| /// |
|
| Search : Ppm News | Page 1 |
|
Polis Marin catat rampasan bernilai RM525 juta, tangkap 2,707 individu - Mygazette - 1/10 3:18 pm # Polis Marin catat rampasan bernilai RM525 juta, tangkap 2,707 individu PELABUHAN KLANG Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan pencapaian penguatkuasaan membabitkan nilai rampasan sehingga RM525 juta menerusi Ops Taring Gelora antara Januari lalu hingga bulan lalu |
|
RM75 juta perkukuh kawalan PPM di Pantai Timur, Laut China Selatan - Mygazette - 1/10 3:18 pm # RM75 juta perkukuh kawalan PPM di Pantai Timur, Laut China Selatan PELABUHAN KLANG Kerajaan memperkukuh keupayaan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam mengawal keselamatan perairan negara menerusi pembangunan fasiliti baharu bernilai RM75 juta bagi mempertingkat kesiapsiagaan di kawasan Pantai Timur Semenanjung dan Laut China Selatan |
|
Polis Marin buru sindiket seludup migran, kenal pasti hotspot pendaratan .. - Mygazette - 1/10 3:18 pm Kegiatan penyeludupan migran berlaku tanpa mengira waktu, termasuk pada siang dan malam, menyebabkan tindakan penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara berterusan. Perkara ini kita dapat atasi dengan cara bekerjasama, berkolaborasi dan berkongsi maklumat serta risikan keselamatan dengan pelbagai agensi, katanya pada sidang media sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Polis Marin (PPM) ke-79 di Pengkalan PPM Wilayah 1, Pulau Indah, di sini, hari ini |
|
Polis Marin mohon RM2.28 bilion perkasa aset, bina 11 markas baharu - Mygazette - 1/10 3:18 pm # Polis Marin mohon RM2.28 bilion perkasa aset, bina 11 markas baharu PELABUHAN KLANG - Pasukan Polis Marin (PPM) mengemukakan cadangan baharu bernilaiRM2.283 biliondi bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) Rolling Plan 3 (RP3) bagi memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan operasi menjaga keselamatan perairan negara |
|
Bertempur 8 lanun, Inspektor Jakarta dinobat Tokoh Wira PPM 2026 - Mygazette - 1/10 3:18 pm # Bertempur 8 lanun, Inspektor Jakarta dinobat Tokoh Wira PPM 2026 PELABUHAN KLANG Pernah berdepan lapan pertempuran dengan kumpulan lanun bersenjata di perairan Lahad Datu, Sabah menjadi antara rekod keberanian Inspektor Bersara Jakarta Makling yang dinobatkan sebagai Tokoh Wira Pasukan Polis Marin (PPM) 2026 |
|
50 tahun peluru tembakan lanun 'tertanam' di bahu Jakarta - Sinarharian - 1/10 3:02 pm KLANG - Peluru berkaliber 7.62 milimeter yang masih 'tertanam' di bahu kiri hingga kini menjadi bukti pengorbanan seorang bekas anggota Pasukan Polis Marin (PPM) yang terlibat pertempuran dengan kumpulan lanun bersenjata di perairan Lahad Datu, Sabah pada Jun 1976.Berkongsikan kisah itu, Sub Inspektor (B) Jakarta Makling berkata, ketika itu beliau bertugas sebagai kru Kapal Ronda PX27."Saya terlibat secara langsung dalam pertempuran dengan kumpulan lanun bersenjata di perairan Lahad Datu, Sabah."Dalam pertempuran itu, saya telah terkena tembakan sehingga mengalami kecederaan pada bahu kiri |
|
Banyak modus operandi dibongkar, PPM rekod 7,627 kes dan 2,707 tangkapan - Sinarharian - 1/10 2:03 pm KLANG - Pelbagai taktik jenayah di perairan negara dibongkar menerusi tindakan penguatkuasaan Pasukan Polis Marin (PPM) apabila merekodkan 7,627 kes kejayaan dengan tangkapan 2,707 orang dalam tempoh sembilan tahun ini.Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, dalam tempoh itu, jumlah rampasan, kompaun dan saman direkodkan bernilai RM525 juta.Menurutnya, enam akta yang menjadi penyumbang tertinggi ialah Akta Kastam 1967 dengan 189 kes, selain Akta Kawalan Bekalan 1961 (295 kes), Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007(213 kes), Akta Dadah Berbahaya 1952 (428 kes) dan Akta Perikanan 1985 (3,214 kes)."Modus operandi penyeludupan migran ini pelbagai, mereka menggunakan perairan antarabangsa dan pindahkan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke bot lain sebelum membuat satu 'drop point' ke Malaysia."Tangkapan PATI direkodkan antaranya di perairan Perak, Selangor, Johor selain sepanjang perairan utara semenanjung," katanya dalam sidang akhbar Sambutan Hari Ulang Tahun PPM Ke-79 Tahun 2026 di Markas Operasi PPM Wilayah 1, Pulau Indah di sini pada Khamis.Tambah beliau, pos Pasukan Gerakan Am (PGA) juga telah ditubuhkan bagi memantau dan mengenal pasti hotspot pendaratan PATI yang masuk melalui perairan negara.Menjelaskan tentang pencapaian direkodkan PPM, Mohd Yusri berkata, ini merupakan hasil pelaksanaan penguatkuasaan secara berterusan di perairan negara termasuk kawasan sempadan menerusi operasi seperti Op Taring Gelora serta Op Taring Landai.Kata beliau, keberkesanan tersebut turut disumbangkan menerusi keberkesanan kerjasama bilateral dan koordinasi rondaan bersama agensi-agensi penguatkuasaan negara serantau seperti Thailand, Indonesia, Singapura serta Filipina."Perkara tersebut sekali gus membuktikan bahawa PPM memainkan peranan sangat penting dalam memperkukuhkan diplomasi keselamatan di peringkat antarabangsa," ujarnya.Mengulas tentang ulang tahun PPM ke-79, beliau berkata, 1 September 1947 merupakan titik permulaan perjalanan Polis Marin dalam melaksanakan tanggungjawab mengawal keselamatan perairan negara."Daripada sebuah pasukan yang awalnya dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan di perairan pelabuhan Pulau Pinang, PPM kini telah berkembang menjadi sebuah pasukan yang menggalas amanah besar dalam memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan penguatkuasaan undang-undang di seluruh perairan Wilayah Malaysia."Pada hari ini, melangkah usia 79 tahun penubuhannya, PPM tetap teguh menyumbang bakti dalam mengawal perairan negara daripada pelbagai ancaman khususnya jenayah maritim," ujarnya.Tegasnya, ini termasuklah membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan, yang secara langsung menjejaskan ekonomi dan mengakibatkan ketirisan hasil pungutan cukai negara. |
|
Operasi mencari kumpulan pemancing hilang digerakkan - Maritim Malaysia - Sinarharian - 14/09 3:23 pm KLANG Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menggerakkan aset dan keanggotaan dalam operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan sekumpulan tujuh pemancing termasuk tekong yang dilaporkan hilang di Perairan One Fathom Bank di sini pada Isnin.Operasi pencarian digerakkan bersama tiga agensi penguatkuasaan iaitu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang serta Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang.Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, pihaknya menerima maklumat kecemasan menerusi talian MERS 999 pada jam 3.35 pagi berhubung kehilangan kesemua mangsa setelah keluar dari Jeti Sementa."Susulan daripada laporan tersebut, aset-aset menyelamat telah mula diatur gerak ke lokasi kejadian."Operasi Carilamat telah diaktifkan secara rasmi pada jam 5.00 pagi," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Beliau berkata, bagi melancarkan operasi pencarian, aset-aset laut dan udara telah digerakkan secara bersepadu di sekitar lokasi kejadian bagi mengesan kesemua mangsa.Jelasnya, tumpuan sektor pencarian aset laut kini meliputi keluasan 118.4 batu nautika persegi, manakala pencarian melalui udara merangkumi keluasan 509.6 batu nautika persegi di perairan One Fathom Bank."Aset-aset yang terlibat dalam operasi ini terdiri daripada Bot PENGGALANG 1 dan pesawat udara CL415MP (Bombardier) daripada Maritim Malaysia, bot RH 16 milik PPM serta sebuah bot daripada pihak bomba," ujarnya.Kata beliau, operasi kini sedang giat diteruskan susulan ketujuh-tujuh pemancing termasuk tekong bot tersebut masih gagal dihubungi."Sebarang perkembangan terkini mengenai operasi ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," ujarnya. |
|
Buletin Hampir Tiga Ev Baharu Sehari, Catl Beri Amaran Isu Kualiti Bateri .. - Mekanika - 7/09 3:06 pm Menurut Zeng, kadar kecacatan yang dianggap kecil masih boleh memberi kesan besar apabila pengeluaran bateri dilakukan dalam skala berbilion unit. Beliau menjelaskan bahawa kadar kecacatan satu bahagian per sejuta (1 PPM) masih boleh menghasilkan sehingga 1,000 sel rosak bagi setiap satu bilion sel yang dihasilkan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |