///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Prn Melaka News   Page 1    



JAPERUN Rim memang lokasi penyaluran bantuan MPJ, serah siasatan kepada .. - Mygazette - 3/11 4:00 pm

PH turut mendakwa mempunyai rakaman video berkaitan kejadian itu dan telah membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan. Untuk rekod, semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan proses pengeluaran kertas undi pos bagi PRN Melaka





Kekurangan sekolah pondok, institusi agama di Telok Mas jadi fokus .. - Mygazette - 3/11 4:00 pm

Beliau menambah, sekiranya diberi mandat pada Plihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Kapten Mat bertekad membawa perubahan dengan mengetengahkan pendekatan dakwah dan pendidikan agama bagi membimbing anak muda di kawasan Telok Mas. Untuk PRN Melaka ke-16, DUN Telok Mas menyaksikan pertembungan tiga penjuru melibatkan penyandang Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Mohamad Jaafar (PH) dan Muhammad Hazwan Mustafa dari Parti Bersama Malaysia (Bersama)





Debat bukan ukuran, pengundi nilai rekod kerja bukan ‘suara .. - Mygazette - 3/11 4:00 pm

Tambah beliau, setiap maklum balas yang diterima cuba disalurkan kepada kerajaan, termasuk dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan penambahbaikan dilaksanakan. Pada PRN Melaka 2021, Ban Hong memenangi kerusi DUN Klebang dengan majoriti 876 undi dalam saingan tiga penjuru





Cukuplah sekali hilang kerajaan, jangan ada lagi – Ab Rauf - Mygazette - 3/11 4:00 pm

Katanya, BN perlu menjadikan kejayaan gabungan itu dalam pilihan raya di Johor dan Negeri Sembilan sebagai dorongan untuk terus memperkukuh sokongan rakyat terhadap gelombang biru. Beliau yakin gerak kerja yang tersusun serta komitmen berterusan seluruh jentera mampu membantu BN mencapai sasaran dalam PRN Melaka kali ini





Abdul Hakim sudah bersiap sedia, akui cabaran ganti kerusi bekas KM - Mygazette - 3/11 4:00 pm

Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada pengundi untuk menilai calon yang boleh menjaga dan membela nasib rakyat. Keputusan PRN Melaka ke-15 bagi DUN Lendu (N04) menyaksikan Datuk Seri Sulaiman Md Ali daripada BN menewaskan dua calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikanan Nasional (PN) dengan majoriti 3,401 undi





PRN Melaka: PH Buat Laporan Polis, Calon BN DUN Rim Didakwa Guna Aset .. - Wrlr - 3/11 3:25 pm

Calon Barisan Nasional (BN) PRN Melaka ke-16, Khaidirah Abu Zahar wajar disiasat atas dakwaan berkempen menggunakan premis dan jentera kerajaan





PRN Melaka: Dakwaan salah guna jentera kerajaan alasan pihak terdesak - Ahmad Zahid - Sinarharian - 3/11 2:02 pm

JASIN - Dakwaan penyalahgunaan jentera kerajaan oleh calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim disifatkan sebagai cubaan mencari alasan oleh pihak yang terdesak dalam menghadapi persaingan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak melihat isu berkenaan sebagai satu masalah memandangkan parti lain juga mengadakan program yang dihadiri menteri dan timbalan menteri.Menurutnya, semua pihak sepatutnya berkempen secara baik dan bersih serta menghormati pilihan rakyat tanpa membangkitkan perkara yang tidak sepatutnya diperbesarkan."Kalau sesuatu kumpulan itu berasa terdesak, mereka akan mencari pelbagai alasan dan pelbagai perkara."Ya, kerana mungkin mereka sangat terdesak dan saya tidak fikir itu perlu kita gembar-gemburkan," katanya semasa sidang media sempena Jelajah Pendidikan Tinggi dan TVET Mara 2026 di Dewan MPJdi sini pada Selasa.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat Pakatan Harapan (PH) terhadap calon BN bagi DUN Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar berhubung dakwaan menggunakan premis dan jentera kerajaan ketika berkempen.Tambah Ahmad Zahid, semua calon perlu bertanding mengikut peraturan ditetapkan dalam sebuah negara demokrasi dan tidak menjadikan isu berkenaan sebagai alasan untuk mencetuskan polemik sepanjang tempoh kempen."Saya harap kita kempen cara baik-baik, kempen cara bersih dan rakyat telah ada pilihan masing-masing."Apa yang penting, 14 hari bulan nanti kita lihat mana arah sokongan yang diberikan oleh pengundi-pengundi di Melaka," jelasnya.Terdahulu, PH membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin pada Isnin susulan dakwaan Khaidirah menggunakan Kompleks Japerun Rim bagi mengadakan majlis penyampaian sumbangan kepada kira-kira 30 penerima sempena sambutan Deepavali.Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Siti Aishah Shaik Ismail mendakwa, bakul makanan yang diagihkan dalam program itu mempunyai label Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), selain terdapat pegawai pihak berkuasa tempatan berkenaan memakai pakaian yang memaparkan wajah Naib Ketua UMNO Jasin.PH turut mendakwa kompleks berkenaan tidak sepatutnya digunakan bagi program berunsur politik selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan.Siti Aishah berkata, pihaknya menyerahkan bukti bergambar dan rakaman video kepada polis serta akan mengemukakan bukti berkaitan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan lanjut.Pada PRN Melaka kali ini, PH mempertaruhkan Ketua Wanita Cabang PKR Jasin Esma Eazreen Husin di DUN Rim dalam pertarungan satu lawan satu menentang Khaidirah.SPR menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala pengundian awal pada 10 November.





PRN Melaka: Amanah optimis rebut tujuh kerusi ditandingi - Mohamad Sabu - Sinarharian - 3/11 12:54 am

ALOR GAJAH - Parti Amanah Negara (Amanah) optimis mampu meraih kemenangan di semua tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.Presidennya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia berdasarkan sokongan anak muda terhadap Pakatan Harapan (PH) selain pendekatan gabungan itu mencalonkan generasi muda."Amanah bertanding tujuh (kerusi), kita yakin akan menang ketujuh-tujuhnya, insya-ALLAH," katanya kepada pemberita selepas ceramah kelompok bersama dengan Presiden Parti Amanah di Pengkalan Balak di sini malam tadi.Hadir sama ialah calon PH daripada Amanah bagi DUN Kuala Linggi Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah yang menjadi calon termuda PRN Melaka kali ini.Selain DUN Kuala Linggi, kerusi lain ditandingi Amanah ialah Bukit Katil (Adly Zahari), Durian Tunggal (Datuk Ashraf Mukhlis Minghat), Telok Mas (Kapten (B) Mohamad Jaafar), Merlimau (Rahayu Hamzah), Sungai Rambai (Aminuddin Abdul Jalil) dan Taboh Naning (Junainah Sahat).Mengenai langkah PH memilih lapan calon muda pada PRN kali ini, Mohamad berkata pemilihan mereka berdasarkan kelayakan dan keupayaan selain memberikan peluang kepada golongan itu tampil lebih awal dalam kepimpinan."Kita mengetengahkan mereka dari awal





PH ikrar beri belia 30% kontrak PBT dalam manifesto PRN Melaka - FMT - 3/11 12:45 am

Pakatan Harapan turut berikrar akan mengoptimumkan penggunaan tanah negeri demi manfaat rakyat dan menyediakan pengangkutan awam lebih baik di Melaka.





[TERKINI] PRN Melaka: Amanah optimis rebut tujuh kerusi ditandingi - Mohamad Sabu - Astroawani - 3/11 11:00 am

Amanah optimis mampu meraih kemenangan di semua tujuh kerusi DUN yang ditandingipada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.





PRN Melaka: Polis terima lapan laporan, enam babit khianat bahan kempen - Sinarharian - 3/11 10:10 am

MELAKA Polis menerima lapan laporan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang mana enam daripadanya membabit kejadian khianat bahan kempen di empat Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat Isnin lalu.Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, laporan diterima membabitkan kejadian kerosakan, kehilangan, perbuatan mematahkan, mencabut, mengoyakkan serta membakar bendera dan bahan kempen parti politik di DUN Ayer Keroh, Rumbia, Ayer Limau, Paya Rumput serta Alor Gajah.Menurutnya, polis menerima laporan berhubung kehilangan dan kerosakan 22 helai bendera kempen, manakala di DUN Rumbia kira-kira 150 batang bendera Pakatan Harapan (PH) dilaporkan rosak dipercayai akibat dipatahkan."Polis turut menerima laporan berhubung bendera PH di DUN Ayer Limau yang didakwa dicabut."Di DUN Paya Rumput pula, bahan kempen parti Bersama dilaporkan dipatahkan, dikoyakkan, diturunkan, dibakar dan dimusnahkan," katanya dalam kenyataan.Di Alor Gajah pula katanya, pengadu membuat laporan beberapa bendera PH telah dipatahkan dan dicampak ke dalam longkang di Jalan Industri Kelemak.Katanya, kes disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan, termasuk Seksyen 427 Kanun Keseksaan.Selain itu katanya, polis turut menerima laporan berhubung dua isu lain berkaitan PRN Melaka pada 2 November.Dzulkhairi berkata, laporan pertama membabitkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berhubung isu pendedahan minit pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.Ujar beliau, satu lagi laporan diterima di Jasin berhubung dakwaan pengadu melihat individu membawa keluar bakul makanan dan wang tunai dianggarkan RM50 dari premis JAPERUN Rim dengan kehadiran wakil calon Barisan Nasional (BN) disiasat mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954."Siasatan sedang giat dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka dan tiada maklumat lanjut dapat diberikan memandangkan semua kes masih dalam siasatan."Orang awam dinasihatkan supaya bertenang, bertindak mengikut lunas undang-undang serta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden yang dilaporkan," katanya.





Tiada jaminan menang, Helmy mahu jentera BN dekati seluruh pengundi - Mygazette - 3/11 7:41 am

Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, usaha yang dilaksanakan sepanjang lima tahun lalu perlu diteruskan dan tidak seharusnya menyebabkan jentera berasa selesa sehingga mengabaikan pengundi menjelang hari pengundian pada 14 November ini. Sepanjang lima tahun, semua kita termasuklah jentera telah bekerja keras dan bukan bekerja hanya untuk PRN Melaka





Pengalaman sedekad dekati rakyat jadi bekalan Azman di Serkam - Mygazette - 3/11 7:41 am

Insya-Allah, jika diberikan peluang, saya akan cuba memberikan khidmat yang terbaik untuk penduduk Serkam, tambahnya. Pada PRN Melaka kali ini, beliau berdepan dua calon lain iaitu Muhammad Faiq Azman daripada Pakatan Harapan (PH) dan Muhammad Saffie Md Yasan (Bersama).- MalaysiaGazette





Formula BN-PN terbaik untuk menangi PRN Melaka ??? MUBARAK - Mygazette - 3/11 7:41 am

# Formula BN-PN terbaik untuk menangi PRN Melaka MUBARAK MELAKA Formula kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai pendekatan terbaik bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16





MIPP nafi boikot PRN Melaka, tetap bantu kempen PN, BN - FMT - 2/11 10:30 pm

Ketua Penerangan MIPP Justin Prabakaran berkata parti itu sanggup ketepi perbezaan politik demi kepentingan masyarakat India.





PH yakin sokongan positif rakyat, lima tahun berkhidmat jadi sandaran hadapi PRN Melaka - Harapandaily - 2/11 3:48 pm

Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, meskipun kempen secara fizikal baru memasuki hari ketiga, pihaknya percaya usaha berterusan mendekati... The post PH yakin sokongan positif rakyat, lima tahun berkhidmat jadi sandaran hadapi PRN Melaka appeared first on Harapan Daily .





WRUR mudahkan calon PN dekati pengundi Paya Rumput - Mygazette - 2/11 3:48 pm

Setakat tiga hari ini, kita bergerak turun berkempen dengan slogan Muafakat Melaka yang kita bina melibatkan penyatuan dua parti terbesar dalam pilihan raya kita iaitu BN dan PN. Kalau kita lihat sebelum ini pun ketua menteri telah turun ke seluruh 28 DUN menerusi program WRUR, jadi ini memberikan satu kelebihan kepada kita semua untuk bergerak bersama, katanya Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Tangga Batu berkata demikian ketika ditemui semasa kempen PRN Melaka di Paya Rumput di sini hari ini





PH berpeluang rampas semula DUN Rembia – Khuzaire - Mygazette - 2/11 3:48 pm

Pada PRN 2021, kerusi itu dimenangi Muhammad Jailani Khamis atas tiket BN dengan majoriti 860 undi manakala pada 2018 beliau turut memenanginya atas tiket PKR dengan majoriti 1,814 undi. PRN Melaka akan diadakan pada 14 November ini, dengan menyaksikan seramai 23,291 pengundi berdaftar di DUN Rembia bakal menentukan wakil rakyat mereka





PRN Melaka: Lima tahun berkhidmat bukan alasan Fairul duduk di zon selesa - Mygazette - 2/11 3:48 pm

# PRN Melaka: Lima tahun berkhidmat bukan alasan Fairul duduk di zon selesa ALOR GAJAH Meskipun sudah mempunyai rekod perkhidmatan selama lima tahun sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Fairul Nizam Roslan tidak mahu menjadikan pengalaman itu alasan untuk berada di zon selesa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini





Manifesto Tanjung Bidara mesti realistik, tak mahu janji bulan bintang .. - Mygazette - 2/11 3:48 pm

Sabtu lalu ketika selepas penamaan calon, Mohd Yunazri mengakui Ketua Menteri Melaka itu telah melakukan pelbagai usaha dan inisiatif untuk mensejahtera penduduk kawasan berkenaan. Kerusi DUN N.02 Tanjung Bidara menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon muka baharu daripada PH, Mohd Yunazri, 38, dan penyandang daripada BN, Ab Rauf, 65, pada PRN Melaka ke-16





Isu ‘sakau’ untuk peringatan sendiri, Farzana mahu contohi .. - Mygazette - 2/11 3:48 pm

Menurut bekas murid SJK(C) Sin Chye, Bukit Rambai sebelum melangkah ke SMJK Tinggi Cina Melaka, beliau mahu mendekati serta memikat hati lebih ramai pengundi Cina di DUN Klebang menggunakan kemahirannya berbahasa Mandarin. Ditanya mengenai sasaran beliau pada PRN Melaka ke-16 kali ini beliau menjawab ringkas semestinya mahukan kemenangan





Perang bendera PRN Melaka belum panas? 15,000 dacing ???birukan??? Tangga .. - Mygazette - 2/11 3:48 pm

# Perang bendera PRN Melaka belum panas? 15,000 dacing birukan Tangga Batu TANGGA BATU Ketika bahang perang bendera Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih belum terasa di kebanyakan kawasan - Barisan Nasional (BN) Parlimen Tangga Batu - memulakan gerakan memasang 15,000 bendera dacing bagi membirukan kawasan berkenaan





PRN Melaka: Faktor Rafizi menteri gagal, isu khalwat Nik Nazmi buat rakyat mahu ‘sembelih’ parti Kancil – AMK - Utusan - 2/11 3:23 pm

Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dzul Hilmi Zainol berkata, selain faktor Rafizi itu, rakyat Melaka juga pastinya tidak menyokong dan memberikan undi kepada 16 calon parti ... Read more The post PRN Melaka: Faktor Rafizi menteri gagal, isu khalwat Nik Nazmi buat rakyat mahu ‘sembelih’ parti Kancil – AMK appeared first on Utusan Malaysia .





Adly hargai cadangan calon Ketua Menteri, mahu fokus menang PRN Melaka - Utusan - 2/11 3:22 pm

Pandangan itu kita hargai tetapi fokus kita hari ini adalah untuk pastikan Ahli Dewan ... Read more The post Adly hargai cadangan calon Ketua Menteri, mahu fokus menang PRN Melaka appeared first on Utusan Malaysia .





ARTIKEL Calon muda : Membongkar tembok kuasa, membina masa depan demokrasi - Harapandaily - 2/11 12:31 am

DR AZRIE AZEH Demokrasi yang berwibawa bukan sekadar memberikan hak kepada generasi muda untuk mengundi, tetapi mesti menjamin ruang yang bermakna kepada mereka untuk mencabar kemapanan politik, membentuk wacana dasar dan berkongsi tanggungjawab menentukan masa depan negeri serta negara. PRN Melaka ke-16 memperlihatkan kepentingan persoalan ini apabila Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, berusia 24 tahun, diketengahkan..





Kerjasama baharu PRN Melaka boleh cetus perbalahan dalaman, kata wartawan veteran - FMT - 2/11 12:16 am

A Kadir Jasin berkata, tarian antara sekutu baharu itu boleh bertukar menjadi perbalahan sesama kumpulan serigala yang kelaparan dan terdesak.





PRN Melaka: Beri peluang Tuminah sekali lagi tonjol kemampuan - Rais - Sinarharian - 2/11 11:04 am

MELAKA - Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diminta memberi ruang dan peluang kepada penyandangnya, Datuk Tuminah Kadi untuk terus membuktikan kemampuan serta khidmatnya kepada masyarakat di kawasan itu.Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Tangga Batu, Datuk Rais Yasin berkata, PRN Melaka kali ini merupakan penggal kedua Tuminah bertanding di kerusi berkenaan.Menurutnya, segala isu dalaman yang timbul sebelum ini termasuk dakwaan penolakan terhadap calon BN dan agihan kerusi sudah diselesaikan menerusi semangat kekeluargaan dalam parti."Saya merayu dan memohon kepada orang Pantai Kundor supaya memberi ruang dan peluang kepada Tuminah untuk beliau tonjolkan lagi apa yang mampu dilakukan untuk masyarakat di kawasan itu."Secara dalamannya, sedikit demi sedikit perkara itu sudah kita selesaikan dalam semangat kekeluargaan," katanya mengulas isu berbangkit termasuk penolakan calon dan agihan kerusi yang timbul sebelum penamaan calon.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Pelancaran Pemasangan Bendera Jentera Pemuda BN Parlimen Tangga Batu di sini pada Ahad.Media sebelum ini melaporkan berlaku isu penolakan calon babit DUN Pantai Kundor dan Durian Tunggal selain rasa tidak puas hati babit agihan kerusi bagi MCA.Isu berkenaan timbul sejurus penamaan calon berlangsung di MITC dirasmikan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 24 Oktober lalu.Mengulas lanjut, Rais berkata, seluruh jentera BN kini memberikan komitmen untuk memastikan kemenangan parti itu dan memperoleh kembali mandat rakyat pada 14 November ini.Katanya, semangat kekeluargaan dalam UMNO dan BN perlu terus diperkukuh tanpa memburukkan mana-mana pihak, sebaliknya memberi tumpuan kepada kelebihan serta rekod khidmat calon.Dalam perkembangan lain, Rais berkata, kerjasama jentera BN dan Pas di Parlimen Tangga Batu menunjukkan perkembangan positif apabila kedua-dua parti saling membantu dalam kempen PRN kali ini.Katanya, komitmen Pas dapat dilihat menerusi kehadiran Naib Presiden parti itu, Datuk Idris Ahmad yang mengiringinya ketika proses penamaan calon bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin."Ini menunjukkan betapa Pas komited untuk bergerak seiring di Parlimen Tangga Batu."Di Paya Rumput sendiri, jentera BN tidak putus-putus membawa calon Pas, Rafie Ahmad, turun ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk bertemu pengundi," katanya.Tambah beliau, kerjasama sama turut dilaksanakan di DUN Klebang dan Pantai Kundor apabila calon BN masing-masing mengadakan pertemuan dengan pimpinan Pas kawasan."Insya-ALLAH, kita lengkapi satu sama lain kerana saya yakin BN di Tangga Batu ini kita mempunyai jentera yang baik."Kita boleh buat, cuma bila adanya jentera Pas yang kita tahu mereka juga telah berakar umbi sekian lama dalam Melaka ini, jadi kita akan bersama-sama untuk bergerak lebih menyeluruh di semua kawasan," katanya.





Setiap undi dapat sahamnya. - Wrlr - 2/11 10:24 am

Aman Muhammad Insya Allah, PAS kekal istiqamah akan menangkan calon MCA melawan calon Islam dalam PRN Melaka nanti





Ceramah mega bukan pilihan Ginie Lim, calon PKR Machap Jaya pilih masuk .. - Wrlr - 2/11 10:11 am

Jika 14 November berpihak kepada saya sekalipun, saya tetap Yang Berkhidmat Ginie Lim, katanya. Bagaimanapun, laluan Ginie di Machap Jaya bukan mudah apabila beliau berdepan saingan tiga penjuru dalam PRN Melaka kali ini





CALON CALON PH - Anwar rayu pengundi Melaka: Jangan terperangkap sentimen .. - Wrlr - 2/11 10:05 am

Beliau mengakhiri rayuannya dengan doa agar Allah SWT menerangi hati pengundi dalam membuat keputusan serta memberikan kekuatan kepada PH untuk terus berbakti. Kenyataan itu hadir ketika kempen PRN Melaka semakin rancak menjelang hari pengundian pada 14 November ini





Pakatan baharu ubah landskap PRN Melaka - FMT - 2/11 8:00 am

Ilham Centre berkata penyatuan undi Melayu boleh mengubah kemenangan tipis di 13 kerusi pada 2021 kepada kemenangan lebih selesa bagi pakatan kerjasama BN-PN.





Ceramah Bersama `sendu’, kurang 50 hadir tunggu Rafizi - Mygazette - 2/11 7:56 am

Situasi itu turut menimbulkan persoalan mengenai sambutan terhadap program kempen Bersama di kawasan berkenaan, ketika parti itu berusaha memperkenalkan kekuatan dan pendekatannya kepada pengundi Melaka. Untuk rekod, Bersama meletakan Muhamed Aman Akil Abdul Talib sebagai calon menentang calon Barisan Nasional (BN), Ahmad Norazril Abdul Aziz dan calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Khuzairie Mohd Kamal Kannan bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia pada PRN Melaka kali ini





PRN Melaka: Tiada ???report card???, Azman sandar pengalaman bersama PMX - Mygazette - 2/11 7:56 am

# PRN Melaka: Tiada report card, Azman sandar pengalaman bersama PMX MELAKA Meskipun semua calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput tidak memiliki rekod perkhidmatan sebagai wakil rakyat atau report card untuk dinilai pengundi, namun ia bukan satu kelebihan buat Datuk Azman Abidin kerana percaya semua pencabarnya mempunyai kekuatan tersendiri





Jangan ciplak, ???curi??? kandungan media tanpa kebenaran ??? Fahmi - Mygazette - 2/11 7:56 am

Fahmi berkata, sebarang penggunaan kandungan berkenaan perlu mendapat kelulusan melalui saluran sewajarnya, termasuk dengan menghubungi ibu pejabat organisasi media terbabit. Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mengingatkan semua calon yang bertanding pada PRN Melaka supaya menjaga tatacara dan layanan terhadap pengamal media yang menjalankan tugas sepanjang tempoh kempen





SPR sepatutnya elak PRN Melaka bertembung Deepavali – MIC - Mygazette - 2/11 7:56 am

# SPR sepatutnya elak PRN Melaka bertembung Deepavali - MIC KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diingatkan supaya lebih peka dan sensitif terhadap kepentingan serta perasaan masyarakat berbilang kaum di negara ini ketika menetapkan tarikh pilihan raya





Calon PH Kelebang mahu selesai masalah nelayan, pesawah - FMT - 2/11 7:30 am

Farzana Hayani Nasir berkata kemudahan jeti, sistem perparitan serta peluang pekerjaan belia antara isu mahu diberi perhatian jika dipilih pada PRN Melaka.





Kuala Linggi perlukan perubahan, Mukhlis Mubin bukan calang-calang Faiz .. - Wrlr - 1/11 7:44 pm

Ini memberikan indikasi kepada kita bahawa calon yang kita tampilkan ini bukan calang-calang, katanya. Mengulas peluang PH pada PRN Melaka, Faiz berkata, rekod pentadbiran gabungan itu sebelum ini merupakan antara perkara yang boleh diketengahkan kepada pengundi





PRN Melaka: Adly Calon Ketua Menteri PH - Wrlr - 1/11 7:43 pm

KAJANG, 1 Nov Calon Ketua Menteri Melaka bagi Pakatan Harapan (PH) ialah Pengerusi PH negeri, Adly Zahari seandainya gabungan politik itu memperoleh kemenangan majoriti mudah 15 kerusi dan ke atas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini. Meskipun PH mempunyai beberapa calon lain dari kalangan kesemua 24 calon PRN Melaka, namun Adly disifatkan calon yang terbaik, menurut Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari





Amanah punyai harapan yang besar di 5 kerusi - FMT - 1/11 7:04 pm

Naib Presiden Hatta Ramli berkata Amanah mempunyai harapan besar untuk menang lima kerusi pada PRN Melaka.





PRN Melaka: 'Lepas jadi wakil rakyat projek terus jalan, bukan masa PRN baru muncul diri' - Sinarharian - 1/11 5:03 pm

MELAKA - Barisan Nasional (BN) terus melaksanakan projek untuk manfaat rakyat sebaik sahaja diberi mandat, bukannya hanya muncul memperkenalkan diri menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong berkata, selain memberi tumpuan kepada sektor pelancongan dan pelaburan, kerajaan negeri turut memperkenalkan inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) serta Hari Mesyuarat Kerajaan Negeri Bersama Rakyat (HEBAT) bagi mendekati masyarakat.Pengerusi MCA Melaka itu berkata, usaha berkenaan bukan hanya dilaksanakan ketika musim pilihan raya, sebaliknya secara berterusan demi pembangunan Melaka."Sejak menjadi wakil rakyat, projek sudah mula berjalan. Ini berbeza dengan parti lain yang hanya muncul memperkenalkan diri apabila pilihan raya semakin hampir."Rakyat dapat melihat perbezaan antara BN dengan parti lain kerana BN ikhlas berjuang untuk rakyat," katanya.Beliau berkata demikian selepas lawatan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ke Bilik Gerakan BN Bukit Rambai pada Ahad.Katanya, beliau mahu DUN Klebang menjadi sebahagian daripada pasukan BN bagi memastikan kawasan itu terus berada di bawah pentadbiran Ketua Menteri.""Berdasarkan maklum balas di lapangan, banyak pihak memberikan sokongan dan saya mempunyai keyakinan penuh bahawa selepas PRN ini, Melaka akan kekal biru dan Ab Rauf akan terus menjadi Ketua Menteri kita"Kita kena terus bekerja keras dan memberikan sumbangan bagi membantu BN Melaka membentuk kerajaan negeri," katanya.DUN Klebang menyaksikan pertembungan empat penjuru pada PRN Melaka ke-16 kali ini.Persaingan itu membabitkan penyandang kerusi berkenaan daripada BN, Ban Hong yang berdepan cabaran tiga calon lain iaitu Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (Bersatu), Young Jie Yu (Bersama) dan Farzana Hayani Mohd Nasir (Pakatan Harapan).Pada PRN Melaka 2021, Ban Hong memenangi kerusi DUN Klebang dengan memperoleh 5,028 undi, menewaskan calon PKR, Datuk Gue Teck yang mendapat 4,152 undi dan calon PN, Bakri Jamaluddin dengan 3,884 undi.





Pengendali media sosial diingatkan hormati hak cipta media - Fahmi - Astroawani - 1/11 4:24 pm

Pengendali media sosial diingatkan menghormati hak cipta dengan tidak menyiarkan semula kandungan berita media arus perdana tanpa kebenaran atau pengiktirafan sumber, khususnya sepanjang kempen PRN Melaka.





PRN Melaka:Jangan sentuh isu 3R sepanjang kempen-Nie Ching - Mygazette - 1/11 3:08 pm

# PRN Melaka:Jangan sentuh isu 3R sepanjang kempen-Nie Ching KULAI - Semua parti politik yang bertandang dingatkan tidak mengeluarkan sebarang bahan yang menyentuh isu 3R (Agama, Kaum dan Raja) sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bermula semalam





PRN Melaka: Sokongan akar umbi BN- Pas suntik kekuatan jentera Tuminah - Mygazette - 1/11 3:08 pm

# PRN Melaka: Sokongan akar umbi BN- Pas suntik kekuatan jentera Tuminah MELAKA Sokongan akar umbi terhadap kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pas menjadi antara kekuatan kepada jentera parti dalam membantu calon BN, Datuk Tuminah Kadi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka





Helmy tawan hati pengundi Cina, Caren, Uncle Wong mahu BN kekal... - Mygazette - 1/11 3:08 pm

Bantuan itu menjadi titik penting dalam hubungan mereka, yang kemudiannya berkembang sehingga Uncle Wong dikenali sebagai antara penyokong setia Helmy di Duyong. Kehadiran warga emas berkenaan pada hari penamaan calon PRN Melaka turut mencuri perhatian apabila beliau mengiringi Helmy ke pusat penamaan calon di Kompleks Japerun Duyong





PRN Melaka: Ridhwan mahu perkukuh kemudahan awam, pembangunan Ayer Molek - Mygazette - 1/11 3:08 pm

# PRN Melaka: Ridhwan mahu perkukuh kemudahan awam, pembangunan Ayer Molek AYER MOLEK Memperkukuh pembangunan setempat, menambah baik kemudahan awam dan memastikan keperluan penduduk terus diberi perhatian antara perkara yang mahu diperjuangkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali





PRN Melaka: Berdepan Ginie dan Bersama, Hee Sem yakin rekod lima... - Mygazette - 1/11 3:08 pm

# PRN Melaka: Berdepan Ginie dan Bersama, Hee Sem yakin rekod lima tahun jadi kelebihan ALOR GAJAH Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem yakin pengalaman lima tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat menjadi kelebihan untuk mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini





Jangan terlalu mendabik dada menang PRN Johor, ingat bumi dipijak .. - Mygazette - 1/11 3:08 pm

"Jangan terlalu tinggi mendongak, bimbang terlupa bumi tempat berpijak," katanya. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi semasa hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam dilaporkan berkata, pihak lawan hanya membuang masa, wang dan tenaga apabila bertanding menentang Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada PRN Melaka, 14 November ini





PRN Melaka: Kerjama BN – PN petanda baik penyatuan ummah... - Mygazette - 1/11 3:08 pm

# PRN Melaka: Kerjama BN - PN petanda baik penyatuan ummah Azman JASIN Kerjasama politik antara UMNO dan Pas disifatkan sebagai perkembangan positif dalam memperkukuh penyatuan ummah, sekali gus memberi petanda baik kepada landskap politik negara, kata calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Datuk Azman Abdullah





PRN Melaka: BN tawar PN jawatan dalam kerajaan negeri - Utusan - 1/11 2:59 pm

“Sebagaimana yang berlaku di ... Read more The post PRN Melaka: BN tawar PN jawatan dalam kerajaan negeri appeared first on Utusan Malaysia .





PRN Melaka: Adly Zahari akan dinamakan calon ketua menteri jika PH menang - Sinarharian - 1/11 2:49 pm

KAJANG - Pakatan Harapan (PH) akan menamakan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 14 November ini.Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Adly yang juga bekas Ketua Menteri Melaka adalah calon terbaik untuk menerajui pentadbiran negeri."Adly ialah calon terbaik (Ketua Menteri) dan beberapa yang lainlah tetapi setakat ini, Adly ialah konsensus untuk dinamakan sebagai calon Ketua Menteri kalau kita mendapat majoriti atau pun diberi kepercayaan," katanya.Menteri Besar Selangor itu berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutupan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan 2026 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini pada Ahad.Pada PRN kali ini, Adly yang merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil berdepan saingan empat penjuru menentang calon Perikatan Nasional (PN) Ridzuan Sarif, Dr Aliza Che Amran daripada Parti Bersama Malaysia (Bersama) dan Abu Bakar Sabudin (Bebas).Pada PRN Melaka ke-15, Adly yang juga Naib Presiden Amanah memperoleh majoriti 1,057 undi selepas menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Hasnoor Sdg Husin daripada Barisan Nasional (BN), Muhammad Al Afiz Yahya (PN) dan Abdul Hamid (Bebas).Mengulas lanjut, Amirudin yang juga Naib Presiden PKR berkata, berdasarkan situasi selepas selesai penamaan calon semalam, PH yakin mampu memberikan saingan sengit pada PRN ke-16.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November ini sebagai hari pengundian PRN Melaka manakala pengundian awal pada 10 November





PN ditawar jawatan exco jika BN menang PRN Melaka, kata Zahid - FMT - 1/11 2:27 pm

Pengerusi Barisan Nasional berkata pendekatan itu selaras kerjasama politik dimeterai antara kedua-dua gabungan bagi menghadapi pilihan raya kali ini.





PRN Melaka: 'Tugas wanita bukan sekadar jaga suami, anak di rumah' - Sinarharian - 1/11 1:32 pm

Terima kasih kerana sentiasa percaya, merestui dan berdiri teguh di belakang saya."Doakan saya terus kuat memikul amanah ini. Semoga segala usaha dan pengorbanan kita menjadi asbab kebaikan buat keluarga, masyarakat dan seluruh warga Taboh Naning," katanya.Junainah yang bekerja sebagai peniaga memilikiDiploma Eksekutif dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).PRN Melaka ini, Junainah bakal berdepan penyandang, Datuk Zulkiflee Mohd Zin daripada Barisan Nasional (BN)-UMNO dalam pertandingan dua penjuru di DUN Taboh Naning yang mempunyai 11,299 pengundi berdaftar.Sebagai rekod, pada PRN Melaka 2021, Zulkiflee memenangi kerusi berkenaan dalam pertandingan tiga penjuru dengan memperoleh 3,170 undi dan majoriti 1,825 undi.Beliau menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Abu Hashim Abdul Samad yang memperoleh 1,345 undi, manakala calon PH, Zairi Suboh mendapat 1,024 undi.Taboh Naning merupakan kubu kuat BN yang mempunyai rekod kemenangan yang konsisten.Pada 2018, sokongan BN merosot dan majoriti mengecil kepada 740 undi namun pada 2021, BN kembali mencatat kemenangan lebih besar dengan majoriti 1,825 undi.





PRN Melaka: DUN Pantai Kundor jadi rebutan dua wanita - Sinarharian - 1/11 12:13 am

Bukan wakil rakyat sahaja, rakyat juga perlu memainkan penting bagi memastikan segala tanggungjawab serta keperluan rakyat dapat dilaksanakan dengan sebaiknya,"katanya.Dr Asmah berkata, keputusan untuk bertanding didorong minat untuk terus bekerja dan menyumbang kepada masyarakat meskipun sudah bersara daripada perkhidmatan kerajaan."Selepas bersara, saya ada juga melakukan kerja sosial dan kebajikan seperti mengadakan pemeriksaan serta ceramah kesihatan."Daripada situ, saya merasakan masih berminat untuk bersama masyarakat dan melakukan kerja-kerja sebegitu. Jadi, saya rasa masih boleh menyumbang kepada masyarakat," katanya.Tambahnya, memandangkan anak-anaknya sudah dewasa, beliau mahu memanfaatkan pengetahuan serta jaringan hubungan yang dimiliki untuk terus membantu mereka yang memerlukan.Sepanjang perkhidmatannya, Asmah pernah bertugas sebagai doktor latihan siswazah di Hospital Kuala Lumpur (HKL), berkhidmat di Jabatan Nanas Malaysia selama tujuh hingga lapan tahun sebelum meneruskan kerjaya dalam KKM.Jawatan terakhirnya ialah Timbalan Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM.Untuk rekod, pada PRN Melaka ke-15 pada 2021, Tuminah memenangi kerusi DUN Pantai Kundor dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti 827 undi.Beliau memperoleh 3,960 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Ridzwan Mustafa yang memperoleh 3,133 undi dan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Nor Azman Hassan yang mendapat 2,799 undi.





Manifesto PH fokus rumah, pendapatan rakyat - FMT - 1/11 10:54 am

Pakatan Harapan berkata manifesto PRN Melaka turut beri perhatian kepada usahawan kecil, kebajikan pelajar dan akses bantuan.





Manifesto PH fokus rumah, pendapatan rakyat - Hotfm - 1/11 10:54 am

Pakatan Harapan berkata manifesto PRN Melaka turut beri perhatian kepada usahawan kecil, kebajikan pelajar dan akses bantuan.





Boikot MIPP jejas hasrat PN jadi gabungan berbilang kaum, kata penganalisis - FMT - 1/11 8:30 am

Keputusan MIPP tidak bertanding PRN Melaka dijangka jejas sokongan terhadap PN di Gadek dan Bemban yang mempunyai jumlah pengundi India yang ketara.





Azman mahu perkasa pembangunan ekonomi Serkam - Mygazette - 1/11 8:10 am

Sebagai rekod, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin itu berdepan dua lagi calon daripada Pakatan Harapan (PH) iaitu Muhammad Faiq Azman dan Muhammad Saffie Md Yasan (Bersama). Pada PRN Melaka yang lepas, penyandang DUN Serkam, Datuk Zaidi Attan (BN) berjaya mengalahkan calon Pas, Amanah dan bebas meraih 5,038 undi.- MalaysiaGazette Berita sedih itu disahkan oleh Ketua Penerangan Pas Perlis, Mohamad Zahid Ibrahim dalam satu hantaran media sosialnya hari ini.





UMNO sasar kuasai media sosial, 43.6 peratus pengundi Melaka berusia 21 .. - Mygazette - 1/11 8:10 am

Semak sumber, teliti fakta dan fikir sebelum berkongsi," katanya dalam kenyataan hari ini. Mengulas kempen PRN Melaka, Azalina turut menegaskan, Barisan Nasional (BN) tidak akan terlibat dalam kempen hitam atau _black PR_ sebaliknya mahu mendapatkan mandat rakyat berdasarkan kekuatan sendiri





Tiada istilah terlambat satukan UMNO, Pas dan Wawasan – Hamzah - Mygazette - 1/11 8:10 am

Wawasan telah bertindak sebagai jambatan dan kini, tangan kita saling menggenggam antara satu sama lain," ujarnya. Hamzah berharap usaha penyatuan berkenaan mendapat ganjaran terbaik daripada Allah SWT, selain menjadi asas kepada kerjasama lebih kukuh menjelang PRN Melaka





Melaka berhak dapat kepimpinan amanah, berintegrti dan gigih bekerja .. - Mygazette - 1/11 8:10 am

Melaka Rumah Kita!, katanya menerusi hantaran di Facebook. PH bertanding di 24 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri pada PRN Melaka kali ini, dengan 10 daripadanya mengetengahkan calon PKR manakala DAP dan Parti Amanah Negara masing-masing tujuh





PRN Melaka: KEADILAN tambah Ayer Limau, sah bertanding 10 kerusi - Mygazette - 1/11 8:10 am

# PRN Melaka: KEADILAN tambah Ayer Limau, sah bertanding 10 kerusi MELAKA - Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sah bertanding di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 selepas pencalonan kesemua wakilnya diterima hari ini





Pembangkang tiada isu nak korek, Johan yakin Gelombang Biru kuasai .. - Mygazette - 1/11 8:10 am

Menurut Johari, gelombang biru telah mula dirasai sejak empat bulan lalu di Tanjung Bidara dan beliau yakin ia akan diterjemahkan dalam bentuk kemenangan pada 14 November ini. Katanya, semangat tinggi turut ditunjukkan ketua-ketua kampung dan ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang ditemuinya menjelang kempen PRN Melaka ke-16





Melaka berhak dapat kepimpinan amanah, berintegriti dan gigih bekerja - Anwar - Sinarharian - 31/10 9:02 pm

MELAKA - Melaka berhak mendapat kepimpinan yang amanah, berintegriti dan gigih bekerja demi kesejahteraan rakyat, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.Perdana Menteri berkata, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, beliau yakin pengundi akan memilih calon-calon PH yang akan bekerja demi kebaikan dan perubahan yang nyata buat rakyat negeri itu."Melaka berhak mendapat kepimpinan yang amanah, berintegriti dan yang gigih bekerja untuk rakyat dan kesejahteraan mereka."Saya yakin warga Melaka akan memilih calon-calon HARAPAN yang akan bekerja demi kebaikan dan perubahan yang nyata buat rakyat Melaka. Melaka Rumah Kita!," katanya menerusi hantaran di Facebook.PH bertanding di 24 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri pada PRN Melaka kali ini, dengan 10 daripadanya mengetengahkan calon PKR manakala DAP dan Parti Amanah Negara masing-masing tujuh.SPR menetapkan 14 November sebagai hari pengundian manakala undi awal pada 10 November





Siapa Adly Zahari? - Wrlr - 31/10 8:55 pm

Daripada dunia kejuruteraan, perniagaan hinggalah diberi amanah sebagai Ketua Menteri Melaka dan ADUN Bukit Katil, setiap pengalaman membawa pengajaran tersendiri tentang kehidupan, tanggungjawab dan erti berkhidmat. Alhamdulillah, pada PRN Melaka kali ini, saya sekali lagi menawarkan diri sebagai calon Pakatan Harapan Nombor 1 bagi DUN N.17 Bukit Katil





Hamzah yakin nikmat penyatuan ummah dirasai di Melaka - Sinarharian - 31/10 5:36 pm

Hari ini menjadi saksi kepada penyatuan yang kita semua dambakan. Saya yakin, insya-ALLAH nikmatnya akan dikecapi dalam PRN Melaka ini."Lebih menyentuh hati, bacaan doa yang dipimpin Pesuruhjaya Pas Melaka merangkap Ahli Parlimen Jasin, Datuk Zulkifli Ismail yang intipatinya mengenai penyatuan, dihayati dan diaminkan oleh semua (UMNO, Pas dan Wawasan)," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.Menurut Hamzah, kemanisan awal hasil penyatuan itu telah dirasai di Negeri Sembilan dan jalinan kerjasama berkenaan sedang diperkukuh.Beliau berkata, tiada istilah terlambat untuk melakukan kebaikan, khususnya dalam usaha ke arah penyatuan ummah."Inilah Gelombang Biru Perikatan Nasional dan Barisan Nasional





Tok Mat perjelas kekecohan di pusat penamaan calon PRN Melaka - FMT - 31/10 5:14 pm

Timbalan pengerusi BN berkata, pimpinan parti sebelum ini dimaklumkan oleh SPR mereka boleh masuk ke pusat penamaan, cuma bukan ke dewan pencalonan.





PRN Melaka: Perebutan 28 kerusi bermula, 79 calon berentap - Sinarharian - 31/10 5:12 pm

MELAKA - Sebanyak 79 calon bakal berentap merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 selepas proses penamanaan calon berakhir pada jam 10 pagi tadi.Mewakili pelbagai parti politik dan gabungan serta calon Bebas, mereka kini mempunyai tempoh 14 hari untuk berkempen sebelum pengundi membuat pilihan pada 14 November.Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan calon paling ramai iaitu 24 orang, diikuti Barisan Nasional (BN) 23, Parti Bersama Malaysia (Bersama) 16, Bersatu (tujuh), Perikatan Nasional (PN) lima dan parti Pribumi Perkasa Malaysia (Putra) satu selain tiga calon Bebas.Daripada keseluruhan 79 calon, sebanyak 65 merupakan calon lelaki dan 14 wanita, dengan PH menampilkan calon wanita paling ramai iaitu enam orang, diikuti BN (empat), Bersama (dua) manakala Bersatu dan Putra masing-masing seorang calon wanita.Dari segi usia, calon berumur 41 hingga 50 tahun membentuk kumpulan terbesar dengan 28 orang, diikuti 51 hingga 60 tahun (23), 18 hingga 40 tahun (21) dan 61 hingga 70 tahun (tujuh).Pentas demokrasi kali ini turut menyaksikan 11 kerusi menjadi tumpuan, antaranya DUN Tanjung Bidara yang mempertemukan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh (BN) dengan muka baharu PH Mohd Yunazri Mustamiri, yang menyifatkan dirinya sebagai calon underdog dalam saingan satu lawan satu.Turut menjadi perhatian ialah DUN Paya Rumput apabila Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin, 54, yang mewakili PH berdepan Rafie Ahmad (PN) dan Abdul Rashid Abu Bakar (Bersama) dalam saingan tiga penjuru.Proses penamaan calon berlangsung di 28 pusat penamaan calon di seluruh negeri bermula jam 9 pagi tadi sebelum ditutup sejam kemudian.Seperti lazimnya pada hari penamaan calon, suasana di sekitar pusat berkenaan mula meriah seawal 7 pagi apabila penyokong yang mengenakan pakaian mengikut warna parti masing-masing berkumpul sebelum mengiringi calon mereka.Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, sebanyak 1,159 anggota ditugaskan di seluruh Melaka hari ini, bagi memastikan proses penamaan calon PRN Melaka ke-16 berjalan lancar dan terkawal.Beliau berkata, setakat jam 10.15 pagi tadi, keseluruhan proses penamaan calon berlangsung dalam keadaan aman tanpa sebarang gangguan atau provokasi."Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong parti yang menunjukkan sikap tenang dan tidak melakukan sebarang provokasi atau kekacauan," katanya kepada pemberita di Kompleks Japerun Machap Jaya, Bukit Bulat di sini hari ini.Pengundian awal ditetapkan pada 10 November manakala hari pengundian PRN Melaka ke-16 berlangsung 14 November ini





PH pertaruh pencapaian ekonomi, isu rakyat dalam PRN Melaka - Mkini - 31/10 5:11 pm

PH membawa tema "Melaka Rumah Kita" dengan manifesto yang mengutamakan peluang pekerjaan, kos sara hidup dan masa depan golongan muda.





PRN Melaka: Azman manfaat hubungan dengan Kerajaan Persekutuan bantu penduduk Paya Rumput - Sinarharian - 31/10 4:32 pm

TANGGA BATU - Pengalaman dan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan akan dimanfaatkan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Azman Abidin untuk membantu penduduk kawasan itu.Azman yang juga setiausaha Politik kepada Perdana Menteri berkata, kedudukan Paya Rumput yang merupakan kawasan separa bandar memerlukan pendekatan bersesuaian dengan keperluan penduduk.Menurut beliau, perkara itu akan digunakan sebaiknya dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi di DUN berkenaan."Dari segi geografi di Paya Rumput ini kawasannya separa bandar dan separuh lagi kampung."Apa yang boleh saya tawarkan khidmat saya, gunakan pengalaman berkhidmat dengan perdana menteri untuk memudahkan keperluan dan perkara yang diperlukan orang di Paya Rumput ini."Hubungan itu digunakan sebaiknya untuk pengundi," katanya ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi DUN Paya Rumput di Stadium Hang Jebat di sini pada Sabtu.Mengulas lanjut mengenai penerimaan penduduk, Azman berkata, sambutan diterima adalah baik berikutan mereka lebih terbuka terhadap perubahan yang ingin dibawa.Dalam perkembangan sama, Azman berkata, PH akan memulakan kempen secara berhemah dengan mengetengahkan pencapaian dan perancangan yang akan dilaksanakan sekiranya diberi mandat.Tambahnya, setiap calon mempunyai kekuatan tersendiri dan beliau akan berusaha mendekati seramai mungkin penduduk bagi memperkenalkan tawaran yang dibawa."Semua calon ada kekuatan masing-masing. Saya cuba memberi pilihan yang terbaik kepada pengundi," katanya.Beliau berkata, manifesto PH bagi negeri Melaka dijangka akan dilancarkan dalam tempoh terdekat."Saya harap rakyat Melaka beri peluang kepada calon-calon PH kali ini untuk memenangi kerusi di negeri ini," katanya.DUN Paya Rumput menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Azman menentang calon Perikatan Nasional (PN), Rafie Ahmad dan Parti Bersama Malaysia (Bersama) Abdul Rashid Abu Bakar.Sebelum ini, DUN Paya Rumput disandang Datuk Rais Yasin daripada Barisan Nasional (BN) yang kini bertanding di DUN Sungai Udang.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari mengundi, manakala undi awal dijadualkan pada 10 November ini.Seramai 687,697 pemilih layak mengundi pada PRN Melaka kali ini, membabitkan 675,166 pengundi biasa, 9,769 anggota tentera dan pasangan serta 2,762 anggota polis.




Reformasi     >>



Bukan hanya dakwaan RM9.5 juta, polis turut soal .. - Harapandaily
Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama), Datuk Seri Rafizi Ramli, mendedahkan beliau turut disoal polis mengenai isu pemilikan saham Tan Sri Azam Baki ketika memberi keterangan di Bukit Aman hari ini. Perkara itu dimaklumkan Rafizi selepas selesai menjalani proses rakaman percakapan selama ..
Kroni     >>



Danish's KTM still the better bike, says Zulfahmi - NST
KUALA LUMPUR: Despite Hondas high-speed corner advantage, Zulfahmi Khairuddin believes the KTM raced by Hakim Danish Ramli this season still offers the better overall package in Moto3.
Tabloid     >>



Sijil halal wajib untuk pusat sembelihan ayam tempatan .. - Kosmo
GEORGE TOWN – Kerajaan Persekutuan digesa mewajibkan semua pusat penyembelihan dan pemprosesan ayam serta haiwan ternakan tempatan mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia sekiranya membekalkan produk kepada pasaran halal negara. Mufti Pulau Pinang, Prof. Madya Dato Dr. Mohd. Sukki ..
Tech     >>



Google confirms Android Family Hub, an iOS-style home .. - Androidauthority
Google is finally putting Android family management where it should have been all along.
World     >>



US elections 2026: Can a Democrat-controlled Senate .. - Middleeasteye
US elections 2026: Can a Democrat-controlled Senate thwart Trump's agenda? Submitted by Yasmine El-Sabawi on Mon, 11/02/2026 - 16:31 In short: Maybe, and much of it will centre on how debates are framed moving forward Voters cast their ballots at a polling station inside a shopping mall in ..
Motor Trend     >>



GWM Ora 5 sedan, wagon to be CKD by EPMB Melaka? - Paultan
Pics reposted by Headlight Magazine from Car News China At yesterday’s GWM Wey G9 HEV and Ora 5 HEV line-off ceremony at EP Manufacturing’s (EPMB) Pegoh, Melaka plant, EPMB executive chairman Hamidon Abdullah mentioned the […] The post GWM Ora 5 sedan, wagon to be CKD by EPMB ..