///
See Also: Shutterstock

Search : Ppum News   Page 1    



Ibu bapa penuntut UM terkilan tiada semasa pengebumian - Mgazette - 19/10 7:39 am

Sebelum ini media melaporkan, Ahmad Arif Zawir ditemui terbaring atas lantai bawah blok kediamannya pukul 3.15 petang semalam. Mangsa, yang juga pelajar Sains Gunaan Pengajian Islam, Akademi Pengajian Islam UM kemudian dikejarkan ke PPUM untuk rawatan





Jenazah penuntut UM selamat disemadikan - Mgazette - 19/10 7:39 am

Jenazah selesai dikebumikan pada pukul 6.20 petang dalam keadaan hujan gerimis. Terdahulu, jenazah allahyarham telah disolatkan sekitar pukul 9.50 pagi tadi di Surau Ad-Deeniah, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)





Ahmad Arif sentiasa pegang tasbih, bawa buku agama - Rakan - Sinarharian - 18/10 8:19 pm

PASIR GUDANG - "Allahyarham sentiasa pegang tasbih dan membawa buku agama ke mana-mana."Demikian luahan Asyrafuddin Arif Amaluddin Arip, 22, yang merupakan rakan sekuliah Allahyarham Ahmad Arif Zawir Mohd Ali, 22, di Fakulti Sains Gunaan Pengajian Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM).Asyrafuddin yang berasal dari Shah Alam rapat dengan arwah sejak pengajian asasi di Universiti Malaya pada tahun 2022."Kali terakhir saya bertemu arwah ketika kelas kuliah pada Khamis lepas. Arwah pernah berkongsi cita-cita untuk menjadi seorang ilmuwan Islam pada masa hadapan."Arwah dikenali sebagai seorang yang ceria dan peramah, namun agak pendiam dalam kalangan rakan," katanya selepas selesai pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Pasir Gudang pada Sabtu.Seorang lagi rakannya, Muhammad Faiz Fahmi Abdul Basir, 21, berasal dari Baling, Kedah berkata, Allahyarham mempunyai akhlak yang mulia, sopan dan disenangi semua rakan di universiti.Tambahnya, Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian tersebut dan kelihatan gembira seperti biasa.Sebelum ini, media melaporkan Ahmad Arif Zawir ditemui terbaring di lantai bawah blok kediamannya pada jam 3.15 petang, Jumaat lalu.Mangsa, yang juga pelajar Sains Gunaan Pengajian Islam, Akademi Pengajian Islam UM, kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan UM, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di PPUM.





'Ummi, abah berada di Makkah ketika terima berita duka pemergian adik' - Sinarharian - 18/10 8:00 pm

Ketika itu mereka berada di Makkah. Ummi dan abah reda dengan pemergian adik kerana kembali kepada Illahi pada hari Jumaat yang mulia."Setiap urusan jenazah termasuk di Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kami buat penstriman langsung atau live supaya mereka dapat menyaksikan dari sana," katanya.Beliau berkata demikian selepas selesai urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah Cahaya Masai di sini pada petang Sabtu.Ahmad Auf memaklumkan ibu bapa mereka bakal tiba lebih awal selepas agensi penerbangan menukar jadual pulang ke tanah air dengan penerbangan jam 2 petang pada Sabtu dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.30 tengah malam ini.Sementara itu, Ahmad Auf yang bekerja sebagai jurutera berkongsi detik terakhir bersama arwah ketika menghantar pulang adiknya itu untuk urusan pendaftaran semester baharu pada Ahad lepas."Arwah yang merupakan anak ke lapan daripada sembilan beradik tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap."Itulah kali terakhir kami berjumpa dan tidak sangka itu menjadi pertemuan terakhir," ujarnya.Tambahnya, sebaik mengetahui berita pemergian adiknya pada petang Jumaat, dia terus bergegas dari Masai ke Kuala Lumpur pada jam 6 petang dan tiba di PPUM kira-kira jam 3 pagi tadi akibat kesesakan jalan raya."Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan





Jenazah pelajar UM maut terjatuh dari tingkat tiga selamat dikebumikan - Sinarharian - 18/10 6:26 pm

PASIR GUDANG Jenazah pelajar Universiti Malaya (UM) yang maut selepas terjatuh dari tingkat tiga kolej kediamannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah Cahaya Masai, di sini, jam 6.20 petang pada Sabtu.Jenazah Allahyarham Ahmad Arif Zawir Mohd Ali, pelajar tahun akhir Jabatan Fiqh Usul dan Sains Gunaan, Akademi Pengajian Islam UM tiba di tanah perkuburan kira-kira jam 5.45 petang.Dianggarkan kira-kira 100 orang ahli keluarga dan rakan-rakan dari UM hadir memberikan penghormatan terakhir.Sebelum itu, jenazah disolatkan sekitar jam 9.50 pagi di Surau Ad-Deeniah, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).Solat jenazah ke atas Allahyarham dihadiri oleh rakan-rakan, ahli keluarga serta pensyarah yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir.Sebaik sahaja upacara pengebumian selesai, hujan renyai turun seolah-olah menangisi pemergian Allahyarham menambah suasana sayu di tanah perkuburan.Media sebelum ini melaporkan bahawa pelajar terbabit meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga kediamannya di Universiti Malaya pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, bedah siasat dijalankan di Bilik Bedah Siasat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) antara jam 10 malam hingga jam 3 pagi.Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi.Ujarnya, mangsa juga didapati mengalami kecederaan di bahagian dada, selain tiada kesan jerutan atau sebarang unsur jenayah.





Jenazah penuntut UM jatuh bangunan dikebumi di Masai - Mgazette - 18/10 4:34 pm

# Jenazah penuntut UM jatuh bangunan dikebumi di Masai KUALA LUMPUR Jenazah pelajar Universiti Malaya (UM) yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga kediamannya semalam, Ahmad Arif Zawir Mohd Ali, selesai disolatkan sekitar jam 9.50 pagi tadi. Solat jenazah telah diadakan di Surau Ad-Deeniah, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan dihadiri rakan-rakan, ahli keluarga serta pensyarah yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham





Kematian pelajar UM tiada unsur jenayah – Polis - Mgazette - 18/10 4:34 pm

"Mangsa juga didapati mengalami kecederaan di bahagian dada, selain tiada kesan jerutan serta sebarang unsur jenayah," katanya dalam kenyataan pada hari ini. Bedah siasat telah dijalankan di bilik bedah siasat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) antara jam 10 malam sehingga jam 3 pagi tadi





Jenazah pelajar UM maut terjatuh dari tingkat 3 dikebumikan di Masai - Sinarharian - 18/10 2:07 pm

PETALING JAYA Jenazah pelajar Universiti Malaya (UM) yang maut selepas terjatuh dari tingkat tiga kolej kediamannya akan dikebumikan di Masai, Johor pada Sabtu.Jenazah Allahyarham Ahmad Arif Zawir Mohd Ali sebelum itu disolatkan sekitar jam 9.50 pagi di Surau Ad-Deeniah, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).Solat jenazah ke atas Allahyarham dihadiri oleh rakan-rakan, ahli keluarga serta pensyarah yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir.Ahmad Arif Zawir merupakan pelajar tahun akhir Jabatan Fiqh Usul dan Sains Gunaan, Akademi Pengajian Islam UM.Difahamkan, jenazah akan disolatkan sekali lagi di Surau Masjid Taman Rinting, Masai sebelum dikebumikan petang ini.Media sebelum ini melaporkan bahawa pelajar terbabit meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga kediamannya di Universiti Malaya pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata bedah siasat dijalankan di Bilik Bedah Siasat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) antara jam 10 malam sehingga jam 3 pagi.Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi.Ujar beliau, mangsa juga didapati mengalami kecederaan di bahagian dada selain tiada kesan jerutan atau sebarang unsur jenayah.





Kes tikam pelajar perempuan: 127 saksi dirakam keterangan - Sinarharian - 18/10 12:21 am

KUALA LUMPUR - Sebanyak 127 saksi termasuk rakan suspek dirakam keterangan setakat ini, bagi membantu siasatan kes seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Selasa lepas.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya masih menunggu laporan penuh bedah siasat daripada bahagian patologi bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan."Setakat ini kita masih menunggu laporan patologi. Kebiasaannya, laporan penuh boleh diperoleh dalam tempoh sebulan atau lebih awal, namun paling lama sekitar tiga bulan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, suspek lelaki berusia 14 tahun yang juga pelajar peralihan masih direman hingga 21 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Sebelum ini, media melaporkan pelajar perempuan berkenaan maut selepas ditikam di bahagian dada dan leher dalam kejadian di sekolahnya di Bandar Utama.Mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suspek, yang juga pelajar sekolah sama, telah ditahan untuk siasatan lanjut.Rabu lepas, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, tikaman pada dada dan leher dikenal pasti menjadi punca kematian berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).Jasad mangsa telah dituntut oleh keluarganya pada 7.30 pagi hari sama selepas proses bedah siasat selesai dilakukan di PPUM malam sebelumnya.Pada hari sama, Mahkamah Majistret Petaling Jaya mengeluarkan perintah tahanan reman tujuh hari terhadap pelajar lelaki terbabit bagi membantu siasatan kes itu





Penuntut UM maut terjatuh: Polis sahkan tiada unsur jenayah - Sinarharian - 18/10 9:57 am

PETALING JAYA - Tiada unsur jenayah dikesan berkaitan kes seorang penuntut maut selepas dipercayai terjatuh di kolej kediamannya di Universiti Malaya (UM) di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, bedah siasat dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) antara jam 10 malam sehingga jam 3 pagi."Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi."Mangsa juga didapati mengalami kecederaan di bahagian dada selain tiada kesan jerutan serta sebarang unsur jenayah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, mayat mangsa akan dituntut keluarganya pada pagi ini.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang penuntut lelaki UM berusia 22 tahun maut selepas dipercayai terjatuh di kolej kediamannya dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.15 petang, Jumaat.Mangsa dibawa ke PPUM dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira jam 4.25 petang.





Penuntut Universiti Malaya Maut, Dipercayai Terjatuh Dari Bangunan Kolej Kediaman - Lobakmerah - 18/10 8:34 am

Seorang penuntut Universiti Malaya (UM) telah disahkan meninggal dunia semalam, dipercayai selepas mangsa terjatuh dari bangunan kolej kediaman. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak UM, pelajar tersebut telah menghembuskan nafas terakhir ketika sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), lapor Buletin TV3





Polis sahkan pelajar UM maut terjatuh dari kolej kediaman - Mgazette - 18/10 7:51 am

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3.15 petang namun siasatan masih dijalankan dan tidak tahu mangsa jatuh dari tingkat berapa kerana tiada saksi yang nampak ketika itu. Mangsa kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) dan disahkan meninggall dunia pada jam 4.25 petang, katanya dalam kenyataan, hari ini





Pelajar UM terjatuh dari bangunan kolej kediaman - Mgazette - 18/10 7:51 am

KUALA LUMPUR - Universiti Malaya (UM) mengesahkan seorang mahasiswa terjatuh di salah satu kolej kediaman kira-kira 3.30 petang tadi. Dalam kenyataan terkini jam 5.26 petang tadi, UM memaklumkan pelajar berkenaan telah pun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)





Bedah siasat pelajar UM jatuh kolej kediaman dilakukan malam ini - Polis - Astroawani - 17/10 9:43 pm

Bedah siasat akan dijalankan malam ini di Jabatan Patologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).





Bedah siasat pelajar UM maut jatuh kolej kediaman dijalankan malam ini - SUN - 17/10 9:22 pm

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat mengesahkan kejadian membabitkan pelajar lelaki berusia 22 tahun itu berlaku pada kira-kira 3.15 petang. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di PPUM pada pukul 4.25 petang





Siasatan penuh penuntut UM maut jatuh bangunan sedang dijalankan - SUN - 17/10 8:54 pm

Beliau berkata sejurus menerima perkhabaran mengenai insiden itu, beliau bergegas ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Universiti Malaya dalam kenyataan memaklumkan mahasiswa terlibat meninggal dunia ketika menerima rawatan di PPUM





Siasatan penuh penuntut UM jatuh bangunan sedang dijalankan - Zambry - Sinarharian - 17/10 8:53 pm

KUALA LUMPUR - Laporan dan siasatan penuh berhubung kes seorang penuntut Universiti Malaya (UM) maut selepas terjatuh daripada bangunan kolej kediaman petang Jumaat sedang dijalankan pihak berkuasa, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.Menerusi catatan di Facebook, Zambry berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan UM akan memberikan bantuan segera kepada keluarga mangsa."Buat masa ini, kita masih menunggu kenyataan rasmi daripada pihak polis sebelum KPT mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut," katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar berkenaan.Zambry berkata sejurus menerima perkhabaran mengenai insiden itu, beliau bergegas ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).Sementara itu, UM dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa mahasiswa yang terlibat dalam insiden berkenaan meninggal dunia ketika menerima rawatan di PPUM.Menurut kenyataan itu, punca kejadian masih dalam siasatandan UM kini memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.UM juga meminta semua pihak agar menghormati privasi keluarga pelajar berkenaan serta tidak membuat sebarang spekulasi atau perkongsian maklumat yang tidak sahih berhubung insiden tu."Seluruh warga UM menzahirkan rasa sedih dan simpati yang mendalam kepada keluarga Allahyarham dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar sedang menyalurkan bantuan serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada keluarga Allahyarham," menurut kenyataan itu





University of Malaya student dies after falling from campus hostel - SUN - 17/10 8:41 pm

The Student Affairs Department is providing assistance and full support to the grieving family. Meanwhile, an autopsy on the student will be conducted tonight at PPUMs Pathology Department





Penuntut UM maut dipercayai jatuh bangunan kolej kediaman - Sinarharian - 17/10 8:14 pm

PETALING JAYA - Seorang penuntut maut selepas dipercayai terjatuh di kolej kediamannya Universiti Malaya (UM) di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya masih menjalan siasatan berkaitan kes berkenaan."Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 3.15 petang, seorang penuntut lelaki berusia 22 tahun telah terjatuh dari Kolej Kediaman di UM."Mangsa di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia dan disahkan meninggal dunia pada jam 4.25 petang oleh pegawai perubatan hospital berkenaan," katanya.Shamsudin berkata, pihak polis masih berada di lokasi kejadian untuk siasatan tempat kejadian."Bedah siasat akan dijalankan pada malam ini oleh pihak Patalogi PPUM





Pelajar UM maut jatuh dari bangunan kolej kediaman - Astroawani - 17/10 5:50 pm

Dalam kenyataan rasmi, UM memaklumkan pelajar terbabit meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).





Bukan 50 tapi 200 tikaman pada badan anak saya - Harapandaily - 17/10 8:50 am

Pelajar perempuan yang maut ditikam di sekolah oleh rakan sekolahnya, bukan ditikam sebanyak 50 kali tetapi sehingga 200 kali tikaman di badan. Perkara itu didedahkan ibu mangsa, Wong Lee Ping yang menerima laporan bedah siasat dijalankan pihak patalogi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)





200 kesan tikaman ditemui pada tubuh??Yap Shing Xuen 200 kesan tikaman .. - Mgazette - 17/10 7:54 am

# 200 kesan tikaman ditemui pada tubuhYap Shing Xuen KUALA LUMPUR - Kira-kira 200 kesan tikaman ditemui di atas badan pelajar perempuan berusia 16 tahun yang mati di dalam tandas sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa lalu. Ibu mangsa, Wong Lee Ping mendedahkan perkara tersebut berdasarkan laporan bedah siasat yang dijalankan pihak patalogi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)





Pelajar maut ditikam: 'Anak saya tak pernah jumpa, berhubung dengan suspek' - Ibu - Sinarharian - 16/10 8:08 pm

KUALA LUMPUR - Ibu kepada pelajar perempuan yang maut akibat ditikam di sebuah sekolah baru-baru ini tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya mengenali suspek.Ibu mangsa, Wong Lee Ping turut merayu kepada orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita yang belum disahkan di media sosial."Anak saya telah menjadi mangsa, dan saya harap orang ramai hentikan berkongsi berita yang tidak benar di media sosial."Anak saya tidak pernah berjumpa dan tidak pernah berhubung dengan suspek," katanya ketika sidang akhbar di Nirvana Center Kuala Lumpur di sini pada Khamis.Lee Ping turut menyifatkan anak bongsunya seorang yang pendiam, aktif bersukan dan amat berdisplin.Malah katanya, sebelum kejadian menyayat hati yang meragut nyawa anaknya itu dia berjaya mendapat tempat kedua dalam kejohanan badminton yang berlangsung di ibu kota."Dia (mendiang) seorang yang berdispilin, aktif bersukan walaupun introvert, dia pandai menyusun jadual dan program-program yang dia perlu hadiri."Dia juga menghormati kami sebagai ibu bapa dan orang lain," katanya.Terdahulu media melaporkan, pelajar lelaki berusia 14 tahun yang menikam pelajar perempuan berusia 16 tahun sehingga mati di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, di sini, pada Selasa.Pada Rabu, Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, tikaman pada dada dan leher dikenal pasti menjadi punca kematian pelajar perempuan terbabit.Keputusan itu diperoleh hasil bedah siasat dijalankan PPUM yang selesai pada jam 10.30 malam.





'Suspek lompat dari atas tandas sebelum tikam mangsa' - Ibu - Sinarharian - 16/10 7:37 pm

Bila cikgu pecahkan pintu, anak saya sudah tiada."Demikian luahan pilu Wong Lee Ping, ibu kepada seorang pelajar perempuan yang maut ditikam di sebuah sekolah di Bandar Utama pada Selasa lalu.Menurut Lee Ping, beliau dimaklumkan suspek dipercayai telah melompat dari bahagian atas tandas sebelum menikam mangsa ketika itu berada di dalam bilik tandas yang berkunci dari dalam."Hasil siasatan polis memaklumkan suspek melompat dari bahagian atas tandas sebelum menikam anak saya yang berada di dalam tandas berkunci."Anak saya menjerit meminta tolong, tetapi pintu tandas terkunci. Bila cikgu pecahkan pintu, anak saya sudah tiada," katanya dalam nada sebak ketika sidang akhbar di Nirvana Center Kuala Lumpur di sini pada Khamis.Lee Ping berkata, pihaknya juga menafikan dakwaan anaknya mengenali suspek dan memohon orang ramai untuk tidak menularkan berita yang belum disahkan sahih di media sosial."Anak saya telah menjadi mangsa dan saya harap orang ramai hentikan berkongsi berita yang tidak benar di media sosial, anak saya tidak pernah berjumpa dan berhubung dengan suspek," katanya.Dalam masa sama beliau turut berharap kes yang menimpa anaknya tidak akan berulang di mana-mana sekolah pada masa hadapan.Beliau juga menyeru mana-mana individu yang bersimpati dengan kejadian tersebuat dan ingin menderma agar berbuat demikian dengan hadir ke Nirvana Center berikutan terdapat individu tidak bertanggungjawab mengubah suai kod QR di poster jemputan penghormatan terakhir yang diedarkan.Terdahulu media melaporkan, pelajar lelaki berusia 14 tahun yang menikam pelajar perempuan berusia 16 tahun sehingga mati di sebuah sekolah menengah.Pada Rabu, Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, tikaman pada dada dan leher dikenal pasti menjadi punca kematian pelajar perempuan terbabit.Keputusan itu diperoleh hasil bedah siasat dijalankan PPUM yang selesai pada jam 10.30 malam





Jasad pelajar maut ditikam akan disemadikan Isnin ini - Mgazette - 15/10 3:48 pm

Menurut maklumat yang diterima_ Malaysia Gazette_, upacara pembakaran mayat akan dilaksanakan jam 11 pagi Isnin manakala penghormatan terakhir dan ziarah boleh dilakukan bermula esok. Terdahulu, media melaporkan, jasad gadis berusia 16 tahun itu sudah dituntut keluarga, jam 7.30 pagi tadi di Unit Patologo Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)





Kes tikam pelajar: Mangsa ditikam berulang kali pada bahagian leher, dada - Sinarharian - 15/10 12:52 am

SHAH ALAM - Pelajar perempuan Tingkatan Tiga (Kelas Peralihan) yang maut dalam kejadian di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa dipercayai ditikam pada bahagian dada dan leher.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, proses bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa ditikam berulang kali.Beliau berkata, proses bedah siasat terhadap mayat pelajar berusia 16 tahun itu dijalankan di Jabatan Patologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan selesai kira-kira jam 2.30 pagi."Hasil bedah siasat mendapati banyak kesan luka ditemui pada tubuh mangsa."Mangsa dipercayai ditikam berulang kali pada bahagian leher dan dada," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Rabu.Katanya, polis setakat ini masih menunggu laporan rasmi daripada pakar patologi untuk butiran lanjut.Terdahulu, mayat mangsa selesai dituntut pada jam 7.30 pagi selepas proses bedah siasat selesai dijalankan.Pada Selasa, media melaporkan bahawa mangsa, yang juga pelajar Tingkatan Tiga (Kelas Peralihan) di sekolah sama, meninggal dunia di lokasi kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi.Susulan kejadian itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail memaklumkan bahawa suspek berjaya ditahan pada hari sama.





Jasad pelajar perempuan mangsa tikam dituntut keluarga pagi tadi - SUN - 15/10 10:40 am

PETALING JAYA : Jasad pelajar perempuan yang maut akibat ditikam di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya, semalam telah dituntut oleh keluarga mangsa pagi tadi. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata mayat pelajar berusia 16 tahun itu dituntut pada 7.30 pagi selepas proses bedah siasat selesai dilakukan di Jabatan Patologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) malam tadi





Jasad pelajar perempuan mangsa tikam dituntut keluarga - Sinarharian - 15/10 10:30 am

PETALING JAYA - Jasad pelajar perempuan yang maut akibat ditikam di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya, pada Selasa telah dituntut oleh keluarga mangsa pagi Rabu.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, mayat pelajar berusia 16 tahun itu dituntut pada jam 7.30 pagi selepas proses bedah siasat selesai dilakukan di Jabatan Patologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) malam tadi."Ya, jasad telah dituntut keluarga mangsa pada 7.30 pagi tadi





Family claims remains of teen killed in PJ school stabbing - Sinardaily - 15/10 10:21 am

PETALING JAYA - The remains of a female student who was fatally stabbed at a secondary school in Petaling Jaya yesterday have been claimed by her family this morning.Petaling Jaya police chief ACP Shamsudin Mamat said the remains of the 16-year-old student were claimed at 7.30 am after a post-mortem was completed at the Universiti Malaya Medical Centre (PPUM) Pathology Department last night."Further updates will be shared by Selangor police chief Datuk Sazeli Kahar during a press conference at 11.30 am, he told Bernama when contacted.Meanwhile, the 14-year-old male student suspect arrived at the Petaling Jaya Court complex at 8.40 am in a police patrol car.It is understood that the remand application process has been completed, and further details will be revealed during the press conference.In the 9.30 am incident yesterday, a Form Four female student was allegedly stabbed to death by a male student at a secondary school in Petaling Jaya.She died at the scene





Mangsa ditikam berulang kali dengan dua senjata berbeza - Polis - Sinarharian - 14/10 6:55 pm

Keterangan pelajar juga masih dirakam. Apa-apa sahaja maklumat perlu diteliti dahulu," katanya.Beliau berkata, pihaknya telah menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kejadian itu terdiri daripada pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang dibantu pasukan forensik dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.Menurut beliau, suspek berusia 14 tahun manakala mangsa pula berusia 16 tahun, dan kedua-dua mereka belajar di kelas peralihan masing-masing di tingkatan satu dan tingkatan tiga.Sementara itu, suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Patologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) apabila ahli keluarga mangsa hadir bagi urusan bedah siasat.Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi tadi, seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut disyaki ditikam seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di sini.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Ismail berkata, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian yang berlaku di dalam kawasan sekolah manakala suspek berumur 14 tahun yang merupakan pelajar sekolah sama telah berjaya ditahan.- Bernama





Keluarga Pelajar Dit*kam Tiba Di Jabatan Forensik PPUM - Lobakmerah - 14/10 5:49 pm

Beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga kepada pelajar perempuan yang meninggal dunia akibat ditikam junior sekolah dilihat hadir Jabatan Patologi Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) petang ini





Ibu bapa cemas, gambar pisau ???Rambo??? suspek tular - Mgazette - 14/10 4:48 pm

Kami harap pihak berkuasa siasat secara menyeluruh dan pihak sekolah tingkatkan kawalan keselamatan supaya pelajar lain tidak trauma, katanya. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat, manakala suspek berusia 14 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh





Pelajar sekolah maut ditikam menjerit minta tolong Pelajar sekolah maut .. - Mgazette - 14/10 4:48 pm

Tambah beliau, polis kini dalam proses merakam keterangan beberapa individu termasuk guru, rakan mangsa dan suspek bagi membantu siasatan. Mangsa berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan pelajar tersebut dihantar ke Hospital Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat





Keluarga pelajar maut ditikam berada di Jabatan Forensik PPUM - Mgazette - 14/10 4:48 pm

# Keluarga pelajar maut ditikam berada di Jabatan Forensik PPUM PETALING JAYA - Beberapa individu dipercayai keluarga mangsa pelajar perempuan Tingkatan Empat yang maut ditikam seorang pelajar lelaki, pagi tadi kini berada di Jabatan Patologi Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)




Reformasi     >>



Festive mood in Brickfields as Deepavali shopping peaks - Mkini
Quality products sold attract locals and foreigners.
Kroni     >>



'No Kings' protesters emerge en masse for anti-Trump .. - Star
(Reuters) -Protesters spanning all age groups, many with children and pets in tow, took to the streets en masse for "No Kings" rallies across the United States on Saturday, denouncing what they view as authoritarian tendencies and unbridled corruption of U.S. President Donald Trump. Read full ..
Tabloid     >>



Sebab Pace Je Mus, Dia Tinggal Hang Rakan Arwah .. - Ohmedia
Rakan arwah Mustaqqeem luah rasa terkilan, dakwa sahabatnya ditinggalkan sendirian di Gunung Liang kerana pace. The post Sebab Pace Je Mus, Dia Tinggal Hang Rakan Arwah Mustaqqeem Luah Rasa Terkilan appeared first on Oh! Media .
Tech     >>



Microsoft found to be breaching data privacy in .. - Star
Microsoft has been illegally tracking students and schoolgoers via its 365 Education platform, officials in Austria have ruled. Read full story
World     >>



Israel receives two bodies that Hamas says are Gaza .. - BBC
There is outrage in Israel that the armed group has not returned all deceased hostages from Gaza.
Motor Trend     >>



Volvo Umum Kemas Kini Untuk Barisan Model Tahun 2026 - Piston
Selepas pelancaran rasmi refreshed XC60 dan EC40 variant single motor baru-baru ini, Volvo Car Malaysia kini mengumumkan kemas kini penuh untuk semua model tahun 2026. XC60 Refreshed XC60 refreshed yang diperkenalkan bulan lalu kini tampil dengan beberapa pembaharuan termasuk rekaan gril depan ..