///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Pmks News   Page 1    



Kuskop, TNB kerjasama sokong PMKS melalui kecekapan kos, peralihan tenaga - Mgazette - 11/04 3:54 pm

# Kuskop, TNB kerjasama sokong PMKS melalui kecekapan kos, peralihan tenaga KUALA LUMPUR Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) SME Corp





KUSKOP, TNB kerjasama bincang langkah PMKS hadapi tekanan kos meningkat - Sinarharian - 11/04 1:47 pm

SHAH ALAM - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bekerjasama dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi membincangkan langkah sokongan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam menghadapi tekanan kos yang semakin meningkat.Perkara tersebut dibincangkan semasa pertemuan antara Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Shamsul Ahmad pada Jumaat.KUSKOP dalam satu kenyataan berkata, dalam pertemuan itu turut memberi tumpuan adalah langkah praktikal bagi membantu PMKS mengurus kos operasi dengan lebih berkesan, menambah baik aliran tunai serta mempercepat peralihan kepada tenaga boleh baharu (RE).Menurutnya, ia susulan krisis tenaga global yang turut menjejaskan Malaysia dan memberi tekanan besar kepada PMKS yang beroperasi dengan margin terhad, khususnya dari segi kos elektrik dan operasi harian."Justeru, langkah KUSKOP dan TNB ini bertujuan untuk membantu perniagaan mengurus kos melalui kecekapan tenaga, penggunaan skim seperti Time-of-Use (ToU) serta peralihan kepada tenaga boleh baharu sekali gus memastikan kelangsungan operasi dalam menghadapi ketidaktentuan tenaga global."Steven Sim turut menggariskan beberapa bidang kerjasama strategik antara KUSKOP dan TNB





1.1 Juta PMKS Berdepan Krisis Ekonomi Global, Guan Eng Cadang 5 Langkah Kewangan - Siakapkeli - 11/04 12:04 am

1.1 Juta PMKS Berdepan Krisis Ekonomi Global, Guan Eng Cadang 5 Langkah KewanganPenasihat DAP, Lim Guan Eng telah menyerahkan sepucuk surat cadangan yang





Guan Eng cadang lima langkah selamatkan 1.1 juta PMKS - Harapandaily - 11/04 10:21 am

Kerajaan disaran mengambil lima langkah kewangan jangka pendek untuk menyelamatkan perindustrian mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan ketika negara berdepan krisis ekonomi global





KUSKOP & TNB Jalin Kerjasama Strategik Bantu PMKS Hadapi Tekanan Kos - Lobakmerah - 10/04 3:48 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) hari ini mengukuhkan komitmen bagi membantu sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mendepani cabaran kos operasi yang kian meningkat





Permudahkan perniagaan PMKS - Sinarharian - 10/04 8:50 am

Lagipun, kita tidak tahu perubahan peraturan di Selat Hormuz kerana Iran mahu mengenakan caj laluan ke atas kapal-kapal yang melaluinya. Jika ini benar-benar terjadi, struktur kos logistik akan kekal meningkat.Setiap kerajaan di dunia sudah tentu memperkenalkan pelbagai cara untuk mengurangkan kesan perang ini ke atas pemain-pemain pasaran, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)





Isu harga minyak: Kerajaan perlu dengar, nilai, bertindak lebih telus - Mohd Syahir - Sinarharian - 9/04 10:00 pm

SHAH ALAM Kerajaan perlu mendengar, menilai dan bertindak lebih telus dalam menangani isu kenaikan harga minyak susulan krisis di Asia Barat.Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata, hal ini kerana pendekatan kerajaan dalam menguruskan isu berkenaan dilihat masih tempang khususnya melibatkan pelaksanaan subsidi bersasar.Menurutnya, langkah menangani krisis ekonomi tidak sepatutnya memindahkan beban kepada rakyat, sama ada melalui perluasan cukai, pengurangan subsidi atau pelaksanaan mekanisme subsidi silang."Apa yang sedang kita saksikan hari ini ialah pendekatan Anwarnomics cenderung memindahkan beban ekonomi kepada rakyat secara silang subsidi yang tidak telus dan samar dalam menangani krisis tenaga global."Lebih malang, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim tidak membawa watak Perdana Menteri yang gentleman, asyik memperlekeh dan menyalahkan orang lain dengan ungkapan yang tidak enak seperti bodoh, bebal, buta huruf, dangkal, tidak kurang seperti ungkapan jelik Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump."Dalam dunia serba pantas, zaman di mana kerajaan lebih tahu segalanya telah berlalu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sebelum ini, Abdul Hadi berkata, tiada sebab untuk kerajaan menaikkan harga minyak memandangkan Malaysia mempunyai sumber petroleum sendiri, selain tidak terlibat dalam sekatan di selat berkenaan."Kenaikan harga minyak tidak sepatutnya berlaku memandangkan sebelum ini terdapat dakwaan bahawa kemelut tersebut mampu diselesaikan dalam tempoh kurang daripada 24 jam."Tidak wajar untuk menaikkan harga minyak melainkan berlaku banyak kebocoran dan salah laku dalam pengurusan," ujarnya.Dalam pada itu Mohd Syahir berkata, meskipun kerajaan melaksanakan subsidi bersasar, jurang harga bahan api antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak dilihat semakin meluas.Justeru, beliau berkata, negara perlu menyusun semula keutamaan ekonomi negara dengan mengambil kira pandangan rakyat serta pakar industri."Dalam hal ini, pendekatan 3M yang telah saya gariskan sebelum ini wajar diberi perhatian. Pertama, menyerap kejutan melalui mekanisme penstabil harga yang lebih dinamik."Kedua, melindungi rakyat dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) daripada tekanan kos melalui bantuan bersasar, insentif sokongan serta peranan aktif institusi kewangan, sebagaimana pendekatan semasa pandemik."Ketiga, memperkasa daya tahan ekonomi domestik melalui pengukuhan rantaian bekalan, keterjaminan makanan dan tenaga serta sokongan berterusan kepada sektor PMKS," katanya.





Jualan PMKS Di TikTok Shop Melonjak Sepanjang Ramadan Dan Raya, Keselamatan Platform Turut Diperkukuh - Amanz - 9/04 12:16 am

Jualan PMKS dan jenama tempatan di TikTok Shop terus menunjukkan perkembangan yang sangat positif apabila meningkat lebih 130% sepanjang Ramadan dan Raya





CapBay, CGC Digital mudahkan akses modal PMKS - Sinarharian - 9/04 9:54 am

KUALA LUMPUR Dalam usaha membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang sering berdepan kekangan mendapatkan pembiayaan, Bay Smart Capital Ventures Sdn Bhd (CapBay) tampil berganding bahu dengan CGC Digital Sdn Bhd melancarkan Skim Jaminan Digital baharu.CGC Digital merupakan anak syarikat milik penuh CGC Malaysia yang memfokuskan kepada penyediaan jaminan kredit melalui pendekatan digital.Melalui kerjasama ini, satu mekanisme jaminan diperkenalkan bagi mengurangkan risiko pembiayaan, sekali gus membuka peluang kepada PMKS yang tidak mempunyai cagaran mencukupi untuk mendapatkan modal.Apa yang menarik, CapBay turut menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam proses penilaian kredit





Kerajaan teliti kesan konflik Asia Barat kepada industri PMKS - Mgazette - 8/04 5:35 pm

# Kerajaan teliti kesan konflik Asia Barat kepada industri PMKS KUANTAN - Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Kebangsaan (MPUPK) sudah bertemu pengusaha PMKS di wilayah utara, baru-baru ini





Isu PKS risiko gulung tikar: Kerajaan Johor perlu proaktif – Syafiq - Mgazette - 8/04 8:13 am

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syafiq Aziz berkata, isu yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak termasuk pemain industri adalah lebih kepada kesan yang sedang terbentuk akibat ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat. Kenaikan harga tenaga global, gangguan rantaian bekalan serta tekanan kos import adalah realiti yang sedang berlaku dan kesannya lazimnya tidak serta-merta tetapi akan dirasai dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang, khususnya oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)





Program Pemerkasaan dan Intervensi Usahawan Halal PMKS Kini Dibuka Untuk Pendaftaran - Siakapkeli - 3/04 3:23 pm

Program Pemerkasaan dan Intervensi Usahawan Halal PMKS Kini Dibuka Untuk Pendaftaran Dalam landskap ekonomi semasa yang semakin kompetitif, keupayaan





KUSKOP Luluskan Hampir RM2 Bilion Dalam 2 Bulan, Lebih 88,000 PMKS Terima Manfaat - Rotikaya - 29/03 6:49 pm

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) meluluskan hampir RM2 bilion pembiayaan kepada 88,150 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini





Muhyiddin cadang MTEN diaktifkan dalam status krisis, bersidang secara .. - Mgazette - 28/03 7:38 am

Ia bagi memastikan tindak balas yang pantas dan bersepadu seperti yang pernah dilaksanakan ketika krisis ekonomi terdahulu. Ahli Parlimen Pagoh itu turut menekankan, keperluan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi bagi melindungi sektor kritikal termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) supaya kesan terhadap rakyat dan ekonomi dapat diminimumkan





Misi memperhebat perniagaan Malaysia jadi fokus utama Steven Sim terajui KUSKOP - Sinarharian - 27/03 7:21 pm

Fokus saya satu sahaja: Hebatkan Perniagaan Malaysia."Kita nak Power Up (hebatkan) bisnes rakyat Malaysia tak kira kaum dan agama. Power Up, Jalan Teruih (terus)," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.Dalam hantaran sama, Steven turut berkongsi infografik pelbagai inisiatif telah digerakkan termasuk dana pembiayaan Bumiputera di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dinaikkan daripada RM300 juta kepada RM500 juta.Antaranya, skim pembiayaan baharu berjumlah RM100 juta turut diperkenalkan melalui SME Bank dan Bank Rakyat bagi menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kaum Cina.Kementerian turut menaikkan dana pembiayaan untuk usahawan India melalui Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) daripada RM30 juta kepada RM50 juta sebagai usaha memastikan keterangkuman ekonomi."Skim Biaya Ramadan Dan Perniagaan Rakyat (BARAKAT) bernilai RM50 juta untuk PKMS bumiputera sempena Ramadan, manakala skim pembiayaan (Program Pembiayaan Khas Perusahaan Mikro Milikan Cina) BERKAT berjumlah RM30 juta di bawah SME Corp khusus untuk PKMS Cina sempena Tahun Baru Cina."Bagi memperkasa usahawan wanita, dana berjumlah RM3 bilion diperuntukkan melalui Dana Ekonomi Usahawan Wanita (DEWI) yang memberi manfaat kepada 300,000 peserta di seluruh negara," menurut infografik itu.Dalam perkongsian itu, turut disertakan perjanjian perniagaan bernilai RM2 bilion dimeterai menerusi Makkah Halal Forum 2026 dan jualan RM90 juta direkodkan di Japan Foodex.Selain itu, sebanyak RM254 juta turut diperuntukkan bagi memperkasakan gerakan koperasi nasional, sekali gus mencatatkan antara nilai tertinggi dalam sejarah.Pada masa sama, inisiatif pembangunan bakat seperti SKM Business School diperkenalkan bagi membudayakan keusahawanan dalam kalangan pelajar melalui konsep "Sekolah Perniagaan".Beberapa usaha lain termasuklah pengurangan birokrasi serta penurunan kadar fi dan faedah bagi memudahkan urusan usahawan serta kerjasama strategik termasuk dengan platform digital seperti TikTok Shop serta peluasan Tik Tok Shop Live Hub ke Pahang dan Pulau Pinang.





MTEN perlu diaktifkan segera tangani krisis ekonomi - Muhyiddin - Sinarharian - 27/03 5:18 pm

SHAH ALAM - Kerajaan digesa segera mengaktifkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) berstatus krisis bagi menghadapi ketidaktentuan ekonomi semasa susulan ketidakstabilan geopolitik di Asia Barat.Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, MTEN perlu bersidang secara harian dengan penglibatan sektor awam dan swasta bagi memantau perkembangan global serta menyusun tindak balas yang pantas dan bersepadu.Beliau berkata, pendekatan tersebut pernah dilaksanakan ketika krisis ekonomi 19971998, 2008 serta pandemik COVID-19 dan terbukti berkesan dalam mengurus tekanan ekonomi negara."Pakej rangsangan perlu difikirkan dan dilaksanakan untuk melindungi sektor-sektor kritikal dan pemain industri, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) supaya kesan terhadap rakyat dan ekonomi dapat diminimumkan."Apa yang diperlukan rakyat adalah hala tuju ekonomi yang jelas iaitu strategi menangani inflasi, jaminan bekalan makanan dan tenaga, serta perlindungan terhadap pendapatan dan kelangsungan perniagaan tempatan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Tambah Muhyiddin, kepimpinan negara perlu bertindak tegas dan memberikan kejelasan dalam situasi genting ketika ini."Kegagalan berbuat demikian hanya akan menghakis keyakinan rakyat dan pasaran terhadap keupayaan kerajaan mengurus krisis ini," ujarnya lagi.Beliau berpandangan, perutusan khas Perdana Menteri pada Khamis mengesahkan kebimbangan rakyat bahawa keadaan ekonomi semakin mencabar susulan ketidakstabilan geopolitik di Asia Barat.Bagaimanapun, menurutnya, ia gagal memberikan keyakinan bahawa kerajaan mempunyai pelan yang jelas, tersusun dan segera untuk menghadapi kemungkinan kegawatan global."Malaysia sebagai ekonomi terbuka tidak terkecuali daripada risiko kenaikan harga minyak, gangguan rantaian bekalan dan tekanan inflasi



Ambil langkah bersasar sokong PMKS jika konflik geopolitik memburuk, gesa MEF - FMT - 18/03 5:07 pm

MEF berkata, kerajaan perlu mula usahakan mekanisme pembiayaan sedia ada dan rangka kerja sokongan luar jangka boleh dilaksana segera.



Ambil langkah bersasar sokong PMKS jika konflik geopolitik memburuk, gesa MEF - Hotfm - 18/03 5:07 pm

MEF berkata, kerajaan perlu mula usahakan mekanisme pembiayaan sedia ada dan rangka kerja sokongan luar jangka boleh dilaksana segera.



KUSKOP Perkukuh Agenda PMKS Melalui Skim BARAKAT, Dana Hampir RM 35 Juta Diluluskan - Lobakmerah - 18/03 9:21 am

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus memacu momentum pemerkasaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di seluruh negara



Hentikan amalan cuti umum mengejut, semak semula Akta Hari Kelepasan 1951 - Samenta - Sinarharian - 16/03 3:45 pm

SHAH ALAM - Kerajaan digesa menghentikan amalan mengisytiharkan cuti umum secara mengejut kerana boleh memberi impak tekanan kewangan ketara kepada perniagaan yang kini berdepan kos operasi meningkat dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu.Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta), Datuk William Ng berkata, trend berulang mengumumkan cuti tambahan dalam tempoh singkat, sama ada di peringkat kebangsaan mahupun negeri, adalah satu tabiat ekonomi yang tidak sihat dan mesti dihentikan.Menurutnya, amalan tersebut sebagaimana cuti umum tambahan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang memudaratkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menjadi tulang belakang ekonomi negara."Perniagaan dibina atas keupayaan untuk merancang



MyCIF perkenal insentif baharu perkasa PMKS, peruntuk RM50 juta - Utusan - 16/03 3:34 pm

KUALA LUMPUR: Dana Pelaburan Bersama Malaysia (MyCIF) memperkenalkan inisiatif baharu bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mendapatkan pembiayaan dalam sektor pertumbuhan baharu dengan peruntukan RM50 juta



BISA 2026: Jaringan promosi, inspirasi untuk PMKS - Sinarharian - 16/03 1:44 pm

SHAH ALAM Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) 2026 bukan sekadar platform pengiktirafan malah berperanan sebagai inisiatif strategik dalam memperkukuh ekosistem perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerusi pendekatan komersial, pemasaran dan komuniti yang lebih menyeluruh.Pengurus Jabatan Komersial, Pemasaran dan Komuniti Sinar Harian, Rosli Ahmad berkata, penganjuran BISA dirangka bagi memberi nilai tambah kepada usahawan tempatan, bukan hanya melalui penyampaian anugerah tetapi juga sokongan promosi dan jaringan perniagaan yang berterusan."Sebagai penyumbang lebih 35 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), PMKS memerlukan platform yang mampu meningkatkan kredibiliti dan keterlihatan jenama mereka di mata pengguna."Daripada sudut komersial dan pemasaran, BISA bukan sekadar malam anugerah



TikTok enjin baharu pertumbuhan ekonomi - Sinarharian - 13/03 10:10 am

KUALA LUMPUR - Platform digital memainkan peranan penting dalam ekonomi negara apabila data baharu daripada Laporan Impak Sosioekonomi TikTok 2025 menunjukkan rakyat Malaysia menjadikan platform itu sebagai sumber pendapatan dan perkembangan perniagaan.Laporan yang diterbitkan bersama Kearney mendapati TikTok menyumbang sekitar RM20 bilion dalam Nilai Tambah Kasar (GVA) bersamaan hampir empat peratus daripada keseluruhan ekonomi digital negara.Rakan kongsi di Kearney, Gareth Pereira berkata, platform itu telah menyokong 147,000 peluang pekerjaan di seluruh negara melalui ekosistem pencipta kandungan, penjual dan perniagaan di TikTok, TikTok Shop dan TikTok LIVE."Dapatan yang dibentangkan dalam laporan ini memberikan pemahaman menyeluruh dan berasaskan bukti tentang sumbangan sosioekonomi keseluruhan TikTok kepada ekonomi Malaysia."Analisis kami menunjukkan ekosistem TikTok telah melangkaui peranannya sebagai platform hiburan dan menjadi pemangkin ekonomi yang penting dalam memupuk inovasi, keusahawanan dan pertumbuhan inklusif," katanya.TikTok Shop berjaya menghimpunkan lebih 1.8 juta perniagaan tempatan dan lebih 100,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima latihan melalui kerjasama dengan rakan strategik kerajaan antaranya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Tekun Nasional.Hasil tinjauan mendapati 97 peratus perniagaan menganggap TikTok sebagai sumber pendapatan utama di samping membantu membangunkan kemahiran baharu dalam bidang penguasaan teknik pemasaran digital, penghasilan kandungan yang menarik dan pengurusan sesi jualan secara langsung yang dihubung terus dengan pelanggan.Dapatan laporan itu turut menunjukkan bagaimana TikTok mengubah minat dan kreativiti pencipta kandungan kepada kerjaya yang berdaya maju melalui pembinaan jenama peribadi dan pelbagai kerjasama perniagaan.TikTok lonjak pendapatan lima kali gandaDi sebalik angka utama laporan itu, kejayaan demi kejayaan dibuktikan antaranya Soneng Bakery yang diasaskan oleh Dayang Suziana Mawi, 44.Baru setahun jagung dalam platform e-dagang, katanya, hasil bulanan perniagaan meningkat kepada antara RM15,000 hingga RM20,000 pada musim perayaan.Tambahnya, sebelum ini perniagaannya bermula dari rumah hanya menjana sekitar RM3,000 hingga RM5,000 sebulan dengan menjual kek lapis Sarawak, kek belacan dan kek lumut pada tahun 2022."Segalanya bermula apabila salah satu video menjadi tular pada Februari 2025, meraih 2.1 juta tontonan dan menarik permintaan daripada penonton di seluruh negara."Detik itu menjadi titik perubahan apabila saya membuka beg kuning, dan dalam beberapa bulan jualan melonjak sehingga membolehkan saya membuka mini kilang serta menggajikan lima pekerja," katanya.Dayang Suziana menggunakan videonya untuk mendidik generasi muda tentang seni, kesabaran dan kebanggaan di sebalik setiap lapisan pencuci mulut ikonik Sarawak itu.Tambahnya, TikTok membolehkan kami mencapai audiens baharu di seluruh negara dan berhasrat untuk mengembangkan Soneng Bakery ke Singapura, Indonesia dan Brunei.Bagi Sandra Hanayu, 26, kehidupan awalnya sebagai pengendali operasi penerbangan berubah 360 darjah apabila kini dia dipenuhi kolaborasi jenama, penggambaran video dan penglibatan bersama komuniti.Kandungan TikTok miliknya yang menggabungkan elemen antara kecantikan, pelancongan dan gaya hidup mula mendapat perhatian penonton.Menurutnya, daripada tutorial penjagaan kulit dan tip solekan hingga ulasan hotel serta pengembaraan mendaki, dia berjaya membina niche tersendiri yang ditunjangi kreativiti dan kredibiliti."Perjalanan dalam ekonomi pencipta kandungan bermula hanya sekadar muat naik santai berkembang menjadi sumber pendapatan sampingan yang konsisten."Disebabkan TikTok, saya kini dapat menjaga ibu bapa saya dan membayar terapi adik saya yang autistik setiap bulan," katanya.Di sebalik tabir, Sandra mempunyai sebuah pasukan kecil yang terdiri daripada seorang pengurus dan seorang penyunting video, bekerja secara bebas.Struktur pasukan yang sederhana ini membolehkan Sandra memberi tumpuan kepada aspek kreatif, sambil membuka peluang kepada ahli pasukannya untuk menjana pendapatan dan berkembang bersama."Kerjaya ini bukan sahaja membolehkannya menyara keluarga, malah membuka peluang pekerjaan kepada orang lain serta memberikan kebebasan kewangan," katanya.Sokong agenda pembangunan negaraSementara itu, Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, laporan tersebut menyokong keutamaan nasional di bawah MYDIGITAL, Pelan Hala Tuju Strategik E-Dagang Kebangsaan (NESR) serta Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030)."Keberkesanan platform seperti TikTok membuktikan bahawa penglibatan digital bukan sekadar mengikut trend, malah mampu menghasilkan nilai ekonomi nyata melalui pemerkasaan PMKS, sokongan terhadap pencipta kandungan, serta pembukaan ruang baharu bagi penjanaan pendapatan dan keusahawanan."Selaras dengan aspirasi Malaysia Madani dan RMK-13, tumpuan kita adalah memastikan pertumbuhan ini inklusif, diyakini dan mampan melalui kerjasama kerajaan, industri serta ekosistem digital negara," katanya.Laporan Impak Sosioekonomi TikTok 2025 turut menggambarkan bahawa ekonomi digital bukan sekadar trend, sebaliknya menjadi penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia



Konflik Asia Barat: Cadangan kesesuaian WFH sektor awam akan diteliti - Sinarharian - 12/03 4:22 pm

PUTRAJAYA - Cadangan kesesuaian pelaksanaan kerja dari rumah (WFH) bagi sektor awam akan diteliti terlebih dahulu dan berkemungkinan dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Khas pada esok,kata Menteri KomunikasiDatuk Fahmi Fadzil.Beliau yang juga jurucakap kerajaanberkata,kerajaan maklum bahawa sebahagian syarikat telah melaksanakan kaedah kerja hibrid pasca pandemik dengan melaksanakan pengaturan WFH."Di pihak kerajaan, kita akan meneliti kesesuaian work from homeini, mungkin akan dibincangkan esok dalam mesyuarat khas."Mula-mula, kita akan teliti apa keadaan ekonomi dunia. Kita akan teliti dulu angka-angka dan apa tindakan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini pada Khamis.Fahmi berkata demikian bagimengulas langkah Thailand melaksanakan pengaturan WFH untuk agensi kerajaan dan perusahaan negeri bagi mengurangkan penggunaan tenaga ketika ketegangan geopolitik berlarutan di Asia Barat.Mengenai Mesyuarat Jemaah Menteri Khas, Fahmi berkata, ia diadakan bagi membolehkan tindakan diselaraskan berdasarkan maklumat ekonomi terkini.Beliau berkata, antara perkara yang akan diteliti termasuk perkembangan harga minyak mentah Brent, harga bahan api penerbangan serta beberapa indikator ekonomi lain."Dengan maklumat terkini, kita akan dapat selaraskan apa tindakan kerajaan, termasuk mengawal dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu," katanya.Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan akan memastikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terus diberi sokongan memandangkan sektor itu merupakan nadi ekonomi negara, termasuk yang terlibat dalam eksport, pengeluaran perkhidmatan sertabarangan dalam negara.Fahmi berkata, langkah kerajaan termasuk usaha untuk menyokong PMKS juga akan diputuskan selepas mengambil kira keseluruhan keadaan ekonomi dalam negara."Kita tidak mahu ambil tindakan tanpa mengetahui kesan tindakan




Reformasi     >>



Terkejut murid belajar bawah khemah, PM arah cari .. - Harapandaily
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) mencari penyelesaian segera bagi menangani isu murid Sekolah Kebangsaan (SK) Balaban Jaya di Sabah, yang terpaksa belajar di bawah khemah serta di kaki lima masjid. ..
Kroni     >>



Kerajaan pastikan harga RON95 kekal - Utusan
KUALA LUMPUR: Kerajaan berusaha memastikan harga petrol RON95 kekal pada paras RM1.99 seliter walaupun berdepan tekanan kewangan memberikan subsidi bahan api itu susulan lonjakan harga minyak dan krisis tenaga melanda dunia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelbagai pendekatan bagi memastikan ..
Tabloid     >>



Betul ke minyak Malaysia tak sepatutnya naik & tak .. - Mdateline
Biarpun Malaysia menghasilkan minyak sendiri, namun pengeluaran domestik hanyalah sekitar 350,000 tong sehari, tidak cukup untuk menampung penggunaan harian sebanyak 700,000 tong sehari. Menteri Kewangan ... Baca Artikel Penuh
Tech     >>



"Uncanny Valley": OpenAI and Musk Fight Again; DOJ .. - Wired
In this episode, the hosts discuss the fight between OpenAI and Elon Musk, the misuse of voter data, and Artemis IIs moonshot.
World     >>



Iran's speaker says negotiations with U.S. can't start .. - Cnbc
President Trump is frustrated by Iran continuing to throttle most shipping traffic through the Strait of Hormuz, the world's most important oil route.
Motor Trend     >>



Denza N8L PHEV Dibuka Tempahan Awal, Bateri 75.26 kWh, .. - Careta
Model ini berada dalam segmen Full Size SUV enam tempat duduk, menggunakan trenkuasa plug-in hybrid (PHEV) bersama bateri Blade generasi kedua dan teknologi pengecasan pantas (flash charging) Reka bentuk dan dimensi N8L mengekalkan bahasa reka bentuk model terdahulu, dengan lampu hadapan