| /// |
|
| Search : Pau News | Page 1 |
|
PAU 2026: 'Itu rumah dia, tak dijemput bukan urusan kita' - Adam Adli - Sinarharian - 12/09 3:16 pm Rumah dia, dia nak jemput orang datang, itu hak dia."Kita pun tidak ada isu apa-apa. Sama ada dijemput atau tidak dijemput, tidak ada masalah," katanya.Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan UMNO yang tidak menjemput wakil Pakatan Harapan (PH) menghadiri PAU 2026 yang berlangsung dari Rabu hingga Sabtu.Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, jemputan kepada Pas dibuat sebagai membalas kunjungan wakil parti itu ke Muktamar Pas ke-72 yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan minggu lalu.Adam Adli berkata demikian ketika ditemui pada Program Perasmian Penutup Kampung Angkat Madani Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) di Kampung Sungai Putat pada Sabtu.Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, projek tebatan banjir Sungai Putat yang kini melepasi 50 peratus tahap pembinaan mula menunjukkan kesan positif apabila impak banjir di kawasan tersebut semakin berkurangan.Menurutnya, projek bernilai lebih RM24 juta itu dijangka siap pada tahun hadapan dan diharap dapat disempurnakan mengikut jadual bagi memastikan manfaatnya dinikmati penduduk setempat."Kita berharap projek ini dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan agar penduduk dapat menikmati manfaat sepenuhnya, khususnya dalam mengurangkan risiko banjir," katanya.Dalam perkembangan sama, Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, lebih RM1 juta telah dibelanjakan menerusi inisiatif Kampung Angkat Madani Sungai Putat bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan dan penambahbaikan kemudahan awam.Antara projek yang dilaksanakan termasuk pembangunan dewan, pembaikan jalan, naik taraf sistem saliran dan lampu jalan serta kerja-kerja penambahbaikan balai raya, masjid dan tandas masjid.Menurut beliau, inisiatif tersebut penting bagi memastikan hasil pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara dapat dirasai secara langsung oleh masyarakat di peringkat akar umbi."Pembangunan tidak boleh tertumpu di peringkat tertentu sahaja |
|
Umno says BN-PH relationship is not on the verge of breaking apart - Sinardaily - 12/09 3:09 pm As mentioned by the President, wait until the dissolution takes place, only then will the negotiations begin.That is what happened in Johor and that also happened in Negeri Sembilan. When the dissolution was announced, negotiations began."Negotiations do not begin before dissolution, he said.However during the same press conference earlier, Asyraf said Umno was considering focusing its political cooperation negotiations directly with Pas rather than Perikatan Nasional (PN).He said the party leadership would form a special negotiating committee to determine the direction and strategy for future political cooperation.On Friday, Zahid drew the attention of PAU 2026 delegates when he repeatedly referred to an unnamed individual as guru, urging the person to listen to the voices of Umno, Barisan Nasional (BN) and the people.Anwar later responded sarcastically to the remarks using the terms guru and slayyy in a social media post after arriving in New Delhi, India, to attend the 18th BRICS Leaders' Summit. |
|
PRU16: UMNO cenderung runding dengan Pas, bukan PN - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 12/09 2:29 pm KUALA LUMPUR - UMNO memberi indikasi lebih cenderung mengadakan rundingan secara terus dengan Pas berbanding Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kecenderungan itu antara perkara yang dapat dilihat menerusi perbahasan dan pandangan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026."Seperti mana dalam pilihan raya lepas, kita memang mengadakan perundingan dengan Pas dan PN."Namun kalau lihat daripada perbahasan dan perwakilan, wujud kecenderungan untuk kita fokus kepada perundingan dengan Pas berbanding melihat kepada konteks PN."Jawatankuasa perundingan akan dibentuk oleh pimpinan parti apabila tiba masanya," katanya dalam sidang akhbar di Laman Media sempena PAU 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Sabtu.Mengulas desakan UMNO untuk PRU16 disegerakan, Asyraf Wajdi menjelaskan, parti melihat negara kini sudah memasuki 'edah pilihan raya' selepas tempoh tiga tahun daripada penggal lima tahun Parlimen, meskipun tempoh penuh tahun masih belum berakhir.Justeru ujarnya, selepas tiga tahun adalah tempoh yang dibolehkan untuk mengadakan pilihan raya.Dalam masa sama Asyraf Wajdi turut menolak dakwaan bahawa hubungan BN dan Pakatan Harapan (PH) kini retak atau menuju perpecahan.Sebaliknya beliau menegaskan, UMNO masih berpegang kepada Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia dan tidak akan melakukan tindakan 'tebuk atap' sebelum pembubaran Parlimen."Jadi sebab itulah saya kira, tidak akan timbul apa-apa masalah yang besar |
|
'Saya nak jumpa Presiden' - Warga emas gigih hadiri PAU 2026 meskipun berkerusi roda - Sinarharian - 12/09 10:38 am KUALA LUMPUR - Berkerusi roda bukan penghalang buat seorang warga emas, Rus Bakarurraini Shahfie, 67, untuk hadir ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 demi mengikuti perjalanan perhimpunan parti yang disertainya sejak berusia 18 tahun itu.Walaupun pergerakannya terbatas, pesara kerajaan itu tetap meluangkan masa berada di lokasi perhimpunan selama empat hari termasuk hadir ke Dewan Merdeka bagi mendengar ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Menurutnya, semangat untuk bersama UMNO tetap kuat meskipun terpaksa bergantung kepada kerusi roda sejak empat tahun lalu akibat 'slip disc'."Saya memandu dari Ipoh ke Kuala Lumpur sendiri |
|
PAU 2026: Anak Malaysia di luar negara mahu ilmu dibawa pulang,... - Mygazette - 12/09 7:57 am # PAU 2026: Anak Malaysia di luar negara mahu ilmu dibawa pulang, bukan sekadar brain drain KUALA LUMPUR Anak Malaysia yang menuntut dan membina kerjaya di luar negara tidak mahu dilihat sekadar sebagai kelompok yang jauh di mata, sebaliknya mahu kepakaran dan pengalaman mereka dimanfaatkan untuk pembangunan negara |
|
PAU 2026 beri peluang peniaga tempatan tambah jualan, kembang jenama - Mygazette - 12/09 7:57 am # PAU 2026 beri peluang peniaga tempatan tambah jualan, kembang jenama KUALA LUMPUR Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 bukan sahaja menjadi medan persidangan politik, malah turut membuka peluang kepada peniaga untuk meningkatkan jualan dan memperkenalkan produk kepada pengunjung |
|
Hadir PAU 2026 isyarat Pas selesa ketepi permusuhan lama ??? Zainul... - Mygazette - 12/09 7:57 am # Hadir PAU 2026 isyarat Pas selesa ketepi permusuhan lama Zainul Rijal KUALA LUMPUR Kehadiran pemimpin Pas pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 memberi kesan perubahan psikologi dan persepsi politik terhadap hubungan antara kedua-dua parti itu |
|
Putaran politik UMNO mesti terus ke atas, jangan ulang kesilapan lalu... - Mygazette - 12/09 7:57 am Sebaliknya, pengalaman ketika berada di bawah perlu menjadi peringatan bahawa parti sentiasa perlu bekerja keras, memperbaiki kelemahan dan mengekalkan kepercayaan rakyat, katanya. Beliau turut berkata, cabaran sebenar selepas PAU 2026 bukan sekadar mendengar atau memahami ucapan Presiden, tetapi menentukan sama ada seluruh kepimpinan benar-benar menghayati mesej berkenaan dan menjadikannya panduan dalam menentukan hala tuju parti |
|
Ucapan Ahmad Zahid pengisytiharan perang politik berani - Fadhli Shaari - Sinarharian - 11/09 4:28 pm Saya mendengar ucapan itu seperti pengisytiharan perang politik."Menyentuh soal pengkhianatan terhadap perjanjian politik. Kata Ahmad Zahid, yang dijanjikan ialah pembentukan Kerajaan Perpaduan Nasional, tetapi akhirnya yang diwujudkan ialah Kerajaan Madani."Selain itu, jelas dan terang Ahmad Zahid menyindir Kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila menyebut bahawa kita bukan kerajaan yang berjanji, hari ini menang, esok semua masalah selesai," katanya menerusi hantaran Facebook pada Jumaat.Sebelum ini, UMNO bersetuju menjemput barisan pemimpin tertinggi Pas untuk menghadiri PAU 2026 yang berlangsung dari 9 hingga 12 September sebagai membalas jemputan Pas kepada pimpinan parti berkenaan.UMNO dan Pas sebelum ini pernah menjalinkan kerjasama politik secara rasmi menerusi Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai pada 2019.Tambah Ahmad Fadhli, kebetulan tarikhnya pula cukup simbolik, genap 25 tahun selepas World Trade Center ( WTC) di Amerika Syarikat diserang pada 11 September 2001.Jelas Beliau, bezanya, 25 tahun lalu WTC di New York menjadi medan serangan fizikal."Hari ini WTC Kuala Lumpur menjadi pentas kepada satu serangan politik."Kepada siapa perang itu diisytiharkan? Itu yang menarik untuk diperhatikan selepas ini walaupun semua sudah dapat menekanya," ujarnya.Ahmad Fadhli turut mengucapkan terima kasih kepada UMNO atas jemputan dan sambutan mesra kepada Pas."Hadir kali pertama di PAU pagi ini merupakan satu kesempatan penting untuk menyaksikan sendiri majlis yang saya sifatkan penuh bersejarah," katanya. |
|
Pemimpin Pas hadir PAU2026, balas kunjungan UMNO ke muktamarnya - Mygazette - 11/09 4:07 pm Ahmad Zahid Hamidi, minggu lalu. Sebelum ini, UMNO bersetuju menjemput kepimpinan tertinggi Pas menghadiri PAU 2026 yang dijadual berlangsung bermula 9 September selama empat hari sebagai membalas jemputan Pas kepada pimpinan UMNO |
|
Rumah Bangsa: 45,808 kembali jadi ahli UMNO – Asyraf Wajdi - Mygazette - 11/09 4:07 pm Mengikut pecahan, jumlah keahlian biasa adalah seramai 1,195,265 orang manakala bagi Pergerakan Wanita, keahlian adalah seramai 1,412,052 orang, Pemuda 418,063 orang dan Puteri 226,076 orang. Lima negeri yang mencatatkan rekod pertambahan ahli baru tertinggi ialah Johor diikuti Pahang, Selangor, Perak dan Sabah, katanya ketika berucap pada perasmian PAU 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini |
|
Agenda Malaysia Biru selari WINS digagaskan Pas - Idris Ahmad - Sinarharian - 11/09 4:07 pm KUALA LUMPUR Agenda Malaysia Biru yang digagaskan UMNO dilihat selari dengan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051 yang dibawa Pas, sekali gus membuka ruang lebih luas kepada kerjasama politik kedua-dua parti.Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, kedua-dua gagasan berkenaan mempunyai persamaan dari segi wawasan dan matlamat yang ingin dibawa untuk negara."Sebenarnya, itulah juga agenda yang kita ada pada WINS 2051. Pas ada WINS untuk bersatu."Wawasan Induk Negara Sejahtera memang dah ada, lebih kurang sama juga dengan apa yang digagaskan oleh Agenda Malaysia Biru pada hari ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat.Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden menggariskan Agenda Malaysia Biru menjelang 100 tahun kemerdekaan negara sekiranya Barisan Nasional kembali menerajui Putrajaya.Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, agenda tersebut membawa maksud Malaysia berdaulat dan bersatu, mewujudkan negara berpendapatan tinggi, makmur, saksama dan disegani di seluruh dunia.Sementara itu, mengulas mengenai kehadiran pemimpin Pas pada PAU 2026, Idris yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai menjelaskan, kehadiran wakil parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang itu bertujuan mengukuhkan ukhuwah serta hubungan politik antara kedua-dua parti.Malah, ujarnya, Pas dan UMNO mempunyai kekuatan organisasi yang kukuh hingga ke peringkat akar umbi, selain berperanan penting dalam landskap politik Melayu dan Bumiputera."Pas dan UMNO mempunyai asas yang sama dalam konteks politik Malaysia, khususnya kerana kedua-duanya mempunyai sokongan dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera serta organisasi yang kukuh dari peringkat akar umbi hingga kepimpinan."Sudah tentu, teras politik di Malaysia ini ialah orang Melayu dan Bumiputera |
|
UMNO, Pas perlu 'bersatu' - Ku Li - Sinarharian - 11/09 3:24 pm KUALA LUMPUR - UMNO dan Pas perlu 'bersatu' semula dalam membentuk persefahaman politik serta bergerak sebagai satu keluarga besar.Veteran UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pihaknya melihat kehadiran empat pemimpin tertinggi Pas ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 itu sebagai titik tolak yang positif ke arah menuju penyatuan ummah."Saya rasa ia bagus (kehadiran pemimpin Pas ke PAU 2026), kita boleh bersatu semula |
|
Kehadiran pimpinan Pas ke PAU 2026 curi perhatian - Sinarharian - 11/09 10:12 am KUALA LUMPUR Kemunculan pimpinan utama Pas di hari ketiga Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini pada Jumaat mencuri perhatian ramai.Antara pemimpin utama Pas yang hadir ialah Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad; Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari.Ahli Parlimen Bachok merangkap Setiausaha Politik kepada Presiden Pas iaitu Mohd Syahir Che Sulaiman turut hadir dan duduk di bangku tetamu bersama pemimpin Pas yang lain.Kehadiran mereka ke PAU 2026 menunjukkan hubungan antara kedua-dua parti Melayu terbesar negara itu berkemungkinan terjalin menerusi persefahaman politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi.Ia juga dilihat sebagai kunjungan balas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menghadiri Muktamar Tahunan Pas ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa, Kelantan mewakili Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada minggu lalu.PAU 2026 turut dihadiri duta ke Malaysia dari seluruh negara antaranya Palestin, Iran, Singapura, Indonesia, Singapura, Vietnam, Australia, Turkiye, Republik Besar China, Switzerland, Uzbekistan, Oman, Yaman, United Kingdom (UK), Syria, Iraq, Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan New Zealand.Terdahulu, UMNO bersetuju menjemput barisan pemimpin tertinggi Pas untuk menghadiri PAU 2026 yang berlangsung dari 9 hingga 12 September sebagai membalas jemputan Pas kepada pimpinan parti berkenaan.UMNO dan Pas sebelum ini pernah menjalinkan kerjasama politik secara rasmi menerusi Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai pada 2019.Bagaimanapun, hubungan tersebut kemudiannya renggang selepas Pas memperkukuhkan kerjasama bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerusi gabungan Perikatan Nasional (PN). |
|
PAU 2026: Kuota 30% wanita mesti bermula dalam UMNO ??? Bibi... - Mygazette - 11/09 7:54 am # PAU 2026: Kuota 30% wanita mesti bermula dalam UMNO Bibi Sharliza KUALA LUMPUR Sasaran 30 peratus penyertaan wanita dalam politik perlu diterjemahkan bermula dalam keluarga UMNO sendiri, termasuk dengan memberi ruang lebih luas kepada calon wanita berpotensi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang |
|
PAU 2026: Dari Dewan Merdeka ke Melaka, Wanita UMNO sedia gerak... - Mygazette - 11/09 7:54 am # PAU 2026: Dari Dewan Merdeka ke Melaka, Wanita UMNO sedia gerak jentera KUALA LUMPUR - Wanita UMNO mahu semangat yang dicetuskan dalam Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2026 diterjemahkan kepada gerak kerja di lapangan, dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menjadi medan seterusnya untuk menguji kekuatan jentera parti |
|
PAU 2026: Berikan Puteri UMNO ruang memimpin parti – Nurul Amal - Mygazette - 11/09 7:54 am # PAU 2026: Berikan Puteri UMNO ruang memimpin parti - Nurul Amal KUALA LUMPUR Pergerakan Puteri UMNO meminta pimpinan parti itu memberikan ruang, peluang, kepercayaan dan tanggungjawab kepada wanita muda untuk memimpin, selaras dengan kedudukan mereka sebagai pemimpin masa depan |
|
PAU 2026: Jangan beri kami calon yang kita tahu akan kalah... - Mygazette - 11/09 7:54 am # PAU 2026: Jangan beri kami calon yang kita tahu akan kalah - Wanita UMNO Selangor KUALA LUMPUR - Wanita UMNO Selangor memberi peringatan kepada kepimpinan parti supaya tidak memilih calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) berdasarkan populariti dalam parti semata-mata, sebaliknya menggunakan data dan penerimaan rakyat sebagai ukuran utama |
|
PAU 2026: ???Gelombang Biru??? kembali, Wanita UMNO Melaka mahu pertahan .. - Mygazette - 11/09 7:54 am # PAU 2026: Gelombang Biru kembali, Wanita UMNO Melaka mahu pertahan 21 kerusi KUALA LUMPUR - Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Johor dan Negeri Sembilan menyemarakkan semula Gelombang Biru, namun Wanita UMNO Melaka mahu momentum itu diterjemahkan kepada gerak kerja bagi mempertahankan 21 kerusi dimenangi pada pilihan raya negeri lalu |
|
PAU 2026: Perketat kawal selia BNPL elak belia terjerat hutang –... - Mygazette - 11/09 7:54 am # PAU 2026: Perketat kawal selia BNPL elak belia terjerat hutang - Puteri UMNO P |
|
PAU 2026: Tiga anak Mohd Razlan ikuti jejak langkah sebagai perwakilan - Mygazette - 11/09 7:54 am # PAU 2026: Tiga anak Mohd Razlan ikuti jejak langkah sebagai perwakilan KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 menjadi detik peribadi yang cukup bermakna buat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii apabila melihat tiga anaknya kini mengikut jejak langkah menjadi perwakilan pada persidangan kali ini |
|
PAU 2026 Jadi Detik Bermakna Buat Mohd Razlan, Tiga Anak Turut Jadi Perwakilan - Siakapkeli - 11/09 12:20 am Datuk Mohd Razlan Rafii menyifatkan PAU 2026 sebagai detik bermakna apabila tiga anaknya turut hadir sebagai perwakilan Pemuda UMNO dan Kelab UMNO Luar Negara. |
|
Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya - Mypress - 10/09 9:35 pm KUALA LUMPUR Wanita UMNO mahu semangat yang dicetuskan dalam Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2026 diterjemahkan kepada gerak kerja di lapangan, dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menjadi medan seterusnya… |
|
UMNO tiada halangan pemimpin kanan didakwa jika ada bukti kukuh ??? Zahid - Mygazette - 10/09 4:41 pm Tetapi lazimnya sebelum pendakwaan itu dilakukan, sepatutnya ia dimulakan dengan siasatan dan siasatan itu hendaklah dibuat secara adil dan telus, katanya. Kenyataan itu dibuat selepas laporan MalaysiaGazette bahawa seorang pemimpin kanan UMNO mungkin dipanggil, ditahan atau dikenakan tindakan selepas PAU 2026 |
|
SPRM nafi pemimpin kanan Umno akan ditahan selepas PAU 2026 - FMT - 10/09 4:14 pm Ketua Pesuruhjaya Abd Halim Aman kata siasatan dan penahanan pemimpin kanan Umno tiada dalam senarai penyiasatan yang diterima pihaknya. |
|
Wanita, Puteri Umno must build trust to win back people's support - Sinardaily - 10/09 3:20 pm They must believe that we understand their concerns."They must believe that we are willing to defend their interests. And they must believe that Umno has the answers for their future," she said when delivering her wing's policy speech at the 2026 Umno General Assembly (PAU 2026) at the Kuala Lumpur World Trade Centre (WTCKL) here today.Noraini said people's trust could not be forced, bought or demanded, but had to be built through continuous efforts that gave them a reason to trust the party again.Echoing this, Puteri Umno chief Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi said Puteri Umno must serve as a bridge connecting the younger generation of women and the grassroots with decision-makers through an approach based on political trust to restore people's confidence in the party.She said the approach required the party to work until it earned the people's trust, including by always being with the people, listening openly to criticism and being honest about what it could deliver."If young people do not trust us, our task is not to be angry with them for not trusting us |
|
Politik dendam, ugutan ancam kestabilan negara – Razlan - Mygazette - 10/09 8:08 am Biarlah rakyat menilai apa yang mereka lakukan terhadap pemimpin-pemimpin ini," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, UMNO tidak mahu terikut-ikut dengan permainan politik dendam sebaliknya berjiwa besar dengan menumpukan perhatian kepada tawaran dan formula penyelesaian isu sosioekonomi rakyat menerusi platform PAU 2026 |
|
PAU2026: Selamat kembali berhimpun di Rumah Bangsa – Zahid - Mygazette - 10/09 8:08 am # PAU2026: Selamat kembali berhimpun di Rumah Bangsa - Zahid KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Perhimpunan Agung UMNO 2026 (PAU 2026) sebagai ruang penting untuk seluruh keluarga parti kembali berhimpun, menyatukan fikrah serta memperkukuh kekuatan UMNO |
|
Kerjasama dengan PH hingga PRU16, langkah UMNO makin jelas - Mygazette - 10/09 8:08 am Kita tidak pernah berjanji untuk meneruskan gabungan ini, tidak mengkhianati mana-mana pihak sebab kami kena fikirkan parti kami, mereka juga kena fikirkan parti mereka, katanya. Beliau berkata demikian menerusi program SKOP MG yang mengupas hala tuju BN selepas Perhimpunan Agung UMNO 2026 (PAU 2026) |
|
'PRN Melaka, jangan tunggu lama-lama' - Sinarharian - 9/09 11:12 pm Buat elok-elok, pakat elok-elok. Muafakat biar bulat, berunding jangan selisih," katanya.Beliau berkata demikian ketika Ucapan Perasmian Serentak Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 bagi Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini pada Rabu.Mohamad memaklumkan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu mengekalkan momentum kejayaan di negeri-negeri bagi berdepan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) pula.Terdahulu, Ab Rauf memberi bayangan bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mungkin dibuat dalam tempoh dua kali Jumaat lagi.Ab Rauf ketika ditemui pemberita selepas perasmian serentak PAU 2026 memaklumkan, pihaknya mengalu-alukan sebarang rundingan termasuk selepas DUN Melaka dibubarkan |
|
PAU 2026 Medan Satukan Fikrah, Perkukuh Kekuatan UMNO Ahmad Zahid - Siakapkeli - 9/09 9:23 pm Ahmad Zahid Hamidi berkata PAU 2026 menjadi medan untuk menyatukan fikrah, merapatkan saf dan memperkukuh kekuatan UMNO melalui penyertaan perwakilan dari seluruh negara. |
|
PAS At The Door, PH Left Outside: What Umno Is Signalling At PAU 2026 - Rakyatpost - 9/09 12:29 am With PAS invited but PH left off the guest list, Umnos 2026 general assembly is shaping up as more than an annual party gathering it could offer the clearest indication yet of the partys political direction ahead of GE16. |
|
Ameerah PAS terima jemputan Puteri Umno ke PAU 2026 - Harakahdaily - 8/09 9:46 pm Ketua Pengarah Ameerah, Mardhiyyah Johari berkata, pihaknya akan menghantar dua wakil bagi memenuhi jemputan majlis yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC). Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Ketua […] The post Ameerah PAS terima jemputan Puteri Umno ke PAU 2026 appeared first on Harakahdaily . |
|
PAU 2026 belum bermula, bahangnya sudah terasa - Mygazette - 8/09 4:23 pm Lebih 120 gerai jualan usahawan Bumiputera serta pameran korporat dijadualkan memeriahkan ruang legar sepanjang PAU berlangsung. PAU 2026 yang berlangsung dari 9 hingga 12 September dijangka menghimpunkan 6,401 perwakilan yang terdiri daripada 2,922 perwakilan UMNO, 1,163 Wanita, 1,171 Pemuda dan 1,145 Puteri |
|
Adakah PH-BN sekufu? Atau Adakah BN-PN sekufu? - Denyutreformasi - 8/09 4:16 pm Apa2 keputusan PRN Melaka boleh dijadikan landasan bermakna untuk membuat pilihan dalam PRU16 selepas itu. Esok PAU 2026 akan bermula, selamat bersidang kepada kawan2 UMNO. |
|
Umno Keeps PH At Arms Length, Invites PAS To PAU 2026 - Rakyatpost - 7/09 5:08 pm Umno has confirmed that its PH partners will not be invited to PAU 2026, while PAS leaders have been invited in what the party describes as a reciprocal gesture following PAS' invitation to Umno leaders for its annual muktamar. |
|
Tiada pergolakan UMNO-PH setakat ini ??? Lih Kang Tiada pergolakan UMNO-PH .. - Mygazette - 7/09 3:06 pm Saya tidak pasti lagi, kena semak dengan Setiausaha Agung (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail), katanya. Sebagai rekod, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata parti itu tidak menjemput PH ke PAU 2026 |
|
Pas terima jemputan, akan hantar wakil ke PAU 2026 - Sinarharian - 5/09 4:52 pm KOTA BHARU - Pas mengesahkan akan memenuhi jemputan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang dijadualkan bermula 9 September ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, beliau merupakan antara empat pimpinan tertinggi parti yang dijadualkan hadir ke persidangan tahunan tersebut.Menurutnya, Pas turut berharap agar agenda Penyatuan Ummah menjadi antara fokus utama yang diangkat dan dibahaskan dalam persidangan berkenaan."Kita yakin itu adalah satu penekanan daripada Presiden UMNO itu sendiri dan digambarkan kepada kami itulah agendanya |
|
Pas sah hadir PAU 2026, wakil akan ditentukan ??? Abdul Hadi - Mygazette - 4/09 3:19 pm # Pas sah hadir PAU 2026, wakil akan ditentukan Abdul Hadi PENGKALAN CHEPA - Pas mengesahkan akan memenuhi jemputan UMNO untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 12 September ini |
|
'Terpulang Presiden Umno nak jemput atau tidak pemimpin PAS hadir PAU' - Mkini - 3/09 10:50 pm Naib Presiden Umno Wan Rosdy Wan Ismail berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan Umno menjemput pimpinan PAS pada PAU 2026. |
|
Perwakilan UMNO bebas desak PRU awal pada PAU 2026 – Asyraf... - Mygazette - 3/09 3:34 pm # Perwakilan UMNO bebas desak PRU awal pada PAU 2026 - Asyraf Wajdi KUALA LUMPUR - Perwakilan UMNO bebas membangkitkan sebarang pandangan termasuk desakan supaya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan lebih awal pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki |
|
UMNO leaves party direction, Unity Government ties to delegates - SUN - 3/09 3:31 pm UMNO secretary-general Datuk Asyraf Wajdi Dusuki states delegates at PAU 2026 will have full freedom to debate and decide the party's future political cooperation. |
|
6,401 delegasi dijangka hadiri PAU 2026, hala tuju UMNO dalam Kerajaan Perpaduan antara usul popular - Sinarharian - 3/09 1:33 pm KUALA LUMPUR - Seramai 6,401 delegasi UMNO tidak termasuk pemerhati dan orang awam dijangkamembanjiri Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada hari persidangan perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026.Menyifatkan PAU sebagai 'hari raya' bagi keluarga besar UMNO, Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, persidangan tahunan itu membabitkan sayap induk seramai 2,922 orang memenuhi Dewan Merdeka manakala sayap Pergerakan Wanita UMNO (1,163), sayap Pergerakan Pemuda UMNO (1,171) dan Pergerakan Puteri UMNO (1,145).Menurut beliau, perwakilan UMNO Siswa Dalam Negara dan Kelab UMNO Luar Negara turut dilibatkan dalam perhimpunan kali ini."Kita mengharapkan PAU menjadi medan terbaik untuk muhasabah dan melakukan introspeksi (penilaian) dalaman parti."Apakah kita benar-benar melaksanakan proses transformasi parti yang diharapkan dalam PAU 2025 tentang berlapang dada dan menerima kembali penyertaan ahli-ahli lama ke dalam Rumah Bangsa, itu tema tahun lepas."Dalam PAU 2026 pula penting untuk kita tentukan hala tuju politik dengan senario yang ada di sekeliling parti, saya kira kepimpinan tertinggi mahu mendengar sendiri suara hati akar umbi berkenaan masa depan UMNO," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar PAU 2026 di Auditorium UMNO Aras 4 Menara Dato' Onn WTCKL pada Khamis.PAU 2026 yang turut bersiaran secara langsung di platform digital UMNO Online dari 9 hingga 12 September ini dijangka menerima kehadiran lebih 50,000 pengunjung disebabkan peningkatan permohonan penyertaan sejak akhir-akhir ini.Lebih 120 gerai jualan dibuka bermula 8 hingga 12 September bagi memberi peluang kepada usahawan muda bumiputera menjana pendapatan.Asyraf Wajdi memaklumkan, perhimpunan kali ini menerima usul dari 157 bahagian di mana inisiatif Rumah Bangsa serta hal atuju dan kerjasama politik UMNO dalam kerangka Kerajaan Perpaduan antara topik popular untuk dibangkitkan.Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa kepimpinan tertinggi UMNO tidak akan menyekat usaha perwakilan negeri untuk membahaskan apa sahaja isu, termasuk topik-topik hangat yang membabitkan kepentingan awam di media sosial.Jelasnya, UMNO mengamalkan prinsip keterbukaan dalam konteks tersebut kerana pembahas biasanya dipilih oleh perhubungan negeri masing-masing untuk mewakili suara hati akar umbi bagi mengemukakan sesuatu usul."Apa yang dibangkitkan bukan suara individu, tetapi ia suara kolektif akar umbi daripada cawangan, bahagian dan negeri masing-masing."Jadi, tidak wajar sekiranya ibu pejabat mengehadkan apa yang boleh dan tidak boleh."Biarlah mereka menyuarakan apa sahaja kalau isu terkini yang berbangkit itu boleh menentukan halatuju terbaik parti di mana Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang membuat keputusan," ujarnya. |
|
Pas confirms attendance at Umno General Assembly 2026 - Sinardaily - 1/09 3:47 pm KOTA BHARU Pas confirms it will attend the Umno General Assembly (PAU) 2026 at Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL), scheduled from Sept 9 to 12.Pas secretary-general Datuk Seri Takiyuddin Hassan said the party had only received the official invitation from Umno on Tuesday, through a letter dated Aug 28, to attend the opening ceremony of the assembly.He said the invitation was addressed to the Pas president, secretary-general and two other representatives from the party."I confirm that we will have representatives. I myself will attend the event," he said while attending the final preparation meeting for the 72nd Pas Annual Muktamar at the Kelantan Islamic Education Centre (Putik) here on Tuesday.Earlier, Umno had extended an official invitation to the Pas top leadership to attend PAU 2026, scheduled from Sept 9 to 12.Umno secretary-general Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki said the decision was made as a gesture of respect and to reciprocate the invitation from the party led by Tan Sri Abdul Hadi Awang to attend the Pas Annual Muktamar in Kelantan.However, Takiyuddin said the attendance of the Pas president had yet to be confirmed and would depend on his health condition."If Tok Guru (Tan Sri Abdul Hadi Awang) does not go, there will be a representative |
|
Pas sah hadir PAU 2026 - Sinarharian - 1/09 12:38 am KOTA BHARU - Pas mengesahkan akan hadir ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 12 September depan.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya baru menerima jemputan rasmi daripada UMNO pada Selasa, surat bertarikh 28 Ogos lalu bagi menghadiri perasmian perhimpunan berkenaan.Menurut beliau, jemputan itu ditujukan kepada Presiden Pas, Setiausaha Agung serta dua lagi wakil daripada parti berkenaan."Saya mengesahkanlah bahawa kita akan ada wakil. Saya sendiri akan menghadiri majlis tersebut," katanya semasa menghadiri mesyuarat akhir persiapan Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini pada Selasa.Sebelumnya, UMNO memanjangkan jemputan rasmi kepada pucuk pimpinan tertinggi Pas untuk menghadiri PAU 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 12 September depan.Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, keputusan itu dibuat sebagai tanda penghormatan selain membalas jemputan parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang itu untuk menghadiri Muktamar Tahunan Pas di Kelantan.Bagaimanapun, Takiyuddin memberitahu, kehadiran Presiden Pas masih belum dapat dipastikan dan bergantung kepada keadaan kesihatannya."Kalau Tok Guru (Tan Sri Abdul Hadi Awang) tak pergi, ada wakil dialah |
|
UMNO sokong usaha penyatuan ummah, harap tidak putus di tengah jalan - Ahmad Maslan - Sinarharian - 29/08 12:22 am PONTIAN UMNO menyokong penuh sebarang usaha ke arah penyatuan ummah dan berharap hubungan yang kembali terjalin dengan Pas dapat terus diperkukuhkan tanpa berakhir seperti kerjasama Muafakat Nasional sebelum ini.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, langkah menjemput wakil Pas menghadiri persidangan semua sayap serta Perhimpunan Agung UMNO (PAU) merupakan satu perkembangan yang positif.Menurutnya, usaha berkenaan tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman oleh mana-mana pihak, sebaliknya perlu disambut baik demi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini."Saya melihat langkah menjemput wakil Pas ke semua persidangan sayap dan Perhimpunan Agung UMNO sebagai sesuatu yang sangat baik."Bukan hanya Perhimpunan Agung, malah Wanita, Pemuda dan Puteri turut menjemput wakil mereka. Pas juga mempunyai sayap masing-masing."Apabila Pas terlebih dahulu menjemput kita, ini menunjukkan kita sedang menuju ke arah perpaduan ummah yang sangat baik," katanya selepas merasmikan Program Ambang Kemerdekaan Pontian Di Hatiku Zon Pontian E, di Taman Sentosa di sini pada pagi Sabtu.Pada Jumaat, UMNO dilaporkan akan memanjangkan jemputan rasmi kepada pucuk pimpinan tertinggi Pas untuk menghadiri PAU 2026 yang dijadual berlangsung pada 9 hingga 12 September depan.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dibuat sebagai tanda penghormatan selain membalas jemputan Pas untuk menghadiri Muktamar Tahunan parti itu di Kelantan.Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan menjemput beberapa pemimpin UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Muktamar Tahunan Pas kali ke-72 yang dijadual berlangsung dari 2 hingga 5 September ini.Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya menjelaskan, sebarang bentuk usaha ke arah penyatuan ummah wajar disokong kerana ia merupakan hasrat yang diinginkan oleh umat Islam di negara ini."Umat Islam di Malaysia tidak mahu parti-parti yang berteraskan Melayu menjadi punca perpecahan."Parti berteraskan Melayu yang utama ada dua iaitu UMNO dan Pas |
|
Umno buka pintu rundingan dengan parti lain, Pas pula diundang ke PAU 2026 - Harapandaily - 29/08 8:28 am “Sebarang perundingan... The post Umno buka pintu rundingan dengan parti lain, Pas pula diundang ke PAU 2026 appeared first on Harapan Daily . |
|
UMNO jemput pimpinan tertinggi PAS hadir PAU 2026 - Kosmo - 29/08 7:59 am Ahmad ... Read more The post UMNO jemput pimpinan tertinggi PAS hadir PAU 2026 appeared first on Kosmo Digital . |
|
UMNO akan jemput Pas hadir PAU 2026 - Sinarharian - 29/08 12:28 am KUALA LUMPUR UMNO akan memanjangkan jemputan rasmi kepada pucuk pimpinan tertinggi Pas untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 12 September depan.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dibuat sebagai tanda penghormatan selain membalas jemputan parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang itu untuk menghadiri Muktamar Tahunan Pas di Kelantan, minggu depan."Sempena PAU yang akan diadakan pada 9 hingga 12 September akan datang, tiga program utama akan diadakan sehari awal iaitu Konvensyen Pendidikan Melayu 2026, Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia dan Laman Wanita Kreatif."UMNO turut bersetuju untuk memanjangkan jemputan rasmi kepada kepimpinan tertinggi Pas sebagai tanda penghormatan serta membalas jemputan yang telah diberikan kepada kepimpinan UMNO untuk menghadiri Muktamar Tahunan Pas," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, di Menara Dato' Onn, pada Jumaat.Sebelum ini Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilapor menjemput beberapa pemimpin UMNO termasuk Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menghadiri Muktamar kali ke-72 pada 2 hingga 5 September ini.Rentetan itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh turut mengesahkan akan menghadiri Muktamar Pemuda Pas yang dijadual berlangsung di Kota Bharu pada 3 September ini.Sementara itu Asyraf Wajdi turut memaklumkan, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, dilantik sebagai ahli MKT berkuat kuasa hari ini.Majlis angkat sumpah di hadapan Presiden dan ahli MKT dilakukan sebelum mesyuarat bermula. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |