dengan PH dalam PRN Negeri Sembilan pada 2023 |
|
‘Itu perang psikologi’ ??? Tok Mat nafi BN ciplak manifesto .. - Mygazette - 24/07 8:01 am Mohamad berkata, manifesto berkenaan dijangka dilancarkan pada malam esok sebagai tawaran BN kepada rakyat Negeri Sembilan menjelang PRN. Sementara itu, beliau berkata BN masih belum memutuskan calon yang akan diketengahkan sebagai _poster boy_ bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan |
|
Pusat Media PN jadi benteng perang maklumat PRN Negeri Sembilan –... - Mygazette - 24/07 8:01 am # Pusat Media PN jadi benteng perang maklumat PRN Negeri Sembilan - Mukhriz SEREMBAN - Penubuhan Pusat Media Penerangan dan Komunikasi Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan merupakan langkah strategik untuk menghadapi perang maklumat sepanjang tempoh kempen |
|
Nama gabungan BN-PN belum pernah dibincangkan ??? Annuar Musa - Mygazette - 24/07 8:01 am Yang penting bukan nama, tetapi persefahaman dalam gabungan ini. Cadangan itu dibuat secara spontan dan belum dibincangkan di mana-mana peringkat, katanya pada sidang media di Pusat Media PN PRN Negeri Sembilan di Ampangan, di sini, hari ini |
|
Cukuplah bernostalgia, pemimpin PAS gesa Muhyiddin henti ungkit kisah lama PN - FMT - 24/07 7:30 am Dua pemimpin PAS berkata presiden Bersatu perlu tumpukan perhatian pada usaha kukuhkan parti dan kempen PRN Negeri Sembilan. |
|
Tiada gabungan baharu, BN-PN hanya persefahaman hadapi PRN, kata Tok Mat - FMT - 23/07 6:37 pm Timbalan pengerusi BN berkata, kerjasama pada PRN Negeri Sembilan itu bertujuan pastikan undi Melayu tidak terus berpecah. |
|
PRN bukan pemilihan presiden, Tok Mat kata buang masa debat - FMT - 23/07 5:57 pm Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata keutamaan BN adalah menang PRN Negeri Sembilan. |
|
Tiada ‘langkah Bangkok’ atau ‘langkah??Dubai’, .. - Mygazette - 23/07 4:55 pm Kita ada tempoh kira-kira sembilan hari lagi dan saya fikir perkara itu boleh diselesaikan, katanya. Terdapat laporan yang mengatakan PDM BN Klawang enggan beroperasi berikutan tanda protes selepas BN tidak meletakkan calon diDUNtersebut pada PRN Negeri Sembilan |
|
Aminuddin sangkal dakwaan tanding DUN Linggi cubaan benam karier politik - Mygazette - 23/07 4:55 pm Jadi saya akan teruskan perjuangan ini, insya-Allah. Sementara itu, Aminuddin berkata, sebagai `poster boy Menteri Besar PH pada PRN Negeri Sembilan kali ini juga, beliau mempunyai tanggungjawab dan tugas besar untuk memastikan kemenangan di DUN Linggi |
|
Turun kempen bertemu pengundi lebih utama berbanding debat ??? Tok Min - Mygazette - 23/07 4:55 pm Kita dengar dan insya-Allah, kita selesaikan permasalahan di bawah, bukan sahaja di DUN Linggi, tetapi di seluruh Negeri Sembilan. Sebab itu kita minta semua calon PH pada PRN Negeri Sembilan ini ambil perhatian tentang aduan-aduan dan permasalahan-permasalahan setempat, katanya |
|
Pakatan sulit BN-PN punca PH kalah di Johor, Khalid yakin tak berkesan di .. - Mygazette - 23/07 4:55 pm # Pakatan sulit BN-PN punca PH kalah di Johor, Khalid yakin tak berkesan di N9 SEREMBAN - Pakatan Harapan (PH) mendakwa kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini dipengaruhi "pakatan sulit" antara parti itu dengan Perikatan Nasional (PN). BagaimanapunPengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad, yakin strategi sedemikian tidak lagi memberi impak serupa pada PRN Negeri Sembilan, 1 Ogos ini |
|
Undi PH demi kestabilan negeri dan negara ??? penganalisis - Mygazette - 23/07 4:55 pm Bagi kestabilan di peringkat nasional pula, kemenangan PH di negeri itu pastinya mampu meredakan ura-ura DAP meletakkan jawatan daripada semua jawatan politik di peringkat Persekutuan, memastikan Kerajaan Madani kekal utuh sehingga pilihan raya umum akan datang. Jadi, PRN Negeri Sembilan kali ini boleh dianggap amat penting untuk mencorakkan senario politik negara ketika negara berdepan pelbagai cabaran dalam dan luar negara sehingga kerajaan memutuskan untuk mengadakan PRU16, katanya dalam satu kenyataan, hari ini |
|
Isytihar dulu Jalaluddin sebagai MB dulu sebelum cabar debat – .. - Mygazette - 23/07 4:55 pm Khalid juga berkata, sekiranya Jalaluddin hanyalah calon Dewan Undangan Negeri (DUN) biasa, adalah tidak wajar beliau mencabar Aminuddin untuk berdebat mengenai pentadbiran negeri. Menurutnya, status calon menteri besar perlu dijelaskan terlebih dahulu supaya rakyat mengetahui siapa sebenarnya yang ditawarkan BN sebagai pemimpin negeri sekiranya gabungan itu memenangi PRN Negeri Sembilan |
|
'Jika BN umum Jalaluddin calon MB, baru sesuai debat dengan Tok Min'- Khalid - Sinarharian - 23/07 4:00 pm SEREMBAN Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad mempersoalkan kewajaran Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berdebat dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang dinamakan sebagai calon Menteri Besar gabungan itu.Menurut beliau, perkara berkenaan hanya akan dipertimbangkan sekiranya Jalaluddin telah pun diumumkan secara rasmi sebagai calon Menteri Besar daripada Barisan Nasional (BN) - Perikatan Nasional (PN)."Adakah Datuk Seri Jalaluddin merupakan calon Menteri Besar? Adakah apabila beliau mencabar Tok Min (Aminuddin) ini mengesahkan bahawa beliaulah calon Menteri Besar BN-PN?"Kalau beliau calon Menteri Besar, biarlah diumumkan dan diisytiharkan secara rasmi. Kalau sekadar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) biasa sahaja, saya rasa tidak sesuailah untuk beliau mencabar Tok Min berdebat," katanya dalam sidang akhbar di Hotel Klana Resort di sini pada Khamis.Hadir sama, Ketua Penerangan PH yang juga Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin.ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada sesuatu yang tak kena dalam Kerajaan Perpaduan' - KJ'Kerjasama UMNO, Pas mampu bentuk Kerajaan Selangor' - Noh Omar'Selepas Johor, parti Rafizi akan dimalukan lagi di Melaka' - Penganalisis'Menggelupur sangat bila kita nak bersatu' - Akmal Saleh bidas AMKPH tawar manifesto yang bukan sekadar janji - AminuddinSPR keluar 13,263 kertas undi pos bagi PRN Negeri SembilanSebelum ini Sinar Harian melaporkan, Jalaluddin tidak mempunyai hasrat berdebat dengan mana-mana pihak, namun bersedia menerima pelawaan sekiranya dikemukakan pihak lawan.Beliau berkata demikian ditanya sama ada bersedia berdebat dengan Aminuddin yang dinamakan PH sebagai calon Menteri Besar.Pertanyaan mengenai kemungkinan debat tersebut timbul kerana Jalaluddin merupakan antara tokoh utama BN di Negeri Sembilan, selain mengetuai 14 Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) UMNO-BN yang mengumumkan hilang kepercayaan sekali gus menarik sokongan terhadap Aminuddin pada 27 April lalu.Mengulas lanjut, Khalid berkata, sekiranya Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan telah pun mengumumkan bahawa Jalaluddin adalah calon Menteri Besar mereka, baharulah soal debat itu dipertimbangkan.Sementara itu ditanya sama ada stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) kemungkinan bersedia menjadi platform penganjuran debat terbabit, Fahmi berkata, beliau masih belum meneliti perkara berkenaan."Saya belum mengikuti isu ini dengan dekat kerana agak sibuk menguruskan beberapa isu."Saya akan tengok nanti |
|
Sinar Harian sedia jadi pentas debat PRN Negeri Sembilan - Sinarharian - 23/07 3:49 pm SHAH ALAM - Sinar Harian bersedia menjadi platform atau pentas bagi penganjuran debat mahupun dialog terbuka membabitkan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sekiranya terdapat kesepakatan antara pihak berkaitan.Sebagai media yang membawa aspirasi Suara Rakyat, Sinar Harian sentiasa komited menyediakan ruang perbincangan yang seimbang dan profesional bagi membolehkan calon mengetengahkan pendirian, tawaran serta pandangan masing-masing kepada rakyat.Akhbar ini melihat debat atau dialog politik sebagai satu medium penting dalam membina wacana politik yang matang kerana ia memberi peluang kepada rakyat menilai hujah, idea serta keupayaan calon menjawab persoalan berkaitan kepentingan mereka secara terbuka.Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias terdahulu dilaporkan, tidak keberatan menerima pelawaan debat daripada pihak lawan termasuk Datuk Seri Aminuddin Harun, sekiranya dicabar.Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri Pertang itu berkata, walaupun partinya tidak bercadang memulakan cabaran debat terbuka, beliau bersedia membahaskan sebarang isu jika pelawaan dikemukakan.Kesediaan itu menarik perhatian berikutan Jalaluddin mengetuai UMNO-BN negeri yang sebelum ini mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Aminuddin, calon Menteri Besar Pakatan Harapan (PH).Sementara itu Aminuddin menerusi respons pada Khamis menyatakan akan meneliti terlebih dahulu cadangan serta topik debat terbuka sekiranya menerima pelawaan daripada pihak lawan.Calon PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi itu berkata, sebarang debat perlu mempunyai skop dan hala tuju yang jelas.Pada 7 Julai lalu, Sinar Harian bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro Awani menjadi penganjur bersama Dialog PRN Johor yang menampilkan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik secara solo.Sebelum itu, Sinar Harian pernah beberapa kali menganjurkan debat antara pemimpin utama negara yang antaranya mempertemukan Datuk Seri Najib Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dengan Datuk Seri Azeez Rahim dan Datuk Seri Rafizi Ramli dengan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. |
|
Cadangan PBN belum pernah dibincang secara rasmi - Ahmad Zahid - Sinarharian - 23/07 3:37 pm Tiada sebarang perbincangan rasmi mengenainya."Kalau cadangan itu serius, adakan perbincangan secara rasmi dan perincikan terlebih dahulu. Jika sekadar disebut ketika kempen, ia perlu diperhalusi," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelerasan Antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bersama Exco-exco Luar Bandar (MEXCLUB) ke-61 di Teluk Bahang di sini pada Khamis.Sebelum ini, Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan Negara), Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan mencadangkan supaya persefahaman antara PN dan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dikenali sebagai PBN.Menurut Hamzah, penggunaan nama tersebut bertujuan memudahkan rakyat memahami bentuk kerjasama antara kedua-dua gabungan selain mengelakkan kekeliruan apabila menyebut PN dan BN secara berasingan.Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO yakin isu kebimbangan berhubung kemungkinan berlaku boikot dalam kalangan akar umbi parti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang dapat diselesaikan sebelum hari pengundian.Beliau berkata, perkara itu telah dibincangkan bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias memandangkan DUN berkenaan berada dalam kawasan Parlimen pemimpin itu."Saya telah berbincang dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dan perkara itu kini dalam proses penyelesaian."Kita masih mempunyai kira-kira sembilan hari sebelum hari pengundian dan saya percaya isu itu dapat diselesaikan," katanya.Sebelum ini media melaporkan, UMNO DUN Klawang tidak bersetuju sekiranya calon luar bertanding menggunakan lambang BN pada PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos nanti.Penyelaras UMNO DUN Klawang, Azmi Selamat berkata, ia berikutan ada khabar angin mendakwa UMNO bersetuju mahu meletakkan anak kepada seorang tokoh politik yang bukan ahli UMNO sebagai calon menggunakan lambang BN.Katanya, perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan ia sesuatu yang amat mendukacitakan sekiranya dakwaan berkenaan adalah benar. |
|
PRN Negeri Sembilan bukan sekadar soal negeri, keyakinan Sabah dan Sarawak turut dipertaruhkan - Harapandaily - 23/07 3:15 pm Kini, percaturan kerusi di Parlimen sangat jelas: tiada kerajaan Persekutuan yang stabil dan berkekalan mampu bertahan... The post PRN Negeri Sembilan bukan sekadar soal negeri, keyakinan Sabah dan Sarawak turut dipertaruhkan appeared first on Harapan Daily . |
|
DAP bimbang penyatuan ummah di Negeri Sembilan - Ahmad Fadhli - Sinarharian - 23/07 3:14 pm SHAH ALAM - Pimpinan utama Pakatan Harapan (PH) terutamanya DAP mula menunjukkan reaksi tidak senang dengan realisasi penyatuan ummah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, dakwa Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari.Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, PH dan DAP menyedari hakikat bahawa sekiranya rakyat benar-benar menterjemahkan penyatuan ummah di atas kertas undi, kedua-duanya bakal tersungkur dalam pilihan raya kali ini.Lebih-lebih lagi menurutnya, trend pengundian masyarakat Cina terhadap DAP semakin menurun sejak pilihan raya di Sabah, Johor dan tidak mustahil berulang di Negeri Sembilan."Keadaan ini sudah cukup untuk membimbangkan DAP, kerusi selamat sedia ada pun mungkin tidak lagi stabil."Apabila koalisi penyatuan ummah dibentuk, gelombang penolakan terhadap DAP semakin membarah dan kuat," katanya di Facebook pada Khamis.Pada 16 Julai lalu, PN mengumumkan bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Negeri Sembilan yang bakal berlangsung 1 Ogos ini.Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika Majlis Pengumuman Calon PN Negeri Sembilan di Kompas Kampung Ismail, Seremban.ARTIKEL BERKAITAN:'Ada sesuatu yang tak kena dalam Kerajaan Perpaduan' - KJ'Kerjasama UMNO, Pas mampu bentuk Kerajaan Selangor' - Noh Omar'Selepas Johor, parti Rafizi akan dimalukan lagi di Melaka' - Penganalisis'Menggelupur sangat bila kita nak bersatu' - Akmal Saleh bidas AMKPH tawar manifesto yang bukan sekadar janji - AminuddinMenurut beliau, daripada 11 kerusi yang ditandingi, sebanyak lima kerusi diperuntukkan kepada Pas, empat Parti Wawasan Rakyat (Wawasan), satu Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan satu Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).Pada masa sama, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan, gabungan itu melengkapkan 'puzzle' kerusi yang tidak ditandingi Barisan Nasional (BN) yang mana parti itu hanya meletakkan calon di 25 DUN.Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berpendapat bahawa sasaran 23 kerusi dalam pilihan raya kali ini adalah realistik."Sebanyak 14 kerusi yang dimenangi oleh UMNO dalam PRN lalu, tiga kerusi Pas dan dua kerusi di DUN Gemenceh dan Gemas mempunyai harapan yang tinggi untuk dimenangi BN serta PN, menjadikannya keseluruhan 19 kerusi."Empat lagi DUN dalam situasi terbuka dan berpotensi untuk dimenangi BN mahupun PN kerana mempunyai majoriti Melayu yang tinggi |
|
Ahmad Zahid balas pantun Anwar - Sinarharian - 23/07 2:23 pm Saya buat pantun ini jam 9.04 malam tadi, lepas keluar berita. Ini pantunnya."Mendaki ke Gunung Tahan,Jatuh ke gaung temui maut,Bumbung tercabut mampu ditahan,Jika ribut, diterbang ke laut"ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada sesuatu yang tak kena dalam Kerajaan Perpaduan' - KJ'Kerjasama UMNO, Pas mampu bentuk Kerajaan Selangor' - Noh Omar'Selepas Johor, parti Rafizi akan dimalukan lagi di Melaka' - Penganalisis'Menggelupur sangat bila kita nak bersatu' - Akmal Saleh bidas AMKPH tawar manifesto yang bukan sekadar janji - AminuddinSPR keluar 13,263 kertas undi pos bagi PRN Negeri SembilanTiada arahan letak jawatan, hanya kekalkan disiplin dan profesionalisme - Fahmi Fadzil25+11 belum tentu 36'Jurang melebar tapi belum retak'PRN Negeri Sembilan: Gandingan Anwar, Aminuddin serlah kekuatan sebenar PH - Penganalisis"Faham tak? Tak faham tak apa |
|
PRN Negeri Sembilan: Pas nafi arah ahli parti wajib undi calon BN, MCA dan MIC - Sinarharian - 23/07 1:49 pm SHAH ALAM - Pas menafikan hantaran palsu yang sedang tersebar di media sosial berhubung arahan wajib menyokong dan mengundi calon UMNO-Barisan Nasional (BN), MCA serta MIC dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Jabatan Penerangan Pas Pusat berkata, parti tidak pernah mengeluarkan kenyataan mahupun arahan sedemikian kepada ahli-ahli Pas."Pas menafikan hantaran palsu yang sedang tersebar di media sosial," katanya ringkas di Facebook pada Khamis.Kenyataan media palsu yang memetik nama Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bertarikh 22 Julai itu tular meskipun kedua-dua parti memang menjalinkan kerjasama dalam PRN Negeri Sembilan.Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan persefahaman yang terjalin antara Perikatan Nasional (PN) dan BN bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan bertujuan merampas pentadbiran negeri itu daripada Pakatan Harapan (PH).Beliau berkata, ia dirangka bagi memaksimumkan peluang pembangkang menewaskan PH yang kini mentadbir Negeri Sembilan.Mohd Amar menambah, kerjasama antara dua gabungan itu di Negeri Sembilan hanya persefahaman pilihan raya dan bukannya jalinan politik secara rasmi.PN pada 16 Julai lalu mengumumkan bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Negeri Sembilan yang bakal berlangsung 1 Ogos ini.Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika Majlis Pengumuman Calon PN Negeri Sembilan di Kompas Kampung Ismail, Seremban.Menurut beliau, daripada 11 kerusi yang ditandingi, sebanyak lima kerusi diperuntukkan kepada Pas, empat Parti Wawasan Rakyat (Wawasan), satu Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan satu Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan gabungan itu melengkapkan 'puzzle' kerusi yang tidak ditandingi BN di mana parti itu hanya meletakkan calon di 25 DUN. |
|
Undi PH demi selamatkan kestabilan negeri, negara - Penganalisis - Sinarharian - 23/07 1:06 pm KUALA LUMPUR - Pengundi Negeri Sembilan harus bertindak bijak dengan sekali lagi memberi peluang kepada gabungan parti politik sealiran Kerajaan Persekutuan untuk mentadbir negeri berkenaan buat penggal seterusnya.Pensyarah Fakulti Perniagaan dan Sains Sosial, Universiti Antarabangsa Albukhary, Profesor Madya Dr Norizan Azizan berkata, ia penting bagi meredakan kemelut istana Negeri Sembilan yang tidak berkesudahan dan menjamin sokongan berterusan oleh Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi gandingannya dengan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun."Bagi kestabilan di peringkat nasional pula, kemenangan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu pastinya mampu untuk meredakan ura-ura untuk DAP meletakkan jawatan daripada semua jawatan politik di peringkat Persekutuan bagi memastikan Kerajaan Madani kekal utuh sehingga pilihan raya umum akan datang."Jadi, PRN Negeri Sembilan kali ini boleh dianggap amat penting untuk mencorakkan senario politik negara ketika negara berdepan pelbagai cabaran dalam dan luar negara sehingga kerajaan memutuskan untuk mengadakan PRU16," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Baru-baru ini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, beliau mahu parti itu terus kekal dalam Kerajaan Persekutuan, namun akan menerima apa sahaja keputusan dibuat perwakilan pada kongres parti 16 Ogos ini.Menurut Anthony, perkara itu akan diputuskan melalui undi sulit kira-kira 3,000 hingga 4,000 perwakilan, dan beliau akan menghormati keputusan tersebut walaupun ia bertentangan dengan pendirian kepimpinan parti.Dalam pada itu, Norizan berkata, pengundi di Negeri Sembilan terutama pengundi muda harus bertindak bijak memilih gabungan parti politik yang terbaik untuk mentadbir negeri berkenaan buat penggal seterusnya.Katanya, ini penting bagi menangani kemelut istana yang belum reda dan menjamin kestabilan politik dalam membentuk pentadbiran kerajaan terbaik buat Negeri Sembilan."PRN Negeri Sembilan ini dilihat penting untuk mencorakkan lanskap politik negara yang ketika ini berdepan pelbagai cabaran dalam dan luar negara sehingga kerajaan memutuskan untuk mengadakan PRU16," katanya. |
|
Pemimpin UMNO kurang senang cadangan nama 'Perikatan Barisan Nasional' - Sinarharian - 23/07 12:16 am Bagi saya istilah itu tidak relevan, ia hanya gabungan semasa ini. Saya pun tak tahu apa tafsiran dia (Hamzah)," katanya.Beliau berkata demikian ditemui pemberita selepas program kempen PRN Negeri Sembilan di Palong 4, Jempol, malam Rabu.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang turut hadir dalam program terbabit menegaskan , kepimpinan BN tidak pernah membincangkan atau meluluskan penggunaan nama baharu itu.Jelasnya, kerjasama yang terjalin dengan PN hanya berasaskan persefahaman bagi mengelakkan pertindihan kerusi serta memastikan kemenangan bersama."Mengenai Perikatan Barisan Nasional, itu kenyataan dia |
|
PRN Negeri Sembilan: Fahmi mahu teliti masalah capaian internet di Felda... - Mygazette - 23/07 8:26 am # PRN Negeri Sembilan: Fahmi mahu teliti masalah capaian internet di Felda Kepis KUALA PILAH - Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (Harapan), Datuk Seri Fahmi Fadzil memberi jaminan akan meneliti keperluan pembinaan menara telekomunikasi di Felda Kepis susulan aduan penduduk berhubung masalah capaian internet yang masih tidak memuaskan |
|
Visi MVV 2.0 Aminuddin perlu diteruskan demi masa depan Negeri Sembilan .. - Mygazette - 23/07 8:26 am Juga meningkatkan kemudahan awam serta memperbaiki taraf hidup rakyat secara menyeluruh, katanya. Mengulas kempen PRN Negeri Sembilan, Aidi berkata, PH memilih untuk membawa pendekatan lebih pragmatik dengan memberi fokus kepada dasar serta penyelesaian yang mampu memberi manfaat kepada rakyat |
|
Tauliah mengajar lapan ahli politik, calon PRN digantung sementara .. - Mygazette - 23/07 8:26 am Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan tindakan lanjut diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa serta syarat-syarat Tauliah Mengajar Agama Negeri Sembilan, katanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha memastikan institusi masjid dan surau kekal berkecuali daripada sebarang aktiviti berunsur politik sepanjang tempoh kempen PRN Negeri Sembilan |
|
Tiada alasan munasabah untuk tolak kerajaan PH di N. Sembilan ???... - Mygazette - 23/07 8:26 am Beliau ditemui MalaysiaGazette ketika mengiringi calon PH DUN Bagan Pinang, Nasir Ramanberkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di sekitar Port Dickson, di sini petang tadi. Sementara itu, Mohamad menyelar pihak-pihak tertentu yang memainkan naratif perkauman dan agama khususnya dengan menyerang DAP dalam berkempen pada PRN Negeri Sembilan kali ini |
|
PH-BN akan bekerjasama semula selepas PRN jika gagal bentuk kerajaan ???... - Mygazette - 23/07 8:26 am Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu, Hanif Abu Bakar mendakwa, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada BN menerusi aplikasi WhatsApp baru-baru ini. Menurut beliau, mesej berkenaan diterima selepas Bersatu mengumumkan keputusan untuk bertanding secara solo pada PRN Negeri Sembilan kali ini |
|
???Boneka DAP??? inilah yang perjuangkan kepentingan Melayu ??? Aminuddin .. - Mygazette - 23/07 8:26 am Tuan-tuan rasai dan telah merasa apa yang telah kita laksanakan, katanya. PRN Negeri Sembilan dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos ini, dengan PH menawarkan 10 komitmen utama menerusi manifesto Kekal Harapan bagi meneruskan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat negeri itu |
|
PMX tidak akan berani suruh pemimpin BN letak jawatan – Ahmad... - Mygazette - 23/07 8:26 am Perdana Menteri tak akan berani minta kami letak jawatan. Ada berani PMX suruh kami letak jawatan? Ada berani, ada berani, ada berani? katanya ketika berucap pada ceramah PRN Negeri Sembilan di Felda Palong 4 di sini |
|
???Perikatan Barisan Nasional??? nama pun tak senonoh, kata Muhyiddin - Mygazette - 23/07 8:26 am Perikatan Barisan Nasional, begitulah bunyinya. Tak senonoh, lagi lama makin teruk bunyinya, katanya ketika berucap pada program minum santai di DUN Labu, di sini, sempena PRN Negeri Sembilan |
|
Bukan sekadar ???kacau daun???, Bersatu mahu bentuk kerajaan di N. Sembilan - Mygazette - 23/07 8:26 am Bukan setakat nak masuk bertanding tapi nak menang nak bentuk kerajaan, bukan nak kacau daun, katanya. Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada program minum santai di DUN Labu, di sini, sempena PRN Negeri Sembilan |
|
Bersatu penentu besar PRN Negeri Sembilan - Utusan - 23/07 8:00 am Dengan 36 ... Read more The post Bersatu penentu besar PRN Negeri Sembilan appeared first on Utusan Malaysia . |
|
Muhyiddin bidas Khaled Nordin, jangan perlekeh kemampuan Bersatu - Sinarharian - 23/07 12:37 am Banyak mana pengalaman Datuk Khaled berbanding pengalaman saya ataupun pengalaman parti kita?" katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Rapat Rakyat Bersatu Negeri Sembilan di Bilik Gerakan Utama (BGU) Sikamat di sini pada Rabu.Menurut Muhyiddin, penyertaan Bersatu dalam PRN bukan sekadar untuk mencabar mana-mana pihak, sebaliknya parti itu mempunyai sasaran jelas untuk membentuk kerajaan negeri."Kita bukan main-main masuk pilihan raya ini, bukan nak kacau daun. Kita masuk untuk menang."Jadi jangan perlekehkan kemampuan kita," katanya.Dalam perkembangan sama, Muhyiddin memaklumkan Bersatu kini sedang memuktamadkan manifesto PRN Negeri Sembilan yang dijangka dilancarkan dalam beberapa hari lagi.Katanya, manifesto tersebut disediakan oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan Datuk Radzi Jidin dengan memberi penekanan terhadap isu-isu utama membabitkan kebajikan rakyat."Antara perkara yang diberi perhatian ialah ekonomi, infrastruktur, kesihatan awam, pendidikan dan beberapa lagi isu yang menjadi keutamaan rakyat Negeri Sembilan."Manifesto itu akan dilancarkan dalam tempoh terdekat," katanya.Mengulas mengenai calon Menteri Besar sekiranya Bersatu berjaya membentuk kerajaan negeri, Muhyiddin berkata, perkara itu belum diputuskan kerana tumpuan ketika ini adalah untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi."Kalau sokongan kuat dan kita memperoleh jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan, sudah tentu jawatan Menteri Besar perlu diisi."Tetapi buat sementara ini kita belum membuat sebarang keputusan lagi," katanya.Beliau turut mengakui sukar meramalkan pencapaian Bersatu pada PRN kali ini memandangkan ia merupakan kali pertama parti itu bertanding menggunakan nama sendiri di Negeri Sembilan.Bagaimanapun, katanya, sambutan rakyat sepanjang tempoh berkempen dilihat semakin menggalakkan walaupun parti itu tidak mahu terlalu yakin."Saya tidak boleh meramal lagi, tetapi daripada apa yang saya lihat sambutan semakin meningkat di setiap lokasi yang saya kunjungi |
|
Kerajaan Perpaduan kekal stabil - PM - Sinarharian - 23/07 12:10 am kita perlu jaga kestabilan ini supaya ekonomi negara jangan tergugat, dan pelabur terus datang," katanya.Anwar berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Jelajah Kekal Harapan di Senawang di sini malam ini sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, yang berlangsung 1 Ogos.Turut hadir Mohamad, yang juga Presiden Amanah, serta Timbalan Setiausaha Agung DAP, Steven Sim.Hadir sama Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; Menteri Besar Selangor merangkap Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Amirudin Shari, kepimpinan dan calon gabungan itu yang bertanding pada PRN berkenaan.Dalam pada itu, menyentuh mengenai pentadbiran Negeri Sembilan, Anwar yang juga Pengerusi PH turut mengulangi pendirian untuk mengekalkan Aminuddin sebagai Menteri Besar sekiranya gabungan tersebut diberi mandat semula oleh rakyat.Beliau berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan rekod perkhidmatan, keikhlasan dan tadbir urus baik yang ditunjukkan sepanjang Aminuddin menerajui Negeri Sembilan."Saya tengok dari segi rekod prestasi, keikhlasan, akhlak dan peribadi, ini calon Menteri Besar kita yang terbaik."Negeri Sembilan ini dah elok, melaksanakan apa yang dikatakan... jadi, hentikan amalan 'sakau' dan jadikan negeri ini contoh pentadbiran yang baik," kata beliau.Pada PRN kali ini, PH bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri yang menyaksikan 16 calon daripada PKR, 11 mewakili DAP manakala Amanah, sembilan.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 1 Ogos sebagai tarikh pengundian manakala undi awal pada 28 Julai ini.Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari - Bernama |
|
Rakyat perlu tolak politik 'kahwin-cerai' - Mohamad Sabu - Sinarharian - 22/07 11:36 pm SEREMBAN - Rakyat dan pengundi di Negeri Sembilan hendaklah menolak politik 'kahwin-cerai' yang sering dilakukan oleh sesetengah parti politik demi merebut kuasa, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu.Beliau berkata, politik 'kahwin-cerai' yang disifatkannya sebagai amalan lompat parti dan pertukaran kesetiaan politik demi kuasa tidak boleh diterima di negara ini kerana boleh menjejaskan kestabilan politik.Mohamad berkata, sikap berpolitik yang suka mencari sekutu baharu semata-mata untuk meraih kuasa tidak seharusnya menjadi budaya dalam politik negara, justeru pengundi perlu berhati-hati terhadap pihak yang sering mengubah pendirian politik mengikut keadaan."Mereka berkahwin dengan Barisan Nasional (BN) dulu kemudian bercerai, berkahwin pula dengan Pakatan Rakyat, kemudian bercerai pada 2015."Dia berkahwin balik dengan UMNO BN, tak lama berkahwin setahun lebih, cerai! Kahwin pula dengan Bersatu tapi diceraikan pula! Sekarang dia mengorat pula isteri (BN) kita! Politik begini jangan kita izinkan terus berkembang di Malaysia," katanya.Beliau yang juga Timbalan Pengerusi PH berkata, demikian pada ceramah Jelajah Kekal Harapan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di sini malam ini.Ceramah itu turut disertai Perdana Menteri merangkap Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai acara penutup kepada siri kempen PH di negeri itu hari ini.Pengerusi PH Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam ceramah sama berkata Kerajaan Negeri Sembilan komited memelihara kebajikan serta meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat menerusi pembentangan tawaran dan inisiatif manifesto PH yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat.Beliau berkata, tuduhan yang melemparkan gelaran 'boneka DAP' terhadap beliau adalah tidak benar, sebaliknya pentadbiran kerajaan negeri sentiasa bekerjasama sebagai satu pasukan demi kepentingan seluruh rakyat.Calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi itu berkata, dasar yang diperjuangkan seperti penukaran status tanah leasehold (pajakan) kepada freehold (pegangan bebas) memberi manfaat besar kepada masyarakat Melayu dan Bumiputera untuk memiliki kediaman sendiri."Inisiatif yang kami bawakan ini bukan untuk kelompok tertentu sahaja. Kami bekerjasama sebagai satu pasukan untuk memastikan keadilan sosial serta kebajikan masyarakat Melayu, Cina dan India sentiasa terbela secara adil dan saksama," katanya.Aminuddin ketika mengulas mengenai hala tuju baharu menerusi manifesto yang ditawarkan berkata, pelbagai bantuan kewangan dan insentif pendidikan kini turut diperluaskan kepada golongan M40 yang berpendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah, selain peningkatan bantuan sara hidup penuntut IPTA, penawaran latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara percuma serta insentif khas untuk warga emas berumur 65 tahun ke atas.Beliau berkata, kedudukan kewangan Negeri Sembilan kini berada di tahap yang amat kukuh dengan jumlah rizab simpanan mencapai RM1.3 bilion, membuktikan kecekapan pentadbiran yang berdisiplin, tulus dan bebas rasuah demi memacu negeri menuju wawasan Negeri Sembilan Maju 2045.Pada PRN Negeri Sembilan ke-16 ini, PH bertanding di kesemua 36 kerusi DUN yang menyaksikan sebanyak 16 calon daripada PKR, 11 mewakili DAP dan sembilan calon Amanah.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian awal bagi PRN Negeri Sembilan pada 28 Julai manakala hari mengundi pada 1 Ogos.Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari - Bernama |
|
Jawatan menteri besar bukan rebutan - Anwar - Sinarharian - 22/07 10:55 pm SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak sikap pihak tertentuyang terlalu ghairah merebut jawatan menteri besar.Beliau berkata, perkara utama dalam pilihan raya ialah mereka yang dipilih rakyat perlulah mampu meneruskan pentadbiran kerajaan negeri dengan baik dan menjaga kepentingan rakyat keseluruhan."Di sebelah sana, berapa ramai yang berebut (jawatan menteri besar)? Belum apa-apa sudah berebut... lepas pilihan raya nanti pun berebut lagi."Sebab itu jangan bagi mereka berebut, sebaliknya berikan mandat kepada pimpinan PH yang terbukti fokus bekerja untuk rakyat," kata beliau ketika berucap pada Majlis Makan Malam Perpaduan di Taman Sri Penaga, Sikamat di sini malam ini.Hadir sama Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, calon PH DUN Sikamat, Nor Azman Mohamad dan calon PH DUN Ampangan, Datuk Muhammad Nazri Kassim.Perdana Menteri berkata, pengundi di Negeri Sembilan wajar mengekalkan Aminuddin sebagai Menteri Besar berikutan rekod cemerlang beliau dalam menerajui pentadbiran kerajaan negeri dengan bebas daripada amalan rasuah dan penyelewengan.Dalam pada itu, Anwar yang juga Presiden PKR menyelar naratif politik perkauman dimainkan sesetengah pihak semasa kempen pilihan raya demi meraih sokongan pengundi.Beliau berkata, Kerajaan Perpaduan sentiasa bersikap adil dan inklusif dengan membantu seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, merangkumi penambahan peruntukan sosioekonomi, perumahan serta pelarasan gaji penjawat awam.Pada PRN kali ini, PH bertanding di kesemua 36 kerusi DUN membabitkan 16 calon PKR, 11 calon mewakili DAP dan sembilan calon Amanah.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 1 Ogos sebagai tarikh pengundian PRN Negeri Sembilan, manakala undi awal pada 28 Julai.Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari - Bernama |
|
ULASAN Medan Pertempuran PRN Negeri Sembilan - Mkini - 22/07 9:00 pm Cabaran politik di Negeri Sembilan kini semakin besar dan kompleks. |
|
Pemuda UMNO Pokok Sena gesa perkukuh kerjasama dengan Pas - Sinarharian - 22/07 5:35 pm POKOK SENA UMNO digesa memanfaatkan sepenuhnya hubungan baharu dengan Pas bagi membina kepercayaan dan kerjasama yang lebih kukuh pada peringkat akar umbi demi memperkasakan agenda perpaduan ummah.Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Mohd Farhan Ahmad berkata, perkara tersebut merupakan antara cadangan usul utama yang akan dibawa pada Persidangan Pemuda UMNO Bahagian berkenaan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Menurutnya, hubungan yang terjalin antara kedua-dua parti tidak seharusnya bersifat sementara atau hanya tertumpu kepada kepimpinan tertinggi semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan dalam bentuk kerjasama yang lebih menyeluruh."Momentum hubungan baharu UMNO-Pas perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk membina kepercayaan yang kukuh pada peringkat akar umbi, menyusun agenda ummah secara bersama serta menyediakan asas perpaduan yang utuh dan berkekalan demi generasi akan datang," katanya kepada Sinar Harian.Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lalu, Pas mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon bukan Melayu daripada MCA dan MIC sebagai sebahagian daripada strategi mengekang peluang Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP, daripada membentuk kerajaan negeri.Arahan mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kawasan yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) turut terpakai kepada calon bukan Melayu daripada komponen BN.Terbaharu, pada PRN Negeri Sembilan, kedua-dua gabungan tersebut secara terbuka bekerjasama apabila BN bertanding di 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PN bertanding di 11 kerusi bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri.Jelas Mohd Farhan, perpaduan tidak boleh dianggap sebagai strategi politik jangka pendek, sebaliknya perlu dijadikan prinsip perjuangan yang mampu memperkukuh parti dalam jangka panjang.Menurutnya, sejarah tamadun Islam membuktikan bahawa kekuatan sesuatu umat terhasil daripada kesatuan, manakala perpecahan hanya akan melemahkan perjuangan."Perpaduan bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan mendesak dalam menghadapi cabaran politik semasa."Kita bukan sedang membina kerjasama untuk menghadapi satu pilihan raya sahaja, sebaliknya membina asas perjuangan yang mampu bertahan untuk tempoh puluhan tahun berteraskan persaudaraan, keikhlasan dan saling menghormati," ujarnya.Selain memperkukuh hubungan dengan Pas, Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena turut mencadangkan agar kepimpinan parti menetapkan dasar regenerasi kepimpinan yang lebih jelas menjelang PRU16.Antara cadangan yang dikemukakan ialah mewujudkan kuota wajib calon muda dalam proses pencalonan pilihan raya bagi memastikan UMNO terus relevan dengan demografi pengundi semasa yang semakin dikuasai golongan muda.Menurut usul berkenaan, gabungan pengalaman pemimpin lama dengan tenaga serta idealisme generasi muda diyakini mampu menjadi kekuatan baharu kepada UMNO untuk meraih semula keyakinan rakyat. |
|
Calon Bebas Sri Tanjung tampil manifesto tujuh teras - Sinarharian - 22/07 4:53 pm Tinggalan sejarah perlu dipelihara supaya generasi akan datang memahami sejarah tempat ini sebagaimana negara maju memelihara warisan mereka," katanya.Dalam pada itu, Islah mencabar semua calon yang bertanding di DUN Sri Tanjung menyertai satu sesi debat khas mengenai sejarah dan identiti Port Dickson.Menurutnya, perbahasan itu penting bagi membolehkan rakyat menilai sejauh mana setiap calon memahami latar belakang kawasan yang ingin diwakili."Saya berbesar hati jika diadakan debat antara semua calon mengenai sejarah Port Dickson dan identiti yang mahu diperjuangkan. Kalau seseorang mahu mewakili kawasan ini, dia perlu tahu sejarahnya, termasuk tokoh-tokoh serta asal usul tempat ini," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: SPR keluar 13,263 kertas undi pos bagi PRN Negeri SembilanTiada arahan letak jawatan, hanya kekalkan disiplin dan profesionalisme - Fahmi Fadzil25+11 belum tentu 36'Jurang melebar tapi belum retak'PRN Negeri Sembilan: Gandingan Anwar, Aminuddin serlah kekuatan sebenar PH - PenganalisisBeliau berkata, cabaran itu bukan bertujuan mempersoalkan asal-usul mana-mana calon, sebaliknya memastikan wakil rakyat yang dipilih benar-benar memahami sejarah dan identiti Port Dickson.Mengulas strategi kempen, Islah berkata, beliau lebih banyak menggunakan platform media sosial berikutan kekangan jentera pilihan raya dan hanya dibantu rakan NGO serta penduduk setempat."Saya bergerak dengan bantuan orang kampung dan NGO |
|
Calon DHPP di Lobak bukti Pas perluas pendekatan rentas kaum - Najihatussalehah - Sinarharian - 22/07 4:15 pm SEREMBAN - Keputusan meletakkan calon daripada Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lobak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 adalah langkah strategik Pas untuk memperluaskan pengaruh parti, khususnya dalam kalangan masyarakat bukan Melayu.Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Najihatussalehah Ahmad berkata, pencalonan itu bukan sekadar bertujuan memenangi pilihan raya, sebaliknya merupakan usaha jangka panjang bagi memperkenalkan pendekatan Pas, memperkukuh khidmat kepada masyarakat serta membina kekuatan di kawasan yang sebelum ini kurang diterokai.Beliau berkata, dalam PRN kali ini, Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan 11 calon di Negeri Sembilan, termasuk lima calon Pas yang bertanding di DUN Serting, Lobak, Ampangan, Paroi dan Bagan Pinang.Menurutnya, berdasarkan keputusan PRN Negeri Sembilan ke-15, PN meletakkan sasaran untuk memenangi antara lima hingga lapan kerusi dengan mempertahankan kubu sedia ada serta berusaha menambah kemenangan di beberapa kerusi marginal."PN perlu mengekalkan kemenangan di Paroi, Bagan Pinang, Serting, Gemas dan Labu selain berusaha menembusi kerusi seperti Klawang, Ampangan dan Sikamat."Keyakinan itu bukan dibuat tanpa asas, sebaliknya bergantung kepada kemampuan mempertahankan kerusi sedia ada, memperkukuh jentera serta memanfaatkan potensi di kawasan yang mencatatkan majoriti tipis," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Bagaimanapun, beliau mengakui DUN Lobak merupakan antara kerusi paling mencabar buat PN berdasarkan pola sokongan pengundi pada pilihan raya lalu.Katanya, daripada 23,079 pengundi berdaftar di DUN itu, pengundi Melayu hanya sekitar 1,027 orang atau 4.45 peratus.Pada PRN ke-15, penyandang daripada Pakatan Harapan (PH)-DAP, Chew Seh Yong, memenangi kerusi itu dengan majoriti 13,504 undi selepas memperoleh 14,357 undi berbanding 853 undi diraih calon PN.Sehubungan itu, beliau berkata, Pas tidak melihat pencalonan di Lobak semata-mata berdasarkan peluang kemenangan, sebaliknya sebagai usaha membina asas sokongan dalam jangka panjang.PRN kali ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PN-Pas daripada DHPP, P |
|
PRN Negeri Sembilan: JKDNKA siap siaga, 200 anggota digerakkan - Mygazette - 22/07 2:46 pm # PRN Negeri Sembilan: JKDNKA siap siaga, 200 anggota digerakkan KUALA LUMPUR Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) dijangka menggerakkan kira-kira 200 pegawai dan anggota bagi membantu memastikan kelancaran Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 dalam suasana yang selamat dan terkawal |
|
Calon bebas DUN Sri Tanjung akan didakwa susulan hantaran di media sosial .. - Mygazette - 22/07 2:46 pm Saravanan (Bebas). Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian awal bagi PRN Negeri Sembilan pada 28 Julai manakala hari mengundi pada 1 Ogos |
|
Penyokong PN wajib pangkah BN – Takiyuddin - Mygazette - 22/07 2:46 pm Ahli Pas wajib keluar mengundi sebagaimana kita diarahkan pada PRN Johor untuk menentang calon Pakatan Harapan (PH) dan memenangkan calon BN tanpa mengira daripada UMNO, MCA atau MIC," katanya. Dalam perkembangan sama, beliau mendedahkan persefahaman politik antara BN dan PN bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan telah dimeterai pada 14 Julai lalu |
|
Hamzah cadang gabungan BN- PN digelar Perikatan Barisan Nasional - Mygazette - 22/07 2:46 pm # Hamzah cadang gabungan BN- PN digelar Perikatan Barisan Nasional TAMPIN - Perikatan Nasional (PN) mencadangkan satu penjenamaan baharu bagi kerjasama politiknya dengan Barisan Nasional (BN) menerusi nama Perikatan Barisan Nasional (PBN) dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menjadi medan pertama untuk menguji keberkesanan gabungan tersebut. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, identiti baharu itu dicadangkan bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan penyokong kedua-dua gabungan susulan persefahaman yang dimeterai menjelang PRN Negeri Sembilan |
|
Zahid jangan terlalu angkuh, UMNO masih bergantung kepada PM – .. - Mygazette - 22/07 2:46 pm Kami yakin rakyat akan bersama-sama mempertahankan Perdana Menteri, demokrasi dan kestabilan negara, katanya. Semalam, Ahmad Zahid seolah-olah mencabar Perdana Menteri supaya memecat sahaja menteri dan timbalan menteri daripada UMNO sekiranya tidak bersetuju dengan kerjasama parti itu bersama Perikatan Nasional (PN) dan Pas pada PRN Negeri Sembilan |
|
Dayana fokus latihan kemahiran, keusahawanan belia dan wanita Orang Asli - Mygazette - 22/07 2:46 pm Katanya, isu itu perlu diselesaikan segera kerana ia bukan sahaja menjejaskan kehidupan harian penduduk, malah boleh memberi kesan kepada kesihatan apabila ada yang terpaksa menggunakan sumber air yang tercemar. Dayana merupakan antara empat calon yang bertanding di DUN Jeram Padang pada PRN Negeri Sembilan kali ini |
|
Kian Ming ramal BN, PN ada kelebihan kuasai PRN Negeri Sembilan.. - Mygazette - 22/07 2:46 pm # Kian Ming ramal BN, PN ada kelebihan kuasai PRN Negeri Sembilan KUALA LUMPUR Gabungan persefahaman antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mempunyai kelebihan awal untuk menguasai Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 |
|
'Kalau dah pilih rumah sebelah, jangan pegang kunci rumah lama' - Mahfuz - Sinarharian - 22/07 2:29 pm Namun, tindakan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan pihak yang menjadi lawan kepada Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan mengundang persoalan."Dalam budaya kita, kalau sudah memilih rumah sebelah, jangan lagi mahu memegang kunci rumah yang ditinggalkan."Begitu juga dalam politik. Tidak wajar pada siang hari menikmati tanggungjawab dan kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan, tetapi pada malam hari bekerjasama dengan pihak yang berkempen untuk melemahkan kerajaan yang sama," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Pada Ahad, media melaporkan Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) menegaskan beliau tidak keberatan melepaskan jawatan dalam Kabinet sekiranya ada arahan daripada Perdana Menteri untuk berbuat demikian.Beliau bagaimanapun berkata, tiada dalam kalangan pemimpin BN yang memburukkan Kerajaan Perpaduan sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan setakat ini.Jelas Mahfuz, tindakan memegang jawatan dalam kerajaan sambil menjalin kerjasama politik dengan pihak yang menentang kerajaan yang sama disifatkan tidak selari dengan prinsip yang dipertahankan.Menurutnya, Perdana Menteri tidak wajar dijadikan pihak yang menanggung beban terhadap keputusan politik yang dibuat oleh mana-mana parti."Jangan jadikan Perdana Menteri sebagai 'penyapu' untuk membersihkan kekotoran politik UMNO atau BN yang dibuat sendiri," ujarnya.Tambah beliau, isu yang dibangkitkan bukan berpunca daripada rasa marah atau dendam, sebaliknya berkaitan dengan integriti politik dan keberanian seseorang pemimpin mempertahankan prinsip yang diyakini.Katanya, seseorang pemimpin tidak seharusnya menunggu arahan untuk melepaskan jawatan sekiranya merasakan prinsip perjuangan sudah tidak lagi seiring dengan kedudukan yang disandang."Jawatan bukan amanah jika hanya dilepaskan selepas disuruh |
|
Berbeza langkah, jangan putus kawan, pantun Anwar di tengah saingan PH-BN - FMT - 22/07 2:20 pm Perkongsian itu dibuat ketika PH dan BN yang bekerjasama di peringkat persekutuan berdepan sesama sendiri pada PRN Negeri Sembilan. |
|
PRN Negeri Sembilan: 200 anggota KDNKA bantu penugasan keselamatan - Sinarharian - 22/07 2:14 pm KUALA LUMPUR Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) dijangka menggerakkan kira-kira 200 pegawai dan anggota bagi membantu penugasan keselamatan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.Pengarah Jabatan KDNKA, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, penugasan itu merupakan sebahagian daripada persediaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan proses pilihan raya berlangsung dengan aman, lancar dan terkawal."Seperti pelaksanaan PRN di Johor sebelum ini, semua jabatan dalam PDRM akan digerakkan mengikut keperluan bagi membantu dari aspek sumber manusia dan logistik," katanya.Mohd Yusri berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutupan Ujian Rentas Halangan Jabatan KDNKA 2026 di Lapang Sasar Briged Tengah, Pasukan Gerakan AM (PGA) di sini pada Rabu.Mohd Yusri berkata, KDNKA sebelum ini menghantar seramai 850 pegawai dan anggota bagi membantu penugasan PRN Johor."Namun bagi PRN Negeri Sembilan, jumlah itu dijangka sekitar 200 orang berikutan saiz negeri dan jumlah kawasan Dewan Undangan Negeri yang lebih kecil"Saya telah mengarahkan semua pegawai supaya mengikuti latihan, program pembangunan serta pendedahan berkaitan penugasan pilihan raya termasuk menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya.Beliau berkata, latihan dan pendedahan itu penting bagi memastikan setiap pegawai dan anggota memahami prosedur penugasan serta mampu melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan di lapangan."Aspek keselamatan pengundi akan terus menjadi keutamaan agar orang ramai dapat keluar mengundi dalam keadaan selamat tanpa rasa takut atau bimbang."Hasrat kita ialah memastikan perjalanan PRN Negeri Sembilan berlangsung dengan baik supaya rakyat dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam suasana yang aman dan selamat," katanya.SPR menetapkan pengundian awal bagi PRN Negeri Sembilan pada 28 Julai, manakala hari mengundi pada 1 Ogos. |
|
Tauliah Mengajar Agama Calon PRN Negeri Sembilan Digantung Sementara - Ohmedia - 22/07 1:47 pm Arahan berkuat kuasa bermula 18 Julai 2026. The post Tauliah Mengajar Agama Calon PRN Negeri Sembilan Digantung Sementara appeared first on Oh! Media . |
|
KDNKA gerak 200 anggota bertugas di PRN Negeri Sembilan - Utusan - 22/07 1:46 pm Yusri Hassan Basri berkata, bantuan itu membabitkan penugasan sumber manusia serta sokongan logistik bagi memastikan kelancaran operasi sepanjang ... Read more The post KDNKA gerak 200 anggota bertugas di PRN Negeri Sembilan appeared first on Utusan Malaysia . |
|
Ridzuan mohon maaf kepada pengundi BN, yakin undi naik berganda - FMT - 22/07 10:30 am Calon PN Ridzuan Ahmad berharap hubungan baharu PN-BN dapat mengukuhkan sokongan pengundi pada PRN Negeri Sembilan. |
|
Hamzah cadang kerjasama PN-BN guna nama PBN - Sinarharian - 22/07 8:24 am Ramai orang susah menyebut PN-BN, jadi PBN sahaja. Namun, perkara paling penting bukan nama itu, tetapi jiwa kebersamaan kita dalam menentukan masa depan Negeri Sembilan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Ceramah Perdana Pengenalan Calon BN-PN Parlimen Tampin di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Felda Bukit Rokan, di sini, malam Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada sesuatu yang tak kena dalam Kerajaan Perpaduan' - KJ'Kerjasama UMNO, Pas mampu bentuk Kerajaan Selangor' - Noh Omar'Selepas Johor, parti Rafizi akan dimalukan lagi di Melaka' - Penganalisis'Menggelupur sangat bila kita nak bersatu' - Akmal Saleh bidas AMKPH tawar manifesto yang bukan sekadar janji - AminuddinSPR keluar 13,263 kertas undi pos bagi PRN Negeri SembilanTiada arahan letak jawatan, hanya kekalkan disiplin dan profesionalisme - Fahmi Fadzil25+11 belum tentu 36'Jurang melebar tapi belum retak'PRN Negeri Sembilan: Gandingan Anwar, Aminuddin serlah kekuatan sebenar PH - PenganalisisTurut hadir, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Pengerusi BN Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa.Hamzah berkata, gabungan berkenaan boleh menggunakan apa juga nama, namun kesepakatan antara parti-parti terlibat perlu menjadi keutamaan dalam usaha membentuk kerajaan baharu di negeri itu.Katanya, PBN akan membawa gelombang biru bagi berdepan gelombang merah yang dikaitkan dengan Pakatan Harapan (PH)."Kita boleh namakan apa sekalipun |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |